Upload
leliem
View
234
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
CTU 101PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
TAJUK
PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU
DISEDIAKAN OLEH:
Nama No. Kad Pelajar
1.
2.
3
KOD PROGRAM :
SESI :
SEKSYEN :
0
KANDUNGAN
1. Pendahuluan
2. Penyebaran Islam di Tanah Melayu
3. Pengaruh Islam ke atas Masyarakat Melayu
4. Islam semasa Penjajahan Inggeris
5. Kesimpulan
Rujukan
1
1. Pendahuluan
Berdasarkan kajian sejarah mendapati Islam telah bertapak dan berkembang di
Tanah Melayu sejak sekian lama. Pelbagai teori dan hujah telah dikemukakan oleh
sarjana-sarjana tempatan dan Barat berhubung tarikh kedatangan awal Islam di Tanah
Melayu. Namun yang penting Islam telah bertapak di beberapa buah negeri dan diterima
baik oleh masyarakat Melayu. Islam dikatakan mula berkembang apabila kerajaan
Melayu Melaka bertindak menyebarluas pengaruh Islam di seluruh Tanah Melayu.
Kedatangan Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada kehidupan
masyarakat Melayu yang sama sekali berbeza dengan sebelumnya iaitu terbentuknya
suatu peradaban baru berteraskan Islam. Pengaruh Islam bukan sahaja berjaya
merubah kepercayaan tetapi juga sosio-budaya masyarakat Melayu dari sudut
pemerintahan, pendidikan dan kebudayaan. Namun perkembangan dan pengaruh Islam
menghadapi cabaran apabila kuasa Barat khususnya Inggeris (British) menjajah Tanah
Melayu dengan mencampuri hal ehwal pentadbiran di negeri-negeri Melayu dengan
memperkenalkan beberapa dasar bercorak sekular dan moden dalam pelbagai aspek
sehingga secara perlahan meminggirkan pengaruh Islam. Situasi ini telah
membangkitkan kesedaran orang Melayu untuk bangkit menentang penjajah menuntut
kemerdekaan demi kesinambungan peradaban Islam yang telah lama bertapak di
negara.
2
2. Penyebaran Islam di Tanah Melayu
Penyebaran Islam secara berencana dan menyeluruh di Tanah Melayu berlaku
di Melaka apabila munculnya kerajaan Melayu Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
di samping sebagai pusat perdagangan yang terpenting di rantau Alam Melayu. Peranan
yang dimainkan oleh kerajaan Melayu Melaka dalam menyebarkan Islam ini telah
menyebabkan Islam berkembang pesat di beberapa buah negeri jajahannya di Tanah
Melayu. Oleh kerana perkembangan dan penyebaran Islam yang dilakukan oleh Melaka
ini begitu ketara dan menyeluruh, maka tidak hairanlah kenapa sejarawan Barat
beranggapan Melaka sebagai negeri yang mula-mula menerima Islam di Tanah Melayu
pada abad ke-15M apabila rajanya yang pertama memeluk Islam pada tahun 1414M.1
Namun pandangan ahli sejarah Barat ini disanggah oleh ahli sejarawan
tempatan kerana terdapat beberapa negeri selain Melaka telah menerima Islam lebih
awal seperti Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang sekitar abad ke-7 dan ke-8
Masihi.2 Namun pertapakan Islam di negeri-negeri tersebut pada waktu itu dianggap
sebagai peringkat masa tunas dan kedudukan Islam tidak kukuh untuk berkembang.
Orang-orang Islam hanya merupakan kelompok-kelompok kecil yang hidup bersendirian
dan tidak ada bukti menunjukkan usaha pengembangan dan penyebaran Islam secara
meluas dan menyeluruh di Tanah Melayu dari negeri-negeri tersebut pada waktu itu
melainkan hanya Melaka diperakui berperanan bertindak menyebarluas Islam di rantau
ini. 3
1Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya: Al-Rahmaniah, hlm. 70-71.2Mahayudin Haji Yahaya (1998), Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm. 15.3Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm. 515.
