13
248 ZAKAT SAHAM: STATUS KEWAJIPAN DAN ISU PEMILIKAN SEMPURNA Lokmanulhakim Hussain 1 International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) ABSTRAK Zakat adalah salah satu rukun Islam yang merupakan kewajipan terhadap harta. Kewajipan zakat harta bergantung kepada syarat-syarat tertentu, antara lain ialah wujudnya pemilikan sempurna terhadap sesuatu harta. Kajian ini membuat analisis berkenaan dengan pemilikan sempurna terhadap saham yang merupakan suatu jenis harta dalam bentuk baharu yang tidak wujud pada zaman awal Islam. Kajian ini mengetengahkan persoalan berkenaan dengan kewajipan zakat sesebuah syarikat, adakah terletak ke atas bahu individu pemegang saham, atau ke atas bahu syarikat itu sendiri di atas dasar legal entity. Bagi menentukan status pemilikan sempurna saham, hakikat sebenar saham dari perspektif Syariah diambil kira dengan meninjau definisi saham dan takyif fiqhi yang bertepatan. Kajian ini menganalisis secara terperinci berkenaan salah satu syarat kewajipan zakat iaitu pemilikan. Dalam konteks pemegangan saham, terdapat kesamaran berkenaan dengan kewujudan syarat pemilikan sempurna pemegang saham terhadap aset syarikat. Kajian ini meninjau persoalan tersebut dengan berdasarkan kepada prinsip-prinsip fiqah. Kata kunci: zakat, saham, pemilikan SAHAM DARIPADA PERSPEKTIF SYARAK Bahagian ini membicarakan tentang istilah saham daripada perspektif syarak dengan mengemukakan beberapa definisi saham yang diutarakan oleh ulama kontemporari. Ia kemudian disusuli dengan perbincangan tentang takyīf fiqhī terhadap saham. Definisi Saham Definisi Saham daripada Sudut Bahasa Saham adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab iaitu sahm. Ia memberi beberapa pengertian yang berbeza-beza. Menurut Ibn Fāris (1399H, 3:111), perkataan sahm mempunyai dua pengertian dasar, iaitu: i- Perubahan pada warna. Apabila dikatakan sahuma wajh al-rajul, maka maksudnya ialah muka lelaki itu berubah. ii- Bahagian. Daripada pengertian dasar kedua ini, perkataan sahm juga membawa maksud undian, sebagaimana dalam firman Allah Taala: ي ض ح د م ال ن م ان ك ف م اه س ف1 Lokmanulhakim Bin Hussain merupakan penyelidik di Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA). Beliau menerima pendidikan di peringkat Sarjana Muda dalam pengkhususan Syariah dan juga di peringkat Sarjana dalam pengkhususan Fiqh di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Selain berkhidmat di ISRA, beliau juga merupakan Felo JAKIM, Ahli Jawatankuasa Penasihat Pensijilan Halal Malaysia, dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Al Rajhi Bank Malaysia Berhad. Beliau boleh dihubungi melalui email: [email protected]

ABSTRAK - Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam 2018 ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/21-Lokmanulhakim-Hussain.pdf · kira dengan meninjau definisi saham

  • Upload
    lamdien

  • View
    227

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ABSTRAK - Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam 2018 ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/21-Lokmanulhakim-Hussain.pdf · kira dengan meninjau definisi saham

248

ZAKAT SAHAM: STATUS KEWAJIPAN DAN ISU PEMILIKAN SEMPURNA

Lokmanulhakim Hussain1

International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)

ABSTRAK

Zakat adalah salah satu rukun Islam yang merupakan kewajipan terhadap harta. Kewajipan

zakat harta bergantung kepada syarat-syarat tertentu, antara lain ialah wujudnya pemilikan

sempurna terhadap sesuatu harta. Kajian ini membuat analisis berkenaan dengan pemilikan

sempurna terhadap saham yang merupakan suatu jenis harta dalam bentuk baharu yang

tidak wujud pada zaman awal Islam. Kajian ini mengetengahkan persoalan berkenaan

dengan kewajipan zakat sesebuah syarikat, adakah terletak ke atas bahu individu pemegang

saham, atau ke atas bahu syarikat itu sendiri di atas dasar legal entity. Bagi menentukan

status pemilikan sempurna saham, hakikat sebenar saham dari perspektif Syariah diambil

kira dengan meninjau definisi saham dan takyif fiqhi yang bertepatan. Kajian ini

menganalisis secara terperinci berkenaan salah satu syarat kewajipan zakat iaitu pemilikan.

Dalam konteks pemegangan saham, terdapat kesamaran berkenaan dengan kewujudan

syarat pemilikan sempurna pemegang saham terhadap aset syarikat. Kajian ini meninjau

persoalan tersebut dengan berdasarkan kepada prinsip-prinsip fiqah.

Kata kunci: zakat, saham, pemilikan

SAHAM DARIPADA PERSPEKTIF SYARAK

Bahagian ini membicarakan tentang istilah saham daripada perspektif syarak dengan

mengemukakan beberapa definisi saham yang diutarakan oleh ulama kontemporari. Ia

kemudian disusuli dengan perbincangan tentang takyīf fiqhī terhadap saham.

Definisi Saham

Definisi Saham daripada Sudut Bahasa

Saham adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab iaitu sahm. Ia memberi

beberapa pengertian yang berbeza-beza.

Menurut Ibn Fāris (1399H, 3:111), perkataan sahm mempunyai dua pengertian dasar, iaitu:

i- Perubahan pada warna. Apabila dikatakan sahuma wajh al-rajul, maka

maksudnya ialah muka lelaki itu berubah.

ii- Bahagian. Daripada pengertian dasar kedua ini, perkataan sahm juga membawa

maksud undian, sebagaimana dalam firman Allah Taala:

فساهم فكان من المدحضي

1 Lokmanulhakim Bin Hussain merupakan penyelidik di Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam

(ISRA). Beliau menerima pendidikan di peringkat Sarjana Muda dalam pengkhususan Syariah dan juga di peringkat Sarjana dalam

pengkhususan Fiqh di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Selain berkhidmat di ISRA, beliau juga merupakan Felo JAKIM, Ahli

Jawatankuasa Penasihat Pensijilan Halal Malaysia, dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Al Rajhi Bank Malaysia Berhad. Beliau

boleh dihubungi melalui email: [email protected]

Page 2: ABSTRAK - Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam 2018 ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/21-Lokmanulhakim-Hussain.pdf · kira dengan meninjau definisi saham

249

Maksudnya: “(Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut

mengundi, lalu menjadilah dia dari orang-orang yang kalah yang digelungsurkan

(ke laut)” (Surah Al-Ṣāffāt: ayat 141).

