Upload
kelabk
View
321
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
1/170
Areila Sahimi
1
T
AKnak, abah rengek Syakirin
persis budak kecil.
Nak ke tak nak ke
abah tak peduli. Kali ni, Kirin kena ikut cakap abah! Abah
bersuara keras.
Tapi abah Syakirin cuba membantah.
Tak ada tapi-tapi lagi. Ini keputusan abah! Abah
memotong cakap-cakap Syakirin.
Syakirin terus terduduk apabila abah sudah
membuat keputusan yang dia tidak rela langsung nak ikut.
Boleh tak pada zaman orang sibuk pegang handphone 3G,
orang sibuk main Facebook, Internet pun dah pakai
broadband, abah boleh minta dia buat perkara macam zaman
tuk kaduk. Kahwin atas dasar pilihan keluarga. Oh tidak
sungguh dia tak rela. Tak sanggup!!! Walaupun calon
suaminya itu adalah lelaki yang pernah terpahat di hatinya.Syakirin percaya pada cinta. Kalau tidak ada cinta,
masakan dia dan lelaki itu boleh hidup bersama. Tak
mungkin! Sayang dari sebelah pihak bukannya boleh bawa ke
bab
1
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
2/170
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
3/170
Areila Sahimi
3
Lagipun bukan banyak-banyak. Itu pun masa zaman sekolah.
Masa dah rasa diri tu akhil baligh, teringin sangatlah nak
kenal apa makna cinta. Tapi rasanya masa tu pun, eelyang
ada tu macam suka-suka gitu aja. Ala budak-budak sekolah,
kan memang suka simpan admire. Dia pun salah seorang
daripadanya juga.
Perasaanadmire tu pun dah lama hilang bilamana
Zaim masuk asrama. Masa tu dia dapat tahu, Zaim ni dah
mula pandai nak bercinta-cinta dengan Soea, budak RPS(Raja Perempuan School) yang duduk dekat Kampung Sri
Kinta tu. Yalah kena la terima kenyataan, budak STAR
(Sekolah Tunku Abdul Rahman) memang matchinglah
dengan budak RPS yang konon-kononnya Ratu Pilihan
STAR. Lepas tu, Zaim ke luar negara. Cinta hatinya pula
melanjutkan pelajaran di Malaysia aja.
Ikutkan dia, mana pernah nak bawa perasaan yang
entah apa-apa tu sampai ke besar macam ni. Lagipun, apabila
dah besar ni, terjumpa pula dengan Megat Zakuan yang
dirasakan seperti lelaki Melayu terakhir itu pada mulanya.
Lelaki Melayu Terakhir ke? Lebih baik panggil lelaki hidung
belang atau buaya darat jadian kat mamat sorang ni.
Kenapalah dia dipertemukan dengan lelaki yanghampeh danlangsung tak boleh pakai itu?
Kes terpaksa terima Zaim ni, abah ingat macam
dalam babak novel cinta ke? Kalau kahwin paksa pun, boleh
hidup aman bahagia orever. Ini reality la, abah. Dia tak
sanggup nak memperjudikan hidup sendiri sekalipun yang
abah berkenan tu, Ahmad Zaim Haji Hamidi. Dia ada juga
dengar-dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai, yangmengatakan begitu utuh sekali Zaim dan Soea ini menyulam
cinta. Tiba-tiba bilamana tarikh pernikahan dah dekat, pergi
putuskan hubunganpulak. Apa kes? Tak semena-mena nama
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
4/170
2 x 5
4
Nur Syakirin Abdul Majid yang kena gantikan tempat
pengantin perempuan. Apa cerita ni? Ingat cerita dah habis
sampai situ aja. Sebab memang dah berabad dah kes ni
berlaku.
Awak diam! Abah tak kira, ya Nur Syakirin. Selama
ini abah bagi kebebasan untuk Kirin berkawan dengan sesiapa
sahaja yang Kirin nak. Tapi sampai sekarang, Kirin tetap tak
ada siapa-siapa lagi. Kirin dengan Zaim bukannya tak pernah
kenal. Dah berkawan sejak kecil lagi. Takkan Kirin takkasihankan Mak Ton dengan Pak Midi. Dia orang berhajat
sangat nak buat Kirin jadi menantu. Mak Ton takut sangat
kalau Zaim tak kahwin lepas budak perempuan tu buat dekat
dia. Takkan tak boleh berkorban sikit Kirin! hambur abah
dalam satu naas.
Syakirin memandang abahnya dengan muka tak
puas hati. Sekarang abah nak bercakap pasal pengorbanan.
Tapi, kenapa dia yang dipilih? Takkan di kalangan saudara-
mara terdekat Mak Ton dan Pak Midi, tak ada yang sanggup
nak tolong. Takkanlah tak ada sorang pun yang rela
berkorban? Kenapa mesti dia yang kena berkorban apa saja.
Sudahlah pengorbanan itu pun termasuk berkorban bodi
juga. Kut ya pun Mak Ton takut anak teruna dia jadi bujanglapuk, alasan itu langsung tak boleh pakai. Apa kena-mengena
Zaim jadi bujang lapuk dengan dirinya? Kenapa pula dia yang
kena berkorban jadi isteri Zaim? Masuk akal ke nak buat
semua benda tu? Lagipun, kalau dia masih tak ada siapa-
siapa, itu bukan masalah besar padanya. Dah belum ada yang
berkenan di hati lepas tragedi putus cinta dengan Megat
Zakuan tu. Nak buat macam mana, dah nasib badan tersalah jumpa orang yang boleh dibuat jodoh. Nasib baik juga tahu
cerita sebenar sebelum sempat hidup bersama. Kalau tak
takdapek den nak nolong!
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
5/170
Areila Sahimi
5
Tapi, kenapa mesti Kirin, abah? Syakirin bertanya
sebak. Dia sedih apabila abah meninggikan suara padanya.
Sebab Zaim yang pilih. Abah bersuara rendah.
Hah??? Mulut Syakirin sudah ternganga luas.
TAKnak, ayah! bentak Zaim keras.
Ini keputusan ayah. Kamu mesti terima! hambur
Haji Hamidi.
Tapi ayah takkan tak ada orang lain? Kenapa
mesti Kirin, ayah? Zaim menukas.
Ahmad Zaim, kita dah tak ada masa. Syakirin tu
aja yang rela nak bersama-sama menutup malu keluarga kita.
Lagipun, umi dengan ayah dah lama berkenankan Si Kirin tu.Kamu aja yang sibuk terkejar-kejarkan budak perempuan tu!
Haji Hamidi membalas.
Zaim mengeluh. Ayah cakap benda betul. Gadis
yang dipuja rupa-rupanya bukanlah seperti yang dibayangkan.
Memang dia terlalu cintakan gadis itu. Tetapi dia sendiri tidak
tahu, kenapa kesetiaannya dibalas dengan pengkhianatan.
Bertahun-tahun di negara orang, dia tahankan diri daripada
tersungkur di hati gadis lain, tetapi sebaliknya pula berlaku.
Umiplease, umi. Sungguh, Zaim tak ready nak
kahwin, umi. Benda tu dah lama umi rayu Zaim sayu. Dia
sebenarnya tak memerlukan langsung mana-mana calon
sekarang ini. Nak bercinta pun dia obia, apatah lagi nak
berumah tangga. Benda ni pun dah dua tahun berlalu. Tapikenapa baru sekarang ayah dan umi nak bangkitkan isu yang
dah basi ni? Dia pun dah seronok hidup single macam ni,
kenapa ayah dan umi beria-ia pula nak carikan somebody.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
6/170
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
7/170
Areila Sahimi
7
siasat ke budak tu dah ada yang punya ke tak?Kang tak pasal-
pasal ada pula yang kena hentam sebab merampas hak orang.
Ni yang sampai sekarang masih tak aham lagi dengan
mentaliti orang veteran. Apa pelik ke, kalau umur mencecah
tahap three series, langsung tak berumah tangga lagi. Kalau
tengok betul-betul dalam kalendar kuda pun, angka tiga
puluh masih pakai lagi tau!!!
Tapi, ayah
Tak ada tapi-tapi lagi. Keputusan ayah, muktamad!putus Haji Hamidi.
Muktamad! Langsung tak ada talian hayat.
Pelampung tak ada. Dua tapak kosong pun ilek. Pilihan
objekti tak termasuk langsung. Aznil Haji Nawawi pun tak
boleh nak tolong kalau abah dah guna pakaiwordmuktamad
dia tu.Zaim masuk ke dalam biliknya dengan perasaan
berbuku di hati. Badan dihempas ke atas katil bertilam
empuk. Ayah buat keputusan terbesar untuk dirinya. Dia nak
menolak. Tapi ayah bermati-matian dengan apa yang telah
diputuskannya. Lengan kanan dia letak ke dahi. Melayang
kiran pada masa lalu antara dia dan Syakirin.
Sakitlah!!!
Tahan sikit boleh tak?
Pedihlah!
Syakirin menyapu kuat luka di tangan Zaim.
Adoi! Zaim terjerit. Mukanya berkerut-kerut
menahan pedih. Aku kalau tak sebab Kirin ni anak Pak Majid,
dah lama aku katuk kepala budak ni.
Syakirin membuat muka toya. Tak berdosa aja
gayanya. Tu la degil sangat. Siapa suruh pergi racing
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
8/170
2 x 5
8
petang-petang macam ni. Kalau ya pun teringin sangat nak
pergi berlumba, pergilah ke track, bukan mainracing basikal
jipang dekat atas jalan raya. Macam tak tau pulak luka
terkena jalan tar sangat berbisa.
Padan muka! balas Syakirin selamba.
Zaim ambil tuala Good Morning yang dah berbau
masam itu, lalu dengan sengaja dia menekup ke muka
Syakirin.
Apa ni?
Meloncat Zaim berlari sambil terhinjut-hinjut.
Syakirin membaling kasar tuala masam itu.
Hampeh!!!
Bunyi pintu bilik dikuak, mengejutkan Zaim.
Umi!
Dia bingkas bangun dan bersila menghadap umi
yang sudah duduk di atas katil.
Zaim, janganlah lawan cakap ayah. Kirin budak
baik. Umi tahu dia boleh jadi isteri yang terbaik untuk Zaim,
tutur Hajah Zaiton lembut. Ditepuk-tepuk bahu anak
terunanya itu.
Umi, boleh bahagia ke kalau main kahwin macam
ni aje? Zaim tak nampak langsung kebaikan daripada apa
yang ayah kirkan tu. Zaim bersuara.
Kenapa Zaim cakap macam tu? Kalau dah kahwin
nanti, Zaim dan Kirin sendiri yang kena saling melengkapi
untuk memastikan hidup kamu berdua boleh jadi bahagia.
Tapi umiJangan banyak tapinya. Zaim anak umi. Umi
sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak umi, tau.
Lagipun, kita kenal Kirin dengan keluarga dia. Mereka orang
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
9/170
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
10/170
2 x 5
10
S
YAKIRIN memandu laju Satria
Neonya itu merentasi Lebuh Raya
Utara Selatan. Dia memicit-micit
kepalanya dengan tangan kanan yang ditopangkan pada
tingkap kereta. Dia sebenarnya bukan pening, tetapi lebih
kepada sakit kepala dibuat abah.
Syakirin mengeluh. Seketika kemudian, dia menukar
posisi tangan yang memegang stereng. Tangan kirinya
mencari-cari CD lagu yang boleh dimainkan pada saat
kepalanya berserabut memikirkan apa lagi yang bakal terjadiselepas ini. CD mengandungi lagu campur-campur yang
diburn oleh Fiqa (teman serumahnya), dipasang kuat.
Bergegar Neomaroon 1.6 itu dibuatnya.
Dalam hingar bunyi lagu yang membingitkan
telinga itu, terdengar kuat Syakirin mendengus geram.
Betullah apa saja yang dia cakapkan sekarang ni, sorang
pun tak nak ambil peduli. Emak dah senyap aja. Abanglagilah, memang takkan masuk campur punya. Amir pula,
budak bawah umur yang tak patut nak diajak involve sekali
memandangkan Amir tu pun masih di bawah tanggungan
bab
2
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
11/170
Areila Sahimi
11
emak dan abah. Syakirin mengomel sendiri. Lagu di radio
sayup-sayup aja kedengaran di telinganya.
Untuk kesekian kalinya, Syakirin mengeluh lagi.
Hal abah malam semalam, buat dia sudah tidak betah lagi
nak duduk kat kampung lama-lama, walaupun cutinya masih
berbaki dua hari lagi. Abah jelas memaksa, siap bagi ugutan
pula tu. Kalau dia ingkar atas arahan abah, dia bukan anak
abah lagi. Ya ampun! Sampai ke situ sekali abah boleh cakap.
