Upload
boboy
View
477
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
Kata Alu-aluan dari Srikandi
Budak-budak mendayung perahu, Sambil berdayung sambil bermain; Macam mana bunga tak layu, Embun menitis di tempat lain Burung jelatik sarang kedidi, Sarang tempua sarang berjuntai;
Sungguhpun cantik sutera dipuji, Belacu juga tahan dipakai. Angkut-angkut membuat sarang Jatuh berderai diatas peti Apa ditakut harimau yang garang Sebelum ajal berpantang mati Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Kepada semua pembaca dan pemikir,kepada peminat sejarah dan warisan bangsa,kepada penjejak misteri bangsa yang hilang,kepada pencantum teka-teki akhir zaman,kepada anak-anak Melayu,kepada warisan Bani Jawi di Timur Jauh,
Saya,Srikandi.. membuka bicara dengan seribu syahmura santun nan susila. Beribu-ribu tahun dahulu...menurut cerita para maulana dan fakih Nusantara,ketika Nabi Ibrahim a.s meletakkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s di kawasan tandus di Tanah Arab,baginda tidak pulang ke Tanah Kanaan tetapi telah bergerak sehingga ke Timur Jauh untuk berdakwah.Nabi Ibrahim telah singgah ke kawasan yang dinamakan Champa-Kemboja dan melamar seorang gadis misteri di sana.Gadis misteri ini tidak diketahui namanya namun orang-orang di Sumeria mahupun kota-kota Ur dan Kish memanggilnya sebagai 'wangi-wangian' atau 'kemenyan wangi' atau dalam bahasa Ibrani Kuno sebagai 'Keturah'. Dari Diari Lodgekeeper m/s 171:
"warisan Bani Jawi itu ibarat sutera putih yang dipercik dengan narawastu dan air melati.Kemudian dibaluti dengan badar sila dan ditaruh ke dalam batil emas merah murni" Pada halaman yang lain, "....'Keturah' bukanlah namanya yang sebenar...namun adalah gelaran atau panggilan Tamadun Sumeria Kuno kepada sang gadis misteri...hadir dari rimba dari gunung yang diselaputi kabus aneh...bibirnya merah mulus,dia menjinjing sebakul bunga-bungaan dan kemenyan...di telinganya terselit sekuntum bunga yang indah" Warisan sejarah bangsa adalah entiti yang amat bernilai.Ia bukan sahaja
menceritakan asal-usul kita,ia juga adalah identiti kita dan jika kita bercakap mengenai identiti,ia adalah petunjuk kepada tabiat bangsanya dan jatidirinya. Selama mana sesuatu bangsa itu berpegang pada identitinya,selama itulah ia dihargai dan diingati.Tiada siapa yang mahu mengkagumi sesuatu bangsa yang terhegeh-hegeh meniru warisan budaya bangsa lain...tiada nilai jatidiri dan tidak punya rasa bangga dengan apa yang ada.Lihatlah apa yang terjadi kepada penduduk Filipina. Mereka bukanlah orang Sepanyol yang berpindah beramai-ramai dari Amerika Latin ke Kepulauan Melayu itu namun mereka adalah mangsa penjajahan beratus tahun sehingga kehilangan jejak warisan bangsa sendiri.Misteri asal-usul
mereka mampu dikesan melalui sebutan nombor-nombor dalam bahasa Tagalog yang masih berbekas bahasa Melayu Nusantara yang digunakan oleh empayar-empayar purba bangsa Mala sehingga ke Empayar Srivijaya dan Majapahit.Bagaimana seorang dari Filipina mengaku 'berbangsa' Filipino namun menyebut angka-angka yang dari segi linguistiknya sama dengan bahasa-bahasa Malayo-Polinesia? Mengapa Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu memiliki persamaan?Mengapakah maharaja-maharaja Srivijaya dan Majapahit menggunakan Bahasa Melayu sebagai lingua franca,bahasa kesusasteraan dan perdagangan?Kita akan sentuh misteri ini dalam artikel pengiring 'Melayu:Bahasa atau Bangsa?"
Dalam artikel itu,kita akan menyedari bahawa mengapa orang Samoa mempunyai angka dalam sebutan 'lima' dan 'sepuluh' sama seperti Bahasa Melayu dan anehnya sebutan nombor-nombor kaum-kaum Polinesia dan Pasifik ini mirip bahasa Melayu-Jawa. Nampaknya ada satu bangsa yang menggunakan Bahasa Melayu telah memimpin semua kaum-kaum Austronesia dan Polinesia dalam ketamadunan,sistem angka,sukatan dan ilmu-ilmu sains,atau adakah semua kaum-kaum seperti Samoa,Maori dan Hawaii serta kaum-kaum misteri sejauh di Pulau Easter melangkaui pulau-pulau Pasifik dan mencapai Tamadun Inca dan Maya adalah berasal dari satu induk yang sama?Ini akan disentuh dalam artikel ATBM V3.0 'Austronesia dan Polinesia'
Kita akan memahami betapa sesuatu bangsa itu pada suatu ketika telah mencapai ketamadunan yang tinggi atau klimaks ketamadunan,kemudian mereka akan mengalami masa-masa kejatuhan dan ada yang pupus atau lenyap atau sekurang-kurangnya terserap ke budaya dan tamadun lain sehingga hilang identiti dan jatidiri mereka. Ini yang terjadi kepada bangsa Maya,Aztek dan Inca yang diketahui mempunyai pengetahuan astronomi dan arkitek yang tinggi,walaupun berimej seperti kaum aborigine di dalam hutan rimba di Amerika Tengah,namun mereka telah mencapai kemuncak ketamadunan,mampu mencerap pergerakan bintang dan galaksi dan menghasilkan sistem kalendar sendiri
yang berkali ganda lebih hebat dari bangsa-bangsa Eropah yang ketika itu membersihkan diri dengan air kencing sendiri! Ini juga telah menimpa bangsa Assyria,Mesir Purba,Babilon Kuno,Chaldea dan Akkadia.Mereka telah mencapai tahap ketamadunan yang menggerunkan pada masa-masa keemasan mereka,namun dimanakah bangsa-bangsa ini pada hari ini?Mengapa bangsa Yahudi masih wujud walaupun pernah sezaman dengan mereka? Ini adalah sama dengan apa yang terjadi kepada bangsa Melayu Funan dan Champa,di mana seorang profesor tanahair telah melakukan kajian intensif perihal sistem metrik Tamadun Champa,angka dan teknologi dan betapa
beliau terkejut dengan penemuan beliau dari manuskrip-manuskrip purba Champa yang sebahagian besarnya kini disimpan oleh bangsa Vietnam yang menakluk mereka kemudiannya.Kemuncak tamadun Funan-Champa adalah selari dengan lingkungan garis masa antara klimaks ketamadunan Aztek,Maya dan Inca.Apakah sebenarnya di sebalik misteri ini?Benarkah terdapat pertukaran atau komunikasi teknologi di antara kedua bangsa misteri ini melalui Lautan Pasifik yang luas itu? Mungkin,jika kita memahami sifat dan kelebihan bangsa misteri sebagai pelayar yang gigih,pelaut yang berani bermain dengan lautan dan ombak sehingga kaum-kaum di Kepulauan Pasifik mengenang legenda nenek moyang mereka yang belayar dari Kepulauan Melayu hingga ke
pulau-pulau sepi di tengah-tengah Lautan Pasifik.Mungkinkah mereka mencapai Benua Amerika?
Bangsa Melayu adalah pelayar yang gigih,dan inilah identiti yang dikenal oleh tamadun-tamadun purba pada masa dahulu.Sampan kecil mereka teroleng-oleng sehingga ke Madagaskar sehingga menubuhkan dinasti beraja Merina,memerintah seluruh kepulauan Madagaskar,menyatukan bangsa-bangsa
Afrika di pulau itu di bawah raja-raja Melayu Merina.Bahtera-bahtera mereka menggerunkan para pengembara Sepanyol dan Portugis yang mencari laluan rahsia harta karun 'King Solomon's Mines' yang dikatakan terletak di Timur Jauh. Hanya satu cara sahaja untuk menundukkan kerajaan-kerajaan Melayu Purba;merasuah Laksamana dan para armada tentera laut mereka dan mengapikan-apikan perasaan hasad dengki sesama mereka,dan inilah ramuan yang digunakan untuk menjatuhkan kuasa laut Empayar Melaka,di mana armada tentera laut Siam turut gagal mengalahkan Tun Perak dan Laksamana untuk menguasai Selat Melaka.
Hasad dengki dan tamakkan kekuasaan adalah kelemahan bangsa Melayu tipikal yang pernah memimpin seluruh Bani Jawi dalam empayar mereka.Seperti kaum Benjamin,Reuben,Gad dan Manasseh yang menjadi pemimpin bagi seluruh kaum Bani Israel (The House of Israel),membina kerajaan dan meluaskan wilayah jajahan,begitu juga raja-raja Melayu yang dipandang oleh Bani Jawi sebagai layak dan lebih bijak dari mereka untuk membina tamadun. Sepertimana Bani Quraisy dan Bani Hasyim yang dipandang lebih 'moden',bijak dan berkelayakan dari seluruh Bani Ismail (The House of Ishmael),begitulah kaum-kaum Melayu-Jawa yang membina empayar dan menakluk Nusantara dan Bani Jawi (The Hidden House of Jeavi).Bani Quraisy
adalah kaum 'urban' elit yang tinggal di kawasan bandar.Terdapat juga kaum-kaum Bani Ismail (bangsa Arab) yang lain bersifat seperti aborigine sebagai contoh Arab Badwi dan suku Jurhum.Ini sama lah seperti karakter Orang Asli,Jakun dan Dayak.Mereka tinggal di pedalaman dan kepada merekalah bayi-bayi dari penduduk kota diserahkan untuk disusui dan ini adalah budaya biasa pada masa itu dimana Nabi Muhammad s.a.w juga turut diserahkan kepada penduduk Arab pedalaman ini. Dari Diari Lodgekeeper pada m/s 230 di bawah tajuk 'The Tabernacle of Melati & Maya': "...keris adalah satu lambang dari tamadun kuno yang terahsia...ia dijaga oleh para leluhur bangsa misteri sejak
zaman berzaman.Bentuknya yang berkeluk-keluk adalah warisan dari satu dinasti atau keturunan diraja yang pernah memerintah satu tanah yang ditinggalkan..." pada m/s 188: "...terdapat penentangan di antara raja-raja berdarah naga ini...konflik sesama mereka akibat berebutkan kekuasaan dan teknologi....penyembah pagan mengenang mereka sebagai Dragon Lords of The Rings.Freemason yang mendakwa berasal dari warisan pengetahuan bangsa-bangsa yang hilang ini acapkali mendakwa mereka mempunyai darah naga ini.Di dalam ritual sulit peringkat Rahsia Dalam Rahsia,para Mason memakai warisan pakaian The Lords of Dragon ini.Ini adalah warisan kostum dari
sejarah bangsa misteri yang hilang dan bersembunyi di tempat lain.Orang yang memberitahu para Mason ini tentang rahsia bangsa-bangsa misteri adalah seorang yang pakar dalam sejarah bangsa-bangsa sebelum atau ketika terjadinya Banjir Besar..."
Catatan pengembara,tentera dan panglima 'warlords' Tamadun China telah menjumpai kota-kota yang
berbumbungkan emas dan bertembokkan batu tebal ketika meninjau keadaan di Benua Siam (Indochina).Penulis mereka telah mencatatkan bahawa kaum lelaki mereka tidak berpakaian dan berperawakan kasar namun mereka makan di atas pinggan-pingan emas. Kaum wanita mereka memakai perhiasan dari emas dan seluruh kehidupan mereka kaya dengan emas dan perhiasan-perhiasan.Ini adalah catatan beberapa ratus tahun sebelum Masehi...lama sebelum kemunculan Empayar Melayu Srivijaya dan jauh sebelum masa kelahiran Patih Gajah Mada,negarawan alam Melayu dari Empayar Majapahit-Nusantara.Ini adalah kerajaan Funan Purba dan mungkin satu empayar sebelum Funan dan ia bukanlah kaum Khmer ataupun kerajaan orang-orang Mon.Di
dalam Sejarah Melayu ada diceritakan Raja Cempa (Champa) seperti Pau Gelang dan anak cucunya seperti Pau Bania,Pau Tari dan Pau Gama. Pau Gama inilah yang mahu menyerang Majapahit tetapi kelicikan Betara Majapahit menawarkan puterinya kepada Raja Champa Pau Gama dan hasil dari perkahwinan mereka lahirlah Raja Jakanak yang kemudian ditemukan jodoh dengan seorang puteri (dari mana?Puteri Mon atau Khmer?) bernama Pau Ji Yan Bi.Perhatikan gelaran yang mempunyai nama kemelayuan dan kecinaan. Disebutkan juga tentang raja Kuci (mungkin salah seorang raja Dai-Viet) yang membuat helah untuk menembusi kota Champa yang ketika itu diperintah oleh Pau Kubah keturunan dari Pau Gama itu.
Raja Kuci menjanjikan harta yang banyak kepada Bendahari Champa dan akibat termakan umpan itu,maka pintu kota Champa yang amat teguh dan terkenal dikalangan kaum-kaum Indochina seperti Mon,Khmer,Dai-Viet dan lain-lain telah dibuka untuk membenarkan kemasukan segala persembahan harta kekayaan dari Raja Kuci.
Namun setelah dibuka pintu kota bukan harta persembahan yang masuk tetapi tentera Raja Kuci yang banyak telah merempuh masuk ke dalam kota Bal dan membumihanguskan kerajaan Champa.Ini adalah taktik kotor yang biasa dipraktikkan oleh pihak yang tidak mampu untuk menyerang sebuah kota yang amat kukuh,misalnya dalam peperangan Troy. Dua anak raja Champa itu telah berjaya lari;seorang bernama Syah Indera Berma dan beliau inilah yang singgah ke Melaka dan dijadikan menteri Melaka kerana kehalusan pekerti dan kebijaksanaannya.Seorang lagi bernama Syah Pau Ling,telah belayar ke Aceh dan menjadi raja di sana,dan yang menariknya ini adalah tepat dari kajian sejarah dan linguistik pakar-pakar budaya pada hari ini yang berusaha bertahun-tahun
menyelesaikan misteri mengapa bahasa Aceh memiliki persamaan dengan bahasa Melayu Champa. Kita juga mesti mengkaji warisan raja-raja Melayu di Timor sebelum di 'portugiskan' dan raja-raja Sulu sebelum di'sepanyolkan'.Kita juga kita akan mengkaji apakah pendirian dalam Sumpah Pemuda ketika Indonesia masih dalam bahang kemerdekaan,mempertahankan Bahasa Melayu bersama-sama keturunan House of Bni Jawi di Tanah Melayu, tetap sebagai bahasa penyatuan seluruh Bani Jawi. Seperti satu kota purba yang berjaya digali di Jordan,penduduk Arab memanggil tempat itu sebagai Jawa dan kaum kuno yang pernah tinggal di situ sebagai kaum
Jawa.Adakah ini ada kaitan dengan perjalanan kaum-kaum Bani Jawi untuk menjejak tanah kelahiran ibu mereka di Timur Jauh? Agak banyak rasanya saya berceloteh,nanti akan mengurangkan kejutan dalam artikel sebenar pula nanti.Apa boleh buat...bidang sejarah adalah 'nirvana' saya. Perlu diingat,pencarian rahsia bangsa misteri bukanlah semudah yang disangka.Ia bukan dicatat di dalam buku-buku akademik yang sudah tersusun rapi di rak-rak perpustakaan.Tetapi ia adalah seperti menjelajah seluruh dunia,mencantumkan seluruh 'puzzles' yang berselerakan.Sebahagiannya adalah dari kajian saya bertahun-tahun sejak dibangku sekolah lagi dan apabila dewasa
saya mampu melakukan 'channeling' secara sendirian setelah mempelajarinya sekian lama di universiti. Jika anda setia bersama saya menjejak rahsia bangsa misteri,saya akan bawa anda kepada rahsia tertinggi para Mason bertahap 'over 33rd Degree'.Siapa yang pernah melihat majlis ritual mereka,pasti akan terkesan,mengapa para Elit mereka terpaksa 'bersampin' dan 'bersongkok' untuk menjalankan upacara-upacara sulit mereka. Pengetahuan rahsia itu,hanya untuk orang yang mahu memahaminya sahaja.Tidak lebih dari itu.
Sebagai mengakhiri kata alu-aluan ini saya,Srikandi ...dengan penuh takzim,tulus dan ikhlas membawakan kepada anda... ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU VOLUME 3 "THE RESURRECTION OF BANI JAWI"
Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa
Ini adalah salah satu artikel pengiring dari
tiga artikel pengiring sebelum artikel
utama Alter Terahsia Bangsa Melayu yang
akan diterbitkan seawal-awalnya minggu
hadapan.Srikandi akan mengulas tentang
maksud di sebalik nama 'Melayu' dan
misteri di sebalik nama itu.Apakah
sebenarnya nama Melayu ini?Adakah ia
bermaksud bangsa atau bahasa?
Pada hari ini penyakit buta kepada
warisan dan jatidiri bangsa sendiri
menyebabkan ada di antara anak-anak
Melayu 'goyang' apabila ditanya oleh
kaum lain tentang maksud
Melayu,sehingga mereka pula seolah-olah
mengajar dan memberitahu anak-anak
Melayu ini sejarah bangsa mereka.Ada
yang meneka-neka dan memandai-mandai
membuat kenyataan sendiri sehingga
terkeliru sendiri.Srikandi akan cuba
mengupas masalah ini dari pelbagai sudut.
Namun,tidak dinafikan manusia menjadi
musuh kepada apa yang masih belum
difahaminya.
-M.O
hiaskan kendiri berani bak saktimuni
hiduplah jalinan susastera dan mahakarya
Srikandi menyusun berapat jari-jemari
membuka pencak ilmu dan warha bicara
Terlebih dahulu saya ingin jelaskan
tentang pengertian Bani Jawi dan Melayu
itu sendiri.Ini kerana ramai di antara kita
masih keliru sehingga ada juga yang
menganggap perkataan Melayu ini
merujuk kepada bahasa,sehingga tiada
langsung apa yang dikatakan bangsa
Melayu.Ini pandangan yang
ekstrim,kerana kerana setidak-tidaknya
bahasa Latin yang menjadi bahasa
perdagangan dan kesusasteraan Eropah
akibat penguasaan Empayar Rom itu
sendiri dapat ditelusuri asal-usulnya,iaitu
dari Semenanjung Itali,bagaimana
dikatakan Melayu itu hanya bahasa dan
bukan mewakili satu bangsa atau setidak-
tidaknya satu suku kaum?Bahasa Perancis
adalah dari orang-orang Franks,bahasa
Inggeris berasal dari sukukaum
Angles;datang ke Briton (nama lama
kepulauan Inggeris) dari Tanah Jerman
bersama sukukaum Jerman yang lain
seperti Jutes dan Saxons.Bahasa Sepanyol
dari 'Spaniards' dan bahasa Rusia dari
keturunan Caucasian,Viking dan
Norseman yang bergaul dengan bangsa-
bangsa nomad di padang rumput Steppe
di dataran-dataran luas Siberia sehingga
melepasi banjaran Caucasus dan sungai
Volga,jadi adakah bahasa Melayu berasal
dari bangsa 'alien' yang datang dari planet
Zargus??Fikirkan.
Ada juga yang berfikiran singkat
mengatakan perkataan 'Melayu' itu diberi
oleh orang Inggeris ketika menjajah Tanah
Melayu.Ini adalah pendapat yang kurang
berpendidikan kerana orang-orang
Melayu masih menjaga warisan sejarah
sehingga kesultanan mereka dan adalah
tidak logik sehingga nama bangsa sendiri
pun boleh terlupa sampai terpaksa bangsa
lain membubuhkan nama bangsa
mereka.Lainlah orang-orang Melayu
menjadi seperti orang-orang di Kepulauan
Filipina yang dicabut akar budaya mereka
sehabis-habisnya,warisan mereka
dimusnahkan,raja-raja mereka dibunuh
dan mereka dipaksa menganut agama
Kristian sehingga semua ini menjadi satu
tragedi yang amat malang bagi mereka
yang asalnya adalah bersaudara dengan
orang-orang Melayu.Mujurlah masih
terdapat sukukaum di Filipina yang kurang
menerima kesan penjajahan Sepanyol
yang kejam ini seperti orang-orang Sulu
(selalu digelar oleh penjajah sebagai Moro
atau Moor-gelaran untuk bangsa Arab di
Andalus atau Sepanyol ketika
pemerintahan Islam di sana).Orang-orang
Sulu inilah yang masih mempertahankan
jatidiri mereka dengan keris-keris panjang
mereka yang menggerunkan penjajah
Sepanyol.
Siapakah Jose Rizal?Beliau ialah tokoh
pejuang Filipina dan adalah memalukan
seorang yang mengaku orang Filipina jika
tidak mengenal Jose Rizal.Dan apakah
yang dikatakan oleh Jose Rizal dalam salah
satu pidatonya?
Beliau mengaku sebagai anak Melayu!
Kita mengenal beliau dalam sejarah
kontemporari sebagai José Protasio Rizal
Mercado y Alonso Realonda atau Jose
Rizal,seorang berbangsa 'Filipino',namun
kita tidak tahu apakah nama 'Melayu'nya
yang tersembunyi.Ini samalah dengan
saudara-saudara kita di Selatan Thai yang
dipaksa memakai nama Thai dan terpaksa
menyembunyikan identiti sebagai orang
yang berbangsa Melayu Pattani.Perkataan
Filipina itu sendiri berasal dari nama
seorang raja Sepanyol iaitu Phillip Kedua
yang memerintah Sepanyol pada 1556
hingga 1598.Jadi kita boleh tahu bahawa
bangsa 'Filipino' itu hanyalah khayalan
penjajah sahaja dan ini boleh dilakukan
dalam keadaan penduduk Kepulauan
Filipina itu dipaksa menjadi orang
Sepanyol,berbahasa Sepanyol,menganut
agama Kristian,membunuh sultan dan raja
mereka yang memegang khazanah
warisan bangsa,membumihanguskan
kediaman mereka berserta kitab-kitab dan
khazanah-khazanah diraja.Namun kita
akan tahu nama asal Kepulauan Melayu ini
dari penemuan arkeologi di Filipina.Salah
satunya yang paling terkenal ialah Laguna
Copperplate.
Wahai saudara saudariku Bani Jawi,
Bila saya menuliskan tentang 'Bani
Jawi',ini termasuklah semua kaum-kaum
yang menggunakan bahasa yang
mempunyai tatabahasa dan kemiripan di
antara satu sama lain.Pakar-pakar
linguistik menamakan bahasa-bahasa ini
sebagai Malayo-Polynesia.Kaum-kaum ini
berasal dari induk mereka yang
misteri.Bani Jawi adalah satu kumpulan
kaum-kaum yang menggunakan bahasa
Malayo-Polynesia ini.Kaum-kaum ini yang
dikesan menggunakan lingkungan bahasa
ini terdapat di kawasan tasik di pedalaman
Jepun,Taiwan,Asia Tenggara ('Homeland'
Bani Jawi) ke timur mencapai pulau-pulau
Pasifik seperti Hawaii,ke bawah mencapai
pulau-pulau Papua,Solomon,New Zealand
dan Fiji mendekati Australia (sebelum
penjajah Inggeris tiba di sini,Australia
diduduki oleh kaum aborigine
Austronesian).Ke barat sehingga
menjangkau Madagaskar berdekatan
Benua Afrika.Selain dari Bani Jawi di
sekitar Indonesia dan
Malaysia,kebanyakan kaum-kaum Bani
Jawi yang diluar lingkungan ini telah
terasimilasi dengan teruk ketika
penjajahan dan terputus dari warisan
induk mereka.Di sini kita faham bahawa
Bani Jawi yang menduduki Kepulauan
Indonesia dan yang terdapat Malaysia
adalah Bani Jawi yang berbeza;mereka
adalah dari kelompok yang berjaya
menjaga warisan moyang mereka,lebih
bijak dan berfikiran luas.Bani Jawi di sini
juga berjaya memegang tampuk
pemerintahan politik dan berkuasa atas
tanah-tanah mereka,tidak seperti yang
terjadi kepada Bani Jawi yang lain
terutama di Pasifik.Di sini kita tahu satu
rahsia.
Bani Jawi yang kini mewarisi apa yang
dinamakan 'Indonesia','Malaysia' dan
'Brunei' adalah mereka yang dekat dengan
'induk' Bani Jawi.Mereka juga masih
mempertahankan budaya,bahasa dan
raja-raja mereka.Fikirkan,jika
mampu,adakah penjajah Inggeris dan
Belanda bersimpati untuk mengekalkan
budaya,bahasa dan politik penduduk
tanah-tanah jajahan mereka?Jika kita
katakan Sepanyol lebih kejam kerana
'mensepanyolkan' orang
Filipina,bagaimana dengan
Australia?Penduduk aborigine dinafikan
hak mereka sebagai pribumi Australia
yang asalnya adalah tanah mereka,fikirkan
dari manakah manusia aborigine ini boleh
wujud di Australia jika tidak ada moyang
mereka yang bijak dalam ilmu pelayaran?
Australia telah menjadi negara orang-
orang Inggeris.Ini adalah fakta pada hari
ini.
SEBENARNYA JIKA BOLEH,ORANG-
ORANG BANI JAWI DI
INDONESIA,MALAYSIA DAN BRUNEI
MAHU DIHAPUSKAN TERUS IDENTITI
KEMELAYUAN MEREKA ,tidak kira
di'Inggeriskan' atau di
'belandakan'.Namun ini tidak terjadi
semudah itu dan hakikatnya telah
gagal.Para penjajah ini tidak mampu
melakukan begitu kerana masih ada
warisan Bani Jawi yang gagah perkasa
berdegil mempertahankan warisan
mereka.Kita boleh faham mengapa
bahagian Selatan Filipina masih kuat
pengaruh 'kemelayuannya' terutama
orang-orang Tausug yang masih diluar
pengaruh 'kristianisasi dan
pensepanyolan'.Sebab itu mereka masih
berkuasa melancarkan
pemberontakan.Dari Luzon hinggalah ke
Visayan,penjajah Sepanyol telah menjarah
budaya ketimuran sehingga mereka
menjadi amat lemah dan pasrah dengan
'takdir' yang menimpa diri mereka,tetapi
ini cuba ditentang oleh penduduk di
selatan atau lebih tepat di pulau
Mindanao.Puak-puak pemisah cuba untuk
menentang 'saudara' mereka yang telah
hilang identiti dan menjadi 'makhluk' lain.
Siapakah Gloria Macapagal
Arroyo?Apakah kaitan beliau dengan
penduduk Sulu?Moyang kepada moyang
beliau mungkin kenal siapakah sultan-
sultan Manila dan Visayan juga raja-raja
Mindoro dan Samar.Sultan-sultan
Sulu?Jika moyang kepada moyangnya
tidak kenal Kesultanan Sulu maka sudah
tentu nama 'Macapagal' itu tidak
ada.Bolehlah digantikan dengan
'Fernando' sebagai contoh menjadi Gloria
Fernando Arroyo sahaja.Mungkin Presiden
Filipina itu berasal dari Lisbon atau
conquistador yang menjajah
Filipina.Tetapi perkataan 'Macapagal' itu
sendiri menimbulkan misteri yang tidak
berkesudahan tentang asal-usul orang-
orang di Filipina.
Beliau ialah cucu-cicit Raja Lakandula yang
memerintah Manila sebelum penjajah
Sepanyol merampas wilayah itu
darinya.Tanyakan dia siapa Raja Sulaiman
yang membantu moyangnya menentang
Sepanyol.Moyang beliau beragama Islam
dan kota Manila itu sendiri berasal dari
kata "Amanillah" bermaksud "di bawah
keamanan Allah".Lakandula adalah
gelaran raja-raja Melayu di Kepulauan
Filipina pada zaman dahulu.
Mempelajari sejarah keturunan presiden
Filipina itu sendiri mampu memberi
pengajaran yang tidak sedikit kepada
kita.Bahasa dan gelaran bangsawan
Melayu di kepulauan Luzon,Mindanao dan
Visayan memberikan kita gambaran
sejarah Melayu yang digelapkan di pulau-
pulau utara Sabah itu.
Kita boleh lihat pengaruh Melayu dan
Polinesian yang bercampur aduk dalam
bahasa Tagalog.
*Pahlawan
Tausug/Sulu yang gagah berani
Mengapa penduduk ke selatan 'tidak
makan saman' dengan kekejaman
conquistador Sepanyol?Cuba perhatikan
budaya dan semangat orang-orang
Tausug/Sulu.Perhatikan betapa penduduk
Luzon telah berjaya ditukar menjadi
makhluk lain,kita mungkin tidak boleh
menyalahkan kelemahan mereka kerana
armada penjajah Sepanyol mungkin
bertumpu di Luzon dan tidak mampu
mencengkam pengaruhnya di Mindanao
yang jauh ke selatan.Tetapi keris-keris
panjang pahlawan Sulu mampu
menceritakan perit getir mereka melawan
Sepanyol.Gloria Macapagal Arroyo
mungkin sudah melupakan keris Sulu ini
(yang mungkin pernah dikucup
moyangnya ketika menentang
conquistador Sepanyol) namun bukan
orang-orang di Jolo.
*Keris panjang atau
Keris Sundang Sulu
Adakah Inggeris lebih bermurah hati dan
'kasihan' dengan Bani Jawi di Tanah
Melayu?Adakah Belanda bersimpati
dengan Bani Jawi di Sumatera dan
Jawa?TIDAK SAMA SEKALI.Cuba baca
kisah kaum Red Indian Cherokee yang
dihalau dari tanah tumpah darah mereka
di benua Amerika.Mereka dihalau
beramai-ramai oleh penjajah Inggeris yang
mahu menubuhkan Dunia Baru
mereka.Beribu-ribu orang mati dalam
pelarian termasuk kanak-kanak dan
wanita.Apa sudah jadi pada identiti kaum
Red Indian pada hari ini?Hanya logo
'Apache' sahaja masih tertinggal pada
helmet budak-budak rempit Melayu yang
leka menyabung nyawa di jalan
raya.Mereka sudah hilang tanah dan
identiti.Mereka semakin terhimpit di bumi
nenek moyang mereka.Pelajarilah semua
ini.
Namun,pelajaran paling hampir ialah di
Filipina.Tersangat hampir.Jika pemimpin
Umno masih berkeras berpolitik sehingga
beribu-ribu warga India dan China boleh
'lesap' tanpa dikesan di negara mereka
ditambah pula PKR yang makin liberal dan
PAS yang lupa perjuangan sebenar
(sebagai contoh),50 tahun lagi orang-
orang Melayu yang dungu ini akan hilang
kuasa politik mereka secara terhina dan
memalukan.
Moralnya ialah,semangat mahu
mempertahankan agama,bangsa dan
tanahair telah memotivasikan Bani Jawi di
'Indonesia' dan 'Malaysia' supaya kekal
mendaulatkan budaya dan bahasa
mereka.Jika mereka lemah,mungkin anda
dan saya tidak lagi bergelar Melayu.Dan
tidak lagi berbahasa Melayu.HANYA
BANGSA YANG BENAR-BENAR SABAR
DAN KUAT SAHAJA MAMPU
MENGEKALKAN KEWUJUDANNYA
SETELAH DIJAJAH DAN DIJARAH OLEH
PELBAGAI PENJAJAH BERATUS TAHUN.
Polinesia adalah istilah dari Greek yang
bermaksud 'banyak pulau'.Ini
menerangkan Kepulauan Melayu sehingga
ke pulau-pulau Pasifik.Dari segi
terminologinya ia bermaksud Kepulauan
Pasifik,menjangkau Pasifik Tengah dan
Pasifik Selatan.Ia adalah satu daripada tiga
bahagian;yang lainnya ialah Melanesia
dan Micronesia.Austronesian ialah
kelompok keluarga bahasa paling terbesar
di dunia,dahulunya dikenali sebagai
Malayo-Polynesian.Setelah pakar bahasa
memasukkan bahasa Formosan (juga
berasal dari bahasa para pelayar Melayu
yang tiba di Taiwan beratus-ratus tahun
yang lampau) ke dalam keluarga bahasa
Malayo-Polynesian,kini ia digelar keluarga
bahasa Austronesian.Ini adalah salah satu
daripada keluarga bahasa terbesar di
dunia berdasarkan jumlah bahasa
melebihi 700 bahasa dan keluasan
geografinya.Bahasa Cham di Vietnam dan
Kemboja,bahasa Malagasy di Madagascar
dan bahasa Tagalog di Filipina adalah dari
keluarga Malayo-Polynesian.Perhatikan
terminologi para pakar bahasa ini yang
mengesan rahsia bahasa-bahasa di
Kepulauan Melayu dan Pasifik ini.'Malayo'
adalah ciri-ciri bahasa 'Western Malayo-
Polynesian' seperti bahasa Melayu,Sunda
dan Jawa.Ini bahasa Bani Jawi yang
standard,maju dan dinamik.'Polynesian'
pula adalah lebih kepada bahasa-bahasa
kaum aborigine Pasifik.Anehnya,terdapat
persamaan dari segi struktur bahasa dan
peraturan tatabahasa antara bahasa
Melayu/Indonesia dengan bahasa-bahasa
Pasifik ini,walaupun kosa kata mereka
berbeza.Dan pasti ada kata-kata yang
sama seperti perkataan 'mata','batu' dan
sebutan angka-angka.'Lima' adalah
perkataan yang dominan.Orang Samoa
juga menyebut angka 'Sepuluh' sama
seperti kita di sini.Sebutan angka dalam
Tagalog mirip sebutan dalam bahasa
Jawa.Ringkasnya 'Malayo' adalah ciri-ciri
Bahasa Melayu yang menjadi bahasa
perpaduan Indonesia,Brunei dan Malaysia
dan 'Polynesia' merujuk kepada bahasa-
bahasa sukukaum aborigine Pasifik.
Sesungguhnya terdapat misteri di sini.Apa
kaitan orang-orang aborigine di Malaysia
seperti Orang Asli,Dayak,Jakun dan
sebagainya dengan aborigine Pasifik
seperti Hawaii,Samoa,Fiji dan lain-
lain?Dan APA KAITAN SEMUA ABORIGINE
INI DENGAN ORANG JAWA,SUNDA DAN
MELAYU?Anda akan mendapat kunci
rahsia ini dalam artikel utama ATBM
"Austronesian dan Polinesia".
Sesetengah saudara Bani Jawi kita di
Indonesia menganggap Melayu itu adalah
satu sukukaum padahal cuba kita
tanya,sukukaum Melayu itu adalah yang
bagaimana?Pakaian orang Melayu tidak
jauh beza dari pakaian etnik-etnik di
Indonesia terutamanya di Pulau
Sumatera.Orang Melayu juga berkeris
seperti orang Sunda dan
Jawa.Bahasa?Padahal loghat (slang)
bahasa Melayu di negeri-negeri Malaysia
juga berbeza.Cuba kita paksa orang Jawa
bercakap dengan orang
Kelantan,bagaimana rasanya (mungkin ini
antara sebab Manohara tidak serasi
dengan orang Kelantan,pendapat saya
sahaja).Cuba teliti dialek pekat
Kedah,Perak dan Terengganu.Orang luar
mungkin merasakan orang Perak,Kelantan
dan Kedah yang bercakap dialek pekat
masing-masing dari tiga kaum
berbeza.Samalah jika kita paksa orang
Sunda bercakap dengan orang
Aceh.Perbezaan loghat/dialek adalah
sama,tidak kira di Indonesia atau di
Malaysia.Jadi,di manakah 'sukukaum'
Melayu itu secara jelas?Apa yang
Melayunya pemuda yang bernama Fahrin
Ahmad jika dibandingkan dengan Ahmad
Dhani?Apa Melayunya Siti Nurhaliza jika
Kris Dayanti malu menjadi 'Melayu' dan
suka disebut 'bangsa Indonesia'?
Susilo Bambang Yudhoyono juga
bersongkok sepertimana Sultan Mizan
Zainal Abidin ketika kunjungan hormat
mereka berdua.Jadi adakah Sultan Mizan
lebih 'Melayu' dari Sosilo Bambang?Jadi
dimanakah 'Melayu' itu?Adakah Sultan
Mizan memerlukan penterjemah untuk
memahami bahasa Presiden Indonesia
itu?Jadi dimanakah 'Melayu'nya Sultan
Mizan?Adakah Siti Nurhaliza terpaksa
belajar bahasa yang dituturkan oleh Kris
Dayanti sebelum bekerjasama dengan
beliau?Mengapa lagu-lagu dari seberang
cepat popular di kalangan anak-anak
remaja 'Melayu' Malaysia berbanding
lagu-lagu pop HongKong?Jadi dimana
'Melayu'nya itu?
SEBENARNYA TIADA APA YANG
DINAMAKAN SUKUKAUM
MELAYU.MELAYU ADALAH NAMA LAIN
BAGI BANI JAWI.
Bani Jawi adalah nama yang diberikan
bermula dari era Nabi Ibrahim
menyunting seorang gadis misteri dari
Timur Jauh.'Melayu' adalah perubahan
pada nama kaum di mana gadis misteri itu
berasal.Dalam manuskrip purba,ada
tercatat perkataan dasar 'Mala'.Nama
Mala inilah yang dibawa oleh kaum
misteri dari Timur jauh itu.Ketika khabar
tentang Mala sampai ke Tanah
Kanaan,Madyan dan Parsi Kuno,nama
'Mala' ini berubah-rubah mengikut bangsa
yang memanggil mereka.Orang-orang
Assyria dan Media memanggil mereka
sebagai 'Mala-Yu'.'Yu' adalah suffix dalam
bahasa Avesta Purba (bahasa Avesta
adalah asal-usul bahasa Sanskrit dan
bahasa Jerman Kuno yang menjadi asas
bahasa Inggeris/English itu berasal dari
saduran yang 'agak teruk' dari Sanskrit
sebab itu dari segi linguistiknya bahasa
Inggeris terkelompok dalam keluarga
bahasa Indo-European atau Indo-Iranian)
Telah diterangkan sebelum ini dalam siri
ATBM yang lepas bahawa bangsa Madyan
(Media) yang mengasaskan bangsa Parsi
(Iran pada hari ini) adalah berasal dari
kaum Mada.Dalam istilah Assyrian dan
Avesta,kaum ini dipanggil 'Mada-
YU'.Dalam Sanskrit (ingat,bahawa Sanskrit
dan Avesta ibarat bahasa/dialek Kedah
dengan bahasa/dialek Kelantan),'Malayu'
ini dipanggil 'Malaiyu' atau 'Malai'.'Malai'
bermaksud 'gunung'.Manuskrip purba
China menyebutnya sebagai 'Malai' atau
Mo-lo-yue'.
Dan orang Inggeris menyebutnya sebagai
'Malay'.Ini lidah mat saleh.
Orang Perancis menyebut Malaysia
sebagai 'Malaise',jadi jika hilang 's' itu atau
hanya 'Malay' sahaja,mungkin pendekatan
yang logik ialah 'Malai',sama seperti
sebutan dalam Sanskrit.
'Mala' adalah nama asal kaum gadis
misteri ini.Ia adalah nama kuno yang
terahsia.
Keturunan Nabi Ibrahim a.s dengan gadis
misteri tersebut ketika baginda
berdakwah di Timur Jauh inilah digelar
sebagai Bani Jawi.Baru-baru ini saya
mendapat petunjuk dari 'channeling'
saya,seolah-olah mengatakan bahawa dari
enam anak hasil perkahwinan baginda
dengan Siti Keturah,tiga orang telah
dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s ke Tanah
Kanaan,manakala tiga yang lain
ditinggalkan di 'Promised Land' bersama
ibu mereka.Perlu dingat,ketika itu tiada
kapal terbang,jadi apabila Nabi Ibrahim
berdakwah ke Timur Jauh,sudah tentu
memakan masa bertahun-tahun,dan
perkahwinan dengan orang tempatan
adalah perkara biasa bagi lelaki yang
merantau;tidak kira apa tujuan
mereka,tambahan lagi nabi Ibrahim
adalah lelaki terhormat,bijaksana dan
punya pekerti mulia.
Inilah asal-usul perkataan 'Melayu' dari
segi saintifik,sejarah dan akademik.Bukan
'melayu' seperti bunga layu,atau
'lari'.Malah 'Mala' itu adalah sekuntum
bunga yang mekar harum dari gambaran
'channeling' saya pada Khamis malam
Jumaat Kliwon (siapa saya dan asal-usul
saya ada di dalam temuramah selepas
raya puasa yang lalu,cuba periksa...jadi
adakah saya ini lebih 'Melayu' dari
saudara saya di Yogyakarta?).
Tiada siapa yang lebih Melayunya.Semua
kekeliruan adalah berpunca dari
kebingungan para penjajah gelojoh
berebut-rebut mahu melabel sesukahati
tanah jajahan mereka.Apakah itu
'Indonesia'?Suku kata 'Indo' itu sendiri
menunjukkan kebingungan penjajah
Belanda yang menganggap pulau-pulau
Indonesia adalah orang-orang
Keindiaan.Sama seperti kebingungan
penjajah Eropah yang memanggil kaum-
kaum aborigine Amerika sebagai 'Red
Indian' kerana kekeliruan Columbus yang
menganggap telah sampai ke India dan
kekeliruan melihat warna kulit mereka
disangkakan orang-orang India.Cuba kaji
mengapa nama 'Nusantara' yang
dicadangkan oleh seorang cendekiawan
Indonesia ketika mahu menamakan nama
negara itu hampir berjaya namun tertolak
saat-saat akhir.Alangkah beruntungnya
jika jiran kita itu adalah sebuah negara
bernama 'Nusantara'.Mungkin mereka
lebih mesra dengan saudara mereka di sini
dan tidak terlalu bermegah dengan nama
yang diberikan oleh Belanda itu sehingga
ada yang mahu menikam saudara mereka
sendiri dengan buluh runcing.
Dalam hal ini seolah-olah Inggeris lebih
berpengetahuan luas dengan nama orang-
orang Melayu.Mengapa Belanda tidak
mengenal kaum-kaum di tanah jajahannya
sebagai 'Melayu'?Padahal sebelum
Perjanjian Inggeris-Belanda yang
menyaksikan pembahagian wilayah
'Indonesia' dan 'Malaysia',orang-orang
dari pulau-pulau Sumatera,Jawa dan lain-
lain bebas keluar masuk ke Tanah Melayu
dan Benua Siam,begitu juga orang dari
Tanah Melayu bebas membina keturunan
di pulau-pulau Indonesia pada hari ini.Dari
mana asal orang Aceh,Bugis dan
Brunei?Ini rahsianya.
Bani Jawi di Indonesia menamakan bahasa
mereka 'Bahasa Indonesia'.Ini cuma istilah
politik sahaja dimana pernah negara kita
menamakan bahasa ini sebagai Bahasa
Malaysia.Selepas itu kementerian
menamakan semuala sebagai Bahasa
Melayu.Di Indonesia,jika ingin
membicarakan asal-usul bahasa
Indonesia,mereka akan merujuk kepada
istilah 'Bahasa Melayu' akhirnya.
Jadi,jika Melayu ini sukukaum,bagaimana
satu sukukaum boleh menakluk seluruh
Malaysia dan Indonesia dengan bahasa
mereka?Bukan sahaja itu,seluruh
Kepulauan Melayu dan Pasifik mematuhi
'pattern' bahasa mereka?Mengapa bukan
bahasa Aceh atau Jawa menjadi lingua
franca seluruh Nusantara?Ada yang
mengatakan asal-usul Melayu adalah satu
kerajaan bernama Kerajaan Malayu di
Sumatera,namun kerajaan yang dilabel
'Melayu' itu hanya satu pemerintahan
kecil sahaja.Bagaimana kerajaan kecil
seperti itu boleh memaksa seluruh
Nusantara supaya berbahasa dengan
bahasa mereka?Fikirkan misteri ini,sebab
itu saya katakan Melayu itu adalah nama
lain bagi Bani Jawi,tercatat di dalam
manuskrip purba Avesta dan
Sanskrit...juga tulisan pepaku (cuneiform)
Sumeria.Ini adalah warisan dari satu
bangsa kuno yang tenggelam ketika Banjir
Besar atau bencana lain.
SEbenarnya kita diperkotak-katikkan oleh
kebodohan dan kebingungan penjajah
sendiri disamping kebodohan kita sendiri
yang ikut sahaja macam lembu dicucuk
hidung segala kekeliruan
penjajah.Kemudian bergaduh sama sendiri
semata-mata pakaian,bahasa dan budaya
yang sah-sah memang sama!Ini ibarat dua
orang bodoh yang bergaduh sesama
sendiri kerana masing-masing menuduh
sesama sendiri meniru jumlah
tangan,mata dan telinga yang ada dua
pasang.Padahal mereka berdua ialah
MANUSIA!
A berkata:Namaku Indonesia,Belanda
yang bagi nama...aku ada dua
tangan,kenapa kamu tiru aku?
B berkata pula:Aku Malaysia,Inggeris bagi
nama...orang Malaysia memang ada dua
tangan,kamu yang tiru aku.
A membalas:Ah!Sudah!Goblok!Aku mahu
patahkan tangan kamu,biar jadi
satu...baru terlihat beda.
B mempertahankan diri:Aku sejak lahir
memang sudah ada dua tangan,kenapa
mahu dipatahkan...?
A menjawab:Aku juga lahir dengan dua
tangan...Ah!Kecapetan aku dengan
masalah ruwet begini dong...sialan kamu!
Akhirnya A dan B berebutkan
songkok,keris dan bahasa Melayu sesama
sendiri.Ini adalah senario yang
menyedihkan.Amat bingung dan tolol.Jadi
sudah nampak kepentingan mempelajari
asal-usul kita?YA!AMAT PENTING,SAMPAI
SATU TAHAP,JADI KRITIKAL SEPENTING
NYAWA DIHUJUNG TANDUK!
Masalah ini jelas jika negeri Kelantan
berpisah dari Malaysia dan menubuhkan
negara sendiri yang pekat dengan gagasan
'Bangsa Kelantan' (baca:bangsa
Indonesia).Bila bergaduh di Internet,tidak
mustahil orang-orang Kelantan yang
dungu (contoh sahaja) akan memanggil
Malaysia sebagai Malingsial dan memijak
bendera Malaysia.Orang Kedah pula
memijak bendera Kelantan dan mencerca
orang Kelantan.Bila terlihat di
Youtube,video orang Terengganu
memakai keris dan bertanjak,maka orang
Kelantan mengancam mahu menyerang
Terengganu kerana 'mencuri' budaya
mereka.Nasi Dagang juga didakwa
berasal-usul dari Kelantan.Akhirnya orang
Kelantan dan Terengganu berebut-
rebutkan Nasi Dagang dan Budu sesama
sendiri,dan pada masa yang sama orang
Selangor dan Kuala Lumpur menyedut
minyak dari bumi mereka sambil ketawa
berdekah-dekah (ini tambahan dari
saya,jangan marah saya ye!).
Fikirkan,kita selesa memanggil orang
Brunei sebagai Melayu Brunei,namun jika
melihat orang-orang dari Indonesia,kita
cenderung melabel mereka sebagai
'Indon' seolah-olah makhluk dari planet
lain padahal Wak Seman yang berniaga
tempe dibelakang rumah kita boleh kita
labelkan sebagai Melayu Jawa.Begitu juga
orang Indonesia yang keliru.Saya teringat
satu rancangan muzikal artis-artis
Malaysia dan Indonesia terbitan RTM dan
RCTI sekitar tahun 90-an dahulu.SElepas
habis persembahan M.Nasir dengan lagu
bernuansa Nusantara 'Mentera Semerah
Padi',pengacara bersama dari Indonesia
melahirkan rasa kagum dengan lagu
tersebut dan menyebut-nyebut rasa
bangga beliau dengan rumpun yang sama
antara Malaysia dan Indonesia.Saya begitu
terkesan dengan kata-kata 'satu rumpun'
dan 'nusantara' yang disebut-sebut
beberapa kali oleh pengacara wanita
Indonesia itu kepada temannya dari
Malaysia (saya lupa siapa pengacara
Malaysia itu,maklumlah baru dibangku
sekolah rendah,sudah lama berlalu)
Pandangan kedua yang mengatakan
Melayu itu bahasa bukan bangsa juga
adalah satu kekeliruan yang pelik.Padahal
kebiasaan satu bahasa dinamakan
bersempena bangsa yang
menggunakannya.Adakah orang Amerika
atau Americans menggunakan American
Language?No!It's absolutely not!You
know,man...
Orang Amerika tetap memanggil bahasa
mereka sebagai English,setidaknya
American English.Apa itu
English?Englishman,dude...you know what
I mean?Who the hell of this Englishman?
Orang-orang Inggeris.
Jadi siapa yang memandai buat teori
mengatakan Melayu itu nama bahasa?Jadi
siapa yang menggunakan bahasa
Melayu?Orang Jawa?Orang Kedah?Orang
Perak?Orang Minang?
Mengapa maharaja-maharaja Srivijaya
dan betara-betara Majapahit menuliskan
prasasti-prasasti yang melambangkan
kewujudan empayar mereka dalam
bahasa Melayu?Adakah kerana takut
dengan Melaka yang kecil itu?TIDAK
SAMA SEKALI.
Bahasa Melayu adalah bahasa nenek
moyang Sultan Mansur Syah,Hayam
Wuruk dan Samaratungga.Ia adalah
bahasa leluhur Sang Sapurba dan Demang
Lebar Daun.Ia adalah bahasa kebanggaan
Raja-raja Funan "King of The Mountain"
dan raja-raja Champa.
Orang-orang Eropah yang akhirnya
menjadi 'bangsa Amerika' tidak
menamakan semula bahasa mereka
menjadi 'Uncle Sam Language' sebagai
contoh.English tetap English,walaupun
imigran Ukraine,Perancis,Jerman dan Itali
mahupun Yahudi Ashkenazi yang berhijrah
ke Amerika.
JIka mahu berhujah dengan bahasa
Sanskrit,perlu diingat Sanskrit bukanlah
bahasa percakapan sehari-hari terutama
Dravidian (Tamil,Telegu dll).Ia bahasa
sastera,agama dan istana.Malah
penggunaannya terhad mengikut kasta
tertentu pada zaman dahulu.Ia bahasa
'suci' yang dipandang tinggi (sebab itu
tidak keterlaluan ada pengkaji bahasa
menyifatkan asas bahasa Inggeris adalah
Sanskrit).Jadi tiadalah kaum Sanskrit atau
bangsa Sanskrit.Masalahnya dalam kes
bahasa Melayu,kita berurusan DENGAN
BAHASA YANG MENJADI BAHASA
PERSATUAN SELURUH BANI
JAWI/NUSANTARA/MALA.Bahasa Melayu
tidak dikasta-kastakan.Ia bahasa
persuratan dan bahasa perdagangan.Ia
ADALAH BAHASA KUNO YANG
DIGUNAKAN SEAWAL URUSAN MEREKA
DENGAN PARA UTUSAN KING SOLOMON
DAN FIRAUN-FIRAUN DI THE LAND OF THE
GODS.'The Mala Ancient Language in The
Land of Promise'.Dari manakah asal 'Mala'
ini?
