25

Click here to load reader

1b. Kertas Kerja Pengelolaan Kejohanan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kertas Kerja Pengelolaan Kejohanan

Citation preview

KERTAS KERJA PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI & PEREMPUAN BAWAH 12 PERINGKAT MSSD SEREMBAN 1 TAHUN 2015

PENGELOLA:SJKC CHUNG HUA SEREMBAN

1.0 PENDAHULUANPertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang telah dirancang dalam takwim Unit Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Seremban. Bagi tahun 2015, ia dikelolakan oleh SJKC Chung Hua. Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah daerah Seremban 1 mengikut kategori lelaki & perempuan bawah 12 tahun. Setiap pasukan menyenaraikan dua belas pemain .Pertandingan ini akan diadakan di Centre Court, Paroi. Aktiviti ini diadakan selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan disamping memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2.0 MATLAMATIa bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan dan sijil kecemerlangan.Selain daripada itu, diharapkan juga melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola tampar dapat menunjukkan bakatnya dalam kejohanan tersebut .

3.0 OBJEKTIFAdalah diharapkan pada akhir kejohanan ini, para peserta dapat:3.1 Merasai pengalaman, kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah pertandingan.3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan dengan semangat kesukanan.3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh pertandingan : 25 dan 26 Mac 2015 ( Rabu dan Khamis)Tempoh pelaksanaan: 1 1/2 hari

5.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGANPenaung : Mohd.Sah Bin Zainal Abidin Pegawai Pelajaran Daerah SerembanPengerusi pengelola : En.Wong Kim Tong Guru Besar SJK(C ) Chung HuaPengerusi Jawatankuasa : Pn Te Pein LingPertandingan GPK Ko-kurikulumNaib Pengerusi 1 : Pn.Tee Lay Nee GPK KurikulumNaib Pengerusi 2 : Pn.Di Sock Kian GPK HEMPengerusi Teknik MSSM : En. Chin Kim SiangPengerusi Teknik MSSD : En.Lim Boon HeeSetiausaha : Pn. Seow Feh FoongBendahari : Pn Chin Kah Hwei

6.0 Jawatankuasa PelaksanaUrusetia/pendaftaran : Pn. Seow Feh FoongPertandingan Pn. Gan Siok Eng Juri Rayuan : Pengerusi Teknik & Pembangunan MSSM Pengerusi Teknik & Pembangunan MSSMD Pengerusi pengelola Ketua pengadilPersiapan Gelanggang : En. Voon Yan Xue En Lee Zhia ChernPencatat : En. Voon Yan Xue En Lee Zhia Chern, 4 orang murid SMK Chung HuaJuruhebah : Pn. Saleha Cik Chung Jia YingJurugambar : Cik Chua Siew ChiaKebersihan : Cik Chung Jia Ying Pertolongan Cemas : Cik Hew Ling Sing, 2 orang murid SMK Chung Hua P.A sistem : En.Tan Kok Ghee Sijil /Hadiah/Cenderahati : Pn. Gan Siok Eng Cik Chua Siew Chia Buku Program : Pn Te Pein Ling Pn Chin Kah Hwei Makanan & Minuman / Jamuan : Pn. Saleha Cik Hew Ling Sing , Quarters master : Pn. Seow Feh Foong

7.0 FORMAT PERTANDINGANSila rujuk Lampiran (Undang-undang Pertandingan.)

8.0 TENTATIF PROGRAM

TENTATIFKEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA DAERAH SEREMBAN 1 2015

RABU / 25 MAC 20158.00-8.30 pagi : Pendaftaran Pasukan, Pengurus Pasukan & Pegawai Teknikal.8.30-12.00 tengah hari : Perlawanan 12.00-3.00 petang : Rehat3.00-5.30 petang : Perlawanan

KHAMIS / 26 MAC 20158.00-8.30 pagi : Pendaftaran Pasukan , Pengurus Pasukan & Pegawai Teknikal.8.30-11.30 pagi : Perlawanan Akhir11.30-12.00 tengah hari: Majlis penutup

