8
PKP3053 PENDIDIKAN DISLEKSIA TUTORIAL M3 BENTUK UJIAN PENGAMATAN DAN BENTUK UJIAN DIAGNOSTIK 1.0 UJIAN PENGAMATAN Kanak-kanak disleksia kebiasaannya mempunyai gangguan dari aspek pengamatan visual. Menurut Janet W Learner, pengamatan visual adalah kepayahan kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik. Bagi mengesan masalah yang dihadapi oleh murid disleksia, ujian pengamatan boleh dilakukan oleh guru. Komponen-komponen yang terdapat dalam ujian pengamatan penglihatan adalah seperti yang berikut: KOMPONEN CONTOH Diskriminasi Diskriminasi yang Sama - Bertujuan melatih murid dalam mencari persamaan pada objek, bentuk, warna, nombor, huruf dan sebagainya. Diskriminasi yang Tidak Sama / Ganjil - Bertujuan untuk melatih murid dalam mencari perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya. Bulatkan gambar yang tidak sama. Bulatkan gambar yang sama.

3. Tutorial m3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PKP3053 TUTORIAL M3

Citation preview

PKP3053 PENDIDIKAN

(PKP3053 PENDIDIKAN DISLEKSIATUTORIAL M3)

BENTUK UJIAN PENGAMATAN DAN BENTUK UJIAN DIAGNOSTIK

1.0UJIAN PENGAMATAN

Kanak-kanak disleksia kebiasaannya mempunyai gangguan dari aspek pengamatan visual. Menurut Janet W Learner, pengamatan visual adalah kepayahan kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik. Bagi mengesan masalah yang dihadapi oleh murid disleksia, ujian pengamatan boleh dilakukan oleh guru. Komponen-komponen yang terdapat dalam ujian pengamatan penglihatan adalah seperti yang berikut:

KOMPONEN

CONTOH

Diskriminasi

Diskriminasi yang Sama- Bertujuan melatih murid dalam mencari persamaan pada objek, bentuk, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

Diskriminasi yang Tidak Sama / Ganjil

- Bertujuan untuk melatih murid dalam mencari perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

(Bulatkan gambar yang sama.)

(Bulatkan gambar yang tidak sama.)

KOMPONEN

CONTOH

Ingat Kembali

- Bertujuan melatih murid mengingat kembali apa yang diamati.

(Lihat dan ingat kembali gambar.)

Orientasi Kedudukan

- Bertujuan melatih murid membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan nombor.

(Tunjukkan gambar yang berbeza kedudukan.)

Turutan

- Bertujuan melatih murid mengingati sesuatu mengikut susunan.

(Sebutkan warna pelangi ikut turutan betul.)

Menyudahkan atau Melengkapkan

- Bertujuan melatih murid mengenal sesuatu benda atau objek, nombor, perkataan atau ayat.

(Lengkapkan gambar yang betul.)

Menyalin

- Bertujuan melatih murid menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.

(Salinkan huruf-huruf berikut.)

Rajah Latar Belakang

- Bertujuan melatih murid menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau nombor dari latar belakang sesuatu gambar atau rajah.

(Nyatakan bentuk dari latar belakang rajah berikut.)

KOMPONEN

CONTOH

Koordinasi Motor Kata dan Tangan

- Bertujuan melatih murid menyelaraskan pergerakan tangan motor mata dan tangan.

Pertalian Jarak atau Ruang

- Bertujuan melatih murid mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.

(Sambungkan titik seperti gambar-gambar yang terdapat pada sebelah kiri.)

Ketetapan Bentuk

- Bertujuan melatih murid mengetahui sesuatu bentuk, huruf, atau nombor yang mempunyai bentuk yang tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan.

(Carikan 6 orang kenit dalam gambar ini.)

Gambar Bersiri

- Bertujuan melatih murid mengikuti cerita dari satu babak ke babak lain.

KOMPONEN

CONTOH

Pembalikan

- Bertujuan melatih murid membezakan bentuk asal sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan dan gambar.

Mazing atau Cari Jalan Keluar

- Bertujuan melatih murid menyelesaikan sesuatu masalah.

Benda Tersembunyi

- Bertujuan melatih murid menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.

2.0UJIAN DIAGNOSTIK

2.1DEFINISI

Ujian diagnostik adalah satu alat pengukuran yang dapat membantu guru pemulihan mengenal pasti dengan lebih terperinci tentang daerah-daerah dan punca-punca kelemahan murid dalam penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu seperti membaca, mengeja, menulis samada Bahasa Melayu ataupun Matematik dan masalah-masalah yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

2.2TUJUAN

2.2.1Membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid.

2.2.2Membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.

2.2.3Membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.

2.2.4 Membantu guru merancang aktiviti pengajaran pemulihan Disleksia dengan lebih tepat, sistematik dan berkesan.

2.2.5Membolehkan guru membina bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

2.3CIRI-CIRI

2.3.1Tidak memberikan skor atau gred kepada murid.

2.3.2Dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2.3.3Maklumat daripada ujian dalam ujian diagnostik diterjemah dalam bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran.

2.4PEMBINAAN DAN PELAKSANAAN

i. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, perkara-perkara seperti objektif ujian, kemahiran yang hendak diuji, bagaimana hendak menguji dan sasaran perlu ditentukan.

ii. Bagi memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan, borang JPU perlu disediakan supaya ujian yang dirancang teliti, cermat dan sempurna.

iii. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

iv. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.

v. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.

vi. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.

vii. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

viii. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.

ix. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut.

x. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.

xi. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.

xii. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa.

xiii. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.

xiv. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka.

xv. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.

2.5BENTUK

2.5.1UJIAN-UJIAN BINAAN GURU

Ujian ini dibina oleh guru berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid. Binaan ujian oleh guru adalah untuk memastikan setiap kemahiran yang telah dipelajari akan diuji bagi menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari. Antara aspek-aspek yang boleh dijadikan sumber dalam pembinaan ujian termasuklah:

Latar belakang

Fungsi dan proses kognitif: bahasa, ingatan, pemprosesan visual, keupayaan penaakulan dan fingsi eksekutif dll.

Ujian pendidikan: membaca, menulis, mengeja dll

Pemerhatian akademik dan bukan akademik

2.5.2UJIAN-UJIAN LAIN YANG SESUAI

Selain itu, guru juga boleh menggunakan analisis ralat sebagai salah satu cara untuk membuat pentaksiran terhadap kemahiran yang telah dipelajari oleh murid. Contoh-contoh ujian:

The Bangor Dyslexia Test (Miles, 1983)

The Boder Test of Reading--Spelling Patterns (Boder & Jarrico, 1982)

Aston Index (Newton & Thomson, 1976, 1982)