3
Proses pengislaman dalam kerajaan Melaka adalah lebih menyeluruh sifatnya
iaitu bermula dari pihak istana. Oleh yang demikian, proses penyebaran agama Islam di
kalangan rakyat negeri Melaka dan jajahan takluknya menjadi meluas. Pahang,
Terengganu, Johor dan Kedah adalah antara negeri yang berjaya ditakluki Melaka dan
tersebar Islam di sana. Bendahara Tun Perak4 adalah orang yang bertanggungjawab
disebalik kejayaan peluasan kuasa kerajaan Melaka dan penyebaran agama Islam ke
seluruh Tanah Melayu.
Pada masa pemerintahan Sultan Muzafar Shah umpamanya, kedudukan agama
Islam semakin kukuh dan berkembang apabila baginda mempergiatkan lagi
penyebaran agama Islam menerusi kuasa politik. Dasar berbaik-baik dengan kuasa-
kuasa asing seperti Siam, Majapahit dan China yang dibuat oleh pemerintah selepas itu,
iaitu Sultan Mansur Shah, membolehkan kerajaan Melaka menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap perkembangan Islam di dalam dan di luar negeri. Justeru itu,
Melaka menjadi sebuah pusat kerajaan Melayu yang terbesar dan pusat penyebaran
agama Islam yang terpenting di Nusantara pada masa pemerintahan Sultan Mansur
Shah. Runtuhnya kerajaan Majapahit di Jawa adalah hasil gerakan dakwah Islam oleh
Melaka.5
Selain faktor politik dan penaklukan, penyebaran Islam di Tanah Melayu turut
disumbang oleh faktor perkahwinan, perdagangan dan gerakan dakwah oleh golongan
sufi.6 Walaubagaimana pun, faktor terpenting tersebarnya Islam secara meluas adalah
4Bendahara Tun Perak dianggap tokoh teragung dalam sejarah Melaka kerana kejayaannya menguatkan kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan dan penyebaran agama Islam di samping kejayaannya meluaskan wilayah Melaka.5 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 99-100.6 Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, hlm. 36.
4
kerana agama itu sendiri di mana sifat-sifatnya dan kandungannya adalah dengan
mudah dapat mendorong orang mengikutinya.7
Sungguhpun, tarikh sebenar kedatangan Islam di Tanah Melayu masih kabur,
namun kedatangan dan penyebaran agama Islam yang berlaku di negeri-negeri Melayu
ini yang menjangkau masa yang lama dan tidak henti-henti telah membawa pengaruh
yang cukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan
peradaban mereka.
3. Pengaruh Islam Ke Atas Masyarakat Melayu
Islam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah
baharu iaitu zaman bertamadun dan berkemajuan.8 Menurut Syed Muhammad Naquib
al-Attas, Islam mempunyai pengaruh yang amat besar, mendalam dan meluas di Alam
Melayu sehingga berjaya mencabut akar umbi pengaruh Hindu-Buddha. Kedatangan
Islam bukan sahaja menandakan kedatangan zaman baharu, bahkan permulaan suatu
zaman moden di rantau ini. Ujarnya, segala-galanya berpunca daripada tamadun yang
dibawa oleh Islam berasaskan kepada rasionalisme dan kebebasan cara berfikir
berbanding dengan zaman sebelumnya yang tidak berasaskan kepada rasionalisme dan
akal fikiran masyarakat dibelenggu oleh kepercayaan yang salah.9
Pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas ini secara tidak langsung menolak
beberapa pendapat sarjana barat yang mengatakan bahawa pengaruh Islam di Alam
7 Wan Abdul Kadir (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, Kota Bharu: Masfami Enterprise, hlm. 35.8 Muhammad Zaki Badawi (1962), Latarbelakang Kebudayaan Penduduk-penduduk di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 37.9Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 3-4.
