27
     

29174586 Mustafa Kamal Ataturk Penyelamat Atau Pengkhianat

Embed Size (px)

Citation preview

SEJARAH ISLAM DI ASIA BARAT LSI 2053TUGASAN PERTAMA SOALAN EMPAT:

MUSTAFA KEMAL ATATURK : PENYELAMAT ATAU PENGKHIANAT ? BAHASKAN.

NAMA PENSYARAH : ENCIK KAMAL KUMPULAN TARIKH SERAHAN : KUMP. A

: 29 FEBRUARI 2010 (ISNIN)

BIL 01. 02. 03. 04. HERNI BINTI HENRY

NAMA

NO.KAD MATRIK D20091035476 D20091035538 D20091035556 D20091035425

KASMAH BINTI SIDIK FITRIANI BINTI MAHI MOHAMAD IDRIS BIN GANI

1|Page

1.0 PEMustaffa abad ke-

Eada tarikh

Lktober elepas kejatuhan kerajaan thmaniyyah, Mustaffa

amal taturk merupakan salah seorang tokoh besar yang terkemuka pada

amal taturk telah menukarkan urki sebagai sebuah Republik dan mengistiharkan dirinya sebagai presiden pertama Republik urki moden Mustafa emal kemudiannya memulakan

pembaharuan dalam negaranya, yang tujuannya untuk membawanya keluar dari Zaman ertengahan ke zaman moden Melalui rogram- dalam parti " nam sekularisme, dan revolusi arti Rakyat Republik beliau telah mewujudkan

rrows": republikanisme, nasionalisme, populisme, statisme, amal, terdapat banyak pembaharuan amun

epanjang pemerintahan

yang telah dilakukan oleh beliau sama ada dalam aspek ekonomi, politik dan sosial

begitu pembaharuan yang diperkenalkan oleh beliau lebih mengarah ke arah kebaratan Mustafa emal kemudiannya memulakan pembaharuan dalam negaranya, yang tujuannya lat- ya adalah arti

untuk membawanya keluar dari Zaman ertengahan ke zaman moden Rakyat Republik

rogram- ya itu diwujudkan dalam parti " nam rrows": republikanisme, isebabkan sumbangannya emal taturk "Bapa rentalis dan

nasionalisme, populisme, statisme, sekularisme, dan revolusi

kepada kemajuan urki beliau telah mendapat gelaran nama Mustafa urki" amal atatruk dianggap sebagai penyelamat

urki oleh puak-puak

pengkaji-pengkaji barat ada masa yang sama jika dinilai menurut kaca mata islam Mustaffa dianggap pengkhianat agama thmaniyyah khalifah dan kerabat amal taturk

elepas berjaya menjatuhkan pemerintahan kerajaan iraja telah dihalau keluar dari negara urki indakan

beliau lebih memberi penekanan terhadap tradisi saintifik Barat dan humanistik semata-mata sehingga beliau bertindak membelakangi agama islam Melalui tindakan beliau

memperkenalkan idea-idea pembaharuan Jelas sekali

taturk bukan sahaja menolak dasar

slam, bahkan beliau ingin slam itu dilucutkan terus dari jasad dan fitrah rakyatnya dengan mengisytiharkan bahawa saki baki nilai-nilai dimansuhkan demi kemajuan negara yang dilakukan oleh Mustaffa slam dalam masyarakat urki mesti

erdapat perbezaan pendapat untuk menilai sumbangan taturk dalam kemajuan urki sama ada sebagai

amal

seorang wira ataupun pengkhianat

al ini dapat dilihat dari pembaharuan yang dilakukan

dari segi politik, sosial dan ekonomi yang jelas menunjukkan bahawa dia menolak slam itu sebagai amalan hidup dan ingin menghapuskan terus dari kehidupan rakyat seterusnya telah memundurkan negara urki urki dan

2|Page

2.0

B

F MUST F

KEMAL ATATURK

Rejim Turki Muda yang terdiri daripada pelbagai aliran, iaitu Islam, nasionalis, dan liberal dan hanya bersatu hanya atas dasar untuk menamatkan pemerintahan Abdul Hamid II serta campur tangan asing, namun tidak berjaya memperkukuhkan Empayar Uthmaniyah Sebaliknya, ia kehilangan lebih banyak wilayah sebelum dihancurkan oleh pihak Bersekutu Sejajar dengan perkembangan politik yang semakin mengancam itu, kedudukan Islam selaku al-Din terus tercabar Hal ini merupakan satu era baru yang membuahkan sekularisme dalam zaman pemerintahan Mustaffa Kamal Kamalisme merupakan suatu prinsip perjuangan Mustafa Kamal yang telah menimbulkan pelbagai kontroversi sejak mula-mula diperkenalkan dalam masyarakat Turki sehingga kini melahirkan nilai-nilai yang bertentangan dengan Islam selaku al-Din. 2.1 LATAR BELAKANG Mustafa Kamal Ataturk adalah seorang pengasas dan presiden pertama Republik Turki moden Nama sebenarnya ialah Mustaffa Dia diberi gelaran al- hazi yang bermaksud orang yang memerangi Perkataan Ataturk pula bererti bapa orang turki Dia adalah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan khilafah Islam-Turki pada tahun 1343 H (1924 M wilayah Dia dilahirkan pada tahun 1881 M di Salonika, iaitu di sebuah bandar dalam Macedonia 3 Wilayah tersebut merupakan sebahagian daripada empayar

Sebagai satu ideologi politik Kamalisme telah

Uthmaniyah pada ketika itu Mustaffa kamal juga adalah seorang Dunmah (Dunama , iaitu daripada kalangan Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam bagi merosakkannya dari dalam 4 Orang tuanya bernama Ali Reza Efendi dan Zubaidah Hanim Ali Reza Effendi adalah seorang pegawai di Pejabat Yayasan Soleh dan pegawai cukai di Salonika Beliau juga pernah bertugas di dalam tentera Uthmaniyah pada tahun 1876 sebagai leftenan batalion anggota pasukan tentera simpanan di Salonika Kemudian, beliau berhenti daripada perkhidmatan awam dan menjadi pedagang kayu Mustafa kehilangan ayahnya pada waktu kecil dan dia dibesarkan oleh ibunya, iaitu Zubaidah Hanim Mustafa lahir ke dunia yang kacau-bilau dan dilanda dengan pelbagai pergolakan dalaman dan luaran iaitu, ancaman daripada pengaruh asing

1

Fadhlullah Jamil 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd. hlm. 167. 2 Ibid. hlm. 168. 3 Ibid. 4 Ibid.

3|Page

Keluarganya berasal dari daerah tasik di sebelah barat Salonika. Mustafa mewarisi penampilan ibunya, berambut perang dan bermata biru. Ibunya seorang yang cerdas tetapi kurang pendidikan dan hampir tidak tahu membaca dan menulis. Ali Reza berusia 20 tahun lebih tua dan keperibadiannya kurang baik daripada isterinya. Namun, sebagai anak seorang guru sekolah rendah, beliau telah mendapat pendidikan dan membawa peluang kepadanya untuk bekerja sebagai jurutulis di pejabat kerajaan, iaitu pegawai cukai dan dalam pentadbiran Yayasan Soleh. Beliau berkahwin di Salonika kemudian mereka tinggal di sebuah desa di lereng gunung Olympus. Selepas kahwin beliau memutuskan ingin mengundurkan diri daripada jawatannya dan menceburkan diri dalam bidang perdagangan kayu-kayan walaupun kurang berpengalaman dalam bidang komersial. Beliau dan sekeluarga juga telah kembali ke Salonika dan menjadi rakan kongsi Jafer Effendi.5 Beliau telah melabur wang simpanannya dalam perniagaan dan semua itu telah didorong oleh kejayaan awalnya untuk membina rumah yang lebih besar untuk keluarganya. Namun, Ali Reza telah memilih waktu yang salah untuk memulakan usahanya. Hal ini kerana gunung-ganang tersebut sudah lama dihuni oleh sekumpulan perompok Greek.6 Sebahagian besar daripada mereka adalah pelarian yang lari daripada penindasan Turki. Selepas kekalahan Turki oleh Rusia, kuasa wilayahnya semakin lemah dan semakin berani memberontak serta memusnahkan harta benda secara terang-terangan untuk tujuan mereka sendiri. Ali Reza sering diserang dan diugut dengan wang daripadanya dengan ancaman kayu mereka akan dibakar. Mereka juga mengugut para pekerja untuk meninggalkan beliau, agar beliau tidak dapat mengangkat kayu-kayannya ke pantai seorang diri . Beliau telah berkelahi dengan mereka di hutan. Apabila perniagaannya itu gagal dia telah bertukar menjadi seorang yang pemabuk dan akhirnya meninggal dunia. Zubaidah pula terkenal sebagai seorang wanita yang soleh, tekun dalam beribadah, dan menahan diri sebagai seorang umat islam, seorang wanita yang warak tetapi amat garang dalam mendidik anaknya. Beliau bangga dan ingin Mustafa mengikut teladan daripada keluarganya, iaitu dengan menjadi seorang Hafiz ( seorang qari dalam al-Quran atau seorang Hoja (seorang guru .7 Sementara itu, Mustafa haruslah pergi belajar dengan ulama untuk menjadi seorang muslimin yang baik, iaitu menerima pendidikan berdasarkan prinsip-prinsip yang terdapat dalam al-Quran. Suasana rumah yang tidak tenteram menyebabkan MustafaLord Kinross. 1968. Ataturk The Rebirth of A Nation. Great Britain: Morrison and Gibb Limited, London and Edinburgh. hlm. 5. 6 Ibid 7 Ibid.5

4|Page

terus membesar menjadi seorang individu yang degil, bongkak, enggan tunduk kepada sesiapa, dan lebih gemar menghina atau memperkecilkan kebolehan orang lain.

