5
1. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu. Seni merupakan sesuatu yang begitu indah sekiranya diamati dengan teliti dan menjiwai seni tersebut. Pelbagai flora dan fauna disekeliling kita yang boleh dijadikan sebagai suatu sumber inspirasi ketika membuat aktiviti seni. Suatu masa dahulu, saya telah mengikuti latihan amali praktikum selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Simpang 5 dan telah mengajar tahun 6. Minggu pertama, saya meminta murid melukiskan “pemandangan di tepi pantai” dan minggu seterusnya saya meminta mereka melukiskan tentang “rumahku syurgaku”. Setelah 2 minggu menjalankan peraktikum di sekolah tersebut saya menyemak lukisan hasil kerja murid tersebut untuk menandakan markah mereka. Saya mendapati 85% daripada lukisan tersebut adalah hampir serupa dari beberapa aspek seperti penggunaan warna. Selain itu, hampir kesemua lakaran mereka serta posisi imej adalah sama seakan peniruan dan lebih tepat lagi seperti dilukis oleh seorang pelukis sahaja. walaupun mereka berada di tahap 2 dan seterusnya akan melangkah ke sekolah menengah, akan tetapi tahap lukisan mereka terlalu rendah dan terhad serta banyak peniruan sesama rakan-rakan lain. Hal ini menunjukkan kreativiti mereka kurang berkembang dan kekurangan idea untuk lukisan yang akan dihasilkan. Selain itu, ramai juga murid yang membuat lukisan sambil lewa serta dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka. Hal ini mungkin mereka kurang diberi pendedahan tentang seni tersebut. Saya ada bertanyakan kepada beberapa murid tentang lukisan mereka yang seakan serupa dan mereka menjawab, “mereka meniru rakan mereka dan tidak tahu untuk melukis yang lain”. Terdapat juga murid yang menjawab, mereka akan meniru sahaja apa yang rakan mereka lukis di atas kertas lukisan tersebut. Saya merasakan murid-murid ini kurang diberikan pendedahan dari segi contoh- contoh lukisan yang lain dan lebih menarik supaya murid dapat membina idea mereka untuk melukis lukisan mereka.

Document1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Document1

1. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu.Seni merupakan sesuatu yang begitu indah sekiranya diamati dengan teliti dan menjiwaiseni tersebut. Pelbagai flora dan fauna disekeliling kita yang boleh dijadikan sebagai suatusumber inspirasi ketika membuat aktiviti seni. Suatu masa dahulu, saya telah mengikutilatihan amali praktikum selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Simpang 5 dan telahmengajar tahun 6. Minggu pertama, saya meminta murid melukiskan “pemandangan di tepipantai” dan minggu seterusnya saya meminta mereka melukiskan tentang “rumahkusyurgaku”. Setelah 2 minggu menjalankan peraktikum di sekolah tersebut saya menyemaklukisan hasil kerja murid tersebut untuk menandakan markah mereka. Saya mendapati 85%daripada lukisan tersebut adalah hampir serupa dari beberapa aspek seperti penggunaanwarna. Selain itu, hampir kesemua lakaran mereka serta posisi imej adalah sama seakanpeniruan dan lebih tepat lagi seperti dilukis oleh seorang pelukis sahaja. walaupun merekaberada di tahap 2 dan seterusnya akan melangkah ke sekolah menengah, akan tetapi tahaplukisan mereka terlalu rendah dan terhad serta banyak peniruan sesama rakan-rakan lain.Hal ini menunjukkan kreativiti mereka kurang berkembang dan kekurangan idea untuklukisan yang akan dihasilkan. Selain itu, ramai juga murid yang membuat lukisan sambillewa serta dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka. Hal ini mungkin mereka kurang diberi pendedahan tentang seni tersebut. Saya ada bertanyakan kepada beberapa murid tentanglukisan mereka yang seakan serupa dan mereka menjawab, “mereka meniru rakan merekadan tidak tahu untuk melukis yang lain”. Terdapat juga murid yang menjawab, mereka akanmeniru sahaja apa yang rakan mereka lukis di atas kertas lukisan tersebut. Sayamerasakan murid-murid ini kurang diberikan pendedahan dari segi contoh-contoh lukisanyang lain dan lebih menarik supaya murid dapat membina idea mereka untuk melukislukisan mereka.Adakah saya perlu mengulang kembali tentang unsur-unsur seni dan prinsip seni dari awal

Page 2: Document1

kepada murid-murid ? Mungkinkah saya perlu menunjukkan seberapa banyak yangmungkin contoh-contoh lukisan menarik kepada murid menggunakan ICT ? Apakah yangperlu saya lakukan untuk meningkatkan kreativiti idea mereka ketika melukis ? Adakah sayamampu untuk mengajar kesemua sekali tentang seni supaya mereka boleh menjadi sepertiseorang pelukis yang berbakat ? Saya telah membincangkan pekara ini dengan beberapaguru lain serta panitia seni dalam mesyuarat bulanan sekolah. Sebahagian gurumengatakan yang tidak kesemua murid akan menjadi seorang pelukis apabila besar kelak.Hal itu memang tidak dinafikan, akan tetapi sekiranya minda dan pemikiran mereka kreatifkesemua yang akan dilakukan akan berjaya. Sekiranya begitu, apakah langkah yang terbaikuntuk membantu murid-murid ini mempunyai minda dan pemikiran yang kreatif dan idea ?Setelah mencuba mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, namunn hasillukisan murid masih di tahap yang sama. Saya berpendapat bahawa murid kekurangan ideauntuk membuat lukisan kerana mereka kurang diberi pendedahan yang meluas serta muridtidak pernah melakukan aktiviti di luar kelas. Kekurangan idea ini juga berkemungkinandaripada pengabaian guru termasuklah saya dalam meningkatkan kreativi dan idea murid-murid semua. Oleh yang demikian, saya perlu memperbetulkan situasi ini supaya tahapkreativit dan idea murid lebih meluas dan sekaligus dapat menjadikan mereka murid yangcemerlang dalam semua aspek.