Selebihnya biar saya simpan dalam siri
ATBM akan datang.
Bagi mengakhiri artikel ini,saya petik
Sumpah Pemuda yang dibacakan pada 28
Oktober 1928 di Indonesia dan hayati
betapa mereka sedar akan kepentingan
'bahasa persatuan' ini,bahasa yang
saya,anda dan saudara-saudara kita di
Indonesia,Selatan
Thailand,Singapura,Brunei dan seluruh
Bani Jawi...gunakan dan punya semangat
untuk menggunakannya.
"Pertama
Kami putra dan putri Indonesia, mengaku
bertumpah darah yang satu, tanah air
Indonesia.
Kedua
Kami putra dan putri Indonesia, mengaku
berbangsa yang satu, bangsa Indonesia.
Ketiga
Kami putra dan putri Indonesia,
menjunjung tinggi bahasa persatuan,
bahasa Indonesia"
The Tombs of Ayutthayan Kings
Tombs of Ayutthayan Kings
Sekitar April 2007,peminat sejarah negeri
Kedah telah dikejutkan dengan kewujudan
blog,sejarahnagarakedah.blogspot dan
menariknya,penulis blog yang dikenali
sebagai Anai-anai telah mendakwa berasal
dari keturunan pemerintah Kerajaan
Ayutthaya,sebuah kerajaan Siam Purba
yang pernah mendominasi Indochina pada
masa lampau.Dakwaan beliau lebih
menarik apabila selepas itu muncul pula
beberapa orang yang mendakwa
menyembunyikan identiti mereka dengan
masing-masing memiliki nama 'kerabat
diraja' dengan pangkai nama
'Nai'.Malahan keturunan dari 'Nai' ini
pernah membuat majlis perhimpunan
keluarga dan sumber utamanya
merangkap waris maharaja,Nai Long
Kassim Nai Long Ahmad pernah menyertai
satu forum bersama persatuan sejarah.
Saya (Srikandi) akan mengulas dakwaan
Anai-anai secara kritis dan seimbang.Saya
akan menyorot dari segi sejarah Benua
Siam dan cuba untuk mengaitkan semua
dakwaan ini dengan sejarah realiti tidak
kira sejarah yang cuba digelapkan ataupun
secara kronologi logik.Saya juga akan
mengambilkira kemusykilan semua pihak
terutama pihak yang menentang usaha
Anai-anai.
Anai-anai,atau nama sebenarnya Mazlan
Abdul Majid telah membentangkan satu
kajian yang agak luarbiasa dari sejarah
yang kita baca di buku-buku teks
sekolah.Beliau mendakwa Kerajaan
Ayutthaya adalah sebuah kerajaan Siam
yang beragama Islam dan raja-raja mereka
berasal dari Kedah.Siam dan Thai juga
adalah dua kaum yang berbeza.Beliau juga
mendedahkan bahawa kejatuhan
Ayutthaya adalah disebabkan pakatan
antara Burma dan Thai sekian
lama,kemudian sejarah Ayutthaya telah
ditutup dan diubah serta keturunan raja-
raja Ayutthaya juga diburu dan dibunuh.
The Tombs of Ayutthayan Kings
Hanyut tanah tak bertuan
Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di Segara Masin
Raja gelar..."
(Silkhannaz -Merong Mahawangsa)
Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah
kerajaan purba yang dikesan
kewujudannya sekitar tahun 1351 hingga
kejatuhannya pada tahun 1767
Masehi.Kerajaan ini berpusat di sebuah
kawasan seperti pulau di Sungai Chao
Phraya.Nama 'Ayutthaya' dikatakan diberi
oleh pengasas kerajaan ini,U Thong yang
bermaksud 'Kota Raja-raja'.
Sejarah Thailand tidak lengkap jika tidak
menyebutkan tentang kewujudan
Kerajaan Ayutthaya ini,ini kerana ketika
zaman keemasannya,ia menjadi kota
paling makmur dengan urusan
perdagangan dalam dan luar
negara.Kerajaan-kerajaan seperti
China,Parsi,Belanda sehingga Perancis
pernah menghantar duta dan rombongan
perdagangan ke kota Ayutthaya.Kota ini
menjadi antara kota terkaya di dunia
dengan kepadatan penduduk dan
kemewahan yang didapati hasil
perdagangan.Hubungan diplomatik antara
negara luar semakin rancak terutamanya
dalam pemerintahan Raja Narai yang
menyaksikan utusan dihantar ke istana
raja Perancis.Ayutthaya juga adalah
kerajaan yang kuat dan pernah menakluk
Angkor,ibukota kerajaan Khmer,yang
semakin lemah di mana sebelum itu
pernah menjadi satu empayar yang besar
dan menakluk sebahagian besar
Indochina.Satu-satu kerajaan yang
bersaing dengan Empayar Khmer adalah
Empayar Melayu Srivijaya ketika
itu.Ayutthaya juga berjaya menjinakkan
Sukothai,satu kerajaan di utara Indochina
yang merupakan musuh dan pesaing
kepada Ayutthaya.
Di dalam Sejarah Melayu,kerajaan ini
dikenali sebagai Syahrul Nuwi dengan
panglimanya dikenali sebagai Awi Dicu
(Sihadecho?) dan raja-rajanya bergelar
Paduka Bubunnya.Salah seorang anak raja
Syahrul Nuwi ini bernama Cau Pandan
(Chao?),mati akibat ditikam dengan panah
semasa mahu menyerang Melaka.
Dalam sejarah Thailand,kerajaan ini
dikatakan jatuh kerana diserang Burma
dibawah pimpinan Alaungpaya.Ketika
saat-saat kejatuhannya juga,kerajaan ini
berdepan dengan konflik dengan
kemaraan Dai-Viet (Ngu Yen) dari arah
Kemboja yang sebelum itu telah
menjinakkan saki-baki kekuasaan Khmer
dan Champa.
Dalam sejarah Thailand juga disebut raja-
raja Ayutthaya adalah berasal dari kaum
Tai dan berbahasa Tai.Mereka menganut
ajaran Buddha.Ini adalah sejarah umum
yang dibaca dibuku-buku sejarah.
Kekeliruan mula terjadi apabila ahli-ahli
sejarah Thai menemukan jumlah tapak
masjid yang begitu banyak di sekitar
puing-puing kota Ayutthaya.Para pengkaji
juga menemukan bekas-bekas ukiran yang
dirosakkan atau dibuang dari dinding-
dinding runtuhan kota.Seorang pakar
sejarah Thailand juga mencadangkan
nama Thailand ditukar semula ke nama
'Siam'.Kuasa raja Thai yang semakin
dikurangkan memungkinkan kajian yang
lebih mendalam dan ahli sejarah Thai
semakin berani mengemukakan hasil
kajian.
Mempelajari misteri dari sejarah
Ayutthaya,membolehkan kita mencari
kunci yang hilang di Indochina,sekurang-
kurangnya mengetahui sampai manakah
wilayah-wilayah orang Melayu di
Indochina.
Dalam blogsejarahnagarakedah,saudara
Anai-anai telah mendedahkan secara
terperinci salasilah raja-raja
Ayutthaya.Mula-mula kita mesti tahu
dahulu apa yang menyebabkan kajian
Anai-anai ini berbeza langsung dari
sejarah kontemporari.Antara ciri-ciri
dakwaan beliau mengenai Ayutthaya
ialah:
-Siam adalah nama satu kaum yang
berbeza bahasa dan agama dengan
Tai.Siam berasal dari Kedah dan beragama
Islam,manakala Tai dari selatan
China.Raja-raja Ayutthaya adalah dari
keturunan Siam dan beragama Islam.
-Siam (Ayutthaya) ialah satu keturunan
dengan orang Melayu.
-Siam adalah hasil pencampuran orang
Cina Islam dari negara China pada zaman
dahulu dan keturunan orang-orang
Melayu di Nusantara.
-Setiap nama raja Ayutthaya mempunyai
nama Siam dan nama Islam mereka.
-Kerajaan Ayutthaya adalah kerajaan yang
diperintah oleh raja-raja Islam.
-Kerajaan Ayutthaya adalah sebahagian
dari Empayar Monggol (Moghul) Islam
berpusat di India.Setidak-tidaknya ada
hubungan dengan Kerajaan Moghul itu
kerana ada keturunan mereka
menjalinkan tali perkahwinan dengan raja-
raja Siam Ayutthaya.
-Keturunan raja-raja Ayutthaya telah lari
ke semenanjung Tanah Melayu dan diburu
oleh kerajaan Thai yang menakluk
Ayutthaya sebelum itu.Mereka memakai
gelaran 'Nai'.
-Mereka yang mempunyai talian
persaudaraan kerabat Ayutthaya ini
mengenali antara satu sama
lain,contohnya bekas Perdana Menteri
Tun Abdullah Ahmad Badawi juga didakwa
ada namanya yang lain berpangkal dengan
gelaran 'Nai'.
-Kerajaan Ayutthaya ini amat besar
mengikut dakwaan Anai-anai,sehingga
dikatakan semua raja-raja Melayu di
semenanjung ini adalah 'raja daerah'
kepada Empayar Islam Ayutthaya sahaja
termasuk Kesultanan Melaka.Melaka itu
pula dikatakan hanyalah salah satu
pelabuhan Ayutthaya untuk mengawal
Selat Melaka.
-Raja-raja daerah ini mempunyai peluang
untuk menjadi Maharaja Ayutthaya
melalui sistem giliran.
-Raja-raja dan tentera Kerajaan Ayutthaya
ini punya budaya berkeris menunjukkan
hubungan keturunan mereka dengan alam
Melayu (menariknya ini ada bukti yang
jelas,bukan sahaja dari sumber Thai
sendiri,malah sumber Perancis).
-Sejarah Ayutthaya ada kaitan dengan
Merong Mahawangsa.
-pengetahuan salasilah keturunan raja-
raja Ayutthaya adalah wasiat yang dijaga
turun-temurun oleh kerabat pemerintah
Ayutthaya yang bersembunyi dari buruan
tentera Thai terutama sejak tahun 1821
yang digelar 'Tahun Musuh Bisik'.
Ini adalah antara ciri-ciri di dalam
penjelasan blog
sejarahnagarakedah.Penulis blog ini
mempunyai satu sumber bertulis yang
amat dipercayai,iaitu kitab Undang-
undang Kedah yang manuskrip aslinya
berjaya dikembalikan atas usaha Kerajaan
Malaysia dari tangan Kerajaan Britain
sekitar tahun 2003.Bukan itu
sahaja,sumber-sumber sejarah lain seperti
Cempakasari Negeri Perak dan Sejarah
Melayu juga dilihat selari dengan Undang-
undang Kedah ini.Penulis blog itu juga
merujuk kepada kitab Hikayat Merong
Mahawangsa.
Mari kita mengenal raja-raja yang pernah
memerintah Ayutthaya.Raja-raja
Ayutthaya dikatakan berjumlah 33 orang
kesemuanya.Kita lihat dahulu senarai
umum raja-raja Ayutthaya dari kacamata
Thai dan sejarah umum:
Uthong Dynasty (pemerintahan pertama,
1350-1370)
Ramathibodi I (dahulu dikenali Prince U
Thong 1350 - 1369)
Ramesuan (1369 - 1370) (pemerintahan
kali pertama,kemudian turun takhta)
Suphannaphum Dynasty (pemerintahan
pertama, 1370-1388)
Pha Ngua (Boromma Ratchathirat I 1370 -
1388)
Thong Lan (1388)
Uthong Dynasty (pemerintahan kedua,
1388-1409)
Ramesuan (1388 - 1395) (pemerintahan
kali kedua)
Ramracha Thirat (1395 - 1409)
Suphannaphum Dynasty (pemerintahan
kedua, 1409-1569)
Intha Racha(Nakharinthara Thirat 1409 -
1424)
Borommaracha Thirat II (Sam Phraya 1424
- 1448)
Boromma Trailokanat (1448 - 1488)
Borommaracha Thirat III (1488 - 1491)
Ramathibodi II (Chettha Thirat 1491 -
1529)
Borommaracha Thirat IV (Nor
Phutthangkun 1529 - 1533)
Ratsadathiratcha Kuman (1533); raja
kanak-kanak
Chaiya Racha Thirat (1534 - 1546)
Kaeo Fa (Yot Fa) -menyertai tampuk kuasa
(1546-1548); raja kanak-kanak &
permaisuri Si Sudachan
Voravonsadiraj (1548)
Phra Maha Chakkraphat (memerintah
1548-1568) & permaisuri Suriyothai
(d.1548)
Mahinthara Thirat (1568 - 1569)
Sukhothai Dynasty (1569-1629)
Maha Thammaracha Thirat (Sanphet I
1569 - 1590)
Naresuan, the Great (Sanphet II 1590 -
1605)
Ekathotsarot (Sanphet III 1605 - 1610)
Si Saowaphak (Sanphet IV 1610 - 1611)
Drongdharm (Intha Racha 1611 - 1628)
Chejthathraj (1628 - 1629)
Artitthayawongs (1629)
Prasat Thong Dynasty (1630-1688)
Prasat Thong (Sanphet V 1630 - 1655)
Chao Fa Chai (Sanphet VI 1655)
Si Suthammaracha (Sanphet VII 1655)
Narai, the Great (1656 - 1688)
Ban Phlu Luang Dynasty (1688-1767)
Phet Racha (1688 - 1703)
Luang Sorasak or Phrachao Sua ('Raja
Harimau') (Sanphet VIII) (1703 - 1709)
Tai Sa (Sanphet IX 1709 - 1733)
Borommakot (Borommaracha Thirat III
1733 - 1758)
Uthumphon (Borommaracha Thirat IV
1758)
Suriyamarin or Ekkathat (Borommaracha
Thirat V 1758 - 1767)
Sekarang kita bandingkan senarai di atas
dengan salasilah raja-raja Ayutthaya versi
pendedahan oleh Nai Long Kassim Nai
Long Ahmad,yang mendakwa waris dari
raja-raja Siam Islam Ayutthaya.
Kerajaan Ayutthaya Siam Islam
NagaraKedah Pasai Ma
-SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI
TUANKU MUHAMAD SYAH
BERPINDAH KE AYUTHIA (gelaran
Siam:RAMA TIBODI I @ U THONG)
-TUANKU NAZREEN IBNI SULTAN MAD
ZAFAR SYAH III ( gelaran Siam:RAMESUAN
1369 – 1395)
-SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH
(gelaran Siam:BOROMORACHA I 1370 -
1388)
-TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK
TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN
@RAMASUAN (gelaran Siam:THONG
CHAN 1388 – 1395)
-SULTAN RAHMAN LAKSEMANA (gelaran
Siam:RAMARATCHA 1395 - 1409)
-SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD
(gelaran Siam:INTHARATCHA I 1409 –
1424)
RAJA TOUNG OO
-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN
SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN
@SULTAN MUHAMMAD SYAH III,
PARAMESWARA MELAKA (gelaran
Siam:RAMATIBODI II @ Boromoraja II?
memerintah 1424 – 1448)
-SULTAN JALIL YAACOB SYAH (gelaran
Siam:BOROMOTAILOKANAT 1448 – 1491)
-TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN
RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH
RAJA PASAI (gelaran Siam:BOROMORAJA II
1491 – 1533)
-RATSADA (1533 - 1547)
-KAIFA TABIM SHEIKH ALI @ TABIN
SHWEHTI (Ayahanda kepada Puteri Nang
Che Yam, Raja Patani,memerintah 1547 –
1548 dengan gelaran Siam:YOT FA)
-PUTERA JALIL YAACOB SYAH
SYAHBANDAR KOTA SETAR (gelaran
Siam:KHUN WARAN WANGSA 1548)
-PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD
RAJA PASAI
ADINDA KEPADA SULTAN JALIL (gelaran
Siam:CHAKRAPHAT 1548 – 1569)
-TUANKU NUR AISYAH IBNI TUANKU
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN
SYAH III (gelaran Siam:MAHIN INTA
TIRAL,gelaran di Toungu Burma:BA YIN
NAUNG,gelaran di India:AISYAH SULTAN
BEGUM,memerintah 1498 -1530)
-NAI(SYED)HASSAN, PUTERA SANTUBONG
RAJA BORNEO (gelaran
Siam:NARUESAN/NARESUAN 1530 – 1605)
-TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU, PAGOH (gelaran
Siam:EKATOTSAROT 1605 – 1610)
-NAI (SYED)HISBU MUADZAM SYAH IBNI
SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR SYAH
(gelaran Siam:INTARAJA II @ SONG THAM
AYUTHIA 1610 - 1628)
-TEH ABU ADINDA SULTAN
MAHMUD,PUTERA KEPADA TUANKU
SHAARI RIAYAT SHAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:CHETTHA
1628 - 1629)
-SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU (gelaran
Siam:ATTHINAWONG 1629)
-PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI
(gelaran Siam:PRASAT THONG 1629 –
1655)
-TUANKU JAAFAR
SULTAN SELANGOR (gelaran Siam:CIAO FA
JAI 1655- 1656)
-SULTAN MAHMUD SYAH IBNI
NAI(SYED)HISBU MUADZAM SYAH
KEKANDA SULONG KEPADA TUN SAABAN
DAN PER ABU.
SULTAN MELAKA (gelaran Siam:SRI
SUTHAMMARACHA 1656 – 1688)
-TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM
SYAH (gelaran Siam:NARAI,gelaran di
Aceh:ISKANDAR MAHKOTA ALAM
memerintah 1656 – 1688)
-PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU
MUADZAM SYAH (gelaran Siam:PRA
PETRARAJA 1656 - 1688)
-SUA @ SULTAN MANSOR SYAH IBNI
SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI (gelaran
Siam:PIJA TUK NAKPHA 1703 - 1709)
-NANG CHE PUAN,PERMAISURI KEPADA
SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI NAL
ADILIN II (gelaran Siam:PHUMINTHARAJA
1709 - 1733)
-SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI
SULTAN MAHMUD SYAH
(gelaran Siam:BOROMAKOT CHAO PIJA
KERSAN ATAU TURUT DIKENALI SEBAGAI
SRI SU TAMMARAJA II 1733 – 1758)
-SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN
ISMAIL
(gelaran Siam:UTHUMPON 1758 -1765)
-SYAH ALAM YANG MAHA
MULIA,KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR
SYAH IBNI SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR
SYAH (gelaran Siam:MAHA TAMMARAJA II
dan gelaran istana Ayutthaya:KAHA
EKATAAT Disebut didalam buku Undang-
Undang Kedah sebagai Sharif Yang Di
Pertuan 1758-1767-1821) -Raja Ayutthaya
terakhir memerintah sebelum serangan
Burma dan Thai.
-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI
KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH
TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG
(gelaran Siam:Po Chun,menjadi Raja
Kemboja tahun 1758,'memerintah'
Ayutthaya tahun 1821-1824)
Senarai ini sebenarnya lebih panjang
sehingga sampai ke salasilah NAI LONG
KASIM IBNI TUANKU NAI LONG HAJI
AHMAD yang menjadi sumber rujukan
Anai-anai.Apa pandangan anda apabila
melihat kedua-dua senarai ini?
Mungkin kali pertama kita mendengar
pendedahan ini,dakwaan Anai-anai ini
adalah sesuatu yang sukar untuk diterima
dan bersifat khayalan.Namun saya cuba
untuk bersikap adil,lebih-lebih lagi
dakwaan ini bukan seperti tin
kosong,tetapi Anai-anai mempunyai
sumber bertulis yang sah,iaitu manuskrip
Undang-undang Kedah.SEJAK KITA TAHU
BAHAWA INGGERIS TELAH BANYAK
MEMUTARBELITKAN SEJARAH
KITA,PENDEDAHAN INI PERLU DIBERI
PERHATIAN DARI SEGI AKADEMIK.
Stamford Raffles,R.O Windsted,W.G
Shellabear (sekadar menyebutkan
beberapa nama) juga 'anak murid' mereka
seperti Munshi Abdullah dan ramai
lagi...ya terlalu ramai,adalah penulis-
penulis sejarah moden kita
sebenarnya.Adakah sejarah bertulis kita
tiada sehingga terpaksa bangsa asing
menilai semula sejarah kita?TIDAK SAMA
SEKALI.MEMANG ADA,TETAPI TELAH
DIRAMPAS ATAU
DIMUSNAHKAN.Contohnya Undang-
undang Kedah,ini satu contoh.Bagaimana
dengan Arkib Istana Melaka yang hancur
musnah terbakar oleh serangan
Portugis?Bagaimana dengan beribu-ribu
manuskrip yang dicuri sepanjang era
penjajahan?
SEJARAH BERTULIS KITA SEBAHAGIAN
BESAR DISIMPAN OLEH PIHAK ISTANA.Ini
kerana umumnya kerabat diraja adalah
mereka yang celik huruf dan
terpelajar.Namun peperangan dan
penjajahan telah memusnahkan atau
menghilangkan sebahagian besar sumber-
sumber ini.Sebab itu peranan raja-raja
Melayu amat penting,UNTUK
MEREKODKAN BUDAYA DAN WARISAN
MELAYU TURUN-TEMURUN.
Apa yang tinggal pada kita ialah salinan
kitab SEJARAH MELAYU oleh Tun Seri
Lanang yang telah di'moderate' kan oleh
ahli-ahli akademik Inggeris seperti R.O
Winsted dan Shellabear.Nasib baik
kerajaan berjaya membawa balik kitab
Undang-undang Kedah.NAMUN BERIBU
LAGI KITAB SEJARAH BERADA DI TANGAN
BANGSA ASING.
Bagi saya,pendedahan ini ada pro dan
kontra.Sebelum kemunculan blog
sejarahnagarakedah lagi saya sudah tahu
sejarah Melayu di Indochina (Benua
Siam),cuma butiran terperincinya belum
habis dijejaki.Saya menunggu-nunggu
pasti ada pendedahan dari seseorang
kerana saya tahu sejarah kedatangan
orang-orang Tai ke Benua Siam.Untuk
mengetahui sejarah orang Tai
(Thailand),kita tidak digalakkan untuk
mengambil dari sumber Thai yang
dipengaruhi konspirasi raja-raja Thai.Kita
perlu dengar dari mulut orang
Mon,Pyu,Khmer,Cham dan aborigine
Benua Siam.Orang Tai adalah sama
dengan Dai-Viet ('Dai' adalah han yu pin
yin atau sistem sebutan-tulisan Cina dari
kata 'Tai'),mereka kaum terdesak dari
Selatan Cina yang diasak oleh orang Han
dan Monggol.Jika orang Melayu Cham
dahulu pernah mempunyai kerajaan di
pesisir pantai Vietnam pada zaman
dahulu,masakan tiada orang Melayu/Jawi
yang pernah menguasai wilayah Thailand
pada hari ini?
Orang-orang Aceh berasal dari pelarian
Champa yang lari dari kebuasan orang Dai-
Viet.Orang Cham adalah penduduk asli
Benua Siam,sama seperti orang Mon,Pyu
dan lain-lain.Orang Mon sendiri pernah
berkerajaan di Benua Siam lama sebelum
orang Khmer naik memerintah Angkor
selepas kejatuhan Funan (sebuah lagi
kerajaan Melayu Kuno) dan orang Mon itu
sebenarnya lah yang mengajarkan ajaran
Buddha kepada raja-raja Khmer.Kerajaan
Orang Mon telah dimusnahkan oleh orang
Burma,satu lagi kaum pendatang yang
ganas (sehingga ke hari ini keganasan
mereka,lihat sahaja apa yang terjadi di
Myanmar) dan orang Mon pada hari ini
tiada bernegara dan menjadi
minoriti.Siapa orang Mon?Merekalah
pembina Pagoda Shwe Dagon yang
menakjubkan itu.Jika mampu membina
pagoda besar dari emas,bayangkan
bagaimana hebatnya kerajaan orang Mon
pada zaman purba.Jika orang Mon
dahulunya amat hebat dan kaya-raya,hari
ini menjadi
mundur,miskin,minoriti,tertindas dan
tidak bernegara,itulah yang terjadi kepada
orang Melayu Cham pada hari ini dan
TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU KEPADA
ORANG MELAYU DI MALAYSIA.
Inilah pentingnya mempelajari
sejarah.Kesan dari akibat tidak mengambil
iktibar dari pengajaran sejarah adalah
amat sadis dan kejam WALAUPUN
SESUATU BANGSA ITU DARI SEGI
ZAHIRNYA KAYA DAN MAJU.Bila masa
musuh-musuh menyerang?KETIKA
SESUATU BANGSA ITU MULA LALAI DAN
LEKA DENGAN KESELESAAN DAN
KEMEWAHAN YANG ADA.
Kra Isthmus adalah wilayah Melayu pada
zaman dahulu iaitu Segenting Kera.Kra
bukanlah perkataan Thai,ia adalah
perkataan Melayu 'KERA',ya...haiwan yang
bernama kera.Dinamakan Segenting Kera
kerana memiliki tanah yang sempit,ia
adalah perumpamaan Melayu lama yang
sejenis dengan kata 'sekangkang
kera'.Kera digunakan sebagai
perumpamaan sebagai perbandingan
ruang yang kecil.Dari sini kita tahu sampai
mana sempadan negeri-negeri yang
diduduki orang Melayu.JIka sudah satu
Segenting Kra adalah wilayah Melayu
dahulu atau wilayah Patani,adakah orang-
orang Melayu sukar untuk mencapai
Ayutthaya?Ayutthaya bukanlah terletak di
tengah-tengah Benua Siam atau jauh ke
utara.Ia terletak berdekatan Teluk Siam
(Gulf of Thailand).Lihat nama-nama
tempat yang asalnya dari bahasa Melayu
tetapi di'Thai'kan:
Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)
Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)
Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)
Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare : (Penarik)
Yarang : Jarang @ Binjai Lima
Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar
Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)
Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)
Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain
mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri
Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma).
Nama lama bagi negeri ini ialah
‘Tambralingga / Ligor’.
(dipetik dari Ibnu Rusydi)
Dari sini kita dapat menyelami betapa
luasnya wilayah yang diduduki orang
Melayu pada zaman dahulu.Jadi adakah
orang Melayu memang hanya wujud di
semenanjung?Atau di pulau-pulau
Indonesia?SUDAH TENTU TIDAK.Orang
Melayu (tidak kira yang Jawanya,Champa
atau Pataninya) pernah menduduki
seluruh Benua Siam.Dari mana orang-
orang Khmer belajar menubuhkan
kerajaan?Dari orang-orang CHAM DAN
JAWA SAILENDRA!
Jadi selepas ini marilah kita menghulurkan
simpati dan kasih sayang kepada saudara-
saudara kita di selatan Thai ini.Mereka
adalah Melayu Patani yang pernah
mempunyai kerajaan hebat dahulu.Orang
Melayu Patani kerap datang ke Malaysia
sebagai peniaga atau meminta derma
untuk sekolah-sekolah agama dan
masjid.Pernah tak kita melihat orang
Melayu Patani membawa barangan jualan
dengan menjunjung di kepala ke
kampung-kampung?Anak-anak kita
menjerit-jerit "orang Siam,orang Siam
datang!" padahal merekalah orang
Melayu sama seperti kita (Ya,betul
juga..mereka MELAYU SIAM).Namun jaga-
jaga juga orang Siam yang menyamar
meminta derma untuk menipu orang
Malaysia yang terkenal amat pemurah.
Berbalik kepada Anai-anai,penulisan
beliau yang saya tidak gemar ialah
kadangkala melebih-lebihkan keturunan
'diraja' Siam beliau sehingga merendah-
rendahkan sejarah Kesultanan
Melaka.Beliau kerap mempersoalkan
mengapa sejarah Melaka dilebih-lebihkan
padahal ia cuma pelabuhan Ayutthaya
(benarkah begitu?).Bila disanggah,beliau
kerap berkata,
"Apa boleh buat,sejarah negeri Kedah
memang hebat dan raja-raja kami
memerintah seluruh semenanjung
dahulu"
Nasihat saya ialah,menceritakan
kehebatan sejarah sendiri jangan sampai
merendah-rendahkan sejarah negeri
orang lain.Padahal beliau juga
berkata,raja-raja daerah bergilir
berpeluang duduk menjadi Maharaja
Ayutthaya sehingga Raja Naresuan
dikatakan berasal dari Borneo (ya,saya
setuju inilah sebab ahli sejarah Thai tidak
menjumpai makamnya),jadi taraf raja-raja
Melayu (dalam versi sejarah Anai-anai)
adalah sama sahaja,walaupun dikatakan ia
dimulakan oleh pengasas dari Kedah.Tidak
perlu mendabik dada kehebatan
keturunan anda,walau dari 'bangsa
harimau' atau 'berdarah naga' sekalipun.
Bila ada orang mempertikaikan keturunan
beliau dan mendakwa Nai Long Kassim
menuntut takhta dari raja-raja
Melayu,malangnya saudara Anai-anai
melenting sehingga meleret-leret
menyebut-nyebut keburukan orang
Melayu semua sekali dan seolah-olah
orang Melayu di Tanah Melayu ibarat
orang hutan yang merampas takhta orang
Siam Islam.Emosi berlebih-lebihan ini
mempengaruhi juga satu blog yang
menjadi 'sekutu' rapat Anai-anai,iaitu The
Malay Press.Di dalam blog ini terdapat
satu posting dimana sengaja diletakkan
gambar-gambar yang menunjukkan
keadaan 'Melayu' pada masa
dahulu,mungkin sekitar 1880-an kerana
teknologi kamera secara moden bermula
pada tahun 1884 selepas penemuan
sistem filem yang baru menggunakan
lapisan kertas dan gelatin.Kemudian
diletakkan ulasan berbentuk persoalan
tentang keadaan orang-orang Melayu
yang nampak seperti
'menyedihkan'.Padahal dimana orang-
orang 'Siam Islam' ketika itu?Sekurang-
kurangnya orang Melayu yang dikutuk-
kutuk 'orang laut,lanun dan nelayan' ini
malah menjadi 'mangsa pergaduhan' Siam
Islam dan Thai yang berebut warisan
kemelayuan ini boleh bertahan
mempertahankan negara dan masih
wujud bernegara sehingga semua Siam
Islam boleh duduk menumpang menjadi
ahli fotografi,pensyarah dan penulis blog
di Tanah Melayu yang merdeka
ini.Bayangkan Malaysia ini sebahagian dari
Thailand,bukan sahaja nak kutuk Raja Thai
pun tidak boleh,menjeling pun sudah
ditangkap tentera Thai,dipaksa meniarap
beramai-ramai dan disumbat dalam trak
seperti ayam yang nak dijual di pasar.Jadi
bersyukurlah dapat bersaudara dengan
orang-orang Melayu semenanjung
ini.Jangan menghiris perasaan mereka
seperti yang dilakukan oleh Hindraf dan
Ultrakiasu,lebih-lebih lagi Melayu Siam
bersaudara dengan Melayu semenanjung
dan dikuatkan ikatan dengan agama yang
sama.
Penulis blog itu juga mendakwa semua
raja-raja Melayu adalah Siam Islam ini
termasuk raja-raja Perlis (ada orang Perlis
yang tahu salasilah diraja Perlis
merpersoalkan versi Anai-anai
ini),Pahang.Perak dan Melaka.Bukan itu
sahaja,Hang Tuah lima bersaudara juga
didakwa adalah keturunan Ayutthaya
juga!
Satu lagi ialah berkenaan dengan
bahasa,saudara Anai-anai seolah-olah
begitu obses dengan bahasa Siam
sehingga semua tempat di Malaysia
didakwa berasal dari perkataan
Siam.'Nusantara' dikatakan dari kata 'no-
san-ta-ra' bermaksud 'tunas-muda-
menanti-merebak',perkataan 'Beruas'
(nama tempat di Perak) dikatakan
bermaksud 'Puak-Kaya' dalam bahasa
Siam.Malahan Perak itu adalah
sebenarnya 'Phe-Raq' iaitu 'abang-yang
dikasihi'.Ini sungguh menghairankan.
'Mengkuang' ialah 'Meang Kuang' dari
bahasa Siam juga (bukankah ia adalah
pokok mengkuang?),malah Australia dan
Albania juga didakwa berasal dari
perkataan Siam Ayutthaya!Ini ditahap
melucukan.
Banyak lagi contoh nama bahasa Melayu
malah Inggeris yang dikatakan berasal dari
perkataan Siam,malah bahasa Arab juga!
'Siam' atau bermaksud 'berpuasa' dalam
bahasa Arab pun didakwa menunjukkan
bersempena 'bangsa Siam Islam'.Ini benar-
benar obses bahasa sendiri.
Jadi bagi saya penulis blog itu tidak patut
'mencemar'kan mood pembaca dengan
perkara remeh-temeh begitu.Tambahan
pula jika saya sentuh keturunan raja-raja
Ayutthaya yang ada ada kaitan dengan
haiwan mitos seperti naga dan garuda
seperti kata Anai-anai lagi
membingungkan!SEBENARNYA SAYA
FAHAM 'RAHSIA' DARAH NAGA ITU DAN
TAHU CERITANYA TETAPI CARA ANAI-ANAI
MENDEDAHKANNYA TIDAK AKADEMIK
DAN KEBUDAK-BUDAKAN.Seperti kisah
kartun Ultraman pula.Saya membuat
andaian,saudara Anai-anai tahu sedikit
perkara,tetapi 'syok' menulis sehingga
melebih-lebih sampai keluar dari fakta
sebenar.Sebab itu saya nasihatkan jangan
sampai terlalu banggakan keturunan
sehingga hilang punca dalam
penulisan,kerana bukan sahaja orang
Melayu,malah orang Thai juga akan
ketawakan anda.
Kadangkala nada Anai-anai begitu
marahkan pengkritiknya sehingga melalut
merendah-rendahkan orang-orang
Melayu.Dituduh orang Melayu hanya
berasal dari keturunan pelaut (padahal
sebelum itu mengaku Melayu) dan ini saya
perhatikan sama seperti 'bebelan'
pengkritiknya,seorang warga Malaysia
keturunan Thai yang membuka satu blog
lain (sejarahnagarakedag) yang juga
'marahkan' orang Melayu dengan tuduhan
yang sama.Selepas itu bila ditegur,beliau
menukar nada dengan mengatakan orang
Melayu yang dikecamnya ialah 'Melayu
Baru' atau 'Melayu Umno' yang lupakan
sejarah dan mengikut sahaja penipuan
Inggeris.Siam Islam dan 'Siam' Kafir
bertekak sesama sendiri,yang menjadi
mangsa tidak semena-mena orang
Melayu.Padahal masing-masing duduk
dalam negeri orang-orang Melayu.Istilah
'Melayu' beliau juga berubah-
ubah.Sekejap mengaku orang
Siam,sekejap mengaku Melayu
Siam,sekejap mengaku orang
Yunnan,malah didakwa dahulu orang
Melayu adalah orang 'Fei',baru sekarang
bergelar 'Melayu'.Sepatutnya perkara
begini tidak seharusnya berlaku kerana
beliau seorang pensyarah dan
terpelajar.Namun saya faham bahawa
pengkhususan beliau bukan dalam bidang
sejarah,namun ini tidak bermakna boleh
menulis fakta sejarah seolah-olah
mengarang komik anime.
Namun,sebenarnya 70% cerita dari blog
itu adalah fakta sejarah yang tidak harus
dipandang sepi.Mengapa saya kata
begitu?Kesampingkan kekhilafan penulis
blog itu,kerana sebenarnya apa yang
diceritakan tentang hubungan kerajaan
Ayutthaya atau Sharul Nuwi itu dengan
orang Melayu amat rapat kerana ia
tercatat dalam UNDANG-UNDANG
KEDAH!Keturunan dan waris dari kerabat
Ayutthaya ini juga percaya Raja Thai masih
menyimpan manuskrip-manuskrip
Kerajaan Ayutthaya di 'peti kebal' milik
keturunan Raja Thai itu.Kita juga maklum
bahawa tokoh ulama Sufi,Hamzah Fansuri
juga belajar agama dari ulama di kota
Sharul Nuwi (Ayutthaya),jadi fikirkan
misteri ini.Baca buku Undang-undang
Kedah terbitan DBP dan hayati misteri
orang-orang Melayu di Benua Siam di
dalamnya.
Saya berpendapat raja-raja Ayutthaya ini
mungkin benar beragama Islam,dan bukan
orang Tai.Namun rakyatnya terdiri dari
orang Tai,Khmer,Melayu
(Jawa,Bugis,Kedah,Patani
dll),Mon,Cham,Cina,Parsi dan
sebagainya.Para penasihat atau panglima
tentera diambil dari pelbagai kaum.Ini
samalah seperti di Malaysia.Apabila
kedudukan orang Tai sudah kuat dalam
kerajaan,mereka menjalinkan kerjasama
sulit dengan Burma,yang mengintai
peluang dari luar untuk menakluk
Ayutthaya.Apabila Burma datang
menyerang,kelompok Thai yang belot ini
'membuka' pintu kota Ayutthaya untuk
penjajah Burma.Apabila raja Ayutthaya
lari,orang-orang Thai menabalkan diri
mereka menjadi raja.Cerita selepas itu
adalah kisah bagaimana raja-raja Thai
mahu menghapuskan pengaruh Burma
dari 'menyibuk' dalam negeri baru mereka
itu.
Ini hasil 'channeling' saya pada awal tahun
lepas.
Saya boleh terima istilah 'Melayu Siam' itu
atau Siam itu adalah salah satu keturunan
Melayu,sama seperti Jawa,Kelantan,Aceh
atau Sulu.Ini kerana jika anda mahu
bercakap dengan orang Sulu
misalnya,amat sukar memahami bahasa
mereka,namun kita tahu mereka sama
akar budaya dengan kita,mereka
bertanjak dan berkeris juga.Dan saya
faham dengan keadaan orang Siam
ini,sama seperti saya faham keadaan
orang Cham dan Patani.KITA TIDAK TAHU
BERAPA RAMAI 'ORANG THAI' YANG
BOLEH DIJEJAK KETURUNAN ASAL
MELAYU MEREKA,yang bersembunyi di
seluruh Thailand.Adakah
Aishah,keturunan ketujuh Mahsuri boleh
bercakap Melayu seperti moyangnya
Mahsuri?RENUNGKAN MASALAH YANG
MENYEDIHKAN INI.
Ini barulah dinamakan dasar penghapusan
etnik.Kita boleh belajar perkara
ini.Bayangkan Hindraf boleh menuduh
kerajaan Malaysia melakukan dasar
penghapusan etnik,akibat sikap berlembut
kerajaan orang-orang Melayu ini,padahal
orang-orang Tamil di Thailand
diam.senyap terkebil-kebil tidak berkutik
sedikit pun.Sepatutnya para simpatisan
Hindraf belajar dari kata-kata pemimpin
MIC terdahulu yang amat berterimakasih
kepada orang Melayu dalam keadaan
orang Sinhala di Sri Lanka sekalipun
menolak orang-orang Tamil.Orang Tamil
di sini bebas dengan nama dan identiti
mereka malah jumlah kuil pun melebihi
jumlah masjid,itu pun dibebelkan,berarak
dan memaki hamun orang Melayu (ini
perangai Hindraf,bukan orang-orang India
yang berkawan baik dengan
Melayu).Menariknya hari ini pemimpin-
pemimpin Hindraf dikecam orang-orang
India sendiri malah India DAP juga kerana
melesapkan wang derma simpatisan
Hindraf.Malah Hindraf menyaman balik
ahli politik DAP itu dan akhbar Tamil juga.
Pemimpin-pemimpin Hindraf bersenang
lenang di luar negara tanpa menghiraukan
kebajikan anak-anak India di Malaysia
yang akhirnya terpaksa mengemis dengan
kerajaan orang-orang Melayu tadi yang
dimakihamun hasil hasutan pemimpin
Hindraf yang meniru lagak samseng India
dalam filem-filem Tamil dan Bollywood.Ini
sungguh melucukan dan bagus untuk
difilemkan.Kenang kembali aksi para
'zombie' Hindraf yang terkinja-kinja di
Batu caves tempoh hari sehingga
merosakkan pagar kuil mereka sendiri.
Berbalik kepada sejarah Ayutthaya,banyak
perkara yang boleh dipelajari dari
kejatuhan kerajaan Melayu di
Indochina.Taktik 'buka pintu kota' adalah
taktik biasa para pembelot.Ingat lagi kisah
Kota Singapura yang diserang oleh
Majapahit?Siapa yang membuka pintu
kota?Orang yang kecewa kerana anak
perempuannya dibunuh oleh raja
Singapura.Pintu kota kerajaan Champa
juga dibuka oleh kebodohan Bendahari
Champa sehingga memudahkan kemaraan
tentera-tentera barbarian Dai-Viet
membumihanguskan Champa.Siapa yang
membuka 'pintu kota' sehingga orang-
orang Inggeris menjajah Tanah
Melayu?Orang-orang Melayu yang
berebutkan kekuasaan sesama
sendiri.Pelajari kes campurtangan Inggeris
Di Perak.
Percayalah,sejarah adalah satu pengajian
aliran-aliran peristiwa yang berulang-
ulang.Siapa yang tidak peka dengan
sejarah,akan termasuk lubang biawak dua
kali.
Ada rahsia dan misteri yang tidak mampu
diungkapkan ketika merenung kuburan
'raja-raja Ayutthaya' ini.Mungkin pakar
sejarah Malaysia perlu berjumpa dengan
Nai Long Kassim ini sebelum beliau
menutup mata untuk mengetahui kisah
sebenar,apa yang terjadi ketika serangan
orang-orang Burma dan Thai dan peranan
orang Melayu di Indochina.
Saya tertarik dengan kenyataan Prasat
Preah VI Hear,sebuah 'kuil' yang
direbutkan oleh Thailand dan Kemboja
sebenarnya sebuah istana seorang raja
bernama Po Chan atau nama 'Melayu'nya
Sultan Mud Zaffar Syah.Anehnya,kuil ini
tidak mengandungi patung-patung
Buddha dan ini membangkitkan rasa
sangsi bahawa munasabah raja-raja Thai
telah meletakkan patung-patung dan
menambah ukiran di semua kesan-kesan
binaan Ayutthaya atau kerajaan Melayu
purba dahulu.Pengkaji dari Eropah juga
telah mengesahkan ada patung-patung
yang baru diletakkan di binaan-binaan
lama di Thailand.Pintu-pintu kota dan
istana juga pasti ada kesan dikikis,dan
menurut Nai Long Kassim,asalnya ada
tulisan jawi di situ pada masa dahulu.
Lihatlah,pada masa dahulu,kaum-kaum
lain berebut-rebutkan budaya dan warisan
Melayu.Penjajah Eropah pula berebutkan
manuskrip-manuskrip Melayu.Istana
Melayu direbutkan oleh orang
Tai,Khmer,Vietnam dan Burma.Mereka
yang berjaya merebut binaan-binaan ini
kemudiannya menambah-nambah ukiran
dan meletakkan patung-patung mengikut
citarasa mereka.Kemudian dengan
bangganya mengaku itu semua warisan
nenek moyang mereka.Apabila Inggeris
tiba,semua binaan orang-orang Melayu
yang masih ada di semenanjung
dimusnahkan,dibedil dengan meriam dan
diratakan.Bukti sejarah dirampas.Binaan
Melayu di Indochina terjaga rapi sebab
sudah jadi milik orang lain.Kaji Cham
Tower dan kompleks sejarah My Son di
Vietnam.Kaji peradaban Funan yang
membina Angkor Wat.Cuba kaji mengapa
pelan Angkor Wat menunjukkan seolah-
olah ia adalah pelan sebuah kota
pertahanan,dengan kedudukan pintu dan
tembok serta dikelilingi terusan air.Ia
menjadi bercitarasa kuil setelah
ditinggalkan orang Melayu Funan dan
diduduki oleh orang Khmer
kemudiannya.Kaji persamaan gaya ukiran
BOrobudur dan Angkor Wat.Kaji,kaji dan
kaji lagi.Semuanya jadi milik orang lain
sehingga apabila anak-anak Melayu
membaca buku-buku sejarah rekaan
Stamford Raffles dan ahli sejarah
'pemalas' Malaysia,mereka percaya
bangsa mereka adalah bangsa yang tidak
punya binaan batu yang hebat.Nenek
moyang mereka dahulu hanya tinggal di
hutan-hutan dan selekeh.
Cuba hayati filem Queen of
Langkasuka,ratu-ratu pemerintah itu
sebenarnya adalah pemerintah Patani.Dan
sebenarnya lanun-lanun yang berpakat
menyerang 'Langkasuka' adalah tentera
Thai.Lihat,produser filem Thai amat
menyanjungi warisan sejarah walaupun
bekas musuh mereka.Orang-orang Melayu
Patani digambarkan amat maju dengan
kota yang kukuh,mewah dan memiliki
meriam-meriam,senapang dan pistol
disamping tidak lekang dengan keris
mereka.Kostum istana Patani amat
mewah dan tidak kalah dengan kostum
permaisuri Thai malah lebih kemas dan
memikat dari puteri-puteri Thai yang
berkemban sahaja.Pakatan Thai dan
penjajah Eropah telah menghancurkan
sejarah manis Patani ini.Lihat filem Ong
Bak 2,hayati kostum,rumah dan perhiasan
pegawai Ayutthaya yang mirip putera
Jawa.Perhatikan suasana Benua Siam pada
masa dahulu,dan konflik antara pembelot
dalam kerajaan Ayutthaya dan orang-
orang yang setia dengan raja Ayutthaya.Ini
yang perlu dikaji,bukan setakat terpesona
dengan aksi siku terbang Tony Jaa.Pada
masa depan dijangka ramai pembuat filem
Thailand makin berani menyelongkar
sejarah mengikut kepercayaan
mereka.Siapakah di sebalik nama-nama
pembuat filem Thai ini?Adakah mereka
orang-orang Melayu yang 'bersembunyi'
di sebalik nama-nama Thai mereka?
Bagaimana dengan filem sejarah di
sini?Asyik-asyik pondok buruk,warung
berdinding buluh dan rumah-rumah
beratap rumbia.Amat menyedihkan.Ini
kerja orang malas.
Batu-batu nisan sepi di celah-celah semak
yang ditunjuk oleh Nai Long Kassim
sebagai moyangnya,raja-raja
Ayutthaya,menimbulkan perasaan misteri
dan sayu.Betapa jika orang-orang Melayu
tidak sedar dan bersatu,musuh-musuh
mereka akan cuba sedaya upaya
merampas 'The Golden Chersonese' ini
dari tangan mereka.Dari dulu sampai
kini,tanah tumpah darah kita ini sentiasa
menjadi rebutan pelbagai kaum.Semoga
Tuhan memperkuatkan diri kita semua
untuk mempertahankannya.SEpertimana
sejarah hitam kerajaan
Ayutthaya,begitulah juga akan terjadi
kepada Malaysia ini jika semua pemimpin
Melayu masih bermimpi,bergaduh dan
berpecah-belah.Ada yang jadi ejen
CIA,ada yang jadi talibarut Ultrakiasu,ada
yang kerjanya mengisi perut sendiri 24jam
tanpa menghiraukan nasib anak bangsa
sendiri.Renungkanlah batu-batu nisan sepi
yang menceritakan sejarah getir mereka
lari dari buruan musuh mereka.Kita tidak
boleh membangunkan raja-raja Ayutthaya
ini dari kubur-kubur mereka,namun kita
boleh bertanyakan waris-waris mereka
yang masih hidup.Tanyakan mereka
dengan jujur dan minta mereka menjawab
dengan jujur,atas nama Allah s.w.t...apa
yang terjadi kepada raja-raja Ayutthaya ini
dan orang Melayu suatu ketika dahulu.
Dari 33 orang raja Ayutthaya,hanya 3
makam mereka sahaja yang dikenalpasti
berada di Thailand,mungkin setelah
merenung batu-batu nisan misteri ini,kita
boleh bertanya kepada orang
Thai,khususnya para penyelidik
Thai,ataupun Raja Thai sendiri....
Di manakah makam raja-raja Ayutthaya
yang lain?
Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejar...
alam Sejarah
Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah
Bujang,terdapat satu peradaban yang
makmur.Kota-kota yang besar dan istana-
istana yang mengagumkan.Di satu
kawasan,terdapat kilang-kilang membuat
peralatan logam;kilang melebur besi.
Zaman berganti zaman.Tahun berganti
tahun.Peperangan demi
peperangan.Hasad
dengki,khianat,kekejaman dan penipuan
menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina
kembali peradaban.Berperang
lagi...hancur semuanya....bangkit kembali
membina empayar...perang
saudara...kedatangan bangsa Eropah yang
tamak....dijajah...dijajah...dijarah...
Bangkit kembali...tentang
penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian
bina negara...bina peradaban
kembali.Perlahan-lahan.
Anak-anak Melayu pun membuka buku
sejarah.Apa yang dilihat
mereka?Hulubalang Melayu memegang
tombak.Panglima Melayu menghunus
keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar
lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan
askar-askar Melayu menentang penjajah
Portugis menggunakan tombak dan
keris.Bertembokkan pancang-pancang
kayu dan batang pisang.Gambar askar
Melayu mati ditembak istinggar
musuh.Gambar rumah beratap rumbia
musnah dibedil meriam.Selak
lagi....gambar gabenor British bercekak
pinggang dengan orang-orang Melayu
berpakaian selekeh di satu sudut.
Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang
Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan
selekeh,miskin dan nampak kurang
berpendidikan.Membosankan.
Dalam artikel pengiring terakhir
ini,Srikandi akan mendedahkan realiti
sebenar peperangan yang disertai orang-
orang di Semenanjung mahupun di pulau-
pulau Nusantara (Indonesia).Srikandi akan
mendedahkan betapa antara orang-orang
Melayu pada masa dahulu pandai
mencipta meriam dan menggunakan
senjata api..Ini sekaligus menafikan
anggapan popular ketika penjajahan
dahulu "hendak buat sebatang jarum pun
tak mampu"
Benarkah begitu?
'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu
Ketika saya masih kecil lagi,saya masih
teringat satu filem lama tahun 80-an
berlatar belakangkan zaman
dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Kalau
tak silap saya,Dato Rahim Razali ada
berlakon dalam filem itu.Keistimewaan
filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang
Melayu dahulukala berperang
menggunakan meriam-meriam
kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela
Rentaka'.
Meriam-meriam ini boleh dikendong
menggunakan tenaga dua orang,di bawa
ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana
tentera-tentera bergegas membawa
meriam-meriam ini ke medan perang
melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan
tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi
letupan yang begitu 'real' dan suasana
selepas perang di mana mayat-mayat
bergelimpangan di sawah padi dihurung
lalat dengan darah bersemburan di sana
sini.Filem ini begitu istimewa di mata
saya,berbanding filem-filem tipikal lain
yang juga berlatarbelakangkan sejarah
namun imej peperangan yang
membosankan dan kurang tepat;asyik-
asyik berperang menggunakan keris dan
lembing.Penggunaan meriam yang meluas
di dalam filem ini amat menarik dan
sehingga kini saya masih teringatkan filem
itu yang unik dan menimbulkan misteri
kepada saya.
