Upload
dangdieu
View
256
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
AL-MUZARA’AH: KONSEP PENGURUSAN
PROJEK DI FELDA
Rifhan Zafirah Binti Mohd
Abstrak
Kertas kerja ini membincangkan mengenai al-muzaraah dalam Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA). Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti serta
mendedahkan kepada umum pengamalan yang digunakan oleh Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA) sama ada ianya menggunakan kaedah al-Muzaraah
ataupun tidak khususnya bagi pengurusan yang melibatkan pembangunan tanah dalam
aktiviti pertanian sawit. Untuk mencapai objektif kajian ini, penulis telah
menggunakan dua kaedah dalam pengumpulan data, yang berbentuk kaedah
kepustakaan (arm chair research) dan juga lapangan (fieldwork research).Kaedah
kepustakaan dibuat bertujuan mendapatkan data mengenai Konsep al-Muzaraah dan
beberapa dokumen yang berkaitan dengan Felda untuk dianalisa data-data yang
diperolehi.Namun begitu kaedah lapangan yang dilakukan adalah berbentuk temubual
bersama Pegawai-pegawai Felda di Wilayah Trolak bagi mendapatkan hasil kajian
yang lebih baik.Berdasarkan daripada kaedah kajian yang digunakan penulis
mendapati pembangunan tanah yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA) adalah tidak menepati konsep al-muzara’ah. Namun begitu,
beberapa saranan di utarakan untuk mewujudkan konsep al-muzaraah dalam
pertanian sawit di Felda.
Pendahuluan
Beberapa Kontrak Pertanian telah diperkenalkan dalam Islam, termasuklah kontrak
usahasama dalam pertanian yang mana melibatkan kaedah pembangunan
tanah.Antara Prinsip pembangunan tanah pertanian yang melibatkan kerjasama antara
pemilik tanah dan juga pengurus tanah dikenali sebagai al-muzara’ah. Walaupun
terdapat beberapa percanggahan pendapat dalam kontrak tersebut namun, akad
tersebut masih boleh digunakan sebagai satu kontrak pertanian yang akan
meningkatkan hasil sektor pertanian khususnya.Pembangunan tanah yang melibatkan
sektor pertanian di Malaysia telah melibatkan sektor kerajaan dan juga swasta.Agensi
kerajaan yang terlibat dalam pembangunan tanah ini dikenali sebagai Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).Agensi ini bernaung dibawah kementerian di
Jabatan Perdana Menteri.Berperanan dalam menguruskan serta mentadbir sektor ini
dengan lebih berkesan dan bersistematik.
Dengan yang demikian, perbincangan di dalam penulisan ini menerangkan mengenai
pengamalan yang di lakukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
mengenai pembangunan tanah dalam sektor pertanian sama ada ianya bertepatan
dengan prinsip al-muzaraah ataupun tidak.
Penulis membincangkan beberapa perkara dalam penulisan ini mengenai
pembangunan tanah bagi sektor pertanian yang diamalkan oleh FELDA sama ada
ianya bertepatan dengan prinsip al-Muzaraah atau pun tidak.
321
Konsep al-Muzaraah
Pengertian al-Muzaraah
Perkataan Muzara’ah diambil daripada wazan مفاعةل) ) yang menunjukkan perbuatan
antara dua pihak dan telah menjadikannya مزارعة) ). . Muzara’ah pula pecahan
daripada (زرع) zara’a membawa maksud tanaman.Zara’a mengandungi dua maksud.
Pertamanya membawa maksud: Pembenihan iaitu mencampakkan benih di atas tanah (البذر) . Yang Keduanya membawa maksud mencambahkan atau menumbuhkan( ااٍلنبات
). Abdul rahman al-jaziri menjelaskan bahawa pengertian yang pertama membawa
maksud ( جمازى ) dan yang kedua membawa maksud sebenar..(Abdul Rahman al-
Jaziri.2000: 5) namun begitu ungkapan tersebut tidak sesuai digunakan dan yang lebih
sesuai adalah dengan perkataanmenanam atau membajak.(Ahmad Jabir Badran.2002:
44) Bertepatan dengan Firman Allah S.W.T :
Maka, ( Mengapa kamu masih Berdegil ) tidakkah kamu lihat apa yang kamu
tanam.Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya.
(Al-Quran: al-Waqiah: 63-64)
Secara jelasnya Muzara’ah dari segi bahasa ialah satu cara menjalankan kegiatan
pertanian secara bersama di antara pemilik tanah dan pengusaha tanah dengan
pembahagian hasil pula dibahagikan mengikut apa yang dianggarkan dengan akad
atau u’ruf.(Ibrahim Mustafa, ahmad Hassan ziyyad. 1960: J: 1: 393).
Dari pandangan syarak beberapa pengertian telah dikemukakan oleh beberapa
ulama.Menurut Mazhab Hanabilah Muzara’ah ialah seorang pemilik tanah
menyerahkan tanah kepada seorang petani untuk mengusahakannya dan hasil darinya
di bahagikan antara keduanya.( Ibn Qadamah.1972: 382).