Daripada kedua-dua pengertian dasar di atas, pengertian kedua yang membawa maksud

bahagian adalah menepati maksud saham yang dibicarakan dalam kertas kajian ini.

Definisi Saham daripada Sudut Istilah

Daripada sudut istilah pula, saham ditakrifkan dengan pelbagai definisi yang

kebanyakannya memberi pengertian yang hampir sama. Secara umum, dalam

mendefinisikan saham terdapat dua pendekatan yang berbeza;

(i) Pendekatan yang mendefinisikan saham sebagai dokumen/sijil/skrip tertentu.

(ii) Pendekatan yang mendefinisikan saham sebagai bahagian dalam aset syarikat.

Antara definisi yang mengambil pendekatan saham sebagai dokumen ialah yang

ditakrifkan oleh Fawzī, “Suatu dokumen yang diberikan kepada pemodal dalam sesebuah

syarikat saham bagi mewakili kadar bahagiannya dalam pemilikan secara bersekutu

terhadap modal syarikat tersebut” (Fawzī, 2005, 137).

Pendekatan ini juga dipilih oleh Al-Khalīl ketika mendefinisikan saham sebagai,

“Dokumen yang mewakili suatu bahagian sama ada aset nyata (ʿayn) atau mata wang dalam

modal sesebuah syarikat, di mana dokumen itu boleh diperniagakan, dan memberikan hak-

hak tertentu kepada pemiliknya” (1424H, 48).

Definisi-definisi tersebut merujuk saham sebagai dokumen, sijil ataupun skrip yang

menjadi bukti pemilikan seseorang terhadap sesuatu bahagian dalam modal sesebuah

syarikat.

Manakala pendekatan kedua ialah mendefinisikan saham sebagai bahagian pemodal itu

sendiri yang tidak tertentu (undivided) dalam aset syarikat, sebagaimana Al-Sharqāwī

mendefinisikan saham secara ringkas sebagai, “Bahagian pemodal dalam syarikat harta”

(1998M, 167).

Antara kedua-dua pengertian di atas terdapat hubungkait yang rapat, kerana definisi kedua

mentakrifkan saham sebagai suatu bahagian dalam pemilikan modal syarikat, manakala

definisi pertama merujuk saham sebagai dokumen atau skrip yang menjadi bukti kepada

pemilikan seseorang pemodal terhadap sebahagian modal syarikat.

Takyīf Fiqhī Bagi Saham

Saham adalah istilah baru yang hanya mula wujud pada zaman terkemudian. Oleh itu, untuk

mengaitkan saham dengan hukum-hakam syarak termasuklah dalam perbahasan mengenai

status kewajipan zakatnya, pemahaman yang jelas dan tepat berkenaan konsep sebenar

saham daripada perspektif fiqah adalah amat perlu. Tanpa kefahaman yang tepat, sebarang

hukum-hakam fiqah berkaitan dengannya tidak dapat dirungkaikan. Ini sebagaimana

terungkap dalam satu kaedah fiqah yang masyhur, ‘Meletakkan hukum terhadap sesuatu

perkara merupakan cabang yang bergantung kepada tasawwur (kefahaman yang betul)

terhadap perkara tersebut’.

Page 3: ABSTRAK - Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam 2018 ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/21-Lokmanulhakim-Hussain.pdf · kira dengan meninjau definisi saham

250

Ulama kontemporari berbeza pandangan dalam memberikan takyīf fiqhī bagi saham,

sebagaimana berikut:

Pendapat Pertama

Saham dari sudut fiqahnya dikira sebagai barang perniagaan yang dikenali dalam istilah

fiqah sebagai ʿurūḍ tijārah. Aset-aset yang diwakili oleh saham-saham tidak dikira sebagai

milikan kepada pemilik saham. Pemilik sebenar aset-aset syarikat ialah syarikat itu sendiri

sebagai satu shakhṣiyyah iʿtibāriyyah. Pemilik saham dikira memiliki hak untuk

memperoleh keuntungan daripada syarikat.

Pendapat ini dipilih oleh sebahagian ulama, antara mereka Muṣṭafā Kamāl Ṭāhā (1974M,

192-193) yang menyebut, “Sesebuah syarikat mempunyai tanggungan (dhimmah)

kewangan yang berasingan... Maka aset-aset syarikat tidak dikira sebagai milikan secara

shuyūʿ (undivided) antara pekongsi-pekongsinya (pemegang-pemegang saham). Tetapi

aset-aset tersebut dikira sebagai milikan kepada syarikat... Tidak ada bahagian untuk

pekongsi (pemegang saham) selepas itu kecuali sekadar bahagian dalam keuntungan-

keuntungan, dan juga bahagian dalam harta-harta yang berbaki selepas pembubaran

syarikat”.

Hujah

Pendapat yang mengatakan bahawa saham ditakyīfkan sebagai ʿurūḍ tijārah (barangan

perniagaan) bersandarkan kepada beberapa hujah, antaranya:

1. Hadis Ibn ʿUmar r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

تاع ومن اب تاع عبدا وله مال، ف ب ماله للذي بعه، إل أن يشتط امل

Maksudnya: “Sesiapa membeli seorang hamba sedangkan hamba itu mempunyai

harta, maka harta tersebut adalah bagi orang yang menjualnya kecuali jika pembeli

mensyaratkannya”. (Riwayat al-Bukhārī, al-Ṣaḥīḥ, 3:155, no: 2379; Muslim, al-

Ṣaḥīḥ, 3:1173, no: 1543).

Sudut pendalilan: Hadis tersebut menunjukkan bolehnya berlaku transaksi jual beli

terhadap suatu item yang mewakili barang perniagaan dan harta lain. Kerana yang

dijual adalah seorang hamba yang merupakan barang perniagaan dan juga harta lain

yang dimilikinya. Lalu kesemuanya diletakkan dalam satu hukum iaitu dikira

sebagai barang perniagaan. Maka harus untuk menjualnya (hamba tersebut berserta

dengan hartanya) sama ada harta tersebut dimaklumi atau tidak dimaklumi

kadarnya, sama ada harta tersebut dalam bentuk barangan nyata atau dalam bentuk

hutang (Al-Ghufaylī, t.t. 5).

Maka berdasarkan kepada hukum tersebut, boleh dikiaskan bahawa harus menjual

dokumen-dokumen yang mempunyai nilai tanpa melihat aset yang terkandung di

dalamnya seperti mata wang, hutang atau aset-aset dalam bentuk bangunan dan

sebagainya. Kesemua sekali akan mengambil hukum barang perniagaan. (Ṣāliḥ al-

Muslim, t.t., 4).

