Upload
ariff-aziz
View
499
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
1/24
e \
T
\
v
r-
r
J
< , i
Bahagian Perkhidmateim Pembaca Ru
Perpustahamra Tum _Afedul Rasa k
Institiut Teknologi MAKA
Shab Alara
SelaogoG.
T OST AT
>I3Ef
SEK/J6EMA ZU4A>4H
P / V V J J / \M < S > * < A L U A .
I ^ A K /
D i
SAfZAVJA^
OLEH
M AL IKE ]
SENIBENA TAHUN AKHIR
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SELANGOR
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
2/24
POTOSTAT TtDAEC DHBEWARKAN
Bahagian Peikhidmatan Ps smhaca & RwpteaB
P er pus t akaam T i m A bdu l i i a zoh
J n s t i ti u t T e k n o l o g i M A R A
Shah Alam
Selaasos
U ntu k a ya h y a ng b e r p e r g i a n . . .
Semoga d i c u cu r i A l l ah a t a s roh nya
U ntuk bo nd a s e r t a a d i k - a d i k . . .
Yang s e n t i a s a mendoakan
U n t u k i s t e r i . . .
Yang sentiasa memberi galakan
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
3/24
PENGHARGAAN
^ P e r p u s t a - -
l o g i
jy lARA
lns t i
u t
.
e
Mam
ery - . .
T e
i
m
o l o g i -
Alhamdulillah - Syukur kepada Illahi yang telah memberi
ketenangan dan kesabaran pada hambaNya*
Setinggi penghargaan ingin disampaikan kepada penyelia
saya Encik Abdul Ghani Mohd. Desa, Ketua Kursus Senibina,
atas tunjuk ajar beliau dalam membantu menyiapkan kertas
kajian ini.
Ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Museum Negeri
Sarawak terutaraanya Encik Lucas Chin (Pengarah Museum
NegeriSarawak),Tuai-tuai rumah dan penghuni rumah panjang
Benuk, Nyala, Sibat dan Tungku, pegawai-pegawai di Jabatan
Arkib Negara dan pegawai-pegawai di Perpustakaan Perbandaran
Kuching yang telah turut memberi sumbangan. Begitu Juga
kepada individu-individu lain yang nama mereka tidak dapat
disebutkan satu persatu disini. Kepada mereka diucapkan
berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama sepenuhnya
dalam memberi segala butir-butir dan maklumat yang
dikehendaki dan memberi perangsang dalam menjayakan kertas
kajian ini.
MALIKE BIN MAHLI
KURSUS DIPLOMA SENIBINA TAHUN 4
KAJIAN SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM, SELANGOR.
19hb. Julai, 1984.
(i)
...i
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
4/24
0 . 0 2
1 .00
2 . 0 0
I S I KANDUNGAN
0.01 Penghargaan
0.02 Isi Kandungan
0.03 Apendix
PENDAHULUAN
1.10
1.20
1.30
1.40
1.50
Kaum
Pengenalan
Bidang Kajian
0bjektif Kajian
Method Kajian
Maaalah Kajian
Iban Di Sarawak
2 . 1 0 Pe n g h i j r ah a n I b an
ke Sarawak
2 .2 0 Masyarakat Iban
2 . 3 0 A d a t a d a t Kaum Iban
i
ii
iv
1
3
5
7
8
10
11
12
13
3.00
Orang Iban dan Rumah Panjang
16
4.00
5.00
6.00
7.00
8.00
3.10 Tuai Rumah
3.20 Tuai Burong
Sejarah Kewujudan Rumahpanjang
Pembinaan Rumahpanjang
Penganalisaan Ruang Dalam Rumah
Panjang
6.10 Bilik
6.20 Sadau
6,30 Ruai
64o Tanju
Adat Berpindah Ke Rumah Baru
Upacara Mandi Rumah
19
22
25
28
35
43
47
50
58
62
( i i )
...iii/-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
5/24
9.00 Kosimpulan
10.00 BibliRraphi
65
67
Senibena k
Nobember, 198^.
(iii)
...iv/-
|PjPJ|p||jjp^gpgp>i.iiu_ui
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
6/24
0.03
Appendix I
iv)
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
7/24
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Di tengah-tengah kep esatan p embangunan kota, di tengah-
tengah kesibukan manusia mengejar kebendaan dan kemaj u an
dan di tengah-tengah hutan batu* yang tumbuh bak cendawan
selepas huj anj kita tidak seharusnya melu p akan sama sekali
kesenian anak p eribuml yang terperosok j auh di p inggir
kota.
