2301 Menjaga Kemuliaan Islam

  • View
    221

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Islam

Text of 2301 Menjaga Kemuliaan Islam

  • 1

    Khutbah Jumaat 32 JANUARI 2015: MENJAGA KEMULIAAN ISLAM (Jabatan Agama Islam Perak)

    *AMARAN!!!

    Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan.

    MENJAGA KEMULIAAN ISLAM

    23 JANUARI 2015/ 02 RABIUL AKHIR 1436H

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Saya mengulangi pesanan taqwa ini untuk diri saya dan tuan-tuan

    sekelian. Pesanan ini sangat penting untuk diulang-ulang dan dihayati

    khususnya di zaman kita yang begitu mudah lupa kepada Allah. Bahkan

    hubungan kita lebih rapat dengan facebook, whatsapp, televisyen, dan

    sebagainya berbanding solat, al-Quran, zikir dan perkembangan nasib

    umat Islam seluruh dunia bahkan di negara kita sendiri.

  • 2

    Khutbah Jumaat 32 JANUARI 2015: MENJAGA KEMULIAAN ISLAM (Jabatan Agama Islam Perak)

    Tuan-tuan yang saya kasihi sekalian,

    Firman Allah SWT di dalam surah al-Anam ayat 114:

    Bermaksud : (Katakanlah Wahai Muhammad): "Patutkah Aku

    (terpedaya dengan kata-kata dusta syaitan-syaitan itu sehingga aku)

    hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia-lah yang

    menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata

    kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?"

    dan orang yang Kami berikan al-kitab (Zabur, Taurat, Injil), mengetahui

    bahawa al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-

    benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang)

    dari golongan yang ragu-ragu.

    Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Nabi Muhammad SAW,

    tidak mudah terperdaya dengan kata-kata dusta, daripada syaitan-syaitan

    yang menyebabkan baginda mencari panduan atau hakim lain selain

    daripada Allah. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada baginda

    kitab al-Quran yang jelas nyata isi kandungannya satu persatu, meliputi

    perkara yang halal dan juga perkara yang haram, hukum-hakam syarak,

    usul agama dan cabang-cabangnya. Tidak memerlukan penjelasan dan

    tiada yang lebih baik hukumannya. Kerana sesusungguhnya hukum-hukum

    Allah meliputi hikmah dan juga rahmat.

  • 3

    Khutbah Jumaat 32 JANUARI 2015: MENJAGA KEMULIAAN ISLAM (Jabatan Agama Islam Perak)

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

    Sesungguhnya dasar-dasar dalam agama Islam terdapat di dalam al-

    Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Agama Islam telah diberitakan

    kehadirannya dalam kitab-kitab para rasul terdahulu. Kitab Zabur, Taurat

    dan Injil telah menceritakan kepada umat-umatnya tentang kedatangan

    agama Islam di akhir zaman nanti.

    Setelah datangnya agama Islam kepada umat akhir zaman, Islam

    diamalkan dalam seluruh kehidupan manusia. Umat Islam mengamalkan

    segala perintah yang telah ditetapkan kepada mereka dan meninggalkan

    segala larangan yang dikenakan ke atas mereka. Seterusnya mereka

    menyeru kepada manusia yang lain untuk beriman kepada Allah dan

    Rasul-Nya. Kesungguhan umat Islam melaksanakan agama Islam telah

    membawa kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penduduk bumi

    ini.

    Tuan-tuan yang dikasihi sekalian,

    Akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan usaha-usaha terancang

    musuh-musuh Allah dan Rasul-Nya untuk melenyapkan Islam daripada

    muka bumi ini. Mereka mencanangkan Islam sudah tidak releven, malah

    sudah tidak sesuai pada zaman perkembangan sains dan teknologi. Di

    tambah pula dengan suara-suara lantang dengan mengatakan Islam

    menyekat kebebasan manusia. Mereka juga turut mencanangkan semua

    agama termasuk agama Islam, membawa kepada tuhan yang sama. Ini

    semua adalah suara-suara derhaka dan terkutuk yang cuba membisik di

  • 4

    Khutbah Jumaat 32 JANUARI 2015: MENJAGA KEMULIAAN ISLAM (Jabatan Agama Islam Perak)

    telinga umat Islam dengan niat dan matlamat menukar budaya dan cara

    hidup beragama seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.

    Ini semua adalah serangan luaran daripada musuh-musuh Islam

    yang begitu hasad dengki dan benci kepada agama kita. Sedarilah kita

    semua, kita wajib membina dinding dan benteng yang menghalang kita

    dari kemurkaan dan azab seksa daripada Allah. Kita tidak boleh

    membiarkan agama Islam terus dipermain-mainkan oleh musuh-musuh

    Allah dan Rasul-Nya.

    Sidang Jumaat sekalian,

    Janganlah kita sendiri menjadi peluru dan bom yang cuba

    memusnahkan benteng-benteng Islam yang telah dikukuhkan oleh

    Rasulullah SAW, para sahabat baginda, para Tabien dan generasi-

    generasi selepas mereka. Adakalanya usaha meruntuhkan benteng dan

    dinding itu datang daripada dalam diri kita sendiri. Kita sudah tidak

    menghiraukan kewajipan-kewajipan agama yang ditaklifkan kepada kita,

    kita sudah tidak menganggap dosa-dosa kita sebagai penyebab musibah

    dan malapetaka kepada hidup kita.

