20121022160532Sample Assignment Answer

Embed Size (px)

DESCRIPTION

20121022160532Sample_Assignment_Answer

Citation preview

  • Sample of good assignment

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    MEI / 2012

    HBEM 3203

    PENGURUSAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN

  • Sample of good assignment

    ISI KANDUNGAN

    MUKA

    SURAT

    1.0 PENGENALAN

    2.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

    3.0 HURAIAN BENTUK KOMUNIKASI SAMADA SECARA RASMI ATAU

    TIDAK RASMI YANG DIGUNAKAN TERHADAP STAF SEMASA

    MESYUARAT GURU / MESYUARAT KURIKULUM

    4.0 HURAIAN BERKAITAN REAKSI ATAU TINDAK BALAS YANG

    DIBERIKAN OLEH GURU-GURU BERKAITAN PERBINCANGAN SECARA

    RASMI DALAM MESYUARAT TERSEBUT

    5.0 PENILAIAN JUSTIFIKASI DAN KESAN DARIPADA MESYUARAT

    TERSEBUT

    6.0 KESIMPULAN

    7.0 RUJUKAN

    8.0 APENDIKS

    2-5

    6-9

    10-14

    15-20

    21-26

    27-28

    29-31

    32

  • 1.0 PENGENALAN

    Komunikasi sememangnya penting dalam sesebuah organisasi. Malahan komunikasi

    dianggap sebagai nadi dalam sesebuah organisasi. Hal ini kerana proses pengurusan dan

    kepimpinan amat memerlukan komunikasi. Komunikasi merupakan satu proses

    pengaliran maklumat dan kefahaman. Menurut Zaidatol Akmaliah (1990), proses

    komunikasi bermula dengan niat berkomunikasi iaitu keinginan memindahkan maklumat

    yang sedia ada kepada individu lain. Secara tak langsung, ini membuktikan komunikasi

    merupakan proses penting dalam sistem organisasi yang formal, kerana komunikasi dapat

    membuatkan sistem menjadi dinamik dan menghubungkan tujuan organisasi dengan

    penglibatan kakitangan.

    Mohamed Zon (2008), mendefinisikan komunikasi merupakan perkongsian

    pengertian melalui penghantaran mesej-mesej dengan menggunakan simbol-simbol

    bertujuan untuk mempengaruhi orang lain supaya melaksanakan tugas. Manakala

    Shasitharan (2008) mentafsirkan komunikasi merupakan satu hubungan dimana

    seseorang individu ingin menyampaikan mesej, khabar, berita, maklumat atau

    pendapat kepada pendengar. Pelbagai cara digunakan untuk berkomunikasi diantaranya

    menggunakan peralatan media seperti televisyen, radio, komputer, surat, tulisan dan

    sebagainya.

    Sharifah et al. (2000) mentakrifkan komunikasi di dalam sesebuah organisasi

    bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang sebenar dan tepat kepada ahli organisasi

    yang lain untuk meningkatkan prestasi kerja organisasi. Dalam sesebuah organisasi,

    komunikasi amat diperlukan oleh pihak pengurusan supaya cadangan daripada pekerja

    dapat membantu mereka membuat keputusan dan perancangan organisasi. Maklumat

    yang benar dan tepat dapat membantu pihak pengurusan menyelesaikan konflik organisasi

    dalam membuat keputusan.

  • Komunikasi juga amat diperlukan oleh pekerja supaya mendapat maklumat yang

    tepat dan jelas tentang tugas-tugas hakiki mereka. Komunikasi merupakan elemen yang

    penting dalam sesebuah organisasi kerana keberkesanan organisasi mempunyai hubungan

    yang rapat dan saling mempengaruhi. Dalam sesebuah struktur organisasi, proses komunikasi

    mengandungi beberapa perkara seperti arahan, laporan, pertanyaan, permintaan

    terutamanya dari ketua kepada individu tertentu.

    Pelbagai tujuan komunikasi sekolah telah diketahui umum. Namun, tujuan utama

    komunikasi dalam organisasi sesebuah sekolah diantaranya menyebar maklumat sekolah,

    menyusun atur jadual tugas guru-guru dan staf sekolah, mengarah, mendorong,

    memimpin serta mengawal prestasi kerja guru-guru dan staf sokongan. Antara kaedah

    komunikasi yang digunakan oleh sesebuah organisasi sekolah adalah komunikasi sehala

    dan komunikasi dua hala.

    Komunikasi sehala merupakan pendekatan berpusatkan guru dimana para

    pelajar berperanan sebagai pendengar. Strategi ini diaplikasikan oleh para guru sewaktu

    pengajaran berbentuk kaedah syarahan, bercerita, demonstrasi dan memberi arahan.

    Manakala komunikasi dua hala pula menggunakan pendekatan secara perbincangan

    yang melibatkan kaedah menyoal dan kaedah individu.

    Terdapat tiga arah yang mana komunikasi boleh disalurkan di dalam sesebuah

    organisasi sekolah seperti atas ke bawah, dari bawah ke atas dan secara lateral. Menurut

    Zaidatol (1990), terdapat lima tujuan umum komunikasi antara ketua dan kakitangan

    dalam organisasi seperti; memberi arahan kerja yang spesifik berkenaan tugas,

    memberi maklumat berkenaan prosedur dan amalan organisasi, mengadakan atau

    memperuntukkan maklumat yang rasional sesuatu tugasan, menjelaskan kepada

    kakitanggan tentang prestasinya dan menyediakan maklumat cara-cara mencapai

    matlamat. Pengetua atau guru besar biasanya menggunakan komunikasi ke bawah

    dalam bentuk ucapan, mesej dalam buletin sekolah, emel, risalah, bahan di papan

    buletin, manual, polisi dan tatacara.

  • Komunikasi ke atas bermaksud mesej yang dihantar dari peringkat bawah ke

    peringkat lebih tinggi dalam organisasi pendidikan. Tujuan komunikasi ini adalah untuk

    mengetahui maklum balas dan kefahaman staf bawahan tentang polisi-polisi yang

    diamalkan di dalam organisasi pendidikan. Komunikasi jenis ini membantu penglibatan

    pekerja di dalam organisasi.

    Komunikasi lateral merupakan komunikasi yang dipelbagaikan menerusi kaedah

    konvensional dan elektronik sebagai usaha menyebarkan dasar, elemen dan nilai kualiti

    kepada warganya. Contohnya, Kementerian Pendidikan menggunakan ICT sebagai

    platform penyebaran dasar kualiti serta maklumat kepada staf bertujuan untuk

    membolehkan staf memahami polisi, operasi dan sistem yang diamalkan oleh

    organisasi.

    Berdasarkan definisi dan konsep komunikasi di atas dapatlah dirangkumkan bahawa

    komunikasi di dalam organisasi sekolah meliputi aktiviti-aktiviti menerangkan,

    mengarah, mempengaruhi, memperbaiki, menyetujui, memberitahu dan lain-lain lagi.

    Contohnya, seperti pengetua ingin melaksanakan dasar baru di sekolah, pengetua

    perlulah berbincang dan membawa dasar tersebut di dalam mesyuarat guru-guru

    supaya reaksi daripada pihak guru diperolehi. Dasar tersebut tidak boleh ditulis dan

    diedarkan kepada pihak guru tanpa mengambil kira maklum balas yang diterima

    daripada pihak guru.

    Saluran komunikasi formal dan tidak formal sememangnya wujud di dalam

    sistem pendidikan. Pihak guru kebiasaannya akan membincangkan perkara berkaitan

    sekolah secara informal. Sekiranya sistem ini dapat menubuhkan saluran komunikasi

    secara ke bawah dan ke atas dengan baik, kumpulan-kumpulan informal ini mungkin

    dapat melicinkan pelaksanaan program dan polisi sekolah.

    Tugasan ini memerlukan pengkaji mewawancara dua orang guru untuk mengkaji

    bentuk-bentuk komunikasi di sekolah. Berdasarkan wawancara dan minit mesyuarat

    yang diperolehi oleh pengkaji daripada responden, pengkaji perlu meneliti komunikasi

  • yang sering digunakan oleh pengetua di sekolah samada secara rasmi atau tidak rasmi.

    Selain itu tugasan ini juga memfokuskan kepada reaksi dan tindak balas yang diberikan

    oleh para guru semasa mesyuarat rasmi tersebut dijalankan. Penilaian dan kesan

    daripada mesyuarat tersebut juga turut dikaji oleh pengkaji untuk melihat keberkesanan

    komunikasi tersebut diaplikasikan di dalam mesyuarat.

    Objektif tugasan ini, untuk melihat komunikasi formal dan tidak formal di dalam

    rangkaian sekolah. Selain itu juga pengkaji perlu mengkaji bagaimana pihak pengurusan

    menggunakan saluran komunikasi kepada pihak guru semasa mesyuarat dan pihak

    guru pula memberikan resepsi mereka melalui saluran tidak rasmi.

    2.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

  • Kajian ini telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui

    temubual dan pemerhatian serta pemeriksaan ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan.

    Data yang diperolehi daripada responden dianalisis menggunakan kaedah diskriptif yang

    mana ianya merupakan satu kaedah yang memerlukan huraian berdasarkan setiap persoalan.

    2. 0. 1 Objektif kajian:-

    Kajian ini diharap akan dapat mencapai objektif berikut: -

    1. Mengetahui bentuk-bentuk komunikasi formal dan tidak formal yang sering

    digunakan di sekolah.

    2. Mengetahui bentuk komunikasi yang digunakan di dalam mesyuarat.

    3. Mengenalpasti reaksi guru-guru terhadap komunikasi formal yang digunakan

    oleh pihak pengetua semasa mesyuarat berlangsung.

    4. Mengenalpasti kesan saluran komunikasi yang digunakan oleh pengetua

    terhadap guru.

    5. Mengetahui bentuk komunikasi yang digunakan oleh para guru kepada pihak

    pengetua semasa mesyuarat berlangsung.

    6. Mengenalpasti gaya komunikasi pengetua semasa mengendalikan mesyuarat.

    2. 0. 2 Persoalan Kajian:-

  • Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan di atas, maka persoalan kajian ini dapat

    dirumuskan seperti berikut:-

    1. Apakah bentuk-bentuk komunikasi formal dan tidak formal yang sering

    digunakan di sekolah?

    2. Apakah bentuk komunikasi yang sering digunakan di dalam mesyuarat?

    3. Bagaimana reaksi guru-guru terhadap komunikasi formal yang digunakan oleh

    pihak pengetua semasa mesyuarat berlangsung?

    4. Apakah kesan saluran komunikasi yang digunakan oleh pengetua terhadap

    guru?

    5. Apakah bentuk komunikasi yang digunakan oleh para guru kepada pihak

    pengetua semasa mesyuarat berlangsung.

    6. Apakah gaya komunikasi pengetua semasa mengendalikan mesyuarat?

    2. 0. 3 Dapatan kajian:-

    Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pebagai bentuk komunikasi yang berbeza

    diaplikasikan di SMK Taman Megah Ria. Sememangnya saluran komunikasi formal dan

    tidak formal wujud dalam organisasi pendidikan. Kajian juga menunjukkan guru-guru turut

    terlibat di dalam membuat keputusan secara berkesan di peringkat sekolah dan

    membuat perundingan terlebih dahulu bersama guru lain secara informal. Kajian juga

    mendapati komunikasi dari atas ke bawah, bawah ke atas dan komunikasi lateral wujud

    di SMK Taman Megah Ria.

    Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat pelbagai gaya komunikasi pengetua

    semasa mengendalikan mesyuarat seperti gaya dinamik, gaya relinquish, gaya

    withdrawal, gaya kawalan, gaya structuring dan gaya equalitarian. Beradasarkan

    mesyuarat kurikulum yang dijalankan di SMK Taman Megah Ria, pelbagai reaksi guru

    telah dikumpul oleh pengkaji terhadapi komunikasi formal yang digunakan oleh pengetua

  • sekolah tersebut semasa mengendalikan mesyuarat. Diantaranya mereka menyatakan

    pengetua mengendalikan mesyuarat dengan perasaan tenang, prihatin, suka berbincang

    dan pelbagai lagi tanggapan yang diberikan.

    Kesan daripada komunikasi di dalam mesyuarat tersebut, pengetua dapat

    menggerakkan sekolah, terutamanya dari segi kurikulum dan kokurikulum,

    profesionalisme guru juga dapat ditingkatkan, wujudnya persekitaran yang kondusif

    serta dapat memperkasakan sekolah ke arah kecemerlangan. Pengetua juga sentiasa

    meneruskan perbincangan selepas mesyuarat, membimbing guru-guru lain dan

    memperbaiki kualiti pendidikan.

    Namun kajian juga menunjukkan terdapat beberapa kelemahan yang perlu

    diperbaiki oleh pihak pentadbiran dan pengurusan. Diantaranya adalah penggunaan masa

    sewaktu membuat keputusan di dalam mesyuarat, kadangkala mengambil masa yang

    agak lama untuk mendapatkan persetujuan bersama. Selain itu juga, segelintir guru

    terutamanya guru baru kurang berkomunikasi dengan pengetua kerana masih ada

    perasaan takut dan hal ini mengakibatkan komunikasi yang disampaikan seolah-olah

    berbentuk arahan dan memaksa.

