Upload
nguyentruc
View
250
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
Amalan Melindungi Masa Instruksional
di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib
Kuantan, Pahang.
Abstrak
Melindungi Masa Instruksional menjadi cabaran yang hebat kepada pengurusan dan warga sekolah
berikutan dinamisnya sifat pendidikan pada hari ini yang mempunyai kerangka merentasi semua aspek
perkembangan diri murid. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang Sistem Pendidikan hari
ini meletakkan keseimbangan pembangunan diri murid dari segi Intelek, Rohani, Jasmani, dan Emosi
telah menyediakan panduan yang jelas tantang hala tuju pendidikan negara. Bagi pemimpin dan warga
sekolah cabaran ini bukan sahaja yang bersifat mendatang tetapi terdapat juga aspek-aspek `status quo’
dan amalan sedia ada yang menghakis keutuhan masa instruksional. Kertas ini akan menghuraikan
beberapa cabaran masa instruksional dan langkah-langkah untuk melindungi masa tersebut dengan fokus
kepada faktor pengurusan sekolah, faktor Instruksional Guru dan kawalan para pelajar . Pengurusan masa
instruksional ini bertujuan mewujudkan iklim pembelajaran yang positif untuk memastikan masa
pembelajaran yang dilaksanakan adalah berkesan. Masa PDP 1 jam, Keluwesan Pengurusan Jadual
Waktu, Program Perkembangan Profesional Guru,dan Penilaian Impak (Post Mortem) peperiksaan
berfokus adalah empat variable pengurusan yang penting dan menjadi pengawal kepada pelaksanaan
masa instruksinal yang berkesan. Pelaksanaan PDP berkesan, Bahan pembelajaran yang mencukupi dan
efektif, Q-SMART (Senarai Semak Pembelajaran), dan Intergrasi ICT dalam PDP pula merupakan faktor
guru yang menyumbang kepada peningkatan pengursan masa intsruksional. Kepada pelajar pula elemen
yang diberi perhatian iaitau pengursan keluar masuk pelajar. Mengupayakan pemimpin sekolah membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan lokaliti dan memenuhi kehendak pihak yang
berkepetingan (stakeholder) serta meningkatkan kualiti instruksional dalam kalangan guru merupakan
sasaran penting untuk memastikan masa instruksional sentiasa dilindungi dan pendidikan di sekolah
mencapai matlamat seperti yang dihasratkan.
1. Pengenalan.
Melindungi Masa Instruksional (MMI) menjadi agenda penting kepada
pengurusan sekolah. Keupayaan Kepimpinan sekolah mengesan gangguan masa
instruksional murid seterusnya mengambil tindakan yang cekap, kreatif dan berkesan untuk
mengatasi masalah ini merupakan satu keputusan yang kritikal dan strategic. Faktor- faktor
gangguan yang pelbagai dimensi menuntut keberanian dan kebijakan Pemimpin Sekolah
mempertahankan `wilayah’ masa instruksional.
Jadual di bawah menunjukkan elemen-elemn gangguan terhadap masa
instrusksional di sekolah :
Jadual 1 : Gangguan Masa Instruksional Murid Mengikut Dimensi.
2. Isi Kandungan
i. Penyataan /Cadangan
Di SMK Abdul Rahman Talib tumpuan diberikan kepada 3 strategi utama iaitu
masa PDP yang mencukupi dan berkesan, proses PDP yang berkesan dan Bahan PDP
yang mencukupi dan berkesan. Pelaksanaan strategi ini bertujuan untuk mengurangkan
KPM/PPD Pengurusan Guru Pelajar Fizikal Peralatan Lain-lain Aktiviti kokurikulum Kebangsaan, Daerah, Negeri
Aktiviti Sukantara
Tidak masuk kelas / lewat masuk kelas
Keluar kelas ke tandas
Susun atur kelas
Tiada peralatan yang sesuai
Pengumuman Pembesar Suara
Guru Bermesyuarat. Di KPM, JPN dan PPD.
Perhimpunan pagi panjang
CRK & Cuti Sakit
Kesediaan murid belajar
Bilik Darjah, Bengkel, makmal jauh.
