Upload
dylahmad
View
162
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
RANCANGAN PENGAJARAN
Mata pelajaran : Fizik Tingkatan 4
Tingkatan : 4 Sains
Bilangan pelajar : 22
Tarikh : 19 Jun 2012 (selasa)
Masa : 11.20 pagi hingga 12.40 tengahari (Makmal fizik)
Tajuk pengajaran : Bab 3 – Daya dan tekanan
Sub Topik : 3.3- Tekanan dalam Gas
Objektif pembelajaran :
Di akhir pembelajaran pelajar dapat,
a) Mengenalpasti alatan untuk mengukur tekanan gas dan tekanan atmosfera dan cara mengukur.15
b) Menghuraikan aplikasai tekanan atmosfera.10
c) Menyelesaikan masalah yang melibatkan tekanan atmosfera dan tekanan gas.35
Kandungan : Tekanan, daya, alatan mengukur tekanan gas dan tekanan atmosfera, aplikasi dan masalah.
Bahan bantu mengajar : Papan putih
Nilai murni : Bersederhana, berusaha, berfikir di luar kotak.
Minggu:
Set Induksi (5 minit):
Guru memulakan set induksi dengan bertanya tentang aplikasi tekanan gas dalam kehidupan seharian.
Aplikasi yang paling mudah adalah tindakan penyedutan minuman
Perkembangan pengajaran (65 minit):
Masa Objektif Isi kandungan Aktiviti Catatan/ ABM
11.25- 11.40
(pagi)
15 minit
Mengenalpasti
alatan untuk
mengukur tekanan
gas dan tekanan
atmosfera dan cara
mengukur
Barometer merkuri
ringkas dapat dibina
dengan mengisi
penuh sebatang tiub
kaca yang
panjangnya 90 cm
dengan merkuri,
kemudian tiub itu
diterlangkupkan di
dalam suatu
takungan merkuri.
Guru memberitahu
pelajar bahawa
manometer yang
disambungkan
kepada bekalan gas
akan menentukan
dua situasi
Guru menerangkan tentang barometer.
Guru menerangkan bagaimana Barometer merkuri
ringkas dapat dibina.
Barometer merkuri ringkas dapat dibina dengan
mengisi penuh sebatang tiub kaca yang panjangnya
90 cm dengan merkuri, kemudian tiub itu
diterlangkupkan di dalam suatu takungan merkuri.
Turus merkuri akan turun sehingga tinggi tegaknya
lebih kurang 76 cm dari paras merkuri dalam
takungan.
Tinggi turus merkuri 76 cm itu merupakan tinggi
yang dapat disokong oleh tekanan atmosfera yang
menekan ke atas permukaan merkuri dalam takungan
itu
I tekanan atmosfera (1×105 N m−2@Pascal)
=760 mm Hg
Tinggi aras merkuri dari permukaan merkuri dalam
takungan itu, h tidak akan berubah jika:
- Tiub yang lebih besar digunakan
- Tiub dicondongkan
- Tiub dinaikkan atau diturunkan
- Tambah merkuri
- Suhu bertambah
Tinggi aras merkuri dari permukaan merkuri dalam
takungan itu, h akan meningkat jika:
- Merkuri digantikan dengan air
Tinggi aras merkuri dari permukaan merkuri dalam
takungan itu, h akan menurun jika:
- Ruang vakum dimasukkan dengan udara atau gas
dan ditutup semula.
Guru memberitahu pelajar bahawa manometer yang
disambungkan kepada bekalan gas akan menentukan
dua situasi.
Pgas=Patm+hmmHg Pgas=Patm−hmmHg
11.40 – 11.50
(pagi)
10 minit
Menghuraikan
aplikasi tekanan
atmosfera
Prinsip picagari
apabila dikeluarkan
dari air, air di dalam
picagari atidak akan
mengalir keluar hal
ini kerana tekanan
atmosfera
Apabila pembersih
vakum dipasang,
kipas elektrik akan
berputar dan
menyedut udara di
dalam hos getah
melalui satu
bukaan. Tekanan
udara dalam hos
menjadi rendah.
Tekanan atmosfera
yang lebih tinggi akan
menolak kotoran ke
dalam hos dan
terkumpul dalam beg
Picagari
Guru bertanya kepada pelajar apakah yang akan
terjadi jika omboh pada picagari ditarik ke atas.
Pelajar membuat andaian bahawa air akan memenuhi
ruang dalam picagari.
Guru bertanya lagi apakah yang terjadi kepada air di
dalam picagari jika picagari di keluarkan dari air.
Pembersih vakum
kotoran.
Guru bertanya kepada pelajar bagaimanakah kotoran
masuk ke dalam hos getah sesuatu vakum?
Pelajar akan membuat dua andaian:
1) Kotoran di sedut masuk ke dalam hos getah.
2) Tekanan atmosfera yang lebih tinggi menolak
kotoran ke dalam hos.
11.50 – 12.25
tengahari
35 minit
Menyelesaikan
masalah yang
melibatkan
tekanan atmosfera
dan tekanan gas.
Masalah berkaitan
barometer merkuri.
Masalah berkaitan
manometer
Masalah berkaitan
cecair yang
berlainan
ketumpatan.
Mencari nisbah
ketumpatan.
Barometer
1)
Cari nilai h.
Menggunakan
nisbah ketumpatan
untuk mencari
ketumpatan cecair
berbeza.
Penyelesaian:
Pgas=Patm−hmm
10cmHg=76cmHg−h
h=76cmHg−10cmHg
¿66cm Hg
h=66cm
2)
Cari tekanan gas X yang terperangkap.
Penyelesaian:
Tekanan gas X terperangkap= 76 – 40
= 36 cm Hg
Manometer
1)
Berapakah tekanan bekalan gas dalam
a) cm Hg
b) Pascal
(Tekanan atmosfera= 76 cm Hg / 1×105 Pa)
Penyelesaian:
a) Tekanan bekalan gas= 76 cm Hg + 38 cm Hg
=114 cm Hg
b) Tekanan bekalan gas dalam Pascal
=114cm Hg76 cmHg
×(1×105Pa)
=1.5×105 Pa
2)
Cari ketumpatan cecair x.
(Ketumpatan air= 1g cm−3)
Penyelesaian:
hA ρAg=hX ρX g
10cm (1gcm−3 )=25cm(ρX)
10 gcm−2=25cm (ρX )
ρX=10gcm−2
25cm
¿0.4 gcm−3
3)
(Tekanan atmosfera= 1×105 Pa)
a) Cari tekanan pada titik P.
b) Adakah tekanan pada titik Q dan tekanan pada titik R
adalah sama? Mengapa?
c) Adakah tekanan pada titik S dan tekanan pada titik T
adalah sama? Mengapa?
d) Tentukan nisbah ρA dengan ρB.
Penyelesaian:
a) Tekanan pada titik P =1×105 Pa
b) Tekanan pada titik Q dan tekanan pada titik R adalah
tidak sama kerana kedua dua titik berada pada cecair
yang berlainan dan mempunyai ketumpatan yang
berlainan.
c) Tekanan pada titik S dan tekanan pada titik T adalah
sama kerana berada pada cecair yang sama.
d) hA ρAg=hX ρX g
ρAρB
= hAhB
¿ 108
= 1.25
Kesimpulan (5 minit):
Barometer merkuri ringkas dapat dibina dengan mengisi penuh sebatang tiub kaca yang panjangnya 90 cm dengan merkuri,
kemudian tiub itu diterlangkupkan di dalam suatu takungan merkuri.
manometer yang disambungkan kepada bekalan gas akan menentukan dua situasi
Tekanan atmosfera= 76 cm Hg / 1×105 Pa
Penilaian:
Pgas=Patm+hmmHg Pgas=Patm−hmmHg
Dua orang pelajar diminta datang ke hadapan untuk menyelesaikan masalah berkaitan barometer dan manometer Barometer
Manometer