11
PENGGUNAAN KIT ‘SLIDE & WRITE’ DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEMBUNDARAN NOMBOR BULAT HINGGA 1000 BAGI TAHUN 2 Oleh: Engku Farahah binti Engku Omar @ Mat Ali, Nik Mohamad bin Nik Jusoh Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected], [email protected] ABSTRAK Hasil refleksi PdP sewaktu praktikum mendapati bahawa tahap pencapaian murid tahun 2 adalah rendah terutamanya bagi subtopik Pembundaran dalam tajuk Nombor Bulat. Menerusi pemerhatian dan analisis dokumen seperti buku latihan dan lembaran kerja, didapati bahawa murid gagal memberikan jawapan yang betul. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran pembundaran nombor bulat hingga 1000 kepada puluh dan ratus terdekat dengan menggunakan Kit ‘Slide & Write’ dalam kalangan murid tahun 2. Peserta kajian adalah terdiri daripada empat orang murid perempuan yang dipilih berdasarkan Ujian Diagnostik. Pengumpulan data dilakukan menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen dan temu bual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa intervensi yang dilaksanakan berjaya membantu kesemua peserta kajian meningkatkan kemahiran pembundaran melibatkan nombor bulat hingga 1000 kepada puluh dan ratus yang terdekat bagi tahun 2. Kekuatan Kit ‘Slide & Write’ ini adalah membantu pengukuhan ingatan dan pemahaman murid mengenai proses pembundaran. Alat ini boleh ditambah baik supaya boleh diguna pakai untuk digit yang lebih besar. Kata kunci: Kit ‘Slide & Write’, Pembundaran Nombor Bulat hingga 1000 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan dan bermakna boleh dicapai sekiranya guru bijak memainkan peranan merancang dan merangka aktiviti yang sesuai dan menarik minat murid untuk seronok belajar dan seterusnya faham akan isi yang disampaikan meskipun sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah. Namun, setiap kegagalan proses PdP pasti mempunyai penyelesaiannya bagi memastikan semua objektif berjaya dicapai dikemudian hari. Tinjauan masalah telah dilakukan sepanjang pengkaji menjalankan sesi praktikum di sekolah-sekolah sekitar Terengganu. Sewaktu menjalani sesi praktikum fasa III selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik bagi topik Nombor Bulat. Pembundaran merupakan salah satu subtopik bagi topik tersebut. Menerusi tajuk Pembundaran, pengkaji telah menjalankan satu Ujian Diagnostik bagi mengenalpasti tahap pemahaman murid dan kesilapan yang mereka lakukan. Jadi, hasil analisis dari ujian tersebut, pengkaji berjaya mengenalpasti beberapa jenis kesilapan berkaitan pembundaran yang telah dilakukan oleh murid. Antara kesilapan yang ditemui ialah mereka lupa akan petua bundar, keliru akan lokasi penambahan atau pengekalan nombor, tidak menyelesaikan soalan bundar dan tidak menukarkan digit sebelah kanan kepada sifar.

776-1506-1-SM

Embed Size (px)

DESCRIPTION

yh

Citation preview

Page 1: 776-1506-1-SM

PENGGUNAAN KIT ‘SLIDE & WRITE’ DALAM MENINGKATKAN

KEMAHIRAN PEMBUNDARAN NOMBOR BULAT

HINGGA 1000 BAGI TAHUN 2

Oleh:

Engku Farahah binti Engku Omar @ Mat Ali, Nik Mohamad bin Nik Jusoh

Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Hasil refleksi PdP sewaktu praktikum mendapati bahawa tahap pencapaian murid tahun

2 adalah rendah terutamanya bagi subtopik Pembundaran dalam tajuk Nombor Bulat.

Menerusi pemerhatian dan analisis dokumen seperti buku latihan dan lembaran kerja,

didapati bahawa murid gagal memberikan jawapan yang betul. Oleh itu, kajian tindakan

ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran pembundaran

nombor bulat hingga 1000 kepada puluh dan ratus terdekat dengan menggunakan Kit

‘Slide & Write’ dalam kalangan murid tahun 2. Peserta kajian adalah terdiri daripada

empat orang murid perempuan yang dipilih berdasarkan Ujian Diagnostik.

