11

16 Sebab Anda Perlu Berniaga - perniagaaninternethq.comperniagaaninternethq.com/wp-content/uploads/2019/01/rahsia-bisnes... · wujud di Shopee, ... ada penipu yang mengedit resit

  • Upload
    doanh

  • View
    244

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 16 Sebab Anda Perlu Berniaga - perniagaaninternethq.comperniagaaninternethq.com/wp-content/uploads/2019/01/rahsia-bisnes... · wujud di Shopee, ... ada penipu yang mengedit resit
Page 2: 16 Sebab Anda Perlu Berniaga - perniagaaninternethq.comperniagaaninternethq.com/wp-content/uploads/2019/01/rahsia-bisnes... · wujud di Shopee, ... ada penipu yang mengedit resit

16 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee

Oleh :

John Jenin

www.BisnesShopee.com

1

Page 3: 16 Sebab Anda Perlu Berniaga - perniagaaninternethq.comperniagaaninternethq.com/wp-content/uploads/2019/01/rahsia-bisnes... · wujud di Shopee, ... ada penipu yang mengedit resit

1. Percuma – Ini adalah perkara yang sangat menarik, setakat ini saya tidak menjumpai

sebarang online portal yang menawarkan servisnya secara percuma, tanpa sebarang caj

yuran atau caj transaksi pembayaran dan proses, apa yang dibayar oleh pelanggan 100%

milik anda. Sebagai perbandingan, untuk menjual di Lelong, anda perlu membayar yuran

sebanyak RM400 setahun, setiap transaksi dikenakan caj lingkungan 6%-15%. Begitu juga

online portal yang lain seperti Lazada, 11th Street dan lain-lain. Untung anda akan jadi

berkurangan kerana terpaksa membayar caj penyedia perkhidmatan tersebut.

2. Sistem Online Mudah – sekiranya anda mahir menggunakan telefon bimbit anda, anda

tiada masalah untuk listing barang di Shoppe, hanya ikut langkah-langkah mudah di

Shopee Apps, anda boleh mula listing barang dengan terus mengambil gambar dari akaun

Shopee, atau upload daripada gambar yang anda save dalam handphone anda atau anda

juga boleh import gambar dan listing daripada akaun Instagram anda. Anda hanya perlu

linkkan akaun Instagram untuk import terus gambar dan detail barang dari Instagram.

3. Poslaju ditaja oleh Shopee – Untuk tempoh terhad, Shopee ada menawarkan untuk

membayar semua kos penghantaran anda kepada pelanggan, anda hanya perlu print

consignment note menggunakan komputer yang telah siap ditulis alamat pelanggan dan

penghantar beserta nombor tracking, tugas anda hanya perlu membungkus barangan,

meletakkan consignment note tersebut di bungkusan pos untuk dihantar ke kaunter

poslaju berhampiran. Namun tawaran ini terhad, anda bernasib baik jika tawaran dibuka,

terus memohon. Sekiranya anda belum layak untuk mendapat tawaran pos percuma ini,

Shopee tetap memberi diskaun postage kepada pelanggan anda, sebagai contoh sekiranya

anda meletakkan kos untuk pos ialah RM7.30, Shopee akan taja RM2.30 dan pelanggan

anda hanya perlu bayar RM5 untuk postage, anda tetap akan mendapat jumlah penuh.

2

Page 4: 16 Sebab Anda Perlu Berniaga - perniagaaninternethq.comperniagaaninternethq.com/wp-content/uploads/2019/01/rahsia-bisnes... · wujud di Shopee, ... ada penipu yang mengedit resit

4. Mobile friendly – Shopee adalah portal online yang mesra pengguna handphone,

pengguna boleh download apps Shopee, anda sebagai penjual juga boleh menguruskan

tempahan menggunakan apps di telefon bimbit sahaja, termasuk mengemaskini nombor

tracking dan membalas mesej pelanggan. Anda juga boleh memasukkan produk, gambar,

butir-butir dan harga dengan menggunakan mobile apps sahaja. Cukup mudah, tanpa beli

laptop pon anda boleh meniaga seperti seorang professional.