9.0 SUMBER KEWANGAN

Bayaran Pengelolaan Bersama kejohanan bola tampar lelaki dan perempuan 12 tahun MSSD Seremban 1 dipersetujui sebanyak RM120 bagi sekolah yang menghantar pasukan lelaki atau perempuan dan RM150.00 bagi sekolah yang menghantar pasukan lelaki dan perempuan.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAANBerikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:Anggaran Perbelanjaan

(A)Wang yang diperolehi :

1Yuran Penyertaan (RM120 X 7buah sekolah 1 pasukan)RM840.00

2Yuran Penyertaan (RM150 X9 buah sekolah 2 pasukan)RM1350.00

3Peruntukan PPDRM360.00

4Sumbangan PIBG SJK (C) Chung HuaRM160.00

JUMLAHRM2710.00

(B)Perbelanjaan

1Sewa gelanggang Centre Court, ParoiRM810.00

2Persediaan gelanggang dan jaringRM275.00

3Sewa sistem siarayaRM180.00

4Sewa kerusi (RM0.75 X 100)RM75.00

5Sewa meja panjang (RM7.50 X 6)RM45.00

6Jamuan mesyuaratRM50.00

7Elaun Pengadil (RM54 X 10)RM540.00

8Makanan & minuman sarapan (Day1) pengadil, AJK (RM5 X 25)RM125.00

9Makanan & minuman tengahari (Day1) pengadil, AJK (RM5 X 25)RM125.00

10Makanan & minuman sarapan (Day2) pengadil, AJK (RM5 X 25)RM125.00

11Jamuan majlis penutupan (Day2) pengadil, AJK (RM5 X 26)RM130.00

12Buku program dan alatan RM30.00

13Elaun Murid Sek Tinggi Chung Hua(15xRM10)RM150.00

14Cenderahati penutupRM50.00

JUMLAHRM2710.00

11.0 PENUTUP

Program yang terancang seperti ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada semua penggerak bola tampar.Semangat sayangkan sekolah, zon, negeri dan negara serta rasa tanggungjawab dapat disemai di kalangan mereka yang terlibat. Selain daripada itu, semangat setiakawan dan toleransi akan dapat dipupuk. Dengan adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan penggerak bola tampar, program seumpamanya juga dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan.Adalah diharapkan cadangan ini dapat berjalan dengan lancar demi merealisasikan matlamat kita iaitu untuk melahirkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi untuk mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara amnya.

1Murid 1SukanMAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Disediakan oleh;- Disemak oleh;-

---------------------------- -------------------------------PN SEOW FEH FOONG PN TE PEIN LINGSetiausaha Pengelola GPK KokurikulumKejohanan Bola Tampar MSSD Seremban 1 SJKC CHUNG HUA Disahkan oleh;-

---------------------------------EN WONG KIM TONGPengetuaSJKC CHUNG HUA

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA DAERAH SEREMBAN 1 2015LAMPIRAN

(SEKOLAH RENDAH)

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Pertandingan Bola Tampar MSSMNS ini akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Peraturan Am yang ditetapkan oleh MSSM dengan pengecualian berikut :

1. PENGELOLA

SJK(C) CHUNG HUA SEREMBAN

2. TARIKH DAN TEMPAT

Kejohanan ini akan dijalankan secara pesta pada 25 Mac hingga 26 Mac 2015 di Kompleks Sukan Negeri, Paroi, Seremban

3. KELAYAKAN PESERTA

3.1.Kelayakan Am

3.1.1. Semua sekolah-sekolah Kerajaan dan Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan bergabung dan membayar yuran penuh dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Sembilan layak menyertai pertandingan ini.

3.1.2. Hanya murid-murid yang didaftarkan di sesuatu sekolah layak mewakili sekolah masing-masing.

4. HAD UMUR PEMAIN

4.1. Had Umur untuk pemain-pemain pertandingan ini adalah seperti berikut : i) Lelaki : 12 tahun ke bawah iii) Perempuan: 12 tahun ke bawah4.2. Pemain (B12 tahun) hendaklah dilahirkan pada 1hb. Januari 2003 atau selepasnya

4.3. Pemain hendaklah berumur tidak lebih daripada 12 tahun pada 1.1. 2015.

4.4. Sekiranya berlaku sebarang penyelewengan dari segi umur, pasukan yang melakukan kesalahan tersebut akan dikira kalah dan akan dibatalkan dari pertandingan dan perlawanan-perlawanan yang sudah disertai oleh pasukan itu tidak akan dikira. Perkara ini juga akan dibawa ke Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Seremban Utara untuk tindakan selanjutnya.

