Upload
others
View
148
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
MANUAL
PENGGUNA
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN
KOKURIKULUM (PAJSK) TAHUN 2018
PENGGUNA
SEKOLAH
Manual ini adalah manual sementara dan boleh digunakan bagi tujuan
pengisian data keahlian dan ujian SEGAK bulan Mac sahaja. Manual
lengkap akan dikeluarkan pada bulan Ogos 2018. Harap maklum.
2
Alamat URL bagi akses sistem : https://pajsk.moe.gov.my/index.php
Rajah 1
A. LOGIN SEKOLAH – PENGGUNA SEKOLAH
1. Klik pilihan akses mengikut fungsi pengguna.
Contoh, Pengguna Sekolah Rendah seperti Rajah 2.
Rajah 2
3
2. Paparan berikut akan dipaparkan seperti Rajah 3.
Rajah 3
3. Masukkan ID Kod Sekolah sebagai ID Pengguna dan katalaluan.
* ID : KOD_SEKOLAH (HURUF BESAR)
* Katalaluan default: 123456
4. Setelah ID dan katalaluan dimasukkan, klik butang MASUK untuk akses ke sistem seperti Rajah 4.
Rajah 4
5. Selesai.
4
B. KEMASKINI KATA LALUAN DAN MAKLUMAT
1. Setelah pengguna akses kepada sistem, paparan seperti Rajah 5 akan dipaparkan.
Rajah 5
2. Kemaskini ruangan berkaitan
a. Nama : <Nama_PK Kokurikulum>
b. No IC : <No KP PK Kokurikulum>
c. No HP : <No HP PK Kokurikulum>
d. Kata Laluan Baru : <kata laluan baru> (maksimum 6 aksara)
e. Soalan Keselamatan : Sila buat pilihan soalan bagi kegunaan ketika lupa kata laluan
f. Jawapan : Masukkan jawapan kepada soalan anda
3. Klik “SIMPAN”.
4. Selesai.
5
C. DAFTAR AKTIVITI
1. Klik “DAFTAR KEAHLIAN” seperti Rajah 6.
Rajah 6
2. Setelah klik “DAFTAR KEAHLIAN”, paparan seperti Rajah 7 akan dipaparkan.
Rajah 7
3. Sila pilih Tahun/Tingkatan dan Kelas dan klik butang “CARI”.
4. Paparan seperti Rajah 8 akan dipaparkan setelah klik butang “CARI”.
6
Rajah 8
Nota : Pihak sekolah dimohon untuk mendaftar keahlian murid bagi tiga (3) aktiviti utama
kokurikulum di sekolah iaitu Kelab/Persatuan (KP), Sukan/Permaian(SP) dan Pasukan Badan
Beruniform(PBB).
i. Bagi aktiviti tambahan, pihak sekolah boleh mendaftar keahlian pada bulan Ogos 2018
semasa pengisian markah pentaksiran kokurikulum. Fungsi bagi aktiviti tambahan akan
diaktifkan bagi tujuan tersebut.
ii. Contoh situasi;
1. Murid A
a. KP : Persatuan Bahasa Melayu
b. SP : Bola Sepak
c. PBB : Pengakap & Seni Bela Diri – Pengakap merupakan aktiviti utama
murid di sekolah.
Pihak sekolah perlu mengisi aktiviti utama sahaja iaitu Persatuan Bahasa
Melayu, Bola Sepak dan Pengakap. Bagi Seni Bela Diri, keahlian ini boleh
ditambah dan didaftarkan semasa pengisian markah pentaksiran kokurikulum
pada bulan Ogos 2018.
5. Klik butang bagi mendaftar keahlian murid untuk setiap aktiviti.
6. Paparan seperti Rajah 9 akan dipaparkan. (Contoh Badan Beruniform)
7
Rajah 9
7. Pilih Jenis Badan Beruniform dan Pasukan yang disertai murid dan klik “SIMPAN”
8. Paparan seperti Rajah 10 akan dipaparkan.
Rajah 10
9. Klik untuk KEMASKINI sekiranya ingin membuat pembetulan pilihan keahlian.
10. Sekiranya keahlian yang didaftarkan tepat, klik “KEMBALI” untuk murid seterusnya.
11. Paparan seperti Rajah 11 akan dipaparkan. Bagi murid yang telah diisi keahlian, simbol dipaparkan
menggantikan simbol . Sekiranya pihak sekolah klik pada simbol , paparan seperti Rajah 10 akan
dipaparkan semula untuk semakan dan kemaskini jika ada perubahan seperti langkah 9.
