an Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

  • Upload
    vicky-

  • View
    234

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/3/2019 an Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    1/8

    Perkembangan Sistem Pendidikan di Tanah Melayu

    Pengenalan

    Perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu pada era sebelum penjajah adalah bermula

    dengan sekolah pondok. Kemudian apabila British mula bertapak di Tanah Melayu bermula dengan

    pengambilan Pulau Pinang pada (1786) oleh Francis light, Singapura oleh Stamford Reffles pada(1819) dan Melaka pada (1824) selepas daripada berlakunya perjanjian inggeris Belanda. Apabila

    keadaan ini berlaku maka British telah mengamalkan dasar (pecah dan perintah). Pecah disini

    bermaksud British telah mengasingkan penduduk Tanah Melayu mengikut kaum dan pekerjaan

    contohnya kaum Melayu akan ditempatkan di kampung-kampung dan melakukan kerja-kerja seperti

    bertani dan menangkap ikan, manakala bagi kaum India pula mereka ditempatkan di ladang-ladang

    untuk mengerjakan aktiviti menoreh getah.

    Selain itu, bagi kaum Cina pula mereka ditempatkan di bandar-bandar dan menjalankan kerja-kerja

    seperti berniaga dan melombong bijih timah. Perintah pula bermaksud semua kaum peribumi,

    pembesar-Pembesar Melayu, Raja-raja Melayu dan imigran asing tidak membantah apa jua

    keputusan yang dibuat oleh British kerana takut dan bagi golongan atasan adalah untuk menjagakepentingan masing-masing. Oleh hal demikian, British dapat bertapak lebih kukuh di Tanah Melayu.

    Sekolah Pondok

    Sistem persekolahan yang terawal di Tanah Melayu adalah sekolah pondok. Sekolah pondok yang

    terawal dibina adalah sekolah pondok Pulai Condong di Kelantan, sekolah pondok Pulai Manis di

    Kedah dan sekolah pondok Titi di Terengganu. Sekolah pondok juga wujud di sekitar Tanah Melayu

    antaranya di Pattani dan pasentran di Acheh. Kalau dilihat negeri Kelantan mendahului sekolah

    pondok ini kerana pengaruh Tok Kenali yang terkenal dengan ilmu agama yang tinggi dan digelar

    sebagai Tok Guru. Sekolah pondok ini tidak dipengaruhi dengan ideologi sekular tetapi lebih kepada

    duniawi dan akhirat. Di pelopori oleh golongan tua dan pembelajaran melibatkan hafalan Al-Quran,

    menghafal doa, kitab fiqah dan lain-lain lagi.

    Pelajar dibekalkan barangan keperluan oleh ibu bapa mereka sendiri contohnya makanan dan

    minuman, pakaian dan sedikit wang. Pendidikan di sekolah pondok ini sebenarnya tidak mengarah

    kepada pekerjaan, mereka hanya boleh bekerja seperti petani, nelayan, bertukang dan sebagainya.

    Sekolah pondok biasanya didirikan di sekitar madrasah, surau dan masjid. Sistem pendidikan pondok

    bercorak berdikari, kuliah dan muzakarah. Dari segi masa belajar tidak terhad contok pelajar-pelajar

    pondok belajar dari waktu subuh sehingga malam.

    Terdapat kelebihan-kelebihan pada sekolah pondok antaranya ialah pelajar-pelajar pondok biasanya

    dijemput ke rumah-rumah jika ada kematian. Selain itu, pelajar-pelajar pondok dapat menghayati

    ilmu-ilmu akhirat sepenuhnya. Kemudian sekolah pondok juga mempunyai beberapa kelemahan

    antaranya ialah kemajuan sekolah pondok bergantung kepada kewibawaan Tok guru, Ulamak dan

    Ustaz, sumber kewangan adalah sangat terhad, tiada perancangan jangka panjang, sukatan pelajaran

    tidak tersusun, bahasa dan kitab-kitab sukar untuk difahami dan tiada sistem penilaian dan juga

    perpustakaan.

