9
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, PERAK DARUL RIDZUAN Telefon: 05-5406000 Faks: 05-5406100 Laman Web: www.kskbpt.com MINIT MESYUARAT AGUNG KSKBPT KALI KE 7 (2010) Tarikh : 5 Mei 2010 Masa : 8.30 pg Tempat : Bilik Persidangan, Blok Zamrud, BPT. KEHADIRAN : AHLI JAWATANKUASA: 1. Hj. Mohd. Zaidi b. Mohd. Hasan (Presiden) 2. En. Mohd. Fuzi b. Hashim (Setiausaha Kehormat) 3. Pn. Rahmah bt Kasim (Pen. Setiausaha Kehormat) 4. En. Mohd. Zahar b. Ibrahim (Bendahari Kehormat) 5. Pn. Suraya bt. Abdullah Sani (Pen. Bendahari Kehormat) 6. Tn. Hj. Wan Zulasmin b. Wan Ibrahim (Ahli Jawatankuasa) 7. Cik Farawahida bt. Khusnan (Ahli Jawatankuasa) (TIDAK HADIR) 8. En. Sabadun b. Yatim (Juru Audit) Dan 83 orang ahli yang berdaftar sebagai ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Senarai Kehadiran di lampirkan di Lampiran A. 1.0 UCAPAN PRESIDEN KELAB MERANGKAP PENGERUSI MESYUARAT Tuan pengerusi memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli kelab yang dapat hadir pada pagi ini. Beliau juga memaklumkan KSKBPT telah berjaya menganjurkan beberapa aktiviti dan mendapat sambutan agak baik dari kalangan ahli-ahli kelab KSK sendiri. 2.0 PENENTUAN KORUM DAN PERLANTIKAN JURUTULIS MESYUARAT 2.1 Mengikut rekod kehadiran, seramai 83 orang ahli yang berdaftar telah hadir ke mesyuarat kali ini. Oleh yang demikian, jumlah kehadiran ini adalah mencukupi korum yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan iaitu satu pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli biasa. 2.2 Hj. Wan Zulasmin telah mencadangkan Puan Norhana bt. Muhamad Yusuf dilantik menjadi Jurutulis Mesyuarat dan cadangan ini disokong oleh En. Abd. Kadir b. Ahmad. 3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-6(2010). Setiausaha kehormat membentangkan minit Mesyuarat Agung Kali ke 6 (2010) seperti lampiran D (muka surat 19-27). En. Arshad bin Mohd Dahari mencadangkan supaya minit mesyuarat tersebut diterima dan telah disokong oleh En. Hasrol Redzuan b. Mustafa. 4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DARIPADA MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-6(2010). 4.1 Imbuhan Tetap Kepada AJK Sebagai Galakan/Tarikan Telah diambil tindakan. Makluman 1

1 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt Kali Ke7-2010 (20 Mei)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 1 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt Kali Ke7-2010 (20 Mei)

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKANBAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL

Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia,Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, PERAK DARUL RIDZUAN

Telefon: 05-5406000 Faks: 05-5406100 Laman Web: www.kskbpt.com

MINIT MESYUARAT AGUNG KSKBPT KALI KE 7 (2010)

Tarikh : 5 Mei 2010Masa : 8.30 pgTempat : Bilik Persidangan, Blok Zamrud, BPT.

KEHADIRAN :

AHLI JAWATANKUASA:

1. Hj. Mohd. Zaidi b. Mohd. Hasan (Presiden)2. En. Mohd. Fuzi b. Hashim (Setiausaha Kehormat)3. Pn. Rahmah bt Kasim (Pen. Setiausaha Kehormat)4. En. Mohd. Zahar b. Ibrahim (Bendahari Kehormat)5. Pn. Suraya bt. Abdullah Sani (Pen. Bendahari Kehormat)6. Tn. Hj. Wan Zulasmin b. Wan Ibrahim (Ahli Jawatankuasa)7. Cik Farawahida bt. Khusnan (Ahli Jawatankuasa) (TIDAK HADIR)8. En. Sabadun b. Yatim (Juru Audit)

Dan 83 orang ahli yang berdaftar sebagai ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Senarai Kehadiran di lampirkan di Lampiran A.

1.0 UCAPAN PRESIDEN KELAB MERANGKAP PENGERUSI MESYUARAT

Tuan pengerusi memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli kelab yang dapat hadir pada pagi ini. Beliau juga memaklumkan KSKBPT telah berjaya menganjurkan beberapa aktiviti dan mendapat sambutan agak baik dari kalangan ahli-ahli kelab KSK sendiri.

