10

AMANAT 2017 - portal.psz.utm.myportal.psz.utm.my/quality/images/stories/kualiti/taklimat/AMANAT KP... · 6. Amanat 2017 adalah Amanat terakhir saya kerana saya akan bersara wajib

  • Upload
    lythu

  • View
    226

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: AMANAT 2017 - portal.psz.utm.myportal.psz.utm.my/quality/images/stories/kualiti/taklimat/AMANAT KP... · 6. Amanat 2017 adalah Amanat terakhir saya kerana saya akan bersara wajib
Page 2: AMANAT 2017 - portal.psz.utm.myportal.psz.utm.my/quality/images/stories/kualiti/taklimat/AMANAT KP... · 6. Amanat 2017 adalah Amanat terakhir saya kerana saya akan bersara wajib

1

AMANAT 2017 KETUA PUSTAKAWAN

24 JANUARI 2017

A. PENDAHULUAN

1. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah

keizinan Nya dapat sama sama kita berada di MAJLIS AMANAT 2017 KETUA

PUSTAKAWAN ini. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi

Muhammad SAW semoga majlis ini mendapat keberkatan jua.

2. Saya berterima kasih kepada barisan Pengurusan Perpustakaan:

a. Pn Noraziah Sharuddin, Timbalan Ketua Pustakawan (Perkhidmatan)

b. Pn Nor Asikin Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan (PRZS)

c. Pn Nik Masriza Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan (UTMKL)

3. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengiktiraf:

a. Tn Hj Anuar Talib, mantan Timbalan Ketua Pustakawan (Perancangan

dan Pembangunan) yang kini telah bersara pilihan pada 2.1.2017. Beliau

telah memberi perkhidmatan yang amat cemerlang sepanjang tempoh

perkhidmatan beliau.

b. Cik Haslina Othman dan Pn Zaleha Atan yang telah dinaikkan pangkat

ke Pustakawan S52 yang akan turut bersama Pengurusan Perpustakaan

supaya kelangsungan agenda Pembangunan dan Perkhidmatan

Perpustakaan akan terus kukuh dan relevan.

Page 3: AMANAT 2017 - portal.psz.utm.myportal.psz.utm.my/quality/images/stories/kualiti/taklimat/AMANAT KP... · 6. Amanat 2017 adalah Amanat terakhir saya kerana saya akan bersara wajib

2

4. Terima kasih diucapkan kepada semua Ketua Bahagian, Pustakawan,

Penolong Pendaftar, Pegawai Penyelidik, Pegawai Teknologi Maklumat dan

semua staf pelaksana.

5. Besarlah harapan saya agar Amanat 2017 akan dapat memberi panduan

kepada warga Perpustakaan untuk lebih bersedia menyediakan

perkhidmatan yang bermutu, mampan dan dihormati oleh warga Universiti

dan komuniti serta pihak pemegang taruh.

6. Amanat 2017 adalah Amanat terakhir saya kerana saya akan bersara wajib

pada 21 November 2017 setelah hampir 36 tahun berkhidmat di UTM dan

akan menghampiri 14 tahun memegang amanah mentadbir Perpustakaan

UTM. Semoga Allah meringankan dan permudahkan saya di akhirat kelak.

B. PENCAPAIAN 2016

1. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, 2016 telah menyaksikan

pelbagai kejayaan Perpustakaan, ia merupakan tahun bersejarah buat

Perpustakaan UTM.

2. Majlis Citra Karisma UTM 2016 telah membuktikan kecemerlangan

Perpustakaan UTM. Kita telah menerima Anugerah Kualiti Perkhidmatan,

Anugerah Teknologi Maklumat dan Anugerah Webometrics UTM (Bagi

Kategori Bukan Akademik).

3. Perpustakaan berjaya menampilkan keupayaan bersinergi untuk kekal

relevan bersama jabatan dan pasukan kerja dalam komuniti UTM seperti

semakan dan pengesahan penerbitan untuk proses kenaikan pangkat dan

e-LPPT staf akademik.

4. Program budaya ilmu telah dijayakan dengan penglibatan ilmuan dalam

UTM dan luar UTM. Ianya dapat mengukuhkan jaringan antara

Perpustakaan dan para ilmuan. Program perkongsian ilmu ini mendapat

sambutan yang memberangsangkan.

Page 4: AMANAT 2017 - portal.psz.utm.myportal.psz.utm.my/quality/images/stories/kualiti/taklimat/AMANAT KP... · 6. Amanat 2017 adalah Amanat terakhir saya kerana saya akan bersara wajib

3

5. UTM-IR telah berjaya melonjak semula dalam Ranking Web of Repositories

akibat daripada masalah dan kesilapan teknikal.

