Upload
nguyenhanh
View
238
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
AMALAN PENGURUSAN MASA MAHASISWA DALAM AKADEMIK DAN
AKTIVITI BERPERSATUAN: SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI, UTM
MOHD AZHAR BIN MOHD YUSOF
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
Untuk ayah dan ibu,
Jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan, doa, jasa dan pengorbananmu
mengiringi kehidupan dan kejayaanku
Perhatian, nasihat serta bantuanmu
Menjadi pendorong buatku untuk meneruskan perjuangan ini
Untuk abang dan adik-adikku,
Yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraanku
Sokongan darimu telah membakar semangatku
Untuk penyelia ku,
Jasamu ku kenang
Hanya Allah sahaja yang membalasnya
Untuk sahabat-sahabatku,
Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan
semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Insya Allah…
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah
Rahmat dan IzinNya dapat penyelidik menyiapkan kajian ini. Penyelidik ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Ustaz
Zulkiflee Bin Haron, selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini, di atas segala
bimbingan, bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan kajian
ini. Segala ilmu dan bantuan yang diberikan akan dikenang sepanjang hayat. Semoga
Allah memberikan ganjaran yang sebaiknya, Insya Allah.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada pelajar-pelajar SPI yang telah
memberi kerjasama dalam kajian ini. Tak lupa juga ribuan terima kasih buat rakan-
rakan yang telah menyumbangkan idea dan bahan-bahan rujukan yang berkaitan
dengan tajuk kajian penyelidik.
Akhir sekali, penyelidik ingin rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam penyelidikan ini secara
langsung mahupun tidak langsung.
Semoga Allah memberkati semua.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat amalan pengurusan masa
mahasiswa dalam akademik dan aktiviti berpersatuan. Terdapat tiga persoalan kajian
yang dikaji dalam amalan pengurusan masa iaitu kaedah pengurusan masa, amalan
pengurusan masa yang baik dan halangan-halangannya. Populasi seramai 224 orang
dan sampel kajian seramai 141 orang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam
penyelidikan ini. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar SPI sahaja. Satu set
soal selidik yang mengandungi 30 item telah dikemukakan kepada responden. Kajian
rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik pada nilai Alpha Cronbach
(α) .827. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical
Package of the Social Sciences” (SPSS). Penganalisisan dibuat secara kaedah
statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan dari
penyelidikan ini menunjukkan bahawa mahasiswa menggunakan pelbagai kaedah
pengurusan masa dalam akademik dan aktiviti berpersatuan. Kebanyakan mahasiswa
bersetuju bahawa amalan pengurusan masa yang baik boleh menjamin
kecemerlangan mahasiswa. Di samping itu, tidak timbul banyak halangan kepada
mahasiswa dalam mewujudkan pengurusan masa yang baik dalam akademik dan
aktiviti berpersatuan. Di akhir kajian ini juga disertakan beberapa cadangan sebagai
panduan dan tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak-pihak tertentu.
