25
PENGENALAN Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu manusia menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran manusi lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak berburu-buru melakukan sesuatu. Ketra berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat ber Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta, idea, konsep secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antar di dalam satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat- erfikir ialah instrument yang membantu manusia berfikir dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal. Antara alat berfikir termasuklah !oalan dan penyoalan, "eta minda, "enguru #rafik dan $o%&. Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk membolehkan secara mendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. 'i samping itu, alat-alat ini t daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga soalan-soalan. Kebiasannya, !oala bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebag "engurusan (isan. 'i samping itu alat $o%& merupakan satu alat berfikir dan juga singkatan bagi perkataan )$ognitive %esearch &rust*. !ebenarnya, $o%&menggalakkan individu untu berfikir secara meluas. 1

alat cort 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kemahiran berfikir

Citation preview

PENGENALANAlat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu manusia menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran manusia lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak berburu-buru melakukan sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat berfikirini.

Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta, idea, isi dan konsep secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antaranya di dalam satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat Berfikir ialah instrument yang membantu manusia berfikir dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal.

Antara alat berfikir termasuklah Soalan dan penyoalan, Peta minda, Pengurusan Grafik dan CoRT. Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk membolehkan berfikir secara mendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidakberfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga soalan-soalan. Kebiasannya, Soalan bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebagaiPengurusan Lisan.

Di samping itu alat CoRT merupakan satu alat berfikir dan juga singkatan bagi perkataan Cognitive Research Trust. Sebenarnya, CoRTmenggalakkan individu untuk berfikir secara meluas.

1. 0 Pengenalan Kemahiran Berfikir

Metakognisi

InputData diterima melalui deriaOperasiMetafsir data yang diperolehOutput/HasilAplikasi:Penggunaan data

Ingat KembaliIngatan Jangka PendekIngatan Jangka Panjang

Tindak Balas

Metakognisi

Rajah 1 : Proses Pemikiran

1.1 Konsep Kemahiran BerfikirBerdasarkan huraian konsep pemikiran di atas, kita boleh rumuskanemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. seoarng yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap menyusun maklumat, konsep atau ideasecara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusa yang tepat untuk tindakan terarah dan sewajarnya.Mengikut kajian, terdapat tiga peringkat pemikiran. di peringkat bawah ialah pemikiran konkrit, diikuti dengan pemikiran absrak, dan peringkat tertinggi ialah pemikiran kreatif.Pemikiran konkrit ialah berkaitan denagan kemahiran di peringkat ingatan dan kefahaman sahaja. Manakala, pemikiran absrak dan kreatif adalah berkaitan dengan kemahiran kritis dan kreatif.Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan membuat, mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah. Ia meliputi kemahiran berbanding dan membezakan, meringkaskan, membuat keputusan, menganalisis, membuat inferens ataupun menyelesaikan masalah.Kemahiran berfikiran secara kreatif merupakan kebolehan memperluas dan mengembang daya imaginasi, kreativi dan inovasi dengan tujuan mendapat idea baru atau ciptaan yang asli. Ia meliputi kemahiran menjana dan menghasilkan idea yang inovatif atau ciptaan yang asli seperti mencipta metafora, analogi atau definisi.Oleh sebab kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah adalah digunakan untuk semua aktiviti berfikir, sama ada secara krisis serta kemahiran berfikir secara kreatif. Oleh itu, kedua-dua domain ini haruslah dilihat secara menyeluruh iaitu sebagai kemahiran berfikir secara krisis dan kreatif (KBKK).

