7
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA MALAYSIA ENDOCRINE & METABOLIC SOCIETY Bersama-sama Memudahkan Puasa Di Bulan Ramadan

ABC_NVS_Ramadan Patient Booklet_Localised BM-7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ABC_NVS_Ramadan Patient Booklet_Localised BM-7

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

MALAYSIA ENDOCRINE& METABOLIC SOCIETY

Bersama-samaMemudahkan Puasa DiBulan Ramadan

Page 2: ABC_NVS_Ramadan Patient Booklet_Localised BM-7

Buku ini memberi panduan dan informasi untuk pesakit diabetes menjalani ibadah puasa serta pengambilan ubat, perancangan menu dan pengubahsuaian gaya hidup ketika berpuasa di bulan Ramadan:

Ia memberi maklumat mengenai:

❖ Merancang menu

❖ Bersenam

❖ Memantau paras gula dalam darah

❖ Hipoglisemia

❖ Dos dan masa pengambilan ubat

2 3

Apa yang berlaku pada badan anda ketika berpuasa?

❖ Bagi orang yang normal, insulin membantu sel mengambil masuk gula darah untuk disimpan dan ditukarkan kepada tenaga.1

❖ Bagi pesakit diabetes, badan mereka mungkin tidak mampu untuk menghasilkan insulin yang diperlukan secukupnya atau insulin yang dihasilkan tidak dapat berfungsi dengan sempurna (rintangan insulin).1

Apa yang berlaku ketika anda berpuasa?❖ Bagi individu yang sihat, purata paras gula dalam darah akan menurun

sedikit di awal bulan Ramadan dan akan kembali normal selepas lebih kurang 20 hari berpuasa.2

❖ Bagi pesakit diabetes yang mempunyai kesedaran yang baik tentang penyakit dan di bawah pengawasan perubatan, tiada perubahan ketara dapat dikesan pada paras gula dalam darah ketika mereka berpuasa di bulan Ramadan.2

Diadaptasi daripada Al-Arouj1

Pemecahanglikogen

(simpanan glukosa)

Rembesaninsulin

Guladalamdarah

Page 3: ABC_NVS_Ramadan Patient Booklet_Localised BM-7

❖ Jangan ambil banyak makanan bergula ketika berbuka puasa (contoh kek).

❖ Ambil banyak makanan berkanji supaya anda tidak berasa lapar ketika berpuasa (contoh nasi)

❖ Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap hidangan.

❖ Bersahur sebelum subuh dan bukan di tengah malam supaya dapat membantu mengimbangkan paras gula dalam darah dengan baik.

❖ Ambil minuman bebas gula atau minum air jika anda berasa dahaga.

❖ Kurangkan pengambilan makanan bergoreng – contoh ayam goreng dan roti canai.

4 5

- Jus oren tanpa gula- Beras perang- Susu lemak penuh- Epel- Anggur- Kacang bakar

- Pastri- Minuman ringan- Beras putih- Capati- Ais krim- Betik

- Donat- Minuman sukan- Beras Jasmine- Beras pulut- Laici- Tembikai

Apakah indeks glisemik (GI)?Apa yang anda patut makan?3

Indeks glisemik (indeks kadar gula dalam darah) dikaitkan dengan sesetengah makanan karbohidrat yang boleh menyebabkan kadar gula dalam darah berubah berbanding makanan lain.4

Apakah faedah mengambil makanan yang rendah indeks glisemik?6

❖ Menyebabkan paras gula darah naik dan turun dengan perlahan.

❖ Membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama dan mengurangkan pengambilan makanan ketika hidangan atau snek seterusnya.

Diadaptasi daripada Malaysian Clinical Practice Guidelines. Management of T2DM. May 2009 (4th ed.).5

Makanan rendah GI(Indeks GI ≤ 55)

Makanan sederhana GI(Index GI 56 - 69)

Makanan tinggi GI(Index GI ≥ 70)

Makanan ini meningkatkankadar gula dalam darahsecara perlahan-lahan

Makanan ini meningkatkankadar gula dalam darahdengan kadar sederhana

Makanan ini meningkatkankadar gula dalam darahdengan pantas

Page 4: ABC_NVS_Ramadan Patient Booklet_Localised BM-7

Mengapakah bersenam itu penting?7

❖ Selalu melakukan senaman boleh meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin yang dirembeskan oleh pankreas.

