11
Percuma Edisi -4 Majlis Daerah Lenggong Buletin www.mdlg.gov.my 1 Menarik Di Dalam MDLg terima Anugerah sempena Hari Landskap Peringkat Negeri Perak Pembayaran Secara Online melalui Maybank2U Portal MDLg mendapat penarafan 5 Bintang Perlantikan Ahli Majlis MDLg

Buletin fileEdisi -4 Majlis Daerah Lenggong Buletin Program LA 21 Majlis Daerah Lenggong (Program turun padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP)

  • Upload
    dothuy

  • View
    241

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Buletin fileEdisi -4 Majlis Daerah Lenggong Buletin  Program LA 21 Majlis Daerah Lenggong (Program turun padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP)

Percuma

Edisi -4

Majlis Daerah Lenggong

Buletinwww.mdlg.gov.my

1

Menarik Di Dalam

MDLg terima Anugerahsempena Hari LandskapPeringkat Negeri Perak

Pembayaran SecaraOnline melalui

Maybank2U

Portal MDLg mendapatpenarafan 5 Bintang

Perlantikan Ahli Majlis MDLg

Page 2: Buletin fileEdisi -4 Majlis Daerah Lenggong Buletin  Program LA 21 Majlis Daerah Lenggong (Program turun padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP)

Edisi -4

Majlis Daerah Lenggong

Buletinwww.mdlg.gov.my

Sidang Redaksi

Penasihat

En Tukiren B Hj Siron

Ketua Penyunting

En Nor Akmal B Yang Ghazali

Penyunting

En Mohd Hafizal B Yaakob

Pengarang

En Mohd Shafarizam B Ahmad Arshad

En Juwis Ladiu

Jurufoto

En Nor Azhari B YusofEn Meor Shaharizan B Meor

Ahmad HarriPn Nur Aisyah Bt Hj Mohd

Radzi

Penyelaras

Cik Rusnida Bt Mat SallehPn Munaliza Bt Mansor

Grafik

En Nor Azhari B Yusof

Dari Meja Ketua

Penyunting

Assalamualaikum Dan salam 1 Malaysia

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinyaBuletin MDLg sekali lagi dapat diterbitkan bagi edisiyang ke empat.

Buletin ini diterbitkan bertujuan memudahkanpembaca dan pelayar internet yang melayari LamanWeb Majlis Daerah Lenggong mengetahui mesej yanghendak disampaikan kepada rakyat melalui tindakan –tindakan yang telah atau sedang dilakukan oleh pihakMajlis Daerah Lenggong .

Semua kandungan yang terdapat di dalam buletin iniadalah rangkuman daripada kandungan yang telahdikemaskini oleh pihak Majlis menerusi Laman RasmiWeb Majlis atau melalui laman sosial “Facebook”.Semua informasi ini diterjemahklan ke bentuk buletinsupaya pembaca dapat memberi cadangan ataupandangan kepada Majlis Daerah Lenggong.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan ucapan syabas diatas segala komitmen, dedikasi dan daya usaha yangtelah ditunjukan oleh warga Majlis dalam usahamenerbitkan buletin ini bagi agar pembacamemanfaatkanya seiring dengan slogan 1 Malaysia“Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan”

Sekian , Wasalam.

Page 3: Buletin fileEdisi -4 Majlis Daerah Lenggong Buletin  Program LA 21 Majlis Daerah Lenggong (Program turun padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP)

Edisi -4

Majlis Daerah Lenggong

Buletinwww.mdlg.gov.my

Program LA 21 Majlis Daerah Lenggong(Program turun padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP)

24.8.2010 – Majlis Daerah Lenggong telah mengadakan Program Turun Padang bersama Y.B Dato Dr.MahHang Soon ,DPMP . Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Tuan Yang Dipertua Majlis DaerahLenggong , En Tukiren B Hj Siron di Rumah Rehat Lenggong kepada delegasi Y.B ,Dato Dr.Mah Hang Soon,Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Tempatan ; En Zakuan B Zakaria dan turut hadir dalam majlis ini ialah AhliParlimen Lenggong , Y.B Dato’ Shamsul Anuar B Hj .Nasarah.

Selepas sesi taklimat ringkas , Program diteruskan di Dataran Lenggong . Aturcara majlis di Dataran Lenggongadalah penyerahan kunci gerai dan kiosk kepada penyewa baru di Dataran Lenggong dan penyampaianbantuan kepada fakir miskin yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Mah Hang Soon yang juga Ahli Majlis MesyuaratKerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna ,Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam. Majlis dimulakan dengan persembahan Nasyid daripelajar –pelajar Sekolah Menengah Agama Tan Sri Gahzali Jawi , Gerik yang merupakan Johan PertandinganNasyid peringkat Daerah Lenggong tahun 2010. Seramai 11 orang penyewa gerai dan 8 orang penyewa kiosktelah menerima replika kunci pada majlis tersebut. Manakala 20 orang penerima bantuan fakir miskin tahun2010 telah menerima bantuan keperluan harian dan wang tunai melalui Program Pembasmian KemiskinanBandar(PPKB). Di akhir majlis, para tetamu telah dibawa melawat ke Bazar Ramadhan Lenggong danmenyerahkan topi dan apron kepada para peniaga disitu.