5. PENDAFTARAN PEMAIN

5.1. Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar 12 pemain sahaja. Setiap pasukan dikehendaki menyenaraikan nama penuh pemain, tarikh lahir dan nombor Kad Pengenalan dalam Borang Pendaftaran yang tertentu. Borang pendaftaran Individu R01 hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. Borang pendaftaran pasukan R02 hendaklah disahkan oleh pengurus pasukan sahaja.

5.2. Borang Pendaftaran yang lengkap hendaklah diisi dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola sebelum pertandingan dimulakan. 5.3. Nama Pengurus Pasukan dan Jurulatih mestilah dicatatkan. Hanya mereka yang disenaraikan dibenarkan bersama pasukan mereka semasa sesuatu perlawanan itu dijalankan.

5.4. Nombor jersi setiap pemain mesti diisikan dalam Borang Pendaftaran. Seseorang pemain dikehendaki menggunakan nombor jersi yang sama sepanjang pertandingan.

6. KELEWATAN

6.1. Semua perlawanan akan dimulakan pada masa yang ditetapkan dalam Jadual Pertandingan.

6.2. Sesuatu pasukan itu dikehendaki berada di gelanggang 20 minit sebelum masa yang ditetapkan bagi sesuatu perlawanan.

6.3. Jika sebuah pasukan tidak hadir di gelanggang dalam masa yang ditetapkan itu, maka diberi masa 20 minit untuk menunggu. Pasukan yang lewat lebih dari 20 minit itu terpaksa memberi KEMENANGAN PERCUMA (WALKOVER) kepada pasukan yang hadir.

7. MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH

7.1. Di dalam keadaan apa sahaja, menyerah kalah tidak dibenarkan sama sekali dalam pertandingan ini.

7.2. Sekiranya sesuatu pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan diperolehi oleh pasukan itu akan dibatalkan.7.3. Pasukan yang menarik diri atau menyerah kalah akan dilaporkan kepada pihak MSSD untuk tindakan selanjutnya.

8. PAKAIAN

Semua pemain sepasukan mestilah berpakaian jersi seragam

8.1. Jersi hendaklah menggunakan nombor 1 hingga 18 sahaja mengikut saiz seperti yang tersebut di dalam Undang-Undang FIVB. Walau bagaimanapun penggunaan nombor 1 hingga 12 digalakkan.

8.2. Seorang pemain mestilah memakai nombor yang sama di sepanjang pertandingan.

8.3. Semua jersi mesti mempunyai nombor sekurang-kurangnya 15 cm di depan dan 20 cm di belakang.

9. PENGADIL

9.1. Pengadil-pengadil untuk pertandingan ini akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama Pengerusi Teknik MSSD Seremban 1.

9.2. Sebarang pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini tidak boleh merayu ke atas keputusan pengadil.

9.3. Segala keputusan pengadil adalah MUKTAMAD dan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian tidak boleh membuat bantahan ke atas keputusan pengadil.

10. BANTAHAN/RAYUAN :10.1. Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan berjalan, mesti memberitahu pengadil secara lisan. Walau bagaimanapun perlawanan akan diteruskan Under Protest. Hanya Ketua pasukan dibenarkan membuat bantahan.

10.2.Sekiranya selepas perlawanan, pasukan masih ingin membantah, ketua pasukan mesti menulis perkataan Ingin Membantah di ruang catatan dalam kertas skordan menandatanganinya supaya bantahannya boleh dipertimbangkan.

10.3. Bantahan secara bertulis oleh pengurus pasukan mesti disertakan dengan wang tunai RM 100.00 (Ringgit Malaysia : Seratus ringgit sahaja) sebagai wang cagaran dalam masa jam selepas tamatnya perlawanan kepada Jawatankuasa Pengelola. Wang cagaran ini tidak akan dipulangkan jika didapati bahawa bantahan itu tidak munasabah.