    Kajian telah dijalankan di SMK Taman Megah Ria. Pengkaji memilih sekolah

    tersebut kerana pengkaji mengenali guru di sekolah tersebut dan lebih mudah untuk

    mendapatkan kerjasama berbanding sekolah-sekolah lain dan agak sukar untuk mendapatkan

    maklumat berkaitan mesyuarat yang dikendalikan oleh pengetua di sekolah tersebut. Setelah

    soalan-soalan temubual disiapkan, penyelidik sendiri telah menemubual dua orang

    responden. Seorang daripada mereka merupakan Guru Bahasa Melayu iaitu Puan Ande Noor

    Munawara bt Bachok manakala responden yang kedua merupakan Setiausaha Kurikulum

    Guru Penolong Kanan HEM, Puan Nur Atiqah binti Mohamad Moharam.

    Pengkaji juga telah memohon kepada responden untuk mendapatkan minit

    mesyuarat guru dan minit mesyuarat kurikulum untuk melihat respon dan reaksi yang

    ditunjukkan oleh para guru semasa mesyuarat tersebut berlangsung. Pengkaji juga turut

  • mengedarkan borang soal selidik kepada guru-guru sesi pagi di sekolah tersebut sebagai

    sampel kajian untuk mengetahui tanggapan dan reaksi mereka sewaktu mesyuarat

    berlangsung. Ini adalah kerana ia berkait rapat dengan penggunaan komunikasi yang

    digunakan oleh pengetua samada dipersetujui oleh para guru atau pun sebaliknya.

    Prosedur dalam menjalankan kajian ini ialah:

    i. Memilih masa yang sesuai untuk berjumpa dengan kesemua responden.

    ii. Menerangkan kepada kesemua responden tujuan kajian yang dijalankan.

    iii. Responden diberikan masa yang cukup untuk menjawab soalan temubual.

    Hasil kajian ini dapat dijadikan panduan kepada Jabatan Pendidikan, pihak OUM, pihak

    pentadbiran sekolah, guru penyelaras kurikulum, guru-guru serta pihak-pihak tertentu supaya

    mereka boleh mengambil inisiatif bagi memaksimumkan penggunaan komunikasi dapat

    dipelbagaikan sewaktu sesi mesyuarat sedang berlangsung.

    3.0 HURAIAN BENTUK KOMUNIKASI SAMADA SECARA RASMI ATAU

    TIDAK RASMI YANG DIGUNAKAN TERHADAP STAF SEMASA

    MESYUARAT GURU / MESYUARAT KURIKULUM

    3.0.1 Memo Panggilan Mesyuarat

  • Memo merupakan salah cara komunikasi yang wujud di SMK Taman Megah Ria

    terutamanya untuk panggilan mesyuarat. Kebiasaannya, memo diedarkan kepada guru-

    guru untuk pemberitahuan tarikh, tempat dan masa mesyuarat akan berlangsung.

    Memo singkatan dari perkataan memorandum, iaitu komunikasi bertulis untuk

    berhubung secara rasmi.

    Memo juga menggantikan surat dan disebut juga sebagai surat edaran dalaman

    atau untuk kegunaan dalaman. Kebiasaannya, memo mempunyai isi kandungan yang

    ringkas, huraiannya tidak terlalu formal, mempunyai tajuk, kepada siapa hendak

    ditujukan memo tersebut dan salinan kepada, contohnya salinan kepada fail timbul

    pentadbiran. Memo juga tidak terikat dengan sesuatu bentuk dan huraian seperti surat

    rasmi malahan ada memo yang tersedia dalam bentuk borang.

    Walaupun ringkas tetapi memo bertujuan untuk memberikan maklumat dan

    fakta. Memo juga menggantikan komunikasi pihak pengurusan atau pengetua kepada

    pihak guru. Menerusi memo tersebut, guru-guru di sekolah ini memahami tindakan yang

    perlu dilakukan. Setiap maklumat yang disampaikan hendaklah jelas dan mempunyai

    maksud. Isi kandungannya perlulah ringkas, tepat dan padat beserta dengan nombor

    rujukan, tarikh, perkara, tandatangan dan sebagainya.

    Komunikasi berbentuk memo memang popular di semua agensi kerajaan dan swasta.

    Gaya persembahan bahasa yang hendak disampaikan perlulah lembut dan berdiplomasi

    dan tidak menimbulkan sikap negatif atau berprasangka terhadap guru-guru.

    3.0.2 Pengumuman Panggilan Mesyuarat

    Selain komunikasi berbentuk memo, di SMK Taman Megah Ria sering

    menggunakan komunikasi berbentuk pengumuman. Komunikasi jenis ini lebih mudah

    dan dapat mengelakkan para guru lupa menghadiri mesyuarat yang akan berlangsung.

    Kebiasaannya penggunaan komunikasi berbentuk pengumuman hanya berlaku

  • sekiranya mesyuarat tersebut memerlukan tindakan segera daripada pihak guru.

    Komunikasi jenis ini kurang disenangi ramai guru kerana pada waktu tersebut mereka

    perlu meninggalkan kelas dengan tergesa-gesa dan membiarkan pelajar tanpa

    pengawasan mereka.

    Komunikasi berbentuk pengumuman bermaksud komunikasi pemberitahuan

    atau pemakluman kepada orang ramai. Komunikasi ini bertujuan untuk memaklumkan

    kepada orang ramai secara segera. Pengumuman dibuat sama ada secara lisan atau

    tulisan dan mungkin juga menggunakan peralatan elektronik seperti sistem pembesar

    suara. Di SMK Taman Megah Ria, setiap kelas, lab dan bengkel dibekalkan dengan

    sistem pembesar suara untuk memudahkan guru-guru mendengar setiap pengumuman

    yang disampaikan.

    Komunikasi berbentuk pengumuman merupakan komunikasi sehala atau dua hala

    tetapi di sekolah yang dikaji oleh pengkaji komunikasi berbentuk pengumuman

    merupakan komunikasi sehala. Butiran komunikasi jenis ini kebiasaannya ringkas dan

    padat, jelas, mudah difahami dan tidak meleret-leret penyampaiannya. Sekiranya

    pengumuman tidak dapat dibuat melalui pembesar suara, barulah pihak pengurusan

    mengumumkan mesyuarat yang akan dijalankan melalui surat pekeliling atau surat

    pengumuman.

    Surat pekeliling kebiasaannya dipanjangkan kepada guru-guru beserta lampiran

    yang perlu ditandatangani manakala surat pengumuman pula diletakkan di papan-

    papan kenyataan untuk memudahkan para guru menyedari maklumat yang hendak

    disampaikan.

    3.0.3 Gaya Komunikasi Pengetua Semasa Mesyuarat Berlangsung

    Berdasarkan kajain yang dijalankan terhadap responden, jelas menunjukkan pengetua

    SMK Taman Megah Ria mengamalkan enam gaya komunikasi sewaktu mengedalikan

    mesyuarat. Gaya-gaya tersebut seperti gaya dinamik, gaya relinquish, gaya withdrawal,

  • gaya kawalan, gaya structuring dan gaya equalitarian. Keenam-enam gaya ini

    diaplikasikan oleh pengetua mengikut kesesuaian masa, arahan dan sewaktu membuat

    keputusan.

    Gaya dinamik merupakan gaya komunikasi yang merujuk kepada perkara-perkara

    yang penting sahaja untuk diperbincangkan. Pengetua akan menggunakan gaya ini

    sewaktu ingin berterus-terang atau secara langsung tentang sesuatu arahan yang perlu

    dilakukan oleh guru. Pengucapan pengetua lebih terarah kepada penerangan tugasan

    yang perlu dilakukan oleh guru dengan jelas dan tepat tentang sesuatu arahan yang perlu

    diambil tindakan. Pengetua akan memastikan arahan yang diberikan disusuli dengan

    tindakan seterusnya.

    Gaya relinquish merupakan gaya komunikasi yang melibatkan guru dalam

    membuat keputusan. Gaya ini digunakan oleh pengetua sewaktu menerima dan bersetuju

    dengan pendapat dengan guru. Sewaktu mesyuarat diadakan pengetua akan cuba

    mendengar permasalahan yang melanda guru dan cuba untuk menunaikan hasrat guru

    tersebut. Walaupun pengetua SMK Taman Megah Ria ini seorang yang tegas tetapi beliau

    juga mengamalkan gaya komunikasi ini dan menganggap pendapat dan keputusan

    guru lain turut berharga.

    Gaya ketiga yang turut digunakan oleh pengetua semasa mengendalikan mesyuarat

    adalah gaya withdrawal. Gaya ini digunakan oleh pengetua sewaktu cuba menghindari

    masalah yang diberikan kepadanya terutamanya permasalahan yang melibatkan

    masalah peribadi guru. Gaya ini turut diaplikasikan oleh beliau apabila berhadapan

    dengan karenah guru-guru yang mengelak daripada tugasan dan arahan yang perlu

    dilaksanakan oleh guru tersebut. Pada waktu itu, pengetua akan mengelak daripada

    memperbincangkan hal-hal berkaitan dengan guru-guru lain dan membuat

    keputusannya sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain terhadap guru-guru yang

    bermasalah tersebut.

  • Gaya yang seterusnya merupakan gaya kawalan. Gaya kawalan merupakan gaya

    yang paling kurang disenangi oleh para guru kerana gaya komunikasi ini bercorak

    arahan, memerlukan tuntutan, mendesak dan mencabar pendapat guru lain.Gaya ini

    amat kurang diaplikasikan oleh pengetua di SMK Taman Megah Ria kerana gaya ini

    mewujudkan perselisihan faham antara pihak pengurusan dan para guru. Namun,

    sekiranya arahan tersebut dihantar oleh pihak kementerian atau PPD, pengetua

    terpaksa juga menggunakan gaya komunikasi kawalan untuk memastikan tahap sekolah

    berada di dalam keadaan memberangsangkan serta tidak ketinggalan dalam kurikulum

    yang dilaksanakan. Komunikasi ini hanya melibatkan sehala tanpa perlu mendapatkan

    persetujuan ahli-ahli mesyuarat yang lain.

    Gaya komunikasi yang kelima merupakan gaya structuring. Gaya ini juga kurang

    diaplikasikan oleh pengetua di SMK Taman Megah Ria kerana berorientasikan

    komuniti terhadap pembinaan peraturan-peraturan serta cuba memperkukuhkan

    peraturan tersebut. Pengetua akan menggunakan gaya ini apabila menerima arahan

    daripada pihak atasan untuk mempengaruhi guru akan mematuhi peraturan dan

    undang-undang yang dilaksanakan atau menerima dasar-dasar baru yang perlu

    diaplikasikan di sekolah. Komunikasi jenis ini bersifat obejktif dan tidak melibatkan

    emosi yang kuat. Gaya komunikasi ini tidak mengambil kira perasaan guru-guru dan

    pengetua menggunakan kedudukan beliau sebagai pengetua untuk mendapatkan

    persetujuan guru-guru.

    Gaya yang terakhir merupakan gaya equalitarian. Gaya ini melibatkan

    komunikasi dua hala dan menyenangkan hati para guru. Gaya komunikasi ini akan

    diaplikasikan oleh pengetua apabila guru-guru mengemukakan permasalahan yang

    mereka hadapi dibentangkan di dalam mesyuarat. Pengetua akan menunjukkan

    kemesraan sewaktu mengendalikan mesyuarat dan menggalakkan guru-guru memberi

    idea serta prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh para guru. Komunikasi yang

    terhasil adalah bebas dan mewujudkan persefahaman dan melahirkan suasana yang

    baik dan mesra.

  • 4.0 HURAIAN BERKAITAN REAKSI ATAU TINDAK BALAS YANG

    DIBERIKAN OLEH GURU-GURU BERKAITAN PERBINCANGAN SECARA

    RASMI DALAM MESYUARAT TERSEBUT

    Menurut responden pelbagai reaksi yang diberikan oleh para guru terhadap gaya

    komunikasi pengetua sekolah tersebut terutamanya semasa menysuarat berlangsung.

    Pengkaji telah pun mengedarkan borang soal selidik untuk melihat reaksi guru-guru sesi

    pagi di SMK Taman Megah Ria terhadap gaya komunikasi pengetua sewaktu

    mengendalikan mesyuarat. Para guru memberikan reaksi secara informal(tidak rasmi) atau

    lebih dikenali sebagai grapevine.

  • Komunikasi grapevine. bersifat di luar rangkaian komunikasi formal, tidak

    khusus, pantas, tersebar secara tidak sengaja melalui proses pertuturan, sifat peribadi

    dan kebolehan manusia. Melalui komunikasi grapevine. ini, pihak pengurusan mendapat

    maklumbalas mengenai sensitiviti pihak guru kepada pengetua. Ia merupakan tempat

    untuk mencurahkan mesej yang boleh membangkitkan perasaan marah dan

    mewujudkan sikap permusuhan di kalangan guru-guru jika mereka dipaksa dan diberi

    tekanan.

