15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    1/19

    Sek Men Keb (P) Methodist Klang.

    Salasilah Keluarga

    Nama:

    No MyKad:

    Tingkatan:

    Kelas:

    Mata pelajaran:

    Nama Guru:

    Vurmila Venggadasamy

    960807-10-5988

    1

    1 Pintar

    Sejarah

    Cik Anis Bt AB.Liah

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    2/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    Isi Kandungan

    1.0

    2.0

    3.0

    4.0

    Penghargaan

    Objektif Kajian

    Kaedah Kajian

    Laporan Kajian

    4.1

    4.2

    4.3

    4.4

    Salasilah Keluarga

    Perkembangan Diri dan Keluarga

    Tokoh dalam Keluarga

    Peristiwa Bersejarah dalam Keluarga

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    12

    15

    1|Mukasurat

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    3/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    1.0 Penghargaan

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang

    banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan folio

    Sejarah saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian salasilah keluarga saya

    ini.

    Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cik Anis iaitu guru mata

    pelajaran Sejarah saya atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi olehnya

    semasa saya membuat folio ini.

    Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana

    mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi

    mutu folio saya ini.

    Sekian, terima kasih.

    Vurmila Venggadasamy1 Pintar

    2|Mukasurat

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    4/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    2.0 Objektif Kajian

    Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa

    objektif seperti yang berikut:

    1. Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya

    2. Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari

    datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya

    3. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota

    keluarga saya

    4. Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada

    kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya

    5. Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu

    kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan

    kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang

    begitu sahaja

    6. Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki sebuah

    keluarga yang harmoni dan ceria

    7. Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis

    maklumat tentang keluarga saya

    keluarga saya atas segala

    3|Mukasurat

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    5/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    3.0 Kaedah Kajian

    Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:

    1. Kaedah lisan iaitu saya menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa

    saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui

    penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar

    menyaksikannya.

    2. Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber

    iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku

    mereka.

    3. Kaedah rujukan iaitu saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku

    catatan harian ibu bapa saya dan mengumpul beberapa gambar dari album

    keluarga.

    4|Mukasurat

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    6/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    4.0 Laporan Kajian

    Laporan kajian saya merangkumi

    4.1

    4.2

    4.3

    4.4

    Salasilah Keluarga

    Perkembangan Diri dan Keluarga

    Tokoh dalam Keluarga

    Peristiwa Bersejarah dalam Keluarga

    5|Mukasurat

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    7/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    4.1 Salasilah Keluarga 1

    Doddy Apparaj & Saraswathi

    2 3 4

    Athinarayanan & Nageswari Ganapathi Rao & Subuletchumy Venggadasamy & Mageswari

    5 6 7

    Hamswat Vurmila (Saya) & Pooja

    Deepti, Swati, Hazpati & Teerti

    6|Mukasurat

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    8/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    Salasilah keluarga bermaksud asal usul keturunan sesebuah keluarga. Carta salasilah

    keluarga saya (Sila rujuk mukasurat 4) bermula daripada Doddy Apparaj iaitu datuk saya

    dan Saraswathi iaitu nenek saya (rujuk no 1). Mereka berasal daripada tempat yang sama

    iaitu Teluk Intan, Perak dan mempunyai hubungan persaudaraan. Mereka telah mendirikan

    rumahtangga pada 22 Oktober 1960 dan berpindah ke Kulim, Kedah. Mereka mencari

    pendapatan dengan menoreh getah di sebuah ladang di Bagan Sena. Kerja harian di

    ladang meletihkan dan ganjarannya pula cukup ala kadar tetapi datuk dan nenek tetap

    berbangga dengan kerja mereka. Hasil perkahwinan datuk dan nenek saya, mereka telah

    dikurniakan tiga orang anak, iaitu Nageswari yang dilahirkan pada 17 Ogos 1961, Ganapathi

    Rao yang dilahirkan pada 20 Jun 1964 dan Venggadasamy iaitu bapa saya yang dilahirkan

    pada 12 April 1966.