Pengumpulan data dilakukan menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen dan temu

bual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa intervensi yang dilaksanakan berjaya membantu kesemua peserta

kajian meningkatkan kemahiran pembundaran melibatkan nombor bulat hingga 1000

kepada puluh dan ratus yang terdekat bagi tahun 2. Kekuatan Kit ‘Slide & Write’ ini

adalah membantu pengukuhan ingatan dan pemahaman murid mengenai proses

pembundaran. Alat ini boleh ditambah baik supaya boleh diguna pakai untuk digit yang

lebih besar.

Kata kunci: Kit ‘Slide & Write’, Pembundaran Nombor Bulat hingga 1000

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan dan bermakna boleh dicapai sekiranya guru bijak

memainkan peranan merancang dan merangka aktiviti yang sesuai dan menarik minat murid untuk

seronok belajar dan seterusnya faham akan isi yang disampaikan meskipun sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung di bilik darjah. Namun, setiap kegagalan proses PdP pasti mempunyai

penyelesaiannya bagi memastikan semua objektif berjaya dicapai dikemudian hari. Tinjauan masalah

telah dilakukan sepanjang pengkaji menjalankan sesi praktikum di sekolah-sekolah sekitar

Terengganu.

Sewaktu menjalani sesi praktikum fasa III selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Kampung

Gemuroh, Kuala Terengganu, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik

bagi topik Nombor Bulat. Pembundaran merupakan salah satu subtopik bagi topik tersebut. Menerusi

tajuk Pembundaran, pengkaji telah menjalankan satu Ujian Diagnostik bagi mengenalpasti tahap

pemahaman murid dan kesilapan yang mereka lakukan. Jadi, hasil analisis dari ujian tersebut,

pengkaji berjaya mengenalpasti beberapa jenis kesilapan berkaitan pembundaran yang telah dilakukan

oleh murid. Antara kesilapan yang ditemui ialah mereka lupa akan petua bundar, keliru akan lokasi

penambahan atau pengekalan nombor, tidak menyelesaikan soalan bundar dan tidak menukarkan digit

sebelah kanan kepada sifar.

Page 2: 776-1506-1-SM

Berikut merupakan dokumen kajian yang memaparkan contoh kesilapan yang dilakukan oleh murid:

Rajah 1: Lupa petua bundar

Rajah 2: Keliru lokasi pengekalan nombor.

Rajah 3: Keliru dalam menulis jawapan

Rajah 4: Tidak menukarkan digit sebelah kanan

kepada sifar

Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan

kemahiran pembundaran nombor bulat hingga 1000 kepada puluh dan ratus terdekat berbantukan Kit

‘Slide & Write’.

SOROTAN LITERATUR

Istilah Bahasa Inggeris bagi pembundaran iaitu rounding off yang disemak menerusi laman sesawang

thefreedictionary.com menerangkan bahawa round off bermaksud menghasilkan round number.

Berdasarkan Oxford Advance Learner’s Dictionary, round number bermaksud sesuatu bentuk angka

dalam nombor bulat dan kebiasaannya berakhir dengan 0. Menurut laman mathisfun.com pula,

rounding dijelaskan sebagai pengurangan digit tetapi masih hampir dengan nilai asal.

Menurut Suraya Othman (2004), berdasarkan kajian yang telah dijalankan, beliau mendapati bahawa

murid tidak dapat membundarkan nombor bulat pada nilai tempat yang dikehendaki, murid tidak

dapat menukarkan digit selepas pembundaran kepada sifar dan murid sering terlupa untuk menambah

satu pada nilai tempat yang dibundarkan apabila digit disebelah kanan bernilai lima atau lebih. Sama

seperti yang dinyatakan oleh Cecillia Wong Yick Yim (2012) dalam catatannya yang menjelaskan

bahawa murid keliru tentang pembundaran sama ada nombor yang dibundarkan perlu ditambah satu

atau dikekalkan dan murid tidak tahu akan cara yang betul untuk menulis nombor selepas

dibundarkan. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka, ternyata bahawa

permasalahannya adalah murid tidak memahami dan tidak menguasai kemahiran pembundaran

dengan baik.

