Upload
vuongtuyen
View
258
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
1
SANGGAHAN TERHADAP TULISAN PROF. EMERITUS DATO` DR. ARIFFIN SUHAIMI BERKAITAN CONFUCIUS DI DALAM SISTEM NILAI DAN PARADIGMA ISLAM
(PENERAPAN DALAM PENDIDIKAN ETIKA)
1. PENDAHULUAN
Islam adalah agama yang sesuai dan praktikal untuk semua peringkat zaman
kemanusiaan. Tidak ada agama yang lengkap (syumul) melainkan ajaran Islam
lengkap dalam seluruh aspek kehidupan manusia. Allah mengatakan bahawa Islam
adalah agama yang diredhai oleh-Nya kerana Islam mencakupi semua syariat dari
Nabi Adam A.S hingga kepada nabi Muhammad S.A.W. adalah lengkap. Selaras
dengan satu firman Allah S.W.T berbunyi :
Maksudnya :
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah
Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu
tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya)
melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah
tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana
hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka, dan (ingatlah), sesiapa
yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat
segera hitungan hisabNya.
(Surah Ali Imran 3: 19)
Berdasarkan maksud ayat di atas, dapatlah difahamkan bahawa Islam adalah agama
yang diredhai oleh Allah. Umat-umat terdahulu seperti golongan Yahudi dan Nasrani
memperakui kebenaran dalam ajaran Islam. Islam membawa konsep mengEsakan
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
2
Allah dan menentang sebarang bentuk syirik terhadap Allah S.W.T. Islam juga tidak
membenarkan umatnya mencampur aduk ajaran Islam dengan agama lain sebagai
alternatif menyelesaikan sesuatu masalah kehidupan.
Firman Allah s.w.t. yang berbunyi :
Maksudnya :
…Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak
akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak termasuk
dalam kalangan orang-orang yang rugi.
(Surah Ali Imran 3: 85)
Berdasarkan maksud ayat di atas, dapatlah difahamkan bahawa orang yang mencari
alternatif bagi menyelesaikan sebarang masalah sosial yang berlaku dalam
masyarakat berpandukan ajaran atau ideologi selain Islam adalah amat rugi dan tidak
boleh menyelesaikan permasalah tersebut. Mereka hanyalah mendapat kebahagian
yang bersifat sementara. Sedangkan kebahagian di sisi agama Islam adalah bersifat
kekal dan berpanjangan.
Tulisan ini bertujuan untuk menganggah pandangan Prof. Emeritus Dr. Ariffin
Suhaimi terhadap satu kertas kerja yang telah dibentangkannya dalam satu seminar
bertajuk Confucius Di Dalam Sistem Nilai Dan Paradigma Islam (Penerapan Dalam
Pendidikan Etika). Tulisan ini akan cuba menjelaskan tentang beberapa kenyataan
berkaitan Confucius menurut pandangan Islam, Konsep Laws Of Heaven dan konsep
Divine Inspiration.
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
3
2. CONFUCIUS MENURUT PANDANGAN ISLAM
Walaupun kepercayaan Confucius tentang “Tuhan” yang dilihat dari konsep seakan-
akan sama dengan “Allah” namun konsep tersebut tidak sama dengan konsep
ketuhanan dalam Islam. Dalam pandangan Islam, Allah telah mensifatkan diri-Nya
itu dengan jelas tanpa menyembunyikan apa-apa nama atau sifat-Nya yang agung.
Manakala konsep “power in heaven” seperti yang diterapkan dalam ideologi
Confucius adalah amat bertentangan sama sekali dengan konsep ketuhanan dalam
ajaran Islam. Konsep mencari tuhan berpandukan kepada akal fikiran boleh
membawa kepada jalan kesesatan. Ini kerana akal fikiran manusia amat terbatas.
