Upload
phungdien
View
242
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Tandatangan :
Nama Penyelia : EN SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI
Tarikh : 30 APRIL 2009
ii
PEMBANGUNAN PERISIAN SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA
UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID
SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)
UMMI NATRAH BINTI ABD RAHMAN
Laporan Ini DikemukanSebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2009
iii
“Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandangan :
Nama Penulis : UMMI NATRAH BINTI ABD RAHMAN
Tarikh : 30 April 2009
iv
DEDIKASIDEDIKASIDEDIKASIDEDIKASI
Buat abahabahabahabah dan ibubububu tersayang
Abd Rahman bin AbdullahAbd Rahman bin AbdullahAbd Rahman bin AbdullahAbd Rahman bin Abdullah dan Noorliah binti RamliNoorliah binti RamliNoorliah binti RamliNoorliah binti Ramli
Buat abgabgabgabg dan adikadikadikadik
Khairil Hisham, Khairil Hadi, Khairil Muqrim,Khairil Hisham, Khairil Hadi, Khairil Muqrim,Khairil Hisham, Khairil Hadi, Khairil Muqrim,Khairil Hisham, Khairil Hadi, Khairil Muqrim,
Khairil Amini, Khairil Muhaimin, Khairil Amini, Khairil Muhaimin, Khairil Amini, Khairil Muhaimin, Khairil Amini, Khairil Muhaimin,
Khairil Naim dan Khairil AlimiKhairil Naim dan Khairil AlimiKhairil Naim dan Khairil AlimiKhairil Naim dan Khairil Alimi
Buat insaninsaninsaninsan tercinta
MuhammadMuhammadMuhammadMuhammad Effendy bin Nor AliEffendy bin Nor AliEffendy bin Nor AliEffendy bin Nor Ali serta keluargakeluargakeluargakeluarga
Buat pensyarahpensyarahpensyarahpensyarah yang dikasihi
En Syahrul Ridhwan bin MorazukiEn Syahrul Ridhwan bin MorazukiEn Syahrul Ridhwan bin MorazukiEn Syahrul Ridhwan bin Morazuki
Puan Asha Hasnimy binti HashimPuan Asha Hasnimy binti HashimPuan Asha Hasnimy binti HashimPuan Asha Hasnimy binti Hashim
Perhargaan yang tak terucap kuucapkan kerana banyak member tunjuk ajar yang amat berharga
dalam menjadi seorang insan dan bakal pemegang segulung Ijazah yang menjadi idaman setiap insan
Buat temantemantemanteman----temantemantemanteman seperjuangan
Terima kasih kuucapkan kepada kalian kerana selama ini yang banyak member dorongan dan
memberi semangat dalam mengharungi perjuangan ini
Jasa kalian amat kuhargai dan akan dikenang buat selama-lamanya…
v
PENGHARGAAN
Segala puji hanya kepada Allah S.W.T., salam dan sejahtera kepada Junjungan
Besar Nabi Muhammad S.A.W. dan sekalian para sahabat baginda serta sekalian
Muslimin dan Muslimat. Amin………..
Alhamdulillah….Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya, akhirnya saya dapat kami menyiapkan penyelidikan ini. Dengan rasa tulus
ikhlas, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya
iaitu Puan Asha Hasnimy binti Mohd Hashim dan Encik Syahrul Ridhwan bin Morazuki
selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) saya, di atas segala bimbingan, tunjuk ajar,
teguran serta nasihat yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Tidak lupa
juga kepada Puan Halijah binti Ibrahim yang turut membantu dalam menyumbangkan
idea dan pendapat semasa proses penyiapan projek ini.
Tidak lupa juga kepada rakan – rakan seperjuangan yang banyak membantu
(Mas, Ou, Faddy, Valli, Ana, Nor dan Alin) serta individu yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam penyelidikan ini. Buat insan yang paling tidak dilupakan dan
akan dikenang sepanjang hayatku, abah dan mak, segala doa, restu dan sokongan kalian
amat dihargai. Jasa baik serta doa abang-abang dan adik-adik juga tidak akan kulupakan.