    Dosa-dosa yang kita lakukan seperti melakukan maksiat secara

    terang-terangan di khalayak ramai tanpa segan silu, memuja artis secara

    keterlaluan, membiarkan diri dipeluk cium bukan mahram dan menggadai

    maruah dan harga diri, kita hanya anggap seperti menepis lalat yang

    hinggap di muka kita sahaja. Walhal sepatutnya sebagai seorang Muslim,

    dosa-dosa yang kita lakukan dirasakan seperti sebuah gunung yang akan

  • 5

    Khutbah Jumaat 32 JANUARI 2015: MENJAGA KEMULIAAN ISLAM (Jabatan Agama Islam Perak)

    menghempap dan melenyapkan kita. Imam al-Ghazali di dalam Kitab Ihya

    Ulumiddin ada menyatakan :

    Bermaksud : Betapa banyak makanan yang dimakan telah menghalang

    dari bangun malam, berapa banyak pandangan yang telah menghalang

    dari membaca surah al Quran. Dan sesungguhnya ada di kalangan

    hamba yang makan makanan mahupun membuat sesuatu perbuatan. Ia

    tertegah daripada bangun malam selama setahun. Dan seperti mana

    solat itu mencegah daripada kekejian dan kemungkaran, begitu jugalah

    sebaliknya kekejian itu akan menghalang daripada solat dan sekelian

    amal kebajikan.

    Imam Sufyan al-Thaury berkata :

    Bermaksud : Aku terhalang daripada bangun malam selama 5

    bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan. Ditanya apakah

    dosa itu? Ia menjawab : Aku pernah melihat seorang lelaki sedang

    menangis lantas aku berkata kepada diri ku bahawa ia sengaja

    menunjuk-nunjuk.

  • 6

    Khutbah Jumaat 32 JANUARI 2015: MENJAGA KEMULIAAN ISLAM (Jabatan Agama Islam Perak)

    Adakalanya usaha meruntuhkan benteng dan dinding itu datang

    daripada luar yang sengaja dilakukan agar bergabung dengan faktor

    dalaman dalam diri kita sendiri. Contoh faktor luaran seperti maksiat dan

    kemungkaran yang ditaja dengan kos yang amat tinggi sehingga

    mengabaikan aspek-aspek yang lain. Api persengketaan sesama muslim

    yang sentiasa diperbaharui nyalaannya. Begitu juga, pesalah-pesalah

    syariah yang sering dilindungi dengan selimut hak asasi manusia.

    Saudara-saudara sekelian,

    Melihat betapa banyaknya ranjau dan rintangan dalam membina dan

    mempertahankan kemuliaan Islam, maka layak benarlah nilai kemuliaan

    seseorang itu letaknya pada kehebatan taqwanya. Allah berfirman dalam

    surah al-Hujurat ayat ke 13:

    Bermaksud : Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah

    orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih

    keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha

    Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan

    dan amalan kamu).

  • 7

    Khutbah Jumaat 32 JANUARI 2015: MENJAGA KEMULIAAN ISLAM (Jabatan Agama Islam Perak)

    89

    01 - Bermaksud : Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa manusia

    (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya

    beruntunglah orang yang menyucikan jiwa, dan sesungguhnya

    rugilah orang yang mengotorinya.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Ketahuilah dunia ini hanya tempat tinggal sementara kepada kita.

    Usia-usia kita yang berbaki hendaklah ditambah dengan amal ibadah

    sebagai bekalan menemui Allah kelak. Kita sering diingatkan, khususnya

    pada hari Jumaat untuk sentiasa bertaqwa kepada Allah dan Rasul-Nya,

    namun sebahagian daripada kita masih lagi memilih untuk alpa daripada

    bertaqwa kepada pemilik alam ini, bersikap fasiq dan derhaka kepada sang

    Penciptanya.

  • 8

    Khutbah Jumaat 32 JANUARI 2015: MENJAGA KEMULIAAN ISLAM (Jabatan Agama Islam Perak)

    Di antara kita ada yang berikrar dan berazam dengan melakukan

    segala bentuk kebaikan tetapi hangatnya tidak sampai beberapa hari. Ada

    pula yang pada mulanya melakukan kebaikan tetapi akhirnya lalai

    sehinggalah Allah menimpakan bala bencana lalu menyedarkan mereka.

    Manakala ada juga sekumpulan manusia yang apabila ingin menzahirkan

    kegembiraan menyambutnya dengan acara dosa dan maksiat dan tidak

    merasa bersalah dan malu kepada Allah Taala.

    Marilah kita terus istiqamah dalam menjaga batas-batas dan

    ketentuan Allah demi mencari keredhaan-Nya. Iman dan taqwa perlu

    dibentuk dan dipelihara supaya ianya membuahkan hasil yang baik di

    akhirat kelak. Hanya orang yang bertaqwa sahaja akan merasai

    keuntungan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Jika Allah mentaqdirkan

    kita memiliki umur yang panjang hingga kita mampu kembali kepada Allah

    dan Rasul-Nya pada masa-