Peralatan PDP Tidak mencukupi
Guru disiplin mengendalikan `spot check’
Guru Berkursus di KPM, JPN dan PPD.
Aktiviti Kokurikulum
Peperiksaan atau kelas PJJ
Sakit berpanjangan / mohon bercuti ikut keluarga
Peralatan untuk PDP Rosak
Guru / Pelajar di panggil ke pejabat
Guru bertugas sebagai jurulatih utama
Pengerakan ke makmal dan bengkel lambat.
Kepentingan aktiviti bercanggah
Kesediaan guru melaksanakan pengajaran
Tiada guru ganti guru bersalin
Guru bukan opsyen mengajar
Guru disiplin terlibat mengendalikan kes disiplin.
Keberkesanan Pengajaran guru
pelbagai jenis gangguan masa instruksional yang berada dalam kawalan pengurusan
sekolah dan pengurusan masa instruksional guru.
ii. Cadangan Tindakan / Penyelesaian
Tindakan dalam Kawalan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah
a. Pengurusan Kehadiran Guru, Pengerakan Guru. (Masa)
PDP yang berkesan hanya boleh dicapai jika guru dan murid hadir ke sekolah tepat
pada waktu . Membudayakan disiplin hadir ke sekolah dan berada di sekolah adalah kunci
utama melindungi masa instruksional. Menggunakan sistem perakam waktu biometrik
dengan perisian khusus memberi banyak kelebihan kepada pengurusan sekolah untuk
memantau kehadiran guru. Analisis kehadiran secara harian dan bulanan membolehkan
pengurusan sekolah mengesan pola (`trend’) kehadiran guru dan seterusnya memberikan
ingatan supaya guru dapat hadir ke sekolah lebih awal agar waktu pertama pengajaran
berjalan dengan lancar.
Isu pergerakan keluar masuk guru semasa bertugas juga adalah perkara yang perlu
diberikan perhatian yang serius. Sebahagian guru memohon keluar semasa waktu
bertugas untuk ke klinik, temu janji di hospital, urusan persekolahan anak dan urusan-
urusan lain yang perlu dilaksanakan kerana waktu lapang selepas waktu persekolahan
adalah pendek untuk mereka melakukan urusan harian mereka. Oleh sebab setiap guru
tidak mempunyai waktu rehat yang ditetapkan maka perkara ini menjadi aspek penting
untuk diberi perhatian kerana sebahagian guru melihat bahawa kebenaran pihak
pengurusan sekolah untuk mereka berurusan pada waktu lapang sebagai satu elemen
kebajikan yang terletak di bawah budi bicara pengursan sekolah. Instrumen yang
digunakan untuk mengesan dan mengawal pergerakan keluar masuk ini adalah slip keluar
yang mesti diisi oleh guru dan diberi kebenaran dengan tandatangan oleh Pengetua atau
ahli pengurusan sekolah yang lain jika pengetua tiada di sekolah. Slip ini mestilah
ditinggalkan di pondok pengawal semasa guru hendak meninggalkan kawasan sekolah dan
akan diserahkan ke pejabat oleh pengawal keselamatan untuk tujuan rekod. Proses ini
dilaksanakan agar pengurusan keluar masuk guru lebih teratur dan masa instruksional di
bilik darjah dapat di kawal dengan baik agar tiada guru yang meninggalkan kelas semasa
waktu PDP sepatutnya berlangsung.
b. Pengurusan Jadual Waktu dan Jadual Waktu Relif. (Masa)
Pengurusan Jadual waktu yang cekap dan berkesan adalah kunci utama kepada
pengurusan pembelajaran. SMK Abdul Rahman Talib telah menggunakan sistem jadual
waktu ASC sejak tahun 2007 dan telah mendapat manfaat yang banyak dari sistem
tersebut. Sistem yang mudah dioperasi dan luwes ini memberi ruang kepada
Jawatankuasa jadual waktu merombak semula jadual dan membuat penugasan baru
kepada guru-guru apabila ada keperluan. Cabaran utama kepada sekolah ini adalah apabila
terdapat guru-guru yang bersalin sehingga pada satu tahun boleh mencecah kepada 3
hingga 4 orang guru tiada di sekolah selama tiga bulan kerana cuti bersalin dan guru
penggantinya pula sukar hendak diperolehi.
