7
Penglibatan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pertubuhan tempatan dalam pelaksanaan akvi-akvi penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai Negara telah dimulai semenjak tahun 2007. Sebagai usaha untuk menggalakkan penglibatan pihak NGO ini dalam program penanaman ini, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju meluluskan peruntukan kewangan di bawah peruntukan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara kepada pihak NGO. Sebanyak sebelas (11) organisasi NGO telah terlibat dalam program penanaman bermula dari tahun 2007 sehingga 2010 iaitu Global Environment Centre (GEC), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Wetlands Internaonal (WI), Tabung Alam Malaysia (WWF – Malaysia), Mangrove Research and Conservaon Unit (MARU) - UMT, Instut Rimbawan Malaysia (IRIM), Persatuan Kawalan Hakisan Antarabangsa Malaysia (IECAM), Sahabat Alam Malaysia (SAM), Jaringan Berndak Nelayan Pesisir Pantai Semenanjung (JARING), Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA) dan Pertubuhan Muafakat Warga Desa (Rural Cizens) Negeri Kedah Darul Aman. Pada tahun 2010, penglibatan NGO dalam program penanaman ini telah memasuki tahun ke empat (ke-4). Usaha untuk melibatkan pihak NGO di dalam program ini telah menampakkan perkembangan dan impak yang posif dalam memaskan kejayaan pelaksanaan projek penanaman ini. Dengan menerapkan konsep kesedaran awam di kalangan penduduk tempatan melalui beberapa pendekatan yang diketengahkan seper akvi pendidikan, lahan, tapak model demonstrasi, ‘Sahabat Hutan Bakau’/Mangrove Ranger’s/Penanaman Pokok yang disertai oleh penduduk tempatan. Peranan NGO dilihat sebagai satu cabang untuk mendekatkan pihak kerajaan dengan masyarakat selaras dengan slogan kerajaan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Antara akvi-akvi yang telah dijalankan oleh NGO yang terlibat pada tahun 2010 adalah seper berikut : Laporan Tahunan 2010 60 5.8 AKTIVITI-AKTIVITI KESEDARAN KOMUNITI YANG DIJALANKAN OLEH BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) 5.8 AKTIVITI-AKTIVITI KESEDARAN KOMUNITI YANG DIJALANKAN OLEH BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

5.8 AKTIVITI-AKTIVITI KESEDARAN KOMUNITI YANG … · Penglibatan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pertubuhan tempatan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti penanaman pokok bakau

  • Upload
    vodiep

  • View
    275

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Penglibatan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pertubuhan tempatan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai Negara telah dimulai semenjak tahun 2007. Sebagai usaha untuk menggalakkan penglibatan pihak NGO ini dalam program penanaman ini, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju meluluskan peruntukan kewangan di bawah peruntukan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara kepada pihak NGO. Sebanyak sebelas (11) organisasi NGO telah terlibat dalam program penanaman bermula dari tahun 2007 sehingga 2010 iaitu Global Environment Centre (GEC), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Wetlands International (WI), Tabung Alam Malaysia (WWF – Malaysia), Mangrove Research and Conservation Unit (MARU) - UMT, Institut Rimbawan Malaysia (IRIM), Persatuan Kawalan Hakisan Antarabangsa Malaysia (IECAM), Sahabat Alam Malaysia (SAM), Jaringan Bertindak Nelayan Pesisir Pantai Semenanjung (JARING), Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA) dan Pertubuhan Muafakat Warga Desa (Rural Citizens) Negeri Kedah Darul Aman.