2.2

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN Pada peringkat awal, Mustafa telah mendapat pendidikan di sekolah Semsi Efendi di

Salonika.8

Selepas itu, dia memasuki sekolah tinggi dan langsung memasuki sekolah

ketenteraan tanpa pengetahuan ibunya. Semasa di sekolah ketenteraan tersebut, dia telah menunjukkan kebolehannya sebagai seorang pemimpin dan dengan itu dia telah diberi gelaran Kamal yang bermaksud sempurna oleh gurunya.9 Mustafa mengetahui bahawa dia amat berminat dalam bidang matematik di sekolah baru dan dapat menyelesaikan masalah yang diajarkan di kelas dengan baik. Dia selalu menghantar soalan bertulis kepada guru dan kemudian dijawab secara bertulis juga. Guru tersebut bernama Mustafa dan pada suatu hari dia berkata kepada muridnya: Look here, my son, your name is Mustafa and so is mine. We cant let it go on like that; there must be some distinction between the two of us. I suggest that you call yourself Mustafa Kemal from now on 10 Mustafa bersetuju dengan cadangan tersebut dan bermula pada hari itu dia digelar Mustafa Kamal. Pada kala itu juga, perhubungan antara Mustafa Kamal dengan ibunya mula renggang. Menurut H.C. Armstrong, seorang pengarang berketurunan Inggeris, Mustafa Kamal lebih menghabiskan masanya mengejar wanita genit atau bertandang ke rumah pelacuran.11 Menurut Armstrong lagi, dia pernah menghabiskan sebahagian masanya bergaul dengan beberapa orang sami Dominican (Dominican monks . 12 Pada tahun 1895, selepas selesai belajar di sekolah menengah tentera di Salonika. Mustafa Kamal memasuki sekolah tinggi ketenteraan di Manastir, iaitu Bitolja di Yugoslavia Macedonia sekarang.13 Dia juga mengetahui bahawa pembelajaran dalam mata pelajaran matematik amat mudah di sekolah tersebut. Gurunya di Perancis membawa masalah yangHasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 7. Fadhlullah Jamil. 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd. hlm. 169. 10 Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 8. 11 Fadhlullah Jamil. 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd. hlm. 169. 12 Ibid. hlm. 169. 13 Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 8.9 8

5|Page

besar kepada dia sehingga bertambah rumit. Mustafa kamal meninggalkan rumah terlebih dahulu sebelum dikritik dan memutuskan untuk memperbaiki masalah dengan memasuki kelas persendirian di sebuah sekolah yang dikendalikan oleh pengajaran bahasa Perancis di Salonika. Selepas tiga bulan di sekolah tersebut dia telah meningkatkan pengetahuannya dalam bahasa Perancis. Rakan sekelasnya, iaitu seorang pemuda bernama Omer Naci di sekolah tinggi ketenteraan di Manastir telah mengajarnya untuk meminati puisi dan sastera. Namun, tuan yang baru dilantik telah menghentikannya daripada mengikuti pengeluaran puisi pada setiap masa kerana akan membuat dia jauh daripada ketenteraan apabila dia terlalu meminatinya. Selepas tamat persekolahan di sekolah tentera Manastir, dia pergi ke Istanbul. Pada 13 Mac 1899, dia memasuki kelas infantri akademi tentera.14 Dia meneruskan minatnya dalam bidang matematik dan kemudian menggambarkan dirinya berada di kelas pertama di Akademik Ketenteraan. Dia berkata: During my days in the first class, youthful dreams took a hold on me. I neglected my lessons and the year flashed by without my being aware of it. It was only after the end of the term that I took to my books. 15 Pada tahun kedua, dia bertambah minat dalam mata pelajaran ketenteraan. Dia tidak dapat melupakan tuannya yang telah memaksa dan melarangnya menulis puisi semasa di sekolah tinggi. Namun, dia tetap mengagumi pidato dan rencana. Pada waktu rehat, dia gunakan kesempatan tersebut untuk mengatur perbincangan dengan rakan-rakannya, waktu mereka semua membuat latihan pidato. Pada saat tersebut, Mustaffa Kamal mula berfikir tentang politik. Hal ini bertepatan dengan tempoh yang serius iaitu, semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Dia terlepas daripada pengawasan yang ketat yang diambil oleh sekolah gabenor. Para mahasiswa akademik ketenteraan digunakan untuk membaca karya penyair patriot, iaitu Namik Kemal pada malam hari di asrama mereka. Mereka terkejut apabila membaca puisi dan berasa ada sesuatu yang tidak kena dalam cara sistem pentadbiran negara yang telah dijalankan. Selepas selesai belajar d akademik tentera, Mustafa Kamal telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Pegawai Tentera pada tahun 1902.16 Sepanjang dia kuliah, dia sibuk14 15

Ibid. hlm. 9. Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 9.

16

Ibid. hlm. 9.

6|Page

dalam politik dengan kakitangan awam dan memberi banyak buah fikiran untuk menyelesaikan masalah-masalah tentera yang berada di luar lingkup pengajaran tentera klasik namun dia berasa seseorang komander perlu tahu tentang semua itu. Semua itu membuatkan dia tidak dapat tidur pada setiap malam ketika dia berasa dikuasai oleh sesuatu perasaan dan makna yang dia tidak dapat fahami. Dia menjadi murung, merajuk, dan memberontak.

2.3

KERJAYA PERTAMA MUSTAFA KAMAL SEBAGAI SE RANG PEGAWAI

DAN PERKHIDMATANNYA MENYEBABKAN BERLAKUNYA PEMBEBASAN TURKI. Pada 11 January 1905, Mustafa kamal lulus daripada akademik dalam pangkat kapten. Dia telah meletakkan diri dalam senarai di kelas infantri, iaitu ke-20 daripada 320.17 Sementara itu, dalam Maktab Pegawai Tentera, dia merupakan salah seorang daripada tiga belas pegawai staf yang diberi kedudukan di kelas yang ke-37, dia ditempatkan di tempat kelima atas dasar jumlah markahnya berada di atas selama tiga tahun.18 Setelah lulus dalam akademik, Mustafa Kamal dan rakan-rakannya menyewa sebuah flat menggunakan nama salah seorang daripada mereka untuk melakukan kegiatan rahsia mereka selama mereka tinggal di Istanbul. Dari masa ke masa mereka akan bertemu di sana dan membincangkan masalah negara. Kedatangan dan pemergian pegawai muda tidak dapat diketahui oleh polis rahsia yang dihantar oleh Abdul Hamid. Pada suatu hari mereka dikhianati oleh pegawai iaitu yang digelar Fethi. Mereka telah ditangkap dan ditahan selama beberapa bulan dan kemudian dilepaskan. Beberapa waktu kemudian, mereka dipanggil oleh kakitangan awam. Kakitangan awam memutuskan untuk menghantar mereka ke Edirne (Adrianople dan Salonika di tempat tentera kedua dan ketiga ditempatkan.19 Mereka diberitahu bahawa mereka akan dihantar dengan banyak mengembara melainkan di antara mereka sendiri bersetuju akan pergi di sesuatu tempat. Penghantaran Mustafa Kamal disepakati oleh pegawai sendiri namun pihak berkuasa curiga dan mengatakan bahawa dia dihantar bukan kepada pasukan kelima di Damsyik. Dia dihantar kepada Rejimen 30 Kavalri. Perkhidmatan Mustaffa kamal dengan tentera di Syria memberinya pengalaman yang amat berharga. Dia melihat dari dekat seberapa parah negara di tapis, sebab latihan kurang, sebab orang-orang menderita daripadaHasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 11. Ibid 19 Ibid18 17

7|Page

kerajaan tersebut. Dia menemukan beberapa alasan untuk pergi ke seluruh Syria. Dia hadir pada penindasan Druzea di Harwan dan Kuneytira.20 Selama operasi tersebut, dia menjadi teladan kepada rakan-rakannya dengan kepakaran tentera dan cintanya kepada rakyat dan Negara. Secara ringkasnya, oleh kerana kecekapannya, beliau telah dilantik sebagai Leftenan Muda dan dihantar untuk bertugas di Maktab Pegawai Tentera di Istanbul. Semasa di sana, dia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Uthmaniyah kerana terlibat dalam satu komp lot untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II.21 Sebagai hukumannya, dia telah dibuang daerah ke Damsyik, ibu negeri Syria. Namun, secara senyap-senyap, dia telah kembali ke Salonika dan menyertai Persatuan Perpaduan dan Kemajuan (CUP) yang memudahkannya dilantik sebagai seorang pegawai tentera. Hal tersebut tidak sewajarnya dihairankan kerana keadaan sedemikian adalah cara pergerakan Freemason menjalankan jarumnya yang halus, iaitu bagi mengukuhkan kedudukan calonnya, agar orang itu akan dapat melaksanakan program yang telah ditentukannya sendiri. Sementara itu, melalui kegiatan CUP, Abdul Hamid II telah digulingkan pada tahun 1909 M.22 Ekoran daripada itu, Rejim Turki Muda telah ditegakkan. Terdapat beberapa perkara yang telah dilakukan oleh Mustafa Kamal yang bertentangan dengan Islam dalam pemerintahannya khususnya dari aspek politik, sosial, dan ekonomi. Walau bagaimanapun, setelah mencengkam Turki di bawah penguasaan diktatornya selama 20 tahun, Ataturk telah jatuh sakit dan meninggal dunia pada 10 November 1938.23