2. Saham dianggap sebagai harta yang dijual dan dibeli dan mempunyai pasarannya

yang tersendiri. Orang yang terlibat dalam jual beli saham boleh mendapat

keuntungan daripada perniagaan saham sebagaimana seorang peniaga barang

mendapat keuntungan daripada jualan barangnya. Ini menunjukkan bahawa ia

menyamai barang perniagaan atau ʿurūḍ tijārah (Al-Ghufaylī, t.t. 6).

3. Harga sesuatu saham adalah berubah-ubah dan perubahan turun dan naik harga

saham tidak disebabkan kenaikan atau penurunan nilai aset-aset yang ada dalam

syarikat. Tetapi kenaikan dan penurunan harga saham adalah bergantung pada nilai

saham itu di pasaran yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti spekulasi dan

Page 4: ABSTRAK - Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam 2018 ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/21-Lokmanulhakim-Hussain.pdf · kira dengan meninjau definisi saham

251

seumpamanya. Justeru, saham itu sendiri dikira sebagai barang perniagaan yang

mempunyai nilai sendiri yang berubah-ubah.

4. Antara hujah yang menunjukkan bahawa saham itu sendiri adalah barang

perniagaan, dan bukannya mewakili pemilikan terhadap aset syarikat, ialah

pemegang saham tidak memiliki hak untuk taṣarruf terhadap aset-aset syarikat,

seperti menjualnya, menyewanya, memberi hibah kepada orang lain, mencagarnya

dan lain-lain. Malahan pemegang saham tidak memiliki hak untuk menggunakan

mana-mana aset syarikat secara bebas. Ini menunjukkan bahawa pemegang saham

tidak memiliki aset syarikat. Justeru, saham yang dimilikinya adalah dikira sebagai

barang perniagaan yang dibelinya dan boleh dijualnya balik (Al-Ghufaylī, t.t. 6).

Pendapat Kedua

Saham mewakili pemilikan bahagian pemegang saham terhadap aset-aset syarikat.

Antara ulama kontemporari yang secara jelas memilih pandangan ini ialah Al-Ḍarīr yang

menyatakan:

فالتكييف احلقيقي والواقعي للسهم هو أنه جزء من موجودات الشركة أاي كان نوعهاMaksudnya: “Takyīf yang hakiki dan tepat dengan realiti bagi saham ialah ia merupakan

satu bahagian daripada aset-aset syarikat tanpa mengira apa jenis syarikat tersebut”.

(Buḥūth Bayt al-Zakāh, 11:27).

Takyīf fiqhī ini dipilih dalam Resolusi Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmiī (No. 63, 7/1) yang

memutuskan:

أن احملل املتعاقد عليه يف بيع السهم هو احلصة الشائعة من أصول الشركة وشهادة السهم عبارة عن وثيقة للحق يف تلك احلصة.

Maksudnya: “Subjek yang ditransaksikan dalam akad jual beli saham ialah bahagian yang

tidak tertentu (undivided) daripada aset-aset syarikat. Sijil saham adalah dokumen yang

mengisbatkan hak pada bahagian tersebut”.

Takyīf fiqhī ini juga dipilih dalam Piawaian Shariah AAOIFI:

تتب عليها ييتمثل السهم حصة شائعة يف رأس مال شركة املسامهة كما ميثل حصة شائعة يف موجوداهتا وما من حقوق عند حتول رأس املال إىل أعيان ومنافع وديون وحنوها. وحمل العقد عند تداول األسهم هو هذه

احلصة الشائعة.Maksudnya: “Saham mewakili bahagian yang tidak tertentu (undivided share) pada modal

sesebuah syarikat. Ia juga mewakili bahagian yang tidak tertentu (undivided share) pada

aset-aset syarikat beserta dengan segala hak-hak yang timbul kesan daripada pertukaran

modal kepada barang nyata, benefit, hutang dan sebagainya. Subjek yang dikontrakkan

ketika jual beli saham ialah bahagian tersebut yang tidak tertentu”. (AAOIFI, 2010M, 297).

Malahan Muhammad ʿAbd al-Ghaffār al-Sharīf menisbahkan takyīf fiqhī ini adalah

pandangan kesepakatan para ulama kontemporari. (Majallah Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī,

6:970). Walau bagaimanapun penisbahan takyīf fiqhī demikian kepada kesepakatan ulama

adalah kurang tepat kerana ada pandangan kedua dipegang oleh sebahagian ulama

kontemporari.

Hujah

Page 5: ABSTRAK - Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam 2018 ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/21-Lokmanulhakim-Hussain.pdf · kira dengan meninjau definisi saham

252

Pendokong pendapat kedua berhujah bahawa dokumen saham tidak mengandungi nilai

pada dokumen itu semata-mata. Tetapi ia mewakili aset-aset dalam sesebuah syarikat.

Justeru ia hendaklah mengambil hukum aset-aset dalam syarikat.

Pendapat pilihan

Berdasarkan kepada dua bentuk takyīf fiqhī yang dikemukakan oleh para ulama

kontemporari, kertas kajian ini memilih pandangan yang mengatakan bahawa takyīf fiqhī

bagi saham ialah saham merupakan satu bahagian yang tidak tertentu (undivided) dalam

aset-aset syarikat. Kekuatan pandangan ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor

berikut:

i- Takyīf fiqhī ini dipilih oleh ramai ulama kontemporari, dan diputuskan secara

kolektif dalam persidangan Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī al-Dawlī. Ia juga

diputuskan dalam Piawaian Shariah AAOIFI yang diwakili oleh pakar-pakar

kewangan Islam di peringkat antarabangsa. Al-Qaradaghi menyimpulkan takyīf

fiqhī ini sebagai, “Ia adalah ijtihad secara jamāʿī (kolektif)”. (t.t., 6).

ii- Takyīf fiqhī ini juga bertepatan dengan definisi saham menurut istilah

sebahagian ahli ekonomi, yang mentakrifkan saham sebagai, “A type of security

that signifies ownership in a corporation and represents a claim on part of the

corporation's assets and earnings”. (Dhanadeach, 2007, 12).

ZAKAT SYARIKAT: KEWAJIPAN SYARIKAT ATAU PEMEGANG SAHAM

Terdapat tiga pandangan ulama berkenaan dengan isu pihak manakah yang wajib

mengeluarkan zakat harta atau perniagaan syarikat.

Pendapat Pertama: Pihak yang wajib mengeluarkan zakat ialah pemilik-pemilik saham

dan bukannya syarikat.

Antara yang memilih pandangan ini ialah Al-Ḍarīr. (Majallah Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī,

Bil. 4, 1:832).

