Upload
norfaisal-wahi
View
255
Download
18
Embed Size (px)
DESCRIPTION
aktiviti sukaneka
Citation preview
AKTIVITI SUKANEKA
KERTAS KERJA
CADANGAN AKTIVITI SUKANEKA BTPN-PKG PAHANG
1.0 PENGENALAN
Aktiviti Sukaneka merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim
dan hubungan kekeluargaan antara Pegawai serta kakitangan BTPN-PKG
pahang. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan
sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah
masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Sukaneka ini juga
merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan
kerjasama antara semua pegawai serta kakitangan . Aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan semasa Sukaneka ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu
platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga BTPN PAHANG.
Antara pengisian dalam aktiviti Sukanekaini meliputi aspek kebudayaan,
kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan, sambutan aktiviti Sukanekaini
akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan
silaturahim di kalangan pegawai serta kakitangan BTPN PAHANG.
2.2 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam
nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
2.3 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan
pelajar BTPN PAHANG sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti kerja.
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 1
AKTIVITI SUKANEKA
3.0 TEMA
Cadangan tema hari Sukaneka ialah “SANTAI SAMA-SAMA”
4.0 PERINCIAN PROGRAM
4.1 Tarikh:
4.2 Masa: 5.00 pagi hingga 6.30 petang.
4.2 Tempat: Dataran Ilmu
4.3 Anggaran Bil Peserta: 48 orang
5.0 PENYERTAAN
Terbuka Warga BTPN PKG Pahang.
6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran 1
7.0 PERANCANGAN
7.1 PERINCIAN TUGAS
Rujuk Lampiran 2
7.2 CARTA GANNT
Rujuk Lampiran 3
7.3 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 4
8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN
8.1 ANGGARAN PERBELANJAAN:
Rujuk Lampiran 5
8.2 YURAN DAN JADUAL KUTIPAN
Rujuk Lampiran 6
9.0 KEMUDAHAN PERSEKITARAN
Rujuk Lampiran 7
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 2
AKTIVITI SUKANEKA
10.0 PENGISIAN PROGRAM
9.1 ACARA, PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SUKAN RAGAM
Rujuk Lampiran 8
11.0 PENUTUP
Dengan terlaksananya Sukaneka diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim dan muhibbah di kalangan pegawai dan kakitangan BTPN-PKG
pahang, serta dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan
di kalangan sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.
Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Disediakan oleh :
……………………………………..
(Mohd Rashid bin Muda)
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 3
AKTIVITI SUKANEKA
LAMPIRAN 1
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung : TN. HJ ZAKARIA A. SHUKORPengarah Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
Penasihat : EN. MOHD JASA BIN HJ. SIRAJPensyarah Pendidikan JasmaniInstitut Perguruan Temenggong Ibrahim
Pengarah Program : CIK MAZRIZA BINTI MOHAMED DIAH (KH1)
Timbalan Pengarah Program
: CIK MASNIZA BINTI MOHAMMAD (KH1)
Setiausaha : PN. MURNI BINTI MOHD MOKHTAR (KH1)
Timbalan Setiausaha : CIK MASNIZA BINTI MOHAMMAD (KH1)Bendahari : CIK NADYA BINTI SHAFII (KH1)Urusetia Keselamatan : CIK NURUL IKMAL BIN ABDUL RAHIM (KH2)
EN. SAHRELHALID BIN MOHD YUSOF (KS1)PN. IZARIDA BINTI JUMAAT (MT1)PN. HARTINI BINTI MAHMOOD (BM2)
Urusetia Pendaftaran : EN. SYUKUR BIN ABDUL (PSV1)CIK HAYATI BINTI MAHDINI (BM1)
Urusetia Pengadilan : CIK LEE CHI KING (BSC1)EN.HIDAYAT BIN MOHD (PI1)PN. ELYANIZA BINTI SAPAAT (PJA1)CIK FATIN BINTI KASSIM (KH2)
Urusetia Publisiti dan Buku Program
: EN. KESEVAN A/L KANIAPAN (MT2)EN. SAIFUL BIN SAID (PEM1)
Urusetia Teknikal dan Persiapan Tempat
: EN. MOHD SHAHRIL BIN A. RAHIM (BI2)CIK LELAWATI BT MAZELI (PSV2)PN. NOR HANA BT RAMLAN (PEM2)
Urusetia Perhubungan dan Cenderahati / Hadiah
: EN. SAID FAZLI BIN SAID MOKHTAR (PI1)EN. LATCHUMI A/P PRAPAKARAN (BT1)
Urusetia Jamuan : PN. FATIN AKILA BT HASSAN BASRI (BM2)CIK ROZIANA BT CHE ROS (KS2)EN. FAIZUL AMIN BIN ANUAR (PJA2)
Urusetia Protokol dan Tugas Khas
: PN. AMAL HAYATI BINTI HAFIZ (MT2)PN. LAAILATUL HANIM BINTI AZIZUL (BI2)
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 4
AKTIVITI SUKANEKA
LAMPIRAN 2
PERINCIAN TUGAS
Bil Perkara Tarikh Pelaksana Catatan
1 Penulisan Kertas Kerja 7 April 2008 Ketua Program & Setiausaha
2 Pembentangan Kertas Kerja 10 April 2008 Ahli Jawatankuasa Induk Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
3 Penubuhan jawatankuasa kerja dan struktur organisasi
10 April 2008 Semua ahli yang terlibat Setiap ahli jawatankuasa bergerak mengikut tugas yang telah ditetapkan
4 Penyelarasan jadual pelaksanaan projek bagi setiap unit bahagian. Penjanaan idea / brainstorming
12 April 2008 Semua ahli yang terlibat Semua AJK mengemukakan jadual pelaksanaan bagi setiap tugas masing-masing.
5 Proposal dan Sumber kewangan. Jemputan / peserta / hadiah.
14 April 2008 Ahli Jawatankuasa Promosi & Seranta
Membuat poster dan pengumumam pada hari perhimpunan.
6 Maklum balas penyertaan 17 April 2008 Ahli Jawatankuasa Promosi Pembahagian nama peserta mengikut Pasukan dan aktiviti Sukanekauntuk memudahkan sesi pendaftaran.
7 Persediaan tempat untuk perlaksanaan program / Penyediaan bahan untuk keseluruhan program.
21 April 2008 Ahli Jawatankuasa Persiapan Menyediakan semua kelengkapan yang diperlukan dan memastikan semua alatan mencukupi dan dalam keadaan yang sempurna.