Semakin dewasa dan kelebihan
menggunakan maklumat yang banyak di
perpustakaan semasa melanjutkan
pengajian ke luar negara membuatkan
saya semakin tertanya-tanya;apakah
peranan meriam di dalam budaya orang-
orang Melayu dahulukala?Mengapa
apabila saya membaca catatan-catatan
para conquistador,pengembara
Eropah,pedagang dan duta-duta
asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan
meriam dan kemewahan orang-orang
Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa
apabila membaca buku-buku sejarah di
sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan
pengembara Perancis berlainan sekali
dengan catatan Stamford Raffles dan
Leyden?Mengapa pandangan para
cendekiawan Portugis seperti Eredia dan
Pires berlainan dengan pandangan para
gabenor dan imperialis Inggeris?
Apa yang ingin mereka sembunyikan dari
kita??
Apabila orang Thai mengeluarkan filem-
filem menceritakan sejarah Patani,mereka
menggambarkan orang-orang Melayu
Patani biasa menggunakan pistol dan
senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak
kalah dengan filem-filem mereka yang
menceritakan peperangan menentang
tentera Burma.Mereka betul dari segi
sejarah.
Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila
teknologi meriam semakin maju pada
abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba
mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-
kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas
Empayar Abbasiah dan Turki
uthmaniyyah,Emperium China dan
kerajaan Ayutthia berusaha tidak
ketinggalan dalam soal mengambil tahu
atau memiliki meriam malah merekrut
rakyat mereka mempelajari cara membuat
meriam.
Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA
YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING
KAYA DI TIMUR MENJADI
PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN
PERKEMBANGAN INI?
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu
ketika itu sudah biasa bermain dengan
pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil
terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun
dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan'
mereka.
Adakah para pedagang yang tiba di
pelabuhan Melaka semuanya berpakat
untuk menyorokkan berita-berita tentang
meriam,istinggar (musket) dan ubat
bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan
Melaka yang pernah menakluk sebahagian
Sumatera dan tanah semenanjung malah
mengalahkan tentera Siam menggunakan
keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun
kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka
ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA
PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI
SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR
UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM
DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN
PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA
PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG
MELAYU SENDIRI.
Hanya filem-filem dan drama pendekar di
Malaysia sahaja menggambarkan
pendekar Melayu berperang
menggunakan keris dan lembing selepas
bergaduh di warung berdinding buluh dan
beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.
Apabila orang luar membuat filem tentang
Melayu,mereka menggambarkan
pendekar Melayu menggunakan
pistol,meriam dan senapang.Malah
pendekar Melayu memakai baju kulit dan
sesetengahnya memakai baju zirah;baju
besi untuk mengelakkan serpihan peluru
meriam melukai daging kulit.Dari mana
mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-
catatan sejarah mereka yang diluar
kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan
Leyden.
Malah semua senjata ini,yang diwar-
warkan asing bagi bangsa
Melayu,mempunyai istilah Melayunya
sendiri:
*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela
Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol
Mari kita lihat antara senjata-senjata
'terahsia' Melayu ini:
Pemuras
Pemuras adalah antara senjata yang
gemar digunakan oleh orang-orang
Melayu dahulukala.Dalam Perang
Naning,catatan askar Inggeris menyatakan
orang-orang Melayu amat pandai
menggunakan Pemuras ini sehingga
Inggeris terpaksa menghantar beberapa
kali pasukan tenteranya menentang Dol
Said dan Perang Naning juga berlaku
dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu
Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu
adalah mereka yang selalu menggunakan
Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa
Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat
bedil muat hadapan dengan laras
berkaliber pendek,besar,yang mempunyai
muncung peledak hadapan yang
berbentuk kembang (funnel-shaped
muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru
timah hitam (lead)
Ia digunakan untuk menembak dalam
jarak dekat dan selalu digunakan oleh
pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan
Dragoon ini berasal dari penggunaan
Pemuras yang telah dimajukan
bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti
pistol.
Orang-orang Melayu memanggilnya
sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau
Terakol inilah asal-usul pistol pada hari
ini.Pemuras juga adalah senapang atau
bedil yang pertama sekali dicipta untuk
tujuan pertahanan. Dalam masyarakat
Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul
adalah agak popular berbanding di dunia
barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih
kerap digambarkan di dalam peristiwa
perang Melayu berbanding istinggar atau
Flintlock Musket.Mengapa?
Ini kerana pada masa dahulu orang
Melayu adalah pelaut dan pengembara
yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini
adalah amat popular dikalangan
pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia
sesuai untu pertempuran secara pantas
dan berdepan kerana ia mampu
mencederakan beberapa orang musuh
dengan hanya satu tembakan dari jarak
dekat.
Pemuras biasanya amat pendek, dengan
laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada
ketika laras senapang lantak biasanya
melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu
sumber menggambarkan senjata dari awal
hingga pertengahan abad ke-17,
menyenaraikan panjang laras Terakul
kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm
(sebelas inci), berbanding 41 cm (enam
belas inci) panjang bagi Pemuras.
*Betapa segaknya panglima Melayu
menyandang Pemuras berkilat seperti ini.
Dalam budaya masyarakat
Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara
salah sebuah Kerajaan Melayu yang
menggunakan Pemuras sebagai salah
sebuah alat kebesaran kerajaan atau
regalia.Ia menjadi lambang kebesaran
Brunei dengan panggilannya yang
tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah
bekas menyimpan peluru pemuras yang
dibuat cantik dan berseni.
Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang
amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras
yang dibuat daripada logam berharga
seperti Emas dan Perak serta ditatahkan
dengan intan permata. Di dunia barat
penggunaan Pemuras adalah lebih kerap
digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia
mudah digunakan terutama ketika
mengisi peluru.
Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat
Kalashnikova (AK-47) di duit syililing
mereka,Mozambique meletakkannya di
bendera mereka,bayangkan,kerajaan
Melayu seperti Brunei ini meletakkan
blunderbuss atau Pemuras ini sebagai
lambang kerajaan.
Terakol
Terakol atau Tarkul adalah antara senjata
popular dikalangan pelaut,pedagang dan
lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya
menggunakan teknologi 'wheel lock'
(kancing roda) di mana kemajuan
teknologi ini membolehkan ia membakar
serbuk bedil secara automatik tanpa
memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk
seperti pistol dan ia adalah perubahan
bentuk dari Pemuras yang
dikecilkan.Terakol digunakan di dalam
peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan
di Filipina melawan Sepanyol,juga askar
Brunei menentang Rajah Brooke.
Terakol juga digunakan di Patani dan
Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata
ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol
telah menjadi maju dengan penggunaan
teknologi flintlock (kancing batu api) dan
sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di
Barat.
*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack
Sparrow menggunakan Terakol jenis
kancing batu api (flintlock)
Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar
Melayu sering bergaya menyelitkan
Terakol ini di pinggang bersama-sama
keris mereka.
Istinggar
Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada
awalnya ialah sejenis senjata api jenis
berat dengan penggunaan fius atau wheel
lock.Kemudian ia menjadi sejenis
senapang yang menggunakan teknologi
flintlock (kancing batu api).Penggunaan
flintlock ini meningkatkan kadar tembakan
dan mengurangkan kos pembuatan
senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630
sebagai flintlock musket,istinggar dengan
pantas menggantikan teknologi picu
senjata api lebih awal,seperti mekanisme
kancing sumbu (matchlock) dan kancing
roda (wheel lock).
Istinggar juga kerap disebut di dalam
hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus
Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat
Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat
Terawis, dikatakan bahawa Megat telah
berjaya membunuh seorang hulubalang
yang kebal dan hebat bernama Tun
Saban.Tun Saban dikatakan sebagai
seorang yang tidak lut kepada segala jenis
senjata kecuali istinggar yang dibuat khas
pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk
membunuh Tun Saban dikatakan adalah
hadiah daripada ulama dari Hadra-maut
kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu
banyak di dalam kota Melaka oleh
tentera-tentera Portugis.Istinggar juga
digunakan oleh tentera Johor-Riau
terutama ketika membantu Belanda
menyerang Portugis.Istinggar juga
digunakan oleh penduduk di Perak ketika
menyerang Belanda yang membina loji-loji
di Sungai Perak.
Lela Rentaka
Rentaka,adalah sejenis meriam mudah
alih,ringan dan kecil dari meriam
biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut
Lantakas (gabungan Lela dan
Rentaka).Rentaka adalah senjata khas
orang Melayu,kerana mereka sendiri yang
menciptanya,sebab itu orang Inggeris
menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah
sesuatu yang menarik kerana Rentaka
adalah setanding dengan keris dan ia
adalah senjata Melayu yang terkenal di
dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat
di dalam filem tahun 80-an itu.
Kebiasaannya rentaka dibuat
menggunakan tembaga atau besi dan
berukuran diantara 50cm hinggalah 2
meter. Bagi yang berukuran lebih daripada
1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela
dan ada yang dipanggil sebagai ekor
Lotong kerana mempunyai pelaras yang
panjang dan lentik seperti ekor Lotong.
Bangsa penjajah pertama yang merasa
penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka
menggelarnya sebagai arquebuses,
portable cannons or swivel gun yakni
meriam mudah alih. Berbanding dengan
meriam biasa, rentaka kebiasaanya
mempunyai hiasan yang lebih terperinci
dan cantik seperti ukiran awan
larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba
malahan turut diukirkan corak pucuk
rebung.
Apa yang unik mengenai senjata ini ialah
ianya adalah sebuah meriam mudah alih
yang pertama didunia. Rentaka
mempunyai mekanisme yang
membolehkan ianya dipusing-pusingkan
keatas dan kebawah serta boleh dipikul
dan dipacakkan di kota, tanah atau
belebas kapal dan perahu. Hal ini amat
berbeza dengan meriam barat yang sedia
di ketahui adalah amat berat dan tidak
mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka
juga menyebabkan bidikannya lebih
mudah untuk kena pada sasaran.
Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan
rumpun Melayu yang dikatakan sebagai
pembuat rentaka yang terbaik . Orang
Moro telah menggunakan rentaka sebagai
senjata api utama ketika diserang oleh
Sepanyol dan ketika mereka menyerang
kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol
dikatakan amat takut dengan senjata
tersebut kerana diantara banyak-banyak
senjata, rentaka adalah salah satu senjata
yang menyebabkan kematian dan
kerugian terbesar bagi pihak mereka.
Selain daripada orang Moro, Kerajaan
Brunei juga dikenali umum di kalangan
para pedagang dan penjajah sebagai
pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik
di Alam Melayu. kebanyakan daripada
rentaka yang ada di Muzium di seluruh
dunia sekarang ini adalah berasal dari
Brunei kalau tidak Filipina. Di
Semenanjung, Jawa dan Sumatera,
penggunaan rentaka adalah kurang
terutama setelah kejatuhan Kesultanan
Melayu Melaka.
Kehebatan senjata api buatan bangsa
Melayu ini menjadi buah mulut dan
kekaguman para penjajah barat seperti
Portugis, Sepanyol dan Belanda
sehinggakan mereka telah meniru
teknologi pembuatan rentaka bagi
melengkapkan persenjataan mereka.
Sehingga abad ke 18 dikatakan
penghasilan rentaka di Alam Melayu
semakin berkurangan malahan negara
yang mengeluarkan rentaka terbaik dan
terbanyak adalah negara Belanda.
Meriam/Lela
*Meriam Seri Patani yang diletakkan
dihadapan bangunan Kementerian
Pertahanan Thailand
Meriam mempunyai sejarah yang
panjang,terahsia dan digelapkan dalam
sejarah Melayu.Meriam digunakan di
tembok-tembok kota Melaka.Meriam
digunakan di semasa peperangan
melawan penjajah di Selangor.Meriam
digunakan di Pasir Salak.Meriam
digunakan di Singgora melawan Thai dan
Inggeris dan Belanda.Meriam adalah
cukup sinonim dengan seni peperangan
Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal
mengeluarkan Rentaka (meriam mudah
alih) terbaik,maka Patani pula adalah
pengeluar meriam paling terbaik di Asia
Tenggara suatu ketika dahulu.
Sebelum kemunculan meriam,pada
awalnya teknologi artileri atau bedilan ini
diperkenalkan oleh orang-orang
Cina.Kemudian meriam diperkenalkan
oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang
juga merupakan pembuat meriam yang
menggerunkan seluruh Eropah ketika
itu.Kemudian pedagang Belanda pula
memperkenalkannya.
Meriam yang paling terkenal dalam
masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri
Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri
Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam
yang terbesar di Asia
Tenggara!Menariknya bukan orang lain
yang membuat dan memilikinya,tetapi
orang Melayu juga!
Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan
Patani.Sebagai tindak balas berikutan
khabar angin akan serangan Siam ke atas
Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada
waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah
menugaskan seorang lelaki Cina-Islam
yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam)
untuk mengetuai pembinaan meriam-
meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah
dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan
Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara
mempunyai saiz yang sama manakala
Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya
sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-
meriam ini telah berjaya menyekat empat
kali serangan Siam ke atas Patani iaitu
pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.
Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767,
kerajaan Patani di bawah pemerintahan
Sultan Muhammad (1776-1786) telah
cuba untuk membebaskan diri daripada
ancaman Thai (yang telah mengalahkan
kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada
1785 pasukan tentera Thai di bawah
kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum
telah berjaya menewaskan Patani. Dua
buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri
Nagara telah diambil sebagai rampasan
perang, bagaimanapun Sri Nagara telah
jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa
hendak dipindahkan ke dalam kapal.
Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa
dapat dikesan.
Pada 1787, Raja Rama I telah
mengarahkan pembinaan meriam yang
sama saiz dengan Sri Patani yang
dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk
diletakkan bergandingan dengan Seri
Patani yang telah di tawan. Jika anda
melihat kepada gambar meriam seri
Patani di atas, bolehkah anda bayangkan
kekuatan meriam tersebut ketika ia
membedil kapal-kapal perang Thai.
Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam
kerajaan Pattani ini telah berjaya
mengaramkan banyak kapal Thai ketika
Kerajaan Thai menyerang Pattani.Anda
boleh membayangkan suasana meriam-
meriam ini digunakan dan peperangan
tersebut dengan menonton filem Queen
of Langkasuka.
Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga
di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari
ini.
Setelah mengetahui fakta sejarah yang
digelapkan dari pengetahuan kita
ini,adakah kita masih berfikir nenek
moyang kita berperang menggunakan
sumpit,lembing dan keris?JIka nenek
moyang kita berperang dengan senjata-
senjata itu sahaja,alamat kita sekarang
bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di
sebuah negeri Inggeris lain,seperti
Australia.SEbab orang-orang Melayu
mempunyai senjata-senjata beginilah
mereka mampu mempertahankan takhta
raja-raja mereka dan sedikit sebanyak
mengawal tindak tanduk penjajah yang
ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih
nenek moyang kita dahulu memikul
rentaka,membawa Pemuras di samping
parang dan keris,menentang ketamakan
dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang
kita dahulu lembik tidak berjuang
mempertahankan tanah air,mungkin hari
ini kita akan menjadi seperti Red Indian
atau aborigine Australia.Inggeris
walaupun buas dan kejam,namun masih
menjaga 'standard' mereka cuba
menghormati perjuangan orang-orang
Melayu mempertahankan warisan.Mereka
cuba mengawal alter amuk para
musketeers (ahli senjata api) dan gunners
(ahli meriam) Melayu dengan cuba
meletakkan para residen mereka terlebih
dahulu di setiap negeri Melayu.Apa
salahnya Inggeris membawa
balatenteranya meranapkan takhta-takhta
raja-raja Melayu ini terus atau menghalau
mereka sepertimana mereka
menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan
Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah
memang dibuang ke Pulau
Seychelles,namun yang peliknya Inggeris
berusaha mengadakan raja baru di Perak
dengan membiarkan institusi beraja Perak
menabalkan pengganti Sultan
Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris
melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah
Perak' sebagaimana James Brooke
menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-
raja Perak hancur sebagaimana mereka
berjaya menghancurkan dinasti raja China
dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan
sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh'
pun berdegil 'mempertahankan' takhta
raja-raja Melayu.Lucu dan
aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat
mempertahankan warisan budaya kita
sendiri,orang lain pun akan segan dan
hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika
kita acuh tak acuh dengan warisan kita
sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina
Komunis pun tidak segan silu mahu
membuang tulisan Jawi dari papan-papan
tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha
mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi
hendak diharapkan menjaga segala
warisan dan identiti bahkan pegangan
agama kita sendiri??Orang asing??
SEbagai kesimpulannya,dengan
pendedahan ini yakinlah kita bahawa
orang Melayu adalah bukanlah bangsa
yang lemah dan hanya mengenal keris dan
tombak sahaja malah pandai
menggunakan meriam dan membuatnya
juga!Orang Melayu juga biasa
menggunakan musket (Istinggar) dan
pistol (Terakol).
*Contoh Terakol digunakan ketika
menyerang.Terakol juga terkenal kerana
buatannya yang berseni dan berukiran
halus.
Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-
ngiang jeritan hulubalang Melayu
meledakkan Rentakanya di dalam filem
80-an itu.Adegan dua orang hulubalang
mengandar batang Rentaka yang diikat
pada sebatang kayu sambil meniti batas-
batas sawah meninggalkan misteri yang
aneh kepada saya.Kenapa drama dan
filem lain tidak seperti filem yang satu
ini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya
betul-betul tabik pada pembuat filem
itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.
Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda
takutkan orang-orang Nusantara yang
menentang mereka menggunakan
sumpit,lembing dan keris (kesampingkan
ilmu mistik,kita bercakap soal
realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers
dan gunners Melayu inilah antara
'penggerun' mereka dan membuatkan
Inggeris berfikir 10 kali untuk
menghapuskan raja-raja
Melayu,mengkristiankan seluruh orang
Melayu dengan paksaan dan menjadikan
Tanah Melayu seperti Amerika dan
Australia.
Alangkah bagusnya kalau dalam buku-
buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa
megahnya hulubalang Melayu
menyangkutkan blunderbassnya
(Pemuras) di bahu.
Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu
mistik dalam kategori ilmu kebal,antara
pantang orang yang mengamalkan ilmu
kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah
benar,dan askar Belanda menggunakan
peluru emas untuk menundukkan
pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera
dan Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan
dikhianati orangnya sendiri berkenaan
rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik
Melayu itu sendiri menyebutkan perihal
peluru emas,masakan orang Melayu
ketika itu masih terkebil-kebil memegang
lembing berhadapan dengan askar
Portugis yang bersenjatakan matchlock
musket,blunderbuss dan cannon?
Bibliografi:
Melayu Nusantara
Sejarah Kesultanan Brunei
Sulalatus Salatin
Surat-surat Antonio de Pigafetta dan
Maximilius Transylvanus
Dan kajian persendirian yang lain.
---------------------------------------
Coming Soon....
Alter Terahsia Bangsa Melayu IX
-Rahsia Laut
-Laut dan Melayu
-Hubungan mistik antara Melayu dan
lautan
-Kapal-kapal Melayu
-Pengembaraan sehingga ke Jepun dan
Taiwan
-Dari Tanah Kanaan sehingga ke Sungai
Musi
-Misteri ukiran bahtera pada Borobudur
-Misteri ukiran kapal Melayu pada Angkor
Wat
-Utusan Firaun di Nusantara
-Flor De La Mar dan Mendam Berahi
-Pengembara Melayu di Afrika
-Dinasti Melayu Merina di Madagaskar
-Pelaut-pelaut Melayu yang gigih
-Tun Abbas dan legenda 'The Malay
Pirates'
-Kerajaan Maritim dan Empayar Melayu
Purba
-Ke manakah menghilangnya armada
tentera Laut Melaka pada subuh serangan
Portugis?
nantikan pengembaraan
mendebarkan,meredah ombak dan tujuh
lautan! Sehingga ke hujung dunia!
Hanya di MistisFiles!
Alter Terahsia Bangsa Melayu IX
Kembali bertemu di Gua Rahsia kita!Tuan-tuan dan Puan-puan,apakah gerangan hajat kalian kali ini?Tidak puaskah dengan Rahsia Dari Wangi-wangian yang hamba bukakan untuk kalian?Rahsia Keris Bersepuh Emas dan Tanah Para Dewa?Bukankah kalian sudah mencium haruman dari kamar diraja Firaun?
Hahaha!Sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.Tahukah Tuan-tuan dan Puan-puan,gaharu dan cendana ialah barangan eksport bangsa Mala di pasar-pasar kota Ur,Kish dan Uruk?Dan ini tercatat di dalam kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba setaraf Epik Gilgamesh?Masakan kalian tidak mengetahuinya,bukankah kalian anak cucu keturunan Sang Naga Buana dan Puteri Kaca Bertuang? Hamba hanya menjaga rahsia saja.Sampai masa,rahsia dari raja hamba akan hamba bukakan untuk anak cucunya seperti yang diwasiatkan kepada hamba. Mari mendekat ke sini wahai anak cucu raja-raja,hamba mahu beritahu
sesuatu.(Penjaga Gua Rahsia melakarkan beberapa perkataan di atas pasir gua): Bunga Mala Abraham Tanah Kanaan Zulkarnain Gunung Emas The Land of The East Keturah
Kemenyan Haruman Laut Keris Songkok dan Tanjak Avesta Kapur Barus Rempah Hamba bukakan kunci-kunci rahsia untuk anak cucu.Semua katakunci ini
mengandungi rahsia-rahsia tertentu.Setiap kata akan membuka seribu kata yang lain.Setiap seribu kata akan membuka seribu makna yang lain.Dan setiap seribu makna,menyimpan seribu kuasa yang terpendam.Tetapi anak cucu ke sini bukanlah untuk memilih yang mana dahulu perlu dibuka.Anak cucu ke sini adalah untuk memahami mengapa katakunci ini dibuka untuk kalian. Sebabnya hamba sudah pilihkan untuk kalian.Lihat peti-peti rahsia di sana.Salah satunya akan dibuka hari ini.Jadi,yang mana satu?Pandang tulisan-tulisan di atas pasir,di sana ada katakunci yang akan kalian gunakan untuk membuka salah satu peti itu. Ini kuncinya,pergi buka peti yang bertanda,'Laut dan Bahtera'
'THE VIKING OF THE ORIENT'
"They were Africa's Vikings. Tough, daring voyagers who sailed thousands of miles...." (Rory Carroll -The Guardian) Laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan.Ia ibarat irama dan lagu.Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pantai,pohon
kelapa,pasir pantai,perahu dan kapal.Ini kerana orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pengembara,pedagang dan ahli pelayaran.Siapa yang dicanangkan berjaya berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan.Namun yang anehnya mengapa beliau mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique (manuskrip Inggeris menyebutnya sebagai Henry)?Mengapa Columbus gagal mengelilingi dunia? Selain Phoenicia,Norseman dan Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang mempunyai intuisi dan 'sixth sense' semulajadi tentang laut.SEjak dari zaman Mesir Purba sehingga ke Sumeria,bangsa ini diketahui berlayar mengelilingi dunia,mengembara dan berdagang.Magellan tahu perkara yang
tidak diendahkan oleh Christopher Columbus ini.Dia tahu rahsia yang tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus sampai ke Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India.Ini yang cuba dielakkan oleh Magellan,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis. Selain tujuan Magellan mengambil Hitam sebagai jurubahasa kepada kaum-kaum Malayo-Polinesian di Kepulauan Melayu dan Pasifik,Magellan ingin memanfaatkan satu bakat turun-temurun yang diwarisi oleh Hitam.Sebab itu setelah Magellan mati dibunuh,Hitam atau Enrique telah dilantik oleh kru kapal lain sebagai nakhoda atau kapten kapal salah satu kapal Magellanyang terselamat.Aneh bukan?Ini bermakna Hitam bukan calang-
calang anak kapal di dalam kapal Magellan. Kemahiran Hitam mengetahui arah mata angin dan jalan laut yang betul banyak membantu Magellan memandu kapalnya sehingga berjaya mengelilingi dunia.Selepas kematian Magellan dalam peperangan Humabon dengan Lapulapu (keduanya adalah ketua puak di Filipina),saki-baki anak kapal meneruskan pelayaran kembali ke Eropah,namun mereka seakan hilang punca ketika di laut.Ketika itu Hitam diangkat sebagai nakhoda kepada salah satu kapal (menariknya,ini disahkan dalam catatan Duarte Barbossa,salah seorang anak kapal) dan kapal inilah yang belayar memimpin kapal-kapal yang lain (3 kapal yang tinggal dari 5 kapal iaitu San Antonio, Conception, Victoria, Santiago dan kapal
Magellan sendiri,Trinidad ) menuju Eropah.Apabila sampai di Sepanyol,mereka disambut meriah walaupun sedih dengan kematian Magellan.Nama El Cano (salah satu nakhoda kapal,Juan Sebastián del Cano) disebut-sebut sebagai wira yang berjaya melengkapkan pelayaran.Nama Enrique tenggelam kerana beliau bukan berbangsa Sepanyol.Ini adalah secebis kisah tentang Hitam atau dalam versi lain Awang,catatan Sepanyol dan Portugis menggelarnya sebagai Enrique dan Inggeris mengetahuinya sebagai Henry The Black. Orang Melayu mempunyai seni pelayaran yang dipanggil “psycho-navigation.” Ia boleh dianggap sebagai deria keenam orang Melayu yang tidak dimiliki bangsa lain di dunia.Psycho-navigation
bermaksud orang Melayu boleh bersampan dari satu pulau ke pulau lain tanpa alat bantuan pelayaran.Namun mereka boleh berbuat sebegitu seperti halnya memandu di lebuh raya.Orang Melayu dikenali boleh membina kapal laut,perahu dan juga sampan tanpa menggunakan pelan.Segala binaan perahu itu juga boleh diistilahkan sebagai psycho-shipbuilding.Melayu adalah pelayar,pelaut,pengembara,lanun,pedagang dan tukang kapal yang dikenali umum oleh masyarakat dunia purba.Melayu dan Bani Jawi adalah 'seafarers' yang tinggi pengalaman mereka berkenaan laut sehingga dikatakan mereka ini lahir dari atas lautan dan bayu ombak. Kapal-kapal Bani Jawi
*Ukiran kapal Nusantara di sebuah candi di Indonesia Inovasi tukang perahu Melayu boleh dilihat pada silih bergantinya rekabentuk perahu yang mereka bina, termasuk jenis kemudi, abah-abah dan layar.Kini, bentuk perahu yang disebut dalam sastera Melayu lama, seperti jong, keci dan katar telah tidak kedengaran lagi. Bentuk-bentuk perahu itu sudah diganti dengan yang baru yang lebih kecil dan efisyen untuk pelayaran di laut kepulauan Melayu
yang mulai sibuk setelah kedatangan kapal dari Eropah, selain lebih senang untuk mengelak dari ditahan kapal peronda yang menguatkuasakan monopoli perdagangan Inggeris dan Belanda. Perubahan bentuk perahu itu disusuli perubahan jenis kemudi: dari kemudi birai kepada kemudi tetap dilinggi belakang.Untuk mendapat kuasa maksimum, layar empat segi yang biasa digunakan perahu Melayu itu telah juga diganti dengan layar empat segi yang lebih luwes dan yang boleh dinaikkan dan diturunkan menggunakan puli.Layar cucur juga adalah perkembangan baru kerana ia tidak terdapat pada perahu Melayu sebelum abad ke-18 (Gibson Hill 1954). Perubahan-perubahan itu adalah sebahagian daripada proses peniruan dan penyesuaian dengan berpandukan model kapal-kapal India, Cina, Arab dan terakhir
sekali Eropah yang sampai ke Alam Melayu seiring dengan perkembangan perdagangan. Penyesuaian ini bukanlah secara ikut-ikutan; sebaliknya disesuaikan dengan keperluan dan sumber yang sedia ada.
Perahu bedar yang digunakan sehingga abad ke-20 adalah satu lagi inovasi hasil penggabungan pelbagai pengaruh. Badannya yang meruncing di keduadua hujung itu berbentuk tipikal perahu Melayu, walaupun linggi dipasang di atas lunas dan bukan disambung seperti yang
terdapat pada kebanyakan perahu yang lebih awal, termasuk kolek. Bentuknya dipanggil belakang katup, manakala deknya dipanggil dandang dipasang di atas birai belakang untuk meletakkan kub atau rumah perahu. Kemudi di belakangnya itu adalah sama dengan kemudi pada perahu Cina dan Barat kerana dipasang dengan halkah kepada linggi belakang dan dikendali dengan uling-uling di atas dandang. Perahu bedar mempunyai tiang sprit untuk mengikat layar cucur seperti kapal Eropah, manakala layarnya sama seperti wangkang Cina kerana menggunakan satu atau dua layar apit yang dibuat dari tikar kercut dan rotan. Kemampuan tukang dan artisan perahu Melayu yang lain membuat inovasi telah diperhatikan pegawai tadbir Inggeris ketika mereka berkhidmat di negerinegeri
Melayu masa dahulu. Mereka itu termasuk Hugh Clifford yang pernah melawat Terengganu pada tahun 1895. Dalam lawatan itu, beliau telah menyatakan bahawa tukang perahu di Terengganu boleh membuat perahu bentuk barat yang cantik setelah meniru sebuah model yang diperolehi dari Singapura. Hasil kerja tangan tukang Terengganu itu lebih kemas dan cantik berbanding dengan hasil kerja tukang perahu lain di pantai barat Semenanjung. Tetapi, dengan nada yang sinis Clifford menganggap kepandaian ini lebih berupa peniruan dan bukan hasil kreativiti, memandangkan orang Melayu terlalu terikat kepada tradisi . Kreativiti tukang timbal lebih terserlah pada ukiran yang ditunjukkan pada beberapa bahagian perahu mereka. Yang
komited pada agama akan mengelak dari mengukir imej yang menyerupai manusia dan binatang, selain menekankan ukiran yang berbentuk ayat al-Quran, seperti yang dilakukan tukang rumah. Bahagian perahu yang tidak sesuai diukirkan ayat al-Quran seperti pada kayu penyangga layar yang biasa dikenali sebagai bangau yang mungkin akan dilangkah berulangkali oleh awak-awak ketika bekerja, ayat al-Quran akan diganti dengan ukiran awan larat yang mempunyai motif umbi, sulur, daun dan bunga yang membawa nilai keindahan dan simbolisme yang sama, iaitu kemakmuran dan infiniti Tuhan. Di kalangan orang yang masih kuat berpegang kepada anamisme, peralatan perahu seperti ‘Bangau’ dan ‘Okok’ akan memaparkan figur tokoh-tokoh wayang kulit, seperti Raja Bota.
Sementara itu, penampilan awan larat adalah alternatif dan juga inovasi menggantikan penampilan lembaga manusia atau haiwan seperti yang berlaku di Thailand, Kemboja dan Bali. Selain evolusi bentuk perahu, terdapat beberapa peralatan tambahan telah dipasang pada perahu Melayu, khususnya yang digunakan nelayan sekarang. Peralatan yang dimaksudkan itu adalah lunas bilga, yang dalam istilah tempatan dipanggil pisang yang berfungsi untuk menggurangkan olengan kapal. Pisang ini adalah pengubahsuaian dari katir (outriger) yang terdapat pada kebanyakan perahu di Alam Melayu dan Polinesia. Walaupun belum dapat dipastikan dari mana dan bila bermulanya inovasi ini, tetapi dalam industri pembinaan perahu
Melayu, pisang mungkin telah digunapakai sekitar tahun 70-an dan mungkin diambil dari perahu Siam. Kini warisan seni pembuatan dan pertukangan kapal-kapal Nusantara di Malaysia diwarisi oleh tukang-tukang dari Terengganu.Contohnya Haji Yusuf yang banyak memenangi anugerah inovasi dalam pembuatan kapal dari kerajaan.Pengetahuannya mereka pelan dan membuat perahu layar membolehkannya mendapat tempahan dari pengemar-pengemar perahu layar dari Eropah yang tertarik dengan kaedah pembuatan perahu Melayu.Sejak tahun 1965 dia telah membuat perahu untuk orang Eropah.Perahu buatannya telah sampai ke seluruh dunia sehingga ke Alaska.Beliau juga menerima tempahan membuat bot nelayan dan kapal
persiaran. Sehingga kini, beliau telah membuat lebih seratus buah perahu yang panjangnya antara 20 hingga 30 meter untuk pelanggan dalam dan luar negara. Kapal Pinisi (sejenis perahu besar dikenali sebagai Pinis Gobel Terengganu) adalah kapal yang dibuat terutamanya dari kalangan orang Bugis,satu kaum Nusantara yang terkenal sebagai pelaut,pedagang dan lanun yang berkemahiran tinggi.Perbezaan yang ketara dari pembuatan perahu pinisi dengan teknologi pembuatan kapal Barat adalah,jika orang Barat membina perahu dari rangkanya dulu barulah dibina dindingnya,tapi pembuatan pinisi tradisi dimulakan dengan dinding dulu barulah setelah itu dibina rangkanya.Segala teknik dan peraturan pembuatan perahu zaman dulu pernah dibukukan di dalam satu
manuskrip atau kitab pembuatan kapal kuno yang dinamakan "Jaya Langkara" menurut orang-orang tua di Ara,Indonesia malah kitab itu pernah dipinjam oleh Belanda,malangnya hingga kini belum dikembalikan (disimpan di dalam muzium Belanda).Sedangkan prinsip perletakan papan papan teras dan aturan aturan dasar lainnya dalam pembuatan pinisi ini disusun oleh Ruling (orang Bugis yang menjadi tukang timbal atau tukang kapal).Sampai sekarang dalam pembuatan perahu pinisi aturan Ruling inilah yang menjadi panduannya.Disamping itu orang Bugis memiliki undang undang pelayaran dan perdagangan yang disusun oleh "Ammana Gappa" yang namanya sempat diabadikan pada pelayaran expedisi pinisi ke Madagaskar.
*Orang Melayu Champa sedang berlayar dengan kapal perang mereka.Dari relief di Angkor. Orang-orang Jawa adalah satu lagi keturunan Bani Jawi yang terkenal sebagai para pembina kapal yang hebat.Salah satu kapal mereka yang terhebat ialah Jong Jawa yang disebut oleh para pengembara China sebagai 'Chuan'. Malahan pelaut Portugis yang menjelajahi lautan pada pertengahan abad ke-16 itu menyebutkan, orang Jawa lebih dulu
berlayar sampai ke Tanjung Harapan, Afrika, dan Madagaskar. Ia mendapati penduduk Tanjung Harapan awal abad ke-16 berkulit coklat seperti orang Jawa. "Mereka mengaku keturunan Jawa," kata Couto, sebagaimana disalin oleh Anthony Reid dalam buku Sejarah Moden Awal Asia Tenggara.Tatkala pelaut Portugis mencapai perairan Asia Tenggara pada awal tahun 1500-an mereka menemui kawasan ini didominasi kapal-kapal Jong Jawa. Kapal dagang milik orang Jawa ini menguasai jalur rempah rempah yang sangat strategik, antara Maluku, Jawa, dan Melaka. Kota pelabuhan Melaka pada waktu itu berfungsi menjadi kota perniagaan orang Jawa dengan jong-jong mereka bersimpang-siur dari Tanah Jawa ke seluruh dunia dan singgah ke pelabuhan Melaka,Venice of The East.
Di sana banyak saudagar dan nakhoda kapal Jawa yang menetap dan sekaligus mengendalikan perdagangan antarabangsa. Tukang-tukang kayu Jawa yang berketerampilan membangun limbungan kapal di kota pelabuhan terbesar di Asia Tenggara itu. Bukti kepiawaian orang Jawa dalam bidang perkapalan juga ditemui pada relief Candi Borobudur yang menggambarkan perahu bercadik - kebelakangan ini disebut sebagai "Kapal Borobudur". Pembinaan perahu bercadik sangat unik. Lambung perahu dibentuk sebagai menyambungkan papan-papan pada lunas kapal. Kemudian disambungkan pada pasak kayu tanpa menggunakan kerangka, baut, atau paku besi.Hujung haluan dan buritan kapal berbentuk lancip. Kapal ini dilengkapi dengan dua batang kemudi
menyerupai dayung, serta layar berbentuk segi empat. Kapal Jawa jelas berbeza dengan kapal China yang lambungnya dikencangkan dengan bilah-bilah kayu dan paku besi. Selain itu kapal China memiliki kemudi tunggal yang dipasang pada palang rusuk buritan.
Kapal Borobudur telah memainkan peranan besar dalam segenap urusan orang Jawa di bidang pelayaran, selama beratus ratus tahun sebelum abad ke-13. Memasuki awal abad ke-8, peranan kapal
Borobudur digeser oleh kapal kapal Jawa yang berukuran lebih besar,dengan tiga atau empat layar,dikenali sebagai Jong.Pelaut Portugis menyebut juncos,pelaut Itali menyebutnya sebagai zonchi.Istilah jong dipakai pertama kali dalam catatan perjalanan Rahib Odrico, Jonhan de Marignolli, dan Ibn Battuta yang berlayar ke Nusantara, awal abad ke-14 mereka memuji kehebatan kapal Jawa berukuran raksasa sebagai penguasa laut Asia Tenggara.Teknologi pembuatan Jong tak jauh berbeza dengan warisan kapal Borobudur; seluruh badan kapal dibangun tanpa menggunakan paku.Gambaran tentang jung Jawa secara spesifik dilaporkan Alfonso de Albuquerque,komander armada Portugis yang menduduki Melaka pada 1511. Orang Portugis mengenali Jawa sebagai asal usul jong-jong terbesar.Kapal jenis ini
digunakan angkatan laut kerajaan Jawa (Demak) untuk menyerang armada Portugis. Disebutkan,jong Jawa memiliki empat tiang layar, terbuat dari papan berlapis empat serta mampu menahan tembakan meriam kapal kapal Portugis.Muatan jong rata-rata sekitar 600 ton, melebihi kapal perang Portugis.Jong terbesar dari Kerajaan Demak muatannya mencapai 1000 ton yang digunakan sebagai pengangkut pasukan Jawa untuk menyerang armada Portugis di Melaka pada 1513.Boleh juga dikatakan,kapal jong jawa ini dibandingkan dengan kapal induk di era moden sekarang ini. "Anunciada (kapal Portugis yang terbesar yang berada di Melaka pada tahun 1511) sama sekali tidak menyerupai sebuah
kapal bila digandingkan dengan Jong Jawa." catat pelaut Portugis Tom Pires dalam Suma Oriental (1515). Hanya kerana jong Jawa raksasa ini, menurut Tome Pires, lambat bergerak ketika bertempur dengan kapal-kapal Portugis yang lebih ringan dan lincah.Dengan begitu, armada Portugis mampu menghalau jong Jawa dari perairan Melaka. Ada pendapat istilah jung berasal dari kata 'chuan' dari bahasa Mandarin yang bererti perahu.Namun perubahan pengucapan dari 'chuan' menjadi jung nampaknya terlalu jauh. Yang lebih mendekati adalah "jong' dalam bahasa Jawa yang ertinya kapal. Ini dikuatkan dalam bukti bertulis,kata jong dapat ditemui dalam sejumlah prasasti Jawa kuno abad ke 9. Undang-undang laut Melayu yang disusun
pada abad ke-15 (lihat,orang Melayu bukan sahaja membina kapal malah menggubal undang-undang laut juga-Seafarers Codex!) juga menggunakan kata jong untuk menyebut kapal pengangkut barang. Jong pada abad ke-15 hingga ke-16 tidak hanya digunakan pada pelaut Jawa. Para pelaut Melayu Semenanjung dan China juga menggunakan kapal layar jenis ini (sehingga menjadi popular di kalangan orang China dengan identiti jong mereka padahal jong berasal dari orang Melayu/Jawa).Jong memegang peranan penting dalam perdagangan Asia Tenggara masa lampau. Ia menyatukan jalur perdagangan Asia Tengara yang meliputi Champa (hujung selatan Vietnam),Ayutthaya (Thailand),Aceh,Melaka dan Makassar.
Selepas dijajah Belanda,orang Jawa sudah tidak lagi punya limbungan kapal dan pembuatan jong pun merosot setelah perdagangan pulau Jawa dikawal oleh penjajah Belanda.Pegawai Maskapai bagi Syarikat Hindia-Belanda (VOC) di Batavia melaporkan pada 1677, bahawa orang-orang Mataram di Jawa Tengah tidak lagi memiliki kapal-kapal besar. Dari The Land of The East Hingga ke Tanah Kanaan:Misteri 'Prau' Melayu
Salah satu dari bukti sejarah yang mengesahkan orang Nusantara pernah berlayar hingga ke pelabuhan Firaun dan raja Sumeria ialah legenda kapal-kapal Bani Jawi yang membawa emas,gaharu,cendana,rempah,kapur barus dan kemenyan.Ketika itu tamadun di dunia sebelah sini mencapai klimaksnya (dan ini akan diterangkan di dalam artikel The Land of The Gods II) sebagaimana ketika itu Kerajaan Israel Raya yang diperintah oleh dua Raja yang bertaraf Rasul David dan Solomon (Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman).Kerajaan Nabi
Sulaiman a.s ketika itu adalah kuasa dunia,sepertimana Amerika Syarikat pada hari ini.Tiada satu pun kerajaan yang sehebat kerajaan Nabi Sulaiman.Raja-raja Mala dan Jawi juga mengadap 'Raja Sulaiman' untuk meminta nasihat dan perlindungan ketika itu. Para pelaut yang dikesan berbahasa Malayo-Polinesian (Bani Jawi) adalah diketahui merupakan pelayar yang berkemahiran dan mampu menyeberangi lautan luas dalam jarak yang jauh.Orang Malagasy (berasal dari keturunan Melayu) telah berlayar dari Kepulauan Melayu hingga ke Madagaskar,sebuah pulau di Lautan Hindi berdekatan Benua Afrika.Sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun sebelum kedatangan bangsa Eropah,orang Makasar (Bugis) di Sulawesi telah berlayar dengan 'prau' mereka
(sebutan Inggeris untuk 'perahu') dan membuat penempatan di utara pantai Australia yang digelar mereka sebagai 'Merege'.Di dalam kebanyakan bahasa kelompok Malayo-Polinesian,perkataan untuk perahu,kapal dengan penempatan atau kampung sering bertukar makna dari kaum ke kaum,seperti perahu atau parao,prau dan barangay yang bermakna 'kapal' atau 'kampung'. Perahu Melayu atau 'prau'/'parao' (pharaoh?) kemungkinan besar telah sampai ke bumi para Firaun di Mesir.Ini berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba.Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang disebut sebagai Dilmun,Magan dan Melluha,telah disebut di dalam prasasti-prasasti sastera Akkadia dan Sumeria.Menurut pengkaji
budaya Melayu dari Eropah,adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia.Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun' dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat.Dipercayai,perdagangan maritim besar-besaran telah terjadi di antara penempatan orang-orang berbahasa Malayo-Polinesian dari Pasifik hingga ke Lautan Hindi pada masa silam.Bukti-bukti arkeologi dan rekod-
rekod terawal India dan China menunjukkan penduduk Pengasinan telah berurusan dengan orang luar seawal abad ke-8 hingga abad ke-10 Masehi dan catatan ini merekodkan perdagangan pedagang China dengan orang-orang Pengasinan.Malah ketua kaum di Pengasinan juga pernah melawat China.Ingat,para pelaut Sepanyol dan Portugis berebut ke Nusantara adalah untuk mencari jalan kuno 'Ophir' yang menjadi 'The King Solomon's Mines' pada zaman purba.Ini dijelaskan dalam manuskrip pengembara Sepanyol,Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas.Sila rujuk artikel 'The King Solomon's Mines'. Hari ini para pengkaji telah menjumpai persamaan perkataan Melayu Kuno era
Srivijaya dengan bahasa Assyria,Sumeria dan Ibrani Kuno,menunjukkan satu hubungan yang aneh,contohnya: Ancient Malay Abah (father,be dense) Datu,Datuk (a royal edict) Lahat (Tower) Mura (fear) Saka (to roam) Ancient Hebrew Abba Dath (ingat Darth Vader?) Lahat Moora
Shakah (ya,ini adalah hantu saka yang berpindah dari seseorang ke keturunannya) ...... ..... ...... ..... ..... (*Dan senarai ini amat panjang dalam kajian dari dokumen rahsia ini,dan kami telah menjumpai satu hakikat yang amat mengejutkan berkaitan asal-usul Melayu dan Mala dan ini amat kena dengan petunjuk di dalam Diari
Lodgekeeper...kami akan sentuh dalam artikel The Land of The Gods II) Ini menunjukkan terdapat hubungan perdagangan antarabangsa pada masa dahulu antara kerajaan Melayu Srivijaya (dan kerajaan-kerajaan Melayu Kuno yang diwarisi Srivijaya) dengan pedagang Yahudi,Parsi,Sumeria dan Mesir. Enpayar-empayar Melayu-Jawa seperti Srivijaya dan Majapahit yang pernah mendominasi seluruh Asia Tenggara menyaksikan peningkatan teknologi kapal dan perdagangan maritim.Ini disambut dengan Langkasuka sebagai kerajaan yang mengawal perdagangan di Indochina ketika itu.Kedua-dua empayar ini telah mempengaruhi banyak aspek kebudayaan penduduk Asia Tenggara,dari ukiran,tarian
kebudayaan dan bahasa (penduduk Indochina dipengaruhi aspek ukiran,kesenian dan tarian,Kepulauan Melayu dipengaruhi bahasa,pakaian dan budaya harian).Kemerosotan kedua empayar ini sehingga melenyapkannya menyebabkan kerancakan perdagangan maritim turut mengalami kesannya yang ketara di seluruh Asia Tenggara. Viking Timur Jauh:Catatan-catatan conquistador,pengembara Eropah dan rekod Maharaja China
Bangsa Mala adalah 'King of The Sea' pada masa lampau.Mereka adalah 'Viking Timur Jauh' yang menguasai laut dan perdagangan maritim.Segala rekod Emperium China yang berhubungan dengan Mesir,Babilon,kerajaan Rom dan India tidak boleh tidak mesti menyebutkan sedikit tentang peranan Kepulauan Melayu dan penduduknya,kerana Kepulauan Melayu ini adalah PENGHUBUNG DUNIA BARAT DENGAN PELABUHAN-PELABUHAN CHINA.SEbelum sampai ke China,mereka mesti singgah di salah satu pelabuhan di Kepulauan Melayu untuk menunggu perubahan
angin,memperbaharui bekalan makanan dan air,berdagang serta berehat.Kepulauan Melayu merupakan transit untuk ke Jepun,China dan Kepulauan Pasifik. Sarjana-sarjana China dalam abad ke-7M hingga ke-11M (Zaman Kerajaan Melayu Sriwijaya) berminat pada bahasa Melayu yang dikenalinya sebagai bahasa Kunlun(hampir sama dengan panggilan Yunani, Kolan/Colan), kerana mereka mendapati banyaknya karya ilmu dalam bahasa Melayu pada masa itu.Di dalam rekod purba China tercatat perkataan 'po' satu kapal besar yang boleh memuatkan 1000 orang. “Further information is to be found in the I-ch’ieh-ching yin-i,a dictionary compiled by Huei-lin which according to Pelliot was
completed in A.D. 817. Huei-lin gives a number of instances of po and includes the following passage: “Ssu-ma Piao, in his commentary on Chuang Tzü, says: “large ocean-going ships are called po”. According to the Kuang ya: ‘po is an ocean-going ship”. It has a draught of 60 feet (!). It is fast and carries 1000 men as well as merchandise. It is also called k’un-lun-po’. -Christie (1957), pp. 347-348. Kepulauan Melayu juga dicatatkan sebagai Pulau-pulau 'Kun Lun' sebagaimana kajian sarjana Eropah tentang Viking Timur Jauh ini: “By the third century B.C.E. the Chinese had taken notice of Malay sailors
approaching their shores from the “Kunlun” Islands in the southern seas, which the Chinese learned were “volcanic and invariably endowed with marvellous and potent powers”. . . . The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade. The Chinese, in fact, appear to have learnt much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundred years B.C.E., and by the time of the Han dynasty (206 B.C.E. to 221 B.C.) the Chinese were using such sails (Johnstone, 1980: 191-92) Di dalam keterangan di atas,orang-orang China zaman dahulu telah banyak belajar dari tukang-tukang kapal dan ilmu pelayaran dari 'islanders' ini di mana
diterangkan sebagai "as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade".Dan pada pada era Dinasti Han (206 hingga 221 Sebelum Masehi),orang-orang China telah menggunakan 'satu teknologi' baru perkapalan,seperti yang dijelaskan sebagai "a sail, made from woven mats reinforced with bamboo" padahal ia telah digunakan beratus tahun sebelum Masehi oleh orang-orang Melayu. Adalah mengejutkan apabila para sarjana Eropah dan rekod China ini menunjukkan teknologi perkapalan China dimajukan setelah para tukang kapal China belajar dari orang-orang Melayu Kuno terutama pembuatan jong.Maka lahirlah jong China yang terkenal itu sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini:
Menurut catatan Manguin,seorang sarjana Eropah: "Keterangan orang-orang China berkenaan kapal-kapal Melayu adalah seawal abad ketiga Masehi,menunjukkan kapal-kapal layar Melayu,iaitu jong (perkataan Melayu),sebuah kapal dengan lambung kapal yang berlapis-lapis.Perkataan Inggeris,junk selalu dirujuk sebagai kapal orang-orang China,sebenarnya kata ambilan dari kapal jong Melayu.Orang China juga mengenali bahawa perkataan mereka bagi kapal-
kapal Kunlun (sebutan orang China bagi penduduk Melayu) iaitu buo adalah perkataan asing yang dimasukkan ke dalam kosa kata bahasa China" (Manguin, 1980: 266-67, 274) Manguin mencatatkan lagi: "Secara purata,sebuah jong harus membawa empat hingga lima ratus metrik ton,namun sekurang-kurangnya sebuah jong cukup untuk membawa 1000 ton.Lapisan badan kapal dihubungkan dengan menggunakan tanggam:tiada bahan logam seperti paku digunakan dalam pembinaan kapal hebat mereka.Sesetengah bahagian-bahagian kapal kecil kapal digabungkan dengan menggunakan serat tumbuhan,tetapi ini bukan amalan pembuatan kapal besar.Sebuah jong biasanya mempunyai 2
hingga 4 tiang kapal termasuk tiang cucur (bowsprit),sebagaimana dua kemudi yang terpasang di kedua belah.Gandung kapal (outrigger),direka untuk menyeimbangkan kapal,di mana digunakan pada banyak kapal namun bukanlah karakteristik kapal yang berlayar di lautan kasar" (Manguin, 1980: 268-74)
Dan orang-orang Melayu juga adalah orang pertama yang menemukan teknologi layar 'balance-lug sail' dan ini
diakui oleh para sarjana sejarah perkapalan dunia: "The Malays were also the first to use a balance-lug sail, an invention of global significance. Balance-lugs are square sails set fore and aft and tilted down at the end. They can be pivoted sideways, which makes it possible to sail into the oncoming wind at an angle of to tack against the wind – to sail at an angle first one way and then the other, in a zigzag pattern, so as to go in the direction from which the wind is blowing. Because of the way the sides of the sail were tilted, from a distance it looked somewhat triangular. . . . It is thus quite likely that the Malay balance-lug was the inspiration for the triangular lateen sail, which was developed by sailors living on either side of
the Malays, the Polynesians to their east and the Arabs to their west. Precisely when the Polynesians and the Arabs began using the lateen sail remains unknown, but it would seem to have been in the last centuries B.C.E. It is known that the Arabs in the vicinity of the Indian Ocean were accomplished sailors by the first century C.E. and both they and the Polynesians apparently had the lateen sail by then" (Hourani, 1951: 102). Di bahagian laut selatan India,orang-orang dari India telah mengambil peranan aktif di dalam perdagangan dan penjelajahan.Dan ini diketahui umum antara sebab agama dan kebudayaan dari India mempengaruhi budaya Asia Tenggara.Namun,di Asia Tenggara sendiri,jika kita ingin bercakap tentang perdagangan maritim,orang-orang Melayu
adalah peneraju aktif dan penggerak perdagangan yang gigih.Petunjuk tentang peranan orang-orang Melayu ini ada dicatatkan seperti yang diberikan oleh Periplus,seorang sarjana: “*There+ are the marts of Camara and Poduce and Sopatma [on the Coromandel Coast of south-east India], where are local ships which sail along the coast as far as Limyrice, and others which are very large vessels made of single logs bound together and called sangara; those that cross over to Chryse and the Ganges are called colandiophonta and are the largest.” Kedua-dua istilah sangara (yang bermaksud gandang kapal) dan colandiphonta (ingat Kunlun atau Kolan,merujuk kepada pelaut Melayu)
adalah diyakini para sarjana lebih merujuk kepada orang-orang Melayu atau Indonesia berbanding orang India.Ini dibuktikan oleh rekod China (nasib baik Maharaja China menyimpan rekod tentang Melayu Kuno) di mana kata 'colondiophonta' diterangkan dengan lebih terperinci,di bawah nama 'Kunlun Po',dan mengesahkan kapal ini benar-benar besar.Ciri-ciri ini dijelaskan oleh Sitwell,seorang cendekiawan Eropah: "...Some of them could be over 200 feet long, and carry six or seven hundred men and some nine hundred tons of cargo – which makes them perhaps a shade larger than those other leviathans of the Ancient World, the grain-ships that plied between Alexandria and Rome. They were also probably faster: even the largest Roman ships usually managed with a single
enormous square sail, whereas a K’un-lu p’o had four sails and may even have arranged them in the fore-and-aft rig, like a schooner.” Sitwell (1984), pp. 146-147.