    Pada tahun 1974, datuk saya mendapat pekerjaan di sebuah kilang gula yang baru dibuka

    di Chuping, Perlis sebagai seorang Formen. Datuk saya membawa keluarganya tinggal di

    kawasan berhampiran kilang tersebut. Di samping itu, datuk menambahkan

    pendapatannya dengan membaiki kereta dan motosikal kawan-kawannya di anjung

    rumahnya selepas balik dari bekerja di kilang gula. Hasil penat lelah bekerja setiap hari, telah

    menampakkan hasilnya. Datuk berjaya memberi semua anak-anaknya pendidikan yang

    sewajarnya sehingga mereka boleh berdikari. Setelah bersara, kini datuk saya telah

    membuka sebuah bengkel membaiki keretanya sendiri di Kangar, Perlis dengan empat

    orang pekerja di bawahnya. Semua anak-anaknya telah berumahtangga.

    Pada tahun 1991, Nageswari telah berkahwin dengan Athinarayanan (rujuk no 2) dan

    mempunyai seorang anak tunggal lelaki (rujuk no 5). Disebabkan minat mendalam

    Nageswari mengajar kanak-kanak, kini dia telah membuka sebuah tadikanya sendiri di Port

    Dickson dengan kira-kira 100 orang kanak-kanak belajar di situ.

    7|Mukasurat

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    9/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    Ganapathi Rao telah berkahwin dengan Subuletchumy (rujuk no 3) dan mempunyai empatSub

    orang anak (rujuk no 6). Disebabkan minat Ganapathi dalam membaiki kereta, kini dia

    menolong datuk saya mengendalikan bengkelnya. Ganapathi telah bekerja dengannolong

    PROTON selama 15 tahun sebelum menjalankan perniagaan sendiri bersama datuk saya.

    Venggadasamy iaitu bapa saya pula telah berkahwin dengan Mageswari (rujuk no 4) danrujuk4

    mempunyai dua orang anak perempuan iaitu saya dan adik saya (rujuk no 7). Bapa sayarujuk7

    kini menguruskan sebuah syarikat teknologi maklumat swasta di Kuala Lumpur.h

    4.2 Perkembangan diri dan keluarga

    Ahli keluarga saya terdiri daripada bapa saya, emak saya, saya dan adik saya. Selepas

    perkahwinan ibu bapa saya pada 7 September 1995, mereka tinggal di Taman Bertek, Klang

    yang berhampiran dengan tempat kerja bapa. Saya lahir pada tahun 1996 dan dibesarkan

    di rumah tersebut sehingga saya berusia 2 tahun. Kemudian, pada tahun 1998, kami

    sekeluarga berpindah ke sebuah rumah yang lebih besar dan selesa dengan lebih banyakbany

    bilik tidur iaitu di 81, Jalan Harmoni 7, Taman Sungai Pinang, Off Jalan Sungai Putus, 42100

    Klang. Sehingga kini, kami masih menetap di sini dengan penambahan seorang lagi ahli

    keluarga iaitu adik saya yang dilahirkan pada tahun 2000. Walaupun keluarga saya tidakkeluarga

    besar, namun setiap ahli keluarga memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan

    suasana meriah dan harmoni dalam keluarga saya.

    4.2.1 Bapa saya

    Nama bapa saya Venggadasamy. Beliau dilahirkan di Hospital

    Kulim, Kedah pada 12 April 1966. Bapa saya mendapat pendidikan

    awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Badlishah, Kulim pada

    tahun 1973 dan kemudiannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri

    Indra, Kangar dari tahun 1974 hingga tahun 1978 apabila

    8|M ukasurat

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    10/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    keluarganya berpindah ke Chuping, Perlis. Seterusnya beliau menyambung pengajian ke

    Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman, Bukit Keteri dari tahun 1979 hingga tahun

    1981. Semasa di tingkatan 4 dan 5, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Teknik, Alor Setar

    dan tinggal di asrama yang disediakan. Beliau mempunyai keperibadian yang ramah dan

    mudah mesra sehingga disenangi oleh rakan-rakan juga guru. Semasa di tingkatan 6 pula,

    beliau belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar. Keputusan cemerlangnya

    dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) melayakkan beliau ditawarkan untuk

    menyambung pengajian di Pusat Pengajian Kuantitatif Universiti Kebangsaan Malaysia

    (UKM) di Bangi selama 4 tahun dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer.

