17
JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657 15 AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN Oleh: Shaharuddin Pangilun (KUIS) Muhammad Syafee Salihin b. Hasan (KUIS) Imran Kamal Basha (KUIS) Abstrak Al-Quran adalah anugerah Allah s.w.t. yang agong kepada alam sejagat ini. Bersifat syumul dan sentiasa relevan sepanjang zaman. Dalam keghairahan kita membaca, mentadabbur, menghayati dan mengamalkan al-Quran, terkadang kita terlepas pandang tentang bagaimana standard operation procedure (s.o.p) pentashihan al- Quran sehingga al-Quran yang ada di tangan kita benar-benar asli dan tiada kesalahan serta kesilapan pada semua tahap dalam proses penerbitan dan penyebaran. Artikal ini cuba membuat tinjaun awal bagaimana s.o.p. yang dilakukan oleh badan berkuasa Unit Kawalan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri dalam memberikan kelulusan penerbitan dan penyebaran mushaf al-Quran yang pelbagai bentuk dalam pasaran, khususnya dalam negara ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Semua dokumentasi dan data yang diperolehi melalui sumber asal akan dikumpul dan diteliti serta dianalisis. Hasil dapatan kajian, mendapati terdapat s.o.p. yang telah ditetapkan oleh KDN dalam setiap penerbitan al-Quran dengan kaedah tertentu yang digunapakai dalam mengenalpasti setiap mushaf al-Quran yang diterbit dan disebarkan dalam negara ini melalui s.o.p. tersebut, demi menjamin keaslian dan kesejahteraan al-Quran. Kata Kunci: Teks al-Quran, Lajnah Tashih Al-Quran, Unit Kawalan Teks al-Quran

AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

15

AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN

Oleh:

Shaharuddin Pangilun (KUIS)

Muhammad Syafee Salihin b. Hasan (KUIS)

Imran Kamal Basha (KUIS)

Abstrak

Al-Quran adalah anugerah Allah s.w.t. yang agong kepada alam sejagat ini. Bersifat

syumul dan sentiasa relevan sepanjang zaman. Dalam keghairahan kita membaca,

mentadabbur, menghayati dan mengamalkan al-Quran, terkadang kita terlepas

pandang tentang bagaimana standard operation procedure (s.o.p) pentashihan al-

Quran sehingga al-Quran yang ada di tangan kita benar-benar asli dan tiada

kesalahan serta kesilapan pada semua tahap dalam proses penerbitan dan

penyebaran. Artikal ini cuba membuat tinjaun awal bagaimana s.o.p. yang dilakukan

oleh badan berkuasa Unit Kawalan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri

dalam memberikan kelulusan penerbitan dan penyebaran mushaf al-Quran yang

pelbagai bentuk dalam pasaran, khususnya dalam negara ini. Kajian ini

menggunakan kaedah kualitatif. Semua dokumentasi dan data yang diperolehi

melalui sumber asal akan dikumpul dan diteliti serta dianalisis. Hasil dapatan kajian,

mendapati terdapat s.o.p. yang telah ditetapkan oleh KDN dalam setiap penerbitan

al-Quran dengan kaedah tertentu yang digunapakai dalam mengenalpasti setiap

mushaf al-Quran yang diterbit dan disebarkan dalam negara ini melalui s.o.p.

tersebut, demi menjamin keaslian dan kesejahteraan al-Quran.

Kata Kunci: Teks al-Quran, Lajnah Tashih Al-Quran, Unit Kawalan Teks al-Quran

Page 2: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

16

PENDAHULUAN.

Al-Quran adalah mukjizat agung Nabi Muhammad s.a.w. yang diwariskan untuk umat

manusia sejagat. Ia dapat dibaca, ditadabbur, dihafaz dan dihayati dalam kehidupan

manusia sehingga sekarang. Pada akhir-akhir ini, percetakan, penerbitan dan

pengedaran mushaf al-Quran semakin bertambah atas permintaan umat Islam yang

semakin ramai1. Permintaan yang tinggi telah mencetuskan inovasi dan lahir pelbagai

reka bentuk dan metode yang pelbagai sehingga menimbulkan persoalan sejauhmana

mushaf itu dapat dipelihara kesucian dan dijamin keasliannya. Oleh itu para ulama

telah mengambil tanggungjawab untuk melakukan penyelidikan, penelitian dan

pemeliharaan terhadap hal ehwal penulisan al-Quran, lebih-lebih lagi penulisan yang

terdahulu yang dilakukan oleh para sahabat di hadapan Rasulullah s.a.w..

Begitu juga apa yang dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan, badan-badan

kerajaan seperti Arab Saudi, Mesir, Syria, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Di

Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri, Unit Penerbitan Al-Quran, semua

penerbitan dan penyebaran mushaf al-Quran perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu

daripada agensi ini, sebelum penerbitan dan penyebaran naskhah-naskhah al-Quran di

benarkan dalam negara.

LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN.

Al-Quran turun kepada bangsa Arab dengan struktur bahasa Arab yang sangat indah

dan luhur serta mengandungi hidayah dan petunjuk. Nabi Muhammad s.a.w. telah

memerintahkan para penulis wahyu menulis ayat-ayat al-Quran yang telah

diwahyukan kepada mereka. Terdapat kalangan para sahabat yang telah diamanahkan

sebagai penulis al-Quran antaranya ialah Ali bin Abi Talib, Ubay bin Ka’ab, Zaid bin

Thabit, Zubair bin Awwam, Mu’awiyah bin Abi Sufyan dan lain-lain. Apabila wahyu

turun, baginda terus menyampaikan wahyu tersebut dan memerintahkan mereka

menulis dan menetapkan susunan ayat-ayat al-Quran berdasarkan panduan Malaikat

Jibril a.s. sehingga penulisan al-Quran menjadi lembaran-lembaran (suhuf) dan

1 Jumlah penduduk di negara ini telah bertambah daripada 10.88 juta orang pada tahun 1970 kepada

29.94 juta orang pada tahun 2013 di mana pertambahan penduduk dalam tempoh dua dekad terakhir

melebihi 10 juta orang. Jabatan Perangkaan Negara (http://www.lppkn.gov.my/index.php? Itemid=

421& catid=37&id=207: penduduk-2014 & lang=ms& option=com_content& view=article)/ 2016.

09.18 /5:30PM.