Jika orang-orang Rom berbangga dengan kapal perang mereka ketika berada di Laut Mediteranean,perasaan bangga ini mungkin bertukar sebaliknya apabila berhadapan dengan kapal-kapal pedagang Melayu ini (Kunlun Po) ketika perjalanan mereka ke Afrika atau ke Teluk Parsi.Kapal-kapal yang besar ini dengan teknologi perkapalan yang canggih tanpa
menggunakan paku (ini ciri khas seni pertukangan dan arkitek Melayu Purba,sepertimana pembinaan istana dan rumah),teknologi imbangan kapal dan sistem layar yang dinamik,menunjukkan ada tamadun purba yang hilang di Kepulauan Melayu,yang amat maju dan makmur,sejak kita tahu tentang penemuan penyelidik USM tentang puing-puing kilang-kilang melebur besi di Lembah Bujang dan tapak kota lama di Manjung dan Beruas.Jadi tidak hairanlah di dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada diceritakan tentang putera Rom yang berlayar untuk majlis perkahwinannya dengan puteri China,kemungkinan besar putera Rom ini menyewa kapal 'Kunlun Po' ini,kapal besar Melayu dahulukala untuk menemui puteri China.
Orang-orang Melayu Nusantara juga orang pertama yang menggunakan takal bulat berbanding ketika itu pelaut Arab dan China menggunakan takal segitiga.Ini kerana Tamadun Purba Melayu adalah pencipta takal bulat. Kapal-kapal orang Rom dan Arab mendominasi perdagangan dari Mesir ke India,namun majoriti perdagangan di antara India dan China dijalankan oleh kapal-kapal Melayu dan India.Ketika itu orang-orang China agak gerun dengan keadaan laut di selatan dan kurang berpengalaman dengan keganasan ombak dan perubahan angin di sekitar Kepulauan Melayu (Ini antara sebab kegagalan misi Monggol menawan Pulau Jawa dan menghalang armada China menawan Kepulauan Melayu).Holmgren,seorang sejarahwan Inggeris menulis:
"Alasan kekurangan minat orang China kepada perdagangan laut di sebelah selatan sebenarnya hanya dugaan dan sangkaan sahaja.Sebenarnya orang-orang China berasa takut dan tidak yakin untuk berlayar merapati pantai-pantai laut selatan yang berbahaya dan berisiko tinggi dengan perubahan angin monsun yang aneh,walhal orang Melayu,India dan Arab telah lama belajar secukupnya tentang angin bermusim dan pemanduan pelayaran untuk menghadapi lautan terbuka.Para pegawai di pelabuhan China Selatan,tidak menggalakkan aktiviti perdagangan yang tidak terkawal-satu polisi yang menggambarkan ciri pelabuhan di kerajaan tengah India.Hanya selepas kemungkinan tarikan komersil di zon perdagangan laut selatan menjadi ketara di abad kedua,perdagangan di laut selatan
mula diterima secara rasmi namun dibataskan kepada setakat pelabuhan Vietnam,Chiou-Chi.Pelabuhan Canton pula hanya digunakan pada abad ke-6 Masehi.Secara mudah,dan tidak diragukan lagi ia lebih bertujuan untuk mengawal kelompok-kelompok pedagang Asia Tenggara yang beroperasi secara bermusim dari usaha untuk menggalakkan perkembangan perkapalan orang China.Komuniti pedagang yang digelar Po-ssu di pelabuhan-pelabuhan China yang dirujuk oleh rekod China pada awal abad Masehi adalah pedagang Sumatera atau Semenanjung Tanah Melayu yang berdagang wangi-wangian Parsi,kayu gaharu,kemenyan serta mutiara yang dibuat atau dikumpulkan dari hutan-hutan tropika dan pantai-pantai dari seluruh Asia Tenggara.Dalam banyak kes,inisiatif di dalam perdagangan antara China di utara
dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera di selatan adalah hampir semuanya digerakkan oleh pedagang Melayu.Jika pedagang China cuba mendekati laut selatan,mereka berbuat demikian mungkin hanya sebagai penumpang dalam kapal 'Po-ssu' yang dikendalikan oleh orang Melayu atau Indonesia" (Holmgren (1980), p. 76) Ini menunjukkan pengiktirafan yang tinggi para sarjana sejarah perkapalan Barat terhadap kemampuan,kemahiran dan bakat yang ada pada orang di Nusantara (China menyebutnya sebagai Kunlun) sebagai 'The King of Sea'. Beberapa catatan Barat seterusnya mengenai kemahiran terahsia bangsa
Melayu yang tidak diketahui oleh anak-anak Melayu era siber dan rempit ini: Dari Jones,sejarahwan Eropah: "Ketika musim sejuk,kesejukan di Asia Tengah menyebabkan ketumpatan udara menjadi berat,ketika udara di laut lebih hangat dan ringan.Perbezaan dalam ketumpatan ini menyebabkan udara berat dari Asia Tengah menghembus menentang udara laut yang ringan,oleh itu dari Disember ke Mac angin kering dari Asia Tengah menghembus ke seluruh benua menuju ke lautan.Ketika bulan-bulan tertentu,angin ini adalah amat sukar diramal (ini yang digeruni oleh pelaut China).Walaupun ketika musim luruh,perubahan arah angin secara kasarnya lebih cepat,di dalam bulan April,pertukaran angin musim bunga dari
dalam ke luar adalah lembab menyebabkan kesempatanvterjadinya jenis angin yang pelbagai dari September ke November.Mengambil kesempatan dari corak angin bermusim ini,para pelaut Melayu mula mengawal angin monsun dan 'menunggangnya'.Mereka berlayar dengan angin di belakang mereka,dengan ini mereka telah berlayar beribu batu ke destinasi yang jauh-jauh.Kemudian mereka menunggu sehingga angin bertukar arah,di mana ini membenarkan mereka berlayar pulang ke rumah,dengan angin tetap di belakang mereka,menolak mereka ke kampung halaman dengan mudah. Jones menambah: "Setakat ini,cuma sedikit persamaan pendapat melihat kepada bilakah pelaut
Melayu pertama mencapai pantai timur Afrika dan Madagaskar,lebih dari 3000 batu ke barat,namun sesetengah percaya ia terjadi pada awal abad pertama Masehi.Dengan tarikh yang masih misteri bilakah mereka tiba di Afrika,dalam proses pelayaran merentasi beribu batu lautan selatan,para pelaut Melayu ini ini menyaksikan bahawa mereka membawa sejumlah tumbuh-tumbuhan dari Asia ke Afrika,termasuk pisang,kelapa dan cocoyam (sejenis ubi di Afrika Barat di mana terma cocoyam ini diceduk dari perkataan Melayu).Irama dari xylofon juga diceduk dari orang Melayu ke Afrika walaupun diketahui bagaimana alat muzik ini datang dari Afrika Timur ke Afrika Barat,di mana ia masih kedengaran hari ini,tetap meninggalkan sebab yang kontroversi" (Jones, 1971: 115–19).
Perhatikan catatan yang dikutip dari pengembara Eropah oleh pengkaji: "The Malay sailors may also have been riding the monsoons of the Indian Ocean to supply the Mediterranean market with cinnamon – a product of southern China – even before the development of an overland or overseas silk route. The Greek word for cinnamon was derived from a Malayo-Polynesian word, through Phoenician and Hebrew. Even though cinnamon was never grown commercially in Africa, Egyptian and Hebrew texts dated to the first millennium B.C.E. speak of cinnamon coming from Africa, leading several scholars to suggest that Malay sailors were responsible for bringing this cinnamon from the coasts of the South China Sea to East Africa. Pliny, writing in the first century C.E., describes an already
well-developed trade in cinnamon. The men who brought the cinnamon “put out to sea . . . when the east winds are blowing their hardest; these winds drive them on a straight course . . . from gulf to gulf.” Pliny calls their vessels “rafts,” a plausible but mistaken description of the Malays’ double outrigger canoe (Taylor, 1976: 45). The cinnamon they provided could then have been traded north by the East Africans until it reached Ethiopia, where Mediterranean merchants purchased it. There is also a thirteenth-century Arab text that refers to a Malay settlement in the vicinity of Aden sometime around the Roman conquest of Egypt in 31 B.C.E. Vast fleets of Malay outrigger canoes came and went from this place, it tells us, but eventually the settlers “grew weak, lost their seafaring skills, and were overrun by
neighbouring peoples.” (Taylor, 1976: 25, 39). According to the text, this happened after Egypt’s decline, and scholars have tentatively dated the settlement to the first century CE. At roughly the same time Malay communities were established on the island of Madagascar, some 250 miles off the East African coast, where their descendants still constitute the majority of the island’s population and Malayo-Polynesian languages are still spoken today by almost all. Given the many clusters of islands in the Indian Ocean and the Malay use of islands for navigating, their likely route to East Africa would have been by way of such island clusters, namely, the Maldives, the Chagos, the Seychelles, and the Comores (Taylor, 1976: 30, 45–46).” Shaffer (1996), pp. 15-16.
Perhatikan perdagangan kulit kayu manis oleh para pedagang Melayu sehingga mencapai Yunani (Greece),Phoenicia (Kanaan Kuno) dan Yahudi Kuno (Hebrew) sehinggakan kata 'cinnamon' dalam bahasa Yunani dikatakan oleh pengkaji ini diceduk dari perkataan Melayu Kuno selepas diubahsuai dari perkataan Phoenicia dan Yahudi.Di kota purba Aden (Di Yaman kini) terdapat penempatan para pedagang Melayu menurut teks Arab kurun ke 13.Maka tidak hairanlah rempah-rempah dan harum-haruman boleh tiba di istana Firaun dan benih-benih bunga-
bungaan dan pokok-pokok tropika boleh tiba di kota Babilon. Dalam Kitab Rujar, Al-Idrisi,sejarahwan Arab Kuno telah mencatatkan: "Penduduk Zabaj telah berlayar ke Sofala dan mengeksport besi dari sana,membekalkannya ke seluruh India.Tiada besi yang mampu dibandingkan dengan mutu dan kehalusan buatan dari Zabaj ini.Penduduk Zabaj kerap dipanggil di Zanj di dalam kedua-dua kapal besar dan kecil mereka dan berdagang barangan dengan mereka,sebagaimana mereka memahami behasa masing-masing" Zabaj adalah panggilan orang Arab bagi Srivijaya,empayar maritim Melayu
terbesar di Asia Tenggara.Di sini kita tahu sejak zaman Srivijaya,orang Melayu sudah pandai mengeksport besi pula ke India! Situasi Empayar Srivijaya yang memiliki kapal-kapal yang menakjubkan (contohnya Lancang Kuning yang dinaiki Emperor-emperor Srivijaya) disentuh oleh seorang pakar perkapalan Jerman,Horts H.Liebner ketika ditemuramah oleh The Jakarta Post: "Five hundred years before groups of ocean conquistadors from Portugal began their journey to look for new territories, ships from the islands now known as Indonesia were traveling around Asian waterswith very advanced technology. The preliminary scientific reconstruction of a shipwreck recovered from the Java Sea found that the ship had better technology
than those from Europe,China or Japan.The ship,believed to have sunk between 930 AD and 990 AD in a storm, was also bigger and better constructed.Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters long and 12 meters wide. At that period, China still had no ships thatcould sail the oceans, while European ships were much smaller. Imagine,the ship Columbus used to sail to America and 15th century Europeanships were all less than 20 meters,"
Renungkan bahtera besar yang diukir di candi Borobudur.Kemudian renungkan kata-kata PAKAR PERKAPALAN JERMAN ini.Adakah beliau berkata untuk menyedapkan hati orang Nusantara?Adakah sengaja mahu mengembangkuncupkan hidung orang-orang Melayu?Menaikkan punggung orang-orang Melayu ke paras maksima?Kemudian berjalan mendada tidak ingat dunia?TIDAK SAMA SEKALI. Beliau bercakap melalui fakta sejarah dan pengalamannya dalam bidang maritim.Sudah tentu catatan tentang Kepulauan Melayu telah ada di dalam simpanan Empayar Austria-Hungary (Jerman sebelum Perang Dunia Pertama) dan Kerajaan Perancis.Perhatikan semula kata-katanya yang penuh makna tersirat ini:
"Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters long and 12 meters wide. At that period, China still had no ships that could sail the oceans, while European ships were much smaller. Imagine,the ship Columbus used to sail to America and 15th century Europeanships were all less than 20 meters," Dan ini bertepatan dengan catatan para pengembara Eropah dan sarjana Inggeris seperti yang kita baca tadi.Semua ini menunjukkan Tamadun China banyak mendapat faedah dari pembelajaran mereka tentang pembuatan kapal dari orang-orang Nusantara khasnya para pelaut Melayu.Sebab itu kerajaan-kerajaan Melayu dahulu sukar dikalahkan melalui peperangan laut.Dan ini caranya Srivijaya,Majapahit dan Melaka
menguasai Selat Melaka,selat tersibuk di dunia.Siam mampu mengalahkan Kedah dan Patani,namun bukan Melaka,kerana Melaka adalah warisan Emperor terakhir Srivijaya,'The Lord of Sea'.JIka Funan menggelar raja-raja mereka,'The Lord of Mountain' (gunung adalah katakunci terahsia Melayu yang lain),Emperor-emperor Srivijaya adalah 'Dewa-dewa laut' yang menggerunkan.Dalam Sulalatus Salatin,dikisahkan Melaka mampu mematahkan dua kali serangan Siam (era Ayutthaya). Selain itu,Orang Sulu juga digeruni oleh penjajah Sepanyol,dan kemahiran ilmu laut Orang Sulu setanding dengan Orang Bugis.JIka Inggeris menganggap Orang Bugis sebagai lanun,Sepanyol juga menganggap Orang Sulu ini sebagai lanun
yang kasar dan kejam (padahal merekalah bangsa yang kejam dan ganas)
*Dari relief di Bayon,menunjukkan tentera laut Champa sedang berperang.Perhatikan kapal perang mereka. Di dalam Perang Kedah-Thai pada abad ke 19,ada diceritakan tentang kesukaran tentera Thai untuk mengalahkan tentera Kedah ketika peperangan di laut.Ini menyebabkan Thai menggunakan taktik pengecut yang sekian lama digunakan
apabila berasa terancam dengan kekuatan musuh;meminta bantuan kuasa Eropah,dalam kes ini meminta bantuan Inggeris.Angkatan Tengku Kudin (Tengku Kudin dianggap Inggeris sebagai 'lanun' Melayu paling licik dan dikehendaki) telah dikepung di dalam Kota Kuala Kedah oleh kira-kira 80000 tentera Siam.Askar bantuan dihantar dari Sungai Perai,namun tiba-tiba dibedil Inggeris yang campurtangan setelah berpakat dengan Thai.Wan Muhammad Ali(anak Datuk Seri Kerma Jaya)yang begitu berjaya dalam kempen menentang tentera Thai di laut sebelum itu telah diserang dan dikejar oleh kapal perang Inggeris.Ilmu pelayaran dan teknologi pembuatan kapal layar yang ada pada orang Melayu nyata berguna pada Angkatan Wan Muhammad Ali yang berjaya menghindari kapal perang Inggeris.Dengan jong yang lebih ringan
dan laju angkatan tersebut berjaya menjarakkan diri dari angkatan Inggeris dan belayar bersembunyi di selat-selat kecil di Langkawi.Namun Inggeris yang tidak berpuas hati telah maju ke Pulau Langkawi dan menyerang kubu dan merampas meriam-meriam orang Langkawi dikala tentera-tentera pengecut Thai menunggu-nunggu berita peperangan Inggeris dengan tentera laut Kedah yang sukar ditewaskan mereka itu.Wan Muhammad Ali terpaksa berundur ke Sumatra dan menetap di sana. Kedah akhirnya berjaya menghalau tentera Thai setelah menyaksikan kelicikan Paduka Raja Jambangan atau Tunku Anum (Lelaki).Dengan helah dan tipu muslihatnya,Kedah dapat dibebaskan dari taklukan Thai.Beliau telah
dianugerahkan wilayah Kubang Pasu sebagai negeri yang bebas dari Kedah oleh Sultan Ahmad Tajuddin.Dalam kempen yang diketuainya,Tunku Anum membiarkan dirinya menjadi tawanan raja Ligor untuk mengkaji kekuatan Angkatan Ligor yang merupakan penghasut utama kepada raja Thai supaya menyerang Kedah. Berbalik kepada rekod tentang kapal-kapal Melayu,R.O Winstedt (ada juga pandangannya yang jujur),dalam bukunya,"A History of Johor' mencatatkan laporan dua askar Belanda tentang geliung-geliung Johor ketika perdagangan di Betawi dan Melaka: Rekod dari Dargh Register pada tahun 1968 hanya mencatatkan satu lawatan
oleh geliung Johor membawa barangan dari Gujerat.Pada April 1661,catatan Belanda:'Gonqua' dari Johor dengan sebuah kapal geliung,26 anak kapal...." Pada abad ke 17 di Asia hanya Jepun dan beberapa kerajaan Asia Tenggara tertentu termasuk Kesultanan Johor diketahui mahir dalam membuat kapal geliung.Negara-negara Asia yang lain seperti India dan China ketika itu memiliki kapal-kapal besar namun ketidaksesuaian rekabentuk tradisional mereka tidak mampu menghadapi kapal-kapal pedagang Eropah yang dilengkapi persenjataan berbeza dengan tukang-tukang kapal Melayu yang membuat kapal mengikut kesesuaian keadaan dan pandai menggabungkannya dengan rekabentuk kapal-kapal asing.Kapal Bedar misalnya adalah revolusi kapal Melayu yang
digabungkan dengan senibina kapal-kapal Eropah,dengan penambahan tiang cucur (bowsprit) gaya Eropah.
Perlu diingat sehingga awal abad ke-20,Johor adalah satu-satunya negeri Melayu yang tidak dinaungi Inggeris,dimana tidak menerima residen Inggeris.Johor menerima residen Inggeris secara rasminya pada tahun 1914,menunjukkan Tanah Melayu secara rasminya terjajah keseluruhannya bermula tarikh ini.Johor moden adalah
warisan dari Empayar Johor-Riau,yang sebelum itu mewarisi saki-baki wilayah Empayar Kesultanan Melaka.Ketika kapal-kapal China kalah perang dengan Inggeris semasa siri Perang Candu dan kapal-kapal raja-raja Tamil dan Moghul musnah oleh privateer Inggeris yang menggunakan kapal jenis frigate yang pantas dan berkuasa tinggi (The Black Pearl dalam filem Pirates of Caribbean adalah contoh kapal jenis frigate),geliung-geliung Johor mundar-mandir di Selat Melaka tanpa diganggu oleh Belanda dan Inggeris.Kepantasan geliung Johor bergerak dengan sokongan meriam-meriam jarak dekat dan meriam mortar agak menggerunkan Inggeris untuk mendesak Sultan Abu Bakar menerima residen Inggeris.Sesetengah geliung juga mampu menempatkan meriam-meriam di hadapan kapal (seperti kapal The Flying
Dutchman dengan triple cannonnya).Kecerdikan para tukang timbal kapal Melayu ketika itu membantu merevolusikan kapal Melayu dari jong hinggalah ke geliung menunjukkan mereka sekali lagi adalah 'The Lord of Sea' walaupun dihimpit penjajahan kuasa Eropah.Mereka mewarisi kemahiran para pembikin kapal Melayu yang membawa pelaut Melayu hingga ke Afrika dan Mediteranean,berdagang dengan kerajaan Israel Kuno serta bangsa purba Phoenicia dan Sumeria yang sudah pupus pada hari ini.Yang tinggal cuma bangsa Yahudi sahaja pada hari ini yang telah menubuhkan 'Israel Baru'.Menariknya,keturunan 'pelaut Melayu' yang gigih ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Yahudi Moden pada hari ini,tidak seperti di
zaman Israel Raya (Daud dan Sulaiman),Samaria dan Israel Utara. Kerajaan Aceh juga pernah menggunakan kapal jenis geliung ini,terutama ketika menghadapi serangan Portugis.Catatan dari conquistador Portugis: "Dalam pertempuran 1583 kapal laksamana Coutinho telah dimusnahkan oleh geliung-geliung Aceh .Beberapa geliung Aceh juga turut musnah" Kejayaan Aceh memusnahkan angkataan laut Portugis berhampiran Pulau Bintan pada tahun 1614 menjadikan mereka satu-satunya kerajaan di rantau ini yang pernah menewaskan sebuah kuasa Eropah dalam pertempuran laut . Dalam perjalanan pulang mereka telah “singgah” di Melaka untuk membedil dan
menenggelamkan kapal-kapal musuh yang sedang berlabuh.
*Perbandingan antara kapal Laksamana Cheng Ho (besar) dengan kapal Columbus.Mungkin beginilah kapal Lancang Kuning kenaikan Emperor Srivijaya dan Mendam Berahi.
Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia: "Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships;naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo"
Perhatikan kata-kata ini: ""Her sides were so high...." Menunjukkan geladak kapal yang lebih tinggi dari kapal-kapal Portugis ketika itu.Ini terbukti dengan kegagalan Portugis mahu menawan Aceh.Hanya Belanda yang mampu menekan Aceh kemudiannya setelah muncul sebagai kuasa laut Eropah yang baru ketika Sepanyol dan Portugis meniti zaman kemerosotan penjajahan maritim. Begitulah kisah silam orang Melayu Nusantara yang gemilang.Bagaimana Tamadun Mesir dan Sumeria mengenal Dunia Melayu dengan rempah,kapur barus dan wangi-wangian
kemenyan,dunia juga mengenal bangsa ini sebagai pelaut,pelayar dan pengembara maritim yang gagah.Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini memperlekehkan sejarah bangsanya,namun dunia tidak pernah lupa kepada kegigihan para pelayar Melayu ini meredah ombak,merenung bintang-bintang di langit dan merasa pergerakan angin,berlayar beribu-ribu batu,sehingga sampai ke pantai-pantai Afrika,Teluk Parsi dan Mediteranean. Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini memperlekehkan kemampuan nenek moyang mereka,namun dunia masih menyimpan kenangan bagaimana pelaut-pelaut Melayu tekun bertukang membina kapal-kapal,memasang layar dan menyorong kapal ke laut.Ombak dan pantai masih
mengingati para pelaut ini menyeka peluh dan membanting tulang melaraskan layar-layar dan kemudi kapal.Angin laut masih rindukan wajah-wajah pengembara Melayu menyongsong ganas ombak dan azab di lautan,kerana angin dan bayu laut inilah teman mereka gembira dan menangis ketika kesepian di tengah-tengah lautan luas.Tidak mengapa anak-anak Melayu mengetawakan para pelaut ini,namun dakwat para pengkaji Barat dan Timur masih hitam lagi membela para pelaut Melayu ini dari kejahilan dan kedunguan anak-anak Melayu yang terjajah mindanya oleh penjajah. Anda boleh menghayati kenangan kehidupan dari sisi kapal-kapal Melayu dan kehidupan pelaut dengan membaca dua karya tentang perkara ini,iaitu Novel Sukma Angin hasil karya Sasterawan
Negara Arena Wati.Novel ini mengisahkan kehebatan kapal layar dagang Melayu terakhir.Satu lagi adalah karya penulis tersohor tanahair,Faisal Tehrani dengan karyanya,Bedar Sukma Bisu. Jika sekiranya orang Melayu duduk di hutan dan gua-gua sambil bermain dengan monyet dan tupai,sekurang-kurangnya fikirkanlah,bagaimana keturunan Merina di Madagaskar mengaku berasal dari Kepulauan Melayu dan bahasa Malagasy adalah sekelompok dengan bahasa Melayu bukan bahasa Afrika.Para pelaut Melayu telah berlayar sehingga ke Madagaskar dan Afrika menghasilkan raja-raja Dinasti Merina yang telah memerintah Madagaskar sekian lama sehinggalah penjajah Perancis tiba.Kehebatan ilmu pelayaran Melayu yang sanggup belayar hingga ke Afrika ini
diabadikan oleh seorang pengkaji sejarah orang Melayu dari Eropah,John Tiffany sebagai “The Viking of the Orient”
Sepatutnya kerajaan Melaka membina kembali kapal Mendam Berahi,bukannya kapal Flor de La Mar malahan kapal Mendam Berahi lebih besar dan hebat dari Flor de La Mar.Flor de La Mar hanya sebagai bukti jiwa Melayu yang
terjajah,namun jika anak Melayu hari ini dapat melihat replika Mendam Berahi,betapa mereka nanti akan menyelami kehebatan nenek moyang mereka membina kapal yang sehebat itu.Menyelami sehingga ke sejarah pelayaran Melayu ke Madagaskar,menjadi raja-raja Merina,memerintah suku-suku kaum Afrika di pulau itu. Satu perkara yang menyentuh jiwa berkenaan raja-raja Merina ini,apabila mereka meninggal dunia,mereka mewasiatkan mayat mereka ditanam di dalam makam berbentuk rumah tradisional Melayu,walaupun kehidupan harian mereka tidak berbeza dengan suku-suku kaum Afrika yang lain. Artikel ini diakhiri dengan gambar makam diraja Merina di Madagaskar,Afrika..dan
hayatilah misteri makam sepi ini,sesepi hati perantau Melayu di bumi asing.
Caption: The tombs of 19th-century Merina dynasty rulers Queen Rasoherina and King Radama I stand side by side on burial grounds in
central Madagascar. The Merina culture descended from that of the original Malay settlers of Madagascar and rose to prominence during the early 19th century. Many Merina rulers, including King Radama I, resisted the initial European presence on Madagascar. Merina rulers fought against colonial expansion until the French takeover of Madagascar in 1896.(Microsoft Encarta 2009) ---------------------- Next...
Alter Terahsia Bangsa Melayu 'X' Edition The Land of The Gods II
-Siapa penduduk asli Indochina? -Mon-Khmer dan Malayo-Polynesian -Perak Man dan Jawa Man -Apa yang terjadi di Promised Land beribu tahun dahulu? -Siapakah Funan?Orang Mon,Khmer atau Melayu? -Rahsia Borobudur dan Angkor Wat -Kota Khmer di dasar Tasik Chini -Sumeria dan Ibrani serta hubungan dengan Melayu Kuno -Tulisan Purba orang Melayu -Mengapa Tamadun Purba Melayu jatuh? -Teori Peradaban -Teori Kemerosotan -Rahsia tersembunyi di The Land of The East -Dewa-dewi di Golden Chersonese -Nenek Moyang Para Firaun
Semakin dikuak rahsia,semakin tercerna pelbagai misteri!SEmakin diteguk segala ilmu,semakin haus dengan kebenaran!
Alter Terahsia Bangsa Melayu X
Lebih kurang 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,di dunia sebelah sini.....terdapat sebuah kota yang amat makmur dengan hasil perdagangan.Kapal-kapal bersimpang-siur di satu selat yang paling sibuk di dunia,menghubungkan dinasti-dinasti China dengan Kaisar dan Kisra.Kehidupan di sini amat mewah,telah ada universiti-universiti pengajian bahasa dan kebudayaan.Telah ada sarjana dan rahib-rahib yang belajar dan mengajar,dengan beribu-ribu orang murid tekun menekur di hadapan para pendeta.Ketika di Tanah Arab,wanita dijadikan pemuas nafsu dan dianggap sial,di sini...wanita dilayan dengan penghormatan tinggi dan ada yang menjadi raja!
Dan lebih kurang 1000 tahun sebelum kelahiran Rasul terakhir itu juga,nama 'Melayu' telah tercatat di dalam Ramayana dan Purana,menjadi sebutan para rishi dan orang suci,merujuk kepada Sumatera dan Kepulauan Melayu...cerita tentang percintaan dewa-dewi,konflik dan dendam,semuanya berlaku di sini. Para Firaun memanggil tempat ini,The Land of Gods...dunia yang penuh dengan misteri dan rahsia terpendam.Di dalam suhuf-suhuf dan prasasti-prasasti Ibrani Tua,mereka menggelarnya sebagai,The Land of The East.Sebuah tanah yang dianggap bertuah dan penuh dengan kekayaan,raja-raja Sumeria dan Akkadia menganggap tanah ini adalah 'kayangan' yang melimpah ruah dengan emas dan perak,menjanjikan kekayaan dan kuasa kepada siapa yang memilikinya.
Dalam artikel ini,kita akan belajar ciri-ciri The Land of Gods ini.Kita akan mengenali lebih dekat apa yang sebenarnya terdapat di sini,sehingga ia dipandang tinggi sedemikian rupa.Kita akan belajar memahami,tentang cinta tiga segi antara Ravana,Rama dan Sita dan kemunculan Hanuman yang dipuja oleh penganut Hindu,yang membantu Rama,di sini...mengapa Kerajaan Israel Raya menghantar kapal-kapal ke sini 10 abad Sebelum Masehi,dan para Firaun mengunjungi tanah ini 3500 tahun yang silam,dan mendakwa ia adalah tanah nenek moyang mereka,di dalam The Egyptian Book of The Dead.Kita juga akan mengetahui satu rahsia besar;tulisan purba orang Melayu yang menyimpan rahsia yang tersembunyi beribu-ribu tahun...tanda keturunan mereka yang
bersambung dengan Nabi Ibrahim di Tanah Kanaan (Canaan/Phoenicia).Dan pembukaan rahsia yang lebih besar...tamadun kuno yang tenggelam beribu-ribu tahun yang silam,terselamat...kemudian bermula di sini! The Land of Gods II
"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di
sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...." (catatan I-Tsing,sami dan pengembara China yang mengunjungi Sivijaya pada abad ke-5 Masehi)
Nasib manusia sama sahaja walau di mana sahaja.Kehidupan ini ibarat roda,sekejap di atas,sekejap di bawah.Ada masa-masa susah ada masa-masa senang.JIka dahulu sesuatu bangsa itu pernah membina peradaban tinggi,tidak mustahil suatu hari nanti,peradaban itu akan lenyap,dan bangsa itu akan terkial-kial untuk mempertahankan kewujudannya.Inilah yang terjadi kepada kaum-kaum di Amerika Tengah.Dahulu orang
Aztek,Inca,Toltek dan Maya adalah kaum-kaum yang tinggi peradabannya.Mereka mampu membina piramid-piramid besar dan lanskap bandar yang sistematik.Ilmu astronomi dan matematik mereka amat menakjubkan.Orang Aztek dan Maya contohnya,adalah kaum-kaum yang tinggal di kawasan kota.Mereka adalah 'urban people' yang moden dan maju berbeza dengan kaum-kaum Red Indian seperti Comanche,Apache dan Cherokee,sekadar menyebut beberapa nama.Selalunya mereka akan menyerang penduduk-penduduk 'kampung' di sekitar jajahan mereka,dan menjadikan tawanan perang mereka sebagai hamba atau korban dewa-dewa.Anda boleh membayangkan suasana orang Maya atau Aztek ini berbanding kaum-kaum lain di benua Amerika dengan menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson.Lihat
perbezaan antara mereka dengan kaum-kaum lain yang masih tinggal di hutan dan berburu binatang.Perhatikan betapa terkejutnya kaum-kaum yang ditawan itu apabila melihat kota orang Maya yang amat besar dengan bangunan-bangunan piramid yang tinggi-tinggi dan rumah-rumah batu yang moden berbanding kediaman mereka di hutan rimba.Dari mana orang Maya belajar semua ini? Hari ini semua kaum-kaum 'urban people' tadi sedang menghadapi kepupusan,malah ada yang pupus terus seperti orang Toltek dan Inca.Nasib mereka sama seperti nasib penduduk 'kampung' yang dijarah mereka dahulu.Inilah bayangan 'apocalypse' seperti yang dimimpikan oleh 'Jaguar Paw' dan ramalan budak perempuan kecil yang aneh di dalam satu adegan Apocalypse.Di
akhir filem ini barulah kita tahu apakah sebenarnya dimaksudkan dengan 'apocalypse' itu,seperti ramalan budak perempuan aneh tersebut.Bacalah sejarah conquistador Sepanyol yang menipu dan menjarah kekayaan orang Aztek.Teliti bagaimana kelicikan Francisco Pizarro memperdayakan Atahualpa,pemerintah Inca ketika itu menyebabkan Pizarro berhasil menjarah kekayaan Inca bernilai 100 juta US nilainya pada hari ini!
Belajar bagaimana Hernan Cortes,seorang lagi conquistador tamak yang
memperdayakan Montezuma II,Emperor Aztek dan Cuauhtémoc,anak saudaranya.Jika orang Inca berjaya diperdayakan sehingga menunjukkan bilik rahsia harta karun mereka itu kepada penjajah Sepanyol ini,tetapi Cuauhtémoc,raja terakhir orang Aztek itu enggan mendedahkan lokasi harta karun Aztek disimpan kepada Cortes.Inilah asas kepada cerita National Treasure,Book of Secret,berkenaan legenda Cibola,satu kota yang penuh kekayaan.Kesilapan yang ketara kepada kedua-dua pemerintah Inca dan Aztek ini ialah menganggap pendatang Sepanyol ini adalah jelmaan dewa-dewa mereka,padahal orang-orang Sepanyol yang tiba di ibukota Inca dan Aztek ini teramatlah terkejut dengan piramid-piramid dan bandar orang-orang yang dianggap mereka sebagai aborigine dan kurang bertamadun.Mereka amat
hairan dengan perhiasan emas yang boleh dijumpai merata-rata dipakai oleh orang Aztek dan Inca itu.Dan satu fakta sejarah yang perlu kita tahu,minuman coklat yang kita minum hari ini adalah berasal dari minuman raja-raja Aztek!
Minuman coklat adalah minuman kesukaan Montezuma,dan merupakan minuman diraja.Montezuma apabila mahu dihidangkan air coklat,beliau akan memasukkan campuran rempah-rempah khas ke dalamnya.Apabila orang Sepanyol tiba,betapa hairannya mereka dengan minuman yang amat lazat ini dan membawa resepinya ke Eropah.Inilah
permulaan kepada Milo,Ovaltine dan Vico.Montezuma juga mempunyai perpustakaan yang menyimpan tablet-tablet berisikan khazanah ilmu matematik dan astronomi purba,malangnya,para conquistador yang dungu dan tamak ini bertindak seperti kaum gasar (barbarian) atau monggol,membakar dan memusnahkan apa saja.Ini juga telah berlaku kepada kaum Maya,di mana penjajah Sepanyol ini membedil khazanah ilmu pengetahuan kaum Maya yang tidak ternilai harganya.Sehingga ke era moden,pengetahuan sains yang tinggi,yang dimiliki oleh kaum Maya tidak diketahui oleh dunia,sehinggalah ditemui pecahan-pecahan tablet berisikan kiraan matematik dan rekod-rekod astronomi dari penggalian arkeologi,berasal dari balai cerap kaum Maya.Salah satunya ialah Kalendar Maya atau Kalendar 2012
yang popular itu.Dari sini,barulah dunia tahu betapa bernilainya khazanah ilmu pengetahuan Tamadun Maya.Itu baru kalendar,bagaimana dengan beribu-ribu ton tablet berisikan karya-karya agung dalam bidang sastera,sains dan teknologi...yang dipecahkan dan dilumatkan oleh penjajah Sepanyol yang tolol itu?Kalendar Maya terselamat kerana ia diukir pada meja batu yang teguh.
Kisah sedih tamadun-tamadun di Amerika Tengah itu mempunyai persamaan dengan tragedi yang melanda orang Melayu,khasnya orang-orang Champa.Orang Champa (Cham) adalah dari keturunan Melayu berdasarkan bahasa dan budaya mereka.Lama sebelum Angkor Wat dikatakan 'dibina' oleh Suryawarman II,orang Cham telah memiliki tamadun yang amat hebat dan setanding dengan satu lagi kerajaan orang Melayu yang hilang,Funan.Tamadun Champa adalah kuasa laut ketika itu,dengan kapasiti perdagangan yang luas dan koridor ekonomi yang mantap,dibantu dengan lokasi strategik 'Laluan Sutera Laut' antara China dan India.Tamadun Champa juga memiliki rahsia yang jarang diketahui oleh masyarakat dunia,apatah lagi orang-orang Melayu di Malaysia yang sibuk bercakaran
sesama sendiri,menghina raja-raja (sedihnya,yang sudah dijemput Allah s.w.t pun masih menjadi mangsa hinaan),membuang anak,merempit,menjadi pelacur dan bapuk,berpolitik secara dungu,berpecah-belah,kafir-mengkafir,wahabi-mengwahabi,mempersendakan nama 'Allah' sehingga setaraf dengan Tuhan Anak,wang rakyat didahulukan perut sendiri diutamakan,mengabaikan pelajaran,mengabaikan agama sendiri,mementingkan diri,hasad dengki sesama sendiri,murtad,menjadi Islam Liberal,gelojoh menjual tanah rizab kepada bangsa asing yang tamak dan ada agenda sendiri,menjadi Sekular,berpecah-belah,membiarkan warga asing membanjiri mengaut kekayaan tanah tumpah darah,menjadi talibarut CIA,Mason,Zionis-Komunis dan pencacai
Dajal,menjadi bodoh,buta,bengap,lembab,pekak,tuli dan bisu. Belajar dari sejarah itu penting,sebelum kita pupus dan hanya tinggal nama di dalam buku sejarah dan muzium.Ambillah pengajaran dari sejarah,sebelum kita 'disejarahkan'.Seperti orang Melayu yang dimuziumkan di Kota Singa.
*Prasasti Cham banyak menyimpan rahsia rumpun Melayu pada masa silam
Orang Champa sebenarnya memiliki ilmu sains dan matematik yang tinggi.Mereka sudah pun memakai sistem ukuran metrik yang maju dan sistem perpuluhan dalam pernomboran.Mahu lagi?SATU RAHSIA YANG MASIH TIDAK DIKETAHUI SECARA MELUAS OLEH DUNIA,SEBENARNYA ORANG CHAM LEBIH AWAL MEMAKAI ANGKA SIFAR (ZERO) DALAM SISTEM ANGKA jauh lebih awal dari orang-orang Arab yang kemudiannya memperkenalkannya kepada orang Eropah.Mungkin ramai anak Melayu yang dungu dan mengabaikan pelajaran akan memperlekehkan pencapaian orang Melayu Cham yang hanya merintis penggunaan angka '0',namun perlulah diberitahu kepada mereka yang 'inferior' ini,para pembina piramid,Taman Tergantung Babilon,Rumah Api Alexandria hatta KLCC,Taipei 101,WTC yang runtuh
serta bangunan tertinggi di dunia setakat ini yang berada di Dubai itu,tidak mungkin dapat dibina tanpa kewujudan angka '0' ini.Penemuan dan pemakaian angka '0' ini amat besar ertinya dalam sejarah dunia metematik dan tamadun yang merintis penggunaannya adalah tanda bahawa tamadun itu amat hebat dan berperadaban tinggi.Ini masih tersimpan rapi di dalam berpuluh-puluh atau mungkin mencapai ratusan manuskrip,prasasti dan ukiran Cham yang bertaburan di seluruh dunia,sebahagian besarnya disimpan oleh orang Vietnam yang akhirnya mula sedar betapa orang Champa amat maju,berbanding ekonomi Vietnam sekarang ini yang mundur sehingga ramai orang Vietnam 'hanyut' ke Malaysia meminta simpati pekerjaan demi sesuap nasi.Hanya anak-anak Melayu yang malas belajar dan bekerja tidak tahu
diuntung,dapat duduk di atas Suvarnabhumi (Bumi Emas) ini,padahal bangsa-bangsa asing berebut-rebut mahu tinggal di sini,kalau boleh biar orang-orang Melayu ini dicampak ke Selat Melaka semuanya,dan semua bangsa di dunia ini dapat tinggal aman damai di tanahair orang Melayu ini sambil mengaut dan memakan hasil bumi yang berlimpah ruah,termasuk hasil minyak dan emas perak.Hari ini telah menjadi trend pihak-pihak yang bodoh sombong yang semata-mata mahu mengambil tanahair orang Melayu ini,sanggup mengatakan yang bukan-bukan kepada orang Melayu.Ultrakiasu menuduh orang Melayu pendatang juga,dan membela Orang Asli sebagai Bumiputra sebenar.Padahal jika Orang Asli pula yang memegang Malaysia,mungkin Ultrakiasu ini pula menuduh Orang Asli ini pendatang
dari Afrika atau Pasifik,dan membela orang Melayu sebagai Bumiputra pula.Pengganas LTTE mendakwa tanahair orang Melayu ini sebahagian dari Great India,padahal orang India (Tamil terutamanya) tidak pernah menawan pun mana-mana wilayah Melayu pada zaman dahulu,kecuali serangan Raja Chola yang hanya berani menyerang pelabuhan-pelabuhan dan wilayah jajahan Srivijaya.SEbelum sempat Emperor Srivijaya mahu mengumpulkan balatentera seluruh Nusantara,terkocoh-kocoh raja Chola balik ke India tanpa berani memegang sesaat pun wilayah Nusantara yang diserangnya untuk 'mengacah-ngacah' Emperor Srivijaya itu.Mungkin raja Chola berbuat demikian mengenangkan kisah kepala raja Khmer yang dipancung Emperor Srivijaya akibat mempersendakannya.Tidak pernah pula
dalam sejarah,Raja Chola menjadi raja di Perak dan Johor pada zaman dahulu.Yang ada tercatat dalam sejarah,ketika kemuncak kekuasaan Empayar Melayu Srivijaya,ialah pengaruhnya sehingga sampai ke Sri Lanka,timur laut dan selatan India.
*Puing-puing Universiti Nalanda di Bihar,India. Di India sendiri,kerajaan Srivijaya membina penempatan bagi para pedagang Melayu dan sarjana-sarjana mereka,membina biara dan institusi
pengajian,kerana ketika itu,orang Melayu Srivijayalah pakar dalam bahasa Sanskrit...dikala bahasa suci itu dihadkan kepada kasta-kasta kepada sukukaum di India.Raja Chola tidak pernah membina penempatan di Nusantara.Tetapi pedagang-pedagang Melayu telah pun menetap dan memiliki tanah di India ketika itu.Malah para sarjana Melayu adalah antara pensyarah di Universiti Nalanda yang terkenal pada abad ke 7 Masehi yang menempatkan 2,000 pensyarah dan lebih 10,000 pelajar.Malah kerajaan Srivijaya juga membantu membina kampus-kampus di universiti itu malah kolej kediaman juga bagi para pelajar Nusantara dan pensyarah Melayu.Ini samalah seperti fungsi Malaysian Hall di United Kingdom.Kerajaan Melayu Srivijaya membantu membina universiti di India
kerana universiti-universitinya sendiri di Sumatera termasuk 'kolej-kolej swasta' mereka tidak mampu menampung kebanjiran pelajar dari seluruh dunia terutamanya dari China dan Tibet.Ini dirakamkan dan disahkan oleh I-Ching,seorang sami,sarjana dan pengembara China dan juga Atisa,seorang sami dari Tibet. Tidak mustahil ketika itu ada para pensyarah Melayu atau pelajar mereka yang berkahwin dengan orang-orang Hindi di Bihar,berwajah seperti Preity Zinta dan Madhuri Dixit misalnya dan menghasilkan keturunan Melayu yang segak-segak di Nusantara. Ada juga orang-orang tertentu yang tiba-tiba mengaku sultan dan meminta rakyat menganggapnya sebagai sultan.Ada juga
yang mendakwa waris maharaja tertentu dan mendakwa orang Melayu merampas takhta maharaja ini malah menuduh orang Inggerislah yang memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu seolah-olah orang-orang Melayu terlupakan nama bangsanya sendiri.Semuanya salah orang Melayu malah jerih perih orang Melayu mempertahankan negeri Kedah dari ancaman Thai seakan-akan dilupakan.Orang lain yang bergaduh,tidak semena-mena orang Melayu terkena tempiasnya.Bayangkan orang-orang Melayu lembik dan mengalah kepada Thai,sudah tentu negeri Kedah sekarang menjadi wilayah Saiburi bersama-sama wilayah Patani,Narathiwat,Yala dan lain-lain.Keturunan waris maharaja juga pasti tidak bersisa dikerjakan raja Thai,malah raja Thai akan berparti sakan memburu dan membunuh keturunan maharaja
sebab dapat berlaku bebas kerana Kedah menjadi Saiburi dan dibawah kawalan Thai.Bukan sahaja tiada universiti seperti UiTM yang memberi kelonggaran kepada bumiputra,malah keturunan maharaja mungkin akan dibiarkan buta huruf dan tiada berpelajaran apatah lagi dibiarkan menjadi pensyarah atau penulis blog.Mungkin ada yang dibiarkan hidup setelah terpaksa mengaku bertaatsetia dengan raja Thai,menjadi orang Thai,bernamakan Thai tinggal lagi tidak beragama Buddha. Daripada bertaatsetia dengan raja Thai,lebih baik berpayung dibawah raja-raja Melayu,yang bersaudara dengan maharaja.Jadi daripada mengejar pangkat dan darjat,bersyukurlah dapat hidup di bumi Allah ini bersama-sama orang-orang Melayu yang peramah dan baik hati.
Adakah Inggeris mengadakan sayembara mencipta nama bagi penduduk Tanah Melayu di negara mereka?Orang Melayu bukanlah seperti penduduk Kepulauan Filipina yang dipaksa menjadi bangsa Filipino,di mana perkataan 'Philippines' berasal dari nama raja Sepanyol iaitu Philip II.Mengapa Inggeris tidak memberi nama seperti 'Elizabetania' kepada orang Melayu ini melambangkan nama Queen Elizabeth atau 'Elizinno' jadi bolehlah penduduk Tanah Melayu berbangga menjadi bangsa Elizinno ini.Betapa kurang berpendidikan orang yang dengki kepada orang Melayu ini padahal nama Melayu itu sudah ada di dalam kitab Ramayana dan disebut-sebut dalam Purana,beribu tahun sebelum kelahiran para penjajah Inggeris ini ke dunia yang fana ini,yang diwar-warkan memberi nama 'Melayu'
kepada orang Melayu.Pulau-pulau Melayu disebut 'Malayadvipa' di dalam hikayat dewa-dewi Hindu.Bagaimana pula nama 'Melayu' itu ciptaan Inggeris padahal para rishi dan dewa-dewi Hindu amat kenal dengan orang-orang Melayu ini lantas menamakan Kepulauan Melayu sebagai Malayadvipa bersempena penduduk kepulauan ini memanggil diri mereka Mala,Malayu atau Melayu.Jadi sudah tentu 'Englishmen' mengenal penduduk ini sebagai Malay,iaitu diceduk dari Sanskrit dan bahasa Sanskrit adalah sumber kosakata bagi bahasa Inggeris Kuno.Perkara ini terjadi kerana terlalu tergesa-gesa mahukan pengiktirafan,harta,pangkat dan kuasa tanpa mahu menyelidik dahulu duduk perkara sebenarnya.Memang tidak dinafikan Stamford Raffles,Winsdtedt serta anak muridnya Munshi Abdullah
'ada campur' tangan dalam sejarah Alam Melayu khususnya Tanah Melayu namun bukan nama 'Melayu' itu.Jika orang yang kurang berpendidikan ini masih berdegil mengatakan Inggeris yang memberi nama 'Malay' atau Melayu itu,bagaimana Vyasa,seorang rishi legenda mencatatkan nama 'Pulau-pulau Malaya' (Malaya-dvipa) di dalam kitab-kitab sasteranya?Mengapa Valmiki,seorang lagi sasterawan Hindu yang mengarang Ramayana menyebutkan Rama,seorang dewa Hindu yang dianggap inkarnasi ketujuh kepada Vishnu telah ditolong oleh Hanuman,seorang lagi dewa,juga di 'pulau-pulau Melayu' yang juga terdapat istana dan kediaman Ravana,seorang lagi dewa berwatak jahat.Kitab-kitab seperti Ramayana dianggarkan dikarang kira-kira 400 tahun Sebelum Masehi lagi (400 B.C).Lihat,sebab itu dalam siri Alter Terahsia Bangsa
Melayu yang lepas,ditegaskan bahawa jika semua rekod tentang bangsa Melayu telah hilang,musnah atau dicuri di Kepulauan Melayu,rekod-rekodnya pasti ada di seluruh dunia.Pada ukiran-ukiran kuil zaman Firaun di Mesir,relief-relief di Angkor Wat dan Borobudur,rekod-rekod Maharaja China,cerita para pedagang Arab dan India,codex Emperium Rom dan conquistador dan pelbagai lagi.Sebab apa?SEBAB BANGSA MELAYU BUKANLAH BANGSA YANG DUDUK DI DALAM GUA SAMBIL BERMAIN DENGAN TUPAI DAN MONYET.Bangsa Melayu pada masa silam adalah pedagang dan pembina peradaban.Namun 'rahsia' ini tersimpan kemas dalam lipatan sejarah kemanusiaan.Hilang ketika era penjajahan.The Lost History of Malay Civilization.