Semoga usaha ini akan diberkati Allah S.W.T hendak-Nya.
Wassalam
Ummi Natrah Binti Abd Rahman
April, 2009
vi
ABSTRAK
Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data Ujian Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan Malaysia (SEGAK) merupakan satu sistem pengurusan pangkalan data
yang digunakan untuk menganalisis data dan norma ujian kecergasan fizikal pelajar
sekolah yang berumur antara 10 hingga 17 tahun. Perisian ini dibangunkan
menggunakan perisian Macromedia Authorware 7 dan Microsoft Visual Basic 6.
Manakala, pangkalan data dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Access
2003. Pembangunan perisian ini bertujuan membina pangkalan data bagi memudahkan
guru dalam proses penganalisaan, penyimpanan dan pendokumentasian laporan data
ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai
yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat lima item ujian dalam ujian SEGAK
kecergasan berdasarkan komponen kesihatan. Norma bagi setiap ujian mempunyai skor
iaitu lima, empat, tiga, dua dan satu, manakala, gred pencapaian keseluruhan ditetapkan
mempunyai lima iaitu gred A, B, C, D dan E. Gred pencapaian keseluruhan diperolehi
melalui nilai purata skor semua item ujian. Perisian ini mempunyai enam pautan utama
iaitu halaman utama, prosedur ujian, norma ujian, pendaftaran, skor ujian dan kredit
pembangun. Hasil kajian mendapati perisian ini dapat membantu guru dalam proses
penganalisaan, pengrekodan, penyimpanan serta laporan data ujian pelajar. Sistem juga
berupaya membantu guru mengendalikan ujian dan mengenalpasti prestasi pelajar
dengan pantas dan bersistematik.
vii
ABSTRACT
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Malaysia (SEGAK) database
management system software is defined as database management system which is used
to analyze data and norm of students aged around 10 to 17 years old. The software were
developed using Macromedia Authorware 7 and Microsoft Visual Basic 6. Whereas, the
development of database management system was developed by using Microsoft Access
2003. This software was developed to help teachers in data analyzing, storage and record
documentation for SEGAK test. Besides, the system provides the procedures and
standard norms for SEGAK test. There are five test items in SEGAK test which are
based on health-related fitness. Score norm for each test are five, four, three, two and
one. Whereas, the grades for overall achievement are A, B, C. D and E. The overall
achievement grades obtained from the average of all test item. The software consists of
six main links which are main page, test procedures, test norms, students registration,
test score and developer credit. Result of this study found that this software helped
teachers in students’ data analyzing, recording, storing and reporting the test results. The
system also helped teachers conducting the test and identify students performance
quicker and systematically.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN PENYELIDIK iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI LAMPIRAN x
SENARAI RAJAH xi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Rasional Perlaksanaan Projek 7
1.6 Skop dan Batasan Kajian 7
1.7 Definisi Operasional 8
1.8 Kesimpulan 11
ix
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Ujian Kecergasan Fizikal 12
2.2 Sistem Pengurusan Pangkalan Data 16
2.3 Kesimpulan 19
3 REKA BENTUK SISTEM
3.1 Fasa Analisis 20
3.2 Fasa Reka Bentuk 25
3.3 Fasa Pembangunan 32
3.4 Fasa Perlaksanaan 33
3.5 Fasa Penilaian 34
3.6 Kesimpulan 34
4 REKABENTUK PERISIAN
4.1 Pengenalan 35
4.2 Pakej Perisian 36
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Perbincangan 51
5.2 Rumusan 58
5.3 Cadangan 59
5.4 Penutup 60
RUJUKAN 61
LAMPIRAN (A-N) 66
x
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Simbol Perwakilan Carta Alir 66
B Prosedur Ujian Komposisi Badan 67
C Prosedur Ujian Naik Turun Bangku 68
D Prosedur Ujian Tekan Tubi Suaian Lelaki 70
E Prosedur Ujian Tekan Tubi Suaian Perempuan 72
F Prosedur Ujian Ringkuk Tubi Separa 74
G Prosedur Ujian Jangkauan Melunjur 76
H Rujukan Norma Ujian Bagi Lelaki 78
I Rujukan Norma Ujian Bagi Perempuan 80
J Rujukan Norma Bagi Keseluruhan Ujian 82
K Borang Skor Ujian SEGAK Bagi Sekolah Rendah 83
L Borang Skor Ujian SEGAK Bagi Sekolah Menengah 85
M Pengesahan Pakar Bidang 88
N Contoh Pengaturcaraan Microsoft Visual Basic Bagi Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data Ujian SEGAK 89
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT
3.1 Carta Alir Menu Utama 26
3.2 Carta Alir Sub-Menu (Pendaftaran Pelajar) 27
3.3 Carta Alir Sub-Menu (Skor Ujian) 28
3.4 Carta Alir Sub-Menu (Prosedur Ujian) 29
3.5 Carta Alir Sub-Menu (Norma Ujian) 30
3.6 Carta Alir Sub-Menu (Kredit Pembangun) 31
4.1 Paparan Halaman Montaj Sistem 36
4.2 Paparan Halaman Menu Utama Sistem 37
4.3 Paparan Halaman Pendaftaran 38
4.4 Paparan Halaman Pendaftaran Skor Ujian 39
4.5 Paparan Halaman Paparan 40
4.6 Paparan Halaman Tingkatan 3 40
4.7 Paparan Halaman Menu Prosedur Ujian 41
4.9 Paparan Halaman Prosedur Ujian Tekan Tubi Lelaki 43
4.10 Paparan Halaman Prosedur Ujian tekan Tubi Perempuan 43
4.11 Paparan Halaman Norma Ujian 44
4.12 Paparan Halaman Menu Norma Lelaki 45
4.13 Paparan Halaman Menu Norma Perempuan 45
4.14 Paparan Salah Satu Halaman Norma Ujian Lelaki 46
4.15 Paparan Salah Satu Halaman Norma Ujian Perempuan 47
4.16 Paparan Halaman Norma Keseluruhan 48
4.17 Paparan Halaman Kredit Pembangun 49
xii
4.18 Paparan Pertanyaan Keluar 50
4.19 Paparan Penghargaan 50
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti
harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa letih. Kecergasan fizikal sering kali
dikaitkan dengan keupayaan seseorang individu menggunakan masa senggang,
menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecergasan (Helen Tan, 2002).
Sebelum ujian SEGAK diperkenalkan, terdapat beberapa ujian kecergasan lain
yang telah diimplementasikan di sekolah. Ujian Daya Tahan Asas (UDTA) mula
dilaksanakan pada tahun 2001. UDTA menggunakan ujian larian 1500 meter sebagai
item ujian untuk mengukur tahap kecergasan pelajar sekolah lingkungan umur 11 hingga
17 tahun. Namun, sehingga kini masih tiada kajian dari luar negara atau program-
2
program kecergasan yang menggunakan ujian larian 1500 meter dalam program mereka.
Menurut Zolkifli Abd Ghani (2006), nilai kebolehpercayaan dan kesahan ujian ini,
bagaimana norma ujian dibina, serta bilangan subjek yang digunakan dalam kajian
tersebut tidak dijelaskan secara terperinci oleh Bahagian Pendidikan Jasmani.
Disebabkan terdapat kesangsian terhadap kebolehpercayaan dan kesahan ujian ini, Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperkenalkan Ujian Kecergasan Jasmani
Kebangsaan (UKJK) diperkenalkan pada tahun 2003. Kemudian, pada tahun 2005, Ujian
Kecergasan Fizikal Malaysia (UKFM) diperkenalkan bagi menggantikan UKJK.
Peningkatan kepada sesuatu set aktiviti kecergasan dirancang dan dilaksanakan
untuk membantu pelajar mendapatkan keputusan kecergasan yang optimum mengikut
prosedur serta norma yang telah ditetapkan. Oleh itu, satu penilaian piawai dikenali
sebagai Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid
Sekolah Malaysia (SEGAK) diperkenalkan. Program ini dirancang ada tahun 2005 dan
telah dirangka untuk dilaksanakan mulai sesi persekolahan pada setiap tahun.
Walaubagaimanapun, ia mula dilaksanakan pada tahun 2008 dan ia telah menggantikan
UKFM. Program penilaian SEGAK ini dirancang selari dengan tunjang kecergasan yang
terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Sekolah Rendah dan Menengah. Pelaporan hasil SEGAK akan menjadi komponen
kecergasan kepada penilaian berasaskan sekolah. Komponen kecergasan yang diuji
dalam SEGAK adalah komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan iaitu Indeks
Jisim Badan (BMI), kekuatan otot, daya tahan otot, kelenturan badan dan daya tahan
kardiovaskular.
Namun begitu, masih tiada suatu sistem pengurusan maklumat ujian kecergasan
yang dijalankan di peringkat sekolah. Sistem pengurusan maklumat merupakan satu
sistem yang menyediakan banyak ciri, walaupun bagi pekerja yang bukan teknikal untuk
membina, mengurus dan seterusnya menerbitkan pelbagai maklumat seperti teks, video,
gambar, atau dokumen yang ditentukan oleh peraturan, proses dan urutan secara
3
berpusat bagi memastikan ianya lebih teliti dan terancang. Justeru itu, sistem pengurusan
maklumat ini memerlukan satu pangkalan data bagi merekod dan menyimpan data ujian
pelajar.
Pangkalan data adalah satu koleksi data dan program yang membolehkan
pengguna mencapai maklumat yang diperlukan bagi pelbagai tujuan. Antara sistem
pangkalan data yang ada ialah sistem maklumat pelajar di sekolah dan sistem maklumat
pesakit di klinik dan hospital. Kedua-dua sistem ini mempunyai ramai pelajar dan
pelanggan di mana masing-masing mempunyai akaun sendiri. Maka, data yang banyak
perlu disimpan dan pasti ianya memerlukan satu sistem pangkalan data yang
membolehkan pihak yang bertanggungjawab menyimpan, mengubah serta membuang
data yang ada.
Sistem pangkalan data merupakan satu sistem yang boleh membantu pengguna
menyimpan data secara sistematik. Untuk membuat capaian kepada pengkalan data
hendaklah menggunakan perisian yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pangkalan
Data atau Database Management System (DBMS). DBMS adalah set satu aturcara yang
direkabentuk untuk menguruskan maklumat seperti menambah, mengemaskini dan
mendapatkan semula data yang sedia ada dalam pangkalan data. Terdapat lima
komponen utama dalam sistem pengurusan pangkalan data iaitu perkakasan, perisisan,
perisian data, prosedur dan orang. Antara contoh DBMS adalah Microsoft Access, SQL,
Fox Pro, C++, FOTRAN dan sebagainya.
Pengguna yang menggunakan sistem pangkalan data mampu mengubah,
memadam dan merekod data yang baru. Pengguna sistem boleh melaksanakan atau
meminta sistem untuk melakukan pelbagai operasi seperti memasukkan data ke dalam
fail sedia ada, menambahkan fail baru ke dalam pangkalan data, memperbaiki data
4
daripada fail sedia ada, memadam dan menukar data sedia ada yang tidak diperlukan
daripada pangkalan data.
Sistem maklumat bermaksud satu kombinasi yang terdiri daripada manusia,
perkakasan, perisian, rangkaian dan data yang bertanggungjawab mewujud, mengumpul,
menukar dan mengagihkan maklumat dalam sesebuah organisasi. Ia juga boleh
dimaksudkan sebagai persekitaran proses mewujud atau memperolehi maklumat,
mengumpul maklumat daripada pelbagai bentuk, proses dan menukar bentuk maklumat
yang diperoleh dan dikumpulkan ke dalam bentuk yang diingini dan seterusnya
mengagihkan maklumat tersebut kepada pihak yang berkaitan untuk ambil tindakan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid
Sekolah Malaysia (SEGAK) ini dirancang selari dengan tunjang kecergasan yang
terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Sekolah Rendah dan Menengah.
SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun
2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya kepada murid Tahun 4 hingga
Tingkatan 5 mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil SEGAK akan menjadi
komponen kecergasan kepada penilaian berasaskan sekolah.
5
Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid.
Ujian yang dijalankan secara sistematik wajib diadakan dua kali setahun dan diharap
dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung
jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
Guru perlu merancang bagaimana hendak menguruskan semua pengendalian
ujian serta dokumentasi laporan keputusan ujian SEGAK. Guru perlu merancang tarikh
ujian, menyediakan tempat, alatan dan borang, memastikan aspek keselamatan,
mentadbir ujian, mengesahkan hasil ujian, merekod ujian dalam sistem maklumat murid,
menganalisa hasil ujian dan melaporkan hasil ujian dalam buku rekod kemajuan murid.
Maklumat keputusan skor ujian perlu dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
setiap 6 bulan. Pengendalian laporan keputusan ujian juga dilakukan secara manual.
Kini, penggunaan teknologi komputer dan teknologi maklumat banyak
diaplikasikan dalam dunia pendidikan negara dan telah menjadi suatu aset yang penting
untuk meningkatkan sktruktur pengurusan sesuatu maklumat terutamanya maklumat
elektronik. Ini termasuklah dalam penyimpanan maklumat bagi ujian kecergasan fizikal
seperti FITNESSGRAM, BSDI Fitness Analyst, FITSTAT dan Senior Test Kit. Namun
begitu, sehingga kini masih tiada sistem pengurusan pangkalan data bagi ujian
kecergasan yang dijalankan kepada pelajar sekolah di Malaysia. Justeru itu, pembangun
melihat pengurusan yang lebih sistematik perlu dilakukan bagi mengendalikan urusan
penyimpanan dan percetakan laporan keputusan ujian SEGAK. Sejajar dengan itu,
kajian ini bertujuan untuk membina satu Sistem Pengurusan Pangkalan Data Ujian
SEGAK di peringkat sekolah.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Sehingga kini, pengurusan data ujian kecergasan diuruskan secara konvensional.
Kaedah konvensional yang menjadi amalan mempunyai banyak kelemahan terutama
dari segi kos, masa dan penggunaan borang yang banyak serta boleh mengundang
kepada kehilangan salinan borang data ujian pelajar. Selain itu, masalah lain yang timbul
adalah pemindahan data dari hardcopy kepada hardcopy. Ini kerana, guru sendiri
merekodkan keputusan ujian dengan tulisan tangan dan jika berlaku kesilapan semasa
merekod, pembetulan dilakukan di atas borang yang sama dan tidak kemas. Proses
pengiraan skor ujian secara manual mengambil masa yang sangat lama dan agak
membebankan guru yang bertanggungjawab.
1.4 Objektif Kajian
Berikut merupakan objektif-objektif kajian :
1.4.1 Membangunkan sebuah sistem maklumat berkomputer bagi Ujian Standard
Kecergasan Kebangsaan (SEGAK).
1.4.2 Membina sebuah sistem maklumat yang mampu melakukan proses pengrekodan
dan maklumat Ujian Standard Kecergasan Kebangsaan (SEGAK) seperti
penambahan, pembuangan dan pengemaskinian data.