20 Dasar Islam [Ringkas]

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    1/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    1

    DasarPegangan Seorang Muslim

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    2/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    2

    DASAR PERTAMA

    Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Iaadalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatanataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuandan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah

    jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yangbenar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.

    Isi-isi Kepentingan memahami Islam yang syumul Dalil-dalil kesyumulan Islam dari Al-Quran. Bahaya memahami Islam secara silap (orang buta dengan gajah) Bentuk-bentuk penyelewengan dalam memahami Islam dalam masyarakat dan kesannya. Sekularisma dan bahayanya. Mutakamil Islam. Kesemua bahagian Islam tersebut telah disebut oleh Al-Quran.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    3/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    3

    DASAR KEDUA

    .

    Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalammengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa Arab dengan tidak mengikut sikapmemberatkan dan terlalu memudahkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalahdengan merujuk kepada rijal-rijal hadis yang thiqah.

    Isi-isi:

    Betul dan ikhlas adalah syarat amalan diterima. Penentu kepada betul dan salah ialah Al-Quran dan Hadis. Jaminan tidak akan sesat siapa yang berpegang dengan keduanya. Bahaya terlalu menyukarkan/membincangkan suatu yang tidak perlu atau terlalu

    mempermudahkan dalam memahami Al-Quran. Umar pernah menghukum Sabighkerana banyak tanya tentang makna 'Mursalat'.

    Kepentingan memahami Al-Quran dalam bahasa Arab. Kepentingan rijal hadis dalam memahami hadis dan kepentingan memastikan kesahihan

    hadis.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    4/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    4

    DASAR KETIGA

    .Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mempunyai cahaya dan kemanisanyang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham,lintasan hati, kasyaf dan mimpi tidak boleh dijadikan sebagai dalil hukum syariah.

    Isi-isi:

    Kelebihan Allah diberikan kepada: iman yang benar dan bersih, ibadah yang betul dari bebas dari bid'ah serta mujahadah yang lurus tanpa kurang dan melampau(firasat, kemanisan, kesah Othman kesan Umar dengan tenteranya). Hadis 3 perkara - akan diberi kemanisan iman. Ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi boleh digunakan sebagai tambahan untuk

    pengukuhan (tathabbut) jika tidak bertentangan dengan syarak dan ianya tidak ditolaksecara mutlak.

    Sumber hukum syarak mestilah bersih dan tidak bercampur aduk dengan perkara zanndan khurafat.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    5/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    5

    DASAR KEEMPAT

    Setiap tangkal, jampi, pelindung, tilikan (tahu dimana barang tersembunyi), tenung,pengakuan mengetahui perkara ghaib dan semua yang seumpama dengan perkara iniadalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib diperangi; kecualilah jika ianya adalahdaripada ayat al-Quran atau jampi yang ma'thur.

    Isi-Isi:

    Semuanya haram dengan dalil Quran (Yunus:17), (Furqan:3), Hadis Ahmad. Kenapa diharamkan? Hanya Allah yang berkuasa dan tahu perkara ghaib/ membersihkan

    akidah dan fikiran. Jampi dengan ayat Quran harus dengan 3 syarat: Quran atau Nama-nama Allah. Dengan bahasa Arab dan difahami ertinya. Tidak mempercayai jampi itu boleh memberi kesan. Tangkal dengan ayat Quran - khilaf ulama.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    6/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    6

    DASAR KELIMA

    .

    .

    Pendapat Imam(ketua) dan naibnya pada masalah yang tidak ada nas atau pada perkarayang mempunyai banyak andaian dan pada masalah 'masolih mursalah'; hendaklah dipakaiselagimana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak. Pandangan ini kadangkalanya

    berubah dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara ibadat adalahmengabdikan diri tanpa melihat kepada rahsianya. Sedangkan asal dalam perkara adat pulahendaklah dilihat kepada rahsia-rahsia, hikmat dan tujuannya.

    Isi-isi:

    Siapakah imam dan siapa naibnya./ Apakah hak-hak imam dan naibnya./ Apakah sifatdan ciri-ciri seorang imam.

    Apakah lapangan yang perlu dipakai pendapat imam: tiada nas (ummul-walad) perkarayang mempunyai banyak andaian / pilihan (tawanan perang) masolih mursalah

    Mengapa perlu dipakai pendapat imam dalam masalah di atas ? Mengelakkan pertelingkahan dan perpecahan saf ummat/ jamaah. Ditolak pendapat imam jika bertentangan dengan nas. Imam boleh menukar pandangannya berdasarkan zuruf, masa dan keadaan. Asal dan ibadah dan asal dan adat.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    7/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    7

    DASAR KEENAM

    --.

    Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata orang yangmaksum iaitu Rasulullah SAW. Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a.

    yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunnah hendaklah diterima. Jika tidak bertepatandengan nas, maka nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW adalah yang lebih utama untukdiikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan memburukkan seseorang darimereka kerana perbezaan pandangan mereka. Kita serahkan semuanya kepada niatmasing-masing kerana mereka telah memberi saham dengan apa yang telah mereka lakukan.

    Isi-isi:

    Semua manusia melakukan kesilapan kecuali Rasul saw.(Najm:2) Sikap kita terhadap pandangan ulama-ulama salaf - diperiksa dengan Al-Quran dan Hadis

    untuk diterima atau ditolak. Ulama-ulama besar sendiri menyuruh menolak kata-katamereka.

    Adab dengan ulama Waris Nabi-nabi/ Tidak boleh memburuk-kan ulama keranapandangan mereka./ Boleh mencari kebenaran dan menyatakan kesilapan mereka secarabaik.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    8/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    8

    DASAR KETUJUH

    Setiap muslim yang tidak sampai kepada martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum Islamyang furu' hendaklah mengikut kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhabIslam. Menjadi elok lagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah dengan

    usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah menerima segalapetunjuk yang disertai dengan dalil jika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yangmemberikan petunjuk itu. Dia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yangada pada dirinya sekiranya dia dari kalangan ahli ilmu sehinggalah dia sampai kepadaperingkat Ahli-Nazar (mampu memahami hukum dari sumbernya).

    Isi-isi:

    Ijtihad hanya harus bagi yang mampu dan taqlid harus bagi yang tidak mampu. Keperluan mengetahui dalil setiap dari amalan yang dilakukan agar merasai hubungan

    dengan Allah dan RasulNya saw. Perlu menerima nasihat untuk beramal jika nasihat disertai dalil walaupun kadangkala

    bercanggah dengan amalan biasa.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    9/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    9

    DASAR KELAPAN

    .Perselisihan pendapat dalam perkara furu' fekah tidak sepatutnya menjadi sebab kepadaberlakunya perpecahan di dalam agama, juga janganlah ia membawa kepada perbalahan dankemarahan antara satu sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan jika

    dilakukan pengkajian ilmiah secara bersih dalam masalah yang diperselisihkan ini jikadilakukan dalam suasana kasih mengasihi kerana Allah dan bantu membantu untuk sampaikepada suatu hakikat dengan syarat tidak membawa kepada perbahasan cara buruk danperasaan taasub.

    Isi-isi:

    Tujuan : sikap yang betul dalam menghadapi masalah perbezaan pendapat. Perselisihan mesti akan berlaku tetapi Kasih sayang sesama Islam lebih penting dari

    berada atas satu pendapat. Sesiapa boleh mengikut mana-mana pendapat Imam selagi tujuannya untuk mematuhi

    perintah Allah. Bahaya penyakit ta 'asub (apa yang dikatakan ta'asub/ bila perlu taasub). Perbezaan

    pendapat dalam masalah dakwah & timbul pelbagai cara. Penyelesaiannya ialah kaedahUlama: Kita bertolong menolong dalam perkara yang kita sepakat dan kita bermaaf-maafan dalam perkara yang diperselisihkan.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    10/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    10

    DASAR KESEMBILAN

    Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takalluf(memberatkan) yang dilarang oleh syarak. Di antara masalah seperti itu adalah sepertibanyaknya cabang dalam hukum-hukum yang belum berlaku, membahaskan makna ayat

    al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal pengetahuan dan perbincanganmelebihkan antara sahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku antara mereka. Setiapdari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan kesemuanya dibalasbergantung kepada niatnya. Membincangkan perkara boleh membawa kepada perselisihanyang buruk akibatnya.

    Isi-isi:

    Kepentingan waktu terutama bagi muslim(Wal-'Asr). Muslim mesti menjaga waktu pada perkara yang bermanfaat saja dan mempelajari ilmu

    yang bermanfaat. Pembahagian ilmu: (1. Ilmu yang disuruh dan digalakkan (fardhu 'Ain & kifayah) /2.

    Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera,nujum dsb).