2. Fokus kajiansecara keseluruhannya saya mendapati murid-murid menghadapi pelbagai masalah dansaya telah mengfokuskan kajian ini kepada satu skop yang kecil iaitu masalah dari segikreativiti serta kekurangan idea ketika melukis. Murid lebih suke meniru lukisan rakan-rakanatau contoh yang telah dibuat oleh guru. Murid tidak reti untuk menokok tambah lukisanmereka mengikut kreativiti masing-masing supaya menjadi lebih menarik. Kebanyakanmurid telah melakukan :

Page 3: Document1

Meniru lukisan rakan-rakan Lakaran dan penggunaan warna yang terhad Kurang kreativiti dan terhad Kekurangan idea dalam lukisan yang dihasilkan Kurang pendedahan dari guruOleh yang demikian, kelemahan-kelemahan ini dapat diatasi oleh murid supaya bolehmenjadi seorang yang lebih kreatif dan mempunyai minda yang kreativiti bukan sahajadalam penghasilan karya mereka sekaligus dalam pelbagai aspek pelajaran yang lain.Seterusnya, mereka dapat membuat lukisan yang menarik dan membuka minda merekatentang kreativiti yang ada dalam diri mereka sendiri.3. Objektif kajianSetelah kajian permasalahan ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan mencapaoobjektif-objektif berikut :i. Objektif umumMeningkatkan daya kreativiti dan pendedahan murid terhadap subjek seni visualsupaya pembelajaran di sekolah menjadi menarik

ii. Objektif khusus Meningkatkan kreativiti murid Meningkatkan keupayaan murid untuk mengaplikasikan kreativiti dalamlukisan mereka Membantu murid meningkatkan pemikiran yang kreatif Memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya seni dalamkehidupan.4. Kumpulan sasaranKajian ini melibatkan seramai 42 orang murid tahun 6 cempaka yang keseluruhannyaberbangsa melayu serta sekolah yang terletak di luar Bandar (kawasan kampong).5. Tindakan yang dicadangkan5.1 Tinjauan masalahSebelum langkah-langkah yang seterusnya dijalankan, tinjauan terhadapmasalah yang dikenalpasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebihmendalam mengenai permasalahan terserbut. Tinjauan dilakukan denganbertujuan untuk mengumpulkan data yang seperti berikut : Meminta murid untuk membuat lukisan “pemandangan di tepi pantai”. Meminta murid untuk melukis dan mewarnakan “rumahku syurgaku”. Menjalankan aktiviti melukis di luar kelas dan meminta murid melukiskanpemandangan sekitar sekolah.5.2 Program “ ILHAM SENI ”Cara perlaksanaan :

Page 4: Document1

1. Guru membawa smua murid tahun 6 Cempaka ke dalam dewan terbuka.2. Guru memberikan setiap murid 3 helai kertas lukisan.3. Guru meminta murid melukiskan Rumahku Syurgaku.4. Guru akan mengulas tentang lukisan murid-murid semua danmendedahkan murid bagaimana untuk mendapatkan idea.5. Guru menayangkan beberapa contoh lukisan pemandangan di tepi pantaiyang menarik menggunakan ICT untuk murid mendapatkan beberapaidea dalam lukisan yang seterusnya.6. Guru meminta murid untuk melukiskan pemandangan di tepi pantai.7. Guru menganalisis kedua-dua lukisan murid tersebut.5.3 Program “LETS SKETCH” ( 2 jam 2 lukisan dalam tempoh 3 minggu )Cara perlaksanaan :1. Guru membawa murid ke bawah pohon di tepi padang sekolah yangterbuka.2. Guru memberikan 2 helai kertas lukisan kepada setiap murid.3. Guru meminta murid memerhatikan alam semulajadi di sekeliling merekayang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan idea ketika melukis.4. Guru meminta murid mencari sehelai daun yang menarik untuk merekalukiskan dan sebagai sumber inspirasi murid dan guru meminta muridmelukiskan sebesar kertas lukisan.5. Guru meminta murid meneliti daun tersebut dan barulah melukiskannya.6. Untuk lukisan kedua, guru meminta murid melukiskan 1 akar pokok untuksubjek utama mereka.7. Guru meminta murid meneliti dengan baik dan seterusnyamelukiskannya.

8. Aktiviti tersebut dijalankan di tempat yang sama selama tiga minggu.9. Selepas tiga minggu, guru meneliti kesemua lukisan murid-murid samadamurid dapat meningkatkan tahap kreativiti dan perkembangan ideamereka.Aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan setelah membuat tinjauanawal.

MOHD RAZALI BIN JAAFARSYAHRIZAN BIN ZAINAN