Upload
amro-mohd
View
266
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Amali 3
Tajuk : Mikroskop dan teleskop
Objektif: : Untuk menentukan keadaan-keadaan yang sesuai
Untuk meningkatkan kuasa pembesaran teleskop astronomi dan
mikroskop majmuk.
Alat / radas : Pemegang kanta, plastisin, kanta cembung ( +2.5D, +7D, +14D,
+20D ), skrin lut cahaya, lampu dan pembaris meter.
Aktiviti 2 : Membina sebuah mikroskop majmuk
Prosedur :
1. Kanta-kanta penumpu diberikan dari panjang fokus yang berbeza-beza. Terangkan
dengan bantuan gambar rajah bagaimana menghasilkan sebuah mikroskop majmuk.
2. Mikroskop majmuk dibina dan diuji dengan memfokuskannya pada satu objek yang
kecil. Mikroskop majmuk ditentukan pembesarannya.
Untuk meningkatkan daya pembesaran,kita boleh meningkatkan kekuatan jarak
.
1 | P a g e
Rajah 1 : Bantuan membina mikroskop majmuk
Keputusan :
Alat Jarak kanta mata Jarak kanta objek
mikroskop panjang Pendek
ujian Magnifikasi lensa
objektif
Magnifikasi lensa
Mata
Kuasa magnifikasi
1 + 14D + 25 D 8 x magnifikasi
2 + 20D + 25D 5.6 x magnifikasi
Perbincangan :
Mikroskop majmuk digunakan untuk melihat dan memeriksa objek yang sangat kecil seperti
bakteria. Ia terdiri dari dua kanta cembung yang mempunyai jarak fokus yang pendek yang
mana objektif atau jarak fokus f0 dan kanta mata jarak fokus ,fe ( lebih panjang daripada
f0 ).Objek diletakkan pada jarak, u iaitu lebih besar daripada f0 untuk tujuan membentuk
sebuah gambar yang nyata,terbalik dan diperbesar.
Pembesaran ,M mikroskop majmuk ditunjukkan dalam :
M = ketinggian imej / ketinggian objek
Dalam pembesaran umum, M dari mikroskop sebatian boleh dikira dari formula,
F = mo x me
Di mana,
mo = magnifikasi objektif
me = magnifikasi kanta mata
2 | P a g e
kesimpulan :
meningkatkan daya pembesaran mikroskop majmuk adalah sangat perlu demi keberkesanan
alat ini. Bagi mikroskop majmuk, adalah sangat sesuai untuk menggunakan kanta cembung
dengan kekuatan pembesaran tinggi.
Jawab soalan berikut. ( Penguasaan pengetahuan dan soalan kemahiran ).
a. Bagaimanakah anda boleh tingkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi
dan mikroskop majmuk?
Untuk meningkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi ialah dengan
menggunakan dua kanta cembung iaitu satu dengan kuasa pembesaran yang tinggi
dan satu lagi dengan kuasa pembesaran yang rendah. Manakala bagi mikroskop
majmuk pula ialah dengan menggunakan dua kanta cembung yang kedua-duanya
mempunyai kuasa pembesaran yang tinggi.
b. Shalini ada tiga kanta cembung dengan panjang fokus 5cm, 10cm dan 30cm. Jika dia
mahu membina sebuah mikroskop daripada kanta-kanta tersebut, kanta manakah
yang beliau perlu menggunakan. Gunakan gambar rajah sinar untuk menerangkan
bagaimana dia boleh menggunakan kanta untuk membesarkan objek berhampiran
yang kecil.
Jika Shalini ingin membina sebuah mikroskop majmuk, dia perlu menggunakan kanta
cembung yang panjang fokus lebih kecil pada bahagian kanta objek manakala kanta
cembung yang panjang fokus lebih besar pada bahagian kanta mata.
Langkah berjaga-jaga.
3 | P a g e
a. Memastikan jarak kedudukan lensa adalah betul. Ini kerana kedudukan lensa
memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan imej.
b. kedudukan lensa haruslah di pegang oleh bahan yang boleh menetapkan
kedudukan lensa itu. Hal yang demikian kerana semasa ujikaji, kedudukan lensa
boleh berubah apabila model diangkat dan diuji jaya. Bahan yang boleh digunakan
untuk memegang lensa pada kedudukannya ialah plastisin ataupun pita selo.
c. Lensa pada kedudukannya haruslah dalam keadaan tegak. Dengan bantuan
plastisin ataupun pita selo, lensa yang tegak dapat meminimumkan ralat seperti
pembiasan cahaya pada lensa. Pembiasan cahaya akan menjadikan imej yang
terhasil kabur.
d. Semasa menguji model, pencahayaan haruslah dalam keadaan yang optimum dan
sesuai. Ini penting bagi menghasilkan imej yang jelas.
4 | P a g e
Rujukan
1. Dimuat turun daripada http://www.scribd.com/doc/78041120/Mikroskop-Dan-Teleskop
pada 10 Ogos 2012.