5. Membina reputasi dan jenama, Shopee mempunyai sistem rating dimana pelanggan yang

telah membeli daripada anda boleh meninggalkan rating kepada pembeliannya dengan

3

Page 5: 16 Sebab Anda Perlu Berniaga - perniagaaninternethq.comperniagaaninternethq.com/wp-content/uploads/2019/01/rahsia-bisnes... · wujud di Shopee, ... ada penipu yang mengedit resit

anda sama ada memuaskan atau tidak, markah penuh ialah 5 bintang. Berikan khidmat

yang terbaik kepada pelanggan anda dan tiada masalah anda untuk mendapat rating yang

penuh. Jumlah keseluruhan rating akan dipaparkan di profile kedai anda, pelanggan akan

lebih yakin untuk membeli daripada kedai yang mempunyai rating yang tinggi dan tidak

mempunyai rating negatif. Disini anda boleh membina jenama dan reputasi anda sendiri,

sekiranya rating anda tinggi dan banyak, tiada sebarang masalah untuk anda menjual apa-

apa produk pun di Shopee.

6. Preferred Seller – Sekiranya jualan anda dan rating anda melepasi satu tahap yang

diletakkan oleh Shopee, anda akan diberi taraf Preferred Seller, buat masa sekarang

targetnya agak rendah iaitu jualan sebanyak 50 transaksi sebulan, dengan 25 pelanggan

unik (unique buyer). Anda juga perlu menjaga rating keseluruhan untuk mendapat gelaran

Preferred Seller dan perlu kekalkan jualan dan rating untuk terus memegang dengan

gelaran ini. Kelebihan Preferred Seller ini, selain pelanggan akan lebih merasa yakin untuk

berurusan dengan anda, pelanggan juga boleh menebus point/mata ganjaran yang diberi

oleh Shopee di kedai anda, mata ganjaran tidak boleh ditebus di kedai-kedai lain yang

bukan Prefered Seller atau Mall. Shopee juga kerap melakukan promosi khas untuk

pemegang status Preferred Seller ini, disini anda mempunyai peluang yang lebih daripada

peniaga lain. Sekiranya anda mengikut dengan teliti panduan dalam ebook ini, anda akan

turut memegang status Preferred Seller dalam masa yang singkat.

4

Page 6: 16 Sebab Anda Perlu Berniaga - perniagaaninternethq.comperniagaaninternethq.com/wp-content/uploads/2019/01/rahsia-bisnes... · wujud di Shopee, ... ada penipu yang mengedit resit

7. Shopee Mall - Terdapat banyak kedai-kedai berjenama atau kedai-kedai official yang telah

mula menjual di Shopee, mereka diletakkan di bawah kategori Mall, kategori ini untuk

jenama yang dah establish, dimana Shopee menawarkan kedai Mall untuk mereka. Kita

dapat lihat bagaimana jenama-jenama besar ini bijak menghidu peluang di Shopee untuk

menambah keuntungan dan mengurangkan kos operasi. Kenapa tidak anda?

8. Pembayaran mudah – Shopee menerima semua bayaran online daripada bank-bank

utama di Malaysia. Banyak kes pelanggan tidak jadi membeli daripada pembeli kerana

tiada bank yang pelanggan mudah untuk membuat bayaran, contohnya, sekiranya

pelanggan mempunyai bank CIMB, mereka akan berasa agak berat untuk memindahkan

duit ke bank lain seperti Maybank, kemungkinan kerana caj untuk instant transfer,

mungkin kita kata berapa sen sangat caj, tetapi bagi pelanggan, mereka mungkin

menghargai setiap sen daripada wang mereka. Terdapat juga pelanggan khususnya diluar

bandar yang tidak mempunyai kemudahan mesin cash deposit tertentu, sekiranya anda

hanya ada bank contohnya Maybank, sementara bakal pembeli hanya ada mesin BSN di

kawasannya, kebarangkalian adalah tinggi untuk transaksi tidak berlaku. Masalah ini tidak

wujud di Shopee, pelanggan boleh melakukan pembayaran secara online atau cash

deposit apa-apa bank terus ke akaun Shopee.