Deb Russell (2013) pula menyatakan bahawa hukum penting pembundaran ialah menentukan digit

yang ingin dibundarkan dan digit di sebelah kanan. Oleh itu, dengan mengambil kira masalah yang

dikemukakan dan hukum pembundaran yang dinyatakan, pengkaji telah mengubahsuai satu alat

intervensi yang mana menekankan digit yang ingin dibundarkan dan digit disebelah kanan.

Page 3: 776-1506-1-SM

Selain itu, teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget menyatakan bahawa perkembangan intelek

kanak-kanak dibahagikan kepada empat peringkat. Salah satu peringkat dalam teori tersebut

melibatkan kanak-kanak yang berumur 7 hingga 11 tahun bersamaan tahun 1 hingga tahun 5. Menurut

Jean Piaget (1983), pada peringkat tersebut, kanak-kanak tidak dapat menyelesaikan masalah dalam

bentuk abstrak atau berbentuk hipotesis. Mereka hanya berkemampuan untuk menyelesaikan masalah

dalam bentuk konkrit sahaja. Kajian Sukri Berawi (2006) turut menyokong teori ini dengan

menyarankan guru untuk menyampaikan konsep-konsep asas matematik secara pengalaman konkrit

atau bahan maujud. Maka, tidak dapat dinafikan bahawa bahan yang berbentuk maujud atau konkrit

adaah sangat membantu pemahaman dan memberikan kesan mendalam kepada murid dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Pengkaji juga telah meneliti beberapa kajian lepas berkaitan tajuk Pembundaran ini. Kajian lepas yang

dijalankan oleh Suraya Othman telah memperkenalkan alat intervensi yang diberi nama Kit Nombor

di mana bagi tujuan menyelesaikan masalah pembundaran dalam kalangan murid. Kelebihan kit ini

ialah murid tidak perlu untuk menghafal petua bundar memandangkan pada kit ini telah disediakan

petua tersebut bagi memudahkan proses pembundaran dilakukan. Namun begitu, pengkaji mendapati

bahawa terdapat sedikit kelemahan pada alat ini di mana strukturnya yang lebih kompleks dan

ruangan untuk menulis jawapan tidak disediakan. Kesannya, sukar bagi murid untuk mempunyai

pemahaman yang kukuh dalam pembundaran ini. Jadi, pengkaji telah mengubahsuai satu alat bagi

tujuan penyelesaian kepada masalah pembundaran yang dihadapi murid. yang diberi nama Kit ‘Slide

& Write’.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran pembundaran nombor bulat

hingga 1000 kepada puluh dan ratus yang terdekat dengan menggunakan Kit ‘Slide & Write’ dalam

kalangan murid tahun 2 Delima di Sekolah Kebangsaaan Kampung Gemuruh.

Objektif

Meningkatkan kemahiran pembundaran nombor bulat hingga 1000 kepada puluh dan ratus terdekat

dalam kalangan murid tahun 2 dengan menggunakan kit ‘Slide & Write’.

Persoalan Kajian

Bagaimanakah penggunaan kit ‘Slide & Write’ dapat meningkatkan kemahiran pembundaran nombor

bulat hingga 1000 kepada puluh dan ratus terdekat dalam kalangan murid tahun 2?

METODOLOGI KAJIAN

Pelaksanaan kajian ini adalah melibatkan seramai empat orang peserta kajian tahun 2. Keempat-empat

mereka adalah murid perempuan yang dipilih berdasarkan Ujian Diagnostik yang telah dijalankan

sebaik sahaja tajuk Pembundaran diperkenalkan kepada mereka. Pengumpulan data dibuat

menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen dan temu bual. Selain itu, data kualitatif bagi kajian

ini telah dianalisis secara deskriptif mengikut individu.

Triangulasi digunakan bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan hasil dapatan kajian. Antara

instrumen yang diaplikasikan ialah ujian iaitu menerusi Ujian Pra dan Ujian Pasca. Item bagi kedua-

dua ujian ini adalah sama dan tidak diubah. Dokumen yang telah dianalisis ialah menerusi buku

latihan dan lembaran kerja peserta kajian. Temu bual pula dijalankan selepas Ujian Pra dan Ujian

Pasca serta sepanjang sesi intervensi berlangsung secara separa berstruktur.

Page 4: 776-1506-1-SM

Pengumpulan data berbentuk dokumen dikumpul menerusi lembaran kerja dan buku latihan peserta

kajian. Hal ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan dan pemahaman peserta terhadap tajuk

pembundaran yang ingin dikaji. Selain itu, pengkaji dapat meneliti dan menilai perkembangan setiap

peserta kajian secara individu.

Ujiian Pra dan Ujian Pasca dijalankan bertujuan untuk melihat secara menyeluruh perkembangan

peserta kajian dari sebelum kajian sehingga selepas kajian dijalankan. Sekiranya kajian yang

dijalankan benar-benar membuahkan kejayaan, perbezaan yang ketara dapat dilihat melalui

perbandingan antara dua ujian tersebut sama ada menerusi aspek kemahiran, pemahaman, tingkahlaku

dan sebagainya.

Instrumen berbentuk temu bual pula berperanan untuk menyokong bukti-bukti berbentuk dokumen.

Menerusi temu bual juga, pengkaji dapat mengetahui pemahaman, pengalaman dan pandangan peserta

pada setiap sesi intervensi dan ujian yang dijalankan. Temu bual yang dilaksanakan telah ditulis dan

diterjemah dalam bentuk transkrip bagi memudahkan pengkaji untuk melakukan analisis dapatan.

SPESIFIKASI INTERVENSI

Kit ‘Slide & Write’ terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Papan Tulis (Writiting Board) dan Kad

Luncur (Sliding Card). Kedua-dua alat ini adalah berbentuk maujud dan berukuran 15 cm x 15 cm di

mana tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Kit ini adalah bersifat mobail memandangkan saiznya

yang sederhana, nipis dan ringan memudahkan murid untuk membawa kit ini ke mana sahaja serta

boleh diselitkan di dalam buku tulis murid. Pengkaji menyelitkan unsur warna di mana, menurut

Barry (2006), warna dapat mengukuhkan ingatan murid terhadap sesuatu pembelajaran.

Papan Tulis adalah bersifat legap dan Kad Luncur pula bersifat lutsinar. Kad Luncur dibina

menggunakan plastik berwarna yang lutsinar bagi memudahkan tujuan meluncur dan melakukan

proses pembundaran yang betul. Kedua-duanya memainkan peranan yang tersendiri dan telah

dirangka bagi menepati kehendak kajian yang hanya dibataskan kepada pembundaran terhadap puluh

dan ratus terdekat sahaja. Namun, kit ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian bilangan digit yang

digunakan. Papan Tulis ini berfungsi sebagai papan putih iaitu boleh dipadam setelah ditulis

menggunakan pen penanda. Jadi, papan ini boleh digunakan secara berulang-ulang kali.

Rajah 5: Kad Luncur (Sliding Card)

Rajah 6: Papan Tulis (Writing Board)

0 0

Page 5: 776-1506-1-SM

Langkah Penggunaan Alat

Contoh: Bundarkan 127 kepada puluh terdekat.

Jadual 1: Langkah Penggunaan Kit ‘Slide & Write’

Bil. Langkah-langkah Rajah Penggunaan

1 Salin nombor yang diberikan ke dalam petak

berwarna pada Papan Tulis.

2 Kenalpasti nilai tempat yang ingin dibundarkan

dan gariskan digit tersebut.