Menurut Mazhab Hanafi pula satu akad ke atas tanaman diantara pemilik tanah dan
petani untuk diusahakan dengan sebahagian yang keluar dari tanah.pemilik tanah
boleh menyewakan tanah tersebut atau mengupah petani untuk diusahakan serta
pembahagian hasil mengikut apa yang dipersetujui.(Abdul Rahman al-Jaziri.2000: 6)
Mazhab Maliki berpendapat al-Muzarah ialah perkongsian dalam pertanian.(Dr.Walid
Khalid Rabi’. 2002: 130)
Manakala mengikut Mazhab Syafi’e pula, perjanjian antara pemilik tanah dan
pengusaha tanah untuk penanaman dan penjagaan dengan memperolehi sebahagian
hasil sedangkan benihnya daripada pemilik tanah.(Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa
Al-Bugho, Ali Asy-Syarbani
Mengikut majallah al-Ahkam dalam bab ke 8 artikel 1432 bahawa al-muzara’ah ialah
bentuk perkongsian tanah pertanian antara pemilik tanah yang menyediakan tanah dan
pihak lain untuk menguruskan kerja-jerja penanaman. Hasil dibahagikan antara
keduanya.(Majallah al-Ahkam al-Adliyyah.1968: 276).
322
Pensyariatan al-Muzara’ah
Dalam membahaskan mengenai al-Muzara’ah terdapat beberapa pendapat dari
Fuqaha’ mengharuskan Muzara’ah begitu juga beberapa pendapat yang tidak
mengharuskan akad ini. Antara yang mengharuskan al-Muzaraah Al-Malikiyyah, Al-
Hanabilah, Al-zohiriyyah, Abu Yusuf dan Muhammad sertaSebahagian daripada
syafi’eyyah.(Ahmad Jabir Badran: 2002: 47). Golongan yang mengharuskan al-
Muzara’ah menyatakan akad yang dilakukan jelas dengan menjadikan petani sebagai
rakan kongsi dalam pembangunan tanah pertanian.( Hailani Muji Tahir.2009: 166).
mereka bersandarkan kepada hadith Rasulullah Riwayat daripada Ibn Umar yang
bermaksud:
1. Ibn Umar telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah membenarkan
Penduduk Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh
daripada hasil kebun buah-buahan atau tanah pertaniannya. (H.R.Bukhari:
2329. H.R.Muslim: 3939. H.R.Abu Dawud: 3408. H.R. Nasai’e: 3939).
2. Daripada Ibn Abbas R.A. bahawa Rasulullah S.A.W Menyerahkan tanah dan
pohon Tamar kepada penduduk Khaibar dengan membahagikan secara
Muqasamah (sama Banyak). (H.R Ahmad dan Ibn Majah) (Muhammad B.Ali
B.Muhammad Shaukani.Tt: 1163)
Hujah bagi golongan yang mengharuskan diperkuatkan lagi dengan pengamalan
sahabat Rasulullah serta kaum kerabatnya dalam al-Muzaraah. Imam Bukhari
meriwayatkan antara sahabat-sahabat yang mempraktikkan Muzara’ah adalah A’li ,
Sa’ad Bin Malik, Abdullah B. Masud Umar B. Abd.A’ziz, Al-Qasim, Al’urwah,
Keluarga daripada Abbu Bakar, Keluarga U’mar, Keluarga A’li dan Ibn
Sirrin.(Ahmad B.Ali B.Hajar Al-A’sQalani.2000;12), (Sayyid Sabiq.1983: : 191-192)
Menjelaskan lagi, Perkara ini telah diamalkan oleh Rasulullah sehinnga baginda wafat
dan diikuti oleh sahabat-sahabat. Di dalam al-Mughni .( Abi Muhammad A’bdallah
bin Ahmad Ibn Qadamah.t.t: 582. juga menjelaskan bahawa perkara ini merupakan
perkara terkenal yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sehinnga Baginda Wafat dan
disambung oleh Khulafa’ serta keluarga mereka begitu juga dengan para isteri Nabi.
Sementara itu, sahabat Imam Abu Hanifah (Muhammad dan Abu Yusuf) berpendapat
akad ini harus (Imam A’lauddin Abi Bakr B. Mas’ud Al-Kasani Al-Hanafi.2000: 272)
berdasarkan hadis yang diriwayatkan Ibn Umar dan akad ini merupakan akad
usahasama antara dua pihak. Akad ini juga diQias seperti akad mudharabah (harta dan
pekerjaan).(Wahbah al-Zuhaili.2011).oleh itu, Muzara’ah diharuskan atas konsep
mengangkat kepayahan ke atas manusia, dan memudahkan dalam aktiviti masyarakat.
Ini bertepatan dengan konsep syariah.Keadaan ini menjadi keperluan untuk di
praktikkan dalam pertanian kerana kemaslahatan manusia.kadang kala pemilik tanah
tidak mempunyai kemahiran dalam tanaman dan pengusaha pula tidak mempunyai
tanah sedangkan ada kemahiran padanya maka, dengan situasi ini Muzara’ah
diharuskan.(Al-Zuhaili.2011, Ahmad Jabir.2002)
Fuqaha’ yang tidak mengharuskan al-Muzara’ah ini adalah Mazhab Hanafi dan
Shafi’e.mengikut Mazhab Hanafi akad ini tidak harus kerana berdasarkan larangan
Nabi S.A.W penyewaan tanah iaitu Mukhabarah. Abu Hanifah juga berpendapat
bahawa dalil yang menceritakan mengenai transaksi Nabi S.A.W dengan penduduk
Khaibar adalah merupakan pembayaran cukai yang perlu dibayar oleh penduduk
323
Yahudi di Khaibar berikutan kemenangan tentera Islam terhadap Khaibar dan
menjadikan Nabi sebagai Pemerintah.Oleh yang demikian, pemerintah berhak untuk
menuntut cukai (Kharaj). Dan ianya bukanlah transaksi al-Muzara’ah.(Muhammad
Hakimi b. Mohd Shafiai, Nor Aini binti Ali.2007). akad ini juga tidak harus adalah
kerana kadar hasil pertanian yang menjadi imbuhan masih tidak jelas dan belum ada.
Ini berikutan sekiranya berlaku ketiadaan hasil dalam tanaman yang diusahakan
petani akan kerugian dan tidak mendapat apa-apa manfaat. Maka akad ini di anggap
tidak sah.Namun begitu, Imam Hanafi berpendapat bahawa al-Muzara’ah boleh
terjadi kerja dan benih milik bersama.Petani perlu menyewa tanah bersama alatan
pertanian.pemilik pula, mengupah petani dengan diberikan alatan serta
benih.(Abd.Rahman Al-Jazziri.2000)
Manakala dari pandangan Mazhab Syafi’e al-Muzara’ah berlaku dengan syarat
sekiranya diikuti dengan Akad Musaqqat tanah tersebut terdapat pokok atau tanah
kosong perlulah berada dicelah-celah pokok yang telah berbuah.Setelah berlaku akad
musaqqah kemudian bolehlah dibuat akad Muzara’ah.
Dan Imam Syafi’e sependapat dengan Imam Hanafi dalam tidak mengharuskan al-
Muzara’ahberdasarkan Hadith Ibn U’mar RA bahawa Rasulullah SAW menyerahkan
tanah kepada penduduk Khaibar untuk diusahakannya dengan menjadikan sebahagian
daripada hasil buah atau tanaman sebagai bayaran.(Mustofa Al-khin, Mustofa Bugho
tt).beliau juga berpendapat melakukan akad ini seolah-olah melakukan akad pada
perkara yang tidak diketahui.(Al-Jaziri.2000) Terdapat unsur Gharar dan penipuan.
Dibenarkan Muzara’ah melalui sewaan Tanah.Namun begituMuhammad Hakimi dan
Noraini menjelaskan bahawa Al-syarbini menyatakan bahawa sewaan tanah tidak
boleh dicampurkan dengan hasil pertanian kerana hasil daripada pertanian
keseluruhannya milik pemilik tanah kerana telah membangunkan harta
miliknya.Manakala pengusaha hanya diberikan upah termasuk sewa binatang dan
alatan yang telah digunakan. (Muhammad Hakimi, NorAini: 2007).
Rukun Muzara’ah
Menurut Perspektif fuqaha’Imam Abu Hanifah (Al-Kasani: 2000) Rukun Muzara’ah
adalah Ijab dan Qabul sahaja(sighah). (Walid Khalid: 2002). Majallah al-Ahkam juga
menjelaskan bahawa Akad berlaku apabila, pemilik tanah mengucapkan kepada
petani saya serahkan tanah pertanian saya untuk diusahakan dan hasilnya sedemikian
dan dijawab oleh petani aku terima.(Majallah al-Ahkam: 1968).
Manakala Jumhur Fuqaha yang mengharuskan Akad Muzara’ah ini menyebut
beberapa rukun yang perlu dipenuhi supaya Muzara’ah menjadi sah. Ada empat
kesemuanya iaitu : pemilik Tanah, Petani (Pengusaha), Objek Akad iaitu manfaat
tanah dan hasil kerja petani serta Ijab dan Qabul (Hailani Muji Tahir: 2009, Abd.
Majid To’ma al-Halbi: 2000).Namun begitu al-Hanabilah berpandangan bahawa al-
Muzara’ah tidak perlu kepada lisan tetapi boleh juga dengan perbuatan.(Al-Jaziri:
2000, Al-Zuhaili: 2004)
Syarat al-Muzara’ah.
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadikan Akad Muzara’ah sah.
1. Syarat individu yang berakad- kedua-dua individu yang berakad perlulah
baligh dan berakal mempunyai keahlian dalam menguruskan sesuatu perkara
324
supaya dianggap cekap dan berkelayakan dalam berakad. Tidak sah terhadap
kanak-kanak dan orang gila(Abd..Majid: 2000) Meskipun hanafiyyah
meletakkan Islam sebagai syarat kepada salah seorang atau keduanya, namun
Abu Yusuf dan Muhammad tidak bersetuju dengan syarat tersebut dan
mengemukakan bahawa Muzara’ah boleh berlaku sama ada muslim ataupun
murtad.(Al-Kasani: 2000).