3.0

PENGKHIANATAN DARI ASPEK POL ITIK

Para peneliti sejarah yang mengamati riwayat hidup Mustafa Kemal hampir memastikan bahawa hanya lelaki ini sajalah yang mampu memerintah Turki dengan kekuasaan mutlak sehingga tiada seorang pun yang berani menggugatnya. Pernah suatu ketika, Mustaffa Kemal pernah mengatakan kepada wanita simpanannya, Khalidah Adib iaitu: sesungguhnya satu-satunya sistem yang paling berhasil untuk mengendalikan tampukIbid. hlm. 12. Fadhlullah Jamil. 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd. hlm. 169. 22 Ibid. hlm. 169. 23 Ibid. hlm. 183.21 20

8|Page

pemerintahan ialah pemerintahan yang berada dalam kekuasaan penguasa tunggal dan mempunyai kuasa mutlak. Kelak, akan aku jadikan setiap orang melaksanakan keinginan ku dan tunduk pada perintahku. Dan aku tidak mahu menerima kritik atau nasihat apapun dari seseorang. Dan aku akan memerintah menurut caraku sendiri. Kelak, kamu semua akan melaksanakan apa yang kuinginkan tanpa membantah.24 Ketika pasukan Yunani mengancam kekuasaan Turki di Ankara, Mustaffa Kemal minta majlis perwakilan rakyat untuk mengangkatnya sebagai panglima dan membekalinya dengan semua kemudahan sebagai penguasa mutlak.25

Pada tahun 1918, iaitu apabila Perang Dunia pertama telah tamat, Empayar Turki Uthmaniyah bersama-sama dengan sekutunya Jerman telah tewas dan hal ini menyebabkan pemimpin-pemimpin Turki Muda telah melarikan diri. Pada waktu itu, Mustafa Kamal bebas untuk melakukan sebarang tindakan yang dikehendakinya iaitu misalnya beliau telah berundur ke Anatolia yang terkenal dengan kawasan gunung-ganang sebaik sahaja Britain dan sekutunya menguasai Istanbul.26 Setibanya di sana, Mustafa telah menyusun barisan pertahanan daripada berbagai-bagai kelompok dan yang amat menariknya ialah beliau telah mengisytiharkan perjuangannya atas nama islam. Berhubung dengan ini, beliau telah mengisytiharkan bahawa tujuan perjuangannya sebenar ialah bagi membebaskan bumi Islam, Rakyat Muslim, dan juga sultan/khalifah daripada cengkaman kafir.27 Begitu hebatnya pengisytiharan yang dilakukan oleh Mustaffa Kamal sehinggakan beliau mendapat sokongan daripada para ulama dan syaikh tariqat yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan membebaskan Anatolia dan wilayah Turki Uthmaniyah.28

Rakyat telah menyanjungi Mustafa Kamal sebagai seorang ghazi (pejuang agama Islam) namun sanjungan itu rupa-rupanya cuma akan menyebabkan para pencinta ilmu berasa

Dr. Abdullah Azzam, 2007. Turki Negara Dua Wajah. Kuala Lumpur : Alam Raya Enterprise. Hlm. 52. H.C. Armstrong,1933. Gray Wolf, Mustaffa Kemal : An Istimate Study of a Dictator. New York: MINTON, BALCH & COMPANY. Hlm. 164. 26 Fadhlullah bin Jamil.2007. Islam di Asia Barat Moden, Penjelajahan dan Pergolakan. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn.Bhd, hlm 170. 27 Bernard Lewis, The Middle East and The West, Harper Torch-books, Harper and Row Publishers, New York, 1996, hlm. 107; dan Edward Mortimer, Faith and Power: The Politics of Islam, hlm.132.25

24

Sayyid Ahmad Sharif, pemimpin gerakan Sanusi dan juga Ustaz Badiuzzaman Said Nursi menyertai perjuangan yang dipimpin oleh Mustaffa Kamal.

28

9|Page

amat pilu sebaik sahaja mengikuti aktiviti-aktiviti tokoh itu selanjutnya. 29 Semasa perjuangan pembebasan Turki sedang berlaku, pihak sultan Uthmaniyah menjadi lumpuh dan hanya mampu menerima penjajahan asing sahaja. Mustafa Kamal mengambil kesempatan ini dengan menubuhkan sebuah kerajaan kebangsaan yang merdeka di Ankara dan kemudiannya secara beransur-ansur tetapi licin, dia telah berjaya menarik sokongan daripada rakyat kerana mereka sedang mabuk denagn prestasinya sebagai seorang ghazi .Tindakan Mustaffa Kamal yang berjaya mengambil sokongan rakyat dapat dibuktikan melalui pernyataan yang dikemukan oleh Edward Mortimer yang telah menyatakan, Dan Mustaffa Kamal, pada musim panas tahun1920, menghabiskan masanya yang banyak untuk mempelajari sejarah awal Islam. Apabila menziarahi kawasan kampung, beliau kerap kalinya ke masjid, mengambil bahagian dalam solat Jumaat dan pernah juga menyampaikan khutbah secara spontan bagi membincangkan pembaharuna yang ingin dilakukannya apab ila berjaya menewaskan musuh kelak.30 Apabila kemenangan telah terjamin dan kedudukannya menjadi kukuh, Mustaffa Kamal mula menunjukkan tembelangya yang sebenar. Sebagai langkah pertama, beliau telah bertindak menghapuskan Kesulatanan Uthmaniyah pada tahun 1922 dengan alasan bahawa sultan telah mengkhianati Negara.31 Pada 29 Oktober, tahun 1923 pula, Turki telah diisytiharkan sebagai sebuah republik dengan dirinya sendiri dilantik sebagai presiden. Pada mulanya, apabila kerajaan ini meluaskan kuasanya ke kawasan di luar Ankara, ia telah menemui beberapa tentangan. Tetapi, dengan persediaan yang rapi, Mustaffa telah mematahkan penentangan ini dan berikutnya pada 3 Mac 1924, Mustaffa Kamal telah membasmi Khilafah (Jawatan Khalifah).32 Langkah ini merupakan pembuka jalan kepada program yang lebih bersifat radikal dan memulakan pemisahan daripada konsep kepimpinan tradisional. Ketika Mustaffa Kemal mengemukakan usul untuk memisahkan kekuasaan politik dari khilafah, maka para anggota parlimen menentang keras usul tersebut. Meskipun mendapat tentangan keras, dia tetap berkeras untuk mewujudkan rencananya. Dia berkata kepada para anggota parlimen : Sesungguhnya kekuasaan Sultan harus dipisahkan dari khilafah dan untuk selanjutnya dihapuskan. Sama ada kamu setuju atau tidak. Sebab hal ini pasti akan terjadi. Di akhir persidangan parlimen, Mustaffa Kemal mengumumkanFadhlullah bin Jamil.2007. Islam di Asia Barat Moden, Penjelajahan dan Pergolakan. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn.Bhd, hlm 171. 30 Edward Mortimer, Faith and Power: The Poltitcs of Islam. Hlm. 133. 31 Wayne S. Vucinich, The Ottoman Empire: Its Record and Legacy, hlm. 115. 32 Ibid.29