    Larangan duduk bersama orang berbincang kosong (6:68). Bani Israel dikutuk Allah kerana banyak berbahas:(Kesah lembu 2:67-73) Allah bawa cerita lain bila ditanya perkara tak berfaedah (Kesah anak bulan 2:189) Contoh perkara tak membawa kepada amal (detail Orang gua, apa bahasa Nabi Sulaiman

    as bercakap dengan Hud-hud, apa nama pokok Nabi Adam as., Di mana kedua ibubapaNabi Saw- syurga atau neraka.... dll)

    Adab berjidal (berbahas): Jidal asal dilarang (Hadis: Tidak sesat umat selepasku setelah mendapat hidayah

    melainkan kerana mereka suka berbahas). Boleh dengan syarat:

    Untuk belajar/ Menghidupkan ilmul untuk beramal/ jauh dari riya' Tidak membicarakan mengenai Qadar: Kesah Nabi Isa as dengan iblis Kesah Umar dengan pencuri Tidak memperkatakan perbezaan antara sahabat Nabi saw. Allah telah membersihkan

    tangan kita dari darah mereka maka jangan mengotorkan lidah kita.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    11/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    11

    DASAR KESEPULUH

    }{Mengenal Allah Taala, bertauhid kepadaNya dan membersihkanNya dari sebarangkekurangan adalah akidah Islam yang paling mulia. Mana-mana ayat dan hadis sahih yangmenceritakan sifat Allah dan penyerupaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya

    sepertimana datangnya ayat itu tanpa takwil dan ta'til. Kita juga tidak mencampurkan dirikita kepada perkara yang diperselisihkan oleh ulamak mengenai perkara ini. Kita hanyamengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Firman Allahyang bermaksud: "Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmuugama berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan Kami" (Al-Imran).

    Isi-isi:

    Semua amal solih diterima bergantung kepada usul aqidah yang betul. Aqidah adalah sebagai pembina/perubah hidup bukan ilmu istilah yang dihafal. Iman hendaklah teguh tidak berganjak (49: 15) dan dituruti dengan kepatuhan (4:65). Asal kelahiran ilmu tauhid secara istilahi/mantiqi/falsafi - adalah hanya untuk menolak

    golongan ahli Falsafah yang menyeleweng (Qadariah, Jabariah, Mu'tazilah, Juhmiyyahdll.)

    Sifat-sifat Allah yang menyebutkan bahawa Allah menyerupai makhluk hendaklahdiserahkan kepada Allah dengan keyakinan:

    Tidak ada yang menyerupainya (42:1) dan ilmu makhluk tidak boleh mencapai hakikat sifat Allah (20:110). Aqidah mempunyai usul yang tidak boleh diperselisihi -(wujud Tuhan, sifat2 di dalam

    Quran) dan furu' (cabang yang boleh diperselisihi- Nabi saw melihat Allah, orang matimendengar doa orang hidup, Mi'raj dengan roh dan jasad dll).

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    12/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    12

    DASAR KESEBELAS

    - -

    Setiap perkara bid'aah dalam Agama Allah yang tidak ada asalnya walaupun dipandang elokoleh orang ramai dengan nafsu mereka tidak kira samada dengan menambahkan ataupunmengurangkannya, semuanya adalah perkara sesat yang wajib diperangi dan dihapuskandengan cara yang terbaik yang tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari itu.

    Isi-isi:

    Makna bid'ah: Cara yang direka dalam agama... Hadis melarang bid'ah - haram dan dosa besar. Syarat bid'ah yang ditegah: Dalam agama (boleh bid'ah dalam perkara dunia) Tiada asal langsung dari syarak (jika ada - khilaf ulamak). Cara menegah sesuatu bid'ah: tidak membawa kepada perkara lebih buruk (Ibnu

    Taimiyyah dengan orang Tatar).

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    13/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    13

    DASAR KEDUA BELAS

    Perkara bid'ah tambahan dan pengurangan serta iltizam dengan ibadat yang mutlakadalah antara masalah fekah yang masih diperselisihkan. Setiap ulamak mempunyaipandangan yang tersendiri. Tidak menjadi halangan jika kita mencari kebenaran dengandalil dan bukti.

    Isi-isi:

    Jenis-jenis bid'ah: Bid'ah hakiki - perkara dalam agama yang tiada asal langsung.

    Bid'ah tambahan - ada asalnya atau disyarakkan tetapi dibuat penambahanpadanya.(Solawat selepas azan, baca Kahfi kuat hari jumaat, zikir bersama-samaselepas solat).

    Bid'ah tarkiyyah - meninggalkan sesuatu yang halal dan menganggap ianya kebaikandalam agama (tak kahwin, tak makan daging).

    Iltizam dengan ibadah yang mutlak - wajibkan ibadah dengan bilangan dan pada waktutertentu.

    Paling baik - ikut Sunnah.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    14/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    14

    DASAR KETIGA BELAS

    { }

    .Mencintai, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan kebaikanmereka adalah satu pendekatan diri kepada Allah Taala. Wali-wali Allah ialah orang-orang

    dimaksudkan oleh Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa kepadaNya.Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie dengan menganggapbahawa mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan manfaat untukdiri mereka sendiri di kala hidup atau mati apatahlagi dapat memberikan perkara seperti itukepada orang lain.