3 Luncurkan Kad Luncur di atas Papan Tulis

dengan memastikan bahawa garisan pada Kad

Luncur berada pada atasan garisan digit yang

perlu dibundarkan pada Papan Tulis.

1 2 7

1 2 7

1 2 7

1 2 7

0 0

0 0

Page 6: 776-1506-1-SM

4 Pada bahagian Kad Luncur yang berwarna dan

tertutup, murid akan mengaplikasikan petua

‘Miskin, Kaya’ yang dipelajari dengan

mengenalpasti jenis digit tersebut sama ada

‘Miskin’ atau ‘Kaya’. Jika berdigit 0, 1, 2, 3 atau

4, maka digit tersebut adalah digit ‘Miskin’.

Digit ‘Kaya’ialah 5, 6, 7, 8 atau 9.

5 Pada bahagian sebelah atas digit yang perlu

dibundarkan, isikan ruangan tersebut sama ada

perlu ditambah satu (+1) atau dikekalkan (+0).

6 Tiga petak sebelah bawah merupakan petak

jawapan bagi soalan bundar tersebut. Jumlahkan

nombor pada dua kotak sebelah atas ditambah

dan tuliskan pada kotak jawapan. Kotak jawapan

yang ditutup oleh Kad Luncur tidak perlu ditulis

dan hanya diabaikan.

7 Jawapan terakhir akan muncul pada tiga petak

jawapan tersebut kerana pembundaran ini hanya

melibatkan nombor 3 digit sahaja. Sekiranya Kad

Luncur berada pada luar kawasan petak jawapan,

maka jawapan tersebut tidak diambil kira. Sekali

lagi diingatkan bahawa, hanya digit yang berada

pada petak jawapan sahaja akan menjadi jawapan

akhir.

1 2 7

Digit pada petak ini

iaitu digit 7 perlu

ditentukan sama ada

‘Miskin’ atau ‘Kaya’.

1 2 7

+1

Petak untuk ditulis

sama ada +0 atau +1.

+1

1 2 7

0 0

0 0

0 0 1 3

Kotak jawapan akhir

0 0 1 3

+1

1 2 7

Jawapan akhir :

130

Page 7: 776-1506-1-SM

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah memilih seorang peserta kajian bagi tujuan penulisan artikel ni. Peserta kajian tersebut

bernama Ain, bukan nama sebenar. Beliau merupakan murid tahun 2 Delima yang agak pasif di dalam

kelas dan sangat lemah bagi subtopik pembundaran ini. Berdasarkan Ujian Pra yang telah dijalankan,

terdapat beberapa jenis kesilapan yang telah dilakukan oleh Ain.

Rajah 7: Item 6 – Ujian Pra

Antara kesilapan yang dilakukan ialah beliau mengganggap digit yang dibundarkan sebagai penentu

dan bukannya digit di sebelah kanan sebagai penentu kepada pengekalan dan penambahan nilai pada

digit yang dibundarkan. Item 6 pada Rajah 7 menerangkan di mana Ain telah melihat digit 7 iaitu

digit yang ingin dibundarkan sebagai penentu dan bukan nombor di sebelah kanannya. Jadi, dengan

melihat kepada digit 7, Ain terus mengaplikasikan petua bundar yang telah dikuasainya yang mana

digit 7 akan menyumbangkan nilai satu kepada nombor yang dibundarkan.

Rajah 8: Item 9 – Ujian Pra

Kesilapan kedua ialah keliru mengenai lokasi penambahan atau pengekalan nombor sama ada pada

digit yang dibundarkan atau digit disebelah kanan dan beliau terlupa untuk menukarkan nilai selepas

digit yang dibundarkan kepada sifar. Seperti Rajah 8 iaitu item 9, Ain tersilap membuat penambahan

di atas nombor di sebelah kanan iaitu pada digit 6. Sepatutnya, penambahan mahupun pengekalan

nombor hendaklah dibuat pada nombor yang dibundarkan iaitu digit 5 pada rumah puluh.