vi
ABSTRACT
The aims of this research were to investigate undergraduates’ methods of
time management in their academic and curricular activities. It also aimed to identify
whether good time management practices can ensure the undergraduates’ excellence
in academic and curricular activities as well as the barriers in practicing good time
management. 141 undergraduates who were SPI students were identified and the
technique used for obtaining the data required the use of a set of questionnaire with
Alpha Cronbach (α) .827 of reliability value. The data obtained were analyzed by
using the Statistical Package of the Social Sciences (SPSS) software, and the
descriptive analysis of the results was calculated statistically in terms of mode,
percentage and mean. The findings of the research revealed that undergraduates used
various kind of time management and most of them coincided that good time
management can ensure their excellence in academic and curricular activities. It was
also found that the undergraduates did not have any difficulties in managing their
time properly according to their academic and curricular activities. Suggestions and
recommendations were also discussed at the end of the research for further
references.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Takrifan Istilah 10
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Tinjauan Kajian-Kajian Lepas 13
2.3 Konsep Dan Kepentingan Pengurusan Masa 16
2.4 Kaedah Pengurusan Masa 19
2.5 Halangan-Halangan Kepada Pengurusan Masa 29
Yang Baik
2.6 Kesimpulan 37
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 39
3.2 Reka bentuk Kajian 39
3.3 Lokasi Kajian 40
3.4 Populasi Kajian 40
3.5 Sampel Kajian 41
3.6 Instrumen Kajian 42
3.7 Prosedur Kajian 44
3.8 Kajian Rintis 45
3.9 Analisis Data 46
3.10 Penutup 48
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 49
4.2 Analisis Latar Belakang (Demografi) Bahagian A 50
4.2.1 Taburan Bilangan dan Peratusan 51
Responden Mengikut Tahun Kursus
4.2.2 Taburan Bilangan dan Peratusan 51
Responden Mengikut Jantina
4.2.3 Taburan Bilangan dan Peratusan 52
ix
Responden Mengikut Umur
4.2.4 Taburan Bilangan dan Peratusan 52
Responden Mengikut Tempat Tinggal
4.2.5 Taburan Bilangan dan Peratusan 53
Responden Mengikut Sekolah Terdahulu
4.2.6 Taburan Bilangan dan Peratusan 54
Responden Mengikut Pencapaian CGPA
Terkini
4.3 Rumusan Latar Belakang Responden 54
4.4 Analisis Soal Selidik Bahagian B : Dapatan Kajian 55
4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 56
4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 60
4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 64
4.5 Kesimpulan 69
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 70
5.2 Perbincangan Kajian 71
5.2.1 Latar Belakang Responden 71
5.2.2 Kaedah Pengurusan Masa Dalam 72
Akademik dan Aktiviti Berpersatuan
5.2.3 Amalan Pengurusan Masa Yang Baik 76
Dalam Akademik Dan Aktiviti Berpersatuan
Boleh Menjamin Kecemerlangan Mahasiswa.
5.2.4 Halangan-Halangan Kepada Pengurusan 78
MasaYang Baik Dalam Akademik dan
Aktiviti Berpersatuan
5.3 Rumusan 79
5.4 Cadangan Berhubung Dapatan Kajian 81
5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 82
5.4.2 Cadangan Kepada Pensyarah 83
5.4.3 Cadangan Kepada Ibu Bapa 84
x
5.4.4 Cadangan Kepada Pihak 85
Universiti
5.5 Kajian Lanjutan 86
5.6 Penutup 87
BIBLIOGRAFI 89
LAMPIRAN 93
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Contoh format jadual keutamaan kerja 24
2.2 Contoh format jadual keutamaan kerja mengikut 24
Kepentingan
2.3 Contoh format jadual perancangan harian 25
3.1 Jumlah populasi yang digunakan 41
3.2 Jadual pembahagian persoalan kajian di dalam 43
Soal selidik
3.3 Taburan skor mengikut skala likert 43
3.4 Pengkelasan Skor Min Dan Status 47
4.1 Taburan responden mengikut tahun kursus 51
4.2 Taburan responden mengikut jantina 51
4.3 Taburan responden mengikut umur 52
4.4 Taburan responden mengikut tempat tinggal 52
4.5 Taburan responden mengikut sekolah terdahulu 53
4.6 Taburan responden mengikut pencapaian CGPA terkini 54
4.7 Min dan bilangan (peratus) responden bagi kaedah 56
pengurusan masa yang dilakukan oleh mahasiswa dalam
akademik dan aktiviti berpersatuan
4.8 Min dan bilangan (peratus) responden bagi amalan 60
masa yang baik dalam akademik dan aktiviti berpersatuan
boleh menjamin kecemerlangan mahasiswa
4.9 Min dan bilangan (peratus) responden bagi halangan- 64
xii
halangan kepada pengurusan yang baik dalam akademik
dan aktiviti berpersatuan
4.10 Dapatan keseluruhan persoalan kajian berdasarkan min 69
xiii
SENARAI SINGKATAN
CGPA - Cummulative Grade Point Average
JKM - JawatanKuasa Mahasiswa
MPM - Majlis Perwakilan Mahasiswa
S.W.T - Subhanahu Wa Taala
SMA - Sekolah Menengah Agama
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SPI - Sarjana Muda Pendidikan Islam
SPSS - Statistical Package For The Social Sciences
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 93
B Pengesahan Status Pelajar Berdaftar 99
C Jadual Krejcie Dan Morgan 100
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Islam amat mementingkan soal penggunaan masa. Segala perkara yang
dilakukan oleh umat Islam adalah berdasarkan masa dan waktunya. Dengan masa
yang ada, manusia boleh menjalankan pelbagai jenis urusan yang berkaitan dengan
hal-hal keduniaan seperti mencari rezeki, menjalinkan hubungan dan menuntut ilmu
pengetahuan dan kemahiran untuk mencapai kebahagiaan hidup. Manusia juga
menggunakan masa untuk melakukan kegiatan yang bercorak keakhiratan seperti
beramal soleh. Malah golongan cerdik pandai menganggap masa yang merupakan
‘harta’ yang amat penting dalam hidup insan sejagat. Masa yang digunakan dengan
cara yang teratur dan dirancang dengan tepat akan mendatangkan banyak manfaat
dan faedah kepada diri individu itu sendiri.
Pepatah Arab ada menyatakan mengenai masa iaitu “Perjalanan waktu itu
bak pedang tajam, andai anda tidak memotongnya, pasti ia akan memotong anda”.
Perjalanan masa telah diibaratkan sebagai pedang tajam yang boleh mendatangkan
banyak faedah dan amat menguntungkan manusia sekiranya masa itu digunakan
sepenuhnya. Begitu juga dengan masa yang terbuang tanpa digunakan dengan cara
2
yang bijaksana akan mendatangkan kerugian jua kepada manusia. Oleh itu, masa
perlu diurus dengan betul agar ia dapat digunakan sepenuhnya (Omardin, 1998: 1-9).
Selaras dengan itu, al-Quran telah menegaskan tentang betapa tinggi dan
mahalnya nilai waktu itu sendiri khususnya kepada kehidupan manusia. Firman
Allah S.W.T :
Maksudnya :“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
(Surah al-‘Asr 103: 1-3)
Dalam ayat ini Allah bersumpah mengenai masa. Masa menjadi sumpah dan
menjadi sesuatu yang mesti ada dalam ingatan manusia. Allah mengingatkan masa
itu kepada manusia dengan sumpah agar masa jangan disia-siakan dan jangan
diabaikan dengan begitu sahaja. Ayat diatas juga menerangkan kepada manusia
betapa berharga dan bernilainya masa dan kesan yang dibawa daripada peredaran
masa.
Dalam surah ini juga disebutkan orang yang beriman dan beramal soleh akan
sentiasa memanfaatkan masa dengan mengerjakan amalan kebaikan. Mereka tidak
melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa malah mereka
akan menggunakan masa untuk menasihati antara satu sama lain. Sesetengah mereka
menasihati yang lain dengan kebenaran agar masa yang ada dimanfaatkan adalah
untuk beriman kepada Allah S.W.T dan mengikut petunjuk kitab-kitabnya serta para
rasul-Nya dalam semua urusan dan amal perbuatan. Sebahagian mereka menasihati
3
yang lain supaya bersabar agar masa yang dikurniakan oleh Allah bukanlah untuk
melakukan maksiat.
Menurut Ab. Fatah (1994: 64), masa menjadi sumpah, atau menjadi sesuatu
yang mesti diingat-ingati. Setiap manusia yang hidup di dunia ini adalah melalui
masa yang sama bilangan minit dalam satu jam, sama bilangan jam dalam satu hari,
dan sama bilangan hari dalam satu tahun. Allah S.W.T mengingatkan masa itu
kepada manusia dengan sumpah supaya masa jangan disia-siakan dan jangan
diabaikan.
Selain daripada ayat di atas, sebenarnya banyak lagi peringatan-peringatan
Allah S.W.T di dalam al-Quran yang menjelaskan sumpahan Allah S.W.T terhadap
masa-masa tertentu seperti ‘Demi waktu fajar’ dalam surah al-Fajr, ‘Demi malam
apabila menutupi cahaya’ dalam surah al-Lail, ‘Demi waktu matahari’ di dalam
surah ad-Dhuha dan sebagainya.
Menurut Abdul Ghafar et.al (2000: 18), menyatakan bahawa pengurusan
ialah proses yang membabitkan perancangan, penyusunan, pengarahan dan
pemantauan. Manakala menurut Muhammad Ahmad (2004: 2), pula menyatakan
bahawa pengurusan adalah suatu wasilah untuk menyempurnakan dan melakukan
segala kewajipan, sebagai ganti daripada melambatkan pelaksanaannya dan
mengakhirkannya kepada masa yang lain. Hal ini juga bahawa pengurusan sangat
diperlukan dan dapat mempengaruhi ruang lingkup kehidupan dan kegiatan manusia.
Pengurusan masa yang baik dan berkesan adalah asas yang baik dalam pembentukan
sikap yang positif di kalangan kakitangan organisasi agar dapat membantu
menyempurnakan kerja dengan cepat dan menepati masa yang ditetapkan.
Menurut Sofian (2002: 1-2), menjelaskan bahawa kurikulum adalah
berbentuk akademik dan mengutamakan sifat-sifat kognitif sedangkan kokurikulum
bukan berbentuk akademik dan tidak diberi penilaian. Kokurikulum merupakan
4
pelengkap kepada kehendak dan kepentingan kurikulum. Kedua-duanya merupakan
dua komponen yang mempunyai hubungan yang rapat dan saling memberi
peneguhan antara satu sama lain. Pengurusan masa yang sistematik dalam kedua-dua
komponen tersebut akan menjamin kecemerlangan pelajar. Penglibatan pelajar dalam
kokurikulum seperti berpersatuan tidak menjejaskan prestasi akademik malah
mereka mendapat keputusan yang lebih baik apabila bijak membahagikan masa
antara kokurikulum dan akademik.
Pengurusan masa dalam kehidupan adalah amat penting sekali lebih-lebih
lagi kepada seorang pelajar yang ingin mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
Prestasi pencapaian seseorang pelajar terletak kepada sejauh mana kebijaksanaan dan
kecekapannya menguruskan masa. Seorang pelajar yang kurang daya kecerdasan dan
kecerdikannya pun akan dapat membuktikan bahawa dia juga mampu untuk menjadi
salah seorang daripada pelajar cemerlang dan terbaik, jika dia bijak menguruskan
masanya. Pelajar yang bijak dan pandai akan dapat mengatur masa dengan
menyediakan satu jadual khas iaitu jadual peribadi mereka sendiri. Ramai orang yang
mengalami kegagalan di dalam hidupnya kerana mereka tidak merancang dan
menguruskan masanya dengan baik. Mereka mengambil mudah dalam pengurusan
dan perlaksanaan masa (Rahman, 2003: 74).
Situasi atau keadaan bagi pelajar yang mengikuti pengajian tinggi sama ada
awam atau swasta perlu diatur sendiri. Selain terlibat atau terikat dengan jadual
perancangan kuliah, mereka juga perlu bijak dalam menguruskan masa belajar dan
masa-masa lain seperti berpersatuan. Ini bergantung kepada pelajar untuk
menentukan perancangan atau pengurusan masa mereka dengan bijak dan teratur
supaya bersesuaian dengan kehendak dan keperluan. Oleh itu sekiranya kegiatan
kehidupan tidak diseimbangkan pelajar mungkin tidak mempunyai masa yang cukup
untuk akademik dan aktiviti berpersatuan. Salah satu rahsia kejayaan orang yang
cemerlang adalah pengurusan masa yang cekap yang membolehkan mereka membuat
dan mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan dengan jayanya.
5
1.2 Latar belakang Masalah
Mahasiswa adalah penggerak dan pemangkin kecemerlangan bagi
meneruskan usaha negara mencapai wawasan 2020 dan seterusnya menjadikan
Malaysia antara terbilang pada mata dunia. Justeru, mahasiswa pada hari ini harus
sedar akan realiti pembangunan yang memerlukan daya usaha dan buah fikiran yang
mencabar dan dapat diterima umum. Segala usaha gigih dan sanggup menanggung
risiko memungkinkan mahasiswa mampu mejadi tunggak Negara. Peranan
mahasiswa yang paling utama adalah kecemerlangan dalam akademik. Manakala
penglibatan mahasiswa dalam berpersatuan adalah sebagai kegiatan tambahan di
kampus. Ia merupakan pelengkap kepada kehendak dan kepentingan akademik.
Amalan pengurusan masa yang efektif sememangnya perlu diterapkan dalam
diri mahasiswa. Ini bagi memastikan graduan-graduan yang sudah menamatkan
pengajian bukan sahaja mempunyai kemahiran yang mantap dalam bidang masing-
masing bahkan juga memiliki jati diri dalam penekanan aspek pengurusan masa yang
efisyen dalam diri masing-masing. Seseorang yang berjaya tentunya dipengaruhi
oleh aspek pengurusan masa yang tersusun dan sistematik (Mohd Razi, 2002: 4).
Pengurusan masa yang baik dalam akademik dan aktiviti berpersatuan boleh dicapai
apabila seseorang mahasiswa dapat menguruskan masa belajar dan aktiviti
berpersatuan dengan perancangan yang sistematik dan mematuhi atau memenuhi
tuntutan perancangan tersebut.
Amalan pengurusan masa yang bijak serta sistematik akan membolehkan
mahasiswa itu dapat menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Pengurusan masa
bermaksud pelajar mengawal penggunaan masa yang ada samada 60 minit dalam
satu jam, 24 jam dalam satu hari, 7 hari dalam seminggu atau 12 bulan dalam setahun
dengan cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat. Mahasiswa perlu sedar
bahawa dalam kehidupan sehariannya hendaklah membahagikan masa berkaitan
dengan aktiviti-aktiviti akademik yang wajib dihadiri. Ini termasuklah masa untuk
menghadiri kuliah, tutorial atau kerja-kerja amali dan lain. Selain itu, untuk
6
meningkatkan kewibawaan mahasiswa juga digalakkan untuk bergiat aktif di dalam
berpersatuan ketika berada di kampus (Hanafi Ismail, 2001: 42) .
Sekiranya mahasiswa tidak menguruskan masa dengan bijak dan teratur
sepanjang berada di kampus, ia amat mengganggu perjalanan aktiviti mahasiswa
tersebut. Sehubungan dengan itu, mahasiswa perlulah menyusun jadual harian agar
pengurusan masa lebih tersusun dan sistematik dalam akademik dan aktiviti
berpersatuan. Segala aktiviti yang ingin di lakukan dalam kehidupan seharian
perlulah dicatat mengikut jadual harian serta menjadikannya sebagai amalan yang
harus dilaksanakan. Sekiranya amalan yang telah dirancang tidak dapat dilakukan
dengan sebaik-baiknya, ia menunjukkan pengurusan masa perlulah diperbaiki.
Amalan yang sudah menjadi kebiasaan di kalangan mahasiswa adalah
pembahagian masa dalam akademik. Contohnya :
i. Pada sebelah pagi mahasiswa wajib menghadiri kuliah atau tutorial.
ii. Pada sebelah petang, masa yang lapang dimanfaatkan dengan aktiviti
beriadah.
iii. Pada sebelah malam pula, mereka menggunakan masa untuk
mengulangkaji pelajaran, membuat latihan tutorial dan sebagainya.
Amalan ini diamalkan oleh mahasiswa sehinggalah mereka tamat
pengajian kelak.
Amalan pengurusan masa yang hanya tertumpu kepada akademik semata-
mata, bukan jaminan untuk mendapat peluang pekerjaan tanpa mempunyai nilai
tambah yang perlu ada pada setiap mahasiswa. Nilai tambah tersebut adalah seperti
kecekapan pengurusan, daya kepimpinan dan perhubungan. Selain itu, setiap
mahasiswa perlu mempunyai teknik komunikasi yang berkesan. Untuk itu,
mahasiswa hendaklah mempunyai masa untuk melibatkan diri di dalam aktiviti
persatuan dan menjadikan sebagai amalan seharian. Amalan pengurusan masa
terhadap aktiviti berpersatuan hendaklah dicatatkan di dalam jadual peribadi
7
mahasiswa. Seorang graduan yang berkualiti adalah yang bijak membahagikan
antara masa dalam akademik dan aktiviti berpersatuan.
1.3 Pernyataan Masalah
Kebanyakan mahasiswa berpendapat bahawa amalan pengurusan masa yang
sepenuhnya terhadap akademik adalah faktor kecemerlangan individu. Manakala
penglibatan mahasiswa terhadap aktiviti berpersatuan akan menjejaskan prestasi
akademik mereka. Namun begitu, golongan mahasiswa haruslah sedar bahawa
amalan pengurusan masa yang sistematik serta teratur yang akan menjamin
kecemerlangan seseorang dalam akademik dan aktiviti berpersatuan. Sebenarnya ia
bergantung kepada kebijaksanaan mahasiswa dalam membahagikan masa. Sekiranya
amalan pengurusan masa terhadap akademik tidak bersistematik, ia juga akan
mempengaruhi cara pembelajaran individu tersebut. Mahasiswa perlulah
memanfaatkan masa yang ada dengan menimba sebanyak mungkin pengalaman dan
ilmu.
Untuk itu, kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah untuk mengetahui
bagaimana kaedah pengurusan masa yang dilakukan oleh mahasiswa dalam
akademik dan berpersatuan. Kedua-dua elemen adalah penting kerana ia akan
menentukan kualiti seorang graduan.. Keputusan cemerlang seperti semua A dalam
peperiksaan bukan jaminan untuk mendapat peluang pekerjaan. Setiap mahasiswa
hendaklah sentiasa peka terhadap pengurusan masa dengan mengimbangi akademik
dan aktiviti berpersatuan tersebut serta menjadikannya sebagai amalan seharian. Oleh
itu kaedah pengurusan masa yang sesuai perlu diwujudkan agar melahirkan
mahasiswa yang lebih cemerlang dengan amalan pengurusan masa yang baik.
8
Kajian ini juga bertujuan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana
keberkesanan amalan pengurusan masa yang baik dalam akademik dan berpersatuan
boleh menjamin kecemerlangan mahasiswa. Selain itu, penyelidik juga ingin
mengetahui halangan-halangan kepada pengurusan masa yang baik dalam akademik
dan aktitviti berpersatuan. Sehubungan itu, diharapkan dengan kajian ini, mahasiswa
yang akan dilahirkan nanti adalah yang berkualiti serta mempunyai jaminan
pekerjaan yang lebih cerah.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini ialah :
i. Untuk mengetahui kaedah pengurusan masa yang dilakukan oleh mahasiswa
dalam akademik dan aktiviti berpersatuan.
ii. Untuk mengenalpasti amalan pengurusan masa yang baik dalam akademik
dan aktiviti berpersatuan boleh menjamin kecemerlangan mahasiswa.
iii. Untuk mengetahui halangan-halangan kepada pengurusan masa yang baik
dalam akademik dan aktiviti berpersatuan.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan permasalahan di atas, persoalan kajian penyelidikan ialah :
i. Bagaimanakah kaedah pengurusan masa yang dilakukan oleh mahasiswa
dalam akademik dan aktiviti berpersatuan?
9
ii. Adakah amalan pengurusan masa yang baik dalam akademik dan aktiviti
berpersatuan boleh menjamin kecemerlangan mahasiswa?
iii. Apakah halangan-halangan kepada pengurusan masa yang baik dalam
akademik dan aktiviti berpersatuan?