2.0 PENENTUAN KORUM DAN PERLANTIKAN JURUTULIS MESYUARAT

2.1 Mengikut rekod kehadiran, seramai 83 orang ahli yang berdaftar telah hadir ke mesyuarat kali ini. Oleh yang demikian, jumlah kehadiran ini adalah mencukupi korum yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan iaitu satu pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli biasa.

2.2 Hj. Wan Zulasmin telah mencadangkan Puan Norhana bt. Muhamad Yusuf dilantik menjadi Jurutulis Mesyuarat dan cadangan ini disokong oleh En. Abd. Kadir b. Ahmad.

3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-6(2010).

Setiausaha kehormat membentangkan minit Mesyuarat Agung Kali ke 6 (2010) seperti lampiran D (muka surat 19-27). En. Arshad bin Mohd Dahari mencadangkan supaya minit mesyuarat tersebut diterima dan telah disokong oleh En. Hasrol Redzuan b. Mustafa.

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DARIPADA MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-6(2010).

4.1 Imbuhan Tetap Kepada AJK Sebagai Galakan/TarikanTelah diambil tindakan.

Makluman4.2 PERKARA 4.7 : Pindaan Undang-undang Kelab: Logo dan Motto

Telah diambil tindakan. Makluman

1

Page 2: 1 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt Kali Ke7-2010 (20 Mei)

4.3 PERKARA 4.8 : Pindaan Undang-undang Kelab: Ahli Bersekutu. Telah diambil tindakan

Makluman5.0 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN TAHUNAN BIRO-BIRO

5.1 LAPORAN SETIAUSAHA KEHORMAT

Setiausaha Kehormat telah membentangkan laporan seperti yang terkandung di dalam Lampiran E (muka surat 29-35), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-7/2010 dan beberapa penjelasan telah diberikan kepada perkara-perkara berikut:

5.1.1 Kepelbagaian Servis dan Perkhidmatan Untuk Ahli (Perkara 1.1)

Insentif seperti kemudahan pinjaman kepada ahli dari RM300 - RM1000 hanya akan disediakan bergantung kepada kedudukan kewangan KSKBPT dan bayaran balik dilakukan melalui potongan Biro Angkasa. Begitu juga dengan kemudahan Rumah kelab dan Homestay KSKBPT yang mendapat sambutan dari pelbagai pihak Kelab bercadang/dalam proses memohon sebuah lagi rumah Kuarters JMG bernombor 8 (rumah en.Fuzi) dari pentadbiran BPT untuk dijadikan rumah Kelab ke-2.

5.1.2 Statistik Kedudukan Kewangan Semasa Kelab (Perkara 1.4)

Setiausaha Kehormat memaklumkan statistik kewangan Kelab agak menurun pada tahun 2009 dan dijangka akan lebih menurun pada tahun 2010 kesan dari langkah berjimat cermat oleh Bahagian kewangan JMG dalam penyediaan makanan / minuman bagi mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat Jabatan.

5.2 LAPORAN BENDAHARI KEHORMAT

Bendahari Kehormat telah membentangkan laporan seperti yang terkandung di dalam Lampiran E (muka surat 36-40), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-7/2010 dan beberapa ulasan telah diberikan kepada perkara-perkara berikut:

5.2.1 Menyediakan hadiah percuma (Perkara 2.1.2)

Jumlah ahli kelab yang membuat potongan yuran melalui Biro Angkasa telah meningkat sehingga 44% melalui beberapa insentif seperti pemberian hadiah percuma, pelupusan baki yuran, bantuan segera kepada ahli-ahli yang membuat potongan yuran melalui Biro Angkasa. Kelab juga akan menghantar usul sekali lagi kepada Pendaftar Pertubuhan dengan Klausa-klausa yang lebih longgar untuk kemudahan bersama.

5.2.2 Potongan Biro Angkasa (Perkara 2.2)

Pembayaran yuran melalui potongan Biro Angkasa boleh dibuat dengan kadar segera kerana Kelab telah membeli peralatan untuk tujuan tersebut yang berharga RM280.

5.2.3 Web Team (Perkara 2.3)

Web Team telah membeli 1 domain dengan kos sebanyak RM120 dan domain ini perlu diperbaharui setiap tahun.