Justeru, akal manusia sangat memerlukan kepada wahyu Allah. Tanpa wahyu Allah,
manusia akan sesat. Bagi membimbing manusia daripada terjerumus ke jalan
kesesatan, Allah S.W.T. telah menurunkan wahyu melalui Rasul-Nya bagi
membimbing umat manusia menuju kebenaran. Akal manusia hanya terbatas kepada
sesuatu yang boleh dilihat di hadapannya. Akal tidak boleh berfikir atau meramalkan
apa yang akan berlaku seratus tahun akan datang. Demikian juga akal manusia tidak
boleh membezakan sesuatu itu baik pada pandangan manusia tetapi tidak baik dari
aspek maslahahnya. Sebagai contoh, menyembelih binatang adalah sesuatu yang
kejam menurut akal, tapi menurut wahyu ianya adalah sesuatu yang baik.1
Jika dilihat Confucius mengenai konsep theologi, Prof. Dr. Ariffin Suhaimi
mengatakan bahawa sesuatu yang boleh difikirkan secara logik atau melalui akal,
dapat diterima dalam peradaban nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Seharusnya
peradaban hendaklah menerima konsep wahyu dan dibantu oleh akal. Ini kerana
akal dan wahyu adalah sesuatu yang berbeza dari segi penerapan konsep
1 Qadhi Abdul Jabbar (1965), Syarah al-usul al-khimmah, Cairo : Maktabah Wahbah, hal 564.
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
4
keagamaan. Akal tidak dapat menanggapi perkara-perkara berbentuk ketuhanan,
kerasulan, alam akhirat, kenabian, iman, taqwa, syurga, neraka, dan sebagainya.2
Konsep Tien atau power in heaven, amat bertentangan konsep akidah Islam. Konsep
Tien mengatakan Allah itu bersifat tunggal. Menurut Kamus Dewan “tunggal”
bermaksud satu. Dalam akidah Islam, Allah bukan satu tetapi bersifat Wahdaniyah
iaitu Maha Esa. Pemahaman tentang tunggalnya Allah ini memerlukan penerangan
yang lebih terperinci. Allah adalah Tuhan Maha Esa pada zat-Nya, sifat-Nya dan
perbuatan-Nya, bukannya tunggal dari sudut ta’addud (bilangan). Maha suci Allah
daripada sifat mustahil iaitu berbilang tuhan. Allah bersifat Esa, dengan maksud
menafikan berbilangnya Allah, bukan wujudnya bilangan tuhan kedua dan tuhan
ketiga.3
Pegangan Confucius tentang doktrin tuhan bersifat tunggal timbul dalam rohnya
ketika menyaksikan tuhan sejak di “azali” lagi. Ertinya Confucius cuba menjelmakan
tuhan yang tunggal itu dalam akal fikirannya. Pada pandangan penulis, pegangan
Confucius ini bercanggah dengan akidah Islam. Ini kerana melihat Allah itu sendiri
adalah sesuatu yang menyalahi dengan amalan akidah Islam. Berdasarkan satu
pendapat dalam kitab Syarh al-’Aqidah al-Tahawiyyah menyatakan jika seseorang itu
cuba membayangkan tentang Allah atau sifat-sifat-Nya melalui akal fikiran, maka
jelmaan dalam fikiran manusia itu bukan Allah. Kerana sesungguhnya Maha Suci
Allah tiada bertempat dan Allah bersifat kekal abadi.4
Kenyataan ini selaras dengan satu Firman Allah yang berbunyi :
2 Mohd Yusuf Ahmad (2003), Pengajian Islam, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, hal 53.
3 Osman Haji Jantan (2009), Pedoman Ilmu Tauhid (Lengkap), Singapura, Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Singapura, hal 51-52. 4 Qadi Ismā’il ibn Ibrahim al-Syaibani al-Hanafi (1413), Syarh al-’Aqidah al-Tahawiyyah. Beirut:
Dār al-Kutub al-Ilmiyyah.
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
5
Maksudnya :
Dialah Yang menciptakan langit dan bumi; menjadikan kamu
berpasang-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan binatang-
binatang ternak itu berpasang-pasangan; Dengan jalan yang demikian
dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua tiada sesuatu pun
yang sebanding dengan (zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya)
dan Dia-lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
(Surah Al-Syūra 42 : 11)
Berdasarkan maksud ayat di atas dapatlah difahami bahawa sifat Allah tidak boleh
disamakan dengan sikap makluk. Allah menjadikan semua makluk di alam dunia ini
dan mustahil taraf Pencipta adalah sama dengan makluk yang kena cipta. Sifat dan
zat Allah tidak sama sekali serupa dengan sesuatu yang baru seperti mendengar
Allah itu dengan menggunakan mata dan telinga.5 Manusia adalah makluk yang kena
cipta lagi lemah. Justeru, membayangkan bentuk Tuhan pun tidak mampu,
bagaimana pula untuk melihat rupa Allah dalam bentuk yang sempurna? Nabi Allah
Musa berminat untuk melihat Allah, tetapi Allah tidak memperkenankan hasrat Nabi
Musa itu. Allah berfirman :
