3

Click here to load reader

01 Muhimmah 1-3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 01 Muhimmah 1-3

Muhimmah Karangan Syeikh ‘Abdullah Ibn ‘Abdur Rahim Fatonihttp://alraufi.blogspot.com/2010/10/muhimmah-syeikh-abdullah-ibn-abdur.html

1

این کتابد ندي م م ن ی مل فةم ه ا لیه وسملدیث نيب د صىل هللا

ن لكب ـد بف س ـوجفن دان کـهـ ارا ن اسرتي فن ا ربواألـدان ب. ي سوام ال ک ن س لک فن ارا ی د م

ن عبدن شیخ اڽ اكر اكدان دره .يـناطم فـرحالبدع هللا ا

لملو له ا غفرنيآم ،نيملس.

Inilah KitabYang Dinamakan Dia Penting-Penting Pada ‘Ilmu Hadits Nabi J PadaBicarakan Kelebihan Dan Kepujian Atas Perbuatan Isteri Bagi Suaminya.Dan Bicarakan Segala Kecelaan Pada Meninggalkannya Dan Derhakanya.Karangan Syeikh ‘Abdullah Ibn ‘Abdur Rahim Fatoni.

Semoga Allah Mengampuni Baginya Dan Bagi Muslimin. Amiin.

Pengalihan Jawi Kepada Rumi Serta Disusun Semula Oleh:Hamba Allah Yang Dhoif Lagi Hina

Muhamad Rauf Bin Minhat

Page 2: 01 Muhimmah 1-3

Muhimmah Karangan Syeikh ‘Abdullah Ibn ‘Abdur Rahim Fatonihttp://alraufi.blogspot.com/2010/10/muhimmah-syeikh-abdullah-ibn-abdur.html

2

5نيالمب العهللا ر دمالح،الصونيلسرالمو نبييم الناتخ دمحا منيدلى سع المالسالة و،

نيعمأج بهحصو هلى العو .

دعا بأمAdapun kemudian daripada itu, Maka inilah suatu:

[Muhimmah]Yang Ditakut Atas Tiap-Tiap Perempuan Yang Bersuami,

Iaitu Mengerjakan Pekerjaan Yang Jadi Derhaka Akan Suaminya.

Maka wajiblah atas segala perempuan yang tersebut itu belajar dan mengetahuiakan hukumnya supaya terpelihara segala amalnya yang kebajikan dan lagi berolehmanfaat akan dia pada hari akhirat, kerana beberapa seksa dan azab Allah I atassegala perempuan yang derhakakan suaminya di dalam dunia ini. Pada esok harinyasangatlah menyesal atas segala perempuan yang tersebut itu, maka tiadalah bergunaoleh sesalnya dan dukacitanya pada waktu itu.

ertinya; ketahui olehmu bahawa sungguhnya derhaka perempuan akan [أعلم]suaminya itu memberi fatwa oleh beberapa ulama’, iaitulah setengah daripada dosayang amat besar jadi derhaka ia:

1. Sebab menegahkan akan suaminya daripada mengambil kesukaan sama adadiwathi (دوطي - bercampur dengan isteri) atau lainnya seperti menegah ia akansuaminya daripada menjamah dan menyentuh pada barang tempat daripadabadannya.

2. [Demikian lagi] derhakalah sebab keluarnya daripada rumah dengan tiada izinsuaminya; sama ada suami itu hadir atau ghaib, [atau] keluar ia kepada majlis zikiratau kepada majlis belajar ilmu yang bukan fardhu ‘ain.

[Maka tiada] derhaka ia keluar kerana belajar hukum haidh dan nifas dansekalian ilmu yang fardhu ‘ain. [Tetapi] wajiblah atasnya keluar supaya belajar ia akansegala fardhu ‘ain itu dan haramlah atas suaminya menegahkan isterinya daripadakeluar kerana ia hendak menuntut fardhu ‘ain jikalau tiada ia ‘alim.

[Adapun] jikalau ada ia ‘alim nescaya wajiblah atasnya mengajar akanisterinya itu, maka ketika itu haramlah keluar perempuan itu daripada rumahnya lagiderhakalah ia dan jadi derhaka pula sebab enggan ia daripada berpindah sertasuaminya.

Page 3: 01 Muhimmah 1-3

Muhimmah Karangan Syeikh ‘Abdullah Ibn ‘Abdur Rahim Fatonihttp://alraufi.blogspot.com/2010/10/muhimmah-syeikh-abdullah-ibn-abdur.html

3

3. [Dan] derhaka pula sebab menyelak (mengunci) ia akan pintu ketika menghendakmasuk suaminya kepadanya.

4. [Dan] derhaka pula sebab mintanya akan talaknya.

5. Dan derhaka pula sebab masam mukanya kemudian daripda bersihnya.

[Dan lagi] beberapa banyak perbuatan yang jadi derhaka perempuan akansuaminya itu tersebut di dalam kitab fiqah.

[Maka manakala] berbuat oleh perempuan akan suami daripada segala yangtersebut itu dan jikalau dengan satu lahzah (حلظة - sesaat) sekalipun, nescaya tiadawajib atas suaminya memberi nafkahnya pada hari itu dan tiada pula wajib memberipakaiannya pada fasal itu.

[Dan tiada] pula wajib gilirannya, tetapi hukum perempuan yang demikian itusebenarnya bahawa meninggalkan akan dia oleh suaminya pada tempat ketidurannyahingga balik daripada derhakanya itu kepada kebajikan taat pula dan jikalau sampaibeberapa tahun sekalipun.

[Dan telah] melaknatkan akan perempuan yang derhaka itu oleh segalamalaikat yang berbuat bakti yang tiada derhaka mereka itu kepada Allah I sekejapmata jua pun, dan bahawa menyeksa akan dia oleh Tuhan yang mempunyai kekerasandi dalam negeri yang hina iaitu di dalam neraka.

Perkhabaran Hadits Hak Suami Atas Isteri

[Dan telah] berkata ‘Aisyah g: “Hai segala perempuan! jikalau kamumengetahui semuanya dengan hak segala suami kamu atas kamu sekalian, nescayamenjadikan oleh perempuan daripada kamu suaminya menyapu debu yang ada padadua kaki suaminya itu dengan hadapan mukanya.

[Dan telah] mengeluarkan oleh Hakim bahawa sungguhnya seorang perempuanberkata ia bagi Nabi j : “Bahawasa sungguhnya anak mamakku si anu namanya,ibunya meminang ia akan dia akan daku, maka khabarkan olehmu akan daku apa-apahak suaminya atas isterinya, maka jikalau ada suatu yang kuasa aku mengerjakan dia,nescaya hendaklah aku berkahwin akan dia.” [Maka] bersabda Nabi j : “Setengahdaripadanya itu, jikalau mengalir dua lubang hidungnya akan darah atau nanah, makamenjilat ia perempuan itu akan dia dengan lidahnya, sungguhnya belum lagimendatangkan ia akan hak suaminya dan jikalau patut bagi seorang manusia bahawasujud ia bagi seorang manusia, nescaya aku suruh akan perempuan bahawa sujud iabagi suaminya apabila masuk ia atas isterinya, bagi orang yang melebihkan akan diaoleh Allah I atas isterinya.” Maka berkata oleh perempuan yang bertanya itu: “DemiTuhan yang membangkitkan akan dikau dengan sebenarnya jadi Nabi, tiadalah akubersuami selama kekal di dalam dunia ini.”