5.2.4 Pelancaran Laman Web Baru Kelab

Pelancaran Laman Web Baru Kelab ini sedikit sebanyak telah menambah sumber pendapatan Kelab apabila Promosi Rumah Kelab dilakukan secara online. Ini diharap dapat membantu meningkatkan lagi sumber kewangan Kelab pada masa akan datang.

2

Page 3: 1 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt Kali Ke7-2010 (20 Mei)

5.2.5 Aktiviti Kiosk KSKBPT (Perkara 2.5.1)

Keuntungan bersih Kiosk BPT agak menurun sedikit akibat langkah berjimat cermat oleh bahagian kewangan dalam penyediaan makanan/minuman bagi mesyuarat-mesyuarat di peringkat BPT.

5.3 LAPORAN BIRO KEBAJIKAN

Setiausaha mewakili Pengerusi Biro Kebajikan telah membentangkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di muka surat 46-47, Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 (2010).

5.3 LAPORAN BIRO REKREASI

Setiausaha mewakili Pengerusi Biro Rekreasi telah membentangkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di muka surat (48-53), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 (2010).

5.4 LAPORAN BIRO SUKAN

Setiausaha mewakili Pengerusi Biro Sukan telah membentangkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di dalam Lampiran E (muka surat 41-45), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 (2010).

5.5 LAPORAN BIRO HELWA

Setiausaha mewakili Pengerusi Biro Helwa telah membentangkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di muka surat 51-53), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 (2007).

6.0 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN KEWANGAN TAHUN 2009

En. Mohd Zahar bin Ibrahim selaku Bendahari Kehormat Kelab telah membentangkan laporan kedudukan kewangan Kelab seperti yang terkandung di dalam Lampiran F (muka 54-65), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-7 (2010). En. Arshad membangkitkan isu Caj Perkhidmatan RHB di dalam Penyata Pembayaran (muka surat 59) yang berjumlah RM16.00. Bendahari memaklumkan caj tersebut adalah caj bagi perkhidmatan pembatalan palang bagi sesetengah cek pembayaran yang diterima oleh Kelab. En. Arshad juga membangkitkan isu mengenai Laporan Kewangan tidak disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira. Namun begitu isu yang dibangkitkan hanya kekeliruan pada nama jawatan Juruaudit Dalaman yang juga bermaksud Pemeriksa Kira-kira.

Makluman7.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA KSKBPT SESI 08/10

Tuan Presiden iaitu Tn Hj Zaidi Bin Mohd Hasan dengan secara rasminya mengumumkan pembubaran Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan bagi Sesi 2008/2010 dan membuka kepada sesi mesyuarat untuk meneruskan agenda pelantikan Ahli Jawatankuasa yang baru Kelab bagi sesi 2010/2012.

8.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BARU KSKBPT BAGI SESI 2010/2012

Bagi sesi Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru KSKBPT bagi sesi 2010/2012 berjalan lancar Pengerusi Pemilihan telah dilantik secara automatik iaitu En. Abdul Rani b. Abu Bakar.

8.1 Bagi Jawatan Presiden Kelab, En Hasrol telah mencadangkan En. Abdul Kadir dan disokong oleh En. Wan Zulasmin dengan catatan undian paling tinggi iaitu sebanyak 37 undian.

8.2 Bagi Jawatan Timbalan Presiden, En. Arshad Dahari telah mencadangkan En. Dzazali Ayub dan disokong oleh Tn. Hj. Zaidi dengan catatan undian paling tinggi iaitu sebanyak 29 undian.

3

Page 4: 1 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt Kali Ke7-2010 (20 Mei)

8.3 Bagi jawatan Bendahari Kehormat mesyuarat dengan sebulat surat mengekalkan En. Mohd. Zahar sebagai Bendahari Kehormat memandangkan pengalaman luas yang dimiliki dalam menyelenggara kewangan kelab.

8.4 Bagi jawatan Penolong Bendahari Kehormat, Pn. Rubiah telah mencadangkan En. Arshad b. Dahari dengan catatan undian paling tinggi iaitu 27 undian.