1.2 Definisi Kemahiran BerfikirPelbagai definisi telah diutarakan untuk member maksud kemahiran berfikir. Walau bagaimanapun umumnya kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kemahiran berfikir krisis dan kemahiran berfikir kreatif. Menurut Beter (1985) kemahiran berfikir merupakan proses menghakimi nilai, ketulenan dan ketepatan sesuatu pengetahuan.Ennis (1985) pula berpendapat bahawa kemahiran berfikir sebagai pemikiran yang tajam dan munasabah serta difokuskan untuk memastikan apa yang hendak dibuat atau dipercayai.Pusat Perkembangan Kurikulum (1993) mengkelaskan empat kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan. Setiap jenis kemahiran berfikir krisis terdapat sebelas pola iaitu merangkumi:

Kemahiran membuat pengelasan Menyusun atur Membanding beza Menentukan criteria Menentukan sebab dan akibat Mengenalpasti andaian Mengenalpasti kecondongan Membezakan fakta dan pendapat Menentukan keutamaan

1.3 Definisi MetakognitifMetakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau, dan menilai apa yang dipelajari.

1.4 Kepentingan Menguasai Kemahiran BerfikirKemahiran berfikir adalah kemahiran seumur hidup yang perlu dikuasai oleh semua peringkat kanak-kanak hingga orang dewasa. Di Malaysia kepentingan kemahiran berfikir telah dimasukkan dalam system pendidikan Negara dan dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan berikut:Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.Berdasarkan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, terbukti Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan kemampuan potensi intelek pelajar digembeleng secra bersepadu dengan perkembangan rohani, emosi dan fizikal. Dengan erti kata lain kemahiran intelek iaitu kemahiran berfikir pelajar perlu dikembangkan selari dengan pembangunan rohani dan fizikal pelajar.Dengan amalan kemahiran berfikir ini, membolehkan pelajar lebih terbuka dan berfikiran krisis dan kreatif bagi menghadapi zaman globalisasi yang tiada sempadannya. Seandainya kemahiran berfikir ini gagal dikuasai, maka mereka tidak dapat memimpin Negara Malaysia dengan cemerlang pada masa hadapan. Maka, kepentingan menguasai kemahiran berfikir adalah dihuraikan berikut:

Berfikir secara kabur tanpa berfikir dengan tanpa organisasi pemikiran secara sistematik dan eksplisit. Berfikir sempit kerana tidak berusaha mencari maklumat releven yang mencukupi untuk menggunakannya berfikir. Berfikir bercalaru kerana tidak menggunakan semya elemen yang berkaitan untuk mengorganisasinya secara sistematik. Berfikir secara terburu-buru kerana menggunakan masa singkat sahaja untuk mempertimbangkan perkara-perkara secara teliti.

2.0 PendahuluanPada era moden yang serba mencabar ini, Malaysia dengan bangganya menuju ke satu tahap yang lebih kompetitif bertunjangkan sains dan teknologi. Namun, di sebalik kemodenan ini, mereka telah lupa dengan perkembangan sosial di negara ini Dasawarsa ini, keruntuhan akhlak dan nilai-nilai murni dalam jiwa manusia sememangnya tidak lagi dapat dinafikan. Saban hari, kita disajikan dengan pelbagai laporan di dada akhbar dan di kaca televisyen mengenai penemuan bayi di dalam tandas, di tepi longkang, di dalam masjid, mahupun di dalam tong sampah. Jenayah pembuangan bayi ini sangat berkait rapat dengan gejala kelahiran anak luar nikah, atau dikenali sebagai anak tidak sah taraf. Hal ini bermakna, tindakan membuang bayi ini merupakan susulan daripada lahirnya anak tidak sah taraf. Saya memilih isu ini kerana hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup.Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding jari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah, sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek .Tujuan saya memilih tajuk ini adalah untuk membincangkan secara lebih mendalam tentang punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi pembuangan bayi ini.Jadi apakah faktor-faktor dan kesannya berlaku masalah pembuangan bayi dalam masyarakat ini?Bagaimanakah kita boleh mengatasi isu ini dengan kaedah yang sesuai?

Huraian2.2 Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia.

Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan kefahaman agama. . Biasanya golongan remaja yang merupakan golongan yang terlibat dalam kes pembuangan bayi.Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan. Faktor pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Hal ini kerana, pada usia muda lagi, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negatif ini tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Faktor ketiga adalah sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya. Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Faktor keempat adalah sikap keluarga.Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala social dalam kalangan remaja. Walaupun tidak berlaku pada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja, boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluaraga yang hanya hidup tapi tidak diperduli dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang sosial yang pelbagai kini.

Faktor kelima adalah pengaruh Media massa yang menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. . Ramai orang dewasa yang bersikap mementingkan diri sendiri demi melepaskan tekanan dan berseronok menjalankan hubungan seks tanpa menimbangkan implikasi tindakan mereka itu.

2.3 Kesan-kesan masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia.Pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini telah memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama dan penting negara pada masa hadapan, memainkan peranan yng besar dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu sendiri. Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka..Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku. Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar kepada negara. Secara eroninya, jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini.

2.4 Menyelesaikan masalah isu pembuangan bayi

Definasi

Masalah boleh merupakan kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian akan tetapi penyelesaian itu tidak begitu nyata atau ketara. Oleh sebab itu seseorang cuba menyelesaikan maslah dengan pelbagai cara.Penyelesaian masalah boleh menjadi cabaran kepada seseorang.Menyelesaikan masalah merupakan suatu proses untuk menangani sesuautu situasi bermasalah.Wrekelgram (1974) menyatakan menyelesaikan masalah adalah satu usaha untuk mencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini. Van Dijk dan Kintsch(1983) pula berpendapat penyelesaian maslah berlaku apabila ia melibatkan langkah-langkah serta operasi mental.Objektif Menyelesaikan Masalah Membolehkan kita membuat penyelesaian terbaik Mengelakkan kita daripada bartindak terburu-buru Menerokai dan mempertimbangkan banyak pilihan Membolehkan individu berfikir secara sistematik dan rasional Membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor dan kesan akibatnya Membuat refleksi sebelum melaksanakan sesuautu tindakanALAT MEMBUAT KEPUTUSANAlat fikir yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat keputusan secara tersusun/sistematis ialah:1. Peta Minda2. Pengurusan Grafik Membuat KeputusanLangkah-langkah dalam menyelesaikan masalah dengan kemahiran berfikir

Menyedari masalah isu pembuangan bayi

Memahami masalah

Meneroka pilihan-pilihan penyelesaian

Mininjau kesan akibat pilihan

Memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian

Alat fikir yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah: Peta minda Pengurusan Grafik Menyelesaikan Masalah Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnyamemberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Langkah kedua adalah,didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan iman kukuh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang tidak baik.Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah.Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna. Langkah terakhir yang boleh dilakukan ialah menerusi kempen-kempen program motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara kita. Dengan kata lain, grafik dan pendedahan berbentuk Kisah Benar seseorang yang pernah membuang anak akan membangkitkan kesedaran para remaja.

3.0 PENGENALAN CORT Edward De Bono (1993) telah mengunakan pendekatan CoRT Thinking Proggrame dalam membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak.Teori ini bertujuan mengukur tahap perkembangan otak kanak-kanak mengikut peringkat umur dan kebolehan diri kanak-kanak.Menurutnya lagi, kreativiti seseorang individu wujud di dalam diri seseorang individu tanpa disedari oleh individu itu sendiri. Alat-alat berfikir menjadikan kita seorang pemikir yang kreatif dan kritis iaitu mampu untuk berfikir secara sistematik, berpandangan jauh serta dapat menyelesaikan pelbagai masalah .Dalam kemahiran berfikir terdapat, alat-alat yang boleh digunakan untuk berfikir.Penggunaan alat-alat berfikir ini dapat membantu dalam perkembangan dan kecerdasan kanak-kanak pada masa kini. Edward De Bono telah memperkenalkan Program CoRT(Cognitive Research Trust) yang dibahagikan kepada 6 bahagian utama iaitu:

Rajah 3 Jenis-jenis alat cort

3.1 CoRT I (Keluasan)

CoRT I merupakan asas kepada Program CoRT dan bertujuan untuk memperluaskan pandangan pelajar supaya lebih kreatif, konstruktif dan kritis.Dalam CoRT I terdapat tujuh alat berfikir yang dapat membantu seseorang memperluaskan daya persepsi. Alat-alat tersebut adalah:

Rajah 4 Tujuh alat berfikir cort 1

Di samping itu alat CoRT merupakan satu alat berfikir dan juga singkatan bagi perkataan Cognitive Research Trust. Sebenarnya, CoRTmenggalakkan individu untuk berfikir secara meluas.

Jadual 3.1 Tujuh teknik asas CoRT 1AlatFungsiKegunaanSubjek Mata Pelajaran

i) PMI(Plus,minus,interesting)baik,buruk,menarikMeluaskan fikiran tentang situasi.Elakkan reaksi beremosi.Untuk menangani idea dari segi kelebihan GeografiKajian Tempatan

ii) CAF(Cinsiders All Factor)Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh .Elakkan faktor yang terlupa.Mengambil kira semua faktor yang terlibatBahasa MelayuBahasa EnglishSains

iii)C&S(consequence &sequel)Menjangka apa yang akan berlaku selepas Sesuatu cadangan dijalankan.Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.Meralamkan kesan dan akibat yang berturutanBahasa MelayuBahasa English

iv) AGO(Aims,Goals,Objectives)Sentiasa menupukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.Elakkan perkara yang tidak dibenarkan.Tujuan , matlamat dan objektif

Kemahiran Hidup

vi)FIP (First Important Prioriti) Mengambil kira perkara-perkara yang penting .Menentukkan prioriti .Elakkan perkara yang tidak patut diutamakan.Memberi keutamaan kepada yang terpentingEkonomi Rumah TanggaBahasa Melayu

vii) Alternatives Possibiltes Choise Memikiran beberapa perkara dengan srentak .Menentukan pilihan yang terbaik .Pilihan-pilihan dan kemungkinanKemahiran HidupKajian Tempatan

viii) OPV (Other Peoples Views)Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri.Mendapatkan pilihan orang lain

Bahasa MelayuBahasa English

3.2 Huraian cort 1CAFCAF (Consider All Factor) bermaksud mempertimbangkan faktor-faktor lain.CAF boleh menjadikan persepsi kita lebih luas dan telus.Kita tidak sekadar memfokuskan hanya kepada faktor-faktor yang berdekatan dengan kita, tetapi juga terhadap perkara lain seperti ekonomi, politik dan sosial.Hal ini sangat penting kepada semua pihak.Tujuan untuk meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh.Mengelak daripada terlupa faktor penting.Kaedah : Murid-murid senaraikan seberapa banyak yang mungkin idea tentang sesuatu perkara .Idea-idea yang disarankan itu perlulah difikirkan daripada pelbagai sudut dan perspektif.Tegasnya, sesuatu peraturan yang hendak dibentuk,dirombak dan digubal perlu mengambil kira semua faktor yang sesuai dengan peraturan tersebut dan ia merangkumi faktor-faktor seperti: Agama Kepercayaan, etika dan nilai Ekonomi dan Politik SosiobudayaSebelum kita menyelesaikan masalah , kita hendaklah tahu apakah masalahnya terlebih dahulu.kedua, keperluan atau membuat perkaitan. Alat ini diguna untuk mengenalpasti keperluan-keperluan dalam sesuatu perkara.Dengan alat ini kita dapat tentukan mana yang penting dan tidak .Seterusnya proses kognitif penilaian Alat ini dapat digunakan untuk membuat analisis terhadap sesuatu perkara samada berfungsi, berkesan, menyakinkan dan sebagainya.Dengan alat ini kita boleh mengesan unsur-unsur yang boleh mendatangkan kebaikan.kepada kita.Dalam membina perkembangan dan kecerdasan kanak-kanak pada masa kini maka amatlah sesuai Program CoRT(Cognitive Research Trust) oleh Edward De Bono ini diperkenalkan. Sebagai penutup, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 7 alat yang terdapat dalam CoRT dan setiap alat mempunayi kelebihan untuk mengurangkan kesilapan berfikir yang manusia biasa lakukan serta memilih alat CoRT yang sesuai mengikut fungsinya.

RUMUSAN Sebagai rumusan, Kemahiran Berfikir harus dikuasai oleh setiap individu kerana kemahiran ini amat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana kemahiran ini sentiasa diperlukan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian manusia. Contohnya,untuk memasak, manusia berfikir untuk memasak menu yang dapat memenuhi citarasa mereka. Perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dalam kalangan pelajar terutamanya sangat penting bagi membolehkan mereka menyedari keupayaan dan keperluan untuk memikirkan kekayaan alam secara aktif.Kemahiran Berfikir yang terbahagi kepada dua iaitu secara Kreatif dan Kritis haruslah diaplikasikan dengan bijak oleh seseorang individu atau pelajar kerana pemikiran ini haruslah diseimbangkan demi mencapai puncak tertinggi dalam kehidupan. Kemahiran berfikir ini haruslah disepadukan untuk menilai kemunasabahan setiap pilihan supaya pilihan tersebut tidak menghampakan kemudiannya. Hal ini kerana keputusan yang dibuatharuslah relevan dalam menyelesaikan sesuatu konflik yang berlaku.Kepentingan-kepentingan Kemahiran Berfikirtelah jelas menunjukkan bahawaKBKK yang bijak dapat menyediakan generasi kini untuk menghadapi kehidupan yang mencabardalam dunia yang berteknologi tinggi dan pelbagai budaya. Kepesatan teknologi danpembangunan yang kian meningkat sangat memerlukan pelajar untuk menguasai Kemahiran Berfikir dalam proses kehidupan mereka dari peringakat sekolah rendah keperingkat sekolah menengah, kemudian ke peringkat universiti dan kemudiannya alam pekerjaan atau alam kedewasaan. Alat-alat kemahiran berfikir telah diciptabagi membantu carakita berfikir. Alatini mestilah digunakan dalam proses pemikiran kita agar apa yang difikirkan oleh kita lebihtepat dari segala segi dan menepati keperluan pemikiran dan idea kita. Alat-alat ini sangat membantu kita dalam proses berfikir dan dalam masa yang sama, melatih daya pemikiran kita. Oleh itu, setiap tindakan dan perkara yang dilaksanakan akan menjadi lebih efektifdan tidak menghampakan.REFLEKSIYang pertamanya, bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izinnya, saya Sumitha A/P Mathivallan pelajar pengkhususan PPISMP Pemulihan Semester 2 telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang telah ditetapkan tanpa sebarang halangan. Sebenarnya, kerja kursus ini banyak mendedahkan kepada diri saya dengan pelbagai maklumat dan informasi mengenai ilmu kemahiran berfikir seperti, Apakah itu yang dimaksudkan dengan alat cort? Apakah pula jenis-jenis alat cort?. Memang tidak dapat dinafikan lagi, kerja kursus ini sangat bermakna bagi saya.Di samping itu juga, saya juga dapat memahami dan mengetahui kaedah penyediaan peta minda, sekaligus mengadaptasi peta minda dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Pengetahuan dan kemahiran membina peta minda amatlah diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah dan di institusi pendidikan. Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini telah membantu untuk menambahkan lagi nilai kompeten bagi seorang guru.Dalam konteks saya sebagai seorang bakal guru, tugasan ini telah banyak membantu saya dalam memperbaiki diri dalam pelbagai aspek terutamanya cara dan kaedah pemikiran. Kaedah pemikiran yang betul dan tepat sangat diperlukan dalam menghadapi mehnah dan tribulasi di zaman globalisasi ini. Kemahiran berfikir sangat membantu dalam menghadapi masalah dalam hidup termasuklah masalah individu, masalah masyarakat, Negara dan dunia, sekaligus akan melahirkan jiwa-jiwa kental dan sabar dalam menghadapi masalah.

Di samping itu, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung terima kasih kepada pensyarah Kemahiran Berfikir saya, En.Fauzi bin Hasan, dan juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu saya dari segi aspek sokongan moral dan buah fikiran yang bernas dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.Tuntasnya, saya dapat simpulkan bahawa tugasan seperti ini amat berguna kepada saya sebagai seorang bakal guru agar mampu memperbaiki diri saya dari masa ke semasa dan seterusnya tabah menghadapi masalah pada masa akan datang. Sesungguhnya, tugasan ini memberi seribu makna buat orang yang hanya mampu melihatnya dengan mata hati bukan dengan luaran sahaja. Maka amat rugilah saya sekiranya tidak menjadikan tugasan ini sebagai satu pengalaman mahupun motivasi dalam menjadikan kehidupan seharian saya lebih baik dari masa ke semasa. Akhirnya, saya berharap hasil tugasan ini dapat diterima oleh semua orang dan akan dijadikan sebagai rujukan. Sekian.

Refleksi tugasan Salam sejahtera kepada pensyarah pembimbing semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya Nama saya Tamil Selvi A/P Ramasami, guru pelatih unit Pemulihan- PPISMP 2012 SEM 2.Saya terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya menyiapkan kerja kursus pendek. Saya berasa gembira semasa tugasan ini diberikan kerana ini merupakan kerja khusus yang menarik. Saya mendapat penerangan tentang cara-cara untuk menyiapkan tugasan ini daripada pensyarah pembimbing. Saya Berjaya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan oleh pihak pensyarah pembimbing hasil ajar pensyarah pembimbing.Sebenarnya, kerja kursus ini banyak mendedahkan kepada diri saya dengan pelbagai maklumat dan informasi mengenai ilmu kemahiran berfikir. Apakah itu yang dimaksudkan dengan alat cort? Apakah pula jenis-jenis alat cort?. Memang tidak dapat dinafikan lagi, kerja kursus ini sangat bermakna bagi saya. Selain itu, saya juga ada mengakses internet dan memuat turun maklumat-maklumat penting mengenai topik yang telah diberikan oleh saya.Semua maklumat yang diperoleh, telah dianalisis dan dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam penulisan saya ini bagi memberikan kefahaman yang luas kepada saya dan rakan yang lain.Justifikasinya, perkara yang banyak saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah bekerja secara individu dengan bantuan rakan dan pensyarah pembimbing. Di samping itu, saya juga telah mempelajari cara-cara mendapatkan maklumat penting dengan lebih sistematik dan strategik. Melalui cara inilah kita dapat mengurangkan budaya plagiarisme yang sentiasa menyelubungi setiap pelajar institusi pengajian tinggi. Oleh hal yang demikian,kaedah ini sewajarnya diteruskan sehingga ke generasi akan datang agarmereka dapat merasainya seperti yang saya rasai. Pengetahuan dan kemahiran membina peta minda amatlah diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah dan di institusi pendidikan. Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini telah membantu untuk menambahkan lagi nilai kompeten bagi seorang guru.Dalam konteks saya sebagai seorang bakal guru, tugasan ini telah banyak membantu saya dalam memperbaiki diri dalam pelbagai aspek terutamanya cara dan kaedah pemikiran. Kaedah pemikiran yang betul dan tepat sangat diperlukan dalam menghadapi mehnah dan tribulasi di zaman globalisasi ini. Kemahiran berfikir sangat membantu dalam menghadapi masalah dalam hidup termasuklah masalah individu, masalah masyarakat, Negara dan dunia, sekaligus akan melahirkan jiwa-jiwa kental dan sabar dalam mengahdapi masalah .Akhirnya, saya berharap hasil tugasan ini dapat diterima oleh semua orang dan akan dijadikan sebagai rujukan.Sekian, terima kasih.

Bibliografi

Buku1. Mohd. Nashuha Jamidin et al. (1999). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.2. Ainon Mohd &Abdullah Hassan (1999).Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif.Kuala Lumpur:Utusan Publications &Distributors Sdn.bhd

Internet3. Mengakses pada 02 September 2012,daripada laman web http://mahirkbkk.tripod.com/index.htm#Definisi4. Mengakses pada 04 September 2012,daripada laman webhttp://guabama.wordpress.com/2009/05/29/alat-kemahiran-berfikir-cort-1/5. Mengakses pada 08 September 2012,daripada laman webhttp://nordin171.blogspot.com/2008/10/definisi-metakognitif.html6. Mengakses pada 11 September 2012,daripada laman web

TAMAT25