Satu sesi temu bual dijalankan sebaik sahaja selesai Ujian Pra. Apabila disoal mengenai soalan

pembundaran yang diberikan, Ain menyatakan bahawa soalan tersebut adalah sukar dan beliau tidak

tahu cara dan proses penyelesaiannya yang betul.

Maka, empat sesi intervensi telah dirangka bagi mengatasi masalah ini. Pada sesi intervensi pertama,

pengkaji menekankan mengenai pengukuhan petua bundar yang pernah diajar sebelum ini sewaktu

sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu Petua ‘Miskin, Kaya’. Nombor ‘Miskin’ iaitu 0, 1, 2, 3 & 4

tidak akan mengubah digit yang dibundarkan di mana ia akan kekal, manakala bagi nombor ‘Kaya’

iaitu 5, 6, 7, 8 & 9, digit yang dibundarkan perlu ditambah satu. Berdasarkan temu bual yang

dijalankan, Ain dapat menyatakan secara lisan petua tersebut dengan lancar dan tepat. Kelihatan juga

beliau sangat yakin dan tidak bermasalah dalam memahami petua bundar. Lembaran kerja yang

diedarkan juga diselesaikan dengan baik. Namun, berdasarkan pemerhatian yang dibuat, beliau

kelihatan kurang bersemangat sewaktu sesi intervensi pertama ini berlangsung dan beliau telah

meluahkan perasaan bosannya kerana telah menguasai kemahiran tersebut.

Page 8: 776-1506-1-SM

Rajah 9: Item pada Lembaran Kerja Sesi Intervensi I

Pada intervensi kedua, pengkaji mula memperkenalkan alat intervensi iaitu Kit ‘Slide & Write’

kepada peserta kajian. Pada awal sesi, pengkaji menerangkan mengenai fungsi alat tersebut dan cara

penggunaannya secara lebih jelas. Ketika ini, Ain kelihatan memberikan tumpuan dan perhatian

dengan penuh minat terhadap alat tersebut dan teruja untuk menggunakannya dalam menyelesaikan

soalan yang diberi. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Ain dapat menggunakan kit tersebut

dengan baik. Buktinya ialah beliau mampu menjawab semua item soalan yang diberikan dengan betul

tanpa sebarang kesilapan.

Seterusnya pada sesi intervensi ketiga, pengkaji tidak lagi membenarkan peserta kajian untuk

menggunakan Kad Luncur. Jadi, peserta kajian hanya bergantung kepada Papan Tulis sahaja untuk

membuat penyelesaian terhadap soalan yang diberikan. Pemerhatian dibuat sewaktu Ain

menyelesaikan soalan yang diberi dan kelihatan kertas jawapan beliau adalah sangat kemas dan beliau

tampak yakin menyiapkan tugasan meskipun tanpa bantuan Kad Luncur. Ain juga merupakan antara

peserta yang paling pantas menghantar lembaran kerja untuk disemak. Ketika ditemu bual, beliau

menyatakan bahawa beliau sudah mahir menyelesaikan soalan bundar meskipun tanpa kehadiran Kad

Luncur. Semua item yang dijawab juga betul.

Penyelesaian soalan bundar tanpa sebarang alat ditekankan oleh pengkaji bagi sesi intervensi yang

keempat. Ain mampu menjawab kesemua soalan dengan pantas dan betul. Tiada sebarang pengiraan

atau contengan yang dibuat pada kertas jawapan beliau menandakan beliau mampu untuk meneka

jawapan yang betul dengan hanya menggunakan pengiraan mental sahaja.

Rajah 10: Tiada Pengiraan pada Lembaran Kerja Sesi Intervensi IV

Namun terdapat satu kesilapan di mana pengkaji telah mengklasifikasikannnya sebagai kecuaian.

Rajah 11: Kecuaian dalam Lembaran Kerja Sesi Intervensi IV

Page 9: 776-1506-1-SM

Hal ini dapat dibuktikan menerusi temu bual bersama Ain dan beliau menyatakan, “Saya salah jawab.