Macamlah abah ada anak perempuan lain, selain daripada diani. Dia nilah satu-satunya anak perempuan yang abah dan
emak ada.
Malam tadi juga, buat pertama kali dalam sejarah,
dia memberanikan diri meneleon anak orang depan rumah
tu. Emak yang bagi contact numberZaim. Dia teleon bukan
sebab dia gatal. Dia teleon sebab nakslow talk dengan Zaim
pasal hal ni. Zaim pun terkejut bila tahu yang bercakap
dengannya malam tadi, anak jirannya sendiri, merangkap
bakal bini yang entahkan jadi, entahkan tidak. Tapi apa yang
pasti, memang dia tersenyum panjang sebaik aja habis
bercakap dengan Zaim. Terasa kecilnya dunia. Rupa-rupanya
Zaim tinggal di Bangi. Dia pula menyewa di Serdang.
Walawei dekatsesangat dah tu!Malam tadi juga, dia dan Zaim sudah puas
berbincang. Tapi orang kata, bincang dalam teleon pun
bukannya boleh nak selesaikan masalah. Tak bawa ke mana
pun. Buat habis kredit aja... tak pun, meningkatkan bil.
Akhirnya dia dan Zaim ambil kata sepakat untuk
berjumpa esok saja. Sepakat membawa berkat. Tempat dah
set. Dekat ood court Rasa Alamanda. Kat situ paling sesuai.
Anggap saja hal ini bakal diselesaikan bilamana Zaim pun
sudah bersedia untuk membincangkan hal ini dengan
seriusnya esok.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
12/170
2 x 5
12
Lagi satu hal, macam mana nak bagitau Fiqa
tentang perkara ni? Aduhai... boleh baca macam mana riak
muka Fiqa apabila disampaikan cerita ni sekejap lagi. Fiqa
kenal Zaim tu. Mana tidaknya, kita orang dulu satu sekolah
rendah. Dan nak ikutkan, apa aja rahsia hati semua Fiqa tahu.
Fiqa tu sahabat yang paling dipercayainya. Fiqa tu penasihat
kiri kanan depan belakang, merangkap pembantu peribadi
yang tak dibayar gaji.
Neomaroon yang dipandu, dibelok ke kiri simpangke dalam kawasan rumah pangsa lima tingkat di belakang
Minlon ini. Rumah pangsa yang memang dah season aja
rupanya ni. Kalau nak diikutkan, Syakirin dengan Fiqa tak
pernah memilih nak duduk kat mana. Tak ada hal. Asalkan
bukan rumah setinggan. Sini murah. Kira okeylah tu
walaupun dinding dah berkulat. Tak apa, rumah kita orang
luar nampak memang macamat kos rendah, tapi kat dalam,macam kondo tu. Kondo pun tak macam rumah kita orang.
Syakirin menapak perlahan-lahan mendaki anak
tangga satu per satu. Ini ajalah yang paling tak tahan. Nasib
baik rumah kat tingkat dua aja. Nasib jugalah rumah pangsa
ni hanya lima tingkat. Dibuatnya lapan belas tingkat.
Dibuatnya li rosak. Tak ke jenuh nak memanjat anak tangga?Sampai di muka pintu rumah, Syakirin membuka
kunci mangga besar di pintu jeriji besi. Di sini tempat tinggal
ramai orang antarabangsa. Lebih kurang macam dekat Flat
Hijau, Presint 9 tu jugalah. Walaupun bukan terletak di Bukit
Antarabangsa, tapi jolokanatantarabangsa yang orang sini
berikan, memang kena dan tepat sekali. Ada dari Nepal,
Madras, Indonesia, Bangladesh. Fuhhh! Macam channelAstro. Macam-macam ada. Dekat Bukit Antarabangsa tu pun,
belum tentu ada golongan international macam dekat sini
tau. Apa yang pasti, memang kena berhati-hati. Tengok aja
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
13/170
Areila Sahimi
13
Fiqa beli mangga besargedabak ni pun, dah boleh bajet tahap
keselamatan di sini.
Sebaik sahaja mangga dibuka, cepat-cepat Syakirin
menguncinya semula. Dia memang takut kalau sorang-
sorang macam ni. Sudahlah hari pun tenang aja. Bukan nak
berprasangka, tapi tak salah kalau berhati-hati. Pintu rumah
segera dibuka dan memboloskan dirinya ke dalam rumah.
Argh!!! Syakirin menjerit apabila melihat ada
orang di dalam rumah.
Kau ni Kirin, nampak aku macam nampak
pontianak, tau tak! gumam Fiqa yang terkejut mendengar
jeritan Kirin, boleh bergegar rumahat yang dah masuk
umur orang pencen ni.
Melihat muka Fiqa yang sudah mencuka itu,
membuatkan Syakirin ketawa mengekek. Apehallah kawandia sorang ni. Menggeleng perlahan Syakirin melihat
transormasi pada diri Fiqa. Baru empat hari dia tak ada kat
rumah, Fiqa sudah berubah sampai begini sekali. Mana tak
terkejut, hari tu rambut hitam. Gaya Melayu habis. Hari ni
makai... macam kena paku karat. Very stylo! Tapi warnanya
tu macam ada yang tak kena. Apesal tak rata? Nak kata
highlight. Tu bukan!
Fiqa memandang Syakirin dengan geram. Dia
memang pantang kalau ada yang ketawa pasal rambut
barunya ni. Sebab rambut baru nilah, sudah dua hari dia
ambil EL. Malu punya pasal akibat tersalah teknik
menggunakan pewarna rambut. Cubalah kalau dia tak
termakan hasutan Jess, amoi rumah atas ni, minggu lepas.
Pasti rambut dia tak jadi macam ni.
Boleh aku tau salun mana yang buat rambut kau
jadi macam ni? tanya Syakirin bersama tawa yang masih
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
14/170
2 x 5
14
bersisa. Betul tak tahan tengok rambut baru Fiqa ni. Macam
balung ayam pun ada!Heh heh heh!
Aku buat sendirilah... jawab Fiqa dalam nada
rendah. Cermin yang dari dua hari lepas berada di atas soa,
dicapai. Memang sejak dua hari lepas jugalah, dia sibuk
membelek rambutnya yang dah jadi macam badut itu. Adoi
apa dia nak buat ni?
Sedaya upaya Syakirin menahan tawanya dari
meletus. Hurm... patutlah pun. Buat sendiri, siapa suruh.Patutnya pergi ajalah kat Salun Hairven di Alamanda tu.
Macam tak tau Kak Enny. Adik-adik yang kerja kat situ,
sangat pro dalam mewarna, menghighlight dan memotong
rambut.
Apesal kau tak pergi ke Hairven aja? tanya
Syakirin lagi sambil menggeleng kepala. Dia bangun. RambutFiqa diselak-selak. Alah... tak adalah teruk sangat pun.
Aku bukan tak nak ke sana. Kau pun tau, kan. Ini
frst time aku nak warnakan rambut. Lagipun, kat sana tu,
aku tak tau dia orang pakai pewarna apa. Yang ni, aku pakai
inai yang aku beli kat jalan TAR tu. Halal. Boleh bawa
sembahyang, ujar Fiqa. Dia membiarkan Syakirin membelek-
belek rambut barunya itu.
Syakirin mengerutkan dahi. Ye ke inai? Aku tengok
karat semacam aja ni. Jangan nak tipu akulah, Fiq. Macam
aku tak tau nak bezakan inai dengan pewarna rambut.
Fiqa tersengih malu.Kantoi.
Ala... memanglah. Tapi kau jangan risau, benda ni
halal, kata Fiqa yakin.
Syakirin menjongket bahu. Dia pun tak berani nak
jamin yang pewarna rambut yang ada di pasaran tu halal ke
tak. Lagipun, dia tak minat langsung nak tukar warna rambut
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
15/170
Areila Sahimi
15
yang dah semula jadi hitam ni. Biarlah... Dia suka Nicole
Scherzinger, bekas penyanyi kumpulan Pussycat Doll itu
sebab rambut hitamnya. Dia bukan Pan Asian yang nak
rambut warna perang. Perang macam mana pun, dia tetap
Melayu tulen. Takkanlah belacan nak jadi keju kut. Dan nak
cakap lebih-lebih pasal hukum mewarnakan rambut yang
macam Fiqa buat ni errr susah nak cakap. Dia pun
bukannya terror sangat nak cakap soal agama. Yang basic-
basic tu, taulah. Dia ni pun, tudung terbang entah ke mana.Pakai tudung masa kat sekolah aja. Itu pun sebab sebahagian
daripada peraturan. Kalau tak, jangan haraplah!
Sekarang ni, kalau nak balik kampung aja baru
bertudung litup. Nak kena parang dengan abah kalau balik
rambut mengerbang macam hantu langsuir. Jangan dibuat
dengan abah. Pantang sungguh anak dara yang sorang ni
buat perangai macam ni. Tapi, sekerat jalan nak balik ke KL,tudung terbanglah.
Susahnya hidup jadi orang hipokrit dan plastik ni.
Abah dan emak tak pernah tahu semua ni. Maklumlah, abah
dan emak pun bukannya pernah nak datang melawat dia yang
tinggal di sini. So, buat ajalah apa yang dia suka. Tak ada
siapa yang nak pantau pun. Janji, tak buat yang bukan-bukan.Pernah juga dulu-dulu, masa The Castle tengah buka kat
Bangsar, dia pergi mencucuk langit di situ. Adalah dua tiga
kali masuk. Konon nak merasa keadaan malam minggu di
pusat hiburan yang selalu sangat dikatakan happening tu.
Tapi, memang tempat tu tak kena dengan tastelah. Baik taste
dia ataupun Fiqa. Sesak dan menyakitkan telinga. Sakit mata
juga. Nak dijadikan cerita juga, kat The Castle tu la diaberjumpa dengan Megat Zakuan. Patutlah hubungan tak
berpanjangan. Dah berjumpa pun dekat tempat macam tu.
Jadi, sendiri mahu ingatlah. Lupikirlah sendiri!
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
16/170
2 x 5
16
Eh, cakap balik Rabu, kata Fiqa tiba-tiba.
Cermin yang digunakan untuk membelekrambutnya itu, diletakkan kembali di atas soa. Pelik.
Diberitahu hari tu, katanya nak balik bercuti. Katanya nak
bercuti sakan. Sombong sangat. Beria-ia keluar dari bilik bos
dengan hidung kembang sebab cuti seminggunya diluluskan.
Hari ini, rasanya baru tiga hari bercuti, teman yang sorang ni
dah kembali ke sarang. Apa hal?
Syakirin melepaskan keluhan. Aku ada besar punyamasalah....
Giliran Fiqa pula ketawa. Alah... macam tak kenal
budak seorang ini. Lampu rumah tak boleh menyala pun dia
kata masalah besar juga.
Apa masalah yang besar sangat tu? Aku tengok
beria-ia aja dahi tu berkerut. Masalah negara ke? tanya Fiqalagi.
Lebih kurang gitulah....
Fiqa laju menaikkan kaki ke atas soa. Dia duduk
menghadap Syakirin. Bunyi macam cerita best ni. Lagi-lagi
cerita dari kampung. Dah lama juga tak updated story orang
kampung. Akak suka... akak suka...! katanya riang di dalam
hati.
Syakirin memandang wajah Fiqa. Fiq Fiq! Kau
dari sekolah sampai sekarang, pantang kalau aku cakap ada
cerita baru. Automatik kau terus jadi macam ni. Excited
semacam! getus Syakirin di dalam hati.
Abah aku paksa aku kahwin, jawab Syakirin
lemah.
What??? Fiqa separuh menjerit. Whooo biar
betul! Dia yangsound trouble atau Kirin yang tersalah cakap.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
17/170
Areila Sahimi
17
Fiq, kau boleh tak jangan nak jerit kuat-kuat
macam tu. Aku belum pekak lagi tau!
Abah kau paksa kau kahwin? tanya Fiqa seakan
tidak percaya.
Haah... jawab Syakirin sambil mengangguk
lemah.
Habis, kau terima?
Syakirin mengangguk lagi.Fiqa membuntangkan matanya.
Apehal ni? Dulu cakap lain... sekarang lain pula
jadinya. Dulu kata tak mainlah kahwin pilihan orang tua.
Kata nak pilih sendiri, kata Fiqa mengingatkan.
Tu aku taulah. Tapi aku dah tak ada pilihan. Kau
tau, kan abah aku tu macam mana?Fiqa menaikkan mata ke atas. Yalah... aham sangat
dengan Pak Majid tu. Dia pun bukannya berani sangat dengan
abah Kirin yang garang semacam tu. Mengerikan!