Sungguhpu n sekarang, projttk-projek p erumahan kian berkembang
maj u terutamanya di sakitar bandar-bandar besar dengan
berbagal-bagai rekabentuk yang menarik, begitu J u ga dengan
gedung-gedung p erniagaan yang menju lang tinggi namun
senibina tempatan jangan sekali-kali diketep ikan.
Oleh itu, seperti sekarang di tengah-tengah manu sia sibuk
mempersoalkan senibina Malaysia saya ingin membawa saudara
pembaca nun j auh ke p inggir rimba, ke Sarawak, negeri yang
terkenal dengan Land of Head Hunters - tanah pemburu kepala
manusia.i. Oi negeri ini terdapat suatu senibina anak
tempatan yang kita panggil RUMAH PANJANG.
(1)
...2/-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
8/24
RUMAH PANJANG 1 sekali kita sebut akan segera terbayang
di kepala kita akan bentuknya yang memanjang di bawah satu
bumbung beratap nipah. Oi dalamnya boleh memuatkan ber-
puluh-puluh keluarga yang mempunyai beratus-ratusahli.
Mereka sentiasa taat dan patuh di jagaan seorang ketua
yang dipanggil sebagai tuai rumah. *
Ap a
yang menarik berkenaan rumah panjang ini ialah
sungguhpun ianya begitu ringkas dan 'straight forward'
bentuknya, tetapi ianya mengandungi seribu aatu rahsia dan
pantang larang yang mesti dipatuhi sebelum dan seaudah
ianya didirikan.
Oleh itu kajian dan analisa ini kesemuanya mengenai rumah
panjang ini sendiri untuk pengetahuan dan pertimbangan
kita bersama.
(2)
...3/-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
9/24
1.2 BIDANG KAJIAN
Oalam mengkaji serta membuat penganalisaan mengenai
sesuatu perkara terutama sekali berkenaan dengan senibina
sesebuah kaum, pembacaan serta pendedahan yang luas perlu
ada mengenai tajuk kajian kita tersebut. Oleh itu, untuk
tujuan pengkajian ke atas rumah panjang ini terutama
sekali dari sudut senibinanya, beberapa usaha telah saya
buat seperti mengadakan lawatan-lawatan serta temuduga
dengan tuai-tuai rumah yang berkenaan.
Kajian ini akan meliputi cara hidup masyarakat Iban. Ini
akan merangkumi asal-usul mereka, kepercayaan mereka,
pekerjaan mereka, pantang-larang mereka dan sebab-sebab
penghijrahan mereka ke tanah barul Kajian juga di buat
mengenai proses pembinaan rumah panjang ini. Ianya
merangkumi proses-proses pemilihan tapakbina, pembersihan
tapak, penyediaan bahan-bahan pembinaan, kerja-kerja
mendirikan rumah panjang itu sendiri dan pantang larang
yang dikenakan semasa kerja-kerja tadi dijalankan.
Seterusnya ialah kajian mengenai peristiwa-peristiwa yang
berlaku seraasa mereka mula hendak berpindah ke rumah
panjang yang baru siap
tadi.
Ini merangkumi adat-adat
raereka berpindah dan adat-adat mandi rumah iaitu dilakukan
selepas mereka menduduki rumah tersebut.
(3)1
...V-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
10/24
AJchir sekali, tumpuan akan saya buat atas penganalisaan
mengenai ruang-ruang yang ada dalam rumah panjang ini,
Ini akan meliputi perbincangan mengenai fungsi-fungsi
ruang dan kepentingannya bagi masyarakat Iban. Dengan
bidang kajian yang telah saya gariskan secara ringkas
seperti di
atas,
diharapkan ianya boleh menjadi suatu
perbendaharaan baru yang paling berharga bagi para ahli
senibina tempatan khasnya yang cintakan kesenian bangsa
yang tulini
CO
...5/-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
11/24
1.3 OBJEKTIP KAJIAN
Objektif utama kajian ini ialah untuk menganalisa serta
menghargai nilai-nilai senibina yang ada pada sesebuah
rumah panjang. Selama ini kita memandang rumah yang
panjang hanya semata-mata sebagai sebuah rumah biasa
sahaja tanpa mengetahui nilai-nilai seni yang berharga
disebaliknya.
