9
NURAIN BINTI MOHD ALI SOALAN 2 1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya 2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS. 3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan 4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya 5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan 6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama 7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji 8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt 9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang 10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri 11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat- syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam 12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan

Al Haq

Embed Size (px)

DESCRIPTION

al haq

Citation preview

Page 1: Al Haq

NURAIN BINTI MOHD ALI

SOALAN 2

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5%

membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS.

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg

membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan

rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di

sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di

panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami

ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak

mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman,

Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya

merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai

hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah

dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

Page 2: Al Haq

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap

hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi

kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam

soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul,

pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga,

santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

SOALAN 3

Mengikut prasangka, andaian dan panduan akal yang tidak berpandukan ilmu yang

sebenar. Firman Allah bermaksud : “Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan

sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi

kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui akan apa yang mereka lakukan” (Surah Yunus : ayat 36)

Tidak menggunakan akal dan pancaindera yang diberikan oleh Allah s.w.t di dalam

mencari kebenaran. Firman Allah bermaksud : “Maka Nabi Soleh pun meninggalkan

mereka sambil berkata: Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu

perutusan Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak

suka kepada orang-orang yang memberi nasihat”. (Surah Al-A'raf: ayat 79)

Degil dan keras kepada terhadap kebenaran Firman Allah : “Kemudian Kami utuskan

sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan

membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur

(enggan menerimanya) dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa. Oleh

sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, berkatalah mereka:

Page 3: Al Haq

Sesungguhnya ini ialah sihir yang nyata. (Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa

bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika

datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah

tetap tidak akan berjaya”. (Surah Yunus: 75 - 77)

Hidup tidak berlandaskan AlQuran dan hadis. Firman Allah bermaksud : “Demikianlah

keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau

melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan

serta ditinggalkan”. (Surah Thaha : ayat 126)

Tidak mempunyai konsep yang betul tentang sifat-sifat Allah s.w.t Firman Allah yang

bermaksdu: “Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia

berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi

kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta

menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari

perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid.

Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan

hambaNya. Mereka menjawab dengan berkata: Wahai Soleh, sesungguhnya engkau

sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami);

patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk

nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu

yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya”. (Surah Hud ;

ayat 61 & 62)

SOALAN 4

Sekularisme yang berasal dari ideology Kapitalisme adalah satu bentuk ajaran yang

memisahkan agama dari kehidupan (faslu deen ‘anil hayah). Ideologi Kapitalisme adalah

ideologi kufur yang tertegak atas dasar pemisahan agama dari kehidupan. Sekularisme ini

menjadi akidah kepada ideologi ini, sekaligus sebagai qiyadah fikriyah (kepemimpinan berfikir)

Page 4: Al Haq

serta qa’idah fikriyah (kaedah berpikir)nya. Berlandaskan qa’idah fikriyah ini, penganut akidah

ini berpendapat bahawa manusia berhak membuat peraturan hidupnya sendiri. Mereka

mempertahankan kebebasan manusia yang terdiri dari kebebasan berakidah/beragama,

kebebasan berpendapat, kebebasan hak milik dan kebebasan bertingkahlaku.

Idea faslu deen ‘anil hayah (pemisahan agama dari kehidupan) adalah idea kufur kerana Islam

sama sekali tidak memisahkan agama dari kehidupan. Ciri-ciri sekularisme ialah meyakini

bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap

aspek, beranggapan bahawa institusi politik dalam peradaban kaum Muslimin masa lampau

adalah cerminan dan warisan tradisi yang tidak ada hubungan dengan hukum syariat yang suci,

penerapan syariat islam akan merugikan penganut bukan Islam, menganggap syariat islam

sangat terbelakang dan ketinggalan zaman dan menyebarkan fahaman yang boleh

menimbulkan keraguan terhadap Islam untuk kepentingan politik sendiri.

Demokrasi berasal dari pandangannya bahawa manusia berhak membuat peraturan. Menurut

mereka, rakyat adalah sumber kekuasaan dan rakyatlah yang membuat undang-undang. Rakyat

jugalah yang menggaji ketua negara untuk menjalankan undang-undang yang telah dibuatnya.

Rakyat berhak mencabut kembali kekuasaan itu dari ketua negara, sekaligus menggantikannya

termasuklah merubah undang-undang sesuai dengan kehendaknya.

Islam adalah agama wahyu. Islam adalah aqidah, syarak dan akhlak. Islam adalah agama yang

sempurna dan komprehensif. Mendaulatkan syariat Islam dalam semua aspek kehidupan

bererti kita telah mendaulatkan Allah SWT. Pemilik dan Penguasa yang mutlak terhadap alam

ini dan seluruh penghuninya. Dan ini bertepatan dengan prinsip keadilan didalam Islam yang

menegaskan bahawa keadilan itu adalah meletakkan yang hak diatasnya.

Sementara Demokrasi pula adalah sistem yang mendaulatkan rakyat yang pada hakikatnya

adalah hamba Allah SWT tetapi telah dipertuankan dan diberikan hak untuk menggubal dan

membentuk undang-undang dan peraturannya sendiri. Ini jelas bertentangan dengan prinsip

keadilan kerana meletakkan sesuatu bukan diatas tempatnya. Hamba yang seharusnya sujud

dan patuh kepada Tuhannya kini menjadi menjadi Tuan dan bertindak mengatur kehidupannya

menurut kehendak dan kemahuannya berasaskan kepada kewajaran tanpa batasan.

Page 5: Al Haq

SOALAN 5

Kesungguhan & kesabaran beliau menjadi bukti kepada terimanya dia akan petunjuk Allah

subhanahu wa taa’la, maka setiap orang perlu mencarinya. Beliau tidak berputus asa mencari

kebenaran dan terus berusaha berbanding kita yang telah mendapat kebenaran. Beliau terus

menangkap sebaik sahaja menerima kebenaran tanpa ragu ragu.

SOALAN 6

Putera Siddharta hidup dalam istana dan telah diberikan pendidikan yang paling bagus. Semasa

Siddharta berumur 7 hingga 12 tahun, Siddharta telah mempelajari segala ilmu yang diajar.

Selain itu, Siddharta juga telah mahir dalam ilmu pertahanan. Siddharta minta kebenaran untuk

berjalan-jalan di luar istana. Siddharta ternampak segala keadaan yang amat memilukan

hatinya. Orang sakit, mayat, orang miskin yang sedang bersusah payah untuk hidup, dan juga

pengemis yang bertahan lapar. Banyak soalan telah bertimbunan dalam otak fikiran Siddharta,

tetapi tiada sesiapa yang boleh menjawabnya.

Siddhartha Gautama bertapa untuk mencari kebenaran dan untuk memikirkan soalan-soalan

tersebut. Siddharta telah meninggalkan kehidupan di istana dan juga anak isterinya, bertekad

untuk menjadi seorang zahid/sami. Sudah bertahun-tahun Siddharta berusaha untuk mencari

jawapan kepada soalan-soalan dalam hatinya. Siddharta menyesuaikan dirinya makan sebiji

bijiran sehari tetapi semua usaha ini tidak berguna. Siddharta kian menjadi kurus dan tidak

bermaya.

Siddharta terdengar sesuatu yang dikatakan oleh pemain muzik lalu sedar tentang

kepentingannya keseimbangan. Siddharta tersedar. Bermula dari saat kesedaran Siddharta itu,

Siddharta telah menerima susu yang diberikan oleh seorang gadis yang baik hati. Selepas itu,

Siddharta telah berjalan sampai ke bawah sepohon pokok yang bernama Bodhi dan memberi

sumpahnya bahawa jika tidak dapat menemui kebenaran dan jawapan untuk semua soalan itu,

Page 6: Al Haq

dia tidak akan meninggalkan tempat itu. Akhirnya dia mendapat pencerahan iaitu 8 jalan

kebenaran – swastika. Maka muncullah ajaran Buddha.

SOALAN 7

Golongan Syiah

Golongan yang berpegang dengan fahaman Syiah ini ialah segolongan umat Islam yang

menyatakan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib adalah lebih utama daripada seluruh sahabat dan

lebih berhak untuk memegang tampuk kepimpinan kaum muslimin, begitu juga halnya dengan

seluruh keturunan dan anak cucu sepeninggalan beliau.

Mereka mendakwa kempimpinan ummah adalah hak Saidina Ali bin Abi Talib dan keturunannya

sahaja. Para sahabat Rasulullah saw yang lain seperti Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman r.a

adalah dianggap sebagai perampas kekuasaan tersebut. Mencela dan mengaibkan para sahabat

baginda saw adalah suatu perkara yang dilarang keras oleh Nabi saw di dalam hadithnya yang

bermaksud : [Barangsiapa yang mencela sahabat ku, ia akan mendapat laknat Allah, Malaikat

dan seluruh manusia ] HR Tabrani.

Mereka mempercayai bahawa imam-imam mereka adalah maksum sedangkan hanya

Rasulullah saw dan pesuruh-pesuruh Allah swt sahajalah yang diberi keistimewaan tersebut.

Adapun imam-imam mereka hanyalah manusia biasa yang tentunya tidak terlepas daripada

melakukan khilaf dan kesilapan.

Di antara prinsip Syi'ah yang terpenting dan menjadi salah satu asas agama mereka adalah

aqidah raj'ah, iaitu keyakinan hidup kembali di dunia ini sesudah mati, atau kebangkitan orang-

orang yang telah mati di dunia.

Syariat Islam telah mengharamkan nikah Mut’ah yang pernah dibolehkan suatu ketika dahulu.

Ini kerana perkahwinan seperti ini secara zahirnya amat merendahkan martabat kaum wanita

dan mencemar kesucian agama Islam itu sendiri. Golongan Syiah sehingga hari ini

membolehkan kesonsangan ini terus berlaku yang mana tidak ubahlah seperti membolehkan

maksiat zina berleluasa dan perempuan tidak lain hanya dilayan seperti seorang pelacur.

Page 7: Al Haq

FEEDBACK

Sepanjang mengikuti daurah tersebut, rasa bersyukur sangat ditemukan kembali kepada

kebenaran iaitu AL-HAQ. InsyaAllah, akan terus berpegang dengan AL-HAQ yang satu ini hingga

ke akhirnya. Alhamdulillah dapat reflect balik diri ni yang selalu saje melakukan khilaf. Semoga

diri ni tidak melakukkan kesilapan seperti Guatama.