  • 8/3/2019 an Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    2/8

    Sekolah Agama Madrasah

    Sekolah agama madrasah di tanah melayu ditubuhkan oleh gerakkan Kaum Muda iaitu generasi

    terpelajar. Kaum Muda mempelopori idea ini bagi mengantikan system pendidikan melayu lama iaitu

    sekolah pondok yang telah dianggap sebagai telah ketinggalan zaman. Tujuan utama mereka

    memperkenalkan Sekolah Agama Madrasah bagi menyekat perkembangkan sekolah vernacular yang

    telah diperkenalkan oleh inggeris. Dari segi system pendidikan, sekolah madrasah tidak banyak

    perbezaannya dari sekolah pondok iaitu pendidikan keagamaan. Selain daripada itu, sekolah ini juga

    mengikut model pendidikan Mesir atau Arab kerana gerakan Kaum Muda ramai yang berkelulusan

    Mesir. Namun begitu bagi menyekat kebangkitan sekolah yang di asaskan oleh inggeris, sekolah

    madrasah ini telah mengambil model inggeris dari segi pentadbiran dan kurikulumnya supaya

    setanding dengan sekolah yang vernacular yang di perkenalkan oleh inggeris. Beberapa sekolah telah

    berjaya ditubuhkan oleh gerakan ini iaitu Madrasah Al-Iqba (1907 di singapura),Madrasah Al-hadi

    (1917 di Melaka ) dan Madrasah sultan zainal Abidin (1933 di Terengganu).

    Sekolah Vernakular Melayu

    Sekolah Vernakular Melayu adalah nama untuk kategori sekolah moden yang telah diperkenalkan

    oleh pemerintah British di Tanah Melayu, bermula kurun ke sembilan belas. Sekolah ini mempunyai

    asasnya bagi sekolah Quran yang telah sedia ada dalam masyarakat Melayu sejak zaman sebelum

    kedatangan orang Barat lagi.

    Orang Melayu beragama Islam. Sebagai satu cara pengukuhan ajaran Islam, masyarakat kampung

    biasanya mengadakan kelas-kelas yang memberi pendidikan agama asas - termasuk pengajian al-

    Quran - kepada kanak-kanak dalam kampung itu. Kelas-kelas agama dan al- Quran ini lazimnya di

    sebut di dalam buku-buku sejarah sebagai sekolah Quran. Gurunya adalah imam, lebai atau haji

    tempatan. Mengikut tradisi, sekolah-sekolah Quran ini tidak mengajar mata pelajaran lain selaindaripada al-Quran dan agama. Biasanya sekolah Quran ini ditempatkan di balai lintang masjid

    kampung ataupun kadang-kadang di rumah Tok Guru itu sendiri. Dalam sesebuah kampung mungkin

    terdapat lebih daripada sebuah sekolah sebegini.

    Setelah British berjaya bertapak di Tanah Melayu, mereka mula menjalankan pelbagai strategi

    bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan mereka di negara ini.. Selain itu, cara yang lebih halus dan

    berkesan ialah dengan meminda atau mengubah suai institusi-institusi pendidikan peribumi yang

    sedia ada. Institusi-institusi tempatan ini dipinda atau kadang-kadang digantikan terus dengan

    bentuk moden yang diambil daripada model Barat..

    Satu bidang sosial yang turut dipinda atau diubah suai oleh penjajah British ialah institusi pendidikan.

    Sekolah atau institusi pendidikan peribumi dipinda atau digantikan dengan sekolah atau institusi

    pendidikan mengikut model atau pola Barat. Perkataan "moden" dalam ayat pertama di atas merujuk

    kepada sekolah tajaan kerajaan British yang disebutkan di sini. Sekolah Quran kendalian Imam atau

    Tuk Guru yang terdapat di kampung- kampung menjadi asas untuk amalan ini. Philip Loh (1975: 4)

    menerangkan proses mengubah suai sekolah Quran ke arah menjadi sekolah sekular - yang

    kemudiannya telah menjadi sistem Sekolah Vernakular Melayu - bermula di Pulau Pinang.

  • 8/3/2019 an Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    3/8

    Skinner, Majisteret di Seberang Perai, telah mendapat idea praktikal untuk memulakan sistem

    pendidikan sekular. Di Sekolah-sekolah Quran di kampung-kampung, gurunya dan murid-muridnya

    sudah sedia ada. Buat permulaannya, yang perlu dirombak hanya kurikulumnya. Mata pelajaran

    Agama dan al-Quran yang merupakan kurikulum asal, "diperkayakan" dengan pembelajaran bahasa

    Melayu.

    Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu

    Eksperimen awal oleh Skinner pada tahun-tahun 1870an itu telah membuahkan kejayaan bagi pihak

    British. "Pencemaran" kurikulum agama yang asalnya dengan pelajaran sekular berlaku secara tidak

    disedari - atau sekurang-kurangnya atas toleransi Pak Haji atau Tuk Guru. Tidak dinafikan, umpan

    duit sebagai ganjaran mengajar bahasa Melayu, telah menjadi faktor tarikan kepada Pak Haji dan Tok

    Guru.