Seterusnya kita akan dedahkan para pembaca kepada konsep-
konsep penggunaan ruang dalam rumah panjang ini serta
proses-proses yang diambil semasa mendirikannya. Kita
sodia maklum bahaws masyarakat Iban kaya dengan adat resam
dan pantang-larangnya sendiri, oleh itu tidak menjadi
suatu kehairanan jika semasa mendirikan rumah panjang inl
juga terikat dengan berbagai-bagai pantang-larang yang
tersebut
tadi.
Secara tidak langsung kita juga akan ter-
dedah kepada segala adat resam dan pantang-larang masyarakat
Iban, sebuah masyarakat yang kurang kita kenali selama ini.
Selepas mengkaji rumah panjang ini secara menyeluruh, kita
akan dapat memahami bahawa di sebalik bentuknya yang ringkas
dan memanjang itu sebenarnya telah embu hk nilai-nilai
yang berharga seperti ikatan kejiranan yang kuat, kerjasama
dan bertolong bantu, lindung melindungi antara satu sama
lain dan sebagainya.
(5)
...6/-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
12/24
Matlamat-matlamat untuk melahirkan semangat bersatu padu
serta hormat menghormati antara jiran tetangga memang
sudah lama diharap-harapkan oleh kerajaan kita. Kerajaan
telah menghabiskain berjuta-Juta ringgit untuk tujuan inl.
Tetapi tanpa kita sedari, dalam masyarakat kaum Iban yang
Jauh tersembunyi di tengah-tengah hutan yang liar, nilai-
nilai ini sudah lama bertapak. Konsep atau rekabentuk
rumah teres yang banyak didirikan dalam kawasan-kawasan
perumahan sekarang sebenarnya lebih mirip kepada struktur
bentuk rumah panjang ini sendiri.
(',
...7/-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
13/24
1.4 METHOD KAJIAN
Usaha-usaha telah dibuat untuk mendapat pengetahuan yang
berhubung dengan rumah panjang, juga latar belakang kaum
Iban di Sarawak. Satu kajian di perpustakaan telah
dibuat.
Demikian juga satu tinjauan telah dibuat di kawasan-kawasan
yang ada kena mengenai dengan kajian ini, khususnya rumah
panjang kawasan Sungai Sut. Hal ini di buat untuk melihat
dari dekat bentuk rumah panjang ini, pekerjaan-pekerjaan
mereka,
pendapatan dan kehidupan sosial mereka.
Di dalam memenuhi keperluan pengumpulan data, rajah-rajah
d n
peta-peta adalah diperolehi dari Jabatan Museum Negeri
Sarawak Juga dari Jabatan Arkib Negara cawangan Sarawak
serta perbadanan-perbadanan tertentu yang berhubung terus
dengan perkara kajian ini. Perbincangan-perbincangan dan
temuduga-temuduga juga telah dibuat dengan pegawai-pegawai
yang tertentu dan orang-orang Iban mengenai perkara kajian
ini.
Untuk melengkapkan lagi kajian ini, gambar-gambar
telah diambil untuk memberi suatu gambaran yang lebih Jelas
mengenal keadaan kajian yang dibuat ini.
(7)
...8/-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
14/24
1.5 MASALAH KAJIAN
Kesulitan utama yang dihadapi ialah untuk pergi ke tempat
kajian. Biasanya rumah panjang ini terletak jauh di
pinggir hutan maka pengangkutan untuk pergi ke situ sangat-
lah sukar. Tambahan pula untuk pergi ke situ memakan masa
berjam-jam dan kadang-kadang kita terpaksa bermalam di
tempat kajian. Pengangkutan yang paling sesuai untuk
ke tempat kajian hanyalah melalui sungai yang kadang-kadang
membuat perjalanan kita tergendala di tengah-tengah jalan
disebabkan oleh perkara yang tidak terduga seperti kerosakan
enjin atau kehabisan minyak.
Masalah lain yang dihadapi ialah semasa kita hendak
membuat temuduga dengan penghuni-penghuni rumah panjang ini.
Sebahagian besar daripada orang-orang Iban tidak dapat
bertutur atau memahami bahasa Malaysia, ini membuatkan
keterangan-keterangan yang di terima kurang lengkap.
Lagi pula, saya sendiri tidak dapat berbahasa dalaro bahasa
mereka semasa menemuduga, kalau tidak masalah ini pasti
tidak ujud.