Nak cepat siap masa tu. Sebenarnya 690”. Jadi, jelas bahawa beliau cuai dalam menyelesaikan

masalah dan tahu akan kesilapan yang dilakukan serta membetulkannya dengan memberikan jawapan

secara lisan. Pada sesi intervensi ini juga, pengkaji telah mengedarkan latihan tambahan kepada

semua peserta kajian yang mengandungi 30 item soalan pembundaran yang pelbagai. Latihan tersebut

berjaya dijawab dengan pantas oleh Ain meskipun tanpa alat dan dalam masa kurang daripada 20

minit. Ain hanya melakukan satu kesilapan dalam menyelesaikan soalan latihan tersebut iaitu pada

item 6. Namun, seperti biasa beliau menyedari akan kesilapan tersebut dan menyatakan kepada

pengkaji akan jawapan yang betul bagi item berkenaan iaitu 550.

Rajah 12: Item 6 – Latihan Tambahan

Kajian tindakan ini diakhiri dengan pelaksanaan Ujian Pasca yang mana Ain telah menjawab kesemua

item dengan betul dan tepat. Perubahan tingkahlaku paling ketara yang berlaku terhadap Ain ialah

beliau menunjukkan minat dan semangat yang berkobar untuk mempelajari Matematik. Beliau antara

peserta yang sering datang awal sewaktu sesi intervensi dijalankan. Tamat sahaja Ujian Pasca, beliau

merungut bahawa soalan yang diberikan terlalu sedikit dan hanya 10 soalan sahaja. Pada pendapat

beliau, soalan yang dibekalkan terlalu mudah dan beliau meminta sekiranya ada lembaran kerja lain

untuk beliau jawab sebagai tambahan.

Jadual 2: Perbezaan Hasil Kerja Ain pada Sebelum dan Selepas Kajian

SEBELUM SELEPAS

Page 10: 776-1506-1-SM

Secara keseluruhannya, pengkaji dapat melihat dengan jelas perbezaan antara pencapaian sebelum

dan selepas kajian yang berlaku terhadap Ain. Perubahan tingkah laku juga dapat dilihat dengan

ketara sepanjang menjalankan sesi intervensi bersama beliau. Ain menunjukkan peningkatkan yang

memberangsangkan di mana selepas kajian dijalankan, beliau mendapat skor 10/10 dengan menjawab

soalan dalam masa 2 minit sahaja berbanding sebelum rawatan, beliau hanya memperoleh 3/10 sahaja

meskipun masa menjawab yang diperuntukkan adalah selama 30 minit. Pemerhatian yang dibuat juga

mendapati bahawa kertas jawapan Ain adalah lebih kemas, tersusun dan bersih berbanding

sebelumnya di mana terdapat pengiraan yang salah dan ragu-ragu, kesan memadam jawapan yang

ketara dan kertas sedikit kotor dan kurang kemas menandakan pada waktu itu beliau kurang yakin

dalam menyelesaikan soalan yang diberi.

KESIMPULAN

Rumusannya, pengkaji berpendapat bahawa kajian tindakan ini berjaya mencapai objektif yang

ditetapkan menerusi intervensi yang telah dijalankan bersama peserta kajian. Alat intervensi yang

diperkenalkan juga kelihatan dapat menarik minat murid untuk memahami isi pelajaran. Kesemua

peserta kajian menunjukkan peningkatan yang baik dalam tajuk pembundaran berbanding sebelum

kajian dilaksanakan.

Kekuatan yang dapat dilihat menerusi alat intervensi yang dibina ini ialah dapat membantu

meningkatkan kemahiran pembundaran kepada puluh dan ratus yang terdekat dalam kalangan peserta

kajian di mana peserta mula faham mengenai nilai tempat yang ingin dibundarkan, fungsi digit di

sebelah kanan sebagai penentu, lokasi atau tempat untuk melakukan penambahan atau pengekalan

nombor sama ada pada digiti yang dibundarkan atau digit di sebelah kanan serta membina ingatan

peserta untuk meletakkan sifar di sebelah kanan digit yang dibundar selepas proses pembundaran

dilakukan.