    Beliau memasuki alam pekerjaan sebaik sahaja pengajiannya di UKM tamat. Pada mulanya,

    bapa saya bekerja sebagai seorang pengaturcara sistem perisian computer di sebuah

    syarikat teknologi maklumat yang kecil di Petaling Jaya. Melalui pengalaman kerja yang

    diperolehnya di situ selama setahun, beliau telah berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai

    Ketua Jabatan Teknologi Maklumat di sebuah kilang pembuat tayar yang besar di Klang

    iaitu Fung Keong Rubber. Selepas 10 tahun bekerja di sini, hasrat beliau yang inginkan

    pekerjaan yang lebih mencabar telah tercapai apabila sebuah syarikat gergasi Jepun, NTT

    Data Corporation menawarkan jawatan sebagai Pengurus Teknikal Informasi Teknologi

    pada tahun 2001.

    Selepas 3 tahun bekerja di NTT Data Corporation, beliau dilantik sebagai Pengurus Am oleh

    sebuah syarikat teknologi maklumat swasta di Kuala Lumpur. Bapa saya bekerja keras tanpa

    mengira penat lelah bagi memajukan syarikat tersebut yang mempunyai beberapa anak

    syarikat di bawahnya. Hasil usahanya, syarikat tersebut telah menunjukkan prestasi yang

    semakin meningkat tahun demi tahun.

    Di sebalik kesibukannya, pada tahun 2005 bapa telah menyambung pengajiannya di

    Universiti Tun Abdul Razak di Kelana Jaya dengan menghadiri kelas-kelas pada hujung

    9|Mukasurat

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    11/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    minggu dan beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan padpada

    tahun berikutnya. Kini, beliau sedang mengikuti pengajian ijazah Doktor Falsafah dalam

    jurusan Pentadbiran Perniagaan di e-Universiti di Kuala Lumpur.e

    4.2.2 Ibu saya

    Nama ibu saya Mageswari. Beliau dilahirkan di Hospital Kuantan,

    Pahang pada 9 April 1968. Ibu saya mendapat pendidikan awal di

    Sekolah Rendah Kebangsaan Treacher Methodist, Taiping dari

    tahun 1975 hingga tahun 1980. Seterusnya beliau menyambung

    pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Treacher

    Methodist, Taiping dari tahun 1981 hingga tahun 1985. Semasa di

    tingkatan 6 pula, beliau belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward (VII),

    Taiping. Beliau berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan PenilaianPeperiksaan

    Darjah 5 (5A) dan Peperiksaan SPM (6A) dan pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik

    Peringkat Sekolah dalam Peperiksaan SRP (7A). Selain daripada kecemerlangan beliau di

    bidang akademik beliau juga aktif dalam bidang ko-kurikulum.ko

    asaSemasa di peringkat sekolah, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengawas

    Sekolah (1981-1987), Ketua Pengawas (1985), Pengerusi Persatuan Kraftangan (1985),1987),

    Penolong Ketua Kumpulan Persatuan Pandu Puteri (1985), Ketua Pasukan Rumah Biru (1985)

    dan Presiden Kelab Kebudayaan India (1987). Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran

    Malaysia (STPM) yang baik melayakkan beliau untuk menyambung pengajian di Universiti

    Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi selama 4 tahun dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda

    Sains Makanan dan Pemakanan.nan

    Sebaik sahaja tamat pengajiannya pada tahun 1992, ibu menjadi seorang guru sementara

    di sebuah sekolah swasta sementara menunggu peluang mendapat pekerjaan yang lebih

    baik. Pada tahun 1994, ibu mendapat pekerjaan sebagai seorang editor buku di Longman,

    10 | M u k a s u r a t

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    12/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    Malaysia dan ibu mula meminati kerjanya walaupun tidak berkaitan dengan bidang

    pengajiannya.

    Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1996, ibu ditawarkan untuk bekerja dengan Federal

    Publications, Malaysia. Ibu bekerja di sini selama 8 tahun sebelum mendapat tawarantahun

    bekerja sebagai editor senior di Eastview Publication, Malaysia. Pada tahun 2006, ibuPublication,

    berhenti bekerja dan menjadi editor dan penulis buku sambilan sehingga sekarang supaya

    beliau dapat meluangkan lebih banyak masa bersama-sama saya dan adik saya.bersamaaya

    4.2.3 Diri saya

    Nama saya Vurmila. Saya dilahirkan di Klinik Damo, Klang pada 7

    Ogos 1996. Saya berusia 13 tahun pada tahun ini. Saya pernah

    tinggal di Taman Bertek, Klang dan kini saya tinggal di 81, Jalan

    Harmoni 7, Taman Sungai Pinang, Off Jalan Sungai Putus, 42100

    Klang. Saya merupakan anak yang sulung daripada dua orang

    adik beradik. Saya telah mula menjejaki alam persekolahan semasa

    saya berusia 2 tahun di Q-Dees, Klang (tahun 1999). Ibu bapa saya telah menghantarDees,

    saya ke prasekolah berlainan setiap tahun supaya saya tidak berasa bosan dengan sekolah

    dan persekitaran yang sama. Saya pernah belajar di Tadika Twinkle Land (tahun 2000), Ling

    Montessori House (tahun 2001) dan Tadika Snow White (tahun 2002).

    Ketika berusia 7 tahun sehingga 12 tahun, saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaanahun

    Methodist, Klang. Saya telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 5A

    dalam peperiksaan UPSR. Kini, saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist,

    Klang dalam tingkatan 1 Pintar.

    11 | M u k a s u r a t

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    13/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    4.2.4 Adik saya

    Nama adik saya Pooja. Dia dilahirkan di Klinik Damo, Klang pada 22

    Mac 2000. Adik saya berusia 9 tahun pada tahun ini. Adik saya

    memasuki alam persekolahan lebih lewat daripada saya. Dia

    dimasukkan ke Tadika Batu Belah, Klang pada tahun 2005 semasa dia

    berusia 5 tahun dan seterusnya di Tadika Jingle Bell pada tahun

    berikutnya. Ketika berusia 7 tahun, dia ditempatkan dalam Tahun 1 di

    sekolah yang pernah saya belajar iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist, Klang. Kini,

    dia belajar dalam Tahun 3 di sekolah yang sama.lajar

    4.3 Tokoh dalam keluarga

    Bapa saya boleh dijadikan tokoh dalam keluarga saya. Bapa saya boleh dikatakan seorang

    yang serba boleh, banyak sungguh kelebihan dan pencapaiannya. Menurutnya, tiada apa

    yang mustahil dilakukan di dunia ini asalkan kita mempunyai keyakinan bahawa apa yang

    kita lakukan adalah terarah kepada perkara kebaikan dan kejayaan. Beliau juga percaya

    bahawa kejayaan bagi sesuatu kerja yang dilakukan adalah hasil kerja keras dan semangat

    yang tidak mudah mengaku kalah.

    Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang tidak berada, kecemerlangan bapa saya dalamkecemerlangan

    bidang akademik sudah terserlah sejak di bangku sekolah lagi dengan penganugerahan

    Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri Perlis (UPSR) dan Anugerah Pelajar Terbaik(UPSgerah

    Peringkat Negeri Perlis(PMR). Di samping cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga

    merupakan pelajar yang aktif dalam bidang ko-kurikulum dan kepimpinan baik di peringkatko kurikulum

    sekolah mahupun universiti. Beliau aktif dalam sukan bola tampar semasa di sekolah rendahtampar

    dan mewakili pasukan hoki sekolah (dari tahun 1979 hingga tahun 1981). Beliau merupakan

    pengawas sekolah (dari tahun 1979 hingga 1983) dan dilantik menjadi Ketua Pengawas

    12 | M u k a s u r a t

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    14/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    pada tahun 1983. Beliau merupakan Presiden Persatuan Matematik dan Sains pada tahun

    1983. Semasa berada di universiti, beliau turut diberi kepercayaan untuk menjadi Presiden

    Kelab Astronomi dan Exco Kamsis Dato Onn serta Presiden Pesta Ponggal, satu-satunya

    perayaan yang disambut dengan meriah di UKM. Walau pun bapa aktif menyertai

    persatuan, tetapi beliau tidak pernah melupakan pelajaran kerana mempunyai jadual

    sendiri selain bertanya kepada pensyarah jika tidak faham. Ini terbukti di mana beliau

    adalah salah seorang pelajar pengajian tinggi yang telah diberi ganjaran biasiswa

    sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmataan Awam (JPA), Malaysia.