Selain daripada itu rumah panjang yang agak berdekatan
dengan bandar-bandar besar atau perkampungan orang-orang
Melayu, telah banyak mengalami perubahan terutama sekali
dari segi penggunaan bahan-bahan moden untuk pembinaan
(8)'
...9/-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
15/24
rumah mereka seperti atap zing, lantai papan, dinding
bilik yang sudah dicat dan sebagainya. Begitu juga
terjadi kepada ruang-ruang dalam rumah panjang tersebut,
banyak yang sudah diubah dari penyusunan biasa mengikut
ruang-ruang rumah orang Melayu. Tidak kekurangan juga
bila
terdapat ada yang sudah membuat rumah berasingan
dari rumah panjang mereka. Ini adalah salah satunya
pengaruh-pengaruh kemodenan ke atas masyarakat Iban ini
dan ini juga merupakan masalah kepada kajian saya ini
kerana sukar bagi kita untuk membezakan antara yang tulen
dengan yang mendatang.
Akhir sekali walaupun banyak usaha dibuat tetapi banyak
masa terbuang, akibat daripada kesukaran-kesukaran untuk
mendapatkan maklumat dan data-data yang diperlukan.
Akhirnya, penulisan ini dibuat dalam jangka yang begitu
singkat sekali. Tentu sekali banyak kekurangan berlaku
terutamanya dari segi penganalisaan.
(9i>
...10/-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
16/24
2.0 IBAN DI SARAWAK
Sarawak mempunyai keluasan sebanyak 124,967 km. persegi
(47,000 batu
persegi).
Tiga suku daripadanya adalah
ditutupi oleh hutan hujan tropikal dan seluruh negeri ini
mengalami iklim khatulistiwa. Hujannya tinggi sepanjang
tahun iaitu antara 120 in. hingga 160 in. dan suhunya
sampai 90 F pada waktu siang dan humiditinya tinggi.
Penduduk-penduduk Sarawak adalah terdiri dari berbilang
kaum antaranya ialah Melayu, Iban, Melanau, Oayak Darat,
Kenyah, Kayan, Kelabit, Bisayah, Murut, Penan dan lain-
lain. Mengikut banci penduduk tahun 1980, Sarawak mempunyai
penduduk berjumlah 1.3 juta orang di mana kaum Iban adalah
merupakan kaum yang terbesar sekali iaitu 30.3% daripada-
1
nya.
Iban memang dikenali sebagai suatu kaum yang tinggal
di kawasan-kawasan pendalaman, sepanjang hulu-hulu sungai,
hutan-hutan tebal negeri Sarawak. Hutan-hutan ini pula
penuh dengan perkara-perkara ganjil dan tidak terduga;
1. -Dewan Pameran Museum Sarawak, Banci Penduduk Sarawak
-Bagi Tahun 1980.
(1(|>P ...11/-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
17/24
ribut yang tiba-tiba, kayu-kayu tumbang, banjir, kehidupan
binatang-binatang buas dan reptilia, pertumbuhan dan
pereputan benda-benda hidup. Oleh itu kehidupan serta
kepercayaan orang-orang Iban ini dipengaruhi sepenuhnya
oleh kejadian-kejadian di sekeliling mereka; mereka
percaya kepada bunyi burong yang boleh memberi amaran
baik atau jahat kepada mereka, mereka percaya adanya
tuhan, tanah dan kesuburan, Pulang Gana. mereka percaya
adanya petara. tuhan kejadian dan sebagainya.
Pekerjaan-pekerjaan orang Iban ini lebih kepada berburu
binatang dan bertanam
padi.
Makanan utama mereka ialah
padi.
Mereka akan menanam padi di lereng-lereng bukit
dan paya-paya, inipun bergantung kepada 'petunjuk* yang
diberikan oleh tuhan tanah kepada mereka. Jika tanaman
padi mereka mendapat restu dari tuhan mereka nescaya
hasilnya akan berlipat ganda dan jika sebaliknya padi-padi
mereka akan diserang oleh penyakit-penyakit dan bermacam
bencana hingga hasilnya pun berkurangan.
PENGHIJRAHAN IBAN KE SARAWAK
Mengikut sejarah kaum Iban memasuki negeri Sarawak dari
hulu Kapuas melalui lurah Kumpang, iaitu merupakan salah
satu Jalan mudah menyeberangi sempadan. Bila mereka
\[
(n) ...12/-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
18/24
sampai ke Kuala Kumpang, setengahnya menuju ke Lubok Antu
dan setengahnya lagi menuju ke Engkilili melalui Buntak.
