9
2.0 Struktur dan Organisasi Pertubuhan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (BSMM) 2.1 Struktur dan Organisasi Pertubuhan BSMM Peringkat Antarabangsa Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan, iaitu: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan Pertubuhan Catatan International Committee of the Red Cross (ICRC) Pengenalan Ditubuhkan pada Tahun 1863 oleh 5 warganegara Swiss bagi membantu orang yang cedera tanpa berpihak kepada mana-mana pihak. Keputusan mereka berasaskan kepada pertimbangan kemanusiaan Peranan Utama Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan, perang saudara / rusuhan Memberi bekalan kepada mangsa peperangan seperti makanan, ubatan, pakaian, buku International Federation of Red Cross (IFRC) Pengenalan Ditubuhkan pada Tahun 1919. Merupakan Liga persatuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Bebas daripada pengaruh kerajaan

2.0 Struktur Dan Organisasi Penubuhan Persatuan Bulan Sabit Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

qwe

Citation preview

2.0 Struktur dan Organisasi Pertubuhan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (BSMM)2.1 Struktur dan Organisasi Pertubuhan BSMM Peringkat AntarabangsaBulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan, iaitu:

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC)

Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan

PertubuhanCatatan

International Committee of the Red Cross(ICRC)Pengenalan

Ditubuhkan pada Tahun 1863 oleh 5 warganegara Swiss bagi membantu orang yang cedera tanpa berpihak kepada mana-mana pihak. Keputusan mereka berasaskan kepada pertimbangan kemanusiaan

Peranan Utama

Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan, perang saudara / rusuhan

Memberi bekalan kepada mangsa peperangan seperti makanan, ubatan, pakaian, buku

International Federation of Red Cross (IFRC)Pengenalan Ditubuhkan pada Tahun 1919.

Merupakan Liga persatuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Bebas daripada pengaruh kerajaan

Peranan Utama

Memberi bantuan dengan apa jua cara kepada mangsa bencana alam

Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan Memberi bantuan kepasa mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan

Melantik anggota-anggota pertolongan cemas

Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan

Membantu orang-orang tawanan perang, menghantar perutusan orang awam.

Struktur dan Organisasi Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa

2.2 Struktur dan Organisasi Pertubuhan BSMM Peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan Institut Pendidikan Guru

Struktur dan Organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia ( BSMM )

Carta Organisasi BSMM

2.3 Struktur dan Organisasi Pertubuhan BSMM Peringkat Sekolah dan Kumpulan

Carta Organisasi induk Pertubuhan BSMM Peringkat Sekolah dan Kumpulan2.4 Fungsi Majlis TertinggiJawatanPeranan

PENGERUSI Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan Cabang. Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabang. Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan. Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Cabang dalam perlaksanaan tugas mereka. Menentukan akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan.

Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan Cabang tersusun rapi.

Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, JabatanKerajaan dan BSMM.

NAIB PENGERUSI Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik. Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan Cabang. Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Cabang.

SETIAUSAHA Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit. Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungandengan Badan-badan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain di peringkat Cabang. Bertanggungjawab memberi bantuan sekretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Cabang terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi. Menyelaras semua kegiatan Cabang. Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan. Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat Cabang termasuk bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan Cabang.

BENDAHARI Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira bulanan dan tahunan.

Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di Cabang dan Unit.

Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Cabang.

Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan memajukan ke Cawangan. Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam pengawasan kewangan dan audit. Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain. Menyelia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum 30 Mac setiap tahun.

Penaung BSMM

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

Presiden BSMM

YAB Perdana Menteri

Timbalan Presiden BSMM

YAB Timbalan Perdana Menteri

Naib Presiden BSMM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

Menteri Pendidikan Tiggi

Menteri Kesihatan

Menteri Luar Negeri

Menteri Belia & Sukan

Menteri Pelajaran

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Senat

Majlis Kebangsaan

Urus setia Kebangsaan

Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan

Jawatankuasa Cawangan

Urus setia Cawangan

Jawatankuasa Cabang

Urus setia Cabang

Institusi (Universiti, IPG)

Unit Pasukan Bantuan Sukarela (PBS)

Unit Belia (Sekolah Menengah)

Unit Kanak-kanak (Sekolah Rendah)

Ahli Jawatankuasa Kebangsaan:

Derma Darah

Bangunan

Pengurusan Bencana

Perkhidmatan Ambulans

Perkhidmatan Kesihatan & Masyarakat

Perhubungan Antarabangsa

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangasa & Hal Ehwal Undang-undang

Sebaran Am & Kutipan Derma

Pentadbiran & Perjawatan

Latihan Belia

Kewangan

Anugerah

Lembaga Tender