5
Melayu itu adalah suatu yang tipis iaitu hanya kulit sahaja sedangkan di dalamnya
adalah unsur Hindu dan Buddha. Anggapan sarjana Barat ini telah mengelirukan.
Bagaimana boleh dianggap penyebaran Islam itu secara tipis sedangkan orang-orang
Melayu itu menganut dan terlibat secara dalaman dengan Islam.10 Sebenarnya
pengaruh unsur Hindu dan Buddha itulah yang tipis kerana agama Hindu dan Buddha
hanya didalami dan diamalkan oleh golongan istana sedangkan rakyat bawahan tidak
mempunyai kefahaman yang tepat berkenaan dengan agama-agama tersebut.11
Sejak orang Melayu menerima agama Islam, dapat ditegaskan ia mempengaruhi
secara mendalam dan melibatkan keseluruhan cara hidup harian anggota masyarakat
itu dan tidak hanya pada sistem kepercayaan sahaja. Perubahan yang berlaku ini
merupakan suatu revolusi yang telah sama sekali mengubah corak sosial dan politik
masyarakat tersebut.12
Umumnya kedatangan Islam telah membawa pengaruh yang cukup besar ke
atas masyarakat Melayu sehingga mencorakkan lanskap peradaban mereka. Pengaruh
Islam ke atas masyarakat Melayu dapat dilihat pada aspek-aspek berikut:
a. Aspek Akidah (Kepercayaan)
10Wan Abdul Kadir (1992), Pembinaan Tradisi Dan Budaya Ekspresif: Budaya Melayu, Petaling Jaya: Masfami Enterprise, hlm. 25.11 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, hlm. 12.12Mohammad Redzuan Othman (2005), Islam Dan Masyarakat Melayu, hlm. 1.
6
Kesan paling ketara dengan kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu
ialah bertukar agama daripada beragama Hindu atau Buddha atau kepercayaan
animisma kepada berakidah Islam yang mentauhidkan dan menyembah Allah s.w.t,13 di
samping menyakini kewujudan malaikat, perutusan para nabi, penurunan kitab-kitab,
kewujudan hari akhirat dan ketentuan qadha dan qadar.
Pandangan masyarakat Melayu terhadap kehidupan juga menjadi benar iaitu
semata-mata untuk beribadah kepada Allah s.w.t bukan untuk tujuan-tujuan lain selain
dari itu. Amalan berakidah tidak hanya terikat pada amalan ibadah-ibadah yang
diwajibkan sahaja tetapi juga pada setiap tindakan dan perbuatan. Kefahaman tauhid
yang menjadi asas akidah Islam berjaya meresap masuk ke dalam jiwa orang Melayu
sehingga sukar untuk digugat keislaman mereka. Sebab itu, cubaan untuk
menyeberluas agama Kristian oleh penjajah ke atas orang Melayu tidak memberi kesan.
Malahan sampai kini, hubungan antara Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan.14
b. Aspek Politik dan Pentadbiran
Kesan segera pengislaman di Tanah Melayu ialah kemunculan kerajaan Islam
seperti kerajaaan Islam Melaka. Sistem politik dan pentadbiran kerajaan Islam ini telah
memperkenalkan sistem pemerintahan empayar Uthmaniyah dengan meletakkan
‘sultan’ sebagai ketua negara dan ketua agama Islam. Di dalam perlaksanaan
pentadbiran, sultan dijadikan ‘Khalifah Allah di bumi’ dibantu oleh golongan penasihat
13 Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 540.14Wan Abdullah bin Hj. Wan Mahmood (1997), Tamadun Islam Dan Tamadun Alam Melayu Serta Sumbangannya kepada Dunia, Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam ITM, hlm. 223.
7
yang terdiri daripada alim ulama dan mufti.15 Berbeza dengan sistem kerajaan sebelum
Islam di mana golongan agama tidak mendapat tempat yang istimewa di dalam istana.
Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat tetapi tidaklah
dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti zaman Hindu yang perlu disembah.
Sultan bertanggungjawab menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara bagi
mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan kemudahan sama ada dari segi
penyebaran, pentadbiran dan perlaksanaan hukum-hukumnya.16
Sultan juga bertanggungjawab memperkenalkan dan melaksanakan undang-
undang berdasarkan hukum syariah Islam dalam pentadbirannya bagi menjamin
keadilan dan kesaksamaan, walaupun di dalam beberapa perkara tidak begitu
sempurna dan kurang memuaskan. Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka
adalah antara contoh undang-undang bertulis yang mengandungi hukum syariah Islam
yang dikuatkuasakan dan dilaksanakan di dalam pentadbiran Kesultanan Melayu
Melaka. Di dalam undang-undang berkenaan telah dicatatkan beberapa peruntukkan
undang-undang mengikut perundangan jenayah Islam seperti hukuman mencuri,
membunuh, zina dan sebagainya. Selain itu, dimuatkan juga peruntukkan tentang soal
nikah kahwin, pembahagian pusaka (faraid), hal yang berkaitan dengan muamalah
seperti urusan jual beli dan sebagainya juga dilaksanakan menurut sistem Islam. 17
c. Aspek Pendidikan dan Keilmuan
15Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (2004), Cetakan ke Empat, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 168.16 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 131-132.17 Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 541-542.
8
Mengenai sistem pendidikan dan ilmu pengetahuan ternyata agama Islam telah
membawa beberapa perubahan dan pembaharuan kepada peradaban Melayu. Oleh
sebab agama Islam menerima naungan daripada istana raja-raja Melayu, maka istana
telah dijadikan pusat kegiatan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Begitulah halnya
yang berlaku di Melaka, bermula daripada sultannya yang pertama sehingga sultan
yang terakhir sebelum tahun 1511M mengambil berat tentang perkembangan pelajaran
dan pendidikan Islam.18 Pernah diceritakan Sultan Mahmud Shah pernah mengunjungi
rumah maulana Yusuf untuk mempelajari kitab ”Maklumat”, di samping belajar dengan
maulana Sadar Johan.19
Institusi-institusi pendidikan sama ada rasmi atau tidak rasmi seperti pendidikan
di peringkat madrasah, pondok atau pesantren, masjid dan surau telah wujud. Ini
menunjukkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang
untuk mendapat dan mempelajari ilmu pengetahuan terutama mengenai ajaran Islam.
Kesannya, ramailah masyarakat Melayu yang celik huruf berbanding sebelum
kedatangan Islam di mana ilmu pengetahuan hanya dipelajari oleh golongan istana
sahaja. Kesan lain ialah muncullah golongan intelektual terutama alim ulama di
beberapa pusat tamadun Melayu Islam dengan karya-karya utama mereka terutama
karya-karya berbentuk keagamaan yang disampaikan dalam bentuk persuratan yang
dinamakan sastera kitab.20
18 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 141.19 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hlm. 402.20 Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2004), hlm. 168.