9. Shopee Guarantee - semua pembayaran akan dibuat oleh pelanggan terus ke akaun

Shopee, pembayaran akan dikredit ke akaun anda selepas pelanggan mengesahkan terima

barang anda atau secara automatic berdasarkan tracking barangan (integrated system

Shopee dan Poslaju), bayaran akan dikreditkan ke akaun virtual, Shopee Wallet. Untuk

pertama kali, anda perlu mengaktifkan fungsi Wallet di akaun Shopee anda. Semua

bayaran dari pelanggan akan dimasukkan ke dalam akaun wallet ini, anda boleh

mengeluarkan pada bila-bila masa atau anda gunakan untuk membeli barangan daripada

Shopee. Anda boleh mengeluarkan duit dari akaun wallet terus ke akaun anda tanpa caj (3

kali seminggu). Pastikan anda keluarkan secara bijak bagi mengelakkan sebarang kos.

Selain itu, sekiranya anda membiarkan duit di dalam wallet anda, sistem secara automatic

akan transfer ke akaun bank anda setiap minggu, buat masa sekarang, Shopee akan

membuat pembayaran setiap hari Rabu.

5

Page 7: 16 Sebab Anda Perlu Berniaga - perniagaaninternethq.comperniagaaninternethq.com/wp-content/uploads/2019/01/rahsia-bisnes... · wujud di Shopee, ... ada penipu yang mengedit resit

10. Sistem coins - sistem coins ini dapat menggalakkan pelanggan untuk terus membeli daipada

anda atau peniaga lain di Shopee, setiap pembelian di shopee akan diberi beberapa coin

dengan kiraan tertentu, untuk pembelian seterusnya, pelanggan boleh menggunakan coin

tersebut untuk mendapat diskaun secara terus daripada penjual. Coin hanya boleh ditebus di

kedai Shopee yang mempunyai status Preffered Seller atau Shopee Mall.

11. Menjimatkan masa - dengan segala proses yang auomatic, masa anda untuk mengurus

transaksi penjualan barangan anda dapat disingkatkan, anda boleh menggunakan masa

yang telah dijimatkan itu untuk aktiviti lain seperti promosi pemasaran atau

pengemaskinian produk dan kedai.

12. Mengurangkan peluang tawar menawar, kita semua maklum, apabila pelanggan

berhubung terus dengan kita, sama ada melalui mesej atau berjumpa untuk COD, kerap

berlaku proses tawar menawar, sebagai penjual, anda tentu agak keberatan untuk

mengurangkan keuntungan, apalagi barang tersebut memang untung tak banyak,

pelanggan pun hanya nak beli satu. Ini meletakkan kita dalam keadaan serba salah, kalau

tolak mungkin dia tak jadi beli, kalau terima kita pula yang rugi, jadi dengan menggunakan

Shopee ini, anda boleh mengelakkan daripada menghadapi situasi yang membebankan ini.

6

Page 8: 16 Sebab Anda Perlu Berniaga - perniagaaninternethq.comperniagaaninternethq.com/wp-content/uploads/2019/01/rahsia-bisnes... · wujud di Shopee, ... ada penipu yang mengedit resit