8 Pertandingan aktiviti Sukanekadimulakan.
24 April 2008 Semua ahli yang terlibat Setiap ahli menjalankan tugas masing-masing seperti yang telah ditetapkan.
9 Penyampaian Hadiah 24 April 2008 Ahli Jawatankuasa Cenderahati Hadiah kepada seteiap pemenang
10 Acara penutup 24 April 2008 Semua ahli yang terlibat
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 6
AKTIVITI SUKANEKA
LAMPIRAN 3
CARTA GANNT
Bil Perkara 7/04/08
-
9/04/08
10/04/08 11/04/08 12/04/08
-
13/04/08
14/04/08
-
16/04/08
17/04/08
-
20/04/08
21/04/08
-
23/04/08
24/04/08
1 Penulisan Kertas Kerja
2 Pembentangan Kertas Kerja
3 Penubuhan jawatankuasa kerja dan struktur organisasi
4 Penyelarasan jadual pelaksanaan projek bagi setiap unit bahagian. Penjanaan idea / brainstorming
5 Proposal dan Sumber kewangan. Jemputan / peserta / hadiah.
6 Maklum balas penyertaan
7 Persediaan tempat untuk perlaksanaan program / Penyediaan bahan untuk keseluruhan program.
8 Pertandingan aktiviti Sukanekadimulakan.
9 Penyampaian Hadiah
10 Acara penutup
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 7
AKTIVITI SUKANEKA
LAMPIRAN 4
TENTATIF PROGRAM
Khamis ( 24hb April 2008)
Masa Perkara Aktiviti
7.30 – 7.45 pagi Pendaftaran
Peserta
Khemah urusetia di padang
7.45 – 8.00 pagi Kehadiran para
pensyarah
Tempat duduk pensyarah di Astaka
8.00 – 8.15 pagi Kehadiran
Pengarah BTPN
PAHANG
Tempat duduk pensyarah di Astaka
8.15 - 8.30 pagi Ucapan oleh
penasihat
aktiviti
EN. MOHD JASA BIN menyampaikan ucapan sempena
berlangsungnya aktiviti sukan ragam
8.30 – 8.45 pagi Ucapan
pengarah dan
Perasmian
Pengarah BTPN PAHANG memberi sepatah dua kata dan
merasmikan aktiviti Sukan Ragam
9.00-9.45 pagi Aktiviti sukan
ragam
1. Lari Dalam Guni
2. Memancing Botol
3. Membawa Bola Pingpong Dalam Sudu
9.45-10.30 pagi Aktiviti sukan
ragam
4. Lari Kaki Tiga
5. Belon Air
6. Terompah Gergasi
10.30-11.15 pagi Aktiviti sukan
ragam
7. Isi Air dalam Botol
8. Pijak Belon
9. Batu Seremban
11.15-12.00 tgh Aktiviti sukan
ragam
10.Galah PAnjang
11. Belon Air (pensyarah)
12.00-12.30 tgh Jamuan
tengahari
Semua pensyarah dan pelajar menjamu selera
12.35 tgh -1.35
petang
Keputusan dan
penyampaian
hadiah
Pengarah program mengumumkan keputusan pertandingan.
Penyampaian hadiah oleh pengarah BTPN PAHANG
1.40 petang Bersurai Majlis tamat
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 8
AKTIVITI SUKANEKA
LAMPIRAN 5
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Catatan Kuantiti Kos (perunit)
Kos keseluruhan
1 PeralatanTali tangsi
1 gulung RM 5.00 RM 5.00
Sudu 20 batang RM10.00 RM 20.00
Tali 1 gulung RM5.00 RM 5.00
Span 16 RM1.20 RM 5.00
belon 2 peket RM 5.00 RM 10.00
2 Hadiah Hamper
Pasukan keseluruhan
1 RM50.00 RM50.00
Tempat pertama
10 RM30.00 RM300.00
Tempat kedua 10 RM20.00 RM200.00
3 Cenderahati pengarah 1 RM 30.00 RM30.00
Acara pensyarah(Hamper)Tempat pertama 1 RM30.00
RM50.00
Tempat kedua 1 RM20.00
4 Buku program Setiap Pasukan dan pensyarah
RM 30.00 RM30.00
5 Poster (unit promosi)
RM20.00 RM20.00
6 Persegaran Air mineral (pengadil sahaja)
3 dozen RM10.00 RM30.00
Makanan/minuman peserta(tengahari)
350 Orang RM3.00 RM1050.00
7 Budget luar jangka RM200.00
TOTAL RM2005.00
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 9
AKTIVITI SUKANEKA
LAMPIRAN 6
YURAN DAN JADUAL KUTIPAN
YURAN = RM7.00 PER INDIVIDU
Sertakan bersama borang penyertaan bagi setiap Pasukan sebelum 19 April 2008
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 10
AKTIVITI SUKANEKA
LAMPIRAN 7
KEMUDAHAN PERSEKITARAN
Rajah 1: Kawasan Aktiviti Sukan Ragam
Bil Perkara Bil Catatan
1 A – Lari dalam guni 7 G - Isi Air Dalam Botol
2 B – Memancing botol 8 H - Pijak Belon
3 C - Bawa bola Pingpong dalam Sudu 9 I - Batu Seremban
4 D - Lari Kaki Tiga 10 J - Galah Panjang
5 E - Belon Air 11 K – Astaka
6 F - Terompah Gergasi 12 L – Khemah pelajar
LAMPIRAN 8
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM
J
JL
L
L
L
K
I
A D G
BE F
H / C
11
AKTIVITI SUKANEKA
ACARA, PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SUKAN RAGAM
SENARAI ACARA SUKANEKA
Bil Acara Bil Acara
1 Lari Dalam Guni 6 Terompah Gergasi
2 Memancing Botol 7 Isi Air Dalam Botol
3 Membawa Bola Pingpong Dalam Sudu 8 Pijak Belon
4 Lari Kaki Tiga 9 Batu Seremban
5 Belon Air 10 Galah Panjang
SENARAI ALATAN
Bil. Alatan / Bahan Kuantiti
1. Guni 8 helai
2. Botol mineral 20 biji
3. Bola Pingpong 1 kotak
4. Sudu 20 batang
5. Tali 1 gulung
6. Selipar gergasi 4 pasang
7. Span 16
8. Belon 2 peket
9. Batu 28 biji
10. Tali Tangsi 1 gulung
PENGHAKIMAN / PEMARKAHAN
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 12
AKTIVITI SUKANEKA
1. Johan keseluruhan dikira berdasarkan jumlah mata pertandingan acara-acara
sukaneka.