9
Ulama dalam bidang agama ini tidak hanya berperanan sebagai guru agama,
pengarang kitab-kitab dan penasihat raja-raja malah turut berjihad sebagai pahlawan di
medan perang. Oleh itu, golongan ini sentiasa mendapat penghormatan yang tinggi di
kalangan masyarakat dan juga pemerintah.21
Kedatangan Islam secara tidak langsung telah mengangkat martabat bahasa
Melayu sebagai salah satu bahasa ilmu pengetahuan dan penyebaran dakwah di Alam
Melayu dan dianggap sebagai Lingua-Franca di rantau ini. Justeru itu, Islam dikatakan
bertanggungjawab mengasaskan sistem pendidikan yang terawal di Alam Melayu.22
Selain itu, dengan kemasukan Islam juga telah menjadikan bahasa Melayu
daripada bahasa lisan kepada bahasa persuratan, apabila tulisan jawi diperkenalkan,
melalui pengajaran yang berasaskan kepada al-Quran. Secara kebetulan huruf-huruf
jawi yang diperkenalkan oleh tulisan Arab amat sesuai sekali dengan cara bahasa
Melayu dituturkan.23
Penglibatan pedagang dan mubaligh Islam dari Arab dalam usaha menyebarkan
Islam di Alam Melayu secara tidak langsung turut mempengaruhi penggunaan istilah
dan perkataan bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Penggunaan istilah dan perkataan
tersebut bukan sahaja dapat dilihat pada perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah
dan akhlak tetapi juga merangkumi segala aspek kehidupan yang lain seperti perkataan
sultan, ilmu, kitab, masjid, hisab, alam, sedekah dan lain-lain yang dipinjam dari bahasa
Arab.24 Hal ini tentunya memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu dan
menjadi simbol kekuatan Islam menerusi bahasa.21 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 404.22 Syed Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu., hlm. 41.23 Mustafa Hj. Daud (1987), Pengantar Tamadun Islam, Petaling Jaya: Media Indah , hlm. 118.24 Dasuki bin Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 544.
10
d. Aspek Sosial
Walaupun tidak sepenuhnya unsur-unsur sosial Islam mempengaruhi
masyarakat Melayu, namun sudah terdapat nilai-nilai persamaan taraf antara manusia,
tidak wujud lagi sistem perhambaan dan amalan kasta25 sebagaimana yang diamalkan
sebelum kedatangan Islam. Sungguhpun masih kedapatan perbezaan status antara
golongan bangsawan dengan rakyat tetapi perbezaan itu tidaklah begitu ketara.26
Islam mengajar anggota-anggota masyarakat Melayu mengeratkan hubungan
persaudaraan sesama Islam, bantu-membantu dan tolong-menolong. Peraturan dan
panduan hidup adalah berasaskan kepada agama Islam.27 Unsur-unsur metafizik yang
berkaitan dengan rukun iman dan perkara-perkara sam’iyyat28 serta hukum syarak yang
terdapat dalam ajaran Islam seperti wajib, sunat, makruh, haram dan harus amat
mempengaruhi pemikiran orang-orang Melayu di mana segala kegiatan yang dilakukan
semata-mata didorong untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dalam kegiatan ekonomi
misalnya, amalan riba, merampas dan penipuan dalam jual beli tidak lagi diizinkan. Bagi
mendapat keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan umum, kekayaan yang diperolehi
hendaklah dikeluarkan zakat dan digalakkan berwakaf dan melakukan amal jariah.29
Demikianlah pengaruh agama Islam dalam membentuk masyarakat dan budaya Melayu
yang lebih kukuh, yang belum pernah berlaku sebelum ini.
25Kasta diertikan sebagai lapisan masyarakat atau tingkatan golongan dalam masyarakat, lihat Kamus Dewan (1996), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka26 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 133.27 Wan Abdul Kadir (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, hlm. 39.28Sam’iyyat ialah beriman dengan perkara-perkara ghaib seperti percaya adanya siksaan kubur selepas mati adalah perkara benar dan tetap akan berlaku kepada orang yang telah meninggal dunia.29 Ibid., hlm. 134-135.
11
e. Aspek Kesenian
Pengaruh Islam dalam bidang kesenian meliputi pelbagai aspek, seperti
arkitektur, epigrafi, kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya.30 Aspek arkitektur
atau seni bina dapat dilihat pada bangunan masjid, surau atau madrasah, istana, rumah,
kota dan sebagainya. Khusus tentang masjid yang merupakan pusat ibadat umat Islam
mempunyai beberapa ciri asasi pengaruh kesenian Islam seperti bumbung kubah,
mihrab dan mimbar, menara dan tulisan-tulisan khat yang menghiasi dinding-dinding
masjid.31
Epigrafi seperti prasasti atau batu bersurat dan batu-batu nisan kebiasaannya
terdapat tulisan-tulisan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat al-Quran serta angka-
angka Arab. Batu nisan di Langgar Kedah misalnya terdapat catatan kalimah Syahadah
dengan tulisan khat kufi. Manakala prasasti di Terengganu terdapat nasihat dan perintah
bagi mentaati hukum-hukum syarak.32
Salah satu kesenian Islam yang terpenting ialah kaligrafi atau seni khat Islam.