Page 3: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

17

membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di

mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas pelepah-pelepah kurma, batu-batu

nipis, pangkal pokok kurma, daun, kulit-kulit, tulang-belulang binatang dan lain-lain.3

Proses pengumpulan, pembukuan, dan penyalinan semula al-Quran bermula

pada pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq selaku Khalifah pertama iaitu selepas

kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan muncul banyak masalah yang beliau hadapi.

Antara masalah yang dihadapi ialah ramai kalangan orang Islam yang murtad dan

terdapat golongan yang enggan mengeluarkan zakat serta mempermainkan ayat-ayat

al-Qur’an. Abu Bakar al-Siddiq bertindak tegas dalam menangani golongan tersebut.

Sejarah telah mencatat dalam peperangan al-Yamamah, ramai para sahabat

yang menghafaz al-Quran telah syahid iaitu seramai tujuh ratus orang4. Peristiwa itu

telah menjadikan Umar Ibn al-Khattab r.a. mencadangkan kepada Abu Bakar al-

Siddiq r.a. supaya mengumpul dan menghimpunkan semua ayat-ayat al-Quran dalam

satu tempat. Pada awalnya beliau menolak cadangan tersebut kerana tiada nas atau

hadis yang mengarahkan beliau berbuat demikian tetapi akhirnya beliau menerima

pandangan Umar Ibn al-Khattab tersebut memandangkan kepentingan ummah

terhadap pemeliharaan al-Quran.

Bagi melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang besar ini, beliau telah

memilih Zaid bin Thabit r.a..5 Abu Bakar al-Siddiq memanggil Zaid bin Thabit r.a.

dan kemudian memberikan tugas kepadanya agar mengumpul serta menulis ayat-ayat

al-Quran.6 Setelah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a wafat pada tahun 13 hijrah,

beliau digantikan oleh Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab r.a. dan tugas untuk

2 Abdul Fatah al-Qadhi. 1999. Sejarah Kitab Al-Quran. Terj. Ismail Mohd Hassan. Terengganu:

Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Hlm. 10. 3 Jalaluddin ‘Abd al-Rahman al-Suyuti. 1987M/1407H. Al-Itqan fi ‘Ulum Al-Qur'an. Cet. 1. Jild.1.

Damsyik: Dar Ibn Kathir. Hlm. 185. 4 Ali Muhammad Dabba’. 1999. Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin. Cet. 1. Kaherah:

Maktabah al-Azhar li Turath. Hlm. 9. Terdapat beberapa pendapat tentang bilangan sahabat r.a. yang

mati syahid dalam eperangan di Yamamah. Menurut Sheikh Abdul ‘Azim al-Zarqani dalam kitabnya

Manahil al-Irfan berpendapat bilangan sahabat r.a. yang syahid di Yamamah ialah 70 dan setengah

pendapat seramai 500 orang. Al-Zarqani, Manahil al-‘Irfan. Jld. 1. Hlm. 205. Bagi Syeikh Ali Dabba’

dan Syeikh Makki Nasar, mereka berpendapat sahabat r.a. yang syahid dalam peperangan di Yamamah

ialah seramai 1,200 orang dan 700 daripadanya ialah kalangan Qurra’. 5 Beliaulah satu-satunya sahabat yang hadir bersama semasa Rasulullah saw. menyemak Quran dengan

Malaikat Jibril buat kali terakhir. Di samping itu beliau dikenali sebagai seorang yang berakal, warak,

sempurna agamanya dan adil, seorang yang dianggap amat amanah terhadap hafazan al-Qurannya,

tidak cacat pada agamanya dan akhlaknya. Terhimpun pada beliau segala sifat-sifat kelebihan yang

jarang terdapat pada para sahabat yang besar-besar. 6 Muhammad Makki Nasr al-Juraisi. 2003. Nihayat al-Qaul al-Mufid Fi Ilmi Tajwid al-Quran. Cet 1.

Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Hlm. 189.

Page 4: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

18

menyimpan Suhuf Abu Bakr diambil alih oleh beliau. Sepanjang masa pemerintahan

Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab r.a., Suhuf tersebut tetap dijadikan sebagai rujukan

dalam pembacaan al-Quran, tetapi dalam masa yang sama para sahabat dan

kebanyakan umat Islam di zaman tersebut tetap mengutamakan hafazan dalam

pembacaan al-Quran.

Selepas kewafatan Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab r.a., suhuf tersebut disimpan

pula oleh anak perempuannya iaitu Hafsah bt. ’Umar r.a. Beliau terus menyimpan

suhuf itu sehinggalah beliau meninggal dunia. Kemudian suhuf itu diambil oleh

Marwan bin al-Hakam bin Abi al-‘As bin Umayyah yang menjadi gabenor di

Madinah al-Munawwarah pada ketika itu dan terus membakarnya. Perkara ini

dilakukannya selepas suhuf tersebut dijadikan rujukan untuk menulis Mushaf al-lmam

pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a..

Saidina Uthman bin Affan r.a. telah dilantik menjadi Khalifah Islam yang

ketiga pada tahun 23 hijrah selepas Saidina ‘Umar Ibn al-Khattab r.a. wafat. Pada

zaman tersebut, penaklukkan Islam ke beberapa buah negara di sekitamya begitu

hebat berlaku dan kesannya ramai penduduk-penduduk negara yang ditawan itu

memeluk Islam. Pada masa yang sama, amalan pembacaan al-Quran tetap menjadi

ibadah yang utama dalam kehidupan mereka sehari-harian. Penduduk-penduduk di

setiap kota Islam itu mempelajari kaedah-kaedah pembacaan al-Quran daripada para

sahabat yang masyhur di sisi mereka. Penduduk Damsyik mempelajarinya daripada

al-Miqdad bin al-Aswad, penduduk Syam mempelajarinya daripada Ubai bin Ka‘ab,

penduduk Kufah pula mempelajarinya daripada Abdullah bin Mas‘ud, sementara

penduduk Basrah mempelajarinya daripada Abu Musa al-Asy‘ari. Bacaan mereka itu

berbeza antara satu sama lain, di sebabkan perbezaan wajah-wajah bacaan yang

mereka ambil dari Rasulullah s.a.w..

Pada tahun yang ke 25 hijrah iaitu di sekitar dua atau tiga tahun zaman

pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a.. Penduduk-penduduk negeri Syam dan

Iraq telah keluar beramai-ramai untuk memerangi negeri Armania dan Azarbaijan.

Salah seorang sahabat yang turut serta dalam serangan itu ialah Huzaifah al-Yamani.