2. Untuk pertandingan acara sukaneka, mata untuk setiap kedudukan adalah seperti
berikut:
Tempat Markah
Pertama 5
Kedua 4
Ketiga 3
Keempat 2
Kelima 1
3. Pemarkahan akan direkod dalam LAMPIRAN B
SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN
1) LARI DALAM GUNI
Syarat-syarat:
1. Pertandingan ini terdiri dari 4 orang peserta dalam satu kumpulan
(Pasukan).
2. Acara Lari Dalam Guni terdiri dari 2 peserta lelaki dan 2 peserta wanita
dewasa dalam satu kumpulan
3. Peserta pertama(wanita) akan memulakan larian sejauh 10 meter untuk
mengambil guni, masuk ke dalam guni dan lari ke garisan penamat secara
berganti-ganti.
4. Peseta pertama wanita akan lari dari A ke B . Peserta lelaki menggantikan
peserta pertama wanita dari B ke A. Seterusnya peserta kedua wanita akan
lari dari A ke B dan peserta lelaki terakhir akan lari dari B ke A (garisan
penamat).
5. Hadiah untuk pemenang yang menamatkan larian mengikut peraturan lari
dalam guni adalah dari No. 1 hingga No. 3 sahaja
6. Keputusan adalah muktamad.
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 13
AKTIVITI SUKANEKA
2) MEMANCING BOTOL
Syarat-syarat:
1. 4 orang peserta dari setiap Pasukan.
2. Peserta akan dibekalkan dengan 1 batang pancing dengan mata kail yang
berbentuk seperti batang mancis.
3. Peserta akan diarah beratur dalam barisan mengikut Pasukan.
4. Permainan dimulakan apabila satu irama diperdengarkan. Peserta pertama
akan mula memancing botol seberapa banyak mungkin sehingga irama
ditamatkan.
6. Permainan diteruskan dengan peserta seterusnya apabila irama
diperdengarkan semula.
7. Pemenang akan dikira berdasarkan peserta yang mendapat botol
yang paling banyak dalam tempoh masa yang diberi.
8. Hadiah disediakan untuk pemenang tempat pertama hingga ketiga.
3) MEMBAWA BOLA PING PONG DALAM SUDU
Syarat-syarat:
1. Setiap Pasukan hendaklah menghantar 5 orang peserta mewakili Pasukan.
2. Peserta pertama daripada setiap kumpulan dikehendaki membawa bola di
dalam sudu dengan menggunakan mulut (tanpa memegang bola tersebut)
dari garisan permulaan ke garisan yang menempatkan peserta kedua.
3. Peserta kedua akan melakukan aktiviti yang sama dari garisan kedua ke
garisan yang menempatkan peserta ketiga.
4. Seterusnya, peserta ketiga membawanya ke peserta seterusnya. Peserta
terakhir akan membawanya terus ke garisan penamat.
5. Peserta yang bolanya jatuh hendaklah berhenti, kutip bola dan bawa bola
di dalam sudu ke garisan penamat.
6. Hadiah akan diberikan untuk tempat pertama sehingga tempat ketiga
berdasarkan catatan masa. Keputusan pengadil adalah muktamad.
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 14
AKTIVITI SUKANEKA
4) LARI KAKI TIGA
Syarat-syarat:
1. 4 orang peserta dari setiap Pasukan.
2. 2 orang peserta akan membuat larian dengan kaki diikat sejauh 25 meter.
3. Sampai di garisan penamat, tali ikatan hendaklah dibuka untuk digunakan
oleh 2 orang peserta terakhir.
4. 2 orang peserta terakhir dikehendaki mengikat kaki dan terus lari ke
garisan penamat.
i) emenang dikira pada siapa yang sampai dahulu di garisan penamat.
ii) Tali ikatan masih terikat, tidak terbuka. Sekiranya terbuka semasa
membuat larian dikira batal.
5. Hadiah yang disediakan adalah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga
sahaja. Keputusan pengadil adalah muktamad.