6. Perkembangan Galeruim UTM juga adalah pencapaian hebat.

Pembangunan dan pengurusan koleksi Galerium telah meningkat dan

aktiviti pamiran berimpak telah berjaya diadakan.

7. Pensililan Semula ISO 9001:2015 telah berjaya dilaksanakan dan memberi

impak kepada kelangsungan perkhidmatan perpustakaan berkualiti dan

berfokus kepada pelanggan serta pengukuhan pengurusan risiko.

8. Pencapaian tersebut menjadikan Perpustakaan UTM dalam kedudukan

berprestasi tinggi sebagai rujukan, dihormati dan kekal relevan.

9. Kepada semua warga Perpustakaan, TERIMA KASIH kerana menjadikan

budaya kecemerlangan sebagai budaya dan kita semua mempunyai

semangat serta nilai yang sama untuk berjaya.

C. MEREKA BENTUK PENDIDIKAN TINGGI

1. Tema Amanat 2017 Kementerian Pengajian Tinggi pada 12 Januari 2017

adalah: Redesigning Higher Education (mereka bentuk pendidikan tinggi

Negara). Suka saya mengingatkan warga Perpustakaan apakah peranan

kita untuk memenuhi amanat yang digariskan oleh pihak KPT.

2. Mereka bentuk pendidikan tinggi adalah initiatif berimpak yang

terkandung dan berkait dalam lingkungan PPPM(PT), University

Transformation Program (UniTP) dan Buku Panduan atau Playbooks yang

diperkenalkan sejak April 2015.

3. Menteri Pendidikan Tinggi menggariskan initiatif: iCGPA (PGNK

Bersepadu); 2u2i; CEO @ Faculty; APEL (Accreditation of Prior

Experimential Learning atau APEL (A) (Akses); dan, Malaysia MOOCs

(Massive Open Courses (MOOCs).

Page 5: AMANAT 2017 - portal.psz.utm.myportal.psz.utm.my/quality/images/stories/kualiti/taklimat/AMANAT KP... · 6. Amanat 2017 adalah Amanat terakhir saya kerana saya akan bersara wajib

4

4. Menteri Pendidikan Tinggi mengajak semua warga universiti awam dan

swasta untuk menjayakan tahun 2017 dengan menghadapi cabaran-

cabaran berikut: Teknologi baru memacu lonjakan paradigm pendidikan

tinggi – artificial intelligence (kecergasan buatan), big data (data raya).

5. Tegas Menteri Pendidikan Tinggi bahawa kemajuan teknologi memerlukan

mereka bentuk semula pengajaran & pembelajaran seperti: heutagogy

(self-directed learning); dan, co-curators of knowledge atau penghasil ilmu

bersama.

6. Kementerian mensasarkan 60% enrolmen dalam bidang Science,

Technologi, Engineering and Mathematics (STEM) di UA menjelang 2020.

7. Tahun 2017 adalah juga dinobatkan sebagai tahun Penyelidikan

Translational. Translational Research boleh diterjemahkan sebagai

penyelidikan yang boleh memberi impak dan manafaat terus kepada

masyarakat dan rakyat keseluruhan.

8. Keserakanan dan Kesempunyaan (Commonalities and Collegiality)-

pengujudan jaringan dan jalinan kerjasama berasaskan prinsip saling

menghormati, kerjasama dan menolak cara kerja silo.

9. Pengantarabangsaan – Kementerian mensasarkan 250,000 pelajar

antarabangsa menjelang tahun 2015.

10. Menjana Dana untuk keperluan pengoperasian dan pembangunan dari

sumber yuran pengajian, hasil sewaan, sumbangan holdings, hasil

penyelidikan dan sumber dalaman lain juga melalui endowmen dan wakaf.

D. MENJAYAKAN KELANGSUNGAN SEBUAH UNIVERSITI

1. Buku Menjayakan Kelangsungan Sebuah Universiti iaitu intipati amanat

Naib Canselor 2017 mengupas mengenai merekayasa model baharu

pendidikan tinggi. Naib Canselor menekan kepada pendidikan tinggi global;

Pendidikan, ekonomi, dan pembinaan kemanusiaan; Budaya ilmu dan

Page 6: AMANAT 2017 - portal.psz.utm.myportal.psz.utm.my/quality/images/stories/kualiti/taklimat/AMANAT KP... · 6. Amanat 2017 adalah Amanat terakhir saya kerana saya akan bersara wajib

5

pendidikan; Mengagendakan kepimpinan akademik; Program

pembangunan kepimpinan akademik; Sains, teknologi dan

kejuruteraanteras pembangunan Negara.