Habis tu, siapa calonnya yang abah kau berkenan
sangat nak dipasangkan dengan kau tu? tanya Fiqa.
Ahmad Zaim.
Ngehhh mulut Fiqa sudah terbuka luas.
CERITAmereka dulu-dulu.
Nah!!! Fiqa menghulurkan dompet Syakirin yang
tertinggal di dalam kelas. Bibirnya mengukir sengih nakal.
Iniapehalsengih semacam aja ni? tanya Syakirin
lagi. Majalah Galaxie yang baru dibeli di Bright N Nobel
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
18/170
2 x 5
18
semalam, selamat diseludup masuk ke sekolah. Selamba aja
dia baca majalah tersebut di tepi padang. Macamlah ini bukan
benda salah. Kalau baca novel cinta, adalah ampunnya juga.
Ini baca Galaxie yang terang-terangan setiap muka surat ada
gambar seksi apabila dibuka.
Ini kalau terkantoidengan pengawas, memang sah
bungkus macam nasi lemaklah jawabnya. Tapi tak ada hal!
Bilik disiplin tu dah macam rumah kedua. Cikgu disiplin tu
dah macam bapak angkat pun ya. Ingat dekat rumah adamasa ke nak baca benda-benda ni semua. Tak ada maknanya.
Ingat abah nak bagi ke tengok benda-benda yang merosakkan
kepala otak ni. Itu denisi abah. Pada dia, alah... sebulan
sekali nak baca majalah buatrelease tension lepas baca buku
ilmiah, salah ke? Abah tu memanglah... semuanya tak boleh.
Semuanya salah. Rumah tu dibuat macam kem PLKN aja.
Semuanya kena ikut peraturan. Abah tu macam mejar bersaraaja. Padahal, abah pegawaigomen dekat pejabat tanah negeri
aja. Sangat diktator cara mendidik anak-anak. Tak lalu!!!
Fiqa sengih tak habis. Dia tersenyum penuh makna.
Pap!!!
Peha Fiqa dipukul dengan Galaxie di tangan.
Apehal kau? Tersengih-sengih macam kerang
busuk.
Fiqa tersengih lagi.
Syakirin menggeleng perlahan. Apa teringin sangat
ke nak masuk Tanjung Rambutan, sengih-sengih macam tu.
Fiqa dibiarkan sahaja. Letih nak melayan Fiqa ni.
Kau Kirin, tak patut... kata Fiqa dalam nada
rendah. Senyumannya masih setia lagi di bibir.
Apa yang tiba-tiba tak patut ni? tanya Syakirin
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
19/170
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
20/170
2 x 5
20
terpandangkan sekeping gambar yang memang dia kenal
sangat. Apa maknanya letak gambar jiran depan rumah dalam
dompet? Itu yang menimbulkan tanda tanya. Bila buat
kesimpulan sendiri, mulalah kir yang maknanya tuttt.
Faham-aham sendiri dahlah!
Syakirin membuka kasar dompet duitnya. Kureng
betul Fiqa ni! Memandai aja dia. Syakirin membelek satu per
satu kad nama di dalam dompet duitnya. Betul! Dia dah tak
tau macam mana nak cover malu. Selama ni apa yang diarasa, dia simpan sendiri. Mana pernah nak sharing benda-
benda ni semua dengan orang lain, hatta dengan Fiqa
sekalipun. Malulah nak mengaku yang dia niadmire dengan
anak jiran depan rumah sejak dari sekolah rendah lagi. Dia
diam aja. Lagipun Zaim tu anggap dia macam adik aja. Tak
pun Zaim anggap dia ni sekadar teman untuk main aci
jengket, main guli, main getahzero point aja kut. Dia ni yangmelebih-lebih sampai boleh terbawa-bawa macamlah diri tu
dah besar sangat. Sampai dah pandai nak simpan perasaan
pada anak teruna orang. Makan minum pun mak abah yang
tanggung lagi, dah pandai nak bercinta-cinta pula.
Fiq, kau janji dengan aku, ni rahsia kita tau, pesan
Syakirin.Laaaapesalkau tak bagitau Si Zaim tu?
Eh! Kau ni dah gila ke? Nak bagi tujuh keturunan
aku malu ke? Diakan dah ada Soea, budak RPS tu. Lagipun
diakan dah nak ke oversea. Mananya nak layan budak kecik
macam aku ni.
Eh... kau ingat budak SMKKPPI macam kita ni tak
ada kelas ke?
Eee Fiqa ni! Apa kelas-kelas. Ingat Kelas
Memandu Ravi ke?
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
21/170
Areila Sahimi
21
Janji dengan aku, Fiq. Kalau dia tau, malu gila
aku. Pindah rumah aku. Tak sanggup lagi dah nak berjiran
dengan dia.
Kau admire ke... atau kau memang betul-betul
suka.
Admirelah!
Teori aku mengatakan yang ia lebih macam suka
aja.
Aku nak masuk kelas!
Syakirin mengangkat punggung. Dia tinggalkan
Fiqa dengan teorinya yang bukan-bukan itu. Teori sains pun
tak berapa nak pandai lagi, dah masuk teori suka, apa ke
bendanya tu.Blahlah kau Fiq!
EH kau ni apa hal? Kusyen kecil dibaling ke muka Fiqa.
Tersentak Fiqa sejenak. Dia tersenyum. Bukan ke
temannya ini mendapat lamaran daripada lelaki yang dia
pernahadmire bagai nakrak zaman sekolah dulu.
Kalau dengan Ahmad Zaim, tu aku pun setujujuga. Fiqa ketawa kecil.
Laju Syakirin bagi jelingan maut pada rakannya
itu.
Lagi kuat ketawa Fiqa apabila tidak semena-mena
dapat jelinganree daripada Syakirin.
Kenapa kau ketawa, Fiq?Aku rasa macam kelakargilerpulak bila kau kata,
kau kena kahwin dengan Ahmad Zaim tu. Yalah, kan...
punyalah kecik-kecik dulu korang selalu main kahwin-
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
22/170
2 x 5
22
kahwin. Kalau main mak-mak pun, kau mesti volunteernak
jadi mak, Zaim tu jadi bapak. Fiqa ketawa tak habis lagi
apabila terus mengenangkan zaman kanak-kanak mereka.
Syakirin tersenyum geram mendengarkan kata-kata
Fiqa itu. Memang betul pun!
Aku rasa macam tak percaya pun ada, kata Fiqa
lagi.
Fiqa tahu yang Syakirin memang sukakan Zaim
sejak kecil lagi. Zaim tu berkubang air bomba masa nak
berkhatan dulu pun, Syakirin juga yangvolunteerjadi tukang
pegang tuala mamat tu. Zaim jatuh basikal jipang pun,
Syakirin juga yang jadi misi tak bertauliah tolong sapu
minyak gamat kat luka Zaim. Zaim main bola dekat padang
sebelah surau, Syakirin juga jadi ketua pasukan sorak untuk
pasukan Kampung Chempaka Sari.Kalau rasa macam tak percaya, aku ni lagi la!
keluh Syakirin berat.
Isy! Biar betul kau ni? kata Fiqa dengan ketawa
yang masih bersisa. Ingatannya masih tidak terlepas daripada
mengenangkan zaman kanak-kanak mereka. Banyak benda
yang Zaim buat, Syakirin pun ada sama. Cuma bilamana
Zaim masuk asrama STAR, terus aja mereka masing-masing
menjauhkan diri. Bila tahu Zaim buat skandal dengan budak
RPS tu, lagilah mereka terus tak bertegur sapa. Masa tu cuba
juga korek apa yang Syakirin rasa. Tapimak cik ni kata, dia
admire aja. Bukannya suka. Alah... itu ayat selamat. Macamlah
dia tak tau.
Fiq, ni bukan benda kelakar. Tak ada sebab pun kaunak ketawa sampai macam ni tau! kata Syakirin rendah.
Kenapa?
Entah. Cuma aku tak rasa ada eel nak kahwin
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
23/170
Areila Sahimi
23
sekarang ni. Gilalah. Aku baru aja lepas rust dengan Zack,
abah aku pandai-pandai pulaadjust Zaim kat aku.
Alah... Zack tu tak boleh pakai. Aku tak kir kau
akan rust sampai macam ni. Bunga bukan sekuntum,
kumbang bukan seekor.
Halo... aku kalau nak kahwin, nak kahwin dengan
oranglah. Bukan dengan kumbang.
Habis tu, Zaim tu bukan orang ke?
Memanglah orang! Tapi.
Matanya dijulingkan ke atas. Mencari-cari apa ayat
yang patut dikatakan pada Fiqa sekarang ini.
Tapi apa? Fiqa bertanya sambil mengangkat dua-
dua belah keningnya.
Padan ke aku dengan dia tu? Dia tu orang baik-baik, Fiq. Aku ni dahlah otak songsang. Hidup kelam-kabut
pulak tu.
Kau tu orang jahat-jahat ke? Maa? Pengganas?
Penjenayah? Macam tu?
Syakirin mendengus geram.Ngok-ngek betul budak
seorang ni. Takkanlah nak samakan aku dengan maa,
pengganas, penjenayah semua tu. Agak-agak la sikit, ngomel
Syakirin di dalam hati.
Aku rasa... aku tak sepadan dengan dia la, wei!
luah Syakirin.
Apa pulak yang tak sepadannya? Dia lelaki, kau
perempuan. Kalau dia perempuan, kau pun perempuan... tu
barulah tak sepadan dan kes yang sangat bahaya!Sekali lagi muka Fiqa jadi mangsa balingan kusyen
kecil. Nak main-main pula Fiqa ni.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
24/170
2 x 5
24
Eee... yang tu aku taulah.
Syakirin bangun dari duduk. Terus menuju ke pintubilik. Makin dilayan Fiqa bersembang, makin jauh merapu
pula budak ni.
Pintu bilik ditutup. Selang beberapa saat, pintu
bilik tadi dibuka sedikit. Fiq, esok lepas ofce hour,
temankan aku jumpa Zaim.
Hah!!! Fiqa sudah buat muka blur.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
25/170
Areila Sahimi
25
S
YAKIRIN menanti dengan penuh
sabar. Fiqa, last minute ada
hallah pulak. Jadi tak dapat nak
temankan dia jumpa Zaim hari ni.
Jantung berdegup kencang, hanya Tuhan saja yang
tahu. Tak taulah... Zaim masih boleh cam atau tidak muka
dia ni. Kalau Zaim tak cam pun, bukan salah matamamat tu.
Dah lama tak jumpa. Memang lama giler walaupun
macamlah rumah dekat kampung tu jauh sangat. Beberapa
langkah dah boleh sampai. Kalau jerit bagi salam pun, bolehdengar dari beranda rumah.
Kirin? tegur seorang lelaki yang sudah terpacak
berdiri bagaikan tiang bendera di tengah Padang Merdeka
itu.
Syakirin menelan air liur yang terasa sedikit pahit.
Naas ditarik sedalam-dalamnya. Jantung semakin laju
berdegup. Dup dap-dup dap... macam enjin motobot
kehabisan minyak aje.
Perlahan-perlahan Syakirin mengangkat muka.
bab
3
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
26/170
2 x 5
26
Melihat gerangan empunya suara itu. Alamak! Weh betul
dah terasa macampoyo bila angkat mukapelan-pelan macam
ni. Apa dah jadi ni, Syakirin? Kontrol ayu. Kontrol jiwa.
Kontrol emosi. Kontrol, jangan tak kontrol. Syakirin
mengangguk perlahan.
Tanpa disuruh, Zaim duduk di kerusi berhadapan
dengan Syakirin.
Syakirin sekadar memerhati. Dia lihat Zaim dari
segala sudut pandangan mata. Zaim macam dulu juga. Takbanyak yang berubah. Tingginya masih sama. Hitam
manisnya juga masih lagi sama. Ingat duduk dekat negara
empat musim ni, boleh mengubah Zaim yang agak gerhana
bulan penuh ini, jadi putih melepak macam tepung gandum
Cap Sauh. Alah Zaim ni pun dah berapa tahun balik
Malaysia. Tak hairanlah juga kalau warna kulit Zaim boleh
maintain macam sediakala. Cuba kalau jumpa Zaim masa dia
mula-mula balik Malaysia dulu, confrm macam MJ baru
lepasoperation putihkan kulit muka.
Tiba-tiba Syakirin teringat pula teka-teki bodoh
yang pernah Zaim bagi masa zaman muda-muda dulu. Masa
tu kalau tak silap, Zaim balik bercuti dari asrama kut. Masa
tu kira masih bertegur sapa lagilah. Sebab masa tu mana adaSoea lagi dalam hidup Zaim. Soalan yang Zaim bagi, apa
benda yang kecik-kecik dia hitam, tapi bila dah besar dia jadi
putih? Masa tu rasa macam bodoh sungguh teka-teki budak
STAR ni. Bila ingat-ingat balik, banyak juga kenangan dengan
Zaim ni semasa zaman kecil kami berdua.
