Upload
haslin
View
890
Download
19
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PENDIDIKANJASMANI
Citation preview
KEMAHIRAN ASAS: GERAK KAKI
Sebelum seseorang dapat menganggap dirinya sebagai ahli sukan dalam apa juga
jenis sukan, dia harus didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas sukan yang
diceburinya terlebih dahulu. Kemahiran asas merujuk kepada sebarang pergerakan
yang dilakuan untuk bermain dengan lebih berjaya. Setiap sukan mempunyai
kemahiran asasnya sendiri. Ada kemahiran yang mudah dipelajari, dan ada pula
kemahiran yang memakan masa yang agak lama untuk dipelajari. Begitu juga dengan
bola jaring yang tidak terkecuali daripada kemahiran-kemahiran yang khusus.
Kemahiran asas amat penting diketahui oleh pemain. Jurulatih yang
bertanggungjawab mendedah serta mengajar kemahiran ini kepada pemainnya.
Pemain hendaklah diberitahu sejak awal lagi tentang tujuan sesuatu kemahiran itu. Jika
dari awal lagi pemain tidak didedahkan dengan betul segala kemahiran yang
diperlukan, mungkin mereka akan mendapati sukar untuk mempelajari kemahiran itu
apabila usianya meningkat. Satu lagi alasan ialah setiap kemahiran akan terus
ditingkatkan dari semasa ke semasa dan ada pula yang diubahsuai mengikut peringkat
dan tahap pencapaian pemain. Di samping menonjolkan kemahiran, jurulatih juga
membuat pembetulan ke atas mana-mana kemahiran yang tidak dapat dilaksanakan
dengan betul. Sukan bola jaring juga mempunyai kemahiran khusus yang perlu
didedahkan kepada setiap pemain jika pemain benar-benar mahu berjaya dalam sukan
ini. Semua kemahiran asas bola jaring ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
kemahiran awalan (primary skills) dan kemahiran sekunder (secondary skills).
Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada bentuk dan jenis serta peringkat dipelajari
pemain.
Dalam kemahiran awalan terdapat tiga kemahiran yang harus didedahkan
kepada pemain setelah mereka memilih untuk bermain bola jaring. Kemahiran itu
adalah gerak kaki, menghantar dan menerima atau menangkap. Kemahiran sekunder
pula merangkumi mengelak atau membebaskan diri, mengawal, menjaring dan
membuat lambungan. Kita akan membincang satu persatu semua kemahiran ini
dengan harapan pemain dapat mengetahui dan kemudiannya dapat memahirkan diri,
dengan matlamat menjadi pemain yang lengkap dan berjaya.
GERAK KAKI
Dalam peringkat permulaan pembelajaran bola jaring, kemahiran gerak kaki adalah
kemahiran yang amat penting yang diharap semua pemain dapat memahirkan diri.
Untuk mendapat kemahiran ini, seseorang pemain mestilah mampu berlari dengan
pantas pada jarak yang berubah-ubah. Pemain harus mampu berlari dengan laju serta
menukar haluan dengan serta-merta. Dalam permainan, pemain banyak menggunakan
pergerakan kaki untuk bertindak.
Kedudukan badan untuk membuat hantaran atau menerima bola, kebolehan
untuk berhenti, menukarkan arah pergerakan, membebaskan diri daripada kawalan
lawan, membuat hadangan, pelbagai gerakan pertahanan serta teknik dan kemahiran
membuat jaringan, semuanya bergantung kepada gerak kaki yang kukuh dan serba
boleh.
Gerak kaki yang baik dan meyakinkan, sudah tentu akan menjamin
keberkesanan permainan. Hasilnya permainan yang aik dan bermutu dapat dibuktikan.
Pemain mungkin mampu mempamerkan penguasaan yang baik dalam kemahiran asas
yang lain seperti menghantar dan menerima hantaran, tetapi dia tidak akan menjadi
pemain yang baik dan berjaya sekiranya dia tidak menunjukkan gerak kaki yang baik,
kemas dan licin.
Biasanya dalam mengajar atau mempelajari kemahiran gerak kaki sebagai
kemahiran asas bola jaring, ada baiknya jika kita bahagikan kemahiran ini kepada dua
bahagian seperti di bawah:
1. Kemahiran gerak kaki umum.
2. Kemahiran gerak kaki khusus.
KEMAHIRAN UMUM
Pemain bola jaring dikehendaki bergerak di sekitar kawasan permainan sepanjang
permainan. Jika dibandingkan dengan permainan hoki umpamanya, ruang atau
kawasan pergerakan bola jaring adalah lebih kecil. Disebabkan saiz gelanggang yang
kecil, tidak banyak larian pantas yang jauh diperlukan. Sebaliknya pemain akan
bergerak secara pantas di dalam ruang yang terhad. Mereka akan berlari untuk
bergerak, sama ada bentuk melonjak mendapatkan bola, ataupun berhenti dengan
menukar arah, berhenti daripada menangkap bola dan mengelakkan kaki daripada
menyentuh garisan. Ini bermakna pemain perlu menggunakan gerak kaki untuk setiap
pergerakan dalam permianan.