Jawatankuasa jadual waktu biasanya akan melaraskan semula jadual guru dan
menggabungkan tiga kelas untuk diajar oleh dua orang guru ataupun menukar kaedah
pembelajaran supaya lebih berbentuk kuliah dengan merombak Rancangan Pelajaran
Tahunan supaya topik-topik yang lebih mudah dan ringkas dapat diajar kepada
pelajar pada masa tersebut. Secara puratanya sejak tahun 2007 SMART mempunyai 7
hingga 8 kali perubahan jadual waktu dalam satu tahun persekolahan. Perubahan
jadual waktu yang kerap ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua kelas dan
mata pelajaran mempunyai guru dengan asas bahawa guru mengajar dan murid
belajar. Bagi melaksanakan kelas gabungan seperti ini SMART telah beruasaha
supaya infrastuktur tersedia untuk tujuan penggabungan kelas seperti ini. Oleh itu
sebuah dewan besar, satu bilik kuliah yang boleh memuatkan 120 pelajar dan sebuah
dewan makan asrama dengan kapasiti 160 pelajar berfungsi seperti bilik seminar
yang lengkap dengan kemudahan pembesar suara dan LCD boleh dimanfaatkan pada
bila-bila masa untuk tujuan ini. Kesediaan guru untuk meggambil tanggungjawab
mengajar pelajar dalam kuantiti yang besar ini adalah berasaskan konsep PKKP
(Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan ) yang menggariskan
prinsip CPO (Collaborative, Participative dan Ownership) iaitu semua pelajar di
SMART ini adalah anak murid kepada semua guru dan semua guru harus berpakat
dan bekerja bersama-sama unutuk memastikan pembelajaran berlaku dan masa
instruksional pelajar yang dilindungi.
Pengurusan Jadual waktu relif ataupun proses menyediakan guru ganti bagi
kelas-kelas yang ketiadaan guru pada setiap hariperlu lebih kreatif. Proses penyediaan
guru ganti ini berasaskan prinsip cepat dan tepat, iaitu menyediakan jadual secepat
mungkin dan diedar/disebarkan sesegera mungkin untuk pengetahuan guru dan murid
serta menyediakan guru ganti yang tepat supaya boleh membantu pelajar di dalam
kelas kelas tersebut. Kriteria pemilihan guru ganti tersebut adalah mengikut
keutamaan seperti berikut :
i. Guru yang mengajar mata pelajaran yang sama bagi tingkatan yang
sama
ii. Guru yang mengajar mata pelajaran yang sama walaupun tingkatan
yang berlainan tetapi pada tahap yang sama (MR/MA).
iii. Guru yang mengajar mata pelajaran yang berlainan tetapi mengajar
kelas tersebut.
iv. Guru Kanuselor.
v. Mana-mana guru yang difikirkan sesuai.
Kriteria ini bertujuan supaya guru yang mengganti dapat memberi manfaat yang
paling besar apabila berlaku penggantian dengan memberi keutamaan kepada
mata pelajaran yang sepatutnya berlaku proses pembelajaran kerana pada
kebiasaannya guru yang tidak hadir kerana urusan CRK atau bertugas di luar
sekolah akan meninggalkan tugasan kepada pelajar untuk diselia oleh guru ganti.
Oleh itu guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sama amat
penting bagi menjayakan proses relif ini.
Sistem Relif ASC memudahkan guru jadual waktu mengesan guru-guru
yang diperlukan serta blok-blok waktu lapang bagi setiap guru untuk memenuhi
kriteria dan tuntutan relif ini. Bagi kelas-kelas tertentu biasanya akan terdapat
tempahan-tempahan awal daripada guru-guru tertentu terutamanya kelas-kelas
peperiksaanjika kelas tersebut ketiadaan guru dan blok waktu itu serasi pula
dengan blok waktu guru yang menenpah itu.
c. Masa Pembelajaran dan Pengajaran 1 jam. (Masa)
Memperuntukkan masa pembelajaran selama satu jam adalah satu cabaran
yang agak hebat tetapi menguntungkan kepada sekolah yang melaksanakan aliran
sains. SMK Abdul Rahman Talib melaksanakan aliran sains sepenuhnya di
tingkatan empat dan lima serta empat kelas sains dari 10 kelas di tingkatan enam.
Bagi sekolah yang mengoptimumkan penggunaan makmal, PDP selama satu jam
amat bermanfaat dan meningkatkan masa tugasan (`Task Time’) kepada guru dan
pelajar. Pembelajaran selama satu jam atau 50 minit masa tugasan dengan
mengambil kira waktu pergerakan pelajar selama 10 minit.
Masa P&P selama 60 minit contohnya 4 kali seminggu iaitu 240 minit bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu dapat memberikan pembelajaran yang optima berbanding
kombinasi masa berkembar 80 minit dengan tiga kali seminggu atau 5 kali
perjumpaan dengan pelajar dengan kombinasi 2+2+1+1. Penggunan peruntukkan
waktu tunggal 40 minit yang akan hilang 5 hingga 10 minit waktu menunggu `waiting
time’ yang akhirnya meninggalkan hanya 30 minit waktu tugasan `task time.
Perbezaan dan manfaat pembelajaran menggunakan waktu satu jam berbanding
40 minit dapat diperhatikan pada jadual di bawah :
Masa Pembelajaran (ALT)
Pembahagian Waktu
Kekerapan
Masa Menunggu (10 minit)
Masa Tugasan
Ulasan
40 minit x 6 waktu = 240 minit
2+2+1+1 4 40 (4 x10) 200 minit Masa tugasan sama dengan waktu 1 jam (200 minit ). Jika guru tidak hadir pada waktu berkembar (80 minit) hanya 130 minit masa tugasan yang tinggal dan jika pada waktu tunggal pula waktu tugasan adalah 170 minit.
2 + 2 + 2 3 30 (3 x 10) 210 minit Risiko tinggi jika guru tidak hadir 1 hari . Hanya tinggal 140 minit waktu tugasan dapat dilaksanakan.
60 minit x 4 kali = 240 minit
1 + 1+ 1+ 1 4 40 (4x10) 200 minit Risiko P&P tidak berlangsung dilebarkan. Jika 1 hari guru tiada P&P tidak dapat dilaksanakan masih ada 150 minit waktu P&P dapat diselamatkan.
Jadual 2 : Perbandingan waktu PDP 1 jam dan 40 minit.
Kesimpulannya jadual waktu dengan 1 jam (ALT) adalah lebih luwes, selamat dan
kurang berisiko kerana kita sedia maklum pada hari ini kekerapan guru tidak berada dalam bilik
darjah adalah tinggi.
d. Program Perkembangan Profesional berterusan(CPD). (Proses PDP )
Program perkembangan professional guru yang berterusan adalah salah satu
pemangkin utama untuk memastikan guru sentiasa mempunyai pengetahuan dan
kemahiran terkini dalam pengajaran serta sikap yang betul untuk melaksanakan
proses pengajaran yang berkesan. Program ini terbahagi kepada tiga bahagian utama
iaitu :
i. Program Perkembangan Profesional berasaskan ICT
ii. Program Perkembangan Profesional Umum
iii. Program Perkembangan Profesional Khusus dalam Panitia mata pelajaran.
Tujuan utama program perkembangan professional guru ini adalah untuk
meningkatkan keupayaan guru dari segi penyampaian pengajaran dan pengurusan
pedagogi pembelajaran yang berkesan supaya pembelajaran di bilik darjah
mencapai objektifnya.
Program perkembangan profesional guru dalam bidang ICT menjadi keutamaan
terutamanya dalam usaha meningkatkan bilangan guru dan jumlah proses
pembelajaran yang dilaksanakan dengan intergrasi ICT yang tinggi. Keupayaan
guru memanfaatkan kemudahan ICT semasa proses pembelajaran akan
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pembelajaran terutamanya ketika
proses penyampaian dan aktiviti bersemuka secara maya dengan pelajar.