Kirin sihat? soal Zaim.
Syakirin mengangguk lagi. Eee... tak ada mulut nak
jawab ke?
Sihat, jawabnya sepatah.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
27/170
Areila Sahimi
27
Kirin, Zaim tak tau kenapaparents kita nak sangat
satukan kita. Padahal mereka tahu yang kita sebenarnya tak
ada langsung eeling sesama sendiri. Zaim memulakan
bicara pada topik utama.
Tu la pasal! Kirin ni lagilah tak aham....
Ayah Zaim, betul-betul paksa Zaim kali ni.
Abah Kirin pun....
Apa yang kita boleh buat?Syakirin menjongketkan bahu. Dia pun dah jenuh
berkir. Tapi satu jalan penyelesaian pun tak nampak lagi.
Harap-harap dah jumpa Zaim pada petang ni, bolehlah
mamat ni menyumbangkan sedikit buah kirannya.
Kirin dah ada boyriendke? tanya Zaim.
Syakirin tersentak dengan soalan yang tiba-tiba itu.Tak sangka langsung yang Zaim nak bertanyakan hal itu.
Tak ada? Dahi Zaim berkerut.
Syakirin mengangguk laju. Macam Woody
Woodpecker lapulak!
Tipulah! tukas Zaim sambil tersenyum nipis.
Betul... mana ada! jawab Syakirin tegas. Dia tu...takkan tak adagirlriendlain kut?
Giliran Syakirin pula bertanya.
Zaim sekadar tersenyum. Tangannya dibawa ke
rambut dan direhatkan sebentar di tengkuk. Manakala siku
menopang kepala. Dia tersenyum lagi. Soalan budak ni betul-
betul tak boleh blah. Macam tak tau lepas insiden dulu, mana
pernah dia berani nak cari buah hati lain.
Hah!!! Ini mesti tak boleh nak lupa dengan budak
Peah tukan? Syakirin pantas meneka.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
28/170
2 x 5
28
Seketika kemudian dia menelan air liur. Adoi... apa
pasal boleh terlepas Peah pula ni? Itu nama samaran masa
tengah bengang giler dengan budak Soea tu dulu. Itu pun
Fiqa yang ubah nama orang. Dia ikut aja. Peah. Soa. Lebih
kuranglah!
Peah?
Muka Zaim sudah blur. Peah mana pula ni? Yang
dia tau, Peah tu nama kucing kat rumah umi. Bila masa pula
dia angau dengan kucing kat rumah kampung tu?
Syakirin ketawa kecil. Zaim memang macam dulu.
Walaupun kategori budak pandai, tetapi selalu blur.
Zaim mengangkat kening.
Soealah! jawab Syakirin laju.
Tak baiklah main-mainkan nama orang macam
tu, tegur Zaim.
Sekelip mata wajah Syakirin berubah. Sengih tak
ikhlas. Senyum plastik apabila mendengar Zaim cakap
macam tu. Dah kena tinggal pun, masih nak backing lagi ke
budak Peah tu? Dah dapat malu berlori-lori pun, ada hati nak
membela lagi ke budak Peah tu? Kalau ikutkan, dia tak adalah
nak terus-menerus menolak usul abah nak menjodohkannyadengan Zaim. Dia okey aja. Tapi tengok ajalah macam sekarang
ni. Macam manalah dia tak sangsi nak kahwin dengan Zaim,
kalau baru nak main-mainkan nama bekas kekasihnya tu aja,
Zaim dah bagiwarning.
Ya... ya...Im sorry! jawab Syakirin. Soea.
Dia memperbetulkan balik sebutan nama Soea itu.
Sebenarnya, Kirin... Zaim masih sayangkan Soea
tu lagi. Zaim berterus terang.
Syakirin buat derk aja. Buat endah tak endah. Dah
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
29/170
Areila Sahimi
29
agak dah. Macam mana nak kahwin ni kalau bakal suami
sendiri asyik duk teringat dekatex dia. Jadi?
Kirin cakaplah dengan abah dan mak Kirin. Minta
dia orang tak payah nak teruskan rancangan ni, pinta Zaim.
Cepat-cepat Syakirin memandang muka Zaim. Eh,
apa pasal aku pulak? Kalau tak ayah umi dia yang datang
merisik, benda ni tak jadi, getus Syakirin di dalam hati.
Zaimlah cakap dengan ayah dan umi, Zaim. Dia
orang yang datang merisik untuk Zaim, tolak Syakirin.
Kalau benda tu senang, dah lama Zaim buat....
Habis tu, kalau Kirin yang buat, ingat benda ni
boleh jalan dan bergerak laju macam KLIA Express ke?
Kirin cakaplah, Kirin dah adasomebody.
Cakap senanglah. Masalahnya mana nak cekausomebody tu? Kirin ni masihsingle lagi.Single and available
gitu.
Kelentonglah.
Hisyyy... jahat betul kepala otak mengajar anak
orang kelentong. Kenapa tak Zaim aja yangkencing kata dah
ada pengganti?
Bajet, umi dengan ayah nak percaya ke?
Habis tu, bajet mak dengan abah nak percaya ke
kalau Kirin cakap macam tu?
Tak!!!
Tau tak apa.
Masing-masing mendiamkan diri. Jalan penyelesaianmemang tak nampak lagi ni. Masih samar-samar. Serius
muka sorang-sorang. Berkerut semacam. Masa mukadimah
bercakap, tak ke sikit punya sopan. Masuk point penting,
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
30/170
2 x 5
30
masing-masing dah keluar aurakerek semacam. Macam masa
jadi budak berhingus dulu.
Syakirin memandang Zaim. Zaim membalas
pandangan Syakirin itu. Kedua-duanya melepaskan keluhan
lemah. Keadaan masih senyap.
Syakirin!!! tegur seseorang dari belakang.
Macam pernah aku dengar suara ini tapi di mana
ya? Syakirin berpaling. Eee macam manalah pulamamat
ni boleh tersesat sampai ke mari. Syakirin sekadar menjeling
sahaja Megat Zakuan yang sudah berdiri di tepi mejanya.
Zaim sekadar memerhati.
Hei! Makin sombong you, ya! tegur Megat Zakuan,
penuh dengan ciri-ciri seorang lelaki buaya darat yang bukan
setakat stok mak janda kaya aja dia sapu, lelaki kaya pun dia
bedaljuga.
Syakirin menaikkan kening macam da Rock is
cooking. Dia pandang Megat Zakuan dengan pandangan
tajam. Tak tau macam mana boleh tersalah masuk plug
terberkenalan, terjatuh hati dengan mamat jenis yang
macam ni. Sudahlah kasanova kelas pertama. Gelaran gay
dan anak ikan pun dia pegang juga. Betul kata Fiqa. Bahaya
kalau kita duduk dekat-dekat dengan lelaki metroseksual
berwajah jambu ni. Syakirin membatu aja... buat tak tau.
Megat Zakuan tersenyum sinis. Makin kebal
perempuan ni!
Hei... kenapa ni sayang? tanya Megat Zakuan
menggoda sambil jari-jemarinya mengelus rambut hitam
Syakirin.
Apa ni??? Syakirin menepis laju.
Sejak bila you pandai marah-marah ni sayang?
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
31/170
Areila Sahimi
31
Zaim balik! Syakirin bingkas bangun.
Zaim sekadar menurut. Mengikut Syakirin daribelakang.
Sayang!!!
Tangan Syakirin disentap.
Lepaslah, Zack! Suara Syakirin kedengaran di
sebalik gigi yang dikatup rapat itu. Dia sedikit meronta.
Megat Zakuan buat-buat tak dengar. Mata-matakeliling dah mula usha semacam. Buat drama sebabak dekat
sebelah kedai jual majalah niapehal?
Ini bukan cara nak layan seorang perempuan
brother, tegur Zaim. Perlahan tangan Zaim cuba melepaskan
pegangan tangan Megat Zakuan.
Kau siapa? soal Megat Zakuan, tak puas hati.Pak su dia!
Hah!!! Syakirin ternganga. Pak su? Adoi... bila masa
aku ada pak su ni? Setahu aku, Cu Adda tu lepas Pak Su
Lukman meninggal dunia, pun sampai sekarang tak kahwin-
kahwin lagi. Kut ya pun tak ada hati dengan aku, takkanlah
boleh senang-senang mengaku diri tu pak su aku. Cubalah
cakap abang angkat ke... abang saudara ke... okeylah juga.
Sedap telinga ni dengar. Ini pak su, ngomel Syakirin sendiri.
Megat Zakuan menggelabah. Terus dia melangkah
meninggalkan Syakirin dan pak sunya itu.
Siapa tu? soal Zaim.
Bekas boyriend....
Hah!!! Okeylah tu! Jari dipetik. Mata Zaim
bersinar.
Apa yang okey? Syakirin bertanya pelik.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
32/170
2 x 5
32
Zaim tengok, mamat tu macam nak balik aja kat
Kirin. Apa salahnya kalau korang berdua bersama balik.
Selesai satu masalah. Zaim berkata senang.
Langkah yang dihayun perlahan, lalu terhenti. Kaki
macam sudah kena simen di atas lantai Alamanda di tepi
Habib Jewels. Banyaklah Zaim punya selesai masalah! Ini
namanya keluar dari mulut buaya, masuk dalam mulut bapak
buaya. Ada ke nak suruh dia bersama balik dengan mamat
gay tu. Adoi... tak rela! Dia lagi rela berkahwin dengan Zaimdaripada bersama dengan Zack tu. Tak mahu!!!
Kiramamat tu okey apa?
Tak naklah!
Kenapa?
Dia tu gaylah... bisik Syakirin sambil memerhati
keadaan sekeliling.
Pecah ketawa Zaim tanpa dapat ditahan. Macam
mana Kirin boleh tersalah orang ni?
Syakirin bungkam. Melihat Zaim ketawa, rasa
memang nak aja marahmamat ni. Kalau bab gelakkan orang
nombor satu. Tapi lama-lama dia pun tergelak juga. Nak kata
rust dengan Megat Zakuan, memanglah rust. Tapi nak katabenda ni jadi macam cerita lawak pun, betul juga. Tak taulah
macam mana mata yang elok terang ni, tak dapat nak
bezakan lelaki yang betul-betul lelaki, dengan lelaki yang
pesen (jenis) lelaki suka lelaki ni.
Syakirin mengeluh. Macam mana tak boleh syak
masa mula-mula couple dulu, dia sibuk nak beli pencuci
muka Loreal, Si Zack pun sama tak mahu kalah. Nak juga.
Macam tak boleh nak agak, takkanlah mamat kerja jual
insurans ni, mampu pakai Accord dan tinggal kat apartmen
mewah siap ada swimming poollagi, kalau tak ada orang
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
33/170
Areila Sahimi
33
yang naksupport. Dah tentu-tentunya ada penaja utama.
Tukang spaydo semuamaintainance. Tapi saja aja buat-buat
tak nampak. Tuhan nak tunjuk terang-terang kut. Jadi depan
mata baru nak percaya.
Syakirin tiba-tiba diserang rasa geli-geleman. Megat
Zakuankantoidepan Hilton ketika sedang bercumbu dengan
seorang perempuan tua. Tak sangka. Perempuan tua pun
Megat Zakuan sanggup nak layan! Macam sangap aja. Lepas
tu apa lagi? Siasat punya siasat. Dengan kaum sejenis punMegat Zakuansosak juga. Betul haru-biru bila kenal dengan
mamat ni.
Tak baiklah gelakkan orang macam tu... kata
Syakirin rendah. Nak gelak tu agak-agaklah. Yang dah macam
kena sawan gelak tengah-tengah pintu masuk Habib Jewels
tu, sakit apa.
Kak, jemput masuk kak. Abang, mari masuk bang.
Kita sekarang sedang buat promosi cincin perkahwinan.
Tiba-tiba adik jurujual Habib Jewels yang cantik
berbaju uniorm biru tua itu menegur.
Syakirin dan Zaim sama-sama menggeleng laju.
Terus mereka berlalu bersama tawa yang masih bersisa
membuatkan adik jurujual Habib Jewels tu terpinga-pinga.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
34/170
2 x 5
34
A
KU rasa sejak seminggu yang
lepas, kau punya senyum
meleret tu tak habis-habis
lagi tau, tegur Fiqa ketika dia dan Syakirin sibuk memilih
sayur untuk dijadikan stok makanan selama seminggu.