    Kebaikan komunikasi grapevine dapat membantu mentakrifkan sebahagian dari

    arahan daripada pengetua agar menjadi bahasa yang mudah dan boleh difahami oleh

    para guru. Namun keburukannya grapevine juga bertindak sebagai rangkaian untuk

    menyebarkan khabar angin yang sememangnya belum tentu kesahihannya. Komunikasi

    informal grapevine biasanya tersebar melalui desas-desus atau khabar angin dari mulut

    ke mulut, dari seorang ke orang yang lainnya dalam sekolah.

    Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, pelbagai reaksi dan gossip serta persepsi

    guru-guru terhadap pengetua dapat dikumpulkan. Pengkaji menganalisa setiap

    maklumat yang diterima dan mendapati pengetua di SMK Taman Megah Ria

    mengamalkan enam kemahiran komunikasi dan mengaplikasikannya di dalam

    mesyuarat guru dan mesyuarat kurikulum sekolah tersebut. Minit mesyuarat yang

    diperolehi oleh pengkaji turut membuktikan gaya komunikasi tersebut wujud di SMK

    Taman Megah Ria.

    Hasil soal selidik dan komunikasi informal yang diperolehi daripada guru-guru

    dapatlah pengkaji simpulkan bahawa pengetua di SMK Taman Megah Ria

    mengamalkan pendekatan kepimpinan demokratik kerana sering menggalakkan para

    guru bekerjasama, menjana idea melibatkan guru dalam membuat keputusan dan

    menyelesaikan masalah bersama-sama.

  • Jadual 1: Penilaian guru-guru terhadap kepimpinan pengetua di SMK Taman Megah Ria

    Gaya

    Komuniasi No Item Soalan

    Bilangan Ulasan Pengkaji

    TP JJ SS KK S

    Equalitarian

    1

    Pengetua anda seorang

    yang peramah, mesra dan

    prihatin sewaktu

    mengendalikan

    mesyuarat.

    - 3

    7

    20

    46

    Sebanyak 50.5% menyokong

    pengetua mengamalkan gaya

    komunikasi equalitarian

    yang mana pengetua

    seorang yang senang dan

    suka berinteraksi dengan

    guru dan melibatkan guru

    dalam membuat keputusan.

    Peratus ini membuktikan

    pengetua sekolah ini

    seorang yang prihatin dan

    teliti dalam pertuturan dan

    memberi maklumbalas

    yang positif kepada para

    guru.

    Pengetua mampu mendengar

    dan menerima pendapat

    orang lain dan ini

    membuatkan guru-guru rasa

    dihargai.

    Gaya komunikasi ini berjaya

    meningkatkan lagi

    komitmen guru terhadap

    sekolah.

    2

    Pengetua anda seorang

    yang suka berbincang,

    mengamalkan komunikasi

    2 hala memahami anda

    dan bersedia mendengar

    masalah anda.

    - 5

    2

    20

    49

    3

    Pengetua anda selalu

    meminta idea guru

    sewaktu menghadiri

    mesyuarat.

    - 2

    17

    21

    36

    Dinamik

    4

    Pengetua anda bercakap

    perkara dan hal-hal

    penting sahaja di dalam

    mesyuarat.

    - 37 19 11 9 Hanya 30.7% guru yang

    bersetuju pengetua mereka

    mengamalkan gaya

    komunikasi dinamik dan

    selebihnya pula tidak

    bersetuju.

    Ini menunjukkan pengetua

    sekolah tersebut bukan

    5

    Pengetua anda seorang

    yang berterus-terang

    tentang sesuatu arahan

    yang hendak diserahkan

    9 11 13 11 32

  • kepada anda. seorang yang dominan dan

    bukanlah seorang yang

    menggunakan pendekatan

    autokratik semasa mesyuarat

    dijalankan.

    Hal ini jelas menunjukkan

    pengetua tidak

    menggunakan kekerasan

    atau memaksa para guru

    semasa mesyuarat

    berlangsung.

    Pengetua juga menaruh

    kepercayaan kepada para

    guru untuk menyelesaikan

    tugasan mereka.

    6

    Pengetua anda

    menerangkan tentang

    tugas dengan jelas dan

    tepat bersesuaian dengan

    kehendak semasa.

    7 8 15 17 29

    Kawalan

    7

    Pengetua anda bercakap

    sehala sewaktu

    mengendalikan

    mesyuarat.

    2 29 12 23 10 Hanya 15.8% yang

    menyatakan pengetua

    mengamalkan gaya

    komunikasi kawalan.

    Hal ini menjelaskan bahawa

    pengetua sekolah bukanlah

    seorang yang suka

    mendesak, mengabaikan

    emosi stafnya semasa

    mesyuarat berlangsung.

    Segelintir guru baru yang

    masih berasakan pengetua

    seorang yang mendesak

    kerana guru pelatih belum

    dilatih dan tidak tahu tugas

    yang harus dilaksanakan.

    8

    Pengetua anda selalu

    mendesak anda untuk

    mengikuti arahannya.

    2 32 17 11 14

    9

    Pengetua anda mendesak

    guru-guru lain untuk

    mengikut tindakan yang

    telah dilakukan olehnya

    dan mencabar sesiapa

    yang bantah keputusannya

    sewaktu mesyuarat

    dijalankan.

    - 35 14 15 12

    Withdrawal

    (mengelak)

    10

    Pengetua anda selalu

    mengelak apabila anda

    ingin berbincang dan

    memberitahu masalah

    anda kepadanya.

    7 39 9 11 10 Hanya 14.9% guru yang

    menyatakan pengetua mereka

    mengamalkan gaya

    komunikasi Withdrawal.

    Hal ini jelas menunjukkan

    pengetua seorang yang 11 Pengetua anda membuat - 31 17 12 16

  • keputusan mengikut

    kehendaknya di dalam

    mesyuarat.

    proaktif dan

    bertanggungjawab

    terhadap tugas yang

    diamanahkan kepada beliau.

    Pengetua juga bertindak

    sebagai fasillitator dan

    kaunselor kepada para

    guru.

    Proses memberi nasihat

    dilihat sebagai proses tunjuk

    ajar khususnya kepada

    guru-guru tidak terlatih.

    12

    Pengetua anda mengelak

    daripada

    memperbincangkan hal

    guru lain &

    menghindarkan diri

    daripada menyelesaikan

    masalah guru sewaktu

    mesyuarat.

    8 29 12 19 8

    Relinquish

    13

    Pengetua anda selalu

    menerima pendapat anda

    dan guru lain sewaktu

    mengendalikan

    mesyuarat.

    3 5 17 17 34 Sebanyak 50.9% guru yang

    menyatakan pengetua seorang

    yang mengamalkan

    komunikasi relinquish

    semasa mesyuarat dijalankan.

    Hal ini jelas menunjukkan

    pengetua sekolah ini seorang

    yang pintar dan berinisiatif

    tinggi dan menjadi contoh

    terbaik kepada guru yang

    lain.

    Pengetua mengamalkan

    kepimpinan menyokong

    yang melibatkan para guru

    dalam merancang dan

    membuat keputusan.

    Hubungan 2 hala ini dapat

    mewujudkan kerjasama dan

    persefahaman dengan staf.

    Hasilnya wujudnya

    persekitaran saling

    mempercayai, saling

    hormat menghormati,

    membina dan

    menggalakkan pertukaran

    14

    Pengetua anda sentiasa

    cuba untuk menunaikan

    hasrat guru sewaktu

    mesyuarat dijalankan dan

    memberi penghargaan

    kepada anda.

    2 11 9 12 42

    15

    Pengetua anda cuba

    menyelesaikan masalah

    yang dihadapi oleh anda

    dan guru lain sewaktu

    mesyuarat dijalankan.

    - 7 13 16 40

  • maklumat secara terbuka.

    Structuring

    16

    Pengetua anda seringkali

    mengikut arahan jabatan

    sewaktu membuat

    keputusan.

    - 7 14 25 30 Hanya 32% yang menyatakan

    pengetua mengamalkan gaya

    komunikasi structuring di

    dalam mengendalikan

    mesyuarat.

    Hal ini mungkin melibatkan

    arahan dan dasar serta

    pekeliling yang dikeluarkan

    oleh kementerian dan

    memerlukan kerjasama

    semua pihak untuk

    menjayakannya.

    Arahan-arahan tersebut tidak

    boleh disangkal oleh para

    guru dan pengetua sendiri

    kerana melanggar etika

    kerja sekiranya kakitangan

    tidak mematuhi peraturan

    yang telah ditetapkan.

    Pengetua juga tidak boleh

    menggunakan pendekatan

    demokratik sekiranya

    arahan pihak atasan untuk

    menyegerakan tindakan

    kerana kedudukan beliau

    akan tergugat sekiranya

    beliau gagal melaksanakan

    tugasan yang diarahkan.

    17

    Pengetua anda selalu

    mengingatkan para guru

    sewaktu bermesyuarat

    untuk mematuhi peraturan

    yang sedia ada.

    - 5 10 17 44

    18

    Pengetua anda selalu

    menggunakan

    kedudukannya untuk

    mendapatkan

    persetujuannya tanpa

    mengambil kira perasaan

    anda.

    31 29 7 8 1

    Petujuk:

    TP = Tidak Pernah JJ = Jarang-Jarang SS = Sekali-Sekala KK = Kerap Kali S = Selalu

  • 4.0 PENILAIAN JUSTIFIKASI DAN KESAN DARIPADA MESYUARAT

    TERSEBUT

    Analisis Tanggapan Guru-Guru Terhadap

    Gaya Komunikasi Pengetua

    Kesan Daripada Tanggapan Guru-Guru

    Terhadap Gaya Komunikasi Pengetua

    Mengendalikan Mesyuarat

  • Sebanyak 50.5% menyokong pengetua

    mengamalkan gaya komunikasi

    equalitarian yang mana pengetua

    seorang yang senang dan suka

    berinteraksi dengan guru dan melibatkan

    guru dalam membuat keputusan.

    Peratus ini membuktikan pengetua

    sekolah ini seorang yang prihatin dan

    teliti dalam pertuturan dan memberi

    maklumbalas yang positif kepada para

    guru.

    Pengetua mampu mendengar dan

    menerima pendapat orang lain dan ini

    membuatkan guru-guru rasa dihargai.

    Gaya komunikasi ini berjaya

    meningkatkan lagi komitmen guru

    terhadap sekolah.

    Kesan Komunikasi equalitarian :

    Berjaya membantu guru-guru

    bekerjasama serta profesional dalam

    menjalankan tugas-tugas yang diarahkan.

    Kesan Komunikasi equalitarian : Guru-

    guru juga sentiasa menambah baik mutu

    pengajaran mereka.

    Kesan Komunikasi equalitarian :

    Menentukan matlamat bersama,

    mengurangkan pengasingan guru den

    berkomunikasi mengenai norma serta

    kepercayaan sekolah.

    Kesan Komunikasi equalitarian :

    Pengetua dapat membangunkan motivasi

    guru.

    Kesan Komunikasi equalitarian :

    Pengetua membantu guru-guru untuk

    bertindak di dalam satu kumpulan dan

    menghasilkan penyelesaian yang bijak.

  • Hanya 30.7% guru yang bersetuju

    pengetua mereka mengamalkan gaya

    komunikasi dinamik dan selebihnya pula

    tidak bersetuju.

    Ini menunjukkan pengetua sekolah

    tersebut bukan seorang yang dominan

    dan bukanlah seorang yang menggunakan

    pendekatan autokratik semasa mesyuarat

    dijalankan.

    Hal ini jelas menunjukkan pengetua tidak

    menggunakan kekerasan atau memaksa

    para guru semasa mesyuarat berlangsung.

    Pengetua juga menaruh kepercayaan

    kepada para guru untuk menyelesaikan

    tugasan mereka.

    Kesan Komunikasi Dinamik: Gaya

    komunikasi yang dinamik ini mempunyai

    kecenderungan yang agresif boleh

    meyebabkan perselisihan faham dan

    dendam.

    Kesan Komunikasi Dinamik: Namun

    sekali-sekala gaya ini perlu

    dilaksanakan kerana persekitaran

    pekerjaan berorientasi pada tindakan

    (action-oriented).

    Kesan Komunikasi Dinamik:

    Mewujudkan guru-guru yang menepati

    masa, berdisiplin dan mengurangkan

    budaya lepas tangan terhadap tugasan.

    Kesan Komunikasi Dinamik:

    Merangsang guru untuk bekerja

    dengan lebih cepat dan lebih baik.

  • Hanya 15.8% yang menyatakan pengetua

    mengamalkan gaya komunikasi kawalan.

    Hal ini menjelaskan bahawa pengetua

    sekolah bukanlah seorang yang suka

    mendesak, mengabaikan emosi stafnya

    semasa mesyuarat berlangsung.

    Segelintir guru baru yang masih

    berasakan pengetua seorang yang

    mendesak kerana guru pelatih belum

    dilatih dan tidak tahu tugas yang harus

    dilaksanakan.

    Kesan Komunikasi Kawalan: Gaya

    komunikasi dapat menyekat para guru

    dari meneruskan sifat atau peribadi

    yang tidak disukai oleh pengetua.