5 Osman Haji Jantan (2009), Ibid. hal 42.
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
6
Maksudnya :
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu,
dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu
dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepada ku (Zat-Mu
Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman:
"Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke
Gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau
akan dapat melihatKu", setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan
kebesaran-Nya) kepada Gunung itu, (maka) Gunung itu hancur lebur
dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah
ia: "Maha suci Engkau (Wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan
akulah orang yang awal beriman (pada zamanku) Allah berfirman:
"Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia
(yang ada pada zamanmu), Dengan membawa perutusan-Ku (Kitab
Taurat) dan dengan Kalam-Ku; oleh itu, terimalah apa yang Aku
kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang
bersyukur".
(Surah Al-A’raf 7: 143-144)
Berdasarkan ayat di atas dapatlah difahami bahawa Nabi Musa tidak boleh melihat
Allah dalam bentuk yang nyata. Manusia boleh melihat Allah secara tidak langsung
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
7
dengan melihat kepada makhluk ciptaan Allah seperti melihat gunung-ganang dan
sebagainya.
Confucius juga tidak pernah membatasi penganutnya dalam menyembah nenek
moyang mereka yang terdahulu. Persoalan yang timbul ialah apakah dalam ajaran
Confucius tidak berlaku amalan syirik sedangkan penyembahan terhadap tuhan yang
lain daripada “Tien” berlaku? Ideologi ini membuktikan bahawa ianya tidak selari
dengan ajaran Islam dan boleh mengganggu-gugat akidah Islam.
Dalam Islam, melakukan penyembahan selain Allah adalah merupakan satu
kesyirikan dan dilarang sama sekali. Rasulullah S.A.W. berdakwah bersama para
sahabat selama tiga belas (13) tahun di Kota Makkah bagi membenteras amalan
syirik di kalangan kaum Quraisy. Jika konsep Confucius membenarkan perlakuan
syirik berleluasa di kalangan pengikutnya, maka penulis tidak dapat menerima
ideologi itu diguna pakai untuk orang Islam kerana bertentangan dengan dakwah
Rasulullah S.A.W.
Allah berfirman bagi menafikan penyembahan selain daripada Allah S.W.T. :
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
8
Maksudnya :
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap
hidup, kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Allah tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di
langit dan yang ada di bumi. tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat
(pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Allah mengetahui
apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari
(kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki
(memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan
kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi
keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia
lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar
(kekuasaanNya)
(Surah Al-Baqarah, 2: 255)
Berdasarkan ayat di atas, dapatlah difahamkan bahawa manusia dilarang
menyembah selain Allah. Allah S.W.T. memiliki kerajaan langit dan bumi, memiliki
sifat ilmu yang luas. Manusia wajib mengesakan Allah S.W.T. dan tidak boleh
mempersekutukan sesuatu dengan Allah.
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
9
3. KONSEP LAWS OF HEAVEN
Konsep Laws of Heaven ini bukanlah satu konsep yang boleh disamakan dengan
konsep Sunnatullah atau hukum alam. Konsep ini telah disalah tafsirkan oleh Prof.
Dr. Ariffin Suhaimi. Hukum alam adalah sesuatu ketetapan yang ditetapkan oleh
Allah S.W.T. ke atas alam ini. Sebagai contoh, api sifatnya panas dan membakar,
daun adakalanya boleh dijadikan sebagai penawar atau ubat, udara sifatnya mampat,
air sifatnya mengalir ke tempat yang lebih rendah dan sifat-sifat yang dijelaskan
tersebut tidak menerima perubahan kecuali dengan izin Allah.6
Allah berfirman dalam al-Qur’an :
Maksudnya :
Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha
merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang
rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang
menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada
yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa
mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang
telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang
perubahan bagi "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) dan
engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi
perjalanan "Sunnatullah" itu.
(Surah Fāthir 35: 43)
6 Al-Qaradawi, Yusuf (2000), Halal dan Haram Dalam Islam. Terj. H. Mua’ammal Hamidy,
Surabaya: PT. Bina Ilmu, hal 330.