Mereka sampai di Batang Lupar, tempat mereka menetap
kemudiannya yang dinamakan Batang Ai bererti sungai'.
Dari Batang Ai, orang-orang Iban ini pula berhijrah ke Ulu
Ai dan cabang-cabangnya;
Mepi,
Engkari, Delok dan Jinggin.
Mereka juga menetap di Sungai-singai Lemanak, Undup dan
Skrang. Ini merupakan penempatan kaum Iban yang paling
tertua sekali di Sarawak. Sekarang ini kaum Iban lebih
banyak di dapati di kawasan-kawasan Sebuyau, Ulu A i, Milikan,
Saribas, Skrang, Lemanak, Urdup, Dau dan Balau.
MASYARAKAT IBAN
1
Iban merupakan kaum yang aggresif yang bukan hanya menawan
musuh-musuh dan merampas harta-harta mereka tetapi Juga
cuba meniru cara hidup musuh-musuh mereka. Contohnya,
rekabentuk ukiran (tattoo) pada badan mereka adalah inspirasi
yang mereka dapat dari suku kaum yang tinggal sekitar Ulu
1
Tom-
Harrisson, The Sarawak Iban. The Sarawak Meseum
Journal,
Vol.XIII, hal.4
(12)
...13/-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
19/24
Rejang dan Baram, begitu juga dengan tarian-perang, ajat.
i
Burong kenyalang merupakan burong suci masyarakat Kayan,
sebaliknya dalam masyarakat Iban pun burung kenyalang ini
j
merupakan burong yang penting dalam upacara-upacara
(.1
pemujaan mereka. Sungguhpun demikian, burong kenyalang
bukanlah merupakan burong suci masyarakat Iban kerana ia
boleh dibunuh dan dimakan dan bulunya dibuat perhiasan,
sebaliknya pemujaan roereka lebih tertumpu kepada Sengalang
Burong. tuhan kejadian yang menjelma kepada mereka dalam
bentuk lang (layang-layang)
Kaum Iban adalah dipercayai sudah lama mengamalkan penanaman
padi bukit iaitu sebelum mereka memasuki Sarawak
lagi.
Pekerjaan tradisi ini bukan sahaja boleh membezakan kaum
Iban dari kaum-kaum lain yang sebelumnya tetapi juga
nerupakan faktor utama penghijrahan roereka ke Sarawak iaitu
untuk mencari suatu kawasan baru buat menanam
padi.
Ini
membawa mereka hingga ke kawasan-kawasan dalam bahagian
Ketiga dan seterusnya bahagian-bahagian lain seluruh
Sarawak.
ADAT-ADAT KAUM IBAN
Dalam tahun 1961, suatu mesyuarat telah diadakan di
Simanggang, Bahagian Kedua Sarawak, untuk menyemak berkenaan
\i3) . . . . i v -
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
20/24
dengan Adat
Iban
yang boleh diterima atau diiktiraf oleh
semua masyarakat Iban yang tinggal di sepanjang sungai-
sungai Batang Lupar, Saribas dan krian. Ini memerlukan
perbincangan yang sah kerana ianya berhubung dengansQal-
soal kepercayaan
dan
cara hidup mereka.
Jadi,
semua
wakil-wakil kaum Iban dari semua kawasan yang dimaksudkan
tadi dijemput hadir. Sungguhpun setengah daripada wakil
wakil ke mesyuarat tersebut tidak pernah berjumpa sebelum
itu dan tiada sebarang perbezaan yang jauh dari segi
keterangan dan pendapat mereka berkenaan adat-adat yang
telah mereka amalkan di tempat masing-masing.
Legenda yang menceritakan berkenaan Pulang Gana dan sumpahan
padi adalah sama kepada kaum Iban di mana saja. Begitu
juga dengan Sengalang Burong, upacara-upacara pemujaan,
adat-adat harian dan struktur masyarakat mereka. Dari segi
asal-usul, amalan perubatan, tafsiran terhadap mirapi-mimpi,
dan lain-lain lagi juga adalah sama. Keberlainan hanya
terdapat pada amalan Timang Jalong, iaitu puncak atau
klimaks kepada upacara Gawai Antu, yang biasanya diamalkan
oleh masyarakat Iban yang tinggal di kawasan Saribas-Krian
tetapi masyarakat Iban yang tinggal di kawasan Ulu Ai
kurang mengetahuinya.