10 | P a g e

Persatuan Kebangsaan Turki telah memutuskan dengan sebulat suara penghapusan kekuasaan Sultan. Anggota parlimen berteriak: Itu bohong!!! akan tetapi s uara tersebut tidak dipeduli oleh Mustaffa Kemal.33 Hak kebebasan parlimen dihapuskan dan dia memerintahkan supaya akhbar ditapis. Kemudian dia membubarkan parlimen ketika mereka semakin keras menetang kebijaksanaannya. Selanjutnya dia mengadakan pemilihan anggota parlimen yang baru. Namun parlimen baru ternyata lebih sengit menentangnya. Dalam situasi yang kritis tersebut, Mustaffa Kemal diselamatkan oleh Inggeris dengan mengadakan Perjanjian Luzon. Perundingan itu sendiri berlangsung selama tiga bulan, dari bulan November 1992 hingga bulan Februari 1923. Syarat dalam Perjanjian Luzon sangatlah keras disebabkan bangsa Turki membayarnya dengan harta simpanan mereka yang paling berharga, iaitu Islam dan Khilafah. Tetapi, hasil perjanjian yang diumumkan kepada rakyat Turki cuma penarikan mundur tentera pendudukan Inggeris dari ibu kota Turki, Istanbul.34 Setelah dia merasakan bahawa fungsi Sultan telah dapat dihapuskan, maka Mustaffa Kemal pun segera memperkenalkan Negara yang besifat republik. Mustaffa Kemal sendiri berpendapat bahawa sebarang pengaruh yang berteraskan agama Islam sepatutnya perlu dikikis dalam pemerintahan Turki.35 Oleh itu, Mustaffa Kemal telah menghapuskan kekhilafahan dan menyetujui suatu undang-undang baru yang akan menghukum setiap bentuk penentangan terhadap pemerintahan republik. Setiap kecenderungan seperti sikap pro dan mendukung Sultan yang telah digulingkan, dianggap sebagai suatu pengkhianatan yang perlu ditebus dengan nyawa. Pada 3 Mac 1924, suatu undang-undang yang mengisytiharkan panghapusan khilafah telah dikeluarkan, pengusiran khilafah, pemisahan agama dari pemerintahan, penghapusan mahkamah syariah beserta undang-undangnya dan

menggantikannya dengan mahkamah baru dengan undang-undang secular serta memutuskan penghapusan sekolah agama dan kemudian menggantikannya dengan sekolah negeri yang bersifat sekular semata-mata. Sebenarnya penglibatan Mustaffa Kamal dalam perjuangan pembebasan Turki itu bukanlah secara kebetulan kerana ianya telahpun dirancang begitu lama oleh pihak Freemasonry, khususnya mereka yang berketurunan Inggeris. Hal ini kerana sebelum itu, pihak Freemasonry di Turki telah mengenal pasti Mustaffa Kamal yang ketika itu berkhidmat sebagai seorang panglima tentera Turki untuk melaksanakan suatu revolusi yang akan

34

Dr. Abdullah Azzam, 2007. Turki Negara Dua Wajah. Kuala Lumpur : Alam Raya Enterprise. Hlm. 52. Ibid. hlm. 53. 35 Ibid.

33

11 | P a g e

membawa perubahan besar terhadap Empayar Uthmaniyah.36 Mustaffa Kamal sememangnya telah berhubung dengan pihak British secara sulit bagi melaksanakan Revolusi Kamalis di Turki iaitu sejak tahun 1917 lagi. Tambahan pula, beliau telah berjaya diterima oleh rakyat dan memperolehi sokongan rakyat serta para pencinta Islam untuk mempertahankan bumi Anatolia daripada serangan pihak Berikat dalam Perang Dunia Pertama. Malah, kemenangan Mustaffa Kamal sebagai ghazi di Gallipolli pada tahun 1916 juga turut disengajakan oleh British meskipun pihak Berikat terpaksa mengorbankan sekutunya iaitu Greece untuk membuka jalan agar Mustaffa memperolehi kuasa dan seterusnya menamatkan Empayar Uthmaniyah seperti yang dikehendaki oleh kuasa-kuasa besar dan sekutu mereka iaitu Freemasonry serta Zionis.37 Situasi ini ditambah lagi dengan tindakan kotor mereka apabila pihak Berikat telah member laluan kepada Mustaffa untuk menang dalam pertempuran di Anatolia. Lihatlah betapa liciknya percaturan kuasa-kuasa Barat dengan konco-konco mereka sehingga tercapainya cita-cita dan impian mereka untuk menaikkan Mustaffa Kamal Attartuck sebagai agen mereka dan sekaligus menghancurkan pengaruh Islam dan umatnya bukan sahaja di Turki, malah untuk seluruh Asia Barat serta wilayah -wilayah Islam yang lainnya apabila khilafah dilenyapkan untuk selama-lamanya. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa sememangnya Mustaffa Kamal bukanlah penyelamat agama Islam tetapi beliau merupakan pengkhianat Islam yang sangat licik dan penuh dengan tipu muslihat. Di sini dapat diperjelaskan lagi bahawa Mustaffa Kamal turut mengkhianati Islam dengan melancarkan program-program pembaharuannya iaitu melalui tindakannya mensekularismekan Turki dan perubahan yang dilakukan ini sangat ketara pada empat tahun pertama selepas Turki diisytiharkan menjadi negara republik. Segala pembaharuan yang cuba dilakukan oleh Mustaffa Kamal sememangnya menjadi lebih mudah kerana para pemerintah Turki Uthmaniyah telahpun memulakan trend ini, iaitu proses ke arah pembaratan dalam bidang pemikiran, adat istiadat dan institusi-institusi sejak zaman tanzimat lagi.38 Pada mulanya, Mustaffa Kamal telah menumpukan perhatiannya ke arah menyusun semula bidang pentadbiran, memperketatkan penguasaannya dan mensekularkan Turki agar negara itu menjadi lebih erat dengan Tamadun Barat. Semua perkara ini telah dirancang oleh beliau sewaktu hendak menjadikan negara Turki sebagai sebuah kerajaan republik lagi. Misalnya pada tahun 1923 iaitu pada musim36

Nik Azran dan Mohd. Mahdi, Gerakan Freemasonry: Musuh Dalam Menghancurkan Islam, hlm. 174. Ibid, hlm 177-180. 38 Fadhlullah bin Jamil.2007. Islam di Asia Barat Moden, Penjelajahan dan Pergolakan. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn.Bhd, hlm 173.37

12 | P a g e

bunga, bagi memperketatkan kuasanya ke astas hal-ewal dalam negeri dan untuk membantu Ismet Inonu, orang kanannya, memperkukuhkan kedudukannya sebagai perunding bagi pihak Turki di Persidangan Lausanne, Mustaffa Kamal telah membentuk satu pertubuhan yang dikenali sebagai Partai Republik Rakyat (Peoples Republican Party). Namun sejak penubuhannya, parti itu telah disusupi oleh pihak Freemasonry yang menguasai perjalanannya daripada dalam.39 Sejak itu juga, Partai Republik Rakyat telah dijadikan sebagai alat untuk membawa perubahan dalam negara iaitu Mustaffa kamal cuba untuk mewujudkan suasana demokrasi yang membenarkan para anggota parti untuk berbincang secara bebas antara sesama mereka sendiri, sebelum mereka bersidang selaku para perwakilan dalam Dewan Kebangsaan Agung.40 Begitulah cara Mustaffa Kamal bermain politik dan cuba mengabui mata rakyat dengan memperkatakan demokrasi, meskipun dari segi amalan segala aktiviti kepartian diawasinya dengan ketat. Dunia selama ini turut mengetahui bahawa Turki telah memperolehi kemerdekaaannya kerana kecekapan diplomasi Ismet Inonu sehinggakan parti Berikat terpaksa menghormati kedaulatan rkyatnya. Rentetan peristiwa itu, maka semua orang berasa berbangga bahawa Turkilah satu-satunya negara Islam yang berjaya membebasbkan diri semasa benar-benar berada dalam cnegkaman kuasa Barat. Tetapi, sebuah dokumen telah dijumpai dan mengatakan bahawa sebenarnya kemerdekaan yang Turki perolehi iru tidaklah bersih daripada sebarang ikatan kerana hakikatnya ialah pihak Barat hanya bersetuju untuk menghormati kedaulatan Turki. Justeru, melalui campur tangan golongan freemasonry pula, Mustaffa kamal telah bersetuju untuk membaratkan Turki dan mengikis unsur-unsur yang berteraskan Islam sehinnga ke akar umbinya serta menjaga kepentingan-kepentingan Barat sahaja.

4.0 PENGKHIANATAN DARI SEGI SOSIAL

Mustafa Kamal Ataturk telah melakukan banyak pembaharuan yang seringkali bercanggahan dengan nilai- nilai agama Islam. Dalam bidang sosial, pada tahun 1934, Mustafa Kamal telah mewajibkan penggunaan nama keluarga bagi setiap rakyat Turki. Beliau sendiri telah mengambilHarun Yahaya, The Knight Templars, hlm. 161. Fadhlullah bin Jamil.2007. Islam di Asia Barat Moden, Penjelajahan dan Pergolakan. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn.Bhd, hlm. 174.40 39