Kita boleh lihat corak propaganda Barat ini memecahbelahkan umat Melayu di Nusantara.Di Tanah Melayu yang akhirnya membentuk Malaysia,Inggeris yang memegangnya memanggil penduduk di sini dengan panggilan 'Malay'.Di pulau-pulau Nusantara yang dipegang oleh Belanda,diberi nama 'Indonesian'.Di kepulauan utara Borneo termasuk Sulu,Sepanyol 'bermurah hati' memberi nama kepada penduduk di situ dengan nama 'Filipino'.Bagaimana tiga kawasan yang memiliki budaya,bahasa dan paras rupa yang berkait rapat antara satu sama lain mempunyai nama bangsa yang berlainan sama sekali?Soalan cepu emas peringkat akhir Who Wants to Be a Millionnaire: YANG MANAKAH DI ANTARA KETIGA-TIGA NAMA INI ADALAH BERASAL DARI
NAMANYA YANG ASLI DAN BUKAN REKAAN ORANG BARAT SEMATA-MATA? A. INDONESIAN B. FILIPINO C. MALAY Tiada talian hayat.Hidup ini memang keras.Yang kalah akan ditulis sejarahnya oleh yang menang.Sang Kura-kura boleh menulis bahawa dialah pelari terpantas dan mengatakan Sang Arnab berlari seperti siput babi.Padahal kita tahu cerita sebenarnya. 'Filipino' dan 'Indonesian' sudah tentu akan terkeluar carta lebih awal,kerana ia adalah jelas nama yang diberi oleh penjajah dan kosakatanya pun dari bahasa Barat.Lebih-lebih lagi 'Filipino',berasal dari
nama raja Sepanyol!TETAPI NAMA 'MALAY' TERCATAT DI DALAM KITAB-KITAB SANSKRIT SEHEBAT RAMAYANA,CATATAN-CATATAN PEDAGANG INDIA DAN REKOD CHINA.Dalam kesusasteraan Sanskrit,ia disebut 'Malaya',rekod Dravidian menyebutnya sebagai 'Malai' dan rekod China menyebutnya sebagai 'Mali-yuer','Mok-la-yu' atau 'Wu-lai-yu'.Terima kasih kepada sarjana bangsa-bangsa lain yang masih setia menyimpan rekod tentang asal-usul kita. Ini bukan soal mahu memenangkan Inggeris dari Sepanyol dan Belanda.Ini soal fakta sejarah dan kebenaran yang tidak boleh disangkal.Ini bukan hikayat Pak Kaduk dan Lebai Malang.INI FAKTA SEJARAH YANG TERCATAT DALAM MANUSKRIP BERTULIS OLEH PARA
SARJANA DAN CENDEKIAWAN.Bukan 'selekeh' perdebatan di forum-forum internet yang kebanyakannya buta sejarah.Si buta sejarah berdebat dengan orang yang bencikan sejarah.Hasilnya,sama-sama telah berjaya 'disejarahkan' oleh penjajah yang pandai memanipulasi sejarah. Fikirkan,jika Inggeris ditakdirkan menjajah seluruh Kepulauan Melayu (Malaysia & Indonesia),sudah tentu mereka akan menamakan penduduk di Nusantara sebagai 'Malay'.Dan sudah tentu orang-orang dungu yang mengacu-ngacukan buluh runcing seperti kaum hutan rimba itu melompat-lompat dengan kebanggaan mereka berbangsa 'Malay' bukannya 'Indonesian'.Begitu juga jika Belanda menjajah seluruh Nusantara,kemungkinan besar dengan kita-kita sekali akan menjadi
'Indonesian'.Yang mana antara dua nama ini begitu dekat dengan orang Nusantara,dan dibuktikan dalam sejarah Nusantara sebelum kedatangan imperialis Eropah?Tepuk dada tanya akal sendiri. Lihat,para penjajah tidak membunuh orang-orang Melayu dengan pembunuhan beramai-ramai (khasnya di Tanah Melayu).Tetapi membunuh orang Melayu perlahan-lahan dengan sejarah manipulasi mereka.Ini adalah racun yang mematikan jatidiri dan semangat Melayu perlahan-lahan.Ia seperti kanser yang kronik.Atau santau yang menyakitkan.Atau kita boleh katakan,orang Melayu telah disantau sejarahnya perlahan-lahan. Untuk menjejak dan menyelesaikan misteri mengapa para rishi menyebut-nyebut nama 'Malaya-dvipa' merujuk kepada pulau-pulau Melayu,kita mesti
menjejak kembali asal-usul bangsa yang berbahasa Malayo-Polinesian atau kini dikelaskan sebagai Austronesian.Dan ingat,ini bukan bermakna para rishi pula dikatakan memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu,tetapi para rishi itu mengambil nama terahsia ini dari orang-orang 'Malaya-dvipa' sendiri.Ini kerana di akhir cerita nanti,kita akan tahu bahawa rahsia 'Malaya-dvipa' ini rupa-rupanya boleh dijejak 3500 tahun yang lalu,ketika para tukang-tukang batu di Mesir Purba sedang membina piramid,ketika rahib-rahib Mesir mengarang koleksi The Egyptian Book of The Dead. Petunjuk di Angkor Wat
Untuk menyiasat misteri ini,mula-mula kita terbang ke sebuah negara di Indochina,Kemboja (Cambodia).Negara yang mempunyai penduduk seramai lebih 14 juta orang ini memiliki tinggalan sejarah yang begitu berharga,Angkor Wat.Angkor dikatakan dibina untuk Suryavarman II pada abad ke 12,memiliki binaan dan kesenian yang tinggi dan UNESCO telah mengiktirafnya sebagai Tapak Warisan Dunia.Ia berukuran kira-kira 850 m kali 1000 m (2800 kali 3800 kaki).Puncak-puncak menara kuil ini
melambangkan Mahameru,sebuah gunung dalam kosmologi Hindu yang dikatakan 'rumah kediaman' bagi dewa-dewa Hindu.Angkor Wat asalnya adalah sebuah kuil Hindu yang didedikasikan kepada Vishnu (Ingat,Rama adalah jelmaan ke 7 Vishnu).Ia adalah kuil diraja dan negarakota bagi kerajaan Angkor. Tidak dapat dinafikan,Angkor Wat adalah hasil kesenian yang amat tinggi dan setanding dengan kaderal-kaderal Eropah,kuil-kuil purba di India dan candi-candi yang menakjubkan di Indonesia.Henry Mouhot,seorang pengembara Perancis membayangkan kuil ini sebagai,'pesaing kepada Kuil Solomon' (Temple of Solomon di Palestin) dan setanding dengan hasilkarya Michelangelo (seorang karyawan terkenal,mahakaryanya dapat dilihat di
Sistine Chapel,Vatican,terutamanya lukisan Creation of Adam, Creation of Eve). Pada dinding-dindingnya terukir ukiran-ukiran yang menakjubkan,kebanyakannya diambil dari Ramayana dan Mahabharata (Ingat,dua rishi Vyasa dan Valmiki dan Malayadvipa).Relief-relief yang juga menceritakan kebudayaan Khmer adalah setanding dengan relief yang terukir di candi Borobudur dan menariknya kedua-dua ukiran ini menunjukkan persamaan yang ketara.Mengapa?Rujuk kembali pada siri ATBM "Kunci Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon".Di sana ada petunjuk yang boleh kita jadikan panduan penyiasatan.Petunjuk yang mana?Kita kembali kepada pengasas kerajaan Angkor,Jayavarman II.
Rahsia Jayavarman II,siapakah beliau ini sebenarnya?
Tidak banyak rekod tentang pengasas empayar Khmer ini,sosoknya di dalam sejarah adalah terlalu misteri dan menjadi tandatanya.Namun satu-satunya rekod yang dapat dipercayai dan masih terpelihara yang mana mengandungi cerita tentang Jayavarman II ini ialah
catatan kuno yang dijumpai di sebuah kuil Khmer Sdok Kak Thom yang terletak di Thailand.Kuil ini dibina oleh Empayar Khmer pada abad ke 11 Masehi.Melalui catatan pada inskripsi ini,Jayavarman II pernah ke Tanah Jawa (tidak diketahui apa tujuannya) dan memerintah Indrapura,satu kota di Kemboja.Di satu inkripsi lain pula mencatatkan bahawa Jayavarman II menjemput seorang Brahmin (pendeta Hindu) supaya mengadakan upacara khas untuk meminta pertolongan dewa-dewa supaya menghentikan naungan Jawa ke atas wilayahnya.Ini tercatat sebagai berikut: "Apabila Tuanku Parameswara tiba dari Jawa untuk memerintah kota diraja Indrapura...Sivakaivalya,golongan yang terpelajar,telah berkhidmat sebagai
gurunya dan memegang peranan sebagai pendeta diraja bagi Tuanku" Pada inskripsi lain, "Seorang Brahman yang bernama Hirayadaman,yang terlatih di dalam sains dan sihir,telah dijemput oleh raja untuk mempersembahkan satu upacara yang akan membuatkan negeri Kambuja tidak lagi tunduk kepada Jawa dan mempunyai kedaulatannya sendiri"
Para pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji barat mengatakan 'Java' (terjemahan ke bahasa Inggeris dari 'Chaeva') itu mungkin orang Cham atau satu kerajaan lain di Indochina.Namun pendapat yang popular ialah satu kerajaan yang amat berkuasa di Tanah Jawa.Beberapa bukti lain juga terutamanya rekod dari dinasti Sailendra dan Empayar Melayu Srivijaya telah membawa kepada kesimpulan bahawa Jayavarman II sebenarnya ialah seorang gabenor Jawa di Kemboja dan
memerintah di ibukotanya ketika itu,Indrapura.Namun tidak dapat dipastikan keturunan pengasas Empayar Khmer ini,sama ada memang orang Jawa ataupun orang Khmer yang belajar ilmu pentadbiran di Jawa.Ini memang jelas di dalam inskripsi itu menyebut tentang 'Jawa' bukannya 'Champa','Cham','Chenla' atau sebagainya. Sejarah juga membuktikan ketika itu,Empayar Melayu Srivijaya telah mencapai masa-masa kegemilangannya dan pengaruhnya telah mencakupi seluruh Asia Tenggara.Ketika itu Samaratungga,seorang raja Jawa dinasti Sailendra telah mengikat tali perkahwinan dengan Dewi Tara,puteri kepada Emperor Srivijaya,Dharmasetu dan menjadikan Empayar Srivijaya semakin besar dan berpengaruh hasil gabungan kepakaran
dan kebijaksanaan Melayu-Jawa dan ini telah membuatkan empayar ini menguasai pelabuhan-pelabuhan penting di Kepulauan Melayu dan Indochina.Di Indochina sendiri,kerajaan-kerajaan purba seperti Langkasuka,Pan-Pan dan Tambralingga (nama lain bagi Nagara Sri Dharmaraja,dalam sebutan Thai menjadi Nakhon Si Thammarat) dan pelabuhan Kedah Tua telah dikuasai oleh Empayar Srivijaya ini.Malah Kemboja juga adalah salah satu wilayah naungannya dan ini membuktikan bahawa inskripsi di kuil Khmer itu memang benar merujuk kepada Tanah Jawa,dimana Dinasti Sailendra berkuasa. Ketika kita sedang meneliti ukiran di Angkor Wat ini,kita akan perasan bahawa kostum,headgear dan adat budaya yang ditunjukkan di dalam relief di sini sama
seperti ukiran pada candi Borobudur.Jadi siapa yang tiru siapa?Berita baik,Borobudur telah dibina jauh lebih awal dari Angkor Wat iaitu pada abad ke 9,tepatnya pada era pemerintahan Emperor Samaratungga,seorang Maharaja Srivijaya pada tahun 825 Masehi.Angkor Wat pula dibina pada awal abad ke 12 ketika pemerintahan Suryavarman II,raja Empayar Khmer (1113 - 1150 Masehi).Jadi fikirkan,bahawa kesimpulan pengkaji Eropah seperti Lawrence Palmer Briggs,tentang budaya dan ilmu yang dibawa oleh Jayavarman II dari Tanah Jawa dan Melayu Srivijaya ke Kemboja.Kesimpulannya di sini,budaya kita dicedok oleh orang Khmer,kemudiannya oleh kaum Tai yang datang kemudiannya.Selepas itu mereka memelihara segala ilmu kesenian dan senibina Srivijaya ini termasuk
budaya,kostum dan tarian.Kemudian ketika kaum-kaum ini meningkat naik dan mampu membina kerajaan,mereka pun mengubahsuai mana-mana yang perlu dan berbangga dengan warisan mereka itu.Ketika era imperialisme,orang Melayu Nusantara kehilangan empayar mereka dan beransur-ansur menjalani proses 'inferiority complex' oleh orang Eropah.Segala bukti sejarah dirampas,monumen dibedil dan dimusnahkan (di Tanah Melayu).Habis era imperialisme,anak-anak Melayu mengalami perasaan rendah diri yang kronik dan mula memperlekehkan sejarah bangsanya!! Sudah faham apa yang berlaku sekarang?Sudah dapat petunjuk seterusnya?Buntu?Ya,itu perkara biasa sejak sejarah kita telah digelapkan di sana
sini ibarat satu set gambar 'jigsaw puzzle' yang berlubang di sana-sini.Kita tidak perlu pergi ke Gua Rahsia itu dan mengganggu 'Tok Aki' Penjaga Gua Rahsia supaya membukakan peti-peti seterusnya.Nanti dulu.Sebab di Angkor Wat ini ada banyak rahsia lain. Tentunya anda perasan,ada sebuah kerajaan purba yang disebut sebagai Tambralingga di atas?Ini adalah sebuah kerajaan purba di Semenanjung Tanah Melayu sehingga mencapai Ligor (Thailand sekarang).Tambralingga adalah sebuah negarakota Melayu dan menariknya adalah antara kerajaan-kerajaan awal yang disebut dalam Sejarah Thailand.Maksudnya,jika ingin menyentuh sejarah Thailand,tidak lengkap jika tidak menyebut nama kerajaan ini,sebagaimana kerajaan Ayutthaya.
Petunjuk Kedua di Tambralingga
*Gaya senibina Tambralingga yang kemudiannya terlihat dalam senibina Ayutthaya Purba.Ini adalah Phrae Boromadhatu tinggalan Chandrabhanu,raja Melayu Kuno Tambralingga.
Tambralingga adalah kerajaan yang benar-benar wujud sekurang-kurangnya telah dikesan pada era Dinasti Tang (618-907).Kerajaan ini juga pernah menduduki Sri Lanka.Sekitar tahun 1255-1262 Masehi,seorang raja Tambralingga,Chandrabhanu Sridhamaraja telah menduduki sebahagian Sri Lanka dan termasuk dalam senarai raja-raja Kerajaan Jaffna di Sri Lanka.Satu tinggalan kerajaan ini yang terkenal ialah Phrae Boromadhatu,satu stupa Buddha untuk menyimpan relik Gautama Buddha.Melihatkan bentuk stupa ini,yang kemudiannya menjadi 'gaya' popular dan khas dalam senibina Thai,memberikan kita satu petunjuk...bahawa gaya senibina ini telah dibangunkan oleh negarakota Melayu terawal ini.Gaya senibina ini telah mempengaruhi senibina kerajaan
Ayutthaya,yang kemudiannya menguasai Tambralingga,seterusnya menjadi 'trademark' kepada senibina Thai pada hari ini. Kerajaan Tambralingga adalah negarakota Melayu (Malay city-state) yang menjadi naungan Empayar Srivijaya terutamanya semasa pemerintahan Emperor dari dinasti Sailendra,Samaratungga yang berasal dari Tanah Jawa.Kerajaan ini sesungguhnya bukan kerajaan orang Tai,kerana ketika itu orang Tai masih belum berkerajaan.Ini dibuktikan dengan rekod dari China,Sri Lanka dan India (sebab itu walaupun rekod di Nusantara 'ghaib' tidak bersisa sehingga orang Melayu menyangka mereka berasal dari Yunnan atau orang gua,rekod-rekod dari seluruh dunia masih tersimpan rapi).
Rekod dari pengembara dan sami China, I-Tsing yang telah berlayar selama 20 hari dan kemudiannya sampai di Fo-Shih (ibunegeri Empayar Srivijaya).Beliau mencatatkan: "...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...." Daripada rekodnya yang ditafsirkan oleh para pengkaji,ia menyebutkan tentang Holing (merujuk kepada Tambralingga) dan Fo-shih yang terletak pada latitud yang sama namun Holing terletak ke timur Fo-Shih.Moloyu pula terletak di garisan Khatulistiwa.
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.Bukannya Inggeris yang memberi nama Tanah Melayu ini sebagai 'Malay Land',malah telah direkodkan oleh pengembara China seawal abad ke-5 lagi. Ketika itu juga wilayah-wilayah Srivijaya dikenali pada rekod-rekod Sri Lanka dan India sebagai Javaka.Rekod dari Sri Lanka menyebutkan raja Tambralingga,Chandrabhanu adalah seorang ketua Javaka.Bayangkan rupa-rupanya seorang raja Melayu pernah memerintah utara Sri Lanka pada masa dahulu. Pemerintahan raja Melayu Tambralingga itu tidak lama kerana kemudiannya telah diserang oleh kerajaan Pandyan,satu kerajaan Tamil Brahmin dari selatan India,yang juga bercita-cita mahu merebut
relik Buddha iaitu gigi pengasas agama Buddha itu yang dikatakan disimpan di Yapahuwa,ibukota kerajaan orang Sinhala.Sebab itu raja Melayu Chandrabhanu itu membina stupa di semenanjung (di Nakhon Si Thammarat sekarang) kerana mahu menempatkan gigi Buddha itu.Chandrabhanu sendiri terbunuh dalam serangan itu.Namun akhirnya,orang-orang Tamil Brahmin itu bersetuju membuat pakatan dengan sisa-sisa tentera Tambralingga; orang-orang Melayu dan Jawa yang tinggal di Sri Lanka ketika itu,untuk menewaskan kerajaan kaum Sinhala (sehingga ke hari ini perseteruan antara dua kaum ini;Tamil dan Sinhala masih berlaku dengan pengganas LTTE berperang dengan kerajaan Sinhala di Sri Lanka).Rekod-rekod Sri Lanka pada tahun 1277 dan 1283 Masehi mencatatkan raja Pandyan
melantik salah seorang menteri Tambralingga yang menjajah Sri Lanka sebelum itu mengetuai serangan ke kota Yapahuwa,kota kaum Sinhala untuk merampas gigi Buddha dari tangan kerajaan Sinhala.Sehingga ke hari ini terdapat tempat-tempat di Sri Lanka seperti Chavakacheri yang bermaksud 'penempatan orang Jawa' dan Chavahakottai iaitu 'kubu orang Jawa'.Di dalam bahasa Tamil tempatan ketika itu,semua negeri-negeri di Nusantara digelar Javar atau Javaka.Inilah cedokan dari kata 'Chava' itu.Dan inskripsi Tamil dan Sinhala ini menyelesaikan misteri Jayavarman II yang tiba dari Chaeva.Jadi kesimpulannya kata 'Chaeva atau 'Chava' itu bermaksud orang Jawa,melambangkan kemasukan dinasti Sailendra Jawa yang memasuki pemerintahan Empayar Melayu Srivijaya.
Perkataan Javaka (ada disebut dalam teks-teks berbahasa Pali) ini berubah kepada Zabaj dalam sebutan Arab,merujuk kepada Srivijaya itu.Ahli sejarah Arab,Masoudi dalam kitabnya,""Muruj al-Dhahab wa Ma'adin al-Jawhar" (Meadows of Gold and Mines of Gems,karya beliau keluaran tahun 947 Masehi) telah mencatatkan pengalaman seorang pedagang Arab yang bernama Sulaiman yang melawat Zabaj pada tahun 851 Masehi menyebutkan ketua Empayar Srivijaya yang digelar 'Maharaja' (Emperor) mempunyai beribu kapal perang dan kekuasaan yang menggerunkan.Armada laut Maharaja pernah mengepung ibukota kerajaan Khmer dan memancung kepala rajanya kerana bercita-cita mahukan kepala Maharaja Zabaj diletakkan di atas pinggan.
Semua petunjuk ini memberitahu kita beberapa perkara.Orang Tai bukan sahaja mencedok budaya Khmer malah mencedok budaya orang Melayu Kuno.Senibina Thai itu dengan gaya candi dan bumbung Thai itu rupanya diambil dari gaya Tambralingga dan mungkin negarakota Melayu yang lain.Budaya Khmer yang dicedok oleh Tai itu pula berasal dari budaya Srivijaya dan Sailendra.Pi mai pi mai tang tu. Tulisan Thai itu juga dicedok dari skrip Khmer.Ini dijelaskan lagi dalam inskripsi Raja Ram Khamhaeng.Namun inskripsi yang dibangga-banggakan oleh orang Thai itu pula telah diketahui secara meluas merupakan 'pembohongan',dan sarjana sejarah mensyaki ia dibuat pada zaman Raja Mongkut (Rama IV) dan kemungkinan
besar Raja Mongkut itu sendiri mengarahkan ia dibuat.Ini berdasarkan kajian yang mendalam tentang gaya tulisan di inskripsi itu yang 'terkantoi' dibayangi tulisan Eropah dan meniru sistem bahasa Eropah.Kronologi sejarah yang disebutkan di dalam inskripsi itu juga menyeleweng dari fakta sejarah sebenar dan lebih merupakan propaganda sahaja.Ini kerana inskripsi itu telah menyebutkan pada tahun 1283 kerajaan Nakorn Sri Dharmaraja (Tambralingga) telah tersenarai antara kerajaan yang membayar ufti kepada Kerajaan Sukhotai.Padahal ahli sejarah sudah maklum wilayah itu adalah wilayah istimewa dan merupakan kota yang amat kaya. Ini tersebut dalam undang-undang wilayah pentadbiran Raja Ayutthaya, Boromma Trailokanat bertarikh 1468 menyebutkan Nakorn Sri Dharmaraja
tersenarai sebagai salah satu dari 8 kota besar (Phraya maha nakhon) kepunyaan Ayutthaya dan merupakan wilayah istimewa.
Percanggahan dan kepalsuan inskripsi ini menyebab para sarjana semakin kurang percaya kepada inskripsi ini malah meleret-leret kepada seluruh sejarah Raja Thai dan orang Thai sendiri.Ini ditambah pula dengan tiadanya penulisan atau rekod-rekod kontemporari dari lain-lain tempat yang merujuk kepada nama raja
Ramkhamhaeng.Dengan lain kata,sejarah raja itu hanya ada di Thailand sahaja dan para sejarahwan lain di dunia tidak tahu-menahu pun pasal raja 'khayalan' ini.Ini jauh berbeza dengan kisah 'Maharaja Zabaj' tadi yang disebut-sebut oleh pedagang Arab,rekod pendeta China,Tamil,Sri Lanka,malahan nama 'Melayu' itu disebut-sebut oleh pendeta Buddha dan rishi-rishi legenda Hindu.Malah dewa-dewa juga! Sesetengah sarjana mendakwa inskripsi ini adalah buatan abad ke-19,ada juga yang mengatakan sekrang-kurangnya 17 baris awal inskripsi itu sahaja yang asli.Inskripsi ini dan segala utopia berkenaan kerajaan Sukhotai telah menjadi kepercayaan yang amat kuat dikalangan rakyat Thai sehingga menjadi isu nasionalis,sehingga ramai yang telah diancam melalui undang-
undang 'lese majeste' termasuk para sejarahwan dan ilmuan.Satu kes yang terkenal ialah Micheal Wright yang mengatakan semua itu palsu sahaja. Dari sini kita dapat pengajaran penting,betapa kaum lain yang tidak punya sejarah,terpaksa 'mengadakan' sejarah.Orang Melayu yang punya sejarah,mula perlahan-lahan melupakan sejarah manis bangsanya.Mula memiliki rasa rendah diri,'inferior' yang teramat sangat sehingga mencapai tahap kurang siuman merendah-rendahkan diri sendiri ditahap pencacai pemungut sampah sejarah orang lain,padahal asalnya emas dan mutiara sejarah itu miliknya dahulu. Mungkin hanya sejarah Ayutthaya sahaja yang boleh dibanggakan oleh orang Thai.Itu pun kini sejarahnya direbut oleh
golongan kerabat Ayutthaya sendiri yang mengaku bukan orang Thai tetapi Siam Islam.Dalam hal ini tidak penting siapa orang Thai atau Melayu,pengajarannya di sini,jika kita tidak mengambil berat akan sejarah dan budaya kita,orang lain akan 'mengambilalih' sejarah dan budaya kita. Terlanjur menyebut tentang tulisan,Tai mencedok tulisan Khmer dimana tulisan Khmer ini berasal dari tulisan Brahmi.Tulisan Brahmi adalah nenek moyang kepada majoriti skrip di India dan Asia Tenggara.Tulisan Tamil,Sinhala,Devanagari,Burma,Thai dan Khmer adalah termasuk tulisan Brahmi.Tulisan Jawa,Batak,Kawi dan Bali termasuk dalam keluarga Brahmi.Tulisan purba milik khas orang Melayu,Rencong dimasukkan dalam keluarga Brahmi.Namun kini para sarjana berbelah
bagi tentang asal-usul tulisan Rencong ini.Kerana semakin dikaji tulisan ini,semakin jauh ia dari keluarga Brahmi,malah ia menyimpan rahsia yang agung dan terpendam! Misteri Tulisan Rencong:Petunjuk ke-7 ke Tabut Rahsia Mala-YU
Tulisan Brahmi adalah keluarga tulisan di kawasan India dan Asia Tenggara seperti Tamil,Burma,Thai dan Khmer.Rencong pula adalah tulisan milik orang Melayu,lama digunakan sebelum Kawi atau Aksara (sejenis Brahmi yang diubahsuai oleh kaum Nusantara),Jawi dan Rumi.Tulisan Rencong ini diiktiraf tulisan asli ciptaan Melayu Nusantara dan sebenarnya bukan berasal dari Brahmi tetapi mempunyai kaitan dengan nenek moyang kepada Brahmi! Sebelum kita membuka peti rahsia seterusnya kita kenal dulu contoh-contoh tulisan dari keluarga Brahmi: Tamil
Devanagari
Thai
Khmer
Burma
Sekarang kita lihat tulisan-tulisan ini:
Greek/Yunani
Phoenicia
Aramaik
Brahmi
Untuk pengetahuan anda,semua tulisan seperti Tamil,Tibetan,Telegu,Devanagari,Thai,Burma dan Khmer adalah dibawah Brahmi
atau subBrahmi,manakala Brahmi pula di bawah kelas tulisan Proto-Canaanite (ingat Tanah Kanaan?Abraham dan Keturah?) yang di dalamnya termasuk Phoenicia dan Aramaik (asal-usul bahasa Yahudi;Ibrani atau Hebrew) Sekarang tuan-tuan dan puan-puan!Kita lihat tulisan asli bangsa Melayu Nusantara,Rencong:
Sekarang mari kita lihat rahsia ini bersama-sama.Jika kita perhatikan corak tulisan Rencong ini,ia nampaknya tidak cenderung kepada tulisan Tamil atau Devanagari jauh sekali jika dibandingkan dengan skrip Thai dan Khmer.Jadi ia cenderung kepada yang mana?Fikirkan... Tidak nampak?Mari kita buka peti satu lagi yang terletak disebelah peti berlabel 'Laut dan Bahtera'. Sekarang dengar baik-baik.Tulisan Rencong sebenarnya tidak tepat diletakkan dibawah kelas Brahmi dan ia tidak sepadan atau 'sedarjat' dengan sub Brahmi pun.Perhatikan baik-baik
perbezaannya dengan Tamil atau Devanagari.Perbezaannya dengan Thai dan Khmer yang merupakan sub Brahmi.Ia tidak dekat dengan semua ini. Tetapi IA LEBIH DEKAT DENGAN TULISAN ORANG PHOENICIA PURBA.Ia lebih dekat dengan skrip Aramaik,asal-usul tulisan Hebrew pada hari ini.Ia tidak sekelas dengan Brahmi atau skrip-skrip Keindiaan.Ia memotong kelas Brahmi ke kelas lebih tinggi;di mana Brahmi hanya salah satu sub dalam kelas ini.Rencong setaraf dengan tulisan Phoenicia dan Aramaik dalam kelas utama Proto-Canaanite.Proto-Canaanite pula dibawah kelas Egyptian Hieroglyphs!!Sudah dapat pencerahan?
(Keanehan ini telah memeningkan kepala sarjana pengkaji skrip tulisan dunia sejak sekian lama) Dan rahsia dari peti ini akan membuka cerita tentang kisah kunjungan Para Firaun ke Tanah Nenek Moyang mereka,Punt.Seterusnya akan menyelesaikan 'puzzle' yang mula-mula diperkenalkan dalam Alter Terahsia Bangsa Melayu dan Diari Lodgekeeper;dua pasangan paling misteri;Abraham dan Keturah.Siapakah anak-anak mereka dan mengapa mereka mencari The Land of The East.Kemudian kita akan menjelajah kisah dewa-dewa di The Land of Gods.Kemudian kita mengembara ke Promised Land,menonton suka-duka Lehi dan Lemani...
DI TANAH YANG DIJANJIKAN!... cOMING SOON... Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
-Petunjuk terahsia dari tulisan Rencong -Dewa-dewi Mesir di Tanah Para Dewa -Ekspedisi Ratu Hatshepsut ke Punt -Apa kaitan orang Phoenicia (Kanaan Purba) dengan Melayu?
-Majlis Perkahwinan 'raja' Phoenicia dan Gadis Mala Bunga-bungaan -Hubungan terahsia orang Ibrani dengan orang Rencong -Rahsia perkataan Melayu dalam tradisi Mesir Purba -Ukiran di kuil Firaun dan rahsia XXXX -Rahsia dalam XXXX dan XXXXX XXXX -XXXX Inca XXXXXXX XXX Maya -XXXX XXX Apache XXXX Benua Amerika dan kedatangan kapal Firaun Petunjuk-petunjuk semakin kabur dan samar-samar.Terdapat helaian yang terkoyak dari Diari Lodgekeeper.Beberapa kod-kod rahsia di dinding Angkor Wat,Borobudur,Kuil Hatshepsut dan Amon tidak dapat didekodkan setakat
ini!Rasakan debarannya...ia semakin hampir kepada Alter Terahsia itu! Peti-peti rahsia semakin bergegar-gegar menebarkan haruman misteri yang aneh!.........
Dilema Melayu dan Siam
Dilema Melayu dan Siam Sementara menunggu tulisan-tulisan di makam dan kuil permaisuri Firaun
dinyahkodkan,mari kita ikuti ulasan dari Srikandi tentang kekeliruan sesetengah pihak tentang nama 'Melayu' dan dalam artikel ini juga,Srikandi akan membuat kesimpulan atau menyelesaikan sebahagian misteri Ayutthaya,sebagaimana dakwaan blog Sejarahnagarakedah. Ini adalah artikel pengiring ATBM 'X' Edition,kesinambungan dari artikel 'Melayu:Bahasa atau Bangsa' dan 'The Tombs of Ayutthayan Kings'. -M.O
Kekeliruan tentang asal-usul orang Melayu bukan sahaja dijangkiti oleh orang bukan Melayu malah merebak kepada orang
Melayu sendiri dan juga orang yang mendakwa dari rumpun Melayu.Kekeliruan ini terjadi kerana kadangkala kita percaya kepada satu sumber saja,dan tidak merujuk kepada sumber-sumber yang lain.Inilah yang terjadi kepada pandangan penulis blogsejarahnagara kedah,juga blog yang sealiran dengan mereka.Dalam artikel ini,saya (Srikandi) akan mengulas beberapa pandangan penulis blog Sejarahnagarakedah tentang orang Melayu dan Siam.Dan perlu diingatkan,'Siam' di sini merujuk kepada era Ayutthaya dan bukan merujuk kepada orang Thai.'Siam' ini juga merujuk kepada keturunan pemerintah Ayutthaya sebagaimana yang didakwa oleh penulis blog berkenaan di mana keturunan mereka menggunakan pangkal nama 'Nai'.
Dalam artikel ini juga,saya akan cuba menyelesaikan 'puzzle' yang menghantui pembaca blog berkenaan tentang nama semenanjung Melaka,semenanjung Siam dan asal-usul nama 'Melayu' yang didakwa Anai-anai (penulis blog tersebut),'tiada keputusan muktamad'. Pertama sekali mari kita dengar dahulu dakwaan Anai-anai tentang orang Melayu dan warisannya.Saya akan petik pandangannya kemudian saya akan jawab satu-persatu berdasarkan pengetahuan saya dalam bidang sejarah Nusantara. Dari blog beliau dalam artikel bertajuk 'Renungan' April 2008,merujuk soalan-soalan yang ditanya oleh penulis The Malay Press (TMP) dalam ruangan komen: Quote:
"Bagi kami, hari ini kita di melayukan kerana menggunakan bahasa Melayu dalam wilayah penjajah yang memelayukan kita melalui penguasaan mereka. Ungkapan Bahasa Jiwa bangsa ini pun propaganda juga untuk menegakkan ketuanan Melayu. Apabila bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan menggantikan bahasa daerah, kita pun menerima pakai ungkapan ini. Macam betullah bunyinya. Kenapa penjajah inggeris dahulu belajar bercakap bahasa melayu? Sebab mudah untuk berniagadan menguasai wilayah.Tulisan kita pun berkembang dari Pali>kawi>jawi dan akhir sekali rumi. Di UK atau United Kingdom (united sebab 4 wilayah yang disatukan) mereka menggunakan bahasa Inggeris untuk
bertutur akan tetapi mereka sebenarnya terdiri dari 4 bangsa iaitu English (England), Irish (Ireland), Welsh (Wales) dan Scottish (Scotland). Bahasa Irish di Ireland, bagi saya yang mahir bahasa Inggeris tidak dapat fahami, macam bahasa Jawa bunyinya. Inggeris @ English hanya merujuk kepada England sahaja sementara British merujuk kepada gabungan kesemua/keseluruhan wilayah" Ulasan: Orang Melayu bukan 'dimelayukan'.Orang Melayu bernama 'Melayu' kerana itu memang nama mereka.Mengapa orang Melayu tidak memanggil nama bangsa mereka 'MALAY' kerana itu baru tepat nama yang disebut Inggeris,jika teori memelayukan oleh Inggeris
diterimapakai.Bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan sahaja,bukan bahasa suatu kaum?Jadi siapa yang terlampau bijak ini boleh menciptakan bahasa perdagangan untuk seluruh nusantara?Kemudian memaksa seluruh nusantara memakai bahasa perdagangan yang dicipta olehnya?BAHASA MELAYU SEBENARNYA ADALAH BAHASA ASAS ATAU BAHASA INDUK NUSANTARA,kemudian terpecah-pecah mengikut slang atau loghat di tempat-tempat berlainan di seluruh Nusantara.Pakar linguistik dalam kajian mereka mendapati terdapat kelompok bahasa yang menepati tatabahasa dan ciri-ciri yang sama,dan ini dinamakan kelas bahasa Malayo-Polynesian.Setiap bahasa dalam kelompok ini dari Hawaii,Samoa dan sebagainya di Kepulauan Pasifik sehingga ke Afrika mempunyai tatabahasa
dan corak bahasa yang sama dengan bahasa Melayu.Kosakata mereka pun sama ada berbunyi bahasa Melayu atau pun bahasa Jawa.Dan bahasa Melayu dan Jawa tergolong dalam Malayo-Polynesian Barat.Bahasa Latin juga adalah bahasa perdagangan dan sastera namun semua orang tahu ia berasal dari Itali dan dikembangkan oleh Empayar Rom.Begitu juga bahasa Melayu.Ia dikembangkan dan dimajukan oleh Empayar Melayu Srivijaya,kemudian disambung oleh Majapahit,walaupun Majapahit adalah 'pure' kerajaan orang Jawa.Prasasti yang mengandungi ucapan Patih Gajah Mada,Perdana Menteri Majapahit direkodkan dalam bahasa Melayu Lama.Seterusnya disambung oleh Empayar Melaka dan kerajaan Johor-Riau.Kenapa orang Inggeris belajar bahasa Melayu?Ini bukan sahaja soal untuk
berniaga,tetapi memudahkan urusan mereka ketika berada di Kepulauan Melayu.Ini perkara biasa dan hanya logik akal yang umum sahaja.Ini tiada kaitan pun untuk mengukuhkan Teori Memelayukan Oleh Inggeris sebagaimana yang dicipta oleh Anai-anai.Lebih baik orang Inggeris 'menginggeriskan' sahaja orang Melayu,ini lebih untung dan sebagai bonus,mengkristianan semuanya sepertimana yang dibuat oleh SEpanyol ke atas Filipina.Atau pun sekurang-kurangnya sebagaimana Thailand mampu 'menthaikan' orang Melayu,Cina dan India di dalam Thailand. Contoh yang diberikan oleh Anai-anai memakan dirinya kembali.Anai-anai mengaku bahasa Inggeris merujuk kepada penduduk England.Mengapa tidak mengatakan bahawa 'English' itu bahasa
perdagangan sahaja?Dicipta oleh seorang raja Eropah untuk memudahkan dia berniaga di England,Ireland,Wales dan Scotland?Jadi bagaimana dengan bahasa Melayu?Adakah Anai-anai akan berkata,ia CIPTAAN INGGERIS UNTUK MEMUDAHKAN MEREKA BERNIAGA DI NUSANTARA?Ini sungguh melucukan. INGAT KATAKUNCI INI,DAHULU ORANG MELAYU MENGUASAI SELURUH NUSANTARA,SEBAB ITU BAHASA MEREKA MENJADI LUAS DARI PASIFIK HINGGA KE MADAGASKAR.Ini sama juga seperti bahasa Inggeris yang meluas kini,hasil dari Empayar Imperialis British yang luas dan peranan orang Inggeris di Benua Amerika.Jika Perancis yang mengambil posisi ini,tidak mustahil hari ini bahasa kedua kita adalah bahasa Perancis.Jika kerajaan Siam yang
dibangga-banggakan Anai-anai itu sangat luas sehingga sampai ke Albania dan Australia,mengapa bahasa Siam terpinggir dan minoriti?Tiada siapa yang mahu berbahasa Siam,kecuali orang Siam dan Thai.Orang Thai pula didakwa oleh geng Anai-anai mencedok bahasa Siam.Jadi sebelum itu apa bahasa orang Tai ini?Adakah bahasa orang gua dan orang hutan?Kasihan orang Thai ini,sudahlah budaya dan tulisan dicedok dari orang Khmer,bahasa dicedok dari Siam Ayutthaya,senibina dicedok dari Melayu Tambralingga.Patutlah ada cendekiawan Barat mengatakan sejarah Thai adalah khayalan sahaja. Quote:
"Melayu itu akar bangsa atau akar bahasa di nusantara ini, CBT?" Ulasan: Ini soalan provokasi,biar saya tolong jawab.'Melayu' adalah nama lain bagi rumpun Nusantara.Namun telah dipolitikkan oleh Inggeris.Okey,biar saya bagi contoh.Orang Laos dan Thai,ini sebenarnya dari akar bangsa yang sama.Namun telah berpecah kerana masing-masing mahu bernegara sendiri.Menariknya,orang Lao bermati-matian mendakwa berbeza dengan Tai padahal budaya dan bahasa tidak jauh beza.Orang Lao berasal dari orang Tai yang berhijrah dahulu ke Indochina dan bercampur dengan orang Mon dan rumpun Melayu Indochina.Percampuran
ini menjadikan sedikit perbezaan dengan etnik Tai lain (yang menjadi Thailand sekarang) yang berpindah lebih lewat ke selatan Indochina kemudiannya.SEhinggakan orang Lao mencipta identiti sendiri yang membezakan dengan ciri-ciri Tai yang menjadi induk mereka.Kemudian ini diburukkan lagi dengan penjajahan Perancis.Orang Lao pun berjaya bernegara sendiri.Saya sudah terangkan bagaimana istilah 'Melayu' ini dipolitikkan oleh Inggeris.Namun bangkai gajah yang cuba ditutup oleh Inggeris tetap berbau kerana bagaimana orang-orang di Kepulauan INdonesia sekarang memilih bahasa Melayu sebagai bahasa mereka??Soalan khas saya kepada Anai-anai dan gengnya,MENGAPA PENDUDUK MALAYSIA DAN INDONESIA TIDAK MEMILIH BAHASA SIAM AYUTTHAYA
SEBAGAI BAHASA PERSATUAN NUSANTARA??(padahal kata Anai-anai Empayar Ayutthaya-Monggol begitu luas).
Anai-anai boleh menuduh orang penduduk Tanah Melayu di'melayukan' oleh Inggeris namun bagaimana dengan Indonesia??Adakah Inggeris terlupa berpesan kepada Belanda supaya menJawakan seluruh Indonesia supaya propaganda Inggeris 'memelayukan' Tanah Melayu nampak 'smart' dan sukar dipertikaikan lagi?
Siam Ayutthaya iaitu nenek moyang Anai-anai pernah menguasai seluruh Nusantara,kata Anai-anai.Tetapi BAHASANYA TIDAK MENJADI TREND DI NUSANTARA,padahal berapa lama sejarah Ayutthaya tegak memerintah?Fakta sejarah yang betul,ialah Empayar Melayu Srivijaya pernah memerintah seluruh Nusantara,sebab itu bahasa Melayu menjadi lingua franca seluruh Nusantara.Ini tidak boleh disangkal lagi,sama ada sejarah realiti atau sejarah fantasi.Siap ada manuskrip dan prasasti. Quote: "Haha...Saya setuju, tetapi root bahasa melayu bukan semestinya bangsa Melayu"
Ulasan: Jadi 'root' Melayu merujuk kepada apa?Bangsa Alien dari planet Zargus? Quote: "Kalau serumpun, disatukan, rumpun Siamlah kita ini sebab raja-raja daerah kita mengamalkan adat istiadat raja siam. Hari ini raja daerah dah jadi Sultan negeri. Perkataan ‘Melayu’ ini saya belum jumpa lagi dalam Undang-Undang Kedah walau pun ia bahasa pengantar Undang –Undang kedah. Kebaikkan tu banyak lah, antaranya menjelaskan semula sejarah kita. Saya mengaku saya dari rumpun siam. Ramai penduduk dari kedah ini
adalah dari rumpun Siam dan mengaku bahawa datuk dan nenek mereka dahulu boleh bertutur dalam bahasa Siam, bukan bahasa thai. Ada yang berasal dari Patani, Yala, Phuket(nama lamanya, Hujung Salang) dan Trang. Di sebelah Yan pula, mereka dari rumpun Acheh seperti Datuk Sanusi Junid, pembaca berita TV3 Yushanani Yushak berasal dari Yan, Kedah. Sementara itu, kenalan saya dari Selangor, ramai dari rumpun Jawa. Namun begitu,bagi kami bekas ikatan utamanya, Siam dan bukannya melayu" ulasan: Yess...inilah agenda sebenar penulisan blog sejarahnagarakedah.AGENDA MENSIAMKAN SELURUH
NUSANTARA.TMP bertanya,jika bukan rumpun Melayu (kerana kata Anai-anai 'Melayu' itu konsep INggeris),rumpun apa?Lantas bagaikan mengantuk disorongkan bantal,Anai-anai menjawab rumpun Siam inilah.Bagaimana adat istiadat raja Siam itu?Sejak bila raja Siam menakluk seluruh nusantara sehingga semua raja-raja beradatkan raja Siam?Perkataan 'Melayu' belum jumpa dalam undang-undang Kedah?SEbab itu menafikan kewujudan 'Melayu' itu malah menuduh kata 'Melayu' itu ciptaan Inggeris?Baru kita tahu penyakit sebenar Anai-anai ini.Beliau terlalu berkiblatkan Undang-undang Kedah (UUK).Bacalah buku sejarah lain.Sumber-sumber lain.Biar saya beritahu mengapa UUK tiada perkataan 'Melayu' jika benar tiada langsung kata itu di dalamnya (saya percaya kejujuran beliau).UUK adalah
lebih kepada manuskrip undang-undang ketika Kedah berada di bawah pengaruh Ayutthaya.SEbab itu tiada kata 'Melayu' kerana ketika itu politik Siam lebih mempropagandakan budaya Siam.Namun hujah Anai-anai 'terkantoi' dengan 'kitab saktinya' itu sendiri kerana kitab asal ditulis di dalam tulisan Jawi dan berbahasa Melayu.Mengapa tidak ditulis dalam bahasa Siam Ayutthaya kebanggaan Anai-anai?Kenapa 'menyembah' bahasa Melayu yang dipandang serong oleh Anai-anai? Saya bagi cadangan baik untuk Anai-anai.Tuliskan bahawa bahasa Melayu itu asal namanya bahasa Siam,namun Inggeris telah 'memelayukan' bahasa Siam ini. :D Bagus tak cadangan saya?
Quote: "Raja-raja daerah ini tak payah kerja dan dengan itu bertindak menyerahkan wilayah Syah Alam Yang Maha Mulia kepada Penjajah. Penjajah ini pula networkingnya bagus,bukannya bodoh macam raja daerah" Ulasan: Amboi,sedapnya bahasa,sultan-sultan Melayu (raja-raja daerah) dikatakan 'bodoh'.Sudahlah direndahkan sebagai hanya raja daerah,kemudian dituduh bersekongkol dengan Inggeris kemudian menjadi bodoh menyerahkan wilayah sendiri kepada Inggeris.Jadi ini samalah menuduh nenek moyang raja-raja Melayu ini pengkhianat bangsa lah ye.
Saya bukan tidak tahu sejarah raja-raja Melayu diperangkap oleh Inggeris.Namun tuduhan penulis blog ini amat berat dan ada unsur penghinaan.Jika dilaporkan kepada Suruhanjaya Menyiasat Penghinaan Ke Atas Sultan,bagaimana agaknya?Jangan sampai penulis blog ini jadi seperti Andika Teruna. Dalam ruangan komen itu,selepas jawapan dari Anai-anai itu,TMP kelihatan mula terpengaruh dengan teori Anai-anai.Pada mulanya karakter TMP ini seperti bijak,namun akhirnya menjadi 'cair' dan ter'mindcontrol' dengan sendirinya.Ini disebabkan TMP tidak mempunyai pengetahuan sejarah yang luas.Ini samalah seperti pengaruh ajaran sesat.Orang yang tidak punya asas agama
yang kukuh akan cepat terpengaruh dengan dakyah ajaran sesat.TMP mula goyang dan percaya dirinya bukan lagi Melayu tetapi Siam Islam.Seolah-olah TMP mula malu menjadi Melayu yang kononnya agenda Inggeris.Mahu 'murtad' dari Melayu dan masuk ke dalam Siam Islam.Lihat,prinsip ini sama seperti modus operandi ajaran sesat,mula-mula timbulkan keraguan.Kemudian ruang kosong dari keraguan tadi diisi dengan dakyah sesat tadi,bukan kebenaran sebenar. Kita lihat senario TMP ini: Kembali, satu perkara lagi, apa yang saya cuba faham dari apa yang saudara cuba sampaikan disini ialah Jawa, Mandailing, Kelantan, Perak, Johor semuanya adalah
daerah yang melahirkan loghat dan bahasa masing2, tetapi tiada satu pun daerah yang konkrit untuk kaum melayu , betul? Saya akan bersetuju jikalau dikatakan bahawa tiada satu pendapat yang MUKTAMAD mengenai asal-usul bangsa melayu itu. Kecuali dari fakta yang saya dapat dari buku sejarah pertumbohan bahasa kebangsaan kita oleh Drs.Ismail Hussein (1966) yang mengatakan melayu itu asal dari sg.melayu bertempat di sumatera. Persoalan, bagaimana pula tempat sebegitu kecil umpama kuala lumpur (agaknya) boleh mendatangkan bahasa yang sungguh berpengaruh dinusantara?
Dan bagaimana pula ia mengambil tempat sebagai rumpun bangsa? ulasan: Memanglah tiada daerah untuk 'sukukaum' Melayu.Tiada kaum yang bernama Melayu atau loghat Melayu.SEBAB ETNIK-ETNIK NUSANTARA YANG BERKAITAN ADALAH SEMUANYA MELAYU.Tiada pendapat muktamad tentang asal-usul Melayu?Ini nada para orientalis Barat atau sarjana Barat yang berjaya mengelirukan diri sendiri.Atau nada seorang anak Melayu yang tidak tahu langsung asal-usulnya. Melayu berasal dari Sungai Melayu di Sumatera?JIka saya katakan orang Greek berasal dari Grik di Perak bagaimana?Nama tempat tidak
semestinya melambangkan asal-usul bangsa.JIka hari ini saya namakan parit kecil dibelakang rumah saya sebagai PARIT JERMAN,adakah 300 tahun lagi orang Jerman mendakwa mereka berasal dari parit kecil dibelakang rumah saya? Soalan akhir TMP menampakkan kemusykilan yang menjerat Anai-anai,dan menariknya,Anai-anai tidak menjawab kemusykilan TMP ini. Kemudian TMP berjaya direkrut sebagai ejen Anai-anai secara percuma.Kita saksikan kenyataan dari TMP: "Saya telah pun menjadikan fakta dalam blog ini sebagai salah satu dari sumber rujukan dalam penulisan saya.
Saya berharap pihak tuan mengizinkan jika saya mencedok beberapa point yang saya rasakan dapat menyokong hujah saya. lebih2 lagi bab2 perang" Lagi pengakuan TMP: "Jangan takut, dalam banyak2 hal saya akan refer pada blog ni...dalam membawak citer ni keluar saya pun kena faham fakta juga...sebab ramai yang bertanya soalan yang bukan2...nak suh refer suh baca kadang2 depa malas....:-) Konsep bangsa berasaskan bahasa yang dicanang oleh stamford raffle, dan sejak bila semenanjung Melaka di tukar ke semenanjung Melayu telah saya tulis didalam blog saya"
ulasan: Ini adalah poin yang terbaik untuk membenamkan hujah Anai-anai tentang peta-peta yang dicanangkannya untuk menidakkan sejarah Melayu dan lebih aneh lagi,beliau menggunakan peta-peta ini sebagai hujah bahawa Inggerislah yang 'memelayukan' penduduk 'semenanjung Melaka'.Dan ini kemudiannya dianut oleh TMP yang mula percaya dirinya bukan Melayu tetapi Siam Islam.
Saya ingin beritahu lompang dalam dakwaan Anai-anai ini dan rahsia kerajaan Ayutthaya yang menjadi kiblat Anai-anai.Pertama sekali kita kaji peta-peta Anai-anai ini.Semua peta-peta Anai-anai adalah peta yang dilukis oleh penjajah.Antara peta kebanggaan Anai-anai ialah peta Perancis bertarikh 1730,yang menunjukkan negara Siam.Kemudian satu peta lain yang merujukkan tanah semenanjung sebagai 'Semenanjung Melaka'.