Walaubagaimanapun, anda boleh memberi diskaun secara berkala dengan menggunakan

Promotion Tools di Shopee

13. Mengurangkan risiko ditipu - bayaran akan disahkan oleh Shopee sebelum Shopee akan

memaklumkan anda sekiranya bayaran adalah sah dan boleh meneruskan proses

pengeposan barang. Terdapat banyak kes penipuan di online, bukan sahaja pembeli,

penjual juga menghadapi risiko yang sama, ada penipu yang mengedit resit menggunakan

photoshop, kelihatan sama macam original, semata-mata nakkan barangan kita secara

percuma, jika kita cuai dan tidak berhati-hati, kita mungkin akan terperangkap, siap

pulangkan baki dalam sampul. Biasa terjadi kepada penjual yang baru memulakan

perniagaan, mereka agak teruja bila mendapat pelanggan sehingga melupakan perkara-

perkara penting yang patut disemak dan dipastikan terlebih dahulu oleh penjual sebelum

menghantar barangan kepada pelanggan. Masalah ini tidak terjadi di Shopee, selagi

bayaran belum disahkan, anda tak perlu menghantar barangan kepada pelanggan.

14. Promosi – Shopee sebagai penyedia portal juga menjalan promosi yang agak hebat untuk

produk-produk terpilih terutama secara online seperti iklan Google dan Facebook,

termasuk di kaca TV. Anda dapat menjimatkan kos promosi anda dengan bantuan Shopee

sendiri. Mungkin produk anda sendiri akan diletakkan di iklan mereka. Selain itu, Shopee

juga kerap menawarkan kupon untuk semua pengguna Shopee seperti diskaun RM10,

diskaun RM5, dimana pelanggan perlu meletakkan kupon yang diberikan ke kedalam

ruang kupon sebelum diskaun diberi. Pelanggan tentu lebih berminat untuk membeli,

tambahan pula diskaun dibuat oleh orang lain. Anda tetap akan dibayar penuh walaupun

pembeli membeli dengan harga diskaun.

7

Page 9: 16 Sebab Anda Perlu Berniaga - perniagaaninternethq.comperniagaaninternethq.com/wp-content/uploads/2019/01/rahsia-bisnes... · wujud di Shopee, ... ada penipu yang mengedit resit

15. Support Customer Service – Sekiranya ada sebarang masalah, anda boleh menghubungi

khidmat pelanggan shopee yang akan membantu anda kurang dari tempoh 24 jam. Hanya

klik link support, anda boleh terus menghantar mesej melalui Shopee Apps, email atau jika

anda mahu bercakap dengan pegawai bertugas, talian hotline juga ada disertakan.

Sebarang masalah yang timbul antara pelanggan dan anda juga boleh dirujuk kepada

mereka bagi menjamin kelancaran jualan anda di Shopee.

16. Pendapatan tidak terhad - Pendapatan yang anda boleh dapat di Shopee adalah tidak

terhad, anda boleh mendapat pendapatan sehingga 5 angka sebulan bergantung kepada

usaha anda.

Berikut adalah contoh pendapatan di salah satu akaun Shopee yang saya kendalikan.

Berdasarkan gambar di bawah, jumlah jualan terkumpul ialah sebanyak RM77155.93.

Dengan jumlah jualan mingguan sebanyak RM1000-RM3000. Ini adalah screen shot yang

sebenar dan saya sedang mengendalikan beberapa akaun Shopee dengan pelbagai jenis

produk.

Sekiranya anda mempunyai 10 akaun yang seperti ini, anda boleh bayangkan pendapatan

yang bakal anda perolehi, namun semua bergantung kepada usaha dan keizinan Tuhan.

8

Page 10: 16 Sebab Anda Perlu Berniaga - perniagaaninternethq.comperniagaaninternethq.com/wp-content/uploads/2019/01/rahsia-bisnes... · wujud di Shopee, ... ada penipu yang mengedit resit

Tamat Ebook Percuma!

9

Page 11: 16 Sebab Anda Perlu Berniaga - perniagaaninternethq.comperniagaaninternethq.com/wp-content/uploads/2019/01/rahsia-bisnes... · wujud di Shopee, ... ada penipu yang mengedit resit

Ingin Ketahui Cara Yang Tepat Berniaga Di Shopee Agar Boleh Menjana

Jualan 4 Angka Seminggu?

Dapatkan Ebook “Bisnes Shopee”!

Klik gambar dibawah untuk mendapatkan ebook ini sekarang!

www.BisnesShopee.com

10