5
KHUTBAH JUMAAT 19 RABIULAWAL 1431H/05 MAC 2010M SOLAT DAN KECEMERLANGAN UMMAH Oleh: Ustaz Musally Moksin MUSLIMIN JEMAAH JUMAAT RAHIMAKUMULLAH, Bertaqwalah kita kepada Allah SWT dengan taqwa yang sebenar-benarnya. Taqwa dengan makna dan maksud menjunjung dan melaksanakan segala perintah Allah SWT serta meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Taqwa dengan makna kita takut dan cinta kepada Allah SWT serta mengharapkan redha juga rahmat-Nya. Sesungguhnya hamba Allah yang bertaqwa itu adalah semulia-mulia hamba di sisi Allah SWT. Allah SWT memberikan jaminan kejayaan, keuntungan, rahmat, barakah dan bahagia hidup orang yang bertaqwa di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT di dalam Al Quran: 1

05-Mac-2010

Embed Size (px)

DESCRIPTION

x

Citation preview

KHUTBAH JUMAAT 19 RABIULAWAL 1431H/05 MAC 2010M

SOLAT DAN KECEMERLANGAN UMMAHOleh: Ustaz Musally Moksin

MUSLIMIN JEMAAH JUMAAT RAHIMAKUMULLAH,Bertaqwalah kita kepada Allah SWT dengan taqwa yang sebenar-benarnya. Taqwa dengan makna dan maksud menjunjung dan melaksanakan segala perintah Allah SWT serta meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Taqwa dengan makna kita takut dan cinta kepada Allah SWT serta mengharapkan redha juga rahmat-Nya.

Sesungguhnya hamba Allah yang bertaqwa itu adalah semulia-mulia hamba di sisi Allah SWT. Allah SWT memberikan jaminan kejayaan, keuntungan, rahmat, barakah dan bahagia hidup orang yang bertaqwa di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT di dalam Al Quran:

Maksudnya: ...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya . Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talaq, ayat: 2-3)

SIDANG JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,Ibadah Solat menjadi rukun membina dan membentuk Islam dan Syariatnya. Solat adalah tiang seri dan tunjang Islam, syiar dan Syariat Islam. Meninggalkan dan mengabaikan ibadah Solat bermakna kita dengan sendirinya telah meruntuhkan dan merosakkan tiang seri agama Islam.

Rasulullah SAW pernah menegaskan bahawa beza antara orang Islam dengan orang bukan Islam ialah Solat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Siapa meninggalkan Solat dengan sengaja maka sesungguhnya dia kafir terang-terangan. (HR Imam Ahmad)

Peringatan berupa amaran tegas Rasulullah SAW ini hendaklah menjadi pengajaran kepada umat Islam agar kita tidak memandang ringan terhadap ibadah Solat fardu lima waktu.

Oleh itu, sebagai ibubapa hendaklah mengambil berat ibadah Solat dalam rumahtangga dan ahli keluarga serta anak-anak kita. Guru, pensyarah dan ustaz-ustazah di sekolah/kolej/universiti hendaklah mengingatkan kepada anak murid, pelajar dan mahasiswa-mahasiswinya agar menjaga ibadah Solat. Di pejabat hendaklah ketua pejabat memberikan peringatan pekerja bawahannya tentang kewajipan menunaikan ibadah Solat. Begitu juga di premis perniagaan, kilang, pasar dan sebagainya hendaklah managernya atau pengurusnya bertindak tegas supaya pekerjanya memelihara Solat fardu lima waktu.