8.5 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pengerusi memaklumkan penggundian perlu dibuat berdasarkan undian dan keputusan undian adalah seperti berikut:-

Bil Nama Calon Pencadang Jumlah Undi

1 Pn. Rahmah bt. Kasim Pn. Rozana bt. Zabri 44

2 Tn. Hj. Wan Zulasmin b. Ibrahim Tn. Hj. Zaidi b. Hassan 36

3 En. Khatib b. Md. YanEn. Muhamad Zabidi b. Ahmad Darbi

32

4 En. Zahrunajmi b. Mohd Salleh En. Sabadun b. Yatim 29

5 En. Azrul b. Ariffin Pn. Ramlah bt. Satar 28

6 Pn. Ramlah bt. Satar En. Mohd. Zahar b. Ibrahim 28

8.6 Bagi Jawatan Pemeriksa Kira-kira/Juru Audit Dalaman, seramai 2 orang diperlukan untuk jawatan ini. Oleh itu, En. Mohd. Rizal b. Jasmin telah mencadangkan En. Yusuff b. Abu Hassan dan disokong oleh En. Arisman b. Seruji. Manakala En. Wan Zulasmin telah mencadangkan Pn. Salbiyah bt. Yakob dan disokong oleh Pn. Rahmah bt. Kasim.

8.7 Dengan ini En. Abdul Rani sebagai Pengerusi Pemilihan telah mengesahkan bahawa nama-nama seperti di atas secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2010/2012. Bagi jawatan Setiausaha Kehormat dan Pen. Setiausaha Kehormat, jawatan ini dilantik sendiri oleh Presiden di kalangan Ahli KSKBPT.

9.0 SENARAI PENUH AHLI JAWATANKUASA BARU KSKBPT SESI 2010/2012

Berikut adalah senarai penuh berdasarkan keputusan pemilihan yang telah dibuat untuk perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru KSKBPT Sesi 2010/2012.Bil Jawatan Disandang Senarai Nama Penyandang

1 Presiden En. Abdul Kadir b. Ahmad

2 Timbalan Presiden En. Dzazali b. Ayub

3 Setiausaha Kehormat - Dilantik Presiden-

4 Timb Setiausaha Kehormat - Dilantik Presiden-

5 Bendahari Kehormat En Mohd Zahar Bin Ibrahim

6 Timb. Bendahari Kehormat En. Arshad b. Mohamed Dahari

7 AJK Pn. Rahmah bt. Kasim

8 AJK Tn Hj. Wan Zulasmin b. Ibrahim

9 AJK En. Khatib b. Md. Yan

10 AJK En. Zahrunajmi b. Mohd. Salleh

11 AJK En. Azrul b. Ariffin

12 AJK Pn. Ramlah bt. Satar

4

Page 5: 1 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt Kali Ke7-2010 (20 Mei)

13 Pemeriksa Kira-kira/Juru Audit En. Yusuff b. Abu Hassan

14. Pemeriksa Kira-kira/Juru Audit Pn. Salbiyah bt. Yakob

10.0 PEMBENTANGAN USUL

10.1 AKTIVITI KEBAJIKAN

En Mohd Fuzi memaklumkan bahawa En. Ahmad Zulkifli b. Kamaruzaman mencadangkan supaya memperbanyakkan aktiviti kebajikan Kelab seperti melawat rumah anak-anak yatim, membersih kawasan kubur dan menziarahi rumah balu/duda kakitangan JMG yang sudah meninggal supaya hubungan silaturrahim tidak terputus di samping dapat kita bermuhasabah diri dengan aktiviti yang dijalankan.

Tindakan : Biro Kebajikan10.2 INSURANS TAKAFUL BERKELOMPOK

En. Mohd Zahar mencadangkan agar diwajibkan ahli-ahli Kelab menyertai skim insurans takaful berkelompok berjumlah RM60 setahun, di mana bayaran hanya sebanyak RM5 setiap bulan dikenakan dan ia boleh dilakukan melalui potongan BIRO ANGKASA.

Cadangan ini menerima sambutan agak positif namun terdapat pandangan yang berbeza dan berbelah bahagi dari ahli. Antaranya Encik Arshad yang seperti kurang yakin sama ada skim ini dijalankan melalui orang perseorangan kepada agen atau dijalankan terus secara langsung dengan syarikat Takaful. En. Mohd Zahar memaklumkan bahawa KSKBPT sendiri adalah agen kepada ahli-ahli yang menyertai skim ini nanti dan berurusan terus dengan syarikat Takaful Malaysia.

