Upload
leminh
View
237
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ISL PENERBITAN VIDEO PENERBITAN
Jenis-Jenis Kamera Video
Kamera video analog
o Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog.
o Kamera ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam
pelbagai format seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic.
o Saiz kaset ini berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang
sesuai dengannya sahaja
Kamera video digital
o Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital.
o Kamera ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam
format DVC (Digital Video Cassette).
Jenis-Jenis Kamera Video
Kamera video
analogKamera video digital
o Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan menggunakan
kabel firewire.
JENIS-JENIS SHOT
PERGERAKAN KAMERA VIDEO
1) Pan atau Panning adalah gerakan kamera secara horizontal (mendatar) iaitu dari
kiri ke kanan atau sebaliknya
o Pan Right: kamera bergerak memutar ke kanan
o Pan Left: kamera bergerak memutar ke kiri
2) Tilt, Tilting ialah gerakan kamera secara vertical, mendongak dari bawah ke atas
atau sebaliknya.
o Tilt Up: mendongak ke atas
o Tilt Down: mendongak ke bawah
o Contoh: memperlihatkan keadaan suatu bangunan yang tinggi. Paparan awal
menunjukkan keadaan bangunan pada aras mata sebelum sedikit demi sedikit
menunjukkan keseluruhan hingga ke puncak.
3) Dolly atau Track ialah gerakan di atas tripod atau dolly mendekati atau menjauhi
objek.
o Dolly in / Track in – pergerakan kamera ke arah hadapan mendekati subjek yang
dirakam.
o Dolly Out / Track out – pergerakan kamera ke arah belakang menjauhi subjek
yang dirakam.
4) Pedestal ialah gerakan kamera di atas pedestal yang boleh dinaikturunkan
(mendatar) iaitu dari kiri ke kanan atau sebaliknya
o Pedestal Up: kamera dinaikkan
o Padestal Down: kamera diturunkan
5) Crab ialah gerakan kamera secara lateral atau menyamping, berjalan sejajar dengan
subjek yang sedang berjalan
o Crab Left: bergerak ke kiri
o Crab Right: bergerak ke kanan
6) Arc ialah gerakan kamera berputar mengelilingi objek dari kiri ke kanan atau
sebaliknya.
7) Zoom ialah gerakan lensa zoom mendekati atau menjauhi objek secara optic,
dengan mengubah panjang focal lensa dari sudut pandang sempit ke sudut pandang
lebar atau sebaliknya.
o Zoom In: mendekatkan objek dari long shot ke close up
o Zoom Out: menjauhkan objek dari close up ke long shot
o Hanya lensa bergerak bukan kamera.
Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran;
1. Tetapkan Tujuan dan Objektif
2. Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan
3. Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai
4. Menulis Skrip
5. Bersedia Membuat Penggambaran
6. Sediakan Bahan-Bahan Grafik
7. Sediakan Bahan dan Peralatan
8. Mulakan Penggambaran
9. Menyunting
10.Membuat Rakaman Audio
11.Prebiu
12.Gunakan Dalam Pengajaran
13.Penilaian
Penyuntingan Video
Bilik Penyuntingan Video
• Kerja mengedit memerlukan mesin mengedit. Tetapi ini tidaklah bermakna
bahawa tanpa mesin mengedit anda tidak boleh melakukan pengeditan.
• Untuk kerja-kerja mengedit yang mudah dan murah, anda hanya memerlukan
sebuah pemain video dan sebuah perakam video serta dua buah televisyen.
• Kedua-duanya perlu disambungkan. Sila lihat gambar di sebelah dan cuba anda
buat sambungannya dengan menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah
anda.
Dengan menggunakan video digital anda boleh menyunting dengan perisian-
perisian tertentu melalui komputer
Antaranya ialah Windows Movie Maker dan Ulead Video Studio.