    Kesan Komunikasi Kawalan: Walaupun

    gaya komunikasi ini lebih kepada

    memaksa dan mengatur perilaku,

    fikiran dan tanggapan orang lain, tetapi

    sebagai ketua sekolah, pengetua perlu

    menggunakan komunikasi tersebut ke arah

    kebaikan.

    Kesan Komunikasi Kawalan: Guru

    baru dapat menyesuaikan diri dengan

    budaya kerja.

    Kesan Komunikasi Kawalan: Pengetua

    menggunakan gaya komunikasi ini

    supaya para guru bekerja dan

    bertindak secara berkesan dan dapat

    menerima kritikan walau dalam apa jua

    keadaan.

  • Hanya 14.9% guru yang menyatakan

    pengetua mereka mengamalkan gaya

    komunikasi Withdrawal.

    Hal ini jelas menunjukkan pengetua

    seorang yang proaktif dan

    bertanggungjawab terhadap tugas yang

    diamanahkan kepada beliau.

    Pengetua juga bertindak sebagai

    fasillitator dan kaunselor kepada para

    guru.

    Proses memberi nasihat dilihat sebagai

    proses tunjuk ajar khususnya kepada

    guru-guru tidak terlatih.

    Kesan Komunikasi Withdrawal: Para

    guru tidak dapat mengelak dengan

    tugasan yang diberikan kepadanya.

    Kesan Komunikasi Withdrawal:

    Keburukannya para guru berasakan

    pengetua tidak mahu mengambil berat

    tentang permasalahannya dan membuat

    kerja yang diamanahkan pada dirinya

    sambil lewa.

    Kesan Komunikasi Withdrawal:

    Menyedarkan pihak pengurusan bahawa

    ramai guru yang tidak berpuas hati

    dengan gaya komunikasi pengetua

    mengendalikan mesyuarat.

    Kesan Komunikasi Withdrawal:

    Sebenarnya gaya ini memang kurang

    diaplikasikan oleh pengetua sekolah

    kecuali waktu-waktu tertentu

    terutamanya menangani maslah guru

    yang tidak mahu menerima kerja yang

    diarahkan.

  • Sebanyak 50.9% guru yang menyatakan

    pengetua seorang yang mengamalkan

    komunikasi relinquish semasa

    mesyuarat dijalankan.

    Hal ini jelas menunjukkan pengetua

    sekolah ini seorang yang pintar dan

    berinisiatif tinggi dan menjadi contoh

    terbaik kepada guru yang lain.

    Pengetua mengamalkan kepimpinan

    menyokong yang melibatkan para guru

    dalam merancang dan membuat

    keputusan.

    Hubungan 2 hala ini dapat mewujudkan

    kerjasama dan persefahaman dengan staf.

    Hasilnya wujudnya persekitaran saling

    mempercayai, saling hormat

    menghormati, membina dan

    menggalakkan pertukaran maklumat

    secara terbuka.

    Kesan Komunikasi Relinquish: Gaya

    komunikasi ini berjaya memotivasikan

    guru-guru terutamanya guru-guru

    baru.

    Kesan Komunikasi Relinquish:

    Keperluan guru-guru dapat diberi

    perhatian dan disempurnakan.

    Kesan Komunikasi Relinquish:

    Menambahkan kecemerlangan

    prestasi guru-guru dan meningkatkan

    produktiviti mereka.

    Kesan Komunikasi Relinquish:

    Pengetua bukan sahaja menyelia guru-

    guru tetapi membimbing dan

    menasihat.

    Kesan Komunikasi Relinquish: Dapat

    mencipta mesyuarat yang kondusif.

    Kesan Komunikasi Relinquish: Para

    guru mempunyai kawalan kendiri,

    rasa bangga, keinginan memperbaiki

    kelemahan diri dan berminat dengan

    kerja.

  • Hanya 32% yang menyatakan pengetua

    mengamalkan gaya komunikasi

    structuring di dalam mengendalikan

    mesyuarat.

    Hal ini mungkin melibatkan arahan dan

    dasar serta pekeliling yang dikeluarkan

    oleh kementerian dan memerlukan

    kerjasama semua pihak untuk

    menjayakannya.

    Arahan-arahan tersebut tidak boleh

    disangkal oleh para guru dan pengetua

    sendiri kerana melanggar etika kerja

    sekiranya kakitangan tidak mematuhi

    peraturan yang telah ditetapkan.

    Pengetua juga tidak boleh menggunakan

    pendekatan demokratik sekiranya arahan

    pihak atasan untuk menyegerakan

    tindakan kerana kedudukan beliau akan

    tergugat sekiranya beliau gagal

    melaksanakan tugasan yang diarahkan.

    Kesan Komunikasi Structuring: Gaya

    komunikasi yang berstruktur ini, amat

    bermanfaat sekiranya gaya

    komunikasi ini digunakan dnegan

    betul.

    Kesan Komunikasi Structuring:

    Walaupun pengetua lebih memberi

    perhatian kepada keinginan untuk

    mempengaruhi orang lain dengan jalan

    berkongsi maklumat tentang tujuan

    sekolah, jadual kerja, peraturan dan

    prosedur yang berlaku dalam sekolah

    tersebut tetapi arahan-arahan dan

    dasar-dasar tersebut mampu

    membentuk guru menjadi guru yang

    berdisiplin dan berakhlak mulia.

    Kesan Komunikasi Structuring: Bukan

    semua orang mempunyai sifat

    kewibawaan. Apabila guru

    mengamalkan sikap dan tingkahlaku

    yang berdisiplin, guru-guru lain akan

    segan dan menghormati beliau di

    dalam mesyuarat tersebut.

    5.0 KESIMPULAN

  • Hasil kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa gaya komunikasi yang

    diaplikasikan oleh pengetua di SMK Taman Megah Ria sentiasa memberi penghargaan

    terhadap sumbangan orang lain. Selain itu juga pengetua seorang yang suka

    berbincang, mendengar dan menerima pendapat serta pandangan orang lain dan tidak

    suka berbantah hanya semata-mata mahu mempertahankan penadapatnya. Kajian juga

    mendapati pengetua seorang yang peramah dan cuba untuk meningkatkan kemesraan

    dan hubungan yang rapat dnegan guru-guru.

    Pendekatan kepimpinan demokratik berjaya membuka ruang kepada guru-guru

    untuk mengemukakan idea dan secara tak langsung mereka berasakan diri mereka

    dihargai. Selain itu juga pengetua bertindak sebagai pemimpin pengajaran untuk

    meningkatkan lagi komitmen guru di sekolah. Selain tugas mentadbir, pengetua juga perlu

    berkomunikasi dengan para guru berhubung permasalahan yang melanda para guru

    di kelas.

    Sebagai pengetua, semua bentuk komunikasi kepimpinan diperlukan oleh beliau.

    Kepimpinan autokratik dapat memastikan segala arahan serta keputusan adalah

    ditangan pengetua. Namun setiap keputusan yang diambil perlulah melihat kesesuaian dan

    tidak membebankan guru yang sudah sedia terbebna dengan tugas-tugas hakiki dan

    tugas-tugas perkeranian. Gaya demokratik merupakan gaya yang sedang elok digunakan

    kerana ia memperlihatkan guru besar memberi peluang kepada orang bawahannya untuk

    bersama-sama membuat keputusan.

    Komunikasi di dalam mesyuarat bukan sahaja melibatkan guru-guru memberi

    input berasaskan pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman tetapi juga melibatkan

    komunikasi pengetua yang memberikan sokongan moral dan mendorong ke arah

    pencapaian matlamat sekolah. Komunikasi kepimpinan merupakan refleksi antara

    pengetua dan para guru . Walaupun guru pelatih jarang berkomunikasi dengan guru

    besar tetapi sekiranya diberikan tugasan, mereka melaksanakan tugas-tugas tersebut

    dan lebih rela berbincang bersama guru senior atau guru penyelaras.

  • Secara keseleuruhannya, bentuk-bentuk komunikasi yang dikomunikasikan oleh

    pengetua mewujudkan kerjasama dan persefahaman dengan para guru.

    (5 , 221 patah perkataan)

    8.0 RUJUKAN

  • 1) Mohd Salleh Lebar.(2008). HBEM 1403 Pembelajaran dan Pengajaran. Selangor:

    Meteor Doc. Sdn Bhd.

    2) Zaidatol Akmaliah Lope Pihie.(1999). Pentadbiran Pendidikan. Selangor: Academic

    Art and Printing Services Sdn. Bhd.

    3) Bahariah Yusuf.(1999).Kepimpinan & Pengurusan Sekolah:Pengurusan Peringkat

    Pertengahan di Sekolah (Bagaimana Menyelaraskan Pengurusan dan Pengajaran

    untuk Sekolah yang Efektif).Kuala Lumpur.Ampang Press Sdn. Bhd.

    4) Mohamed Zon Ramli.(2008). Kepimpinan Sekolah.Selangor.Meteor Doc. Sdn Bhd.

    5) Shasitharan A/L Raman Kutty.(2008).HBEM3203 Pengurusan Komunikasi dalam

    Organisasi Pendidikan. Selangor.Meteor Doc. Sdn Bhd.

    6) Zahari Jaafar.(2002).Hubungan di antara Gaya Komunikasi Pengetua Dengan

    Komitmen Guru Kepada Sekolah: Satu Tinjauan di beberapa buah Sekolah

    Menengah Kebangsaan di Daerah Kuala Krai, Kelantan Darul Naim. Jurnal Fakulti

    Sains dan Teknologi, Universiti Utara Malaysia.Sintok, 1-122. Date Retrived:[2012,

    Jun 12]

    7) Ariffin BaAda & Robiah Sidin.(2002). Komunikasi Pengetua-Guru: Satu

    Analisis.Jurnal Teknologi Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, 71-79. Date

    Retrived:[2012, Jun 12]

    8) Wan Abd Aziz Wan Mohd Amin.(2002). Analisis Model Keberkesanan Komunikasi

    Interpersonal Antara Pengetua dan Guru Sekolah Menengah Terkawal di Pantai

    Timur Malaysia.Jurnal Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia.

    1-25. Date Retrived:[2012, Jun 12]

  • 9) M. Al. Muzzammil B. Yasin & Kamariah Binti Matrawi.(2010). Komunikasi

    Interpersonal Guru Besar Dan Komitmen Guru Di Sekolah Rendah Zon Maharani

    Muar.Jurnal Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. 1-11. Date

    Retrived:[2012, Jun 12]

    10) Rosli Mohammed.(2007). Iklim Komunikasi dan Pencapaian Organisasi: Kajian Kes

    antara Dua Buah Organisasi Awam Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah

    Universiti Sains Malaysia. 1-40. Date Retrived:[2012, Jun 12]

    11) Raja Roslan Raja Abd Rahman, Abu Bakar Mohd Yusof & Azizi Yahaya.(2008).

    Pelaksanaan Komunikasi Kepimpinan Dalam Organisasi Pengamal Pengurusan

    Kualiti MS ISO 9001 Di Malaysia: page 1-12. Date Retrived:[2012, Jun 12]

    12) Mohd Safiee Hj. Idrisa et al. ( 2008). Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat

    Kebangsaan 2008. Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-

    Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka, Volume (22-23

    Oktober), 1-12. Date Retrived:[2012, Jun 12]

    13) Sharifah Baharum, Joki Perdani Sawai & R. Balan Rathakrishnan (2000). Hubungan

    Antara Komunikasi Dalam Organisasi Dengan Kepuasan Kerja, Prestasi Kerja dan

    Komitmen Kerja. Page 1-21. Date Retrived:[2012, Jun 12]

    14) Institut Pendidikan Guru. (2011). WAJ 3116 Bahasa Melayu Komunikatif II.

    Cyberjaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

    15) Wikipedia: Pengetua dan Hubungan Manusia. http://ms.wikipedia.org/wiki/

    Pengetua_dan_Hubungan_Manusia. Date Retrived:[2012, Jun 12]

    16) M. Al-Muz-Zammil Bin Yasin & Azmi Bin Hussain. (2011). Gaya Komunikasi Guru

    Besar Dan Komitmen Guru-Guru Di Tiga (3) Buah Sekolah Daerah Kota Bharu

    Kelantan. Jurnal Fakulti Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia

  • 9.0 APENDIKS

    MINIT MESYUARAT GURU /MESYUARAT KURIKULUM BIL: 1

    SMK TAMAN MEGAH RIA

    MINIT MESYUARAT GURU /MESYUARAT KURIKULUM BIL: 1 TAHUN: 2011

  • Tarikh/ Hari:Selasa 28/12/2010

    Masa: 8.30-1.00pm

    Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Taman Megah Ria

    Kehadiran:-

    1) En Nordin Mukri

    2) Pn Marzitah Abd Malek

    3) Pn Rani A/P Supramaniam

    4) Pn Ande Noor Munawara bt Bachok

    5) Pn Norlaili Yahaya

    6) Pn Haslina Hussein

    7) Ishak Saidoo

    8) Zaifarizah Md Sukor

    9) Anusuya Devi A/P Sannasy

    10) Mastura Ghazali

    11) Zira Awang

    12) Safinah Ali

    13) Nurfatin Najwa Mohd Khalid

    14) Asilah Ramli

    15) Jabar Bin sedek

    16) Mohamad Hafizi Mohd Zaki

    17) Mohd Lokman

    18) Md Khairul Azahan Gahapar

    19) Mohd Shahrizal Yusoff

    20) Nik Mohamad Solihin Bin Nik Ibrahim

    21) Nadia Ruslan

    22) Norhayati Abdullah

    23) Norfadhillah Mamat

    24) Norsidah Mohd Noor

    25) Teoh Bee Ing

    26) Kasmawati Cha

  • 27) Nordayati Maktop

    28) Kosnah Karnadi

    29) Nordiana Nordin

    30) Bahvany Muthu

    31) Mohd Irwan Idris

    32) Aishah Mohamad

    33) Norisah Mohd Yatim

    34) Wahyu Abd Razak

    35) Malyanah Marzaini

    36) Siti Fatimah bte Abd Razak

    37) Norwaheda Hasrin

    38) Aida Yuliyana Zahari

    39) Nurul Aimi Mohd Shah

    40) Nuratiqah Mohamad Moharam

    41) Loi Choi Suien

    42) Tey Kim Moi

    43) Normaliza Jamadi

    44) Nur Akmarina Azmi

    1. Kata-kata aluan Pengerusi

    1.1 Terima kasih kepada guru yang dapat hadir. Mesyuarat merangkumi 2 bidang iaitu mesyuarat guru dan kurikulum kali pertama.

    1.2 Sepanjang tahun 2010 sekolah telah berusaha dengan sedaya mungkin dan membuat kerja dengan bersungguh-sungguh.

    1.3 Selamat menjalankan tugas kepada guru-guru baru dan perlu cepat memahami gerak kerja sekolah ini.

    1.4 Pengenalan sekolah oleh Tuan Pengetua kepada guru-guru baru.

    1.5 Minggu pertama persekolahan bidang bahasa akan berbincang mengenai masalah bahasa di sekolah. Masalah bahasa akan menyukarkan urusan P&P di kelas. Kelas peralihan dan

    tingkatan 1 perlu diberi pengkhususan untuk menguasai bahasa.

    1.6 Kelas perlu dihias sebelum persekolahan bermula pada 3/1/2011.

  • 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

    -Tiada-

    3. Perkara berbangkit

    3.1 Mulai tahun 2011semua guru perlu mengambil berat tentang disiplin pelajar.

    3.2 Mulai tahun ini semua kelas akan dibekalkan tong sampah hitam.

    3.3 Kaunselor akan duduk berbincang dengan guru mengenai 10 perkara sebelum dan selepas mengajar.

    3.4 Mulai tahun 2011 semua gerak kerja akan diselaras oleh guru kanan matapelajaran.

    3.5 SKPM akan di isi semula mulai Mac.

    3.6 Diharap pada tahun 2011 semua guru perlu hapuskan sikap mementingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan.

    3.7 Hari sabtu pertama atau ketiga guru dimestikan hadir kesekolah untuk melakukan gerak kerja .(Hari Semarak 5S) Waktu pulang ialah pukul 3.00pm.

    3.8 Mulai tahun 2011 bahan yang telah dibeli menggunakan duit panatia perlu digunakan dengan kadar segera.Setiap bahan yang hendak dibeli perlu mengisi

    nota minta ,berbincang dengan guru kanan dan perlu disahkan oleh pengetua.

    Tindakan:Ketua Panitia

    3.9 Mulai tahun 2011 semua guru perlu melakukan kerja sehingga selesai dan sempurna.

    3.10 Surat yang mengambil tindakan pelajar perlu ditanda tangan dan disemak dan diberi perhatian. Ini kerana setiap kesilapan akan berpatah balik kepada pihak sekolah.

    3.11 Setiap surat yang hendak diprint perlu disemak dahulu oleh guru kanan dan pentadbiran untuk mengawal pengeluaran kertas.

  • 3.12 Pelajar-pelajar perlu diasuh melakukan gerak kerja ringan seperti menghias kelas dengan dibimbing oleh guru.

    3.13 Jadikanlah Kelab PRS satu kelab yang aktif dengan membantu guru kaunselor sepenuhnya dari segi aktiviti kaunseling.

    Tindakan:Kaunselor

    3.14 Semua mangga kelas telah ditukar kepada mangga yang baru.

    3.15 Untuk Audit Akademik dan Headcount setiap panatia perlu memulakan mesyuarat terlebih dahulu dan berbincang untuk membuat keputusan.

    Tindakan: Ketua Panatia

    3.16 Satu surat lantikan akan dikeluarkan mewakili semua tugas yang tertera didalam buku pengurusan 2011.

    3.17 Pada Mesyuarat Majlis Pengetua Guru Pen.Kanan Akademik mencadangkan agar membuat ABM mengikut tajuk.

    4. Laporan Unit 1 (Pembentangan Buku Pengurusan tahun 2011)

    4.1 Slogan sekolah pada tahun 2011 ialah BISTARI SENTIASA TERBILANG.

    4.2 Majlis Pengetua dan sumber Manusia akan digabungkan mulai tahun 2011.

    4.3 Mulai tahun 2011 Setiausaha setiap bidang perlu memberi peranan. Setiap minit mesyuarat yang dibuat perlu dimasukkan kedalam E-Minit Mesyuarat. Guru-guru

    hanya perlu membuka Laman Web untuk membaca Minit tersebut dan

    menandatangani rekod.Ini adalah untuk menjimatkan penggunaan kertas.

    Tindakan:Semua Setiausaha

    4.4 Jawatankuasa Inovasi perlu membuat pendokumentasian setiap Inovasi yang telah dilakukan di sekolah.

    Tindakan:SU Inovasi

    4.5 Setiap aktiviti dan inovasi yang dilakukan perlu didokumentasikan.

    4.6 Tuan pengetua membentang AJK-AJK seperti yang tertera didalam buku pengurusan tahun 2011.

  • 4.7 Puan Kamsiah akan menjadi guru koperasi bagi tahun 2011 dan diharap dapat memberi idea untuk menjadikan koperasi sekolah yang dapat memberi kemudahan

    kepada guru dan pelajar.

    4.8 Puan Kasmawati akan menjadi Ketua guru pengawas yang akan dibantu oleh En Lokman bagi menguruskan disiplin sekolah.

    4.9 Semua setiausaha perlu menanda dan menyemak buku pengurusan setiap mesyuarat yang perlu dijalankan.

    Tindakan:Semua Setiausaha

    4.10 Jawatankuasa jadual waktu dan Relief akan diketuai oleh semua Guru Kanan Matapelajaran.

    4.11 Mulai tahun 2011 Sebelum pukul 2.00pm guru relief perlu tahu guru yang tidak hadir pada keesokan hari dan reliefnya perlu siapkan sebelum pukul 3.00am.

    4.12 Setiap surat MC perlu dihantar tidak lebih dari 3 hari. Surat permohonan cuti perlu dimohon sebelum cuti itu diambil.

    Tindakan:Semua guru

    4.13 Jika ada kecemasan perlu maklum kepada pihak sekolah dengan kadar segera.Guru yang sedang bercuti akan dihubungi dengan kadar segera jika ada tugasan yang belum

    diselesaikan.

    4.14 Jawatankuasa HEM mempunyai perubahan bagi tahun 2011 di mana Guru-guru kanan matapelajaran akan menjadi penyelaras dan dibantu oleh ketua-ketua bagi

    setiap bidang.

    4.15 Jawatankuasa HEM(Pengurusan Bilik Darjah) diketuai oleh Pn Norhayati.

    4.16 Setiap Jawatankuasa perlulah membuat 4-5 kali mesyuarat. Setiap mesyuarat yang dilakukan perlulah membuat minit mesyuarat. Setiap setiausaha perlulah memberi

    peranan.

    4.16.1 Semua guru perlu catatkan tugasan masing-masing dibahagian belakang buku pengurusan untuk mengemaskini buku pengurusan yang sedia ada.

    Tindakan:Semua guru

    4.2 Laporan Unit 2(Kurikulum)

  • 4.2.1 Kepada ketua panitia yang membeli bahan bantu mengajar menggunakan duit panatia perlu ditempatkan di Pusat sumber relief untuk memudahkan pengagihan bahan.

    4.2.2 Bidang peperiksaan diketuai oleh Puan Kosnah karnadi. Bilik peperiksaan akan dilengkapi dengan printer untuk kemudahan guru. Bahan yang penting sahaja perlu

    dicetak untuk penjimatan.

    4.2.3 Mesyuarat Headcount dan Audit Akademik akan dimulakan dari bawah(Panitia) barulah akan dimulakan bagi pihak atas.

    4.2.4 Audit Akademik PMR akan dibuat bersama guru kanan.

    4.2.5 Keputusan PMR menurun kepada 55.62 berbanding 69% pada tahun lepas.

    4.2.6 Ada 2 panitia yang mengalami kenaikan walaupun tidak mencapai iaitu panitia Bahasa Melayu dan Sains.

    4.2.7 Panitia Kemahiran Hidup untuk kedua-dua pilihan telah mendapat 100% kelulusan.

    4.2.8 Beberapa panitia juga telah menurun iaitu Panitia Geografi ,Sejarah,Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.

    4.2.9 Ketua Panitia Pendidikan Islam baru ialah Pn Noraisyah dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris ialah Cik Loy.

    4.2.10 Tiga orang mendapat keseluruhan A dalam PMR, dan 9 orang pelajar yang Near Miss Cemerlang.

    4.2.11 Cik Loy akan mengajar Prinsip Akaun untuk sementara waktu .

    4.2.12 Merujuk takwim 2011 hari sabtu yang dipilih perlu dipenuhi dengan aktiviti yang telah dirancang.Rujuk Takwim.

    4.2.13 Bahagian Kurikulum,kokurikulum dan Hem diharap dapat merancang aktiviti pada Hari Semarak tersebut.

    4.2.14 Hari pertama adalah hari P&P dan tiada kutipan yuran pada minggu pertama persekolahan dan perlu beri kerja rumah.

    4.2.15 Elektif bagi tingkatan 4 ialah 1 kelas sains,Prinsip Akaun dan tasawwur,bahasa Cina dan Pendidikan seni.

    5.Hal-hal lain

  • 5.1.1 Semua guru hapuskan tabiat kerja sambil lewa.Guru perlu kerja dengan cemerlang.

    5.1.2 Alat-alat muzik di sekolah bernilai RM 185000.00. Tetapi beberapa peralatan muzik didapati hilang daripada simpanan bilik muzik.

    5.1.3 Setiap guru perlu menjaga harta benda sekolah dengan sebaiknya. Setiap Laptop dan komputer perlulah sentiasa diservis.

    5.1.4 Program-program keagamaan yang dijalankan di sekolah tidak mendapat sambutan dikalangan guru-guru. Diharap guru-guru memberi peranan dan melibatkan diri

    dalam setiap program keagamaan di sekolah.

    5.1.5 Program keagamaan yang dijalankan pada tahun 2010 perlulah diteruskan pada tahun 2011.

    5.1.6 Walaupun NGO telah ditugaskan disekolah tetapi pelajar-pelajar cina masih lagi tidak dapat mendisiplinkan diri ketika hendak masuk kedalam kelas.

    5.1.7 Mesyuarat yang akan datang perlulah terus kepada agenda yang telah ditetapkan. Semua Pengurusan Mesyuarat dan yang berkaitan perlulah mengikut SPSK yang

    telah ditetapkan dan mengikut prosedur.

    5.1.8 Guru Pen.Kanan Hem memaklumkan guru-guru tingkatan bagi tahun 2011.

    Di sediakan oleh

    ......................................

    ZAIFARIZAH MD SUKOR

    SETIAUSAHA KURIKULUM 1

  • MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-2

    SMK TAMAN MEGAH RIA

    MINIT MESYUARAT GURU BIL: 2 TAHUN: 2011

    TARIKH : 08 Januari 2011

    HARI : Sabtu

    MASA : 8.30 9.30 petang TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK Taman Megah Ria

    1. PENGERUSI : En Nordin bin Mukri

    Kehadiran:-

    1. NAMA YANG HADIR : En Nordin Mukri 2. Pn Marzitah Abd Malek 3. Pn Rani A/P Supramaniam 4. Pn Ande Noor Munawara bt Bachok 5. Pn Norlaili Yahaya 6. Pn Haslina Hussein 7. Ishak Saidoo 8. Zaifarizah Md Sukor 9. Anusuya Devi A/P Sannasy 10. Mastura Ghazali

  • 11. Zira Awang 12. Safinah Ali 13. Nurfatin Najwa Mohd Khalid 14. Asilah Ramli 15. Jabar Bin sedek 16. Mohamad Hafizi Mohd Zaki 17. Mohd Lokman 18. Md Khairul Azahan Gahapar 19. Mohd Shahrizal Yusoff 20. Nik Mohamad Solihin Bin Nik Ibrahim 21. Nadia Ruslan 22. Norhayati Abdullah 23. Norfadhillah Mamat 24. Norsidah Mohd Noor 25. Teoh Bee Ing 26. Kasmawati Cha 27. Nordayati Maktop 28. Kosnah Karnadi 29. Nordiana Nordin 30. Bahvany Muthu 31. Mohd Irwan Idris 32. Aishah Mohamad 33. Norisah Mohd Yatim 34. Wahyu Abd Razak 35. Malyanah Marzaini 36. Siti Fatimah bte Abd Razak 37. Norwaheda Hasrin 38. Aida Yuliyana Zahari 39. Nurul Aimi Mohd Shah 40. Nuratiqah Mohamad Moharam 41. Loi Choi Suien 42. Tey Kim Moi 43. Normaliza Jamadi 44. Nur Akmarina Azmi

    1. Kata-kata aluan Pengerusi

    1.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

    1.2 Mengingatkat supaya guru menggunakan CRK (Cuti Rehat Kerja) sebaik mungkin.

    2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

  • En. Lokman dan Pn. Norhayati telah bersetuju dengan minit mesyuarat yang lepas dan tiada

    bantahan daripada mana-mana pihak.