Tindakan : Bendahari Kehormat10.2 STATUS AJK DAN AHLI

En. Hasrol Redzuan mencadangkan pada mesyuarat-mesyuarat pemilihan yang akan datang supaya mengekalkan AJK yang aktif. Beliau juga mencadangkan agar diberi perhatian kepada ahli yang tidak membayar yuran kerana ahli-ahli seperti ini tidak berhak untuk bersuara di dalam mana-mana mesyuarat KSKBPT yang dijalankan.

Tindakan : Presiden / Bendahari Kehormat10.3 SUMBANGAN AHLI KELUARGA

En. Hasrol juga mencadangkan agar menaikkan sumbangan ahli keluarga kepada ahli KSKBPT yang dimasukkan ke hospital.

Tindakan: Presiden / Bendahari Kehormat10.4 YURAN KELAB

En. Hasrol mengesyorkan semua ahli KSKBPT membayar yuran keahlian melalui potongan gaji melalui Biro Angkasa dengan keizinan ahli itu sendiri bukan terhad kepada ahli baru yang mendaftar bagi sesi 7/1010 sahaja.

Tindakan : Bendahari Kehormat10.5 SUKAN BADMINTON

Encik Arisman memohon agar pihak Kelab dapat menambah pembiayaan sewaan gelanggang badminton dari RM50 ke RM100 memandangkan sukan ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Tindakan: Bendahari Kehormat/Pengerusi Biro Sukan10.6 SUKAN BOLA SEPAK

En. Zamrizun mencadangkan menubuhkan pasukan bola sepak memandangkan buat masa ini ramai dikalangan ahli yang mengambil inisiatif sendiri dengan membiayai perlawanan yang diaturkan. Beliau juga berharap pihak Kelab dapat membiayai sewaan padang dan khidmat pengadil sebanyak RM50 seperti yang dilakukan sebelum ini. Walaupun dalam sukan ini ada

5

Page 6: 1 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt Kali Ke7-2010 (20 Mei)

beberapa pemain luar yang diundang namun pembiayaan ini hanya terhad kepada ahli KSKBPT yang terlibat sahaja.

Tindakan: Bendahari Kehormat/Pengerusi Biro Sukan11.0 HAL-HAL LAIN

11.1 Langkah Berjimat Cermat

Encik Nordin Abdullah membangkitkan isu langkah berjimat cermat setelah meneliti statistik kewangan dalam Laporan Bendahari Kehormat yang menunjukkan penurunan sumber perolehan kewangan. Kelab perlu mencari jalan lain untuk menambah sumber pendapatan sedia ada.

Tindakan : Presiden11.2 Rumah Kelab Ke-2

En. Arisman telah menyuarakan ketidaksesuaian untuk mengambil Kuarters No: 8 (rumah En. Fuzi) untuk dijadikan rumah Kelab ke-2 memandangkan kawasan tersebut seringkali banjir apabila hujan lebat. Kelab pasti akan menanggung kerugian besar apabila setiap kali banjir berlaku.

Tindakan : Presiden12.0 UCAPAN PENANGGUHAN

Tn. Hj. Mohd Zaidi bin Mohd Hasan selaku Presiden Kelab memohon agar semua ahli Kelab memberi kerjasama di dalam semua aktivi-aktivi yang akan dijalankan oleh Kelab. Akhir sekali, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli serta AJK di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

13.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari dan Mesyuarat Agung yang akan datang akan ditentukan kemudian.

6

Disediakan Oleh:

..............…………………………………………….. (PUAN NORHANA BT. MUHAMAD YUSUF)

Pencatat Minit

Disemak Oleh::

………………………………… (MOHD FUZI BIN HASHIM) Setiausaha Kehormat

Disahkan Oleh:

……………………………………………..(TN HJ MOHD ZAIDI BIN MOHD HASAN)

Presiden

Page 7: 1 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt Kali Ke7-2010 (20 Mei)