Pertama saya nak ulas peta 'SEmenanjung Melaka'.Peta ini digunakan oleh Anai-anai untuk mencanangkan bahawa kononnya dahulu semenanjung ini dinamakan 'SEmenanjung Malacca' tetapi Inggeris telah menukarnya menjadi Semenanjung Tanah Melayu.Padahal peta ini dilukis oleh orang Eropah,bukannya orang Melayu atau orang Siam Islam versi Anai-anai.Dan satu lagi,mengapa tidak ditulis sahaja 'SEmenanjung Ayutthaya' atau 'SEmenanjung Siam' sahaja?Bukankah kerajaan Siam besar ketika itu mengikut
dakwaan Anai-anai?Dan hujah yang diberi oleh Anai-anai ini menjerat dirinya kembali.Ini kerana secara tidak langsung mengakui bahawa Melaka dahulu mempunyai empayar besar sehingga mencakupi seluruh Tanah Melayu.Mengapa Syah Alam Yang Maha Mulia (gelaran raja Siam versi Anai-anai) tidak sempat memberitahu pelukis ini supaya menamakan semenanjung ini sebagai 'SEmenanjung Ayutthaya Siam Kedah' ???Tidak cukup gah kah kerajaan Siam Islam itu?SEhingga dilupakan oleh pelukis peta??Mengapa nama Melaka lebih dikenali?? Dan peta abad ke 16 itu pula menunjukkan bahawa semua dakwaan Anai-anai mengenai adat Siam,nama Melayu yang dicipta Inggeris dan pelbagai lagi adalah propaganda sahaja dan
andaian Anai-anai yang tidak berpuas hati menjadi Melayu di Malaysia.Kalaulah Anai-anai diterima menjadi Perdana Menteri Malaysia,perkara pertama yang dilakukan MUNGKIN MENSIAMKAN SEMUA MELAYU DI MALAYSIA INI.Membuang semua perkataan 'Melayu',dan menggantikannya dengan Siam Islam. Perhatikan tembelangnya semakin pecah dengan menghuruharakan asal-usul orang Melayu: "Saya dan rakan-rakan tak kisah pun samada saudara setuju atau tidak kerana kami pun tidak meminta persetujuan sesiapa. Todahe facts are so clear. Sila saudara baca kesemua artikel dan ambil
faham, itu sahaja. Ramai pun yang sudah faham apabila meneliti penulisan diblog ini secara terperinchi. Saudara hanya menceritakan ketuanan Melayu dalam konteks hari ini sedangkan sultan-sultan yang ada hari ini dilantik oleh PENJAJAH INGGERIS DAN THAI. Mereka bukan waris yang sebenar kecuali Raja Perlis , Sultan Selangor dan Sultan Pahang sahaja. Saya tidak keliru dengan perkataan “Malay Supremacy”, cuma ramai yang menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri dan ramai yang tidak faham pun, pak turut saja. By the way, Malay Supremacy at whose expense, but if not the Malays themselves who don’t even know their own history. Melayu tu datang dari mana? Dari Xian, China (disebut Sian).
Apa makna Melayu itu? Maknanya, Mari-lah-sini. Sedarlah sikit, Melayu pun China juga, Cuma gelombang kedatangan kesini jauh lebih awal saja.You and many others discover something new here" ulasan: Pertamanya,beliau mendakwa sultan-sultan dilantik penjajah,dan bukan waris sebenar.Nasihat saya,jangan berani berkokok di dalam internet,usahakan bawa Tuan Nai Long Kassim,pergi jumpa raja-raja Melayu dalam Majlis Raja-raja dan tanya salasilah mereka...atau kasarnya cabar salasilah mereka betul atau tidak,kemudian bandingkan dengan salasilah dalam wasiat.Berani atau tidak?Bawa berbincang dengan mereka (raja-raja Melayu) untuk menghentikan
segala kekeliruan.Jangan terburu-buru menuduh raja-raja Melayu keturunan pengkhianat,bersekongkol dengan Inggeris,jika tidak benar...dapat dosa kering sahaja. Keduanya,ini paling menggelikan hati.Anai-anai mendakwa Melayu itu dari Xian,China?Kalau dari YUnnan tidak mengapa juga kerana orientalis pun ada mengatakan begitu.Tetapi dalam profilnya Anai-anai mendakwa Melayu dari Yunnan pula.Bagaimana ni?Sekejap YUnnan,sekejap Xian?SEkejap jadi Siam,sekejap jadi Melayu,huru-hara jadinya.Ini macam Identity Disorder.Kecelaruan identiti. Dakwaan Anai-anai ini serupa dengan dakwaan golongan Racist dari kaum bukan Melayu.Saya nak
bagitahu,Cina..Cinalah...Melayu Melayulah...ia tidak sama.JIka kita tanya sesetengah orang Thai,mereka pun ada mengatakan asal-usul mereka dari Xian.Dan Siam itu bukan dari Siam Islam ini tetapi merujuk pada Xian,negeri nenek moyang orang Tai (ini saya ambil dari pengakuan warga Thai dalam sejarahnagarakedag.blogspot).Jadi segalanya jadi cacamarba di tangan Siam dan Thai ini.Anai-anai mahu 'menghalau' orang Melayu ke Xian,padahal orang Tai kata itu negeri nenek moyang mereka.DI AKHIR CERITA,ORANG TAI DAN MELAYU DIHALAU KE XIAN,DAN ANAI-ANAI MENGAMBILALIH SELURUH BENUA SIAM DAN TANAH MELAYU.Bagus...bagus...
KESIMPULAN Peta-peta Anai-anai dalam lingkungan abad ke-15 ke 17 Masehi.Melaka adalah negeri Melayu yang berpengaruh ketika itu,jadi tidak hairanlah pelukis peta ERopah merujuk kepada kata 'Malacca'. Peta-peta ini tidak ada kaitan dengan Teori Memelayukan Oleh Inggeris.INI KERANA REKOD CHINA MENYEBUTKAN PERKATAAN MO-LO-YU SEAWAL ABAD KE-5 MASEHI LAGI.Belum lagi saya bacakan riwayat sastera Sanskrit seperti Ramayana dan Arya Purana yang menjangkau 400 tahun SEbelum Masehi!!Ketika itu tidak wujud langsung orang Siam versi Anai-anai.Semuanya masih di alam roh lagi.Tiada manuskrip sekurang-kurangnya seawal abad 5
Masehi menyebutkan perkataan 'SIAM'.Tetapi perkataan 'MELAYU' (dan variasinya bergantung kepada loghat) memang ada!JADI SIAPA YANG JADI MELAYU SEKARANG?Melayu jadi Melayu atau Siam Islam yang jadi Melayu di negeri Melayu? JADI SAYA CABAR ANAI-ANAI KELUARKAN PETA ABAD KE-5 HINGGA KE 11 MASEHI YANG MENUNJUKKAN KERAJAAN SIAM ISLAM INI.Baru dakwaan Melayu adalah pendatang atau perampas takhta Siam nampak 'authentic'.MEMANG TIADA,DAN JIKA ADA,MUNGKIN DILUKIS OLEH ANAI-ANAI MENGGUNAKAN PHOTOSHOP.Mengapa? Biar saya beritahu sejarah Ayutthaya.Ia bermula pada abad ke 12 Masehi,tepatnya sekitar 1351 sehingga
1767 Masehi.Ketika ini Empayar Srivijaya sudah mengalami perpecahan.Akibatnya semua wilayah-wilayah jajahannya membebaskan diri dari pengaruh Srivijaya.Kerajaan Angkor semakin maju.Di Jawa,muncul Kediri dan Majapahit (Selepas kemangkatan Hayam Wuruk,pengaruh Majapahit mula merosot dan berpecah menjelang abad ke 14).Di Sungai Chao Phraya,muncullah kerajaan Ayutthaya ini.Apabila kuasa kerajaan Ayutthaya semakin kuat,pengaruhnya mencapai seluruh Indochina dan negeri-negeri Melayu semenanjung.Terutamanya Kedah,sebab ia mempunyai pelabuhan yang baik.Di masa inilah munculnya UUK itu.Ketika ini Kedah dibayangi pengaruh Siam Ayutthaya. Ini samalah seperti hari ini,dahulu British berkuasa dan membayangi negera-negara
di dunia.Kemudian hari ini Amerika tidak dinafikan masih lagi kuasa dunia dan ia membayangi semua negara dunia pada hari ini. Jadi sejak Ayutthaya menjadi kerajaan,barulah nama 'Siam' ini dipolitikkan oleh raja-raja Ayutthaya.Jadi apa yang boleh saya simpulkan,kerajaan Ayutthaya inilah yang memperkenalkan 'Siam' kepada dunia luar.Nak harap Sukhotai?Inskripsi RamKhamhaeng pun sudah mula diragui keasliannya.Dan nama raja itu pun tiada dalam rekod sarjana bangsa lain.Jadi Ayutthayalah yang membina hubungan antarabangsa pertama secara besar-besaran bagi Benua Siam selepas kejatuhan Champa dan Funan.Jadi ini logik mengapa manuskrip atau peta tentang 'Siam' hanya wujud tidak lebih awal dari abad ke 15.
Melaka tidak disenangi oleh Ayutthaya kerana memotong peluang Ayutthaya mengaut keuntungan lebih.Ini ibarat raja Pelabuhan Kelang yang tidak menyenangi Pelabuhan Singapura kerana 'mencuri' kapal-kapal yang mahu lalu ke Selat Melaka.SEbab itu peta-peta Anai-anai yang menunjukkan 'Empayar Siam Nagarakedah Pasai Ma' itu antara abad ke 15 hingga 17.TIdakkan ada Siam Islam versi Anai-anai lebih awal dari abad ke 11 atau 12 Masehi.Keturunan Siam Anai-anai hanya wujud kerana Ayutthaya.Anai-anai adalah Ayutthaya.Ayutthaya adalah Anai-anai.Itu saja. Saya tidak mahu sentuh pasal sejarah kedatangan Islam (salah satu senjata Anai-anai).Kerana saya pun tahu Islam telah pun tiba di Nusantara seawal Rasulullah
s.a.w masih hidup lagi.CUma ketika itu,bukan seluruh umat Melayu mendadak masuk Islam.Ia mengambil proses beransur-ansur yang memakan jangka masa tertentu. Saya petik lagi dari artikel 'Siapakah Yang Membuka Melaka?': "Melaka dikatakan dibuka oleh Parameswara dalam tahun 1400 dan kononnya putera raja Majapahit tanpa memberi bukti asal usul keturunan dan salasilahnya. Kefahaman kita mengenai sejarah ini adalah kerana kita membaca buku-buku yang ditulis dizaman Inggeris menjadi penjajah. Akan tetapi bukan Inggeris yang menulis sejarah Melaka sebegini kerana Inggeris datang terkemudian, selepas Portugis dan Belanda tidak banyak yang merka tahu
ketika itu. Penulis sejarah ini tak lain dan tak bukan ialah Marhum Melaka, Raja Kota Setar yang melarikan diri ke sana dari Kedah kerana bersubahat membunuh Maharaja Benua Islam Siam, Khalifah Sharif dalam tahun 1821" Ulasan saya...salah,salah dan salah.Ini bukti hanya UUK sahaja rujukan Anai-anai.Melaka dibuka oleh putera raja Srivijaya yang mengalami perpecahan dan kemerosotan ketika itu,bukan Majapahit.Majapahit adalah kerajaan Jawa.Jika putera Majapahit yang membuka Melaka,maka tiadalah Sultan Melaka.Yang ada ialah Bentara Melaka.Cubalah kaji sejarah secara meluas,jangan duduk di dalam tempurung Ayutthaya,UUK dan Siam sahaja.JIka Ayutthaya menakluk seluruh
Nusantara,mana nak campak Prambanan dan Borobudur itu?Mana nak campak candi-candi Srivijaya di Thailand itu?Anai-anai dan kelompoknya takut sekali nak menyebutkan tentang Srivijaya kerana ia adalah EMPAYAR NUSANTARA TERBESAR DI ASIA TENGGARA.Tiada kerajaan di Asia Tenggara sehebat Srivijaya.Yang ada menyaingi sedikit ialah Empayar Khmer.Apatah lagi Ayutthaya yang berkali-kali gagal menakluk Melaka.Dan Melaka hanya dapat dikalahkan oleh kuasa Eropah seperti Portugis,itupun setelah rahsia pertahanan dan jambatan Melaka dipecahkan oleh pembelot.Tetapi Ayutthaya dikalahkan oleh Burma sahaja dicampur orang Thai yang memberontak. Saya bukan menulis untuk menafikan wasiat Anai-anai.Saya menulis bukan kerana nama...(eh,tersasul pulak).Saya
menulis adalah untuk memastikan penulisan Anai-anai selepas ini lebih mantap dari segi kronologi sejarah.JIKa persoalan yang ditimbulkan oleh penulis sejarahnegarakedag.blogspot pun tidak terjawab malah dijawab secara maki hamun (ini dakwaan Adulyadeh,penulis blog itu) dan emosi,bagaimana untuk menghadapi yang lain-lain?Saya nampak poin dari penulisan Anai-anai tetapi menjadi kecewa dengan tuduhan-tuduhan kurang berpelajaran tentang asal-usul Melayu. Saya tidak mahu mengesahkan tentang benar atau tidak salasilah keturunan Nai itu,kerana saya bukan orang Siam dan hanya kerabat mereka yang faham dan tahu sendiri salasilah keturunan mereka.Saya tiada masalah jika mereka mendakwa raja-raja Ayutthaya itu adalah
nenek moyang mereka.Lagi pun ini wasiat turun temurun (seperti yang dikatakan Anai-anai).Yang ingin saya TEKANKAN IALAH PANDANGAN ANAI-ANAI TENTANG ASAL-USUL MELAYU ITU.Itu yang memang boleh dipertikaikan.Dan saya juga bukan mahu mempertikaikan kesahihan UUK.Bagi saya,kitab ini penuh rahsia dan wajib dikaji oleh pakar sejarah berkenaan hubungan negeri-negeri Melayu dengan kerajaan di Benua Siam (Indochina). Bagi saya,Anai-anai hanya 'expert' dalam sejarah Kedah dan Siam Ayutthaya,tetapi bukan asal-usul Melayu dan orang Melayu.Kena belajar lagi,seperti saya yang masih cuba belajar memahami rumpun Siam itu sendiri.
Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
(Di Gua Rahsia)
Anak cucu sudah kembali dari pengembaraan ke Angkor Wat.Apa yang anak cucu nampak?Hahaha...sebenarnya banyak lagi rahsia di sana,yang anak cucu belum tahu lagi.Bagaimana dengan Angkor Thom... Apa yang Srikandi beritahu anak cucu?Sesungguhnya apa yang diketahuinya hanyalah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan apa yang terkumpul di dalam peti-peti ini.Lagi anak cucu mengembara mencari rahsia Melayu,lagi banyak rahsia yang anak cucu tidak tahu.Mari mendekat ke sini,Tok Aki mahu tunjukkan sesuatu. (Tok Aki mendekati satu peti yang penuh berukiran dengan tulisan Mesir Purba)
Di dalam ini adalah rahsia yang terpendam beribu-ribu tahun dahulu.Tiada siapa yang tahu perkara ini kecuali mereka yang mahu berfikir.Ini adalah peringkat rahsia dalam rahsia.Ada sesuatu di sini,di tempat tinggal kita ini 3500 tahun yang silam. Anak cucu!Jika bukan para sarjana Barat merekodkan kewujudan kita,para sarjana China dan sasterawan Sanskrit akan menuliskan kewujudan kita,jika bukan raja Babilon menyebut-nyebutkan tentang kita...para Firaun di sana akan menuliskan syair-syair tentang kita... Dan tanah tumpah darah kita ini... Anak cucu ke sini bukanlah atas sebab untuk mengetahui apakah dia rahsia-rahsia ini,tetapi lebih untuk memahami
MENGAPA MEREKA BERSUSAH-PAYAH MENCATATKAN KEWUJUDAN KITA.Sejak dari zaman berzaman,dari chariot dewa-dewi Hindu yang berasal dari kerajaan-kerajaan yang hilang...dari kamar beradu Isis dan Osiris....dari haruman bunga-bungaan misteri di Taman Tergantung Babilon,rahsia kemelayuan tetap terjaga,anehnya...bukan dari mulut ke mulut kita wahai anak cucu!TETAPI DARI TANGAN ORANG LAIN.Bangsa-bangsa purba bersilih ganti menjaga tabut rahsia kita.Turun temurun.Entah siapa yang menyuruh mereka menyimpan rahsia.Jadi Tok Aki ingin bertanya anak-anak cucu sekalian...mengapa mereka menjaga rahsia kita?? (Tok Aki tiba-tiba ghaib dari pandangan.Suasana begitu hening dan sunyi.Di atas peti terdapat secarik kertas
dari daun papirus,tertulis kata-kata yang indah...) Palingkan muka kamu... Kepada bunga kancing emas satu rahsia...
Misteri Punt dan Petunjuk Di Dalam The Egyptian Book of The Dead
"Those who preside over their altars are the similitude of the Maat Ra (Eye of Ra), and the similitude of the Maat Heru (Eye of Horus)"
(Papyrus of Ani 'The Egyptian Book of The Dead' translated by E.A Wallis Budge) Merenung kepada apa yang terjadi kepada keturunan Maya dan Aztek pada hari ini,benar-benar menginsafkan.Betapa sesiapa yang tidak membaca sejarah agung mereka,akan menganggap mereka adalah kaum picisan yang hina dan tidak berpelajaran.Melihat keadaan mereka yang menjadi minoriti dan terpinggir akan membuatkan sebilangan kita berfikir bahawa kaum ini sudah tentu tidak tahu membuat apa jua ciptaan,hatta sebatang jarum sekali pun.Melihatkan keadaan mereka pada hari ini akan membuatkan kita berfikir dari hutan manakah mereka berasal.
Kemudian rakan-rakan kita mengajak kita menonton filem yang berjudul '2012'.Ketika itu seluruh dunia sedang sibuk memperkatakan tentang filem ini.Kita pun tidak mahu ketinggalan dan sanggup beratur membeli tiket di pawagam.Ketika di dalam pawagam,kita pun menekur menonton dengan asyiknya tanpa berkedip-kedip dan betapa kagum dengan kesan khas filem ini.Keluar dari pawagam,kita pun mencari-cari tentang maksud ramalan Maya tentang 2012.Alangkah terkejutnya kita apabila membaca tentang MAya,melihat kesan-kesan tinggalannya...piramid-piramid yang besar-besar dan khazanah astronomi yang mengagumkan dengan beratus-ratus komentar dari pakar sejarah,sains dan astronomi tentang tamadun kaum yang
kita anggap orang gua dan orang hutan sahaja. Bayangkan,ketika orang SEpanyol tiba ke semenanjung Yucatan,orang-orang Inca menganggap mereka adalah jelmaan dewa-dewa dan kapal-kapal mereka adalah kenaikan dewa-dewa (tamadun-tamadun AMerika Tengah adalah kerajaan agraria,berasaskan pertanian) kerana mereka tidak pernah melihat kapal-kapal yang besar sebegitu.Apabila diperangkap penjajah SEpanyol orang-orang Incaini tidak melawan padahal merekalah yang gemar menangkap kaum-kaum lemah di sekitarnya.Orang-orang INca menyanjung tinggi kehebatan pakaian dan kapal-kapal orang SEpanyol ini padahal pada masa yang sama orang-orang SEpanyol ini berasa amat terkejut dengan kota-kota Inca yang hebat dan khazanah emas yang
terlampau banyak.Kaum yang membina piramid bukanlah kaum yang bodoh tetapi mereka yang punya peradaban tinggi.Namun disebabkan PERASAAN RENDAH DIRI TANPA BERSEBAB DAN SUKA MENYANJUNG ORANG LUAR mengakibatkan akhirnya mereka dihapuskan serta-merta oleh para conquistador yang mula sedar kaum-kaum ini walaupun punya peradaban yang tinggi namun kurang peka dengan perkembangan semasa.Mereka tidak pernah melihat kapal,jadi mereka menganggap orang yang keluar dari kapal itu adalah anak dewa.Akhirnya mereka dibunuh beramai-ramai seperti ayam disembelih akibat kedunguan mereka itu. Ini berlainan pula dengan orang-orang Melayu di Kepulauan Melayu.Bukan satu atau dua yang datang menjajah,TETAPI
EMPAT.Sepanyol,Portugis,Belanda dan Inggeris datang 'menziarahi' kita di sini.Toltek,Aztek,Inca dan Maya dihapuskan dengan mudah oleh conquistador Sepanyol sahaja tetapi Nusantara memerlukan gabungan empat 'conquistador' untuk mengawal Nusantara.SEpanyol mengawal Filipina,Belanda mengawal Indonesia,Inggeris mengawal Tanah Melayu dan Borneo,manakala semua ini dimulakan oleh Portugis yang pernah memegang Melaka sebentar dan menjajah Timor Timur.Ini belum termasuk kelibat Perancis yang menjenguk Indochina dan Amerika yang pernah memegang Filipina sebentar (aneh juga,bagaimana Amerika boleh sesat sampai ke Filipina).Namun adakah orang-orang Melayu hari ini pupus atau menjadi minoriti tidak
bernegara,seperti mana yang terjadi kepada orang-orang Aztek dan Maya? SEPATUTNYA MELAYU PUPUS TIDAK BERSISA HARI INI DIKEROYOK 4 CONQUISTADOR INI,terutamanya Tanah Melayu yang dipegang oleh 'raja conquistador' iaitu Inggeris.Namun anehnya,orang-orang Melayu masih bernafas dan masih berbahasa Melayu di dunia fana ini.Adakah kata-kata Hang TUah itu menjadi sumpah yang benar?Inilah misteri yang memang tidak terpecahkan.Aborigine yang memegang pulau sebesar Australia pun rebah,bagaimana orang-orang Melayu ini yang dituduh bermacam-macam tuduhan seperti pemalas,kurang cerdik,lembik dan 'nak buat jarum pun tak reti' boleh 'survive' selepas dilanda 'air bah' penjajahan yang memenatkan?Sepatutnya
orang-orang Melayu lenyap,tetapi apa yang berlaku sebenarnya? Fikirkan,jika orang-orang Melayu tidak pernah melihat kapal,meriam,istinggar dan orang Eropah,sudah tentu orang-orang Melayu akan dibelasah habis-habisan seperti yang terjadi kepada Aztek,Maya,Toltek dan Inca.Benar,terutamanya di Tanah Melayu,kita dapati tiada piramid-piramid segagah seperti yang dibina oleh Aztek dan Maya,namun dimanakah orang Aztek yang amat hebat boleh membina piramid agam itu?DIMANA MEREKA? Mengapa orang Melayu menentang dengan darah,fikiran dan keringat...menggunakan apa saja yang mungkin....keris,parang,tombak,meriam,istinggar,pemuras,kapal-kapal perang untuk
menghadapi serangan bertubi-tubi,bukan satu malah EMPAT NEGARA EROPAH TERKUAT.Penjajah hanya menghantar Sepanyol sahaja untuk menghapuskan tamadun-tamadun hebat di Benua Amerika,namun terpaksa menghantar beberapa negara penjajah untuk menundukkan NUsantara.Mengapa orang-orang Melayu tidak menganggap orang-orang Eropah ini sebagai dewa atau anak dewa yang turun dari kenderaan sakti?Padahal kaum sehebat Maya yang hebat dari segi teknologi astronomi dan matematik boleh dikalahkan dengan mudah. Di manakah bangsa-bangsa hebat seperti Assyria yang membina kota Nineveh yang agung?Di manakah Akkadia,Chaldea dan penakluk-penakluk Babilon yang pernah berdagang dengan pedagang-pedagang
Melayu pada hari ini?Di manakah keturunan Firaun dan bangsa Qibti Mesir Purba yang membina piramid yang menjadi salah satu keajaiban dunia dan pernah melawat 'Punt' 3500 tahun yang silam dan pernah bertemu dengan pemerintah Punt iaitu orang 'Melayu' di sana yang bernama Raja Perehu dan permaisurinya,Puteri Hati? Semua bangsa-bangsa hebat ini lenyap dari peta sejarah,jika ada sisanya sekalipun,keadaan mereka amat menyedihkan.Dahulu mereka sering membuli dua bangsa picisan,Arab dan Yahudi yang sering dijadikan hamba dan bahan serangan,namun hari ini lihatlah berapa banyak negara-negara Arab dan lihat peranan orang Yahudi yang mencatur politik dunia.Orang Qibti Mesir hari ini telah lenyap menjadi orang Arab
Mesir.Namun berita baiknya,bangsa yang pernah dilawati para Firaun Mesir beribu-ribu tahun dahulu masih ada!Menariknya,mereka masih mengucapkan perkataan-perkataan yang pernah didengar oleh utusan Firaun dahulu,kira-kira 3500 tahun yang silam! Petunjuk Dari Tulisan Rencong Sebelum ini kita telah mengkaji corak tulisan purba orang-orang Melayu iaitu Rencong.Tulisan Rencong pada masa dahulu ditulis pada tanduk kerbau, buluh, kulit kayu, kertas dan daun lontar.Manuskrip-manuskrip ini kebanyakannya disimpan oleh
Belanda,majoritinya di Bibliotheek (Perpustakaan) Leiden.Dari manakah tulisan ini berasal?Atau soalan yang mencabar dan luarbiasa,TAMADUN MANAKAH YANG MENCEDOK TULISAN INI MENJADI TULISAN MEREKA? Kita lihat kembali perbandingan antara tulisan-tulisan Aramaik,Phoenicia dan Brahmi (Brahmi berasal dari tulisan Parsi Kuno di zaman Cyrus The Great). Brahmi Dan Rencong
Aramaik dan Rencong
Phoenicia dan Rencong
Akhirnya tulisan jenis ini menjadi semacam tulisan jenis pepaku (cuneiform) yang digunakan oleh Tamadun Sumeria. Apabila melihat kepada persamaan aneh antara tulisan Rencong dengan tulisan-tulisan purba ini,terdapat 3 andaian untuk
menerangkan mengapa tulisan orang Melayu ini mempunyai hubungan dengan skrip-skrip tersebut: 1-Orang Melayu mencedok tulisan orang Phoenicia pada zaman dahulu.Faktor bagaimana ia terjadi kemungkinan besar dan dipercayai hasil dari aktiviti perdagangan antara kedua-dua bangsa. 2-Orang Phoenicia pernah menetap di Nusantara,sama ada menjajah,penghijrahan atau sebagai 'warganegara yang bekerja' di Nusantara. 3-Tulisan ini memang tulisan ciptaan orang Melayu Purba.Kemudian ditiru oleh orang Phoenicia,kemudian dicedok oleh orang Aramaik kemudian diubahsuai oleh orang Ibrani (Hebrew) dan seterusnya
diambil oleh orang Aryan,yang kemudiannya membawa skrip ini ke India untuk menuliskan kitab-kitab Veda,kemudian dicedok oleh orang Dravidia (Tamil,Devanagari,Malayalam) seterusnya dicedok lagi oleh orang Khmer dan Nusantara (menjadi Kawi dan Aksara),dari sini dicedok buat kesekian kalinya oleh orang Thai dan BUrma.
Misteri persamaan tulisan Rencong ini dengan tulisan-tulisan dalam kelas Proto-Canaanite benar-benar memeningkan pakar-pakar kajian skrip di Barat.Akhirnya
'dengan berat hati' mereka meletakkannya di bawah kategori subBrahmi bersama Kawi,Khmer,Thai dan lain-lain,memandangkan skeptikal mereka dengan skrip Asia Tenggara yang dianggap mereka diinspirasikan daripada skrip Brahmi.Ini juga akibat pandangan tradisional pengkaji Barat yang memandang semua skrip di Asia Tenggara dipengaruhi oleh unsur-unsur Keindiaan.Namun ini tidak dipersetujui oleh para sarjana lain seperti Jaspen,Marsden dan Jones yang mengesan misteri yang menyelubungi Rencong ini,malah semakin dikaji sehingga bukan setakat skrip Rencong,malah bahasa Melayu dialek Rejang itu sendiri menimbulkan misteri lebih besar,persamaannya dengan perkataan-perkataan Mesir Purba!!
Rahsia Tersembunyi Di Dalam Relief Di Kuil Hatshepsut
*Perehu dan isterinya Ati Kesedaran para ahli arkeologi,sejarahwan dan pakar bahasa tentang misteri yang menyelubungi skrip Rencong memandu beberapa pengkaji mendekati dengan rapat selok-belok tulisan ini,sejarah
tempat di mana tulisan ini ditemui dan orang yang menggunakannya.Seterusnya mereka mengkaji pula bahasa yang digunakan oleh skrip ini,iaitu bahasa Melayu Rejang. Charles Robert JOnes,seorang ahli American Research Center di Mesir telah menyatakan bahawa kesedaran tentang pengaruh Phoenicia terhadap tulisan Rencong ini telah ditimbulkan oleh J. Park Harrison pada tahun 1896 di hadapan Persatuan Geografi dan Arkeologi Great Britain.Sarjana-sarjana budaya orang Semitik iaitu Sayce,M.Renan and Neubauer yang telah memeriksa tablet-tablet buluh di Sumatera,telah menyimpulkan bahawa karakter-karakter huruf dalam Rencong sememangnya mempunyai pengaruh Phoenicia.Phoenicia adalah istilah Barat kepada orang
Kanaan,satu bangsa purba yang pernah mempunyai tamadun dan peradaban tinggi pada masa silam.Para pengkaji sejarah menyatakan peradaban orang Phoenicia telah wujud kira-kira 1200 tahun Sebelum Masehi.Mereka pada zaman dahulu tinggal di kawasan sekitar Palestin,Lebanon dan Syria sekarang.Sarjana-sarjana Semitik berkenaan berkeras melaporkan bahawa REncong adalah tulisan orang Phoenicia sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi malahan Dr. Neubauer menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa bentuk-bentuk huruf Rencong dikenalpasti adalah mirip versi tulisan orang Phoenicia pada abad keempat dan kelima Sebelum Masehi. Tablet-tablet ini telah dihantar ke England (salah satu rompakan khazanah Melayu
Nusantara,menjadikan sebahagian anak Melayu hari ini berasa rendah diri dan mengalami kecelaruan identiti,sekejap merasa Melayu,sekejap merasa Cina,sekejap merasa India,sekejap merasa Siam seperti sesumpah) oleh William Marsden pada tahun 1783 dan huruf-huruf dari tablet itu telah diterbitkan dalam bukunya yang bertajuk The History of Sumatera.Kerja-kerja awal para sarjana menumpukan kepada sumber-sumber kepada skrip Rencong dan struktur karakter dalam tulisan tersebut serta bunyi setiap karakter.Hasilnya sungguh memeranjatkan apabila mereka mendapati tiada satu pun skrip-skrip Keindiaan tertua yang menepati sama ada tulisan Rencong mahupun aksara-aksara Sumatera berkaitan.Penemuan yang mengejutkan ini telah diterbitkan di jurnal saintifik Oxford journal,Archaeologia
Oxoniensis pada tahun 1896.Kesimpulan yang dibuat mereka ialah tulisan ini telah dibina melalui hubungan secara langsung dengan orang Phoenicia (bukan cedokan atau ubahsuai tulisan dari tulisan lain).
Pada tahun 1927,seorang pengkaji Jerman telah memulakan satu projek kajian bebas berkaitan skrip orang Batak di tengah dan utara Sumatera.Pengkaji tersebut,Schroeder telah turun ke Sumatera dan cuba mendapatkan jawapan sama ada terdapat data-data yang secukupnya untuk menyesuaikan dengan jangka masa tulisan Phoenicia ini dicedok atau mereka datang ke Sumatera melalui India atau dari Phoenicia ke Nusantara secara terus.
Hasil kajian pengkaji Jerman ini boleh dibaca dalam artikel bertajuk A Phoenician Alphabet On Sumatra.Di dalam artikel ini,beliau telah menunjukkan bukti-bukti hubungan secara langsung antara skrip Phoenicia dan skrip Batak.Beliau juga menunjukkan perbandingan kronologi pembinaan karakter antara Phoenician dan Aramaik (tulisan Ibrani Kuno dan asal-usul Hebrew),dan menunjukkan perkara yang sama telah berlaku pada skrip Batak!Schroeder mengatakan tulisan ini tiba ke Sumatera pada masa pembinaan kerakter ini iaitu kira-kira 700 dan 650 Sebelum Masehi.Kesimpulan dari kajian beliau ialah tulisan orang Batak adalah mewakili perubahan dari tulisan Phoenicia ke Aramaik (dengan kata lain,ketika orang Ibrani mula mempelajari tulisan orang Kanaan,draf tulisan yang belum sempurna
diadaptasi ke Aramaik yang dikenali pada hari ini telah sampai ke Nusantara,manakala draf tadi di Tanah Kanaan telah mengalami perubahan demi perubahan sehingga menjadi tulisan Ibrani Kuno,sementara draf tadi yang sampai ke Sumatera masih dipakai oleh orang Nusantara).Beliau juga mengatakan 'draf' ini sampai ke Sumatera kira-kira permulaan dan akhir abad ke 7 Sebelum Masehi. Akibat dari pelbagai misteri dan tandatanya yang menyelubungi pakar-pakar bahasa dan skrip dari Eropah sejak era penjajahan hingga tamat Imperialisme di Nusantara,pada tahun 1961,Universiti Kebangsaan Australia telah menghantar seorang ahli antropologi ke Sumatera.Pakar antropologi itu,M.A Jaspen telah menghabiskan beberapa
tahun di antara masyarakat Rejang Sumatera untuk mempelajari bahasa dan mengumpulkan cerita rakyat dan kosakata bahasa Melayu Rejang.Pada ketika itu (1961) masih ada penduduk di sana yang menggunakan skrip Rejang (seperti hari ini,masih ada orang menggunakan skrip Jawi) terutamanya orang tua-tua dan pedalaman.Beliau telah menterjemahkan skrip ini dari tulisan-tulisan pada buluh dan batang kayu dan mengkompilasikannya di dalam buku yang bertajuk Rejang Ka Ga Nga Text yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Australia.Kulit buku tersebut tercetak karakter-karakter Rencong yang ada persamaan dengan huruf Phoenicia. Jaspen juga telah mengusahakan kamus bahasa Melayu Rejang-Indonesia-Inggeris dan memasukkan juga perbandingan
antara bahasa Melayu Rejang dengan sebutan bahasa Semitik Barat.Walaubagaimanapun,Jaspen telah meninggal dunia sebaik sahaja hasil kerjanya diterbitkan yang mana mengandungi sebahagian dari siri kajian ANU's Pacific Linguistics oleh Professor P. Voorhoeve (sekarang dikhabarkan bersara di Belanda).Hasil dari gabungan kerja oleh M.A Jaspen dan Professor P. Voorhoeve yang juga menyokong kajian para sarjana seawal abad ke-17,dijadikan rujukan Jones untuk membawa beliau ke satu rahsia lain yang amat mengejutkan;terdapat unsur-unsur satu tamadun lain yang lebih lama dari tamadun Phoenicia dan Ibrani yang telah dikesan dalam budaya Melayu khasnya pada bahasa Melayu dialek Rejang,iaitu tamadun Mesir Purba!
Dalam kajian para sarjana sejarah dan linguistik telah menemukan kemungkinan yang benar-benar memeningkan;lebih memeningkan dari tulisan Rencong,iaitu bagaimana pengaruh bahasa kuno Mesir Purba yang telah pupus masih tertinggal di dalam bahasa Melayu dialek Rejang.Dan petunjuk yang mungkin untuk dijadikan asas kajian seterusnya ialah kembali ke abad 15 SEBELUM MASEHI;ketika Ratu Hatshepsut mengadakan ekspedisi ke 'Tanah Para Dewa',Punt. Punt,The Land of Gods
Para sarjana awal yang tidak memahami budaya Nusantara mengalami masalah ketika mengkaji budaya masyarakat Rejang Sumatera.Pengkaji seperti Jaspen pada awalnya menganggap masyarakat Rejang dan bahasanya adalah berlainan dengan bahasa Indonesia/Melayu dan ini menghalang mereka daripada melihat petunjuk yang membawa mereka kepada kajian pengaruh Mesir Purba.Tetapi pengkaji-pengkaji selepas mereka yang memahami konsep Nusantara dan bangsa Melayu telah merasa satu kemestian untuk merujuk kepada bahasa
Melayu/Indonesia standard kerana rupa-rupanya pengaruh Mesir Purba itu juga ada pada bahasa Melayu/Indonesia (memanglah sebab bahasa Rejang itu adalah bahasa Melayu loghat daerah).Pengkaji seperti Jones ini terpaksa merujuk kepada bahasa Melayu untuk memastikan makna perkataan Rejang untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.Beliau telah mengesan terdapat perkataan-perkataan 'aneh' yang terdapat dalam bahasa Melayu yang juga ada dalam kosakata Mesir Purba,contohnya perkataan 'asem' dan 'lebun'.'Asem' bermaksud 'tamarind acid'(pemahaman Jones) dan 'lebun' ialah 'sejenis kayu'.Dari sini para pengkaji dapat mengesan 'clue-clue' yang lain seperti asal-usul perkataan 'lubbanjawi' iaitu kemenyan dalam bahasa Arab.Perkataan 'lubban' rupanya dicedok dari kata 'lebun' dalam bahasa Melayu
(rujuk artikel ATBM 'Rahsia Dari Wangi-wangian').
*sila klik untuk paparan lebih jelas Jones memulakan kajian tentang kaitan antara bahasa Melayu Rejang dengan Phoenicia,Ibrani (Hebrew) dan Mesir Purba apabila terjumpa kamus Rejang di dalam perpustakaan UCLA (University of California,LOs Angeles).Beliau telah menyenaraikan perkataan-perkataan antara bahasa-bahasa tersebut dengan
bahasa Melayu dan membuat analisis menggunakan perisian khas komputer dan hasilnya positif dalam kebanyakan perkataan!!
Kajian lebih lanjut dari segi linguistik seperti frekuensi,konotasi dan pembahagian kata dalam kosa kata Melayu Rejang dengan perbandingan kepada bahasa-bahasa Semitik Purba ini menunjukkan bahawa terdapat kosa kata yang sama tetapi berbeza makna.Dan ini bukanlah kebetulan mereka mempunyai kosa kata yang sama,namun di sana
terdapat proses perubahan yang dapat dikesan secara linguistik.Dengan kata lain,perubahan yang mengambil masa beribu tahun telah merubah makna dari perkataan yang sama;yang dikongsi oleh Melayu Rejang dan bahasa-bahasa Phoenicia,Ibrani dan Mesir Purba.Dalam banyak keputusan,BAHASA MELAYU DILIHAT LEBIH BANYAK MENGEKALKAN KEASLIAN;dengan kata lain ia lebih dipercayai adalah SUMBER ASAL KOSA KATA ITU di mana perubahan makna itu lebih cenderung terjadi kepada bahasa Mesir Purba dan lain-lain berbanding Melayu Rejang.Ringkasnya,para sarjana ini dengan berat hati dan sukar mempercayai dengan kenyataan bahawa bahasa Mesir Purba,Phoenicia dan Aramaik seolah-olah peminjam atau mencedok perkataan-perkataan Melayu ini!!
Antara perkataan yang sama antara bahasa Melayu dengan Mesir Purba ialah 'hati' (heart).Ada juga yang berkongsi kata yang sama tetapi makna yang berlawanan.'Min' dalam bahasa Mesir Purba bermaksud 'hari ini' tetapi 'meun' bermaksud 'esok' dalam loghat Melayu Rejang.Ada juga yang sama perkataan namun ertinya yang lain,seperti 'betula' dalam bahasa Mesir Purba bermaksud 'gadis' aatau 'dara' dalam bahasa Ibrani (Hebrew) namun Melayu Rejang mengenalnya sebagai 'keturunan'.Terdapat juga perkataan yang hampir sama tetapi berbeza kerana kehilangan salah satu huruf atau sebutan seperti 'mat' atau 'maat' adalah bermaksud 'mata' (eye) dalam bahasa Mesir Purba tetapi dalam bahasa Melayu/Rejang,ia (eye) adalah 'mata'.Lihat huruf 'a' pada hujung 'mata' telah tiada
dalam sebutan Mesir Purba."Melek' bermaksud 'raja' (king) punya kaitan dengan kata 'meligai' (Melayu standard:'mahligai) iaitu 'tempat tinggal raja' dalam dialek Rejang. Ati,kekasih 'hati' Raja Punt
Inilah adalah penemuan yang amat memeranjatkan tentang apakah kaitan terahsia antara orang Melayu dengan misteri Punt,iaitu tanah suci yang didakwa oleh para Firaun sebagai 'tempat asal-usul moyang' mereka.Perkataan 'hati' telah ditemui pada rekod ekpedisi Ratu Hatshepsut ke Punt pada abad ke 15 Sebelum Masehi.Dokumen ini,yang dirakamkan pada ukiran relief kuil di Deir El-Bahari di Luxor di mana nama isteri kepada raja Punt yang ditemui oleh utusan Ratu Hatshepsut ialah 'ati' (hati) yang bermaksud 'hati' (heart)!Nama raja Punt itu pula adalah 'perehu' sebagaimana yang didekodkan oleh pakar bahasa dan Egyptologi dari relief itu.'Perehu' kemungkinan besar adalah gelaran,dan 'perehu' adalah tidak ragu lagi satu perkataan bahasa Melayu iaitu 'perahu' (boat).Jadi makna penuh nama gelaran
raja Punt ialah 'Raja Perahu' atau 'King of Ship/Boat'.Dan menariknya,kata 'perehu' terdapat pada tajuk kepada salah satu tablet buluh (tulisan Rencong) yang diterjemah oleh Marsden iaitu 'Sejarah Perehu'. Ini bercantum dengan salah satu alter terahsia bangsa Melayu sejak sekian lama,'LAUT DAN BAHTERA' (rujuk artikel ATBM 'Viking of The Orient') Perkataan 'Asem' pada bahasa Mesir Purba ialah 'emas' (gold) di mana pada spesimen di relief kuil dan pada manuskrip papirus bermaksud 'gelang emas'.'Asem' ini direkodkan sebagai 'produk dari Punt'.(rujuk alter Melayu yang lain iaitu EMAS pada artikel ATBM 'The King Solomon's Mines).Dari petunjuk ini,kita dapat simpulkan bahawa para Firaun ini
mengenal emas sebagai produk utama Punt.Dan dari sini kita tahu dari mana Ptolemy mendapat nama 'Aurea Chersonese' (Golden Chersonese,'Aurum' iaitu istilah kimia bagi emas diambil dari kata 'Aurea' ini).Ini muncul pada ukiran pada tembok utara dan selatan pada kuil Dinasti ke-18 di Deir al Bahari,Luxor. Pada dokumen bersejarah ketika era Hatsheput dan Thutmose III dan juga pada inskripsi di makam Rekhmire dan Puyemre,'Asam' ialah produk Djahi(Phoenicia) dan Nubia.Seorang sarjana,James H. Breasted menjelaskan bahawa 'asam' iaitu produk emas berbentuk seperti donut ini adalah emas komersil yang diperdagangkan.Perkataan 'asam' ini muncul dalam bahasa Melayu di seluruh budaya Malaysia,Indonesia dan Iban di Borneo.Ia bermaksud 'masam'
atau 'berasid/cuka'.Walaupun begitu,pada penggunaan di masa silam,'asam' juga bermaksud logam berharga atau campuran logam berharga atau 'teraloi'. Di dalam spesimen di relief itu juga ada diterangkan tentang 'anti'(bahasa Mesir Purba) iaitu 'kemenyan' atau 'wangi-wangian' (rujuk ATBM 'Rahsia Dari wangi-wangian) iaitu salah satu produk terpenting Punt,sama seperti emas.Kemenyan atau 'anti' ini adalah objektif utama ekspedisi ke Punt kerana di Mesir Purba,kemenyan adalah bahan suci untuk tujuan keagamaan. Perkataan Ibrani (Yahudi) bagi kemenyan ialah 'labona' dan Arab menyebutnya 'lubban'.Anehnya,di dalam bahasa Melayu terdapat kata 'lebun' yang bermaksud sejenis pokok (pokok
kemenyan).'Lubbanjawi' adalah kata standard dalam bahasa Arab merujuk kepada 'kemenyan pepejal' yang khas.Kata 'Jawi' itu merujuk kepada tempat ia terhasil iaitu Tanah JAwi.Kemenyan dalam bahasa INggeris ialah benzoin resin,dimana kata 'benzoin' itu diubahsuai dari kata 'lubbanjawi' setelah mengalami perubahan pada perkataan Inggeris lama 'benjawin'. Pakar botani di UCLA,DAvid Verity,telah mengatakan bahawa pokok-pokok kemenyan telah dibawa ke selatan Tanah Arab dan ditanam di sana setelah permintaan kepada wangian dan kemenyan meningkat.
'Matahari' dalam The Egyptian Book of The Dead
The Egyptian Book of The Dead adalah kompilasi manuskrip-manuskrip papirus yang menerangkan ritual-ritual keagamaan,ilmu sihir dan falsafah mistik orang Mesir Purba.Ia tercatat dalam skrip hiroglif Mesir Purba.Ini adalah nama yang diberikan oleh pengkaji Barat kepada koleksi manuskrip ini.Ia dikenali dalam budaya Mesir Purba sebagai 'Jampi Kehadiran' atau 'Hari Keempat'.The Book of The Dead adalah koleksi yang merentasi masa sejak Kerajaan Lama Mesir Purba
dalam bentuk text Piramid hinggalah ke Era Kerajaan Pertengahan dalam bentuk teks keranda (manuskrip yang diukir pada luar permukaan keranda).Di dalam koleksi ini juga dijelaskan perjalanan roh selepas kematian dan kehidupan selepas kematian.Ia juga menerangkan kewujudan alam ghaib. Di dalam The Egyptian Book of The Dead ini ditemukan kata 'Maat Heru' yang berulang kali.Kata 'Maat Heru' ini bermaksud 'Mata Horus' atau 'Eye of Horus'.Perkataan ini juga ditemukan pada teks-teks Piramid.Ini adalah ekspresi tertua tentang Wadget atau 'mata yang sihat'.Dalam mitologi Mesir Purba,'Mata Horus' adalah Matahari dan Bulan.Di dalam peperangan dengan Dewa Kegelapan,Seth,'Mata Horus' ini dimusnahkan.'Mata' ini diketahui adalah
kuasa terkuat dalam mitologi Mesir Purba.Ia kemudiannya dipulihkan oleh Isis dan dikenali sebagai Wadget atau 'Mata yang Sihat'.Horus akhirnya berjaya menentang tentera Seth,di bumi dan di alam ghaib kegelapan.Di dalam budaya Mesir Purba,Horus bermaksud hari siang atau terang.Ia juga ditampilkan sebagai 'Mata kepada hari Siang'!
Di sini pakar bahasa dan budaya Nusantara semakin merasa keanehan dan misteri yang tidak terjawabkan.Kata 'Maat' adalah sama erti dengan 'mata'
dalam bahasa Melayu.'Heru' pula sesuai dari segi linguistik dengan 'hari' dalam bahasa Melayu.Padanan linguistik dengan struktur perkataan 'Maat Heru' dan 'Mata Hari' adalah mencapai 98%!'Mata Hari' dalam definisi biasa bermaksud 'Mata kepada Hari pada waktu siang' adalah maksud yang sama dalam budaya Mesir Purba!!Dan 'Matahari' adalah 'Sun' dalam bahasa Melayu,sama seperti sifat Horus sebagai dewa matahari!Pakar-pakar linguistik dan sejarah yang mengkaji kaitan antara bahasa Melayu dan Mesir Purba menyimpulkan perkataan ini 'adalah hubungan secara LANGSUNG ANTARA BUDAYA MELAYU DENGAN MESIR PURBA'. Raja Melayu Kuno di 'Tanah Para Dewa'
Rekod-rekod Mesir Purba telah mengesahkan bahawa lokasi Punt ialah satu kawasan luas DI TIMUR MESIR.Di dalam The Book of The Dead,Punt ialah sebutan kepada dunia sebelah timur (set nu Punt).Di dalam kesusasteraan Mesir Purba,The Shipwrecked Sailor(terjemahan ke bahasa Inggeris),ada menceritakan tentang Raja Punt ini.Ia mengisahkan seorang pelayar yang karam kapalnya dihanyutkan ke sebuah pulau.Kemudian dia terserempak dengan 'ular besar' yang kemudiannya berdialog dengan pelayar tersebut.'Ular besar' itu kemudiannya
memberitahu pelayar itu bahawa dia adalah raja tempat itu yang dikenali sebagai Punt.Seterusnya di dalam kesusasteran itu ada menerangkan bahawa 'ular besar' (naga?) itu memerintah ke atas kawasan kepulauan.Ini membatalkan teori Punt di Tanah Arab atau benua Afrika.'Memerintah pulau-pulau' adalah ciri-ciri Raja Punt dan hanya Kepulauan Melayu sahaja lokasi yang tepat dengan petunjuk ini! (Kami akan dedahkan rahsia darah naga,sejarah dinasti darah naga,bangsa 'Mu' dan tanah yang tenggelam dalam artikel ATBM akan datang)
Di relief kuil di Deir al Bahari,ada terakam kedudukan Punt di antara jalan perdagangan beberapa tamadun agung.Ini adalah satu ciri-ciri yang menepati kedudukan Nusantara sebagai jalan perdagangan antara India dan China.Dan eksport utama Punt ialah kemenyan dan emas! Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa ciri-ciri Punt dalam pelbagai manuskrip Mesir Purba: -berada di TIMUR Mesir. -Raja Punt memerintah pulau-pulau
-terletak di jalan tengah perdagangan antara tamadun -mengeksport emas dan kemenyan -Gelaran raja Punt ialah 'perehu' dan orang Punt pandai membuat kapal dan perahu Peti-peti di Gua Rahsia semakin bergegar-gegar mengeluarkan haruman misteri!! Bukti-bukti lain bahawa ekspedisi Ratu Hatshepsut menuju ke arah Nusantara adalah seperti berikut: Faktor masa-Di dalam ramalan Amon pada permulaan pemerintahan Hatshepsut ada menyatakan:
"...Tuanku telah melihat sehingga sampai ke pelabuhan kemenyan,untuk membuka ia sepenuhnya...untuk mengetahui jaraknya...untuk membuka jalannya supaya patuh kepada ayahku Amon" Di Punt,ketua angkatan laut Mesir Purba,Nehesi telah bertemu dengan pemerintah Kepulauan Melayu,Raja Perehu (boat in Malay) di mana kapal-kapal Mesir Purba telah kembali ke Mesir pada tahun ke-5 pemerintahan Hatshepsut.Ini adalah JANGKA MASA YANG CUKUP untuk pelayaran dari Mesir melepasi Laut Merah.Jika Punt terletak di sepanjang pantai Afrika,jangka masa pelayaran adalah lebih pendek sepatutnya.Kepulauan Melayu adalah lokasi yang menepati jangka masa ini.
Potoh (gelang dipergelangan tangan)-Nehesi(ketua angkatan laut Mesir Purba sebagaimana yang diterakam pada relief di Luxor) melaporkan bahawa Perehu memakai potoh pada pergelangan lengannya.Ini adalah budaya raja-raja Melayu,sila rujuk kepada POTOH NAGA yang disimpan oleh Kesultanan Perak.
*Perhatikan 'keris' yang dimiliki Perehu Keris-Ukiran di Kuil Hatshesut juga menjelaskan bahawa Perehu memiliki sebilah 'pisau pendek' yang diselitkan pada kain sarungnya.Budaya Mesir purba tidak menyelitkan senjata pada kain atau seluar.Senjata tajam akan diletakkan di dalam sarungnya dan sarung senjata itu diikat pada tubuh atau digantung.Ini adalah 'style' pemakaian senjata di dunia sebelah Barat.Tetapi relief ini jelas menerangkan 1001 misteri tentang tabiat Perehu,memakai senjata yang diselitkan
pada sarung (atau sampin?).Hanya gaya berkeris sahaja yang menepati 'style' raja Punt itu. Kapal-Pada relief di Makam Min,seorang pegawai kepada Thutmose III ada merakamkan lawatan seorang pelayar dari Punt yang tiba ke pantai Mesir dengan kapalnya yang ganjil (yang dilukis oleh pelukis Mesir Purba ketika itu).Kajian dari pakar dan cendekiawan bersepakat mendakwa bahawa bentuk kapal pada ukiran di makam kuno itu lebih cenderung kepada kapal-kapal Melayu terutama di Sumatera.National Geographic bilangan 159 yang diterbitkan pada tahun 1981 ada mengulas tentang kapal Sumatera ini.
KESIMPULAN Terdapat banyak lagi keserasian yang timbul di antara tamadun Mesir Purba dengan budaya dan bahasa Nusantara.Namun sehingga ke hari ini para pengkaji tetap bingung dengan penemuan aneh ini.Apakah yang terjadi di Punt 3500 tahun yang silam?Apakah yang dilihat oleh Nehesi dan anak kapalnya tentang orang-orang Punt dan kediaman mereka?Bagaimana perkataan Mesir Purba boleh ada dalam kosa kata Melayu dan Rejang?Bagaimana pula tulisan asli Melayu mempunyai pengaruh Phoenicia?SEpertimana prasasti yang juga ditemui di Benua Amerika yang dipercayai milik tamadun seperti Maya dan Aztek,telah merakamkan ketibaan kapal-
kapal dari Mesir Purba dan penduduk di Benua Amerika berkata: "...kamu tidak sepatutnya sampai ke sini...kecuali datang dari arah Tanah Punt..." Fikirkan kata-kata yang mendalam ini,dan bayangkan di mana Tanah Punt itu.Adakah Horus adalah salah satu raja di Tanah Punt?SEbagaimana gelaran dewa-dewi HIndu kepada Nusantara sebagai 'The Fabulous Land of Gold' begitu juga para Firaun ini yang mengenal Punt sebagai tempat menghasilkan emas dan kemenyan. Mengkaji Nusantara sebagai Punt atau The Land of Gods akan membuka cerita lebih menggemparkan.Betapa bangsa
Qibti Mesir telah tiada tetapi bangsa yang sezaman dengannya masih wujud dimuka bumi.Orang Kanaan (Phoenicia) yang berniaga dengan orang Punt pun sudah pupus,namun rakan seperniagaan mereka masih hidup dan ada yang berniaga seperti dahulu. Ingat!Pengetahuan rahsia itu bagi orang yang memahaminya.Sekurang-kurangnya orang Melayu masih dapat mempertahankan Rencong sehingga abad ke 19 dari jarak masa beribu-ribu tahun.DAN BERTUAHNYA MASIH DAPAT MEMPERTAHANKAN BAHASANYA SEHINGGA KINI walau pun banyak dugaan melanda.Legenda Perahu dan Hati terakam di dinding kuil purba di Luxor,Mesir.Perahu dan hati adalah perkataan Melayu biasa yang digunakan
sehingga ke hari ini.Ini juga bermakna kedua-dua perkataan ini adalah antara perkataan asli Melayu yang paling tua. Pertanyaan yang semakin mendesak-desak di dalam dada ialah,apakah yang sebenarnya berlaku lebih awal dari 3500 tahun yang silam di antara orang Melayu dan Mesir Purba?Apakah maksud Tanah Nenek Moyang? ------------------------------------------------- Coming Soon... Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
-Siapa Funan?Khmer atau Melayu? -Austronesian dan Polinesia -Kota yang hilang di dasar tasik Chini -Bahasa-bahasa Nusantara -XXXXX XXX XXXXX -XXXXX XXX XXXXXX -Helmet dan jaket perang orang Cham -Item Locked -Rumpun Melayu -Item Locked -Item Locked
-XXXXX XXXXX Nampaknya petunjuk tidak muncul!Penjaga Gua Rahsia hilang tiada berjejak!Pencarian semakin menemui jalan buntu!Apakah kesudahan pencarian ini?? Nantikan jawapannya dalam episod akan datang! Hanya di MistisFiles...
Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Melayu XII
Tiada lagi Gua Rahsia.Peti-peti pun sudah
hilang entah ke mana.Siapa yang tahu
jalan ke Gua Rahsia?Kita sudah kehilangan
petunjuk.
Dengar sini.Apa yang perlu kita lakukan
sekarang ialah mengumpulkan semua
petunjuk yang ada.Setiap petunjuk akan
membuka cerita yang berbeza.Dan setiap
cerita,kita boleh cantumkan misteri yang
ada;kita boleh hubungkan antara satu
sama lain.Di dalam siri ATBM version 1.0
ada dijelaskan tentang petunjuk seorang
lelaki 'Phoenicia' yang dihormati di
tempatnya,datang ke dunia sebelah
sini,dan diberitakan menyunting seorang
gadis misteri.Kita juga telah maklum
misteri tulisan orang Kanaan ini
(Phoenicia) yang punya persamaan
dengan tulisan Rencong iaitu tulisan purba
orang Melayu yang sempat
direkodkan.Dalam ATBM version 2.0 kita
tahu bahawa ciri-ciri gadis misteri ini yang
punya hubungan dengan wangian dan
bunga-bungaan.Dan mengapa sumber
Judeo-Sumeria menggelarnya sebagai
'Keturah' (wangian,kemenyan
wangi,haruman).Kita juga belajar tentang
'lubbanjawi',kemenyan wangi yang hanya
boleh didapati di Nusantara.Kita juga tahu
tentang legenda emas di
Nusantara,sehingga raja-raja Judah dan
kerajaan Vedic yang hilang berbisik-bisik
tentangnya.Dalam ATBM version 3.0 kita
belajar tentang sifat bangsa misteri yang
berdagang dan belayar.Kita juga sedar
tentang misteri kerajaan-kerajaan yang
hilang di Indochina,telah menjadi legenda
dan mitos oleh kaum-kaum yang
terkemudian mencorakkan Indochina.Kita
juga menjelajah sehingga beribu-ribu
tahun ke belakang,ketika para Firaun
memerintah Mesir Purba dan misteri
perkataan Mesir Purba yang 'tertinggal' di
dalam kosakata bahasa Melayu.Kita juga
tahu bahawa Punt ialah kepulauan yang
kaya dengan emas dan kemenyan
wangi.Kita juga kenal siapa itu Horus,Maat
Heru atau Mata Hari di dalam The
Egyptian Book of The Dead.
Dalam artikel terakhir ini,kita akan belajar
tentang rahsia Firaun dan Raja
Perehu,kaitan di antara mereka.Siapakah
Raja Perehu ini?Apakah hubungannya
dengan Firaun Mesir?Kita juga akan
belajar tentang siapakah Brahma dan
Puteri Mayang Mengurai.Kita akan
menghayati legenda cinta antara dua
benua;orang Cham menyebutkan dalam
legenda mereka,Kaundinya dan
Soma.Orang Khmer menuliskan nama dua
kekasih ini sebagai Preah Thaong dan
Neang Neak sementara rekod China
mencatatkan legenda ini sebagai Brahmin
dan Ye Ye,'Mayang Mengurai' yang
disebut-sebut dalam hikayat-hikayat
Melayu dahulukala.Dan pembukaan rahsia
tentang 'darah naga'.
Beribu-ribu tahun dahulu...menurut cerita
para maulana dan fakih Nusantara,ketika
Nabi Ibrahim a.s meletakkan Siti Hajar dan
anaknya Nabi Ismail a.s di kawasan tandus
di bumi Mekah,baginda tidak pulang ke
Tanah Kanaan tetapi telah bergerak
sehingga ke Timur Jauh untuk
berdakwah.Nabi Ibrahim telah singgah ke
kawasan yang dinamakan Champa-
Kemboja dan melamar seorang gadis
misteri di sana.Gadis misteri ini tidak
diketahui namanya namun orang-orang di
Sumeria mahupun kota-kota Ur dan Kish
memanggilnya sebagai 'wangi-wangian'
atau 'kemenyan wangi' atau dalam bahasa
Ibrani Kuno sebagai 'Keturah'.
Siapakah sebenarnya Ibrahim dan
Keturah?
"The Tabernacle of Melati and Mala"
"...She opened her mouth to swallow The
Love of the Lovers, but could not close her
lips,because her lips was full of poison;the
Poison of Soma...Venom of the Kings...
There were Hills in the distance; nearby
much happiness there was
where the Poison was change by a Holy
Man to the Lotus of Wisdom
at the peak of her heart;were the Flowers
of Amity as gift for her Lover,The
Patriarch..."
(page 275,Venom of The Kings,chapter
37:The Tabernacle of Melati & Mala
-Lodgekeeper's Diary)
Sejarah itu adalah kisah kita yang
lalu.Tidak kira sama ada sejarah itu adalah
sejarah manis mahupun yang pahit,ia
adalah jawapan kepada kewujudan kita
hari ini.Jika kita tidak wujud hari ini
sekalipun,orang lain akan dapat membaca
sejarah kita yang dicatatkan mereka,dan
mendapat jawapan mengapa kita pupus
hari ini.
Kewujudan kita kerana sejarah yang
panjang sebagai asbab yang menceritakan
kepada kita bagaimana orang-orang
sebelum kita dapat menyelamatkan diri
(survive) dari kepupusan akibat perang
atau penjajahan.Walaupun kita
mempunyai 'penyakit keturunan' atau
mungkin boleh dipanggil 'saka' iaitu
HASAD DENGKI SESAMA SENDIRI,namun
semangat untuk berjuang bagi
meneruskan warisan Kemelayuan tetap
membakar nafas perjuangan para
pendekar dan pejuang bangsa.Kita sudah
membaca bagaimana bangsa-bangsa
hebat di benua Amerika seperti Aztek,Inca
dan Maya yang mempunyai piramid-
piramid dan peradaban tinggi akhirnya
musnah begitu sahaja akibat sikap SUKA
MENYANJUNG BANGSA LUAR DAN SIFAT
MERENDAH DIRI (INFERIORITY COMPLEX)
YANG KETERLALUAN menyebabkan
mereka ditipu oleh conquistador
Sepanyol,yang sebelum itu berasa amat
kagum dengan peradaban dan kota
mereka.Kita juga belajar bagaimana
peradaban Assyria dan Babilon yang
pupus kerana sikap suka berperang dan
kejam menyebabkan bangsa-bangsa lain
yang merasa tertindas menyimpan
dendam untuk bertindakbalas.Peradaban
di Sumeria didirikan di atas darah
peperangan antara negara
kota,sementara peradaban Benua
Amerika didirikan di atas darah para
korban di atas altar pemujaan.Peradaban
China pula didirikan di atas perebutan
antara etnik-etnik China yang saban waktu
merebutkan kekuasaan dan menubuhkan
dinasti maharaja (ini antara sebab kaum-
kaum yang kalah dan lemah seperti Tai
dan Dai-Viet terpaksa berundur ke
selatan).Peradaban Eropah pula didirikan
di atas sifat ingin tahu dan kagum dengan
peradaban Arab-Islam,dan inilah
pembukaan cerita kepada Rennaisance di
Eropah.
Namun peradaban Kemelayuan didirikan
di atas PERDAGANGAN MARITIM dan
PENGEMBARAAN.Unikkan?
Para pelaut Melayu mengembara di
seluruh Nusantara dan Pasifik;'The
World's End' yang begitu menggerunkan
dan menjadi mitos kepada para pelaut
Eropah sebelum abad ke-14 (sebab itu
dalam filem Pirates of The Caribbean 3,
Kapten Jack Sparrow kononnya di'kunci' di
dalam dunia ghaib di 'hujung dunia' dan
kru The Black Pearl terpaksa mengembara
sehingga ke Singapura untuk menjejak
kapten mereka).Apabila berhenti pada
satu-satu pulau,mereka menubuhkan
penempatan dan kerajaan.Mereka tidak
pula membunuh puak-puak aborigine
yang tinggal di pulau-pulau itu,malah ada
yang berasimilasi (berkahwin atau
bergaul) dengan mereka.Sebab itu yang
membunuh dan menindas para aborigine
ini adalah penjajah Eropah yang datang
selepas itu.FIKIRKAN BAGAIMANA
ORANG ASLI,JAKUN,DAYAK dan
seumpamanya masih mengekalkan tradisi
dan cara hidup mereka beribu tahun
sehingga ke hari ini.Jika orang Melayu
adalah bangsa penjajah yang kejam,sudah
tentu kaum-kaum aborigine ini sudah
lama pupus.Jika kaum aborigine Amerika
yang gagah perkasa seperti Aztek yang
biasa berperang dan bermain dengan
kepala manusia dan bau darah boleh
hancur tewas di tangan penjajah
Sepanyol,apatah lagi Orang Asli di
Nusantara yang lemah ini,yang hanya
tinggal di ran atau pondok-pondok buruk
di dalam hutan berbanding 'Orang Asli'
Amerika yang tinggal di dalam bangunan-
bangunan batu agam yang besar-
besar.Tetapi KEWUJUDAN MEREKA hari
ini ADALAH BUKTI BETAPA PERADABAN
MELAYU ITU BERDIRI DI ATAS
PERDAGANGAN MARITIM DAN SIFAT
SUKA MENGEMBARA.Tidak lebih tidak
kurang.
Bangsa Melayu (The House of Jawi) terdiri
daripada pelbagai sukukaum dan
etnik.Kata 'Melayu' itu sendiri
mengandung makna yang mendalam.Ia
adalah nama lain bagi Bani Jawi yang
'homeland' nya di Nusantara (Asia
Tenggara dan Pasifik Barat).Hari ini ada
sesetengah orang yang keliru dengan
istilah 'Melayu' ini,terutamanya di
Indonesia.Ini terjadi kerana hanya Inggeris
sahaja yang mengenal bangsa Nusantara
ini sebagai Melayu,manakala orang
Belanda masih kabur dengan penduduk di
tanah jajahannya.Hasilnya ada orang yang
menganggap 'Melayu' itu sukukaum
sahaja dan merujuk kepada sukukaum
Melayu ini kepada orang Melayu di
Malaysia.Jadi apabila ada kaum-kaum
yang seiras dengan ciri-ciri Melayu
Malaysia,maka dikatakan ia adalah
sukukaum Melayu di antara kaum-kaum di
Indonesia.Ini juga membawa erti bahawa
Malaysia adalah 'homeland' sukukaum
Melayu ini.Ini adalah salah sama sekali
kerana jika mahu 'fight' di dalam kronologi
sejarah sekalipun bersandarkan kepada
Teori Sukukaum Melayu' maka seluruh
Indonesia itu adalah hak Malaysia (jika
mereka mengatakan Melayu itu
Malaysia,Malaysia itu Melayu) kerana
Empayar Melayu Srivijaya pernah
menakluk seluruh Nusantara.Pusat
pemerintahan empayar ini terdapat di
Kelantan,Kedah Tua,Sumatera
(Palembang,Jambi) dan Jawa.Ini adalah
empayar bangsa Nusantara yang
universal.Orang-orang
Jawa,Sunda,Mendailing,Minang dan
seumpamanya bila bercampur dengan
'Melayu' ini akan menjadi Melayu
walaupun mereka masih berbahasa loghat
masing-masing.Anak-anak mereka akan
memanggil diri mereka sebagai ORANG
MELAYU dan seterusnya menyebutkan
keturunan mereka,misalnya,"Saya orang
Melayu berketurunan Banjar,saya orang
Melayu keturunan Pakistan dan Jawa,saya
orang Melayu keturunan Bugis"...dan
seterusnya.Uniknya,tiada siapa pun yang
memaksa mereka menjadi 'Melayu'.Ini
bukan kes Raja Thai mahu 'menThaikan'
orang Melayu,Cina dan India,ini bukan
dasar penghapusan etnik atau
seumpamanya...tetapi INI ADALAH
LUMRAH SEMULAJADI BANI
JAWI.Mereka menjadi Melayu kerana
memang mereka adalah Melayu.
Ada juga pihak yang 'terlebih pandai'
mengatakan Melayu itu adalah nama
bahasa bukan bangsa.Bagaimana orang
Nusantara boleh terlampau bijak boleh
mencipta satu bahasa yang mempunyai
nama lain dari nama bangsa yang
menuturkannya.Nama Melayu bukan
hanya ditemukan pada istilah 'BAHASA
MELAYU' tetapi dijumpai pada perkara-
perkara yang lain.Nama MELAYU itu
dijadikan nama sungai,nama kerajaan dan
wilayah,malah seluruh nusantara ini
dinamakan Malayadvipa di dalam antara
karya sastera paling agung dan dihormati
di India iaitu Ramayana!Malayadvipa
bermaksud 'PULAU-PULAU
MELAYU'.Bahasa Melayu bukan seperti
bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa
saduran dari bahasa Avestan dan buktinya
kini bahasa itu semakin mengalami
kepupusan.Bahasa Sanskrit dibawa oleh
puak Aryan ke Benua India sekaligus
dengan ajaran-ajaran Veda.Jadi Sanskrit
adalah bahasa bagi ajaran Veda
sebagaimana Arab adalah bahasa bagi
mengungkapkan ajaran Islam.Namun
Sanskrit bukan bahasa asal Benua India.Ia
adalah bahasa puak Aryan dari Asia
Tengah.Ini berlainan pula dengan bahasa
Melayu.BAHASA MELAYU ADALAH INDUK
BAGI SEMUA LOGHAT ETNIK-ETNIK
NUSANTARA.Sebab itu Bahasa Melayu
dijadikan antara isi dalam Sumpah
Pemuda ketika pembinaan negara
Indonesia.
Bayangkan seluruh pemimpin di Indonesia
tidak kira Jawa,Sunda,Aceh dan lain-lain
bersetuju menjadikan BAHASA MELAYU
SEBAGAI BAHASA PERSATUAN SELURUH
INDONESIA!Bukan bahasa Jawa,bukan
bahasa Sunda,bukan bahasa Aceh apatah
lagi bahasa Siam Ayutthaya.
Rumpun Melayu di Indonesia boleh
berkokok dengan 'bangsa Indonesia'
mereka yang merupakan khayalan
Belanda yang menyangka rumpun Melayu
di pulau-pulau Indonesia adalah bangsa
Keindiaan (prefix Indo- adalah bermaksud
India atau ciri-cirinya) namun anehnya
apabila mengharap sesuap nasi di
Malaysia dan seterusnya pasrah menetap
di Malaysia,lama-kelamaan mereka ini
mula mengaku Melayu,dan anak-anak
mereka yang sudah mendapat kad
pengenalan biru dan bersekolah di sini
menganggap diri mereka adalah Melayu
BUKAN BANGSA KHAYALAN BERNAMA
INDO-NESIA.
Selagi lagi,tiada siapa yang menekan
mereka supaya mengaku Melayu.Kerajaan
Malaysia tidak memaksa rumpun
Nusantara dari Indonesia ini menjadi
Melayu di Malaysia.Mereka tidak
diseksa,diperangi,dipenjara atau
didiskriminasi untuk menjadikan mereka
sebagai Melayu.Nama mereka yang
asalnya keJawaan atau keSundaan atau
keMinangan tidak pula dipaksa untuk
diMelayukan.TETAPI MEREKA MENJADI
MELAYU SECARA MISTIK DAN TANPA
DISEDARI DI BUMI SEMENANJUNG EMAS
INI!
Apabila anak-anak mereka membesar di
kalangan orang Melayu di sini tiba-tiba
menjadi lebih Melayu dari dirinya dan
mendapati budaya dan bahasa orang
Melayu di sini punya persamaan yang erat
dengan budaya mereka,saudara-saudara
kita dari Indonesia ini seolah-olah tersedar
dari mimpi yang sekian lama direka oleh
penjajah Belanda dan ketika itu barulah
mereka sedar bahawa 'Indonesia'
hanyalah sekadar nama negara sahaja
namun merekalah bangsa Melayu
Nusantara yang berpijak di Timur Jauh!
Dan inilah yang membezakan antara
bumiputra dengan kaum-kaum bukan
bumiputra seperti Cina dan India.Ini
kerana etnik-etnik Melayu ini walau di
mana sahaja APABILA BERPIJAK DI
'TANDUK SEMENANJUNG EMAS' akan
kembali kepada asal-usul mereka sebagai
MELAYU.Aneh bukan?
Mereka akan mengamalkan adat
Melayu,berbahasa Melayu (disamping
loghat kaum masing-masing) dan
beragama Islam.Ini berbeza dengan kaum
Cina dan India yang masih berdegil
dengan budaya masing-masing malah
apabila diberi peluang memerintah mahu
pula menghapuskan warisan Melayu
secara gelojoh (seperti DAP).Pemimpin
mereka berkokok bertanyakan mengapa
setelah lebih 50 tahun merdeka,mereka
masih tidak mendapat status
bumiputra.Bagaimanakah orang-orang
Melayu mahu memberi status bumiputra
kepada mereka PADAHAL SIKAP DAN
MENTALITI MEREKA SEPERTI PENJAJAH
YANG MAHU MENJARAH BUMI DAN
WARISAN ORANG-ORANG
BUMIPUTRA?Contohilah kaum Baba dan
Nyonya yang pandai berasimilasi dengan
budaya orang-orang Melayu tanpa
meninggalkan 'kecinaan' mereka.Ini
tidak,masih berdegil mahu membawa
budaya Komunis ala Chin Peng dan Mao
Ze Dong walau sudah lama menghirup
udara Malaysia.Setiap hari dihabiskan
untuk berfikir apakah lagi isu sensitif yang
boleh dibangkitkan bagi menyakitkan hati
orang-orang Melayu.
Pemimpin mereka berkokok sehingga
habis suara,mengapa orang-orang seperti
Khir Toyo (keturunan Jawa),Najib
(perdana menteri Malaysia,berketurunan
Bugis) dan seumpamanya boleh diiktiraf
sebagai bumiputra padahal ada keturunan
mereka yang baru sahaja berhijrah ke
Tanah Melayu.INI ADALAH SOALAN
BODOH BERSIFAT RASIS-KOMUNIS YANG
KURANG BERPELAJARAN.Orang Melayu
adalah salah satu komposisi Bumiputra
termasuk Orang Asli dan Bumiputra Sabah
dan Sarawak.Orang Melayu terdiri
daripada pelbagai etnik dengan berbagai-
bagai pula loghat daerah,yang ini jika
dikaji dalam aspek linguistik adalah dalam
kelompok Malayo-Polynesia.Ini berbeza
dengan orang-orang Cina yang
terkelompok dalam kelompok Sino-
Tibetan.Sebelum era
penjajahan,penduduk Nusantara bebas ke
sana ke mari sama ada di tanah
semenanjung mahupun pulau-pulau
Melayu (Indonesia).Orang Kedah
membuat penempatan di Sumatera,orang
Jawa membuka kampung di
Selangor.Orang Bugis membina hidup
baru di Johor,orang Patani dan Champa
berhijrah ke Aceh dan Borneo...ini adalah
lumrah dalam Alam Melayu
Nusantara.Nusantara adalah 'negara'
mereka.Tanah tumpah darah
mereka.Siapa sahaja diantara etnik-etnik
Melayu ini yang naik memerintah sama
ada Tunku Abdul Rahman (keturunan
Melayu Siam),Tun Abdul Razak (keturunan
Melayu Bugis),Tun Hussein Onn
(keturunan Johor-Turki),Tun Mahathir
Mohamad (keturunan Melayu-India
Muslim) dan kini Dato Seri Najib Tun
Abdul Razak (keturunan Melayu
Bugis),mereka tetap menghormati budaya
tradisi kaum-kaum Bumiputra dan
kepercayaan mereka.
Ini berlainan dengan pemerintah
Chaivinis-Rasis-Komunis yang dengan
gelojoh mahu menghapuskan budaya dan
agama kaum bumiputra khasnya ORANG
MELAYU-ISLAM.Tulisan Jawi mahu
dipadam,azan diperlekeh,perarakan
Maulidur Rasul dibatalkan,gerai-gerai
orang Melayu diruntuhkan dan lagi...lagi
dan lagi.Dan ini akan berterusan jika kita
masih bermurah hati memberikan semua
hak kita kepada bangsa komunis (bukan
semua orang Cina tetapi orang Cina yang
menganut faham Rasis-Komunis) maka
tunggulah saat kepupusan kita kerana
KEBODOHAN KITA MEWARISI TABIAT PAK
KADUK MENANG SORAK KAMPUNG
TERGADAI.Perhatikan gelagat orang-orang
Melayu yang terkinja-kinja bersorak
seperti monyet dan beruk ketika
berdemonstrasi atau ketika
pilihanraya.Habis sesuatu isu atau
pilihanraya,yang untung adalah bangsa
asing.
Tiada di antara etnik-etnik Melayu ini yang
berusaha mengaku merekalah etnik
terhebat dan menjadi akar kepada bangsa
Melayu.Tiada pula etnik Boyan mengaku
merekalah asal-usul Melayu dan
sebenarnya orang Nusantara adalah
"rumpun Boyanlah".Atau orang
Mendailing mengatakan raja-raja Melayu
sebenarnya beradatkan raja-raja
Mendailing atau raja Batak.Etnik Jawa
yang pernah membina kerajaan yang
hebat itu juga tidak pula berusaha
'menjawakan' seluruh
Nusantara.Tambahan pula,tiada di antara
mereka yang mendakwa Inggerislah yang
me'Melayu'kan orang Nusantara atau
Malaysia.Rumpun Nusantara di sebelah
Indonesia hanya menganggap Malaysia
adalah agenda British namun bukan
mengatakan Melayu itu agenda
British,kerana sejarahwan mereka tahu
betapa bersejarah dan agungnya nama
'Mala-yu' itu.Ini kerana kerajaan yang
dirujuk sebagai 'Melayu' atau
menggunakan nama Melayu seperti
Empayar Srivijaya,Kerajaan Malayu dan
Kerajaan Dharmasraya adalah
SEBAHAGIAN DARI SEJARAH INDONESIA!
Ini berlainan pula dengan sesetengah
orang yang mendakwa 'rumpun' dialah
yang merupakan asal-usul orang Melayu
malah mengatakan bahawa nama
'Melayu' itu adalah ciptaan Inggeris!Ini
amat melucukan kerana nama 'Melayu' ini
benar-benar ada dalam rekod China dan
India purbakala (ini belum lagi rekod
Eropah,Arab dan tamadun-tamadun
lain),manakala nama 'Siam' itu hanya
wujud dalam kitab-kitab kuning bertulisan
Jawi dan berbahasa Melayu.Dalam hal ini
sudah tentu bukan sahaja sejarahwan
Malaysia malah Indonesia juga berlepas
tangan dari cerita sejarah ditahap komik
Naruto yang cuba diketengahkan oleh
pihak-pihak yang berkenaan.Malahan
sejarahwan Thai yang pening dengan
cerita fantasi Ramkhamhaeng juga
menepuk dahi setelah mendengar komik
manga dari 'bangsa Harimau' yang lebih
kurang sama dengan utopia Sukhothai dan
batu bersurat Ramkhamhaeng.
Begitu senang orang dijadikan bangsa lain
hanya dengan mendengar cerita-ceriti
yang diselitkan beberapa fakta sejarah
yang diubahsuai.Jika bukan tema 'Siam'
pun,jika ada pihak yang mendakwa dahulu
semenanjung ini milik kerajaan Planet
Zargus misalnya,siap ada kitab bernama
'Undang-undang Zargus' (UUZ) dan
mendakwa dahulu penduduk Nusantara
adalah rumpun Zargus,sudah tentu ada
orang Melayu yang merasakan dirinya
adalah dari rumpun Zargus akibat cetek
dalam ilmu sejarah bangsanya.Ini adalah
orang yang tiada jatidiri dan identiti.Cepat
goyang apabila ditunjal.Belum berpencak
sudah mengalah.Ini bukan keturunan
pendekar atau bangsa Harimau.Dia
mungkin berasal dari The Planet of The
Apes.Oleh itu penting untuk memiliki
'intuisi' Kemelayuan sendiri jika tidak
mahu ditukar kepada bangsa lain secara
mendadak,tidak kira bertukar menjadi
Siam,Thai,Filipino,Cina,India atau menjadi
'Mat Salleh' (kerap terjadi di kalangan Elit
Melayu dan ahli korporat Melayu).Atau
sekurang-kurangnya anda boleh
"Bertukar!" menjadi Gaban.
Oleh itu teramatlah penting bagi kita
untuk mempelajari warisan bangsa
kita,meneliti prasasti-prasasti,manuskrip
dan tinggalan nenek moyang kita dan
memahami bahawa Melayu itu tiada
sempadan negara.Alam Melayu adalah
katakuncinya bagi kita untuk mengelakkan
secara tidak sedar bertukar menjadi
pencacai kepada sejarah orang lain atau
kepada sejarah fantasi orang lain.
Legenda Kaundinya dan Soma
Di dalam ATBM VIII "The Land of The
Gods" telah diselitkan sejarah kewujudan
sebuah kerajaan purba Funan.Funan
adalah sebuah kerajaan yang wujud di
Indochina dan pengaruhnya mencapai
seluruh Kemboja,sebahagian Vietnam di
kanan dan Thailand di kiri dan sehingga
negeri-negeri Melayu utara
semenanjung.Tidak diketahui sejak
bilakah kerajaan Funan ini sudah wujud
tetapi ia dikesan dalam rekod China
seawal 1 Masehi lagi!Funan juga dikesan
menjalankan perdagangan dengan
negara-negara luar sejauh Empayar Rom
berdasarkan bukti-bukti arkeologi.'Fu-nan'
(Fou-Nan) adalah sebutan dalam lidah
orang China di masa itu.Orang Khmer
menyebutkan sebagai Nakhor Phnom dan
Dai-Viet menyebutnya sebagai Phu
Nam.Funan atau Phnom ini bermaksud
'gunung' dalam bahasa Melayu Standard
di mana ia adalah perubahan beribu tahun
dari kata asalnya 'gnom'(Melayu
Kuno).'Funan' ini juga adalah saduran dari
kata 'penan' yang bermaksud 'puak
gunung' (perhatikan kaum Penan yang
dikategorikan sebagai Dayak darat
manakala Iban sebagai Dayak laut).
Keselarian kata yang membawa maksud
'gunung' ini antara orang Khmer dan
Melayu ini adalah kerana pada zaman
dahulu orang-orang Melayu,Mon dan
Khmer mempunyai hubungan erat di
Indochina.'Gunung' adalah salah satu
katakunci tabut rahsia Melayu.Perhatikan
bagaimana pengasas Kerajaan Khmer
mempunyai hubungan terahsia dengan
keluarga dinasti Sailendra di Tanah
Jawa.Saudara?Anak
angkat?Sepupu?Gabenor?Pegawai?Kita
tidak tahu setepatnya.'Sailendra' adalah
bermaksud 'raja gunung'.Pengkaji Khmer
dan sesetengah pengkaji Barat menolak
teori yang mengatakan keluarga raja
Funan melarikan diri ke Tanah Jawa dan
mendirikan dinasti Sailendra di
sana.Namun fikirkan ini,raja-raja Khmer
dan orang Khmer sendiri bermati-matian
mengaku bahawa mereka adalah pewaris
Funan padahal mengapa Jayavarman II
diberitakan 'baru pulang dari
Jawa'?Aha...prasasti dari kuil purba Khmer
itu tidak dapat disorok kerana ia adalah
satu-satunya catatan tentang Jayavarman
II yang dijumpai setakat ini.
Jadi siapakah sebenarnya orang Funan
ini?Adakah orang Mon-Khmer atau
Malayo-Polynesian?
Orang Khmer mengaku Funan adalah 'hak'
mutlak mereka padahal tiada pun prasasti
Khmer yang menyebutkan tentang Funan
ini.Ukiran di Angkor Wat dan Bayon hanya
mencatatkan kewujudan kerajaan
Champa,satu rumpun dengan Malayo-
Polynesian.Jadi kita perlukan sumber luar
dahulu,terutamanya sumber China yang
mula-mula menyedarkan kita tentang
kewujudan Funan ini.
Rekod China yang direkodkan seawal abad
ketiga Masehi mencatatkan satu legenda
tentang 'orang suci' yang datang ke
Kemboja dan mengahwini puteri
tempatan.Seorang pegawai China
bernama Rang Tai telah tiba ke Funan
pada abad ke-10 Masehi dan mempelajari
kisah tentang Brahmin yang mengahwini
seorang puteri bernama Ye Ye (ada versi
lain menjadi Liu-Ye).Kata 'Ye Ye' ini
diterjemah secara harafiah kepada bahasa
Inggeris menjadi 'Daun Kelapa' padahal
sebenarnya ia bermaksud 'bahagian serat
kelapa/tumbuhan yang panjang' atau
dalam istilah hikayat Melayunya
'MAYANG MENGURAI'.Jadi dari sini kita
tahu nama gelaran puteri ini iaitu Puteri
Mayang Mengurai,merujuk kepada
kecantikan rambutnya yang panjang bak
mayang mengurai.
Dalam legenda yang dicatat oleh pegawai
dari China itu ialah bagaimana Puteri Ye
Ye cuba menyerang perahu atau kapal
yang dinaiki oleh Brahmin itu tetapi
kemudiannya Brahmin itu dapat
menewaskan puteri tersebut lalu
kehandalan Brahmin itu (dinyatakan
Brahmin itu menggunakan kesaktiannya)
telah menawan hati Puteri Ye Ye.Mereka
pun berkahwin dan dikatakan warisan dari
keturunan mereka melahirkan raja-raja
Funan.Mula-mula kita mesti faham
petunjuk dalam legenda ini.Terdapat dua
watak utama dalam legenda ini yang
dikongsi oleh orang Cham dan Mon-
Khmer.
Pertamanya watak 'orang suci' atau
Brahmin yang datang dari negeri
luar.Kemudian watak Ye Ye/Liu Ye iaitu
puteri tempatan yang menjadi raja atau
pemimpin negeri.
Jika kita faham plot legenda ini betul-
betul,kita akan dapat melihat kod-kod
rahsia di hampir semua legenda Melayu
Purba;juga menggunakan plot cerita yang
sama!
Mula-mula kita lihat rekod dari orang
Cham (Champa).Di dalam inskripsi batu
bersurat yang bertarikh 657 Masehi (abad
ke-5) yang dijumpai di tapak bersejarah
My Son di Vietnam ada mencatatkan
legenda Brahmin dan Ye Ye ini di mana
mereka dikenali sebagai Kaundinya dan
Soma.Sebenarnya dalam inskripsi itu tidak
menyatakan nama sebenar puteri ini
tetapi setepatnya menghuraikan sebagai
'anak perempuan kepada Soma' di mana
Soma itu adalah seorang 'Raja Naga'.
Bagaimana dengan dari sebelah
Khmer?Mereka mempunyai legenda yang
sama namun lebih kuat sebagai cerita
rakyat yang popular di kalangan
masyarakat mereka.Orang suci itu dikenali
sebagai Preah Thaong dan Ye Ye sebagai
Neang Neak dalam versi Khmer.Oleh
kerana orang Khmer telah mendominasi
Kemboja pada hari ini dan berkuasa
menuliskan sejarah mereka dengan lebih
meluas maka para pengkaji moden lebih
cenderung menyangka Funan adalah
kerajaan orang Khmer.Tetapi hakikat
sebenarnya bukan sahaja para pengkaji
Khmer,malah cendekiawan Barat juga
pada hari ini masih berdebat tentang
siapakah orang Funan ini.Ini kerana
kekurangan bukti dan prasasti
menyebabkan identiti orang Funan ini
masih samar-samar.Sebahagian
cendekiawan Barat seperti D.G.E Hall
cenderung mendakwa orang Funan adalah
dari keturunan Melayu sebagaimana
orang Cham.Tetapi ada juga pengkaji
seperti Micheal Vickery yang mengatakan
Funan adalah Khmer.
*Lihat kostum
orang Mon ini yang bercampur-aduk dan
perhatikan gadis sebelah kiri sekali
memakai kain songket seperti lagak
seorang srikandi Melayu.
Mari kita lihat siapakah yang lebih
mempunyai 'autoriti' dengan warisan
Funan berdasarkan apa yang mereka ada
tentang kisah Funan ini.Orang Khmer
mempunyai cerita rakyat sahaja,namun
orang Cham punya prasasti bertulis
tentang legenda ini!Kini dikatakan
dijumpai inskripsi Khmer yang
mengandungi cerita orang suci dan puteri
ini,namun isi inskripsi itu hanya
menyambung motif yang ada dalam
prasasti Cham;di mana di dalam inskripsi
Khmer itu menyatakan bahawa bahawa
pemerintah-pemerintah mereka adalah
berasal dari Sri Kaundinya dan anak
perempuan Soma.Mengapa inskripsi itu
hanya menurut motif cerita dalam rekod
orang Cham?KERANA REKOD KHMER ITU
BERUSIA ABAD KE 10 MASEHI
MANAKALA REKOD CHAM SEAWAL ABAD
KE 5 MASEHI.Terima kasih kepada orang
Cham kerana bijak dan rajin menuliskan
rekod-rekod.Sebab itu antara usaha untuk
memadamkan sejarah sesuatu bangsa
ialah RAMPAS,MUSNAHKAN ATAU
SOROKKAN REKOD-REKOD INI!
*Kompleks My Son
di Vietnam
Nasib baik prasasti Cham dijumpai di
Vietnam,jika pengkaji Khmer
menjumpainya di Kemboja silap haribulan
batu bersurat itu mungkin
dipecahkan.Dan dengan ini mereka lebih
selesa mendakwa Funan benar-benar
orang Khmer.
Legenda ini menjadi cerita rakyat
(folklore) dalam masyarakat Khmer
sementara oleh kerana orang Cham tidak
bernegara pada hari ini apabila
sebahagian mereka menjadi rakyat
Kemboja dan selebihnya menjadi rakyat
Vietnam maka legenda ini semakin
dilupakan.Sementara orang Khmer
semakin bercerita ke sana sini tentang
legenda cinta Kaundinya dan puteri
Soma,orang Cham semakin tidak
mengendahkan cerita PENTING ini.Namun
bangkai gajah tidak dapat ditutup kerana
para pengkaji Vietnam telah menjumpai
prasasti tentang Kaundinya dan Soma di
My Son yang merupakan tapak purbakala
orang Cham di Vietnam.Mengapa orang
Cham punya cerita ini lebih awal dari versi
orang Khmer?
INI KERANA KERAJAAN CHAMPA SEMPAT
SEZAMAN DENGAN ERA FUNAN.
Kerajaan Champa ketika itu sangat
maju,hasil hubungannya dengan Funan
dan orang Champa lah yang mewarisi
segala ilmu pengetahuan Funan.Lihat
suasana peperangan di antara Cham dan
Khmer yang diukir oleh pengukir Khmer
sendiri di Bayon.
*Relief di Bayon
menunjukkan askar Cham (memakai
helmet dan membawa perisai) sedang
bertempur dengan askar Khmer
Perhatikan kostum askar Cham
berbanding askar Khmer.Askar Cham
punya jaket perang dan helmet (topi
besi?) serta perisai panjang.Askar Khmer
hanya memakai kain selempang yang
diikat-ikat ke tubuh mereka yang tidak
berbaju dan seolah-olah memakai cawat
sahaja.LIHAT,ORANG LUAR
MENAFSIRKAN ORANG MELAYU AMAT
MAJU DAN BERPELAJARAN namun hari ini
ada orang Melayu memikirkan bangsanya
dahulu adalah bangsa hutan dan
gua.Mengapa orang luar menilai Melayu
dalam sejarah mereka dengan begitu
hebat dan maju?Dan mengapa orang
Melayu Malaysia menilai bangsanya
begitu rendah dan menyedihkan?Sehingga
ada anak-anak Melayu yang terkekeh
ketawa melihat gambaran Orang Melayu
Patani yang memiliki pistol,meriam dan
istinggar oleh pembuat filem Thailand
(rujuk filem Queen of
Langkasuka).Perhatikan sekali lagi ukiran
ini.Ini bukan diukir oleh orang Cham atau
orang Kedah TAPI ORANG KHMER SENDIRI
DI ZAMAN KERAJAAN ANGKOR ERA
JAYAVARMAN VII DI AWAL ABAD KE 13
MASEHI!!
Orang Cham ketika itu masih berbisa
kerajaan mereka.
Sebab itu mereka berjaya menakluk
Angkor Wat,menyebabkan raja Khmer lari
membina Angkor Thom di tempat
lain.Kenapa orang Cham ini beriya-riya
hendak menakluk Angkor Wat?Sebab ia
ibukota Khmer?Kenapa Angkor Wat masih
terpelihara sehingga ke hari ini?Mengapa
kota-kota lain dimusnahkan oleh pihak
yang menang berperang di mana-mana
sahaja tetapi ANEHNYA ORANG CHAM INI
MENINGGALKAN SAHAJA ANGKOR WAT
DALAM KEADAAN ELOK SELEPAS
MENAKLUKNYA?
Kerana di Angkor Wat terdapat warisan
Kemelayuan Funan atau RELIK yang
diambil oleh orang Cham,sebagai
mengingati saudara mereka yang
hilang!Memusnahkan Angkor Wat
bermakna SAMA SAHAJA DENGAN
MEMUSNAHKAN WARISAN FUNAN DAN
RAHSIA KEMELAYUAN.
Sekali lagi,terima kasih orang Cham...anda
adalah contoh warisan Melayu yang
bijak...kalaulah Dai-Viet tidak menjadi
barbarian menjarah kerajaan anda,hari ini
andalah model Kemelayuan yang agung.
*Pakaian orang
Mon.Orang Mon mempunyai hubungan
dengan orang Khmer berdasarkan
kelompok bahasa mereka.Perhatikan
bagaimana orang Tai yang datang
kemudian mencedok budaya orang Mon
dan Khmer serta satu lagi budaya,iaitu
'Srivichai'
Funan kemudiannya ditakluk oleh
Chenla,satu kerajaan di utara Kemboja
yang asalnya ialah negara naungan
Funan.Penaklukan Chenla ini bukanlah
serangan ketenteraan namun lebih
cenderung kepada teknikal sosial dan
politik,di mana raja Chenla telah
berkahwin dengan puteri Funan dan
sekaligus seluruh Funan di bawah
pemerintahan Chenla.Ketika itu Funan
sudah lemah kerana keruntuhan
rangkaian perdagangan antara Empayar
Rom,India dan China.
Menariknya Chenla ini memang tidak
dinafikan oleh para pengkaji ADALAH
KERAJAAN ORANG KHMER.
Chenla memang tidak diragukan adalah
warisan Khmer tetapi bukan Funan,kerana
warisan Funan ini telah dikaji oleh ramai
cendekiawan dan mereka menyimpulkan
bahawa budaya Funan adalah 'campuran
kombinasi gaya Dvaravati dan Malayu' di
mana Dvaravati adalah kerajaan purba
orang Mon dan Malayu adalah kerajaan
purba orang Melayu Nusantara yang
dikesan ciri-cirinya muncul di sekitar utara
semenanjung dan Sumatera.
Jadi jika orang Khmer mengatakan raja-
raja mereka adalah warisan Funan;INI
MUNGKIN BENAR.KERANA DARAH
CHENLA TELAH BERCAMPUR DENGAN
DARAH FUNAN menghasilkan warisan
pemerintahan rakyat Kemboja pada hari
ini.
Namun untuk mengatakan bahawa Funan
sahaja adalah benar-benar dari orang
Khmer,INI ADALAH FAKTA YANG
SALAH.Funan adalah dari keturunan
MALAYO-POLYNESIAN.Hanya orang Cham
tahu cerita sebenar tentang saudara
mereka ini.Mereka pernah berkerajaan
bersama-sama dan ketika Funan menjadi
empayar,Champa tetap selesa menduduki
pantai-pantai Vietnam tanpa ditakluk oleh
Funan.Legenda Funan ada dalam
manuskrip Cham dan diletakkan di tapak
yang dipandang suci oleh orang Cham
Kuno iaitu di My Son di Vietnam pada hari
ini,di mana My Son adalah kompleks
kuil,istana dan monumen suci orang Cham
Kuno (sebelum kedatangan
Islam).Bayangkan jika terdapat hikayat
Melayu yang mengagungkan Shih Huang
Ti membina Tembok Besar China dan
karya itu setaraf dengan Hikayat Hang
Tuah dan Sulatus Salatin?Bukankah ini
sesuatu yang janggal?Jadi apa motif batu
bersurat yang mencatatkan legenda
Brahmin dan puteri Mayang Mengurai di
tempat suci (sacred or holy place)
Champa?ADA RAHSIA DI SINI.
Ketika Funan berkuasa,orang Khmer baru
berhijrah ke Indochina dan menubuhkan
kerajaan Chenla.Chenla adalah kerajaan
pertama orang Khmer.Chenla adalah
Khmer,Khmer adalah
Chenla.Menariknya,para pengkaji
bersepakat menyimpulkan bahawa
kerajaan Chenla ini telah menyerap
budaya dan kostum Funan ini ke dalam
budaya orang Khmer.Jadi tidak hairanlah
jika orang Khmer bermati-matian
mempertahankan bahawa Funan adalah
dalam kelompok Khmer kerana jika
dikatakan bahawa Funan itu adalah
sekelompok dengan Cham atau Malayo-
Polynesian atau ringkasnya warisan
Kemelayuan,maka ini sudah tentu kurang
selesa dan perlu dielakkan dalam
penulisan sejarah orang Khmer.Sejarah
Chenla menyerap seluruh peradaban
Funan adalah fakta sejarah yang tidak
boleh dipertikaikan.Namun bagaimana
Chenla boleh dipastikan sungguh-sungguh
bercirikan Khmer manakala Funan
sehingga ke hari ini masih diperdebatkan
identitinya?Padahal Chenla pernah
dinaungi oleh Funan?Tiadakah prasasti
Chenla yang menyatakan Funan adalah
benar-benar kerajaan orang Khmer,seperti
dirinya?Ya,memang tiada.TIADA
PRASASTI CHENLA YANG BERKONGSI
SUKA-DUKA FUNAN.
YANG ADA ADALAH PRASASTI
CHAM,YANG MELETAKKAN LEGENDA
FUNAN SEBAGAI SESUATU YANG AMAT
DIHORMATI,SESUATU YANG AMAT
DIKENANG.
Orang Suci Dan Tempat Menyimpan
Rahsia
Siapakah orang suci itu?Dalam teks tertua
yang menceritakan legenda orang suci
yang berkahwin dengan puteri tempatan
ini,menyatakan nama orang suci ini adalah
BRAHMA.Ini adalah nama dalam bahasa
Sanskrit.Variasi nama ini menjadi
'Brahmin' iaitu telah diterjemahkan
sebagai golongan pendeta Vedic.Brahma
adalah tatabahasa Sanskrit yang
diadaptasi dari struktur bahasa Aryan
Purba.Kata 'Brahma' berasal dari kata
'ABRAHM' di mana dalam struktur Sanskrit
huruf 'a' dihadapan telah dipindahkan ke
hujung perkataan.Jadi kata asalnya
kemungkinan besar adalah 'Abrahama'
namun loghat Sanskrit menyebutkan kata
ini dengan menghilangkan 'a' dipangkal
kata dan lama kelamaan meringkaskan
kata 'Brahama' ini menjadi 'Brahma'.
(Ingat,Sanskrit adalah sekelompok dalam
kelompok bahasa Indo-European sekelas
dengan bahasa Inggeris,jadi
Abraham,Abrahama dan Brahma adalah
struktur yang saling berkait.Ini berlainan
dengan bahasa Semitik seperti
Aramaik,Ibrani dan Arab,contohnya Arab
menyebutnya sebagai
'Ibrahim',perhatikan sebutan pada
pangkal kata 'i' berbeza dengan 'a' yang
dilafazkan dalam bahasa Inggeris yang
satu 'keturunan' dengan bahasa Aryan dan
Sanskrit)
Dan ini telah disahkan oleh pakar bahasa
Sanskrit dan pandit-pandit Hindu.
Anda nampak rahsia ini?
Sampai di sini,jika kita telah ada 'visi'
sebagai DARAH KEMELAYUAN,kita akan
mengenal siapakah moyang kita
ini,walaupun cuba menyorok dalam
pelbagai legenda dan nama.Hanya mereka
yang punya 'darah naga' sahaja akan
menyelinap intuisi yang menyentap.
Hanya yang benar-benar mengalir 'darah
naga' di dalam pembuluh darahnya sahaja
akan dapat menghidu misteri
susurgalurnya yang sebenar.
Yang tidak mempunyainya walaupun
mengaku bangsa Naga,bangsa Ular,bangsa
Harimau,bangsa Singa mahupun bangsa
Monyet dan Beruk...akan terkeliru dan
menjadi pencacai kepada sejarah orang
lain yang sama ada yang fantasi atau
realiti.Tidak sampai seminit seluruh nama
bangsa dan jatidirinya menjadi sakibaki
dan sisa kekotoran sejarah orang lain yang
bukan pun dari rumpunnya.
Namun orang Melayu dengan warisan
KeMelayuannya yang agung tidak perlu
mengaku sama sekali sama ada mereka
dari bangsa haiwan-haiwan di
atas.Mereka adalah dari bangsa Manusia
yang punya jatidiri dan identiti
sendiri.Bukan dari Xian,bukan dari
Yunnan...bukan dan bukan.Berfikirlah 10
kali sebelum mengaku anda berasal dari
Yunnan kerana sejarah anda tidaklah
sefantasi itu jika anda benar-benar
berdarah Melayu.Tai,Viet,Burma dan
Mon-Khmer telah dibuktikan secara
linguistik dipengaruhi budaya dan gaya
Sino-Tibetan seperti Kantonis dan
Mandarin,TETAPI BUKAN BAHASA
MELAYU YANG MISTERI INI.Sebab itu
pakar bahasa mengelaskan bahasa Melayu
menjadi satu kelas dunia yang
tersendiri.Bahasa Melayu adalah salah
satu kelas bahasa utama dunia iaitu istilah
saintifiknya sebagai MALAYO-
POLYNESIAN.Kini ia disebut sebagai
Austronesian kerana pengkaji mendapati
bahasa asli Taiwan iaitu dipanggil bahasa
Formosan rupa-rupanya termasuk dalam
laras bahasa Melayu!Adakah orang
Melayu Nusantara ini telah belayar hingga
ke Taiwan?SUDAH PASTI YA!DAN BUKAN
ITU SAHAJA MALAH MEREKA PERNAH
SAMPAI KE JEPUN!!
Satu puak Asli Jepun yang ditemui di
sebuah kawasan tasik telah dikaji oleh
para penyelidik Jepun dan Barat dan
mereka mendapati terdapat beberapa
perkataan mereka yang sama dengan
bahasa Melayu seperti 'mata' dan
'batu'.Dan ingat sebelum migrasi bangsa
Yamato (bangsa asas Nippon atau Jepun
moden pada hari ini) ke pulau-pulau
Jepun,para penyelidik sudah dapat
'menghidu' gaya budaya bangsa asal
kepulauan Jepun yang menyerupai kaum-
kaum Malayo-Polynesian.
Satu daripada puak asli Jepun yang
dikenali ialah puak Ainu.Puak Ainu ini
amat misteri kewujudannya.Sebelum ini
ramai pengkaji menyangka mereka adalah
dari keturunan Eropah,namun kajian
genetik mendapati mereka mempunyai
kaitan dengan puak-puak Eskimo dan
Alaska.Dan jika mengkaji tentang orang
Eskimo,hanya dua bangsa di dunia ini
diketahui mempunyai 'penyakit' genetik
LATAH,iaitu Melayu dan Eskimo!
Dari Afrika (Madagaskar) hingga ke Tanah
Kanaan dan Babilon,ke India,Sri Lanka
hingga ke Taiwan dan mencapai
Jepun.Dari sini ke pulau-pulau Pasifik
sejauh Hawaii dan mencapai pantai
Amerika (?).Sebab itu anak kapal Magellan
terpaksa 'memaksa' Hitam a.k.a Enrique
menjadi kapten mereka supaya membawa
mereka pulang ke Sepanyol.Jika Hitam
tidak bersetuju,sudah pasti anak-anak
kapal Sepanyol yang masih tersadai ini
turut dibunuh oleh Humabon dan Lapu-
Lapu;puak-puak Malayo-Polynesian
Filipina yang tengah mabuk darah ketika
itu yang sebelum itu telah membunuh
Magellan.Hitam telah memandu kapal-
kapal Magellan pulang ke Eropah
merentasi Lautan Pasifik dan Benua
Amerika.Begitu indahnya masa silam
orang Melayu.Begitu gigih mereka pada
ketika itu.Jauh perjalanan luas
pemandangan.Moyang kita rupanya minat
mengembara dan belayar.Ombak laut dan
lambaian pohon nyiur bagaikan kanvas
bisu yang melukiskan pahit manis sejarah
kehidupan mereka.
'Darah naga' hanyalah istilah raja-raja
sahaja.Darah ULAR BESAR atau NAGA ini
tercantum dalam peribahasa lama
Melayu,"Tidakkan hilang bisa ular yang
menyusur akar".
Orang yang benar-benar Melayu tidak
akan hilang bisa Kemelayuannya
walaupun merentasi waktu beribu
tahun.Mereka tidak akan tiba-tiba
berubah menjadi Siam,Cina atau kaum
lain secara tiba-tiba,kecuali menjadi
seperti 'Tipah Tertipu' yang diperdaya oleh
orang lain yang ada agenda
sendiri.Mereka yang tidak punya
kesedaran identiti ini akan hilang bisa
Melayunya bersalin kulit menjadi Siam-
Islam,Siam Perut Hijau,Cina Yunnan,Cina
Xian atau apa sahaja termasuk menjadi
'Mat Salleh'.
Berbalik kepada kisah orang suci tadi,kita
tahu sebahagian rahsia dia.Kita tahu kisah
cintanya.Tidak perlu malu dan segan
dengan anak cucu.Anak cucu akan korek
rahsia moyang habis-habisan!
Mari kita siasat.Dalam hikayat raja-raja
Melayu dalam Sulatus Salatin,ada
diceritakan tentang keturunan raja-raja
Melayu yang berasal dari Sang
Sapurba,satu watak agung dalam sejarah
Melayu yang berasal dari kisah tiga orang
putera luar yang bertemu dengan dua
orang gadis petani iaitu Wan Empuk dan
Wan Malini.Dua putera raja itu akhirnya
berkahwin dengan Wan Empuk dan Wan
Malini manakala yang bongsu yang
bernama Nila Utama yang bergelar Sang
Sapurba (versi A.Samad Ahmad
mengatakan Nila Pahlawan bergelar Sang
Sapurba) berkahwin dengan Wan Sendari
iaitu anak kepada Demang Lebar
Daun,penguasa tempatan.Kita tinggalkan
pihak di sebelah Demang Lebar Daun,Wan
Empuk-Wan Malini dan Wan Sendari
(perhatikan pangkal nama Wan ini telah
digunakan di Sumatera,kaji kaitannya
dengan keturunan Wan di Perak dan
Kelantan hari ini).Ini adalah keturunan
Nusantara asli.Yang ingin kita sentuh ialah
'raja-raja' luar itu.
Jika kita hayati keturunan Sang Sapurba
ini,mungkin kita akan amat-amat keliru
dengan campuran keturunan yang
pelbagai seperti yang didakwa oleh
Krisyna Pendita,Nila Pahlawan dan Nila
Utama itu.Perhatikan petikan dari
Sulalatus Salatin dalam Cetera Kedua:
"Adapun nama kami dan bangsa kami
bukannya daripada bangsa jin dan
peri.Bahwa kami ini bangsa manusia;asal
kami daripada anak cucu Raja Iskandar
Zulkarnain,nisab kami daripada Raja
Nursyirwan Adil,raja masyrik dan
maghrib,dan pancar kami daripada Raja
Sulaiman alahissalam..."
Jika kita selidiki,Zulkarnain adalah gelaran
kepada kepada Raja Cyrus The Great dan
ada yang merujuk kepada Alexander The
Great.Dalam Sulatus Salatin diceritakan
Raja Iskandar telah menakluk Raja Kinda
Hindi.Dalam sejarah penaklukan
Alexander The Great,kita tahu bahawa
raja itu pernah menyerang utara
India.Namun Cyrus The Great juga pernah
menawan wilayah India seperti Gandhara
(di Pakistan kini).Raja Nursyirwan Adil
kemungkinan raja-raja Parsi.Salah seorang
anak raja Suran dirajakan di Amdan
Nagara dan ini merupakan nama Melayu
kepada Hamadan di Iran kini.
Raja Suran adalah keturunan Raja Iskandar
Zulkarnain.Raja Suran ini seringkali
disamakan dengan Raja Chola yang
menyerang pelabuhan-pelabuhan
Srivijaya.Raja Zulkarnain ini pula dikatakan
berbangsa Rum dari negeri Makaduniah
(Makaduniya adalah Macedon di Greek
sekarang).Terdapat kepincangan
maklumat dari segi kronologi sejarah dan
genetik di sini.Dan ini membuka
tembelang sebenar para penyelenggara
teks-teks Sulalatus Salatin yang terdiri dari
para orientalis Inggeris.
Jadi adakah Raja Chola ini berketurunan
dari Alexander The Great?Ini adalah amat
menghairankan dan setengah melucukan
kerana kita tahu Raja Rajendra Chola
adalah dari dinasti pemerintah selatan
India.Chola adalah dari puak
Dravidian.Pengaruh Hellenestik atau
Seleucid dari Empayar Alexander ini tidak
sampai sejauh selatan India.Pengaruhnya
cuma negeri-negeri utara
India,Afghanistan dan Iran.Selepas itu ada
pula nama Raja Sulaiman alahissalam.Ini
sudah tentu Nabi Sulaiman a.s yang juga
Raja Israel Raya (961-922 Sebelum
Masehi) yang mewarisi penyatuan Israel
dan Judah oleh bapanya Daud
a.s.Sulaiman a.s adalah anak kepada Daud
a.s dan Bathsheba.Mereka adalah
keturunan Bani Israel.
Jadi bagaimana ini?Nampaknya Sang
Sapurba ini punya darah campuran
Hindi,Greek,Parsi dan Yahudi (bani
Israel)!Benarkah begitu?Kita perlu
meneliti semua petunjuk ini satu
persatu.Jangan pula jadi sesetengah pihak
yang mendakwa Zulkarnain itu berbangsa
Siam dari Xian di China pula.Siam adalah
etnik baru wujud sebagaimana Tai ketika
migrasi mereka ke Indochina.Terma 'Siam'
ini dipopularkan oleh kerajaan
Ayutthaya.Sebelum kewujudan
Ayutthaya,tiada etnik Siam ini.Siam adalah
Ayutthaya,Ayutthaya adalah Siam.Siam
adalah istilah sosio-politik kepada
Ayutthaya dan negeri-negeri
naungannya.Siam juga lebih kepada nama
dinasti Ayutthaya,sebab itu dinasti yang
merampas Ayutthaya membuang nama
Siam ini dan menggantikan kepada Thai
sebagai contoh 'Thailand'.Jangan
terperangkap dengan dalih bahawa
sejarah kita kononnya khayalan dan
terpaksa menerima sejarah orang lain
yang juga rupanya sengaja direka-reka
malah bertahap superkhayalan.KITA KENA
BERHENTI SEJENAK DAN KAJI
DAHULU.FIKIR DAHULU.Jangan gelojoh
terburu-buru menjadi pencacai sejarah
orang lain.
Sulalatus Salatin telah disunting oleh
orientalis seperti
Shallabear,Winsted,Dulaurier dan
Maxwell.Tidak dinafikan mereka telah
'menambahbaik' kitab purba orang
Melayu ini.Antara penambahbaikan
mereka ialah kata 'Makaduniah'.Ini terjadi
ketika proses suntingan, mereka
menyangka Raja Zulkarnain yang
menyerang India itu mungkin Alexander
The Great dari Macedon.Jadi dinyatakan
Raja Iskandar Zulkarnain dari
Makaduniah.Walhal Cyrus The Great
pernah menyerang sehingga ke Gandhara
dan dari sini mereka menyebarkan
budaya,bahasa dan tulisan Aryan seperti
Brahmi dan kesusasteraan Sanskrit ke
Benua India (Sulalatus Salatin
menyebutnya sebagai Benua Keling).Ada
istilah 'Rum' dalam kitab ini.Sebenarnya
orang Melayu dahulukala menyebutkan
sama ada budaya keParsian,Hellenistik
(Greek) atau budaya Empayar Rom
sebagai 'RUM' sahaja.Jadi kita boleh
buang 'Greek' dari senarai keturunan
campuran Sang Sapurba.Tinggal
Parsi,Hindi dan Yahudi.Parsi dan Hindi
adalah petunjuk kepada budaya
Vedic.Ingat,dalam ATBM II,kita telah
belajar tentang kaitan nama Mala-Yu
dengan budaya Avestan-Vedic.Suffix -Yu
adalah tambahan bagi kesusasteraan
Avestan-Assyria kepada cara berfikir atau
jenis budaya.Bangsa Media (Ingat kisah
Nabi Syuaib dan kaum Madyan?),salah
satu bangsa asas bangsa Iran telah digelar
sebagai 'Mada-Yu' dalam kesusasteraan
Avestan-Assyria dari kata asal
'Mada'.Perkataan 'Mala' itu sendiri ada
dalam kosakata bahasa Ibrani (Ancient
Hebrew)!Dalam Ibrani,'Mala' bermaksud
'memenuhi','menyelesaikan' atau
'mengabulkan'.Bukan itu sahaja,terdapat
Mala lelaki (Male of Mala) dan Mala
perempuan (female of Mala).Jantina
perempuan bagi Mala dinamakan
Malayah (Meleah) dalam Ibrani Kuno!
Mari kita susun kembali semua 'puzzle' ini!
Tiga bangsa campuran Sang Sapurba,yang
datang ke Nusantara dan mengahwini
Wan Sendari,anak Demang Lebar Daun.
1-Hindi
2-Parsi
3-Bani Israel
Hindi dan Parsi adalah katakunci kepada
budaya Vedic di mana terdapat ajaran
Veda dan Avesta.Bahasa Sanskrit (bahasa
suci ajaran Veda) adalah saduran dari
bahasa Avesta dan Agatha (ajaran
Zoroester Aryan).Ajaran Veda ini
mengandungi tinggalan agama Ibrahim
(Ingat,agama berhala Hindu amat jauh dan
berbeza dari makna-makna tersirat dalam
ajaran Veda yang suci dari tangan-tangan
penyembah berhala).Brahma adalah
Ibrahim dan Saras (juga digelar Saraswati
di mana 'wati' adalah suffix) adalah Siti
Sarah!Ini dijelaskan oleh sarjana Sanskrit
iaitu Vidyarthy (seorang maulana muslim
yang pakar dalam kitab Veda) dan beliau
pernah berdebat dengan golongan elit
Brahmin Hindu yang bergelar Pandit dari
aliran Brahma Samaj tentang rahsia kitab-
kitab Veda ini.Akhirnya para Pandit ini
meminta maulana ini meneruskan
penggalian rahsia Veda yang mereka
sendiri tidak tahu selama ini!!
Jadi ini membawa kita kepada bayang-
bayang Ibrahim a.s!
Jadi apa kaitan dengan Bani Israel?
Nabi Ibrahim a.s digelar Bapa Kepada
Segala Bangsa.Nabi Ibrahim menurunkan
tiga bangsa;Bani Israel (The House of
Israel),Bani Ismail (The House of Ishmael)
dan bangsa misteri ini,Bani Jawi (The
House of Jawi).
Inilah pembayang kepada bangsa-bangsa
dalam perlambangan Sang Sapurba!
Dalam hikayat Melayu ini kita dapati Sang
Sapurba telah mengahwini puteri
tempatan,Wan Sendari.Raja Suran pula
mengahwini Dara Segangga,seorang
kerabat diraja Gangga Negara (kerajaan ini
dikesan terdapat di sekitar Dinding dan
Beruas dan melangkaui pengaruhnya
sejauh Bidor di Perak) dan Onang
Kiu,seorang puteri kerajaan purba orang
Mon (Gelanggi adalah nama Melayu bagi
Klang Kio,sebuah kota orang Mon.Ada
pendapat mengatakan ia terdapat di
Johor.Namun ada bukti mengatakan ia
terletak di Pahang).Tinggalan saki-baki
orang Mon ini adalah puak-puak Orang
Asli seperti Senoi dan Jahai.Ingat,ini bukan
kerajaan Siam Ayutthaya atau Tai
Ramkhamhaeng.Ini adalah kerajaan purba
orang Mon.Orang Mon dan Melayu hidup
secara harmoni pada zaman purba,jauh
sebelum kewujudan kaum Tai versi
Ramkhamhaeng dan Siam versi
Ayutthaya.Perhatikan kostum orang Mon
yang mirip Melayu.Mereka ibarat 'Baba
dan Nyonya' pada zaman
purbakala.Mereka pandai menyerap
budaya Malayo-Polynesian.
*Kanak-kanak Mon dengan pakaian
tradisi mereka
Terlanjur bercakap tentang puak-puak
Orang Asli di Malaysia,kita kena faham
terdapat dua kategori dalam masyarakat
Orang Asli berdasarkan bahasa
mereka.Pertamanya kategori Aborogine
Malay,di mana bahasa mereka lebih dekat
dengan bahasa-bahasa Malayo-
Polynesian.Contohnya
Jakun,Temuan,Orang Kanaq,Orang Kuala
dan Seletar.Kedua,kategori Aslian,di mana
bahasa mereka lebih dekat dengan laras
bahasa Mon-Khmer.Puak-puak Orang Asli
dalam kelompok ini ialah seperti
Temiar,Senoi,Jahai,Mah Meri,Semang dan
Jahut.Jadi FIKIRKAN,BAGAIMANA
BAHASA ORANG SENOI DAN TEMIAR INI
MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN
KELOMPOK BAHASA MON-KHMER?
Jawapannya,mereka pernah datang sejauh
tanah semenanjung ini.Bukan sekadar di
Indochina sahaja (kini majoriti orang Mon
terdapat di Burma dan ada yang menetap
di luar negara).Namun nasib baik orang
Jakun dan Temuan berbahasa Malayo-
Polynesian,nanti jika semua Orang Asli
Malaysia berbahasa Mon-Khmer,sudah
tentu para Rasis-Komunis-Chauvinis akan
mengatakan orang Melayu benar-benar
pendatang dan merampas Malaysia dari
tangan orang Mon.Jadi tugas Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli yang amat penting ialah
menjaga orang Jakun,Temuan,Seletar dan
seumpamanya sebagai bukti terdapatnya
aborigine Melayu yang punya hubungan
linguistik dan budaya dengan Melayu-
Melayu lain yang lebih terbuka sifatnya
seperti Kedah,Johor,Jawa,Minang,Bugis
dan sebagainya.Jadi mereka tidak boleh
'menghalau' orang Melayu begitu sahaja
dan mendakwa bumiputra sebenar ialah
Orang Asli.Orang Jakun ini nak campak
mana?Sebab itu dakwaan mereka ini
bersifat rasis dan tidak berpelajaran.
Orang Han dan Monggol boleh menghalau
orang Tai dan Dai-Viet dari wilayah-
wilayah mereka sehingga berebutkan
tanah-tanah yang asalnya milik kaum-
kaum Malayo-Polynesian.Tetapi mereka
tidak boleh menghalau orang Melayu
begitu sahaja dari bumi tanah tumpah
darah ini pada hari ini.Ideologi komunis
mereka tidak boleh terpakai di sini.Jika
golongan komunis ini masih berkokok,baik
buang mereka semua ini ke Thailand dan
merasa di'Thai'kan oleh Raja Thai yang
memang menyimpan dendam dengan
orang Han yang menghalau kaum mereka
dahulu dari wilayah Xian,tempat asal etnik
Tai.
Kini ada kelompok yang mendakwa diri
mereka sebagai Siam Ayutthaya ingin pula
menghalau orang Melayu ke daerah Xian
dan Yunnan.Orang yang masih berdegil
membanggakan keturunan dan menghina
orang Melayu yang baik hati memberikan
tempat tinggal kepada mereka ini patut
dicampak ke halaman istana Raja
Thai.Silap haribulan Raja Thai (yang
tengah berusaha menjaga sejarah fantasi
mereka dari terbongkar) ini akan
mengarahkan agar mereka ini dipijak-pijak
oleh gajah diraja.Ketika ini barulah
terkocoh-kocoh mahu bersyukur kepada
Ilahi dan terbayangkan saudara-saudara
Melayu mereka yang asyik mengalah
dengan telatah mereka dan setia
mendengar luahan hati mereka diburu
Raja Thai pada waktu silam.
Lihat rahsia ini.
Sang Sapurba dan Raja Suran dikatakan
datang dari luar dan ada kaitan dengan
budaya Vedic.Kedua-dua mereka
menjalinkan perkahwinan dengan puteri-
puteri Nusantara.
Semak kembali kisah Kaundinya dan
Soma!
Kedua-duanya,orang Malayo-Polynesian
dan Mon-Khmer punya legenda orang suci
dari luar yang mengahwini puteri
tempatan.
Dan hikayat-hikayat Melayu menyebutkan
kisah yang sama!Bentuk yang
sama!'Pattern' yang sama!
APA MAKSUD SEMUA INI??
Biar kami beritahu rahsia ini.Semua kaum-
kaum terawal di Nusantara punya legenda
atau kisah rakyat tentang perkahwinan
orang luar dan puteri tempatan,dan
anehnya kesemua mereka punya plot
cerita yang sama seterusnya;mengaku
hasil dari perkahwinan ini melahirkan
keturunan raja-raja mereka!!!
Jadi apakah sebenarnya yang ingin
diberitahu oleh legenda ini??
SEBENARNYA MEREKA SEDANG
BERCERITA TENTANG PERKAHWINAN
IBRAHIM a.s DAN SITI KETURAH DALAM
PELBAGAI VERSI CERITA RAKYAT!!
Jadi bukti seterusnya ada tersimpan di
tangan Bani Israel,dirakam dan dikenang-
kenang di dalam kitab-kitab purba
mereka!
"Abraham took another wife, whose name
was Keturah.She bore him Zimran,
Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and
Shuah.Jokshan was the father of Sheba
and Dedan; the descendants of Dedan
were the Asshurites, the Letushites and
the Leummites.The sons of Midian were
Ephah, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah.
All these were descendants of Keturah."
(Genesis 25:1-4)
"Abraham left everything he owned to
Isaac.But while he was still living, he gave
gifts to the sons of his wife and sent them
away from his son Isaac to the land of the
east"
(Genesis 25:5-6)
Pembukaan Kepada Rahsia 'Darah Naga'
Cerita tentang 'Darah Naga' memakan
ruang yang besar jika dihuraikan satu-
persatu.Ini kerana ia berhubungkait
dengan pelbagai mitos yang dikongsi oleh
Tamadun China,Firaun Mesir dan
Kabbalah Yahudi.Sebagaimana legenda
Ibrahim (Brahmin) dan Keturah (Puteri
Mayang Mengurai/Puteri wangi-wangian)
yang dikongsi oleh budaya Mon-Khmer
dan Cham,kisah 'Darah Naga' ini terdapat
dalam kesusasteraan Mesir Purba,mitos
masyarakat China dan kultus-kultus mistik
Kabbalah!
Dan rahsia 'Darah Naga' ini tidak boleh
dibuka sewenang-wenangnya.IA ADALAH
RAHSIA DALAM RAHSIA.
Shriners bertahap 33rd degree pun tidak
mengetahui asal-usul 'Darah Naga' ini.
Sebelum rahsia dibuka,kami ingin beritahu
buat kesekian kalinya,BAHAWA MELAYU
ITU BUKAN YAHUDI ATAU DARI BANI
ISRAEL.Tetapi jika ada golongan Bani
Israel yang datang ke sini,mereka telah
terserap menjadi Melayu sepertimana
orang India (keturunan
Pakistan,Benggali,Urdu,Hindi,Tamil dll)
yang berkahwin dengan orang Melayu
cenderung menjadi Melayu di Nusantara
ini (menjadi satu lagi cabang Melayu iaitu
golongan Mamak atau Mamu dan
Mami).Melayu (Jawi) dan Yahudi (Israel)
adalah dari berlainan keturunan tetapi
ada hubungan jauh.Dan ada dua 'jenis
Melayu'.Satu adalah Melayu hasil
perkahwinan Abrahama (Ibrahim a.s) dan
Keturah (Orang Yahudi menggelarkan
beliau sebagai Wangi-wangian,Khmer
menggelarnya sebagai puteri naga,tradisi
Melayu Cham menggelarnya MAYANG
MENGURAI),dan satu lagi adalah Melayu
Kuno Nusantara,yang dahulunya bergelar
'Darah Naga'.Ia adalah dari keturunan
sebelah ibu Melayu Moden,Siti Keturah
(Melati/Damar Wangi/Ye Ye/Mayang
Mengurai).
Tradisi Yahudi Kuno menyebutnya sebagai
Leviathan ( L’V’Th’N),Ular Besar yang
berenang di Laut Merah (Giant Serpent).Ia
adalah raksasa laut atau digelar sebagai
Draken.Kod Warna untuk
menggambarkan legenda ini adalah hitam
dan merah.Ini adalah warna di atas Aziluth
dalam mistik Kabbalah Tree of Life "Pohon
Kehidupan".Ia adalah Sacred of
Binah.Bermula dari warisan The Giant
Serpent ini muncullah pelbagai
kepercayaan karut Kabbalah,sehingga
sampai penyembahan kepada Pentagram
dan Sabbatical Goat;Baphomet.
Terdapat satu ritual yang dinamakan Rite
of Vampire.Semuanya berkaitan Dragon
Blood sebagai 'The Royal Blood of
Kings'.Namun tradisi Kabbalah Yahudi
membuatkannya menjadi ramuan kepada
mistik sesat yang menyeramkan.
Menariknya Kabbalah Yahudi
menggunakan mantera-mantera dalam
bahasa Mesir Kuno untuk menjalankan
ritual paling gelap dan terahsia
mereka.Contohnya,mantera untuk
membangkitkan 'MIND'S EYE' dalam
tubuh menggunakan mantera:
"Ti Ah Maat!"
Mantera ini dizikirkan (chanting) sehingga
kuasa itu bangkit menyelubungi diri.Ketika
para rahib Kabbalah sedang bertafakur di
hadapan berhala Ular Besar mereka,mari
kita perhatikan rahsia dalam mantera ini.
'Ti Ah Maat' di mana 'Maat' bermaksud
'Mata' (ingat petunjuk dalam The Egyptian
Book of The Dead).Mantera ini adalah
untuk membangkitkan 'penglihatan
minda'.Ini dinamakan nama
sfera:Kether.Terdapat nama sfera lain
yang aneh,iaitu Daath.Daath adalah
bererti 'royal edict' iaitu 'gelar diraja'
dalam bahasa Ibrani Kuno (ingat Darth
Vader?Setiap gelaran Darth dalam filem
Starwars merujuk kepada gelaran elit
golongan Darkside Force,Darth di dalam
filem ini diambil dari kata Daath/Dath
dalam bahasa Ibrani/Hebrew).Perhatikan
persamaan kata 'Datu/Dato' dalam
budaya Melayu dengan 'Daath (disebut
'Dat') dalam budaya Ibrani
Kuno.Perhatikan kata 'Maat' (disebut
'Mat') dalam bahasa Mesir Purba dengan
'Mata' dalam bahasa Melayu.Dalam
tatabahasa Ibrani huruf 'u' dihujung 'Datu'
hilang dan mereka menyebutkan sebagai
'Dat' sahaja.Mesir Purba pula
menghilangkan huruf 'a' dihujung kata
'Mata' dan menjadi 'Maat' (sebutan
'Mat').Cuba anda sebut 'MatHeru'
berulangkali.Rasakan persamaannya
dengan kata 'Matahari' (Heru adalah
nama asal dalam bahasa Mesir Purba
manakala orang Barat menyebutnya
sebagai Horus).
Maat Heru=Mata Heru=Mata Horus=Mata
Hari.
Mengapa Kabbalah Yahudi menyebutkan
mantera agama sihir mereka di dalam
bahasa Mesir Purba??INI KERANA
BAHASA MESIR PURBA ADALAH BAHASA
SUCI AGAMA SIHIR KABBALAH!
Dan bahasa suci ini dipengaruhi 'BAHASA
NENEK MOYANG DI THE LAND OF
GODS,PUNT!
Tanah Punt digelar sebagai 'Sun God
Land'.Ini kerana kedudukannya yang
menerima cahaya matahari sepanjang
tahun.Ini adalah ciri-ciri iklim
Khatulistiwa!Dalam bahasa Mesir Purba ia
disebut sebagai 'Ta netjer'.Heru (tradisi
Greek menyebutnya sebagai Horus)
adalah seorang raja di 'Sun God Land'
ini.Tradisi Mu (nama lama Nusantara
mengikut mistik Barat) menghormati raja
ini yang memerintah dengan saksama
seperti cahaya mentari,memberikan
cahaya kesejahteraan kepada rakyat.Dari
sini muncul simbolisme 'Mata Heru' atau
'Matahari';kesan raja ini yang masih
tertinggal ada bahasa Mu/Punt yang
masih bertahan sehingga ke hari ini!
(Ingat,kebiasaan kaum pagan menganggap
raja-raja yang berkarisma sebagai
dewa/tuhan dan ini bertentangan dengan
fikiran sihat yang dianjurkan oleh Islam)
Punt pada mulanya dianggap terletak di
Afrika tetapi penemuan bentuk badak
sumbu di relief pada kuil di Luxor yang
mempunyai hanya satu sumbu adalah
menunjukkan ciri-ciri badak Asia,bukan
badak Afrika!Ketika ekspedisi Hatshepsut
pada kurun 15 Sebelum Masehi,dicatatkan
pada relief pada tembok kuil bahawa
Nehesi telah mengetuai ekspedisi ke Punt
mewakili Ratu Hatshepsut.Ketika itu Punt
diperintah oleh Raja Perehu (King Parahu)
dan Permaisuri Hati (Queen Ati).
Rahsia Gelaran Pharaoh (Firaun) dan
Kunci Sulit Amun-Ra di Kamar Raja-Raja
Para penyelidik telah mengkaji sejak
bilakah gelaran 'Pharaoh'
digunakan.Perkataan 'Pharaoh'
sebenarnya berasal dari sebutan Mesir
Purba 'Prao' atau 'Prau'.Kemudian dicedok
oleh Greek Purba (Yunani) dan Latin
menjadi 'Pharao'.Kemudian orang Inggeris
menuliskannya sebagai 'Pharaoh' sehingga
ke hari ini.Pada awalnya,maksud 'Prau' ini
bukanlah menunjukkan gelaran diraja
tetapi tempat atau istana raja.
SOALANNYA SEKARANG,APAKAH
SEBENARNYA 'PRAU' INI??
Nanti dulu,kita lihat dahulu sejak bilakah
perkataan 'Prau/Prao' ini dipakai dalam
budaya Mesir Purba.
Catatan terawal di mana kata 'Prao' ini
digunakan ialah merujuk kepada
pemerintah di dalam surat kepada
Amenhotep IV (Akhenaten) ketika
pertengahan era Dinasti ke-18 (1550-1292
Sebelum Masehi) di mana disebutkan
dengan kata-kata:
"Prao,seluruh kehidupan,kekayaan dan
hidup sihat!"
Gelaran 'Prao' ini digunakan selepas era
Ratu Hatshepsut iaitu pemerintah
sebelum Amenhotep IV ini!Dinasti ke-19
dan seterusnya menjadikan gelaran 'Prao'
ini digunakan secara rasmi yang
membawa maksud 'Tuanku'.
Dari sini kita dapat menghidu,dari mana
orang Mesir ini mencedok kata 'Prao' ini.
PEMBUKAAN RAHSIANYA IALAH,KATA
'PRAO' INI BERASAL DARI NAMA RAJA
PUNT,RAJA PEREHU.
Perahu,juga disebut sebagai 'prau' atau
'prao' dalam literasi Sumeria-Mesir-Barat
adalah nama sejenis pengangkutan laut
orang Melayu.Nama lain bagi perahu
adalah sampan.Raja Punt bergelar Raja
Perahu menunjukkan penguasaannya ke
atas laut dan perdagangan
maritim,profesion utama orang Melayu
pada zaman purba.Ingat,bilakah ekspedisi
Mesir Purba bertemu Raja 'Prao' ini di
Punt?
Iaitu KETIKA ERA RATU HATSHEPSUT!!
Patutlah inskripsi terawal yang
mencatatkan gelaran 'Pharaoh' ini hanya
dikesan selepas era Hatshepsut.Sebab
ketika era Hatshepsutlah Raja Kuno
Melayu 'King Parahu' memerintah seluruh
Nusantara!
Raja Prao dan Permaisuri Ati.Misteri yang
tidak tertanggungkan.Sebab itu para
Firaun menyebutkan tanah ini sebagai
'Tanah Nenek Moyang'.
INILAH HUBUNGAN TERAHSIA RAJA
PEREHU DENGAN PARA
FIRAUN.Gelarannya dipakai oleh kerabat
diraja Firaun.Tanyalah Tutankhamun dan
Nefertiti,siapakah sebenarnya 'Prao' ini?
Mari kita siasat lagi siapakah Raja
Prao/Perehu ini.
Di dalam era Dinasti ke-12,perhubungan
dengan Punt direkodkan di dalam 'Kisah
Pelaut Kapal Karam' yang terkenal dalam
kesusasteraan Mesir Purba.Kisah ini
menyebutkan:
"...Seorang pelaut telah tiba di satu
kawasan kepulauan di mana kapalnya
telah karam.Dia cuba berenang untuk
mendekati pantai.Sampai di pantai,pelaut
itu pun berjalan-jalan di sekitar pulau
itu.Tiba-tiba seekor Ular Besar telah
menghampirinya.Pelaut itu berasa amat
takut.Alangkah terkejutnya pelaut itu
apabila Ular Besar tadi berkata-kata
dengannya:
Akulah Raja Punt.
Aku memerintah pulau-pulau.Aku
berkuasa ke atas pulau-pulau ini.
Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja
Ular Besar itu.Dia diberi
makanan,minuman dan layanan mesra..."
Cerita ini mengandungi separuh mitos,dan
separuh kebenaran.Mungkin penulisnya
mahu menggunakan teknik perlambangan
kepada imej Raja Punt itu.Kemungkinan
raja itu memakai topi yang bermotifkan
kepala ular atau kostum yang bercorakkan
kulit ular.Namun kata Ular Besar (Giant
Serpent) itu mengandungi rahsia terdalam
orang Melayu.Dan rahsia ini tidak boleh
dibuka sewenang-wenangnya SECARA
LANGSUNG di dalam blog percuma seperti
ini.Ia adalah ALTER TERAHSIA BANGSA
MELAYU.
Ini akan membuka rahsia 'Darah Naga'
(The Dragon Court of Royal Bloodline).JIka
anda masih setia dengan kami,kami akan
cuba bukakan sedikit demi sedikit.Selagi
potoh NAGA masih tersimpan di dalam
simpanan Kesultanan Perak,selagi itu
rahsia ini masih ada.Di dalam hikayat Naga
Kepala Tujuh,cerita rakyat negeri
Perak,disebutkan mahkota anak raja yang
dicuri oleh Naga ini dan ini kononnya
menjadi sebab Sultan Perak hari ini tiada
bermahkota.Tanyalah peristiwa Beting
Beras Basah,dan kaji mengapa setiap
pertabalan Sultan Perak,mereka mesti
membasahkan kaki di Beting Beras Basah
ini.
Jadi siapakah warisan Raja Naga ini?Ingat
lagi Soma atau Puteri Mayang Mengurai
yang jatuh cinta dengan ORANG
SUCI?Soma adalah keturunan Raja Naga
dalam cerita rakyat Khmer.Dalam versi
Khmer ini,Brahmin (Preah Thaong) telah
sampai ke satu pulau dan menjumpai
'RUMAH PARA NAGA' seterusnya bertemu
dengan Neang Neak (Ye Ye atau Mayang
Mengurai),anak perempuan kepada Raja
Naga (seolah-olah sama dengan kisah
pelaut yang bertemu dengan Ular Besar
dalam sastera Mesir Purba tadi).Mereka
pun berkahwin atas restu Raja Naga,ayah
kepada Neang Neak.Raja Naga itu
kemudiannya menyedut air di sekitar
pulau itu dan menamakan ia sebagai
Kampuchea Thipdei atau Raja Kemboja.
Jika mengikutkan hikayat dari mulut orang
Mon-Khmer ini,Raja Prao/Perehu itu
kemungkinan besar dari keturunan raja
Soma (Naga).
Di dalam hikayat Pahang atau hikayat
Tasik Chini,ada kisah dua ekor naga,SERI
GUMUM DAN SERI KEMBOJA!Dan
kononnya di dasar Tasik Chini terdapat
puing-puing kota purba Khmer (tepatnya
ialah kota orang Mon).Jika dikatakan kota
Gelanggi itu di dasar tasik ini,IA MUNGKIN
BENAR.
Dan tanyalah kepada Nehesi,wakil
angkatan laut Hatshepsut,tentang potoh
yang dipakai oleh Raja Prao itu.Jika potoh
itu adalah POTOH NAGA sama seperti
yang diwarisi oleh Kesultanan Perak,maka
tidak hairanlah motif ular dipakai pada
mahkota para Firaun.Renunglah topeng
emas Tutankhamun yang penuh misteri
itu.Perhatikan ukiran ULAR yang melingkar
atas mahkota.Jika gelaran Raja Punt
diambil oleh para Firaun ini,maka tidak
hairanlah kostum dan motif Raja Punt
ini,pasti dicontohi oleh mereka.Sebab itu
mereka menggelar Punt sebagai,THE
LAND OF GODS...Tanah Para Dewa.
Holy Land.
Dan ini Tuan-tuan dan Puan-puan...adalah
bukti bahawa rahsia kita masih tersimpan
di merata dunia.Mencari jejak sejarah kita
memerlukan kita belayar mengelilingi
dunia;sepertimana moyang kita
dahulu.Sejarah kita direbutkan orang
lain,terpecah-pecah,bercaing-caing
diambil oleh pelbagai kaum.Kaum yang
tidak punya sejarah,terpaksa mencedok
sejarah kita dan mengaku ia warisan
mereka.Sejarah,budaya dan warisan kita
di Indochina dipecah-pecah,direbut dan
dikoyak-koyakkan secebis demi secebis
kemudian diambil cebis-cebis itu setiap
kaum yang dahagakan warisan sejarah
agung kita.Srivijaya itu adalah
Melayu,Melayu itu adalah Srivijaya maka
tanyalah para leluhur bangsa Thai
siapakah dia Srivichai itu?Tanya pada
nenek moyang Thai apakah dia dinasti
Teratai Srivichai itu?Lambang Garuda itu
warisan siapa?Perhatikan siapa yang
terlampau megah menggunakan lambang
Garuda ini,yang kini dikongsi oleh
Indonesia dan Thailand.Mengapa orang
Khmer mengenal Srivijaya sebagai
'Malayu' sahaja?Kaji tarian Srivichai dan
sejarahnya...wahai anak-anak
Melayu...kaji...kaji dan kaji sebelum kamu
semua menjadi pencacai sejarah orang
lain.Sebelum kamu menjadi lembu
dicucuk hidung kepada budaya Barat yang
juga mencedok budaya Semitik.Sebelum
kamu terpaksa menyapu lumpur
kekotoran sejarah yang dipaksakan ke
muka-muka kamu.
Dan ini Tuan-tuan dan Puan-puan...adalah
seroja pelangi dan aurora lazuardi yang
disapu oleh mendung pembohongan dan
buta sejarah oleh kita sendiri.Sampai bila
kita mahu merendah diri tak bertempat
dan mengiyakan pembohongan orang lain
terhadap permata dan emas sejarah
agung kita.Cukup-cukuplah Inggeris
menipu kita,mengapa kita sanggup
menjilat pula pembohongan warisan
kemelayuan oleh pihak-pihak yang juga
berharap merampas warisan kita (rujuk
Teori Memelayukan Siam oleh Siam
Ayutthaya).Sudahlah Raja Thai berusaha
mencipta pelbagai fantasi mahu
menThaikan semua warisan Melayu
kita,inikan pula 'satu rumpun mereka'
yang lain mahu menSiamkan sisa-sisa
sejarah yang ditinggalkan pada
kita.Mengapa mereka kurang selesa
dengan nama 'Melayu'?Sebab mereka
tahu,SEBENARNYA MEREKALAH
PENCACAI SEJARAH DAN WARIsAN
AGUNG KITA,jadi apa yang perlu dibuat
ialah menukarkan semua sisa-sisa sejarah
yang ada menjadi warisan Siam yang
sebenarnya hanyalah dongeng di zaman
moden.Tiada lagi warisan Melayu selepas
itu...tiada lagi ayahanda Ibrahim dan
bonda Mayang Mengurai.Yang ada
selepas itu adalah Siam Ayutthaya
Traikolanat Watpapat Sikulipat Siapa
Cepat Dia Dapat!Akhirnya yang kecewa
adalah kita sendiri yang tergadai semua
sejarah agung dan warisan zaman-
berzaman.Ingat!Tiada bukti pun orang
Siam pernah membina kota purba di
sini.Gelanggi bukan kota Siam Ayutthaya
atau Thai.
Sungguh!Cubalah wahai pakar psikik dan
channeling Malaysia 'tengok-tengok'kan
kota purba ini jika semua ahli sejarah dan
pakar arkeologi Malaysia sudah mengalah
sebelum berjuang...sesungguhnya kota ini
adalah kota bersama orang Melayu Kuno
dan orang Mon.Tanyalah orang Temiar
dan Jahai,bagaimana mereka boleh sesat
ke hutan-hutan Malaysia.Bahasa mereka
adalah bahasa MON PURBA!!Wahai anak-
anak Melayu...kaji...kaji dan kaji sebelum
kamu termuntah berkahak-kahak kerana
mual dengan daki kekotoran sejarah
fantasi orang lain.Orang Mon dan Melayu
Gelanggi inilah Siam Asli yang
sebenar...tiada orang Siam Anai-anai yang
berbahasa Siam Kedah atau Tai
Ramkhamhaeng yang tertinggal di hutan-
hutan Malaysia MENJADI ABORIGINE
SEBAGAI BUKTI KEWUJUDAN MEREKA
TERHADAP HAK KOTA GELANGGI YANG
DIREBUT SETENGAH MATI OLEH TAI
RAMKHAMHAENG ADULYADEH DAN
SIAM AYUTTHAYA ANAI-
ANAI.Tiada...memang tiada.
YANG ADA ADALAH ABORIGINE MALAY
SEPERTI JAKUN DAN TEMUAN SERTA
ASLIAN MON PURBA SEPERTI MAH MERI
DAN JAHUT.
Jika dikatakan istilah 'Siam' itu hak orang
Mon,YA INI MUNGKIN BENAR kerana
merekalah etnik selatan China yang
terawal berhubung dengan kaum-kaum
Malayo-Polynesian.Ketika Tai
Ramkhamhaeng terpisat-pisat 'membina'
kerajaan gerila di utara Indochina...orang
Mon telah ada pagoda-pagoda emas dan
negara-negarakota mewah.Ketika Siam
celup versi Ayutthaya baru membuka
negeri di Sungai Chao Phraya,sejarah
manis orang Mon ini telah menjadi
muzium sejarah sebagaimana sejarah
orang Melayu Funan dan Cham yang
'established' menjadi legenda yang
dikenang-kenang oleh orang Khmer sama
ada diukir di kuil-kuil atau istana mereka.
Tuan-tuan dan Puan-puan!
Sejarah itu amat penting jika
tidak,mengapa bangsa-bangsa lain
bermati-matian menulis,mengedit malah
sanggup mencuri sejarah warisan orang
lain untuk membangkitkan estim diri (self-
esteem)?Raja-raja mereka tidak sampai
hati membiarkan anak cucu mereka
berasa rendah diri di kemudian hari di
hadapan bangsa-bangsa lain maka INILAH
CARANYA UNTUK MEMBANGKITKAN
'PRIDE' DAN 'NATIONALISM' pada
semangat anak bangsa mereka pada masa
hadapan.Hasilnya orang luar pun
menghormati mereka kerana punya
warisan sejarah (padahal dicedok dari
warisan kuno kita),dan ini membuatkan
mereka lebih memiliki 'self-
confident'.Tetapi sesetengah anak Melayu
lain cara berfikir mereka,mereka
menganggap semua ini sia-sia dan hanya
menyuburkan rasa angkuh dan meninggi
diri jadi cukuplah aku MENJADI PENCACAI
KEPADA SEJARAH FANTASI YANG KHAS
DICIPTAKAN UNTUK AKU SUPAYA AKU
DAPAT MENJILAT AIR LUDAH DAN KAHAK
PERASAAN RENDAH DIRI YANG TIADA
BERTEMPAT,MENJADI PENGEMIS
BUDAYA DAN WARISAN BANGSA
LAIN.Jadi buta,pekak,tuli dan bisu.
Lihat dengan mata hati Tuan-tuan dan
Puan-puan...!Betapa orang Khmer
mengukirkan kostum orang Melayu yang
memakai jaket dan helmet perang siap
berperisai,betapa segaknya pahlawan
Melayu Cham!Orang Khmer juga mengukir
tentera-tentera Cham menaiki kapal-kapal
perang dengan ukiran aneh di muncung
kapal yang sama dengan ukiran di
muncung perahu-perahu Kelantan dan
Terengganu....Mesir Purba mengukirkan
Raja Perehu yang tegap dan kacak siap
berkeris (malangnya mereka tidak
mengukirkan gelang potoh dilengan
Perehu padahal tulisan hiroglif
menyatakan Nehesi melihat Raja Melayu
Purba itu memakai gelang potoh)...rekod-
rekod China Purba merakamkan
kehebatan orang Melayu Nusantara yang
digelar mereka sebagai Kunlun belayar
dan mengembara,menguasai laut dan
angin.Rishi-rishi Hindu mengarang syair
memuji-muji Malayadvipa (Kepulauan
Melayu) sebagai bumi emas yang
menakjubkan dan tempat tinggal dewa-
dewi;sama seperti gelaran para Firaun
terhadap Nusantara.Tetapi mengapa ada
anak Melayu hari ini yang tergamak
sanggup menelan air longkang dan najis
sejarah ciptaan penjajah dan sisa-sisa
warisan yang dicuri oleh pelbagai kaum
mendatang termasuk Siam Ayutthaya
yang berasal dari etnik Cina Xian di
China.Siam Ayutthaya sememangnya dari
Xian (ini diakui sendiri oleh salah seorang
keturunan mereka,jadi salahkan
dia...jangan salahkan Srikandi ek) dan Tai
itu dari Shan dan Yunnan,TETAPI BUKAN
ANAK CUCU MAYANG MENGURAI
INI!Bukan...bukan...dan bukan...!
Sekejap mengaku Melayu,sekejap
mengaku Siam,sekejap mengaku Cina
Xian,sekejap mengaku Cina dinasti
Tang,sekejap bangsa Harimau,sekejap
puak Naga...akhirnya mengaku Melayu
keturunan Siam.Tanah Melayu pula
sekejap dikatakan kepunyaan Maharaja
Siam,sekejap kepunyaan Raja India
Monggol,sekejap milik Ayutthaya...sekejap
ini sekejap itu sekejap begini sekejap
begitu seperti sesumpah...inilah contoh
orang yang tidak punya sejarah cuba
untuk merompak sejarah orang
lain.Mengapa begitu payah menetapkan
nama keturunan sendiri?Kenapa tersasul-
sasul dan merapu meraban sebegitu
teruk?Tanah Melayu milik Monggol
India?BUKAN...BUKAN...BUKAN...DAN
BUKAN....!!
Bagaimana kaum dan bangsa lain apabila
ingin membicarakan WARISAN MELAYU
DARI SEGI FAKTA SEJARAH,mereka
mengukir dan melukiskannya dengan
indah,agung dan mengasyikkan pada
tembok-tembok kuil,istana serta
manuskrip dan prasasti.Namun mengapa
penjajah bila ingin membicarakan tentang
Melayu yang dijajah dan dijarah hasil
buminya MENULISKAN BAHAWA INI
ADALAH BANGSA PEMALAS DAN
MUNDUR?Fikirkan perbezaan ini.Orang
Tai,Mon,Dai-Viet dan Khmer berkali-kali
meyakinkan kita bahawa kita punya
peradaban agung dahulu tetapi mengapa
kita amat percaya dengan mulut penjajah
yang mengangkut 1001 prasasti dan
manuskrip sejarah kita ke Eropah?Mereka
rampas semua kecerdikan kita masa silam
dan kata:
"Ya...lihat,kamu tidak punya apa-
apa!Nothing!Dari dahulu kamu memang
bodoh dan tidak punya apa-apa dan kini
kamu mewarisi kebodohan itu!"
Malangnya ada orang Melayu hari ini
teramat percaya kepada kata-kata ini dan
berasa malu menjadi Melayu dan sanggup
'menukar' bangsa asal mereka kepada
bangsa khayalan Siam Xian yang berasal
dari etnik Cina yang lemah dan kalah
berperang dengan dinasti-dinasti China
yang lebih gagah,dihalau beramai-ramai
ke Indochina dan Tanah Melayu,memeluk
Islam dan berkahwin dengan orang
Melayu sehingga menjadi Melayu Siam
pada hari ini.Bahasa Siam Kedah itu
sendiri diakui oleh mereka sendiri punya
persamaan dengan bahasa Hokkien!Hanya
orang yang tidak berpuashati dengan
sejarah kaumnya yang menyedihkan itu
sanggup mendakwa orang Melayu itu
tidak punya apa-apa dan fantasi sahaja
kerana perasaan dengki padahal sejarah
kaum dia lah yang superkhayalan laksana
Superheroes dari komik Marvel.Semua
warisan Melayu yang ada seperti kitab
(UUK sebagai contoh),artifak,candi,istana
sehingga sejarah Kedah TUa yang
gemilang itu didakwa mereka sebagai hak
Siam Xian ini sehingga Cyrus The Great
yang berketurunan Parsi Kuno itu
dikatakan keturunan Siam Xian
ini!Semua..semua dan semua...warisan
Melayu diambil oleh pelbagai kaum yang
mendatang...sehingga akhirnya tiada apa
yang tinggal,dan kita menumpang pada
sejarah orang lain yang dahulunya milik
kita.Pelikkan?Orang lain dijajah negara
mereka sehingga terpaksa menumpang di
tanah orang lain yang dahulunya milik
dia,tetapi lain pula dengan kita.Kita
terpaksa menumpang sejarah orang lain
yang dahulunya milik kita.
KITA HARI INI TERPERANGKAP DALAM
SEJARAH MELAYU ERA PENJAJAHAN.Ini
realitinya.Kita berfikir dengan pemikiran
sejarah orang Melayu bermula dengan
kejatuhan Melaka,era penjajahan
sehingga merdeka.SEjarah orang Melayu
pada hari ini di buku-buku teks sekolah
adalah SEJARAH ORANG MELAYU SEKECIL
SEJARAH MALAYSIA YANG TERJAJAH
PADAHAL SEJARAH MELAYU ITU SELUAS
SEJARAH NUSANTARA YANG MEMBINA
EMPAYAR PERDAGANGAN MARITIM
TERAGUNG DUNIA!
Inilah gunanya memisahkan Nusantara
kepada beberapa negara.Orang Brunei
memikirkan sejarah Melayu sekecil
sejarah Brunei,orang Malaysia memikirkan
sejarah Melayu sekecil sejarah
Malaysia,rumpun Nusantara di Indonesia
pula memikirkan perkara lain...tentang
krisis identiti apakah benar aku ini
berbangsa Indonesia ciptaan Belanda,atau
aku ini adalah rumpun Nusantara?Masing-
masing pening memikirkan masalah ini
sampai bergaduh dan mahu berperang;isu
Tarian Pendet dan batik dan lagi...dan
lagi...fikirkan sekiranya Nusantara ini
disatukan seperti negara China.Orang
Manchu,orang Han,Monggol,Hui,Zhuang
(sekadar menyebut beberapa contoh)
telah cair menjadi BANGSA CINA,dengan
sejarah dan budaya yang
diseragamkan.Tiada pula orang-orang di
wilayah-wilayah berbeza bergaduh
berebut tarian dan baju di China.Tetapi
orang Indonesia yang dirasuk oleh hantu
Belanda berebutkan tarian dan baju batik
dengan orang Malaysia yang sah-sah sama
bahasa dan budaya dengan
mereka.Memang membingungkan!
SEmentara orang Indonesia dan Malaysia
bergaduh,Cina Singapura mencuri air dari
Indonesia dan mencuri pasir di Malaysia
buat menambak tanah sekangkang kera
mereka yang dihadiahkan sendiri oleh
orang Melayu juga!SEmentara orang
Indonesia dan Malaysia
bergaduh...keturunan Siam Xian yang
telah menjadi Melayu cuba untuk mencuri
sejarah dan identiti orang Melayu
Nusantara dan cuba berusaha
menubuhkan identiti dan nasionalis
sendiri sebagaimana orang Lao yang
berjaya menubuhkan identiti sendiri dari
sejarah Tai dan orang Tai yang berjaya
menubuhkan identiti dan nasionalis
sendiri hasil pinjaman dan cedokan dari
budaya Khmer dan 'Srivichai'.
Ini lebih membingungkan!
---------------------------------------
Jadi setelah lama kita mengembara,mari
kita berhenti sejenak dan
berfikir...siapakah diri aku sebenarnya
sebagai Melayu di bumi Nusantara
ini.Adakah rahsia yang lain?
Mengapa nenek moyangku meninggalkan
warisan mereka dan persoalan asal-usulku
begitu kompleks dan merumitkan?
Kita bagaikan berada di satu lorong yang
gelap di mana hujungnya bercahaya.Kita
ikut cahaya itu,kalau-kalau di sana ada
ayahanda dan bonda kita menyambut
tangan-tangan kita.
Dan kisah seterusnya ialah kisah suka-
duka Nefi dan Lemani di Promised
Land,dinasti raja-raja Darah Naga di Mu
dan Lemuria,dinasti Teratai Melayu
Srivijaya dalam kenangan sastera Tai-
Khmer kuno,bangsa misteri di The Land of
The East,rahsia Illuminatus berkaitan
pengetahuan tamadun yang tenggelam
dan pembukaan TABUT RAHSIA BANI
JAWI...
Apa yang BERLAKU ketika ritual tersulit
para Masons?Aha...anda kena tunggu
lagi...!
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU
VOLUME III "THE RESURRECTION"
ACCOMPLISHED.