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
10
Ahli perubatan misalnya, mencari dan berjumpa sesuatu itu sebagai ubat bagi
sesuatu penyakit. Begitu juga dengan ahli, kimia, fizik astronomi dan lain-lain. Mereka
merupakan orang yang mencari Sunnatullah dan akhirnya berjumpa7 seperti mana
yang berlaku pada Confucius. Tapi Syariat adalah sesuatu perkara yang berbeza,
begitu juga akidah dan kepercayaan, ianya adalah sesuatu yang berbeza dan
kebiasaannya ianya luar dari keupayaan pemikiran akal. Sebagai contoh pemikiran
tentang syurga dan neraka. Manusia mana yang mampu memikirkan perkara
tersebut tanpa dikhabarkan oleh Nabi melalui wahyu Allah S.W.T.
Syariat dan akidah hanyalah dapat diketahui dari wahyu Allah S.W.T. sahaja dan
penggunaan akal adalah sesuatu yang diletakkan selepas wahyu, Asy’ari
menjelaskan, berdusta adalah perbuatan jahat kerana wahyu menentukannya, jika
wahyu mengatakan berdusta adalah perbuatan baik maka itu mestilah baik, jika
berdusta diwajibkan Tuhan sudah pasti ianya wajib8, tapi bagi ahli falsafah yang pada
zamannya tiada Nabi diturunkan dan Syariat Nabi sebelumnya telah hilang ditelan
zaman, itu wujud hukum yang berbeza dan mempunyai perbahasan yang panjang.
Untuk maklumat lanjut bolehlah dirujuk kitab al-Ghazali Tahafut al-Falasifah atau
buku yang bersifat fundamental iaitu buku karangan Dr. Indrianty Ismail bertajuk
Falsafah Islam.
4. KONSEP DIVINE INSPIRATION
Konsep ini menyatakan bahawa Confucius menerima ilham dari tuhannya. Persoalan,
adakah Confucius menerima ilham dari tuhannya? Atau Confucius mendapat bisikan
7 Mohd Yusuf Ahmad (2003), Pengajian Islam, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, hal 53.
8 Abu Hasan al-Asy’ari (1955), Kitab al-Luma’. Tanpa Penerbit, Mesir, hal 177.
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
11
iblis? Perlu diketahui apa itu ilham. Ilham adalah satu tanggapan emosi secara
langsung yang terbit di dalam hati manusia, ianya ada kaitan dengan institusi kerana
kedua-duanya berupa memberi tanggapan langsung seperti mana pancaindera
menanggapi objek persekitaran. Ilham bukanlah wahyu kenabian tetapi adalah berupa
ilmu yang diberi Allah ke dalam hati orang yang dikasihinya seperti para ulama dan
orang-orang soleh.9 Ilham boleh juga diberi kepada binatang. Firman Allah :
Maksudnya ;
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau
membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan
juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
(Surah al-Nahl 16: 68)
Berdasarkan ayat di atas dapat difahami bahawa ilham bukan sahaja diberikan
kepada manusia tetapi juga diberikan kepada binatang-binatang bagi tujuan
kebahagian hidup. Ilham yang diperolehi oleh seseorang manusia tidak mencapai
taraf wahyu kenabian. Terkadang ada orang mendapat ilham itu melalui bisikan
daripada syaitan, tetapi mereka mengatakan mendapat ilham itu daripada Allah.
Ilham lazimnya diberikan oleh Allah kepada orang yang bersungguh-sungguh dalam
melakukan mujahadah dan riyadhah.10
Ilmu yang diperolehi secara ilham tidak boleh dijadikan sebagai hujah dalam konteks
akidah Islam. Akidah Islam berpandukan kepada dalil qat’ie dan dalil al-Qur`an dalam
9 Mohd Yusuf Ahmad (2003), Ibid, hal 50.
10 Ibid., hal 51.
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
12
memberikan hujah sebagai bukti seseorang itu beriman kepada Allah S.W.T. Maka
dalam ajaran Confucius hanya menggunakan ilham, pegangannya tidak juga boleh
diterima kerana tidak berasaskan hujah yang bersifat qat’ie.