5) BELON AIR
Syarat-syarat:
1. Peserta adalah terdiri daripada 6 orang mewakili setiap Pasukan.
2. Peserta hendaklah berbaris dalam satu barisan mengikut Pasukan, peserta
pertama akan mengambil belon air dari baldi yang disediakan dan
dikehendaki membawa belon tersebut kepada peserta dibelakangnya
dengan syarat tidak boleh menoleh ke belakang. Peserta terakhir akan
mengumpul belon air ke dalam baldi yang disediakan.
3. Belon air yang terjatuh ke tanah atau pecah tidak akan di kira..
4. Pemenang di adili berdasarkan jumlah belon air terbanyak yang berjaya
dikumpul. Keputusan pengadil adalah muktamad.
6) TEROMPAH GERGASI
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 15
AKTIVITI SUKANEKA
Syarat-syarat:
1. Setiap pasukan terdiri daripada 10 peserta (5 lelaki dan 5 wanita).
2. Sebanyak dua saringan akan dilakukan. Setiap saringan disertai oleh lapan
(8) pasukan. Daripada setiap saringan, tiga pasukan pertama yang berjaya
menamatkan permainan akan melayakkan diri ke peringkat akhir.
3. Peserta wanita akan memulakan permainan dan ditamatkan oleh peserta
lelaki.
4. Peserta wanita dikehendaki bersedia memakai terompah dan memulakan
permainan sebaik sahaja wisel permulaan ditiup.
5. Peserta wanita akan menuju ke peserta lelaki di hujung trek. Seterusnya
peserta lelaki akan mengambil alih terompah dan berpatah balik ke garisan
permulaan untuk menamatkan permainan.
6. Setiap pasukan perlu pastikan hujung belakang tapak terompah melepasi
garisan penamat bagi setiap larian.
7. Pemenang akan dikira berdasarkan pasukan yang terawal menamatkan
permainan.
8. Hadiah akan diberikan untuk pemenang pertama hingga ketiga sahaja.
7) ISI AIR DALAM BOTOL
Syarat-syarat:
1. Peserta adalah terdiri daripada 1 kumpulan (5 orang) mewakili setiap
kampus.
2. Peserta bergilir-gilir membawa air menggunakan span dan masukkan air
dalam botol yang disediakan.
3. Masa selama 3 minit diperuntukan. Pemenang diadili berdasarkan sukatan
jumlah air yang banyak.
4. Keputusan pengadil adalah muktamad.
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 16
AKTIVITI SUKANEKA
8) PIJAK BELON
Syarat-syarat:
1. Peserta terdiri dari 2 orang dari setiap Pasukan.
2. Setiap peserta akan diberi sebiji belon yang berlainan warna mengikut
Pasukan dan diikat dikaki peserta.
3. Peserta dikehendaki memijak belon lawan sehingga pecah dan menjaga
belon masing-masing.
4. Belon yang pecah dikira mati dan dikehendaki keluar dari gelanggang.
5. Tiga peserta terakhir dikira pemenang.
9) BATU SEREMBAN
Syarat-syarat:
1. Satu kumpulan terdiri dari 4 orang (1 orang wakil dari setiap Pasukan).
2. Menentukan Giliran
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki
menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang
akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan
seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah
diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya
hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang
dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.
3. Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang
mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah
satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas
dinamakan buah tujuh.
4. Menimbang
Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah
menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah
diperingkat ini ada dua kaedah.
Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira
hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 17
AKTIVITI SUKANEKA
buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka
mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang
dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan
permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.
5. Mati Permainan
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas
lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah
sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat
walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan
akan diserahkan kepada pemain seterusnya.
6. Markah tamat adalah 100 mata. Pemain yang dapat mencecah 100 mata
dikira pemenang.
10) GALAH PANJANG
Syarat-syarat:
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 18
AKTIVITI SUKANEKA
1. Permainan ini dimainkan dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan
penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap Pasukan perlu menghantar 10
pemain.
2. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan
lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah
sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari
gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan
garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga
garisan melintang di dalam gelanggang.
3. Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan oleh kedua-dua ketua
pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan
pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya
dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.
Spesifikasi Gelanggang
4. Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang
dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 19
AKTIVITI SUKANEKA
5. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah
melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan
pertukaran kedudukan pasukan.
6. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari
garisan gelanggang.
7. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat
melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu
mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.
8. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira
memenangi perlawan tersebut.
PENYERTAAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua.