Perlu diingatkan, bahawa umat yang memelihara ibadah Solat, pekerja yang menjaga ibadah Solat, ahli keluarga yang mementingkan ibadah Solat dan pelajar yang diasuh menjaga ibadah Solat fardu lima waktu itu. Dijamin mereka akan lebih berdisiplin, amanah, jujur, bersemangat melaksanakan kerja dan tidak suka menipu, khianat atau membuat perkara-perkara keji dan mungkar.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: ...dan dirikanlah Solat (dengan tekun), sesungguhnya Solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan . (Surah Al-Ankabut, ayat: 45)

SIDANG JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,Firman Allah SWT di dalam Al Quran:

Maksudnya: Dan perintahkanlah kepada ahli keluargamu mendirikan Solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepadamu, Kami-lah yang memberi rezeki kepadamu. Dan ganjaran (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa. (Surah Thaha, ayat: 132)

Peliharalah ibadah Solat. Firman Allah SWT lagi:

Maksudnya: Peliharalah segala Solat kamu, khasnya Solat Wusta (Solat Asar) dan berdirilah kamu kerana Allah (dalam Solat kamu) dengan taat dan khusyuk. (Surah Al-Baqarah, ayat: 238)

Ayat ini, menegaskan tentang perintah Allah SWT berkenaan ibadah Solat. Solat adalah tanda pengabdian kita kepada Allah SWT. Pasti ganjaran pahala, kebaikan dan kebajikan akan diberikan oleh Allah SWT kepada setiap hamba-Nya lebih-lebih lagi hamba-Nya yang taat dan patuh melaksanakan ibadah Solat.

JEMAAH JUMAAT RAHIMAKUMULLAH,Sesungguhnya kedudukan ibadah Solat dalam Syariat Islam dan di sisi Allah SWT amat besar dan kesan pengaruhnya juga sangat hebat dalam kehidupan umat Islam. Seluruh Rasul dan para Nabi diperintahkan Solat dan diperintah mengajak umat masing-masing mendirikan Solat hinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.

Nabi Ibrahim AS telah berdoa memohon kepada Allah SWT agar diri, ahli keluarga dan anak cucunya dijadikan orang yang taat mendirikan dan menunaikan ibadah Solat, sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah SWT:

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan Solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan kami. (Surah Ibrahim, ayat: 40)

JEMAAH JUMAAT RAHIMAKUMULLAH,Kesan terbesar ibadah Solat dalam pembangunan ummah dan peranannya dalam membina kecemerlangan ummah amat-amat hebat dan telah dibuktikan generasi terbaik umat Islam di zaman Rasulullah SAW.

Para sahabat Rasulullah SAW adalah generasi terbaik lantaran mendapat sentuhan dan bimbingan secara langsung oleh Rasulullah SAW dalam memelihara ibadah Solat.

Sehingga ada para sahabat Rasulullah SAW, iaitu seperti Abdur Rahman bin Auf RA yang sanggup menjual seluruh harta dan perniagaannya kerana takut terlalai dari menunaikan Solat berjemaah bersama-sama Rasulullah SAW. Tetapi Rasulullah SAW menjelaskan sekalipun harta dan perniagaan Abdur Rahman bin Auf itu dijualnya habis, tidak juga menyamai kelebihan solat berjemaah bersama-sama Rasulullah SAW.

Pengajaran daripada kisah Abdur Rahman bin Auf RA, bahawa ibadah Solat itu kelebihan dan keutamaannya tidak boleh dibandingkan dengan perniagaan atau harta kekayaan. Ertinya perniagaan adalah urusan kehidupan yang perlu dilaksanakan, namun jangan sampai ia menjadi penghalang daripada melaksanakan ibadah Solat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Aku jadikan Solat permata hidupku. (HR Imam Ahmad)

JEMAAH JUMAAT RAHIMAKUMULLAH,Solat dan kejayaan hidup umat Islam dan orang beriman tidak boleh dipisahkan. Allah SWT telah memberikan jaminan kejayaan dan kecemerlangan hidup umat Islam yang memelihara Solatnya.

Firman Allah SWT di dalam Al Quran:

Maksudnya: Sesungguhnya beruntung (berjayalah) orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam Solatnya. (Surah Al-Mukminuun, ayat: 1-2)

Demikianlah, keutamaan ibadah Solat dalam kehidupan umat Islam. Solat memberi kesan terbaik kepada peribadi dan sahsiah umat Islam, solat sangat berperanan membentuk ummah yang cemerlang dan barakah,memperolehi rahmat, redha dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Disediakan oleh :BAHAGIAN PENYELIDIKAN & INFORMASI

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAHPAGE 1