LAMPIRANSENARAI KEHADIRAN

MESYUARAT AGUNG KSKBPT KALI KE-05 (2008)BIL. NO. AHLI NAMA

1. 173 ABDUL AZIZ BIN MOD. NOOR2. 197 ABDUL KADIR BIN AHMAD3. 85 ABDUL RANI BIN ABU BAKAR4. 65 AHMAD ISMAIL BIN NAZRI5. 137 AHMAD NASIR BIN YAHYA6. 171 ARISMAN BIN SERUJI7. 202 ARNIDA BINTI ARIPIN8. 90 ARSHAD BIN MOHAMED DAHARI9. 4 AZHARI BIN AHMAD10. 193 AZRUL BIN ARIFIN11. 36 CHE ESHAH BINTI SULAIMAN12. 13 DZAZALI BIN AYUB13. 110 FAHIMAH ZAIDAH BINTI ZAINUL ABIDIN14. 106 FAIRUL AZIZAN BIN SHAHINI15. 158 FARAWAHIDA BINTI KHUSNAN16. 209 HAIRANI SHAM BINTI MANAS17. 145 HAMID BIN MOHAMED ZAKARIA18. 139 HASRINI SHIMA BINTI HAMDAN19. 120 HASROL REDZUAN BIN MUSTAFA20. 121 IDI AZHAR BIN HARUN21. 108 IFTIHARMAN BIN ISHAK22. 39 JUWAIRIAH BINTI ABDUL HAMID23. 165 KAMARDIN BIN YAAKUB24. 189 KHAIRUL AFENDI BIN MOHAMED25. 102 KHALID BIN ARSHAD26. 78 KHATIB BIN MD. YAN27. 84 LATIFAH BINTI HASHIM28. 160 MARIHAM BINTI YAACOB29. 196 MOHAMAD ALIFF BIN ZAMZURI30. 113 MOHAMAD BIN KASIM31. 205 MOHAMAD FADZLIE BIN MANAP32. 175 MOHAMAD FAZIL BIN ABDUL HAMID33. 130 MOHAMAD JO BIN IBRAHIM34. 170 MOHAMAD TAMIN BIN SHAARI35. 127 MOHAMAD YUSOFF BIN ABU HASAN36. 118 MOHD FAUZI BIN MUHAMMAD SAID37. 100 MOHD FUZI BIN HASHIM38. 172 MOHD HAFIZ BIN MOHD ALWI39. 155 MOHD RAIS BIN RAMLI40. 86 MOHD RIZAL BIN JASMIN

7

Page 8: 1 Minit Mesyuarat Agung Kskbpt Kali Ke7-2010 (20 Mei)

41. 151 MOHD SABRI BIN MANSOR42. 153 MOHD SHAFIE BIN SHAARI43. 81 MOHD ZAHAR BIN IBRAHIM44. 16 MOHD ZAIDI BIN MOHD HASAN45. 204 MU’AZ BIN JUSOF KHADIDI46. 167 MUHAMAD ZABIDI BIN AHMAD DARBI47. 1 44 MUHAMMAD SAFFUDIN BIN SAFFIAI48. 208 NAZILAH BINTI AHMAD NAZRI49. 150 NIK HERYSHAMZELY BIN DERAMAN50. 185 NOORIAH BINTI MOHD ALI51. 186 NORAN ALWAKHIR BIN SHAARANI52. 105 NORDIN BIN ABDULLAH53. 40 NORHAIDAH BINTI SEHAT54. 103 NORHANA BINTI MUHAMAD YUSUF55. 136 PAUZI BIN AHMAD56. 163 PETRI JAMALIAH BINTI MEGAT DAHALAN57. 114 RAHMAH BINTI KASIM58. 141 RAMLAH BINTI SATAR59. 129 RASHID BIN SHAPEE60. 59 ROBIAH BINTI ABD. RAHMAN61. 82 RODZIAH BINTI HUSAIN62. 28 ROZANA BINTI ZABRI63. 168 SABADUN BIN YATIM64. 166 SHAHALUDDIN BIN HASIM65. 143 SAIFUL BAHARIL BIN ABU BAKAR66. 178 SALASIAH BINTI DIN67. 161 SALBIYAH BINTI YAKOB68. 58 SARINAH BINTI SUBOH69. 154 SITI NUR IDYANI BINTI YAHAYA70. 149 SURAYA BINTI ABDULLAH SANI71. 112 TAN KIN CHING72. 77 THANGAVELU A/L RAMEN73. 164 WAN ZULASMIN BIN WAN IBRAHIM74. 169 ZAHRUNAJMI BIN MOHD SALLEH75. 180 ZAINUDDIN BIN BAKAR76. 188 ZAINUNAZIZ BIN AB RAHMAN77. 203 ZAITUN BINTI OTHMAN78. 138 ZAKARIA BIN HUSAIN79. 107 ZAMRIZUM BIN JAAFAR80. 140 ZULIANA BINTI AB. HAMID81. 195 ZULIANA BINTI TUKIAR82. 70 ZUNITA BINTI YAACOB83. 199 ZURAIDA BINTI ABD. RANI

8