2. Semua permohonan masuk hendaklah dibuat menggunakan borang yang
disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola sahaja.
PEMBATALAN PENYERTAAN
1. Peserta lewat mendaftar pada hari pertandingan.
2. Peserta tidak hadir pada hari pertandingan.
MELAPOR DIRI
1. Setiap peserta dikehendaki melapor diri kepada pegawai penyelia peserta lebih
awal iaitu 30minit sebelum acara dimulakan. Peserta yang tidak melaporkan diri
setelah 15minit sesuatu acara diumumkan dianggap Pasukan tersebut sebagai
menarik diri.
PAKAIAN
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 20
AKTIVITI SUKANEKA
1. Setiap peserta mestilah berpakaian sukan yang kemas pada setiap kali menyertai
acara yang disertainya. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.
2. Semasa menerima hadiah, setiap peserta juga dikehendaki memakai track suit dan
berkasut sukan.
KESELAMATAN
1. J/K Pengelola dan pihak BTPN PAHANG tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kemalangan, kecederaan ataupun kehilangan harta benda sebelum,
semasa dan selepas pertandingan.
ALAT-ALAT PERTANDINGAN
1. Semua alat pertandingan akan disediakan oleh J/K Pengelola.
BANTAHAN / RAYUAN
1. Bantahan / rayuan secara lisan hendaklah dibuat kepada referi sebaik sahaja
sasuatu acara tamat.
HAK J/K PENGELOLA
1. J/K Pengelola berhak untuk membuat keputusan atau apa-apa yang tidak
disebutkan dalam peraturan ini.
2. Setiap acara akan dimulakan mengikut tarikh, masa dan tempat seperti yang
dinyatakan dalam atur cara, tetapi jika perlu J/K Pengelola berhak membuat
sebarang perubahan.
FORMAT PERTANDINGAN
1. Semua pertandingan diadakan secara kalah mati. Di mana setiap pasukan Pasukan
yang kalah tidak akan meneruskan pertandingan.
2. Kedudukan kumpulan adalah mengikut cabutan undi.
3. Format Pertandingan adalah seperti dalam LAMPIRAN A.
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 21
AKTIVITI SUKANEKA
LAMPIRAN A
FORMAT PERTANDINGAN
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM
MT 1
BM 2
BM 1
MT 2
KH 1
KH 2
PRA-SEK
PSV
PK
BC 1
BC 2
BC 3
P.ISLAM
ENGLISH
BMK
K.SOSIAL
22
AKTIVITI SUKANEKA
LAMPIRAN B
BORANG PEMARKAHAN
PASUKANACARA
JUMLAH1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 24
AKTIVITI SUKANEKA
LAMPIRAN AKTIVITI PROMOSI
1. POSTER2. BORANG PENYERTAAN3. KAD JEMPUTAN4. BUKU PROGAM
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 25
AKTIVITI SUKANEKA
BIL JENIS PERMAINAN PESERTA
1 Lari Dalam Guni
1)______________________________
2)______________________________
3)______________________________
4)______________________________
2
Memancing Botol1)______________________________
2)______________________________
3)______________________________
4)______________________________
3Membawa Bola Pingpong Dalam Sudu
1)______________________________
2)______________________________
3)______________________________
4)______________________________
4 Lari Kaki Tiga
1)______________________________
2)______________________________
3)______________________________
4)______________________________
5 Belon Air
1)______________________________
2)______________________________
3)______________________________
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG PENYERTAAN SUKANEKA
_______________________________________
26
AKTIVITI SUKANEKA
4)______________________________
5)______________________________
6)______________________________
6 Terompah Gergasi
1)______________________________
2)______________________________
3)______________________________
4)______________________________
5)______________________________
6)______________________________
7)______________________________
8)______________________________
9)______________________________
10)_____________________________
7 Isi Air Dalam Botol
1)______________________________
2)______________________________
3)______________________________
4)______________________________
5)______________________________
8 Pijak Belon
1)______________________________
2)______________________________
9 Batu Seremban1)______________________________
2)______________________________
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 27
AKTIVITI SUKANEKA
3)______________________________
4)______________________________
10 Galah Panjang
1)______________________________
2)______________________________
3)______________________________
4)______________________________
5)______________________________
6)______________________________
7)______________________________
8)______________________________
9)______________________________
10)_____________________________
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM 28