Apabila berlaku satu peristiwa yang boleh membawa kepada perpecahan dan

perbalahan di kalangan mereka. Di mana tiap-tiap satu pihak mendakwa bahawa

bacaan mereka sahaja yang betul dan menyalahkan bacaan yang lain, mereka saling

Page 5: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

19

caci mencaci sehingga kepada peringkat saling kafir mengkafir di antara satu sama

lain. Melihat perbalahan yang sedang berlaku, Huzaifah al-Yamani pun segera

mengadap Khalifah Uthman bin Affan r.a. untuk menceritakan keadaan itu dan beliau

mendesak supaya masalah tersebut segera ditangani sebelum umat Islam terus

berpecah belah di sebabkan perbezaan cara bacaan mereka sebagaimana kaum Yahudi

dan Nasrani telah berpecah belah.7

Berasaskan permasalahan tersebut, Saidina Uthman bin Affan r.a. pun

menghimpunkan sekalian sahabat yang terkemuka untuk menyelesaikan masalah

tersebut. Satu jawatan kuasa yang dilantik yang terdiri daripada empat orang sahabat

iaitu Zaid bin Thabit, Abdullah bin al-Zubair, Sa‘id bin al-‘As dan Abd al-Rahman

bin al-Harith bin Hisyam r.a. di bawah seliaan Khalifah Uthman bin Affan r.a. sendiri.

Di mana Suhuf Abu Bakr dijadikan sumber utama dalam penyalinan semula al-Quran,

di samping apa yang ada dalam dada para sahabat di ambil juga sebagai rujukan.

Khalifah Uthman bin Affan r.a. sangat berhati-hati dalam menyelia penulisan

dan penyalinan semula al-Quran, kerana ianya berkaitan dengan kalam Allah s.w.t., di

samping akan menjadi sumber rujukan utama kepada umat Islam pada ketika itu. Oleh

itu beliau telah menetapkan beberapa metode yang perlu diikuti oleh jurutulis-

jurutulis tersebut, antara melarang menulis jika:-

1. Ayat al-Quran yang dimansuhkan bacaan.

2. Tidak terdapat ketika semakan terakhir.

3. Ditulis oleh orang perseorangan (ahad).

4. Bila berlaku perselisihan lahjah hendaklah ditulis dengan lahjah Quraisy.

Walaupun para ulama berselisih pendapat tentang jumlah sebenar bilangan

mushaf yang disalin dan diterbitkan serta dikirim oleh Saidina Uthman bin Affan r.a.

ke kota-kota dalam negara Islam. Sahihnya ialah enam buah naskhah semuanya yang

diterbitkan iaitu sebuah dihantar ke kota Basrah, sebuah ke kota Kufah, sebuah ke

kota Syam, sebuah ke kota Mekah, sebuah ke kota Madinah dan satu lagi dipegang

oleh Uthman bin Affan r.a. sendiri yang dinamakan Mushaf al-Imam.8

7 Abdul Fatah al-Qadhi. 1999. Sejarah Kitab Al-Quran. Terj. Ismail Mohd Hassan. op.cit. Hlm. 71. 8 Ibid. Hlm. 66.

Page 6: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

20

Khalifah Uthman bin Affan telah memerintahkan supaya al-Quran yang

hendak sebarkan ke kota-kota dalam negara Islam, diutus bersama tiap-tiap naskhah

mushaf yang diterbitkan itu seorang Imam yang adil dan cekap dalam bacaan al-

Quran, dan bacaannya itu kebiasaannya menepati dengan apa yang tertulis dalam

mushaf tersebut seperti berikut:-.

1. Zaid bin Thabit bersama naskhah Mushaf Madinah.

2. Abdullah bin Saib bersama naskhah Mushaf Mekah.

3. Mughirah bin Syihab bersama naskhah Mushaf Syam.

4. Abu Abdul Rahman al-Salami bersama naskhah Mushaf Kuffah.

5. Amir bin Qais bersama naskhah Mushaf Basrah.

Ketika mushaf-mushaf tersebut dihantar ke kota-kota besar dalam negara

Islam, ia telah mendapat sambutan baik kalangan penduduk-penduduk tempatan di

setiap kota tersebut. Kemudian naskhah al-Quran diperbanyakan salinan dan

diterbitkan. Kesemua salinan naskhah al-Quran tersebut mendapat sambutan dari

umat Islam seperti juga naskhah al-Quran yang asal.9

Pada awal pemerintahan Mu’awiyah bin Abi Sufyan beberapa pemurnian dan

penambahbaikan mushaf al-Quran telah dilakukan oleh Abu al-Aswad al-Du’ali

dengan meletakkan tanda baris bacaan. Tanda baris yang diletakkan bagi

membezakan i’rab pada akhir setiap perkataan. Oleh sebab yang demikian, Abu al-

Aswad al-Du’ali dianggap sebagai pengasas ilmu ini dengan membentuk teknik serta

kaedah bagi memudahkan bacaan.10

Kaedah yang digunakan oleh Abu al-Aswad al-Du’ali ialah dengan

meletakkan titik berwarna merah pada akhir perkataan. Bagi fatḥah iaitu tanda baris

atas, beliau meletakkan satu titik di atas huruf, kasrah iaitu tanda baris bawah, beliau

meletakkan satu titik di bawah huruf, dhommah iaitu tanda baris depan, beliau

meletakkan titik di depan atau selepas perkataan. Tanda baris tersebut berbeza dengan

tanda baris yang ada pada hari ini. Ia dikenali sebagai Naqt I’rab.11

9 Ibid. Hlm. 102 10 Ibid. Hlm. 107. 11

Zaraqani, Muhammad Abd al-‘Azim al-. 1995M/1415H. Manahil al-lrfan fi Ulum al-Qur’an.

Tahqiq. Fawwaz Ahmad Zamarli. 2 Jld. Cet. 1. Bairut: Dar al-Kutub al-Arabi: Hlm. 333.