2. Dimuat turun daripada http://www.scribd.com/doc/268569/5-5-Alat-Optik) pada 10
Ogos 2012.
3. Dimuat turun daripada http://www.anneahira.com/mikroskop-teleskop.htm pada 10
Ogos 2012.
4. Dimuat turun daripada http://www.kafeastronomi.com/mengenal-jenis-jenis-teleskop.html pada 10 Ogos 2012.
5. Dimuat turun daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Teleskop_Angkasa_Hubble pada 10 Ogos 2012.
6. Dimuat turun daripada http://www.astromas.com/2009/11/teleskop-james-webb-peganti-teleskop.html pada 10 Ogos 2012.
5 | P a g e
Amali 2
Aktiviti 1
Tajuk : Daya dan Gerakan
Objektif : Mengenal pasti daya-daya yang berbeza dalam konteks
berlainan.
Bahan / radas : Blok kayu, bola pingpong, dawai yang diregangkan atas blok
kayu, bikar dan buku.
Pembolehubah manipulasi : Jisim Pemberat
Pembolehubah bergerak balas : Pecutan jatuh bebas
Pembolehubah yang dimalarkan : Ketinggian objekt dilepaskan.
Aktiviti 1 : Mengenal pasti daya-daya yang berbeza dalam konteks yang
berlainan.
Prosedur : 1. Letakkan satu blok kayu di atas lantai. Berikan tolakan kecil
pada blok kayu dan rekodkan pemerhatian anda.
2. Baling sebiji bola pingpong ke udara. Rekodkan pemerhatian
anda.
3. Ikatkan dawai dengan tegang di antara dua paku yang telah
diketuk ke dalam blok kayu. Sentuh dawai itu. Rekodkan
pemerhatian anda.
4. Letakkan satu bola pingpong ke dalam sebuah bikar yang
berisi air. Cuba tolakkan bola itu ke dalam air. Rekodkan
6 | P a g e
pemerhatian anda.
5. Letakkan sebuah buku di atas tangan. Rekodkan pemerhatian .
Keputusan Eksperimen:
Eksperimen: Pemerhatian:
Letak satu blok kayu di atas lantai. Berikan tolakan kecil pada blok kayu itu.
Blok kayu bergerak
Baling sebiji bola pingpong ke udara. Bola pingpong jatuh ke arah bawah.
Ikatkan dawai dengan tegang di antara dua paku yang telah di ketuk ke dalam blok kayu. sentuh dawai itu.
Dawai itu melendut ke bawah.
Letakkan satu bola pingpong ke dalam sebuah bikar yang berisi air. Cuba tolakkan bola itu ke dalam air.
Bola pingpong tenggelam ke dalam air.
Letakkan sebuah buku di atas tangan anda.
Buku tidak bergerak.
Jawab soalan berikut ( Penguasaan pengetahuan dan soalan kemahiran ).
1. Apakah daya-daya yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti 1 hingga 5 di atas ?
Daya tarikan,daya tolakan ,daya graviti dan daya geseran.
2. Huraikan setiap daya yang anda nyatakan dalam konteks hidupan harian.
Daya adalah tolakan dan tarikan. Daya tolakan adalah suatu tindakan
menjauhkan objek, manakala daya tarikan adalah satu tindakan
mendekatkan objek. Dalam konteks seharian daya tolakan dan daya
tarikan berlaku tanpa disedari contohnya membuka pintu, menendang
bola,memakai stoking dan menutup pintu kereta.
Daya tarikan graviti adalah suatu daya yang menarik ke arah pusat bumi.
Daya ini menyebabkan objek jatuh ke arah bumi apabila dilepaskan.
7 | P a g e
Suatu objek yang jatuh di bawah daya tarikan graviti, tanpa pengaruh
daya-daya luar seperti rintangan udara dikatakan sebagai jatuh secara
bebas atau jatuh bebas. Dalam konteks kehidupan daya tarikan graviti
membantu objek berada dalam keadaan pegun dan membolehkan kita
berjalan dan melakukan aktiviti seharian dengan mudah.
Daya geseran adalah daya yang menentang arah pergerakan objek.
Daya geseran dipengaruhi oleh faktor jenis permukaan dan berat objek.
Dalam konteks kehidupan daya geseran membantu kita memegang
objek, menajamkan mata pisau dan memberhentikan kenderaan.
Amali 2
Aktiviti 2
Tajuk : Daya dan Gerakan
Objektif : Mengukur pecutan objek yang jatuh bebas.
Bahan / radas : Jangka masa detik,pita detik berkarbon,pengepit,bekalan
kuasa,dawai penyambung,pemberat 200g, 400g, 600g dan
selotape.
Hipotesis : Semakin bertambah jisim semakin cepat daya pecutan.
Prosedur : 1. Letakkan satu bangku di atas meja. Apitkan jangka masa detik
di atas bangku.
2. Lalukan satu pita detik melalui jangka masa detik dan letakkan
di hujungnya satu pemberat berjisim 200g mass.
8 | P a g e
3. Hidupkan jangka masa detik dan biarkan jisim jatuh bebas ke
bawah.
4. Ulangi langkah 2 dengan menggunakan pemberat berjisim
300g dan 400g.
5. Potong pita detik sepotong setiap 2 detik dan susunkan untuk
menghasilkan satu carta pita.
6. Untuk setiap jisim yang digunakan, bina carta pita dan
tentukan pecutannya.
9 | P a g e
Jisim V1 (cm-1) V2 (cm-1)
Pecutan (a) = (cm-2)
200g 115 300 a=925 cm/s-2 (9.25m/s-2)
300g 230 360 a=650 cm/s-2 (6.50m/s-2)
400g 175 365 a=950 cm/s-2 (9.50m/s-2)
Jawab soalan berikut ( Penguasaan pengetahuan dan soalan kemahiran )
1. Adakah nilai-nilai pecutan yang diperoleh dari jisim-jisim yang berbeza sama
nilainya
dengan g? (Pecutan akibat tarikan graviti bumi) terangkan .
Tidak, nilai pecutan tidak sama dengan nilai g (9.8N) kerana
beberapa faktor, antara faktor ialah:
Pita detik bergeser dengan jangka masa detik. Kesan daripada
geseran ini menyebabkan jatuhan bebas beban terganggu dan
memperlahankan jatuhan bebas.
Beban bergeser dengan udara semasa proses pecutan berlaku
2. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang daya yang
bertindak
ke atas objek yang jatuh bebas?
Daya tersebut adalah tetap dan berterusan
3. Jika eksperimen ini dijalankan di bulan, adakah nilai pecutan yang
diperoleh daripada jisim-jisim yang berbeza ini akan sama dengan
nilai g?
Terangkan jawapan anda.
Tidak, kerana daya tarikan graviti di bulan adalah 1/6 daripada
daya tarikan graviti bumi.
10 | P a g e
Perbincangan :
1) Pecutan jatuh bebas yang didapati adalah berlainan daripada pecutan
graviti iaitu 9.25ms⁻².
2) Pecutan untuk ketiga-tiga jisim adalah lebih kurang sama dalam
eksperimen jatuh bebas kerana pecutan yang disebabkan oleh daya graviti
terhadap pusat bumi tidak dipengaruhi oleh jisim beban.
3) Untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat, satu garisan terbaik
dilukis dan kecerunan graf dicari daripada garisan tersebut.
4) Ketinggian untuk jatuh bebas perlu tinggi kerana ketinggian yang tidak
cukup akan menyebabkan bacaan yang diambil kurang tepat dan
perubahan halaju tidak dapat dilihat dengan jelas.
5) Bola ping pong digunakan dalam aktiviti satu dalam pemerhatian daya
apungan
Kerana ketumpatan bola ping pong yang rendah dab saiz bola ping pong
yang sesuai. Benda yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi
daripada air kurang sesuai untuk digunakan.
Langkah Berjaga-jaga
1. Pastikan beban jatuh bebas ke lantai tanpa sebarang halangan.
2. Tiada bendasing ketika menolak bonkah kayu diatas permukaan lantai.
3. Jisim beban perlu ditulis di setiap pita detik untuk mengelakkan kekeliruan.
4. Wayar yang diikat dipastikan tegang supaya dapat bergetar dengan jelas.
11 | P a g e
5. Ketinggian untuk jatuh bebas perlu tinggi kerana ketinggian yang tidak
cukup akan menyebabkan bacaan yang diambil kurang tepat dan
perubahan halaju tidak dapat dilihat dengan jelas.
6. Pastikan panjang pita detik diukur dan dipotong sebelum memulakan
eksperimen jatuh bebas.
Rujukan
Laman Web
forceTheory.(2011,September 30).Retrieved Februari10,2012,from
Wikipedia:http://en.wikipedia.org/wiki/Force_Theory.
Hukum Newton Kedua.(2007,Ogos 2).Retrieved Ogos,2012,from
Wikipedia:http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_gerakan_Newton_kedua.
Hukum Newton Ketiga.(2008,Februari 18).Retrieved Februari 10,2012.from
Wikipedia:http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_gerakan_Newton_ketiga.
Louviere,G(2006,Oktober 24)Newton’sLaws Of Motion. Retrieved Februari 10,2012
from teachertech :http:// teachertech.rice.edu/participants/louviera/Newton
Buku
Lee C. X, Lee B. H (2012)Whizz Thru,Fizik SPM.Shah Alam : Oxford Fajar
J.Meadows.(1987).The Great Scientists.NewYork: Oxford University Press.
Bergman.D. (1997).Force on Moving Objects,Cologne:Hadronic Press Supplement.
12 | P a g e
Lampiran
13 | P a g e
Gambar : Menjalankan amali 3 mikroskop dan teleskop