Sesi intervensi yang dirangka telah mampu membina ingatan peserta kajian mengenai proses

pembundaran serta fungsi nombor di sebelah kanan sebagai penentu sama ada perlu mengekal atau

menambah satu bagi nombor yang dibundarkan. Kehadiran warna pada kit tersebut membantu murid

untuk mengingat lokasi dan fungsi nombor dengan lebih baik. Pemahaman yang dibina secara ansur

maju membantu peserta kajian memahami proses yang berlaku satu demi satu dan dalam masa yang

sama mahir menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Namun terdapat sedikit kelemahan bagi Kit ‘Slide & Write’ ini iaitu terhad kepada nombor bulat

hingga 1000 sahaja. Oleh itu, beberapa penambahbaikkan boleh dilakukan seperti dengan

mengubahsuai alat agar dapat digunakan bersama digit yang lebih besar dan tidak hanya terhad

kepada digit hingga 1000 sahaja. Menerusi pengubahsuaian tersebut, alat ini boleh digunakan secara

lebih menyeluruh dan universal. Bahan yang digunakan juga boleh ditukarkan kepada bahan yang

lebih kukuh dan tahan lama agar dapat digunakan berulang kali dan mempunyai nilai komersil

tersendiri.

Seterusnya, alat ini boleh diterjemahkan dalam bentuk aplikasi ICT di mana Kit ‘Slide & Write’

dijelmakan dalam bentuk animasi dan interaktif. Hal ini sudah pasti dapat menarik minat murid untuk

mempelajari tajuk ini serta menyelesaikan masalah berkaitan pembundaran di samping dapat

meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komputer.

Kajian tindakan ini memberikan impak yang besar kepada pengkaji terutamanya dalam bidang

profesionalisme keguruan yang mana merupakan langkah pertama bagi seorang guru pelatih ke alam

dunia pendidikan yang sebenar. Pendedahan terhadap permasalahan di sekolah memberikan gambaran

sebenar kepada pengkaji dalam menghadapi realiti bidang tugas guru pada masa akan datang.

Page 11: 776-1506-1-SM

RUJUKAN

A S Hornby (2000). Oxford Advance Learner’s Dictionary, 6th Edition. New York: Oxford University

Press.

Cambrige Dictionaries Online: slide, write. Akses dari

http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/ Diakses pada 15 Mac 2014.

Cecilia Wong Yick Yim (2012). Catatan Teknik Pengajaran Matematik Kepada Murid Lemah oleh

Cikgu Wong Yick Yim. Akses dari

http://www.slideshare.net/cikguwongyickyim/teknik-pengajaran-dan pembelajaran

matematik-tahap2?utm_source=slideshow01&utm_medium=ssemail&utm_campaign=share_

lidesho _loggedout. Diakses pada 15 Mac 2014.

Chia Chiaw Ming (2013). Penyelidikan Tindakan : Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur:

Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam

Pengajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Deb Russell (2012). How to Round Numbers. Akses dari

http://math.about.com/od/arithmetic/a/Rounding.htm. Diakses pada 15 Mac 2014.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2008). Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua. Selangor: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Hajah Noresah Baharom (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Sukri Berawi & Victor Jibson (2006). Kajian Tindakan: Penggunaan Kaedah Bahan Maujud dan

Kaedah Biasa (Conventional) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menambah

Pelajar-pelajar Tahap 1. Sarawak:Institut Perguruan Rajang.

Suraya Binti Othman (2006). Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membundarkan Nombor

Bulat Dengan Menggunakan ‘Kit Nombor’ dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Prihatin.

Johor: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd. Yunos.

TheFreeDictionary by Farlex: Round Off. Akses dari

http://www.thefreedictionary.com/round+off. Diakses pada 15 Mac 2014.