Pendapat ini bersandarkan kepada hujah berikut:

i- Pemilik saham adalah pemiliki sebenar bagi harta-harta syarikat, maka zakat

hendaklah dibayar oleh pemilik saham. Al-Ḍarīr menjelaskan:

وأرى أن زكاة األسهم جتب على املساهم؛ ألنه هو املالك احلقيقي لألسهم، والشركة تتصرف يف أسهمه نيابة عنه

Maksudnya: “Saya berpandangan bahawa zakat saham-saham adalah wajib ke atas

pemilik saham kerana dia adalah pemilik hakiki bagi saham-saham. Syarikat

mengendalikan saham-saham tersebut adalah secara niyābah”. (Majallah Majmaʿ

al-Fiqh al-Islāmī, Bil. 4, 1:832).

ii- Zakat adalah suatu ibadah taklīfiyyah yang dilakukan oleh mereka yang

beragama Islam. Nas-nas syarak daripada Al-Quran dan Sunnah berkaitan

kewajipan zakat adalah ditujukan kepada para mukallaf. (Al-Khalīl, 1424H,

282).

Al-Sarakhsī menyatakan, “Zakat adalah suatu ibadah yang dimaksudkan, dan ia

tidak terlaksana kecuali dengan disertai niat”. (1414H, 3:34).

iii- Tidak semestinya setiap pemilikan dikenakan zakat padanya. Justeru syarikat

sekalipun dikira sebagai shakhṣiyyah iʿtibāriyyah yang dianggap memiliki aset-

Page 6: ABSTRAK - Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam 2018 ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/21-Lokmanulhakim-Hussain.pdf · kira dengan meninjau definisi saham

253

asetnya, namun tidak semestinya dikenakan zakat, sebagaimana tidak

dikenakan zakat terhadap baitul mal, dan juga terhadap harta waqaf.

ʿAbd al-Salām al-ʿAbbādī dalam komentarnya menyatakan, “Wujudnya

pemilikan bagi sesuatu pihak tidak bermakna mesti dibicarakan berkenaan

dengan zakatnya. Waqaf adalah satu pihak yang mempunyai pemilikan, dan

begitu juga baitul mal adalah pihak yang mempunyai pemilikan, sedangkan kita

tidak pun membicarakan berkenaan isu zakat”. (Majallah Majmaʿ al-Fiqh al-

Islāmī, Bil. 4, 1:857).

Maka begitu juga syarikat sebagai shakhṣiyyah iʿtibāriyyah tidak diwajibkan

zakat ke atasnya, sebaliknya diwajibkan zakat ke atas pemilik saham yang

beragama Islam. (Al-Khalīl, 1424H, 283).

Pendapat Kedua: Pihak yang wajib mengeluarkan zakat ialah syarikat sebagai

shakhṣiyyah iʿtibāriyyah, dan pemilik saham tidak diwajibkan mengeluarkan zakat.

Antara yang berpandangan demikian ialah Shawqī Shaḥātah, Wahbah al-Zuḥaylī dan ʿAbd

al-Laṭīf al-Farfūr. (Al-Khalīl, 1424H, 283).

Hujah pandangan kedua ini ialah:

i- Syarikat mempunyai dhimmah (tanggungan) yang berasingan dan berpisah

daripada dhimmah (tanggungan) para pemilik saham. Aset-aset syarikat tidak

dianggap sebagai milikan bagi pemilik saham, tetapi sebaliknya ia adalah

milikan bagi syarikat itu sendiri. (Majallah Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī, Bil. 4,

1:825).

ii- Kewajipan zakat adalah tanggungjawab taklif yang bersangkutan dengan harta

dan tidak disyaratkan beragama. Oleh itu ia diwajibkan ke atas syarikat sebagai

shakhṣiyyah iʿtibāriyyah. Hujah ini disebut oleh Shawqī Shaḥātah dengan

mengatakan, “Apabila syarikat saham mempunyai taraf shakhṣiyyah

iʿtibāriyyah yang berasingan, dan berdasarkan kedudukan zakat sebagai suatu

taklif (bebanan) yang bersangkutan dengan harta, maka ia adalah wajib ke atas

syakhṣiyyah iʿtibāriyyah, di mana tidak disyaratkan taklif dari sudut agama

yang berasaskan kepada baligh dan akal”. (t.t., 119).

Pendapat Ketiga: Pihak yang wajib mengeluarkan zakat ialah kedua-duanya, iaitu syarikat

sebagai shakhṣiyyah iʿtibāriyyah, dan juga pemilik saham di atas dasar ia adalah ʿurūḍ

tijārah.

Pendapat ketiga ini melihat bahawa zakat wajib dikeluarkan oleh syarikat kerana hartanya

berkembang, dan dikeluarkan juga oleh pemilik saham kerana saham dikira sebagai barang

perniagaan yang juga berkembang dan dikeluarkan zakat ʿurūḍ tijārah. (Al-Khalīl, 1424H,

285).

Pendapat Pilihan: Setelah meneliti ketiga-tiga pandangan dan menilai hujah-hujah yang

dikemukakan, kertas kajian ini memilih pandangan yang mengatakan bahawa zakat adalah

diwajibkan ke atas pemilik saham-saham syarikat, dan bukannya ke atas syarikat sebagai

syakhṣiyyah iʿtibāriyyah.

Pemilihan pandangan ini juga adalah berasaskan kepada takyīf fiqhī bagi saham yang

dipilih oleh kajian ini iaitu saham adalah mewakili pemilikan bahagian dalam aset syarikat

secara tidak tertentu (undivided). Sebagai pemilik sebenar kepada aset syarikat, maka zakat

sepatutnya adalah diwajibkan ke atas pemilik saham.

Page 7: ABSTRAK - Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam 2018 ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/21-Lokmanulhakim-Hussain.pdf · kira dengan meninjau definisi saham

254

Pandangan ini juga bertepatan dengan definisi saham menurut istilah ekonomi yang

merujuk saham sebagai, “A type of security that signifies ownership in a corporation and

represents a claim on part of the corporation's assets and earnings”. (Dhanadeach, 2007,

12).

Dalam Investopedia dijelaskan bahawa pemegang saham adalah dikira seorang pemilik

syarikat, “A holder of stock (a shareholder) has a claim to a part of the corporation's assets

and earnings. In other words, a shareholder is an owner of a company. Ownership is

determined by the number of shares a person owns relative to the number of outstanding

shares. For example, if a company has 1,000 shares of stock outstanding and one person

owns 100 shares, that person would own and have claim to 10% of the company's assets”.

(“Stocks”, Investopedia, dilayari pada: 29 September 2014).

Pandangan ini juga dipilih oleh Majlis Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī dalam persidangannya

pada tahun 1408H yang diadakan di Jeddah, Arab Saudi. Resolusi persidangan tersebut

memutuskan:

“Wajib zakat saham-saham ke atas pemilik-pemiliknya”. (Qarārāt wa Tawṣiyāt Majlis

Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī, 1418H, 63; Majallah Majmaʿ al-Fiqh, Bil. 4, 1:881).

Walau bagaimanapun resolusi tersebut menyebut bahawa pihak pengurusan syarikat perlu

mengeluarkan zakat bagi pihak pemilik saham dalam situasi-situasi berikut:

i- Jika diperuntukkan dalam peraturan syarikat bahawa ia perlu mengeluarkan

zakat bagi pihak pemilik saham.

ii- Jika diputuskan dalam ketetapan atau resolusi perhimpunan agung syarikat

bahawa ia perlu mengeluarkan zakat bagi pihak pemilik saham.

iii- Jika undang-undang sesebuha Negara mewajibkan syarikat mengeluarkan zakat

bagi pihak pemilik saham.

iv- Jika pemilik saham menyerahkan kepada pihak pengurusan syarikat untuk

megeluarkan zakat bagi pihaknya. (Qarārāt wa Tawṣiyāt Majlis Majmaʿ al-Fiqh

al-Islāmī, 1418H, 63).

Pemilihan pandangan ini tidak bermakna kertas kajian ini menolak konsep shakhṣiyyah

iʿtibāriyyah. Konsep tersebut diterima tetapi ia tidak sampai kepada tahap shakhṣiyyah

iʿtibāriyyah mempunyai kewajipan dan taklif untuk membayar zakat.

PENILAIAN SYARAT PEMILIKAN DALAM ZAKAT SAHAM

Zakat adalah hukum syarak yang mempunyai syarat-syarat tertentu sebagaimana

digariskan oleh ulama fiqah. Salah satu syarat kewajipan zakat ialah harta yang dizakatkan

adalah dimiliki secara sempurna. Syarat ini dikenali dalam istilah fiqah sebagai al-milk al-

tāmm. Tanpa pemilikan sempurna terhadap harta, ia tidak mencukupi salah satu syarat

diwajibkan zakat. Secara umumnya syarat ini disepakati dalam keempat-empat mazhab,

sebagaimana nukilan-nukilan berikut:

Dalam mazhab Ḥanafī, Al-Marghīnānī menjelaskan syarat ini dengan mengatakan, “Zakat

wajib ke atas orang yang merdeka, akil, baligh dan beragama Islam, jika memiliki nisab

dengan pemilikan yang sempurna”. (t.t., 32).

Dalam mazhab Mālikī, Khalīl dalam Mukhtaṣar karangannya menyebut, “…jika sempurna

pemilikan dan haul”. (1426H, 55).

Page 8: ABSTRAK - Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam 2018 ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/21-Lokmanulhakim-Hussain.pdf · kira dengan meninjau definisi saham

255

Dalam mazhab Shāfiʿī, Imām al-Ḥaramayn menyatakan, “Yang muktamad (dijadikan

sandaran) dalam zakat ialah pemilikan sempurna dan beragama Islam”. (1428H, 3:169).

Dalam mazhab Ḥanbalī, syarat ini dinyatakan oleh Ibn Qudāmah, “Dan ia (zakat) wajib ke

atas setiap Muslim yang merdeka dan memiliki nisab dengan pemilikan yang sempurna”.

(1425H, 35).

Kesepakatan ulama terhadap syarat ini dinukilkan oleh Ibn Rushd, “Mereka bersepakat

bahawa zakat wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka, baligh, akil dan memiliki

nisab secara pemilikan sempurna”. (1425H, 2:5).

Dalam isu zakat ke atas pemilik saham dengan mengambil kira bahawa saham adalah

mewakili pemilikan bahagian-bahagian dalam aset syarikat, permasalahan syarat pemilikan

sempurna adalah relevan dalam menentukan hukum adakah pemilik saham wajib

mengeluarkan zakat.

Definisi Pemilikan Sempurna

Pemilikan yang dalam Bahasa Arab disebut sebagai al-milk memberi maksud memperoleh

sesuatu dengan kemampuan untuk menguasainya. (Ibn Sīdah, 1421H, 7:54; Al-Fayrūz

Ābādī, 1426H, 954). Dalam istilah syarak juga makna pemilikan tidak jauh berbeza

daripada makna dari sudut Bahasa Arab.

Al-Qarāfī mendefinisikan pemilikan sebagai:

وض عنه من انتفاعه بململوك، والعحكم شرعي يقدر يف العي أو املنفعة، يقتضي متكن من يضاف إليه من حيث هو كذلك

Maksudnya: “Suatu hukum syarak yang diandaikan ada pada barang (ʿayn) atau manfaat,

yang membawa kepada bolehnya orang yang dinisbahkan kepadanya untuk mengambil

manfaat daripada sesuatu yang dimiliki tersebut serta mengambil bayaran pertukaran

(ʿiwaḍ) daripadanya, dari sudut ia sendiri”. (t.t., 3:208-209).

Definisi yang hampir sama juga dinukilkan oleh al-Suyūtī daripada Ibn al-Subkī. (Al-

Suyūṭī, 1411H, 316).

Daripada definisi di atas, kesan syarak daripada adanya suatu pemilikan ialah orang yang

memiliki boleh mengambil manfaat daripada aset milikan dan boleh mengambil ʿiwaḍ

(pertukaran) daripadanya.

Al-Zarkashī pula mendefinisikan pemilikan sebagai:

ول آخرةالقدرة على التصرفات اليت ل تتعلق هبا تبعة ول غرامة دنيا Maksudnya: “Kemampuan untuk taṣarruf (mengendalikan dengan cara jual beli dan lain-

lain) secara tidak menyebabkan sebarang kesan dan hukuman sama ada di dunia dan juga

akhirat”. (1405H, 3:223).

Definisi ini pula memberi penekanan kepada salah satu kesan daripada pemilikan iaitu

kebebasan pemilik untuk melakukan segala taṣarruf seperti menjualnya, menyewanya,

memberinya dan lain-lain.

Al-Jurjānī mendefinisikan pemilikan sebagai:

Page 9: ABSTRAK - Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam 2018 ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/21-Lokmanulhakim-Hussain.pdf · kira dengan meninjau definisi saham

256

يهف غريه فاتصال شرعي بي اإلنسان وبي شيء يكون مطلقا لتصرفه فيه، وحاجزا عن تصر Maksudnya: “Suatu hubungan secara sharʿī antara manusia dengan sesuatu, yang

memberikan kebebasan kepadanya untuk taṣarruf (mengendalikan dengan cara menjual

dan lain-lain) padanya, dan menghalang orang lain daripada taṣarruf padanya”. (1403H,

229).

Dalam definisi al-Jurjānī, selain daripada menyebut berkenaan kebebasan pemilik untuk

taṣarruf (mengendalikan) pada aset yang dimiliki, beliau juga menyebut tentang halangan

terhadap orang lain untuk taṣarruf pada aset milikan seseorang.

Manakala yang dimaksudkan dengan pemilikan sempurna ialah, “pemilikan yang

sempurna/lengkap padanya semua kesan-kesan pemilikan”. (Al-ʿAynī, 1420H, 3:289).

Sebahagian ulama memperincikan bahawa pemilikan dibahagikan kepada dua jenis; (i)

pemilikan daripada sudut raqabah, dan (ii) daripada daripada sudut yad (kebebasan

taṣarruf). Yang dimaksudkan dengan pemilikan secara raqabah ialah apabila terhasilnya

suatu pemilikan dari sudut asalnya, seperti barang yang sudah dibeli tetapi belum

diserahkan kepada pembeli. Manakala pemilikan secara yad/pegangan ialah apabila

pemiliknya bebas taṣarruf seperti barang belian yang sudah diserahkan kepada pembelinya.

Pemilikan secara yad/pegangan adalah lebih kuat daripada pemilikan yang hanya secara

raqabah. Al-Taftāzānī menjelaskan, “Dan pemilikan secara yad/pegangan adalah lebih

kuat daripada pegangan secara raqabah kerana memperoleh manfaat dan juga taṣarruf

merupakan maksud daripada pemilikan. Pemilikan secara raqabah adalah wasilah

kepadanya”. (t.t., 2:345).

Maka yang dikatakan sebagai pemilikan sempurna ialah apabila wujud kedua-dua kesannya

iaitu pemilikan secara raqabah dan juga secara yad atau kebebasan taṣarruf. (Al-Kāsānī,

1406H, 2:313).

Al-Qarḍāwī pula menyimpulkan kesan pemilikan sempurna apabila, “harta itu berada di

tangannya, ia tidak terkait dengan hak orang lain, pemiliknya bebas taṣarruf pada harta

tersebut dengan pilihannya, dan faedah-faedah yang terhasil adalah untuknya”. (1393H,

130).

Dalam Piawaian Shariah AAOIFI berkenaan Zakat, pemilikan sempurna terjadi apabila

sesuatu aset tidak tertakluk/berkait dengan hak orang lain, dan pemiliknya boleh taṣarruf

padanyanya mengikut pilihannya, dan hasil perolehan dan perkembangan aset tersebut

menjadi hak pemiliknya. (AAOIFI, 2010M, 474).

Dr. ʿAbdullāh al-Muṣliḥ menyenaraikan bahawa pemilikan sempurna membawa kepada

kriteria-kriteria seperti:

i- Pemiliknya mempunyai kebebasan membuat sebarang taṣarruf secara syarak

terhadap aset.

ii- Pemilikan sempurna merangkumi kedua-dua jenis pemilikan, iaitu raqabah dan

manfaat.

iii- Pemilikan yang berlaku secara permulaan (bukan disebabkan faktor pertukaran

pemilikan) secara semula jadinya adalah pemilikan sempurna. (1415H, 123-

128).

Page 10: ABSTRAK - Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam 2018 ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/21-Lokmanulhakim-Hussain.pdf · kira dengan meninjau definisi saham

257

Kesimpulannya pemilikan sempurna adalah pemilikan yang memberikan kebebasan

kepada pemilik untuk melakukan taṣarruf terhadap milikannya, dan ia meliputi pemilikan

secara raqabah dan pemilikan secara yad.

Pemilikan Sempurna dalam Konteks Zakat Saham

Dalam konteks zakat saham, pemilikan sempurna pemilik-pemilik saham dikira berlaku

terhadap aset-aset syarikat yang membawa kepada wajibnya mereka membayar zakat

saham. Ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor berikut:

i- Pemilik saham adalah pemilik hakiki terhadap aset-aset syarikat. Al-Qaradaghi

menegaskan perkara ini dengan berhujah bahawa pemegang saham akan

mendapat harta-harta syarikat apabila ia dibubarkkan selepas segala liabiliti dan

hutang syarikat dilangsaikan. Ini menunjukkan bahawa mereka adalah pemilik

hakiki aset-aset syarikat. (t.t., 10).

ii- Ini bertepatan dengan kaedah fiqah yang menyebut, الغنم بالغرم iaitu “Keuntungan

adalah diperoleh melalui tanggungan liabiliti”. Sebagaimana pemilik saham

mendapat keuntungan daripada saham-saham yang mewakili aset syarikat,

maka begitu juga pemilik saham hendaklah menanggung kewajipan

menunaikan zakat. (Al-Qaradaghi, t.t., 10).

iii- Pemilik saham bebas untuk menjual sahamnya, maka ia dikira kebebasan

pemilik saham untuk taṣarruf terhadap sahamnya yang mewakili aset-aset

syarikat. Ini kerana penjualan saham adalah bermaksud penjualan bahagian

milikannya dalam syarikat. Al-Qaradaghi menyatakan, “Pemilikan pemegang

saham terhadap bahagian dalam aset syarikat tidak terkeluar daripada

lingkungan pemilikan sempurna, kerana dia mampu menjual saham yang

mewakili bahagian tersebut, dan bebas taṣarruf terhadap sahamnya dengan

segala bentuk taṣarruf yang dibenarkan syarak”. (t.t., 11).

Justeru, pemilikan sempurna berlaku dalam konteks pemilikan aset syarikat oleh pemilik

saham. Ketidakmampuan pemilik saham menjual aset syarikat seperti bangunan dan lain-

lain tidak bermakna tiada pemilikan sempurna, bahkan ia masih dalam lingkungan

pemilikan sempurna berdasarkan kepada hujah-hujah berikut:

i- Halangan disebabkan syirkah (perkongsian).

Sebagaimana dimaklumi bahawa pemegang saham adalah dikira sebagai pemilik

sebahagian asset syarikat. Namun pemilikan pemegang saham adalah secara perkongsian,

dan pemilikannya juga adalah secara shuyūʿ (undivided). Oleh sebab pemilikan pemegang

saham adalah secara perkongsian, maka terdapat halangan bagi pemegang saham untuk

bebas menjual asset-aset syarikat.

Ini kerana menurut hukum-hakam syirkah (perkongsian), hukum melakukan taṣarruf

(seperti menjual, menyewa, memberi) terhadap aset syarikat oleh mana-mana pekongsi

adalah tertakluk kepada perincian berikut:

(a) Sekiranya taṣarruf seseorang tidak membawa kepada kemudaratan kepada

pekongsi-pekongsi lain dalam syarikat, maka ia dibenarkan. “Dan tidak ada

khilaf di kalangan fuqaha bahawa harus bagi seseorang pekongsi untuk taṣarruf

pada milikannya sebagaimana dia inginkan, selagi mana dia mempunyai

kelayakan untuk taṣarruf, dan ia tidak membawa kepada kemudaratan terhadap

pekongsinya yang lain”. (Al-Muṣliḥ, 1415H, 378).