Seni khat Islam ini dapat dilihat pada bangunan-bangunan masjid, batu nisan atau batu
bersurat, di samping tertulis pada benda-benda lain seperti tembikar, mata wang,
pakaian dan lain-lainnya.33
Adapun tentang seni logam, antara jenis-jenisnya ialah mata wang dan senjata-
senjata. Tentang mata wang, ianya menonjolkan nilai Islam dalamnya, dengan
30 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 390.31 Ibid., hlm. 391.32 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 135.33 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 394.
12
menekankan sifat keadilan kepada raja-raja. Demikan juga pada senjata keris, dari segi
fungsi dan motif-motif ragam hias khususnya daripada ayat-ayat al-Quran yang terukir
pada hampir keseluruhan senjata ini yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.34
4. Islam Semasa Penjajahan Inggeris
Inggeris atau British adalah penjajah Tanah Melayu paling lama iaitu bermula
mengambil alih Tanah Melayu daripada penguasaan pihak Belanda menerusi Perjanjian
Inggeris-Belanda pada tahun 1824 sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Pada peringkat awal penjajahan, dasar pihak Inggeris ialah tidak mahu mencampuri
urusan yang berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi pentadbir British,
agama Islam yang telah sebati dalam kebudayaan orang-orang Melayu bukanlah satu
ancaman. Jika mencampuri urusan agama seperti mengembangkan agama Kristian
mungkin akan mencetuskan ketegangan yang boleh mendatangkan masalah besar
kepada kepentingan ekonomi mereka. Oleh yang demikian mereka meletakkan urusan
yang berkaitan dengan hal-hal agama di bawah kuasa sultan sebagai penaung.35
Menurut Muhammad Redzuan Othman, perluasan penjajahan British ke atas
Tanah Melayu ternyata tidak banyak mengubah amalan Islam dalam kalangan orang
Melayu, malah komitmen mereka terhadap agama pula tidak pernah terjejas pada bila-
bila masa.36 Namun begitu, penyerapan pengaruh Barat tetap berlaku apabila Inggeris
campurtangan dalam urusan pentadbiran dan undang-undang kerajaan Melayu
sehingga menghakis sedikit demi sedikit pengaruh Islam. Seperti yang diungkapkan
oleh Ahmad Ibrahim;