Penggunaan Oracle Thinkquest sebagai platform pengurusan pembelajaran
diterapkan di kalangan guru dan pelajar melalui aktiviti CPD.
Kecekapan penyampaian guru juga dibantu melalui program perkembangan
profesional dalam panitia masing-masing dengan memberi keutamaan kepada
perkongsian pengetahuan dan pengalaman serta maklumat-maklumat terkini.
Panitia sentiasa meletakkan agenda perkembangan staf sebagai elemen penting
setiap kali ada mesyuarat dan perjumpaan panitia.
Pengurusan sekolah secara umumnya telah menggariskan beberapa sasaran utama
dari segi program perkembangan profesional guru dengan memberi fokus kepada
isu peranan pendidik pada abad ke 21, pekerjaan sebagai ibadah dan program
pembentukan pasukan kerja yang berkesan. Program yang lebih menjurus kepada
pembentukan budaya dan sikap ini bertujuan untuk memberi motivasi dan
panduan kepada guru untuk berperanan dalam organisasi pendidikan dengan
matlamat dan hala tuju yang jelas seterusnya dapat memupuk nilai mengutamakan
kerja dan melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh.
e. Post Mortem (Penilaian Impak) peperiksaan/ ujian yang berfokus. (Proses PDP)
Aktiviti `Post Mortem’ peperiksaan atau lebih di kenali sebagai Penilaian Impak
(IMPAK) yang berfokus adalah alat pengurusan yang penting untuk mengesan,
mengawal dan memantau proses pembelajaran yang berkesan di bilik darjah dan
seterusnya menjadi sebahagian dari indikator bahawa masa instruksional
terutamanya masa pembelajaran bersemuka antara guru dan pelajar dilaksanakan
dengan berkesanan.
Melalui aktiviti `post mortem’ berfokus ini guru-guru akan membuat analisis item
bagi setiap mata pelajaran, setiap kelas dan setiap pelajar. Pengurusan dapat
mengesan defisit pembelajaran sama ada disebabkan oleh pelajar, guru, bahan
pembelajaran dan masa pembelajaran yang tidak mencukupi. Kerap kali juga
dikenal pasti bahawa defisit pembelajaran wujud kerana masa bersemuka secara
berkesan antara guru dan pelajar tidak mencukupi atau sesetengah topik tidak
dikuasai dengan baik kerana waktu yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk
memastikan pelajar benar-benar menguasai topik tesebut.
Tindakan pemulihan / remedial akan segera dilaksanakan untuk mengatasi
masalah ini, guru-guru yang terlibat juga sering mengambil peluang untuk
mengadakan kelas dan bengkel tambahan bagi tujuan ini. Apa yang penting di sini
adalah guru dan pelajar telah diberi ingatan bahawa masa PDP adalah amat
penting dan segala aktiviti PDP mesti disempurnakan. Jika pekara ini tidak
berlaku dengan sempurna maka kita akan menerima akibatnya dan aktiviti
pemulihan / remedial yang dilakukan adalah tindakan membaiki apa yang telah
tidak kita sempurnakan dahulu . Proses remedial ini bukan sahaja memerlukan
masa tambahan tetapi juga akan mengurangkan peluang kita untuk melonjak
pencapaian pelajar dengan aktiviti-aktiviti intervensi. Refleksi sebegini kepada
kepada semua pihak supaya sedar bahawa masa instruksional mestilah
dimanfaatkan sebaik mungkin.
Kesimpulannya aktiviti IMPAK selama 3 kali setahun ini menjadi satu fasa
penting kepada semua pihak membuat refleksi terhadap semua aktiviti
pembelajaran yang telah dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Nasihat dan bimbingan pengurusan kepada semua guru akan menjadi panduan
supaya semua pihak dapat mengurus masa instruksional masing-masing dengan
lebih berkesan.
Tindakan dalan Kawalan Pengurusan Masa Instruksional guru
a. Pelaksanaan PDP berkesan. (Proses PDP)
Pelaksanaan PDP yang berkesan adalah agenda utama setiap guru SMART yang
masuk ke bilik darjah. Berkesan di sini membawa maksud guru mengajar dan murid
belajar, produktiviti proses ini diukur dengan penguasaan pelajar terhadap ilmu,
pengetahuan dan kemahiran yang menjadi matlamat pembelajaran pada hari tersebut.