Ada dua kemungkinan hingga wujudnya keberlainan ini iaitu
samada Gawai Antu memang adat orang Iban dari dahulu kala,
tito
. . . 1 5 /
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
21/24
tetapi telah dilupakan dan tidak diamalkan oleh masyarakat
Iban di kawasan Batang Ai , ataupun sebaliknya, iaitu Gawai
Antu ini bukanlah asalnya adat orang Iban tetapi ianya
telah diambil dari kepercayaan-keper^cayaan suku kaum lain
yang telah lama wujud sebelum kedatangan mereka di Sarawak
oleh orang-orang Iban yang tinggal di kawasan Saribas-
Krian ini. Pendek kata, dengan adanya mesyuarat ini raereka
telah dapat mewujudkan satu keseragaman dalam adat mereka
yang boleh diikut oleh semua orang Iban sebagai suatu
undang-undang yang wajib dipatuhi.
(15)
...16/-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
22/24
3,0 ORANG IBAN DAN RUMAH PANJANG
Perkataan rumah panjang ini adalah lahir dari bentuk
rumah itu sendiri. Ia didirikan secara memanjang semata-
mata bertujuan untuk memuatkan seluruh keluarga kaum Iban
ini di bawah satu bumbung.
Mengikut setengah kajian mengatakan bahawa hampir kesemua
suku kaum etnik yang tinggal di Sarawak mendirikan rumah
panjang sebagai tempat mereka berteduh, yang berbeza
hanyalah dari segi bentuk dan
saiz,
kekuatan bahan yang
digunakan, pelan ruang dan cara-cara pembinaannya. Walau
bagaimanapun kajian saya kali ini lebih memusatkan kepada
rumah panjang yang didirikan oleh suku kaum Iban di-
Sarawak.
Bila orang Iban ini mendirikan rumah panjang, bererti
mereka sedang mewujudkan sebuah perkampungan ataupun lebih
tepat lagi sebuah negri. Ini berpandukan kepada penggunaan
perkataan oleh orang Iban sendiri bahawa rumah panjang ini
merupakan sebuah negeri untuk mereka, kami megai negri
1. Derek Preeman, Report On The Iban, The Athlone Press
New Yoric, 1970 hal. 1
(
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
23/24
r o i o s r A i SSOA^ yitig
Model rumah panjang menunjukkan s t r uk t ur t i a n g -t i a n g n ya
dengan je las .
+W
v
\ /
> \
:i^H*r
Humah panjang Kampung Benuk, Bahagian Pertama Sarawak.
Sebahagian dari atap rumah panjanginimenggunakan
daun nipah/rumbia sementara sebahagian lagi beratapkan
zing iaitu sebagai pengaruh kemodenan.
(17)
...18/-
7/21/2019 11. SENI BINA KAUM IBAN DI SARAWAK.pdf
24/24
kadiri yang bermaksud kami memegang atau memerintah negeri
s ndiri.
Rumah panjang ini merupakan kriteria^utama dalam pembentukan
sosial masyarakat Iban kerana dalam rumah panjang inilah
bermulanya segala pantang larang dan peraturan hidup ber-
masyarakat terbentuk. Dalam rumah panjang sebeginl, mereka
akan hidup bersama setiap masa, mempunyai hubungan kejiranan
yang kuat. Tiap-tiap keluarga dalam rumah panjang tersebut
sentiasa bersedia untuk membantu jirannya yang memerlukan
pertolongan atau bantuan mereka. Mereka sentiasa patuh
kepada ketua mereka yang dipanggil tuai rumah dan tuai
' 2
burong. Mengikut kajian oleh W.R.Geddes mengatakan bahawa
dengan hidup cara begini, suku kaum Dayak telah dapat
raenyelesaikan beberapa raasalah sosial - bagaimana untuk
berdikari dan tidak pernah dijauhi oleh mesyarakatnya.
Oleh itu tidak hairanlah bahawa tidak pernah ada di antara
mereka yang cuba
embunuhiri.
Bercakap berkenaan dengan jawatan tuai rumah dan tuai
burong, sebenarnya kedua-dua mereka ini memainkan peranan
penting dalam kehidupan masyarakat kaum Iban ini. Tugas
1 Rev William Howell, Dyak Custom In Force When Building
A House, Borneo literature Bureau, 1977 hal.31
2.
W.R.Geddes, Nlne Dayak Nights, Oxford University Press
Melbourne, 1957
(18)
...19/-