Upload
others
View
39
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
468
6.4 Jumlah Purata Kajian Borang Selidik
6.4.1 Jumlah Purata Borang Selidik Terhadap Pengetahuan Hadith.
Jadual 6.4.1 : Jumlah purata borang selidik terhadap pengetahuan hadith.
Inti Masalah Soalan Masalah Mean Std.dev
PENGETAHUAN
TERHADAP
HADITH
Pernahkah anda mendengar atau membaca
hadith (1) :
من قال يف كل يوم مخسا وعشرين مرة : اللهم بارك يل يف املوت وفيما بعد املوت مث مات على فراشو أعطاه اهلل أجر شهيد
2.81
1.162
Pernahkah anda mendengar atau membaca
hadith (2) :
االطعم مأل اهلل جوفو نوراذا أقل الرجل
2.76
1.287
Pernahkah anda mendengar atau membaca
hadith (3) :
الصالة باالسواك أفضل من سبعني صالة بغري سواك
4.10
1.437
Pernahkah anda mendengar atau membaca
hadith (4) :
يف قربهاملؤذن احملتسب كالشهيد املتشحط يف دمو اذا مات مل يدود
2.91
1.326
Pernahkah anda mendengar atau membaca
hadith (5) :
اجللوس مع الفقراء من التواضع وىو من أفضل اجلهاد
3.12
1.235
Pernahkah anda mendengar atau membaca
hadith (6) :
من توضأ على طهر كتب لو عشر حسنات
2.44
1.209
Pernahkah anda mendengar atau membaca
hadith (7) :
من قضى ألخيو املسلم حاجة كان لو من األجر كمن حج واعتمر
2.39
1.186
Pernahkah anda mendengar atau membaca
hadith (8) :
من غدا أو راح وىو يف تعليم دينو فهو يف اجلنة
2.84
1.223
Pernahkah anda mendengar atau membaca
hadith (9) :
من استغفر للمؤمنني واملؤمنات كتب اهلل لو بكل مؤمن ومؤمنة حسنة
2.35
1.080
Pernahkah anda mendengar atau membaca
hadith (10)
من استغفر للمؤمنني واملؤمنات كل يوم سبعا وعشرين مرة كان من الذين يستجاب هلم ويرزق هبم أىل األرض
2.74
1.214
Mengikut jadual 6.4.1 di atas, maka hadith no ketiga adalah purata yang paling tertinggi
terhadap pengetahuan hadith iaitu berjumlah 4.10, selanjutnya adalah hadith kelima
iaitu 3.12, hal ini menunjukkan bahawa amalan sehari hari seperti bersiwak dan duduk-
duduk dengan orang faqir tersebar luas dan dikenal dikalangan masyarakat sama ada di
469
Sumatera Utara mahupun Sumatera Barat. Adapun purata yang paling rendah adalah
hadith no sembilan iaitu 2.35. Hal ini menunjukkan bahawa hadith ini masih
mengelirukan bagi masyarakat. Purata selanjutnya diperingkat tertinggi adalah hadith no
empat iaitu 2.91 tentang azan di Masjid atau Musolla yang mana pahalanya seumpama
jihad. Selanjutnya adalah purata hadith no kelapan iaitu 2.84 tentang mengajarkan ilmu
pada subuh hari. Selanjutnya adalah purata hadith no satu iaitu 2.81, kemudian hadith
no dua iaitu 2.76 tentang sedikit makan agar mendapat nur dalam perut. Seterusnya
adalah purata hadith no sepuluh iaitu 2.74, kemudian purata hadith no enam iaitu 2.44
tentang wuduk dalam keadaan suci dan selanjutnya adalah hadith no tujuh iaitu 2.39
tentang menunaikan hajat saudara. Maka kesimpulan akhir dapat kita ketahui bahawa
nilai purata borang selidik terhadap pengetahuan hadith adalah 2.85, hal ini
menunjukkan bahawa hadith ini tersebar luas di kalangan masyarakat baik yang a’f,
a’f Jiddn mahupun yang aw’. Untuk lebih jelasnya boleh dilihat rajah 6.4.1 di
bawah ini :
Rajah 6.4.1 : Jumlah purata borang selidik terhadap pengetahuan hadith.
470
Untuk mengenal tingkatan kesan dan pengaruh pengetahuan terhadap hadith dikalangan
masyarakat di Sumatera sama ada Sumatera Utara mahupun Sumatrea Barat, maka
dapat kita ketahui bahawa kesan yang paling tinggi adalah dikalangan pelajar iaitu
berkisar antara 50-100%. Hal ini disebabkan mereka setiap hari belajar di sekolah,
sudah tentulah setiap hari mereka mendengar hadith daripada guru atau ustaz-ustaz yang
mengajar. Sedangkan dikalangan mahasiswa berkisar antara 20-60%, selanjutnya
dikalangan guru-guru, ustaz dan pensyarah iaitu 30-70%, dan dikalangan orang awam
30-80%. Hal ini menunjukkan bahawa hadith ini tersebar luas dikalangan masyarakat di
Sumatera samada Sumatera Utara mahupun Barat.
Jika kita lihat kepada tempat tinggal, maka didapati masyarakat di Desa
membawa kesan yang lebih tinggi dibandingkan masyarakat di Bandar. Masyarakat di
desa berkisar antara 50-90% sedangkan masyarakat di Bandar 40-70%. Hal ini
menunjukkan bahawa masyarakat di desa lebih banyak memasuki pondok pesantren dan
banyak mempelajari kitab-kitab Arab, kemudian mereka aktif dalam pengajian di
masjid atau surau dibandingkan masyarakat yang berada di Bandar. Masyarakat di
bandar lebih banyak memilih sekolah kebangsaan dan sibuk dengan pekerjaan. Jika
dilihat kepada jenis kelamin, maka didapati responden berjenis kelamin wanita
membawa kesan yang lebih tinggi iaitu 30-80% dibanding responden berjenis kelamin
lelaki iaitu 35-70%.
Jika dilihat kepada umur, dapat diketahui bahawa responden yang berumur 15-
25 tahun hanya membawa kesan 40-65% terhadap pengetahuan hadith. Hal ini
disebabkan mereka masih muda umurnya dan belum banyak membaca. Responden yang
berumur antara 26-35 pengetahuan terhadap hadithnya membawa kesan 25-65%.
Responden yang berumur antara 36-45 pengetahuan terhadap hadithnya membawa
kesan sekitar 33-66% dan responden yang berumur 46 ke atas membawa kesan yang
471
tertinggi iaitu 10-90%. Hal ini menunjukkan bahawa mereka digolongkan sebagai
masyarakat yang sudah tua dan sudah tentu pengetahuannya lebih banyak dibanding
yang masih muda.
Apabila dilihat kepada status pendidikan, maka dapat kita ketahui bahawa
responden yang berpendidikan diperingkat sekolah menengah pengetahuan hadithnya
membawa kesan antara 45-90%. Hal ini menunjukkan bahawa mereka masih
disibukkan belajar di sekolah dan banyak membaca kitab-kitab Arab yang berkaitan
dengan agama. Responden diperingkat diploma pengetahuan hadithnya membawa kesan
antara 5-70%, diperingkat sarjana pula iaitu 25-65% dan peringkat yang tertinggi adalah
pasca sarjana iaitu 100%. Hal ini disebabkan mereka sudah banyak berkecimpung
dibidang ilmu pengetahuan. Jika dilihat kepada suku, maka didapati bahawa suku
Mandailing pengetahuan hadithnya membawa kesan antara 45-85%, kemudian suku
Minang 25-60% dan paling tertinggi iaitu suku Jawa antara 61-100%.
Jika dilihat kepada lokasi, maka didapati masyarakat di Sumatera Utara lebih
banyak membaca dan mengetahui hadith-hadith ini iaitu berjumlah antara 40-90%. Hal
ini disebabkan pengaruh pondok beraliran tradisional yang kuat dengan kitab-kitab
kuningnya, sedangkan masyarakat di Sumatera Barat hanya 35-60%. Hal ini disebabkan
masyarakat di sini sudah dipengaruhi oleh pondok pesantren yang moden.
Jika dilihat kepada status kerja, maka dapat kita ketahui bahawa masyarakat
yang masih belajar atau yang belum bekerja membawa kesan yang lebih tinggi
pengetahuan hadithnya iaitu berjumlah antara 48-78%, kerana mereka masih disibukkan
dengan belajar sudah tentu setiap hari membaca dan mendengar daripada guru-gurunya,
dibandingkan dengan masyarakat yang sudah bekerja hanya berjumlah antara 40-70%.
Jika dilihat kepada bentuk kefahaman, maka didapati bahawa masyarakat yang
berfahaman NU membawa kesan yang lebih tinggi pengetahuannya iaitu berjumlah
472
antara 40-90%, sedangkan masyarakat yang berfahaman Muhammadiyah pengetahuan
hadithnya antara 32-65%, dan masyarakat yang berfahaman Jemaah Tabligh pula
berjumlah antara 20-65%.
6.4.2 Jumlah Purata Borang Selidik Terhadap Amalan Hadith.
Jadual 6.4.2 : Jumlah Purata Borang Selidik Terhadap Amalan Hadith
Inti Masalah Soalan Masalah Mean Std.dev
AMALAN
TERHADAP
HADITH
Adakah anda pernah membaca doa Allahumma
Barikli fi Mauti wa Fima Ba’da al-Maut (ya
Allah berkatilah saya dalam kematian dan
sesudahnya) kerana beramal dengan hadith (1).
3.27
1.152
Adakah anda pernah mengurangi rasa lapar
atau sedikit makan supaya mendapatkan Nur
daripada Allah dalam perut kerana beramal
dengan hadith (2).
2.81
1.158
Adakah anda pernah bersiwak sebelum solat
karena lebih afdal dibandingkan solat tanpa
siwak sekalipun solat 70 kali kerana beramal
dengan hadith (3).
2.24
1.129
Adakah anda pernah azan di masjid atau
musolla Karena Allah agar mendapat pahala
seperti orang mati syahid kerana beramal
dengan hadith (4).
3.06
1.445
Adakah anda pernah duduk-duduk dengan
orang fakir dan miskin dengan tawaduk kerana
beramal dengan hadith (5).
3.11
1.160
Adakah anda pernah berwuduk dalam keadaan
suci (anda sudah berwuduk sebelumnya
kemudian berwuduk lagi) untuk mendapatkan
pahala lebih banyak kerana beramal dengan
hadith (6).
2.52
1.150
Adakah anda pernah memenuhi kebutuhan
saudara sesama muslim ingin mendapatkan
pahala seperti haji dan umrah kerana beramal
dengan hadith (7).
2.60
1.125
Adakah anda pernah bangun pagi-pagi lalu
mengajarkan ilmu agama yang anda miliki agar
mendapat pahala masuk syurga kerana beramal
dengan hadith (8).
2.87
1.165
Adakah anda pernah memohon ampunan atas
dosa dosa orang beriman lelaki dan beriman
perempuan kerana beramal dengan hadith (9).
2.50
1.036
Adakah anda pernah memohonkan ampunan
atas dosa dosa orang mukmin dan mukminat
sebanyak 27 kali setiap hari kerana beramal
dengan hadith (10).
3.13
1.059
473
Mengikut Jadual 6.4.2 di atas, maka hadith no pertama adalah purata paling tertinggi
terhadap amalan hadith iaitu berjumlah 3.27. Hal ini menunjukkan bahawa majoriti
masyarakat di Sumatera berdoa setiap hari dengan doa ini iaitu dengan mengharapkan
redo Allah, selanjutnya adalah purata amalan hadith kesepuluh iaitu berjumlah 3.13
tentang beristighfar. Hal ini menunjukkan bahawa kaum muslimin di Sumatera sentiasa
beristighfar kepada Allah setiap hari dengan mengharapkan redo Allah dan pahala hari
akhir. Selanjutnya adalah purata hadith no kelima iaitu 3.11, kemudian purata beramal
dengan hadith no keempat iaitu berjumlah 3.06, selanjutnya purata beramal dengan
hadith no kelapan iaitu berjumlah 2.87. Seterusnya adalah purata beramal dengan hadith
no kedua iaitu 2.81, kemudian purata beramal dengan hadith no ketujuh iaitu 2.60.
Seterusnya purata beramal dengan hadith no keenam iaitu 2.52, selanjutnya adalah
purata beramal dengan hadith no kesembilan iaitu 2.50, kemudian purata beramal
dengan hadith no ketiga iaitu 2.24. Kesimpulannya dapat kita ketahui bahawa nilai
purata borang selidik terhadap beramal dengan hadith adalah 2.81. Hal ini menunjukkan
bahawa masyarakat di Sumatera beramal dengan hadith-hadith ini, dan hadithnya pula
membawa kesan dan pengaruh yang kuat bagi sebahagian orang dan sebagiannya lagi
tidak. Untuk lebih jelasnya dapat dilihat rajah 6.4.2 di bawah ini :
Rajah 6.4.2 : Jumlah purata borang selidik terhadap amalan hadith.
474
Untuk mengenal tingkatan kesan dan pengaruh amalan terhadap hadith-hadith di atas
bagi masyarakat di Sumatera sama ada Sumatera Utara mahupun Sumatera Barat, maka
didapati kesan yang paling tinggi adalah orang awam iaitu antara 20-90%. Hal ini
menunjukkan bahawa hadith-hadith ini tersebar luas kepada orang awam dan mereka
beramal dengannya tanpa memandang status dan kedudukan hadith tersebut.
Selanjutnya berkesan bagi kalangan pelajar iaitu antara 40-80%, kemudian bagi
kalangan guru atau ustaz iaitu 30-70% sedangkan bagi mahasiwa iaitu antara 15-70%.
Hal ini menunjukkan bahawa tersebar luasnya hadith-hadith ini dikalangan masyarakat
mengakibatkan banyaknya mereka beramal dengan hadith tersebut.
Jika dilihat kepada tempat tinggal, maka didapati amalan hadith-hadith ini
membawa kesan yang lebih bagi masyarakat di desa iaitu berjumlah antara 40-70%,
dibandingkan dengan masyarakat yang berada di bandar iaitu antara 25-50%. Hal ini
disebabkan masyarakat di desa masih terikat dengan pengetahuan tradisional mereka
yang bersumber daripada guru dan ustaznya sedangkan masyarakat bandar sudah
banyak membaca dan mendapat pengetahuan daripada pakar. Jika dilihat kepada jenis
kelamin dapat diketahui bahawa responden berjenis kelamin wanita membawa pengaruh
atau kesan yang paling tinggi dalam beramal terhadap hadith-hadith iaitu berjumlah
antara 15-80%, sedangkan responden jenis kelamin laki-laki iaitu antara 30-70%.
Jika dilihat kepada umur, maka didapati responden yang berumur antara 15-25
tahun hanya 30-70% beramal dengan hadith ini, sedangkan responden yang berumur 26-
35 berjumlah antara 15-77%, yang berumur 36-45 pula beramal dengan hadith ini
sekitar 15-83% dan kesan yang paling tinggi dalam beramal terhadap hadith iaitu
masyarakat yang berumur 46 ke atas iaitu 40-90%. Hal ini disebabkan mereka sudah
banyak membaca, pengetahuan mereka lebih luas dan umur mereka sudah tua. Oleh itu
mereka lebih banyak beramal dibanding yang lainnya. Apabila dilihat kepada status
475
pendidikan, maka responden yang berpendidikan diperingkat sekolah menengah
membawa kesan amalan hadith antara 35-80%, diperingkat diploma berjumlah antara 5-
65%, diperingkat sarjana 20-65% dan pasca sarjana membawa kesan yang tinggi iaitu
100%.
Jika dilihat kepada suku, maka didapati 35-85% suku Mandailing beramal
dengan hadith ini, suku Minang 20-60% dan suku Jawa membawa kesan amalan yang
paling tinggi iaitu 40-90%. Jika dilihat kepada lokasi, maka dapat kita ketahui bahawa
masyarakat di Sumatera Utara lebih banyak beramal dengan hadith-hadith di atas iaitu
antara 40-85%, dibandingkan dengan masyarakat yang berada di Sumatera Barat iaitu
antara 25-60%.
Jika dilihat kepada status kerja, maka dapat kita ketahui bahawa masyarakat
yang masih belajar atau belum bekerja membawa kesan yang lebih tinggi terhadap
amalan hadith iaitu antara 35-75%, sedangkan yang sudah bekerja hanya berjumlah
antara 20-73%. Jika dilihat kepada kefahaman, maka didapati bahawa masyarakat yang
berfahaman NU membawa kesan yang lebih tinggi terhadap amalan hadith iaitu
berjumlah antara 40-90%.
Hal ini disebabkan masyarakat NU lebih banyak terikat dengan perkataan dan
hujah guru mereka yang sumber rujukannya adalah kitab kuning atau kitab-kitab lama,
sedangkan masyarakat yang berfahaman Muhammadiyah sama dengan Jemaah Tabligh
iaitu berjumlah antara 20-60%.
476
6.4.3 Jumlah Purata Borang Selidik Terhadap Hukum Hadith.
Jadual 6.4.3 : Jumlah Purata Borang Selidik Terhadap Hukum Hadith.
Inti Masalah Soalan Masalah Mean Std.dev
HUKUM
TERHADAP
HADITH
Adakah anda setuju bahawa hadith (1) ini
kedudukannya lemah (Da’if).
2.98 .833
Adakah anda setuju bahawa hadith (2) ini
kedudukannya palsu (Mawdu’).
3.18 .986
Adakah anda setuju bahawa hadith (3) ini
kedudukannya lemah (Da’if).
3.30 1.003
Adakah anda setuju bahawa hadith (4) ini
kedudukannya lemah (Da’if).
3.15 1.005
Adakah anda setuju bahawa hadith (5) ini
kedudukannya palsu (Mawdu’).
3.18 .979
Adakah anda setuju bahawa hadith (6) ini
kedudukannya lemah (Da’if).
3.20 .942
Adakah anda setuju bahawa hadith (7) ini
kedudukannya palsu (Mawdu’).
3.19 .984
Adakah anda setuju bahawa hadith (8) ini
kedudukannya palsu (Mawdu’).
3.11 .952
Adakah anda setuju bahawa hadith (9) ini
kedudukannya lemah (Da’if).
3.25 .906
Adakah anda setuju bahawa hadith (10) ini
kedudukannya Mungkar.
3.25 .951
Mengikut jadual 6.4.3 di atas, maka purata hadith yang ketiga adalah purata tertinggi
ianya berjumlah 3.30. Selanjutnya adalah hadith no kesembilan dan kesepuluh yang
berjumlah sama iaitu 3.25. Hal ini mengagumkan kerana mereka sama-sama setuju
dengan hukum hadith yang disebutkan. Selanjutnya adalah purata hadith no keenam
iaitu 3.20, seterusnya purata hadith no ketujuh iaitu 3.19, kemudian purata hadith no
kedua dan kelima kedua-duanya sama iaitu 3.18. Selanjutnya dalah purata hadith no
keempat iaitu 3.15, kemudian purata hadith no kelapan iaitu 3.11, dan terakhir adalah
purata hadith no pertama iaitu 2.98. Hal ini disebabkan mereka ragu dengan hukum
hadith tersebut sehingga mereka tidak menerima hukum yang disebutkan. Kesimpulan
dapat kita ketahui bahawa nilai purata borang selidik terhadap kesetujuan dengan
hukum hadith adalah 3.18. Hal ini menunjukkan bahawa mereka tidak mampu untuk
menerima yang baru, sedangkan hukum yang baru itu kadang lebih benar. Mungkin
dikeranakan mereka terlalu kuat berpegang dengan apa yang mereka dapatkan daripada
477
guru atau ustaz mereka, sama ada di sekolah mahupun di masjid. Untuk lebih jelasnya
boleh dilihat rajah 6.4.3 di bawah ini :
Rajah 6.4.3 : Jumlah purata borang selidik terhadap hukum hadith.
Untuk mengetahui tingkatan kesan dan pengaruh hukum hadith dikalangan
masyarakat di Sumatera sama ada Sumatera Utara mahupun Sumatera Barat, maka
didapati kesan yang paling tinggi iaitu dikalangan mahasiswa ianya berjumlah antara
15-40%, selanjutnya adalah orang awam iaitu 16-33%, seterusnya para guru dan ustaz
iaitu 15-30% dan terakhir adalah para pelajar iaitu 15-20%. Hal ini menunjukkan
bahawa majoriti mereka tidak mampu untuk menentukan kedudukan hadith yang
mereka amalkan, tetapi hanya mengikut apa yang dikatakan oleh guru atau ustaz mereka
sahaja. Jika kita lihat kepada tempat tinggal, maka dapat kita ketahui bahawa tingkatan
yang paling tinggi terhadap hukum-hukum hadith ini adalah masyarakat yang tinggal di
bandar iaitu antara 20-30%, sedangkan masyarakat di desa hanya 15-20% sahaja. Hal
ini disebabkan masyarakat di bandar lebih mudah mendapatkan maklumat dan mudah
478
mengkaji kerana banyak kemudahan disediakan disbanding masyarakat yang berada di
desa. Jika dilihat kepada jenis kelamin, maka dapat kita ketahui bahawa responden
berjenis kelamin wanita lebih tinggi pengetahuannya terhadap hukum hadith iaitu antara
12-33% dibandingkan responden berjenis kelamin laki-laki iaitu 15-22%. Hal ini
disebabkan tingkat penasaran wanita terhadap sesuatu lebih tinggi dibandingkan lelaki.
Jika dilihat kepada umur, maka didapati responden yang berumur 15-25 tahun hanya
15-25% sahaja pengetahuannya terhadap hukum-hukum hadith ini, sedangkan yang
berumur 26-35% tingkat kesetujuan dan pengetahuan mereka terhadap hukum hadith
iaitu berjumlah antara 15-27%.
Responden yang berumur 36-45 pula berjumlah 17% dan yang paling tinggi
adalah responden yang berumur 46 keatas iaitu 10-45% pengetahuannya terhadap
hukum hadith. Apabila dilihat kepada status pendidikan, maka responden yang
berpendidikan di peringkat sekolah menengah hanya 15-20% sahaja memahami dan
mengetahui hukum hakam hadith yang disebutkan, adapun diperingkat diploma iaitu
berjumlah antara 25-60%, diperingkat sarjana berjumlah 15-30% dan paling tertinggi
adalah diperingkat pasca sarjana iaitu 100%.
Hal ini disebabkan mereka lebih banyak mengkaji, membaca dan menganalis
dibandingkan yang lainnya. Jika dilihat kepada suku, maka didapati suku Mandailing
memiliki tingkat pengetahuan terhadap hukum hadith ini iaitu 10-20%, suku Minang
pula 23-32% dan suku Jawa iaitu antara 5-16%. Jika dilihat kepada lokasi, maka dapat
kita ketahui bahawa masyarakat di Sumatera Utara memiliki tingkat pengetahuan dan
kesetujuan terhadap hukum hadith yang disebutkan sungguh rendah iaitu 10-20%,
dibandingkan masyarakat di Sumatera Barat iaitu berjumlah 23-31%. Hal ini
disebabkan masyarakat di Sumatera Utara lebih suka bertaqlid kepada ucapan guru dan
ustaz, sedangkan masyarakat di Sumatera Barat lebih kritis dalam menerima dan
479
membaca sesuatu. Jika dilihat kepada status kerja, maka didapati bahawa masyarakat
yang masih belajar atau yang belum bekerja tingkat pengetahuannya terhadap hukum
hadith berjumlah 15-25%, hampir sama dengan yang sudah bekerja iaitu 17-25%. Jika
dilihat kepada kefahaman pula, maka didapati bahawa masyarakat yang berfahaman NU
tingkat pengetahuan dan kesetujuan terhadap hukum hadith berjumlah 10-20%,
sedangkan masyarakat yang berfahaman Muhammadiyah lebih tinggi iaitu 15-30%, dan
masyarakat yang berfahaman Jemaah Tabligh 8-26%.
6.4.4 Jumlah Purata Borang Selidik Terhadap Pentingnya Penyebaran Hadith.
Jadual 6.4.4 : Jumlah Purata Borang Selidik Terhadap Pentingnya Penyebaran Hadith.
Inti Masalah Soalan Masalah Mean Std.dev
PERLUNYA
PENYEBARAN
HADITH
Perlukah hadith (1) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.31 .990
Perlukah hadith (2) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.81 .987
Perlukah hadith (3) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.40 1.142
Perlukah hadith (4) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.53 1.013
Perlukah hadith (5) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.70 1.017
Perlukah hadith (6) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.49 1.004
Perlukah hadith (7) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.61 1.044
Perlukah hadith (8) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.48 1.036
Perlukah hadith (9) ini disebarkan kepada
orang lain
3.33 1.003
Perlukah hadith (10) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.61 1.048
Mengikut jadual 6.4.4 di atas, maka purata hadith no kedua adalah purata tertinggi
terhadap pentingnya penyebaran hadith kepada orang lain ianya berjumlah 3.81,
selanjutnya adalah hadith no kelima iaitu 3.70, kemudian purata hadith no ketujuh dan
kesepuluh ianya sama iaitu berjumlah 3.61. Seterusnya adalah purata hadith no keempat
iaitu 3.53, selanjutnya adalah purata hadith no keenam iaitu 3.49, kemudian purata
480
hadith no kelapan iaitu 3.48, selanjutnya adalah purata hadith no ketiga iaitu 3.40,
kemudian hadith no kesembilan iaitu 3.33 dan paling terendah adalah hadith no kesatu
iaitu 3.31. Akhir sekali dapat kita ketahui bahawa nilai purata borang selidik terhadap
perlunya mereka menyebarkan hadith ini atau tidak adalah 3.53. Hal ini menunjukkan
bahawa keinginan mereka untuk menyebarkan hadith ini sangat tinggi sedangkan ilmu
mereka sedikit tentang itu. Untuk lebih jelasnya boleh dilihat rajah 6.4.4 di bawah ini :
Rajah 6.4.4 : Jumlah purata borang selidik terhadap pentingnya penyebaran hadith.
Untuk mengetahui tingkatan kesan dan pengaruh pentingnya penyebaran hadith-hadith
ini dikalangan masyarakat di Sumatera sama ada yang berada di Sumatera Utara
mahupun Sumatera Barat, maka didapati kesan yang paling tinggi adalah dikalangan
mahasiswa iaitu 10-30%, kemudian para guru dan ustaz iaitu 13-28%, selanjutnya
adalah pelajar iaitu 5-20% dan terakhir adalah orang awam iaitu 5-28%. Jika dilihat
kepada tempat tinggal, maka didapati masyarakat di desa memiliki keinginan lebih
tinggi untuk penyebaran hadith iaitu 10-27% dibandingkan masyarakat yang berada di
481
bandar iaitu 10-20%. Hal ini disebabkan masyarakat di desa lebih mudah untuk
berkomunikasi dengan sesama dibandingkan masyarakat di bandar.
Jika dilihat kepada jenis kelamin, maka didapati responden berjenis kelamin
lelaki memiliki keinginan yang tinggi untuk menyebarkan hadith-hadith ini iaitu 10-
25%, dibandingkan responden perempuan hanya 5-20% sahaja. Hal ini disebabkan
kaum lelaki memiliki kesempatan lebih untuk berdakwah di luar dibanding kaum
perempuan. Jika dilihat kepada umur, maka dapat kita ketahui bahawa responden yang
berumur 15-25 tahun tingkat keinginannya untuk menyebarkan hadith-hadith ini hanya
10-23%, sedangkan responden yang berumur 26-35% hanya berjumlah 7-23%,
responden yang berumur 36-45 memiliki keinginan untuk menyebarkan hadith-hadith
ini sekitar 15-33% dan yang berumur 46 keatas adalah 10-33%.
Apabila dilihat kepada status pendidikan, maka didapati bahawa responden yang
berpendidikan diperingkat sekolah menengah keinginannya kecil sekali iaitu 7-20%.
Hal ini disebabkan mereka belum pakar dan ahli untuk menyebarkan hadith-hadith,
sedangkan diperingkat diploma pula 10-35%, diperingkat sarjana berjumlah 10-30%
dan diperingkat pasca sarjana adalah tingkatan paling tertinggi iaitu 0-100%. Hal ini
disebabkan kesempatan mereka lebih luas untuk menyebarkan hadith-hadith kerana
status pendidikan mereka lebih tinggi dan pengetahuan mereka lebih banyak akhirnya
mudah diterima masyarakat. Jika dilihat kepada suku, maka didapati bahawa responden
yang bersuku Mandailing dan suku Jawa memiliki keinginan lebih rendah untuk
menyebarkan hadith-hadith ini iaitu 5-20%, dibandingkan responden yang bersuku
Minang iaitu 10-25%.
Jika dilihat kepada lokasi, maka didapati bahawa masyarakat di Sumatera Barat
berkeinginan lebih tinggi untuk menyebarkan hadith ini kepada orang lain iaitu 15-25%,
sedangkan masyarakat di Sumatera Utara hanya 7-20%. Jika dilihat kepada status kerja,
482
maka didapati bahawa responden yang masih belajar keinginannya untuk menyebarkan
hadith-hadith ini lebih rendah iaitu 8-22%, dibandingkan yang sudah bekerja iaitu 17-
25%.
Jika dilihat kepada kefahaman, maka didapati bahawa responden yang
berfahaman NU keinginannya untuk menyebarkan hadith-hadith ini hanya 5-20%,
sedangkan masyarakat yang berfahaman Muhammadiyah berjumlah 14-26%, dan
responden yang berfahaman Jamaah Tabligh memiliki keinginan yang lebih tinggi iaitu
8-30%. Hal ini disebabkan responden berfahaman Jamaah Tabligh sentiasa bertujuan
untuk menyampaikan hadith-hadith sekalipun hadith itu lemah, yang paling penting
bagi mereka adalah menyampaikan dan diamalkan oleh masyarakat, sekalipun
pengetahuan mereka tentang itu sedikit.
6.4.5 Jumlah Purata Borang Selidik Terhadap Penyebaran Hadith Kepada Orang
Lain.
Jadual 6.4.5 : Jumlah Purata Borang Selidik Terhadap Penyebaran Hadith Kepada
Orang Lain.
Inti Masalah Soalan Masalah Mean Std.dev
PERNAHKAH
MENYEBAR
HADITH
Pernahkah hadith (1) ini disebarkan kepada
orang lain.
4.16 3.502
Pernahkah hadith (2) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.91 1.020
Pernahkah hadith (3) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.50 1.261
Pernahkah hadith (4) ini disebarkan kepada
orang lain.
4.01 .902
Pernahkah hadith (5) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.96 .932
Pernahkah hadith (6) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.69 1.028
Pernahkah hadith (7) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.80 .982
Pernahkah hadith (8) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.81 .983
Pernahkah hadith (9) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.62 1.092
Pernahkah hadith (10) ini disebarkan kepada
orang lain.
3.94 .991
483
Mengikut jadual 6.4.5 di atas, maka purata hadith pertama adalah purata paling tertinggi
untuk penyebaran hadith kepada orang lain iaitu 4.16, selanjutnya adalah hadith no
keempat iaitu 4.01, kemudian hadith no kelima iaitu 3.96. Seterusnya adalah purata
hadith no kesepuluh iaitu 3.94, dilanjutkan oleh hadith no kedua iaitu 3.91, kemudian
hadith no kelapan iaitu 3.81. Selanjutnya adalah hadith no ketujuh iaitu 3.80, kemudian
hadith no keenam iaitu 3.69, seterusnya adalah purata hadith no kesembilan iaitu 3.62
dan paling terkecil adalah purata hadith no ketiga iaitu 3.50. Kesimpulan dapat kita
ketahui bahawa nilai purata bagi borang selidik terhadap penyebaran hadith kepada
orang lain adalah 3.84. Hal ini dapat kita ketahui bahawa sebahagian besar mereka
menyebarkan hadith ini kepada orang lain dan sebagiannya lagi tidak menyebarkannya
namun mereka berkeinginan untuk menyebarkan. Untuk lebih jelasnya boleh dilihat
rajah 6.4.5 di bawah ini :
Rajah 6.4.5 : Jumlah purata borang selidik terhadap penyebaran hadith kepada orang
lain.
484
Untuk mengetahui tingkatan kesan dan pengaruh penyebaran hadith-hadith ini kepada
orang lain dikalangan masyarakat di Sumatera sama ada Sumatera Utara mahupun
Sumatera Barat, maka didapati bahawa masyarakat dikalangan pelajar memiliki kesan
yang tinggi dalam penyebaran hadith-hadith kepada orang lain dibanding yang lain iaitu
10-36%, kemudian para guru dan ustaz iaitu 5-30%, seterusnya para mahasiswa iaitu 5-
25% dan orang awam iaitu 5-20%. Jika dilihat kepada tempat tinggal, maka didapati
bahawa masyarakat di desa lebih banyak menyebarkan hadith-hadith ini kepada orang
lain dibandingkan masyarakat di bandar iaitu 10-35%, sedangkan masyarakat di Bandar
hanya 5-15% sahaja. Jika dilihat kepada jenis kelamin pula, maka didapati bahawa
responden berjenis kelamin perempuan lebih banyak menyebarkan hadith-hadith ini
kepada orang lain dibanding lelaki iaitu 5-25% sedangkan lelaki hanya 8-20% sahaja.
Jika dilihat kepada umur, maka didapati bahawa responden yang berumur 15-25 tahun
hanya 8-28% sahaja yang pernah menyebarkan hadith-hadith ini kepada orang lain,
sedangkan yang berumur 26-35% ada sebanyak 10-20%, responden yang berumur 36-
45 adalah tingkatan yang tertinggi dalam penyebaran hadith ini kepada orang lain iaitu
15-50% dan responden yang berumur 46 ke atas memiliki tingkatan kedua iaitu 10-
45%. Hal ini disebabkan peluang para kaum tua lebih banyak untuk menyebarkan
hadith dan memungkinkan diterima orang ramai dibandingkan responden yang masih
muda. Apabila dilihat kepada status pendidikan, maka didapati bahawa responden yang
berpendidikan diperingkat sekolah menengah lebih banyak menyebarkan hadith-hadith
ini dibanding yang lain iaitu 10-35%, sedangkan diperingkat diploma hanya 0-16%
sahaja, diperingkat sarjana pula iaitu 5-20% dan diperingkat pasca sarjana tidak ada
sama sekali 0%. Jika dilihat kepada suku, maka dapat kita ketahui bahawa suku
Mandailing menyebarkan hadith-hadith ini berjumlah 5-37%, suku Minang adalah
tingkatan paling terendah iaitu 4-18% dan suku Jawa memiliki tingkatan tertinggi dalam
menyebarkan hadith-hadith ini iaitu 5-45%. Jika dilihat kepada lokasi, maka didapati
485
bahawa masyarakat di Sumatera Utara dan Barat memiliki tingkatan yang sama dalam
penyebaran hadith-hadith ini iaitu 10-20%. Jika dilihat kepada status kerja, maka
didapati bahawa masyarakat yang masih belajar memiliki tingkatan lebih tinggi dalam
menyebarkan hadith-hadith ini dibandingkan yang sudah bekerja iaitu 8-28%,
sedangkan yang sudah bekerja hanya 7-25% sahaja. Jika dilihat kepada kefahaman pula,
maka didapati bahawa masyarakat yang berfahaman NU lebih memiliki tingkatan lebih
tinggi dalam menyebarkan hadith ini iaitu 8-38%, masyarakat yang berfahaman
Muhammadiyah memiliki tingkatan lebih rendah iaitu 5-16%, dan masyarakat yang
berfahaman Jemaah Tabligh berjumlah antara 5-21%.