❖ Senaman membantu sel mengambil masuk gula darah dan menggunakannya sebagai tenaga.

Berapa banyakkah senaman yang perlu saya lakukan?3

Untuk mendapatkan manfaat kesihatan, anda digalakkan untuk melakukan senaman ringan atau sederhana dengan kerap.

Sejauh manakah kesan daripada senaman ini akan berterusan?7

Kesan senaman kepada gula darah berbeza bergantung kepada berapa lama anda bersenam dan banyak faktor lain. Senaman boleh menurunkan gula darah selama 24 jam or lebih selepas senanman dengan menyebabkan badan anda lebih sensitif terhadap insulin.

Tips untuk bersenam ketika berpuasa3

❖ Rujuk kepada doktor anda untuk mengetahui samada tahap diabetes anda stabil atau tidak untuk melakukan senaman.

❖ Mula bersenam sebaik-baiknya 1-2 jam selepas berbuka puasa. Solat malam Tarawih menolong pesakit mengekalkan aktiviti fizikal.

❖ Cari teman untuk bersenam, ahli keluarga, anak atau cucu, atau rakan sekerja anda dan jadikan senaman aktiviti yang menyeronokkan.

❖ Pilihlah aktiviti yang anda suka supaya aktiviti tersebut boleh dilakukan secara berterusan.

❖ Elakkan senaman berat ketika berpuasa kerana risiko hipoglisemia.

6 7

Bersenam untuk lebih bertenaga

KALENDER

Ahad

Aktiviti

Aktiviti

Aktiviti

Aktiviti

Isnin Selasa Rabu Khamis Jummat Sabtu

Page 5: ABC_NVS_Ramadan Patient Booklet_Localised BM-7

8 9

❖ Pemantauan tahap gula secara berterusan di rumah adalah sangat penting.

❖ Pemantauan ini tidak akan membatalkan puasa.❖ Dinasihatkan untuk mengambil bacaan gula dalam darah seperti

berikut: Sebelum sahur 2 – 4 jam selepas sahur Pertengahan atau lewat tengahari Sebelum berbuka puasa 2 – 4 jam selepas berbuka puasa Jika pesakit mengesyaki berlaku hipoglisemia

(bergantung kepada individu) jika pesakit tidak sihat (contoh demam)

❖ Pesakit perlu menamatkan puasa jika mengalami simptom hipoglisemia, menghadap kesan gula darah yang tinggi (hiperglisemia), atau dehidrasi.

Pemantauan tahap gula dalam darah3

2-4 jamselepas

berbuka puasa

Sebelumberbuka

puasa

Pertengahanatau lewattengahari

2-4 jamselepassahur

Sebelumsahur

Sila isi bacaan anda dalam jadual di bawah :

BAGUS

Page 6: ABC_NVS_Ramadan Patient Booklet_Localised BM-7

Rawatan segera untuk hipoglisemia8

Jika tahap gula dalam darah kurang daripada 3.9 mmol/L (70mg/dL), batalkan puasa anda serta-merta dengan megambil satu daripada makanan tersebut bagi menaikkan tahap gula darah:❖ ½ cawan jus buah-buahan❖ ½ cawan minuman biasa (bukan khusus untuk diet)❖ Secawan susu❖ 5 atau 6 biji gula-gula❖ 1 sudu besar gula atau madu

10 11

Simptom-simptom gula dalam darah rendah (hipoglisemia):8

Pening Mengantuk Berpeluhdingin

Gemuruh Mengigil Lapar

Puasa…Apakah jenis ubat yang sesuai untuk pesakit diabetes?

Puasa....Adakah gula dalam darah anda rendah?