Page 11: ABSTRAK - Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam 2018 ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/21-Lokmanulhakim-Hussain.pdf · kira dengan meninjau definisi saham

258

Dalam konteks saham, penjualan saham adalah mewakili penjualan sebahagian

aset syarikat, dan ia tidak memberi kemudaratan kepada pemegang-pemegang

saham yang lain.

(b) Sekiranya taṣarruf seseorang pekongsi membawa kemudaratan kepada

pekongsi-pekongsi lain dalam syarikat, sebahagian ulama menyatakan bahawa

taṣarruf adalah tidak sah.

Ibn Nujaym menyatakan, “Dan setiap daripada dua pekongsi itu dilarang

daripada taṣarruf terhadap bahagian rakan kongsinya kepada pihak ketiga,

kecuali dengan keizinan daripada rakan kongsinya”. (t.t., 5:180).

Ibn Ḥazm pula menyatakan, “Dan tidak halal bagi seseorang daripada pekongsi-

pekongsi untuk melaksanakan sesuatu hukum terhadap suatu bahagian tertentu

daripada aset yang mereka kongsikan, dan tidak juga pada kesemuanya, sama

ada bahagian itu kecil atau besar, untuk menjualnya, bersedekah dengannya,

memberi hibah (hadiah)”. (t.t., 6:427).

Antara hujah bahawa seseorang pekongsi tidak boleh bebas bertaṣarruf terhadap

aset kongsinya ialah hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

تى يؤذن شريكه فإن رضي أخذ، وإن كره ترك من كان له شريك في ربعة، أو نخل، فليس له أن يبيع ح

Maksudnya: “Sesiapa yang mempunyai pekongsi pada suatu tanah atau pohon

kurma, maka tidak boleh baginya menjual sehingga di memberitahu

pekongsinya. Jika dia (pekongsinya) redha, maka bolehlah dia mengambilnya,

dan jika dia tidak menyukainya, hendaklah dia meninggalkannya”. (Riwayat

Muslim, al-Ṣaḥīḥ, 3:1229, no: 1608).

Dalam konteks saham, setiap pemegang saham tidak boleh menjual aset-aset

syarikat secara bebas adalah kerana wujudnya halangan perkongsian dan ia

boleh memberi kemudaratan terhadap pekongsi-pekongsi yang lain. Ia tidak

menafikan pemilikan sebenar pemegang saham terhadap sebahagian aset

syarikat secara perkongsian.

ii- Penjualan aset boleh dilakukan tetapi melalui penjualan saham

Kenyataan yang mendakwa bahawa pemegang saham tidak memiliki secara sebenarnya

aset-aset syarikat, dengan berhujah bahawa pemegang saham tidak boleh menjual aset-aset

saham secara bebas kepada orang lain adalah tidak tepat. Ini kerana pemegang saham

sebenarnya boleh menjual aset-aset syarikat kepada pihak lain, tetapi melalui penjualan

saham. Oleh kerana saham adalah mewakili aset-aset dalam syarikat, maka penjualan

saham juga sebenarnya adalah penjualan sebahagian aset syarikat.

iii- Halangan taṣarruf tidak menafikan pemilikan sempurna

Di dalam fiqah, terdapat beberapa situasi seseorang pemilik aset terhalang daripada

taṣarruf secara bebas terhadap hartanya, tetapi dalam masa yang sama ia tidak

mengeluarkannya daripada pemilikan sempurna yang tertakluk kepada kewajipan zakat.

Antara situasi-situasi tersebut adalah seperti berikut:

Halangan terhadap kanak-kanak untuk taṣarruf terhadap hartanya, sebagaimana firman

Allah Taala:

هم رشدا فادف عوا إليهم أموالم واب ت لوا الي تامى حت إذا ب لغوا الن كاح فإن آنستم من Maksudnya: “Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup

umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang

Page 12: ABSTRAK - Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam 2018 ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/21-Lokmanulhakim-Hussain.pdf · kira dengan meninjau definisi saham

259

menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka

serahkanlah kepada mereka hartanya”. (Surah Al-Nisā’: ayat 6).

Sekalipun kanak-kanak terhalang daripada secara bebas terhadap hartanya, tetapi ia tidak

menafikan pemilikan sempurna dan tidak menafikan kewajipan zakat pada harta tersebut,

sebagaimana pandangan majoriti mazhab iaitu mazhab Shāfiʿī, mazhab Mālikī dan mazhab

Ḥanbalī. (Al-Nawawī, 1412H, 2:149; Al-Ḥaṭṭāb, 1412H, 2:292; Ibn Qudāmah, 1388H,

2:465).

Begitu juga dalam bab rahn (gadaian), rāhin (orang yang memberi gadaian) terhalang

daripada bebas bertaṣarruf terhadap aset yang dijadikan rahn terhadap hutangnya, kerana

aset gadaiannya adalah terkait dengan hak orang lain (pemiutang). Sekalipun dia tidak

bebas taṣarruf pada asetnya, tetapi ia tidak menghalang daripada kewajipan zakat. Ini

kerana halangan daripada taṣarruf terhadap harta yang dijadikan rahn tidak mengeluarkan

harta tersebut daripada pemilikan sempurna.

Ibn Qudāmah menyatakan, “Jika seseorang menggadaikan seekor haiwan, lalu ia telah

mencukupi satu haul ketika haiwan itu masih berada dalam pegangan murtahin (penerima

gadaian), wajib zakatnya ke atas penggadai, kerana pemilikannya pada haiwan itu adalah

sempurna”. (1388H, 2:511).

Ini menunjukkan bahawa dalam sesetengah situasi, seseorang pemilik tidak bebas

melakukan taṣarruf terhadap harta milikannya tetapi ia tidak mengeluarkannya daripada

pemilikan sempurna yang tertakluk di bawah hukum-hakam zakat.

Justeru, menurut Al-Shubaylī bahawa ḍābiṭ (kaedah penentuan) pemilikan sempurna ialah

wujudnya asal pemilikan dan harta tersebut boleh dikembangkan sekalipun ia tidak berada

pada tangan pemiliknya dan dia tidak bebas melakukan taṣarruf padanya. (t.t., 16).

Berdasarkan kepada hujah-hujah di atas, dadapati secara jelas bahawa pemegang saham

mempunyai pemilikan sempurna terhadap aset-aset yang diwakili oleh saham, justeru salah

satu syarat kewajipan zakat iaitu pemilikan sempurna wujud dalam konteks pemegangan

saham.