5. MASALAH ALAM GHAIB
Setiap agama Allah yang diturunkan kepada semua Nabi adalah mempunyai
matlamat terakhir iaitu menuju ke alam akhirat. Umat manusia yang berbuat kebaikan
di dunia akan dimasukkan ke dalam syurga dan mereka yang berbuat kejahatan akan
dimasukkan ke dalam neraka Allah. Mereka menerima pembalasan yang seadil-
adilnya daripada Allah S.W.T. Semua ini adalah bersifat alam ghaib yang mana
mereka yang beriman padanya dan sentiasa beringat-ingat tentangnya maka mereka
ini adalah orang mukmin yang sebenar. Malah Allah S.W.T. sendiri menggalakkan
kita membicarakan tentang alam ghaib dan berkali-kali menyebutkan tentang alam
ghaib, kematian, siksa kubur dan sebagainya. Firman Allah :
Maksudnya :
“Aku bersumpah dengan hari kiamat. Dan Aku bersumpah demi jiwa
yang selalu menyesali (dirinya sendiri). Apakah manusia mengira,
bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya ?
(Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari jemarinya dengan
sempurna.”
(Surah al-Qiyamah 75 : 1-4)
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
13
Setiap Nabi, ajarannya sentiasa memperingatkan tentang balasan di akhirat, dan
perkara-perkara yang ghaib lain, akan tetapi dalam ajaran Confucius, ianya
menghalang penganutnya membicarakan tentang perkara yang ghaib, ini
bertentangan dengan ajaran Islam. Katanya, “buat apa anda tanya mengenai mati,
sedangkan anda belum mengetahui tentang kehidupan” Jika benar ajaran Confucius
itu selari dengan ajaran Islam, mengapa kebanyakan ajarannya bertentangan dengan
ajaran Islam, sedangkan agama-agama yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul
Allah tidak pernah bercanggah antara satu sama lain dan sentiasa membicarakan
perkara yang sama iaitu tentang tauhid, akidah, alam ghaib, hukum hakam dan
Syariat tanpa ada keraguan di antara satu dengan yang lain.
Akan tetapi ajaran Confucius masih wujud unsur kesyirikan, kekaburan, tidak boleh
bertanya banyak dan sebagainya, sedangkan Islam adalah agama yang jelas. Tiada
selindung selagi perkara tersebut dapat dibuktikan.
6. CONFUCIUS DALAM PARADIGMA ISLAM (FUNDAMENTAL VALUES)
Akal dan wahyu adalah sesuatu yang sangat berbeza. Bukan semua pandangan baik
dari sudut akal, adalah baik dari sudut wahyu. Confucius, dikatakan di dalam artikel,
dengan yakin menyusun nilai murni yang dikurniakan tuhan sejak manusia dilahirkan.
Persoalan, adakan nilai murni itu benar-benar murni? Atau menurut pandangan
akalnya sahaja tanpa ilham, tanpa wahyu, tanpa hujah? Biar saya terangkan dahulu
tentang nilai.
Dalam Islam nilai (theologi) adalah sistem nilai untuk menilai gerak-geri atau
tingkahlaku manusia dan menentukan sama ada ianya baik atau buruk. Contoh
seseorang menyembelih binatang dari segi nilai pandangan kafir ianya kejam, tapi
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
14
pandangan Islam ianya sangat murni. Dalam Islam nilai ini tetap sama tiada batasan
masa dan tempat. Tidak boleh kata orang yang tinggal di Negara Islam wajib solat
dan tinggal Negara Kafir tidak wajib solat. Ianya salah kerana nilai dalam Islam
sentiasa tetap dan tidak berubah. Nilai di dalam Islam bukanlah sesuatu yang direka
atau dianggap (difikir atau diketahui) oleh manusia atau adat dan budaya sebaliknya
berasaskan wahyu dan ada hubungannya dengan kehendak Allah S.W.T.
Dalam Confucius nilai itu diterjemahkan dari sudut pandangan Confucius itu sendiri
iaitu pandangan itu dianggap baik dan buruk dari sudut pandangan mata dan hati
manusia yang tidak tentu benar atau salah secara qat’ie (rujuk artikel). Membezakan
kebaikan dan kejahatan bukan kerja manusia, nilai ini adalah seperti yang telah
diwahyukan oleh Allah S.W.T., penilaian manusia tidak semestinya tepat kerana
manusia adalah lemah dan terbatas pemikirannya11. Sistem nilai dalam Islam adalah
sesuatu yang unik kerana nilainya diletakkan dan ditentukan oleh Allah dan ianya
bersifat sejagat, setiap orang terikat dengan nilai-nilai ini, berbeza dengan nilai yang
diletakkan oleh manusia ataupun masyarakat sebagai contohnya, masyarakat di
Amerika Syarikat, bagi mereka berzina adalah satu nilai yang tidak dipandang salah,
akan tetapi dalam Islam ianya adalah satu perkara yang sangat-sangat sensitif dan
berdosa besar. Maka mana letaknya kebaikan nilai yang ditentukan oleh manusia?