13 | P a g e

gelaran Ataturk yang bererti Bapa Turki. Manakala, pembantu kananya sendiri yang sangat setia padanya telah memakai gelaran Inonu iaitu bagi mengenangkan kejayaan ketenteraan yang dicapainya dalam Perang Pembebasan Turki di tempat yang dikenali sebagai Inonu. 41 Hal ini juga dapat dilihat dalam buku karangan Desmond Stewart apabila terdapat kenyataan bagaimana pengambilan nama keluarga itu boleh wujud. Menurut penulis itu : Until the 20th century most Turks had no last name. They followed the Moslem practice using one name, given at birth, relying on a patronymic or a word indicating some special attribute for more precise identification. In 1934 Ataturks regime ordained that all Turks take family names. His assumed name, Ataturk means Father Turk. The Prime Minister, Ismet chose Inonu, the name of the town where he had won a victory over Greek forces in 1921. 42 Sejajar dengan kejadian ini, terhapuslah gelaran-gelaran kehormat seperti Bey, Shaikh, Effendi, Hanim bagi wanita dan diganti dengan panggilan Bay bagi Encik dan Bayan bagi Puan ataupun Cik. 43 Dalam aspek feminisme, Mustafa Kamal telah memperjuangkan kebebasan wanita. Hal ini dapat dilihat apabila beliau menggalakkan mereka untuk membuang tudung, yakni mendedahkan aurat seperti wanita-wanita Eropah dan menceburkan diri dalam masyarakat. 44 Antara bidang yang diceburi wanita pada zaman itu ialah bidang -bidang yang selama ini didominasi oleh kaum lelaki. Ramai tokoh-tokoh wanita yang lahir dari gerakan kemalism ini iaitu Nezihe Muhittin, pengasas parti politik wanita pertama di Turki, Sabiha Gokcen iaitu juruterbang pesawat perang wanita pertama di dunia dan Safiye Ali iaitu doktor pertama Turki. Pada masa itu, Ataturk digelar sebagai sumber inspirasi kepada wanita. Walhal, mereka tidak sedar bahawa mereka telah diperalatkan agar terkeluar dari landasan Islam. Bukan sesuatu yang salah bagi wanita menuntut ilmu tetapi perlulah menjaga batas -batas yang telah ditetapkan dalam agama Islam. Walauapapun, bentuk kejayaan yang dicapai oleh wanita Turki sehingga kini, ia tidak akan bermakna sama sekali sekiranya wanita melepaskan tugas asalnya iaitu mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti. Sambil memetik kata- kata penyair Jalaludin Rumi yang memulakan perjalanan sufinya di Turki :Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications, Shah Alam, Hlm 179. 42 Desmond Stewart, Life World Library : Turkey, Time Life Books, New York, hlm 73. 43 Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications, Shah Alam, Hlm 180. 44 H.C Armstrong, 1933, Gray Wolf : Mustafa Kemal An Intimate Study of a Dictator , Minton, Balch & Company, New York, hlm 311.41

14 | P a g e

wanita ialah cahaya dari Allah, dia bukan sekadar untuk dikasihi tetapi ciptaan Allah yang istimewa. Bagi Atarurk wanita adalah satu makhluk Allah yang perlu dikeluarkan dari kepompong Islam. Dalam agama Islam, wanita memakai pakaian yang menutup aurat dan memakai purdah dan tidak keluar dari rumah untuk menjaga batasnya dari bukan muhrimnya. Ataturk telah mengkhianati agama Islam dengan merosakkan akhlak wanita Islam. Menurut Lord Eversley, a measure of still greater significance was his approach to the seclusion of women. The problem had been a source of prolonged controversy in the Moslem world. Women had been excluded from every social field by hidebound laws, and the institution of Purda or veil had merely reduced them to the status of drudges. Ataturk knew that the nation could not march ahead without the serious active participation of women in national life. 45 Ataturk juga telah menganjurkan supaya para wanita bercampul gaul dengan bebas dalam majlis-majlis sosial dan beliau turut menari di khalayak ramai. 46 Dalam agama Islam, tidak dibenarkan untuk lelaki dan perempuan untuk menari bersama kerana bukan muhrimnya dan itu adalah haram apabila memperlihatkan tubuh seorang wanita kepada bukan muhrimnya. Bukan itu sahaja, bahkan telah diwujudkan acara-acara peraduan ratu cantik di bandar-bandar sehinggga pada tahun 1932, ekoran daripada itu seorang gadis Turki dipilih sebagai Miss Europe atau ratu cantik Eropah. 47 Ataturk juga telah memberi kaum wanita peluang mengundi di dalam pilihan raya dan menjanjikan mereka hak mengundi di Dewan Persidangan Rakyat.48

Akhirnya pada tahun 1934, kaum wanita dibenarkan untuk

mengundi dalam pilihan raya Parlimen dan pada tahun 1935 seramai 17 orang wanita telah dilantik sebagai wakil rakyat. 49 Sementara itu, pada tahun 1932 para pelajar lelaki dan perempuan telah dibenarkan untuk belajar bersama melalui sistem co-education seperti yang terdapat di Tamadun Barat. Dengan kejatuhan empayar Turki telah melahirkan harapan wanita untuk memainkan perananLord Eversley, 1918, The Turkish Empire its Growth And Decay, Premier Book House , Katchery Road, Lahore, hlm 421. 46 Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications, Shah Alam, Hlm 178. 47 Ibid 48 Ibid 49 Bernard Lewis, 2002,The Emergence of Modern Turkey, Royal Institute of International Affairs , hlm 28845

15 | P a g e

penting dalam social dan kemenangan Turki dalam Perang telah memberi wanita satu peluang. Halide Edib, mahasiswa dari American Girl College telah menjadi seorang sarjan untuk memimpin peperangan dan beliau telah mewakili wanita. 50 selain itu juga, akibat dari pemikiran Kamal Ataturk telah mempengaruhi Ismail Hakkiki iaitu dekan Fakulti Seni telah membenarkan wanita dan lelaki menghadiri kelas secara terbuka. Hal ini membolehkan kejadian maksiat berlaku dan tidak manis dipandang orang sekeliling. Mustafa Kamal Ataturk juga telah membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi sesuai dengan kehendak Barat. Keadaan ini menyebabkan ramai Muslim yang terikut-ikut dengan gaya Barat yang mengejar fesyen sehingga melupakan agama Islam yang mengkehendaki kesederhanaan dan menutup aurat dalam Islam. Ataturk adalah seorang pengkhianat dalam agama Islam kerana telah menjadikan umat Islam tiada beza dengan orang Barat. Menurut Kamal Ataturk : nations that persist in remaining at the intellectual stages of middle ages are destined to disappear from the face of the earth. The Turk must become affiliated with an international civilization and this in fact must also be plainly shown in her external appearance.51 Petikan ini menunjukkan betapa Ataturk sangat mengagungkan Barat sehingga hendak mengubah rakyat Turki dan negara itu melalui corak pemerintahannya. Manifesto beliau dalam pembaharuan telah didemonstrasikan dengan membuang pakaian dan cara hidup Islam dalam masyarakat Turki. Pada Ogos 1925, Ataturk dan rakannya telah memakai topi Panama. Ini bertujuan untuk membina tema pemakaian moden daripada pemakaian Islam. Pemakaian Topi ini telah dikuatkuasakan oleh Undang-Undang Topi dan menjadi pemakaian kebangsaan Turki. Dia mewajibkan rakyat Turki memakai topi, padahal masa itu topi adalah simbol kekafiran dalam pandangan bangsa Turki Muslim. Maka sudah tentunya mereka menentangnya.52

Sesiapa yang menentang akan digantung di tiang lapangan yang terdapat di

Bandar. Kejadian ini disaksikan oleh penduduk tempatan Turki dan dia menceritakan :

Desmond Stewart, Life World Library : Turkey, Time Life Books, New York, hlm 76. Lord Eversley, 1918, The Turkish Empire its Growth And Decay, Premier Book House , Katchery Road, Lahore, hlm 420. 52 Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur, hlm 55.51 51

50

16 | P a g e

waktu itu saya melalui sebuah lapangan. Dan saya lihat beberapa tubuh yang telah kaku tergantung dia atas tali gantung. Ada sesuatu pemandangan yang tidak mampu ku lupakan. Iaitu ketika aku melihat janggut putih yang menempel di dagu mayat tersebut terbang oleh tiupan angin. 53

Ataturk sangat memegang tinggi bendera nasionalisme Turki dan mengembalikan akidah paganism bangsa Turki konu, seperti penyembahan terhadap serigala putih (Bozkorat), yang mereka pernah lukis pada kepingan surat. Mereka juga telah mencipta sebuah lagu yang mempunyai lirik mengagungkan Genggis Khan sebagai tuhan. Kekasihnya sulitnya, khalidah Adib iaitu wanita Yahudi menulis sebuah buku yang diberi judul Thorana Baru, Moire Cohan, orang Yahudi menulis buku berjudul Kemalisme dan Ar-Ruh At-Turkiyah. Dalam buku tersebut, dia mengatakan sesungguhnya Tuhan Kemaliyah yang mereka sembah sejak semula adalah Qaumiyah iaitu kebangsaan.54 Demikian pula halnya penyair tempatan Thayacook Albe, dia pernah mengatakan demikian : saya mengaku berasal dari tiga iaitu umat Turki, umat Islam dan peradaban Eropah.55 Dalam pada itu, Undang-undang Awam Turki yang baru telah digubal dan telah mengharamkan poligami, membenarkan perkahwinan dengan cara berda ftar iaitu mengikut undang-undang sivil dalam kalangan umat Islam dan akad nikah yang diwajibkan dalam Islam hanya dibenarkan untuk sesiapa yang ingin melakukannya sahaja. Oleh itu, semua rakyat Turki sama ada Muslim atau bukan Muslim dikendalikan oleh satu undang-undang yang sama.56

Pada 1928, fasal yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi dan agama

Negara Turki telah dihapuskan daripada perlembagaan kebangsaan. Sesungguhnya, tindakan menggugurkan Islam daripada perlembagaan itu, hanyalah merupakan satu langkah yang formal semata-mata, kerana sebelum itupun catatan nama Islam dalam perlembagaan tidaklah memberi sebarang erti, memandangkan dari segi amalan Islam tetap tercemar dan terhakis pengaruhnya melalui tindakan undang-undang dan ketenteraan oleh regim Mustafa Kamal. 57

