Upload
others
View
66
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA
KEBANGSAAN TAHUN 2017
KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
(SWCorp) telah menganjurkan Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan
(HKSK) Tahun 2017 di Anjung Floria, Putrajaya pada 18 November 2017. Majlis
perasmian sambutan ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji
Omar (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan).
Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Wira Halimah binti Mohamed Sadique
(Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan).
Penganjuran Sambutan HKSK pada tahun ini adalah bertemakan
#PeluangKedua atau #SecondChance yang bermaksud sisa pepejal
dimanfaatkan semula daripada dilupuskan, bumi berpeluang untuk
dipelihara dan dipulihara melalui amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle)
dan masyarakat pula masih berpeluang dan tidak terlambat untuk
memulakan amalan 3R. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti telah
diadakan untuk menjayakan sambutan pada tahun ini dan menggalakkan
orang ramai mengamalkan budaya 3R.
Seawal jam 7.30 pagi, YB Datuk Wira Halimah binti Mohamed Sadique
(Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan) telah menyempurnakan pelepasan HKSK Fun Walk. Menariknya
penyertaan dalam acara ini ialah para peserta perlu membawa barangan
kitar semula sama ada 10 unit botol
plastik atau 10 unit tin aluminium atau
10 naskah surat khabar lama sebagai
bayaran penyertaan dan mendapat t-
shirt secara percuma. Hasil
pengumpulan dan jualan barangan kitar semula berkenaan disalurkan ke
Tabung Kemanusiaan Rohingya: Negaraku Prihatin sebagai simbolik
#PeluangKedua bahawa sisa kitar semula berkenaan bernilai dan mampu
menyumbang kepada kebajikan masyarakat Rohingya.
Pameran 3R Sculpture Competition 2017 juga turut diadakan semasa
sambutan. 3R Sculpture Competition merupakan pertandingan mereka cipta
barangan baharu daripada barangan kitar semula yang dianjurkan sebelum
sambutan ini dan menawarkan hadiah-hadiah berjumlah RM80,000.00. Hasil
sculpture atau arca ini dipertontonkan kepada umum sebagai manifestasi
bahawa barangan kitar semula yang sebelum ini dilihat sebagai tidak
bernilai mampu menghasilkan sebuah
arca yang bernilai dan memberi
inspirasi kepada masyarakat dalam
melihat potensi kreatif yang boleh
menjadi sumber ekonomi dan nilai
artistik, sehingga melahirkan usahawan
dalam bidang penghasilan arca
seumpanya.
Pada sambutan HKSK tahun ini, turut diakan Pameran Teknologi Pengurusan
Sisa Pepejal Berteknologi Tinggi melibatkan mesin pengkomposan sisa
makanan dan mesin perawatan sisa makanan menggunakan teknologi
pencernaan aerobic (aerobic digestion). Ini memberi peluang kepada
pengunjung untuk memahami dengan lebih mendalam perawatan sisa
pepejal organik yang boleh dilakukan oleh mereka. Selain itu, pameran ini
memberikan pendedahan kepada pengunjung tentang teknologi
perawatan sisa yang diolah menjadi
tenaga (waste-to-energy) seperti yang
telah dijalankan di negara-negara
maju yang lain. Perawatan sisa pepejal menggunakan teknologi haba
magnetik (magnetic heat) juga dipamerkan yang mana produk sampingan
dari perawatan tersebut adalah abu dan enap cemar (sludge) yang dapat
diguna semula dalam industri simen, tar dan bahan bakar seperti arang.
Para pengunjung juga berpeluang
untuk melibatkan diri dalam Program
Upcycling (mengitar naik) yang mana
pengunjung didedahkan melalui
bengkel membuat barangan
daripada barangan kitar semula ini
yang mengunakan kaedah bertukang
sendiri (Do It Yourself - DIY) melibatkan tiga aktiviti iaitu membuat beg
daripada kemeja-t terpakai, menanam pokok herba dalam tin minuman
terpakai dan membuat batik daripada tisu. Ketiga-tiga aktiviti ini juga
diharap dapat memberi inspirasi kepada masyrakat bagi menghasilkan
bahan kreatif daripada kitar semula.
Bagi pengunjung cilik, aktiviti Waste Art
for Kids bagi menghasilkan kapal
terbang daripada botol plastik dan
kertas terpakai serta membuat kolaj
daripada kertas terpakai disediakan
buat mereka. Kesemua aktiviti ini
dilaksanakan secara percuma dengan
menggunakan barangan terpakai dan
kos yang minimum.
Semasa majlis perasmian, YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan telah menyampaikan anugerah dan hadiah bagi:
i. Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan
(PERKISS) 2017;
ii. 3R Sculpture Competition 2017;
iii. Anugerah Industrial Zero Waste Best Practices 2017;
iv. Appreciation of Best Practices on Solid Waste Management 2017 for
Commercial and Institutional;
v. Pertandingan Treasure Hunt; dan
vi. Pertandingan Lensa Hijau.
YB Menteri turut menyampaikan Watikah Pelantikan Rakan SWCorp dan
menyempurnakan upacara penyerahan Tabung Kemanusiaan Rohingya:
Negaraku Prihatin hasil sumbangan daripada PUSPANITA Cawangan KPKT,
SWCorp dan Kontraktor-kontraktor Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat, KPKT