Islam nilainya adalah tetap tidak kira di mana kita berada, di timur atau barat, utara
atau selatan. Mana letaknya kesamaan antara fundamental values Confucius dan
nilai Islam? Sedangkan dalam masalah penyembahan nenek moyang pun Confucius
tidak menghalang, ini bermakna tuhan sebenar mereka sendiri sudah tidak bernilai
kerana ada yang setanding hebatnya (nenek moyang) dengan tuhan. Nilai yang
11 Mohd Yusuf Ahmad. 2003. Pengajian Islam. Kuala Lumpur : Universiti Malaya, halaman 60
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
15
diambil Confucius juga adalah nilai yang diambil dari tradisi dan bukan dari wahyu
atau ilham. Maka ianya nilai dari manusia dan tidak standing dengan Islam.
7. CONFUCIUS TIDAK TERGOLONG DALAM 124,000 NABI
Confucius bukanlah tergolong daripada kalangan nabi seperti yang telah digembar-
gemburkan dalam artikel itu, jika benar dia nabi. Timbul pelbagai pertanyaan,
mengapa risalahnya bercanggah dengan Islam. Mengapa tauhid yang dibawanya
adalah syirik. Mengapa agama yang dibawanya tidak bertakrif dan tiada matlamat
akhir. Mengapa agamanya banyak bercanggah dengan Islam dari sudut akidah dan
ibadah. Barangsiapa membenarkan agama selain Islam maka kufur, berasaskan dalil
dari al-Qur’an. Firman Allah :
Maksudnya :
“Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak
akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-
orang yang rugi”.
(Surah Ali-Imran 3 : 85)
Perlu ditekankan bahawa Nabi adalah bersifat maksum dan tidak melakukan dosa-
dosa besar. Apatah lagi jika membenarkan umatnya menyembah selain dari Allah?
Kita buka skop yang lebih luas. Pernahkah terdapat kisah-kisah di kalangan para
Rasul yang 25 itu, mereka membenarkan penyembahan terhadap nenek moyang
atau selain daripada Allah?
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
16
Jika benar mengapa Confucius mengaku tergolong dalam kalangan Nabi. Ini
bermakna ajaran Nabi Muhammad yang menafikan perbuatan syirik orang-orang
Quraisy Mekah benar. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa Nabi bersifat
maksum dari dosa, apatah lagi mensyirikkan Allah? Adakah perbuatan seorang Nabi
yang mulia di sisi Allah? Adakah perbuatan Nabi Musa menamarahi kaumnya kerana
menyembah selain Allah itu salah? Firman Allah:
Maksudnya :
“Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah
dan dukacita; ia berkata: "Wahai kaumku! bukankah Tuhan kamu telah
menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu
merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu?
atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari
Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?"
(Surah Taha, 20 : 86)
Adakah Samiri itu termasuk dalam kalangan orang-orang yang benar? Firman Allah:
Maksudnya :
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
17
"Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-
barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu
mereka berkata: "Ini ialah Tuhan kamu dan Tuhan bagi Musa, tetapi
Musa telah lupa!"
(Surah Taha, 20 : 88)
Ini terbukti bahawa Confucius bukanlah seorang Nabi kerana nabi tidak mengajarkan
umatnya sesuatu yang salah dari setiap aspek. Malah tiada bukti atau kisah yang
mengaitkan Confucius sebagai seorang nabi.
8. SISTEM NILAI CONFUCIUS
Sistem nilai Confucius mempunyai kekurangan dari sudut agama. Bagaimana
seorang Nabi, membawa ajaran atau agama, tetapi kurang penekanan tentang
agama? Dalam artikel Prof. tersebut, sistem nilai Confucius berasaskan kepada
perhubungan manusia dengan manusia dan perhubungan manusia dengan alam.