Rajah 11
8
12. Bagi murid yang TIDAK MELAKSANAKAN SALAH SATU AKTIVITI (KP/SP/PBB), sila tanda tick pada kotak
Tidak Melaksana seperti Rajah 12. Murid ini tidak akan ditaksir kokurikulumnya.
Nota : Murid Berkeperluan Khas (yang tidak boleh menjalankan aktiviti), Murid sakit kronik /
berpanjangan (surat doktor) atau lain-lain alasan yang munasabah (dapat dibuktikan) sahaja diberi
kelonggaran untuk tidak melaksanakan aktiviti kokurikulum.
Rajah 12
13. Tandakan tick pada kotak Tidak Melaksanakan dan pilih alasan seperti Rajah 13.
Rajah 13
14. Klik “SIMPAN”. Paparan seperti Rajah 14 akan dipaparkan.
Rajah 14
9
15. Tanda kelihatan pada murid yang tidak
melaksanakan aktiviti dan murid ini tidak ditaksir markah kokuriklumnya. Sekiranya murid melaksanakan,
pihak sekolah boleh untick semula kotak Tidak Melaksana dan isi aktiviti murid seperti biasa (Langkah 5).
16. Selesai.
10
D. SEGAK
1. Klik “SEGAK” seperti di Rajah 15 untuk mengisi Ujian SEGAK.
Rajah 15
2. Paparan seperti Rajah 16 akan dipaparkan.
Rajah 16
3. Sila pilih Tahun / Tingkatan dan Kelas dan klik butang “CARI” bagi teruskan proses.
4. Paparan seperti Rajah 17 akan dipaparkan.
11
Rajah 17
5. Klik butang untuk mulakan pengisian ujian SEGAK. Paparan seperti Rajah 18 akan dipaparkan.
Rajah 18
6. Pastikan Jantina dan Umur adalah betul dan tepat. Sekiranya tidak tepat, sila buat pembetulan pindaan
maklumat murid melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid. Penggal 2 (Ogos) akan diaktifkan pada Ogos
2018.
7. Isikan maklumat dapatan Berat dan Tinggi murid. Tunggu sehingga BMI dan Status BMI dijana dan
memaparkan keputusan secara automatik. Sekiranya Tinggi dan Berat murid tidak diambil, tandakan tick pada
kotak TL.
8. Seterusnya masukkan Tarikh Ujian bagi bulan Mac. Klik simbol kalendar untuk pilih tarikh ujian.
12
9. Isi dapatan keputusan ujian seperti di paparan Rajah 19.
Rajah 19
10. Hanya isi “DAPATAN”, Skor, Jumlah Skor, Gred dan Status Kecergasan akan dipaparkan sebaik sahaja
DAPATAN diisi.
11. Klik “SIMPAN” untuk murid seterusnya.
12. Bagi murid yang TIDAK MELAKSANAKAN UJIAN, tandakan tick pada kotak TL.
13. Selesai.
13
E. PENGESAHAN
1. Klik “PENGESAHAN” seperti Rajah 20 untuk membuat pengesahan pengisian data.
Rajah 20
2. Bagi tujuan ini, pihak sekolah diingatkan untuk melihat rumusan dan memastikan data adalah betul dan tepat
sebelum membuat pengesahan.
a. Butang pengesahan bagi “SAH DATA KOKURIKLUM” dan “SAH DATA SEGAK BULAN OGOS”
akan diaktifkan pada bulan Ogos 2018.
b. Klik “SAH DATA KEAHLIAN AKTIVITI” bagi membuat pengesahan data keahlian. Paparan seperti
Rajah 21 akan dipaparkan.
Rajah 21
Butang “SAH MARKAH” akan diaktifkan selepas semua murid berada pada status “Bil Calon
Berdaftar”.
“Bil Calon Tidak Mendaftar” menunjukkan bilangan murid yang belum didaftarkan keahlian dan belum
selesai. Klik pada bilangan tersebut untuk melihat murid yang belum didaftarkan.
c. Klik “SAH DATA SEGAK BULAN MAC” bagi membuat pengesahan data Ujian SEGAK Mac.m
Paparan seperti Rajah 22 akan dipaparkan.
14
Rajah 22
Butang “SAH MARKAH” akan diaktifkan selepas semua murid berada pada status “Bilangan Calon
Lengkap”.
“Bilangan Calon Tidak Lengkap” menunjukkan bilangan murid yang belum lengkap diisi dapatan Ujian
SEGAK dan belum selesai. Klik pada bilangan tersebut untuk melihat murid yang belum lengkap.
3. Selesai.