Ar-Rajulu ash-shabanamu, hlm 320. Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur, hlm 56. 55 Ibid. 56 Bernard Lewis,1968,The Emergence of Modern Turkey, Royal Institute International Affair, hlm 273. 57 Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications, Shah Alam, Hlm 177.54

53

17 | P a g e

Kemudian pengkhianatannya juga terserlah lagi dengan tindakannya menghapuskan huruf Arab yang dipakau sebagai symbol orang Turki dan dipakai untuk menulis semua buku peninggalan Islam seperti fiqh, Hadis, Tafsir dan Tarikh. Dengan cara tersebut Ataturk berjaya melaksanakan reformasi bahasa sebagai mengikis pengaruh Islam dalam kehidupan rakyat Islam dan berjaya memisahkan bangsa Turki secara total dari agama dan warisan mereka.58 Berhubung dengan hal ini, istilah Arab yang menjiwai bahasa Turki Uthmaniyah telah sama sekali dilenyapkan penggunaannya atas alasan untuk mentamadunkan bahasa Turki agar kedudukannya setanding dengan bahasa-bahasa Eropah. Sejajar dengan itu, dia telah mewajibkan rakyat Turki untuk menulis dalam huruf Rumi. Huruf-huruf Al-Quran telah diharamkan penggunaannya. Hal ini telah menimbulkan kekecohan tertentu seperti apabila penggunaan huruf-huruf Al-Quran diharamkan maka ia menyebabkan generasi muda Turki dan keturunan yang akan dating tidak dapat lagi membaca al-quran dan mempelajari hadithhadith agama. Sesiapa yang tidak menguasai huruf latin atau rumi akan dihukum seperti pengharaman kerja, menarik balik kewarganegaraan, pengusiran dari tanah air dan penjara.59 Ataturk merupakan seorang pengkhianat yang besar yang bertanggungjawab memusnahkan empayar Turki Uthmaniyah. Pelbagai kerosakan dan rancangan telah direncananya. Pada tahun 1935, regim Mustafa kamal telah menukarkan hari kelepasan bagi republik Turki iaitu hari Jumaat kepada hari Ahad supaya kedudukannya itu sejajar dengan amalan antarabangsa, khususnya di Barat. Walhal, kelepasan cuti perlulah diberi mengikut hukum Islam kerana pada hari itu terdapatnya hari Jumaat sedangkan hari Ahad iaitu Sunday adalah lebih kepada kebaratan kerana menyambut tuhan matahari. Pada waktu yang sama, muzik tradisional yang dahulunya dipengaruhi alunan Arab telah diharamkan dan diganti dengan muzik klasik Barat. Hal ini berikutan Ataturk yang menganggap muzik alunan Arab itu adalah muzik yang mundur. Dalam pada itu juga, seni khat yang selama ini menjadi kebanggaan umat Islam hanya tinggal sebagai satu amalan orang tua dan orang tertentu sahaja. Seni lukis dan ukiran menurut stail Barat telah dipopularkan. Dalam bidang kesusateraan pula, perhatian telah diberi kepada penulisan sajak dan pementasan drama yang berbau Barat.

Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur, hlm 56. H.C Armstrong, 1933, Gray Wolf : Mustafa Kemal An Intimate Study of a Dictator , Minton, Balch & Company, New York, hlm 226.59

58

18 | P a g e

Selain itu, sesuai dengan dasarnya untuk membaratkan Turki, Mustafa Kamal yang durjana telah menukarkan status Masjid Aya Sofya dan Masjid Al-Fatih kepada sebuah Muzium.60

Dia telah

memusnahkan rumah Allah yang digunakan untuk beribadat kepada Allah selama ini. Segala kesan sejarah dan alat kebudayaan dipamerkan di sana. Perbuatan paling menggemparkan yang dilakukannya ialah dia secara bongkak telah memerintahkan supaya azan iaitu bang yang menandakan waktu solat bagi umat Islam ditukarkan kepada bahasa Turki. Kalimah Allahu Akbar diterjemahkan menjadi Allah Buyuk. Pertukaran kalimah ini mendapat tentangan hebat daripada pencinta Islam. Selain itu, Ataturk juga telah memerintahkan supaya terjemahan Al-Quran sahaja yang dibaca, iaitu dalam bahasa Turki dan bukan Arab. Begitulah dahsyatnya perbuatan makhluk ini yang mengikut hawa nafsu seorang pemimpin . Melalui usahanya itu menunjukkan betapa Mustafa Kamal telah menunjukkan keazaman yang kuat untuk mengikis pengaruh Islam terhadap bangsa Turki. Bukan itu sahaja, ketaksubannya untuk memusnahkan Islam dari pandangan Turki juga dapat dilihat dengan bukti-bukti kejadian seperti dia telah membangunkan ladang contoh untuk memelihara lembu dan babi. Hal ini bermaksud untuk menentang semua nilai Islam yang luhur, mendirikan patung dan tugu berupa dirinya di setiap tempat sebagai tanda beliau mengaku dirinya sebagai Tuhan. Pada tahun 1926, Ataturk juga telah menggantikan kalender barat untuk menggantikan kalender Hijriah, menghapuskan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha dan yang paling penting dia telah melarang kaum muslimin Turki mengerjakan ibadah haji dan melarang kaum wanitanya memakai hijab iaitu tudung.61

Pendek kata, Mustafa Kamal

Ataturk memerintah Turki secara mutlak dan outokrasi, seolah-olah tiada seorang pun di Turki yang mampu memerintah sepertinya. Dia pernah mengatakan : saya adalah Turki dan Turki adalah saya. Saya adalah paru-parunya untuk bernafas. Setiap usaha untuk menghancurkanku adalah usaha untuk menghancurkan Turki. 62

Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications, Shah Alam, Hlm 179. H.C Armstrong, 1933, Gray Wolf : Mustafa Kemal An Intimate Study of a Dictator , Minton, Balch & Company, New York, hlm 227. 62 Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur, hlm 57.61

60

19 | P a g e

Demikianlah Mustafa Kamal Ataturk melanjutkan usahanya untuk menghancurkan Turki dan menghapuskan agama Islam dari permukaan bumi. Dia hendak menghapuskan agama yang telah meninggikan bangsa Turki, sehingga Turki da;pat menguasai dunia selama lima abad berturut-turut. Dan dia telah melanjutkan program penghancurannya terhadap semua tiang yang menumpang daulah Islamiah yang menjulang tinggi itu. Sehingga akhirnya, Turki berubah menjadi bangsa yang lemah dalam segala aspek kehidupan.

5.0 PENGKHIANATAN DARI SEGI EKONOMIMenjejaki sejarah pemerintahan kamel Ataturk Ketika Republik Turki terbentuk pada tahun 1923, negara kekuasaan beliau itu tidak mempunyai modal, industri, dan pengetahuan. Perang yang berlaku telah menghancurkan tenaga kerja, manakala pengeluaran pertanian berada pada tahap yang rendah, dan dibebani hutang luar negeri yang besar apabila negara uthmaniyyah sudah muflis. Presiden Ataturk sedar beliau perlu melakukan sesuatu bagi memulihkan keadaan ekonomi Turki yang sedang berada dalam keadaan kritikal. Berpegang kepada prinsip ekonomi memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Ini dapat dilihat daripada petikan beliau.

"Nations," he said, "has destroyed the strength of the enemy. But to achieve independence we must comply with the following: national sovereignty must be supported by financial independence. The only power that will lead us to this goal is economic. No matter how big they , political and military victory can not survive unless they are crowned by economic victory. " Sekiranya dinilai secara kasar dari aspek luaran Kamal Ataturk memiliki semangat juang yang tinggi dan berusaha untuk membangunkan ekonomi Turki. Beliau seorang yang berpandangan jauh dan dengan tekad dan semangat itulah, Turki Atatrk melakukan ekspansi pertanian, pertumbuhan industri, dan kemajuan teknologi. eksport, Dalam perlombongan, sosial, perumahan,

pengangkutan,

manufaktur,

perbankan,

perkhidmatan

komunikasi, tenaga, Mekanisasi, dan daerah vital lain. Mustafa kemal memperkenalkan dengan dasar ekonomi yang tidak wujud pada zaman pemerintahan Emapayar Uthmaniyyah. Dasar ekonomi tidak hanya hanya untuk mengembangkan usaha berskala kecil dan usaha berskala besar, tetapi juga untuk mencipta strata sosial (borjuasi perindustrian dengan para20 | P a g e

petani Anatolia). Akibat sumbangannya dalam ekonomi, selain daripada sosial dan politik beliau telah mendapat kepercayaan masyarakat dan diberi gelaran bapa permodenan Turki. Sejauh manakah kebenaran itu Pada tahun 1930, kemal telah memperkenalkan etasim, iaitu menegakkan sistem monopoly atau dasar campur tangan kerajaan yang ketat dalam kegiatan-kegiatan ekonomi negara sebagai satu langkah untuk mencegah berlakunya pembolotan kekayaan oleh segelintir manusia, khususnya puak kapitalisme. Namun dasar tersebut telah dilaksanakan secara ketat telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi dalam negara menjadi lembab sebaliknya peranan kapitalis asing dari barat tetap bertambah dengan bertambahnya eksport. Parti Republik Liberal 63 (Ogos, 1930) keluar dengan program yang liberal dan mencadangkan agar monopoli negara perlu ditamat, modal asing perlu ditarik manakala pelaburan negara harus dikurangkan. Mustafa Kemal disokong nn menolak dan menyatakan sudut

