5
PENGENALAN Setiap organisasi mempunyai visi dan misi tersendiri dan didalam organisasi tersebut haruslah mempunyai seorang ketua yang bertindak selaku pentadbir dalam memacu dan memangkin pasukannya untuk mencapai visi dan misi yang disasarkan. Seorang pentadbir di sekolah seharusnya mempunyai halatuju dalam mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan melalui sebarang cara ataupun usaha yang dilakukan. Oleh itu, dalam dalam sebuah organisasi sekolah, guru besar merupakan orang yang memainkan peranan yang utama dalam mencorak kejayaan sekolah. Kejayaan sesebuah organisasi amat bergantung kepada gaya kepimpinan yang ada dikalangan pemimpinnya. Begitu juga kesediaan subordinat memberi komitmen yang tinggi kepada organisasi. Kesemua ini bergantung kepada keupayaan pemimpin mempengaruhi dan meyakini mereka untuk bertindak memajukan organisasi. Kepentingan kepimpinan guru besar menjadi salah satu elemen dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Antara garis panduan dalam standard kualiti pendidikan Malaysia ialah guru besar hendaklah menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah kearah pencapaian visi dan misi sekolah dengan cara menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi serta mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi. (Raziah bte Mansor & Ahmad bin Esa. 2009) PENYATAAN MASALAH Pemimpin-pemimpin sekolah perlu sentiasa proaktif serta bersedia melengkapkan diri dengan perkembangan ilmu

acern

Embed Size (px)

DESCRIPTION

k

Citation preview

Page 1: acern

PENGENALAN

Setiap organisasi mempunyai visi dan misi tersendiri dan didalam organisasi

tersebut haruslah mempunyai seorang ketua yang bertindak selaku pentadbir dalam

memacu dan memangkin pasukannya untuk mencapai visi dan misi yang

disasarkan. Seorang pentadbir di sekolah seharusnya mempunyai halatuju dalam

mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan melalui sebarang cara ataupun usaha

yang dilakukan. Oleh itu, dalam dalam sebuah organisasi sekolah, guru besar

merupakan orang yang memainkan peranan yang utama dalam mencorak kejayaan

sekolah.

Kejayaan sesebuah organisasi amat bergantung kepada gaya kepimpinan yang ada

dikalangan pemimpinnya. Begitu juga kesediaan subordinat memberi komitmen

yang tinggi kepada organisasi. Kesemua ini bergantung kepada keupayaan

pemimpin mempengaruhi dan meyakini mereka untuk bertindak memajukan

organisasi. Kepentingan kepimpinan guru besar menjadi salah satu elemen dalam

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Antara garis panduan dalam standard kualiti

pendidikan Malaysia ialah guru besar hendaklah menerajui dan menggerakkan

seluruh warga sekolah kearah pencapaian visi dan misi sekolah dengan cara

menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi serta

mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi. (Raziah bte Mansor &

Ahmad bin Esa. 2009)

PENYATAAN MASALAH

Pemimpin-pemimpin sekolah perlu sentiasa proaktif serta bersedia melengkapkan

diri dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi selaras

dengan perkembangandunia pendidikan yang semakin mencabar. Kepemimpinan

sekolah sentiasa berhadapan dengan tekanan yang berterusan dalam meningkatkan

standard dan penambahbaikan sekolah. Hal ini kerana sekolah merupakan agen

yang penting dalam pembinaan generasi masa depan. (Habib Ismail & Zaimah

Ramli. 2012) Isu prestasi sekolah luar bandar yang masih rendah berbanding

sekolah di bandar masih menjadi perbincangan dalam bidang pendidikan hari ini.

Guru-guru perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan jurang antara prestasi

sekolah luar bandar dan sekolah di bandar. Jurang antara bandar dan luar bandar

merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan

Page 2: acern

penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan

sekolah di pedalaman. (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Objektif

yang sama penting dalam sistem pendidikan adalah memastikan kesaksamaan

dalam keberhasilan murid. Malangnya, sehingga kini keberhasilan murid masih tidak

saksama. Negeri yang mempunyai populasi sekolah luar bandar yang banyak,

seperti Sabah dan Sarawak, secara purata, menunjukkan prestasi yang rendah

berbanding negeri yang mempunyai bilangan sekolah luar bandar yang sedikit.

(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025) Selain guru, pemimpin

yang cekap menyumbang dalam kecemerlangan pencapaian murid di samping

menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran kepada murid dan guru.

Kejayaan pelaksanaan pembangunan pendidikan yang dirancang di peringkat pusat

meletakkan cabaran dan tanggungjawab kepada pemimpin sekolah dalam

merealisasikan perkara yang dirancang dengan bantuan guru. Pemimpin yang bijak

berupaya menyedia prasarana dan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan

bersesuaian dengan keperluan pembelajaran murid. Keupayaan serta kompetensi

guru dan pemimpin amat penting, maka pembangunan keupayaan mereka

dirancang di sepanjang kerjaya mulai di peringkat pemilihan. Oleh itu, pembangunan

profesionalisme guru termasuk pemimpin merupakan suatu kontinum yang

dirancang di sepanjang kerjaya mereka. Proses ini berfokus kepada keperluan guru

bersesuaian dengan ciri murid serta konteks persekitaran pembelajaran yang

dihadapi (Pelan Strategik Interim, KPM 2011 – 2020). Pemimpin perlu melihat

kepemimpinan sebagai satu tanggungjawab dan amanah dan bukan sebagai satu

keistimewaan yang melayakkannya berada dalam kedudukan tinggi dalam hierarki

organisasi (Mumtaz Begam bt Abdul Kadir, Norzaini Azman & Mohamed Sani

Ibrahim, 2010). Jelas sekali peranan Guru Besar selaku pemimpin dan juga

pengurus amat penting dalam menentukan halatuju sesebuah sekolah, oleh itu

seseorang Guru Besar perlu mempunyai ilmu dan pengalaman dalam menguruskan

sesebuah sekolah. Menurut Hariyaty Ab Wahid ( 2008) menyatakan bahawa

pencapaian organisasi merupakan kayu ukur pencapaian usahawan itu sendiri. Ia

dipengaruhi oleh beberapa faktor yang dimiliki usahawan merangkumi kecekapan

keusahawanan, keupayaan merebut peluang, kebolehan mengurus dan kebolehan

memaksimumkan sumber organisasi. Pentadbir sekolah juga boleh berperanan

seperti seorang usahawan dalam mengendalikan organisasi, iaitu sekolah.

Pemikiran yang kreatif dan inovatif oleh seseorang pentadbir sekolah, yang lain dari

Page 3: acern

kebiasaan akan melahirkan impak-impak yang di luar jangkaan dan luar dari

kebiasaan. Justeru, pengurusan sekolah yang unggul iaitu yang berjaya mencapai

matlamat yang dihasratkan adalah bertitik tolak daripada pemikiran, kepakaran dan

kepimpinan barisan pentadbir sekolahnya.Menurut Suyitno, Ahmad Sonhadji K.H,

Imron Ariffin, Nurul Ulfatin, (2014), tujuh ciri kepimpinan keusahwanan yang perlu

ada dalam diri seorang pengetua. Antaranya, seorang yang bervisi, kreatif, inovatif,

berdiri dengan diri sendiri, rajin, mengambil risiko, dan bersemangat keusahawanan

dalam mengendalikan organisasi sekolah. Justeru, pemimpin sekolah perlu

memenuhi tuntutan tersebut dengan menjadi model pembelajaran di sekolah. Aktiviti

pembelajaran yang berteraskan kepada kepimpinan melalui teladan ini adalah

contoh pembelajaran terbaik dalam organisasi. Pengetua menjadi contoh kepada

guru untuk belajar dan guru menjadi contoh kepada murid untuk belajar. Selain

pembelajaran kendiri, pemimpin juga mesti berupaya memimpin dan menyokong

aktiviti pembelajaran secara kolaboratif di sekolah. Pembelajaran secara kolaboratif

dapat menjana inspirasi dan memberi motivasi kepada guru dalam pasukan untuk

saling membantu dan memberikan khidmat terbaik dalam melunaskan

tanggungjawab di sekolah. (Rosnah Ishak, Muhammad Faizal A. Ghani & Saedah

Siraj, 2014) Melalui kajian ini yang bertujuan mengenal pasti persepsi guru terhadap

kepimpinan keusahawanan guru besar. Kesimpulannya, pengetua sebagai

penggerak utama yang menentukan corak pengurusan dan pentadbiran sekolah

perlu memainkan peranan yang penting terutamanya dalam merancang, mengurus

dan melaksana bersama guru-guru untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Dalam

kajian ini pengkaji ingin mengkaji samada pengetua yang mempunyai kepimpinan

keusahawanan dapat memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenal persepsi guru terhadap kepimpinan keusahawanan guru besar.

SOALAN KAJIAN

i. Apakah persepsi guru terhadap kepimpinan keusahawanan guru besar?