Berikut adalah beberapa peringkat gerak kaki yang dapat membantu pemain
melakukan pergerakan selanjutnya dalam permainan bola jaring:
1. Imbangan Badan
Faktor penentu kepada gerak kaki yang berkesan ialah keseimbangan
badan. Bagi mendapatkan gerak kai yang baik, pemain hendaklah memastikan
supaya badan diimbangkan di atas kaki iaitu pada bebola kaki, lutut serta
pergelangan kaki, sambil kaki dikangkangkan dan bersedia untuk bergerak ke
mana-mana arah. Apabila badan pemain dapat diseimbangkan, pemain tidak
menghadapi kesukaran dalam gerak kaki.
2. Corak Langkahan
Panjang langkah seseorang pemain semasa bergerak untuk menerima
hantaran, atau balingan, adalah penting. Sebarang langkah yang terlalu panjang
atau terlalu pendek akan mengganggu agerak kaki keseluruhannya. Dengan
membuat langkahan yang tidak teratur boleh menjejaskan keseimbangan badan
juga. Untuk mendapatkan bola, pemain iharus melonpat, terutamanya jika
pemain lawan tinggi-tinggi.
Untuk membuat lompatan, pemain akan mempercepatkan lariannya serta
memendekkan langkah bagi memastikan berat badan tertumpu kepada bahagian
belakang tumit yang kemudian akan melompat. Untuk ini lutut hendaklah
dibengkokkan sedikit, dan diikuti dengan satu tolakan kuat daripada gelanggang
oleh keseluruhan badan, terutamanya kepala, yang dibantu oleh ayunan tangan
untuk menghulur tangan menyambut bola.
3. Lonjakan
Pemain bola jaring diharapkan dapat membuat lonjakan yang baik.
Lonjakan ialah gerakan menolak badan dari tanah ke udara untuk mendapatkan
bola yang ketinggiannya melebihi pemain. Oleh itu pemain digalakkan melompat
untuk mendapatkan bola. Semua pergerakan ini memerlukan tindakan gerak kaki
yang jitu. Menerusi gerakan melompat dan melonjak ini, pemain akan dapat
menentukan kaki yang akan digunakan untuk melonjak. Begitu juga dengan kaki
yang mendarat yang sesuai lagi berfaedah bagi mendapatkan pendaratan yang
seimbang, dan pengawalan badan yang baik.
Rajah 4.1:
Mendarat sebelah kaki selepas menangkap bola tinggi.
Rajah 4.2:
Membuat lontaran dengan menggunakan sebelah kaki.
Rajah 4.3:
Membuat lontaran daripada kedudukan kedua-dua belah kaki.
4. Pendaratan
Pemain yang mampu melakukan lonjakan atau lompatan yang baik
mudah membuat pendaratan tanpa sebarang masalah. Lompatan atau sebarang
masalah. Lompatan atau lonjakan dilakukan sekiranya berat badan ditumpukan
pada kaki yang mendarat dan kaki juga pantas mengubah kedudukan.
Sebaiknya kaki yang mendarat membengkokkan lutut, yakni sebaik sahaja kaki
mencecah tanah. Ini penting bagi mengelakkan pendaratan yang kurang
sempurna yang tentunya akan menjejaskan keseimbangan pemain.
Rajah 4.4:
Membuat jaringan gol daripada kedudukan dua belah kaki.
5. Menukar Arah
Pemain yang bijak akan berusaha menukar arah dari semasa ke semasa,
seboleh-bolehnya tanpa dapat dibaca atau diagak oleh lawan. Semasa membuat
perubahan arah ini, pemain hendaklah memastikan beratnya terletak pada kaki
yang akan mencengkam gelanggang yang dapat menahan momentum ke
depan. Pemain kemudian akan melakukan tolakan yang agak kuat dengan kaki
kanan ke arah pergerakan baru dengan menukarkan berat badan ke sisi kaki
kanan itu.
6. Larian Pecut
Pemain bola jaring banyak melakukan larian pecut yang pendek. Untuk
melakukan larian pecut pemain perlu menumpukan berat badan ke atas bebola
kaki. Badan hendaklah membongkok sedikit dan berada pada kedudukan
bersedia untuk melakukan tolakan kuat ke arah yang dikehendaki. Pemain
dikatakan berada dalam kedudukan yang lebih bersedia untuk melakukan
sebarang bentuk pergerakan jika dia berlari dengan langkah yang pendek serta
berat badannya pada kaki, sementara lutut dibengkokkan.