    Tidak lama selepas percubaan Skinner di Seberang Perai, pendidikan Melayu turut dikembangkan di

    Negeri-negeri Melayu Bersekutu, bermula di Selangor (Stevenson, 1975:24) dan kemudiannya di

    negeri-negeri lain. Sebagai satu petunjuk dalam hal penglibatan kanak-kanak Melayu dalam sistem

    pendidikan sekular ini, di Perak dalam tahun 1896 telah terdapat lebih 7 000 orang kanak-kanak di

    bangku Sekolah Vernakular Melayu (Philip Loh, 1975: 17). Pada tahun 1906, di Perak terdapat lebih

    daripada 7 000 orang kanak-kanak, di Selangor hampir 2 000, di Negeri Sembilan lebih daripada 3 000

    dan di Pahang angkanya kira-kira 1 000 (Stevenson, 1975: 112).

    Tujuan Penubuhan Sekolah Vernakular Melayu

    Pada peringkat permulaan pihak inggeris tidak mengutamakan pendidikan ditanah melayu kerana

    bimbang jika rakyat celik akal dan memberontak terhadap mereka seperti yang berlaku di India.Selain itu juga, kedatangan mereka ke tanah bermatlamat untuk mengaut keuntungan hasil bumi

    tanah melayu. Namun setelah melihat perkembangan pendidikan ditanah tetap berjalan seperti

    dipondok yang banyak mengajar pendidikan agama.

    Bagi menjamin kedudukan mereka ditanah melayu inggeris telah memperkenalkan sekolah

    vernacular yang mengikut acuan atau model barat bagi menghapuskan pendidikan pondok atau

    madrasah yang lebih bersifat pendidikan keagamaan. Hal ini kerana pihak inggeris melihat hanya

    dalam pendidikan ini sahaja mereka dapat mengurangkan perasaan benci penduduk tempatan

    kepada mereka.

    Sekolah vernacular juga telah menyebabkan tanah melayu telah terbahagi kepada tiga kaum iaitumelayu, india dan cina. Dengan cara ini inggeris mampu melaksanakan dasar pecah dan perintah

    dimana kaum cina berada dibandar, kaum melayu di kampong dan kaum india di ladang. System

    pendidikan vernacular melayu telah menyebabkan jurang antara kaum semakin besar dan

    menyebabkan rakyat di tanah tidak mampu bersatu untuk mempertahankan tanah melayu.

  • 8/3/2019 an Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    4/8

    Sekolah Vernakular Cina

    Perkembangan sekolah vernakular Cina peringkat awalnya adalah berkaitan dengan faktor ekonomi

    di rantau ini. Kemasukan beramai-ramai orang Cina pada 1870an telah mengasaskan sistem

    persekolahan dan penerapan budaya Cina di Tanah Melayu.Sekolah Cina yang pertama di bina di

    Tanah Melayu didirikan oleh William Milne dari Persatuan Mubaligh London pada 1815.Sekolah ini

    menggunakan dialek Hokien dan mengajar kurikulum Confucius. Sekolah vernakular Cina

    kebanyakannya juga dibina oleh persatuan saudagar Cina, keluarga dan persatuan suku kaum Cina di

    Tanah Melayu. Pergolakan politik di Cina mempengaruhi perkembangan sekolah vernakular Cina di

    Tanah Melayu. Inggeris telah membiarkan perkembangan sekolah vernakular Cina dari peringkat

    awal sehunggalah sekolah ini bertukar kepada corak yang lebih militan dan menyebarkan

    propaganda anti-Inggeris. Penubuhan Parti Komunis Cina di negara Cina turut mempengaruhi

    sekolah vernakular Cina di TM.

    Hanya pada tahun 1920 Inggeris telah memperkenalkan Ordinan Pelajaran dan Akta Pendaftaran

    untuk mengawal pentadbiran sekolah vernakular Cina (kemasukan teks dan guru dari Cina) dan

    mengharamkan teks yang anti Inggeris. Pengaruh seorang sarjana Mandarin dari negeri Cina iaitu

    Kang Yu Wei dan Liang Chi Chao yang lari ke Tanah Melayu akibat pergolakan politik kerajaan

    Manchu di Cina telah mempengaruhi perlaksanaan prinsip pendidikan baru di sekolah vernakular

    Cina di Tanah Melayu iaitu Confucian Revival.