KESIMPULAN

Kajian ini mendapati bahawa takyīf fiqhī yang bertepatan dengan saham ialah saham

merupakan satu bahagian yang tidak tertentu (undivided) dalam aset-aset syarikat. Justeru,

segala transaksi berkaitan dengan saham sebenarnya merupakan transaksi terhadap

bahagian dalam aset-aset syarikat. Maka perbincangan tentang hukum zakat saham secara

umumnya adalah berkait secara langsung dengan hukum zakat aset-aset syarikat.

Kajian ini menyentuh berkenaan pihak yang wajib mengeluarkan zakat pada harta atau

perniagaan sesebuah syarikat, adakah pemilik saham, ataupun syarikat itu sendiri sebagai

shakhṣiyyah iʿtibāriyyah. Berdasarkan kepada takyīf fiqhī yang dipilih, kajian ini mendapati

pihak yang wajib mengeluarkan zakat ialah pemilik-pemilik saham. Walau bagaimanapun

kajian ini tidak menolak konsep shakhṣiyyah iʿtibāriyyah secara umumnya.

Seperti zakat-zakat lain, kewajipan zakat saham juga tertakluk kepada semua syarat-syarat

umum zakat. Dalam kajian ini salah satu syarat-syarat umum zakat diberikan penekanan

khusus iaitu syarat pemilikan. Kajian ini merumuskan bahawa dalam konteks saham,

pemegang saham dikira sebagai pemilik terhadap sebahagian aset syarikat dengan

Page 13: ABSTRAK - Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam 2018 ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/21-Lokmanulhakim-Hussain.pdf · kira dengan meninjau definisi saham

260

pemilikan yang sempurna. Justeru secara umum, pemegang saham adalah tertakluk kepada

kewajipan zakat sebagaimana harta-harta lain.

RUJUKAN

AAOIFI. (2010M). Al-Maʿāyīr al-Sharʿiyyah. Hay’ah al-Muḥāsabah wa al-Murājaʿah li al-

Mu’assasāt al-Māliyyah al-Islāmiyyah.

ʿAbdullāh al-Muṣliḥ. (1415H). Quyūd al-Milkiyyah al-Khāṣṣah. Riyadh: Dār al-Mu’ayyad.

Aḥmad Ibn Muḥammad al-Khalīl. (1424H). Al-Ashum wa al-Sanadāt wa Aḥkāmuhā fī al-

Fiqh al-Islāmī. Riyadh: Dār Ibn al-Jawzī.

Al-ʿAynī. (1420H). Al-Bināyah Sharḥ al-Hidāyah. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Al-Bukhārī. (1422H). Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Dār Ṭawq al-Najāh.

Al-Ḍarīr. (t.t.). Buḥūth Bayt al-Zakāh. Al-Ashum wa al-Sanadāt.

Al-Fayrūz Ābādī. (1426H). Al-Qāmūs al-Muḥīṭ. Beirut: Mu’assasah al-Risālah.

Al-Ḥaṭṭāb. (1412H). Mawāhib al-Jalīl. Dār al-Fikr.

Al-Jurjānī. (1403H). Al-Taʿrīfāt. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Al-Kāsānī. (1406H). Badā’iʿ al-Ṣanā’iʿ. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Al-Marghīnānī. (t.t.). Bidāyat al-Mubtadī. Cairo: Maktabah wa Maṭbaʿah Muḥammad ʿAlī

Ṣubḥ.

Al-Nawawī. (1412H). Rawḍah al-Ṭālibīn. Beirut: Al-Maktab al-Islāmī.

Al-Sarakhsī. (1414H). Al-Mabsūṭ. Beirut: Dār al-Maʿrifah.

Al-Sharqāwī, Maḥmūd Samīr. (1998M). Al-Sharikāt al-Tijāriyyah fi al-Qānūn al-Miṣriy.

Dār al-Nahḍah al-ʿArabiyyah.

Al-Shubaylī. (t.t.). Zakāt al-Ashum.

Al-Suyūṭī. (1411H). Al-Ashbāh wa al-Naẓā’ir. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Al-Taftāzānī. (t.t.). Sharḥ al-Talwīh ʿAlā al-Tawḍīḥ. Egypt: Maktabah Ṣubayḥ.

Al-Qarāfī. (t.t.). Al-Furūq. ʿĀlam al-Kutub.

Al-Qarḍāwī. (1393H). Fiqh al-Zakāh. Beirut: Mu’assasah al-Risālah.

Al-Qurah Daghī. (t.t.). Al-Taḥqīq Fī Zakāt al-Ashum wa al-Sharikāt.

Al-Zarkashī. (1405H). Al-Manthūr fi al-Qawāʿid al-Fiqhiyyah. Wizārat al-Awqāf al-

Kuwaytiyyah.

Dhanadeach Wongakanist. (2007). Risk and Return Between Family and non Family.

University of Thai Chamber of Commerce.

Fawzī. (2005). Al-Sharikāt al-Tijāriyyah Fi al-Qawānīn al-Waḍʿiyyah wa al-Sharīʿah al-

Islāmyyah. Manshūrāt al-Ḥalabī al-Ḥuqūqiyyah.

Ibn Fāris. (1399H). Muʿjam Maqāyīs al-Lughah. Beirut: Dār al-Fikr.

Ibn Ḥazm. (t.t.). Al-Muḥallā bi al-Āthār. Beirut: Dār al-Fikr.

Ibn Nujaym. (t.t.). Al-Baḥr al-Rā’iq. Dār al-Kitāb al-Islāmī.

Ibn Qudāmah. (1388H). Al-Mughnī. Egypt: Maktabah Al-Qāhirah.

Ibn Qudāmah. (1425H). Umdat al-Fiqh. Al-Maktabah al-ʿAṣriyyah.

Ibn Rushd. (1425H). Bidāyat al-Mujtahid. Cairo: Dār al-Ḥadīth.

Ibn Sīdah. (1421H). Al-Muḥkam wa al-Muḥīṭ al-Aʿẓam. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Imām al-Ḥaramyn. (1428H). Nihāyat al-Maṭlab. Dār al-Mihāj.

Khalīl. (1426H). Mukhtaṣar Khalīl. Cairo: Dār al-Ḥadīth.

Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī. (1418H). Qarārāt wa Tawṣiyāt Majlis Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī.

Damsyik: Dār al-Qalam.

Muslim. (t.t.). Ṣaḥīḥ Muslim. Beirut: Dār Iḥyā’ al-Turāth al-ʿArabiy.

Muṣṭafā Kamāl Ṭāhā. (1974M). Al-Wajīz fi al-Qānūn al-Tijāriy. Mu’assasah al-Maʿārif.

Shawqī Shaḥātah. (t.t.). Al-Taṭbīq al-Muʿāṣir li al-Zakāh. Dār al-Sharq.

Share World: http://www.shareworld.co/index.php/articles/stock-trading/