2. Menjayakan Kelestarian Institusi UTM merangkumi: Nilai dan DNA UTM;

Pendekatan-berfokus pelanggan-kesepakatan, keterangkuman, dan

keterlibatan-berpaksi inovasi menjana nilai tinggi, budaya ilmu,

perancangan kewangan strategik; dan Model perniagaan UTM.

3. Strategi dan Inisiatif 2017 adalah mengikut Pelan Semakan Strategi UTM

2017: Pelan Global UTM 2012-2020 dan PGU2 yang berpaksikan:

Kelestarian Kewangan; Kecemerlangan Akademik; Kecemerlangan

Penyelidikan dan Inovasi; Penyampaian Berprestasi Tinggi dan Reputasi

Global.

4. Demi Kelangsungan UTM menyingkap kesedaran: Memahami peranan

UTM dan peranan kita sebagai warganya; Memperkasa kepercayaan

pemegang taruh; Sebuah keluarga besar – prihatin, ceria, sihat, dan

produktif.

E. MEREKA BENTUK PERKHIDMATAN DEMI KELANGSUNGAN

PERPUSTAKAAN

1. Mereka Bentuk Perkhidmatan Demi Kelangsungan Perpustakaan adalah

tema Amanat Ketua Pustakawan untuk tahun 2017.

2. Tema ini berdasarkan Amanat 2017 Menteri KPT dan Amanat 2017 Naib

Canselor UTM.

Page 7: AMANAT 2017 - portal.psz.utm.myportal.psz.utm.my/quality/images/stories/kualiti/taklimat/AMANAT KP... · 6. Amanat 2017 adalah Amanat terakhir saya kerana saya akan bersara wajib

6

3. Naib Canselor sering bertanya are we doing enough ? dan menekankan

kepada kita do more with less, juga kerap menyatakan we are not doing

enough.

4. Sebagai pusat memberi perkhidmatan kenyataan dan harapan Menteri KPT

dan Naib Canselor UTM perlu diambil perhatian dan tindakan tangkas.

5. Perpustakaan perlu mereka bentuk perkhidmatan dan memperkasa

fungsinya untuk terus kekal relevan.

6. Kemajuan Teknologi Maklumat dan penerimaan pengguna terhadap

Perpustakaan samada dalam aspek fisikal atau maya.

7. Mereka bentuk perkhidmatan sesuai dengan garispanduan KPT: Malaysia

MOOCs; Artificial intelligence; Big data; Heutology (self-directed learning);

Co-curators of knowledge atau penghasil ilmu bersama.

8. Peranan portfolio Pembangunan & Perancangan, Perkhidmatan dan

Repositori Universiti perlu bertindak di atas keperluan untuk mereka

bentuk Perkhidmatan Perpustakaan yang mampan dan relevan.

9. KPT mensasarkan 60% enrolment STEM dan 250,000 pelajar antarabangsa.

Sejajar dengan aspirasi tersebut Perpustakaan UTM perlu melihat kekinian

koleksi bersesuaian dan kesediaan memberi perkhidmatan.

10. Agenda KPT dalam kelangsungan Keserakanan dan Kesempunyaan

memberi maksud dan menuntut Perpustakaan UTM perlu menjalin

usahasama antara rakan perpustakaan UA dan Swasta juga agensi kerajaan,

badan berkanun dan swasta. Terkini Perpustakaan hanya bekerjasama

melalui rangkaian perkongsian maklumat. Kita perlu berusaha meluaskan

jalinan kepelbagaian kerjasama.

Page 8: AMANAT 2017 - portal.psz.utm.myportal.psz.utm.my/quality/images/stories/kualiti/taklimat/AMANAT KP... · 6. Amanat 2017 adalah Amanat terakhir saya kerana saya akan bersara wajib

7

11. CEO@Faculty adalah antara program baru yang diperkenalkan oleh KPT.

Perlantikan CEO@Faculty di UTM telah diperkenalkan. Urusetia Budaya

Ilmu Perpustakaan perlu peka profile CEO berkenaan dan bekerjasama

dengan fakulti untuk program perkongsian maklumat dan kemaskini profile

mereka untuk bahan Koleksi Khas.

12. iCGPA memerlukan kefahaman mengenai program tersebut. Adakan

modul Pencarian Maklumat atau yang berkaitan boleh menyumbang

kepada iCGPA?