Page 4: Buletin fileEdisi -4 Majlis Daerah Lenggong Buletin  Program LA 21 Majlis Daerah Lenggong (Program turun padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP)

Edisi -4

Majlis Daerah Lenggong

Buletinwww.mdlg.gov.my

Perlantikan Ahli Majlis , Majlis Daerah Lenggong Bagi Tahun 2010- 2011

27 Julai 2010 – Perlantikan Ahli Majlis bagi tahun 2010-

2011 telah diadakan di Resort Tasik Raban dengan jayanyabaru –baru ini . Enam orang muka baru telah dilantikmenggantikan yang sedia ada. Pejabat Setiuasaha Kerajaantelah membuat tapisan dan telah menyenaraikan penuhnama Ahli Majlis sebelum diserahkan kepada PihakBerkuasa Tempatan (Majlis Daerah Lenggong ) bagi tujuanmengangkat sumpah menerima jawatan sebagai Ahli MajlisBagi tahun 2010 – 2011.Perubahan ini melibatkan 1 orang wakil dari Parti MIC, 2

Orang dari Parti Gerakan Dan 3 orang dari parti MCAmanakala bagi Parti UMNO tiada perubahan dilakukan.Majlis dimulakan dengan Tuan Yang Dipertua , En TukirenB Hj Siron mengangkat sumpah menerima jawatan sebagaiYang Dipertua di hadapan Exco Kerajaan Negeri Perak, Y. BDato’ Saarani B Mohamad yang juga merupakan AhliDewan Undangan Negeri (Kota Tampan) .Majlis diteruskan dengan perlantikan menerima jawatansebagai Ahli Majlis dan diketuai oleh Tuan Haji Mohd RafdiB Mohd Nor.

“Tahniah dan syabas kepada Ahli Majlis. Anda adalah wakilrakyat kecil yang telah dilantik oleh Majlis DaerahLenggong. Semoga perlantikan ini dapat memudahkansemua urusan yang berhubung dasar MDLg” dalam ucapanY.B Dato’ Saarani B Mohamad selepas penyerahan watikahperlantikan kepada semua Ahli Majlis.

Page 5: Buletin fileEdisi -4 Majlis Daerah Lenggong Buletin  Program LA 21 Majlis Daerah Lenggong (Program turun padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP)

Edisi -4

Majlis Daerah Lenggong

Buletinwww.mdlg.gov.my

Selamat Datang Warga BaruMajlis Daerah Lenggong

En Mohd Shafarizam

B Ahamad Arshad

Pen.Peg. Perancang

Bandar & Desa

En Mohd Hafizal B Yaakob

Pegawai Teknologi

Maklumat

Cik Narimah Bt Aripin

Pen.Peg. Undang Undang

Cik Nurul Yani Bt

Nasharuddin

Pem.Akauntan

Page 6: Buletin fileEdisi -4 Majlis Daerah Lenggong Buletin  Program LA 21 Majlis Daerah Lenggong (Program turun padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP)

Edisi -4

Majlis Daerah Lenggong

Buletinwww.mdlg.gov.my

Selamat Datang Warga BaruMajlis Daerah Lenggong

En KHAIRUL SUHAIZI B

INUDDIN

Pekerja Awam

Cik PUNITHA A/P AVALEE

Pekerja Awam

En MOHD NIZAM B ROSLI

Pekerja Awam

En Mohd Rezal B Abd Hamid

Pekerja Awam

Cik Rusnah BT MOhd

Roslan

Pekerja Awam

Page 7: Buletin fileEdisi -4 Majlis Daerah Lenggong Buletin  Program LA 21 Majlis Daerah Lenggong (Program turun padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP)

Edisi -4

Majlis Daerah Lenggong

Buletinwww.mdlg.gov.my

Majlis Pelancaran Pembayaran Cukai TaksiranMelalui Maybank2U

26.6.2010 Majlis Pelancaran Pembayaran cukaitaksiran melalui Maybank2U telahdisempurnakan oleh Ahli Dewan UndanganNegeri Kota Tampan ; Y.B Dato Saarani BMohamad sempena Program Local Agenda 21yang diadakan di RPA Kampung Gelok , LenggongPerak

Page 8: Buletin fileEdisi -4 Majlis Daerah Lenggong Buletin  Program LA 21 Majlis Daerah Lenggong (Program turun padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP)