    Disebabkan bapa saya suka membantu orang lain, beliau juga melibatkan diri dalam

    banyak aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak universiti seperti menderma

    darah dan bergotong-royong membersihkan kawasan kamsis. Pada keseluruhannya,

    bolehlah dikatakan bahawa sikap bapa saya yang sentiasa merendahkan diri dan berfikiran

    positif menjadikan beliau seorang yang berjaya di dalam akademik dan kepimpinannya.

    Kini, bapa diamanahkan untuk mengurus sebuah syarikat teknologi maklumat di Kuala

    Lumpur.

    Sejak saya kecil lagi, bapa saya telah menanamkan minat untuk membaca dalam diri saya

    disebabkan beliau sendiri suka membaca. Bapa saya membawa saya ke perpustakaan

    awam sekurang-kurangnya tiga kali dalam sebulan. Beliau selalu berkata bahawa

    membaca adalah jambatan ilmu. Memang benar, kemahiran membaca bukan sekadar

    membantu saya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi membantu

    meningkatkan proses perkembangan mental dan sosial saya dengan lebih baik. Setiap kali

    saya mendapat kejayaan dalam pelajaran, bapa saya akan menghadiahkan buku sebagai

    satu dorongan untuk menambahkan lagi minat saya untuk membaca. Sehingga sekarang,

    saya sentiasa membaca buku cerita pada waktu lapang saya dan juga sebelum saya tidur

    pada waktu malam.

    13 | M u k a s u r a t

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    15/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    Bapa saya tidak pernah berkompromi untuk memberi pendidikan terbaik kepada saya

    dan adik saya. Bapa saya sentiasa memberi motivasi kepada kami untuk mencapai

    kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun aktiviti ko-kurikulum bagi

    menjamin kejayaan dalam hidup kami pada masa-masa akan datang.

    Kebanyakan ibu bapa hanya tahu menyuruh atau memerintah tanpa mempedulikan

    perasaan atau pendapat anak mereka. Tetapi, walaupun sibuk dengan tugas hariannya,

    bapa saya cuba sedaya upaya meluang dan memperuntukkan masa yang berkualiti

    bersama saya dan adik saya untuk berbincang, menyelesaikan masalah, memberi nasihat

    dan teguran yang membina.

    Selain daripada itu, satu kelebihan istimewa pada bapa saya ialah beliau sangat kreatif.

    Apa sahaja projek yang saya lakukan, beliau akan memastikan bahawa ia adalah kreatif

    iaitu lain dari yang biasa dibuat oleh orang lain. Maka, ini menyebabkan saya sentiasa

    mencari idea baru untuk melakukan sesuatu.

    Banyak yang saya pelajari dari bapa kesayangan saya. Saya amat bersyukur mendapat

    bapa yang cemerlang sepertinya, sememangnya beliau dipilih menjadi tokoh keluarga

    saya.

    14 | M u k a s u r a t

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    16/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    4.4 Peristiwa bersejarah keluarga

    4.4.1 Perkahwinan antara bapa dan ibu saya

    Majlis perkahwinan bapa dan ibu saya berlangsung pada 7

    September 1995 di dewan Kuil Subramaniam, Teluk Pulai,

    Klang. Bapa telah bertemu jodoh dengan emak ketika

    belajar bersama-sama di Universiti Kebangsaan Malaysia.bersama sama

    Sekarang mereka telah 14 tahun berkahwin dengan

    bahagianya.

    4.4.2 Sukan Komanwel yang pertama di Malaysianwel

    Pada September 1998, Sukan Komanwel yang kenwelke-16 di

    adakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Saya bersamaur.

    keluarga saya tidak menyaksikan sukan tersebut. Tujuh

    puluh negara mengambil bahagian dan Malaysia Berjaya

    menduduki tempat ke-4 dengan pungutan 10 emas. Saya4

    dan ibu bergambar di hadapan mascot Sukan Komanwel.

