6

:لِئِآقَلْائلئدُمْحَلْا...ayat yang telah khatib bacakan di awal khutbah ini, Allah SWT telah memberi panduan bagaimana kita boleh mengelakkan daripada penipuan

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: :لِئِآقَلْائلئدُمْحَلْا...ayat yang telah khatib bacakan di awal khutbah ini, Allah SWT telah memberi panduan bagaimana kita boleh mengelakkan daripada penipuan
Page 2: :لِئِآقَلْائلئدُمْحَلْا...ayat yang telah khatib bacakan di awal khutbah ini, Allah SWT telah memberi panduan bagaimana kita boleh mengelakkan daripada penipuan

1

KHUTBAH PERTAMA

: ل القآئ ئلئ د حم ال

على لم وعسع ل صع هم ، ل عسم وع عم د محعم ألم وعألمهع ، ل مل عر ال ع وعم را لع ر ل ألم ألمهع. ع عم ألمع وعألصمحعاعع ععع على وع د محعم ععا سعل

. مع مل لاع م لل ع ععى ع ماع وعر لم ألومصعم ، تملع ، ع ععاع عا ل ، عم أمما

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,Marilah kita bangunkan iman dan taqwa di dalam jiwa, dengan kepatuhan menjalani kehidupan di ataslandasan syariat. Kemuncak dalam menghayati agama Islam ialah mencapai darjat taqwa kepada AllahSWT. Tumpukan usaha untuk tunduk dan akur kepada perintah-perintah Allah SWT, seterusnyameninggalkan segala tegahan-Nya. Semoga kita mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Mendapat panggilan atau pesanan ringkas daripada pihak yang tidak diketahui bukanlah satu perkarabaharu dalam era dunia digital kini. Antara panggilan dan pesanan ringkas tersebut berupa janji-janjimanis pulangan keuntungan, samada melalui pelaburan mahupun berupa hadiah. Tidak kurang juga yangmenjadi mangsa perbuatan scammer yang menyamar sebagai pegawai penguatkuasa mendakwa pihakmangsa pernah melakukan kesalahan yang mengakibatkan kompaun sejumlah wang dan perlu dibayardengan kadar segera. Bagi mereka yang mudah tertipu sudah pasti akan termakan helah penipuan ini.Menurut laporan pihak berkuasa, dalam tempoh 18 Mac 2020 sehingga 4 Ogos 2020 sebanyak 2,500 kesjenayah e-dagang telah dilaporkan yang melibatkan kerugian sebanyak RM 17 juta.

Ini tidak termasuk 1,582 kes pinjaman tidak wujud melibatkan kerugian RM 18 juta, Macau Scamsebanyak 1,001 kes dengan kerugian RM 50 juta dan tipu SMS sebanyak 91 kes dengan kerugian

Page 3: :لِئِآقَلْائلئدُمْحَلْا...ayat yang telah khatib bacakan di awal khutbah ini, Allah SWT telah memberi panduan bagaimana kita boleh mengelakkan daripada penipuan

2

sebanyak RM500,000. Ini menunjukkan penipuan seperti ini bukanlah kes terpencil, malah ia adalahmasalah serius dalam masyarakat dan perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh. Seperti mana dalamayat yang telah khatib bacakan di awal khutbah ini, Allah SWT telah memberi panduan bagaimana kitaboleh mengelakkan daripada penipuan sebegini. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Hujurat ayat 6:

Mafhumnya: “ Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa

sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan

sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) -

sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Antara faktor utama yang menjerumuskan mangsa dalam penipuan ini ialah sifat ‘panik’. Untuk itu, kitamemerlukan kemahiran dan pengetahuan semasa bagi mengelakkan diri terlibat dengan sebarang bentukpenipuan. Hal ini menuntut kita untuk menyediakan bekalan pengetahuan duniawi seperti teknologimaklumat kepada diri, isteri dan anak-anak supaya kita tidak mudah menjadi mangsa bahkan mampumengendalikannya ketika berlaku penipuan. Namun demikian, keseimbangan antara ilmu duniawi danilmu ukhrawi mestilah wujud agar dengan kemahiran kita boleh gunakan dengan baik dan bukanlahmenjadikan kita orang yang mengeksploitasikan orang lain, kemewahan dunia diutamakan, melupakanbekalan di akhirat yang kekal abadi. Di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman menerusi surah al-Baqarah,ayat 200 hingga 202:

Bermaksud: “Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami,

berilah kami (kebaikan) di dunia”, (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia)dan tidak ada baginya

Page 4: :لِئِآقَلْائلئدُمْحَلْا...ayat yang telah khatib bacakan di awal khutbah ini, Allah SWT telah memberi panduan bagaimana kita boleh mengelakkan daripada penipuan

3

sedikitpun kebaikan di akhirat. Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai

Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab

neraka”. Mereka itulah yang akan mendapat kebaikan yang baik dari apa yang telah mereka usahakan;

dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya.”

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT,

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita bersama-sama berdoa agar dijauhkan oleh Allah SWT darisebarang bentuk penipuan. Mari kita renungi firman Allah SWT dalam Surah Al-Ma’idah ayat 105:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang

dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila

kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (ta’at mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan

laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan

kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.”

مئني ح وحتحقب مل ئ احق لل وحان الحائ ح مئ مئ ئ ئحا باكم وحإل حئي وححق مل احئ ئاكمآل كم وحق ئيم الك حاحقحائل ئ وح كم وحق ئيم مح احئ الق ئد م وحاقمح حا ح قمئى اقكددد مد احئ ئمد اب دح بد إل تئلوحتحد كم وحمئم

ل. ابئ حكد ال دح بد إل ئدومد م قامح وحامكممئحائ ح وحامكممئئم ئحائ م وحامك منح ئئ اكم

Page 5: :لِئِآقَلْائلئدُمْحَلْا...ayat yang telah khatib bacakan di awal khutbah ini, Allah SWT telah memberi panduan bagaimana kita boleh mengelakkan daripada penipuan

4

Page 6: :لِئِآقَلْائلئدُمْحَلْا...ayat yang telah khatib bacakan di awal khutbah ini, Allah SWT telah memberi panduan bagaimana kita boleh mengelakkan daripada penipuan

5