11. LEMBAGA TATATERTIB

11.1. Semua hal berkaitan dengan tatatertib akan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib dalam masa 1 jam setelah laporan diterima dari pengadil atau Pegawai Teknikal yang bertugas.

11.2. Jawatankuasa ini berhak mendapat maklumat dari mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan. Keputusan Lembaga Tatatertib adalah MUKTAMAD.

12. KEMALANGAN / KEHILANGAN

12.1. Pihak pengelola tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan barang-barang atau harta-harta kepunyaan seseorang pegawai atau pun pemain di dalam kawasan gelanggang dan sebarang kemalangan pada masa perlawanan dijalankan. Walau bagaimanapun beberapa persediaan perlu diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan seperti itu.

13. LEMBAGA RAYUAN

13.1. Sebuah Jemaah Rayuan akan dibentuk oleh Jawatankuasa Pengelola di mana Pengerusi Pengelola atau wakilnya akan bertindak sebagai pengerusinya. Ahli-ahli Jemaah Rayuan ini terdiri daripada Setiausaha Pengelola atau wakilnya, Pengerusi Teknik MSSD, Ketua Pengadil Kejohanan dan seorang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat.

13.2. Jemaah Rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam sebaik sahaja menerima rayuan / bantahan itu dan akan menyampaikan keputusan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola untuk diumumkan.

13.3. Jemaah Rayuan adalah berhak mendapat maklumat dari mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincang untuk membuat keputusan.

13.4. Keputusan Lembaga ini adalah MUKTAMAD.

14. SISTEM PERTANDINGANSistem pertandingan dijalankan secara liga dan/atau cara kalah mati seperti berikut:-

14.1Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )

14.1.1Pusingan Pertama

14.1.1.1Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, merekahendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D Pertandingan akan dijalankan secara liga.

14.1.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahu lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

Johan-Kumpulan ANaib Johan-Kumpulan BKetiga-Kumpulan CKeempat-Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.14.1.1.3Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

14.1.2Pusingan Kedua (Suku Akhir)

14.1.2.1 Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

14.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :

14.1.2.2.1 Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1,3,5 dan 7. 14.1.2.2.2 Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk ditempatkan di Kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan pemenang Pertama Kumpulannya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 pasukan pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.

14.1.2.2.3 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

1 2

3

4

5

6

7

8

14.2 Cara Liga Tiga Kumpulan

14.2.1Pusingan Pertama 14.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

14.2.1.2 Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut: Kumpulan A- Johan tahun lalu Kumpulan B- Naib Johan tahun lalu Kumpulan C- tempat ketiga tahun lalu Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut melalui undian.

14.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 14.2.2 Pusingan Kedua 14.2.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian. 14.2.2.2 Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama. 14.2.2.3 Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 ditempatkan ke kumpulan Y. 14.2.2.4 Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya.

14.2.3.Pusingan Separuh Akhir14.2.3.1. Johan Kumpulan X akan lawan Naib Johan Kumpulan Y dalam Separuh Akhir I.

14.2.3.2. Johan Kumpulan Y akan lawan Naib Johan Kumpulan X dalam Separuh Akhir II.

14.2.4Pusingan Akhir 14.2.4.1 Pemenang Separuh Akhir I akan lawan pemenang Separuh Akhir II dalam perlawanan akhir.

14.3Cara Liga 2 kumpulan. 14.3.1Pusingan Pertama 14.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.14.3.1.2 Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam kumpulan B 14.3.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cabutan undi. 14.3.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

14.3.2Pusingan kedua

14.3.2.1 Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan Johan kumpulan B akan melawan Naib Johan Kumpulan A.

14.3.2.2.Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

14.3.3 Pusingan Akhr

14.3.3.1.Johan Kumpulan A atau naib Johan kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan B atau Naib Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

14.3.3.2.Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan tempat ketiga dan keempat.

14.4 Cara liga Satu Kumpulan

14.4.1 Sekiranya dua hingga lima pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan . Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN.