    Beberapa sekolah vernakular Cina telah ditubuhkan seperti Sekolah Cina Yin Sin( Singapura), Sekolah

    Perempuan Cina Kuen Cheng(Kuala Lumpur) dan Seolah Yuk Choy di Ipoh. Pengaruh parti

    Kuomintang di bawah pimpinan Sun Yet Sen turut mempengaruhi pendidikan vernakular Cina di

    Tanah Melayu melalui prinsip pendidikannya , nasionalisme, demokrasi dan penghidupan. Dasar

    Inggeris terhadap sekolah vernakular Cina berbeza daripada dasar mereka terhadap sekolah

    venakular Melayu anataranya adalah seperti mengabaikan sekolah vernakular Cina kerana

    menyangka orang Cina tidak mahu kekal di Tanah Melayu.Masyarakat Cina yang kukuh sumber

    keewangan mereka menyenangi sikap tidak campur tangan Inggeris kerana mereka bebas

    mengendalikan sekolah mereka. Sekolah vernakular Cina juga jauh lebih baik daripada sekolah

    vernakular Melayu yang bergantung kepada sumbangan Inggeris untuk berkembang.

    Sekolah Vernakular Tamil

    Sekolah vernakular Tamil pertama merupakan sebahagian daripada sekolah Penang Free School.

    Sekolah Tamil awal juga merupakan usahasama Mubaligh Kristian dan Mubaligh Tamil. Banyak

    sekolah Tamil yang wujud seperti Singapore Free School (1834), St Francis Xavier Malabar School di

    Melaka (1850). Namun begitu sekolah ini tidak kekal lama.Kebanyakan sekolah vernakular Tamil jugaberada di kawasan estet getah di mana terdapat majoriti buruh India di sana. Selain sekolah

    vernakular Tamil di estet, terdapat juga sekolah vernakular Tamil di kawasan bandar khusus untuk

    anak-anak kakitangan Jabatan Kerja Raya yang kebanyakan buruh India. Kanak-kanak India

    berketuruna Serani menghadiri sekolah vernakular Inggeris.

  • 8/3/2019 an Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    5/8

    Kebanyakan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil , Malayam, Telugu, Punjabi dan Hindi. Sekolah

    vernakular Tamil juga didirikan di ladang getah di Seberang Perai dan Johor Tengah Kategori sekolah

    vernakular Tamil di Tanah Melayu iaitu Sekolah Tamil kelolaan mubaligh Hindu seperti Sekolah

    Vivekenanda, Sekolah vernakular Tamil di kawasan estet, Sekolah Anglo- Tamil, Sekolah vernakular

    Tamil di kawasan bandar, Sekolah vernakular Tamil juga paling daif kerana beberapa faktor iaitu

    sumber keewangan tidak kukuh kerana bergantung kepada Inggeris, kurang kemudahan fizikal dan

    Kehadiran muridnya terlalu rendah.

    Pada tahun 1923 Inggeris telah memperkenalkan kod Buruh untuk kawal kanak-kanak India ke

    sekolah. Kod ini memberi ketetapan bahawa sebuah sekolah perlu didirikan di setiap estet yang

    mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak. Kod ini juga menetapkan bahawa umur persekolahan bagi

    kanak-kanak India ialah 6 hingga 12 tahun. Masalah utama sekolah vernakular Tamil ialah

    kekurangan guru terlatih, kemudahan fizikal dan kadar ponteng yang tinggi.

    Sekolah Vernakular Inggeris

    Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free School ditubuhkan

    pada tahun 1816. Antara sekolah inggeris yang terawal ialah Malacca free School pada tahun 1826,

    Victoria Institution pada tahun 1894 di Kuala Lumpur dan King Edward VII. Kemudian, pada

    pertengahan abad ke 19, Persatuan Mubaligh kristian berusaha untuk membantu menubuhkan

    beberapa buah sekolah Inggeris di Tanah Melayu. Antaranya ialah, De La Salle Brothers, The church

    of England dan The Holy infant Jesus. Tujuan utama campur tangan mubaligh Kristian adalah untuk

    menyebarkan fahaman dan agama Kristian itu sendiri kepada orang Melayu terutamanya.

    Kebanyakan golongan Melayu Elit sahaja yang menghantar anak mereka ke sekolah ini.

    Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris.

    Dengan inilah sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah terbaik kerana adanya sumber kewanganyang kukuh daripada Inggeris, mendapat tumpuan sepenuhnya daripada Inggeris dan mempunyai

    kemudahan fizikalnya yang lengkap berbanding dengan sekolah-sekolah yang lain. Kurikulumnya pula

    bercorak Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai -

    pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British.

    Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi

    memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur

    pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma

    kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura yang ditubuhkan pada tahun 1928 yang mana

    telah menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.. Manakala pembelajaran tinggi

    bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912,namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College.

    Laporan Barnes

    Sistem persekolah vernacular iaitu sistem persekolahan berasaskan kaum yang ada di Tanah Melayu

    sebanarnya banyak menimbulkan masalah terutamanya masalah perpaduan kaum. Berikutan itu

  • 8/3/2019 an Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    6/8

    pihak British telah mengambil inisiatif dengan penubuhkan satu jawatankuasa iaitu jawatankuasa

    penyata Barnes. Jawatan kuasa ini telah diketuai oleh L .J. Barnes yang merupakan seorang Pengarah

    Fakulti Kemasyarakatan di Universiti Oxford, London. Nama jawatankuasa ini juga diambil sempena

    nama ketuanya iaitu L.J. Barnes. Sepanjang menjalankan tugas Barnes, telah melakukan penyelidikan

    dan mengkaji sistem pendidikan yang bagaimanakah bersesuaian untuk diguna pakai di Tanah

    Melayu dan dengan harapan mampu menggalakkan proses Malayanisasi dalam sistem pendidikan

    cina dan tamil.

    Hasil daripada penyelidikan jawatankuasa penyata Barnes, mereka teleh megemukakan beberapa

    cadangan kepada pihak British antaranya ialah yang pertama jawatankuasa mencadangankan semua

    sekolah vernacular yang ada di Tanah Melayu dibubarkan dan digantikan dengan satu aliran sekolah

    sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Jika dilihat cadangan ini agak extrime, walaubagaimana pun impka

    cadangan ini amat besar yang mana kita boleh menyatupadukan semua kaum di Tanah Melayu.

    Kedua, jawatankuasa mencadangkan diperingkat sekolah rendah bahasa pegantar yang digunakan

    adalah bahasa Melayu manakalah diperingkat sekolah menengah ataupun peringkat yang lebih tinggi

    seperti university akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Cadangan yang

    seterusnya ialah bahasa ibunda bagi kaum lain seperti bahasa cina dan bahasa india akan diajarsekiranya mempunyai 15 orang pelajar yang memohon dalam sekolah tersebut . selain itu

    jawatankuasa ini turut mencadangkan sistem latihan perguruan yang selaras, tujuannya adalah bagi

    mempastikan pengajaran yang disampaikan adalah selaras. Disamping itu juga mereka

    mencadangkan sistem peperiksaan dan sistem nazir adalah sama bagi semua sekolah.

    Laporan Barnes mempunyai implikasi terhadap matlamat kerajaanBritish untuk menggalakkan proses

    Malayanisasi dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Selain itu laporan Bernes dilihat sangat

    bertepatan dalam memupuk perpaduan dikalangan penduduk Tanah Melayu. Walaubagaimana pun,

    penyata Bernes ini telah medapat tentangan daripada kaum Cina, ini adalah kerana mereka bimbang

    menggangu gugat bahasa ibunda mereka. Ekoran daripada tentangan paripada kaum cina ini teleh

    membawa kepada lahirnya satu lagi laporan pelajaran di Tanah Melayu iaitu Lopran Fenn-Wu.

    Laporan Fenn-Wu

    Masyarakat Cina dan India yang telah dibawa oleh British juga telah membawa sama sistem

    pendidikan dari negara asal mereka telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Laporan Barnes.

    Kedatangan Dr. W.P.Fenn dan Dr. Wu The You pada tahun 1951 bertujuan mengkaji potensi sekolah

    Cina di Tanah Melayu telah menghasilkan Laporan Fenn Wu 1951. Antara cadangan yang terkandung

    dalam laporan ini adalah mempertahankan kewujudan sekolah Cina, mempelajari tiga bahasa iaitu

    bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda mereka, matlamat pendidikan beridentiti kebangsaan,

    membina maktab perguruan cina, menambah bantuan kewangan.