13. Keterlibatan Perpustakaan dalam Pelan Global UTM iaitu Bidang Teras

Utama 3 (Kampus Lestari, Infrastruktur, Sistem (ICT), Libatsama Komuniti

dan Jaringan Industri serta PPPM(PT) iaitu Lonjakan 3 (Menghayati

Pembelajaran Sepanajng Hayat) dan Lonjakan 9 (Pembelajaran Dalam

Talian Tahap Global.

14. Keterlibatan di atas meletakkan Perpustakaan akan terus relevan dengan

adanya kandungan digital yang bermutu dan kesan langsung ke atas

peningkatan jumlah dan peratusan akses kepada kandungan digital yang

disediakan yang menyokong kepada Heutology atau self-directed learning.

15. Penjanaan dana juga memerlukan perhatian Perpustakaan UTM untuk lebih

strategik. Cadangan mendapatkan sumbangan luar dan dalam UTM perlu

disegerakan supaya pembangunan koleksi dapat diteruskan. Kaedah

menerima sumbangan dan pembelian buku dan majalah yang boleh dibuat

potongan atau rebate untuk pembayar cukai dari LHDN perlu difikirkan.

16. Akhir sekali sebagai institusi yang mengendali data, maklumat dan ilmu

(data, information and knowledge) adalah disarankan supaya Pustakawan

mendalami lagi ilmu mengenai data raya (big data). Keupayaan memahami

data analytics dan berkaitannya. Penguasaan ilmu tersebut akan

menjadikan Pustakawan sebagai Data Scientist. Keupayaan tersebut akan

menjadikan profesion Pustakawan lebih berdaya saing dalam kerjaya.

Page 9: AMANAT 2017 - portal.psz.utm.myportal.psz.utm.my/quality/images/stories/kualiti/taklimat/AMANAT KP... · 6. Amanat 2017 adalah Amanat terakhir saya kerana saya akan bersara wajib

8

F. PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Marilah sama-sama kita mengembeling tenaga dan usaha untuk mereka

bentuk perkhidmatan demi kelangsunggan Perpustakaan.

Harapan kita semua semoga Perpustakaan tempat kita mencurah bakti dan

jasa mendapat ganjaran daripada Allah atas keiklasan kita juga.

Pada hari ini juga kita akan meraikan pesaraan En Ramli Bin Latif dan

En Hanafi Mohd Nor.

Saya dan seluruh warga Perpustakaan ingin mengucapkan ribuan terima kasih

di atas sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang

perkhidmatan. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan dan kebajikan

yang saudara berikan.

Hari ini juga kita meraikan staf yang akan menamatkan perkhidmatan dengan

Perpustakaan UTM iaitu Pn Nurain Binti Abdul Rasid @ Samsudin. Saya dan

bagi pihak warga Perpustakaan UTM berterima kasih di atas perkhidmatan

yang diberikan.

Kepada mereka kita doakan Selamat Maju Jaya dan bahagia bersama keluarga.

Tahun ini juga adalah tahun terakhir saya sebagai Ketua Pustakawan

menyampaikan amanat tahun baru.

Page 10: AMANAT 2017 - portal.psz.utm.myportal.psz.utm.my/quality/images/stories/kualiti/taklimat/AMANAT KP... · 6. Amanat 2017 adalah Amanat terakhir saya kerana saya akan bersara wajib

9

Saya mendoakan agar Perpustakaan UTM dan seluruh warganya samada yang

masih berkhidmat, bersara, berpindah dan tidak lupa kepada yang telah

mengadap Allah Azawajalla sentiasa mendapat lindungan dan rahmatNya.

Saya dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf sekiranya

sepanjang saya mentadbir dan berurusan dengan semua warga Perpustakaan

yang amat saya sayangi.

Pesanan saya, amal dan renunglah Surah Al-Insyiraah untuk sentiasa tenang

dan berjaya dalam semua urusan.

Al-Insyiraah (Surah 94: Ayat 5-8) Perihal Allah Melapangkan Dada Nabi

Muhammad SAW:

Ayat 5 - Oleh itu, maka (tetaplah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya

tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

Ayat 6 - (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap

kesukaran, disertai kemudahan),

Ayat 7 - Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal

salih) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha

(mengerjakan amal salih yang lain),

Ayat 8 - Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa

yang engkau gemar dan ingini).

SEKIAN, TERIMA KASIH.

وبِاهلل التوفيُق والهداية،

هللا وبركاته. والسالم عليكم ورحمة