Pada tahun 2010, penglibatan NGO dalam program penanaman ini telah memasuki tahun ke empat (ke-4). Usaha untuk melibatkan pihak NGO di dalam program ini telah menampakkan perkembangan dan impak yang positif dalam memastikan kejayaan pelaksanaan projek penanaman ini. Dengan menerapkan konsep kesedaran awam di kalangan penduduk tempatan melalui beberapa pendekatan yang diketengahkan seperti aktiviti pendidikan, latihan, tapak model demonstrasi, ‘Sahabat Hutan Bakau’/Mangrove Ranger’s/Penanaman Pokok yang disertai oleh penduduk tempatan. Peranan NGO dilihat sebagai satu cabang untuk mendekatkan pihak kerajaan dengan masyarakat selaras dengan slogan kerajaan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh NGO yang terlibat pada tahun 2010 adalah seperti berikut :

Laporan Tahunan 2010 60

5.8 AKTIVITI-AKTIVITI KESEDARAN KOMUNITI YANG DIJALANKAN OLEH BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

5.8 AKTIVITI-AKTIVITI KESEDARAN KOMUNITI YANG DIJALANKAN OLEH BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

5.8.1 Global Environmental Center (GEC)

5.8.2 Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)

Tajuk Projek : Sahabat Hutan Bakau Extension Programme – Local Community Participation In Mangrove Rehabilitation And Education

Aktiviti : 1. Program Kesedaran Alam Sekitar Dan Penanaman Bakau

2. Membuat Pameran Sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia

3. Bengkel Sara Hidup Dan Perniagaan Sampingan Berasaskan Hutan Paya Laut

Penglibatan : Masyarakat Setempat, Pelajar-Pelajar Sekolah dan Pelawat

Tempat : Kuala Gula, Perak

Tempoh : Sepanjang Tahun 2010

Tajuk Projek : Program Pemuliharaan Dan Pendidikan Alam Sekitar Hutan Paya Bakau Bersama Masyarakat Tempatan Dan Para Pelajar 2010

Aktiviti : Pendidikan Alam Sekitar Berkenaan Ekosistem Hutan Bakau Dan Pesisiran Pantai Yang Berterusan Kepada Masyarakat Dan Pelajar Tempatan

Penglibatan : Pelajar Sekolah dan Penduduk Setempat

Tempat : Kedah, Pulau Pinang, Selangor Dan Terengganu

Tempoh : Sepanjang Tahun 2010

Laporan Tahunan 201061

5.8 AKTIVITI-AKTIVITI KESEDARAN KOMUNITI YANG DIJALANKAN OLEH BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

5.8 AKTIVITI-AKTIVITI KESEDARAN KOMUNITI YANG DIJALANKAN OLEH BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

5.8.3 Wetlands International (WI)

5.8.4 World Wildlife Fund Malaysia (WWF)

Tajuk Projek : Projek Yang Mengintegrasikan Pemuliharaan Hutan Bakau Dengan Penggunaan Sumber Alam Secara Mampan Di Sedili Kechil, Johor

Aktiviti : 1. Bengkel Untuk Pemuliharaan Hutan Bakau Dan Penggunaan Sumber Alam Secara Bestari

2. Penyediaan Tapak Semaian Pokok Bakau Dan Penanaman Semula Hutan Bakau

3. Ceramah Untuk Meningkatkan Kesedaran

Penglibatan : Masyarakat Tempatan dan Pelajar-Pelajar Sekolah

Tempat : Sedili Kechil, Johor

Tempoh : Sepanjang Tahun 2010

Tajuk Projek : Penglibatan Komuniti Dalam Pemuliharaan Hutan Bakau Dan Spesies Yang Sesuai Di Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands), Terengganu

Aktiviti : 1. Mengadakan Kempen ‘Sayangilah Penyu, Tuntung Dan Bakau’

2. Pelancaran Kit Pendidikan Tanah Lembap Di Zoo Negara

3. Melibatkan Aktiviti-Aktiviti Seperti Ceramah, Kuiz Pendidikan, Pameran & Penyediaan Bahan-Bahan Maklumat

Penglibatan : Masyarakat Tempatan dan Pelajar-Pelajar Sekolah

Tempat : Setiu, Terengganu Dan Zoo Negara, Kuala Lumpur

Tempoh : Sepanjang Tahun 2010

Laporan Tahunan 2010 62

5.8.6 Institut Rimbawan Malaysia (IRIM)

Tajuk Projek : Program Pelaksanaan Tapak Semaian, Tapak Penanaman dan Pengeluaran Nira Nipah (Nypa fruticans) di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu

Aktiviti : 1. Program Peningkatan Kuantiti Anak Pokok Nipah Di Tapak Semaian

2. Memperluaskan Kawasan Tapak Penanaman

3. Program Pengendalian Pengeluaran Nira Nipah

4. Program Penubuhan Taman Di Dalam Kawasan Hutan Nipah

Penglibatan : Masyarakat Setempat dan Pelajar IPT

Tempat : Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu

Tempoh : Sepanjang Tahun 2010

Tajuk Projek : Kempen Menanam Pokok Bakau di H.S. Sungai Pulai, Johor Bharu, Johor

Aktiviti : Penanaman Pokok Bakau Di Kompartmen 465, Hutan Simpan Sungai Pulai, Johor Darul Takzim

Penglibatan : Pelajar Sekolah

Tempat : H.S. Sungai Pulai, Johor Bharu, Johor

Tempoh : 3 Julai 2010

5.8.5 Mangrove Research and Conservation Unit, Institute of Oceanography, Universiti Malaysia Terengganu (MARU)

Laporan Tahunan 201063

5.8.7 Sahabat Alam Malaysia (SAM)

5.8.8 Persatuan Kawalan Hakisan Antarabangsa Malaysia (IECAM)

Tajuk Projek : Pengupayaan Komuniti Untuk Pemeliharaan & Pemuliharaan Biodiversiti Hutan Bakau 2010

Aktiviti : 1. Program Kesedaran Alam Sekitar & Ekosistem Hutan Bakau

2. Program Pendidikan Kesedaran Hutan Bakau

Penglibatan : Masyarakat Setempat, Pelajar Politeknik , Pelajar Sekolah Rendah dan Pelajar Sekolah Menengah

Tempat : Kedah dan Pulau Pinang

Tempoh : Sepanjang Tahun 2010

Tajuk Projek : Penyertaan Masyarakat Untuk Perlindungan Pesisiran Pantai Dan Pemulihan Hutan Bakau

Aktiviti : Membina Pemecah Ombak, ‘Eco-Wave Breaker’ dan Penanaman Anak Pokok Api-Api

Penglibatan : Masyarakat Orang Asli Kaum Mahmeri dan Staff dari Jabatan Perhutanan Negeri

Tempat : Pulau Carey, Selangor

Tempoh : 5-9 Julai 2010

Laporan Tahunan 2010 64

5.8.9 Jaringan Bertindak Nelayan Pantai Semenanjung (JARING)

5.8.10 Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA)

Tajuk Projek : Projek Rehabilitasi Bakau 2010

Aktiviti : Aktiviti Kesedaran Masyarakat Nelayan

Penglibatan : Pelajar Sekolah dan Masyarakat Setempat

Tempat : Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor

Tempoh : Sepanjang Tahun 2010

Tajuk Projek : Memulihara Hutan Bakau

Aktiviti : 1. Aktiviti Penanaman Pokok Bakau

2. Bengkel Kesedaran Kepentingan Hutan Paya Laut

3. Kempen dan Pameran Berkaitan Kepentingan Hutan Paya Laut

Penglibatan : Pelajar Sekolah, Pelajar Siswazah, Agensi Kerajaan dan Masyarakat Setempat

Tempat : Kedah Dan Pulau Pinang

Tempoh : Sepanjang Tahun 2010

Laporan Tahunan 201065

5.8.11 Pertubuhan Muafakat Warga Desa Negeri Kedah (RURAL CITIZENS)

Tajuk Projek : Kehijauan Pantai Kuala Muda Ke Arah Tarikan Pelancong Ke Memorial Tsunami 2004

Aktiviti : 1. Penyediaan Tapak Semaian

2. Kempen Cintai Alam Sekitar

Penglibatan : Pelajar Sekolah dan Masyarakat Setempat

Tempat : Kedah

Tempoh : Sepanjang Tahun 2010

Laporan Tahunan 2010 66