2. Syarat ke atas Tanaman – pemilik tanahmengetahui secara pasti bahawa
jenis tanaman yang akan diusahakan oleh petani. Keadaan sesuatu tanaman
berbeza mengikut apa yang ditanam dan perlu bersesuaian dengan tanah.
Syarat ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlaku pengurangan dan
penambahan terhadap hasil. Terkecuali sekiranya pemilik tanah tidak
mensyaratkan sebarang jenis tanaman untuk diusahakan. (Al-Kasani: 2000,
Ahmad Jabir: 2002).
3. Syarat Tanah Tanaman- Tanah tersebut perlulah diketahui sekiranya tidak
dikatahui maka akad al-Muzara’ah tidak sah.(Walid Khalid Rabi’: 2002)
Tanah tersebut juga dalam keadaan baik sesuai untuk dijadikan tanah
pertanian. Muzara’ah tidak akan berlaku apabila Tanah tersebut berada di
kawasan yang tandus dan kering yang memungkinkan tidak boleh dijadikan
tanah pertanian.(Al-Kasani: 2000, Al-Zuhaili: 2004).
4. Mengetahui sempadan tanah tersebut dengan jelas supaya tidak berlaku
perselisihan dan gharar pada sesuatu ketika proses pengusahan berlaku seperti
perselihan anta petani yang lain. (Ahmad Jabir: 2002).
5. Syarat Hasil Pertanian: Hasil daripada tanaman yang diusahakan oleh petani
perlulah dibahagikan mengikut persetujuan antara kedua-duanya. Kadar
imbuhan perlulah ditetapkan dahulu samada setengah sepertiga atau
seperempat atau sebagainya sebelum sesuatu usahasama itu berlangsung
(Ahmad Jabir: 2002). Imam Syafi’e mengatakan tidak sah Akad sekiranya
diletakkan dengan kadar sepertiga seperempat atau sebagainya. Muzara’ah ini
juga tidak sah sekiranya tidak dimulakan dengan akad mussaqah terlebih
dahulu beliau mengatakan keperluan kepada akad al-Musaqqah lebih utama
berbanding al-Muzara’ah (Muhammad Hakimi, Noraini: 2007).
6. Syarat Tempoh Masa-Tempoh masa perlu dijelaskan di dalam Akad
bergantung kepada jenis tanaman dan juga situasi setempat. Ini bertujuan
supaya tidak berlaku kemudaratan pada sebelah pihak.seseorang tidak sempat
memperoleh hasil jika tempoh yang terlalu panjang dan yang terlalu pendek
menyebabkan petani tidak dapat menyempurnakan kerjanya serta (Fatimah
Mamat: 2004).
Bentuk-bentuk kontrak al-Muzara’ah
Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani menyebut terdapat empat bentuk A’kad
Muzara’ah:
1. Sekiranya Tanah dan benih daripada Pemilik Tanah manakala alat serta Kerja
daripada Petani maka Akad jenis ini di anggap sah (Al-Kasani: 2000).
325
2. Pemilik Tanah menyediakan Tanah , Benih dan juga peralatan. Manakala
pengusaha pula hanya menyumbangkan tenaga dan Usaha dalam tanaman
tersebut maka, Akad jenis tersebut juga sah.
3. Pemilik tanah menyediakan tanah sahaja darinya. pihak pengusaha pula,
menyediakan benih, peralatan dan tenaga, maka akad ini juga sah.
4. Namun apabila pemilik tanah menyediakan tanah dan peralatan manakala
pengusaha menyediakan benih dan tenaga maka, Akad ini tidak sah disisi
syarak. Ini kerana, penyediaan tanah dan alat pertanian oleh pemilik tanah
menyebabkan akad tersebut rosak dan tidak diharuskan akad tersebut. Menurut
mereka lagi, Manfaat tanah dan juga alat pertanian berbeza. Tanah
menghasilkan tanaman manakala peralatan medium pengolahan tanah. Oleh
kerana petani yang akan mengusahakan tanah, maka penyediaan alatan adalah
tanggungjawab Petani. (Al-Zuhaili: 2004, Al-Kasani: 2000).
Menurut Jumhur yang mengharuskan al-Muzara’ah apabila akad ini memenuhi rukun
dan syaratnya maka kesan daripadanya:
Pihak petani atau pengusaha bertanggungjawab untuk mengeluarkan perbelanjaan
benih serta penyelenggaraan pertanian.
Proses pembiayaan penuaian, membersihkan tanaman, pembajaan ditanggung oleh
kedua-duanya (petani dan pemilik tanah) mengikut kepada embahagian masing-
masing dalam Akad.
Hasil tanaman dibagi antara kedua-dua pihak.Manakala, Pengairan pula dilakukan
mengikut persetujuan di dalam Akad.dan apabila salah seorang meninggal dunia
Akad diteruskan sehingga Hasil tanaman menjadi dan diserahkan bahagiannya kepada
waris kerana diqiaskan kepada Akad I’jarah. menurut jumhur tidak terbatal Akad ini
dengan kematian dan boleh diwariskan.
Pengurusan projek di FELDA
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) merupakan agensi kerajaan yang
ditubuhkan pada 1 julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development
Ordinance 1956)(Puteri Suzana Faris: 2013). Lembaga ini berfungsi untuk
memajukan serta melaksanakan projek pembangunan tanah melalui aspek
pengurusan, perkhidmatan ekonomi, pertanian, penempatan dan sebagainya
sepertimana yang tertakluk di bawah Akta pindaan 1991.(Dasar-dasar Felda: tt).
Penubuhannya juga bermatlamatkan membasmi kemiskinan dan meningkatkan
sosioekonomi masyarakat luar Bandar khususnya dalam pembangunan tanah di
bawah sektor pertanian.(Tuan Syed Sofi Syed Omar: 2005, Unit Kawal Selia Felda.
Jab Perdana Menteri: tt, Shaiful Azlan Abdul, Mazlina ahmad Zayadah, Maziah
Mohamed Arif: 2008)
Pada peringkat permulaan, Kerja-kerja ditetapkan mengikut peruntukan tanah yang
telah diberikan. Namun begitusistem tugas bagi peneroka yang mendapat tanaman
getah di rancangan-rancangan mereka adalah berbeza berbanding rancangan-
rancangan yang mengendalikan tanaman sawit.Felda telah menggunakan beberapa
kaedah dalam pengurusan kebun bagi mendapatkan satu sistem yang berkesan dalam
kerja-kerja kebun. Sistem lot individu diperkenalkan untuk bagi peneroka
326
menjalankan aktiviti, ini bertujuan supaya pemberian tugas secara lot individu ini
dapat menimbulkan perasaan sayang terhadap kebun masing-masing dan dapat
meningkatkan hasil kerja. Namun begitu sistem ini kurang berkesan. Pihak Felda
mendapati mutu penjagaan kebun tidak seragam dan ianya bergantung kepada
penempuan peneroka dan keluarga terhadap kebun mereka. Meskipun begitu, Felda
telah mewujudkan satu sistem baru yang telah diperkenalkan pada akhir tahun 1970an
iaitu dengan mewujudkan Sistem Blok rancangan. Di dalam sistem ini peneroka-
peneroka telah ditempatkan dan diletakkan dalam satu kawasan atau blok dengan
jumlah seramai 24 orang. Bagi memastikan mutu penjagaan serta hasil dapatan yang
baik, peneroka perlulah bekerja dan pendapatan daripada hasil akan diagihkan di
kalangan ahli blok masing-masing. Sistem ini diguna pakai sehingga kini berikutan
dengan keberkesanan dalam peningkatan mutu dan hasil yang baik ini kerana jika
berlaku ketirisan dalam kumpulan maka, kumpulan tersebut akan terjejas dan hasil
daripada blok mereka juga akan berkurangan. Maka, setiap individu yang terlibat
dalam kumpulan-kumpulan blok ini akan berusaha untuk mendapatkan hasil yang
baik untuk pendapatan yang tinggi. Menurut sistem ini, dalam blok tersebut,
pembahagian lot bagi setiap peneroka juga akan dipastikan mendapat lot individu
masing-masing.(Zalfan Mohd. Rashid: 2006). Setiap peneroka diberikan 10 ekar
tanah untuk tujuan pertanian dan suku ekar untuk tapak perumahan.(Mohd Salman
Omar: 1992).Pada tahun 1990 Felda telah memberhentikan pengambilan peneroka
untuk kemasukan ke tanah-tanah rancangan yang di buka. Ini berikutan sumber
kewangan yang terhad untuk membiayai projek infrastruktur ditanah rancangan.
(Puteri Suzana Faris: 2013). Mulai tahun tersebut felda mengendalikan sendiri tanah-
tanah yang dibuka tanpa ada penempatan peneroka. Rancangan tersebut di uruskan
oleh anak syarikat Felda.