    4.4.3 Hari jadi saya yang keke-3

    Hari ini, 7 Ogos 1999, hari yang gembira buat saya kerana hari jadi saya yang ke disambutke-3

    dengan meriah di Tadika Q-Dee bersama kawan-kawan dan guru. Ketika itu saya berumur 3Deekawan kawan

    tahun. Di rumah, harijadi saya disambut bersama ibu bapa, nenek, emak saudara dan bapa

    saudara saya. Kek hari jadi saya dibuat oleh ibu saya. Saya dapat banyak hadiah istimewa.

    15 | M u k a s u r a t

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    17/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    4.4.4 Tangan saya terseliuh

    Walaupun tangan saya disokong oleh plaster akibat

    terseliuh, namun saya tidak risau dan masih bermainisau

    seperti biasa. Tangan saya terseliuh semasa bermain

    dengan kanak-kanak lain di Lapangan Terbang Subangkanak

    pada Jun 1997, ketika saya berumur 1 tahun.

    4.4.5 Hari pertama ke Tadika

    Pada 2hb Jan 1998, ketika saya berumur 2 tahun, saya telahs

    bersiap sedia untuk memulakan alam persekolahan saya. Pada

    hari pertama, saya memang tak sabar untuk pergi ke TmemangTadika Q-

    dee untuk belajar dan bertemu kanak-kanak lain.kanak

    16 | M u k a s u r a t

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    18/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    4.4.6 Ahli baru dalam keluarga Adik saya

    Saya suka bermain dengan adik saya yang baru seminggu

    dilahirkan iaitu pada 22 Mac 2000. Adik saya sangat comel. Ia

    menjadi tanggungjawab saya menjaganya setiap masa.

    4.4.7 Sambutan Hari Ponggal yang pertama di rumah baru

    Kami sekeluarga menyambut Hari Ponggal pada

    15 Jan 2004 di rumah baru saya yang beralamat

    81, Jalan Harmoni 7, Taman Sungai Pinang, Off

    Jalan Sg Putus, 42100 pada tahun 1998 semasa

    saya berusia 2 tahun. Rumah ini lebih besar dari

    rumah sebelum ini, terdapat 4 buah bilik dan 3at

    buah bilik mandi. Hari Ponggal merupakan

    perayaan tahunan yang diraikan oleh kami sekeluarga.

    4.4.8 Percutian ke Terengganu

    Semasa saya berusia 3 tahun, ibu saya

    memenangi percutian ke Terengganu dalam

    satu pertandingan yang dianjurkan oleh majalah

    Anjung Seri. Saya, ibu, bapa, nenek dan emak

    saudara

    menikmati

    saya duduk bersembang

    di tepi

    sambil

    pantaiudara nyaman

    Terengganu. Saya cuba membina sebuah istana

    pasir.

    17 | M u k a s u r a t

  • 8/6/2019 15429736 Vurmila Folio Sejarah Salasilah Keluarga(1power Word)

    19/19

    Sejarah Tingkatan 1Salasilah Keluarga

    4.4.9 Majlis Konvokesyen bakesyen bapasaya

    Kenangan manis selepas Majlis Konvokesyen kejliske-5

    UNITAR pada 24 September 2005 di mana bapa saya

    memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran

    Perniagaan. Satu hari nanti, saya juga akan mengikuti

    jejak langkah seperti bapa saya.

    4.4.10 Pencapaian pertama saya10

    Kenangan manis bersama-sama guru dan kawansamakawan-

    kawan pada hari saya mengambil keputusan

    UPSR. Saya dapat 5A,

    Gambar bersama Guru

    saya amat gembira.

    Sains yang sentiasa

    memberi motivasi.

    Melalui peristiwa bersejarah yang berlaku pada saya dan keluarga saya, saya berasa

    bangga dengan semangat kekeluargaan yang ada pada setiap ahli keluarga saya

    mahupun yang terdekat atau yang jauh. Hari-hari istimewa dalam keluarga akan sentiasaHari hari

    diperingati bersama.

    18 | M u k a s u r a t