Upload
shima-kamarul
View
231
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
edu
Citation preview
Buku SPG: Guru dan Cabaran Semasa ini dihasilkan berdasarkan Sukatan
Pelajaran (Proforma) Kursus yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus ini
merupakan kursus yang terakhir ditawarkan di bawah bidang Pengajian Profesional
yang juga merupakan KursusTeras dalam PISMP yang wajib diikuti oleh semua
pelajar PISMP.Buku ini mengandungi topic - topik yang juga merupakan kandungan
Proforma Kursus Guru dan Cabaran Semasa. Antara topik yang dibincangkan
adalah Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa, Guru dan Perundangan, Tekanan
Emosi dalam Kalangan Murid, Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru, Inovasi dan
Perubahan dalam Pendidikan dan Pengurusan Inovasi dan Perubahan Pendidikan.
Perbincangan topic - topik yang terkandung di dalam buku ini akan memudahkan
pelajar memahami kandungan kursus ini. Buku ini boleh dijadikan buku teks bagi
guru pelatih di IPGM selain sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah,
guru-guru dalam perkhidmatan, pelajar perguruan di university dan institusi
pengajian tinggi yang lain. - See more at: http://www.oxfordfajar.com.my/higher-
education/spg-guru-dan-cabaran-semasa/506#sthash.QoHaFerb.dpuf
SINOPSIS
Menjadi guru super bukan satu impian, tetapi satu kewajipan. Para pendidik wajib
menjadi guru yang terbaik dalam perjuangan memandaikan anak bangsa. Bukan
mudah mahu menyantuni pelajar, melayan kerenah rakan sekerja, dan sekaligus
mentadbir seluruh sekolah. Walaubagaimanapun, seorang guru super pasti dapat
memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya. Dalam buku ini, penulis berkongsi
cerita, ilmu, dan pengalaman beliau mendidik para pelajar dan mentadbir sekolah.
Kata-katanya bersulam nasihat, tegurannya lembut dalam ketegasan, dan
didikannya meresap kedalam hati. Antaranya adalah:
Kaizen dan penambah baikan yang berterusan
Belajar daripada kejayaan orang lain
Menawan hati orang atasan dengan prinsip Pemimpin 360º
Anak yang baik mendengar kata
Falsafah guru super:
Rancang dengan teliti,
Usaha tanpa henti,
Tukar impian jadi realiti,
Kerja sepenuh hati,
Kejayaan sama - sama di nikmati,
Rehatselepasmati,
Di akhirat syurga menanti.
RENCANA 122: GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA