ALATAN MENJAHIT

Embed Size (px)

Citation preview

ALATAN MENJAHIT

Peralatan mengukur Peralatan menjahit

PERALATAN MENJAHITPeralatan menggunting

Peralatan menanda

Peralatan mendraf

PERALATAN MENGUKUR1) Pita ukur : Diperbuat daripada gentian kaca, sintetik, dan plastik, mempunyai penahan logam di kedua-dua hujungnya, tidak memberi teguh dan tahan. Mengukur dengan tepat ukuran badan dan fabrik Gulung setelah digunakan Simpan di dalam kotak jahitan.

PERALATAN MENGUKUR2) Pembaris tukang jahit : diperbuat daripada kayu atau plastik, tepinya licin, rata dan lurus serta mempunyai ukuran yang tepat dalam unit metrik. Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola dan

mengukur fabrik Gantung atau simpan di tempat

yang sesuai.

PERALATAN MENANDA1) Roda surih dan kertas karbon : Diperbuat daripada keluli berkilat supaya tidak berkarat, pilih roda surih mengikut jenis fabrik dan mudah bergerak apabila ditolak. Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik.

PERALATAN MENANDA2) Kapur tukang jahit : Pilih kapur yang tidak mudah pecah, dan pilih warna yang sesuai dengan fabrik. Menanda garis pemadam pada fabrik dan memindahkan

garisan tanda pola pada fabrik. Menanda di sebelah dalam (S.D) fabrik. Gunakan kapur bersama-sama dengan

pembaris tukang jahit.

PERALATAN MENDRAF1) Pembaris sesiku : diperbuat daripada kayu atau plastik dan mempunyai ukuran yang terang dan tepat di kedua-dua bahagian dalam unit metrik. Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada

pola atau fabrik dan bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan lubang lengan.

PERALATAN MENDRAF2) Pembaris lengkung / pembentuk / curve : Diperbuat daripada kayu atau plastik dan ukuran metrik yang terang dan jelas. Membentuk garis melengkung seperti keruk lengan, rusuk

blaus, rusuk skirt, dan kaki seluar semasa mendraf pola.

PERALATAN MENGGUNTING

1)Gunting fabrik : Ukuran panjang biasa dalam 20 cm. Sebelah mata gunting berbentuk bulat, sebelah mata

runcing. Untuk gunting tahan lama, elak daripada jatuh dan tidak

digunakan untuk menggunting benda lain seperti kertas.

PERALATAN MENGGUNTING2) Gunting kertas : Ciri-cirinya sama dengan gunting kain. Digunakan untuk menggunting kertas. Boleh juga

digunakan untuk menggunting kain tetapi elakkan menggunting kain yang tebal. Terdapat pelbagai saiz gunting kertas. Biasanya, pemegang gunting

diperbuat daripada plastik.

PERALATAN MENGGUNTING3) Gunting benang / sniper : Digunakan untuk menggunting benang dan membuang lebihan benang pada fabrik serta membuat trim. Elakkan menggunting fabrik tebal.

PERALATAN MENJAHIT

1) Jarum jahit tangan : Terdapat pelbagai saiz jarum jahit. Pilih jarum jahit yang bersesuaian dengan jahitan yang

akan dibuat. Gunakan jarum yang tajam matanya dan tidak berkarat.

PERALATAN MENJAHIT2) Jarum mesin jahit : Pilih saiz jarum yang sesuai dengan fabrik. Tukarkan jarum baru apabila jarum sudah tumpul atau

selepas menjahit 2 atau 3 pasang baju. Pasang jarum jahit pada mesin

jahit dengan betul.

PERALATAN MENJAHIT3) Benang jahit : Digunakan untuk mencantum pakaian. Terdapat dalam pelbagai warna mengikut warna kain

yang hendak dijahit. Pilih warna benang yang sama dengan warna tanah

fabrik. Pilih benang yang berkualiti supaya jahitan tahan lebih

lama.

PERALATAN MENJAHIT4) Jarum peniti : Jarum yang halus, panjang dan tajam. Semasa digunakan, cucuk di kusion peniti. Digunakan untuk menyemat kepingan kain sebelum

dijahit buat sementara. Cara penjagaannya ialah jarum perlu disimpan dalam

kotak beralas dengan kertas penyerap supaya jarum peniti kering dan tidak berkarat.

PERALATAN MENJAHIT5) Mesin jahit : Terdapat pelbagai jenis mesin jahit mesin jahit industri, mesin jahit portable, mesin jahit kaki dan mesin jahit tangan.

PERALATAN MENEKAN1)Seterika : Terdapat dua jenis seterika yang popular iaitu seterika biasa dan seterika stim. Untuk melicinkan fabrik Menekan mata jahitan

Pilih seterika yang berat Pastikan tapak seterika rata, tidak bercalar dan bersih.

PERALATAN MENEKAN2) Bod seterika : Pastikan permukaan bod rata. Jika menggunakan bod yang berkaki, pastikan kaki bod

seterika kukuh dan berdiri dengan stabil.

PERALATAN MENEKAN3) Board lengan : Digunakan untuk menekan bahagian lengan dan bahagian-bahagian kecil lain seperti kelim, lengan baju, kaki seluar, dan garis leher.

PERALATAN MENEKAN4) Presser atau alat penekan industri : Digunakan untuk melekatkan lapik pada fabrik yang besar dengan lebih cepat dan rata. Juga boleh digunakan untuk menekan komponen-

komponen yang kecik dalam kuantiti yang banyak.

Pemilihan peralatan dibuat berdasarkan jenis alatan terkini, kualiti, keperluan, dan harga yang berpatutan. Alatan jahitan perlu dijaga dengan baik supaya selamat digunakan dan tahan lama. Penggunaan alatan mestilah mengikut tujuan tertentu dan mematuhi langkah keselamatan.

tamat