Dalam proses PDP yang berkesan lima aspek penting yang diberi fokus iaitu :
i) Penguasaan isi kandungan mata pelajaran (Content)
ii) Penguasaan Kemahiran Mengurus Pembelajaran (Instruction)
iii) Penguasaan Pedagogi yang tepat dan berkesan (Pedagogy)
iv) Pengawalan tumpuan / fokus pelajar terhadap pembelajaran (Attention)
Melalui keempat-empat elemen ini `task time’ dan `engage time’ dapat dimanfaatkan
sepenuhnya dan pembelajaran menjadi lebih bermakna serta mencapai objektif yang
diharapkan. Elemen kemahiran mengurus Pembelajaran ini agak unik kerana setiap
guru mempunyai kaedah yang berbeza walaupun secara umum semua guru
mempunyai teknik dan kaedah yang generic tetapi kelainan dan keunikan yang kecil
sekalipun member perbezaan yang besar. Pemerhatian dan pencerapan di bilik darjah
akan menonjolkan variasi ini, variasi ini kerap kali dikongsikan oleh guru dalam
pertemuan-pertemuan mereka dan mesyuarat penilaian impak.
Semua aspek ini akan member sumbangan yang besar kepada uasaha-uasaha untuk
memastikan masa instruksional dapat dilindungi sepenuhnya seperti yang
dihasratkan.
b. Bahan PDP yang mencukupi dan berkesan. (Bahan PDP).
Menyediakan bahan PDP yang mencukupi dan berkesan sentiasa menjadi matlamat
pengurusan sekolah bagi melengkapkan keperluan guru dan pelajar melaksanakan
PDP yang berkesan di bilik darjah. Kita sedia maklum dengan PDP yang berkesan
dan `Task Time’ dan `Engage Time’ yang berkualiti maka masa instruksional dapat
dilindungi dengan sebaik mungkin. Strategi pengurusan sekolah yang tidak
membenarkan sebarang alasan bahawa tiada bahan PDP , bahan tidak mencukupi dan
tidak sesuai telah menunjukkan impak yang positif. Pengurusan sekolah dengan
sokongan kuat PIBG telah menyediakan dana yang mencukupi untuk cetakan bahan
pembelajaran yang siap dicetak, disusun, diklip dan dihantar ke setiap bilik guru
dengan tempoh kerja selama tiga hari. Ini memberikan peluang sepenuhnya guru
menggunakan helaian bercetak sebagai bahan pdp dalam kelas. Masa yang dibazirkan
`waste time’ seperti menulis di papan putih dan membaca soalan untuk murid
menyalin tidak lagi wujud kerana bahan pembelajaran telah dapat disediakan
sepenuhnya.
Dalam aspek ini apa yang yang lebih penting bukanlah kecekapan penyediaan bahan
itu sahaja tetapi usaha menganjak minda guru supaya dapat menyediakan bahan yang
lebih berkualiti untuk pelajar dengan mengambil kira (`self pace’) kadar kendiri bagi
setiap pelajar yang dengan menyediakan bahan dan modul yang sesuai mengikut
tahap pelajar.
Kesimpulannya `waste time’ dapat dikurangkan, `engage time’ dapat ditingkatkan
dan bahan ini amat berguna sekiranya guru tidak dapat hadir ke sekolah kerana guru
ganti akan menggunakan bahan ini untuk mentadbir kelas yang digantinya nanti.
c. Q-SMART (Senarai Semak Pelaksanaan Pembelajaran). (Proses PDP)
Q-SMART adalah ringkasan kepada Rancangan Pelajaran Tahunan guru bagi setiap
mata pelajaran yang diajar. Senarai semak ini disediakan secara kolaboratif dalam
mesyuarat panitia dengan menentukan susunan bab dan topik yang perlu diajar serta
menentukan bilangan latihan, ujian dan bahan pembelajaran yang harus disediakan
untuk pelajar. Dalam senarai semak ini juga ditentukan jenis-jenis kemahiran yang
perlu dikuasai oleh pelajar.
Tujuan Q-SMART ini pada peringakat awalnya adalah untuk menyelaras proses PDP
supaya lebih seragam dan memenuhi keperluan menentukan takat atau had sesuatu
topik yang perlu diuji dalam ujian dan peperiksaan. Namun begitu instrumen ini telah
berfungsi dengan baik untuk memberi satu piawai kepada guru untuk membuat
refleksi kendiri terhadap keupayaan diri masing-maing melaksanakan PDP mengikut
jadual yang sepaptutnya. Q-SMART adalah instrumen pemantauan yang paling
mudah melalui pengubahsuai RPT untuk Ketua Panitia, Ketua Bidang dan Pengetua
untuk mengesan tahap pelaksaan PDP guru.
Penggunaan Q-SMARt sebagai alat ukur dan senarai semak penyampaian PDP di
bilik darjah telah menjadi alat pengesanan dan kawalan utama mengawal masa
instruksional bagi setiap guru. Q-SMART yang disimpan di dalam buku Rekod
Persediaan Mengajar guru boleh disemak pada bila-bila masa sahaja. Formatnya
yang ringkas dan padat memudahkan pemantau untuk mengesan prestasi pelaksanaan
PDP guru.
Sejak kebelakangan ini telah diperkenalkan Q-SMART versi Pelajar atau dikenali
sebagai SQ-SMART yang mempunyai ciri yang sama dengan Q-SMART guru tetapi
mempunyai kolum tambahan yang membenarkan pelajar menanda di ruangan
tersebut sama ada mereka telah menguasai atau belum setiap topik dan kemahiran
yang di ajar. SQ-SMART ini bukan sahaja menjadi panduan kepada pelajar tentang
topik-topik yang akan diajar sepanjang tahun tetapi mejadi alat refleksi kendiri pelajar
dan guru. Bagi pengurusan pula SQ-SMART adalah satu instrumen semak silang
`cross check’ pelaksanaan PDP yang berkesan dan informatif.
Tindakan mengawal pembelajaran Peringkat Murid melalui Alat Pengurusan Bilik Darjah
a. Buku Rekod Pengesanan Pelajar
Buku Rekod Pengesanan Pelajar (BRPP) adalah adalah borang yang merekod
kehadiran pelajar dan guru semasa sesi PDP berlangsung di kelas. Dalam BRPP
dicatatkan nama pelajar yang tidak hadir, pelajar yang tiada dalam kelas semasa PDP
berlangsung dan akhirnya guru menurunkan tandatangan di ruangan yang betul
mengikut waktu pembelajaran berlaku. Guru Kelas, guru disiplin, guru Penyelaras
Tingkatan akan menyemak buku ini untuk mengesan pelajar yang tidak hadir ke sekolah
dan tiada semasa proses PDP berlangsung.
Instrumen ini bertujuan mencegah dan mengelak pelajar daripada ponteng kelas atau
meninggalkan kelas dengan sewenang-wenangnya semasa PDP berlaku. Buku ini juga
menjad indikator penting mengesan kehadiran guru ke bilik darjah.
b. Borang Pengesanan Kendiri Pelajar (BPKP)
Borang Pengesanan Kendiri Pelajar (BPKP) pula dikeluarkan oleh Penolong
Kanan kepada pelajar-pelajar tertentu dalam tempoh masa yang tertentu bertujuan untuk
memastikan pelajar yang terlibat dengan kes ponteng kelas, lewat masuk ke makmal,
tidak memberi tumpuan dan perhatian semasa PDP. Pelajar tersebut perlu diberi
perhatian serius dan terus diperhatikan oleh guru yang mengajar di bilik darjah.
Pelajar yang terlibat perlu mengambil borang ini pada setiap pagi di kaunter
pejabat sekolah dan mesti mendapat tandatangan setiap guru yang mengajar selepas sesi
pembelajaran selesai. Guru boleh memberi komen dan membuat catatan yang berkaitan
tentang pelajar tersebut. Borang ini akan disemak oleh Penolong Kanan pada setiap hari
dan akan menentukan tempoh yang sesuai bagi pelajar tersebut melengkapkan borang
tersebut. Dapatan yang diperolehi adalah pelajar yang terlibat akan sentiasa berada
dalam kelas tepat pada masanya dan lebih fokus dalam kelas semasa PDP kerana adanya
perhatian sebegini terhadap mereka.
Sehubungan dengan ini masa tugasan bagi pelajar tersebut akan dapat dimanfaatkan
dengan baik dan ALT (Academic Learning Time) dapat dkawal supaya berlangsung
dengan sempurna.
c. Pas Keluar
Pas keluar adalah instrumen sokongan kepada
Buku BRPP. Hanya dua orang pelajar sahaja yang dibenarkan keluar pada satu-satu masa
kecuali pada waktu pergerakan kelas. Pas ini hanya boleh digunakan dengan keizinan guru
dan pergerakan pelajar tadi direkod. Penggunaan PAS ini memudahkan guru mengesan
palajar yang berada di luar bilik darjah semasa proses pembelajaran berlaku.
iii. Kesimpulan
Amalan melindungi masa instruksional mestilah menjadi pegangan utama
pemimpin sekolah, guru-guru dan pelajar. Semua pihak haruslah
bertanggungjawab dan jujur dengan peranan masing-masing. Masa instruksional
yang diurus dengan baik akan menatijahkan proses pembelajaran yang berkesan
dan prestasi yang cemerlang kepada pelajar.
Pelbagai amalan dan alat pengurusan boleh digunakan untuk melindungi masa
instruksional dari peringkat ALT (Academic Learning Time) hinggalah ke
peringkat `Task time’ dan `Engage Time’, namun apa yang paling penting adalah
semua pihak hariuslah bersikap jujur dan bergerak ke arah memperkasakan unsur
kepercayaan terhadap satu sama lain dalam uruasan masa ini. Kepercayaan (trust)
adalah nilai dan norma yang perlu diberi perhatian khusus jika kita hendak terus
memperjuangkan masa instruksional ini.
3. Syor
Berikut adalah beberapa syor yang dicadangkan supaya pengurusan masa instruksional
dapat diurus dengan berkesan.
i. Membentuk kefahaman yang jelas terhadap warga sekolah tentang masa
instruksional dan kepentingannya.
ii. Membina kerangka strategi yang jelas dan holistik dari segi pengurusan masa
instruksional dari aspek :
a. Pengurusan dan kepimpinan di KPM, JPN dan PPD
b. Pengurusan / pemimpin sekolah
c. Guru-guru
d. Ibu bapa dan penjaga
e. Para Pelajar
Kerangka ini harus tampil dengan instrumen atau alat pengurusan yang mudah
dan boleh diaplikasi serta berupaya meningkatkan kualiti pengurusan masa.
iii. Pengurusan sekolah sering membuat refleksi terhadap pengurusan masa
instruksional dengan membandingkan aspek kualiti dan kuantiti pengurusan masa
dan impak tehadap pencapaian matlamat sekolah.
iv. Memberi penekanan kepada konsep kepercayaan dan kejujuran tarhadap masa itu
sendiri, kerana kepercayaan (trust) adalah elemen yang boleh mengatasi atau
melebihi semua instumen dan alat pengurusan yang sedia ada.
4. Rujukan
1. James Ang Jit Eng,Ed.D & Balasandran Ramiah,DBA (2009).Kepimpinan Instruksional
Satu Panduan Praktikal.PTS Profesional, Kuala Lumpur.
2. Edward De Bono (1998). Simplicity; Be a sharper, faster, clearer thinker. Penguins Book.
London.
3. Stephen M.R. Covey & Rebecca R. Merill (2008). The SPEED of TRUST, the one thing
that changes everything. Pocket Books. UK.
4. Robert L. DeBruyn and Jack L. Larson (1984). You Can Handle Them All. A Discipline
model for handling over one hundred different misbehaviors at school and at home.The
MASTER Teacher.Inc Publisher. Manhattan, Kansas U.S.A
5. James W. Stigler & James Hiebert.(1999).The Teaching Gap, Best Idea from the World’s
Teacher for Improving Education in the Classroom