7. Membuat Putaran
Pemain dibenarkan membuat satu putaran badan apabila dia hendak
memusing untuk menghantar bola. Semasa membuat putaran, pemain
hendaklah memastikan bebola kaki yang akan mendarat akan terus berada di
atas tanah. Sementara kaki yang satu lagi menggerakkan badan dengan tolakan
yang pendek serta mengarah kedudukan yang dikehendaki.
Rajah 4.5:
Gerak kaki dalam mendarat dan memutar.
Rajah 4.6:
Gerak kaki dalam mendarat dengan kedua-dua belah kaki, membaling sebelum mendarat semula pada sebelah kaki.
1. Kaki kanan:Mendarat dan memutar
2. Kaki kiri:a. Melangkahb. Berat badan padanyac. Melontar bola
Pemain sebaliknya hendaklah membuat putaran badan ke arah yang terlebih dahulu
dipandang. Manakala kedua-kedua belah kaki mesti menunjukkan arah yang bola akan
dihantar. Sekiranya gerakan ini dilakukan dengan pantas dan tiba-tiba, memutarkan
badan mungkin menjadi cara yang amat berkesan untuk mengelakkan pemain lawan
yang mungkin akan cuba menghalang pemain yang mempunyai bola daripada
membuat balingan atau hantaran.
KEMAHIRAN KHUSUS
Selain memahirkan diri dalam pergerakan kaki yang umum yang harus dilakukan oleh
semua pemain mereka juga harus tahu pelbagai aspek yang lebih khusus berkaitan
dengan kemahiran ini. Pemain hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-
undang dalam gerak kaki, yang banyak mengehadkan pemain ketika dia memegang
bola.
Biasanya selepas mendapatkan bola daripada kedudukan yang agak tinggi,
pemain akan mendarat di atas mana –mana satu kakinya, atau kedua-dua kakinya. Ini
diikuti dengan perlakuan lain seterusnya. Bagi mana-mana kaki yang mendarat
terdahulu disebut sebagai kaki mendarat, jika pendaratan dibuat pada kedua-dua belah
kaki disebut sebagai kaki mendarat. Dalam aturan gerak kaki, sebarang kesalahan
yang bersabit dengannya disebut sebagai stepping atau langkahan.
Pendaratan
Mendaratkan kaki selepas melompat atau melonjak untuk mendapatkan bola juga suatu
gerakan penting dalam permainan bola jaring. Pendaratan kaki yang salah bukan
sahaja dibatalkan pengadil, tetapi juga boleh mendatangkan kecederaan kepada
pemain berkenaan. Aturan yang umum untuk membuat pendaratan bagi sesuatu
tangkapan atau balingan yang dilakukan pada tangan kanan, kaki yang mendarat
haruslah kaki kanan, dan begitu juga jika tangan kiri yang membuat gerakan balingan
atau tangkapan.
Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk membuat pendaratan kaki, iaitu
selepas menerima bola sama ada daripada hantaran rakan ataupun hasil daripada
hantaran pemain lawan. Pertama ialah mendarat dengan sebelah kaki, dan kedua ialah
mendarat dengan dua belah kaki.
1. Mendarat Di Atas Sebelah Kaki
Untuk membuat pendaratan cara ini, perkara berikut boleh dijadikan panduan.
a. Kaki yang akan mendarat bergantung kepada keselesaan seseorang
pemain. Jika pemain memilih untuk mendarat pada kaki kanan, kaki kiri
akan dibawa ke tanah, begitu juga sebaliknya.
b. Untuk mengimbangkan badan, pemain hendaklah membalingkan bola
sebelum kaki yang mula mendarat memijak semula ke tanah.
c. Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki, dan
melompat dari kaki yang sama ke kaki yang kedua. Pemain akan
melompat semula untuk memulakan gerakan berikutnya.
d. Selepas menangkap bola, pemain hendaklah mendarat di atas mana-
mana sebelah kakinya, dan memijak serta melompat sebelum bola
dilepaskan daripada pegangannya.
2. Mendarat Di Atas Dua Belah Kaki
Pergerakan mendarat dilakukan selepas pemain mendapat bola sama ada yang
dihantar oleh rakannya ataupun daripada hantaran lawan.
a. Pemain boleh mendarat di atas dua belah kaki, serta melangkah dengan
sebelah kaki untuk membaling bola.
b. Pemain mendarat di atas dua belah kaki secara serentak, dan terus
melompat dengan kedua-dua kaki, tetapi hendaklah membaling bola
sebelum mendarat semula.
c. Pemain boleh menggunakan sebelah kaki sebagai paksi dan berputar
beberapa kali. Akan tetapi jika kaki itu tertangkap, pemain harus
membaling bola sebelum memijak ke tanah semula.
Permainan bola jaring memerlukan pergerakan yang banyak, seperti permulaan,
berhenti, memecut, menukar arah gerakan sama ada ke kiri, ke kanan, ke belakang
ataupun ke hadapan semula. Untuk itu pemain harus mengikuti pelbagai gerak kaki.
Rajah 4.7: Latihan larian mengikut kelajuan
Latihan gerak kaki
a. Larian perlahanb. Larian sederhana lajuc. Larian pantas / pecut
Rajah 4.8 :Latihan larian mengikut arah Latihan larian ulang-alik
a) Larian mengikut kelajuan
Pemain akan membuat larian pelbagai kelajuan atau kederasan. Ini
dilakukan dengan larian kederasan yang sederhana, diikuti dengan larian
pecut, dan kembali dengan larian sederhana. Ulang beberapa kali.
Gelanggang bola jaring boleh digunakan untuk latihan ini.
b) Larian mengikut arah
Pemain akan membuat larian dalam satu arah, kemudian mereka akan
menukar arah yang lain dan diikuti dengan pelbagai arah yang lain sama
ada ke kiri, ke kanan, ke pepenjuru, ke belakang dan kembali ke depan
semula. Kelajuan juga hendaklah pada kelajuan yang sama.
c) Larian terhenti
Pemain akan membuat larian di dalam kawasan gelanggang permainan.
Apabila jurulatih meniupkan wisel atau memberikan isyarat lain, semua
pemain dikehendaki berhenti dengan serta merta.
d) Larian pecut
Pemain akan membuat larian pecut ke satu garisan atau penanda pada
jarak 10 atau 20 meter, kemudian akan berhenti serta-merta. Pemain
yang gagal berhenti serta-merta boleh dikenakan denda.
Rajah 4.9 : Latihan larian dan melompat melepasi garisan
e) Larian ulang- alik
Pemain akan berlari dari satu garisan atau penanda ke satu garisan atau
penanda ke satu garisan atau penanda yang lain. Caranya ialah dengan
berlari ke garisan lalu menyentuh garisan itu serta memusing dan berlari
kembali ke garisan awal tadi. Pemain boleh membuat larian pecut atau
larian sederhana.
f) Larian pendaratan
Pemain membuat larian di dalam kawasan permainan. Selepas 5 meter,
pemain hendaklah melompat dan mendarat di atas kaki kanan, diikuti
dengan larian pada jarak yang sama lalu melompat dan mendarat pada
kaki kiri pula. Selepas itu, pemain akan berlari semula pada jarak yang
sama dan membuat lompatan dan mendarat di atas kedua-dua belah kaki.
Rajah 4.10 : Latihan larian pelbagai arah
g) Larian dan lompatan melepasi garisan
Pemain membuat larian dari hujung gelanggang dengan melompat
apabila melepasi setiap garisan, dan kemudian mendarat mengikut
keselesaan sendiri tanpa menjejaskan keseimbangan badan.
h) Larian pelbagai arah
Pemain dikehendaki berlari dalam arah seperti di dalam rajah 4.10.
Jurulatih boleh menetapkan jarak dan kelajuan yang boleh dipatuhi.
i) Latihan lonjakan
i. Pemain membuat lonjakan daripada sebelah kaki, lalu mendarat
pada kaki yang satu lagi.
ii. Pemain membuat lonjakan daripada satu kaki dan mendarat
dengan kaki yang sama.
iii. Pemain membuat lonjakan menggunakan kedua-dua belah kaki,
lalu mendarat juga dengan kedua-dua kaki.
iv. Pemain membuat lonjakan daripada dua belah kaki lalu mendarat
pada sebelah kaki.
MASALAH DALAM GERAK KAKI
Walaupun kemahiran gerak kaki merupakan kemahiran asas yang terpenting dalam
permainan bola jaring, tetapi ada kalanya pemain gagal melakukannya dengan baik. Ini
sudah tentu akan menjejaskan gerakan selanjutnya, malah sering pula dipersalahkan
oleh pengadil.Lazimnya terdapat beberapa kelemahan yang sering berlaku dalam gerak
kaki pemain.
KELEMAHAN
Pemain tidak dapat membuat larian mengikut kelajuan yang dikehendaki.
Pemain tidak dapat menguasai lompatan dan pendaratan dengan baik.
Pemain gagal membuat lompatan mengikut ketinggian yang sepatutnya.
Pemain tidak dapat mengawal keseimbangan badan semasa mendarat.