34 Ibid., hlm. 395.35 Mohammad Redzuan Othman (2005), Islam Dan Masyarakat Melayu, hlm. 17.36 Ibid., hlm. 23.
13
“Walaupun ada fasal yang menyatakan bahawa Raja-raja Melayu bersetuju menerima semua nasihat British kecuali dalam hal-ehwal mengenai agama Islam dan adat istiadat Melayu namun British sama ada secara langsung atau tidak langsung telah campurtangan dalam hal-ehwal agama dan pentadbiran. British secara tidak langsung telah membawa masuk undang-undang Inggeris menggantikan sebahagian besar pemakaian undang-undang Islam dan adat Melayu”.37
Menurut Ahmad Ibrahim lagi dengan memetik kenyataan R.J Wilkinson, tidak boleh
diragui lagi bahawa undang-undang Islam akan menjadi undang-undang Tanah Melayu
sekiranya undang-undang British tidak masuk dan menahannya.38
Ekoran campurtangan Inggeris dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu dengan
memperkenalkan undang-undang Inggeris sehingga mengenepikan sebahagian besar
undang-undang Islam telah membangkitkan kemarahan di kalangan orang-orang
Melayu terutama dari golongan nasionalis Melayu dan juga golongan ulama’. Namun
semua gerakan penentangan ini dapat dipatahkan oleh pihak penjajah. 39
Sungguhpun gerakan penentangan ini dapat dipatahkan, namun sedikit
sebanyak membuatkan pihak Inggeris mempertimbangkan kedudukan undang-undang
Islam dengan bertindak mengubah struktur pentadbiran agama Islam dan undang-
undang Mahkamah Syariah yang sedia wujud di samping menubuhkan Majlis Agama
Islam serta menggubal undang-undang untuk dilaksanakan di mahkamah tersebut.40
Menurut Kassim Thukiman, pada zaman penjajahan Barat, Islam tidak memberi
kesan ke atas sistem politik masyarakat Melayu dan hanya dijadikan sebagai agama
rasmi di setiap negeri Melayu. Perkembangan agama Islam juga semakin merosot dan 37 Ahmad Mohamad Ibrahim (1986), Sistem Undang-undang Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 49.38 Ibid.39 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 201.40 Ibid., hlm. 202.
14
terhad pemakaiannya. Ini kerana kerajaan British telah menginstitusikan bidang agama
menyebabkan ia menjadi sangat birokratik.41
Akibat campurtangan Inggeris, aspek-aspek lain turut terjejas seperti ekonomi,
pendidikan dan budaya. Proses modenisasi yang menjurus kepada mementingkan
kemajuan kebendaan yang dilakukan oleh pihak Inggeris dalam pelbagai aspek ini telah
mempengaruhi cara hidup masyarakat Melayu. Kesannya, berlakulah suatu pemisahan
dalam cara hidup di mana Islam hanya pada ibadah ritual sahaja. Ini bermakna Inggeris
berjaya menerapkan budaya sekular dalam sistem pentadbiran dan kehidupan
masyarakat Melayu. Di bidang ekonomi misalnya, pihak Inggeris telah memperkenalkan
sistem kapitalis yang menekankan aspek kebendaan bukannya aspek spiritual
sebagaimana dalam Islam. Pengaruh kapitalis ini mula tersebar di bandar-bandar
moden di negara ini kerana ia merupakan ukuran kemajuan Barat.42 Oleh itu, untuk
mencapai kemajuan seperti kemajuan orang-orang Barat masing-masing berusaha
mengejar kebendaan atau material.
Begitu juga dalam sistem pendidikan di mana sistem pendidikan sekular
mengambil-alih sistem pendidikan tradisional. Stamford Raffles dikatakan pelopor sistem
pendidikan sekular ini, kerana dialah yang mula-mula menganjurkan supaya pelajaran
bahasa Melayu diasingkan dari dasar pelajaran al-Quran.43 Sistem pendidikan Inggeris
ini secara halus mula menanam sikap, nilai dan wolrdview Barat kepada murid-murid
tempatan. Barat menyalurkan nilai-nilai Barat dan melakukan proses modenisasi atau
pembaratan menerusi sistem pendidikan. Akibatnya lahirlah golongan yang cenderong
kepada budaya Barat apatah lagi dari segi psikologinya kedudukan orang Inggeris pada 41 Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, hlm. 48.42 Wan Abdul Kadir (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, hlm. 48.43 Abdul Rahman Haji Abdullah (1984), Sejarah Dan Pemikiran Islam, Damansara Utama: Penerbitan Pena, hlm. 357.
