Upload
hong-inn-looi
View
656
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
DASAR SUKAN NEGARA Dasar Sukan Negara adalah satu dasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi sukan prestasi tinggi dan sukan untuk
semua dan digubal berlandaskan atas rasional yang mana segala kegiatan itu adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan terhadap seluruh rakyat.
Sukan menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, muhibah, toleransi, kesefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal memberi satu landasan yang selesa untuk mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta juga untuk pemupukan bangsa dan negara.
Tegasnya, sukan mempunyai kesan-kesan manfaat yang amat besar terhadap individu, masyarakat dan seterusnya negara.
Next
Merujuk kepada aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan.
Back
Merujuk kepada sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat Persekutuan sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaaan dan Persatuan Sukan Kebangsaaan bagi menetukan pemenanag.
Back
Peringkat Individu
Sukan menyumbangkan kepada: Pembentukan sahsiah, kesedaran diri termasuk
semangat pertarungan Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan
fizikal Penggunaan masa kesenggangan yang berfaedah
dan bermakna Pengurangan tekanan hidup moden Interaksi sosial yang bermakna Perkembangan kemahiran-kemahiran asas
Peringkat Masyarakat
Sukan membantu kepada: Pengalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral
rakyat yang sesuai dengan aspirasi nasional Pewujudan sekitaran untuk memupuk perhubungan
komuniti yang lebih baik di dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara
Peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti Pencegahan jenayah remaja dengan peluang-peluang
penggunaan masa lapang yang memanfaatkan
Peringkat Antarabangsa
Sukan membantu: Pencapaian kecemerlangan kepada
peringkat yang paling tinggi Peningkatan maruah bangsa Pemupukan persahabatan
LATAR BELAKANG
Sukan dijalankan oleh organisasi sukarelawan yang kebanyakannya bergabung dengan MOM.
Peranan Kerajaan hanya Kementerian Belia dan Sukan, MSN dan MSSM melalui agensi masing-masing di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
Mutu sukan prestasi tinggi telah meningkat sedikit. Namun, peningkatan itu tidaklah seberapa berbanding
dengan pembangunan sukan keseluruhannya di peringkat antarabangsa.
Ahli-ahli sukan tidaklah begitu berjaya dalam pertandingan.
Faktor-fatkor
kekurangan rancangan
kekurangan jurulatih yang
bertauliah
kekurangan pendekatan
saintifik
ahli sukan kurang komitmen
kekurangan kemudahan
kelemahan pengurusan organisasi
pembatasan kewangan
Sehingga baru-baru in i , kebanyakan akti viti -akti viti sukan d i ja lankan berasaskan kepada pertandigan. Penyertaan massa dalam sukan adalah satu fenomena baru dalam negara in i . Trend in i adalah satu petanda baik bagi negara.
TUJUAN
Untuk menggalak dan mewujudkan
peluang dan kemudahan
mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam sukan di semua
peringkat
Untuk menggalakkan
semangat persaingan yang
sihat dan muhibah melalui sukan di
kalangan individu, kumpulan
masyarskat dan antarabangsa
Untuk menggalakkan
pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara
melalui penyertaan dan sumbangan di kalangan belia dan
sukan
Membentuk satu
masyarakat yang sihat, berdisiplin
dan bersatu padu.
Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan
bagi memenuhi keperluan sosial, psikologi dan
fisiologi.
Mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali
dengan semangat kesukanan yang tulen.
Membangun dan
meningkatkan
pengetahuan dan amalan sukan bagi
kepentingan sosial
seseorang individu.
Objektif
Penyertaan seorang murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sepanjang tahun
Menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan insan yg seimbang dari segi JERI.
Selaras dengan DSN iaitu untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkatsekolah melalui 2 strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Mendokong aspirasi satu Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu.
Dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun .
Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.
Matlamat
Objektif Meningkatkan kecergasan jasmani Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai
murni Memupuk perpaduan di antara kaum Membentuk budaya sukan di kalangan murid Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari
segi fizikal Memberi keseimbangan antara keperluan
akademik dengan keperluan fizikal Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan
sukan
6 STRATEGI
Memberi bantuan
kewangan sukan kepada sekolah
Mewajibkan pembabitan pelajar dlm aktiviti sukan
Mengenal pasti program sukan
sekolah utk dilaksana sepanjang tahun
Menubuhkan Bahagian Sukan scr
berasingan
Elemen sukan dimasukkan dlm Standard Kualiti Pendidikan M’sia
Mengenal pasti 5 IPGM utk melatih
guru sukan
Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:
Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
Pelaksanaan Dasar 1M 1S
Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.
Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.
Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.
Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek, Rohani, Jasmani, dan Emosi murid.
Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.
Setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:
Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah yang melibatkan pergerakan fizikal.
Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah.
Sistem penilaian murid:
Kehadiran Jawatan serta Sumbangan Penglibatan Pencapaian