Page 7: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

21

Pada zaman pemerintahan Abd al-Malik bin Marwan, ramai di kalangan orang

bukan Arab memeluk Islam. Kebanyakan mereka tidak mampu membaca al-Quran

dengan dengan betul dan tepat. Ini kerana huruf di dalam al-Quran kelihatan sama

kerana tidak mempunyai titik bagi membezakan huruf-hurufnya. Maka beliau telah

memerintahkan Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi untuk melakukan pemurnian terhadap

tulisan Arab bagi meraikan orang bukan Arab. Hajjaj lalu memanggil dua orang pakar

bahasa Arab terkenal ketika itu iaitu Nasr bin Asim al-Laithi dan Yahya bin Ya’mar

untuk melakukan sedikit perubahan dengan meletakkan tanda titik bagi membezakan

antara satu huruf dengan huruf yang lain seperti huruf ba (ب), ta (ت), jim (ج), kha (خ)

dan lain-lain. Ia juga dikenali sebagai Naqt I’jam. Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi

pula telah melakukan perubahan titik i’rāb kepada baris iaitu fatḥah dengan tanda

sempang di atas huruf, kasrah dengan tanda sempang di bawah huruf, dhammah

dengan tanda waw kecil di atas huruf, dan tanwin dengan tambahan tanda serupa bagi

setiap baris seperti yang dilihat pada hari ini.12

Akhirnya muncul seorang ulama’ besar bernama Sheikh Ridhuan bin

Muhammad yang terkenal dengan gelaran Al-Mukhallalati, beliau telah menulis

sebuah mushaf yang sangat tinggi mutunya, penulisannya menurut kaedah dan bentuk

tulisan serta ejaan dalam Mushaf Uthmani. Beliau menambahbaikan dengan

menyatakan bilangan ayat-ayat dalam tiap-tiap surah pada pangkalnya menurut ulama

al-Fasilah yang masyhur. Begitu juga beliau menerangkan tempat-tempat waqaf

dengan meletak pada tiap-tiap tempat suatu alamat yang menunjukkan jenis waqaf.

Selepas meneliti tanda-tanda wakaf yang diletakkannya, terdapat enam jenis waqaf

iaitu waqaf tam (ت), waqaf kafi (ك), waqaf hasan (ح), waqaf saleh (ص), waqaf jaiz (ج)

dan waqaf mafhum (م).13

Mushaf ini telah diterbitkan dengan kata-kata pendahuluan yang elok dalam

mana dijelaskan bahawa mushaf ini ditulis menurut rasm dan tanda-tanda dan seperti

yang tercatit dalam kitab al-Muqni’ karya Imam al-Dani dan juga kitab al-Tanzil

karya Abu Daud. Dalam kitab-kita itu beliau telah menjelaskan intisari sejarah

penulisan al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w. dan pengumpulannya pada zaman

dua orang Khalifah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman r.a. Begitu juga

beliau telah membaca ringkasan bahasan-bahasan mengenai rasm (bentuk tulisan) dan

12

Abdul Fatah al-Qadhi. 1999. Sejarah Kitab Al-Quran. Terj. Ismail Mohd Hassan. op. cit. Hlm. 86. 13

Ibid. Hlm. 102.

Page 8: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

22

tanda-tanda (titik, baris dan sebagainya). Di dalamnya dijelaskan oleh para Ulama

‘Adad14

yang masyhur di bidang ayat-ayat Quran dan dalamnya juga diberi definisi

surah dan ayat. Semuanya dibuat dalam kata-kata yang ringkas dan senang difaham.

Naskhah mushaf ini telah dicetak di Matba’ah al-Bahiah di Kahirah Mesir, kepunyaan

Sheikh Muhammad Abu Zaid dalam tahun 1308H.15

HUKUM BERAMAL.

Para ulama telah berselisih pendapat mengenai kaedah yang perlu digunakan dalam

penulisan mushaf-mushaf al-Quran. iaitu sama ada wajib menggunakan kaedah rasm

‘Uthmani atau boleh juga menggunakan kaedah rasm qiyasi. Terdapat tiga16

mazhab

yang membincangkan masalah tersebut, iaitu:

1. Wajib menulis al-Quran dengan menggunakan rasm ‘Uthmani. Pendapat

tersebut telah disepakati oleh kebanyakkan ulama salaf dan khalaf.17

Antara

mereka yang berpegang dengan pendapat ini ialah Yahya bin Ya‘mar (m.89H),

Mujahid bin Jabar (m.104H), ‘Abd al-Rahman bin Hurmuz (m.117H), Ibn

Syihab al-Zuhri (m.124H), al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi (m.170H), Imam

Abu ‘Amru al-Dani (m.444H) dan ramai lagi. Antara hujjah pendapat ini, semua

penulis wahyu Rasulullah s.a.w. menulis al-Quran dengan menggunakan kaedah

penulisan rasm istilahi ini. Begitu juga zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar

r.a. dan zaman Khalifah ‘Uthman r.a., beliau juga memerintahkan supaya al-

Quran disalin semula ke dalam beberapa buah mushaf berpandukan kepada

suhuf Abu Bakar.

2. Harus menulis al-Quran sama ada menggunakan rasm ‘Uthmani atau rasm

qiyasi, tetapi bagi orang-orang yang mempelajari dan mendalami al-Quran,

14

Menurut Abd al-Fattah al-Qadi ialah ulama yang membincangkan dalam menetapkan sesuatu ayat

yang mempunyai permulaan, dan pengakhiran berdasarkan panduan syara’, dalam karya beliau Nafais

al-Bayan Sarh al-Faraid al-Hisan fi ‘Ad Ayy al-Quran. Hlm 4 - 7. Di mana terdapat tujuh Ulama al-

‘Adad yang masyhur iaitu Madani al-Awal (Abi Ja’afar bin Qa’qa’ dan Syaibah bin Nasah), Madani al-

Akhir (Ismail bin Ja’afar bin Abi Kathir), al-Makki (Abdullah bin Kathir), al-Basyri (‘Ata’ bin Yasar

dan ‘Asim bin al-‘Ijaj al-Juhduri), al-Dimasyqi (Abdullah bin ‘Amir al-Yahsabi), al-Himsyi (Syuraih

bin Yazid al-Himsyi) dan al-Kufi (Hamzah bin Habib al-Ziyad). manakala menurut Jalaluddin ‘Abd al-

Rahman al-Suyuti dalam al-Itqan fi ‘Ulum Al-Qur'an. Hlm 211, menyatakan seramai tujuh ulama al-

‘adad iaitu iaitu Madani al-Awal, Madani al- Akhir al-Makki al-Basyri, al-Syami, al-Himsyi dan al-

Kufi. 15

Abdul Fatah al-Qadhi. 1999. Sejarah Kitab Al-Quran. Terj. Ismail Mohd Hassan. op.cit. Hlm. 102. 16

Zaenal Arifin. Kajian Ilmu Rasm Usmani dalam Mushaf Indonesia. Suhuf. Jurnal Kajian Al-Qur’an.

Vol. 6. No.1. 2013. Hlm 35-58. 17

Abd al-Karim Ibrahim ‘Awadh Saleh. 2006M/1427H. Al-Muthaf fi Rasm Al-Mushaf. Cet. 1. Tanta:

Dar al-Sahabah li al-Turath. Hlm. 91.

Page 9: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

23

wajib bagi mereka menggunakan rasm ‘Uthmani ini. Antara mereka yang

berpegang dengan pendapat ini ialah al-Syeikh ‘lzzuddin ‘Abd al-Salam18

(m.660H) dan Imam Badr al-Din Muhammad bin ‘Abdullah al-Zarkasyi

(m.794H). mereka berpendapat penulisan al-Quran menurut kaedah-kaedah

tulisan yang digunakan pada zaman Saidina Uthman boleh menyebabkan

manusia sukar untuk membaca al-Quran dan mendedahkan mereka kepada

kesalahan dan perubahan, sama ada menambah atau mengurangkan sesuatu

daripadanya. Namun demikian, kaedah tulisan rasm ‘Uthmani perlu juga

dipelihara kerana ia merupakan warisan para ulama yang terdahulu.

3. Wajib menulis al-Quran dengan menggunakan rasm qiyasi, rasm ‘Uthmani pula

tidak harus digunakan, melainkan untuk orang-orang yang tertentu sahaja.

Antara mereka yang berpegang dengan pendapat ini ialah Abi Bakar al-Baqilani

(m.403H) dan ‘Abd al-Rahman bin Muhammad bin Khaldun (m.808H),19

mereka berhujjah bahawa kaedah-kaedah penulisan itu hanyalah merupakan

tanda-tanda atau alamat-alamat sahaja. Tiap-tiap kaedah penulisan yang

bertepatan dengan cara pembacaan, maka itulah tulisan yang tepat dan betul. Di

samping itu tidak terdapat sama ada dalam al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w.,

ijma ummah atau pun sebarang qias yang memerintahkan supaya al-Quran itu

ditulis berpandukan kepada kaedah-keadah yang tertentu.

METODOLOGI PENTASHIHAN MUSHAF AL-QURAN.

Pada akhir-akhir ini terdapat banyak syarikat dan penerbit berlumba-lumba

menerbitkan mashaf dalam bentuk teks, CD, VCD, audio dan digital al-Qur’an. Bagi

mengawal lambakan dan kebanjiran mashaf dalam bentuk teks, CD, VCD, audio dan

digital al-Quran yang tidak terkawal dan tidak mendapat kelulusan atau kebenaran

dari kerajaan dalam atau luar negara. Negara Islam seperti Arab Saudi, Mesir, Syria,

Malaysia yang telah menubuhkan suatu jawatan kuasa penyemak di negara masing-

masing. Ini dapat dilihat di Arab Saudi telah menubuhkan satu jawatankuasa

penyemak di bawah Mujamma' Madinah Al-Munawwarah, Mesir pula di Majma'

Bu'uth al-Islamiyyah al-Mesriyyah dan Malaysia di bawah Kementerian Keselamatan

Dalam Negeri, Unit Kawalan Teks Al-Quran.

18 Zaraqani, Muhammad Abd al-‘Azim al-. 1995M/1415H. Manahil al-lrfan fi Ulum al-Qur’an.

Tahqiq. Fawwaz Ahmad Zamarli. op. cit. Hlm. 325. 19

Abd al-Karim Ibrahim ‘Awadh Saleh. Al-Muthaf fi Rasm Al-Mushaf. op. cit. Hlm. 91.

Page 10: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

24

Pada peringkat awal penerbitan al-Quran bermula secara tradisi20

iaitu

diperbanyakkan salinan mushaf oleh penulis-penulis khat dan berterusan sehingga

muncul mesin cetak yang dicipta di Eropah.21

Namun masih terdapat banyak

kekurangan dan kelemahan yang menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam

ketika itu. Pada 1431M di kota Hamburg Jerman, al-Quran mula dicetak pertama kali

menggunakan mesin cetak dan seterusnya dicetakan pula di Italia pada abad ke-

16M.22

Pada tahun 1308H, al-Quran cetakan Mesir yang diperhalusi oleh Syeikh

Ridhwan bin Muhammad al-Mukhallilati diterbitkan. Mushaf ini diterbitkan dengan

kata-kata pendahuluan yang sempurna, di mana menjelaskan bahawa mushaf ini

ditulis menurut rasm dan tanda-tanda yang tercatat menurut kitab al-Muqni’ karya

Imam al-Dani dan kitab al-Tanzil karya Imam Abu Daud. Dalam mushaf ini

menjelaskan secara ringkas tentang sejarah pengkajian al-Quran dan perbahasan rasm

serta dhabt.23

Seterusnya pada tahun 1337H al-Quran cetakan Kementerian

Pendidikan (Wizaratul Ma’arif) Mesir pula mula diterbitkan, di mana ia telah ditashih

oleh para ulama al-Azhar. Pada tahun 1342H, Raja Fuad I membentuk kumpulan

pentashih al-Quran kalangan ulama-ulama al-Azhar. Pada tahun-tahun berikutnya

Universiti al-Azhar membentuk kumpulan sendiri untuk mengawal pencetakan al-

Quran di Mesir24

.

Walaupun syarikat-syarikat percetakan mushaf al-Quran yang bermula di

Mesir dan di ikuti oleh negara-negara Islam lain berusaha dan berlumba-lumba

mengelokkan reka bentuk mushaf al-Quran yang diterbitkan oleh masing-masing

sehingga lahir mushaf al-Quran pelbagai jenis reka bentuk dengan beraneka warna

20

Mushaf al-Quran telah diperbanyakkan salinannya oleh penulis-penulis khat tempatan. Tradisi

penyalinan mushaf al-Quran di Alam Melayu berlangsung hingga pertengahan atau akhir abad ke-19.

Setelah teknologi semakin berkembang, barulah ianya dicetak dengan menggunakan mesin percetakan.

Tradisi penyalinan manuskrip al-Quran berlaku secara meluas sehingga kita masih boleh mendapatinya

pada hari ini di beberapa pusat simpanan seperti di Sumatera, Jawa, Kalimantan, Patani, Sulawesi,

kepulauan Maluku, Malaysia, Brunei dan sebagainya. 21

Mohd Asmadi Yakob et. al. 2014. Manuskrip al-Quran dan Ilmu-ilmunya (Ulum al-Quran) Di Alam

Melayu: Tumpuan Terhadap Manuskrip Ilmu Tajwid. Pusat Kajian Manuskrip Alam Melayu

(PUSKAM) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Shah

Alam. Hlm 1. 22

Makalah ini dipresentasikan pada Lokakarya Penerbit Al-Quran yang diselenggarakan oleh Lajnah

Pentashihan Mushaf Al-Quran. Badan Litbang dan Diklat. Kementerian Agama RI, di Hotel Griya

Astuti, Bogor. 24 September 2012 23

Abd al-Fattah al-Qadi. 1994M/1413H. Tarikh al-Mushaf al-Syarif. Misr: Jumhuriyyah Misr al-

‘Arabiyyah al-Azhariyyah al-Syarif. Hlm 34. 24

Makalah oleh Lajnah Pentashihan Mushaf Al-Quran, Badan Litbang dan Diklat, Kementerian

Agama RI. 24 September 2012.

Page 11: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

25

dan ukuran. Namun jarang didapati syarikat yang berusaha menerbitkannya menurut

kaedah-kaedah tulisan Rasm Uthmani yang dihimpun dan ditulis pada zaman

Khalifah Uthman bin Affan r.a., malahan kebanyakannya dicetak dan diterbitkan

menurut kaedah ejaan-ejaan baru (rasm imla’i), kecuali sedikit benar perkataan-

perkataan yang masih dicetak menurut kaedah rasm Uthmani.25

Kini kerajaan Arabi Saudi telah menubuhkan Mujamma' Madinah al-

Munawwarah26

yang berfunsi bagi mengurus pencetakan mushaf al-Quran. Di

anggotai ahli jawatankuasa tertinggi akademik al-Quran di kalangan pakar dan dalam

bidang ulum al-Quran, Qiraat, Tafsir, Bahasa, Fiqh dan Tajwid. Tujuan

penubuhannya bagi menerbit dan mencetak al-Quran apabila didapati para penerbit

dan pencetak tidak memberi perhatian dalam usaha memelihara, mengawal, meneliti,

mentashih dan mengulang semak al-Quran.

Mujamma' ini memiliki ciri-ciri pengawalan yang rapi dan terkini dengan

teknologi percetakan yang canggih dan termoden. Penerbitnya disediakan oleh para

ulama dan pakar dalam pelbagai bidang yang diperlukan bagi mencetak al-Quran

supaya umat Islam dapat dibekalkan dengan cetakan al-Quran yang baik dan

sempurna serta dapat dikawal dari dipermainkan oleh pencetak-pencetak kitab suci al-

Quran. Di samping tidak berbentuk perniagaan. Sehubungan dengan itu, penubuhan

Mujamma' ini amat bertepatan bagi memastikan al-Quran dicetak dengan sempurna

dan terpelihara untuk diedar seluruh Negara-negara Islam di dunia.

Ahli jawatankuasa pelaksana bertanggungjawab melaksanakan projek tersebut

dengan penuh amanah dan teliti. Setiap ahli diberi satu naskhah asal untuk disemak

dengan teliti dari awal hingga akhir. Catatan akan dibuat semula sekiranya terdapat

kesalahan dan kesilapan. Perbincangan dan rumusan dibuat dan diserahkan semula

kepada Mujamma'. Setelah usaha dan kerja-kerja menyemak naskhah asal selesai,

proses pencetakan awal dibuat, kemudian diserahkan kepada lajnah untuk semakan

semula dengan kaedah yang sama.

Bagi menjamin kemurnian mushaf tersebut daripada kesilapan, sebanyak 200

kali semakan telah dibuat sebelum dicetak untuk edaran seluruh dunia. Kata sepakat

menjadi syarat bagi setiap langkah dan tindakan lajnah. Mana-mana perhatian yang

25

Abdul Fatah al-Qadhi. 1999. Sejarah Kitab Al-Quran. Terj. Ismail Mohd Hassan. op.cit. Hlm. 101. 26

Kementerian Dalam Negeri Malaysia. 2012. Panduan Rasm Uthmani. Cet. Ke 5. Kuala Lumpur:

Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Hlm. 115.

Page 12: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

26

tidak didapati secara ijma' akan ditolak. Jika didapati khilaf akan dirujuk kepada

sumber asal dari kitab-kitab ahli ilm terdahulu.27

METODOLOGI PENTASHIHAN MUSHAF AL-QURAN DI MALAYSIA.

Lembaga Pengawalan Penerbitan Pencetakan Al-Quran KDN.

Pada tahun 1986 telah digubal satu undang-undang yang dikenali sebagai Akta 32628

iaitu Akta Pencetakan Teks Al-Quran yang telah diwartakan pada 15 Mei 1986. Bagi

menguatkuasaan peruntukan tersebut, Kerajaan telah menubuhkan Lembaga

Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) pada 1987 yang terdiri

dari kalangan Mufti dan Kadi Besar yang mewakili setiap negeri di Malaysia.29

Antara tugas dan tanggungjawab jawatan kuasa ini, menerima, menimbang atau

menolak permohonan lesen mencetak atau menerbit teks al-Quran, memperakui pruf

akhir30

teks al-Quran, dan menerima, menimbang dan memperakui permohonan

mengimport teks al-Quran secara bertulis bahawa kandungan teks al-Quran adalah

betul.31

Hasil sorotan pengkaji dapatan menunjukkan sebanyak 52 syarikat telah

mendapat lesen mencetak teks al-Quran sehingga Mac 2016 dan sebanyak 632

permohonan kelulusan pruf akhir teks al-Quran sehingga Mac 2016. Senarai ini

mengandungi kelulusan pruf teks al-Quran yang telah dikeluarkan oleh Bahagian

Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN. Pruf akhir teks al-Quran terdiri

daripada Ayat- ayat Quran yang dalam bentuk CD ROM, telefon pintar, al-Quran

dalam bentuk pen digital, Muqaddam dan naskah al-Quran.32

27

Ibid. Hlm, 115. 28

Akta 326 mengandungi 25 seksyen yang merangkumi peruntukan mengenai pengurusan,

penguatkuasaan, bidang kuasa dan pengecualian. 29

Abd Rahman Abd Ghani. 2009. Pemeliharaan Al-Quran: Kajian Di Unit Kawalan Teks Al-Quran

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Islam.

Universiti Malaya. Hlm. 185. 30

iaitu cetakan percubaan yang perlu dibandingkan dengan manuskrif asal untuk penelitian kesalahan

cetakan dan lain-lain. (Kamus Dewan Edisi Baru. 1991. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 986). 31

Kementerian Dalam Negeri Malaysia. 2012. Panduan Rasm Uthmani. op. cit. Hlm. 108. 32

http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/senarai-permohonan-kelulusan-pruf-akhir-teks-al-

quran /April 29, 2016, 9:24 PM.

Page 13: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

27

Lajnah Tashih Al-Quran.

Unit Kewalan Teks Al-Quran33

, Kementerian Dalam Negeri, dipertanggungjawabkan

dalam mengawal dan memelihara kesucian dan kemurnian al-Quran. Mana-mana

syarikat, atau pertubuhan atau individu yang hendak menerbitkan atau mencetak al-

Quran perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu dari kementerian ini. Bagi

melaksanakan tanggungjawab dan amanah untuk memperakui kandungan bahan dan

teks al-Quran diterima atau ditolak, unit ini telah menubuhkan Lajnah Tashih Al-

Quran34

yang dianggotai di kalangan pakar dalam bidang ini. Kini seramai 35 orang

telah dilantik menganggotai lajnah ini. Unit ini telah menetapkan suatu piawaian

dalam penyemakan al-Quran supaya ia lebih berkualiti, tepat serta lebih

dipertanggungjawabkan, di samping menyelaraskan standard penyemakan di kalangan

ahli-ahli Lajnah Tashih Al-Quran.

Di Malaysia, berdasarkan pemerhatian dan sorotan penkaji, didapati ahli

Lajnah Tashih Al-Quran sependapat menjadikan mushaf rasm Uthmani, terbitan

Mujamma' Madinah al-Munawwarah sebagai sumber rujukan utama dan pegangan

kepada ahli Lajnah Tashih Al-Quran. Oleh itu Ahli Lajnah Tashih Al-Quran di

Malaysia sependapat dengan pandangan ulama atau pandangan pertama iaitu wajib

menulis al-Quran dengan menggunakan rasm Uthmani35

, di mana pendapat tersebut

telah disepakati oleh kebanyakkan ulama salaf dan khalaf.

Proses penyemakan dilakukan di satu tempat khas, segala laporan,

pembentangan, perbincangan dan keputusan dilakukan secara sepakat. Kaedah

semakan berganda atau bersilang dilakukan oleh dua orang pentasheh dalam juzuk

yang sama bagi mengesan tidak berlakunya kecuaian dan kesilapan. Penyemak akan

menggunakan pen mata bola bermutu warna merah atau warna yang mudah untuk

dikesan. Mereka akan membaca sambil mengesahkan setiap huruf, titik huruf, kaedah

khat, tanda baris dan lain-lain. Sekiranya terdapat kesilapan pada kalimah, huruf, baris

atau apa-apa kesilapan yang berlaku diberi tanda (dibulatkan) dan tanda bintang

dibahagian tepi helaian.

33

Bermula tahun 1984 Urus Setia ini diletak di Bahagian ‘C’ Kementerian Dalam Negeri yang

dikenali Unit Kawalan Teks Al-Quran yang di tempatkan di Tingkat 11, Bangunan Arab Malaysia

Berhad (AMDB), Kompleks Damai, Jalan Lumut, Kuala Lumpur. Kini Unit Kawalan Teks Al-Quran,

Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri, beribu

pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. 34

Kementerian Dalam Negeri Malaysia. 2012. Panduan Rasm Uthmani. op.cit. Hlm. 108. 35

Ibid. Hlm. 112.

Page 14: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

28

Seterusnya mereka akan membuat catatan kesalahan atau kesilapan dibahagian

tepi helaian mushaf tersebut. Di samping itu pentasheh perlu mengisi borang semakan

yang disediakan oleh urusetia UKQ. KDN dengan mencatat jumlah kesalahan

sekiranya ada, jenis kesalahan, nombor muka surat, nombor ayat, nama surah, bentuk

kesalahan dan pembetulan. Menjadi tanggungjawab kepada lajnah untuk membuat

laporan selepas pembentangan serta perbincangan. Penilaian dan keputusan bahan

yang disemak sama ada diterima, diterima dengan pembetulan atau ditolak.

PIAWAIAN DAN STANDARD SEMAKAN.

Dalam membuat penyemakan dan penilaian sesuatu bahan bercetak atau bahan

elektronik, pihak Lajnah Tashih Al-Quran menetapkan tiga standard semakan iaitu

diterima, diterima dengan pembetulan dan ditolak.

1. Diterima.

Mana-mana bahan bercetak atau bahan elektronik yang telah disemak mengikut

prosedur yang telah ditetapkan dan didapati tiada sebarang kesalahan dan

kesilapan adalah diterima.

2. Diterima Dengan Pembetulan.

Kesalahan kategori besar pada teks atau bahan bercetak atau bahan elektronik

semakan, mestilah tidak melebihi 1 (satu) kesalahan dalam satu juzu’ atau 30 (tiga

puluh) kesalahan bagi keseluruhan 30 juzu’. Manakala kesalahan kategori kecil

pada teks atau bahan bercetak atau bahan elektronik semakan, tidak melebihi 3

(tiga) kesalahan dalam satu juzu’ atau 90 (sembilan puluh) kesalahan bagi

keseluruhan 30 juzu’.

Seterusnya mana-mana bahan bercetak atau bahan elektronik yang telah

disemak mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan didapati kesalahan dan

kesilapan yang tidak melebihi kesalahan besar dan kesalahan kecil adalah diterima

dengan pembetulan. seterusnya hendaklah dikemukakan semula bahan tersebut

kepada Unit Kawalan Al-Quran, KDN untuk semakan semula.

Page 15: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

29

3. Ditolak.

Mana-mana bahan semakan yang mempunyai kesalahan melebihi piawaian dan

standard yang ditetapkan hendaklah ditolak. Begitu juga dengan kesalahan kecil

atau besar yang tidak dapat diperbetulkan adalah ditolak.

Prosedur Penyemakan

Antara prosedur penyemakan yang menjadi amalan ahli lajnah adalah seperti berikut:-

1. Mengesah dan menandai (mengaris) setiap huruf, titik huruf, kaedah khat, tanda

baris apa-apa kesilapan yang berlaku diberi tanda (dibulatkan) dan tanda bintang

dibahagian tepi helaian serta menyatakan kesalahan atau kesilapan di bahagian

tepi helaian Mushaf tersebut.

2. Isi borang semakan yang disediakan oleh urusetia UKQ. KDN dengan mencatat

jumlah kesalahan sekiranya ada, jenis kesalahan, nombor muka surat, nombor

ayat, nama surah, bentuk kesalahan dan pembetulan.

3. Buat laporan dan pembentangan serta perbincangan. Seterusnya membuat

penilaian dan keputusan sama ada diterima, diterima dengan pembetulan atau

ditolak.

Kaedah Penyemakan Lajnah Tashih Al-Quran.

1. Berkumpulan

Penyemakan dilakukan oleh semua ahli Lajnah di satu tempat khas, segala

laporan, pembentangan, perbincangan dan keputusan secara berkumpulan.

2. Semakan berganda atau bersilang.

Penyemakan dilakukan oleh dua orang pentasheh dalam juzuk yang sama bagi

mengesan tidak berlakunya kecuaian dan kesilapan serta meminimakan kesilapan.

3. Seragam.

Page 16: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

30

Ahli-ahli lajnah diperkasa dan diperkayakan tentang kaedah dan prosuder

penyemakan dalam bengkel-bengkel dan kursus-kursu bagi menyelarasan dan

menyeragamkan teknik dan prosuder penyemakan setiap ahli.36

PENUTUP.

Usaha berterusan pemeliharaan al-Quran daripada Nabi s.a.w., sahabat, tabiin, dan

generasi umat Islam yang datang sesudahnya sehingga sekarang telah menyelamatkan

kesucian al-Quran dari segala macam campur tangan manusia yang tidak

bertanggungjawab, sehingga al-Quran yang ada di kalangan umat Islam ketika ini,

kekal asli sebagaimana al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Ini

merupakan bukti jaminan Allah s.w.t. yang akan tetap memelihara al-Quran itu

selamanya, sebagaimana firman Allah s.w.t.37

“Sesungguhnya Kamilah yang

menurunkan al-Quran, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya”. Oleh itu di

Malaysia, semua penerbitan dan penyebaran al-Quran perlu mendapat kelulusan dan

kebenaran terlebih dahulu daripada agensi ini, KDN iaitu pihak yang diberi amanah

dan tanggungjawab dalam mengawal dan memelihara keaslian dan kemurnian al-

Quran telah menetapkan kaedah tertentu yang digunapakai dalam mengenalpasti

setiap al-Quran yang diterbit dan disebarkan dalam negara ini melalui s.o.p. tersebut,

sebelum penerbitan dan penyebaran al-Quran di benarkan dalam negara demi

menjamin keaslian dan kesejahteraan al-Quran.

RUJUKAN

Abd Rahman Abd Ghani. 2009. Pemeliharaan Al-Quran: Kajian Di Unit Kawalan

Teks Al-Quran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Tesis Ijazah Doktor

Falsafah. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.

Abd al-Karim Ibrahim ‘Awadh Saleh. 2006M/1427H. Al-Muthaf fi Rasm Al-Mushaf.

Cet. 1. Tanta: Dar al-Sahabah li al-Turath.

Dabba’, Ali Muhammad al-.1999. Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin.

Cet. 1. Kaherah: Maktabah al-Azhar li Turath.

Kementerian Dalam Negeri Malaysia. 2012. Panduan Rasm Uthmani. Cet. Ke 5.

Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Makalah ini

36

Sumber: Panduan Penyemakan Lajnah Tashih Al-Qur’an, Kementerian Dalam Negeri. 2012. 37

al-Nahl 15: 9.

Page 17: AMALAN PENTASHIHAN AL-QURAN DI MALAYSIA: SATU … · membantu memudahkan seseorang penghafal mengingati al-Quran dengan baik.2 Di mana ayat-ayat al-Quran ketika itu ditulis di atas

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

31

dipresentasikan pada Lokakarya Penerbit Al-Quranyang diselenggarakan

oleh Lajnah Pentashihan Mushaf Al-Qur’an, Badan Litbang dan Diklat,

Kementerian Agama RI, di Hotel Griya Astuti, Bogor, 24 September 2012.

Mohd Asmadi Yakob et. al. 2014. Manuskrip al-Qurandan Ilmu-ilmunya (Ulum al-

Qur’an) Di Alam Melayu: Tumpuan Terhadap Manuskrip Ilmu Tajwid. Pusat

Kajian Manuskrip Alam Melayu (PUSKAM) Akademi Pengajian Islam

Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Muhammad Makki Nasr al-Juraisi. 2003. Nihayat al-Qaul al-Mufid Fi Ilmi Tajwid al-

Quran, cet 1. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Qadhi, Abd al-Fattah al-. 1975M/1395H. Nafais al-Bayan Sarh al-Faraid al-Hisan fi

‘Ad Ayy al-Quran. Misr: Jumhuriyyah Misr al-‘Arabiyyah al-Azhariyyah.

Qadhi, Abd al-Fattah al-. 1994M/1413H. Tarikh al-Mushaf al-Syarif. Misr:

Jumhuriyyah Misr al-‘Arabiyyah al-Azhariyyah al-Syarif.

Qadhi, Abdul Fatah al-. 1999. Sejarah Kitab al-Quran. Terj. Ismail Mohd Hassan.

Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.

Suyuti, Jalaluddin ‘Abd al-Rahman al-.1987M/1407H. Al-Itqan fi ‘Ulum Al-Qur'an.

Cet. 1. Jild. 1. Damsyik: Dar Ibn Kathir.

Zaraqani, Muhammad Abd al-‘Azim al-. (1995M/1415H). Manahil al-lrfan fi Ulum

al- Qur’an. Tahqiq. Fawwaz Ahmad Zamarli. 2 Jld. Cet. 1. Bairut: Dar al-

Kutub al- Arabi.

Zaenal Arifin. Kajian Ilmu Rasm Usmani dalam Mushaf Indonesia. Suhuf. Jurnal

Kajian Al-Qur’an. Vol. 6. No.1. 2013. Hlm 35-58.

http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/senarai-permohonan-kelulusan-pruf-

akhir-teks-al-quran/April 29, 2016, 9:24 PM).

http://www.lppkn.gov.my/index.php? Itemid= 421&catid= 37&id= 207: penduduk-

2014&lang= ms&option= com_content&view= article/ 2016.09.18 /5:30PM.