Sistem Pengurusan Projek Tanam Semula Sawit
Tanam semula merupakan satu projek pengolahan tanah yang melibatkan beberapa
proses. Tanam semula ini juga berlaku apabila ladang atau kebun seseorang peneroka
tidak lagi ekonomik dan hasil pengeluaran pada kebun tersebut tidak begitu baik. Ini
berikutan tempoh hayat atau tempoh pengeluaran yang ekonomik bagi sawit dan
getah tidak melebihi daripada 25 tahun.(Omar B.Dolah, Misnah binti.Saman, Norliza
Osman: 2010)
Pada peringkat awal tanaman semula, di setiap rancangan terdapat pegawai serta
pengurus rancangan untuk menyelia aktiviti pertanian setiap peneroka. Tugas pegawai
rancangan dalam penanaman semula adalah dengan mengesyorkan kepada peneroka-
peneroka yang mempunyai ladang atau tanaman yang melebihi 25 tahun atau hasil
yang tidak ekonomik untuk di buat tanaman semula. Penerangan diberikan kepada
peneroka oleh pegawai felda di rancangan. Bagi mana-mana peneroka yang berminat
untuk tanaman semula kebun mereka, permohonan perlulah dibuat melalui Jabatan
Tanam semula Ibu Pejabat Felda di Kuala Lumpur yang telah disokong oleh Wilayah
Rancangan masing-masing. Pihak Jabatan Tanam Semula akan bermesyuarat dan
membuat keputusan penentuan. Ahli agronomic akan dan pegawai pertanian Felda
akan rekomen jenis tanaman yang sesuai ke atas tanah yang dipohon untuk tanaman
semula daengan membuat laporan dan dihantar ke Jabatan Tanam semula. Setelah
peneroka bersetuju untuk tanam semula jenis tanaman perlu ditentukan. Pihak Felda
mengesyorkan tanaman yang bersesuaian dengan tanah berpandukan keputusan
pegawai pertanian. Akan tetapi peneroka diberi kuasa untuk menentukan jenis
tanaman walaupun khidmat nasihat diberikan. Proses untuk pengurusan tanam semula
327
ini mengambil masa kira-kira 3 bulan hingga setahun.(Puan Harisah, En.Mohd Faizal,
En.Ahmad Murtadjo: 12/19-9-2013).(En.Mohd Ismail 20-9-2013). Setelah proses ini
selesai maka bermulalah penanaman semula. Setiap rancangan yang memohon
sekurang-kurangnya mencapai 250 ekar bagi satu blok untuk projek tanaman semula.
Dapatan Kajian
Penulis menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kaedah kepustakaan dan
temubual. Temubual di buat kepada pegawai-pegawai Felda di Wilayah Trolak.
Temubual dibuat di Wilayah trolak kerana mewakili rancangan felda di perak. Ibu
Pejabat Wilayah Trolak adalah merupakan Ibu Pejabat bagi Rancangan-rancangan di
Perak.
Di dalam Kontrak Perjanjian peneroka melantik felda sebagai badan pengurusan dan
mengusahakan Tanaman mereka sama ada dengan tanaman sawit ataupun Getah (
Surat Perjanjian: Felda)
Tempoh Tanaman semula ini mengambil masa selama 4 tahun atau 48 bulan bagi
tanaman sawit dan 6 tahun bagi tanaman getah.
Aktiviti Felda Dalam Penanaman Semula
Sepanjang tempoh penanaman semula berlaku Felda mempunyai hak eksklusif
sepenuhnya ke atas tanah tersebut dari bermulanya pengurusan sehingga
membangunkan tanah dan akhirnya pengeluaran hasil. Dalam tempoh tersebut
peneroka tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan. Walau bagaimanapun dalam
surat perjanjian tersebut Felda telah bersetuju untuk memberi pendahuluan
Pendapatan atau di panggil kos sara hidup kepada Peneroka mengikut kadar yang di
Bawah:
Jadual tersebut menyatakan bahawa setiap peneroka yang bersetuju dalam projek
Tanam Semula akan diberi Pendahuluan pendapatan (sebagai pinjaman) tersebut
sehingga tanaman mereka mengeluarkan hasil.Pendahuluan Pendapatan ini mengikut
keluasan tanah peneroka yang diusahakan oleh felda. Meskipun begitu peneroka
mempunyai pilihan untuk tidak mengambil pendahuluan pendapatan tersebut namun
begitu mengikut En. Mohd setakat ini rata-rata daripada ahli-ahli yang menyertai
projek ini menggambil pendapatan tersebut.
Felda juga menyediakan alat pertanian dan juga kos penyelenggaraan semasa proses
ini berlaku. Namun begitu peneroka perlu membayar semula kos yang dikeluarkan
Felda dalam membangunkan tanah tersebut / Tanaman Semula.
Selepas hasil dapat dikeluarkan, peneroka perlu membayar semula pendahuluan
pendapatan yang diberi serta kos penyelenggaraan kebun termasuklah kos pembajaan,
Tahun Tanaman Kadar Seekar (RM)
1 100
2
3
120
130
328
benih, pengairan , teres. di dalam Kontrak, tempoh pembayaran habis segala hutang
serta pendahuluan yang di dahulukan oleh Felda adalah selama 15 tahun.namun
begitu ia masih tertakluk pada budi bicara Felda. Kerana, kadar pembayaran tersebut
mengikut pungutan atau pendapatan yang diperolehi dari hasil tanaman.sekiranya
hasil tanaman tidak begitu memberangsangkan maka, pihak felda tidak akan
menolakdaripada hasil tanaman bagi bulan tersebut.Penjualan Hasil di kendalikan
oleh Felda dan harga dari hasil tersebut juga adalah harga yang dipersetujui bersama
oleh Kilang atau Pembeli.
Kontrak ini juga mengikat waris, wakil diri, pengganti. Ini bertujuan sekiranya
berlaku kematian terhadap peneroka yang berkontrak maka hasil daripada tanaman
dapat diterima oleh waris.
Kesan Kontak tersebut pada Muzara’ah
Penulis mendapati, aktiviti yang di jalankan oleh Felda dan Peneroka asalnya adalah
konsep usahasama yang bertujuan untuk membangunkan tanah pertanian.
Pada peringkat permulaan konsep Muzara’ah terdapat dalam Felda dengan adanya
Pemilik Tanah (Peneroka) dan juga Pengusaha (Felda). Melihat kepada Syarat al-
Muzara’ah yang telah dinyatakan oleh Fuqaha’, penulis mendapati syarat-syarat
tersebut dipenuhi oleh kontrak ini seperti tanah, iaitu jelas bahawa tanah tersebut
diserahkan sepenuhnya kepada Felda untuk di usahakan dan tanah tersebut juga telah
di nilai oleh pegawai pertanian dan dipastikan dalam keadaan baik serta bersesuaian
dengan tanaman yang ingin diusahakan.
Begitu juga dengan tempoh masa tidak terlalu panjang untuk mengeluarkan hasil dan
sepanjang tempoh tersebut juga pihak Felda memperuntukkan pinjaman pendahuluan
pendapatan kepada pemilik tanah untuk dijadikan sara hidup sepanjang tempoh projek
tersebut berlangsung. dan tanaman yang akan diusahakan dimaklumi oleh pemilik
tanah sebelum kontrak usahama dipersetujui.Kesemua elemen ini, jelas menunjukkan
ia menepati Muzara’ah.
Namun begitu, terdapat satu syarat dan rukun yang tidak dipenuhi iaitu syarat ke atas
hasil tanaman manakala rukunnya juga tidak dipatuhi berikutan rukun yang ketiga
iaitu Objek atau hasil kerja petani tidak dipenuhi. Menurut Puan Harisah pihak felda
tidak mengambil apa-apa Imbuhan daripada hasil untuk projek yang diusahakan pada
tanahkecuali peneroka perlu membayar semula kos-kos penyelenggaraan, pinjaman
pendahuluan pendapatan dan kos-kos pengurusan.
Saranan dan Cadangan
Penyelidik mendapati kaedah Pembangunan tanah yang dijalankan oleh Felda adalah
tidak Selari dan tidak menepati dengan prinsip al-Muzara’ah. Maka dengan itu penulis
mencadangkan supaya:
1. Pihak Felda mengkaji semula mengenai Imbuhan atau hasil yang diperolehi
dari tanaman peneroka supaya dapat juga dimiliki Manfaatnya oleh pihak
pengusaha (FELDA) dengan kadar yang berpatutan. Namun begitu, kajian
mengenainya perlu dikaji dengan sebaik-baiknya supaya tidak berlaku
kemudaratan terhadap satu-satu pihak.
329
2. Pihak Felda juga boleh membuat perjanjian dengan memasukkan kadar
peratusan Hasil untuk diperolehi bagi kedua-dua pihak.
3. Kadar bayaran semula bagi kos pengurusan juga perlu dinyatakan supaya jelas
diketahui sama ada mengandungi unsur-unsur lebihan yang mungkin boleh
dijadikan sebagai imbuhan kepada Felda.
Oleh yang demikian, prinsip al-Muzara’ah dapat dipraktikkan kepada usahasama ini
sekiranya syarat dan rukun dapat dipenuhi. Penambah baikan dalam perjanjian juga
dapat menyumbangkan capaian kepada Akad tersebut.
Kesimpulan
Daripada perbincangan di atas, penyelidik mendapati bahawa pengamalan prinsip
islam dalam kaedah Pembangunan tanah Pertanian merupakan keperluan untuk
dijadikan panduan sebagai pengamalan bagi agensi-agensi kerajaan dan swasta masa
kini. Boleh juga dijadikan sebagai asas dalam kontrak usahasama antara
mereka.matlamat agensi untuk pembangunan ekonomi secara islami juga dapat di
terap melalui aktiviti pertanian mengikut teori-teori yang dibenarkan oleh Islam.
Demi mencapai Kemaslahatan bersama, Prinsip al-Muzara’ah perlu dijadikan satu
teras kepada Felda selaku Pengusaha dan Peneroka sebagai pemilik tanah.
Rujukan
Al-Quran.
A’lauddin Abi Bakr b. Masu’d al-Kasani al-Hanafi, 2000. Kitab Bada’i Sonai’ fi
Tartib al-Syari’. J.6. Beirut: Dar- al-Ma’rifah.
Abd. Majid To’mid Halbi. 2000. Radd al-Mukhtar a’la al-dar al-Mukhtar Hasyiah
Ibn A’bidin A’la Syarah Syeikh A’lauddin muhamamad b.A’li. j.9. Beirut: Dar al-
Ma’rifah.
Abd. Qader Abd Al-Khair, Sayyid Muhammad Sayyid, Sayyid Ibrahim. Sunnan Abi
Daud. Al-Qaherah: Dar al-Hadis.
Abd. Rahman Al-Jaziri. Al-Fiqh a’la al-Mazahib al-Arbi’ah. J.3. al-Qaherah: Dar al-
Fajr lil-Turath.
Abi Muhammad Abdullah bin Ahmad Ibn Qudamah, t.t. Al-Mughni, j.5. Beirut, Darul
Fikr.
Ahmad b. Ali b. Hajar al-A’sQalani. 2000. Fath Al-Bari Sharah Sohih Bukhori.
Beirut Dar al-Kitab al-Ilmiah.
Ahmad Jabir Badran. 2002. Al-Musyarakat al-Zirai’yat. Al-Qaherah.
Al-sayyid Sabiq. 1983. Fiqhu al-Sunnah. J.3. Beirut: Dar al-Fikr.
Dr.Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho, Ali Asy-Syarbaji. Fiqh al-Manhaji A’la
al-Mazahib as-Syafie. Terj. Dr Zulkiflie b. Mohamad al-Bakri dan Rakan-rakan.
J.4. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam malaysia.
330
Dr. Rashad Hassan Khalil, Dr. Misbah AL-Mutawali Hamad. 2002. Al-syariah wa al-
Qanun. Walid Khalid al-Rabi’Bab Al-Muzara’ah. J.1 Syarikat Nas lil-Tiba’ah.
Fatimah bt Mamat. 2004. Amalan Sewa Tanah di Kalangan Penduduk Tempatan:
Suatu Kajian di Jajahan Tumpat, kelantan. Disertasi M.A Jabatan Syariah dan
Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Hailani Muji Tahir. 2009. Aplikasi Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam.
Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Ibnu Hajar Al-A’sQalani As-Syafie. Terj Hamim Tohari Musa. Bulugul Maram.
Kuala Lumpur: al-Hidayah Publication.
Ibrahim Mustofa, Ahmad Hassan al-ziyyat, Hamad abd. Al-Qader, muhammad a’li al-
Najjar.1960. majma’ al-Lughah al-A’rabiah Mu’jam al-Wassit. j.1. al-Qaherah:
Syarikah al-Musahamah Misriyyah.
Jabatan Pembangunan & Koordinasi Ibu Pejabat Felda. Dasar-dasar Felda.
Kajian kepuasan warga peneroka Felda Selepas 50 tahun. Unit kawal Selia FELDA,
jabatan Perdana Menteri.
Majallah al-Ahkam al-A’daliyyah. 1968. Cet.5. Artikel 1432.
Mohd b.Ali b. Muhammad al-Syaukani. Tt. Nail al-Awtar Syarah Muntaqa al-Akhbar
min Ahadis Sayyid al-Akhyar. J.2. Beirut: Dar al-Ma’rifah.
Mohd Salman Omar. 1992. Pembangunan felda Dilema generasi kedua. Akademik
Disember. 21-23.
Muhammad Hakimi bin Mohd Shafiai, Nor Aini binti Ali. 2007. Aplikasi Muzara’ah
di Felcra Berhad. Jurnal Syariah 15(2): 185-211.
Mustofa Muhammad Hussin al-Zahbi. 1999. Sunan Nasai bi Syarh al-Imamain al-
Sayuti wa Al-Sindi. Jamiah al-Azhar: Dar al-Hadis.
Omar b. Dolah, Misnah binti Saman, Norliza binti Othman Hamimah Binti Ismail.
2010. Manual Pengurusan Rancangan. Pihak Berkuasa Lembaga kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA).
Puteri Suzana Faris. 2013. Siri Koleksi Kejayaan Malaysia Felda global
Memartabatkan Peneroka. Kelantan: Nurul Cipta Kreatif.
Sheikh Solih bin Abd al-aziz b. Muhammad b. Ibrahim. 2008. Al-Kutub al-Sittah.
Riyadh: Dar al-Salam lil Nash wa al-Tauzi’.
Syed Sofi Syed Omar. 2005. Felda Satu pengalaman.Kertas Kerja Konferensi
Kebangsaan Felda 2005. Anjuran lembaga kemajuan tanah Persekutuan
(FELDA). Putrajaya 11-14 Disember.
Wahbah al-Zuhayli. 2004. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. J.8 . Damsyiq: Dar al-Fikr
wa al-Maasir.
Zalfan Mohd rashid. 2006. Pengalaman Felda: yang tersurat dan Tersirat.Jilid 2.
Pengurus.3-11.
331
Temu bual
Ahmad Murtadjo bin Marsom. 2013. Kontrak Felda dan Proses Tanam Semula, 12
September.
Harisah Binti Abu Hasan. 2013. Pengurusan Felda dan Pengurusan Projek Tanam
Semula, Temu bual, 19 september.
Mohd B. Ismail. 2013. Proses tanam Semula, Kontrak serta Pengurusan Projek di
Felda. 4 Oktober.
Mohd Faizal Bin mat Jusoh. 2013. Kontrak Felda, Temu bual, 12 September.