    Isi-isi:

    Allah memuji orang yang baik (Ansar dll) Hadis 3 kemanisan iman. Siapakah wali? Surah Yunus:62-63. Keramat : usul akidah ahli sunnah wajib percaya ada keramat untuk wali.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    15/21

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    16/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    16

    DASAR KELIMA BELAS

    Doa kepada Allah yang disertai dengan tawassul dengan seseorang dari makhluk adalahtermasuk dalam masalah khilaf furu' dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya darimasalah akidah.

    Isi-isi:

    Maksud tawassul Boleh bertawassul dengan Al-Quran, amalan baik dan nama-nama Allah.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    17/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    17

    DASAR KEENAM BELAS

    Uruf yang salah tidak akan menukarkan hakikat lafaz syariat bahkan kita wajibmemastikannya dari hudud makna yang dimaksudkannya dan berhenti di situ. Begitu juga wajib kita berjaga-jaga dari tertipu dengan kata-kata dalam setiap aspek perkara dunia danjuga agama. Yang diambil kira pada sesuatu ialah apa yang dinamakan dan bukan nama-nama

    yang diberikan.

    Isi-isi:

    Syariat adalah rujukan dan bukannya adat dan uruf. Uruf dan adat yang betul bolehditerima.

    Setiap orang mesti mengetahui hakikat sesuatu dan bukan terpengaruh dengan nama. Hadis (.. akan ada orang menghalalkan arak dan menamakan dengan nama lain..) Istilah-istilah - kemajuan, budaya, seni, faedah bank, persaudaraan dll.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    18/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    18

    DASAR KETUJUH BELAS

    Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih penting dari amalan anggotaluar. Mencari kesempumaan dalam keduanya (amalan zahir dan hati) adalah dituntut olehsyarak walaupun terdapat perbezaan derjat tuntutan ini.

    Isi-isi:

    Iman dan akidah penentu penerimaan amalan. Hadis hati Amalan hati lebih afdhal. Maksiat hati juga adalah sebaliknya.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    19/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    19

    DASAR KELAPAN BELAS

    Islam telah membebaskan akal dan menggalakkan supaya memerhatikan alam ini. Islam jugatelah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedahdalam setiap perkara. `Hikmat (wisdom) itu adalah barang yang hilang dari mukmin dan sekiranyadia menjumpainya, maka dialah orang yang paling berhak dengannya.'

    Isi-isi:

    Islam bebaskan akal dari khurafat dan karut marut. Islam menolak taqlid buta (2:170) dan mengikut hawa nafsu. Nas syarak banyak menyuruh memerhati alam. Islam menggalakkan ilmu dan menuntutnya. Hikmat - maksudnya dan tugas kita.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    20/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    20

    DASAR KESEMBILAN BELAS

    .

    Kadang-kala pandangan syarak dan pandangan akal membicarakan bidang yang sama tetapikeduanya ini tidak mungkin akan berselisih dalam perkara yang pasti(qat'ie). Hakikat ilmiah

    (sains) yang sahih tidak sekali-kali akan bertembung dengan kaedah syarak yang telah tetap.Perkara yang dzan (belum sampai tahap pasti 100%) pada keduanya perlu ditakwilkan agarbertepatan dengan perkara yang qat'ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan', makapandangan syarak adalah lebih patut dipakai hinggalah perkara aqli tersebut bertukar menjadithabit atau akan terbubar.

    Isi-isi:

    Maksud pandangan syarak dan pandangan akal (aqli). Ada perkara-perkara yang biasanya tidak dibincang oleh akal kadang-kadang disentuhnya. Cara penyelesaian bila berlaku pertentangan antara pandangan akal dan pandangan

    syarak. Erti Zanni dan Qat'ie.

  • 8/2/2019 20 Dasar Islam [Ringkas]

    21/21

    20 Dasar Islam_________________________________________________________________________

    21

    DASAR KEDUA PULUH

    .Kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang mengikrarkan dua kalimah syahadah,beramal dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhunya semata-mata keranapandangan ataupun maksiat yang dilakukannya kecualilah jika dia mengakui denganperkataan kufur, mengingkar perkara yang tersangat maklum asas agama, ataupunmendustakan al-Quran yang jelas, atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang tidak dapat

    diterima oleh gaya bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwillagi selain dari kufur.

    Isi-isi:

    Mengkafirkan seseorang peribadi tanpa pasti adalah bahaya kepada pelaku dan dakwah. Ibnu Taimiyyah: "..Sesiapa yang yakin Islamnya, tidak akan kufur dengan syak.." Sebab-sebab boleh bawa kepada kufur --> 5 "..Kita dai (pendakwah) bukan penghukum.." Hassan Hudhaibi.