    3. Perkara berbangkit

    3.1 Peringatan kepada guru-guru lama dan pemberitahuan kepada guru-guru baru mengenai

    penulisan objektif di bahagian kiri whiteboard atau blackboard untuk memudahkan para

    pelajar mengetahui apakah objektif pembelajaran mereka pada hari tersebut.

    3.2 Guru perlu membuat kesimpulan sebelum mengakhiri sesi P&P supaya para pelajar dapat

    mengimbas kembali perkara yang telah mereka pelajari pada hari tesebut.

    4.0 Laporan Unit 1

    4.1 Guru tidak dibenarkan duduk di dalam kelas. Malah guru seharusnya berjalan di setiap

    tempat duduk pelajar terutama di bahagian belakang khususnya semasa guru memberikan

    latihan kepada pelajar untuk memastikan para pelajar mendapat perhatian yang sama rata

    oleh guru.

    4.2 Sekiranya suara guru agak perlahan dan tidak dapat didengari oleh pelajar yang duduk di

    bahagian belakang, guru perlu berdiri di barisan ke-2 atau di tengah-tengah kelas untuk

    memastikan semua pelajar dapat mendengar penjelasan guru tersebut. Tetapi sekiranya guru

    sedang memberi penerangan tentang sesuatu topik, guru tidak seharusnya memberi

    penjelasan dalam keadaan bergerak, tetapi seharusnya guru tersebut berdiri pada satu

    kedudukan sahaja.

    4.3 Bagi waktu P&P guru yang tidak mempunyai masa terluang di antara satu-satu masa,

    guru mestilah membawa terus bahan P&P untuk waktu seterusnya kerana untuk

    mengelakkan guru terlewat masuk ke kelas dan mengelakkan pelajar melakukan kesalahan

    disiplin semasa menunggu guru seterusnya masuk ke kelas.

  • 4.4 Guru seharusnya membawa laptop atau netbook ke kelas kerana di dalamnya

    adamengandungi rancangan pengajaran harian, headcount, Plan-J.

    4.5 Guru-guru yang sedia ada mempunyai modul relief, boleh berikan modul tersebut kepada

    guru modul relief dan dalam masa yang sama, 5 orang guru modul relief juga perlu

    menyediakanmodul tersebut.

    Tindakan:Guru Modul Relief

    4.6 Tarikh akhir pembayaran yuran pelajar harus ditetapkan.

    Tindakan:GPK HEM

    4.7 Peringatan kepada semua guru tingkatan mengenai softboard untuk setiap subjek di

    dalam kelas sepatutnya telah siap sedia ditampal dengan maklumat sebelum pelajar masuk

    dan memulakan P&P.

    4.8 Tambahan masa sehingga hari Jumaat (14/01/2011) kepada guru tingkatan

    untukmemastikan bahawa softboard telah siap dipenuhkan dengan ringkasan pengajaran

    bersaiz A4 dan ditampalkan pada kertas warna untuk setiap subjek bagi rujukan pelajar.

    4.8.1 Puan Norsidah Mohd Noor mencadangkan agar pelajar dibahagikan kepada

    4orangdalam 1 kumpulan dan guru tingkatan perlu meminta setiap kumpulan untukmencari

    bahan-bahan untuk ditampalkan di softboard.

    4.9 Enrollment baru minggu lepas iaitu pada hari Isnin (03/01/2011), bilangan

    pelajartingkatan 1 adalah seramai 150 orang, tetapi pada minggu ini (08/01/2011) bilangan

    pelajar tingkatan 1 telah meningkat menjadi 187 orang. Maka, cadangan untuk menutup kelas

    menjadi 5 kelas sahaja tepaksa dibatalkan kerana berlaku perbezaan ras. Masalah utama yang

    timbul sekiranya pelajar berada didalam.

    4.10 Kelas tingkatan 4 akan dibuka satu kelas lagi iaitu 4E. Tingkatan 4C dan 4D akan

    dipecahkan menjadi tiga kelas iaitu tingkatan 4C, 4D dan 4E. Guru tingkatan diminta untuk

    mengenal pasti pelajar yang perlu dimasukkan ke dalam kelas 4E.

  • 5.Hal-hal lain

    5.1 Guru Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa sehingga 7/1/2011,

    jumlahkeseluruhan pelajar adalah seramai 846 orang. Walaupun begitu, masih ada lagi kelas

    yang masih belum update jumlah pelajar terkini.

    5.2 Puan Ande meminta khususnya guru tingkatan agar memaklumkan kepada

    beliausekiranya terdapat pelajar yang mempunyai latar belakang sosio ekonomikeluarga yang

    agak rendah supaya pelajar-pelajar tersebut dapat dibantu dan kebajikan pelajar tersebut

    dapat dijaga.

    5.3 Pengurusan bilik darjah:

    5.3.1 Ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan perlu di lantik segera.

    5.3.2 Guru tingkatan boleh melantik beberapa orang AJK dikalangan pelajar untuk

    memastikan keadaan kelas sentiasa ceria. Guru tingkatan perlu menjanjikan sijil penghargaan

    pada akhir tahun.

    5.4 Nilai wang bagi tabung kebajikan yang telah dipungut semasa hari pendaftaran harus

    dimaklumkan sahaja kepada Puan Andi Noor dan wang tersebut boleh digunakan untuk

    kegunaan keceriaan kelas.

    5.5 Jawatankuasa disiplin telah memutuskan bahawa pas keluar akan diberikansebanyak 2

    keping kepada setiap guru dan konsep bagi kad pas keluar tersebut adalah1 kad, 1 pelajar.

    5.6 Slip salah laku pelajar tidak akan digunakan lagi bermula tahun 2011. Ini

    keranasekiranya pelajar melakukan salah laku, kesalahan tersebut boleh terus ditulis di

    dalamborang ponteng.

  • 5.7 Kad disiplin berwara merah telah diputuskan oleh Jawatankuasa disiplin untuk

    tidakdigunakan lagi kerana sistem SSDM sekolah ini lebih terkini dan up to date.

    5.8 Guru Pen.Kanan Hem memaklumkan guru-guru tingkatan bagi tahun 2011.

    Disediakan oleh, Disahkan oleh,

    ......................................... (NUR ATIQAH BINTI MOHAMAD MOHARAM) (PN MARZITAH ABD MALEK)

    Setiausaha Kurikulum 2 Guru Penolong Kanan HEM

    SMK Taman Megah Ria. SMK Taman Megah Ria

    MINIT MESYUARAT KULIKULUM/ MESYUARAT GURU KALI KE-3

    SMK TAMAN MEGAH RIA

    MINIT MESYUARAT KURIKULUM/ MESYUARAT GURU BIL: 3 TAHUN: 2011

    TARIKH : 08 Mac 2011

    HARI : Selasa

    MASA : 2.30 4.30 petang TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK Taman Megah Ria

    PENGERUSI : En Nordin bin Mukri

    Kehadiran:-

    KEHADIRAN (BILANGAN) : 37 orang

    1) Pn. Khalidah Binti Khalil 2) Pn. Haslina Binti Hussein 3) Pn. Noor Laili Bt Yahya 4) Pn. Rani A/P V. Supramaniam 5) Pn. Zaifarizah Binti Md Sukor 6) Cik Nur Atiqah Binti Mohamad Moharam 7) Pn. Mastura Binti Ghazali 8) Cik Norhasdiana Binti Aziz 9) Pn. Anusuya Devi A/P Sannasy 10) Cik Loi Choi Suein 11) Cik Norwaheda Binti Hasrin 12) Cik Nurul Aimi Binti Mohd Shah

  • 13) Cik Aida Yuliyana Binti Zahari 14) Cik Nur Fatin Najwa Binti Mohd Khalid 15) En. Lokman Hakim Mahamad 16) En. Md Khairul Azhan Gahapar 17) En. Mohd Irwan Idris 18) En. Mohd Shahrizal Bin Yusoff 19) Pn. Hartini Binti Daud 20) Pn. Norsidah Mohd Nor 21) Pn. Kasmawati Binti Cha 22) Pn. Teoh Bee Ing 23) Pn. Nordayati Binti Maktop 24) Pn. Kosnah Binti Karnadi 25) Cik Farahiah Binti Nodin 26) Cik Malyanah Binti Marzaini 27) Cik Siti Fatimah Binti Abd Razak 28) Cik Atikah Zabir 29) Cik Nurul Ain Binti 30) En. Graven Bin Yulius Bata 31) En. Nik Mohamad Solehin Bin Nik Ibrahim 32) Cik Siti Nora Md Sharif 33) Cik Normaliza Binti Jamadi 34) Cik Tey Kim Moi 35) Cik Nur Akmarina Mohd Azmi 36) Pn. Nooreisyah Binti Zainudin

    Senarai Nama yang Tidak Hadir:

    1) Pn. Nadia Binti Ruslan Appoinment Doktor 2) Cik Zira Bte Awang MC 3) Pn. Ande Noor Munawarah Binti Bachok Mesyuarat 4) En. Hafizi Bin Mohd Zaki Mesyuarat 5) Pn. Nordiana Binti Nordin Mesyuarat 6) Pn. Bahvany A/P Muthu Appoinment Doktor 7) Pn. Norisah Binti Mohd Yatim Sukan 8) Pn. Aishah Binti Muhammad Sukan 9) Pn. Safinah Binti Ali Sukan 10) En. Jabar Bin Sedek Mesyuarat 11) Pn. Asilah Binti Ramli MC 12) Pn. Wahyu Abdul Razak Sukan 13) En. Ishak Bin Saidoo Tanpa Kenyataan 14) En. Muhd Ruhaizat Tanpa Kenyataan 15) Pn. Norfadhillah Mamat Tanpa Kenyataan 16) Pn. Norhaliza Binti Rusli Tanpa Kenyataan 17) Cik Zubaida Binti Muda Tanpa Kenyataan 18) Pn. NorHayati binti Abdullah Tanpa Kenyataan 19) Pn. Kamsiah Binti Nekmat Tanpa Kenyataan

  • 20) Cik Nor Adilawati Binti Suliman Tanpa Kenyataan

    1. Kata-kata aluan Pengerusi

    1.1 Bacaan Doa

    1.2 Ucapan terima kasih di atas kehadiran guru pada Mesyuarat Guru kali ke-3.

    1.3 Semua nama pada kedatangan mesyuarat kali ke-2 tertulis.

    1.4 Perkara 3.1.5 mengenai TOV dan ETR perlu diperbetulkan. Pn. Kosnah ada menyatakan

    kepada En. Nordin bahawan TOV dan ETR akan diperbaharui setelah keputusan SPM keluar

    supaya ia menampakkan kesungguhan guru dalam menetapkan sasaran.

    Tindakan: Pn. Kosnah dan Pn. Nadia

    1.5 Fail Meja perlu diletakkan di atas meja masing-masing. Ini supaya guru dapat

    mengendalikan fail dengan baik.

    Tindakan: Semua Guru

    1.6 Walaupun fail meja telah diletakkan di atas meja guru, tidak bermakna bahawa guru-guru

    tidak boleh menggunakan bilik fail untuk urusan percetakan, perbincangan dan sebagainya.

    Penggunaan bilik fail masih boleh digunakan seperti biasa. Ruang kosong di bahagian fail

    meja akan diisi dengan anugerah program-program kecemrlangan seperti piala dan sijil. Fail-

    fail pentadbiran akan dimasukkan ke dalam bilik fail.

    1.7 Wiring akan dibuat untuk bilik ketua bidang dan bilik HEM untuk memasang telefon

    supaya ia mudah dihubungi.

    Tindakan: Kontraktor

    1.8 Berdasarkan perkara 4.4, tuan pengetua telah membuat pesanan simen untuk dibuat

    tampalan pada kelas yang berlubang.

    Tindakan: guru-guru lelaki

    2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

  • En. Lokman mencadangkan bahawa minit mesyuarat guru kali ke-2 diterima dan disokong

    oleh Pn. Hartini. Tiada Bantahan oleh mana-mana pihak.