Edisi -4

Majlis Daerah Lenggong

Buletinwww.mdlg.gov.my

Majlis Daerah Lenggong telah mengambilbahagian dan Menyertai Taman TemaPihak Berkuasa Tempatan sempenaSambutan Hari Landskap Peringkat NegeriPerak 2010 bertempat di Dataran TamanPinggiran Sungai Kerian ,Parit Buntar dantelah mendapat tempat ke 3 Kategoriemas pada 15.11.2010

Page 9: Buletin fileEdisi -4 Majlis Daerah Lenggong Buletin  Program LA 21 Majlis Daerah Lenggong (Program turun padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP)

Edisi -4

Majlis Daerah Lenggong

Buletinwww.mdlg.gov.my

11 Nov. 2010 – Bersempena dengan Seminar Pengurusan Perubahan yang diadakan oleh MDeC

dengan kerjasama MAMPU, telah diadakan majlis penyampaikan penghargaan kepada portal dan

laman web yang berjaya mencapai penarafan 5 bintang bagi penilaian melalui Malaysia Portals

and Websites Assessement (MGPWA) 2010. Majlis ini berlangsung pada 11 Nov. 2010 bertempat

di Dewan Ruby, One World Hotel, Damansara..Daripada 1145 portal dan laman web agensi

kerajaan yang telah dinilai melalui MGPWA, Majlis Daerah Lenggong telah berjaya mencapai

penarafan 5 bintang bagi penilaian tahun 2010 dengan menduduki tempat ke 82 dengan skor

markah 80%. Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong, En.Tukiren B. Hj Siron telah menerima

anugerah ini bagi pihak Majlis Daerah Lenggong di majlis tersebut. En. Tukiren merakamkan

penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Daerah Lenggong di atas segala sokongan

dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan portal majlis daerah melalui Project

Managed Portal Services (MPS).

Berikut adalah beberapa kejayaan tersebut yang ingin dikongsi bersama melalui projek MPS ini:

69.3% daripada kesemua laman web kerajaan Malaysia yang berstatus 5 Bintang adalah laman

web MPS.700% peningkatan status 5 Bintang Laman Web MPS berbanding 343% daripada

laman web bukan MPS.64.3% daripada kesemua laman web Kerajaan Malaysia yang

berkedudukan 10 teratas adalah portal dan laman web yang terlibat di dalam projek MPS.

Peningkatan skor markah peratusan keseluruhan 82% bagi tahun 2010 berbanding hanya 60%

pada tahun 2009 bagi portal dan laman web yang terlibat di dalam projek MPS. Keputusan ini

menunjukkan projek MPS telah dapat membantu agensi-agensi kerajaan meningkatkan daya

saing, produktiviti dan prestasi setanding dengan agensi yang besar. Tahniah diucapkan kepada

semua yang terlibat.

MDLG Mendapat Penarafan 5 Bintang

Page 10: Buletin fileEdisi -4 Majlis Daerah Lenggong Buletin  Program LA 21 Majlis Daerah Lenggong (Program turun padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP)

Edisi -4

Majlis Daerah Lenggong

Buletinwww.mdlg.gov.my

Audit 5S Dari MPC (Malaysia Productivity Corporation)

Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti 5S iaitu Sisih

,Susun,Sapu,Seragam dan Sentiasa Amal telah dilaksanakan

oleh Majlis Daerah Lenggong selepas pelancaran di peringkat

Jabatan (Majlis Daerah Lenggong ) yang dilakukan pada 4

April 2010. 5S telah mendapatkan sambutan yangmenggalakkan daripada semua yang terlibat.Usaha Majlis

Daerah Lenggong dinilai melalui “Cross audited “dari Pihak

Berkuasa Tempatan PengKalan Hulu Pada 26 Oktober 2010.

Majlis Daerah Lenggong akur dan setuju dengan komen dan

cadangan dari Majlis Daerah Pengkalan Hulu . Hasilnya telah

diterjemahkan pada 3 Disember 2010 iaitu wakil dari MPC

(Malaysia Productivity Corporation) ,Cik Nor Hashimah Bt

Ibrahim yang telah mengaudit Majlis Daerah Lenggong. Setelah

semua zon diaudit melalui penilaian penuh maka keputusanyaadalah Majlis Daerah Lenggong telah disyorkan untuk persijilan

Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti 5S .Tahniah

diucapkan kepada semua warga Majlis Daerah Lenggong yang

memberi komitmen yang bergitu tinggi dan respon yang

menggalakkan bagi menjayakan 5S.

Page 11: Buletin fileEdisi -4 Majlis Daerah Lenggong Buletin  Program LA 21 Majlis Daerah Lenggong (Program turun padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP)

Edisi -4

Majlis Daerah Lenggong

Buletinwww.mdlg.gov.my

Persaraan

Nama : En Mohd Said B HingJawatan : MandorMula Berkhidmat : 1 Januari 1981Tamat Perkhidmatan : 10 Disember 2010

Jasamu Dalam Kenangan