Alam Sekitar - Banjir

Embed Size (px)

Citation preview

BanjirBanjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas.[1] Wiktionary-logo.svg Pengertian banjir dalam Wiktionary bahasa Melayu, sebuah kamus bebas. Isi kandungan [sorokkan] * 1 Penyebab * 2 Kesan-kesan * 3 Kejadian-kejadian banjir yang terkenal * 4 Lihat juga o 4.1 Banjir mengikut negara * 5 Rujukan * 6 Pautan luar

PenyebabBanjir daripada laut boleh menyebabkan limpahan kepada penebat banjir dan akan menyebabkan benteng semula jadi ini musnah. Kawasan disebalik pertahanan pesisir pantai ini mungkin terdedah kepada bahaya. Banjir daripada laut boleh disebabkan oleh ribut taufan, air pasang tinggi, tsunami, atau gabungan unsur-unsur berkenaan. Oleh kerana kebanyakan komuniti masyarakat terletak berdekatan dengan pesisir pantai, masalah ini menjadi ancaman utama di seluruh dunia. Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan. Satu contoh kejadian ini ialah pada bulan Januari 1999 di Queensland. Banjir berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini tidak dapat ditampung oleh aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan dalam tempat takungan air buatan manusia. Banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau mustahil untuk mendapatkan polisi insurans bagi melindungi barangan serta harta yang rosak akibat banjir.

Kesan-kesan* Kerosakkan fizikal- Struktur-struktur seperti bangunan rosak akibat air bah banjir. Tanah runtuh juga mungkin berlaku. * Bekalan air- Pencemaran bekalan air. Air bersih akan sukar dicari. * Tanaman dan bekalan makanan- Kekurangan bekalan makanan akibat kemusnahan tanaman yang dimusnahkan air banjir.[2]

Kejadian-kejadian banjir yang terkenal* Banjir besar yang berlaku di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sumatera pada bulan

Disember 2006 dan bulan Januari 2007 dianggap paling teruk dalam tempoh 100 tahun, menyebabkan lebih kurang 100,000 orang terpaksa tinggal di pusat pemindahan banjir di negeri Johor. * Pada bulan Ogos 2006 banjir paling teruk berlaku di Habsyah. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ +++++++++

Faktor-Faktor Berlaku BanjirBanjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:1.Hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasankawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air. 2. Proses pembandaran. Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasankawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku. 3. Hakisan sungai. Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku. 4. Hutan tadahan. Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi. 5. Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir. 6. Sistem perparitan tidak terancang.

