2 Jenayah siber

Embed Size (px)

Citation preview

Kebelakangan ini jenayah siber yang berlaku di negara kita semakin membimbangkan. Justeru, pelbagai langkah tertentu perlu diambil untuk mengawalnya. Bincangkan.

1.

Pertambahan penggunaan Internet - pertambahan penggunaan Internet di Malaysia yang melebihi hampir 8 juta orang menyebabkan pertambahan kepada kes jenayah siber yang berlaku.

2.

Kekurangan kawalan forensik komputer: - Malaysia masih kekurangan pakar forensik komputer, termasuk pihak polis sendiri sedangkan penjenayah siber pula kian ramai dan mahir menggunakan teknologi canggih; - Kurang kawalan keselamatan.

3.

Kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat: - Masyarakat kurang kesedaran sivik tentang kesalahan yang dilakukan oleh mereka; - Mereka tidak berasakan perbuatan mereka seperti mencipta virus, menggodam, menghantar mesej sampah, dan pencerobohan sebagai satu jenayah;

Mereka lebih mementingkan keuntungan dan kepuasan peribadi tanpa memikirkan kesan perbuatan tersebut kepada orang lain.

4.

Tindakan ingin mencuba perkara baharu: - Peningkatan kes jenayah siber juga turut disumbangkan oleh tindakan ingin mencuba sesuatu yang baharu; Para remaja yang berkemahiran dalam ilmu IT cenderung untuk mencuba dan mempraktikkan pengetahuan mereka menerusi saluran yang tidak betul;

-

Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dalam kes jenayah siber, terutamanya kes penyebaran virus, mesej sampah dan penggodaman.

5.

Kelonggaran kuat kuasa undang-undang: kurang tenaga dan kepakaran penguatkuasaan yang menyebabkan mereka yang bersalah tidak dihadapkan ke mahkamah; tempoh penyiasatan yang lama, kes pendakwaan tertangguh; - akta yang sedia ada belum menangani jenayah siber kerana perubahan teknologi pengkomputeran yang terlalu pantas;

1.

Peraturan / undang-undang: - gubal undang-undang yang lebih tegas terhadap kesalahan jenayah siber; - badan penguat kuasa perlu melaksanakan siasatan / tangkapan dan pendakwaan segera terhadap kes jenayah siber.

2.

Tingkatkan sistem keselamatan: - sistem keselamatan laman web perlu ditingkatkan untuk mengelakkan peniruan atau penggodaman; - Bank perlu menyediakan langkah yang ketat untuk membuat pindahan akaun melalui Internet, pembelian melalui kad kredit dan sebarang urus niaga dalam talian;

pengguna juga perlu mempunyai sistem keselamatan sendiri, misalnya antivirus.

3.

Kawalan kerajaan: - kerajaan perlu mengawal dan menapis supaya laman web palsu atau sesiapa sahaja boleh membuat perniagaan atau membuat pengiklanan Internet; - Badan penapis perlu diwujudkan untuk menapis dan menyekat supaya tidak terlalu bebas sehingga sesiapa juga boleh membuat pengiklanan, contohnya skim jutawan Internet.

4.

Kempen kesedaran: - kerajaan perlu menjalankan pelbagai kempen dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran masyarakat supaya tidak menjadi mangsa.

5.

Pendidikan: Peranan institusi pendidikan untuk mendidik sifat bertanggungjawab dalam penggunaan dan urus niaga Internet.