pandangan "tidaklah mungkin untuk menarik modal asing untuk pembangunan penting." Pada tahun 1931, beliau menyatakan: "Dalam bidang ekonomi ... program parti statisme"64.Namun demikian, kesan Republik bebas amat kuat dan campur tangan negara menjadi lebih sederhana, lebih mirip kepada bentuk negara kapitalisme. Salah satu penyokong radikal sayap kiri, Yakup Kadri Karaosmano lu daripada gerakan Kadro (The Kader), mendakwa bahawa Mustafa Kemal menemukan jalan ketiga antara kapitalisme dan sosialisme.65 Mustafa kemal dan Ismet Inonu mempunyai misi kebangsaaan dalam mengejar ekonomi yang dikawal polis. Kemal dan Ismet berganding bahu untuk meneraju negara dan seterusnya menghilangkan kawalan asing yang menguasai Turki, dan meningkatkan komunikasi. Untuk mewujudkan keseimbangan di seluruh kawasan, kemal bertindak mengurangkan pelaburan di Istanbul, sebuah pelabuahan perdagangan antarabangsa asing, sebaliknya dana pelaburan tersebut disalurkan ke bandar-bandar yang kurang berkembang, Sebagai sebuah republik yang baru ditubuhkan republic Turki turut berdepan dengan isu krisis ekonomi . Kamel harus berurusan dengan isu-isu ekonomi bergolak Depresi Besar serta bebanan bayaran hutang Uthmaniyyah yang tinggi dikenali sebagai hutang

Parti Republik Liberal (kadang-kadang disebut sebagai Parti Republik Bebas; dalam Bahasa Turki: serbest Cumhuriyet F rkas ) adalah parti politik yang diasaskan oleh Ali Fethi Okyar pada tahun-tahun awal Republik Turki. Parti ini dianuti oleh kaum konservatif yang mencari kesempatan untuk menterbalikkan pembaharuan Ataturk, khususnya tentang sekularisme, 64 Ibrahim Kaya, Social Theory and Later Modernities, page 90 65 Mango, Atatrk, hlm 478

63

21 | P a g e

awam. Sehingga awal 1930-an, perniagaan swasta Turki tidak memperoleh kredit pertukaran. Mustahil untuk menyepadukan ekonomi Turki tanpa penyelesaian untuk masalah ini. Pada tahun 1929, Mustafa Kemal menandatangani perjanjian yang mengakibatkan penstrukturan hutang bangsa dengan Ottoman Public Debt Administration (OPDA)66. Mustaffa kemal atatruk telah membangunkan bidang pertanian dengan memberi tumpuan kepada bidang pertanian tambahan pula tigaperempat daripada masyarakat Turki tinggal di luar bandar. Selepas perang dunia pertama, tidak ada pelabur yang berpotensi mampu berfungsi sebagai sektor swasta untuk membuka kilang-kilang dan mengembangkan pengeluaran industri, Kemal Ataturk bertinda membuka kilang-kilang milik negara untuk tujuan pertanian, mesin dan industry tekstil. Untuk membangunkan sektor pertanian polisi berkaitan telah digubal antaranya memberi pinjaman dan kreadit serta pembebasan cukai kepada golongan petani.67

Akibatnya semasa pemerintahan kemal tembakau menjadi

tanaman industri yang penting, keluaran negara kasar bagi pertanian pada tahun 1923-1929 telah meningkat sebanyak 12%. Perkembangan industri pertanian tembakau merupakan pencapaian terbesar nasionalisme ekionomi turki di bawah pemerintahan kemal. Ini diikuti oleh perkembangan industri kapas yang mencapai kemuncak pada awal 1930-an apabila menjadi tanaman industri terbesar kedua di Turki. Walaupun berlaku peningkatan, namun begitu sekiranya diteliti keuntungan itu lebih dinikmati oleh golongan pelabur asing. Ini kerana turki tidak mempunyai modal, tenaga kerja yang terlatih mahupun ilmu serta sains serta teknologi moden. Dapat dilihat daripada Izmir Economics Congress yang ditubuhkan pada Februari 1923 yang disertai oleh lebih daripada seratus orang perwakilan daripada setiap wilayah yang mana lebih didominasi oleh pedagang Istanbul dan tuan tanah dari negara lain berbanding petani di turki sendiri. Penanaman dan pembuatan dalam industri tembakau di monopoli oleh Perancis di bawah capitulations daripada Empayar Uthmaniyyah. Perdagangan tembakau dan rokok itu dikendalikan oleh dua66

Ottoman Public Debt Administration (OPDA) atau Hutang Uthmaniyyah Pentadbiran Awam ditubuhkan tahun 1881, adalah organisasi yang dikendalikan Eropah yang dibentuk untuk mengumpul bayaran hutang-hutang daripada Empayar Uthmaniyyah kepada syarikat-syarikat di Eropah, hutang awam Uthmaniyyah. OPDA menjadi luas, pada dasarnya birokrasi independent dalam birokrasi Uthmaniyyah, dijalankan oleh para kreditur. 5.000 pegawai yang mengumpul cukai yang kemudian diserahkan kepada kreditur Eropah. The OPDA memainkan peranan penting dalam urusan kewangan Uthmaniyyah. OPDA merupakan perantara syarikatsyarikat Eropah yang mencari peluang pelaburan di Empayar Uthmaniyyah. Pada tahun 1900, pembiayaan OPDA yang terbesar adalah hasil daripada kereta api dan artifak industri lain. Donald Quataert, "The Ottoman Empire, 1700-1922" published 2000 67 Meliha Benli Altunisik and Ozlem tur, 2005. Turkey Challenges of Continuity and Change. Routledge Curzon Tylor & Francis Group. Hlm 18.

22 | P a g e

syarikat Perancis yang dikenali sebagai "interessee Compagnie Regie des tabacs de Usmani government dan Narquileh tobacco. Empayar Uthmaniyyah memberikan monopoli tembakau kepada Bank Uthmaniyyah sebagai badan yang terbatas di bawah "Majlis Hutang Umum". Regie, sebagai sebahagian daripada Majlis Hutang Awam, mempunyai kawalan atas pengeluaran, simpanan, dan pengedaran (termasuk eksport) dengan harga tertandingi kawalan. Akibatnya, petani Turki bergantung pada syarikat untuk mata pencarian mereka. Pada tahun 1925, syarikat ini diambil alih oleh negara dan bernama "Tekel". Walaupun turki merupakan sebuah negara pertanian, namun demikian bidang-bidang pertanian kurang diberi perhatian oleh pemimpin turki. Hasil-hasil pertanian tidak mencukupi bagi menampung keperluan rakyat dan permintaan rakyat yang semakin bertambah dan terpaksalah dibeli dari negara barat. Adakah benar pengakuan kamel untuk berjuang membela nasib rakyat.

Kemajuan industri yang semakin berkembang menyebabkan rangkaian pengangkutan turut dipertingkatkan seiring dengan kemajuan perindustrian. Mustafa Kemal menganggap pembangunan rangkaian kereta api sebagai salah satu langkah penting dalam perindustrian. Pada tahun 1927, Turkish State Railways ditubuhkan pada tahun yang sama juga beliau telah memerintahkan pembinaan jalan integrasi bagi tujuan rancangan pembangunan. Jaringan jalan terdiri dari 13.885 km jalan tidak bertar, 4,450 km jalan siap, dan 94 jambatan. Pada tahun 1935, sebuah entiti baru ditubuhkan di bawah kerajaan yang dikenali sebagai "Sose ve Kopruler Reisligi" yang akan menjadi kekuatan pendorong jalan baru selepas Perang Dunia II. Pada 1937 terdapat 22.000 km jalan di Turki terutama sistem untuk membantu kereta api. Kata-kata kemal yang berbunyi "the future lies in the skies" mendorong beliau memenuhi hasratnya untuk merintis sistem penggangkutan udara. Pada tahun 1931, Mustafa Kemal menyaksikan pesawat kebangsaan pertama MMV-1 terbang di udara. Turkish Aeronautical Association ditubuhkan pada 16 Februari 192568

. Beliau mengarahkan

pembentukan Persatuan Pesawat Turki Lottery. Wang hadiah akan digunakan untuk membayar wang hadiah lotre yang dimenangi. Bahagian utama daripada pendapatan dipindahkan untuk mendirikan kilang baru. Penghasilan dari lotere ini digunakan dalam pembiayaan projek-projek penerbangan69. Memandangkan keadaan ekonomi semakin meningkat pada ketika itu, Kamel Atatruk bertindak menubuhkan sistem perbankan sebagai punca kewangan kegiatan ekonomi,68 69

Emrence, Turkey in economic crisis (19271930): a panaromic vision. Journal Middle Eastern Studies http://www.thy.com/en-INT/skylife/archive/en/2000_1/konu10.htm#1

23 | P a g e

menguruskan dana yang terkumpul hasil daripada dasar memberikan insentif tabungan dan memperluaskan sumber-sumber yang boleh memicu dorongan industri. Pada tahun 1924, dengan inisiatif Mustafa Kemal, bank Bankasi Turki yang pertama ditubuhkan. Sehinggalah pada tahun 1931, Mustafa Kemal menetapkan Bank Republik Turki sebagai bank utama. Tujuan utama beliau adalah untuk memiliki kawalan penuh keatas kadar pertukaran. Peranan Bank Uthmaniyyah selama awal tahun sebagai bank utama perlahan-lahan berhenti. Kemudian bank-bank khusus seperti Smerbank (1932) dan Etibank(1935) ditubuhkan.