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ +++++++++

BanjirAngin Timur Laut bertiup dari Laut China Selatan sedang bermula. Masa inilah juga yang dikenali sebagai musim tengkujuh. Secara automatis kita akan terbayang bagaimana lebatnya hujan yang akan turun. dan yang paling membimbangkan ialah berlakunya banjir yang melibatkan nyawa dan harta-benda, istimewa bagi negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung. Kejadian banjir setiap tahun adalah perkara biasa kerana ia sudah menjadi peristiwa tahunan, tetapi jika berlaku banjir besar seperti yang telah berlaku dalam tahun 1970 dan 1971 lalu, itu adalah satu soal lain pula. Tetapi pengalaman banjir besar tahun 1970 dan 1971 (kira-kira 40 tahun selepas Bah Besar 1926), orang begitu takut sekali bila menghadapi musim tengkujuh. Beberapa buah negeri telah mula bersiap-siap bagi menghadapi banjir tahun ini. Begitu juga beberapa alat pengesan banjir telah dipasang di negara kita untuk memberi amaran dan maklumat kepada orang ramai jika berlakunya banjir. Walaupun pengetahuan sains dan teknologi telah banyak memberi sumbangan kepada kesejahteraan hidup umat manusia, tetapi kita tidak harus melupakan atau menganggap sepi akan beberapa petua atau tanda yang menjadi pegangan orang-orang terdahulu daripada kita. Daripada pengalaman saya sendiri, dalam banjir tahun 1970 dan awal tahun 1971, serta pemerhatian saya selepas itu dalam tahun 1972, 1973 dan 1974, saya merasakan bahawa beberapa petua atau tanda-tanda itu boleh dijadikan panduan tentang kedatangan banjir. Petua atau tanda yang pertama yang telah diberitahu kepada saya ialah dengan memerhatikan kegiatan semut di rumah-rumah kita. Menurut tanda ini --lama sebelum banjir besar itu berlaku --semut-semut yang biasanya hidup dan bersarang di tanah atau pun di daam tanah akan keluar dengan banyaknya beramai-ramai memanjat tiang dan dinding rumah kita. Semut itu akan terus naik ke atas dan menuju pokok-pokok yang berhampiran rumah kita. Semut ini ialah dari jenis semut hitam, akan berbuat begitu sampai berbulan-bulan lamanya dengan tiada putusnya berpindah sambil membawa telur dan makanan mereka. Peristiwa ini telah saya alami sendiri, tetapi waktu itu saya belum lagi mengetahui apakah alamatnya. Setelah banjir 1970 kemudian diikuti oleh banjir 1971 yang kecil sedikit, peristiwa semut pindah itu berulang lagi. Dalam banjir tahun 1971, semut-semut itu hanya memanjat dan membuat sarang di dalam laci-laci meja dan almari. Rupanya banjir tahun itu hanya mencecah lantai sahaja. Menurut kajian sains semut adalah sejenis serangga yang amat sensitif terhadap perubahan yang berlaku disekitarnya. Jadi, tidak hairanlah jika semut-semut itu telah dapat mencium 'kehadiran' air yang berlebihan di sekitar sarangnya di dalam tanah itu menyebabkan mereka berpindah semuanya sebelum banjir berlaku. Petua atau tanda kedua yang juga telah saya perhatikan ialah dengan melihat bintang Belantik. Menurut seorang tua yang tinggal di Kampung Tanjung Belengu, Temerloh, Encik Yusuf, berumur lebih kurang 70 tahun berkata, jika banjir akan berlaku kedudukan bintang Belantik ini akan kelihatan tersangat rendah di ufuk hampir dengan kaki langit. Jika kedudukan bintang ini tinggi, insyaAllah, banjir besar tidak akan berlaku dalam tahun itu. Daripada pengalaman saya

selepas itu, tanda tersebut adalah benar setakat ini. Petua atau tanda ketiga ialah ketika kejadian banjir itu sudah terlalu hampir. Tandanya ialah apabila kedengaran suatu bunyi seperti letupan yang kuat yang menggegarkan yang dipanggil "Kepala Air'. Bunyi ini menandakan kepala air telah pecah dan banjir besar sudah pasti berlaku. Dari apa yang saya alami dalam banjir tahun 1970, memang ada kedengaran bunyi apa yang dinamakan "Kepala Air " itu. Tanda-tanda yang saya sebutkan di atas itu adalah antara beberapa tanda mengikut kepercayaan orang tua-tua. Mungkin ada banyak lagi tanda seumpama itu. Sebagai petua atau tanda-tanda, tidaklah saya mendakwa bahawa semuanya yang tersebut itu seratus-peratus benar dan boleh dipercayai, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh menjadi panduan kepada kita semua ketika menghadapi musim tengkujuh yang akan datang ini.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ +++++++++

BANJIR DI SABAHDi Sabah, kejadian banjir bukan merupakan suatu malapetaka yang sering berlaku pada setiap tahun. Ini adalah kerana jumlah hujan tahunannya melebihi 2030 mm dan taburannya tidak sekata. Kawasan yang menerima 2800 mm sepanjang tahun adalah di kawasan utara pantai barat Sabah. Kawasan-kawasan kaki bukit menerima hujan di antara 2000 hingga 2800 mm. Sementara kawasan yang menerima hujan kurang daripada 2000 mm setahun adalah kawasan Lahad Datu dan bahagian tenggara Banjaran Crocker. Oleh yang demikian kawasan pantai barat Sabah dan pantai timur Sabah, adalah antara kawasan yang banyak menerima hujan. Keadaan muka buminya yang rendah, menyebabkan ianya sentiasa mengalami masalah banjir sekiranya berlaku hujan lebat. Antara daerah yang sering mengalami masalah ini adalah Beaufort, Penampang, Papar dan Tuaran.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIRBanjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:1. Hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasankawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air. 2. Proses pembandaran. Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasankawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anakanak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku. 3. Hakisan sungai.

Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku. 4. Hutan tadahan. Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi. Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir. 5. Sistem perparitan tidak terancang. Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

PERISTIWA-PERISTIWA BANJIR DI SABAHTahun 1996 Ribut Greg yang membawa hujan ribut ke Sabah pada 26 December 1996 telah menyebabkan banjir di bahagian utara timuran Sabah (Keningau) dan telah mengorbankan banyak nyawa. Kebanyakan mangsa adalah rakyat Indonesia yang bekerja di daerah tersebut. Hujan lebat berserta dengan angin kencang telah mengakibatkan air Sungai Liawan, Sungai Pampang, Sungai Sinagang dan Sungai Bayayo melimpah tebingnya. Kawasan-kawasan lain yang turut menerima ancaman ribut ini adalah Tuaran, Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Tawau dan Sandakan. Tahun 1997 Banjir kilat yang melanda ibu negeri dan Penampang pada 17 Mei 1997 menyebabkan kebimbangan dan kesusahan serta kesesakan lalulintas di dalam dan sekitar bandar berikutan hujan lebat bermula selepas jam 3.00 petang. Ia berterusan hingga lewat petang dan pada jam 8.00 malam. Ramai pemandu terkandas di jalan-jalan, manakala para pejalan kaki enggan menaiki

perkhidmatan pengangkutan awam dengan pulang berjalan kaki. Kebanyakan lokasi yang terlibat ialah kawasan-kawasan yang terdedah kepada banjir seperti Putatan, Penampang, Luyang, Likas, Inanam dan Menggatal. Banjir ini berlaku disebabkan sistem perparitan yang tidak sempurna. Keadaan yang sama turut berlaku di Sandakan. Banjir ini dikatakan berlaku disebabkan oleh pembinaan jalan yang menyebabkan parit-parit tersumbat. Kawasan yang terjejas adalah kawasan perumahan yang mengakibatkan banyak perkakas rumah musnah. Tahun 1999 Banjir yang paling teruk melanda Sabah berlaku pada 6 Januari 1999. Lebih 2000 penduduk di tujuh daerah di Sabah telah dipindah ke beberapa pusat pemindahan sementara. Hujan lebat turun lebih 10 jam tanpa berhenti mengakibatkan banjir besar. Daerah Penampang yang merupakan kawasan yang paling teruk dilanda bencana tersebut. Mengikut laporan, 57 kawasan di tujuh daerah terlibat itu adalah Kota Kinabalu sebanyak 12 kawasan, Penampang (22), Papar (10), Kota Belud (7), Tuaran (5), Beaufort (3) dan Keningau (3).

KESAN-KESAN BANJIRBanjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: 1. Kemusnahan Tanam-tanaman Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani. 2. Kemusnahan Harta Benda Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. 3. Penyakit Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria. 4. Kematian Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. 5. Kerugian Kerajaan Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi. Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.

CARA-CARA MENGATASI BANJIRPelbagai cara dijalankan, antaranya: Menyediakan Sistem Perparitan Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik. Projek Pendalaman Sungai Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak. Memelihara Hutan Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan. Mengawal Aktiviti Manusia Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah. Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ +++++++++

Banjir Maksud BanjirBanjir ditakrifkan sebagai limpahan air dari tebing- tebing sistem saliran yang boleh menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, banjir bermaksud keadaan air menenggalami atau menggenangi kawasan yang luas.

Di Malaysia, bencana banjir yang melanda boleh dikategorikan kepada banjir kilat atau rebut tropika dan banjir monsoon. Banjir kilat biasanya berlaku apabila hujan lebih lebat daripada biasa berlaku dalam tempoh yang tertentu. Banjir kilat akan surut dalam masa yang singkat. Banjir monsoon pula berlaku dalam tempoh spesifik seperti musim Monsun Timur Laut ( Oktober hingga Februari) dan Monsun Barat Daya ( Mei hingga Ogos). Banjir Monsun Timur Laut melanda pantai barat semenanjung Malaysia dan banjir Monsun Barat Daya pula akan melanda seluruh Negara termasuklah Sabah dan Sarawak.

Punca- punca BanjirSebagai sebuah Negara yang beriklim tropika, kejadian banjir di Malaysia sentiasa berlaku setiap tahun. Hanya lokasi dan negeri yang mengalami banjir bertukar mengikut kekerapan hujan yang diterima.

Kekerapan hujan yang turun kini tidak lagi mampu ditampung oleh takungan air akibat kepesatan pembangunan. Jika masalah pengurusan air tidak ditangani dengan cara yang betul, rakyat akan terus berhadapan dengan masalah banjir. Bagi mengatasi masalah ini, adalah penting bagi semua pihak memahami punca berlakunya banjir.

Terdapat enam punca yang boleh menyebabkan banjir berlaku, iaitu 1. Hujan lebat sepanjang tahun 2. Proses pembandaran 3. Pemusnahan kawasan hutan 4. Pemendapan kelodak di dasar yang tidak dirancang 5.

Pembungan sampah sarap ke dalam sungai 6. Sistem peparitan dan saliran yang tidak dirancang

Kesan- kesan BanjirBanjir merupakan isu yang hangat diperkatakan terutamanya apabila musim hujan. Hujan yang berterusan membawa kepada pelbagai kesan terutamanya kepada manusia, infrastruktur dan sebagainya. Ini mengganggu kehidupan normal manusia untuk menjalankan aktiviti- ativiti harian di samping menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda.

Antara implikasi kejadian banjir ialah: 1. Kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa 2. Kemusnahan hasil tanaman dan binatang ternakan 3. Kerugian pihak kerajaan 4. Pencemaran 5. Penyakit +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ +++++++++

Kejadian Banjir1. Kawasan yang mudah dilanda banjir bagi Negara Malaysia adalah dianggarkan seluas 29,800 km persegi ataupun 9% daripada luas tanah negara. 2. Banjir besar biasanya berlaku pada musim tengkujuh timur laut akibat hujan berlarutan di merata tempat dan meliputi kawasan yang luas. Negeri-negeri Johor, Pahang, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak sering menghadapi musim ini. 3. Negeri-negeri lain termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sering mengalami banjir kilat. Ciri banjir kilat adalah peningkatan paras air.

Punca-punca berlakunya Banjir

2.1 Faktor semulajadia) Air pasang Air sungai yang tinggi tidak dapat mengalir terus ke laut apabila bertembung dengan air pasang tinggi. Ini akan mengakibatkan banjir berlaku khususnya di kawasan berhampiran laut seperti Kelang, Telok Intan dan beberapa kawasan di Pulau Pinang. b) Hujan Kedudukan Malaysia di kawasan beriklim tropika secara lazimnya menerima hujan yang tinggi. Purata hujan tahunan bagi Semenanjuang ialah sebanyak 2,500 mm dan bagi Sabah dan Sarawak sebanyak 3,500 mm. c) Saiz lembangan sungai Saiz lembangan sungai yang besar akan menakung air larian yang banyak apabila hujan lebat. Sekiranya kapasiti sungai tidak mengcukupi, banjir akan terjadi.

2.2 Perbuatan manusiaa. Pembangunan yang pesat tidak terkawal b. Infrastruktur saliran tidak mencukupi c. Pembinaan yang menghalang aliran sungai seperti pembinaan LRT. d. Pembuangan sampah sarap yang tidak teratur. e. Pembangunan di kawasan dataran banjir f. Penyenggaraan sistem perparitan yang tidak sempurna.

Langkah-Langkah Bagi Mengatasi Banjira) Menubuhkan Suruhanjaya Tetap Mengawal Banjir . b) Menubuhkan Mekanisme Bantuan Bencana Banjir c) Menjalankan kajian lembangan sungai d) Menjalankan kajian bagi mengenal pasti punca kejadian banjir serta merancang langkahlangkah yang paling berkesan untuk mengatasinya. d) Mengendalikan program kesedaran awam seperti kempen-kempen e) Mewujudkan Sistem ramalan dan amaran banjir .