Ini memang rutin wajib pada pagi Sabtu. Pagi-pagi
akan bergerak ke pasar borong dekat Dengkil ini untuk
membeli bahan makanan basah. Beli dekat pasar borong
bolehlah dapat murah sikit. Nak jimatlah katakan. Jadi,
jangan jadi anak dara pemalas yang tau nak tapau nasi dekatluar aja. Kenalah masak. Ringan-ringankan tulang tu.
Syakirin masih tersenyum. Angau melampau
Syakirin ni apabila dah berjumpa dengan buah hati,
merangkap (kekasih-gelap-tak-ada-sorang-pun-tahunya) itu.
Timun diambil lalu diketuk pada tangan Syakirin
yang sedang leka memilih sayur kangkung.
Apa ni?! marah Syakirin.
Apek jual sayur tu pun dah jeling semacam sebab
Fiqa main ketuk-ketuk timun yang dia jual itu.
bab
4
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
35/170
Areila Sahimi
35
Tauke, kira ni! arah Syakirin pada apek jual sayur.
Itu timun? Apek jual sayur tanya balik. Muka diamacam tak puas hati.
Hisy! Yalah... yalah... kasi angkat. Kasi angkat!
jawab Syakirin sambil meletakkan timun yang Fiqa gunakan
untuk mengetuk tangannya tadi ke dalam bakul. Sambil-
sambil tu sempat juga dia mengajuk cara apek ni membebel
sebab tak puas hati timun dia ni dibuat main.
Selesai membayar harga semua sayur yang dibeli,
terus saja Syakirin berjalan meninggalkan Fiqa. Semua dah
cukup. Dah tak ada apa yang nak dibeli lagi. Mereka terus ke
kereta. Sementara menunggu Fiqa terkedek-kedek berjalan,
Syakirin bersandar di sebelah Kelisa bawah kuning atas hitam
milik Fiqa itu.
Kau apesal? Fiqa menyiku Syakirin. Dia turutsama bersandar di tepi badan Kelisanya itu. Beg plastik yang
sarat dengan bahan makanan basah diletakkan di bawah.
Tangannya diberi regangan ringan untuk mengurangkan
lenguh akibat membawa beg plastik yang boleh tahan
beratnya ini.
Syakirin menoleh. Tak ada apa-apa....
Sengih sorang-sorang ni kau kata tak ada apa-
apa?
Mana ada apa-apa.
Yalah tu....
Fiq. Jom kita balik.
Selagi kau tak cerita kat aku apa yang ada dalamkepala kau tu, selagi tu aku tak nak balik. Fiqa berpeluk
tubuh. Buat-buat keras.
Hek eleh... main ugut-ugutpulak.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
36/170
2 x 5
36
Jomlah balik Fiq. Aku nak qada tidur aku ni. Gila!
Awal kau kejutkan aku pagi tadi, kata Syakirin. Mulut dia
yang menguap luas, cepat-cepat ditutup dengan tangan. Mata
dah kuyu aja ni. Stim semacam. Dah tak sabar nak panjat
katil.
Tak ada maknanya awal. Baik kau cerita kat aku
cepat.
Okey... okey... aku janji. Balik rumah nanti, lepas
aku bangun dari tidur, lepas kau dah siap masak semuanyananti, lepas kita habis makan nanti, aku cerita.
Syakirin mengaku kalah. Dia angkat dua-dua belah
tangannya. Tak ke naya kalau datang angin Fiqa, jadi batu
terus-menerus kat sini. Mata dia betul-betul dah tak boleh
tahan dah ni. Silap hari bulan, masuk dalam Kelisa comel ni,
terus aja lebuh (tidur lena) keBidor.Banyaklah kau! Takkan semua benda aku kena
buat? Jomlah! Arah Fiqa. Beg plastik tadi dimasukkan ke
dalam bonet sebelum mereka masuk ke dalam perut kereta.
KESAN-KESAN lukalah kesan-kesan lukalah.... Syakirinberkata sendiri dengan okus pada tapak-tapak yang salah di
skrin televisyen. Epal hijau dicecah dalam garam pada piring
kecil sebelum dibawa ke mulut.
Kau ni kalau tengok TV, boleh diam tak? Kalau
pandai sangat, kenapa tak kau aja yang masuk TV! marah
Fiqa. Epal hijau dikokak (digigit) penuh nikmat. Kirin ni
mengganggu konsentrasi orang nak menonton televisyen aja!
Kalau suara aku sedap, dah lama dah aku masuk
pertandingan ni tau, balas Syakirin selamba.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
37/170
Areila Sahimi
37
Fiqa ketawa kecil. Betul juga tu. Buat hujan lebat
aja nanti kalau Kirin mula buka suara ong kedek-kedek dia
tu. Hujan seminggu belum tentu boleh berhenti.
Mata Syakirin masih lagi setia di kaca televisyen.
Fokusgilertu. Macamlah dia yang nak menang RM25,000.00
tu. Beberapa minit kemudian dia mendengus kuat.
Penumbuknya dihentam kuat pada kusyen kecil. Kan betul
aku kata! Kesan-kesan luka. Punyalah terang Mila sebut
perkataan tu, peserta ni boleh salah nyanyi pula. Gila!Terbang RM5,000.00 tu....
Panjang aja mulut Syakirin menyebut perkataan tu.
Peserta dalam TV tu yang kalah, dia pula yangover.
Musim ketiga nanti, aku rasa better kau pergi
audition. Kut ya kau tu terror sangat nak menghaal lirik,
perli Fiqa. Epal yang dah nak habis kenakokak (gigit) itu, dialetak di atas piring berisi garam halus.
Tamat saja rancangan Jangan Lupa Lirik, channel
televisyen dikalih pada siaran lain. Hampa. Satu siaran pun
tak kena dengan seleranya. Syakirin duduk menghadap
kabinet TV. Mencari-cari DVD baru yang mana dia tak sempat
nak tengok lagi. Bride Wars, lakonan Anne Hathway dan Kate
Hudson diambil. Remote TV ditekan pada ungsi video. TrayDVD player sudah terbuka. Kepingan DVD dimasukkan.
Tutup kembali. Tunggu beberapa saat untuk cerita loading
dan layan...zzzz.
Kirin!!! panggil Fiqa panjang.
Apa dia? Syakirin menjawab malas. Kalau dah
menghadap DVD, memang konsentrasi dua ratus peratusdekat situ ajalah. Cakaplah apa pun, memang tak diambil
pusing.
Aku dari tadi dok tunggu bila kau boleh buka
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
38/170
2 x 5
38
cerita yang buat kau senyum panjang tu, cucuk Fiqa. Kata
Kirin, lepas makan tengah hari baru dia nak bercerita. Ini dah
sampai habis makan malam pun, tak ada ura-ura nak update
story. Ni tak boleh jadi ni!
Syakirin menoleh ke arah Fiqa sekilas.
Takkanlah time-time aku nak tengok DVD ni pun,
kau nak juga aku cerita pasal benda tu. Postpone esok pagi
aja, tak boleh ke? Lepas kau buatkan aku punya sarapan,
kata Syakirin selamba. Mukanya langsung tak ada rasabersalah buat kawan sendiri macam orang gaji.
Kusyen yang melayang, terkena tepat pada kepala
Syakirin. Tak agak-agak betul. Agak-agak Kirin ni nak kena
kut dengan aku. Tadi kata lepas aku siapkan dia punya makan
tengah hari. Aku ikut. Lepas tu beralih pula siapkan makan
malam dia. Tak apa. Sabar aja. Aku ikut lagi. Ini dah nakterus-menerus buatkan sarapan dia esok pagi, dah masuk
tahap melampaulah tu. Ingat aku ni Mak Jah ke? Suka-suka
hati dia aja, bebel Fiqa di dalam hati. Remote DVD player
ditekan butang pause. Kate Hudson dengan Anne Hathway
betul dah kena sumpah jadi batu.
Syakirin pandang tepat ke muka Fiqa.
Aku rasa, aku nak ikut cakap abah mak aku kali
ni, katanya penuh yakin. Tak ada talian hayat buat masa
sekarang pun tak apa. Memang dah habis tahap confdent
gilerdah ni. Confrm!!!
Ikut apa? Fiqa bertanya. Dia buat muka pelik tidak
aham.
Kiraonlah kahwin dengan Zaim.Pengakuan berani mati dah terang-terang bagi Fiqa
dengar. Tak salah terima lamaran orang depan rumah tu.
Bukan tak kenal Pak Midi dengan Mak Ton satu amili. Dah
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
39/170
Areila Sahimi
39
macam keluarga sendiri pun. Zaim tu pun memang dia dah
berkenan dari kecil lagi. Kalau ikutrust dengan Zack tu, tak
ke mana. Katalah Zack tu dah berubah pun, sungguh dia tak
lalu nak balik semula pada Zack. Itu pun kalau Zack dapat
petunjuk nak berubah. Tapi sampai sekarang, tak ada
sebarang tanda perubahan pun pada mamat sorang ni. Baru
dua hari lepas terserempak lagi dengan Zack masa tengah
beratur panjang kat mesin ATM Maybank. Kali ini Zack
mengangkut perempuan tua. Sah! Lagi seorang janda kaya yang dia berjaya jinakkan. Gelilah. Macam ubat batuk Cap
Ibu dan Anak apabila diperhatikan pasangan merpati dua
sejoli itu.
Mata Fiqa sudah terbeliak. Sikit aja lagi nak
terkeluar. Betul ni Kirin?
Syakirin mengangguk.
Bukan ke minggu lepas kau kata kau tak sanggup
nak kahwin dengan Ahmad Zaim tu? Kenapa masuk minggu
lain, kata-kata kau tu dah berubah? tanya Fiqa lagi. Ini baru
betul orang bilang cakap tak serupa bikin. Beria-ia hari tu
menidakkan perasaan, hari ini dah lain jadinya.
Syakirin tersenyum mempamerkan sebaris giginya
yang cantik tersusun. Dalam seminggu ini, dia sudah puasberkir. Ini yang dia dapat putuskan. Ini yang dapat dia
pastikan. Dia terima tanpa ada sikit pun rasa berbelah bahagi.
Tekad sudah di hati. Pada emak dan abah di kampung telah
dinyatakan yang dia sudah bersedia. Tetapkan sahaja
tarikhnya. Dia bukan desperate sangat pun. Tapi tak ada yang
kurangnya pada lamaran orang di hadapan rumahnya itu.
Syakirin tersenyum lagi. Apa salahnya dia menerima
pinangan tu? Kecil tapak tangan, Stadium Bukit Jalil hamba
tadahkan. Yang kurangnya, mungkin anak teruna dia orang
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
40/170
2 x 5
40
itu aja yang masih tak boleh nak melupakan bekas kekasihnya
itu. Perkara kecil aja tu. Dulu dia pernah merelakan Zaim
bersama dengan perempuan yang Zaim suka. Tak ada yang
lebih pun pada Soea tu dengan dirinya. Kalau lebih pun,
mungkin latar belakang pendidikan mereka tu ajalah yang
setara. Yang lain, dia dan Soea sama level. Banyak kelebihan
juga apabila berkahwin dengan jiran sendiri ni.
Jiran tu dah tentu-tentu kita kenal. Dah anggap
macam saudara sendiri. Susah senang bersama. Insya-Allahtak akan ada krisis latar belakang punyalah. Kenduri pula
boleh sekali harung. Kenduri besar gitu walaupun tak adalah
boleh challenge Wedding o The Yearmacam Datuk Siti dan
Datuk K atau macam Mawi dan Ekin. Tapi majlis Grand
Sekampung tu haruslah. Bukan nak menunjuk, tapi majlis
sekali seumur hidup... apa salahnya, kan?
Best juga kahwin sekampung ni, kalau balik
kampung tu, boleh merasa masakan dari air tangan mak
sendiri dengan mak mertua dalam satu hari. Tengah hari,
makan kat rumah mak mertua. Malam, makan dekat rumah
mak sendiri. Kat mana nak dapat semua tu, kalau tak sebab
rumah mak dengan mertua berdepan-depan.
Ini antara sebab yang boleh pakai dan tak mungkinada yang berani nak sangkal lagi. Kalau dah kahwin, tak
payahlah terpaksa nak menempuhi asa balik kampung ikut
turn bila Hari Raya. Kan rumah dekat. Bahagia rumah
tangga. Tak ada yang nak bermasam muka time-time nak
dekat raya. Bolehlah kasi meriah di pagi Hari Raya hari yang
mulia.
Betul kau dah habis kir ni Kirin? tanya Fiqa lagi.
Dia susah nak percaya dalam sekelip mata, Syakirin boleh
mengubah kirannya. Minggu lepas dia memang sokong
habis kalau Syakirin kahwin dengan Zaim. Masa tu dia bajet
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
41/170
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
42/170
2 x 5
42
Ketawa meletus.