Terdapat dua jenis ubat untuk penyakit diabetes: Ubat-ubatan oral dan suntikan

Ubat Oral❖ Metformin: Risiko hipoglisemia rendah.9

❖ Dipeptidyl peptidase-4 inhibitor: Ubat oral ini adalah pilihan yang selamat bagi rawatan diabetes ketika bulan Ramadan. Risiko hipoglisemia rendah.10

❖ Sulphonylureas: Risiko hipoglisemia secara am adalah tinggi.10

Suntikan❖ Insulin: Long-acting insulin: Ambil ketika berbuka puasa. Doktor akan mengubah

dos jika paras gula dalam darah dapat dikawal dengan baik.10

Short-acting insulin: Doktor akan mengubah dos insulin bersesuaian dengan saiz hidangan anda dan kandungan karbohidrat. Doktor juga mungkin akan mengurangkan dos insulin ketika bersahur jika paras gula anda terkawal dengan baik.10

❖ Incretin analogue: Kumpulan ubatan ini mungkin selamat bagi rawatan diabetes. Risiko hipoglisemia rendah.10

Apakah garis panduan khusus dari segi rawatan terapeutik?❖ Dos dan masa rawatan ketika bulan puasa mungkin perlu diubahsuai oleh

doktor mengikut keadaan setiap pesakit.3

❖ Jangan ubah dos dan masa rawatan tanpa kebenaran doktor.

Page 7: ABC_NVS_Ramadan Patient Booklet_Localised BM-7

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

MALAYSIA ENDOCRINE& METABOLIC SOCIETY

Pesanan pendidikan awam ini disokong oleh:

Level 22, Tower B, Plaza 33, No.1, Jalan Kemajuan, Seksyen 13,46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.Tel: 03-7948 1888 Fax: 03-7948 1818 www.novartis.com

© 2015. Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd.

Maklumat yang terkandung dalam buku panduan ini disediakan sebagai pengetahuan tambahan dan tidak boleh digunakan sebagai alternatif kepada nasihat doktor.

Rujukan:

1. Al-Arouj M, Bouguerra R, Buse J, et al. Recommendations for management of diabetes during Ramadan. Diabetes Care 2005; 28 (9):2305-11.

2. Jaleel MA, Raza SA, Fathima FN, Jaleel BN. Ramadan and diabetes: As-Saum (The fasting). Indian J Endocrinol Metab 2011; 15 (4): 268-73.

3. Ministry of Health Malaysia and Malaysian Endocrine & Metabolic Society. Practical Guide to Diabetes Management in Ramadan 2015.

4. American Diabetes Association: Glycemic Index and Diabetes. Available at http://www.diabetes.org/food-and-fitness/food/what-can-i-eat/understanding-carbohydrates/glycemic-index-and-diabetes.html. Last accessed: 15-4-2015.

5. Malaysian Clinical Practice Guidelines. Management of T2DM. May 2009 (4th ed.).

6. National Health Service United Kingdom: What is the glycaemic index (GI)? Available at http://www.nhs.uk/chq/pages/1862.aspx?categoryid=51. Last accessed 19-4-2015.

7. American Diabetes Association: Blood Glucose Control and Exercise. Available at http://www.diabetes.org/food-and-fitness/fitness/get-started-safely/blood-glucose-control-and-exercise.html. Last accessed 15-4-15.

8. National Diabetes Information Clearinghouse. Hypoglycemia. Available at: http://diabetes.niddk.nih.gov/dm/pubs/hypoglycemia/hypoglycemia.pdf. Last accessed: 20-5-2014.

9. Ahmed MH, Abdu TA. Diabetes and Ramadan: an update on use of glycemic therapies during fasting. Ann Saudi Med 2011; 31 (4):402-6.

10. Hassanein MM. Diabetes and Ramadan: how to achieve a safer fast for Muslims with diabetes. The British Journal of Diabetes & Vascular Disease 2010; 246-50.

GLS

/031

5/P

IL/0

1