    3. Laporan Unit

    3.1 (Kurikulum) Pn. Puspha Rani

    3.1.1 Ucapan alu-aluan.

    3.1.2 Berdasarkan pada minit mesyuarat guru kali ke-2 untuk perkara 3.10 mengenai

    penyerahan soft copy Program Kecemerlangan. Penyelaras program telah memberi

    semuasoft copy program tersebut tetapi yang didapati hanyalah ketas cadangan. Jadi, Pn.

    Puspha sedang dalam proses menggantikan kertas cadang tersebut dalam bentuk program.

    Perkara yang sepatutnya dibuat, penyelaras program perlu membuat pelan tindakan dan pelan

    operasi. Setakan yang ada, ia adalah pelan cadangan. Formatnya adalah berbeza kerana

    format sebenar adalah mengikut SKPM 3. Dalam format SKPM 3, perlu ada kejayaan dan

    kecemerlangan sekolah dari segi Kurikulum, HEM dan Kokurikulum. Sekiranya ada

    pemantau yang datang, perkara-perkara ini akan ditunjukkan kepada mereka. Setiap guru

    akan diberikan 1 hard copy mengikut penyelaras masing-masing.

    Tindakan: GPK 1

    3.1.3 Berdasarkan perkara 3.11 dalam minit mesyuarat guru kali ke-2, sewaktu kellas Bahasa

    Cina/Islam, pelajar Iban dan pelajar India akan bergerak ke bilik Pn. Rodziah tetapi bukan

    semua pelajar yang akan bergerak ke bilik tersebut. Diminta guru yang mengajar bahasa Cina

    dan Agama Islam perlu untuk memastikan bahawa pelajar Iban dan India pergi ke bilik Pn.

    Rodziah Hanim.

    Tindakan: Guru Bahasa Cina dan Guru Agama Islam

  • 3.1.4 Setelah guru siap membuat analisis item, guru perlu membuat laporan bertulis selepas

    mesyuarat panitia. Ketua Panitia perlu member 1 salinan laporan bertulis berkenaan analisis

    item dan tidakan susulan sebelum audit akademik dijalankan.

    Tindakan: Ketua Panitia

    3.1.5 Guru-guru perlu mengisi borang PK3/03. Borang tersebut perlu ditampal di dalam buku

    rekod semasa buku rekod pengajaran dihantar. Boring tersebut boleh didapati di pigeon hole

    di pejabat. Bagi guru-guru yang menulis rekod pengajaran menggunakan e-rekod, borang

    tersebut juga perlu ditampalkan di dalam rekod mengajar untuk setiap matapelajaran.

    Tindakan: Semua guru

    3.1.6 Bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM, sukatan

    pelajaran akan tamat lebih awal dan peratusan akan dibuat mengikut bulan JUN dan JULAI.

    - Peperiksaan percubaan PMR: 12 19 Ogos 2011

    - Peperiksaan percubaan SPM: 5 26 September 2011

    Sekiranya sukatan pelajaran bagi pelajar tingkatan 5 tamat pada bulan Julai, maka program-

    program kecemerlangan dapat dijalankan.

    Pn. Nordayati menyatakan pada kebiasaannya,

    - sukatan pelajaran bagi pelajar tingkatan 3 akan habis pada bulan Julai

    - sukatan pelajaran bagi pelajar tingkatan 5 akan tamat pada bulan Ogos.

    Pn. Kosnah ingin mengetahui tarikh-tarikh bagi program-program kecemerlangan.

    - S1000 akan dimulakan pada bulan 28 Jun untuk PMR (boleh dikeluarkan mengikut

    sehingga mana sukatan diajar)

    Ahli mesyuarat telah memutuskan bahawa:

    - sukatan pelajaran bagi tingkatan 3 akan dihabiskan pada pertengahan bulan Julai.

    - Peperiksaan Gerak Gempur akan dijalankan kepada pelajar yang bakal menduduki PMR di

    antara masa tamat sukatan pelajaran dan sebelum peperiksaan percubaan PMR pada

    pertengahan bulan Ogos.

    - Sukatan pelajaran bagi pelajar tingkatan 5 akan dihabiskan pada akhir bulan Julai.

  • 3.1.7 Buku rekod mengajar, semua guru perlu menyiapkan borang PK3/03 dan senarai nama

    pelajar berserta TOV dan ETR. Buku rekod perlu dihantar pada hari Khamis di bilik gerakan.

    Tindakan: Semua guru

    3.1.8 Fail panitia yang belum dikemaskini perlu dikemaskini secepat mungkin.

    Tindakan: Ketua Panitia

    3.1.9 Semakan buku latihan perlu dihantar bersama Plan-J sebelum cuti. 10 buah buku

    latihan bagi setiap kelas.

    Tindakan: semua guru

    3.1.10 Guru-guru kanan matapelajaran perlu meyemak e-rekod setiap hari Jumaat.

    Tindakan: Guru Kanan

    3.1.11 Jadual waktu akan diedarkan pada waktu pagi hari Rabu. Guru matapelajaran tigkatan

    1 dan 3 perlu memasukkan markah pelajar dan guru tingkatan perlu memasukkan markah

    pada hari Isnin bersama guru S/U peperiksaan.

    Tindakan: Guru matapelajaran tingkatan 1 dan 3

    3.1.12 Setelah markah pelajar dimasukkan, guru tingkatan dan guru matapelajaran akan

    membuatstreaming class pada hari Selasa petang dan pada hari Rabu Pagi, pelajar akan

    digerakkan mengikut kelas yang baru. Maka, secara rasminya, pada hari Rabu minggu

    hadapan, ada 1 kelas tigkatan 1 dan 1 kelas bagi pelajar tingkatan 1.

    3.1.13 Kebanykan guru akan mendapat 26 waktu P&P tidak termasuk kelas tambahan.

    3.1.14 Guru yang akan mengajar kelas tamabahan adalah mengikut opsyen guru dan subjek

    yang diajar.

    3.1.15 Guru pendidikan Islam dan guru Bahasa cina perlu memastikan pelajar Iban dan India

    pergi ke kelas Pn. Rodziah

  • 3.1.16 Bagi subjek ICT, pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 yang tertentu akan mengambil subjek

    tersebut dan akan diajar oleh guru yang telah ditetapkan.

    3.1.17 Guru tingkatan kelas Bestari telah berubah.

    3.1.18 Waktu ke-10 pada hari Khamis telah dibekukan untuk guru BI untuk programnya

    tersendiri.

    3.1.19 Penyelaras guru tingkatan telah ditetapkan bagi setiap tingkatan.

    3.1.20 Berlaku perubahan ketua panitia iaitu:

    - Ketua panitia Kimia: Cik Zira

    - Ketua panitia Fizik: Pn. Norhayati

    - Ketua panitia Matematik: Pn. Nik Noraimah (Pembantu: Pn. Norsidah)

    - Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan: Cik Akmatina

    - Ketua Panitia ICT: En. Hafizi

    3.1.21 Kelas tambahan tingkatan 3 akan bermula pada minggu pertama selepas naik sekolah.

    Akan diadakan hingga jam 2.30 pada hari Isnin dan Khamis.

    3.1.22 En.Ishak telah di bersetuju untuk member taklimat tentang JSI dan Analisis item pada

    hari Khamis, 10 Mac 2011.

    3.2 Laporan Kokurikulum (Pn. Khalidah Binti Khalid)

    3.2.1 Ucapan alu-aluan.

    3.2.2 Pesanan dari Pn. Ande Noor Munawara tentang register. Semua guru tingkatan perlu

    melengkapkan buku register kerana beliau akan menyemak pada cuti sekolah penggal

    semester pertama.

  • Tindakan: Guru tingktan

    3.2.3 Semua tugas HEM seperti yang telah disenaraikan pada mesyuarat guru yang lepas

    perlu diselesaikan.

    Tindakan: Semua Guru

    3.2.4 Merujuk kepada perkara 3.3.2 pada minit mesyuarat guru kali ke-2 iaitu berkaitan

    dengan modul relief di bilik PAK, diminta kepada guru-guru panitia untuk membuang bahan-

    bahan yang tidak di perlukan dan menyimpan bahan-bahan yang diperlukan.

    Tindakan: Ketua Panitia dan guru-guru yang terlibat

    3.2.5 Merujuk kepada perkara 3.3.6, buku rekod kokurikulum telah disusun mengikut kelas

    pada tahun lepas di bilik HEM. Mulai 9 Mac 2011, diminta guru tingkatan untuk mengambil

    buku rekod tersebut sebelum streaming class kali ke-2 dibuat. Tandatangan di dalam buku

    rekod tersebut perlu dibuat pada setiap hari Sabtu.

    Tindakan: Guru tingkatan

    3.2.6 Peringatan kepada semua guru mengenai program LDP Kokurikulum pada hari Sabtu,

    pakaian guru adalah pakaian sukan atau pakaian yang bersesuaian. Masa asal untuk

    menajalankan program LDP tersebut adalah sehingga jam 4.30 petang tetapi masanya telah

    dipendekkan selama 3 jam. Maka masa tamat program tesebut adalah pada jam 1.30 petang.

    3.2.7 MSSD Pasir Gudang akan dilangsungkan pada 21 hingga 24 Mac. SMKTMR menjadi

    jawatankuasa menghias khemah dan pentas VIP di SMK. Kota Puteri. Guru tertentu akan

    dipilih untuk menjadi ahli jawatankuasa menghias khemah dan pentas VIP tersebut.

    Tindakan: Ahli Jawatankuasa Menghias khemah

    3.2.8 Papan kenyataan di bahagian lorong laluan pelajar telah ditetapkan untuk Persatuan dan

    Kelab. Di bahagian lorong depan koperasi adalah untuk Unit Beruniform. Pada 31 Mac 2011

    akan diadakan penilaian markah.

  • 3.2.9 Pada 31 Mac 2011 akan diadakan Mesyuarat Agung Koperasi SMKTMR JB BHD yang

    pertama. Pelajar yang terlibat menjadi ahli koperasi dalam mesyuarat tersebut hanyalah

    pelajar medan Arif iaitu pelajar tingkatan 1A, 2A, 3A, 4A dan 5A sahaja di Foyer C. Perasmi

    mesyuarat Agung dan sekali gus merasmikan bilik koperasi tersebut adalah ADUN Seri

    Alam iaitu Tan Cher Puk yang merupakan cadangan dari tuan pengetua.

    3.2.10 Untuk latihan olahraga MSSD, diminta Cikgu Shahrizal iaitu setiausaha sukan dan

    dibantu guru-guru lelaki untuk membuat garisan di padang pada petang hari Sabtu dan pagi

    Ahad.

    Tindakan: Setiausaha Sukan dan Guru-guru lelaki

    3.2.11 Pembetulan pada jawatankuasa kokurikulum yang telah diedarkan pada minggu lepas

    pada sukan dan permainan, ketua olahraga adalah Cik Nurmaliza, En. Jabar, Pn. Norfadhilah

    dan Cik Atikah Zabir. Cik Malyanah telah ditukar kepada indoor game. Cik Nurul Aimi telah

    bertukar ke bahagian olahraga. Bahagian indoor game diketuai oleh Pn. Bahvany. Untuk ping

    pong, diketuai oleh Nor Farahiah, dibantu oleh Cik Aida Yuliyana, Pn. Asilah dan Pn.

    Noradilawati. Perubahan

    3.2.12 Pendaftaran Unit Beruniform di peringkat negeri, guru ketua penyelaras perlu

    bertindak dengan segera agar perjalanan aktiviti sekolah seiring dengan program peringkat

    negeri.

    Tindakan: Ketua Penyelaras Unit Beruniform

    4. Hal-hal lain

    4.1 Puan Kosnah mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas kerjasama yang telah

    diberikan demi menjayakan ujian 1 yang lepas. Ada beberapa perkara yang perlu dibuat

    penambahbaikan antaranya:

  • 4.1.1 Terdapat segelintir guru yang masuk lewat ke dalam kelas terutamanya pada waktu

    pagi.

    4.1.2 Ada guru yang mengeluarkan pelajar rehat awal. Jadi pelajar bagi kelas lain yang masih

    belum menamatkan ujian juga ingin keluar. Maka, selepas ini, guru perlu keluar rehat

    mengikut waktu P&P.

    4.1.3 Terdapat guru yang mengeluarkan pelajar pulang awal kerana telah tamat menjalani

    ujian. Di harar ini, walaupun pelajar telah menamatkan ujian awal, guru-guru perlu

    mengeluarkan pelajar mengikut waktu P&P yang terdekat.

    4.1.4 Ada guru-guru yang tidak melengkapkan borang maklumat pengurusan peperiksaan.

    Namun ada juga guru yang telah menigisi lengkap tetapi telah menigisi salah. Diharap guru

    merujuk kepada guru-guru yang lebih senior.

    4.1.5 Terdapat kertas soalan ujian yang kurang daripada bilangan pelajar. Diharap guru

    penyedia soalan perlu mengambil tahu bilangan pelajar yang mengambil ujian tersebut.

    Tindakan: Guru penyedia soalan

    4.1.6 Sekiranya terdapat kesalahan tertentu dalam soalan di dalam kertas soalan, guru yang

    menjaga ujian pada masa tersebut perlu mencatatkan kesalahan tersebut di bahagian borang

    pengurusan maklumat peperiksaan.