Secara kasarnya sistem ekonomi yang dibangunkan oleh kemal atatturk begitu menyumbang kepada ekonomi negara Turki yang sedang membangun ketika itu. Namun begitu, ternyata disebalik kebaikan kemal tersembunyi begitu banyak kecurangan dan akhirnya membebankan ekonomi Turki sendiri. Contohnya idea kemalisme yang dibawanya berpegang kepada konsep sekularisme70. Beliau telah mengaplikasikan konsep sekularisme dalam ekonomi sehinggakan menghalalkan segala sumber ekonomi yang haram. Beliau telah menyediakan pelbagai peluang supaya kemungkaran dan kemaksiatan berkembang. Contohnya mendirikan banyak pusat-pusat pelacuran dan judi kerana seperti mana yang diceritakan dalam riwayat hidup beliau telah menjadi tabiatnya untuk berhibur dan menghabiskan masa di tempat-tempat maksiat. Oleh itu tidak dapatdinafikan beliau banyak menghabiskan wang negara untuk kepentingan peribadi dan berpoya-poya. Akibat daripada tindakan beliau itu keadaan ekonomi Turki mula merosot. Pada tahun 1929, petani mengeluh kerana tanaman tidak menjadi. Barang Turki tidak dapat dipasarkan di Eropah, Barat pula melonggokkan barang mereka ke Turki. Barat juga enggan memberi bantuan kewangan kepada turki akibatnya turki mengalami masalah pengangguran dan inflasi yang tinggi. Ekonomi Turki juga turut dikuasai oleh Yahudi, Gerakan Free Masom (yahudi dunnama@donmeh) menjadikan ekonomi, politik dan kebudayaa sebagai target perjuangan mereka. Yahudi tidak hanya menguasai ekonomi tetapi juga merosakkan sistem sosial dan

Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis. Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, sebuah negara yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama.

70

24 | P a g e

budaya masyarakat Turki. Sehinga hari ini yahudi Donme menguasai ekonomi termasuk dalam bidang pelacuran. Cukai pendapatan terbesar Turki daripada hasil pelacuran.

Mustafa kemal turut menindas ekonomi masyarakat islam di Turki. Ini dapat di ilihat melalui pembaharuan yang dibuat oleh beliau. Kemal secara perlahan -lahan telah

menghapuskan ekonomi islam contohnya beliau telah menghapuskan undang-undang waris, faraid secara islam. Pada masa yang sama kemal juga menghapuskan kementerian Wakaf dan mambiarkan anak yatim dan fakir miskin. Pada masa yang sama juga beliau telah melarang umat islam mengerjakan haji dan umrah dengan alasan keadaan ekonomi yang tidak stabil pada waktu itu. Adakah wajar untuk seorang pemimpin berbuat sedemikian menidakkan kepada yang perlu Sedangkan sumber kewangan yang ada digunakan bagi pentinggan dirinya sendiri untuk berpoya-poya. Selama pemerintahan mustaffa Kemal beliau telah membawa bersama pembangunan ala barat yang menekankan pembangunan material semata-mata. Ataturk jelas sekali membawa masyarakat turki, terutama para elit kearah kehidupan yang hanyut diselubungi kepura-puraan, suasana politik dan ekonomi yang tidak stabil serta ditolak oleh Timur mahupun Barat.71 Kesannya ekonomi Turki mengalami Krisis ekonomi yang teruk, sehingga menjelang kematian Mustafa Kamel beliau hanya meninggalkan Turki dengan keadaan ketidak seimbangan ekonomi dan diwarisi sehingga kini. Dapat dilihat semakin hari hutang turki semakin bertambah. Kelajuan inflasi mencapai 42-60% pada tahun 1970. Penggaguran mencapai 20% dari keseluruhan penduduk. Pada tahun 1970 hutang negara sebanyak 21Milyar Dollar US. Kemudian pada tahun 1973 berkurangan menjadi 17 Milyar Dollar US. Pemerintah tunduk kepada Bank Internasional. Mereka mendevaluasi nilai Lira Turki sehingga 8 kali. Pada tahun1980, angka suku bunga membumbung sampai 30% merupakan satu angka suku bunga tertinggi dunia.

Walaupun mengakui dirinya sebahagian daripada tamadun barat dan cuba untuk meniru setiap aspek daripada kebudayaan Barat, namun Republik Turki tetap tidak diterima setaraf oleh kuasa-kuasa eropah. Contohnya permohonannya untuk menyertai Pertubuhan Ekonomi Eropah (Eropean Economy Community) sebagai satu lagkah untuk memperbaiki ekonominya sendiri ditolak oelh negara-negara Eropah Barat.

71

25 | P a g e

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah disini berdasarkan bukti-bukti dari segi politik, siosial dan ekonomi, Mustafa Kamal Ataturk adalah seorang pengkhianat agama Islam yang bertanggungjawab memusnahkan kehebatan agama Islam. Empayar Turki Uthmaniyah yang telah berkuasa di serata dunia dan meninggikan martabat Islam di mata dunia serta menja di satu lambang kehebatan Islam ini mengakibatkan Barat dengan azam yang tinggi ingin menghapuskan Islam ini di mata dunia. Maka lahirlah seorang boneka yang diperalatkan oleh Barat iaitu Mustafa Kemal Ataturk seorang pengkhianat agama Islam yang bertanggungjawab menghancurkan sistem Khilafah ataupun khalifah yang telah diperkenalkan oleh rasulullah. Hal ini menyebabkan, masyarakat Islam dibelenggu masalah sosial dan kecelaruan identiti selepas kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah. Pada masa ini, kehadiran seorang penyelamat diperlukan untuk membela nasib umat Islam dan menerapkan semula kekuatan agama yang ada pada kita. Akibatnya , tokoh-tokoh madrasah islahiyah mulai menghilang. Terasa kebuntuan umat Islam untuk merealisasikan tujuan-tujuan Islam, yang tidak akan mungkin diperolehi lagi untuk menebalkan lagi semangat individu. Di era kejatuhan Kota Baghdad oleh seorang pengkhianat agama iaitu Mustafa Kemal Ataturk, kegiatan aktiviti Islam mulai terbantut dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dan langkah-langkah yang konkrit. Mustafa Kemal Ataturk ini merupakan seorang yang telah benar-benar merubah aspek-aspek kerohanian dari pelbagai aspek. Dengan tegas kami menyatakan dia ialah pengkhianat yang telah menjadikan akidah umat Islam hancur dan ekonomi orang Islam mundur serta politik Islam di pegang oleh Barat. Betapa megahnya Ataturk ini apabila berasakan kehancurannya yang dilakukannya adalah pembaharuan yang hebat. Empayar Turki Uthmaniyah yang selama ini gah dengan kehebatan pendidikan, perundangan dan keadilan, ketenteraan, komunikasi, ekonomi telah dihancurkan olehnya atas alasan Islam adalah agama y ang mundur. Walaubagaimanapun, orang Barat berpendapat dia ialah penyelamat kerana telah melakukan pembaharuan yang bertentangan dengan Islam.

26 | P a g e

BIBLIOGRAFIRUJUKAN UTAMA Bernard Lewis,1968,The Emergence of Modern Turkey, Royal Institute International Affair Bernard Lewis, 1996, The Middle East and The West, Harper Torch-books, Harper and Row Publishers, New York, Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur Desmond Stewart, Life World Library : Turkey, Time Life Books, New York Edward Mortimer,1982, Faith and Power: The Politics of Islam, Random House, New York. Emrence, Turkey in economic crisis (19271930): a panaromic vision. Journal Middle Eastern Studies. Fadhlullah Jamil. 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk, Turkish National Commission. Harun Yahaya, 2003, The Knight Templars, M.Wajihuddin Publisher. H.C Armstrong, 1933, Gray Wolf : Mustafa Kemal An Intimate Study of a Dictator, Minton, Balch & Company, New York Ibrahim Kaya, Social Theory and Later Modernities Lord Kinross. 1968. Ataturk The Rebirth of A Nation. Great Britain: Morrison and Gibb Limited, London and Edinburgh Andrew Mango, 2002, Ataturk : the biography of The founder Modern Turkey, Kirkus Reviews Copyright (c) Vnu Bussiness Media, Inc. Meliha Benli Altunisik and Ozlem tur, 2005. Turkey Challenges of Continuity and Change. Routledge Curzon Tylor & Francis Group Nik Azran dan Mohd. Mahdi, Gerakan Freemasonry: Musuh Dalam Menghancurkan Islam Wayne S. Vucinich, The Ottoman Empire: Its Record and Legacy

RUJUKAN TAMBAHAN http://www.thy.com/en-INT/skylife/archive/en/2000_1/konu10.htm#1

27 | P a g e