Dalam ajaran semua nabi-nabi sebelum ini, tidak ada ajaran yang tidak menyentuh
perhubungan antara manusia dengan tuhan. Tetapi dalam Confucius tiada
penekanan, maka ianya bukanlah dari ajaran agama Islam yang diredhai Allah. Islam
menekankan tiga aspek penting sistem nilai pada diri manusia yang bersifat vertikal
iaitu pertama manusia dengan manusia, kedua manusia dengan makhluk lain dan
ketiga manusia dengan Pencipta yang bersifat horizontal.12
9. ISU KEKELUARGAAN
Jika diteliti ideologi Confucius dalam isu kekeluargaan, Confucius bukan sahaja
mengajak pengikutnya berbuat baik kepada kedua ibu bapa, guru, anak dan
12 Anuar Bin Puteh, (2010) Kepimpinan Dan Pengurusan Islam, Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia, hal 32.
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
18
sebagainya, tetapi semua agama lebih-lebih lagi agama Islam menyuruh berbuat baik
kepada kedua ibu bapa, guru, orang tua, anak-anak dan sebagainya. Dalam konteks
ini tiada satu agama pun yang menyuruh seseorang bersikap kurang ajar terhadap
ibu bapanya atau intitusi keluarga yang lain.
Agama Kristian juga mengajar anak menghormati orang tua dan orang tua mengasihi
kanak-kanak. Dalam agama Hindu juga menekankan supaya lebih-lebih lagi, bahkan
mereka tidak teragak-agak menggadai nyawa demi keluarga mereka. Tetapi itu tidak
bermaksud mereka beragama seperti Islam. Kalau begitu, semua agama di dunia
adalah agama Islam. Mengapa agama Islam sahaja yang diredhai oleh Allah? Ini
bermakna Allah tidak adil dalam konteks ini? Jawapannya ialah tidak. Tanggapan
Prof. Dr. Ariffin Suhaimi sebenar telah jauh menyimpang daripada maksud asal,
bahkan menghina ajaran Islam dengan meletakkan Islam di bawah telapak kaki
agama lain. Hal ini harus dielakkan kerana boleh mengelirukan umat Islam yang lain.
10. KESIMPULAN
Confucius sebenarnya bukanlah satu agama tetapi hanyalah suatu aliran pemikiran
yang bersifat sementara sahaja. Bahkan Confucius sendiri tidak mengatakan bahawa
beliau membawa agama seperti mana yang didakwah oleh sesetengah orang. Tetapi
pengikutnya yang terlalu berpegang teguh dengan ideologinya itu meletakkan beliau
sebagai membawa agama. Begitu juga dengan Gauthama Buddha, beliau bukan
juga membawa agama, tetapi kedua-dua tokoh ini membawa nilai dan etika yang
kebetulan secara asasnya hampir sama dengan konsep yang dibawa Islam. Jika
diteliti secara mendalam didapati terdapat banyak bercanggah dari sudut akidah.
Nilai adalah dari sudut furu’iyyah dan jika tersilap tidak membawa kepada kekufuran.
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
19
Sekalipun menyembah Allah, tetapi jika syirik, Allah tidak mengampunkan dosa syirik
itu. Sesuai dengan firman-Nya :
Maksudnya;
116. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang
mempersekutukanNya dengan sesuatu (Apa jua), dan akan
mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan
sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (Apa jua), maka
sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. 117.
Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-
berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang
demikian) tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka; 118.
yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi
sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu,
bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku); 119. "Dan demi
sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan
demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-
angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka
(mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga
binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah
ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi
Laporan dan Kajian R&D April 2010 : Sanggahan Berkaitan Confucius
Jabatan Agama Islam Selangor
20
pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia
dengan kerugian yang terang nyata.
(Surah An-Nisa, 5 ; 116 -119)
BIBLIOGRAFI
Al-Quran al-Karim.
Al-Hadith.
Anuar Bin Puteh, (2010) Kepimpinan Dan Pengurusan Islam. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Asy’ari, Abu Hasan (al-). 1955. Kitab al-Luma`. 1955. Mesir.
Mohd Yusuf Ahmad. 2003. Pengajian Islam. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Qadhi Abd al-Jabbar, (1965) Syarah al-Usul al-Khimmah. Cairo : Maktabah Wahbah.
Qadi Isma’il ibn Ibrahim al-Shaybani al-Hanafi. 1413. Syarh al-’Aqidah al-Tahawiyyah.
Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Qaradawi, Yusuf (al-), (2000) Halal Dan Haram Dalam Islam. (Terj.) H. Mua’ammal
Hamidy. Surabaya : PT. Bina Ilmu.
Disediakan oleh : DR. ABDUL MUNIR BIN HAJI ISMAIL Panel Penyelidik, Unit Akidah & Syariah, Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor.