Upload
khidhir-aziz
View
21
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
penakluk sepanyol thariq bin ziyad
Citation preview
Thariq bin Ziyad: Panglima Penakluk Andalusia
SIAPAKAH THARIQ BIN ZIYAD?
Mengenai asal-usul dan sejarah hidupnya, sangat sedikit buku sejarah yang menceritakannya.
Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza
pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata. Dia merupakan bekas seorang
budak yang kemudian dimerdekakan oleh Musa bin Nushair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan
di tangan Musa inilah Thariq memeluk Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya yang
tunduk di bawah kekuasaannya setelah penaklukkan daerah Tanja. Di kisahkan bahawa setelah
masuk Islam, mereka menjalankan agama Islam dengan baik. Oleh kerana itu, sebelum Musa
pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al-Qur’an
dan ajaran-ajaran Islam. Setelah itu Musa mengangkat Thariq, yang merupakan perajurit Musa
yang terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Maroko dengan kekuatan 19,000
tentara dari bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya. Apa yang pasti, Thariq merupakan
antara kerlipan bintang yang bersinar setelah kewafatan Rasulullah s.a.w dan slps zaman
Khilafah Ar-Rasyidin.
BERMULANYA PENAKLUKAN KE ATAS ANDALUSIA
Ini bertepatan dengan mendung hitam yang melanda Sepanyol dengan kekejaman penjajah
Eropah yang pada ketika itu dikuasai oleh Raja Bangsa Gothik yang kejam bernama Raja
Roderick. Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, dan
banyak lagi penindasan yang tak berperikemanausiaan. Raja dan kroni-nya bersuka ria dalam
kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebahagian besar penduduk yang
beragama Kristian danYahudi, berhijrah ke Afrika untuk mendapat ketenangan yang lebih
menjanjikan. Dan saat itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur dan mempunyai toleransi
yang tinggi kerana berada di bawah naungan pemerintahan Islam.
Satu dari jutaan penghijrah itu adalah Julian, Gabenor Ceuta yang puterinya Florinda telah
dinodai oleh Roderick. Mereka memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika
untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu. Setelah mendapat
persetujuan Khalifah, Musa melakukan pengintaian ke atas pantai selatan Sepanyol.
Akhirnya, pada bulan Rejab tahun 97 H (bersamaan Julai 711 M), Musa bin Nushair
memerintahkan pembantunya Thariq bin Ziyad untuk menyerang Semenanjung Sepanyol dengan
memimpin 12,000 tentera Muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah yang
dipisahkan oleh Lautan Mediterranean sejauh 13 batu ini dengan kapal-kapal pemberian Julian,
Gabenor Ceuta.
PEPERANGAN MENENTANG NASRANI DI ANDALUSIA
Setelah mendarat di pantai karang, Thariq dan pasukannya berhadapan dengan 100,000 tentera
Visigoth di bawah pimpinan Roderick. Kedatangan pasukan Thariq ini menimbulkan kehairanan
kepada Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja Roderick, kerana
tentera Islam datang dari arah yang tidak diduga-duga, yaitu dari arah laut.
Pada mulanya, bilangan tentera Kristian yang besar ini menggerunkan tentera kaum Muslimin.
Namun, Thariq dengan pantasnya mengumpulkan tentera Muslimin di atas sebuah bukit karang,
dan Thariq berucap memberi dorongan jihad di atas bukit itu. Bukit itu kini dikenali sebagai
Jabal Thariq (bukit Thariq) yang kemudiannya ditukar kpd Gibratar.
Di atas bukit karang setinggi 425m di pantai Tenggara Sepanyol inilah Thariq memerintahkan
pembakaran semua kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Tentu saja perintah ini
membuat tentera kaum Muslimin kehairanan. “Kenapa anda melakukan ini?” tanya mereka.
“Bagaimana kita akan kembali nanti?” tanya yang lain.
Namun Thariq tenang dan tetap pada pendiriannya. Dengan gagah berani Thariq berseru,
”Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan,menaklukkan negeri ini dan
menetap di sini, atau kita semua syahid”.
Keberanian dan perkataannya yang luar biasa menggugah Iqbal, seorang penyair Persia, untuk
menggubahnya dalam sebuah syair berjudul ”Piyam-i Mashriq” :
“Tatkala Thariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Sepanyol), Perajurit-perajurit
mengatakan bahawa, tindakannya itu tidak bijaksana. Bagaimana mungkin mereka kembali ke
negeri asal, dan peralatan peperangan adalah bertentangan dengan hukum Islam. Malahan
kekuatan bilangan tentera musuh melebihi ribuan dari tentera kaum Muslimin. Mendengar itu
semua, Thariq menghunus pedangnya, dan menyatakan bahawa setiap negeri kepunyaan Allah
adalah kampung halaman kita.”
Bulatan merah merupakan tempat bukit karang Thariq berucap.
Kata-kata Thariq itu bagaikan mencabut cambuk yang meledakkan semangat tentera Muslimin
yang dipimpinnya. Bala tentara Muslimin yang berjumlah 12,000 orang mara melawan tentara
Gothik yang berkekuatan 100,000 tentara. Pasukan Kristian jauh lebih unggul baik dalam jumlah
maupun persenjataan. Namun semua itu tak mengecutkan hati pasukan muslim setelah
mendengarkan pidato dari Thariq yang menggentarkan jiwa mereka untuk memburu syahid
Allah.
Tanggal 19 Julai 711 M, pasukan tentera Muslimin dan Nasrani bertemu dan bertempur dekat
muara sungai Barbate. Thariq memecahkan pasukannya menjadi 4 kelompok, dan menyebarkan
mereka ke Cordoba, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersama pasukan utamanya
menuju ke Toledo, ibukota Sepanyol. Semua kota-kota itu menyerah tanpa perlawanan sukar.
Kecepatan gerak dan kehebatan pasukan Thariq ini berhasil melumpuhkan pasukan tentera
bangsa Gothik. Bahkan Raja Roderick sendiri awal-awal telah tewas di sungai Barbate.
Kemenangan Thariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan
semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.
Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum meraih kemenangan ini, Thariq
telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama keempat-empat Khalifah Khulafa’ Ar-Rasyidin
berjalan di atas air hingga menjumpainya, lalu Rasulullah s.a.w memberitakan khabar gembira
bahawa dia akan berhasil menaklukkan Andalusia. Rasulullah s.a.w menyuruhnya untuk selalu
bersama kaum Muslimin dan menepati janji.
SELEPAS PENAKLUKAN ISLAM KE ATAS SEPANYOL
Rakyat Sepanyol yang telah sekian lama tertindas dengan penjajahan bangsa Gothik, mengalu-
alukan kedatangan tentera Muslimin. Selain itu, perilaku & akhlak Thariq dan orang-orang Islam
begitu mulia menyebabkan disayangi oleh bangsa-bangsa yang ditaklukkannya.
Salah satu pertempuran paling hebat terjadi di Ecija, yang membawa kemenangan bagi pasukan
Thariq. Dalam pertempuran ini, Gabenor Musa bin Nusair telah bergabung dengan Thariq untuk
mengalahkan tentera Nasrani.
Selanjutnya, kedua general itu bergerak mara terus berdampingan dan dalam kurun waktu kurang
dari 2 tahun seluruh Semenanjung Sepanyol telah jatuh ke tangan Islam. Portugis kemudiannya
turut ditakluk pula beberapa tahun kemudian. Ketika inilah nama Sepanyol telah ditukar kepada
Andalusia.
Philip K.Hitti, pemerhati berbangsa Eropah telah menulis:
Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling sensasional bagi bangsa Arab
itu. Penaklukan ini membawa masuknya wilayah Eropah yang paling luas yang belum
pernah mereka (tentera Islam) peroleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kecepatan
pelaksanaan dan kesempurnaan operasi ke Sepanyol ini telah mendapat tempat yang unik
di dalam sejarah peperangan abad pertengahan.”
Penaklukkan Sepanyol oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana
kebebasan beragama benar-benar diakui. Ketidak toleransi dan penganiayaan yang biasa
dilakukan orang-orang Kristian dan bangsa Eropah telah digantikan oleh toleransi yang tinggi
dan kebaikan hati yang luar biasa.
Keadilan ditegakkan tanpa pandang bulu, sehingga jika tentara Islam yang melakukan kekerasan
akan dikenakan hukuman berat. Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang disita.
Orang-orang Islam memperkenalkan sistem perpajakan yang sangat jitu yang dengan cepat
membawa kemakmuran di semenanjung itu dan menjadikan negeri teladan di Barat. Orang-orang
Kristian dibiarkan memiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua
komunitas mendapat kesempatan yang sama dalam pelayanan umum.
Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa kesan luar biasa. Orang-orang
Kristian termasuk pendeta-pendetanya yang pada mulanya meninggalkan rumah mereka dalam
keadaan ketakutan, kembali pulang dan menjalani hidup yang bahagia dan makmur.
Seorang penulis Kristian terkenal menulis:
Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba dengan baik dan ia merupakan
sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan
peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. sedangkan saat itu
bangsa Eropah sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab.”
Thariq berhajat melakukan penaklukkan ke atas seluruh Eropah, tapi Allah menentukan lainnya.
Saat merencanakan penyerbuan ke negara-negara Eropah, telah datang panggilan dari Khalifah
untuk pergi ke Damaskus. Dengan disiplin dan kepatuhan tinggi, Thariq memenuhi panggilan
Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di Damaskus. Tak lama kemudian, Thariq wafat di
sana. Budak Barbar, penakluk Sepanyol, wilayah Islam terbesar di Eropah yang selama delapan
abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya. Semoga Allah
merahmatinya dan menerima ruh Thariq bin Ziyad ini.
Dataran yang menghadap puncak bukit karang, kini dipenuhi kawasan perumahan. Dibina
semula mggunakan sketch-up softwares oleh artist Barat. Beginikah pemandangan yang dilihat
Thariq?
Di perairan inilah dikerahkan Thariq kepada tentera Muslimin agar membakar kesemua kapal-
kapal pasukan Islam.
Latest satellite image yang menunjukkan pembangunan pesat di Sepanyol skrg. Cuma sayang, kota yang satu ketika dulu penuh ngn kerlipan tamadun Islam kini dijajah semula oleh musuh Allah.
Dalam masa kurang 2 tahun, pasukan Islam berjaya menguasai seluruh Semenanjung Sepanyol.