Upload
vuthien
View
214
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
• colloquium
Empowering Local Mind In Art Design& Cultural Heritage
2016
Empowering Local MindIn Art Design & Cultural Heritage
3rd ISMEInternationalColloquium
2016proceeding book
27&28December2016
UniversitiTeknologi MARA,Melaka, Malaysia.
Empowering Local MindIn Art Design & Cultural Heritage
3rd ISMEInternationalColloquium2016EDITORS AND COMPILERS:Dr. Azahar Harun
Dr. Rosli Zakaria
Dr. Abd Rasid
Pn. Haslinda Abd Razak
Pn. Liza Marziana Mohammad Noh
En Nadzri Mohd SharifEn. Shaleh Mohd Mujir
Pn Fatrisha Mohamed YussofPn Anith Liyana Amin Nudin
Pn lIinadia Jamil
Cik Fazlina Mohd Radzi
Cik Aidah Alias
Cik Nurkhazilah Idris
COVER DESIGN:Norsharina Samsuri
PUBLISHED BY:Faculty of Art & Design,UiTM MelakaKM26 Jalan lendu.78000 Alor Gajah, MelakaTel: +606 - 55820941 +60655821901 +6065582113Email: [email protected]: http://isme2016.weebly.comISBN: 978-967-0637-26-6
•Empowering Loesl Mind In Art DfJSlgn
& CuffulBl H.rlttJg8
2016
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system or transmittedIn any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without permissionof the copyright holder.
•Empowering Local Mind In Art Design
& Cultural Heritage
2016
Empowering Local MindIn Art Design & Cultural Heritage
3rd ISMEInternationalColloquium2016
Copyright © 2016
Faculty of Art & Design,UiTM MelakaKM26 Jalan Lendu,78000 Alor Gajah Melakahttp://isme2016.weebly.com
1 Personification in Marketing Communication: Case Study of Malaysian Brands
Azahar Harun, Mohamed Razeef Abd Razak, Russlan Abd Rahim, Lili Eliana Mohd Radzuan, Amina Syarfina Abu Bakar
9
2 The Image of Man after September 11
Mohd. Shaharudin Sabu, Mohd. Saharuddin Supar, Hisammudin Ahmad, Shaharin Sulaiman, Ahmad Zuraimi Abdul Rahim, Mohd. Ali Azraei Bebit, Shahrul Munir Mohd Kaulan
21
3 The Image Construction of Loro Blonyo Craft in Global Market through Packaging Design that Reflect Local Image
Nanang Yuliantoa, Edy Tri Sulistyoa, Slamet Subiyantoroa, and Nadia Sigi Prameswaria
27
4 Game-Based Learning using Visual Spatial Approach for Children with Autism to Improve Social Development: A Pilot Study
Ilinadia Jamil, Fatrisha Mohamed Yussof, Nor Yus Shahirah Hassan, Azzureen Nor Ain Azizuddin and Zainal Kadir
32
5 Visual Iklan Berunsurkan Seksual Di Media Internet: Persepsi Golongan Bawah Umur
Fatrisha Mohamed Yussof, Ilinadia Jamil, Azahar Harun, Norsharina Samsuri,Nurkhazilah Idris, Nor Sabrena Norizan
42
6 An Iconographical Interpretation Of Street Art In Malaysia
Syafril Amir Muhammad, Nurul Huda Mohd Din, Profesor Dr. Muliyadi Mahamood, Dr. Mumtaz Mokhtar
51
7 The Relationship between Place and Hallmark Event; Malaysian Cultural Context
Musaddiq Khalil, Amer Shakir Zainol, Shaliza Dasuka, Liza Marziana, Khazilah Idris, and Fazlina Radzi
64
8 Aplikasi Teknik Tempa dan Peleburan dalam Seni Arca Besi Raja Shah-riman Raja Aziddin
Liza Marziana Mohammad Noh, Shaliza Dasuki, Nurkhazilah Idris,Fazlina Mohd Radzi, Musaddiq Mohd Khalil Imran
74
9 Sulaman Keringkam : Motif Kemasan Sisi Beridentiti Melayu Tempatan
Norhasliyana Hazlin Zainal Amri, Hamdzun Haron, dan Abdul Latif Samian
85
10 Malay Aesthetic Concept through Malay Woodcarving Motifs in Visual Artworks
N. A. Hassan, P. Amin, and S. Tohid
97
11 Illustrasi Poster Kempen Alam Sekitar dalam Simbol Kebudayaan
Muliyati Binti Mat Alim, and Profesor Madya Dr. Abdul Halim bin Husain
106
12 Penghayatan Nilai- Nilai Patriotisme Dalam Arca Awam Pelajar Uitm Melaka Sempena Pertandingan Hiasan Patriotisme Daerah Alor Gajah
W. M. Z. Wan Yaacob, N.H. Abdulah, A. Osman, M. F. Samsudin,M. A. A. Bebit, S. M. Mohd Kaulan dan M. S. Sabu
118
Content
13 Keunikan Ukiran Patung Kayu dalam Kehidupan Kaum Jah Hut dalam Keperluan dan Kepercayaan
Nor Edzrine Binti Abdullah Sani
124
14 Properties of Mandi Bunga (flowering bath) as Malaysian tradition Practice
S. Roslan, R. Legino
135
15 Malaysian Batik Painting From 1950 to 2010: A Study on Style
A.E. Mohd Fauzi, N. H. Ghazali and N. H. Ahmad
145
16 Interpreting Motif and Pattern in Mohd Nor Mahmud Painting Batik: Pakai Semutar Kain Lepas.
H. Abd Razak, R.Legino, B. Samuri
151
17 The Aesthetic of Traditional Lurik in Socio-Cultural Context
E. S.Handayani
157
18 Brand Identity on Local Malay Herbal Toiletries Packaging Design as a Potential Tourism Product
Siti Sarah Adam Wan, Noraziah Mohd Razali, Wan Nur Khalisah Shamsudin & Ariff Ali
162
19 Budaya Melayu Sebagai Simbol dan Makna Dalam Seni Catan Moden Malaysia
Liza Marziana Mohammad Noh, Hamdzun Haron, Abdul Latif Samian & Tengku Intan Suzila Tengku Sharif
172
20 Budaya Visual ‘Seni Kolam’ Dalam Sistem Sosial Masyarakat India
Santhi A/P Letchumanan, Lee Hoi Yeh, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Hussain
180
21 Cetusan Idea Seni Tekat Perak
Azni Hanim Hamzah, Salina Abdul Manan, Noor Hafiza Ismail & Nur Hikma Mat Yusuf
198
22 Chlorophyll Print: An Alternative Approach to Describe Photographic Printing Process Using Nature Based For Photography StudentsDona DLowii Madon, Aidah Alias, Raziq Abdul Samat, Farihan Zahari, Shafira Shaari & Shaharin Sulaiman
207
23 Designing Jawi Typeface to Enhance The Quality of Modern Design
Mohamed Razeef Abdul Razak, Prof. Dr. D’zul Haimi Md. Zain, Dr. Azahar Harun, Dr. Saiful Akram Che Cob & Lili Eliana Mohd. Radzuan
218
24 Diversification of Batik Jarum Handicraft Art Product to Solidify Community Based Creative Economic Development in Klaten Regency
Margana
225
25 Empowering “Girli” Batik Craftswomen to Enhance Family Economy and Develop Tourism Village in Sragen District
Dr. Slamet Supriyadi & Prof. Dr. Sariatun
236
26 Identiti Visual Seni Catan Moden Malaysia Melalui Media Campuran Dalam Konteks Kebudayaan
Fairus Ahmad Yusof 1, Prof. Madya. Dr. Abdul Halim Husain
244
27 Inovasi Media TMK Dalam Pendekatan Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual Berasaskan Gaya Belajar Visual
Siti Hayati binti Haji Mohd Yusoff
274
28 Interpretasi Kandungan Imej Fotografi Digital Sosio-Masyarakat Me-layu Berdasarkan Konsep Literasi Visual
Nadzri Mohd Sharif, Meor Hasmadi Meor Hamzah & Nor Fariza Baharuddin
291
29 Kartun Akhbar Sebagai Wadah Penyampaian Suara Masyarakat: Suatu Kritikan Terhadap Isu-Isu Semasa
Shaliza Dasuki, Liza Marziana Mohammad Noh, Nurkhazilah Idris, Fazlina Mohd Radzi, Musaddiq Mohd Khalil & Nur Hasliza Abdulah
304
30 Kartun Bertemakan Keagamaan Atas Talian: Interpretasi Dakwah dan Sindiran
Fazlina Mohd Radzi, Shaliza Dasuki, Nurkhazilah Idris, Liza Marziana Mohammad Noh & Musaddiq Muhamad Khalil
317
31 Keindahan Tengkolok Getam Pekasam Warisan Kesultanan Perak Darul Ridzuan
Liza Marziana Mohamad Noh, Salina Abdul Manan, Azni Hanim Hamzah, Noor Hafiza Ismail & Mohd Hafiz Sabran
326
32 Menggembur ‘Memori Kolektif’: Potensi ‘Seni Partisipatori’ Sebagai Media Konservasi Budaya
Diana Ibrahim, M. Hendra Himawan dan Mohd Saharuddin Supar
333
33 Model Landskap Bandaraya Islam Di Kawasan Tropika Berdasarkan Empat Faktor Nilai Rekabentuk
N. H Ramle & R. Abdullah
343
34 Pelaksanaan PBS Guru-Guru PSV Hilir Perak Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Estetik
Lee Hoi Yeh, Dr. Mohd Zahuri Khairani
352
35 Permata Yang Hilang: Pembelajaran Penulisan Seni Khat Dan Jawi
Ainun Jariah Yaacob, Ahmad Rajaei Awang, Mohd Fadil Sulaiman, Mohd.Yazid Misdi
367
36 Persona Komunikasi Tipografi di dalam Artifak Kartografi
Wan Juria Emeih Wahed & RidzuanHussin
380
37 The ‘Me-Too’ Phenomenon in Packaging Design: A Case Study of Malaysian Retail Products
Anith Liyana Amin Nudin, Mohd Amin Mohd Noh, Wan Nur Khalisah Shamsudin, Izwan Abdul Ghafar, Norsharina Samsuri, Nik Narimah Nik Abdullah and Fatrisha Mohamed Yussof
392
38 Interaction Design in Collaborative Augmented Reality (AR) Story-book for Children
Lili Eliana Mohd Radzuan, Wan Nur Khalisah Shamsudin, Siti NurIzaura Razis , Azahar Harun and Mohamed Razeef Abd Razak
403
39 Analisis Proses Penghasilan Lakaran Awal Dari Segi Penggunaan Material, Idea dan Pengisian (Contents) Mengikut Bidang-Bidang yang Terdapat di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Melaka: Kajian Kes Pameran Think Things Pada Tahun 2016
Salmah Ali, Hisammudin Ahmad, Haslinda Razak, Wan Nor Ayuni Wan Mohd Zain, Norsharina Samsuri , Nurkhazilah Idris dan Muhammad Fitri Samsuddin
410
40 Corporate Rebranding Design of Oil and Gas Company in Malaysia: Case Study of SMART Petrol
Amina Syarfina Abu Bakar, Azahar Harun, Mohamed Razeef Abd Razak
423
41 Apresiasi Karya Seni Catan ‘Siri Dungun’ Dalam Pendekatan Etnomatematik
Rushana Bte Sulaiman @ Abd Rahim, Rushana Bte Sulaiman @ Abd Rahim
434
42 Aturan Pertiga (Rule Of Thirds) Sebagai Elemen Baru Dalam Pembelajaran Komposisi Bagi Menghasilkan Karya Seni Catan
Shahariah Mohamed Roshdi, Hisammudin Ahmad, Mohd Haniff b. Mohd Khalid, Dr. Abd. Rasid Ismail, Fazlina Mohd Radzi, Nur Hasliza Abdulah, Nurul Izza Ab. Aziz
449
43 Kempen Budi Bahasa Melalui Senireka Bentuk Pembungkusan Produk SME
Farhanah Abu Sujak, Siti Raba’ah Abdul Razak, Nurul Akma Abdul Wahab, Nurin Elani Makrai
461
44 Participatory Art Project To Develop The Creative Potential Of Students Of Senior High School In Surakarta
Adam Wahida
470
45 Pemikiran Visual Terhadap Permainan Ceper Berasaskan Sistem Sosial Budaya
Zulpaimin bin Hamid, Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Hussain
479
46 Pengaruh Elemen Vegetal Dalam Seni Mushaf Nusantara
Nurul Huda Mohd Din, Syafril Amir Muhammad, Prof. Dr. D’zul Haimi Md Zain, Dr. Mumtaz Mokhtar
493
47 Puppet Staging through Media Creation Workshop as the Development of Character Building Model for the Marginal in Bengawan Solo Riverbanks
Endang Widiyastuti
509
48 Rattan Furniture Design: A Comparison Study between Malaysia and Indonesia Design Trend
Muhammad Muizzuddin Bin Darus, Dr. Ruwaidy Bin Mat Rasul, Abu Bakar Bin Abdul Aziz, Nurhikma Binti Mat Yusof, Dr Deny Willy Junaidi
520
49 Seni sebagai Praktis Sosial: Garis Teori dan Amalan Dalam Seni Rupa Kontemporari Malaysia
Diana Ibrahim, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, and Yusmilayati Yunus
529
50 Struktur Reka Bentuk Mimbar Masjid Baru Terengganu
Noor Hafiza Ismail, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Salina Abdul Manan & Azni Hanim Hamzah
541
51 Tapak Warisan Arkeologi Lembah Bujang: Keunikan Arkeopelancongan Di Negeri Kedah
Farhana Abdullah, Adnan Jusoh, Nasir Nayan & Zuliskandar Ramli
549
52 Study On Symbolism Of Malay Islamic Cultural Heritage In Malaysian Visual Arts : Found In Syed Ahmad Jamal Artworks
Nurkhazilah Idris, Liza Marziana Mohammad Noh, Shaliza Dasuki, Fatrisha Mohd Yussof, Fazlina Mohd Radzi, Musaddiq Muhamad Khalil
558
53 Temporary Evacuation and Relief Centre Design Management in Malaysia: an Overview
Dr Ruwaidy Bin Mat Rasul, Muhammad Muizzuddin Bin Darus, Abu Bakar Bin Abdul Aziz
569
54 The Cotton Cloth Qur’an binding of the East Coast of the Malay Peninsula
Ros Mahwati Ahmad Zakaria
577
55 The Roles of Interactive Multimedia Learning Android-based Application for Primary Schools Teachers
Tjahjo Prabowo, Mohamad Suhartob, Mulyanto, Nadia Sigi Prameswari
585
56 The Status Quo of Malaysian Printmaking
Siti Safura Zahari, Nur Fatiyah Roslan, Nurin Elani Makrai, Nor Arseha Karimon, Mohd Fawazie Arshad and Romli Mahmud
592
3rd ISME International Colloquium 2016 291
Interpretasi Kandungan Imej Fotografi Digital Sosio-Masyarakat Melayu Berdasarkan Konsep Literasi Visual
Nadzri Mohd Sharif1, Meor Hasmadi Meor Hamzah2, Nor Fariza Baharuddin3
1-3Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka.
*pengarang:[email protected]
Abstract: Kandungan imej fotografi menjadi medium komunikasi penting dalam bidang seni visual. Kandungan imej fotografi mewakili kebenaran dan realiti dalam menampilkan perkembangan masyarakat Melayu yang meliputi kandungan sosial, kebudayaan dan sejarah. Kandungan imej fotografi sering dianggap sebagai saksi peristiwa sejarah, budaya, kehidupan dalam masa tertentu dan tidak bersifat berat sebelah. Pembuktian sesuatu kisah, artifak dan ceritera adalah bergantung kepada beberapa sumber tidak bertulis merangkumi rujukan penelitian dokumen arkib seperti manuskrip, filem dan imej fotografi untuk menerangkan sesuatu fakta. Bukti daripada kandungan imej fotografi merupakan medium yang sangat penting dalam mengungkapkan kembali kegemilangan warisan Melayu yang tidak ternilai keunikannya. Proses interpretasi kandungan imej fotografi menggunakan indikator literasi visual bertindak sebagai instrumen penyelidikan untuk meningkatkan lagi kualiti penulisan berkenaan penyelidikan alam Melayu. Konsep literasi visual merupakan kemahiran di dalam menilai kebaikan dan keburukan representasi visual seperti memperbaiki kelemahan, merangka pendapat, dan berkongsi pengetahuan. Implementasi konsep literasi visual dalam interpretasi kandungan imej fotografi digital menghasilkan satu visual baru yang baik serta menjadi elemen yang penting untuk keberkesanan perjalanan penyelidikan alam Melayu. Kepentingan kandungan imej fotografi akhirnya dapat memudahkan seseorang ahli penyelidik, sejarawan mahupun budayawan untuk mengetahui dan menyelidik maklumat dengan lebih mendalam mengenai perkembangan sosial masyarakat Melayu.
Kata kunci : fotografi, estetika seni, visual komunikasi, visual literasi, sejarah Melayu.
292 3rd ISME International Colloquium 2016
1. PENDAHULUAN
Perkembangan teknologi imej fotografi berlaku begitu pantas sehingga melahirkan inovasi dalam bidang baru iaitu fotografi digital. Peranan kandungan imej fotografi berperanan sebagai rakaman sejarah yang sentiasa menunjukkan garisan masa untuk tatapan kepada masyarakat pada masa hadapan. Selain itu, imej fotografi juga akan memaparkan gambaran sesuatu tindakan dan peristiwa yang telah berlaku seperti bidang sosial dan budaya masyarakat. Menurut pandangan Gordin (2013) menjelaskan bidang fotografi telah berubah secara radikal mengikut peredaran semasa dengan meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat secara tidak sedar dan ia menjadi penting kerana ia amat berkait rapat mengenai sesuatu kebudayaan dan negara. fotografi berperanan sebagai suatu proses seni yang merakam gambar daripada proses merekodkan cahaya daripada suatu medium yang sensitif kepada cahaya, seperti filem atau sensor elektronik (Szto, 2009).
Menjejak maksud perkataan fotografi berasal dari bahasa Perancis yang didasari daripada akar kata yunani, iaitu (phos) yang bermaksud cahaya dan (graphis) yang maksudnya ialah coretan atau gambar. Istilah umumnya pula, fotografi ditafsirkan sebagai satu kaedah untuk menghasilkan imej dari suatu objek dengan merakam pantulan cahaya yang mengenai objek tersebut pada media yang peka cahaya. Sekiranya tanpa cahaya, maka tidak ada imej yang boleh dihasilkan. Prinsip fotografi adalah memfokuskan cahaya dengan bantuan pembiasan sehingga mampu membakar medium penangkap cahaya. Medium yang telah dibakar dengan ukuran cahaya yang tepat akan menghasilkan bayangan identiti dengan cahaya yang memasuki medium pembiasan selanjutnya disebut lensa. Joseph Nicéphore Niepce, telah berjaya merakamkan imej fotografi kekal pertama yang bertajuk Lihat dari View From The Window at Le Gras yang dihasilkan pada 1826 telah menjadi masyhur sehingga ke hari ini. Pada 1827, Nicéphore Niepce telah menghasilkan ‘asphalt-coated plate’ yang didedahkan selama beberapa jam untuk merakam imej dari tingkap rumahnya. Beliau telah menamakan teknik tersebut sebagai ‘heliograph’ (Marien, 2010). Ciptaan ini telah mencatat sejarah penemuan dalam bidang fotografi sekali gus menjadikan ia sebagai pelopor kepada bidang fotografi. Salah seorang tokoh fotografi yang telah menghasilkan karya imej fotografi yang mengagumkan iaitu William Henry Fox Talbot di mana telah menghasilkan imej jendela berkisi di Lacock Abbey pada tahun 1844.
Kertas kerja konsep ini akan membincangkan mengenai peranan dan kepentingan fotografi sebagai medium untuk merakamkan kandungan sosial dan budaya masyarakat Melayu. Bidang fotografi sebenarnya cuba diterokai sejak zaman awal peradaban manusia dan sangat berkait rapat dengan sosial komuniti masyarakat. Di dalam penyelidikan sejarah, imej fotografi memainkan peranan yang luar biasa melalui perjalanan merentasi masa. Kandungan imej fotografi secara umumnya merupakan medium paparan yang penting untuk merakam potret, peristiwa, seni bina dan persekitaran. Menurut Gilloch (2002)
3rd ISME International Colloquium 2016 293
imej fotografi telah menunjukkan masa asal imej yang sentiasa pada masa lalu ke masa di mana ia dilihat. Imej fotografi, bukan hanya sekadar mengabadikan sebuah gambar, tetapi keperluan untuk memahami kepentingan interpretasi kandungan imej fotografi memiliki kandungan cerita yang ingin disampaikan dan menggalakkan penonton menjadi literasi visual.
2. INTERPRETASI KANDUNGAN IMEJ FOTOGRAFI SOSIAL ALAM MELAYU
Kandungan imej fotografi mempunyai kesan yang amat besar dalam perspektif seni, sains, teknologi, komunikasi, sosial dan sejarah. Imej fotografi telah memainkan peranan yang penting dalam perjalanan dan penerokaan penyelidikan sejarah menyebabkan ia sering dianggap sebagai saksi dan perakam keadaan sebenar kehidupan dalam masa tertentu dan tidak berat sebelah. Teknologi pengimejan digital sebenarnya telah memuliakan dan mengabadikan fotografi bukannya bertindak hanya sebagai tanda kepada sejarah, malah memuliakan fotografi sehingga menghasilkan textuality sendiri dalam menjadikan imej mempunyai rupa dan menandakan ciri-ciri gambar.
Kandungan imej fotografi tidak dinafikan oleh penyelidik lepas sebagai salah satu medium yang berkesan serta mempunyai peranan penting meniti perkembangan visual di tanah air. Ketika kandungan imej fotografi mewakili kebenaran dan realiti pula dibandingkan dengan kata-kata, maka dalam kehidupan seharian ini sudah semestinya akan menghasilkan perkembangan teknologinya dalam menampilkan perkembangan masyarakat serta budaya untuk menjadi tatapan dari satu generasi ke satu generasi. Menurut Clark (2007) bersetuju bahawa, imej fotografi juga berperanan untuk berkomunikasi makna yang jauh lebih mendalam dan boleh difahami tidak mengira perbezaan bahasa kerana ia bersifat sarwajagat. Kuasa gambar adalah bertindak sebagai salah satu cara pengantara dan menyatukan masyarakat dan kebudayaan seluruh dunia (Barthes, 1980). Kesan imej fotografi merupakan bidang yang telah melepasi semua kapasiti hubungan dari semua penegasan, rujukan dan visualisasi dan melangkaui semua bahasa dan teknologi lain yang menghasilkan imej (Bajorek 2010). Kandungan imej fotografi mengandungi bahasanya tersendiri dan dapat menyelami perasaan seseorang (Langford 1982). Justeru itu, maksud kandungan setiap gambar merupakan rakaman sejarah yang sentiasa menunjukkan garisan masa serta perlakuan lepas akan menjadi tatapan kepada masyarakat pada masa hadapan. Selain itu, imej fotografi juga akan memaparkan gambaran sesuatu tindakan dan peristiwa yang telah berlaku seperti bidang sosial dan budaya masyarakat. Imej fotografi merupakan salah satu cara manusia berkomunikasi secara bukan lisan. Ianya mempunyai ciri-ciri penghantaran mesej yang kompleks kepada penonton dengan kadar pemahaman yang besar, boleh dipercayai serta mampu difahami oleh seluruh masyarakat yang pelbagai.
294 3rd ISME International Colloquium 2016
Kandungan imej Fotografi memang sentiasa berkait dengan kebudayaan. Dengan bantuan visual fotografi, kita pasti dapat melihat dan memahami mengenai keindahan dan uniknya suatu kebudayaan Melayu yang dapat digambarkan dengan baik. Agak mustahil apabila kebudayaan berserta perkembangan itu mengetepikan kepentingan imej fotografi. Kepentingan bidang ini sangat membantu kerana ianya mewakili sebuah tulisan, kerana walau ada tiga halaman tulisan tentang keindahan budaya misalnya, dengan imej fotografi sahaja sudah mewakili semuanya (Triadi, 2012). Tidak banyak hasil karya imej fotografi mengenai kebudayaan Melayu telah disimpan dan didokumenkan. Kehebatan dan keindahan kesenian ini akan pasti hilang ditelan zaman dan tidak mustahil generasi akan datang akan melupakan keindahan kesenian ini memandangkan tiada usaha yang serius ditekankan bagi mendokumentasikan kesemua kesenian tradisional ini. Walaupun dokumentasi secara bertulis dilakukan, tetapi dokumentasi secara bergambar sangat kurang dilaksanakan. Kandungan imej fotografi tidak tertakluk sepenuhnya kepada objek semata-mata tetapi lebih subjek dan dokumentasi penceritaan yang boleh bertindak menjadi objek (Barthes 1980). Imej gambar tidak hanya berfungsi untuk merakam serta mengkritik budaya, tetapi ianya boleh bertindak seperti alat purba atau artifak yang ditemui oleh ahli arkeologi (Gilloch 2002).
Di dalam penelitian mengenai penyelidikan sejarah budaya Melayu, ia bergantung kepada beberapa sumber untuk membuktikan bahawa sesuatu sejarah tersebut adalah benar dengan bukti tertulis dan tidak tertulis. Bukti tidak tertulis ini mempunyai pelbagai cara iaitu dengan meneliti dokumen arkib seperti filem, foto, monograf dan lain-lain yang dapat dijadikan bahan untuk menerangkan sesuatu fakta bagi meneliti sejarah. Bukti atau foto sejarah ini menjadi suatu medium yang sangat penting dalam mengungkapkan peristiwa sejarah sehingga dapat memudahkan seorang sejarawan mahupun budayawan untuk mengetahui mengenai maklumat sesuatu peristiwa atau cara hidup zaman tersebut. Penerimaan masyarakat terhadap bidang fotografi telah dipandang serius kerana rata-rata mereka sudah memahami peranan fotografi sebagai satu medium yang amat penting dalam pembangunan sosial, komuniti dan komunikasi. Imej fotografi boleh menjadi usaha seumur hidup, kerjaya atau hanya satu hobi yang menyeronokkan. Oleh itu, sesiapa sahaja yang berminat dalam fotografi boleh mengambil imej fotografi selagi mereka bersedia untuk meningkatkan kemahiran mereka walaupun mempunyai sedikit pengetahuan. Masyarakat kini telah menggunakan kamera untuk mewakili pengalaman dan perspektif mereka mengenai sesuatu topik yang ingin dibincangkan seperti contoh menyatakan kekuatan dan masalah dalam perhubungan yang hanya diluahkan melalui gambar. Selepas membincangkan dan menganalisis gambar, individu atau masyarakat biasanya mencipta produk untuk mendokumentasikan imej tersebut untuk dikongsi bersama individu yang lain contohnya menulis buku, mengadakan pameran atau menggunakan imej bagi memaklumkan kepada projek-projek komuniti yang berkait rapat dengan kepentingan mereka.
3rd ISME International Colloquium 2016 295
Melalui kupasan tersebut, dapat diberikan kesimpulan bahawa matlamat pembangunan budaya yang dianggap amat penting dan perlu diberikan perhatian serius ialah mempertingkatkan dan memperkukuhkan kedudukan identiti, terutama identiti budaya Melayu. Identiti itu memberikan kesedaran terutama kepada generasi muda mengenai sejarah peradaban masyakat Melayu dalam konteks sosial dan budaya. Dengan kesedaran itu dapat memupuk semangat kebangsaan dan cintakan negara. Peranan Imej fotografi amat mempengaruhi di dalam merealisasikan perkara tersebut. Tidak banyak imej fotografi yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kemelayuan yang memartabatkan identiti Melayu di persada dunia. Strategi pemantapan perlu dilaksanakan agar imej fotografi tempatan mempunyai identiti yang tersendiri dan mampu diterbitkan atau disebarkan pada peringkat antarabangsa. Kebanyakan jurugambar tempatan terlalu terikut-ikut dengan genre atau stail luar serta gemar memilih bidang yang lebih mempunyai impak yang tinggi atau bersifat komersial seperti bidang fashion atau pengiklanan produk yang kebanyakan merujuk stail daripada jurugambar antarabangsa.
3. LITERASI VISUAL DALAM KANDUNGAN IMEJ FOTOGRAFI
Komunikasi visual merupakan komunikasi melalui bantuan visual dan digambarkan sebagai perkembangan idea dan maklumat dalam bentuk yang boleh dibaca atau dilihat. Komunikasi visual juga meneroka idea bahawa mesej visual mengiringi teks mempunyai kuasa yang lebih besar untuk memberitahu, mendidik atau memujuk seseorang. Visualisasi mempunyai keupayaan untuk membentuk gambaran mental imej, peristiwa atau situasi. Ia telah menjadi rutin kehidupan seharian yang dilakukan tanpa disedari.Visualisasi akan memberikan penonton pengalaman telah menjadi asas kepada seni visual (Richard, 1992). Arus kemodenan siber ini sudah semestinya menuntut setiap individu supaya menjadi celik visual dan berkeupayaan untuk interpretasi makna dalam imej visual realistik. Justeru, proses ini akan mewujudkan satu kemahiran interpretasi pengenalan kepada individu tentang bagaimana memberikan interpretasi kepada imej yang dilihat berdasarkan konsep, metafora dan falsafah. Umumnya, banyak aspek yang perlu dititikberatkan untuk mempersoalkan, menganalisis, memberikan spekulasi, pencarian fakta, dan mengkategorikan imej visual. Semua kemahiran tersebut amat berkait rapat dengan literasi visual.
Kajian lepas menjelaskan definisi literasi visual ditakrifkan sebagai keupayaan untuk membina makna, memecahkan kod, memahami dan menganalisis kandungan visual imej ini untuk membina makna dari gambaran visual idea dan konsep (Arslan & Nalinci, 2014: Debes, 1969: Messaris, 1994: Petterson, 1998). Menurut Braden dan Hortin (1982), individu yang mempunyai tahap literasi visual seharusnya berkemampuan untuk berfikir, belajar dari kandungan imej fotografi tetapi tahap pemikiran di kalangan penonton dalam komponen literasi visual adalah sama. Bagi pandangan Considine (1986)
296 3rd ISME International Colloquium 2016
beranggapan literasi visual sebagai satu set input, proses output dan keupayaan untuk mewujudkan imej fotografi dalam pelbagai media untuk berkomunikasi dengan berkesan. Maksud literasi visual belum jelas dalam fungsi dan terma realistik. Ini sudah pasti berlaku kerana keluasan konsep, makna visual dan kecenderungan akademik dalam menggunakan istilah tersebut dengan bentuk dan teknik komunikasi media. Menurut saranan Hortin (1992), satu rangka kerja penyelidikan perlu menjelaskan secara analogi terhadap fungsi dan makna dalam literasi visual dengan mengambil kira analisis yang teliti dan mempunyai tautan terhadap teori literasi visual dengan melihat kepada sejarah, kajian analisis dan asal usul terhadap falsafah literasi visual.
Literasi visual mempunyai tahap tertentu yang hanya memberikan tumpuan kepada aspek mekanikal dan bukannya kerangka kerja kognitif yang berlandaskan kepada kefahaman, analisis dan sintesis terhadap imej visual. Satu strategi untuk menentukan tahap literasi visual adalah untuk menangani isu-isu yang berkaitan literasi visual sebagai satu konsep yang mempengaruhi semua bidang dengan pembinaan kerangka kerja yang jelas dalam menentukan tahap literasi. Menurut Bamford (1997), Konsep literasi visual menjurus kepada simbol yang terdapat dalam kandungan imej fotografi. Imej fotografi menurut beliau adalah semata-mata tertumpu kepada simbol atau gambaran konsep dan idea. Seperti teks, simbol-simbol ini mempunyai beberapa bahagian atau unsur-unsur, atau diunjurkan untuk mewujudkan makna. Pembangunan makna dalam kandungan imej fotografi adalah ringkas. beberapa halaman teks boleh dimuatkan dengan satu imej. Imej tidak terikat dengan penguasaan sesuatu bahasa dan terbuka kepada interpretasi yang subjektif. Tidak seperti teks, minda tidak perlu sedar untuk mengenali subjek yang dilihat, tetapi imej fotografi mempunyai kesan ke atas minda bawah sedar.
Falsafah terhadap konsep literasi visual melalui pemahaman Messaris (1994) mempunyai empat matlamat utama iaitu a) untuk meningkatkan pemahaman media visual merentasi pelbagai visual bentuk, termasuk gambar rajah, graf, penyuntingan dan kesan teknologi yang lain b) untuk meningkatkan kebolehan kognitif melalui sifat-sifat tertentu visual, sebagai contoh, hubungan ruang, komposisi dan elemen c) kesedaran manipulasi visual, termasuk penyelewengan dan maklumat yang salah dalam pengiklanan, kempen politik dan propaganda dan d) penghargaan estetik seni visual dan kemahiran visual dalam semua bentuk. Berdasarkan konsep di atas, dapatlah dirumuskan bahawa literasi visual melibatkan segala proses mengetahui dan bertindak balas terhadap imej visual dan juga menyampaikan idea-idea kepada pembinaan atau mencerminkan manipulasi budaya, berkomunikasi, dan juga membentuk makna budaya. Kefahaman dan pemahaman dipertingkatkan dengan keupayaan untuk mentafsir, berunding dan membuat makna berdasarkan kepada kandungan maklumat yang disampaikan dalam bentuk imej.
3rd ISME International Colloquium 2016 297
Pemahaman terhadap imej digital memerlukan kemahiran interpretasi yang diambil daripada pemikiran kritikal. Selain itu, keupayaan untuk memanipulasi imej merupakan satu keperluan penting untuk membina kecerdikan kritikal. Tahap literasi visual seseorang individu yang memperoleh pendedahan kumulatif kepada media visual bersandarkan kepada falsafah konsep literasi visual yang diperkenalkan oleh Messaris (1994) dengan melihat kepada peningkatan keupayaan kognitif, pembinaan kesedaran makna visual diwujudkan dan membentuk penilaian kemahiran terhadap seni estetika. Berdasarkan kepada konsep literasi visual, penyelidik telah membina indikator dalam kandungan imej fotografi bagi memberikan panduan kepada penonton dalam proses interpretasi imej fotografi agar lebih bersifat objektif seperti berikut:
Fig.3 Literasi visual dalam kandungan imej fotografi
Proses interpretasi imej fotografi boleh dibaca daripada sudut pandangan yang berbeza di antara seorang penonton dengan penonton yang lain. Perbezaan perspektif penonton ini mengambil kira beberapa aspek termasuklah kepada sejarah, pengalaman, teknikal, pendidikan, budaya dan sosiologi. Setiap manusia memerhatikan imej yang sama mungkin mempunyai tafsiran berbeza berkaitan dengan kandungan imej, walaupun ciri struktur tidak berubah (Barrett 1983). Matlamat sesuatu interpretasi kandungan imej fotografi telah ditentukan melalui sudut pandangan penonton itu sendiri. Menurut Clark (1997) berpandangan, setiap kali penonton melihat imej fotografi, penonton melibatkan diri dengan pelbagai jangkaan dan andaian ketika membuat interpretasi imej. Interpretasi imej melibatkan satu siri makna yang bermasalah, tidak jelas dan sering bercanggah dengan hubungan di antara pembaca dan kandungan imej. Imej fotografi mencapai makna melalui kod yang melibatkan tatabahasa tersendiri dan sintaksis. Oleh itu, kandungan imej semantik yang terdapat dalam imej fotografi ternyata kabur dan memerlukan penjelasan bagi menyokong imej fotografi. Setiap interpretasi oleh penonton imej mempunyai cara tersendiri, kerana interpretasi itu sendiri adalah sesuatu yang kompleks.
Proses interpretasi imej fotografi lebih merujuk kepada perwakilan, abstraksi atau pembentukan idea secara umum daripada contoh-contoh yang terdapat dalam kandungan imej yang bersifat sintaksis. Jika merujuk maksud imej fotografi
298 3rd ISME International Colloquium 2016
mewakili semantik imej, ia lebih tertumpu kepada makna unsur-unsur sintaksis dalam interpretasi imej fotografi yang ditakrifkan sebagai semantik imej kandungan (Kovak & Micsik, 2007). Semantik imej kandungan mewakili kandungan makna dan perkara- perkara realiti termasuk konotasi, emosi, intelek, simbolik, tema, dan naratif. Bagi pandangan Hall (2007) menjelaskan maksud semantik sebagai satu aspek atau sebahagian daripada sesuatu perkara, satu perkara yang sendiri atau koleksi perkara yang boleh dikenal pasti sebagai elemen yang berbeza dalam bidang komunikasi. Pandangan ini dikukuhkan dengan kenyataan daripada Eakins et al. (2003) berpandangan imej yang dianggap sebagai satu bentuk isyarat, di mana kandungan yang penting ditakrifkan dalam struktur sintaksis imej dan berdasarkan tahap abstraksi yang berbeza. Setiap struktur sintaksis mempunyai kegunaan dan interpretasi berbeza-beza yang menuntut penonton memiliki pengetahuan untuk membantu ketika proses interpretasi berlaku. Oleh itu, setiap kandungan imej semantik adalah kabur dan memerlukan penjelasan terperinci daripada jurugambar kepada penonton dalam menjadikan interpretasi kandungan imej fotografi bersifat objektif.
Dalam aspek mekanikal pula, jurugambar secara asasnya mewarisi struktur keseluruhan kod yang bukan sebagai satu cara perwakilan, tetapi berhubung dengan ketersediaan dalam menyampaikan maksud sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Seorang jurugambar, mungkin mempunyai kesukaran merakamkan imej gambar dengan mengambil kira ketajaman (sharpness), kontras warna, tekstur, rules of third dalam kandungan imej gambar untuk menjadikan ia menarik serta mengekalkan interpretasi penonton (Fier, 2007). Semua isu ini boleh di atasi dengan memahami pengukuran estetika dalam kandungan imej. Corak cahaya tersebut ditunjukkan pada bahan-bahan yang berbeza, dan menghasilkan persepsi elemen yang berbeza seperti tekstur, warna dan bentuk (Fier, 2007). Walaupun cerapan merujuk kepada tanggapan melihat melalui pancaindera manusia, sintaksis merujuk kepada ciri-ciri dan unsur-unsur visual dan cara di mana imej itu disusun. Ciri-ciri ini telah ditakrifkan sebagai Imej sintetik kandungan yang mewakili struktur imej iaitu warna, tekstur, bentuk dan susunan ruang imej fotografi (Fier, 2007).
Dalam menghasilkan imej fotografi digital, berapa perkara utama perlu diambil beratkan agar imej yang terhasil lebih berkualiti dan tidak merosakkan keaslian imej. Ini antaranya seperti penambahan kontra, warna, serta penggunaan cahaya yang berlebihan dan tidak mengikut kesesuaian (Fier, 2007). Terdapat dua fasa cara kerja iaitu pengawalan pada kamera dan fasa kedua ialah proses editing di dalam komputer. Aspek utama yang perlu diambil kira ialah exposure ataupun pendedahan cahaya pada sensor kamera agar ia tidak terlalu cerah dan terlalu gelap (Bamberg, 2013), manakala shutter speed mengawal kelajuan cahaya. Bergantung kepada jenis kamera, terdapat beberapa cara untuk menghasilkan teknik bracketing. Teknik bracketing ini boleh dilakukan hanyalah dengan mengubah shutter speed (Freeman, 2008). Pengubahan ISO menghasilkan kesan noise dalam penghasilan HDR (Bamberg, 2013). Mengubah aperture pula
3rd ISME International Colloquium 2016 299
menghasilkan kesan depth of field.
Menurut Flusser (1984) berpandangan secara falsafah, teknikal imej yang dihasilkan melalui gabungan peralatan, jentera dan bahan yang mempunyai fungsi tertentu atau bertujuan untuk digunakan untuk sebab yang tertentu dikenali sebagai apparatus. Sebagai apparatus, jurugambar perlu mengetahui secara mendalam secara imej teknikal dengan siapa berurusan dan fungsi kandungan imej yang dirakamkan. Ini memberikan mereka daripada segi pengetahuan, pengalaman, sejarah dan ontologically dalam memahami kandungan imej secara teknikal. Menurut Langford (1965), pengetahuan teknikal serta pengalaman praktikal mengendalikan imej fotografi dalam proses merakamkan imej di bawah keadaan yang berbeza. Kemahiran ini dibina secara beransur-ansur dibina sehingga menjadi seorang jurugambar mempunyai kepakaran. Secara teknikal, semua proses fotografi adalah berdasarkan kepada prinsip optik yang sama dengan objek tontonan dengan mata manusia. Dalam prinsip tersebut, cahaya dipantulkan daripada objek dan melalui satu kanta, yang memberi tumpuan sinar cahaya, ke atas filem dalam imej konvensional atau imej sensor dalam digital fotografi. Pengetahuan terhadap aspek teknikal mampu memberikan lebih keyakinan kepada jurugambar untuk mendapatkan kualiti, memperbaiki hasil imej, membangunkan idea-idea dan kandungan imej. Menurut Langford (1965) lagi, rutin teknikal dan pilihan kreatif memberikan asas yang baik dalam menangani cabaran yang paling besar dalam bidang fotografi. Jurugambar perlu menghasilkan imej gambar yang mempunyai kandungan yang menarik dan boleh dikaitkan dengan makna yang ingin disampaikan dengan jelas serta teratur untuk berkomunikasi dengan penonton secara visual.
Aspek yang terakhir ialah membentuk nilai estetika dalam kandungan imej fotografi yang lebih tertumpu pada ekspresi bercirikan keindahan. Keupayaan estetika seni mampu memujuk penonton membuat interpretasi terhadap kandungan imej gambar dan berkuasa meyakinkan penonton. Sejak kebelakangan ini, unsur-unsur keindahan dan estetika banyak dipersoalkan daripada setiap karya seni, termasuk fotografi. Lagenda seni, Aristotle (384-322 SM) berpandangan bahawa seni itu merupakan tiruan keindahan. Clive Bell (1913) pula berpandangan seni sebagai significant form, sesuatu bentuk yang penuh bererti, mempunyai makna tertentu. Secara umumnya, maksud estetika ialah berhubungan dengan unsur-unsur yang sifatnya teratur, seimbang, seragam, sehingga membentuk suatu pengaturan gambar. Keindahan yang saling berhubungan dengan pengetahuan dan pengalaman peribadi manusia menyentuh elemen asas dalam seni fotografi seperti bentuk, warna, garis, bidang, tekstur dan cahaya. Jurugambar boleh menghasilkan imej gambar yang berkualiti dengan menekankan kepada komposisi gambar, penggunaan warna dan cahaya (Fier, 2007; Freeman, 2008).
Setiap objek yang ingin disebut karya seni haruslah meletakkan nilai makna yang lebih mendalam. Seni perlu mewakili ungkapan, seni harus mengungkapkan makna, seperti yang dijelaskan oleh Barthes (1980) mengenai maksud keindahan
300 3rd ISME International Colloquium 2016
seni daripada aspek denotasi iaitu apa yang tampak, yang biasa memberikan makna secara terus dan saling berkait rapat dengan konotasi iaitu makna, nilai atau erti yang mendalam. Konsep seni fotografi sebenarnya merupakan satu bentuk elemen asas yang perlu dilihat kepada unsur-unsur asas yang terkandung di dalamnya (Ang, 2005). Fletcher (1990) menegaskan, estetika bukan hanya menyentuh kepada perkara-perkara berkaitan dengan seni, tetapi ia merupakan elemen yang dapat membantu menyampaikan atau mentafsir makna secara holistik. Objek tidak dapat berdiri sendiri sekiranya tiada mempunyai asas elemen yang kukuh. Terdapat peringkat di mana jurugambar mesti membuat keputusan kreatif terhadap imej jenayah keganasan yang dihasilkan. Terdapat pilihan dan variasi yang diputuskan oleh jurugambar dalam menghasilkan kandungan imej fotografi yang mempunyai makna dan kejelasan. Keputusan kreatif jurugambar ini termasuk penganjuran subjek, komposisi, pencahayaan, pengendalian kamera, persembahan media sehingga ke proses suntingan dan mencetak kerja.
4. PENUTUP
Perkembangan imej fotografi boleh dilihat dalam konteks yang lebih luas dan global. Walaupun estetika seni menjadi sesuatu elemen yang paling penting dalam kandungan imej fotografi pada peringkat awal, tetapi imej fotografi boleh digunakan untuk mempengaruhi pendapat penonton. Manipulasi imej telah menjadi perdebatan yang mana ada sesetengah pihak berpandangan bahawa ianya telah melanggar objektif, etika dan peranan imej fotografi di dalam merakamkan sesuatu peristiwa, budaya dan sejarah. Kandungan imej fotografi menjadi sangat penting bagi seorang sejarawan mahupun budayawan untuk mengkaji peristiwa bersejarah dan budaya Melayu dengan menggunakan sumber imej fotografi. Kandungan imej fotografi terbukti mampu menggambar situasi sesuatu peristiwa dengan tepat dan tidak boleh dipertikaikan.
Dalam perkembangan teknologi, fotografi memiliki keunggulan dalam karya visual karena sifatnya yang tepat atau dalam kata lain menampilkan gambar yang seolah-olah hidup. Penceritaan imej yang mampu berkomunikasi dengan baik perlu merakamkan sesuatu objek atau peristiwa bagi mempengaruhi pandangan dan penglihatan penonton. Jurugambar perlu mempunyai kebolehan tertentu untuk memastikan permukaan abstrak imej daripada ruang dan masa dapat dirakamkan dengan tepat yang dikenali sebagai ‘imaginasi’. Ia adalah syarat bagi mengeluarkan dan mengekodkan imej agar ia mampu menjadi medium komunikasi yang berkesan. Penonton perlu memahami permukaan imej dan mampu untuk mentafsir gambar. Dalam berbuat demikian, pandangan penonton perlu mengikuti laluan kompleks yang terbentuk dalam hasil karya dengan memahami struktur imej dan objektif jurugambar tersebut. Kepentingan untuk mentafsir imej seperti yang didedahkan dalam proses imbasan itu akan mewakili sintesis dan mempunyai peranan iaitu bagaimana proses manifestasi dalam imej yang dilakukan .Penonton perlu memahami dan mengikuti bahawa
3rd ISME International Colloquium 2016 301
imej mempunyai maksud ‘bererti’ (jelas), ‘connotative’ (kekaburan) dan kompleks simbol. Kandungan imej fotografi perlu dipersembahkan mempunyai penjelasan kod, namun, tidak ada cadangan untuk bagaimana imej itu harus ditafsirkan untuk membolehkan individu untuk pemahaman subjektif oleh pembaca Penonton perlu menyediakan ruang untuk membuat tafsiran. Dalam erti kata lain, keupayaan untuk merakamkan , membaca maklumat dan menceritakan kembali peristiwa, alam dan subjek ke simbol dua dimensi yang terdapat dalam imej tersebut seperti yang terkandung dalam bidang literasi visual.
Imej fotografi telah mempunyai peranan untuk melestarikan budaya dan sosial dengan dokumentasi budaya. Media yang digunakan adalah dalam bentuk karya fotografi. Dengan imej fotografi, aspek masyarakat yang dijangkau akan lebih luas dengan dibantu oleh media yang lain seperti radio atau surat akbar yang hanya dinikmati serta di fahami oleh golongan tertentu serta terhad. Dengan keterbatasan untuk membingkaikan maklumat foto, setiap jurugambar dituntut untuk menghasilkan gambar yang mampu berbicara kepada setiap orang yang melihatnya. Imej fotografi tersebut mampu mempengaruhi perasaan orang yang melihat, serta mampu menggiring masuk imaginasi dalam situasi yang diciptakan oleh jurugambar. Imej Fotografi seperti itu akan mudah mempengaruhi persepsi masyarakat mengenai kebanggaan akan budaya Melayu. Masyarakat Melayu perlu bukan sahaja perlu mempunyai kebanggaan kepada warisan budaya semata-mata, tetapi mempunyai pemahaman dan penghargaan akan tingginya nilai budaya yang wajib diwariskan kepada generasi akan datang. Masyarakat Melayu akan menyedari kepentingan dunia fotografi yang menjadi sebahagian dalam mendokumentasikan budaya bangsa dan akan mengingatkan mereka sifat jati diri bangsa mereka.
RUJUKAN
[1]. Ahmad, S.(1979). Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[2]. Amato, R. (2008). Photography: The Birth of New Media Art Tesis Master Of Fine Arts, Faculty Of New Media Art And Performance, Long Island University.
[3]. Ang, T. (2005). Photography. London: Dorling Kindersly Limited.
[4]. Ann, Sarah. (2010). Storytelling and the Photographic Image: Interactions, Boundaries and Displacements in Italian Culture, 1839-2009. Tesis Doctor of Philosophy, University of California.
[5]. Arslan, R. & Nalinci. Z,.G. (2014). Development of visual literacy levels scale in higher education. The Turkish Online Journal of Educational Technology. 13 (2).
[6]. Bajorek, J. (2010). Introduction: Special Section on Recent Photography Theory : The State in Visual Matters. Theory,Culture & Society 27 (155): 6.
302 3rd ISME International Colloquium 2016
[7]. Bamford, A. 2003. The visual literacy white paper. Stockley Park: Adobe Systems Ltd.
[8]. Bamberg, M. (2013). Beginning HDR photography. Boston: Course Technology
[9]. Barrett, T. (1983). Criticizing photographs: An introduction to understanding images. Ed- ke-5. New York: Mc-Graw Hill.
[10]. Barthes, R. (1980). Camera Lucida Reflections on Photography. New York: Hill and Wang.
[11]. Clarke, G. (1997). The Photograph. New York: Oxford University Press Inc.
[12]. Debes, J. (1968). Some foundations of visual literacy, Audio Visual Instruction, 13, 961- 964.
[13]. Diaz, Amy.Catherine. (2012). Photography in Social Work Research: Using Visual Image to Humanize Findings. Qualititative Social Work 20.
[14]. Duncan, K. (2013).Connecting with the Creator. (Cover Story).World Literature Today 87(2): 82-87.
[15]. Eakins, J. P., B. Burford, et al. (2003). A taxonomy of the image: On the classification of content for image retrieval Visual Communication 2(2): 123-161.
[16]. Fier. B. (2007). Composition, photo workshop. New Jersey: Wiley Publishing. Inc.
[17]. Fisher, J. I. M. (2013). Take Picture-Perfect Digital Photos. PC Magazine 134-141.
[18]. Flusser, V. (1984). Towards philosophy of photography. Germany: European Photography.
[19]. Freeman. M. (2008). Mastering digital photography. Sussex: Ilex Publishing.
[20]. Gilloch, G. (2002). Pictures of the Past: Benjamin and Barthes on Photography and History. European Journal of Cultural Studies 5(5): 14.
[21]. Gordin, M. (2013). Conceptual Photography. (Cover Story). World Literature Today 87(2): 76-81.
[22]. Hall, S. (2007). This means this, this mean that: A user guide to semiotics. London: Laurence King.
[23]. Hortin, J. (1982). A need for a theory of visual literacy. Reading Improvement. 19: 260.
[24]. Irvin, S. (2012). Artwork and Document in the Photography of Louise Lawler. Journal of Aesthetics & Art Criticism 70(1): 79-90.
[25]. Kovac, L. & Micsik, A. (2007). Extending semantic matching towards digital
3rd ISME International Colloquium 2016 303
library contact. Research and Advanced Technology for Digital Library 4(6):75-98.
[26]. Langford, M. J. (1965). Basic photography. Oxford: Focal Press.
[27]. Langford, M. J. (1982). The Master Guide to Photography. New York: Knopf.
[28]. Latif, A. 2010. Pembinaan Jatidiri Melalui Kegiatan Seni Budaya Melayu Serumpun. Institut Seni Melaka Malaysia 2(13).
[29]. Marien, M. W. (2010). Photography: A Cultural History 3 Rd Edition. City Road, London: Laurence King.
[30]. Magee, C. (2007). Spatial Stories: Photographic Practices and Urban Belonging. Africa Today 54(2): 109-129.
[31]. Manguel, A. (1999). Reading Pictures. Index on Censorship 28(8): 3.
[32]. Messaris, P. (1994). Visual Literacy - image, mind & reality. Oxford: West view Press.
[33]. O’neil, K. E. (2011). Reading Pictures: Developing Visual Literacy for Greater Comprehension. Reading Teacher 65(3): 214-223.
[34]. Pettersson, R. (2002). Visual information. Ed. Ke-2 Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications.
[35]. Prins, E. (2010). Participatory Photography: A Tool for Empowerment or Surveillance? Action Research 8(18).
[36]. Richard, P. (1992), Using Visualization Technique To Improve Your Memorization. EGTA Guitar Journal EGTA Guitar Journal. No 3.
[37]. Szto, P. (2008). Documentary Photography in American Social Welfare History: 1897-1943. Journal of Sociology & Social Welfare 35(2): 91.
[38]. Triadi, D. (2012). Fotografi Dan Budaya Tak Terpisahkan. CekRicek Editor. Editor, C. Indonesia. 2013.
[39]. W.Eisner, E. (1998). The Englightened Eye: Qualititative Inquiry and the Enhancement of Educational Practice. New Jersey: Upper Saddler River.