    Tindakan: Guru yang menjaga peperiksaan

    4.1.7 Setiap guru perlu membacakan peraturan di dalam kelas sebelum peperiksaan

    dimulakan.

    4.1.8 Soalanperlu disiapkan awal mengikut pelan tindakan.

    TIndakan: Guru penyedia soalan

  • 4.1.9 Terdapat soalan yang tidak ditandatangani oleh penyemak dan pengesah soalan.

    4.1.10 Sekiranya guru tidak dapat mengawal pelajar, guru boleh menunda masa menjawab

    soalan tetapi tidak boleh lebih daripada 10 minit tetapi masa menamatkan juga perlu

    dilewatkan selama 10 minit.

    Tindakan: Guru menjaga peperiksaan

    4.2 Diharapkan semua guru dapat sampai ke sekolah sebelum jam 7.15 pagi dan pada jam

    7.20 pagi semua guru sudah berada di tapak perhimpunan. Pada jam 7.10 pagi parade

    commander telah memberikan arahan sementara menunggu guru turun sehingga jam 7.20

    pagi. Pengumuman akan dibuat bermula jam 7.15 pagi hingga jam 7.20 pagi. Kemudian

    nyanyian lagu sekolah dan lagu bangsa Johor dinyanyikan.

    4.3 Pengumuman daripada Cik Loi, setiap pengumuman pada minggu ke-2 pada setiap bulan,

    perlu dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris.

    TIndakan: Guru bertugas

    4.4 Pn. Nooreisyah membuat pengumuman bahawa Majlis Maulidurrasul akan di adakan

    pada hari Rabu iaitu pada 9hb dari jam 2.30 hingga 5.30 petang.

    4.5 Pn. Hartini mengingatkan kepada semua guru untuk memesan kepada pelajar agar

    membawa pulang semua buku-buku ke rumah.

    4.6 Pelajar tingkatan 5C dibenarkan untuk mengambil matapelajaran PSV. Tetapi tidak

    semua pelajar yang akan mengambil subjek tersebut.

    4.7 Tiada buku teks PSV untuk pelajar tingkatan 5.

    4.8 En. Irwan mengumumkan bahawa guru-guru yang ingin memohon pertukaran, boleh

    mengisi borang eg-tukar pada 1 April hingga 23 April 2011.

  • Disediakan oleh, Disahkan oleh,

    ..........................................................

    (NUR ATIQAH BINTI MOHAMAD MOHARAM) (PN. PUSPHA RANI A/P T.

    PALANISAMY)

    Setiausaha Kurikulum 2 Guru Penolong Kanan HEM

    SMK Taman Megah Ria. SMK Taman Megah Ria

  • MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-4

    SMK TAMAN MEGAH RIA

    MINIT MESYUARAT GURU BIL: 4 TAHUN: 2011

    TARIKH : 04 Mei 2011

    HARI : Rabu

    MASA : 2.30 45.00 petang TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK Taman Megah Ria

    PENGERUSI : En Nordin bin Mukri

    KEHADIRAN (BILANGAN) : 48 orang

  • Kehadiran:-

    1 Pn. Puspharani A/P T. Palanisamy 2 Pn. Ande Noor Munawara 3 Pn. Khalidah Binti Khalil 4 Pn. Haslina Binti Hussein 5 Pn. Noor Laili Bt Yahya 6 Pn. Rani A/P V. Supramaniam 7 Pn. Zaifarizah Binti Md Sukor 8 En. Md Khairul Azhan Gahapar 9 Pn. Bahvany A/P Muthu 10 Pn. Kosnah Binti Karnadi 11 En. Ishak Bin Saidoo 12 Cik Nur Atiqah Binti Mohamad Moharam 13 Pn. Anusuya Devi A/P Sannasy 14 Cik Loi Choi Suein 15 Pn. Mastura Binti Ghazali 16 Pn. Safinah Binti Ali 17 Cik Aida Yuliyana Binti Zahari 18 Cik Nurul Aimi Binti Mohd Shah 19 Pn. Asilah Binti Ramli 20 Cik Zira Bte Awang 21 En. Jabar Bin Sedek 22 En. Mohd Shahrizal Bin Yusoff 23 Pn. Hartini Binti Daud 24 Pn. NorHayati binti Abdullah 25 Pn. Norsidah Mohd Nor 26 Pn. Kasmawati Binti Cha 27 Pn. Norfadhillah Mamat 28 Pn. Nordayati Binti Maktop 29 Cik Normaliza Binti Jamadi 30 Cik Norwaheda Binti Hasrin 31 Cik Malyanah Binti Marzaini 32 Cik Siti Fatimah Binti Abd Razak 33 Cik Nurul Ain Binti Mahizan 34 Pn. Kamsiah Binti Nekmat 35 Pn. Wahyu Abdul Razak 36 Pn. Norisah Binti Mohd Yatim 37 Pn. Aishah Binti Muhammad 38 Cik Farahiah Binti Nodin 39 Cik Nur Fatin Najwa Binti Mohd Khalid 40 En. Mohd Irwan Idris 41 En. Hafizi Bin Mohd Zaki 42 Cik Zubaida Binti Muda 43 Pn. Norhaliza Binti Rusli 44 Cik Mazliana Binti Mahtar

  • 45 Pn. Nik Noraimah Binti Nik Ahmad Kamil

    Senarai Nama yang Tidak Hadir:

    46 Pn. Norleha Binti Zakaria CRK 47 En. Lokman Hakim Mahamad MC 48 Pn. Teoh Bee Ing MC 49 Cik Nur Akmarina Mohd Azmi MC 50 Pn. Nadia Binti Ruslan Tanpa Kenyataan 51 Pn. Nordiana Binti Nordin Tanpa Kenyataan 52 En. Muhd Ruhaizat Tanpa Kenyataan 53 Cik Nor Adilawati Binti Suliman Tanpa Kenyataan 54 En. Graven Bin Yulius Bata Tanpa Kenyataan 55 En. Nik Mohamad Solehin Bin Nik Ibrahim Tanpa Kenyataan 56 Cik Siti Nora Md Sharif Tanpa Kenyataan 57 Cik Tey Kim Moi Tanpa Kenyataan 58 Pn. Nooreisyah Binti Zainudin Cuti Bersalin

    1. Kata-kata aluan Pengerusi

    1.1 Bacaan Doa oleh pengerusi mesyuarat.

    1.2 Ucapan terima kasih di atas kehadiran guru mesyuarat.

    1.3 Menerangkan mesyuarat tentang Pengendalian SPSK dan perkara-perkara yang berkaitan

    dengannya serta mesyuarat mengenai 5S

    1.4 Ucapan tahniah kepada semua guru di atas pengurusan bilik darjah yang bertambah baik

    dan mengharapkan semua guru dapat meneruskan amalan 5S.

    1.5 Mengingatkan kepada semua guru supaya tidak menanda buku semasa berada di dalam

    kelas. Ini kerana guru akan terlepas pandang terhadap pelajar-pelajar yang berada di

    belakang bilik darjah.

    1.6 Guru relief yang masuk ke kelas perlu mengajar dengan menggunakan modul relief.

  • 1.7 Hasil daripada penelitian, didapati bahawa fail panitia masih ada lagi yang masih belum

    dilangsaikan.

    1.8 Diharap, sebelum cuti penggal pertama, semua urusan berkenaan dengan urusan fail

    panitia, SPSK dapat dilangsaikan dengan cemerlang. Guru kanan bidang perlu menghantar

    nama bagi guru-guru yang masih belum menyelesaikan kerja-kerja mereka.

    Tindakan: Guru Kanan Bidang

    1.9 Beberapa siri panggilan berkenaan dengan GSKTT, telah diminitkan di dalam mesyuarat

    KEBIRU. Diharap guru-guru dapat mengekalkan kecemerlangan yang pernah dicapai.

    1.10 Beberapa e-buku rekod yang masih ada kekosongan, diharap guru-guru dapat

    menyelesaikan. Guru kanan bidang perlu mengambil perhatian terhadap refleksi guru kerana

    berkemungkinan guru-guru memerlukan bantuan pihak pentadbiran.

    Tindakan: Guru Kanan Bidang

    2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

    Tiada

    3. Laporan Unit

    3.1 Pengendalian SPSK (Pn. Zaifarizah Binti Md. Sukor)

    3.1.1 Ucapan alu-aluan.

    3.1.2 Di dalam SPSK terdapat PK01 hingga PK14.

    - PK01 adalah berkenaan dengan Pengurusan Panitia. Penyelarasnya(auditi) adalah Pn.

    Haslina Hussin.

    - PK02 adalah berkenaan dengan Jadual Waktu. Penyelarasnya adalah Cik Zira Binti Awang.

  • - PK03 berkenaan dengan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran. Penyelarasnya adalah

    Pn. Norleha Binti Zakaria.

    - PK04 berkenaan Penilaian Pencerapan dan penyelarasnya adalah Pn. Anusuya Devi.

    - PK05 berkenaan Pengurusan Peperiksaan dan penyelarasnya, Pn. Kosnah Binti Karnadi.

    - PK06 berkenaan Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid dan penyelarasnya adalah cik Siti

    Fatimah Binti Abd Razak.

    - PK07 berkenaan Pengurusan Mesyuarat dan penyelarasnya adalah cik Nur Atiqah Binti

    Mohamad Moharam.

    - PK08 berkenaan Pengurusan Aduan pelanggan dan penyelarasnya adalah Pn. Nordiana

    Binti Nordin.

    - PK09 berkenaan Pengurusan Pusat Sumber dan penyelarasnya adalah Pn. Mastura

    - PK10 berkenaan Perkembangan Staf dan penyelarasnya adalah pengerusi KEBIRU iaitu

    En. Nik Solehin.

    - Pneyelarasnya mengikut perubahan pengerusi KEBIRU.

    - PK11 berkenaan Perolehan dan Pembelian dan penyelarasnya adalah Pn. Nor Fadhillah.

    - PK12 berkenaan Kawalan Dokumen Kualiti dan penyelarasnya adalah Pn. Zaifarizah Binti

    Md. Sukor.

    -PK13 berkenaan Bimbingan dan Kaunseling dan penyelarasnya adalah Pn. Bahvany A/P

    Muthu.

    3.1.3 Terdapat Audit Dalaman dalam SPSK iaitu Pn. Norlaili, sebagai Ketua Audit SPSK

    Dalaman. Surat Pelantikan akan diserahkan kemudian melalui Pengetua. Selain itu, dua

    orang juru audit tambahan yang terdiri daripada Pn. Zaifarizah dan Pn. Rani.

    3.1.4 Tugas audit dalaman adalah untuk membuat pra audit dalaman pada bulan Julai iaitu

    pada minggu pertama. Ketua Panitia perlu memastikan bahawa semua fail panitia telah

    dilengkapkan sebelum pra audit dalaman dijalankan. Kemudian, pada minggu ke-2 iaitu pada

    bulan Julai minggu ke-2, audit luaran akan dijalankan oleh juru audit sebenar.

    3.1.5 PK01 berkenaan Pengurusan Panitia.

    3.1.5.1 Tidak perlu menggunakan fail kad manila bewarna putih iaitu fail rasmi.

  • 3.1.5.2 Fail rasmi hanya digunakan untuk hal surat-menyurat.

    3.1.5.3 Segala sukatan pelajaran tidak boleh menggunakan fail rasmi tersebut. Ini kerana,

    setiap kali fail rasmi tersebut digunakan, ia perlu didaftarkan. Ini bermakna, hanya Fail Induk

    sahaja yang menggunakan fail rasmi.

    3.1.5.4 Di dalam Fail Induk perlu ada fail surat-menyurat dari luar dan minit mesyuarat

    panitia. Apabila terdapat minit mesyuarat panitia, bermakna perlu juga disertakan dengan

    surat panggilan mesyuarat. Susun atur kedudukannya adalah, surat panggilan mesyuarat,

    diikuti dengan minit mesyuarat, senarai kehadiran guru, senarai rekod edaran(jika perlu),

    borang maklum balas.

    3.1.5.5 Sukatan Pelajaran, fail Maklumat Guru dan lain-lain perlu menggunakan fail kulit

    keras bewarna putih.

    3.1.5.6 Sebelum pemantauan dijalankan, diharap ketua panitia dapat menyelenggara fail

    dengan baik.

    3.1.5.7 Di dalam fail panitia, terdapat 7 fail. Jadi fail yang ke-2 hingga ke-6 tidak perlu ada

    minit mesyuarat tapi guru perlu buatkan tajuk utama dengan bertaip dan dibuatkan isi

    kandungan di bahagian tepi. Minit hanya perlu ada di fail induk sahaja. Ini kerana, surat

    panggilan mesyuarat perlu ada nombor rujukan.

    3.1.5.8 Dalam fail program kecemerlangan, perancangan program dan pelaksanaan,

    Pentaksiran penilaian, isi kandungannya adalah analisis keputusan peperiksaan awam dan

    analisis keputusan peperiksaan peingkat sekolah, analisis pencapaian matapelajaran, akaun

    dan post-mortem.

  • 3.1.5.9 Isi kandungan fail nombor 5,