15. SISTEM PENGIRAAN MATA/CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN : Berikut adalah sistem pemberian mata :15.1.Yang menang ---- 2 mata Yang kalah ---- 1 mata Lucutan teknikal/menarik diri ---- 0 mata15.2. Diperingkat yang dijalankan secara liga, jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama: Z = Jumlah mata yang menang (Semua perlawanan) Jumlah mata yang kalah Pasukan yang nisbah matanya lebih tinggi menduduki tempat teratas.15.3.Sekiranya masih terdapat keadaan seri :C = Jumlah set yang menang (Semua perlawanan) Jumlah set yang kalahPasukan yang nisbah setnya lebih tinggi menduduki tempat teratas.

15.4. Sekiranya keadaan seri masih berlaku antara 3 pasukan atau lebih :- N = Jumlah set menang (perlawanan antara pasukan terlibat) Jumlah set kalah Pasukan yang nisbah set yang lebih tinggi menduduki tempat teratas.

15.5.Sekiranya masih terdapat keadaan seri antara 3 pasukan atau lebih :- R = Jumlah mata menang (perlawanan antara pasukan terlibat) Jumlah mata kalah Pasukan yang nisbah mata yang lebih tinggi menduduki tempat teratas.15.6.Sekiranya masih terdapat keadaan seri antara dua pasukan, keputusan perlawanan antara dua pasukan yang berkenaan akan diambilkira. Pasukan yang menang perlawanan itu menduduki tempat atas.15.7.Sekiranya keadaan masih berlaku cabutan undi akan dibuat untuk menentukan kedudukan akhir.

16. PERTUKARAN PEMAIN : Pertukaran/Penambahan pemain boleh dilakukan di urusetia sebelum perlawanan pertama dimulakan. Selepas itu, segala pertukaran/penambahan tidak akan dibenarkan.

17. PENGANTUNGAN : Pemain yang telah disingkirkan dalam sepanjang sebarang satu perlawanan atas sebab-sebab berkelakuan buruk atau biadap maka ianya dengan secara otomatik digantung bermain dalam perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib telah membuat keputusan.

18.SAIZ BOLA Saiz bola yang digunakan untuk Sekolah Rendah ialah Saiz 4

19.KETINGGIAN JARING

19.1.Ketinggian Jaring untuk Lelaki Bawah 12 tahun 2.10m19.2.Ketinggian Jaring untuk Perempuan Bawah 12 Tahun 2.10m20. PENDAFTARAN

20.1. Borang pendaftaran hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur pada 4 Februari 2015

21. PERKARA AM :21.1.Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam kejohanan ini yang tidak dinyata dalam peraturan pertandingan ini dan keputusan adalah muktamad. Pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan juga berhak meminda sebarang undang- undang kejohanan jika didapati perlu.

21.2.Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan ini berhak meminda susunan atau masa perlawanan jika perlu.

21.3.Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu pasukan adalah tanggungjawab pengurus pasukan masing-masing dan diharap semua pengurus pasukan akan memberi kerjasama kepada pihak pengelola kejohanan supaya kejohanan boleh dijalankan dengan licin.

21.4. Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas bangku pemain pengganti yang disediakan pada masa perlawanan adalah seperti berikut :-

21.4.1.Pengurus Pasukan 21.4.2.Ketua Jurulatih 21.4.3.Penolong Jurulatih/Chaperon 21.4.4.6 orang pemain simpanan

21.5.Hanya guru boleh didaftarkan sebagai ketua jurulatih atau penolong jurulatih dan berhak untuk memberi arahan kepada pasukan. Seorang sahaja bekas pemain atau orang luar boleh didaftar sebagai trainer dan boleh duduk di bangku pasukan tetapi tidak berhak untuk memberi arahan kepada pasukan atau menyoal kepengadilan. Disiplin trainer adalah tanggung jawab Ketua Jurulatih.

22.PANEL PEMILIHAN

Panel ini terdiri daripada :

Penasihat-Setiausaha Agong MSS Daerah SerembanPengerusi -Pengerusi Pengelola N/Pengerusi-Naib Pengerusi Pengelola Setiausaha -Dilantik oleh Pengerusi Pengelola Ex-Officio -Penyelaras Permainan Bola Tampar MSS Daerah Seremban Pengerusi Teknik MSS Daerah Seremban 1

Ahli -4 orang jurulatih yang bertauliah yang dilantik oleh Pengerusi Teknik MSS Daerah Seremban 1

Disediakan oleh : Jawatankuasa Teknikal Bola Tampar MSS Daerah Seremban