    Cadangan yang dikemukakan oleh Laporan Barnes ini telah menimbulkan pertentangan dari

    masyarakat Cina yang menganggap sistem pendidikan ini mengandungi ciri-ciri pemikiran kaum yang

    cetek dan tidak menekankan semangat toleransi antara kaum. Juseru itu pihak kerajaan telah digesa

    agar melantik satu jawatankuasa lain uantuk menilai mutu pendidikan bagi seluruh kaum di Tanah

    Melayu, yang lebih dikenali sebagai Penyata Fenn-Wu. Penyata Fenn-Wu telah diwakilkan oleh dua

    orang jawatankuasa iaitu W.P. Fenn dan Wu The Yao dan diminta untuk mengkaji masalah yang

  • 8/3/2019 an Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    7/8

    dihadapi oleh sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu terutamanya dari segi jurang perbezaan antara

    pendidikan yang sedang dilaksanakan pada waktu itu, iaitu bercorak perkauman dengan cadangan

    penubuhan pendidikan rendah yang tidak mempunyai unsur perkauman. Di samping itu bahasa

    pengantar perlulah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta penggunaan bahasa pengantar lain

    sebagai subjek pilihan (optinal). Selain itu penyata ini juga perlu mengkaji dan menyediakan buku-

    buku teks yang mengandungi unsur Malayan (menggambarkan kecintaan pada Tanah Melayu) untuk

    digunakan di sekolah-sekolah berkenaan dan perlu membezakan dengan buku-buku teks yang ditulis

    dalam Bahasa Cina.

    Namun begitu Penyata Fenn-Wu ini pula telah menimbulkan pertentangan dengan konsep

    Malayanisasi dan penyata ini juga ternyata berbeza jauh dengan Laporan Barnes yang sebelumnya.

    Apa yang menjadi pertentangan ialah cadangan untuk mengekalkan sekolah-sekolah Cina yang

    menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dan menolak konsep Malayanisasi untuk

    diaplikasikan dalam sistem pendidikan diperingat rendah.

    Oodinan Pelajaran

    Berikutan terdapatnya tentangan terhadap penyata Bernes dan juga laporan Fenn-Wu, kerajaan

    British telah mengambil langkah dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji Laporan

    Barnes dan juga Fenn-Wu. Laporan Jawatankuasa ini telah dikenali sebagai Ordinan Pelajaran .

    setelah jawatankuasa ini meneliti semua cadangan daripada Barnes dan Fenn-Wu serta hasil

    penyelidikan dan kajian jawatankankuasa ini telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak

    British. Jawatankuasa ini sememangnya amat berharap agar laporan ini dapat diterima oleh semua

    kaum.

    Antara cadangan yang dikemukakan adalah dengan mewujudkan dua sistem yang mana setiap

    sekolah ini akan menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Sekolah yang dicadangankan ialah sekolah Melayu dan juga sekolah Inggeris. Bagi sekolah melayu,

    subjek bahasa Inggeris adalah wajib diajar, manakala di sekolah Inggeris , subjek bahasa Melayu

    wajib diajar dan diambil oleh pelajar. Walaubagaimana pun, bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa

    cina dan tamil akan diajar sekiranya terdapat permintaan daripada ibu bapa. Cadangan yang

    seterusnya ialah mewajibkan sekolah rendah kepada penduduk tanah melayu tanpa sebarang

    kompromi. Selain itu, jawatankuasa ini mencadangkan sistem peperiksaan, sukatan pelajaran, latihan

    perguruan dan nazir diselaraskan. Tujuannya adalah bagi mempastikan sistem pembelajaran yang

    sama diterima oleh pelajar dengan harapan dapat memupuk rasa cinta pada Tanah Melayu

    terutamnya dikalangan golongan imigran.

    Melihat kepada laporan ordinan pelajaran ini, diharap mampu menyatupadukan penduduk yangberbilang kaum di Tanah Melayu, walaubagaimana pun, ordinan pelajaran ini tidak dapat dilaksakan

    kerana masih lagi mendapat tentangan daripada kaum Cina dan India. Selain itu, masalah kewangan

    berserta ancaman komunis telah menyukarkan lagi ordinan pelajaran ini untuk dilaksanakan.

    http://hilmiahmad.blogspot.com/2011/03/perkembangan-sistem-pendidikan-di-tanah.html

  • 8/3/2019 an Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

    8/8

    Bibliografi

    Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008) falsafah pendidikan dan kurikulum (Edisi ke-2) Kuala

    Lumpur: Quatum Books.

    http://blog.cari.com.my/index.php?op=ViewArticle&articleId=7753&blogId=453

    Ordinan Pelajaran 1952.http://www.wikipedia.com.my/.htm

    Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr. Saedah Siraj, Pendidikan Di Malaysia, 1993,

    Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

    Teks Sejarah Tingkatan lima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Teks Sejarah tingkatan tiga.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka