Upload
ezeillelcy-ncy
View
77
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
CERPEN ‘ SEEKOR MANUSIA SEORANG BINATANG ’(MUHAMMAD ISA AL-JAMBULI)
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat iaitu
pembuangan bayi. Zaniyah yang menjadi mangsa kerakusan buaya darat di kota telah
mengambil keputusan untuk membuang bayi luar nikahnya di hutan Lembah Dara
Terbelah. Zaniyah terpaksa melakukannya kerana dia tidak mahu dicemuh masyarakat.
Lembah Dara Terbelah menjadi saksi kekejaman Zaniyah yang bertindak meninggalkan
bayinya di sebatang sungai. Berlaku satu peristiwa yang telah menyedarkan Zaniyah iaitu
ketika berada di Lembah Dara Terbelah, seekor anak monyet telah terjatuh ke dalam
sungai dan hanyut bersama sebatang kayu. Ibu monyet berusaha menyelamatkan anaknya
daripada menjadi habuan buaya. Walaubagaimanapun, ibu monyet telah terjatuh ke
dalam sungai setelah berjaya menyelamatkan anaknnya. Peristiwa itu teleh menyedarkan
Zaniyah bahawa binatang, yang tidak mempunyai akal tetapi mempunyai naluri keibuan
yang menyayangi anaknya. Kejadian tersebut membuatkan Zaniyah mendapatkan
kembali anaknya yang ditinggalkan di hilir sungai itu.
TEMA
Cerpen ini mengutarakan tema kekejaman seorang manusia yang sanggup membuang
darah daging sendiri. Masalah pembuangan bayi menjadi semakin serius dan dihina
dalam masyarakat. Dalam cerpen ini, Zaniyah bertindak membuang bayinya di hutan
Lembah Dara Terbelah tetapi usahanya itu terbantut setelah disedarkan oleh seekor
monyet yang mempunyai naluri keibuan dan kasih sayang tehadapa anaknya.
1
PERSOALAN
Persoalan Kasih sayang
Kasih sayang bukan hanya dimiliki oleh manusia yang berakal tetapi wujud dalam seekor
binatang yang tidak mempunyai akal. Kadangkala manusia tidak mempunyai kasih
sayang berbanding dengan binatang. Persoalan ini dibuktikan apabila seekor monyet
berusaha menyelamatkan anaknya daripada dibaham buaya, sedangkan Zaniyah
membuang darah dagingnya sendiri.
Persoalan Pengorbanan ibu
Anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Seorang ibu sanggup berkorban untuk
anaknya demi melindungi,menyelamatkan atau memelihara anaknya daripada apa jua
bencana. Dalam cerpen ini, persoalan pengorbanan ibu digambarkan oleh seekor monyet
yang mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anaknya yang hanyut di dalam
sungai dan sekaligus mengorbankan dirinya sendiri.
Persoalan Keinsafan
Persoalan ini ditampilkan oleh pengarang sebagai peleraian kepada plot cerpen ini.
Persoalan keinsafan ditunjukkan oleh Zaniyah setelah melihat peristiwa seekor monyet
yang berusaha menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa buaya. Hal tersebut
telah menginsafkan diri Zaniyah bahawa binatang yang tidak berakal juga sayangkan
anak sehingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri.
2
LATAR
TEMPAT
Hutan Lembah Dara Terbelah
Merupakan latar tempat yang mendominasi cerpen ini dimana ia adalah hutan tempat
Zaniyah cuba membuang anaknya dan berlaku peristiwa seekor monyet yang
menyelamatkan anaknya sehingga mengisafkan Zaniyah.
Sungai
Sungai ini terletak di Lembah Dara Terbelah. Peristiwa yang berlaku di sungai ini ialah
kejadian seekor ibu monyet yang cuba menyelamatkan anaknya, tetapi ibu monyet itu
sendiri terjatuh ke dalam sungai dan menjadi habuan buaya.
Batu bawah pokok
-Terletak di hilir sungai. Adalah tempat Zaniyah meninggalkan bayinya .
MASA
Waktu pagi
-Zaniyah mengatur langkah menuju Hutan Lembah Dara Terbelah yang terletak tidak
jauh di pinggir kota. (m/s 50)
Zaman Pendudukan Jepun
-Ketika Zaniyah mengimbau masa silam riwayat ibu bapanya.(m/s 54)
3
MASYARAKAT
i. Masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan
Diwakili oleh watak Zaniyah yang kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup
membuang anak sendiri. Juga digambarkan oleh ayah Zaniyah yang melarikan ibu
Zaniyah dan menyebabkan suaminya terbunuh.
ii. Masyarakat yang membelot kepada pemerintah
Digambarkan oleh watak ayah Zaniyah yang membelot kepada pemerintah negara ketika
itu dengan menjadi tali barut tentera Jepun.
iii. Masyarakat yang mengamalkan pergaulan bebas
Dibawa oleh watak Zaniyah yang mengamalkan kehidupan bersosial yang bebas apabila
menceburi alam hedonistik, berkawan dengan bohsia,bohjan dan menjadi seorang gadis
yang liar.
4
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak adalah pelaku yang wujud dalam sesebuah karya dan perwatakan merupakan sifat,
sikap serta perlakuan yang digambarkan oleh watak.
Zaniyah
Mempunyai seorang anak luar nikah
Merupakan seorang gadis yang liar dan mengamalkan hubungan sosial yang bebas.
Perwatakannya ini dapat dilihat apabila bergaul bebas dengan bohsia-bohsia, melibatkan
diri dalam masalah sosial sehingga mengandung anak luar nikah. Contoh seperti terdapat
dalam cerpen ini ;
Ya, sejak itulah dia langsung tidak menjaga harga dirinya. Sejak itulah dia
menceburi alam hedonistik, mengintimkan perhubungan dengan teman-teman bohsia
dan rakan-rakan bohjan. Sejak itulah graf nilai dirinya menurun ke bawah paras sifar”.
(M/S 52)
Seorang yang tidak berperikemanusiaan.
Sikap yang tidak berperikemanusiaan diri Zaniyah timbul apabila dia mahu membuang
bayinya di dalam Hutan Lembah Dara Terbelah. Contoh petikan yang membuktikan
Zaniyah seorang yang tidak berperikemanusiaan;
Darah dagingnya itu kini ditinggalkannya di atas batu yang terhampar di bawah
pokok menggading besar di pinggir anak sungai di hutan Lembah Dara Terbelah yang
5
terletak tidak jauh dari kita. Darah dagingnya itu tentulah kesejukan sekarang. Lalu
menangis. Biarkanlah...(M/S 53)
Bapa Zaniyah
Seorang anak muda yang gagah dan kacak
Seorang yang pentingkan diri sendiri
Bapa Zaniyah dianggap pentingkan diri sendiri apabila sanggup menjadi tali barut tentera
Jepun demi memenuhi kepentingan dirinya. Contoh yang terdapat dalam cerpen;
Zaman pendudukan Jepun di rantau ini memberi kesempatan kepada anak muda
yang gagah dan kacak untuk menempah kedudukan dan kuasa. Diperolehnya kedudukan
dan kuasa tempahannya itu apabila dia menjadi tali barut tentera Jepun. Dalam
kesempatan ini dia melakukan apa saja untuk memenuhi tembolok kepentingan diri
sendiri dan berleluasa bertindak mengikut tuntutan nafsunya.( M/S 54).
Seorang yang kejam
Kekejamannya dibuktikan apabila suami kepada ibu Zaniyah ( sang suami) terbunuh
kerana melawan dengannya. Ia berlaku apabila dia merampas melarikan ibu Zaniyah ke
Selatan Thailand dan berlaku pertarungan yang menyebabkan sang suami terbunuh.
Malah dia memfitnah sang suami adalah seorang tali barut Inggeris.
..Lalu dia dengan mudah saja dilarikan oleh anak muda itu ke selatan Thailand.
Dalam pertarungan hendak merebut kembali isterinya, sang suami terbunuh.
Pembunuhan itu direstui oleh pihak berkuasa tentera Jepun apabila suami malang itu
difitnahkan sebagai tali barut Inggeris.( M/S 54)
6
Ibu Zaniyah
Seorang yang materialistik
Materialistik adalah sifat yang terlalu mementingkan kebendaan seperti harta dan juga
pangkat. Ibu Zaniyah dikatakan materialistik apabila sanggup menduakan suaminya.
Contohnya dapat dilihat dalam petikan berikut;
Pengaruh kedudukan dan harta benda , campur kekuasaan dan kekacakan anak
muda ini menyebabkan seorang wanita berdahi licin yang sudah bersuami mabuk
kepayang. Lalu dia dengan mudah saja dilarikan oleh anak muda itu ke selatan
Thailand.
( M/S 54)
Seorang yang tidak bertanggungjawab
Sifatnya ini dapat dilihat apabila sanggup menduakan suaminya dan melarikan diri ke
selatan Thailand. Dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan
mencurangi suaminya. Contoh petikan yang membuktikan ibu Zaniyah seorang yang
tidak bertanggungjawab;
Pengaruh kedudukan dan harta benda , campur kekuasaan dan kekacakan anak
muda ini menyebabkan seorang wanita berdahi licin yang sudah bersuami mabuk
kepayang. Lalu dia dengan mudah saja dilarikan oleh anak muda itu ke selatan
Thailand.
( M/S 54)
7
PLOT
Plot atau urutan jalan cerita dalam cerpen ini adalah bersifat kronologi iaitu mengikut
urutan masa.
Permulaan
Menceritakan Zaniyah mula sampai di Hutan Lembah Dara Terbelah untuk menjalankan
rancangannya iaitu membuang bayinya di hutan tersebut.
Pengembangan
Mengisahkan sejarah hidup Zaniyah dan juga latar hidupnya yang menyebabkan dia
menjadi seorang yang liar. Diimbas kembali latar keluarga Zaniyah pada zaman
pendudukan Jepun.
Klimaks
Zaniyah Meninggalkan anakya di atas sebuah batu di dalam hutan Lembah Dara
Terbelah. Kemudian Zaniyah menyaksikan seekor ibu monyet menyelamatkan anaknya
daripada menjadi mangsa buaya sehingga mengorbankan ibu monyet tersebut.
Peleraian
Zaniyah merasakan keinsafan dalam dirinya apabila melihat seekor ibu monyet
menyelamatkan anaknya, walhal ia adalah binatang yang tidak berakal seperti Zaniyah
yang membuang anaknya. Zaniyah mengambil semula anaknya yang ditinggalkan di
dalam hutan itu.
8
TEKNIK PLOT
Saspens
Teknik yang membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku.
Contohnya, pembaca tertanya-tanya apakah yang terjadi pada anak monyet yang hanyut
di atas kayu dan di mana ibu monyet tersebut.
Anak monyetkah itu? Bagaimana anak monyet itu boleh berada di atas dahan
kayu mati yang hanyut itu? Mana ibunya? Kenapa ibunya...ha, itu ibunya?
( M/S 55)
Konflik
Konflik adalah pertentangan yang berlaku antara watak, watak dengan dirinya sendiri
atau makhluk lain
Contohnya, konflik perebutan antara anak muda (bapa Zaniyah) dengan suami pertama
ibu Zaniyah yang merebut ibu Zaniyah sehingga membawa kepada kematian suami
pertama ibu Zaniyah. (M/S 54)
TEKNIK PENCERITAAN
Dialog
Terdapat dialog antara Zaney dengan Zaniyah ketika menasihatkan Zaniyah daripada
menjadi mangsa buaya darat. (M/S 51)
Imbas Kembali
Penulis mengimbas kembali kisah hidup ibu Zaniyah pada zaman pendudukan Jepun.
Diceritakan kembali konflik dua pemuda yang merebut ibu Zaniyah sehingga
menyebabkan kematian suami pertama ibu Zaniyah. (M/S 54)
Monolog
Monolog oleh Zaniyah ketika melihat kejadian anak monyet yang hanyut di bawa arus
sungai.
Anak monyetkah itu? Bagaimana anak monyet itu boleh berada di atas dahan
kayu mati yang hanyut itu? Mana ibunya? Kenapa ibunya....ha, itu ibunya? (M/S 55)
9
GAYA BAHASA
Personafikasi
Bermaksud memberikan sifat manusia kepada benda bukan hidup atau tidak bernyawa.
Contoh yang terdapat dalam cerpen;
..Seluruh buku romanya meremang. Jantung hatinya kencang berdegup dijentik
debaran cemas dan takut berterusan... (M/S 50 )
Cahaya siang sudah mula menyapu bersih saki-baki gelap malam. Kabus
menyelimuti hutan Lembah Dara Terbelah. Embun berjatuhan dari hujungan
daun-daun. Para unggas melafazkan zikir masing-masing, mensyukuri
kemunculan sang suria. (M/S 52)
Diksi
Merupakan gaya bahasa yang menekankan pemilihan kata dalam sesebuah karya.
Contoh yang terdapat dalam cerpen;
Dialek
Bahasa tempatan atau kenegerian.
Dialek Kelantan
Contoh;
...Keuzurannya ini menyebabkan sekujur badannya kenaling
bergerunyut..(M/S 52)
..Atau dahan pokok itu sekah, disoyak ribut atau sengaja ditutuh..
(M/S 53)
Simbolisme
Aku ceritakan ini semata-mata untuk menyelamatkan kau daripada menjadi
mangsa buaya darat itu. Nah lihatlah , ini gambar bininya!” (M/S 51)
10
Terlepas daripada menjadi mangsa buaya darat, Zaniyah menjadi pasangan
belangkas darat kepada Zaney. . (M/S 51)
NILAI
Kasih Sayang
Nilai kasih sayang amat jelas ditampilkan oleh pengarang dalam cerpen ini. Nilai ini amat
penting dalam hubungan kekeluargaan ataupun hubungan sesama manusia atau makhluk
lain. Nilai kasih sayang dapat dilihat apabila ibu monyet berusaha menyelamatkan
anaknya daripada menjadi mangsa buaya dan akhirnya ibu monyet itu terkorban .
Keinsafan
Keinsafan turut diselitkan dalam cerpen ini yang menuntut manusia menginsafi diri
sendiri apabila melakukan sesuatu kesilapan. Nilai itu ditunjukkan oleh Zaniyah yang
insaf setelah melihat kejadian ibu monyet menyelamatkan anak monyet daripada menjadi
mangsa buaya. Kejadian itu memberikan pengajaran kepada Zaniyah bahawa binatang
pun lebih menyayangi anaknya. Ekoran kejadian itu Zaniyah menginsafi perbuatannya
dan mengambil semula anaknya yang pada mulanya sudah ditinggalkan di dalam hutan
Lembah Dara Terbelah.
Tanggungjawab
Nilai tanggungjawab merupakan nilai yang perlu dicontohi oleh kita. Nilai ini jelas dapat
dilihat dalam cerpen ini tetapi ia adalah bertentangan apabila Zaniyah digambarkan
seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membuang bayinya sendiri di hutan
Lembah Dara Terbelah. Sebenarnya tanggungjawab seorang ibu untuk menjaga dan
melindungi anaknya seperti yang ditunjukkan oleh ibu monyet apabila melindungi dan
menyelamatkan anaknya biarpun mengorbankan nyawanya sendiri.
11
PENGAJARAN
Kita hendaklah berfikir sebaik-baiknya sebelum melakukan sesuatu. Sesuatu
tindakan yang dijalankan tanpa berfikir dengan panjang akan memberikan kesan yang
buruk dan berpanjangan serta menyebabkan penyesalan yang tidak berguna. Contohnya
tindakan membuang bayi seperti yang dilakukan oleh watak Zaniyah adalah suatu
tindakan yang dilakukan tanpa berfikir dengan sebaiknya terlebih dahulu.
Kita haruslah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Setiap manusia mempunyai
tanggungjawabnya masing-masing samada tanggungjawab sebagai ibu bapa, pelajar,
pekerja dan sebagainya. Diberi contoh dalam cerpen ini, Zaniyah tidak menjalankan
tanggungjawabnya sebagai ibu dengan baik malah mengabaikannya apabila cuba
membuang darah dagingnya sendiri. Tanggungjawab sebagai seorang ibu harus
dijalankan dengan baik oleh Zaniyah dengan melindungi dan menjaga anaknya,
bukannya mengabaikannya dengan membuang anaknya itu. Jelas tindakannya itu
merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Kita perlulah mengukuhkan pegangan agama bagi menghadapi kehidupan yang
mencabar. Pegangan agama yang kukuh akan melahirkan iman yang tinggi dan menjadi
perisai kepada segala kejahatan. Di dalam cerpen ini menunjukkan pegangan agama
Zaniyah tidak kukuh sehinggalah menyebabkannya terjebak dengan budaya hedonistik
serta masalah sosial. Pegangan agama yang rapuh menyebabkan Zaniyah melahirkan
anak luar nikah dan juga membuatkan Zaniyah bertindak untuk membuang anak
kandungnya sendiri.
12
“WARNA HATI SEORANG DATIN”
(RAHMAN HAJI YUSOF)
SINOPSIS:
Cerpen ini mengisahkan mengenai perpecahan dalam sebuah keluarga dan berakhir
dengan sebuah kedamaian. Datin yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah
sedar mengenai pentingnya mempunyai nilai keinsafan dalam dirinya bagi meneruskan
kehidupan yang lebih baik bersama madu-madunya yang terdiri daripada Siti
Halijah,Syarifah Aminah,Cikgu Jalilah dan juga anak-anak tirinya. Selepas perkahwinan
Datuk dengan madu-madu perhubungan Datin dan madu-madunya tidak begitu baik dan
begitu renggang yang menyebabkan datin dan seluruh keluarganya membenci madu-
madunya terutamanya Siti Halijah yang masih kekal bersama datuk. Dati amat membenci
madu-madu yang telah berkahwin dengan suaminya tanpa kebenarannya. Tidak cukup
kebencian yang dilontarkan oleh datin terhadap madu-madunya,namun anak-anak datin
juga turut mengikuti jejak ibunya. Sebenarnya kebencian yang boleh dilihat adalah lebih
kepada anak-anak datin,bukan datin. Setelah kematian suaminya,segala-galanya telah
telah berubah,datin mula insaf akan perbuatannya membenci madu-madunya terutamanya
Siti Halijah yang begitu tabah walaupun pernah dimaki oleh anak datin sendiri. Siti Halija
tidak dibenarkan datang ke rumahnya setelah berkahwin dengan datuk. Dia tidak diterima
oleh ahli keluarga datin. Namun ketabahan dan kekuatan yang ada pada Siti Halijah
membuatkan dia terus disamping datuk dan sehinggalah kematian datuk. Kematian
datuklah yang sebenarnya telah merubah segala-galanya. Datin telah betekad untuk
berbaik-baik semula dengan madu-madunya dan berharap segala peristiwa yang telah
berlau puluhan tahun sebagai suatu pengajaran kepadanya. Beliau merasakan perlu bagi
13
dirinya serta keluarganya menerima semula madu-madunya setelah kematian suaminya.
Beliau mahukan sebuah keluarga yang bahagia dan saling faham memahami diantara satu
sama lain. Dalam pada itu datin telah mempelawa madu-madunya serta anak-anak tirinya
tinggal bersama-sama dengannya. Namun begitu beberapa madunya dan anak-anak
tirinya tidak dapat tinggal bersama kerana mempunyai kehidupan sendiri di luar. Kecuali
bagi Siti Halijah,beliau menerima pelawaan Datin dengan hati yang terbuka walaupun
pernah berselisihan faham dengan madunya beberapa tahun dahulu.
TEMA:
Tema cerpen ini ialah perpecahan dalam sebuah keluarga. Ia banyak mengambarkan
perpecahan yang berlaku dalam anggota keluarga tersebut sehinggalah saat kemaatian
seorang suami. Perpecahan yang berlaku amat serius kerana bukan sahaja melibatkan
madu-madu tetapi melibatkan anak-anak secara amnya. Dalam keadaan ini,mereka tidak
pernah merasa kebahagian mempunyai sebuah keluarga yang besar setelah suami datin
berpoligami.
PERSOALAN:
Persoalan perpecahan dalam keluarga.
Perpecahan dalam keluarga merupakan perkara yang tidak diingini berlaku kerana ia
menimbulakn pelbagai masalah. Namun perkara seperti ini kadangkala tidak dapat
dielakkan jua. Dalam cerrpen ini banyak menceritakan pelbagai masalah yang melibatkan
hubungan persaudaraan seperti hubungan madu dengan madu,hubungan dengan ibu tiru
dan hubungan dengan adik-beradik. Madu madu dengan madu tidak menunjukkan
14
hubunga yang baik,sering berlaku pergadukan dan rasa tidak puas hati,begitu juga
hubungan dengan ibu tiri,tiadanya nilai kasih sayang serta hubungan dengan adik-beradik
yang renggang. Ini semua menunjukka perpecahan dalam keluarga.
Persoalan tabah menghadapi cabaran bekeluarga
Cabaran bekeluarga merupakan satu cabaran yang biasanya akan ditempuhi oleh setiap
orang. Samada cabaran itu besar atau sebaliknya bergantung pada situasi. Namun dalam
cerpen ini kita boleh lihat watak yang ditonjolkan oleh Siti Halijah begitu tabah dalam
meharungi cabaran bekeluarga. Walaupun beliau pernah disikan oleh madunya,namun
beliau tetap kental dalam meneruskan kehidup. Tidak cukup dengan itu juga,beliah juga
pernah dimaki hamun oleh anak-anak tirinya tidak suka akannya.
Persoalan tidak prihatin dalam mendidik anak-anak
Sikap tidak prihatin dalam melakukan sesuatu perkara akan menyusahkan diri sendiri dan
juga pihak lain. Sikap sebegini yang harus dielakkan oleh setiap orang. Watak yang dapat
dilihat dalam cerpen ini ialah watak datuk sendiri yang tidak prihatin terhadap anak-
anaknya. Datuk tidak pernah memperkenalkan dari setiap anak-anaknya atau tidak
menyatukan anak-anakanya. Hal ini menyebabkan tiada nilai kasih sayang diantara anak-
anak Beliau. Malah,yang mendukacitakan ialah ada yang tidak mengenali adik beradik
mereka sendiri.
15
Persoalan Keinsafan dalam diri
Keinsafan dalam diri setiap orang harus ada bagi mengekalkan kesejateraan dan
kedamaian dalam hidup bekeluarga. Persoalan dalam cerpen ini telah ditunjukkan oleh
Datin yang mula insaf dan menyedari bahawa pentingnya beliau berbuat baik terhadap
madunya terutamanya Siti Halijah yang juga merupakan isteri keempat datuk. Beliau
mula berubah ababila suami kesayangannya meninggal duni.
WATAK DAN PERWATAKAN
Datuk
-Mempunyai beberapa orang isteri seperti Datin,Siti Halijah,Cikgu halijah
-Bekas pegawai kerajaan
-Seorang Pemimpin yang dikasihi,dihormati,disegani dan disukai oleh masyarakat
disekitarnya.
Datin
-Isteri datuk yang pertama
Ibu kepada Jahara,Shuhada, dan lain lagi.
Seorang yang pemarah(lima tahun dahulu)
Contohnya,Datin akan memarahi Siti Halijah yang juga madunya.
Seorang yang pemaaf
Contohnya,Datin mula sedar dan memaafkan semua kesilapan datin
16
Siti Halijah
-Isteri yang keempat datuk
-mempunyai anak iaitu Zety dan zul.
Seorang yang penyabar.
Sifat sabar selalu ada pada Siti Halijah. Walaupun pernah dimarahi oleh datin beliau
tetap sabar menghadapi semua itu.
Selain itu beliau juga seorang yang tabah.
Sifat tabah begitu menonjol dalam diri Siti Halijah. Contohnya,Belaiu tabah dalam
menghadapi dugaan hidup,apabila suaminya meninggal dunia.
LATAR:
LATAR MASA
1-Waktu Pagi
Waktu pagi digambarkan suasana suram kerana datuk yang amat dihormati oleh
masyarakat sekitarnya. Suasana pilu menyelubungi ahli keluarga yang berkumpul di
rumah datin. Ramai yang kelihatan sugul dengan kematian datuk yang dianggap banayak
memberi sumbangan kepada masyarakat setempat.
2-Waktu Subuh
Dalam waktu digambarkan datin menelefon madunya Siti Halijah untuk memberitahu
kematian datuk. Siti Halijah begitu begitu sedih menerima berita kematian datuk yang
juga suaminya.
17
LATAR TEMPAT
Rumah datin
Di rumah datinlah ahli keluarga berkumpul menziarahi datuk. Di rumah datin,siti Halijah
dan ahli keluarga yang lain meratapi wajah datuk buat kali terakhir. Selain itu juga,di
rumah datinlah mereka berkumpul dan bersatu semula dan hidup bersama-sama.Siti
Halijah telah menerima pelawaan datin untuk tinggal bersama-sama dengan.
TEKNIK PENCERITAAN
Dialog.
Dalam cerpen ini adanya dialog yang boleh dilihat. Contohnya perbualan antara Datin
dan Siti Halijah dalam telefon. Datin memberitahu kepada Siti Halijah kematian datuk.
M/s 61 b4.” Siti...,” katanta, ”ini kakak.”
Suspen
Suspen dapat didefiniskan sebagai pengarang menimbul tanda tanya. Pembaca akan
tertanya-tanya apakah yang akan berlaku.
Konflik
Konflik bermaksud pertentangan seorang watak dengan watak yang lain. Dalam cerpen
ini pertentangan wujud diantara Datin dengan Siti Halijah. Datin tidak menyukai Siti
Halijah kerana mengawini Datuk tanpa persetujuaannya.
18
GAYA BAHASA
Metafora
Metafora merupakan gabungan konkrit dan abstrak. Contohnya,Menggigit tulang.
Menggigit merupakan sesuatu yang abstrak yang mana tidak boleh dilihat,manakala
tulang adalah sesuatu yang konkrit yang mana boleh dilihat dengan mata.
Sinkof
Sinkop merupakan singkatan perkataan. Contohnya,kalau mereka tak balik,eloklah kita
kebumikan sekarang.”m/s 72 b.9. Dalam ayat ini tak ialah sinkof. Sepatutnya ia ditulis
sebagai tidak.
Asonansi
Asonansi bermaksud pengulangan huruf vokal yang sama. Contohnya,pengulangan huruf
konsonan
Simile
Gaya bahasa yang menggunakan kata bak,umpama,bagai,ibarat,laksana dan sebagainya.
Contohnya dalam ayat,
Aliterasi
Aliterasi bermaksud pengulangan huruf bunyi konsonan yang sama.
Contohnya,pengulangan huruf konsonan t dalam baris tetangga. m/s 58,b 14. Dalam ayat
ini tetangga ialah aliterasi.
19
PLOT
Plot dalam cerpen ini tidak mengikut kronologi atau urutan masa.
Permulaan.
Dalam cerpn warna hati seorang datin pengarang mengisahkan atau menceritakan kisah
kematian datuk.
Perkembangan
Siti halijah dimaklumkan oleh datin dengan kematian datuk. Siti Halijah berasa dengan
berita kematian datuk.
Klimak
Madu-madu dan anak-anak tiri datin datang ke rumah datin untuk menziarahi jenazah
datuk.
Peleraian
Siti Halijah dan anak-anaknya dijemput oleh datin untuk tinggal bersama-sama
dengannya dan akhirnya mereka berbaik semula.
20
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang tabah dalam menghadapi sesuatu perkara.
Dalam cerpen ini digambarkan madu-madu datin mempunyai ketabahan dalam
berkeluarga.Mereka tidak mudah mengalah walaupun mereka tidak diterima oleh
keluarga dan anak-anak datin. Ketabahan yang ditunjukkan oleh Siti Halijah,Syarifah
Aminah dan cikgu Jalilah menunjukkan mereka mempunyai ketabahan yang kuat dengan
tidak mudah berserah kepada takdir semata-mata.
Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan.
Dalam cerpen ini digambarkan mempunyai masyarakat yang mengamalkan semangat
kejiranan dan menghormati diantara satu sama lain. Masyarakat sekitar saling hormat
menghormati terutamanya datuk yang sering dihormati dan dipandang tinggi walaupun ia
hanya melibatkan kawasan rukun tetangga. Datuk sentiasa dihormati sehinggalah beliau
menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sikap saling hormati menghormati ini bukan
hanya terhadap datuk sahaja malah diantara mereka sendiri.
Masyarakat yang penyayang.
Dalam cerpen ini digambarkan mempunyai masyarakat yang penyayang. Contoh watak
yang boleh dilihat cerpen ini ialah Datin,Siti Halijah dan beberapa orang lagi amat
menyayangi anak-anaknya dan juga mengasihi madu-madunya. Cohtohnya datin
walaupun puluhan tahun dahulu tidak menyukai madu-madunya,namn setelah kematian
suaminya,dia telah insaf dan amat menyayangi madunya terutamanya Siti Halijah dan
21
juga anak-anak tirinya. Begitu juga dengan Siti Halijah yang sentiasa menyayangi madu
dan anak-anak kepada datin.
NILAI
Tabah
Ketabahan dalam diri amat penting untuk meneruskan kehidupan. Contohnya,Siti Halijah
tabah dalam meneruskan kehidupannya walaupun pernah dimarahi oleh datin dan juga
anaknya kerana mengahwini datuk.
Penyayang
Nilai penyayang merupakan nilai yang harus ada dalam setiap orang. Contohnya,datin
sayang akan suaminya walapun suaminya kerap melukakan hatinya. Begitu juga dengan
Siti sayang akan suaminya walapun pernah menempuhi cabaran pahit sebagai isteri
keempat kepada datuk.
Berbibawa
Nilai berbibawa sangat penting dalam seorang pemimpin. Contohnya,datuk seorang
pemimpin yang disayangi kerana kebibawaannya sebagai seorang pemimpin,walaupun ia
hanya melibatkan kawasan rukun tetangga. Datuk banyak membantu masyarakat
setempat yang memerlukan pertolongannya.
22
Bersabar
Nilai bersabar amat dituntut dalam islam,kerana ia separuh daripada iman. Nilai bersabar
bukan hanya menjadikan diri kita lebih baik malah malah menjadikan kita lebih tabah
dalam meneruskan kehidupan yang penuh dengan onak dan duri. Contohnya,Siti Halijah
sentiasa bersabar dengan karenah anak tirinya yang tidak menyukainya sebagai ibu
tirinya.
PENGAJARAN
Kita haruslah tabah dalam menghadapi sesuatu perkara. Nilai tabah akan menjadikan kita
lebih kuat dalam menghadapi cabaran hidup. Dalam cerpen ini,Siti Halijah tabah dalam
menempuhi cabaran hidup walaupun pernah dimarahi oleh madu dan anak tirinya kerana
tidak menyukainya sebagai ibu tiri.
Selain itu,kita haruslah bersabar dalam mengharungi cabaran hidup. Nilai
kesabaran yang tinggi akan menjadikan kita disukai ramai orang. Contohnya,Siti yang
sentiasa bersabar dengan madu dan anak-anak tirinya yang tidak menghormatinya
sebagai ibu tiri mereka. Walau sudah lama berkahwin dengan datuk,dia masih tidak
diterima dalam keluarga datin sebagai ahli keluarga mereka.
Selain daripada itu juga kita harus sayang menyayangi diantara satu sama lain.
Nilai ini akan menjadikan kehidupan kita lebih bahagia. Contohnya, datuk amat
menyayangi semua isterinya serta anak-anaknya. Beliau memberi sepenuh kasih sayang
terhadap mereka.
23
Seterusnya,kita janganlah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa.
Jika ini dilakukan ia akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan anak-anak.
Contohnya, datuk telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dengan
tidak menyatukan anak-anaknya. Ada diantara anak-anaknya yang tidak mengenali
diantara satu lain berikutan bapanya tidak mengambil berat tentang itu.
Seterusnya juga kita janganlah membenci diantara satu sama lain. Sifat ini akan
membawa padah dan akan membawa perpecahan. Contohnya,Datin amat membenci
madu-madunya dan tidak menyukai anak-anak tirinya. Begitu juga dengan anak datin
Jahara yang pernah memaki hamun ibu tirinya Siti Halijah kerana berkahwin dengan
datuk tanpa kerelaan mereka.
24
CERPEN “BENAR KATA AYAH”
KARYA RIA ASMIRA
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang telah Berjaya dalam kehidupannya
hasil daripada didikan ayahnya yang tegas dalam membentuk disiplin Karim. Karim
mengingat kembali kisah lamanya semasa usia beliau baru meningkat remaja. Kisah itu
bermula pada waktu pagi yang indah di rumah keluarga karim, dengan tib-tiba lamunan
tidur karim diganggu oleh ayahnya yang menyuruhnya bangkit daripada tidur yang lena
supaya turun bekerja. Ayah sangat marah dengan sikap malas yang ada pada karim dan
menasihatinya supaya mengubah sikap negatifnya itu. Ayah tidak mahu karim menjadi
seorang yang pemalas dan terlibat dengan masalah social yang telah banyak menjangkiti
ramai anak muda sekarang. Malah ayah karim sering menasihati karim agar berdisiplin
dan berusaha untuk mencapai kejayaan suatu kelak supaya dapat menyumbang kepada
kemajuan Negara yang tercinta. Dia tidak mahu bangsa lain mengaut keuntungan di
Negara kita. Nasihat ayahnya itu telah banyak menyedarkan karim daripada terus lena
dengan hiburan dunia ini. Malah karim sangat bertuah dan bangga kerana memiliki ayah
seperti itu yang tidak pernah mngenal erti jemu untuk mendidiknya supaya menjadi
manusia yang berguna suatu hari kelak. Malah dalam perbualan itu ayahnya berrasa amat
kecewa dengan segelintir golongan remaja sekarang yang suka meniru budaya barat yang
negatif. Perrkara ini telah menyebabkan anak muda kita sekarang ini telah meupakan
budaya timur mereka sendiri. Anak muda zaman sekarang yang gemar dengan budaya
melepak,pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, selain sikap pemalas mereka.
Perkara seperti ini telah membimbangkan ayahnya kerana jika perkara ini berterusan dan
25
berleluasa berlaku akan menyebaban Negara kita akan kehilangan pemimpin yng
berwibawa untuk memerintah Negara yang tercinta ini. Malah ekonomi Negara kita juga
akan dikuasai oleh warga asing yang hanya hendak mengaut keuntungan sahaja. Namun
kini karim berasa bernasib kerana beliau cepat sedar daripada terus hanyut oleh yang
melalaikannya. Sekarang karim telah menjadi seorang yang Berjaya, karim berasa amat
bersyukur kerana telah memiliki ayah yang begitu tegas dan dan telah banyak
memberinya nasihat dan kata-kata perangsang untuk beliau Berjaya dalam hidup seperti
sekarang ini.
TEMA
Sajak ini bertemakan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga untuk membentuk
anak-anak supaya menjadi orang yang berrguna suatu hari kelak. contohnya, ayah setiasa
menasihati dan memberi kata-kata semangat kepada karim agar beliau tidak menjadi
seorang yang pemalas. mujurlah karim cepat sedar dari kelalaiannya kerana mendengar
nasihat daripada ayahnya. Akhirnya karim dapat menjadi seorang manusia yang Berjaya.
PERSOALAN
• kasih sayang
kasih saying seorang ayah terhadap anak. contohnya,walaupun ayah sering
memarahi karim pada tanggapannnya namun itu semua adalah menunjukkan
kasih saying sebenar ayah terhadap karim. ayah membebel kepada karim bukan
kerana marah tetapi memberi nasihat dan kata-kata semangat untuk Berjaya suatu
hari nanti.
26
• perubahan
bagi mencapai sesuatu kejayaan kita perlu melakukan banyak perubahan barulah
sesuatu impian yang di impikan itu dapat dicapai. contohnya, karim telah
mengubah sikapnya yang pemalas kepada seorang yang rajin. hasilnya, beliau
Berjaya dalam hidup.
• ketegasan
persoalan berkaitan dengan ketegasan ini dapat digambarkan melalui watak ayah
yang begitu prihatin dengan masalah yang dialami oleh karim. hal ini
menyebabkan ayah karim bertindak tegas dan mendidik karim supaya berubah ke
arah kebaikan.
LATAR
• Latar tempat
latar tempatnya di sebuah kampung. contohnya, karim masih tidur lagi dibiliknya
tidur malas kerana tidak mahu turun ke lading untuk bekerja. latar temapat
dikawasan lading, menunjukan masyarakat dalam cerpen ini bekerja sebagai
petani.
• Latar masyarakat
masyarakat yang bekerja sebagai petani kerana mereka terlibat dengan kerja-kerja
di ladang. selain itu terdiri daripada mereka yang telah Berjaya dalam hidup
contohny, karim yang telh Berjaya menjadi seeorang hartawan.
• Latar masa
27
latar masa dalam cerpen ini ialah sekitar tahun 90-an. seterusnya, latar masa
waktu subuh, ayah karim bangun pagi untuk solat subuh.
TEKNIK PENCERITAAN
keseluruhan cerita pendek “ Benar kata ayah” menggunakan teknik imbas kembali atau
flashback. contohnyaa, cerita ini mengisahkan tentang karim yang mengimbau kembali
kisah hidupnya masa muda dulu yang mengalami banyak masalah. akan tetapi sekarang
dia telah menjadi seorang yangberjaya dalam hidup.
PLOT
Plot cerpen ini disampaikan secara langsung. Eksposisi cerpen ini
menperkenalkan watak karim (aku) anak kepada ayah . memceritakan sikap seorang yang
tidak mempunyai semangat dan suka tidur tanpa memlakukan perkerjaan pada peringkat
perkembangan. Pada peringkat perumitan pula, Karim tertanya peranannya dalam
ekonomi kaum Melayu dan memyedari bahawa dia telah ketinggalan dan masih berapa
dibawah tanpa cuba bangun bagi memajukan diri sendiri. Klimaks cerpen ini
mengisahkan Karim cuba berusahan memajukan diri dan ingin bersikap sperti ayahnya
yang ingin melihat dia Berjaya dalam kehidupan. Penurunan dapat dilihat dia bangga
mempunyai seorang ayah yang sangat mengambar berat keatasnya dan akan berubah
demi masa depan sekeluarganya
SUDUT PANDANGAN
28
a) Sudut pandangan orang, pertama
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau
watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita iru
dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya
pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih
realistik. Dalam cerpen ini menggunakan sudut pandangan pertama bagi mewujudkan
jalan perceritaan.
(b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas
Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain
menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan
nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi,
fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak. Watak ayah dan Ustaz Hanafi
WATAK PERWATAKAN YANG TERDAPAT DALAM CERPEN BENAR KATA
AYAH
Karim ( aku )
Merupakan anak kepada ayah yang berjaya dalam kehidupan terutama membesar dan
memdidik anak mereka. Anak bongsa dikalangan adik beradik, hidup dalam keadaan
mewah. Perwatakan yang berapa dalam diri dia ialah seorang yang suka membazirkan
masa dengan tidak mengambil peluang untuk melakukan sesuatu perkara yang berfaedah.
29
Dia juga seorang yang malas kerana tidak berkerja walaupun sepatutnya telah berkerja.
Tidak matang dalam memutuskan keputusan terutama dalam soal perkerjaan. Dalam
dijelaskan bahawa dia seorang yang cuba memahami erti satu perjuang terutama
perjuangan ayahnya yang cuba memperjuangkan nasib orang yang semakin hari semakin
jauh dari kaum lain terutama dalam segi ekonomi dan akhirnya dia berjaya dalam
hidupnya.
Ayah
Wataknyanya bapa kepada karim. Mempunyai seorang isteri dan beberapa orang nak
yang berkerjayaan kecuali Karim. Perwatakan yang digambarkan oleh ayah ialah seorang
yang tegas dalam ketua keluarga tetapi seorang yang penyayang terutama menyayangi
nasib anaknya yang masih tidak berubah. Dalam cerpen ini juga diceritakan ayah seorang
rajin berusaha dalam meningkatkan sara diri keluarganya. Selain itu, ayah juga
mementinngkan kejayaan anak – anaknya terutama dalam terutama dalam bidang
ekonomi.
Ustaz Hanafi
Merupakan watak imbasan kembali Karin ketika zaman persekolahannya. Seorang ustaz
disebuah sekolah tempat Karim belajar. Perwatakan ustaz Hanafi adalah seorang yang
mengetahui agama dan seorang yang berpegang teguh kepada hadis.
30
NILAI
• Patuh kepada orang tua
karim merupakan cirri yang terbaik kerana patuh kepada orang tuanya. dia sedar bahawa
apa yang dicakapkan oleh ayahnya itu adalah betul dan seharusnya dia mematuhi segala
ayahnya supaya berjaya dalam hiduo
• kepercayaan kepada diri sendiri dalam mecapai kerjayaan dalam hidup.
dia mempercayai akan berjaya dalam hidupnya dengan berkat usahanya dalam mencapai
kerjaya walaupun terpaksa merempuhi pelbagai halangan malah terpaksa walaupun
pernah gagal dalam hidupnya
PENGAJARAN.
• Jangan putus asa dalam kehidupan
kita tidak harus putus asa dalam hidup kita demi mengejar kejayaan di dunia ini. sifat
putus asa tidak akan mendatangkan faedah malah memberikan kesan terhadap diri
seseorang itu, oleh itu kita tidak sepatutnya berputus asa demi mencapai kejayaan
• Usah malas untuk berusaha
kita seharusnya rajin demi mencapai kejayaan, kita seharusnya sedar bahawa kejayaan itu
terletak dalam usaha seseorang itu, hasil titik peluh merupakan sesuatu yang perlu
diambil berat dalam mencapai sesuatu kerjayaan dan bersifat jujur dan ikhlas agar segala
yang dijalankan mendapat keberkatan
31
CERPEN GERSANG ( MASNIAH KALYUBI )
SINOPSIS
Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi mengisahkan tentang kehidupan seorang warga
tua yang bernama datuk tua yang hidup dalam kemiskinan. Keadaan datuk tua yang
sudah tua dan lemah, menyebabkan datuk tua tidak mampu untuk berkerja, datuk tua
hanya mampu mengemis di kaki lima di Kuala Lumpur dan menagih simpati daripada
orang ramai bagi meneruskan kehidupannya. Datuk tua tinggal bersama cucunya yang
bernama sumi yang dijumpainya di dalam tong sampah pada lima tahun dahulu.
Walaupun datuk tua hidup keseorangan dan serba kekurangan, Datuk Tua tetap menjaga
dan membesarkan sumi dengan penuh kasih sayang. Datuk Tua dan cucunya sumi tinggal
di gubuk-gubuk usang yang mana menjadi tempat mereka berteduh. Tetapi gubuk-gubuk
usang yang dibina di atas tanah kerajaan itu akan dirobohkan kerana di kawasan itu akan
didirikan bangunan 80 tingkat. Pada suatu hari selepas datuk tua balik daripada
mengemis, kedengaran bunyi enjin buldozer yang merobohkan gubuk-gubuk usang yang
menjadi tempat tinggal Datuk Tua dan cucunya Sumi. Datuk Tua segera mendapatkan
sumi dan Datuk Tua tersungkur dan hanya mampu melihat tempat tinggal mereka
dirobohkan. Hilanglah sebuah kehidupan Datuk Tua selama 20 tahun di gubuk usang
tersebut. Datuk tua dan sumi kemudiannya beredar dari kwasana tersebut dan mencari
kehidupan baharu.
32
TEMA
Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi ini bertemakan tentang kemiskinan. Kehidupan
Datuk tua sangat daif serta serba kekurangan. Datuk Tua meneruskan kehidupannya
dengan meminta sedekah di kaki lima bagi menyara dirinya serta cucunya sumi. Datuk
Tua dan cucunya Sumi hanya tinggal di gubuk usang yang didirikan di tanah kerajaan.
Tetapi gubuk usang yang menjadi tempat tinggal mereka terpaksa dirobohkan kerana
pembangunan akan dilakukan di kawasan tersebut.
PERSOALAN
• Ketamakan
Melalui cerpen ini persoalan ketamakan ditimbulkan oleh pengarang kepada pembaca.
ketamakan ini dapat dilihat melalui pihak kerajaan yang mana menghalau golongan
miskin seperti Datuk Tua daripada Gubuk usang yang menjadi tempat mereka berteduh
semata-mata mahu mendirikan sebuah bangunan 80 tingkat. Pihak kerajaan seolah-olah
tidak menghiraukan tentang kehidupan golongan miskin seperti Datuk Tua.
• Kezaliman
Persoalan kezaliman ini dapat dilihat melalui peranan pihak kerajaan yang mana tidak
memperdulikan nasib golongan miskin seperti Datuk Tua. Golongan miskin seperti
Datuk Tua yang hidup serba kekurangan tidak mendapat sebarang bantuan daripada
kerajaan bagi memperbaiki kehidupan mereka. Mereka hanya mampu mengemis dikaki
lima dan hidup di kawasan setinggan bagi meneruskan kehidupan mereka.
33
• Kasih sayang
Persoalan kasih sayang ini dilihat melalui watak Datuk Tua yang membesarkan sumi
dengan penuh kasih sayang walaupun hidup dalam serba kekurangan. Walaupun
Sumi bukanlah cucu sebenar Datuk Tua, tetapi Datuk Tua membesarkan sumi dengan
penuh kasih sayang seperti mana kanak-kanak yang lain yang mana mengharapkan
kasih sayang. Hal ini dapat dilihat melalui Datuk Tua membesarkan Sumi dengan
wang diperolehinya daripada mengemis. Selain itu Datuk Tua juga digambarkan
segera balik ke rumah selepas balik mengemis kerana teringatkan cucunya sumi yang
keseorangan dirumah.
• Simpati
Persoalan simpati juga diterapkan oleh pengarang dalam cerpen ini. Persoalan Simpati ini
dapat dilihat melalui sikap sesetengan warga Kuala Lumpur yang simpati akan nasib
golongan miskin seperti Datuk Tua. Sewaktu Datuk Tua duduk mengemis dikaki lima,
terdapat sesetengan orang yang lalu lalang dikawasan tersebut menderma kepada Datuk
Tua. Hal ini mungkin terdapat rasa simpati didalam diri individu yang menderma kepada
Datuk Tua.
• Sikap yang tidak berperikemanusiaan.
Persoalan tentang sikap yang tidak berperikemanusiaan ini dapat dilihat melalui
gambaran yang digambarkan oleh pengarang yang mana terdapat sesetengah masyarakat
34
yang sanggup membuang bayi yang tidak berdosa. Sumi merupakan salah seorang
mangsa daripada sikap yang tidak berperikemanusiaan ini. Pada 5 tahun dahulu, Datuk
Tua menjumpai Sumi di dalam tong sampah yang masih berbalut dengan lampin.
Sehingga sekarang sumi tidak mengetahui siapa ibu dan ayahnya.
PLOT
Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi ini mempunyai plot yang bersifat kronologi. Hal
ini kerana semua jalan cerita mengikut urutan waktu. Cerita ini bermula daripada
pengenalan watak iaitu Datuk Tua yang mengemis di kaki lima di Kuala Lumpur.
Pada tahap perkembangan pula pengarang mengetengahkan watak sumi yang
dijumpai oleh Datuk Tua di dalam tong sampah pada 5 tahun dahulu. Pada tahap ini juga
pengarang mengambarkan keadaan kehidupan Datuk Tua yang hidup dalam kemiskinan
dan serba kekurangan.
Pada tahap perumitan pula, pihak kerajaan datang di kawasan gubuk-gubuk usang
yang menjadi tempat tinggal Datuk Tua dan sumi dan meminta mereka pindah daripada
kawasan tersebut. Hal ini kerana kawasan tersebut merupakan tanah kerajaaan dan projek
pembangunan bangunan 80 tingkat akan didirikan di kawasan tersebut.
Tahap puncak pula, selepas Datuk Tua balik daripada mengemis, kedengaran
bunyi enjin bulldozer yang meruntuhkan gubuk-gubuk usang yang menjadi tempat
tinggal Datuk Tua dan sumi. Datuk Tua dan sumi hanya mampu melihat tempat tinggal
mereka dirobohkan tanpa belas kasihan.
35
Tahap peleraian pula, Datuk Tua dan sumi redha dan akur dengan nasib yang
menimpa diri mereka. Mereka beredar dari kawasan tersebut dan mencari tempat yang
lain untuk berteduh.
TEKNIK PLOT
Melalui cerpan Cersang ini, terdapat dua teknik plot yang digunakan oleh Masniah
Kalyubi antara teknik plot yang digunakan ialah teknik konflik dan suspen. Melalui
teknik konflik, penggunaan teknik ini dapat dilihat melalui konflik yang terjadi diantara
penghuni gubuk-gubuk usang dengan pihak kerajaan. Kedatangan pihak kerajaan di
gubuk usang yang mana meminta penghuni gubuk-gubuk usang berpindah daripada
kawasan tersebut menimbulkan konflik dengan penghuni yang mendiami kawasan
tersebut. Hal ini kerana kawasan yang menjadi tapak berdirinya gubuk-gubuk usang itu
merupakan tanah kerajaan dan projek pembinaan bangunan 80 tingkat. Penghuni Gubuk-
gubuk usang itu akan hilang tempat tinggal mereka, dan mereka tidak mempunyai
tempat tinggal yang lain. Kehidupan mereka akan terus dibelengu oleh masalah
kemiskinan. Selain itu teknik konflik ini juga dapat dilihat melalui keluh kesan golongan
miskin seperti Datuk Tua yang tidak mendapat pertolongan daripada pihak kerajaan.
Kehidupan golongan miskin ini sentiasa terbelengu oleh masalah kemiskinan dan juga
tebelenggu dengan undang-undang dunia ciptaan manusia yang tidak berhati perut yang
bertindak kejam menghalau golongan miskin daripada tempat tinggal mereka tanpa
sebarang bantuan.
Melalui teknik suspen pula. Penggunaan teknik ini dapat dikenalpasti apabila
pembaca membaca membaca cerpen ini. Pembaca akan tertanya-tanya apa yang akan
36
berlaku selepas keadatangan pegawai kerajaan yang datang ke gubuk usang. Kedatangan
pegawai kerajaan yang berbaju kemeja dan bertali leher ke gubuk usang itu di anggap
asing bagi penghuni yang mendiami kawasan tersebut. Pembaca akan teryanya-tanya
tujuan pegawai kerajaan datang ke tempat gubuk usang tersebut dan apa yang akan
mereka lakukan. Selain itu, pembaca juga akan berasa suspen dan tertanya-tanya apakah
yang akan berlaku kepada Sumi dan tempat tinggal mereka di gubuk usang itu setelah
Datuk Tua mendengar bunyi enjin Bildozer yang datang dari arah gubuk usang itu
semasa Datuk Tua dalam perjalanan balik ke gubuk usang tersebut. Selain itu pembaca
juga tertanya-tanya apakah yang akan berlaku terhadap Datuk Tua dan Sumi selepas
Gubuk-gubuk usang itu dirobohkan dan dimanakah mereka akan tinggal.
TEKNIK PENCERITAAN
Antara teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen ini ialah teknik
imbas kembali, teknik pemeriaan, teknik dialog dan teknik menolog dalaman.
• Teknik imbas kembali
Teknik imbas kembali ini dapat dilihat melalui watak Pak Tua yang mengimbas kembali
bagaimana deretan gubuk-gubuk usang ditebing sungai itu didatangi oleh sekumpulan
manusia yang memakai baju kemeja dan bertali leher yang memaksa penghuni gubuk
usang berpindah daripada tempat tersebut kerana bangunan 80 tingkat akan didirikan
dikawasan tersebut.
• Teknik pemeriaan.
37
Teknik pemerian ini dapat dilihat melalui penceritaan secara langsung keadaan Datuk
Tua yang sedang meminta sedekah di kaki lima oleh pengarang. Pengarang menceritakan
keadaan warga Kuala Lumpur yang sibuk yang lalu lalang di hadapan Datuk Tua sambil
menderma kepada Datuk Tua.
• Teknik dialog.
Teknik dialog ini dapat dilihat melalui perbualan diantara pegawai kerajaan yang datang
ke gubuk usang dengan penghuni yang mendiami gubuk usang tersebut. Pegawai
kerajaan yang memakai baju kemaja dan bertali leher yang memaksa penghuni yang
mendiami kawasan tersebut supaya berpindah dengan secepat mungkin.
• Teknik menolog dalaman
Teknik menolog dalaman ini dapat dilihat melalui watak Datuk Tua yang bermonolog
dalaman selepas Datuk Tua teringat akan pesanan cucunya Sumi untuk segera balik.
Keadaan ini dapat dibuktikan melalui kata-kata Datuk Tua iaitu “ tunggu ya cu, tuk
pulang ni”
WATAK DAN PERWATAKAN.
DATUK TUA
Watak.
• Seorang yang berbadan kurus, bongkok, lemah dan umurnya hampir menjangkau
satu abad.
• Mempunyai seorang cucu iaitu Sumi yang dijumpainya di dalam tong sampah.
38
• Mengemis di kaki lima bagi mendapatkan wang untuk menyera kehidupannya.
PERWATAKAN
PENYAYANG
Datuk tua digambarkan sebagai seorang yang penyayang walaupun hidup dalam
kemiskinan. Sikap Datuk Tua yang penyayang ini dapat dilihat yang mana dia menjaga
dan membesarkan Sumi dengan penuh kasih sayang. Datuk Tua membesarkan Sumi
dengan wang yang didermakan oleh orang kepadanya di kaki lima. Selain itu Datuk Tua
yang sanggup membelikan buah limau kepada Sumi walaupun wang yang diperolehi oleh
Datuk Tua daripada mengemis tidak banyak.
Berperikemanusiaan
Datuk Tua juga juga digambarkan sebagai seorang yang berperikemanusiaan. Keadaan
ini dapat digambarkan melalui sikap Datuk Tua yang mengambil dan menjaga sumi yang
dijumpainya di dalam tong sampah. Datuk Tua tidak sampai hati melihat sumi yang
masih berbalut dengan lampin yang dibuang didalam tong sampah.
Gigih
Datuk tua juga merupakan seorang yang gigih. Walaupun Datuk Tua sudah tua ,lemah
dan tidak berdaya, Datuk Tua berusaha untuk berjalan jauh dan berjemur di tengah
39
pancaran matahari yang panas terik untuk meminta derma bagi menyara kehidupannya
dan cucunya sumi.
Rehda
Datuk tua digambarkan sebagai seorang yang rehda. Datuk Tua rehda dan bersabar
dengan takdir yang menimpa dirinya. Datuk Tua menganggap semua cubaan dan
rintangan itu adalah cubaan daripada tuhan. Sewaktu bulldozer meruntuhkan gurbuk
usang yang menjadi tempat tinggal mereka, Datuk Tua hanya Rehda dan bersabar melihat
tempat mereka berteduh dirobohkan. Datuk Tua dan Sumi kemudiannya beredar kari
kawasan tersebut dan mencari kehidupan baharu.
Perihatin
Datuk tua juga merupakan seorang yang perihatin. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui
sikap Datuk Tua yang mengambil berat akan cucunya sumi. Selepas Datuk Tua teringat
akan pesanan cucunya sumi yang menyuruhnya balik cepat, Datuk Tua segera balik tanpa
berpaling belakang menuju ke gubuk usang yang menjadi tempatnya berteduh kerana
risau akan cucunya Sumi yang keseorangan di rumah. Datuk tua juga sempat singgah di
sebuah kedai buah-buahan untuk membeli buah limau untuk sumi dalam perjalanannya
balik ke rumah kerana teringatkan akan janjinya yang akan membelikan buah limau
untuk cucunya itu.
40
SUMI
Watak
• Cucu kepada Datuk Tua
• Dijumpai oleh Datuk Tua di dalam Tong sampah
• Mangsa kerdurjanaan dan kemiskinan hidup.
Perwatakan.
Periang
Sumi digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang periang. Sumi juga dikatakan
selalu bermain dengan kawan-kawannya yang bernama nana dan utih. Nana dan Utih
berasa kesunyian apabila Sumi tidak dapat bermain dengan mereka kerana Sumi tidak
sihat.
Penyayang
Sumi juga digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang penyayang. Sumi sayang
akan Datuk Tua, kerana Datuk Tua yang menjaga dan membesarkannya walaupun
kehidupan mereka serba kekurangan. Sewaktu Datuk Tua jatuh tersungkur apabila
41
melihat gubuk usang yang menjadi tempat tinggal mereka dirobohkan, Sumi segera
berlari mendapatkan Datuk Tua dan dia tidak membiarkan Datuk tua terkial-kial. Sumi
cuba membantu Datuk Tua untuk berdiri walaupun tenaganya hilang kerana kelesuan
yang berpanjangan.
Mempunyai sikap yang ingin tahu
Walaupun sumi masih lagi kanak-kanak, tetapi sikap ingin tahu sudah ada dalam dirinya.
Keadaan ini dapat dibuktikan apabila sumi sudah pandai bertanya tentang ibu dan
ayahnya kepada Datuk Tua. Datuk Tua hanya membisu apabila Sumi mengajukan soalan
itu kepadanya.
LATAR
LATAR MASA.
Jam 12 tengah hari
Datuk Tua merasa bahang matahari yang terik ketika Datuk tua duduk mengemis di kaki
lima. Datuk Tua kelihatan mengesat peluh yang membasahi mukanya.
5 tahun dahulu
Datuk tua menjumpai Sumi yang berbalut dengan lampin di dalam tong sampah.
20 tahun dahulu
Datuk Tua mula mendiami kawasan gubuk-gubuk usang di tepi sungai.
42
Latar tempat.
Kuala Lumpur
Tempat dimana cerpen ini berkisar.
Kaki lima
Tempat Datuk tua meminta sedekah.
Gubuk usang
Tempat tinggal Datuk Tua dengan cucunya Sumi. Di tapak berdirinya Gubuk-gubuk
usang ini akan didirikan bangunan 80 tingkat.
Tempat menjual buah
Tempat Datuk Tua singgah untuk membeli buah limau untuk Sumi.
Latar masyarkat
Masyarkat yang perihatin
Masyarkat yang perihatin ini diwakili oleh sesetangah masyarkat di Kuala Lumpur.
Sewaktu Datuk Tua duduk di kaki lima untuk meminta derma, sesetengan warga Kuala
Lumpur yang lalu lalang di hadapan Datuk Tua yang perihatin akan diri Datuk Tua
menderma kepadanya dengan meletakan duit syiling didalam tin susunya.
Masyarkat yang tidak berperikemanusiaan.
43
Masyarkat yang tidak berperikemanusiaan ini dapat dilihat melalui peristiwa yang
berlaku keatas Sumi yang mana dibuang oleh ibubapanya kedalam tong sampah. Sikap
ibubapa sumi melambangkan sikap masyarkat yang tidak berperikemanusiaan. Selain
daripada itu sikap sekumpulan pegawai kerajaan yang berkemeja dan bertali leher yang
memaksa penghuni yang mendiami gubuk-gubuk supaya pindah dengan segera daripada
kawasan tersebut tanpa memikirkan nasib yang akan dialami oleh mereka juga
melambangkan sikap masyarakat yang tidak berperikemanusiaan dan mementingkan diri
sendiri.
Masyarkat yang tidak menegakan keadilaan
Masyarkat yang digambarkan yang tidak menegakan keadilaan ini dapat dilihat melalui
sikap pihak kerajaan yang tidak memberikan bantuan dan pertolongan terhadap golongan
miskin seperti Datuk Tua. Golongan miskin seperti Datuk Tua terpaksa hidup dalam
kemisikinan dan serba kekurangan. Malahan golongan miskin ini masih juga ditindas
oleh pihak yang hanya mementingkan diri sendiri.
Masyarkat yang rehda
Masyarkat yang rehda ini diwakili oleh golongan misiki seperti Datuk Tua, Datuk Tua
hanya rehda dengan nasib yang menimpa dirinya dan dia menganggap semua dugaan itu
adalah cubaan dan dugaan daripada Allah. Sewaktu bulldozer meruntuhkan gubuk-gubuk
usang yang menjadi tempat tinggal Datuk Tua dan Sumi, Datuk Tua hanya rehda dan
bersabar dengan kejadian yang berlaku, Datuk Tua dan sumi perlahan-lahan beredar dari
44
kawasan tersebut dan tidak lagi menghiraukan kebisingan ditempat itu. Datuk tua dan
sumi memulakan langkah yang baharu untuk mencari kehidupan yang baharu.
Masyarkat yang hidup menderita
Masyarkat yang hidup menderita ini dapat dilihat melalui watak Datuk Tua dan cucunya
sumi. Datuk Tua dan Sumi hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan. Datuk Tua
berusaha untuk meneruska kehidupannya walaupun terpaksa meminta sedekah di kaki
lima. Penderitan yang dialami oleh Datuk tua ini juga dapat dilihat apabila Datuk Tua dan
Sumi terpaksa mendiami gubuk-gubuk usang yang berhampiran dengan sungai yang
didirikan diatas tanah kerajaan. Tetapi Datuk Tua dan sumi terpaksa mencari tempat
perlindungan yang lain apabila gubuk-gubuk usang tersebut dirobohkan.
Masyarkat yang penyayang
Masyarkat yang penyayang ini dapat digambarkan melalui watak Datuk Tua walaupun
datuk Tua hidup dalam kemisikinan dan serba kekurangan. Sikap Datuk Tua yang
penyayang ini dapat dilihat yang mana dia menjaga dan membesarkan Sumi dengan
penuh kasih sayang. Datuk Tua membesarkan Sumi dengan wang yang didermakan oleh
orang kepadanya di kaki lima. Selain itu Datuk Tua yang sanggup membelikan buah
limau kepada Sumi walaupun wang yang diperolehi oleh Datuk Tua daripada mengemis
tidak banyak. Selain itu melalui watak sumi pula, Sumi juga digambarkan sebagai
45
seorang kanak-kanak yang penyayang. Sumi sayang akan Datuk Tua, kerana Datuk Tua
yang menjaga dan membesarkannya walaupun kehidupan mereka serba kekurangan.
Sewaktu Datuk Tua jatuh tersungkur apabila melihat gubuk usang yang menjadi tempat
tinggal mereka dirobohkan, Sumi segera berlari mendapatkan Datuk Tua dan dia tidak
membiarkan Datuk tua terkial-kial. Sumi cuba membantu Datuk Tua untuk berdiri
walaupun tenaganya hilang kerana kelesuan yang berpanjangan.
Masyarkat yang mementingkan diri sendiri
Sikap masyarkat yang mementingkan diri sendiri ini dapat dilihat melalui sikap pihak
kerajaan yang menghalau golongan miskin yang mendiami gubuk-gubuk usang. Tujuan
pihak kerajaan menghalau penghuni gubuk-gubuk usang daripada tempat tersebut adalah
semata-mata mereka ingin melaksanakan projek pembangunan bangunan 80 tingkat di
kawasan tersebut. Sikap pihak kerajaan seperti ini mengambarkan mereka lebih
mementingkan keuntungan kepada diri sendiri dan tidak mempedulikan akan nasib yang
akan dialami oleh golongan miskin yang mendiami gubuk-gubuk usang tersebut pada
masa yang akan datang selepas tempat kediaman mereka dimusnahkan.
GAYA BAHASA
Hiperbola
Gaya bahasa hiperbola merupakan Gaya bahasa yang diungkapkan dengan cara berlebih-
lebihan bagi menonjolkan sesuatu keadaan kepada pembaca. Gaya bahasa ini dapat
dilihat melalui perkataan “memanah mata tua” yang terdapat pada muka surat 94. Gaya
bahasa ini digunakan oleh pengarang untuk menunjukan pancaran matahari yang terik
46
yang menyilaukan mata datuk tua yang sedang meminta derma di kaki lima. Gaya bahasa
jenis ini juga terdapat pada muka surat 93 iaitu melalui perkataan “merenung kejauhan
lalu menembusi kenderaan” yang mana menunjukan Datuk Tua merenung akan nasib
dirinya.
Simile
Gaya bahasa jenis simile pula merupakan gaya bahasa yang menunjukan persamaan.
Gaya bahasa jenis ini terdapat helaian 93 melalui perkataan “Hitam seperti malam”.
Gaya bahasa ini digunakan oleh pengarang untuk menunjukan kehidupan Datuk Tua
yang getir dan penuh dengan penderitaan yang mana disamakan dengan kehidupan yang
tiada harapan untuk cerah pada masa hadapan.
Sinkof
Gaya bahasa jenis sinkof pula merupakan gaya bahasa yang menyingkatkan sesuatu kata.
Gaya bahasa jenis ini terdapat pada muka surat 100 melalui perkataan “anak-anakku”
yang berasal dari perkataan “anak-anak aku” dan perkataan “tuk” yang mana berasal
daripada perkataan “Datuk”
Perulangan
Gaya bahasa perulangan ini merujuk kepada perulangan sesuatu perkatan. Melalui cerpen
ini, pengarang mengulang perkataan “itukah” yang terdapat pada muka surat 94.
Contohnya : kepedihan itukan?, kesedihan itukah?
47
Inversi
Inversi merupakan gaya bahasa yang menunjukan pembalikan sesuatu perkata.
Penggunaan gaya bahasa jenis ini terdapat pada muka surat 94 melalui perkataan
“berfikir kini” yang sepatutanya ditulis “kini berfikir”
Bahasa asing
Melalui cerpen ini terdapat penggunaan bahasa asing yang digunakan oleh pengarang
untuk merujuk sesuatu keadaan iaitu penggunaan bahasa Indonesia. Penggunaan bahasa
Indonesia ini boleh dikenalpasti melalui penggunaan “sore” yang mana sama makna
dengan perkataan “petang” yang terdapat pada muka surat 97
NILAI DAN PENGAJARAN
NILAI
Kasih sayang
Nilai penyayang dapat dilihat melalui watak Datuk tua digambarkan sebagai seorang
yang penyayang walaupun hidup dalam kemiskinan. Sikap Datuk Tua yang penyayang
ini dapat dilihat di mana dia menjaga dan membesarkan Sumi dengan penuh kasih sayang
walaupun sumi bukanlah cucunya yang sebanar . Datuk Tua membesarkan Sumi dengan
wang yang didermakan oleh orang kepadanya di kaki lima. Selain itu Datuk Tua yang
sanggup membelikan buah limau kepada Sumi walaupun wang yang diperolehi oleh
Datuk Tua daripada mengemis tidak banyak.
48
Keperihatinan
Nilai keperihatinan ini dapat dilihat melalui sesetangah masyarkat di Kuala Lumpur.
Sewaktu Datuk Tua duduk di kaki lima untuk meminta derma, sesetengan warga Kuala
Lumpur yang lalu lalang di hadapan Datuk Tua yang perihatin akan diri Datuk Tua
menderma kepadanya dengan meletakan duit syiling didalam tin susunya.
Ketabahan
Nilai ketabahan ini dapat dilihat melalui watak Datuk Tua yang mana tabah dengan nasib
yang menimpa dirinya dan dia menganggap semua dugaan itu adalah cubaan dan dugaan
daripada Allah. Sewaktu bulldozer meruntuhkan gubuk-gubuk usang yang menjadi
tempat tinggal Datuk Tua dan Sumi, Datuk Tua hanya dapat bersabar dan akur dengan
kejadian yang berlaku, Datuk Tua dan sumi perlahan-lahan beredar dari kawasan tersebut
dan tidak lagi menghiraukan kebisingan ditempat itu. Datuk tua dan sumi memulakan
langkah yang baharu untuk mencari kehidupan yang baharu.
Keyakinan
Nilai keyakinan juga diterapkan oleh pengarang dalam cerpen ini. Nilai ini dapat dilihat
melalui watak Datuk Tua yang yakin dengan kententuan yang telah ditentukan oleh Allah
kepada hambanya. Sewaktu deretan gubuk-gubuk usang yang menjadi tempat tinggal
Datuk Tua dirobohkan, datuk tua hanya redha dan beserah kepada Allah. Datuk tua yakin
bumi Allah ini luas dan dia boleh mencari rezeki dimana-mana sahaja asalkan
mempunyai usaha untuk melakukannya.
49
Kesyukuran
Nilai kesyukuran ini juga dapat dilihat melalui watak Datuk Tua. hal ini dapat
digambarkan melalui Datuk Tua yang bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya
daripada mengemis di kaki lima walaupun jumlah pendapatannya tidak mencecah 5
ringgit. Walaupun jumlah itu tidak menjadikan kehidupan datuk tua mewah, tetapi datuk
Tua tetap bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya.
PENGAJARAAN
Kita hendaklah menanamkan sifat perihatin dalam diri kita.
Sifat yang perihatin ini dapat dilihat melalui sesetangah masyarkat di Kuala Lumpur.
Sewaktu Datuk Tua duduk di kaki lima untuk meminta derma, sesetengan warga Kuala
Lumpur yang lalu lalang di hadapan Datuk Tua yang perihatin akan diri Datuk Tua
menderma kepadanya dengan meletakan duit syiling didalam tin susunya.
Kita hendaklah bersabar dan tabah mengharungi dugaan hidup.
Melalui watak Datuk Tua, digambarkan sebagai seorang yang tabah dengan nasib yang
menimpa dirinya dan dia menganggap semua dugaan itu adalah ujian dan dugaan
daripada Allah. Sewaktu bulldozer meruntuhkan gubuk-gubuk usang yang menjadi
tempat tinggal Datuk Tua dan Sumi, Datuk Tua hanya dapat bersabar dan akur dengan
kejadian yang berlaku, Datuk Tua dan sumi perlahan-lahan beredar dari kawasan tersebut
dan tidak lagi menghiraukan kebisingan ditempat itu. Datuk tua dan sumi melangkah
meninggalkan kawasan tersebut dan mencari kehidupan yang baharu ditempat lain.
Kita hendaklah mempunyai sifat berperikemanusiaan dalam diri kita
50
Datuk Tua juga juga digambarkan sebagai seorang yang berperikemanusiaan. Keadaan
ini dapat digambarkan melalui sikap Datuk Tua yang mengambil dan menjaga sumi yang
dijumpainya di dalam tong sampah. Datuk Tua tidak sampai hati melihat sumi yang
masih berbalut dengan lampin yang dibuang didalam tong sampah.
Kita janganlah bertindak zalim keatas orang yang miskin
Peranan pihak kerajaan yang mana tidak memperdulikan nasib golongan miskin seperti
Datuk Tua dilihat sebagai tindakan yang zalim. Golongan miskin seperti Datuk Tua yang
hidup serba kekurangan tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan bagi
memperbaiki kehidupan mereka. Mereka hanya mampu mengemis dikaki lima dan hidup
di kawasan setinggan bagi meneruskan kehidupan mereka.
Kita janganlah mementingkan diri dan tamak akan harta semata-mata untuk
memenuhi kepentingan diri sendiri sehingga mendatangkan keburukan kepada
orang lain.
Sikap yang mementingkan diri sendiri ini dapat dilihat melalui sikap pihak kerajaan yang
menghalau golongan miskin yang mendiami gubuk-gubuk usang. Tujuan pihak kerajaan
menghalau penghuni gubuk-gubuk usang daripada tempat tersebut adalah semata-mata
mereka ingin melaksanakan projek pembangunan bangunan 80 tingkat di kawasan
tersebut. Sikap pihak kerajaan seperti ini mengambarkan mereka lebih mementingkan
keuntungan kepada diri sendiri dan tidak mempedulikan akan nasib yang akan dialami
51
oleh golongan miskin yang mendiami gubuk-gubuk usang tersebut pada masa yang akan
datang.
CERPEN TAGUNG
SINOPSIS
Mengisahkan seorang atuk yang berusaha mempertahankan warisan tradisi
masyarakatnya (kadazandusun) iaitu Tutuntung Tagung. Anak cucunya tidak berminat
untuk mengekalkan tradisi penggunaan tagung. Atuk berasa kecewa, cucunya juga tidak
menghormatinya ketika ditanya soal tagung. Semasa dalam mesyuarat untuk Pesta
Kaamatan, atuk telah mencadangkan supaya tagung dijadikan satu kewajiban untuk
hantaran perkahwinan masyarakatnya. Cadangannya ditolak mentah-mentah kerana
dianggap tidak praktikal dan sukar dilaksanakan. Atuk berasa kecewa kerana ada yang
mengganggap cadangannya ada udang di sebalik batu. Namun kepulangan cucunya Ito
dari luar negara membawa rahmat kerana Ito berminat membuat kajian tentang warisan
budaya masyarakat Borneo iaitu tagung. Atuk berasa gembira kerana sekurang-
kurangnya masih ada cucunya yang mahu mengangkat martabat memperjuangkan
tagung.
TEMA
52
Kegigihan seorang atuk memperjuangkan warisan tradisional bangsanya iaitu tagung.
Watak atuk dalam cerpen itu bermati-matian mempertahankan tagung untuk bangsanya.
Pelbagai rintangan dihadapinya, akhirnya perjuangannya itu disambung oleh cucunya Ito
yang berhajat membuat kajian tentang tagung dalam masyarakat borneo bagi tugasan
universitinya.
PERSOALAN
1. Sains dan teknologi yang melalaikan manusia.
Cucu kepada watak atuk iaitu Atom dan Atin hanyut dalam dunia permainan
komputer yang melalaikan manusia.
2. Tidak menghormati golongan yang lebih tua.
Watak Ursula digambarkan tidak menghormati orang yang lebih tua dimana dia
telah memarahi ayahnya sendiri selepas mesyuarat untuk pesta Kaamatan.
3. Cintakan tradisi bangsa.
Watak atuk digambarkan mencintai tradisi bangsanya iaitu tagung. Beliau
sanggup berjuang dan berusaha mengetengahkan tradisi tagung kepada generasi
muda.
WATAK DAN PERWATAKAN
53
Atuk
Berusia lingkungan 80-an. Beliau pencinta tradisi bangsa iaitu tagung. Berkemahiran
membuat tagung sendiri. Beliau seorang berjiwa cekal, berani menghadapi ujian dan
sanggup menerima kritikan. Buktinya ketika mesyuarat pesta Kaamata beliau
mengusulkan supaya tagung wajib dijadikan sebagai hantaran bagi pihak lelaki untuk
menikahi perempuan.
Ursila
Anak kepada atuk. Berkahwin bersama David. Mempunyai tiga orang anak iaitu Atom,
Atin dan Ito. Seorang yang berjiwa moden dan tidak mahu mengekalkan tradisi bangsa.
Dia juga tidak menghormati orang yang lebih tua di mana beliau telah memarahi ayahnya
sendiri kerana cadangan mahu memartabatkan tagung.
Ito.
Merupakan anak sulung Ursila dan David. Abag kepada Atom dan Atin dan merupakan
cucu atuk. Seorang yang pintar sehingga melanjutkan pelajaran di university luar negara.
Seorang yang penyayang terhadap adik-adiknya. Beliau seorang yang mencintai tradisi
ialah tagung. Beliau berhajat membuat kajian tentang tagung bagi tugasan universitinya
selain bagi memartabatkan semula tradisi yang semakin dilupakan itu.
LATAR
LATAR MASA
54
1. Suasana dari pagi hingga petang dalam rumah Ursula. Pada waktu pagi ketika
Atom dan Atin leka bermain permainan computer sehingga tidak
menghiraukan pertanyaan atuknya. Waktu petang dinyatakan sewaktu Ito
sampai kerumahnya dan disambut meriah adik-adiknya.
2. Kembali ke masa lalu, iaitu seminggu lepas. Atuk terkenangkan mesyuarat
dibalai raya untuk pesta Kaamatan dimana cadangannya mewajibkan tagung
sebagai hantaran ditolak, malah dituduh cadangannya ada udang disebalik
batu.
LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang cintakan warisan bangsa. Masyarakat ini diwakili oleh atuk
yang berjuang mati-matian demi mempertahankan warisan tradisi bangsanya.
2. Masyarakat yang tidak menghargai kesenian warisan bangsa. Masyarakat ini
diwakili oleh Ursula dan anak-anaknya, dan semua penduduk kampungnya
yang cinta kemodenan.
3. Masyarakat yang mengikuti perkembangan sains dan teknologi. Masyarakat
ini diwakili oleh Atin dan Atom iaitu cucu atuk. Mereka mengikuti
perkembangan sains dan teknologi melalui permainan komputer yang mereka
mainkan.
4. Masyarakat yang bermuafakat. Masyarakat ini diwakili oleh penduduk
kampong yang bermesyuarat sebelum mengambil sesuatu keputusan.
Contohnya mereka bermesyuarat sebelum pesta Kaamatan tiba.
55
LATAR TEMPAT
1. Rumah Ursila. Sewaktu atuk bertanyakan Atin dan Atom di mana Tagung dan
ketika Ito pulang dari luar negara.
2. Balai raya. Ketika mesyuarat pesta Kaamatan diadakan.
NILAI
1. Mecintai tradisi bangsa
Atuk sangat mencintai tradisi tagung dan berusaha mempertahankannya. Beliau
sanggup dicerca dan dianggap ketinggalan zaman kerana minatnya itu. Akhirnya
minatnya diteruskan oleh cucunya yang baru pulang dari luar negara iaitu Ito.
2. Permuafakatan
Nilai bermuafakat dapat ditunjuk oleh semua penduduk kampong yang
berbincang sebelum mengadakan pesta keamatan. Semua penduduk berbincang
dan mengambil kata putus bersama.
3. Menghormati golongan yang lebih tua.
56
Digambarkan pada watak Ito iaitu cucu kepada atuk. Beliau menghormati usaha
atuknya mempertahankan tagung. Dia juga ingin membuat kajian terperinci bagi
memartabatkan semula tagung dalam masyarakat Kadazandusun.
PENGAJARAN
1. Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
Dalam cerpen ini digambarkan watak Ursula dan anak-anaknya yang tidak
menghormati ayahnya iaitu watak atuk. Mereka tidak menghormati pandangan
atuk yang ingin memartabatkan tradisi tagung.
2. Kita haruslah berbincang sebelum sesuatu kata putus diambil.
Dalam cerpen digambarkan masyarakat Kadazandusun yang berbincang sebelum
mengambil sesuatu kata putus. Contohnya cadangan atuk untuk menjadikan
tagung sebagai hantaran wajib bagi lelaki yang mahu masuk meminang ditolak
setelah mengambil kira pandangan majoriti.
3. Kita haruslah mempertahankan tradisi bangsa.
Dalam cerpen ini digambarkan watak atuk yang berusaha mempertahankan tradisi
bangsanya iaitu tagung. Walaupun pelbagai tohmahan diterima, dia tetap tabah.
Akhirnya cucunya Ito menunjukkan minat untuk meneruskan perjuangannya.
GAYA BAHASA
1. Sinkof.
Contohnya : “Tak seorang pun tahu?” (halaman 102)
57
2. Personifikasi.
Contohnya : jejarum tawa ( halaman 102)
3. Simile.
Contohnya ; seperti badut (halaman 102)
4. Inversi.
Contohnya : Hati : Retak apa yang tercalar ini ? (halaman 104)
5. Bahasa Inggeris.
Contohnya : games (halaman 111)
6. Bahasa Dusun.
Contohnya : Tagung, Tawag, Chanang, laid dan wagu. (halaman 107)
CERPEN SIDANG PARA DUKUN DAN SINDROM KARYA HASAN ALI
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan Dukun Pak Bidin yang berupaya mengemukakan idea bernas
untuk mengubat pelbagai sindrom penyakit yang melanda masyarakat seluruh dunia pada
hari ini. Idea berkenaan dikemukakan oleh Pak Bidin dalam seminar antarabangsa “
Kelab Dukun Dunia” (KDD). Walaupun mendapat pujian masyarakat anatarabangsa, idea
Dukun Pak Bidin ditolak dikampung halamannya sendiri. Hal ini kerana tuk sidang lebih
tertarik dengan idea anaknya, Abdul Khalis seorang jurutera yang mendapat pendidikan
di Barat. Pada akhirnya Pak Bidin bertekad untuk menghapuskan pelbagai sindrom
58
negatif dalam masyarakatnya dengan caranya sendiri sesudah tidak mendapat sokongan
tuk siding. Dukun Pak Bidin tetap mempertahankan kata-kata Laksamana Hang Tuah
bahawa “ Takkan Melayu Hilang di Dunia!”
Tema
Cerpen Sidang Para Dukun dan Sindrom membawa tema kesungguhan dalam usaha.
Kesungguhan untuk melakukan sesuatu perkara amat penting dalam memastikan
matlamat atau tujuan yang dilakukan berhasil dengan jayanya. Bagi memastikan
sesebuah harapan itu berjaya, komitmen yang tinggi amat diperlukan serta bersungguh
dalam melakukan sebuah kerja. Tanpa kesungguhan dalam melakukan sesebuah perkara
susah untuk melihat perkara tersebut berakhir dengan jayanya. Kesungguhan dalam usaha
ini dapat kita lihat melalui perwatakan Dukun Pak Badin yang bersungguh untuk
mengetengahkan ideanya sehingga ke peringkat antarabangsa. Walaupun mendapat
tentangan dari tok sidang, Dukun Pak Badin tetap meneruskan usahanya bagi
menyelesaikan sindrom yang terjadi di kampung halamannya sendiri.
PERSOALAN
Persoalan tentang kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Dalam menyelesaikan
sesuatu masalah, kebijaksanaan amat diperlukan bagi mencari jalan penyelesaian.
Seseuatu masalah tidak akan terlerai begitu sahaja tanpa tindakan yang bijaksana. Dalam
cerpen ini, kebijaksanaan dapat kita lihat dalam perwatakan Dukun Pak Badin, yang
bijaksana dalam menyelesaikan beberapa sindrom yang dihadapi oleh setiap Negara di
dunia. Buktinya dapat dilihat dalam halaman120 (madu ilmu).
59
Persoalan yang seterusnya yang cuba digarap oleh pengarang ialah persoalan
tentang hasad dengki dalam masyarakat. Perasaan hasad dengki biasanya terdapat pada
seseorang yang cemburu dengan usaha orang lain yang menonjol. Orang yang
mempunyai perasaan ini tidak senang dengan kejayaan yang orang lain miliki, malah
orang yang mempunyai perasaan hasad dengki cenderung untuk melihat orang tersebut
jatuh. Dalam cerpen ini, tuk sidang digambarkan sebagai seorang yang mempunyai sikap
hasad dengki. Hal in ini terbukti apabila dia tidak mahu menerima idea Dukun Pak Badin
untuk merawat sindrom yang terdapat dikampung halamannya sendiri. Sebaliknya tuk
sidang lebih percaya kepada anaknya sendiri untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Persoalan tentang permasalahan dunia. Hari-hari ini dunia banyak mengalami satu
permasalahan yang mengundang kerisauan penduduk dunia. Hal ini mengundang orang
ramai khususnya masyarakat dunia untuk mencari jalan penyelesaian dengan
mengadakan diskusi bagi mencari jalan bagi mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh
dalam masyarakat dunia telah mengadakan seminar “Kelab Dukun Dunia” (KDD) bagi
mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi oleh setiap Negara yang
mengikuti seminar tersebut.
WATAK DAN PERWATAKAN
1) Dukun Pak Badin
Seorang yang bijak
60
Dapat dibuktikan apabila dia berjaya menyelesaikan sindrom yang dihadapi oleh
Negara lain. Pak Badin mampu mengemukakan idea yang bernas setiap kali
sindrom yang dihadapi oleh Negara lain diusulkan untuk mencari jalan
penyelesaian. Dengan mempunyai pemikiran yang bijaksana, maka setiap
sindrom yang dihadapi oleh setiap Negara dapat diselesaikan.
Seorang yang bersungguh-sungguh.
Hal ini dapat dilihat apabila Dukun Pak Badin mempunyai satu perasaan yang
kuat untuk membantu masyarakat kampungnya menyelesaikan sindrom yang ada
dalam kalangan masyarakat kampungnya. Walaupun mendapat tentangan
daripada tuk sidang berkaitan dengan hasratnya membantu penduduk kampung,
Pak Badin masih mempunyai sikap yang sungguh-sungguh melihat usahanya
berjaya.
Seorang yang berjiwa patriotisme
Perkara ini dapat dibuktikan apabila Pak Badin menggunakan bahasa Melayu kita
seminar KDD diadakan. Beliau juga tidak segan silu untuk mempromosikan
belacan kepada perwakilan Negara lain.
2) Abdul Khalis
• Anak Tuk sidang
• Seorang jurutera kelulusan luar Negara
Seorang yang mengagungkan Barat.
61
Hal ini dapat dilihat apabila beliau lebih mengagungkan bahasa Barat berbanding
dengan bahasa Melayu. Malah kepulangannya ke kampung halaman
menyebabkan seluruh penduduk kampung mengalami sindrom cinta akan barat
yang dibawa oleh Abdul Khalis.
LATAR
LATAR TEMPAT
Dewan Seminar
Tempat berlangsungnya seminar Kelab Dukun Dunia. Disinilah Pak Badin mengemukan
ideanya mengatasi dindrom yang dihadapi oleh setiap negara.
Kampung halaman
62
Tempat asal Pak Badin. Di kampung ini juga terjadinya sindrom yang menghantui
penduduk kampung iaitu sindrom-sindrom subsidi dan sindrom cinta akan barat.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang hidup dalam segala permasalahan
Perkara ini dapat dibuktikan apabila seminar KDD diadakan,masing-masing setiap
perwakilan dari seluruh negara ada menyatakan permasalahan(sindrom) yang mereka
hadapi.
Masyarakat yang bijaksana
Dapat dibuktikan apabila dia berjaya menyelesaikan sindrom yang dihadapi oleh Negara
lain. Pak Badin mampu mengemukakan idea yang bernas setiap kali sindrom yang
dihadapi oleh Negara lain disusulkan untuk mencari jalan penyelesaikan. Dengan
,mempunyai pemikiran yang bijaksana,maka setiap sindrom yang dihadapi oleh setiap
negara dapat diselesaikan.
Masyarakat yang mempunyai Hasad Dengki
Dalam cerpen ini,tuk sidang digambarkan sebagai seorang yang mempunyai sikap hasad
dengki. Hal ini terbukti apbila dia tidak mahu menerima idea Dukun Pak Badin untuk
merawat sindrom yang terdapat di kampung halamannya sendiri. Sebaliknya Tuk Sidang
lebih percaya kepada anaknya sendiri untuk menyelesaikan perkara tersebut.
63
RINDU TANAH MELAYU
HASYIM LATIFF
SINOPSIS
Cerpen Rindu Tanah Melayu mengisahkan tentang seorang parajurit yang merupakan
bekas tentera Tanah Melayu yang berasal daripada Fijin yang begitu rindu dan cintakan
akan tanah Melayu. Sarjan Saremaia Vakarusa adalah merupakan seorang tentera
Kamonwel yang berasal daripada Fiji dan berhidmat mempertahankan Tanah Melayu
semasa tahun 1952 hingga 1956. Setelah Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, beliau
telah meninggalkan Tanah Melayu dan pulang ke tempat asalnya Fiji. Oleh kerana
64
semangat cintakan akan Tanah Melayu dan mencintai seorang wanita berketurunan
Melayu iaitu watak Salmah yang pernah berjasa merawat luka ketika kecederaan semasa
peperangan. Beliau sanggup pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Salmah dan
Melawat rakan seperjuangannya iaitu Sarjan Seman. Sarjan Seman adalah merupakan
rakan seperjuangannya semasa bertugas sebagai tentera. Selain itu juga, Kedatangan
Vakarusa ke Malaysia bukanlah semata mata untuk berjumpa dengan Kawannya Sarjan
Seman tetapi ingin melamar Salmah menjadi isterinya. Namun begitu, lamarannya telah
ditolak oleh Salmah kerana merasakan usianya yang sudah tua dan keuzuran yang
dialami . Salmah juga, tidak mahu membebankan Vakarusa dengan keuzurannya. Oleh
kerana semangat cintakan Tanah Melayu yang mendalam dalam dirinya ,Vakarusa tidak
mahu pulang ke Fiji dan berniat untuk terus menetap di Malaysia walaupun lamarannya
telah ditolak oleh Salmah.
TEMA
Cerpen Rindu Tanah Melayu adalah merupakan sebuah cerpen yang bertemakan tentang
semangat cinta akan Tanah Melayu. Semangat cinta akan tanah Melayu ini telah
tonjolkan oleh seorang bekas tentera Fiji yang berhidmat di tanah Melayu sekitar tahun
1952-1956. Saremaia Vakarusa adalah seorang tentera berani dan ikhlas berjuang untuk
mempertahankan tanah Melayu walaupun Tanah Melayu adalah bukan tanah airnya.
Bagi Vakarusa, Tanah Melayu adalah bumi yang bertuah yang kaya dengan keindahan
alam dan budi bahasa bahasa masyarakatnya.
PERSOALAN
Kerinduan
Kerinduan ini telah ditonjolkan oleh watak Saremaian Vakarusa yang telah jatuh cinta
dengan seorang wanita Tanah Melayu yang bernama Salmah. Kebaikan dan kelembutan
65
budi bahasa Salmah telah menyebabkan Vakarusa terpikat dan sanggup datang kembali
ke Tanah Melayu untuk mencari Salmah walaupun telah lama meninggalkan Tanah
Melayu.
Persahabatan
Persahabatan akrab ini telah wujud antara Sarjan Saremaian Vakarusa dan Sarjan Seman
yang sama-sama bertugas menperjuangkan Tanah Melayu daripada ancaman musuh.
Sewaktu bersama-sama bertugas mempertahankan tanah air Sarjan Saremaian Vakarusa
dan Sarjan Seman sangat akrab dan sentiasa berkongsi suka duka pengalaman yang
dilalui.
Perasaan cinta
Perasaan cinta ini lahir daripada Sarjan Saremaian Vakarusa yang telah jatuh hati dengan
kebaikan dan kelembutan budi bahasa Salmah yang telah banyak membantu merawat
luka ketika cedera ketika bertempur.
Kesetiaan kepada Tanah air
Kesetiaan kepada Tanah air telah ditonjolkan melalui watak Sarjan Seman yang sanggup berkorban mempertahan Tanah Melayu. Kesetiaannya kepada Tanah Melayu telah ditonjol melalui semangatnya yang tinggi. Ini dapat dilihat ketika usianya telah tua, beliau sering menyanyikan lagu Bulan Malaya sebagai tanda semangat perjuangan mempertahankan Tanah Melayu dan mengingati nostalgia ketika berhidma menjadi tentera.
Bertanggungjawab
Persoalan tanggungjawab ini telah ditonjolkan melalui watak Sarjan Saremaian Vakarusa
dan Sarjan Seman yang gigih dan kental dalam memperjuangkan Tanah Melayu daripada
66
ancaman musuh.Mereka tidak pernah merasa kesal mempertaruhkan nyawa mereka tetapi
merasa bertanggungjawab untuk mempertahankan Bumi Tanah Melayu yang bertuah.
Keikhlasan
Keikhlasan ini telah ditonjolkan melalui watak Sarjan saremaian vakarusa yang ikhlas
mempertahan Tanah Melayu walaupun Tanah Melayu bukan Tanah air. Bagi Sarjan
Saremaian Vakarusa Tanah Melayu adalah merupakan bumi yang bertuah yang kaya
keindahan alam dan kelembutan budi bahasa masyarakat. Beliau merasakan Tanah
Melayu sebagai Tanah Melayu Tanah a
PLOT
Cerpen Rindu Tanah Melayu karya Hasyim Latiff ini mempunyai plot yang bersifat
kronologi. Hal ini kerana semua jalan cerita mengikut urutan waktu. Cerita ini bermula
daripada pengenalan watak iaitu Saremaia Vakarusa yang melihat gambar-gambar
kenangan ketika menyertai pasukan tentera.
Pada tahap perkembangan pula pengarang mengetengahkan watak Sarjan Seman
dan Halimah melalui imbas kembali peristiwa beliau bertugas di Tanah Melayu bersama-
sama dengan Sarjan Seman yang merupakan rakan seperjuagannya membela Tanah
Melayu. Manakala Halimah pula, wanita yang merawat lukanya ketika mengalami
kecederan semasa berperang dengan pihak musuh. Pada masa inilah Sarjan Saremaian
Vakarusa telah jatuh hati dengan sifat lemah lembut dan sopan santun Halimah sebagai
gadis Melayu.
67
Pada tahap perumitan pula, Saremaian Vakarusa telah datang ke Tanah Melayu
untuk melawat sahabat Sarjan seman dan berjumpa dengan Halimah untuk dilamar
menjadi isterinya.
Tahap puncak pula, Halimah telah menolak lamaran Saremaian Vakarusa kerana
umurnya sudah tua dan mengalami keuzuran. Dengan keuzurannya itu, Halimah tidak
mahu menyusahkan Saremaian Vakarusa dengan keuzurannya itu.
Tahap peleraian pula, Halimah telah menyuruh Saremaian Vakarusa pulang ke
tanah air keran dia tetap dengan pendiriannya tidak mahu menerima lamaran Saremaian
Vakarusa. Walaubagaimanapun, Saremaian Vakarusa tetap tidak mahu pulang ke Tanah
Airnya dan mahu terus tinggal di Tanah Melayu kerana merasakan dirinya telah sebati
dengan Tanah Melayu dan perasaan cinta akan bumi yang pernah diperjuang tetap dihati.
TEKNIK PLOT
Melalui cerpan Cersang ini, terdapat dua teknik plot yang digunakan oleh Hasyim Latiff
antara teknik plot yang digunakan ialah teknik konflik dan suspen. Melalui teknik
konflik, penggunaan teknik ini dapat dilihat melalui konflik yang terjadi diantara
Halimah dan Saremaian Vakarusa yang telah menolak lamaran Saremaian Vakarusa yang
ingin menjadikanya isteri. Halimah telah menolak lamaran Saremaian Vakarusa kerana
tidak mahu menyusahkan Saremaian Vakarusa kerana keuzurannya dan usianya yang
68
telah tua. Halimah mengangap dirinya hanyalah menjadikan beban kepada Saremaian
Vakrusa dan tidak mampu membahagiakannya.
Melalui teknik suspen pula. Penggunaan teknik ini dapat dikenalpasti apabila
pembaca membaca cerpen ini. Pembaca akan tertanya-tanya apa yang akan berlaku
selepas Halimah menolak lamaran Saremaian Vakarusa adakah Saremaian Vakarusa akan
terus memujuk Halimah untuk berkahwin dengannya atau pulang sahaja ke tempat
asalnya.
TEKNIK PENCERITAAN
Antara teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen ini ialah teknik
imbas kembali, teknik pemeriaan, teknik dialog dan teknik menolog dalaman.
• Teknik imbas kembali
Teknik imbas kembali ini dapat dilihat melalui watak Sarjan Seman yang mengimbul
kembali kenangannya ketika bersama-sama berjuang menunut kemerdekaan. Kemudian
Sarjan Seman melihat kembali Gambus yang pernah dipetik disimpan di tepi dinding
ketika bersama-sama dengan pasukan tentera Kamonwel, kemudian dia segera
mengeratkan mulutnya menyanyikan lagu semangat Bulan Malaya yang cukup member
seribu kenangan kepadanya. Sebagai contoh pada muka surat 133…
• Teknik pemeriaan.
69
Teknik pemerian ini dapat dilihat melalui penceritaan secara langsung apabila pengarang
menprkenalkan watak utama Saremaian Vakarusa yang merupakan bekas tentera yang
pernah berhidmat di Tanah Melayu. Pemerian ini dilakukan dengan memberikan
penceritaan kepada watak utama yang sedang mengingati kenangannya sewaktu
berhidmat sebagai tentera.. Sebagai contohnya pada muka surat 129.
• Teknik dialog.
Teknik dialog ini dapat dilihat melalui perbualan diantara Saremaian Vakarusa dan
Halimah sewaktu Halimah merawat luka Saremaian Vakarusa yang tercedera sewaktu
bertempur dengan pihak musuh. Halimah telah merawat Saremaian Vakarusa dengan
ubat herba asli daripada daun kayu. Sebagai contohnya pada muka surat 130 dan 131
LATAR
LATAR TEMPAT
Tanah Melayu
Tanah air sarjan Seman dan Salmah
Padang Syria Park Nausori Fiji
Tempat tinggal Sarjan Saremaian Vakarusa di Tanah airnya Fiji.
Cawangan Tabara, daerah Nausori, Naitasiri dan Rewa
Tempat-tempat asal Teman-Temannya sewaktu bertugas menjadi tentera Fiji
Singapura
Tempat Saremaian Vakarusa menjalani latihan perang dipimpin oleh Ratu Edward
Chakobau
70
Labis
Tempat terciptanya lagu Bula Malaya yang dikarang oleh Josua Rabakuwaqa,
Komandaan Platun Mortar Kompeni A.
Latar Masa
-1954
Peristiwa Salmah merawat luka Vakarusa yang tercedera dibahu ketika bertempur dengan
musuh.
-1955
Peristiwa Sarjan Saremaian Vakarusa dan Sarjan Seman bersembang sambil Sarjan
Seman memetik Tali Karbus. Sarjan Saremaian Vakarusa telah memuji kecekalan dan
kehandalan Sarjan seman dalam memperjuangkan Tanah airnya. Sarjan Saremaian
Vakarusa juga telah meluahkan isi hatinya kepada Sarjan seman yang tertawan dan jatuh
hati dengan sifar peribadi Salmah.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat Parajurit
Masyarakat ini adalah terdiri daripada golongan tentera yang memperjuangkan Tanah
Melayu.
Masyarakat Asing
Golongan yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera untuk membantu
mempertahankan Tanah Melayu.
71
Masyarakat Melayu
Masyarakat yang berasal daripada Tanah Melayu
WATAK DAN PERWATAKAN
SAREMAIA VAKARUSA
- Watak utama dalam cerita
- Seorang tentera yang berasal daripada negara Fiji
- Berketerunan Inggeris
- Mempunyai tubuh badan yang sasa
- Seorang yang bertanggungjawab
Beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mempertahankan Tanah
Melayu walaupun Tanah Melayu bukan tanah airnya.
- Seorang yang sangat mencintai Tanah Melayu
Beliau Ikhlas dalam memperjuangkan Tanah Melayu dan sanggup
mempertaruhkan nyawanya demi menjaga kedaulatan Tanah Melayu daripda
dicerobohi musuh. Beliau juga telah jatuh cinta dengan keindahan alam.
72
- Seorang yang setia dalam persahabatan
Beliau sangat setia dengan persahabatannya dengan Sarjan seman dan sanggup
datang ke Tanah Melayu untuk berjumpa dengan Sarjan Seman yang telah lama
berpisah sewaktu pulang ke Fiji setelah Tanah Melayu merdeka.
- Mencintai seorang wanita
Beliau telah mencintai seorang wanita Tanah Melayu bernama Salmah. Sifat
kebaikan dan kesantunan budi bahasa yang begitu menawan hati Vakarusa
sewaktu merawatnya ketika luka sewaktu berperang.
- Seorang yang ikhlas
Beliau adalah seorang yang ikhlas dalam menjalankan tugasnya sebagai tentera
dan mengangap Tanah Melayu sebagai tanah air keduanya.
SALMAH
- Watak pembantu yang penting
- Berketerunan Melayu
- Berkulit hitam
- Seorang yang baik hati
73
Beliau telah merawat Sarjan Saremaian Vakarusa yang telah tercedera daripada
peperangan. Sifat baik hatinya iti, tergambar dengan kelembutan budi bahasa dan
kesantunan budi ketika merawat Sarjan Saremaian Vakarusa walaupun berlainan
keterunan
- Mudah memberi senyuman
Beliau ialah seorang yang mempunyai sifat yang lembut dan mudah memberikan
senyuman buktinya ketika merawat Saremaian Vakarusa beliau sering kali
tersenyum apabila Vakarusa cuba untuk mengusiknya dengan kata-kata gurauan.
- RAMAH
Beliau mempunyai sifat ramah dan mudah mesra dengan temannya. Buktinya
ketika beliau merawat Sarjan Saremaian Vakarusa, beliaub telah menerangkan
kepada Saremaian Vakarusa kemujaratan ubat yang digunakan untuk merawat
Vakarusa dan mengucapkan terima kasih kepada Vakarusa yang sanggup
berjuang mempertahankan Tanah Melayu.
- Seorang yang tetap pendirian
Beliau adalah seorang yang tetap pendirian dan tidak mudah dipujuk rayu.
Buktinya beliau telah menolak lamaran Saremaian Vakarusa yang melamarnya
menjadi isterinya kerana keuzuran tubuh badannya dan umurnya yang sudah tua.
SARJAN SEMAN
74
- Askar Tanah Melayu
- Berketurunan Melayu
- Pandai memetik alat muzik kabus. Buktinya beliau digelar Sarjan Qabus kerana
kecekapannya bermain Qabus dan kelunakan bunyi yang dimainkan.
- Mempunyai semangat cinta akan Tanah Melayu
Beliau adalah seorang yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Buktinya
walaupun telah lama bersara daripada tugasnya sebagai tentera dan usia telah tua
beliau masih menyanyikan lagu Bula Malaya sebagai tanda semangat cinta akan
tanda air dan mengingati nostalgia ketika berjuang mempertahankan Tanah
Melayu
- Bertanggungjawab
Beliau adalah seorang yang bertanggungjawab, buktinya beliau sanggup
mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan Tanah Melayu yang dicintai.
- Setia kepada sahabat
Kesetiaannya kepada sahabat dapat dilihat sewaktu beliau berjumpa dengan
Saremaian Vakarusa beliau berpeluk pelukan dan menanyakan khabar.
NILAI
75
-PATRIOTIK
Nilai patriotik ini dapat dilihat melalui Watak Sarjan Saremaian Vakarusa dan Saarjan
Seman yang sangat mencintai Tanah Melayu dan sanggup berjuang bermati matian untuk
mempertahankan Tanah Melayu
-Cinta
Nilai cinta ini wujud dalam watak Sarjan Saremaian Vakarusa yang telah jatuh cinta
dengan watak Salmah yang telah membantunya ketika tercedera semasa dalam
peperangan.
-Persahabatan
Nilai persahabatan ini wujud antara watak Sarjan Saremaian Vakarusa dan Sarjan Seman
yang sangat setia dalam persahabatan sehingga Sarjan Saremaian Vakarusa sanggup
datang kembali ke Tanah Melayu untuk melawat walaupun sudah lama meninggalkan
Tanah Melayu dan usia sudah tua.
-Bertanggungjawab
Nilai Tanggungjawab ini dapat dilihat melalui watak Sarjan Saremaian Vakarusa dan
Sarjan Seman yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi tanggungjawabnya
mempertahankan Tanah Melayu.
-Keikhlasan
76
Nilai Keihlasan ini dapat dilihat melalui watak Sarjan Saremaian Vakarusa yang ikhlas
dalam berjuang mempertahankan Tanah Melayu walaupun Tanah Melayu bukan Tanah
airnya.
PENGAJARAN
- Kita seharusnya mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
Semangat Patriotik ini dapat dilihat melalui watak Sarjan Saremaian Vakarusa
dan Saarjan Seman yang sangat mencintai Tanah Melayu dan sanggup berjuang
bermati matian untuk mempertahankan Tanah Melayu.
- Kita haruslah mementingkan hubungan persahabatan dan saling tolong
menolong antara satu sama lain.
Hubungan persahabatan ini dapat di lihat melalui watak Sarjan Saremaian
Vakarusa dan Sarjan Seman yang sangat setia dalam persahabatan sehingga
Sarjan Saremaian Vakarusa sanggup datang kembali ke Tanah Melayu untuk
melawat walaupun sudah lama meninggalkan Tanah Melayu dan usia sudah tua.
- Kita sebagai pejuang tanah air seharusnya menyemai sikap bertanggungjab
sebagai pembela tanah air agar tidak dikotori oleh musuh Negara. Sikap
bertanggungjawab ini dapat dilihat melalui watak Sarjan Saremaian Vakarusa
77
dan Sarjan Seman yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi
tanggungjawabnya mempertahankan Tanah Melayu.
- Kita hendaklah mementingkan keikhlas didalam melakukan sesuatu
dan bukanlah hanya sekadar terpaksa.Keihlasan ini dapat dilihat melalui watak
Sarjan Saremaian Vakarusa yang ikhlas dalam berjuang mempertahankan Tanah
Melayu walaupun Tanah Melayu bukan Tanah airnya.
PENGENALAN
Dalam setiap analisa teks , pelbagai aspek yang perlu dititik beratkan. Hal ini adalah
untuk pemahaman pelajar agar ianya lebih jelas dan padat. Dalam mengkaji atau
menganalisa antologi teks kesusasteraan melayu moden KBSM tingkatan 4 dan 5, teori
structural digunakan untuk mengkaji keseluruhan teks ini. Dalam teori structural ini,
pelbagai aspek yang dilihat untuk mengkaji keseluruhan teks ini. Sebagai contohnya,
aspek tema dan persoalan, gaya bahasa, latar dan sebagainya.
78
Pelbagai jenis genre yang terdapat dalam antologi ini. Kajian dikhususkan kepada
genre cerpen yang bertajuk “ di bawah langit takut-takut” karya Amalia Fauza Bohari.
Cerpen ini digunakan dalam kajian ini dan ianya akan berpandukan teori structural
dimana kajian ke atas cerpen ini dapat dilakukan dengan jelas dan padat. Ketepatan tema
dan persoalan, penjelasan bagi latar masa, tempat, dan masyarakat, gaya bahasa, bentuk
cerpen, watak dan perwatakan serta pelbagai lagi aspek penting dapat diungkai satu
persatu dalam kajian teks ini. Kesemuanya dapat dijelaskan dengan mengikut kretiria
masing-masing bagi menambahkan pemahaman pelajar khususnya bagi pelajar tingkatan
4 dan 5 yang mengambil subjek kesusasteraan melayu.
Diharap dengan adanya kajian ini, ianya dapat membantu dalam memahami
cerpen ini dengan baik dan membantu guru dalam pengajarannya kelak memandangkan
teks ini merupakan salah satu teks baru yang digunapakai mulai tahun ini. Diharap juga
dengan adanya kajian ini, para pelajar mendapat sedikit sebanyak manfaat dan ilmu yang
berguna dalam mempelajari ilmu kesusasteraan melayu.
CERPEN DIBAWAH LANGIT TAKUT-TAKUT
SINOPSIS
Cerpen ini menceritakan seorang wanita bernama Ardani yang mempunyai sifat murni
dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan biarpun ianya bukan
masyarakatnya sendiri. Ardani merupakan salah seorang sukarelawan Yayasan Sarang
Bangun yang membantu mangagihkan pelbagai jenis bantuan kemanusiaan untuk mangsa
perang Moro iaitu peperangan antara tentera kerajaan Filiphina (AFP)dengan pejuang
Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Mindanao.
79
Ardani menyertai rombongan ini selama beberapa hari dan diberikan tugas untuk
mengagihkan bantuan kepada mangsa. Semasa berada di sana, Ardani mendapati
pelbagai titik hitam yang melanda kaum serumpunnya itu contohnya kehilangan nyawa,
kemiskinan, kebuluran, ibu tunggal dan pelbagai lagi masalah yang membuatkan Ardani
berasa begitu sedih. Ardani juga berkesempatan mengenali beberapa orang tempatan di
situ yang menceritakan kisah dan pengalaman mereka sewaktu dalam peperangan itu.
Antaranya Rini seorang gadis yang kematian ayah akibat peperangan itu. Mereka hidup
dalam kemiskinan dimana rumahnya begitu daif sehingga layak dipanggil gubuk kerana
ianya hanya seluas 10 meter persegi. Rini terpaksa menjaga adik-adiknya yang masih
kecil memandangkan ibunya kelaur untuk mencari nafkah. Ardani begitu sedih melihat
penderitaan yang dialami oleh Rini dan cuba membandingkan kehidupan Rini dengan
orang di Malaysia yang mana jauh bagai langit dengan bumi. Begitu juga dengan Ibu
Bariah iaitu seorang wanita yang kematian suami akibat peperangan itu. Ibu Bariah
menceritakan keperitan hidupnya setelah suaminya gugur dimedan perang. Jumlah balu
yang mendaftar di Filiphina adalah sebanyak 17000 orang dan 20 % daripadanya adalah
mangsa peperangan Moro. Ardani begitu sayu mendengar cerita Ibu Bariah dan ianya
menjadikan Ardani lebih takut dengan keadaan di situ. Bagaimanapun, Ardani juga
mendapat pelbagai pengalaman yang mencabar antaranya seperti menaiki pumpboat dari
kampong menuju ke Bandar Isabela. Pemnadu bot itu adalah seorang kanak-kanak yang
berusia lingkungan 10 tahun. Bot yang dinaikinya itu terumbang ambing tatkala meluncur
laju. Ardani hanya memapu bertawakal agar sampai ke destinasi dengan selamat.
80
Di akhir hari Ardani dan rakan-rakanya di Filiphina, Ardani dikejutkan dengan
kematian budak yang menjadi pemandu bot yang dinaikinya untuk ke Bandar Isabela.
Ardani tersentak dengan berita itu namun tetap tabahkan hati. Ardani juga meperingati
semula keperitan hidup yang dilalui oleh Rini dan Ibu Bariah yang membawa seribu
pengajaran kepadanya agar bersyukur dengan apa yang ada dinegara sendiri. Tidak cukup
dengan itu, Ardani ditanya oleh Nizam salah seorang rakannya dengan soalan, adakah dia
sanggup datang semula ke sini jika diberi peluang lagi?.Ardani tersentak dengan soalan
itu, namun menjawabnya dengan tenang. Jika diberi peluang sememangnya Ardani ingin
turut serta tetapi kalau boleh Ardani tidak mahu hidup di bawah langit takut-takut
sebagaimana masyarakat di sana.
TEMA DAN PERSOALAN
Tema bagi cerpen “ Dibawah langit takut-takut” ini adalah keprihatinan seorang gadis
bernama Ardani dalam berbakti kepada masyarakat yang memerlukan bantuan
kemanusiaan. Ardani, seorang gadis dari Malaysia yang menyertai rombongan
kemanusiaan Yayasan Sarang Bangun ke Mindanao, Filiphina. Kesan peperangan Moro
teelah menyebabkan ramai masyarakat tempatan di situ emnjadi mangsa. Sebagai seorang
yang mempunyai sifat murni, Ardani sanggup menyertai rombongan tersebut untuk
menabur bankti kepada bangsa serumpunya itu. Beliau begitu perihatin dengan keadaan
81
mangsa sehingga ingin turut serta dalam rombongan itu dan melihat sendiri keperitan dan
penderitaan mangsa yang terlibat dalam peperangan Moro itu.
Persoalan
Terdapat pelbagai persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. Antaranya adalah
Penderitaan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa perang Moro. Hal ini dapat dilihat dalam
contoh berikut :
“ Barangay Takut-takut, sebuah perkampungan air yang letaknya di Jolo, iaitu ibu
negeri wilayah Sulu di Filiphina merupakan gelanggang hidup kaum Moro yang
sengsara dan menderita. Inilah akibat peperangan selama hamper 30 tahun antara
tentera kerajaan Filipina dengan para pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan
Moro di Mindanao.” ( m/s 140)
Dengan petikan ini, dapat dilihat penderitaan yang terdapat dalam cerpen ini
dimana kesengsaraan penduduk di Jolo yang sengsara dan menderita seperti yang
digambarkan oleh Ardani watak utama dalam cerpen ini.
Selain itu, persoalan Imansipasi wanita juga dapat dilihat dalam cerpen ini. Ianya
adalah berpendukan kepada watak Ibu Bariah yang memperjuangkan nasib ibu tunggal
yang menjadi mangsa selepas kematian suami akibat perang Moro itu. Hak –hak ibu
tunggal seperti dinafikan dan hidup terumbang ambing selepas kematian suami yang
selama ini menjadi tunggak dalam keluarga. Sebagai contoh dapat dilihat dalam petikan
berikut :
82
“ Ketika perang dulu, kebanyakan kami memang lebih menumpukan soal rumah tangga.
Akibatnya, apabila nyawa suami terkorban, kehidupan kaum wanita di sini menjadi kucar
–kacir.” (m/s 147)
“ Kebanyakan mereka memang tidak berpeluang mendapat peluang untuk
mengikuti pendidikan formal. Kami bercadang mengadakan kelas-kelas
pengurusan, perniagaan, atau paling tidak pun latihan kemahiran kraf tangan
seperti menjahit, memasak, bertani, dan sebagainya. Cuma masalahnya, kami
memerlukan dana yang banyak bagi memulakan latihan tersebut kepada bakal
jurulatih.” (m/s 148)
Petikan di atas menunjukan perjuangan dalam menuntut hak ibu tunggal yang
ingin meneruskan kehidupan dengan usaha mereka sendiri memandangkan mereka tidak
lagi mempunyai suami. Perjuangan dalam imansipasi wanita ini juga membuatkan jalan
cerita cerpen ini lebih menarik.
Persoalan yang seterusnya adalah Kegigihan dalam meneruskan kehidupan. Ianya
dapat dilihat pada watak Rini seorang gadis yang kematian ayah dan terpaksa menjaga
adik-adik yang masih kecil. Rini hidup dalam serba kekurangan namun ianya tidak
mematahkan semangatnya untuk membantu ibunya. Sebagai contoh dalam petikan
berikut :
“ Rini pendiam orangnya. Namun, dia petah berbicara apabila diajukan soalan.
Sesekali nada suaranya ditekan keras bagi menyatakan keperitan hidup dan
tekanan yang dihadapinya. Lebih-lebih lagi tugasnya sebagai anak sulung kepada
83
enam adik beradik yang masih kecil. Tanggungjawab ini diambil alih setelah
kematian ayahnya dan kesibukan ibunya mencari nafkah setiap hari.” (m/s 142)
“Kami dikejutkan oleh tangisan adiknya yang berusia 5 tahun. Dia pulang ke rumah
setelah puas bermain. Anak kecil itu meluru masuk ke rumah lalu merengek di bahu
kakaknya. Dia meminta perutnya diisi. Buat kesekian kalinya hatiku dilanda kepiluan
yang teramat sangat…” (m/s 142 dan 143)
LATAR
Terdapat 3 jenis latar yang wajib dilihat dalam sesebuah karya iaitu latar masa,
tempat dan juga masyarakat. Dalam cerpen “ Dibawah langit takut-takut “ ini, dapat
dikaji beberapa aspek latar yang diingini.
Masa
Latar masa dalam cerpen ini adalah seperti waktu tengahari, petang dan juga beberapa
hari di Filipina. Sebagai contoh :
“ Petang itu sengaja aku luangkan waktu dengan keluar berjalan-jalan sekadar
mengmbil angin. Dari atas titi, dapat kutelahbahawa asalnya perkampungan ini
merupakan persisiran sungai. Namun….” (m/s 148 dan 149)
84
“ Engkau tahu, Ardani, kanak-kanak yang memandu kita ke Bandar Isabela
tempoh hari ditemui mati lemas dibawa deras,” jelas Nazim sewaktu kami sedang
menikmati makan tengah hari sebagai santapan terakhir sebelum berangkat ke
lapangan terbang.” (m/s 150)
Tempat
Latar tempat dalam cerpen ini kebanyakannya di luar Negara iaitu di sekitar Filipina.
Antaranya adalah di Mindanao, Kampung Barangay Takut-takut, Jolo, Bandar Cotabato,
Bandar Isabela dan Lapangan Terbang. Sebagai contoh :
“ Barangay Takut-takut, sebuah perkampungan air yang letaknya di Jolo, iaitu
ibu negeri wilayah Sulu di Filipina merupakan gelanggang hidup kaum
Moro…”( m/s 140)
“ Kami berkesempatan meninjau secara dekat kedai-kedai di Bandar itu. Kedai-
kedai yang terletak di Bandar Cotabato, Wilayah Mindanao itu sebenarnya
banyak membantu penduduk di situ meneruskan kehidupan mereka…”( m/s
145)
Masyarakat
Masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini adalah seperti masyarakat kampong
air iaitu kaum Moro yang tinggal di persisir sungai, ibu tunggal iaitu wanita
yang kematian suami, dan juga masyarakat yang hidup dalam kemiskinan.
Sebagai contoh :
85
“ Barangay takut-takut, sebuah perkampungan air yang letaknya di Jolo, iaitu
ibu negeri wilayah Sulu di Filipina merupakan gelanggang hidup kaum Moro
yang sengsara dan menderita.” (m/s 140)
“ Terkedu aku mendengarkannya. Betapa sukarnya kehidupan. Daripada
maklumat yang diterima, sehingga kini, terdapat kira-kira 17000 ahli wanita
yang mendaftar dengan yayasan terbabit di sluruh Mindanao, 20 peratusnya
adalah balu bekas pejuang Moro.”(m/s 147)
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak
Dalam cerpen ini, terdapat watak utama dan watak sampingan yang mewarnai cerita ini.
Setiap watak mempunyai perwatakannya yang tersendiri dan digarap baik oleh penulis.
Di sini, disenaraikan watak utama dan watak sampingan : -
Watak dan Perwatakan
Ardani
86
Perwatakan dalam cerpen ini berdasarkan kepada watak dalam cerita. Cerpen ini
menonjolkan watak seorang gadis iaitu Ardani. Beliau seorang gadis yang berumur
lingkungan 20-an, seorang yang begitu tabah, berani, suka membantu golongan yang
memerlukan dan gigih dalam menolong mangsa-mangsa peperangan di Filipina. Beliau
merupakan salah seorang ahli sukarelawan yayasan Sarang Bangun. Beliau juga seorang
yang berjurusan Penulisan Kreatif di Akademi Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur.
Rini
Rini merupakan seorang gadis yang berumur 20-an, seorang yang pendiam, tabah
menjaga adik-adik yang masih kecil, gigih, kelihatan matang dan mempunyai sifat gadis
yang sempurna biarpun terdapat sedikit kekasaran pada nada percakapannya. Biar pun
berada dalam serba kedaifan namun Rini tetap berjuang untuk meneruskan kehidupannya
bersama ibu, dan adik-adiknya.
Ibu Bariah
Seorang balu yang telah kematian suami akibat peperangan. Berumur lingkungan 40-an,
seorang yang gigih dalam mencari nafkah untuk menanggung kehidupan bersama-sama
anak-anaknya, seorang yang berjiwa kental, memperjuangkan hak wanita khususnya balu
dan janda yang sentiasa ditindas. Seorang penyelia koperasi yang telah ditubuhkan oleh
Yayasan Wanita Bangsa Moro.
Remy
87
Seorang lelaki yang ditugaskan untuk menjadi juru gambar. Berumur lingkungan 20-an.
Tidak sekumpulan dengan Ardani, namun sering bersama Ardani untuk mencari
maklumat mengenai peperangan dan keadaan mangsa peperangan di Moro. Seorang yang
baik, berani dan rajin dalam bekerja.
Zack
Rakan kepada Ardani. Seorang lelaki yang berumur lingkungan 20-an. Baik, berani, dan
sanggup menyertai rombongan bersama Ardani untuk memberikan bantuan kepada
mangsa-mangsa peperangan di Moro.
Aishah
Rakan kepada Ardani. Seorang gadis yang berumur lingkungan 20-an. Seorang gadis
yang baik hati, berani dan juga suka memberikan pertolongan.
Nazim
Rakan kepada Ardani. Seorang lelaki yang berumur lingkunagn 20-an. Seorang lelaki
yang baik, sanggup menyertai rombongan bersama Ardani dan rakan-rakan lain unutk
menghulurkan bantuan kemanusiaan,peramah dan juga suka bergurau.
NILAI DAN PENGAJARAN
Dalam cerpen ini, terdapat beberapa nilai dan pengajaran yang diterapkan oleh penulis
sebagai tatapan kepada pembaca. Sebagaimana yang diketahui, nilai dan pengajaran
merupakan salah satu elemen yang penting dalam struktur sesebuah karya. Oleh itu, nilai
88
dan pengajaran dapat di lihat daripada petikan yang terdapat dalam cerpen, dan juga
melalui watak dan perwatakan dalam cerpen ini.
1. Keberanian
Nilai keberanian boleh dilihat melalui watak Ardani yang mempunyai keberanian
dengan menyertai lawatan kemanusiaan untuk membantu mangsa peperangan
Moro di Filipina. Dengan suasana yang tegang di sana, Ardani masih juga
mengikuti lawatan itu.
2. Kemanusiaan
Nilai kemanusiaan adalah berdasarkan kumpulan sukarelawan yang diikuti oleh
Ardani untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa peperangan
Moro. Walaupun berbeza bangsa, warna kulit dan juga agama, mereka tetap
memberikan bantuan kerana sifat kemanusiaan yang tinggi.
3. Kasih sayang
Nilai kasih sayang ditunjukkan oleh watak Rini yang menyayangi adik-adiknya
dan sanggup menjaga adik-adiknya ketika ketiadaan ibunya yang keluar mencari
nafkah. Rini tidak pernah mengeluh dan merungut tentang kesengsaraan keluarga
mereka bahkan dia sanggup mencurahkan kasih sayang terhadapa adik-adiknya
yang masih kecil.
89
4. Ketabahan
Ketabahan boleh dilihat melalui watak Ibu Bariah yang tabah menghadapi liku
hidup sejak kematian suaminya akibat peperangan Moro. Ibu Bariah seorang
tabah dalam merempuhi cabaran dalam kehidupannya menyara anak-anak biarpun
menjadi seorang ibu tunggal.
5. Kegigihan
Nilai kegigihan dapat dilihat melalui watak Ibu Bariah yang gigih meneruskan
kehidupan biarpun tanpa suaminya yang telah meninggal dunia. Beliau begitu
gigih mencari rezeki dengan membuka sebuah koperasi dan mencari nafkah untuk
keluarganya biarpun mendapat halangan yang besar kerana beliau merupakan
seorang ibu tunggal/ balu.
6. Kesabaran
Nilai kesabaran dapat dilihat melalui watak Rini yang sabar menjaga adik-adiknya
yang banyak karenah. Biarpun adik-adiknya merengek meminta makanan namun
Rini tetap sabar dan memujuk adiknya dengan lemah lembut. Sifat kesabaran
yang tinggi membuatkan Rini menjadi seorang yang amat dikagumi oleh Ardani
yang ketika itu datang melawatnya di rumah.
7. Tanggungjawab
90
Nilai tanggungjawab dapat dilihat melalui watak Ibu Bariah dan juga Rini.
Mereka masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berat dan mereka
memapu melaksanakannya dengan baik. Biarpun pelbagai cabaran dan rintangan
yang melanda, namun mereka tetap meneruskan tanggungjawab mereka.
8. Kecekalan
Kecekalan dapat dilihat melalui watak Ibu Bariah yang cekal mencari nafkah dan
mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan biarpun telah kematian suami.
Kecekalan Ibu Bariah tidak dapat disangkal lagi kerana, beliau sendiri telah
berusaha untuk mencari rezeki bagi menanggung kehidupannya sekeluarga dan
menegakkan hak wanita yang menjadi balu daripada di tindas pihak yang tidak
bertanggungjawab
Antara pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini adalah : -
1. Kita hendaklah sabar dalam menempuhi kehidupan yang penuh dengan cabaran
dugaan agar kita dapat mencapai kejayaan.
2. Kita hendaklah mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi dalam menjalani
kehidupan seharian.
91
3. Kita hendaklah tabah menghadapi liku-liku hidup yang semakin mencabar agar
kehidupan yang diingini akan tercapai kelak.
4. Kita hendaklah mempunyai rasa kasih sayang terhadap sesama manusia tidak kira
pangkat, darjat mahupun kedudukan sesorang.
5. Kita hendaklah berani menempuhi segala rintangan yang mendatang.
GAYA BAHASA
Dalam cerpen “ di bawah langit takut-takut” ini terdapat beberapa jenis gaya bahsa yang
digunakan oleh penulis untuk mengindahkan lagi cerpen ini. Gaya bahasa merujuk
kepada penggunaan keindahan dalam ayat mahu perkataan yang digunakan dalam
penulisan cerpen. Ianya bertujuan untuk menarik minat pembaca dan juga mengindahkan
lagi cerpen ini dari sudut penulisannya.
Antara gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini adalah : -
1. Hybrid
Penyambungan dua perkataan menjadi satu. Perkataan Aku disambungkan
dengan perkataan pakai dan kibas.
Sebagai contoh, “ Kupakai kukibas-kibas dengan hujung jari.”
2. Metafora
92
Perumpamaan. Satu perumpamaan yang membawa makna lain kepada
perkataan yang digunakan.
Sebagai contoh , “Merupakan gelanggang hidup kaum Moro” dan “ Ada
segarit senyuman tawar di sudut bibir gasdis itu.”
3. Peribahasa
Peribahasa juga digunakan dalam cerpen ini. Sebagai contoh , “Aku anggap
jawapan Rini itu seperti serkap jarang sahaja.”
4. Simile
Perumpamaan yang menggunakan perkataan, seperti, bak, umpama dan bagai.
Sebagai contoh , “seperti serkap jarang sahaja.”
5. Sinkof
Ringkasan perkataan. Ianya meringkas sesuatu perkataan menjadi pendek iaitu
seperti tidak – tak, dahulu - dulu. Sebagai contoh, “Apatah lagi kebanyakan
wanita di sini tak ada asas kemahiran hidup.”, dan “ Hidup kami sejak
dulu..”.
93
BAGAI HEMBUSAN BAYU SENJA
(JURI DURABI)
SINOPSIS
Hardi berjalan-jalan ditepi pantai seorang diri lalu teringat kisah pengenalannya dengan
seorang gadis manis berdarah Kadazan yang agak peramah dan lemah lembut. Oleh
kerana itu Hardi jatuh cinta kepada gadis itu. Permulaan petemuan Hardi dengan Gadis
bernama Juliani itu bermula ketika Juliani datang bertandang kerumah Hardi yang mana
Juliani berkawan rapat dengan adik Hardi iaitu Aziah. Aziah dan Juliani berkawan sejak
dibangku sekolah ketika tinggkatan 1 lagi hingga sekarang satu tempat kerja. Pada
mulanya Juliani malu berbual bersama Hardi dan lama kelamaan mereka serasi. Dari
pada itu Hardi dan Juliani berkenalan sehingga timbul bibit-bibit percintaan antara
mereka berdua yang berlainan agama. Saban hari percintaan mereka menjadi merka tidak
dapat di pertikaikan lagi. ahli keluarga mereka sudah tahu mereka berkawan malah
94
mereka berdua berjalan berdua-duaan ke panggung-panggung wayang dan ke tempat-
tempat hibuaran. Mereka berdua sudah merancang dan berjanji membina mahligai yang
amat bahagia atas dasar cinta dan kasih sayang mereka. Pada suatu malam seperti biasa
mereka bersama-sama duduk di tepi pantai berbincang tentang masa depan mereka. Pada
masa itu Hardi telah menyuarakan ketakutannya kalau-kalau keluarga mereka tidak
merestui hubungan mereka. Ini kerana mereka berlainan agama. Namun Juliani sangup
menukar agamanya dengan memeluk agama islam iaitu agama di anuti oleh Hardi. Cinta
Juliani pada Hardi tidak dapat dibelah lagi. Hardi telah menyuarakan hasratnya inggin
membawa Juliani lari dari keluarganya tetapi Juliani sangat menyayangi keluarganya oleh
sebab itu Juliani menolak permintaan Hardi. Hardi akur dengan jawapan Juliani dan
mereka tetap bersama. Tidak lama kemudian Hardi berasa hairan kerana Juliani tidak
ditemui lagi sejak 3 bulan, Hardi berasa resah dan sangat merindui Juliani. Hardi mencari
Juliani namun pencarian Hardi menemui kegagalan. Tidak lama kemudian Hardi
menerima sepucuk surat daripada Juliani yang mana isinya menyatakan Juliani mengikut
keluarganya berpindah malah tempat kerjanya juga diminta tukar ini kerana keluarga
Juliani tidak mahu dia menukar agama dan melarang Juliani berjumpa dengan Hardi lagi.
Hardi berasa sangat sedih akan jawapan Juliani dan tindakan keluarga Juliani
memisahkan mereka berdua. Namun Hardi akur akan tindakan Juliani kerana Hardi tahu
Juliani sangat menyayani kedua ibubapanya. Percintaan merea berdua berakhir disitu.
Tema
Percintaan berlainan agama.
Persoalan
95
- Tanggungjawab kepada ibubapa dan agama
- Kasih sayang sesama makhluk
- Persahabatan yang ikhlas
- Kepercayaan kepada agama
Watak dan Perwatakan
Hardi
- Kaum Melayu
- seorang abg kepada aziah
- beragama islam
- cinta akan agamanya
- mencintai juliani
Juliani
- mencintai Hardi
- kaum kadazan beragama kristen
- kulit kuning langsat, berlengsung pipit
- mencintai agamanya
96
- patuh kata kedua ibubapa
- pemalu dan lemah lembut
- seorang yang tabah
aziah
- adik kepada Hardi
- bersahabat baik Juliani
- Beragama islam
- Periang
- Peramah
- lucu
Latar
Latar Tempat
- kediaman rumah Hardi
- Di tepi pantai – hardi dan juliani berbincang dan bebual
Latar Masa
- senja – hardi berjalan seorang diri di tepi pantai
- petang – di kediaman Hardi pertemuan pertama hardi dan juliani
97
- malam – hardi dan juliani berbincang tentang hubungan mereka di tepi pantai
Latar Masyarakat
- masyarakat sayang menyayangi
- Masyarakat yang berbilang agama
- Masyarakat yang berbilang kaum
- masyarakat patuh kepada kedua ibubapa
Nilai
- Kasih sayang – hardi mencintai juliani dengan kasih dan tanggungjawab
- patuh kata kedua ibu bapa – juliani patuh kepada kedua ibubapanya walaupun
cintanya di halang kedua ibubapanya
- Menjaga nama baik keluarga – juliani tidak mahu mengikut Hardi yang mana hardi
mahu membawa juliani untuk kahwin lari
- keikhlasan – juliani ikhlas mencintai Hardi hinga inggin menukar agamanya
Pengajaran
98
- Kita mestilah patuh kepada kedua ibu bapa
- Kita hendaklah tabah mengahadapi dugaan hidup
- Kita patutlah ikhlas dalam menjalinkan persahabatan
- Kita mestilah kasih sesama makhluk
- kita hendaklah menjaga nama baik keluarga
BENDAHARA TEPOK
SINOPSIS
Drama Bendahara Tepok mengisahkan tentang semangat dan kepahlawanan Bendahara
Melaka ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud iaitu zaman kejatuhan Melaka
kepada Portugis. Bendahara Tepok adalah merupakan Bendahara Melaka yang terakhir
yang begitu menyanyangi Melaka dan sanggup mati demi mempertahankan kedaulatan
Melaka daripada pencerobohan Portugis. Walaupun umur beliau ketika itu telah
menjangkau 90 tahun dan lumpuh tetapi beliau berani dan bersemangat menentang
Portugis demi membela agama, bangsa dan tanah air yang dicintai.
Walaupun lumpuh beliau masih lagi bersemangat dan meminta hulubalang yang
menjaganya, Selamat Gajah membawanya ke Melaka dan terus bertahan untuk
menentang pencerobohan Portugis di Melaka. Namun begitu, Selamat Gajah terpaksa
membawa Bendahara Tepok beundur di Ulu Muar kerana ramai pahlawan dan
99
hulubalang Melaka telah terkorban. Selain itu, Sultan Mahmud, Tun Fatimah
pemaisurinya dan hulubalangnya juga terpaksa berundur kerana Portugis yang sangat
kejam dan tidak mampu bertahan lagi. Pada mulanya Sultan Mahmud dan hulubalangnya
berhajat untuk membina semula sebuah negeri baru di Pagoh kerana pagoh termasuk
didalam daerah Melaka. Namun begitu, Sultan Mahmud dan Hulubalang sekalian
pengikut terpaksa berundur ke Pahang kerana kedatangan tentera Portugis untuk
mendapat Sultan Mahmud Syah. Namun begitu, pada mulanya Bendahara Tepok tidak
mahu berundur dan bersemangat untuk terus mara menentang tentera Portugis walaupun
telah mendapat perintah daripada Sultan Mahmud tetapi setelah dipujuk oleh Selamat
Gagah, Hang Nadim dan anaknya Khoja Ahmad supaya berundur kerana angkatan
Hulubalang Melaka sudah tidak mampu lagi untuk melawan kerana banyak yang
tercedera. Akhirnya Bendahara Tepok bersetuju untuk berundur dan meminta seri Nara
mengangkat batu besar dan membawa batu tersebut ke lubuk sungai untuk di campakkan
untuk membuat pertimbangan iaitu jika batu yang dicampaknya itu timbul mereka akan
kembali semula untuk mendapatkan Melaka dan jika tenggelam mereka terpaksa
bernegeri di tempat lain.
Kesudahan cerita ini, Kota Bentayan dan kota Pagoh runtuh diserang Portugis.
Sultan Mahmud syah dan Pemaisurinya serta pengiring-pengiringnya terpaksa berundur
ke Pahang, Kampar dan akhirnya, Puteranya baginda membuka negeri di Johor.
Manakala angkatan Bendahara Tepok berundur ke sebuah lubuk anak Sungai Muar. Di
lubuk itu, Bendahara Tepok telah mencampakkan batu yang dibawanya dan telah
ditakdirkan batu itu tenggelam. Sejak itu, tempat tersebut dinamakan Lubuk Batu.
100
Selepas peristiwa itu, Selamat Gagah membawa Bendahara Tepok itu sangat segera.
Selepas itu, jajahan itu dinamakan Segera Amat iaitu pada masa kini dikenali sebagai
Segamat. Apabila Bendahara Tepok itu meninggal dunia, jenazahnya dimakam di Lubuk
Batu. Oleh Sebab itu, Bendahara Tepok juga dikenali sebagai Bendahara Lubuk Batu.
BENDAHARA TEPOK
TEMA
Drama Bendahara Tepok bertemakan perjuangan menentang penjajah yang hendak
menceroboh Kota Melaka. Perjuangan yang ditunjangi pahlawan Melayu melaka
berusaha mempertahankan Kota Melaka yang diserang oleh askar Feringgi. Semangat
perjuangan yang tinggi dapat dilihat dari watak-watak dalam drama ini terutamanya
watak Bendahara Tepok yang sanggup bermatian untuk mempertahankan Kota Melaka.
Walaupun Bendahara Tepok sudah tua dan mengalami kecacatan fizikal, semangatnya
berjuang menentang Feringgi sangat tinggi .
PERSOALAN
Persoalan Perpaduan
Persoalan ini menjadi salah satu sebab Kota Melaka tewas apabila diserang askar
Feringgi. Hulubalang Melaka dikatakan tidak bersatu padu sehingga menjadikan itu
101
kelemahan Kota Melaka dan berjaya diceroboh oleh askar Feringgi. Persoalan ini dapat
dilihat daripada dialog Seri Nara dalam drama ini.
SERI NARA : Ramai Hulubalang kita terkorban . Askar Feringgi dapat memanjat
naik di jambatan.
HANG KADIM : Tanganku luka terkena peluru (memegang luka). Sebab itu kita
tewas.
SERI NARA: Kita tewas kerana kurang perpaduan. Tidak sungguh-sungguh
berjuang menentang musuh.
(Petikan Drama Bendahara Tepok,MS 169)
Persoalan Taat setia pada pemerintah
Drama ini juga menyelitkan persoalan taat setia rakyat jelata kepada pemerintah iaitu
Raja. Contoh yang terdapat dalam drama ini ialah ketika Sultan Mahmud berundur dari
Kota Melaka. Baginda bertemu dengan Hang Kadim dan Seri Nara yang juga turut
berundur sebelum itu. Seri Nara melahirkan kebimbangannya terhadap keselamatan
Sultan Mahmud serta meluahkan taat setianya untuk melindungi baginda. Petikan dialog
tersebut diucapkan oleh Seri Nara dan Hang Kadim.
SERI NARA: Tidak, tidak, hulubalang. Selagi kita semua masih hidup, tuanku
takkan ditawan dan dibunuh! Kita masih taat dan setia ,masih terus berbakti
102
kepada raja kita. Raja adil harus dijunjung, itulah raja. Raja itulah rakyat
dan rakyat itulah raja..
HANG KADIM: Kita harus lindungi tuanku, taat setia kita masih tetap pada
tuanku dan keluarga.
(Petikan Drama Bendahara Tepok,MS 176)
Persoalan Kezaliman Raja
Kezaliman raja juga menjadi persoalan dalam drama ini. Persoalan ini digambarkan
daripada dialog Seri Nara dengan Hang Kadim. Petikan dialog tersebut dapat
menggambarkan kezaliman raja .
SERI NARA: Tentu kesal, kerana kezaliman baginda membunuh, ramai orang
besar terkorban. Siapakah menghukum bunuh Raja Zainal, Bendahara Seri
Maharaja Tun Mutahir dan keluarganya? Dan banyak lagi kekejaman
berlaku?
(Petikan Drama Bendahara Tepok,MS 177)
Kekejaman Penjajah
Dalam drama Bendahara Tepok, Kota Melaka telah diceroboh oleh askar Feringgi yang
mahu menjajah Melaka. Berlaku kerosakan harta benda dan juga ramai hulubalang serta
103
rakyat biasa terkorban. Contoh petikan yang jelas dapat menggambarkan persoalan
kekejaman Feringgi dapat dilihat dalam dialog dibawah:
BENDAHARA : Aku baru tiba di sini, dibawa lari Selamat pengecut ini. Aku
tahu orang-orangku terbunuh di pantai. Sungguh kejam musuh, peluru
meriamnya memecah tembok kota, menara istana di tepi sungai rosak binasa.
PANGLIMA ALANG: Bersyukur datuk selamat, kalau tidak, datuk juga
terbunuh, terbunuh tak berpusara. Ramai perempuan kita ditawan dan
diculik, rumah-rumah ibadat dan madrasah dibakar, kanak-kanal kita juga
diseksa.
(Petikan Drama Bendahara Tepok,MS 182)
WATAK DAN PERWATAKAN
Dalam drama “ Bendahara Tepok”, terdapat 10 watak secara keseluruhannya. Ianya
dibahagikan kepada 2 bahagian watak iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak
utama adalah peneraju utama dalam drama ini. Manakala watak sampingan adalah
pembantu untuk watak utama. Watak-watak ini memainkan peranan yang penting bagi
menghidupkan drama ini menjadi sebuah cerita yang menarik.
Watak Utama
1. Bendahara Tepok
104
2. Hang Kadim
3. Seri nara
Watak sampingan
1. Raja Sulaiman
2. Sultan Mahmud
3. Sultan Ahmad
4. Tun Fatimah
5. Selamat Gagah
6. Panglima Alang
7. Khoja Ahmad
PERWATAKAN
1. Bendahara Tepok
Seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Tegas dan sangat cinta
akan tanah airnya iaitu Melaka. Biarpun umurnya sudah dimamah usia dan
menghidap penyakit lumpuh, namun semangat ingin mempertahankan tanah air
sungguh kuat.
2. Hang Kadim
105
Seorang hulubalang yang mempunyai semangat mempetahankan tanah air.
Biarpun Melaka telah ditawan oleh Portugis, beliau ingin merampas semula
Melaka daripada tangan Portugis. Seorang bijak dan tidak mengikut perasaan.
3. Seri Nara
Seorang hulubalang sama seperti Hang Kadim. Beliau dan Hang Kadim berjuang
untuk mendapatkan semula Melaka. Seorang yang pandai bermain senjata dan
bersilat namun berundur ketika diserang oleh Portugis kerana kekurangan senjata
api dan jumlah tentera Portugis sangat ramai.
4. Sultan Ahmad
Raja Muda iaitu pengganti kepada Sultan Mahmud. Masih muda dan masih lagi
mentah dalam hal ehwal pemerintahan.
5. Sultan Mahmud
Seorang sultan yang kejam dan zalim. Pentingkan diri sendiri dan tidak
memperikemanusiaan terhadap rakyat dan juga pembesar-pembesarnya.
6. Tun Fatimah
Pemaisuri Melaka dan isteri kepada Sultan Mahmud. Seorang yang berani dan
tegas.
106
7. Selamat Gagah
Orang kanan kepada Bendahar Tepok. Berani dan gagah namun dituduh pengecut
oleh Bendahar Tepok kerana lari berundur dan memangku bersama Bendahara
Tepok yang sudah uzur.
8. Panglima Alang
Hulu baling Melaka. Berani dan berjuang untuk mendapatkan semula Melaka dari
tangan Portugis.
9. Khoja Ahmad
Anak kepada Bendahara Tepok.
GAYA BAHASA
1-Sinkof
Sinkof ialah singkatan kata. Dalam drama Bendahara Tepok kita boleh lihat terdapat
singkatan tak. Contohnya,Kita juga kalah senjata,kita tak banyak senjata api.
2-Aliterasi
107
Aliterasi ialah pengulangan huruf konsonan. Dalam drama Bendahara Tepok kita boleh
lihat terdapat pengulangan huruf konsonan b. Contohnya, Harus mereka berpecah-
pecah,berbagi-bagi berundur,supaya tak diketahui musuh.
3-
LATAR MASA.
Tahun 1511 - Pada tahun 1511, angkatan perang portugis menyerang dan menakluki
kota Melaka ,
kerajaan islam Melayu Melaka ditawan oleh portugis.
Waktu Pagi - Seri Nara dan hang Kadim sampai di Ulu Muar.
LATAR TEMPAT.
Di tepi hutan - Tempat Hang Kadin dengan Seri Nara berbual-bual tentang kejatuhan
kerajaan Melaka di tangan portugis.
Tebing Sungai Melaka
Tempat Khoja Ahmad dan ayahnya Bendahara Tepok bertahan dan berperang
dengan Askar ferenggi.
Ulu Muar
Tempat Hang Kadim dan seri Nara berundur selapas Melaka diserang dan
ditawan oleh Portugis.
108
Bentayan
Tempat Sultan Ahmad dan Raja Sulaiman ingin membuat kota dan bertahan
daripada serangan portugis.
Pagoh
Tempat Sultan Mahmud dan Tuanku Permaisuri berundur dan bertahan selepas
istana Melaka di tawan oleh Portugis. Disini juga terletaknya istana dan makam
Almarhum Sultan Alaudin ayahnda Sultan Mahmud.
Bertam Ulu Melaka
Tempat Datuk Penghulu Bendahari dan Datuk Temenggung membawa pihak
perempuan berundur daripada serangan angkatan tentera portugis. Disini juga tempat
Datuk Penghulu Bendahari dan Datuk Temenggung ingin berkumpul dan membuat kubu.
Lubuk Batu
Tempat Datuk Bendahara Tepok mencampakan batu yang dibawanya dan
dikawasan tersebut jugalah tempat makam Datuk Bendahara Tepok.
LATAR MASYARKAT.
Masyarkat daripada golongan diraja.
109
Masyarkat yang berasal daripada golongan istana ini diwakili oleh Sultan
Mahmud yang mana memerintah Melaka pada ketika itu. Selain itu golongan diraja yang
lain terdiri daripada Raja Sulaiman iaitu Ayahanda Saudara Sultan Mahmud, Sultan
Ahmad iaitu Raja Muda dan Tun Fatimah, permaisuri Melaka.
Masyarakat daripada pembesar istana.
Masyarkat yang berasal daripad golongan pembesar istana ini diwakili oleh Datuk
Bendahara Tepok, Selamat Gagah iaitu orang kanan Bendahara Tepok, Kohja Ahmad
anak bendahara Tepok, Hang Kadim dan Seri Nara iaitu Hulubalang Melaka.
Masyarakat yang mengambil berat.
Masyarkat yang mengambil berat ini dapat dilihat melalui watak Seri Nara dan
Hang Kadim yang mengambil berat akan keadaan Datuk bendahara yang tua dan uzur
serta tepok yang berjuang mempertahankan Melaka daripada serangan angkatan tentera
portugis. Hang Kadim ingin membawa Seri Nara mencari Datuk Bendahara.
Masyarakat yang taat setia kepada Sultan.
Masyarkat yang taat setia kepada sultan ini dapat dilihat melalui kata-kata yang
diluahkan oleh Seri Nara yang mana mengatakan Sultan Mahmud tidak akan ditawan dan
dibunuh selagi hulubalang dan para pembesar Melaka sepereti Hang Kadim, Seri Nara,
Datuk bendahara dan yang lain-lain masih hidup. Mereka ini akan berjuang habis-habisan
untuk melindungi Sultan Mahmud daripada serangan angkatan tentera Portugis.
110
Masyarakat yang zalim.
Masyarakat yang zalim ini dapat melalui watak Sultan Mahmud yang mana
membunuh orang-orang besar seperti Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir
dan keluarganya. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui kata-kata Seri Nara yang
mengimbas kembali peristiwa yang membawa kepada perpecahan diantara golongan
pembesar Melaka.
Masyarakat yang berani.
Masyarkat Yang berani ini dapat dilihat melalui Watak Datuk Bendahara. Datuk
Bendahara yang sudah tua, uzur dan tepok tidak gentar menentang angkatan tentera
portugis yang menyerang Melaka kerana mempunyai semangat yang berkobar-kobar dan
bertanggungjawab. Sewaktu orang kanannya iaitu Selamat Gagah membawa Datuk
Bendahara berundur Ulu Muar Datuk Bendahara memarahi Selamat Gagah kerana
membawanya berundur. Datuk Bendahara tetap mahu berjuang menentang tentera
portugis yang menyerang Melaka. Datuk bendahara juga mengarahkan Selamat Gagah
untuk menghantarnya kembali ke Melaka untuk menentang pihak portugis, tetapi
dihalang oleh Hang Kadim, Seri Nara dan Panglima Alang.
Plot
Permulaan
Drama ini dimulakan dengan watak seri Nara dan Hang Kadim mengadu tentang
kekecewaan diserang penjajah.
Perkembangan
111
Perkembangan drama ini dikembangkan dengan watak Raja Sulaiman dengan Seri Nara
dan Hang Kadim berbincang mengenai keadaan masing-masih. Mereka berada dalam
keadaan cemas dalam menghadapi keadaan genting.
Kemuncak
Kemuncak drama ini Kota Bentayan dan kota Pagoh runtuh diserang Portugis. Sultan
Mahmud syah dan Pemaisurinya serta pengiring-pengiringnya terpaksa berundur ke
Pahang, Kampar dan akhirnya, Puteranya baginda membuka negeri di Johor.
Peleraian
Apabila Bendahara Tepok itu meninggal dunia, jenazahnya dimakam di Lubuk Batu.
Oleh Sebab itu, Bendahara Tepok juga dikenali sebagai Bendahara Lubuk Batu.
NILAI
BERSYUKUR
Dalam drama ini terdapatnya nilai bersyukur. Nilai bersyukur merupakan nilai yang
dituntut dalam agama islam.Contohnya, Hang Kadim bersyukur kerana dapat melepaskan
diri dalam serangan portugis. Beliau memanjatkan kesyukuran kerana nyawanya
dipanjangkan.
Bersemangat
Dalam drama ini adanya nilai bersemangat.Contohnya,Sultan Ahmad menunjukkan
semangatnya dalam menentang musuh. Beliau tidak gentar menentang musuh sebaliknya
menunjukkan darah-darah musuh yang terlekat pada pakaiannya
112
Taat
Nilai taat juga terdapat dalam drama Bendahara Tepok. Contohnya,Seri Nara seorang
yang taat kepada Rajanya. Beliau mengatakan bahawa selagi beliau masih hidup dia akan
sentiasa taat kepada Sultan Mahmud.Itulah yang menunjukkan taat setia kepada raja.
Nasihat
Nilai nasihat amat berguna kepada setiap orang. Contohnya,Hang Kadim menasihati
rakannya Seri Nara supaya jangan disebut-sebut mengenai sejarah Melaka yang lepas.
Beliau juga mengatakan kejatahan Melaka akan dijadikan pengajaran kepada semua
orang.
Prihatin
Nilai prihatin juga terdapat dalam drama Bendahara Tepok. Contohnya Hang Kadim
amat perihatin terhadap Bendahara Tepok. Beliau merisaukan kedaan Bendahara Tepok
yang sedang berjuang dan membimbangi usaha Bendahara Tepok hanya sia-sia sahaja
kerana Bendahar tepok sudah tua lagi tepok yang mahu menentang musuh.
Pengajaran
Kita hendaklah bersemangat dalam melakukan sesuatu. Sifat semangat yang kuat akan
menjadikan kita lebih berjaya. Contohnya, Sultan Mahmud begitu bersemangat dalam
menentang musuh.
113
Kita hendaklah taat terhadap raja. Contohnya,Seri Nara seorang yang taat kepada
Rajanya. Beliau mengatakan bahawa selagi beliau masih hidup dia akan sentiasa taat
kepada Sultan Mahmud.Itulah yang menunjukkan taat setia kepada raja.
Kita janganlah terlalu bersikap terlalu angkuh. Cohntohnya, Bendahara tepok yang sudah
tepok terlalu angkuh dengan kekuatannya untuk menentang musuh,walaupun kakinya te
DRAMA LIMA PERWIRA
SINOPSIS
Secara keseluruhannya drama ini mengisahkan lima pahlawan Melaka sewaktu
kecil iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu yang
berani menentang lanun di selat Melaka. Mereka dengan beraninya telah menyerang
kapal lanun di Selat Melaka Mereka terperangkap dan menjadi tawanan lanun di atas
kapal lanun bernama “Samudera Buas” sebagai tawanan. Semasa dalam tawanan lanun
mereka cuba didera dan diseksa oleh Juragan Kilat Bersiung tapi sempat dihalang oleh
ketuanya iaitu Nakhoda Antah Berantah .Nakhoda Antah Berantah menetapkan untuk
membunuh 5 perwira itu pada keesokan pagi kerana undang-undang laut mereka yang
114
tidak membenarkan mereka membunuh pada waktu malam. Pada akhirnya lima perwira
dapat membunuh Lela Tunjang iaitu lanun yang gagah perkasa dan pegawai lanun iaitu
Juragan Kilat Bersiung ketika dia leka ingin menyeksa mereka. Juragan Kilat Bersiung
telah dibunuh oleh Hang Jebat ketika dia mencabar lawan satu sama satu. Lima perwira
juga Berjaya menyedarkan Nakhoda Antah Berantah untuk kembali menjadi rakyat yang
taat kepada Sultan Melaka.
TEMA
Drama ini bertemakan perjuangan menentang munsuh untuk menegakkan keamanan.
semangat perjuangan itu jelas kita dapat lihat melalui kelima-lima watak utama dalam
drama ini iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.
mereka berlima berjuang menentang lanun di perairan Melaka suatu ketika dahulu.
PERSOALAN
a) Keberanian
Persoalan keberanian ini dapat kita lihat dalam lima watak drama ini iaitu Hang
Tuah, Hang Jebat, Hang kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka berlima
begitu berani menentang lanun-lanun yang berada di peraian laut Melaka.
b) Semangat kerjasama
Kegiatan lanun yang ganas di sekitar laut Melaka ketika itu dapat ditumpaskan
oleh lima orang perwira ini hasil semangat kerjasama yang tinggi antara mereka.
115
tanpa kerjasama yang jitu antara mereka, nescaya usaha untuk melumpuhkan
kegiatan ganas lanun itu pasti akan gagal.
c) Ilmu kepahlwanan yang tinggi
Kelima-lima perwira Melaka itu, mempunyai ilmu berlawan dengan munsuh yang
tinggi. hal ini kerana, bukan mudah untuk mengalahkan lanun seperti Juragan
Kilat Bersiung dan pengikutnya yang lain. kecuali mereka-mereka yang telah
memiliki ilmu yang tinggi sahaja seperti Hang Tuah, Hang Jebat dan rakan-rakan
mereka yang lain.
d) Menurut perintah
Hang Tuah dan sahabatnya yang lain digambarkan pahlawan yang menurut
perintah sultan Melaka ketika itu. malah, semangat kesetiaan yang tinggi dan
tidak berbelah- bahagi kepada Sultan Melaka menyebabkan mereka memikul
amanah Sultan untuk memerangi kegiatan Lanun di Laut Melaka.
e) Tidak mudah panik
Kita tidak seharusnya mudah panik atau mengelabah apabila menghadapi sesuatu
situasi yang tidak diduga. contohnya, Hang Tuah dan sahabatnya tidak mudah
mengelabah apabila ditangkap oleh Juragan Kilat dan pengikutnya. sebaliknya
lima perwira itu, cekal dan mencari jalan penyelesaian untuk bebas daripada tahan
lanun-lanun tersebut.
116
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita
dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
3. Perlibatan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang
melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek
watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak
dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
5. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara
bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran
perasaan seseorang atau watak itu.
6. Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak
memeranjatkan pembaca.
7. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama
ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
8. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan
permasalahan dari awal hingga akhir.
9. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan
tidak bergerak.
10. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang
penting dalam cerita disebut watak sampingan.
117
11. Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak
semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin
diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi
penentang atau lawan kepada watak protagonis.
WATAK PERWATAKAN LIMA PERWIRA
Hang Tuah
Watak Hang Tuah adalah seorang remaja yang meningkat dewesa mempunyai lima
sahabat baik dan gagah berani ,Hang Tuah juga seorang yang berani malah merupakan
seorang pahlawan sultan Melaka. Mempunyai perwatakan yang berani menyerang kapal
lanun tanpa merasa takut walaupun jumlah meraka agak ramai. Seorang yang taat kepada
sultan. Ini terbukti dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi walaupun pernah
ditawarkan untuk menjadi pahlawan lanun oleh Nahkota Antah Berantah dan akan
dibunuh jika tidak mengikut segala kehendaknya namun Hang Tuah tetap menolak
tawaran itu. Selain itu. Hang Tuah mempunyai perwatakan seorang ketua yang sabar dan
bijaksana kerana segala perbuatnya dimulakan dengan tindakan berfikir sebelum
bertindak hasilnya dia dapat melepaskan diri dari tahanan lanun .
Hang Jebat
Salah seorang sahabat lima bersaudara yang ditawan oleh lanun. Hang Jebat seorang
pahlawan kepada sultan Melaka dan pandai dalam ilmu persilatan. Perwatakan Hang
118
Jebat adalah seorang yang berani terutama berdepan dengan Juragan Kilat Bersiang tanpa
merasakan takut walaupan Jugara Kilat Bersiang lebih dewasa.
Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu
Merupakan lima saudara Hang tuah dan Hang Jebat. Meraka juga mempunyai ilmu
persilatan yang tinggi dan merupakan pahlawan kepada sultan Melaka . Meraka
merupakan sahabat baik. Watak dan perwatakan meraka adalah pahlawan berani
walaupun pernah memjadi tahanan lanun dan diugut bunuh jika tidak berpaling tadah
kepada sultan namun meraka tetap menolak segala tawaran yang telah diberikan. Meraka
juga seorang yang taat setia kepada sultan Melaka dan tidak merasa gental walaupun
akan diberikan jaminkan keselamatan kepada meraka. Meraka juga bijak melepaskan diri
dari tahanan serta dapat membunuh lanun yang cuba menangkap meraka.
Nakhoda Antah Berantah
Merupakan watak antagonis kepada dalam drama ini, beliau ialah nakhoda kapal yang
hebat dan sering membuat kacau bilau di kawasan pedagangan kerana sering merampas
harta benda dagangan terutama bangsa lain yang berdagang di Melaka. Dia mempunyai
anak – anak kapal yang sanggup berkorban kepadanya dan setia ketika menjalankan
tugas. Perwatakan adalah seorang yang tegas atas pendiriannya dengan
mempertahanakan perkara yang dilakukan. Dia juga bersifat kejam kerana ingin
membunuh lima saudara jika tidak mengikut segala yang yang ditawarkan supaya
119
berbakti kepadanya. Seorang yang mula insaf atas perbuatanya memderhaka kepada
sultan.
Juragan Kilat Bersiung
Juragan merupakan pembantu kepada Nakhoda Antah Berantah. Dia merupakan watak
antagonis dalam drama ini. Dalam drama ini dia telah dibunuh oleh Hang jebat kerana
bersikap sombong dan bongkak malah sering memcabar Hang Jebat. dia seorang yang
tidak boleh dipercayai malah seorang yang kejam. Dia cuba menyeksa lima sahabat
kerana telah membunuh anak kapal. Walaupun tidak sempat melaksanakan dia kerana
dihalang oleh Nakhoda dia tetap ingin meneruskan pembuatanya. Selain itu, Juragan
juga suka bertindak tanpa memdengar kata arahan ketua.
Anak kapal
Anak kapal merupakan watak sampingan dalam cerita ini, dan merupakan anak kapal
kepada Nakhoda Antah Berantah. Setiap penjalanan cerita ini terdapat peranan anak
kapal ditunjukkan.
GAYA BAHASA
1. Sinkof.
Contohnya : kemudian, tiap-tiap orang itu akan ku penggal lehernya. ( halaman
189.)
2. Perlambangan.
Contohnya : begini rupanya pahlawan-pahlawan ular lidi yang mahu melawan
naga. (halaman 190.)
120
3. Simile
Contohnya : alangkah baiknya kalau kau menjadi orang laut seperti kami.
(halaman 194.)
4. Inversi
Contohnya : Langsung Datuk kena tawan, nampaknya.(halaman 204)
5. Personifikasi
Contohnya : bermain nyawa ( halaman 208)
LATAR DALAM DRAMA LIMA PERWIRA.
Latar masa
Masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15
Latar tempat
Hampir keseluruhan drama ini berlaku diatas kapal lanun bernama “Samudera
Buas”
Tempat dimana Hang Tuah dan saudaranya ditawan oleh lanun. Diatas kapal ini
juga kita dapat melihatJuragan Kilat Bersiung mati di tikam oleh Hang Jebat,
sewaktu terjadinya perkelahian.
Latar masyarakat
Masyarakat yang berani
-Masyarakat yang berani ini ditonjolkan oleh watak Hang Tuanh dan saudaranya yang
berani menentang lanun iaitu Nakhoda Antah Berantah dan orang-orangnya.
121
Masyarakat yang sanggup berkorban
-Golongan masyarakat ini juga ditampilkan oleh watak Hang Tuah dan saudaranya.
Mereka rela berkorban untuk raja dan Negara bagi menghapuskan lanun.
Masyarakat yang kejam
Dalam drama lima perwira,masyarakat yang kejam ini diwakili ileh watak juragan Kilat
Bersiung yang dikatakan kejam dan tidak belas kasihan. Dia sanggup menyeksa tawanan
yang ditangkap oleh mereka.
Plot
Permulaan
bermula dengan lima sahabat ini menyerang kapal lanun dan ditangkap oleh lanun
Perkembangan
perkembangan cerita berlaku semasa dalam tawanan lanun mereka cuba didera dan
diseksa oleh Juragan Kilat Bersiung tapi sempat dihalang oleh ketuanya iaitu Nakhoda
Antah Berantah .Nakhoda Antah Berantah menetapkan untuk membunuh 5 perwira itu
pada keesokan pagi kerana undang-undang laut mereka yang tidak membenarkan mereka
membunuh pada waktu malam
122
Kemuncak
lima perwira dapat membunuh Lela Tunjang iaitu lanun yang gagah perkasa dan pegawai
lanun iaitu Juragan Kilat Bersiung ketika dia leka ingin menyeksa mereka. Juragan Kilat
Bersiung telah dibunuh oleh Hang Jebat ketika dia mencabar lawan satu sama
Peleraian
berjaya menyedarkan Nakhoda Antah Berantah untuk kembali menjadi rakyat yang taat
kepada Sultan Melaka.
NILAI
kesetian
Dalam hikayat ini menunjukkan kesetiaan kepada sultan dan tidak sanggup
mengorbankan kesetiaan walaupun terpaksa dihukuman mati.
keberanian
walaupun masih remaja meraka berani menyerang kapal lanun walaupun jumlah meraka
hanya lima orang. kesetiaan ini digambarkan bahawa sikap kepahlawanan yang dimiliki
meraka adalah penting dalam menjadi seorang yang berani
berilmu
lima sahabat ini mempunyai limu persilatan yang amat tinggi. ia terbukti dengan berjaya
membunuh pendekar lanun tanpa mengalami kecederaan
123
PENGAJARAN
kita mestilah setia kepada sultan. sebagai orang Melayu kita seharusnya setia kepada
sultan kerana ia merupakan satu adat yang masih digunakan oleh masyarakat Melayu
pada zaman dahulu. kesetiaan merupakan satu asas yang penting bagi menjadikan negara
aman dan damai.
kita seharusnya berilmu. sebagai manusia kita perlu berilmu kerana ilmulseseorang itu
akan berjayaan dalam hidupnya. seharusnya seseorang itu memdalami segala ilmu tidak
kira ilmu agama atau ilmu dunia.
kita seharusnya berani merempuhi cabaran. sikap berani perlu ada dalam diri manusia
terutama menjadikan seorang itu tidak takut akan cabaran. seseorang yang berani akan
berjaya dalam hidup dan akan dihormati malah disegani.
124