Kau ingat, aku betul-betul syok kat Zack tu ke?Sorry la beb! Dia tu macam saja-saja aja. Kau kawan aku. Aku
rasa kau tau siapa sebenarnya yang aku suka. Kes aku
menangis sampai kering air mata dulu tu, bukan apa. Aku
menangis sebab aku clash dengan Zack sebelum sempat dia
nak bayar komisen sepuluh orang client yang aku rekomen
beli insurans kat dia.
Kau ni, mata duitan sungguh! Hutang duit yangkau nangiskan. Fiqa turut sama ketawa. Mati-mati dia ingat
budak nirust sebab putus cinta.
Hutang perasaan tak ada ke? pancing Fiqa lagi.
Sikit-sikit tu ada la. Aku sayang juga Si Zack tu.
Tapi tak tau nak describe sayang lagu mana.
Habis tu, yang kau mengamuk sakan masa putusdulu tu, kenapa? Fiqa masih mahu menggali sedalam boleh
apa sebenarnya yang dirasakan oleh temannya itu.
Yang tu sebab terlebih emosi. Aku rasa macam tu
sebab aku tak dapat terima kenyataan kut, kenapa aku yang
agak-agak vogue da vass ni boleh tertewas di tangan
perempuan-perempuan tua dengan lelaki-lelaki tua tu.
Galak Syakirin ketawa. Mata Syakirin berair sebab
ketawa tidak berhenti. Tercabar beb sebab kalah dengan
sainganstandardumur mak abah sendiri. Umur mak tu kira
ada ampunnya. Ni, kes umur abah nisapernak jawab. Betul
dunia nak dekat kiamat.
Fiqa menggeleng perlahan. Itu macam punya
eeling pun ada ke?
Tapi, kalau kau nak tahu, Fiq... seumur hidup aku,
pernah sekali akurust menonggeng.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
43/170
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
44/170
2 x 5
44
K
IRIN kat mana?
Kat tempat kerja
Kirin la.
Balik pukul berapa?
Pukul lima.
Zaim nak jumpa.
Boleh aje.
Malam ni boleh tak?
Okey. Tapi kat mana?
Kirinset tempat. Zaim ikut.
Perbualan ringkas di teleon bimbit selepas makan
tengah hari tadi membawa Syakirin ke sini. Punggung betul-
betul sudah naik kematu dan keras. Zaim tidak juga
menampakkan batang hidungnya. Syakirin mendengus. Jus
epal yang sudah tinggal separuh gelas disedut perlahan.Tangannya bermain-main dengan batang straw.
Ini apa punya janji ni? Kata lepas maghrib. Ini isyak
pun dah lama lepas, abang sorang ni tak juga muncul. Kalau
bab
5
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
45/170
Areila Sahimi
45
nak kata tolong tuk siak lipat sejadah pun, rasanya kerja tu
dah lama selesai. Janji Melayu memang tak boleh pakai.
Syakirin mengomel sendiri di dalam hati. Nak melenting pun
bukan ada gunanya. Dah orangnya pun tak ada. Lagi sekali
jus epal disedut. Kali ini sudah menampakkan dasar gelas
panjang. Jus epalnya sudah habis. Syakirin mengangkat
tangan ke arah pelayan restoran itu.
Jus epal satu lagi, dik, pintanya bersama senyuman
manis di bibir. Dia memang biasa begitu. Murah dengansenyuman.
Selesai meminta pesanan, Syakirin menongkat
dagu. Media Hiburan diselaknya lagi untuk kesekian kalinya.
Nasiblah tadi semasa mengisi minyak di Petronas, dia sempat
mencapai majalah, dapat juga dibuat alat untuk
menghilangkan bosan. Tapi kalau dah masuk kali kesepuluh
majalah ini dibelek, siapa yang lalu? Balik-balik baca gosip.
Selak muka surat mula-mula, cerita wartawan tu mencaras
artis yang tu. Masuk muka surat seterusnya, cerita artis yang
ini dengan Datuk yang ini. Bila buka lagi, tak habis-habis
cerita hal rumah tangga artis tu, artis ni. Habis baca gosip,
balik-balik tengok gambar artis yang sama jugalah. Dunia
hiburan Malaysia, yang mana tengah popular memang mukadia ajalah yang akan keluar tiap-tiap bulan dalam majalah.
Saham tengah meningkatlah katakan. Bosangiler!!!
Sorry lambat!
Tiba-tiba suara dari depan menyapa.
Syakirin yang sedikit terperanjat, mengangkat
kepala. Alhamdullillah... ingat mamat ni tak ingat tadi yang
dia ada date dengan aku malam ni.
Its okay! kata Syakirin bersahaja. Konon-konon
sikit pun dia tak terasa dengan kelewatan Zaim. Padahal
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
46/170
2 x 5
46
dalam hati, masya-Allah... Tuhan sahaja yang tahu. Rasanya
sudah berkontena Zaim itu dikutuk sebab buat dia jadi
penunggu setia di sini.
Apa dah jadi ni, Kirin?
Zaim bertanya terus. Dia tak toleh kanan. Dia tak
toleh kiri. Main redah aja.
Syakirin konon-konon buat muka pelik. Muka
innocent pun ada juga. Di dalam hati dia mengekek
ketawakan Zaim yang menggelabah tak tentu pasal tu.
Memang sudah diagak apabila mendapat panggilan daripada
Zaim tadi. Ini tak lain tak bukan, pasti Mak Ton sudah
menetapkan tarikh majlis perkahwinan mereka. Kalau tidak,
tak ada maknanya arkitek sorang ni beria-ia mahu berjumpa
dengannya pada kadar segera malam ini juga walaupun sudah
lewat satu jam tiga puluh minit.Last jumpa pun dulu ajalah.Masa dekat Alamanda tu. Lepas tu mana ada dah nak jumpa
ke... nak beramah mesra ke.... nak merapatkan silaturahim
ke? Kalau nak ajak keluar, minta maa banyak-banyak. Bukan
dia yang memanjang sibuk untuk keluar, tapi Zaim tu yang
busy semedang (sibuk memanjang). Zaim punya busy tu
mengalahkan Tuk Ketua Kampung Talang.
Jadi apa? Syakirin pura-pura bertanya.
Umi call malam semalam. Kata semua dah okey.
Tarikh dah tetap. Dalam satu naas, Zaim berkata tanpa ada
satu pun trafc light menyala. Bunyi naasnya turun naik
sebab bercakap tidak berhenti. Laju.
Mana Kirin tau! Dengan muka yang sangat suci
dan macam tak tau apa yang dah berlaku, Syakirin membalaskata-kata Zaim itu tadi.
Umi kata Kirin dah setuju.
Syakirin menelan air liur. Eee Mak Ton ni pun
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
47/170
Areila Sahimi
47
satu. Sudah dipesan awal-awal, jangan arbagitau Zaim yang
dia ni setuju. Lagi mahu bagitau!
Kirin setuju sebab kata-kata Syakirin mati
sekerat.
Sebab apa? Zaim bertanya.
Syakirin menelan air liur yang sedikit berpasir
dirasakan di tengah kerongkong. Korek kubur sendiri la
kalau mengaku yang dia dah lama jatuh cinta dengan Zaim.
Sebab emak dan abah. Sebab Mak Ton dan Pak
Midi, kelentong Syakirin.
Cubalah kalau bukan Zaim calon yang abah letak
depan mata, confrm dia lari dari rumah. Keluar daerahlah
jawabnya sebab mana rela main paksa-paksa macam ni. Abah
dapat kredit sebab calon menantu yang dia pilih, Ahmad Zaim
Hamidi.
Zaim, apa salahnya kalau kita ikut kata orang tua
kita. Syakirin berkata lembut. Wahai Ahmad Zaim, terimalah
hakikat yang kau memang untuk aku.
Zaim melepaskan keluhan keras. Kenapalah Kirin
tak tau nak menolak. Kirin tau tak... Kirin sekarang buat
Zaim betul-betul hilang akal!Zaim berkata agak keras.
Syakirin memandang wajah serabut Zaim. La...
macam tu pula dia. Hari tu bukan main lagi elok Zaim
berkata-kata. Hari ini lain pula jadinya. Baru lepas bersalin
kulit ke? Kut ya pun bengang dengan semua ni, janganlah
marah-marahkan aku. Kenapa tak tanya umi ayah dia dengan
apa yang dah jadi semua ni.
Zaim, macam nilah. Sebelum Zaim nak marah-
marahkan Kirin, nak angin tak tentu pasal, baik Zaim tanya
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
48/170
2 x 5
48
diri Zaim sendiri kenapa tak Zaim aja yang tolak. Cakap
sendiri yang Zaim tak sanggup nak berdepan dengan semua
ini. Cakap aja yang Zaim sebenarnya masih lagi menaruh
harapan pada Soea. Jangan nak marahkan Kirin sesedap hati
kalau Zaim pun sebenarnya tak tau apa yang Zaim nak.
Sebelum nak cakap, kir dulu.
Syakirin berkata dalam nada sedikit tegas. Cara
Zaim bercakap macamlah dia yang terhegeh-hegeh sangat.
Tak ada walau sekali pun dia bercakap dengan emak dan MakTon yang dia memang cintakan Zaim. Memang dia nak
kahwin dengan Zaim. Langsung tak ada. Macamlah dia tak
sedar kedudukan seorang perempuan itu tentu punya rasa
malupart nak luahkan isi hati. Pada emak dengan Mak Ton,
dia sekadar mengatakan persetujuan untuk terima semua ini
dengan rela. Rahsia hati hanya dia dan Fiqa sahaja yang tahu.
Sekali lagi Zaim melepaskan keluhan. Okey... Zaim
betul-betul minta maa. Zaim takut kita macam
memperjudikan masa depan kita. Masa depan Kirin. Kirin
muda lagi....
Kirin percaya pada jodoh. Kenapa? Zaim tak
percaya pada ketentuan Tuhan ke?
Bukan macam tu. Kirin taukan Zaim masihcintakan Soea.
Syakirin mengangguk. Tenang.
Kirin tak takut ke kalau kita kahwin nanti dan
tiba-tiba berlaku sesuatu dalam perkahwinan kita. Sesuatu
yang tak elok....
Kalau tu yang dah tertulis... siapa kita untukmenolaknya.
Kirin, kenapa Kirin tenang aja dengan semua ni.
Atau ada benda yang Kirin sembunyikan. Jangan-jangan
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
49/170
Areila Sahimi
49
kata-kata Zaim mati sekerat jalan. Syakirin dipandang dari
atas ke bawah. Bola matanya turun naik. Tengok gaya bukan
boleh pakai. Tak tau tang mana budak depan dia ni yang umi
berkenan sangat. Songsang tu ada juga. Senget sikit pun ya
dari gayanya.
Syakirin menjegilkan mata apabila Zaim memandang
dirinya dari atas ke bawah. Bukan main lagi memandang
anak dara orang macam tu.
Zaim, Kirin rasa... Zaim sangat kurang ajarmemandang Kirin macam tu. Buat pengetahuan Zaim, Kirin
ni masih anak dara lagi tau. Jangan Zaim ingat Kirin terima
Zaim sebab Kirin dah terlanjur. Kalau Zaim tak nak kahwin,
Zaim cakap sendiri dengan umi ayah Zaim. Kalau macam ni
cara Zaim simpan prasangka pada Kirin, Kirin pun tak ingin
jadi isteri Zaim!
Terus Syakirin mengangkat punggung dan
memeluk tubuh. Hidungnya kembang kempis menahan
geram. Panas hati apabila tengok Zaim macam tu. Lagi panas
apabila sudah dapat menangkap apa yang Zaim tengah
kirkan tadi. Suka-suka hati aja anggap orang macam tu.
Apa? Ingat orang ree hairsemua jahat ke? Apa? Dia ingat
kalau pakaiskinny jeans dengan baju body tu semua tak baikke? Ermmm kalau ikutkan yang betul-betul atas nama
Islam, memanglah tak elok pakai macam ni. Tapi perubahan
tu menuntut kesediaan. Kalau tak sedia macam mana nak
berubah. Buat benda terpaksa, mana nak dapat pahala. Nanti-
nanti kalau dah bersedia, tak payah nak suruh pun aku tau
nak pakai tudung sendiri. Nak membetulkan yang mana
songsang, yang mana senget, yang serabut tu sendiri.
Apesalnak melenting pula ni? Zaim bertanya. Dia
sudah berdiri tegak. Tangannya menopang ke meja restoran.
Mujur meja mereka berkedudukan jauh di belakang. Kalau
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
50/170
2 x 5
50
dibuatnya babak-babak Samarinda ini ditonton oleh
pelanggan kedai yang kebanyakannya tengah duduk di
bahagian hadapan restoran ini, tentu malu dibuatnya.
Zaim tu la! Dahlah datang lambat, lepas tu kir
yang bukan-bukan. Sudahlah! Kirin pun dah tak adamood
nak kahwin dengan Zaim! balas Kirin. Dia terus berlari ke
kaunter pembayaran. Not sepuluh ringgit diletakkan di atas
meja cashier.
Keep the change! katanya sebelum berlalu ke arahtempat kereta diparkir.
Zaim mengejar dari belakang. Langkahnya mati
apabila teleon bimbit di dalam poket jean yang dipakainya,
menjerit minta diangkat. Bunyi irama lagu kegemaran umi
bergema. Sah umi yang meneleon.
MAK, Kirin tak jadilah nak kahwin dengan Zaim tu, kata
Kirin di hujung talian. Lengan kanan dia bawa naik ke dahi.
Badan sudah siap landing di atas katil. Sampai aja rumah,
memang tak ada tempat lain dia pergi. Masuk bilik. Cari
katil.Kirin... kamu janganlah nak memeningkan kepala
emak dengan abah ni, Kirin. Kalau abah kamu tahu, mahu
diparangnya kamu nanti. Cakap tak pernah nak betul. Tak
pernah nak ambil serius. Tarikh dah siap tau! bebel emak.
Tak naklah emak. Kirin tak nak. Kirin tak nak.
Lagipun, Zaim tu bukannya nak kahwin dengan Kirin. Buat
malu keturunan kita aja nanti, balas Syakirin.
Apa yang kamu cakap ni, Syakirin? Mak Ton baru
aja lepas teleon mak ni. Katanya Zaim dah setuju.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
51/170
Areila Sahimi
51
Apa mak cakap ni? Kirin baru lepas jumpa Zaim ni.
Dia kata, dia tak nak kahwin.
Alasan kamu aja tu. Macamlah mak tak kenal
perangai kamu. Jangan-jangan kamu tu yang tak nak. Lepas
tu, pandai-pandai aje mengata Zaim pula.
Mana ada mak. Betullah! Entah-entah, Mak Ton aja
kut yang setuju bagi pihak anak dia. Lepas tu, kirim berita
pada mak. SK pada Pak Midi. Padahal, anak dia tak kata apa
pun.
Jangan nak menyalahkan Mak Ton pula. Memang
Zaim dah setuju. Tadi Mak Ton teleon mak kata Zaim okey
aja. Kalau kamu tak percaya, pergi tanya Zaim. Zaim sendiri
cakap minggu ni dia balik kampung dengan kamu untuk
bincang hal ni.
Mak!Syakirin menjerit perlahan apabila emak sudah
mematikan talian. Habis setakat tu aja. Balik dengan Zaim?
Biar betul!
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
52/170
2 x 5
52
P
IN!!!PIN!!!
Pin!!!Pin!!!
Abang kau dah tunggukat bawah tu. Apa ke halnya lambat bebenorkau nak siap ni,
Kirin, tegur Fiqa. Dah satu jam menghadap cermin pun,
Syakirin tak siap-siap lagi. Agak kalau cermin tu boleh
berkata-kata, mahunya seikhlas hati cermin tu akan berkata
yang dia dah naik muak tengok muka Syakirin ini. Manusia
dalam kereta dekat bawah tu pun, bukannya boleh bersabar.
Naik bergegar rumahat ini dengan bunyi hon kereta dia.Syakirin memandang cermin lagi. Sekejap-sekejap
kepala diteleng ke kiri. Sekejap-sekejap ke kanan. Melihat
setiap inci mukanya sendiri di dalam cermin. Macam dah
okey dah ni.
Pin!!!Pin!!!
Pin!!!Pin!!!Hisyy macamlah kereta dia aja yang ada hon,
omel Syakirin sambil memasukkan bedak dan gincu yang
dipakai tadi ke dalam beg mekap yang comel. Beg comel
bab
6
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
53/170
Areila Sahimi
53
berwarna merah jambu itu dimasukkan pula ke dalam beg
pakaian yang sudah terbuka. Beg pakaian yang nampak sarat
dengan muatan ditutup.
Fiqa sekadar memerhati.
Kelam-kelibut. Itulah... aku suruh bangun awal-
awal kata malas. Kata lambat lagilah. Banyak bunyi. Ini bukan
ke dah tergesa-gesa namanya, leternya kemudian.
Okey, Fiq! Aku gerak dulu. Apa-apa hal nanti, kau
teleon aku. Syakirin bersalaman dengan Fiqa. Kemudian dia
terus menuju ke pintu.
SORRY... lambat! kata Syakirin tercungap-cungap. Naasnya
turun naik. Semput betul berlari-lari menuruni tangga
rumah lat ini. Beg pakaiannya dicampak ke tempat duduk
belakang. Selamba. Macam dalam kereta sendiri. Kemudian
dia memandang muka di cermin sisi kereta. Membetulkan
tudung di kepala. Dia tidak perasan yang tingkah lakunya itu
sedang diperhatikan oleh Zaim di sebelahnya.
Sejak bila naik haji? tanya Zaim sarkastik.Hari tu jumpa makai dressinggilerpunyastylo.
Rambut mengerbang macam iklan syampu. Hari ni, lain
benar rupanya. Tudung bawal labuh dengan baju kurung
bunga kecil-kecil lagi. Zaim pandang Syakirin lagi.
Serta-merta Syakirin menoleh. Sedikit berubah
wajahnya apabila belum apa-apa, sudah kena sindir dengan
Zaim. Zaim dijeling tajam. Amboi... amboi... amboi!!! Zaim
Haji Hamidi. Lasernya dia. Aku baru masuk kereta, dia dah
melaser macam tu sekali. Cubalah cakap cantiklah Kirin hari
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
54/170
2 x 5
54
ni ataupun Kirin nampak manis. Bukan ke boleh
menyejukkan hati. Ini tak, main lepas aja, gumam Syakirin di
dalam hati.
Zaim tak tau Kirin bertudung sebenarnya. Zaim
berkata-kata lagi apabila Syakirin sekadar mendiamkan diri.
Bila kita nak gerak ni?Kang lambat pula sampai,
ujar Syakirin. Dia tidak menghiraukan kata-kata Zaim itu.
Yang dia tahu, cepat-cepatlah loripick up ni bergerak. Cepat
sampai, lagi senang.
Semenjak Zaim memperlihatkan sikapnya yang
cukup gemar main cakap lepas tu, Syakirin tidak berapa suka
untuk berlawan borak dengan Zaim. Dahulu Zaim lain. Masa
di Alamanda dulu pun lain. Cuma lepas peristiwa di kedai
makan malam kelmarin, membuatkan Syakirin sedikit jelik
dengan perangai Zaim. Mungkin itu cara Zaim memprotesdan menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Lantaklah! Sikit
pun dia takkesah.
Zaim menurut. Mitsubishi Storm terus bergerak
meninggalkan pekarangan rumah pangsa di belakang Minlon
ini.
KEADAAN dari tadi senyap lagi sunyi. Keluar dari Minlon,
masuk tol Jalan Duta, sehinggakan sudah menghampiri
lorong Touch n Go Tol Simpang Pulai, Syakirin dan Zaim
sama-sama mendiamkan diri.
Cuma tadi, Syakirin bersuara agar Zaim
memberhentikan keretanya di mana-mana stesen minyak
yang terdekat kerana dia sudah tidak dapat menahan rasa
terkucilnya. Dan memang pun, Syakirin sudah tidak tahan.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
55/170
Areila Sahimi
55
Elok sahaja kereta berhenti di Stesen Minyak Petronas
Simpang Pulai, terus aja dia berlari-lari menuju ke tandas
wanita.
Zaim pula sekadar memandang sambil menggeleng
kepala. Banyak yang patut dibetulkan dengan budak Syakirin
ini, kirnya.
Okey, jom! arah Syakirin sebaik sahaja dia sudah
masuk ke dalam kereta Zaim semula.
Eh... tapi boleh tak kita singgah kat kedai jual
limau bali tu. Kirin nak beli untuk mak, sambung Kirin
cepat-cepat. Baru dia teringat, yang tidak ada buah tangan
untuk orang kampung.
Zaim tak kir Mak Cik Midah lalu nak makan
limau bali lagi. Limau bali buat buah tangan orang KL,
sesuailah. Ini, mak abah Kirin tu duduk kat sini. Anytimeboleh beli, balas Zaim.
Tak kiralah! KL ke... sini ke... nanti kita berhenti,
okey. Lima minit aja. Beli-beli terus naik kereta balik.
Malaslah nak belok ke sana.
Please... please.... Syakirin merayu sambil dua
tangan dilekapkan bersama. Ini sebab Zaimlah ni. Nak cepatsangat. Habis tertinggal kek lapis Sarawak yang baru dibeli
dari Mek Na, budak Kelantan yang baru balik bercuti dari
Sarawak tu. Sudahlah memang niat nak bawa balik kampung.
Tapi, akhirnya tinggal kat rumah pula. Memang rezeki Fiqa
ajalah kek lapis Sarawak tu.
Benda lain tak boleh beli ke? Zaim malaslah nak
membelok ke sebelah sana. Jauh nak buat U-turn. Zaimmembeli alasan. Kirin ni pun macamlah tak tau kepayahan
nak masuk lane sebelah sana tu.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
56/170
2 x 5
56
Tak nak berhenti, dahlah. Kirin buat-buat merajuk.
Zaim sekadar tersengih. Dia terus memandu lajukeretanya tanpa sedikit pun ada perasaan belas pada
kemahuan Syakirin itu.
Hantu punya Zaim! Betul-betul dia tak nak singgah,
kutuk Syakirin di dalam hati apabila kereta Zaim selamba aja
bergerak terus ke hadapan tanpa membelok ke lane pusingan
U. Sekarang memang jelas lagi bersuluh yang hatinya sedang
berbelah bahagi untuk hidup bersama Zaim. Kalau macam nipun dah sakit hati, tak tau macam mana kalau dah kahwin
nanti. Nak reverse benda ni balik, tak mungkin terjadi. Mak
aja dah siap kasi ugutan. Kalau buat perangai, tiba-tiba kata
tak nak kahwin, siaplah kena parang dengan abah. Gila tak
gila. Kalau nak adegan lem Tamil, main parang tu terjadi,
boleh try buat. Mengerikan betullah kalau dengan Pak Majid
ni. Anak sendiri pun sanggup nak diparangkannya.
ZAIM memberhentikan kereta betul-betul di hadapan
rumah orang tuanya. Alah... nak diikutkan, rumah Kirin ni
kalau disuruh budak kecil baru nak belajar merangkak puntak sempat berpeluh untuk pergi ke sana. Cik Kirin balik
sendirilah. Takkan nak dihantar sampai ke pintu rumah yang
hanya sekadar dua tiga langkah aja ni.
Dah sampai, kata Zaim. Dia tahu, Syakirin mesti
tengah sebal sebab tak dapat singgah kat kedai apek jual
limau bali tu. Tengok aja muncungnya yang panjang tu, Zaim
dah dapat agak.
Taulah! balas Syakirin. Cepat-cepat dia keluar dari
lori pick up Zaim ini. Dengan kasar dia membuka pintu
belakang untuk mengambil beg pakaiannya. Dengan kasar
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
57/170
Areila Sahimi
57
juga dia menutup kembali pintu kereta di hadapan dan
belakang itu. Lepas tu terus aja dia berlalu pergi ke
rumahnya. Beberapa langkah ke hadapan, sempat juga dia
menoleh.
Terima kasih, ucapnya sepatah. Orang berbudi
kita kenalah berbahasa. Dah orang tu hantar sampai ke
rumah, takkan nak main blah macam tu aja. At least, buat-
buatlah gaya perempuan Melayu terakhir sikit. Tu bakal
suami tu. Bakal suamilah sangat!Hah! Dah balik dah pun!!
Terdengar jeritan emak dari muka pintu.
Syakirin tercengang. Amboi... lain benar cara emak
menyambut kepulangannya hari ini. Selalunya, semua orang
pakat buat derk aja. Sebab emak kata, kalau dah hampir tiap-
tiap minggu balik ke kampung, emak pun dah tak terasarindu. Lainlah kalau balik setahun sekali.
Budak Amir yang tengah mengelap motor dekat
garaj tu pun buat tak tau aja akak dia yang sorang ni balik. Tu
bukan apa tu... nampak akak dia balik lenggang kangkung,
mulalah buat tak ambil peduli. Sebab mesti budak ni dah
dapat bajet tak ada apa-apa buah tangan dari akak dia.
Bersabar ajalah dengan adik yang seorang ini....
Ooo... dah balik dah!!!
Tiba-tiba muncul Hajah Zaiton dari dapur rumah.
Kali ini bebola mata Syakirin memang nak
tersembur keluar. Apa dibuatnya Mak Ton kat rumah dia
tengah-tengah hari buta ni? Mulutnya ternganga luas juga
apabila mendengar dari ruang tamu rumah, suara abah
dengan Pak Midi sedang ketawa. Nampaknya emak, abah, Mak
Ton dengan Pak Midi bersungguh-sungguh benar ni.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
58/170
2 x 5
58
Tercegat apa lagi tu? Cepat masuk. Ajak Zaim tu
sekali. Makan tengah hari semua dah siap dah. Tunggu kamu
berdua aja ni, balas emak.
Syakirin menggaru kepala yang tidak terasa gatal.
Zaim dah masuk ke dalam rumah.
Zaim dah balik mak. Dia berkata sepatah-sepatah
sambil kepala dan ibu jarinya dihala sekilas ke rumah Mak
Ton di seberang sana.
Pergi la panggil. Hajah Zaiton pula menambah.
Syakirin tersengih.
Mir! Pergi panggil Abang Zaim, arah Syakirin
kepada si adik yang tak habis-habis kerja mengelapnya itu.
Apa pula Amir. Kamulah yang pergi panggil! selar
emak. Arahan. Arahan. Arahan, omel Syakirin sendiri di
dalam hati. Berat rasanya dia mengatur langkah ke rumah
Zaim. Pintu pagar besi digoncang-goncangkannya perlahan.
Mangga pada selak pintu diketuk-ketuknya.
Kenapa? Ada benda tertinggal dalam kereta ke?
tanya Zaim sebaik sahaja dia muncul di muka pintu rumah.
Mak panggil makan. Mak Ton dengan Pak Midi pun
ada sama! Syakirin menjerit kecil. Keadaan yang agak jauh
antara pintu pagar dan pintu rumah Zaim itu, memerlukannya
untuk menggunakan tune suara yang sedikit berrekuensi
tinggi.
Seganlah, balas Zaim.
Jangan segan-seganlah. Jomlah cepat. Nanti makbising!
Malulah....
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
59/170
Areila Sahimi
59
Nak malu amendenya? Mak Ton dengan Pak Midi
pun ada sekali. Cepatlah, Zaim! Panas ni! kata Syakirin lagi
sambil menggoyang-goyangkan kakinya.
Mengada-ada betul Zaim ni. Aku kat sini nak
terbakar berdiri bawah panas matahari, dia pulak boleh
banyak songeh. Seganlah... malulah, desis hati Syakirin.
Cepatlah! sambung Syakirin lagi. Matanya sudah
mula mengecil akibat silauan pancaran matahari. Dua-dua
tangan sudah dipayungkan di atas dahi untuk mengelak silaucahaya.
Yalah! Yalah! Cepat-cepat Zaim menjawab dan
terus keluar dari rumah. Pintu dikunci lalu berjalan ke pintu
pagar.
Syakirin tersengih di dalam hati. Tak susah pun
sebenarnya mamat sorang ini. Naikkan sikit suara, lemahlonglailah dia.
Jom! ajak Zaim selepas mengunci pintu pagar
rumahnya.
Agak-agaknya, apa agenda dia orang ni hah? Zaim
bertanya rendah. Seakan berbisik apabila mereka sudah mula
melepasi pagar rumah Syakirin.
Syakirin menjongket bahu. Lagi mahu tanya ke?
Macamlah tak dapat nak agak kunjungan penuh mesra umi
ayah dia dekat rumah aku hari ni. Siap masak bagai segala
macam makanan, Syakirin menjawab di dalam hati sahaja.
Hah! Zaim. Meh-meh masuk. Dah nak sejuk dah
semua makanan ni tunggu kamu berdua balik. Mak cik masak
gulai tempoyak ikan patin dengan sambal tempoyak
kegemaran kamu ni. Meh, masuk cepat! pelawa Puan
Hamidah apabila Zaim, merangkap bakal menantunya itu
sudah masuk ke dalam rumah.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
60/170
2 x 5
60
Zaim sekadar tersengih apabila diberitahu makanan
kegemarannya itu adalah lauk utama tengah hari ini. Wuish!
Penangan gulai tempoyak ikan patin dilawankan pula dengan
sambal tempoyak, dicecah dengan timun sama kacang botol.
Masyuk takhengat!
Syakirin pula sudah terasa nak menangis dalam
hati aja ni. Aduhai... patutlah masuk rumah aja dah terasa
nak pitam terciumkan bau tempoyak. Dia dikatakan terkeluar
dari Perak sebab langsung tak boleh nak makan segalamakanan berasaskan daripada buah durian. Fiqa kata, dia
murtad dari Perak. Sia-sia jadi anak Perak kalau tak dapat
nak menikmati keenakan gulai tempoyak makananoulardi
tempat sendiri. Syakirin tak peduli. Betul. Sekarang dia dah
pening!
KOYOK sudah bertampal di kiri kanan dahi. Bau Minyak
Angin Cap Kapak sudah harum semerbak di segenap bilik.
Dia masih terbaring lesu. Puan Hamidah yang masih lagi setia
memicit kepala anak dara sorang ni, sekadar menggeleng
perlahan. Tak tau apa ke halnya Syakirin cukup alah dengan
bau buah durian.
Mak, kenapa hari ni semua orang jadi kejam
sangat? Masak semua makanan yang ada kena-mengena
dengan durian... rengek Syakirin perlahan. Punyalah tadi dia
bertahan aje menahan bau tempoyak yang boleh buat dia jadi
migrain tiba-tiba. Kalau tak pasal ada tetamu yang
berkunjung di rumah dia tadi, rela aja dia tahan bas ParitEnterprise tu pergi makan tengah hari kat TKK (Taman
Kanak-Kanak). Mana tidaknya, emak dan Mak Ton masak
gulai tempoyak ikan patin, sambal tempoyak, masak ikan
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
61/170
Areila Sahimi
61
kembung bakar tu pun turut sama dilumur dengan sambal
tempoyak. Apa yang dia boleh makan selain sayur kangkung
belacan. Itu saja! Tak cukup dengan lauknya, bubur pulut
hitam kegemaran dia pun emak main letak durian juga dalam
tu. Sungguh dia dianaktirikan. Dia menangis di dalam hati
apabila hari ini terpaksa jadivegetarian.
Yang lain, semua bukan main lagi makan. Tambah-
tambah lagi Si Zaim tu. Isyyy habis hati sungguh tengok
mamat ni menyudu kuah tempoyak dengan mencolek timunke dalam sambal tempoyak. Tak kira makan kat rumah orang,
Zaim tetap makan bertambah tiga kali.
Mana ke gayanya nanti ni, Nur Syakirin. Zaim tu
mak tengok bukan main lagi berkenan dengan gulai
tempoyak. Kamu pula jangankan nak makan, baunya aja dah
boleh buat nak pengsan, kata Puan Hamidah.
Zaim tu memanglah mak. Tolak batu, kayu dengan
besi aja yang dia tak telan. Yang lain, semunya sumbat, balas
Syakirin. Matanya dipejamkan sejenak. Mahu menikmati
kenikmatan apabila kepalanya diurut oleh emaknya.
Hisy, kamu ni! Puan Hamidah memukul lembut
bahu anaknya. Ada ke cakap macam tu.
Yalah. Betul apa! Syakirin menjawab.
Ini hah. Tarikhnya dah siap. Mak Ton dengan Pak
Midi kamu tu tak nak bertangguh-tangguh lagi. Bulan depan
bolehlah buat persiapan sikit-sikit. Kad kahwin, mak andam
kalau kamu nak buat survey harga dari sekarang pun, dah
boleh mula dah, beritahu Puan Hamidah.
Ermmm... jawab Syakirin malas.Dengar ke tak ni?
Dengar.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
62/170
2 x 5
62
Sekali lagi Puan Hamidah menggeleng perlahan.
ZAIM, tarikh dah siap tau. Cuti sekolah bulan enam nanti
majlis kamu, beritahu Hajah Zaiton kepada anak terunanya
yang begitu asyik menonton siaran bola sepak tertunda
Arsenal menentang Manchester United di saluran ESPN.
Emmm.Zaim sekadar menjawab malas. Mata dan
konsentrasinya masih tertumpu pada skrin LCD Sony Bravia
di hadapan. Alat kawalan jauh Astro, awal-awal lagi sudah
disorok di bawah bantal yang menjadi alas kepalanya ketika
ini. Bila umi dah datang kat depan TV ni, apa lagi, mesti nak
ganggu orang menonton. Mesti umi tengah get ready nak
menonton sinetron Intan dekat Aruna sekarang ini.
Cuba bagi umi remote Astro ni, Zaim. Dah dari
tadi kamu dok menatap aja orang main bola ni. Turn umi
pula nak tengok TV, kata Hajah Zaiton sambil badannya
terbongkok-bongkok mencari alat kawalan jauh Astro di tepi
kabinet televisyen. Kalau dah sepuluh minit mencari di
tempatnya juga tiada, tidak syak lagi. Tak lain tak bukan, pastiremote ini disorok oleh anak teruna yang tengah tengok bola
tu. Sekarang ni, memang dah time Intanstart kat Aruna. Hal
yang macam ni, Hajah Zaiton sudah pandai mengagak.
Mana ada umi, ujar Zaim cuba berdalih. Alah umi
ni... betullah tak bagi can.
Meh, sini! Hajah Zaiton sudah mengunjukkan
tangan.
Zaim bingkas. Remote Astro di bawah bantal
dikeluarkan dan dihulurkan kepada umi.
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
63/170
Areila Sahimi
63
Umi dengan rakus telah menukar kepada siaran
kegemarannya.
Nak ke mana tu? tanya Hajah Zaiton apabila Zaim
sudah menuju ke pintu.
Keluar kejap. Ambil angin.
Terus aja dia berlalu keluar dari rumah dan duduk
di atas buaian besi di halaman rumah. Dari pagar besi, dapat
dilihat anak dara jiran di rumah hadapan tu turut sama
duduk di atas kerusi batu sambil membaca. Pasti sangat yang
anak dara tu tengah membaca majalah. Nama pun Syakirin,
kan. Dari kecil dah kenal budak ni. Tahu aja yang memang
membaca majalah tu adalah hobi tangga teratas dia. Sekejap-
sekejap dia melihat Syakirin ketawa. Sekejap-sekejap dia
melihat Syakirin tersenyum. Sekejap-sekejap dia melihat
Syakirin tersengih. Sah. Tu... adalah tu gosip yang menarikperhatian Syakirin tu.
Zaim bersandar di belakang buai. Rambutnya
dilurut dengan dua belah tapak tangan. Dia melepaskan
keluhan lemah. Sejak dua tiga menjak ni, selalu sangat dia
mengeluh.
Dia bukan apa. Tadi aja dah macam berita ngeri
yang umi sampaikan. Cuti sekolah bulan enam nanti, majlis
akan berlangsung. Maknanya, kurang dari lima bulan dari
sekarang, dia akan memikul tanggungjawab sebagai suami
orang.
Sekali lagi Syakirin yang asyik sangat membaca
majalah itu dicuri pandang. Syakirin ni manis juga. Siang
tadi apabila Syakirin pakai tudung, lagilah bertambah manis.Dan rasanya, kecil-kecil dulu pun, budak ni boleh tahan
comelnya juga. Tapi entah kenapa, hatinya langsung tidak
terpikat pada anak jiran di depan rumahnya ini. Padahal, time
8/8/2019 2x5 (bg kt P2U)
64/170
2 x 5
64
kecik-kecik dulu, bukan main lagi main kahwin-kahwin
together-gether. Main pondok-pondok pun bersama-sama.
Nak kata macam couple olok-olok budak-budak kecil cakap
ai-lebiu-yu-lep-mi masa masing-masing berak pun emak
ayah yang cebukkan tu pun dah biasa. Cuma pada dia, itu
hanya cerita budak-budak kecil yang tak cukup umur. Bila
dah besar panjang dan menginjak dewasa, dia tahu antara dia
dan budak perempuan depan rumah tu, sekadar teman
sepermainan sahaja.Cerita dia dengan budak yang bermain bersama-
sama tu pun mati apabila dia masuk asrama. Lepas tu jumpa
pula dengan seseorang yang telah berjaya mencuri hatinya.
Lagilah dah tak ingat apa-apa pasal budak tu. Kalau ikutkan
dia, tak adalah nak memilih yang cantik di mata saja untuk
dijadikan couple, walaupun kalau boleh disukat mengikut
skala kecantikan antara Soea dan Syakirin, dia mengakujuga, Soea berganda lawanya berbanding Syakirin. Syakirin
tu