15
waktu dipandang tinggi. Ini kerana kemajuan yang dicapai oleh Barat dari aspek luaran
seperti teknologi, sains dan ilmu pengetahuan dengan sendirinya meletakkan
kedudukan orang-orang Barat di atas.44
Pengaruh budaya Barat juga disebarkan melalui penayangan filem-filem Barat
yang ternyata mendapat sambutan di kalangan muda-mudi Islam sehingga
mengabaikan amalan cara hidup Islam. Perlakuan, pakaian, fesyen dan seumpamanya
yang ditonjolkan menerusi filem-filem Barat selalu menjadi ikutan orang-orang muda
yang kebiasaannya mendapat tentangan dari golongan tua. Ini kerana nilai-nilai dalam
budaya Barat itu bertentangan dengan nilai-nilai tradisi dan agama Islam.45
Menurut Haji Dasuki Haji Ahmad, sekurang-sekurangnya dua kesan ditinggalkan
oleh penjajah; pertamanya, melemahkan pengaruh Islam di Tanah Melayu di mana
kedatangan penjajah Barat dan penerapan kebudayaan Barat serta kemajuan Barat
dalam bidang sains dan teknologi telah menambah kemerosotan pengaruh Islam.
Keduanya, memundurkan kehidupan orang Islam akibat penguasaan ekonomi tempatan
oleh penjajah Barat di samping pembangunan yang dibawa oleh penjajah tidak memberi
faedah kepada orang-orang Melayu.46
5. Kesimpulan
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu jelas telah membawa pengaruh yang cukup
besar kepada masyarakat Melayu. Islam yang tersebar ke seluruh Tanah Melayu
melalui beberapa faktor telah berjaya merubah kepercayaan, pemikiran dan cara hidup
44 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 49.45 Ibid., hlm. 50-51.46Dasuki Haji Ahmad (1980), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 16-17.
16
orang-orang Melayu sehingga membentuk satu peradaban Melayu yang berbeza
dengan sebelumnya. Pengaruh Islam ini terus berkembang dengan baik dalam tempoh
yang agak lama.
Namun begitu pengaruh Islam telah terjejas apabila pihak Barat datang menjajah
terutama penjajah British atau Inggeris yang telah berjaya mencampuri urusan hal-ehwal
orang-orang Melayu dengan memperkenalkan dasar-dasar Barat menerusi sistem
Residen. Akibatnya nilai-nilai tradisi dan agama Islam yang mewarnai politik,
perundangan, ekonomi dan pendidikan dalam masyarakat Melayu semakin terhakis dan
terpisah.
Walaupun penjajahan Inggeris telah menjejaskan pengaruh Islam dan
membantutkan perkembangannya dalam pelbagai aspek, namun dari aspek
kepercayaan dan pegangan akidah orang-orang Melayu tidak terjejas dan tetap
dipertahankan. Akidah Islam yang sudah tertanam dalam diri dan sebati dengan jiwa
orang Melayu sejak sekian lama telah membangkitkan kesedaran dan semangat di
kalangan mereka untuk berjuang menentang penjajahan Barat ini sehinggalah
membawa kepada kemerdekaan tanahair pada tahun 1957. Selepas mencapai
kemerdekaan, pengaruh dan perkembangan Islam kembali mewarnai peradaban
Malaysia.
17
Rujukan
Abdul Rahman Haji Abdullah (1984), Sejarah Dan Pemikiran Islam, Damansara Utama: Penerbitan Pena.
___________________ (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya: Al-Rahmaniah.
Ahmad Mohamad Ibrahim (1986), Sistem Undang-undang Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
18
Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (2004), Cetakan ke Empat, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Kamus Dewan (1996), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mahayudin Haji Yahaya (1998), Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Muhammad Zaki Badawi (1962), Latarbelakang Kebudayaan Penduduk-penduduk di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka .
Mustafa Hj. Daud (1987), Pengantar Tamadun Islam, Petaling Jaya: Media Indah.
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Abdul Kadir (1992), Pembinaan Tradisi Dan Budaya Ekspresif: Budaya Melayu, Petaling Jaya: Masfami Enterprise.
_______________ (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, Kota Bharu: Masfami Enterprise.
Wan Abdullah bin Hj. Wan Mahmood (1997), Tamadun Islam Dan Tamadun Alam Melayu Serta Sumbangannya kepada Dunia, Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam ITM.
19